Friday, November 6, 2009

Sukan Bola Tampar


Usaha JAVA (Johore Association Volleyball Amaeture) menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabangsa dari 6-8 Nov 09 di Bakri Hall, Muar, Johor merupaka suatu usaha yang patut diberi pujian bagi menyuntik minat kepada peminat-peminat dan pemain bola tampar di negara ini. umum mengetahui sukan bola tampar tidaklah sepopular seperti sukan futsal, squash, badminton dan sebagainya yang sering mendapat liputan di dada-dada akhbar kerana kekerapan aktiviti dan pertandingan. Namun sukan bola tampar mempunyai peminatnya yang tersendiri dan mereka yang sama juga yang akan hadir di kejohanan-kejohanan yang diadakan di seluruh Malaysia. Kehadiran pasukan dari Sri Lanka, Sngapura dan kelab-kelab dari Malaysia diharap dapat membuka lembaran baru bagi sukan bola tampar di Malaysia agar dapat terus menimba pengalaman bermain dengan pasukan bertaraf antarabagsa. jadi GOOD LUCK kepada pasukan Lelaki UKM agar terus mencapai kejayaan bagi melengkapkan siri KEJUARAAN 2009:-
1. Jan 09 - Putrajaya Open - JOHAN
2. Feb 09 - Labuan Beach - JOHAN
3. Mei 09 - MASUM - JOHAN
4. Mei 09 - Kota Tinggi Beach - JOHAN
5. Jul 09 - DUN Semenyih - JOHAN
6. Jun 09 - Belia Malaysia - JOHAN
7. Ogos 09 - TAR College Open - JOHAN
8. Okt 09 - UM Invitation - JOHAN

GE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2009/2010 - SIGNIFIKAN TEKNOLOGI DENGAN PENDIDIKAN


Teknologi dan pendidikan adalah suatu bidang yang sangat sinonim dari dulu hingga sekarang. Dari penggunaan tulisan atas pelepah tamar, dinding gua, atas batu kepada papan tulis sehinggalah terkini penggunaan m-pembelajaran. justeru itu adalah disarankan semua warga satu Malaysia yang cintakan ilmu, hendaklah merebut peluang agar mendalami bidang teknologi dalam pendidikan ini agar dapat merapatkan jurang informasi antara satu sama lain. Hadirilah kursus, bengkel atau seminar yang membincangkan isu-isu terkini berkaitan teknologi dalam pendidikan agar tidak terus tertinggal kerana teknologi besifat dinamik dan terlalu cepat mengalami kemajuan selari dengan kepesatan bidang sins dan teknologi. justeru diharap mereka yang sedang bergelar pelajar tidak kira bidang dan usia sekali pun perlu mendekatkan diri dan memasukkan diri dalam disiplin ini kerana sifat teknologi itu sendiri yang merentasi kurikulum.