Tuesday, January 26, 2010

GD1123 PENDIDIKAN & MASYARAKAT SEM 2 2009/2010 - PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN


Keputusan kerajaan semalam mengumumkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)merupakan langkah terbaru ke arah memartabatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini. Pemilihan kumpulan pertama yang terdiri daripada 20 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh negara menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan. Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan. Sekolah-sekolah yang terpilih sebagai SBT ialah:-

Sekolah Berasrama Penuh:

* Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
* Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
* Kolej Melayu Kuala Kangsar
* Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
* Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
* Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
* Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
* Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
* Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
* SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:

* Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
* SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
* SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
* SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:

* Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
* SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
* SK Bukit Damansara (KL)
* SK Zainab (2) (Kota Bharu)
* SK Convent Kota (Taiping)
* SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sebagai warga yang sentiasa mengejar ilmu pendidikan, beri pandangan anda secara pro dan kontra berasaskan aspek sekolah sebagai agen perubahan ke atas masyarakat.

Monday, January 18, 2010

GD1123 PENDIDIKAN & MASYARAKAT SEM 2 2009/2010 - PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT


Salam Sejahtera. Telah hampir 53 tahun negara Malaysia mencapai status kemerdekaan. Sejarah Pendidikan negara sejak zaman pra merdeka hingga kini banyak memperlihatkan perubahan dan kemajuan yang drastik. Bermula dengan sistem sekolah mengikut aliran (vernakular) berasaskan kaum hinggalah kepada sistem sekolah bestari dan kluster ketika ini. Yang terbaru fokus negara kepada program PERMATA PINTAR bagi melahirkan lebih ramai cendikiawan dan bijak pandai di negara ini. Berbagai-bagai usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk memartabatkan bidang pendidikan seperti mengubah kurikulum, penambahbaikan prasarana, latihan staf, kemahiran insaniah, tambahan peruntukan hinggalah yang terbaru usahasama dengan negara-negara maju dalam pendidikan seperti dengan United Kingdom berkaitan e-pembelajaran. Bilangan sekolah dan universiti juga jauh telah meningkat dan bertambah berbanding sejak zaman awal kemerdekaan. Bilangan universiti dan kolej universiti swasta turut mencatat pertambahan daripada 21 buah pada 2004 kepada 37 pada 2007. Setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya sebuah universiti dan sebuah cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kemuncak kepada kesungguhan kerajaan untuk menjadikan pendidikan tinggi sebagai medan melahirkan generasi graduan berkualiti dan bertaraf dunia ialah pelancaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Melangkaui Tahun 2020 pada 27 Ogos 2007. Namun begitu pertambahan jumlah IPTA dan IPTS serta jumlah golongan cerdik pandai yang berjaya meraih ilmu di peringkat tertinggi semakin meningkat, ianya bukan jaminan dan ukuran ke arah kesejahteraan masyarakat. Saban hari kes-kes jenayah berlaku secara berleluasa dan menunjukkan peningkatan. Kes ragut, culik, dadah, rompak, rasuah, penyelewengan, rogol, sex bebas, minum arak, bunuh dan sebagainya berlaku tanpa mengira yang berpendidikan tinggi atau rendah. Mengapa kes kecurian dan kehilangan barangan di kampus terus menerus berlaku walhal kesemua yang berada di dalamnya berlatarbelakangkan pendidikan tinggi. Adakah ibubapa akan berasa selamat jika membekalkan anak-anak mereka dengan laptop, handphone. motosikal dan sebagainya tetapi akhirnya dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kita bukannya seperti negara Haiti yang musnah 50% sistem pendidikan sekolah dan universiti akibat kejadian gempa bumi yang dahsyat baru-baru ini. Akibatnya penduduk Haiti terpaksa mencuri untuk meneruskan hidup akibat kehabisan bekalan makanan. Di pihak pensyarah pula tentu runsing dengan gejala plagiat, pelajar lewat sampai ke kelas, penipuan ketidakhadiran ke kuliah mahu pun tutorial dan sebagainya. Sepatutnya setelah hampir 53 tahun merdeka dengan tahap pendidikan yang semakin tinggi tentulah masyarakat boleh berfikir yang mana positif dan negatif. Sepatutnya rakyat di negara ini berhak mendapat kehidupan yang sejahtera, aman damai dan makmur. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri semalam "Apa guna rakyat di negara ini kaya dari segi harta dan material jika jiwa lompong dengan sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi. Justeru itu dirasakan seperti ada yang belum lengkap di dalam sistem pendidikan terutama aspek INSANIAH yang perlu menjadi tunjang setiap pelajar dan pendidik. Kita tidak mahu mengeluarkan graduan yang cemerlang akademiknya tapi akhirnya GAGAL menguruskan diri dan masyarakat sebagai pemimpin yang berkualiti dalam semua bidang. PEMIMPIN LAHIR DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN.

Sunday, January 17, 2010

Tuntutan Ilmu Agama Islam


Persoalan berkaitan agama sering menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. Sudah rasminya asal kejadian manusia yang mempunyai tanggapan atau intepretasi yang tersendiri berkaitan sesuatu isu berdasarkan fahaman ilmu agama yang diperolehi. Termasuk isu yang hangat diperkatkan sekarang tentang penggunaan kalimah Allah di dalam majalah Herald oleh penganut agama kristian. Sebenarnya isu ini bukan isu yang terlalu baru kerana ia telah disensasikan bagi tujuan politik.
Sebenarnya sejak selepas merdeka lagi siri penggunaan kalimah Allah telah diguna pakai oleh seluruh kaum 1Malaysia. sebagai contoh di peringkat sekolah lagi menerusi nyanyian lagu sekolah seperti di negeri Johor, Perak, Kedah, Terengganu dan lain-lain dimana semua kaum menyebut perkataan Allah dalam senikata lagu sekolah mereka. Begitu juga bagi pasukan beruniform. Pemakaian beret dan belt yang tertera perkataan Allah bagi anggota tentera dipakai oleh semua kaum 1Malaysia. Tetapi setelah berpuluh-puluh tahun ia diguna pakai baru sekarang ia hendak dipreview semula.
Justeru itu, isu ini perlu ditangani dengan sempurna kerana ia melibatkan sensiviti penganut agama. Rasulullah juga semasa mendirikan kerajaan di Madinah sangat berhati-hati apabila mengeluarkan Perlembagaan Madinah kerana ingin menjaga penduduk yang terdiri daripada berbagai fahaman keagamaan.
Rumusannya apabila bercakap soal agama perlulah ada sumber rujukan yang boleh dijadikan panduan dan pedoman. Di sini disertakan link laman web yang memperkatkan tentang ilmu-ilmu tentang ISLAM : http://almalakawi.wordpress.com

Saturday, January 16, 2010

MALAYSIA JOHAN SUKMALINDO 2009


Pasukan Bola Tampar Universiti Malaysia yang diwakili oleh pemain dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya menjadi JUARA dengan mengalahkan Universiti Negeri Jakarta yang mewakili Indonesia dalam Kejohanan Sukan Malaysia-Indonesia (SUKMALINDO) pada 21-24 Dis 09 yang lalu. Pertandingan yang berlangsung di Universiti Bakhrie, Jakarta telah menjadi tumpuan peminat sukan bola tampar di sana memandangkan ia adalah pertembungan antara dua jagooan yang mewakili negara masing-masing. Pasukan Malaysia telah menurunkan barisan terkuatnya dan ternyata strategi menyerang habis-habisan membuahkan hasil dengan kemenangan 3-0 ke atas pihak UNJ. Kemenangan ini cukup bermakna sebagai misi membalas dendam terhadap kekalahan di tangan Indonesia pada SUKMALINDO 2008 di Malaysia. Tahniah buat pasukan malaysia khususnya pemain-pemain dari UKM.