tag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post5942731600039720732..comments2024-01-05T23:53:08.378-08:00Comments on Jas Serve: GE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DLM PENDIDIKAN. SEM 1 20112012. "FENOMENA"MJhttp://www.blogger.com/profile/09431660113012359618noreply@blogger.comBlogger113125tag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-8677677381263557552011-12-11T21:39:03.994-08:002011-12-11T21:39:03.994-08:00Teknologi mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam ...Teknologi mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan seharian kita, pada masa kini. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi ini, pelbagai masalah boleh timbul sekiranya teknologi tidak digunakan dengan cara yang betul. Dalam memastikan teknologi ini digunakan mengikut cara yang betul, terutamanya dalam kalangan pelajar khasnya dan para pengguna amnya, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan yang betul.

Dalam mewujudkan pelajar yang menggunakan teknologi secara pintar, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan menanam ilmu agama yang secukupnya dalam diri anak-anak. Dengan mengajar anak-anak tentang nilai-nilai murni,daapt member kesedaran tentang nilai-nilai murni yang perlu mereka amalkan dalam kehidupan seharian. Kebanyakan rumah pada masa kini mempunyai komputer yang dilengkapi dengan internet. Ibu bapa perlulah memantau aktiviti anak-anak yang menggunakan internet agar tidak melayari laman web yang tidak sesuai untuk mereka. Pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bukan sahaja terhadap internet tetapi juga kepada telefon bimbit. Pada zaman yang serba moden ini, video-video yang tidak sesuai untuk pelajar sebagai contohnya terlalu senang untuk diperolehi. Hanya dengan menggunakan teknologi Bluetooth, maka video sebegitu senang sahaja untuk diperolehi. Oleh disebabkan itulah, ibu bapa perlu mengawasi sebarang aktiviti anak-anak supaya anak-anak tidak menjadi mangsa kemajuan teknologi.

Dalam melahirkan masyarakat yang lebih berdisiplin , pihak sekolah amat memainkan peranan yang penting kerana segala ilmu adalah bermula disekolah. Pihak sekolah perlu mendidik para pelajar sejak daripada tadika lagi tentang penggunaan teknologi yang betul. Guru perlu merupakan individu yang menjadi ikutan para pelajar khususnya disekolah rendah. Kesedaran tentang penggunaan internet secara betul perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi.

Dalam usaha pelbagai pihak untuk melahirkan pengguna internet yang lebih berdisiplin, pihak kerajaan merupakan agen yang amat penting dan bertanggungjawab dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih berhemah. Seperti yang kita ketahui , perpecahan dalam masyarakat bukan sahaja wujud melalui faktor-faktor yang terdapat diluar sana, tetapi juga melalui blog sebagai contohnya. Terdapat banyak kes saman menyaman yang berlaku dalam kalangan masyarakat lantaran kerana fitnah yang dilontarkan oleh para blogger di blog mereka. Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat. Oleh disebabkan itulah, pihak kerajaan perlu lebih aktif dalam memantau sebarang laman web yang boleh mendorong kepada berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan juga perlu segera block mana-mana laman web lucah dan laman web yang agak melampau.

Media merupakan satu saluran yang amat penting dalam menyalurkan maklumat serta info yang berguna kepada masyarakat. Melalui media, pelbagai kempen kesedaran serta iklan-iklan yang boleh dipaparkan dalam menyedarkan pengguna tentang penggunaan teknologi yang betul. Media seperti televisyen juga sebolehnya cubalah mengurangkan rancangan yang tidak sesuai dipaparkan.

Langkah yang terakhir pula adalah kesedaran daripada individu itu sendiri. Para pelajar mahupun para pengguna internet perlulah lebih bijak dalam menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Dengan pelbagai teknologi dan inovasi yang canggih dan tersedia dihadapan mata kini, tidak mustahillah ramai dalam kalangan pelajar dan pengguna yang menyalahgunakan kemudahan yang ada. Jati diri dan disiplin yang tinggi mampu membendung gejala ini daripada terus berleluasa.

NAMA: SITI NOR AINU BT LASI
MATRIK: A128529
TAHUN PENGAJIAN: 3
FAKULTI: FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
EMEIL: masyimalo_89@yahoo.com
FACEBOOK: masyimalo_89@yahoo.com (Masyi Masyimalo)Siti Nor Ainu binti Lasi (A128529)https://www.blogger.com/profile/05356421019938784680noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-78225037954273371812011-12-11T07:30:09.365-08:002011-12-11T07:30:09.365-08:00Teknologi pada dasarnya memeberikan kemudahan kepa...Teknologi pada dasarnya memeberikan kemudahan kepada kita semua terutamanya para pelajar. Walau bagaimanapun, ia turut memberi ruang kepada penularan kesan yang negatif seperti menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar. Oleh itu, antara langkah yang wajar diambil untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dah sahsiah pelajar adalah dengan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap individu. Seseorang individu seharusnya dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi yang ada. Jika kesedaran telah ada di dalam diri sendiri maka kemungkinan untuk seseorang menyalah gunakan teknologi adalah tipis. Kesedaran dan penerapan nilai murni dalam diri penting kerana ia mampu menghalang kita daripada melakukan perkara yang negatif.
Langkah kedua adalah kepentingan peranan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, mereka bukan sekadar menyediakan kemudahan teknologi kepada anak terutama yang masih belajar. Mereka perlu sentiasa memantau apa yang dilakukan oleh anak mereka. Sebagai contoh, seorang bapa sentiasa memantau apa yang dilayari oleh anaknya. Mereka juaga boleh memasang perisisan anti virus yang mempunyai parental control. Hal ini bermaksud, mereka mengetahui dan dapat memantau web yang di layari oleh anak. Maka, dengan itu anak tidak akan begitu mudah melayari web yang mempunyai unsur ganas, lucah, perkauman dan lain-lain lagi yang boleh memberikan kesan negatif kepada disiplin dan sahsiah anak mereka.
Langkah ketiga adalah dengan mengambil kira langkah kerajaan dalam mengawal isu berkaitan pengaruh negatif teknologi. Pihak kerajaan boleh mengawal kemasukan unsur-unsur negatif melalui teknologi dan inovasi. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengawal jenis teknologi yang boleh digunakan di Negara ini. Kerajaan juga mempunyai hak untuk menghalang rakyat daripada melayari laman web yang tidak bersesuaian dengan para pelajar terutamanya.
Langkah keempat adalah peranan media. Media perlu berperanan dalam menyebarkan pengaruh baik akan penggunaan teknologi. Namun, media tidak digalakkan untuk membicarakan tentang mana-mana teknologi yang tidak relevan dengan pelajar. Media juga seharusnya sentiasa memastikan apa yang disebarkan tidak mempunyai unsur yang tidak sesuai dengan pelajar mahupun masyarakat. Media memainkan peranan yang sangat besar terhadap masyarakat. Oleh itu, media seharusnya berperanan menunjukkan bagaimana cara untuk memanfaatkan teknologi sedia ada ke arah kebaikan serta tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar.
Langkah terakhir untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan sahsiah dan disiplin pelajar adalah dengan mengadakan kerjasama antara semua pihak untuk mengadakan kempen kesedaran dalam kalangan pelajar. Hal ini bermaksud ibu bapa, guru, kerajaan, badan bukan kerajaan NGO serta masyarakat perlu sama menyedarkan golongan pelajar akan kebaikan dan cara yang betul untuk mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian mereka. Kempen yang berterusan serta pemantauan semua pihak mampu mengubah minda pelajar akan manfaat teknologi di samping menggalakkan mereka menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Kesimpulannya, semua pihak harus sedar akan pengaruh negatif yang dibawa oleh teknologi. Namun, kita tidak boleh menolak teknologi kerana dengan adanya teknologi ia turut membuatkan kita semakin berkembang. Oleh itu, setiap pihak terutamanya pelajar harus memanfaatkan penggunaan teknologi demi untuk kemajuan dan bukan sebagai medan atau rujukan untuk merosakkan disiplin dah sahsiah diri.

Nama: Nor Ruhil Bt. Abdul Rasid
Matrik: A128123
Tahun Pengajian: 3
Fakulti: Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Email: ruhilrasid@gmail.com
Facebook: ruhildeqein@yahoo.com (Ruhil D’ein)Ruhilhttps://www.blogger.com/profile/15332696487076270776noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-39468724821640963182011-09-29T18:06:13.621-07:002011-09-29T18:06:13.621-07:00Langkah keempat yang boleh diambil bagi memastikan...Langkah keempat yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna secara amnya adalah peranan masyarakat iaitu perlu membantu dalam mengurangkan masalah disiplin akibat penggunaan teknologi yang meluas. Mereka tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak kerajaan semata-mata tanpa menyedari bahawa satu jari lagi menuding ke arah diri mereka. Masyarakat tidak seharusnya memulaukan golongan remaja ini. Mereka harus menyedarkan golongan pelajar ini agar tidak terjebak lagi dalam masalah disiplin. Hal ini boleh dilaksanakan dengan mengadakan program-program kemasyarakatan yang melibatkan golongan belia dalam aktiviti yang sihat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan surau berdekatan dan tidak hanya duduk di rumah melayari internet.

Langkah kelima boleh diambil oleh pihak media. Pada masa kini, pelajar-pelajar lebih terdedah kepada media yang merupakan tarikan yang sangat kuat kepada pelajar-pelajar dimana mereka lebih mengikut trenddipaparkan di media. Oleh sebab ini, media boleh dijadikan satu sumber untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang lebih mengambil perhatian kalangan muda Media juga boleh digunakan untuk menunjukkan baggaimana sesuatu teknologi itu perlu digunakan dan apa yang akan berlaku jika ia disalahgunakan.

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada dalam masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.Sekian, terima kasih.
Nama: Wan Norfartini binti Wan Ahmad
Matrik: A133330
Tahun pengajian: Tahun 2
Fakulti: FSSK
e-mail:tiniey.ahmad@yahoo.com
facebook: tiniey.ahmad@yahoo.comtiniey ahmadhttps://www.blogger.com/profile/07418974452137408037noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-74954640258590580182011-09-29T18:04:34.790-07:002011-09-29T18:04:34.790-07:00Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang...Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Justeru itu, pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan kemajuan teknologi dan inovasi ini supaya tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

Langkah pertama yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna secara amnya adalah peranan ibu bapa sangat penting dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik di rumah. Ibu bapa perlu mendidik anak sejak kecil untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlalu leka dan hanyut dalam pekembangan teknologi masa kini. Sebagai contoh jika ibu bapa membiarkan anak mereka terlalu bebas dengan bermain permainan video, melayari “facebook” mahupun “twitter” mungkin kesannya akan menyebabkan anak mereka sendiri terlalu berada di zon selesa sehingga menyebabkan keputusan peperiksaan yang makin merosot. Oleh itu,tanggungjawab yang lebih besar harus dipikul oleh kedua ibu bapa dengan memantau setiap tindak-tanduk anak mereka dan mengetahui dengan siapa mereka berkawan.

Selain itu, langkah yang perlu diambil untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya ialah peranan kerajaan itu sendiri. Hal ini kerana Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dikalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat dikalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini jugalah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

Langkah ketiga yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna secara amnya adalah melalui pengisian tentang ilmu yang bermanfaat tentang teknologi dan inovasi. Pihak sekolah, Universiti mahupun kolej-kolej yang ada di Malaysia ini perlu mengadakan satu program yang manfaat iaitu cara-cara penggunaan komputer dengan sebaik yang mungkin sebagai contoh menerangkan ‘software’ ataupun ‘hardware’ yang ada dalam komputer supaya dapat mengaplikasikan kemudahan-kemudahan tersebut dalam proses pembelajaran mereka. Secra tidak langsung kita dapat menjaga dan membentuk sahsiah para pelajar di Malaysia sekaligus memebendung gejala negatif.tiniey ahmadhttps://www.blogger.com/profile/07418974452137408037noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-74003541842429695712011-09-29T18:02:02.980-07:002011-09-29T18:02:02.980-07:00This comment has been removed by the author.tiniey ahmadhttps://www.blogger.com/profile/07418974452137408037noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-70725842124719854852011-09-28T20:39:22.439-07:002011-09-28T20:39:22.439-07:00Mari kita melihat kepada apa yang dikatakan dengan...Mari kita melihat kepada apa yang dikatakan dengan teknologi,inovasi,sahsiah dan displin. Teknologi secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh member manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian. Inovasi pula adalah idea,amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan seseorang individu atau system sosial. Sahsiah pula merupakan keperibadian atau peribadi. Dan displin adalah tumpuan sepenuhnya ke atas sesuatu tugas sehingga ia selesai dikerjakan dengan sempurna.
Kita mempunyai banyak langkah-langkah dalam memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan displin dan sahsiah pelajat-pelajar khususnya dan para pengguna.
Salah satu langkah penting dalam mewujudkan situasi begini adalah sebenarnya ia berasal dari kesedaran pengguna itu sendiri. Apa yang dikatakn dengan kesedaran pengguna itu sendiri ialah pengguna tidak menggunakan teknologi dan inovasi kepada sesuatu yang tidak memberi kepentingan dan percaya bahawa perkara yang kuning memberi kesan yang buruk pada diri sendiri pada masa sekarang mahupun masa hadapan. Contohnya menggunakan teknologi untuk pemainan atas talian akan membuang masa kepada para pengguna itu sendiri.
Seterusnya ialah, tentulah peranan ibu bapa menjadi pegangan utama dari zaman ke zaman walaupun pada zaman sekarang teknologi sudah melangkau jauh. Ibu bapa merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan atau mencorakkan seseorang atas didikan yang telah dipupuk dari kecil. Disebabkan kini merupakan zaman teknologi, ibu bapa perlu memberi didikan yang sesuai kepada anak- anak mereka. Bukan sahaja hanya melihat kepada teknologi maklumat malah barang-barang teknolgi seperti barang-barang keperluan hidup juga perlu diperhati.
Langkah yang seterusnya adalah kita tidak boleh bergantung penuh kepada teknologi dan inovasi. Hal ini kerana sebahgian besar dari kita hanya duduk di bilik untuk memenuhi kehidupan sosial mereka dan mereka tidak tahu pengalaman berada di dunia luar. Contohnya kita sendiri tidak dapat mengenali jiran di sebelah rumah kita. Ia menunjukan sahsiah yang tidak begitu baik sebagai masyarakat yang masih perlu bergantung satu sama lain.
Seterusnya, kita jadikan teknologi dan inovasi ini sebagai sesuatu untuk mencari pengalaman dan barang-barang ilmiah.atau sesuautu yang dapat menunjukan pencapaian diri dengan cemerlang. Contohnya ialah kita cuba untuk mencari sesuautu yang baru untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada atau untuk membantu masyarakat setempat seterusnya kita mungkin akan mendapat pujian. Dan idea tersebut dapat digunakan untuk mempermudahkan masyarakat pada masa hadapan.
Dan yang terakhir adalah pengaruh rakan sebaya. Kita perlu memlih rakan untuk menggunakan teknologi dan inovasi sebagai satu yang positif. Contohnya jika kita rapat kepada rakan yang menggunakan teknologi sebagai satu alat untuk memudahkan atau melancarkan system pembelajaran mereka dan bukan kepada perkara-perkara yang boleh member impak yang buruk kepada mereka.

1. ALIFF AIKAL BIN ARIFF ALI
2. A 128347
3. TAHUN 3
4. FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
5. aliffaikal@ymail.com
6. Aliff Aikalmuhammad azimhttps://www.blogger.com/profile/03261809726606900236noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-13660669576021542202011-09-28T20:16:00.113-07:002011-09-28T20:16:00.113-07:00Kawalan yang lebih teratur dan ketat oleh tenaga p...Kawalan yang lebih teratur dan ketat oleh tenaga pengajar bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi dalam pendidikan akan membantu meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajar amnya. Sebagai contoh penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) terus kepada ibu bapa daripada pihak Insitusi pendidikan memaklumkan kesalahan dan tindakan disiplin dikenakan terhadap anak mereka akan membantu dalam mengawal disiplin dan sahsiah pelajar amnya.

Setelah kawalan dilakukan bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya, langkah hukuman menjadi penyambungnya. Sekira terdapat pelajar yang masih melakukan dan melanggar disiplin serta menunjukan sahsiah yang tidak baik,hukaman keatas pelajar patut dilaksanakan. Antaranya ialah kerja amal. Kerja amal merupakan aktiviti kesedaran untuk membaiki diri dan berkelakuan baik serta terbatas kepada kegiatan dalam institusi pendidikan sahaja dan tidak melebihi satu jam masa bagi setiap kesalahan disiplin. Bagi setiap kesalahan, pemarkahan dibuat setelah siasatan dan pertimbangan dibuat oleh pihak hal ehwal pelajar. sistem akan mengumpul markah secara automatik yang direkodkan markah penaltinya ke dalam sistem e-disiplin dan apabila jumlah markah mencapai tahap yang ditetapkan, sistem secara automatik akan mengeluarkan surat amaran sehingga lima kali. Setelah sistem ini yang mana merupakan suatu inovasi dan teknologi dalam pendidikan dilaksanakan,ia mampu membuktikan keberkesanan dalam membendung masalah disiplin daripada menjadi masalah sosial dan pembentukan sahsiah diri yang sukar untuk ditangani.

Justeru, pelbagai langkah yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Tidak seharusnya dan sepatutnya tanggungjawab mendidik diserahkan kepada tenaga pengajar sahaja kerana ianya merupak tanggungjawab bersama sebagai sebuah Negara yang mempunyai bangsa yang berhemat tinggi. Jelas sekali disiplin dan pembanggunan sahsiah seseorang pelajar menggambarkan peribadi dan identiti diri. Maka ianya perlulah dipandang serius dalam membentuk generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang serta menjadi sebuah Negara yang penduduknya mengutamakan kebajikan antara satu sama lain.

1. Nama : Muhammad Azim Bin Azmy
2. Nombor Matrik : A127779
3. Tahun Pengajian : 3
4. Fakulti : Ekonomi dan Pengurusan
5. Email : azimadhwa@yahoo.com
6. Facebook : Muhammad Azimmuhammad azimhttps://www.blogger.com/profile/03261809726606900236noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-58962844981785662692011-09-28T20:15:40.228-07:002011-09-28T20:15:40.228-07:00Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknik...Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan gabungan antara manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan amnya. Manakala inovasi dalam pendidikan bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi pendidikan.
Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Antaranya ialah perancangan strategik dalam menggunakan teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Perancangan yang strategik seperti meneliti ciri-ciri kekuatan, peluang, kelemahan, dan ancaman teknologi dan inovasi untuk digunakan bagi mempertahankan dan mempertingkatkan lagi disiplin para pelajar. Sebagai contoh, adakah relevan penggunaan kemudahan komunikasi antara pelajar menggunakan teknologi 4G iaitu Sistem Komunikasi Generasi Keempat yang dapat mengganti dari pelajar bersemuka bagi urusan pelajaran. Kekuatan, peluang, kelemahan, dan ancaman perlu dikenal pasti bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar.

Seterusnya beralih kepada langkah memilih alternatif-alernatif bagi teknologi dan inovasi yang telah dirancang bagi digunakan dalam tujuan pendidikan. Teknologi mampu memberi kesan positif mahupun kesan negatif dalam pelbagai bidang. Justeru penilaian keatas alternatif-alternatif perlu dilakukan bagi mengelakkan dan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Sebagai contoh, bagi seorang tenaga pengajar menginginkan pelajarnya berinteraksi hanya dalam dunia maya seperti laman sosial akan menghadkan masa interaksi secara bersemuka antara pelajar dan tenaga pelajar yang manaakan menyebabkan hubungan antara mereka kurang rapat.muhammad azimhttps://www.blogger.com/profile/03261809726606900236noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-47339191464287015782011-09-28T10:46:12.385-07:002011-09-28T10:46:12.385-07:00Dewasa ini, kepesatan perkembangan teknologi dan i...Dewasa ini, kepesatan perkembangan teknologi dan inovasi memberi dampak yang besar dalam segenap aspek dalam kehidupan kita. Tidak Ketinggalan, bidang pendidikan juga turut mengalami pembaharuan dalam sistem pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan inovasi dalam bidang pendidikan. Selain kesan yang baik, perkembangan yang pesat ini mungkin boleh memberikan kesan negatif kepada pelajar dan penggunanya.Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi memastikan perkembangan teknologi dan inovasi ini tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah para pelajar dan pengguna itu sendiri.

Cara pertama adalah memberikan taklimat atau pengetahuan kepada para pelajar tentang cara penggunaan yang batul tentang teknologi yang bakal digunakan oleh mereka contohnya penggunaan computer. Contohnya, mewujudkan kelas khas tentang disiplin serta cara penggunaan computer dan internet dengan betul. Apabila pelajar tahu apakah tujuan dan cara yang betul bagaimana memanfaatkan teknologi terbabit maka mereka akan menggunakan teknologi terbabit dengan berhemah dan berdisiplin. Justeru itu, tidak akan timbul kes-kes negatif berkaitan penyalahgunaan teknologi oleh pelajar.

Cara kedua adalah para guru-guru memainkan peranan aktif semasa mengendalikan kelas computer. Para pelajar perlu senantiasa dipantau dan dibantu semasa mereka melayari internet. Ini bagi mengelakkan para pelajar melayari laman sesawang yang negative dan boleh merosakkan minda mereka. Contohnya laman lucah dan sebagainya. Oleh, guru-guru perlulah aktif serta memainkan peranan semasa mengajar kelas computer.

Cara ketiga pula ialah mewajipkan para pelajar memulakan penggunaan internet dengan melayari laman pendidikan terlebih dahulu sebelum melayari laman sesawang yang lain. Contoh laman pendidikan adalah laman web Jabatan Pendidikan, Laman web Perpusatakaan dan seumpamanya. Oleh itu, ia secara tidak langsung akan mendedahkan kepada para pelajar tentang laman pendidikan. Seterusnya boleh menyemaikan sikap dan budaya positif dalam diri pelajar berkaitan dengan pendidikan.

Seterusnya, pengawasan ibubapa turut diperlukan bagi memastikan penggunaan teknologi adalah tepat sebgaimana yang disarankan oleh pihak kerajaan. Ibubapa boleh bersama-sama memantau serta memberikan tunjuk ajar tentang cara penggunaan teknologi yang betul bagi mengelakkan anak-anak menyalahgunakan teknologi yang ada. Contohnya ibubapa boleh bersama-sama anak-anak semasa mereka melayari internet. Ia secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana dan hubungan yang erat diantara ibubapa dan anak serterusnya dapat membentuk sahsiah yang positif dalam diri anak-anak.

Langkah terakhir adalah Peranan pihak kerajaan. Pihak kerajaan dengan kuasa yang ada seharusnya mengetatkan dan mengawal input-input atau maklumat yang negative daripada masuk kedalam Negara. Penggunaan internet membolehkan apa-apa sahaja ilmu senang diperolehi termasuklah ilmu negative seperti budaya liar punk, black metal dan seumpamnya. Oleh itu,kawalan ketat perlulah dijalankan agar maklumat seumpama ini tidak masuk kedalam Negara yang boleh merosakkan disiplin dan sahsiah para pelajar.

1. Mohd Nazarudin bin A.Ghani
2. A 128375
3. Tahun 3
4. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
5. Nazarudina.ghani@yahoo.com
6. Mohd Nazarudin NazaDanishhttps://www.blogger.com/profile/13899586065240370673noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-89082400875904943902011-09-28T10:35:20.109-07:002011-09-28T10:35:20.109-07:00This comment has been removed by the author.Danishhttps://www.blogger.com/profile/13899586065240370673noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-23551344337130638402011-09-28T10:21:46.711-07:002011-09-28T10:21:46.711-07:00Langkah untuk memastikan teknologi dan inovasi tid...Langkah untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya perlu dilakukan dengan kadar segera untuk mengelakkan penyalahgunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan.
Bidang pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan akan mempengaruhi dan seterusnya membina insan yang berkualiti mahupun berdisiplin. Langkah pertama yang ingin saya ketengahkan ialah peranan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka harus mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”, dengan menasihati anak-anak mereka agar tidak menyalahgunakan alat teknologi dalam komunikasi seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Langkah seterusnya yang ingin saya utarakan ialah isu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan ini boleh mengelakkan ketagihan murid-murid daripada bergantung kepada alat teknologi dan inovasi untuk mengisi masa lapang. Melalui aktiviti sukan, ia bukan sahaja dapat mencungkil bakat kesukanan para murid, maka ia juga dapat melahirkan masyarakat sihat 1 Malaysia. Selain itu, meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.

Di samping itu, para pendidik juga berperanan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya adalah menggunakan teknologi sedia ada secara positif. Mereka perlu mendidik para pelajar secara mendalam tentang laman web social untuk perbincangan dan sebagainya dan bukan semata-matanya untuk menggunakan alatt teknologi untuk berbual. Penggunaan alat teknologi perlulah diajar untuk kegunaan yang dapat mendatangkan manfaat,dengan menggunakan alat teknologi untuk mencari maklumat ilmiah dan bukannya bahan lain yang memudaratkan kesihatan mental mahupun fizikal.

Langkah keempat ialah tanggungjawab pihak kerajaan. Kerajaan seharusnya menapis segala maklumat yang berunsur negative agar tidak dapat dilayari oleh masyarakat kita. Kelonggaran undang-undang turut menyumbang kepada kejatuhan disiplin dan sahsiah pelajar melalui teknologi dan inovasi. Undang-undang yang ketat harus dikenakan agar tiada unsur keganasan mahupun unsur seks yang mencemarkan akhlak dan minda masyarakat kita.

Langkah terakhir ialah didikan dan pegangan agama. Para pelajar perlu dididik tentang setiap ajaran agama masing-masing supaya mereka mempunyai pegangan agama yang kuat. Selain itu, pegangan agama yang kuat dapat membantu mereka membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum mereka bertindak. Hal ini dapat memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar kerana agama menjadi panduan hidup mereka.

WILFRED MOK KOK HOE
A129570
FST
Tahun 3
wilfredmpp.asp@gmail.com
Wilfred MokABChttps://www.blogger.com/profile/18194801829013272122noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-11439918369112906262011-09-28T10:17:51.013-07:002011-09-28T10:17:51.013-07:00Langkah seterusnya ialah pengawasan dan pengawalan...Langkah seterusnya ialah pengawasan dan pengawalan pihak kerajaan terhadap akses laman web. Kerajaan perlu mengambil langkah ini sebagai langkah utama dalam pengawalan akses kepada laman web yang mengandungi bahan lucah, berkaitan dengan keganasan ataupun gejala-gejala buruk. Oleh sebab akses internet ke laman-laman inilah menyebabkan terdedahnya para pelajar kepada gejala buruk. Walaubagainmanapun, pengawalan akses internet haruslah tidak berlebihan agar tidak menyekat kebebasan para pelajar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna.

Langkah terakhir adalah kesedaran pelajar dan amalan mereka sendiri. Disiplin dan sahsiah para pelajar tidak akan menjadi kukuh sekiranya mereka tidak mempunyai kesedaran sendiri tentang amalan penggunaan teknologi yang sepatutnya ada walaupun dengan adanya nasihat dan pengawasan yang diberi. Para pelajar harusnya memahami tanggungjawab mereka sendiri terhadap keluarga mereka serta peranan mereka sendiri sebagai seorang pelajar.

LIEW CHEE HWEE
A129403
FST/TAHUN 3
manicute_lch@hotmail.com
Phyxius LiewJasonhttps://www.blogger.com/profile/17625952932078735537noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-47729458837808586872011-09-28T10:17:08.793-07:002011-09-28T10:17:08.793-07:00Dalam era yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tekn...Dalam era yang dipenuhi dengan pelbagai jenis teknologi dan kemudahan yang terhasil daripada inovasi masyarakat kini, perubahan corak pembangunan insan telah banyak berubah berbanding dengan masa dahulu.

Perubahan ini boleh dilihat pada pelajar masa kini. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam masa yang kritis ini. Pengawasan ibu bapa adalah penting dalam pengaturan masa sendiri oleh anak-anak mereka. Pengaturan masa perlulah dibuat oleh pelajar sendiri agar dapat belajar cara untuk menggunakan masa dengan berkesan di samping dibimbing oleh ibu bapa. Pengaturan masa oleh mereka sendiri akan bagi mereka perasaan bebas dari kawalan dan nasihat ibu bapa adalah lebih senang diterima oleh mereka. Ibu bapa haruslah menasihat anak-anak mereka berkenaan dengan isu-isu gejala buruk.

Bimbingan daripada guru di sekolah juga boleh membantu pelajar hindari dari penyalahgunaan teknologi. Guru-guru di kelas boleh menunjukkan cara atau sumber yang sesuai untuk pelajar mencari maklumat tentang pelajaran mereka di samping menerangkan keburukan untuk menyalahgunakan teknologi. Bimbingan kaunseling juga boleh diberikan kepada pelajar yang ketagih teknologi seperti smartphone dan internet sehingga tidak dapat menumpu perhatian kepada pelajaran mereka.

Perbadanan-perbadanan bukan kerajaan juga mempunyai peranan mereka dalam menyampaikan kesedaran pengurusan masa serta pengukuhan disiplin individu. Ceramah serta kem-kem program khas seperti Kem Kepimpinan dan lain-lain boleh mengukuhkan disiplin mereka dalam menguruskan masa mereka dengan berkesan. Selain itu, perbadanan-perbadanan tempatan boleh mengadakan kelas-kelas penggunaan komputer yang mengajar penggunaan program atau aplikasi computer seperti Wikipedia, E-kamus, MS Word dan lain-lain, yang boleh membantu pelajaran para pelajar.

LIEW CHEE HWEE
A129403
FST/TAHUN 3
manicute_lch@hotmail.com
Phyxius LiewJasonhttps://www.blogger.com/profile/17625952932078735537noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-89696188817430838712011-09-28T09:22:27.068-07:002011-09-28T09:22:27.068-07:00This comment has been removed by the author.33https://www.blogger.com/profile/14989384921117853563noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-21278399280719724312011-09-28T09:21:21.262-07:002011-09-28T09:21:21.262-07:00This comment has been removed by the author.33https://www.blogger.com/profile/14989384921117853563noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-32230576172569106402011-09-28T08:01:27.436-07:002011-09-28T08:01:27.436-07:00Antara lima langkah yang wajar dilaksanakan untuk ...Antara lima langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah para pelajar khasnya dan para pengguna amnya ialah melalui peranan kerajaan itu sendiri.Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia.teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. namun begitu pihak kerajaan perlu menjalankan kajian dan pembangunan (research & development) atau R&D yang sesuai dalam memastikan teknologi dan inovasi ini tidak menjejaskan sosial masyarakat negara ini. Pihak kerajaan perlu memastikan teknologi yang dibawa ke dalam negara ini dikawal penggunaannya dan setiap teknologi yang telah digunapakai atau akan diguna perlu mempunyai alat atau kaedah untuk mengawalnya. Sebagai contoh, dalam penggunaan jalur lebar, pihak kerajaan perlu menyekat web site - web site yang berunsur lucah daripada dilayari oleh pengguna terutamanya negara kita yang merupakan sebuah negara islam.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga disiplin dan sahsiah anak-anak mereka. Pemantauan secara berterusan anak-anak mereka amat penting kerana harini bukan sahaja masalah sosial boleh berlaku di luar pandangan ibubapa,malahan di depan mereka juga boleh berlaku. Sebagai contoh,Kebanyakan pelajar-pelajar sudah mempunyai laman sosial sendiri seperti twitter, facebook dan sebagainya dan hal ini boleh mempengaruhi tingkahlaku dan psikologi anak2 untuk bersikap tidak senonoh didalam dunia mayanya.tambahan lagi,Laman sosial ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar dan pengguna yang berumur 20 tahun ke atas bahkan kanak-kanak juga memilikinya.Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka tidak leka bermain dengan gadjet-gadjet seperti PS2, Facebook, iPad dan lain-lain lagi sehingga mereka lupa untuk belajar. Pemantauan oleh ibubapa adalah amat penting. Pendidikan tentang teknologi juga perlu diterapkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka.
Peranan ketiga adalah guru-guru disekolah. Guru-guru merupakan individu yang banyak menghabiskan masa bersama pelajar-pelajar selepas ibubapa mereka. Guru-guru perlu bertanggungjawab dan memainkan peranannya sebagai pendidik. Mereka perlu mendidik pelajar-pelajar tentang kepentingan penggunaan teknologi yang betul terutama aspek tingkahlaku walaupun keupayaan pelajar dalam celik it adalah tinggi. Kesedaran tentang penyalahgunaan teknologi perlu diterapkan di dalam pembelajaran secara formal ataupun tidak formal. Mereka juga perlu mengawasi aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar mereka supaya tidak menjejaskan sahsiah mereka.

Selain itu kesedaran individu juga penting. Pengguna ataupun pelajar itu sendiri haruslah bijak dalam mengaplikasikan teknologi yang ada dalam kehidupan mereka. Mereka perlu tahu batas - batas dalam penggunaan teknologi ini dan tidak mengikut perkembangan it secara mutlak sebaliknya menggunakan untuk memperoleh sesuatu yang positif sahaja.

Memberi Ceramah dan mengadakan kempen kepada pelajar dan orang awam tentang penyalahgunaan kemudahan teknologi. Ceramah ini boleh dterapkan aspek kesedaran tentang kepentingan it dan bahaya it sekiranya disalahguna.Penjelasan tentang ciri-ciri atau bentuk kesalahan dalam penggunaan teknologi juga boleh disampaikan. Selain itu ceramah ini juga boleh memperkenalkan penggunaan teknologi yang betul dan kepentingan penggunaannya sebagai contoh penggunaan software antiporn yang boleh menyekat penggunaan web site berunsur lucah. Perkara ini amat penting kepada golongan ibubapa terutamanya mereka yang kurang mahir dalam teknologi. kesan-kesan penyalahgunaan teknologi juga perlu disampaikan kepada mereka terutamanya kesan jangka pendek dan juga kesan jangka panjang.

1.MOHD ALIFF BIN ABDUL WAHAB
2.A128371
3.TAHUN 3
4.FSSK
5.alifaring@gmail.com
6.ALIFF WAHABalifwahabhttps://www.blogger.com/profile/15852202654526280167noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-12434584327174645932011-09-28T07:51:40.293-07:002011-09-28T07:51:40.293-07:00This comment has been removed by the author.alifwahabhttps://www.blogger.com/profile/15852202654526280167noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-85506598982202788042011-09-28T07:49:10.170-07:002011-09-28T07:49:10.170-07:00Assalamualaikum..
Antara langkah yang boleh dilak...Assalamualaikum..

Antara langkah yang boleh dilakukan bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar khususnya dan pengguna amnya yang pertama ialah bimbingan dan pemantauan ibu bapa. Ibu bapa merupakan antara agen terpenting bagi membentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa bukan hanya sekadar membimbing dan memantau aktiviti anak-anak di dunia nyata tetapi juga di dunia maya mereka. Kecanggihan teknologi kini menyebabkan ramai anak-anak terdedah dengan ramai kenalan di laman sosial seperti facebook, Twitter dan sebagainya. Kesilapan dalam memilih rakan yang salah mampu mengundang padah. Sebagai contoh, ibu bapa harus membimbing anak-anak supaya bijak memilih rakan dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji orang yang tidak dikenali.

Langkah kedua pula ialah peranan ibu bapa untuk menerapkan nilai-nilai didikan agama dan moral dalam kalangan anak-anak mereka. Penerapan nilai-nilai keagamaan ini penting bagi memastikan anak-anak memiliki jati diri yang kukuh. Jati diri yang kukuh mampu melahirkan insan yang berdisiplin dan memiliki sahsiah terpuji yang mampu menolak perkara-perkara negatif menerusi penggunaan teknologi dan inovasi kini mempengaruhi pemikiran dan tindakan mereka.

Langkah ketiga yang boleh dilaksanakan ialah peranan kerajaan untuk menapis maklumat serta kandungan yang berada dalam saluran televisyen mahupun internet. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak adegan-adegan negatif yang dipaparkan di televisyen mahupun internet. Pendedahan kandungan-kandungan ini bukan sahaja terdedah kepada golongan dewasa malahan kanak-kanak juga akan terdedah pada kandungan negatif ini. Sebagai contoh, kandungan negatif yang terkandung dalam adegan-adegan cerita barat tidak seharusnya dipaparkan di televisyen ataupun perlu ditapis sebelum ditayangkan manakala kandungan pornografi di internet seharusnya disekat sama sekali oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan generasi muda kini terpengaruh budaya tidak bermoral.

Langkah keempat untuk mengatasi masalah ini ialah peranan pihak sekolah. Sekolah bukan sahaja bertindak selaku gedung ilmu pengetahuan malahan berperanan bagi melahirkan insan yang cemerlang sahsiah dan disiplinnya. Sebagai contoh, pihak sekolah seharusnya mendidik para pelajar cara yang betul untuk menggunakan peralatan teknologi serta menerangkan kesan negatif sekiranya menyalahgunakan teknologi ini.

Langkah kelima pula ialah kesedaran individu tentang kepentingan bermasyarakat dalam kehidupan. Umum mengetahui bahawa, kepelbagaian teknologi canggih kini menyebabkan lebih ramai masyarakat menghabiskan aktiviti mereka dengan menggunakan teknologi canggih Sebagai contoh, fenomena bermain permainan di telefon bimbit atau mendengar lagu semasa menunggu bas sudah menjadi kebiasaan masyarakat kini. Di samping itu, kanak-kanak pada masa ini lebih terdedah dengan kepelbagaian permainan komputer yang melalaikan. Perkara-perkara seperti ini perlu dihadkan kerana mampu membentuk karakter masyarakat yang individualistik. Justeru itu, setiap individu haruslah bijak untuk menggunakan teknologi dan inovasi ini agar mampu mengimbangi kepentingan hidup bermasyarakat bagi merapatkan hubungan sesama insan supaya mampu melahirkan insan yang mempunyai sahsiah dan disiplin yang terpuji.

1) Mohamad Ridzlan Bin Mohd Sidek
2) A128230
3) Tahun 3
4) Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan
5) ridzlansidek@yahoo.com
6) Mohamad RidzlanRidzlanhttps://www.blogger.com/profile/03516524009100716676noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-13842964093655382312011-09-28T07:43:12.878-07:002011-09-28T07:43:12.878-07:00This comment has been removed by the author.Ridzlanhttps://www.blogger.com/profile/03516524009100716676noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-51627311676740210452011-09-28T06:44:33.586-07:002011-09-28T06:44:33.586-07:00mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam mem...mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar. Guru-guru perlu selalu mengawasi aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar mereka supaya tidak menjejaskan sahsiah mereka. Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru-guru ialah dengan mengawasi aktiviti dan gerak-geri mereka ketika menjalani kelas komputer atau sering sibuk di makmal komputer dan lain-lain. Guru-guru juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar tidak membawa alat-alat teknologi yang dilarang pengunaannya di sekolah. Walaupun terdapat peraturan tegas di sekolah terhadap larangan membawa telefon bimbit ke sekolah, namum masih terdapat ramai pelajar yang melakukannya, termasuk para pengawas. Bukan sahaja telefon bimbit, tetapi juga peralatan canggih yang lain seperti ipad, mp3 player dan sebagainya. Sejurus dengan itu, guru-guru perlulah memainkan peranan mereka dengan mengadakan pemeriksaan yang lebih kerap dan lebih peka terhadap gerak geri pelajar mereka.

Langkah yang lebih besar harus diambil oleh pihak kerajaan. Kerajaan perlulah mengadakan ceramah serta kempen-kempen yang memberikan pelajar suatu gambaran yang jelas mengenai penyalahgunaan teknologi dan inovasi serta akibatnya. Sebelum itu, pihak kerajaan harus menetapkan peraturan atau undang-undang yang lebih ketat terhadap penyalahgunaan teknologi dan inovasi ini. Kerajaan perlulah mendidik pelajar-pelajar supaya mereka dapat memahami baik dan buruk yang terdapat pada teknologi dan inovasi yang menular pada hari ini. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu membangkitkan kesedaran terhadap kesan-kesan teknologi dan inovasi terhadap pelajar-pelajar pada masa kini dan pada masa yang akan datang. Pihak kerajaan juga boleh membawa perubahan dengan mengadakan pelbagai aktiviti di peringkat sekolah bagi membantu mengembalikan kegemilangan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan bantuan teknologi dan inovasi. Dengan cara ini, para pelajar dapat meluangkan masa dengan melakukan sesuatu yang lebih berfaedah, sekaligus mengurangkan penggunaan serta sikap bergantung terhadap teknologi dan inovasi semata-mata.

Antara langkah lain yang boleh mengelakkan penjejasan sahsiah dan disiplin para pelajar dapat dilakukan dengan bantuan pihak media. Pada masa kini, pihak media mempunyai pengaruh yang lebih kuat daripada rakan sejagat. Ini adalah kerana para pelajar lebih terdedah kepada media berbanding dengan buku teks sekolah. Media mempunyai daya tarikan yang begitu kuat terhadap para pelajar dimana mereka lebih mengikut apa sahaja yang dipaparkan di media daripada mendengar cakap orang tua mereka atau guru-guru di sekolah. Oleh itu, media boleh digunakan sebagai satu sumber bagi memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar. Dengan cara yang kreatif dan kritis, pihak media boleh membantu dalam membawa kesedaran tentang penggunaan teknologi dan inovasi dengan betul, dengan memaparkan advertasi-advertasi atau program-program yang relevan dengan isu ini. Media juga boleh dijadikan sebagai medium membentuk pelajar ke arah menjadi insan bersahsiah dan berdisiplin.
Pada pendapat saya cadangan-cadangan di atas merupakan antara beberapa langkah baik yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

Nama: Jennifer Jeyashri a/p Anthony Alex
Matrik: A127352
Tahun pengajian: Tahun 3
Fakulti: FSSK
e-mail: jshni89@hotmail.com
facebook: jennykuttygurl@yahoo.com [Yashree Karthik]Y@SHREE K@RTHiKhttps://www.blogger.com/profile/00030089603681506603noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-51982950649774440112011-09-28T06:43:44.840-07:002011-09-28T06:43:44.840-07:00Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mengawal ak...Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mengawal aktiviti harian anak-anak mereka. Pada pendapat saya, apabila penyalahgunaan teknologi dan inovasi berlaku dalam kalangan pelajar, ibu bapalah yang perlu dipersalahkan. Ini adalah kerana, ibu bapa terlalu manjakan anak-anak mereka dengan membelikan telefon bimbit serta alatan teknologi lain untuk anak-anak yang masih di bangku sekolah tanpa menghiraukan kesan dan akibatnya. Apabila menyedari kesilapan ini, adalah terlalu lambat; nasi telah menjadi bubur. Oleh itu, ibu bapa perlu tegas dengan anak-anak berkenaan dengan penggunaan telefon bimbit dan komputer, serta selalu mengawasi aktiviti mereka yang berkaitan dengan alatan teknologi yang canggih ini. Ini adalah untuk memastikan bahawa teknologi dan inovasi ini tidak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berunsur negatif. Walaupun pada kala ini teknologi dan inovasi ini adalah penting kepada para pelajar, namun ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan memastikan penggunaan peralatan itu supaya ia tidak menjejaskan sahsiah dan disiplin anak-anak mereka.

Seterusnya pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan teknologi dan inovasi ini tidak menjejaskan sahsiah dan disiplin pelajar. Para pelajar menghabiskan lebih banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Oleh itu pihak sekolah harus menetapkan beberapa peraturan ketat yang dikuat kuasakan di sekolah bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi dan inovasi. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar-pelajar. Pada hari ini, semua sekolah mempunyai makmal komputer dan subjek berlandaskan teknologi tersendiri. Pihak sekolah perlu mengehadkan tahap ‘exposure’ dalam kelas-kelas komputer ini. Sebagai contoh, pihak sekolah perlulah merekodkan penggunaan komputer di makmal komputer dan hanya membenarkan pelajar menggunakan perkhidmatan komputer dengan pengawasan guru-guru di sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga perlu menyekat beberapa laman web yang mungkin akan menarik perhatian pelajar-pelajar untuk penggunaan bukan berunsur akademik; seperti Facebook dan sebagainya. Oleh itu, peranan pihak sekolah amat penting dalam isu ini.

Institusi penting yang seterusnya dalam isu ini ialah guru-guru di sekolah. Walaupun langkah ini bercanggah dengan yang sebelumnya, saya perlu menegaskan di sini bahawa ‘pihak sekolah’ dan ‘guru-guru’ merupakan dua institusi yang berlainan. Pihak sekolah adalah pentadbiran manakala guru-guru merupakan mereka yang mempunyai hubungan terus dengan para pelajar. Secara lazimnya guru-guru merupakan ibu bapa di sekolah. Para pelajar menghabiskan lebih banyak masa bersama dengan guru-guru berbanding dengan ibu bapa mereka. Oleh itu guru-guruY@SHREE K@RTHiKhttps://www.blogger.com/profile/00030089603681506603noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-26671458608889870952011-09-28T06:01:46.264-07:002011-09-28T06:01:46.264-07:001. Peranan ibu bapa adalah amat penting untuk mema...1. Peranan ibu bapa adalah amat penting untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Ibu bapa perlu megawasi dan membimbing anak-anaknya semasa mereka mengguna teknologi. Dengana ada kawalan daripada ibu bapa, ini dapat memastikan golongan muda ini tidak akan menyalahgunakan kemudahan teknologi ini. Masa untuk mereka berhadapan dengan teknologi ini juga dapat dikawal oleh ibu bapa.

2. Pendidikan juga adalah penting untuk membimbing pelajar mengguna kemudahan teknologi dengan cara yang betul. Dengan pendidikan yang betul, pelajar tidak akan menyalahgunakan kemudahan teknologi.

3. Pihak kerajaan pulak harus selalu mengadakan kempen kesedaran untuk golongan muda supaya dapat membimbing mereka cara yang betul untuk mengguna kemudahan teknologi ini. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada golongan muda ini untuk menarik mereka mengambil bahagian agar mereka tidak hanya berdepan dengan benda teknologi sahaja.

4. Media massa juga memainkan peranan yang penting dengan mengedarkan informasi yang betul dan tepat untuk golongan muda. Media massa perlu sentiasa menyampaikan informasi yang terkini tentang kebaikan dan keburukan teknologi supaya golongan pengguna tidak akan menyalahgunakannya.

5. Menguatkuasakan undang-undang tenteng teknologi dapat mencegah golongan muda ini tidak menyalangunakan teknologi dengan sewenang-wenangnya. Selain itu, undang-undang tentang jenayah siber juga harus menepati teknologi semasa supaya dapat melindungi pengguna-pengguna siber.

NAMA : Wong Bi Shan
NO MATRIK :A129575
TAHUN PENGAJIAN: 3
FAKULTI: FST
EMAIL: bishan1103@hotmail.com
FACEBOOK: Bi Shan Wong33https://www.blogger.com/profile/14989384921117853563noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-5859357987440860652011-09-28T04:36:12.939-07:002011-09-28T04:36:12.939-07:00Teknologi dan inovasi amat penting pada masa kini,...Teknologi dan inovasi amat penting pada masa kini,bagi membolehkan kita mengharungi kehidupan kini yang lebih mencabar dan penuh dengan rintangan.Namun begitu di sebabkan oleh beberapa faktor tertentu terdapat sesetengah masyarakat menyalahgunakan kemudahan teknologi dan inovasi yang ada. oleh itu beberapa langkah perlu di ambil bagi memastikan teknologi dan inovasi ysng sds tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah masyarakat khususnya golongan pelajar.

1. KESEDARAN SIVIK
setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam diri masing-masing. seseorang yang menpunyai kesedaran sivik yang baik akan memikirkan dahulu kesan dan akibat sebelum melakukan sesuatu perkara.Oleh itu pihak-pihak tertentu seperti institut-institut pengajian harus lebih menekan tentang kesedaran sivik para pelajar,contohnya mengenai pengunaan barangan teknologi dan inoasi tersebut. Agar mereka dapat menggunakan teknologi dan inovasi ke jalan yang betul dan seterusnya memberi manfaat kepada meraka,bangsa dan negara tercinta.

2. PERANAN KERAJAAAN
Bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan salsiah pelajar,kerajaan harus lebih mempergiatkan lagi pemantau tentang penggunaan teknologi seperti internet dalam kalangan pelajar. Pemantauan yang kerap dan berterusan dapat megelakan salah laku tentang penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar. contohnya: kerajaan menyekat laman-laman web porno,berunsur hasutan,berunsur keganasan dan sebagainya. hal ini,sedikit sebanyak dapat menghalang daripada kerosakan salsiah dan keruntuhan disiplin pelajar.

3. BIMBINGAN
Pihak-pihak tertentu seperti pihak kerajaaan,ibubapa,guru harus membimbing pelajar tentang teknologi dan inovasi dengan lebih mendalam.Dengan adanya bimbingan yang berterusan dan mendalam,ini membolehkan pelajar menggunakan kemudahan teknologi dengan lebih baik,seterusnya dapat mngelak daripada keruntuhan moral dan salsiah mereka.

4.UNDANG-UNDANG
melalui langkah ini,sesiapa yang menyalahgunakan teknologi dan inovasi seperti menbuat panggilan palsu,melayari laman web yang tidak sepatutnya,patut dikenakan hukuman yang lebih berat seperti penjara dan denda. hal ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat lain khususnya golongan pelajar tentang kesan atau hukuman akibat daripada melakukan perkara tersebut.

5. KEMPEN
Kerjasama daripada badan-badan seperti kerajaan,NGO,sekolah,pusat-pusat pengajian yang lain amat diperlukan bagi memastikan anak-anak bangsa khususnya golongan pelajar dapat memanfaatkan kemudahan teknologi dan inovasi ini dengan baik dan berkesan. Jesteru itu,langkah yang perlu di ambil adalah seperti mengadakan kempen tentang pengguna teknologi dan inovasi dengan betul.Dengan adanya Kempen seperti ini,sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang penggunaan teknologi dan inovasi dengan lebih baik dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada mereka.

NAMA : MOHD ROSIDI BIN RODZI
NO MATRIK :A128223
TAHUN PENGAJIAN: 3
FAKULTI: FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
EMAIL: rosidirodzi@rocketmail.com
FACEBOOK: Mohd Rosidirosidihttps://www.blogger.com/profile/10453902817553939124noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-82187062749210149592011-09-27T22:57:54.277-07:002011-09-27T22:57:54.277-07:00Assalamualaikum Mejar Jasmy,
Langkah yang perlu d...Assalamualaikum Mejar Jasmy,

Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya antaranya ialah dengan melaksanakan sistem pemantauan berskala yang berterusan. Tujuannya ialah untuk mengawal setiap perlakuan para pengguna terutama para pelajar khasnya, dalam penggunaan teknologi yang ada pada masa kini. Remaja kini semakin bijak dalam memanipulasi teknologi terutama dengan penggunaan internet ke arah perkara yang melalaikan. Oleh itu pemantauan ibu bapa khususnya dilihat penting dalam proses memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab remaja dalam penggunaan teknologi dengan betul.

Langkah kedua ialah dengan memperkenalkan teknologi yang bersesuaian dengan umur dan keperluan remaja. Kebanyakan generasi muda hari ini diperkenalkan kepada teknologi yang mungkin belum bersesuaian dengan tahap perkembangan mental mereka. Ibu bapa perlu mengambil bahagian dalam mendidik anak sejak kecil untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlalu leka dan hanyut dalam perkembangan teknologi masa kini. Sekiranya gagal dan fenomena ini dibiarkan berterusan, ia mungkin akan menjadikan generasi akan datang menjadi pasif dan kurang produktif.

Langkah ketiga yang wajar dilaksanakan pula ialah melalui peranan kerajaan itu sendiri. Dengan masuknya kebanyakan teknologi ke Malaysia pada hari ini, ia akan mendedahkan masyarakat dengan dunia luar yang mungkin boleh menyebarkan pengaruh yang tidak baik terhadap negara. Nilai-nilai barat yang disebarkan melalui penggunaan teknologi canggih secara internet mungkin meresapi jiwa remaja muda kita dan seterusnya menghilangkan jati diri bangsa masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerajaan sepatutnya menapis dan memilih teknologi yang mana wajar diserap masuk ke dalam negara kita bersesuaian dengan norma dan jati diri masyarakat Malaysia sahaja.

Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran kepada pengguna mengenai teknologi dan inovasi. Golongan pengguna khususnya remaja perlu diberi pendedahan mengenai sesuatu teknologi dan inovasi ini sama ada dari segi kebaikan dan keburukan penggunaannya. Pendedahan yang berterusan membantu remaja dalam memaksimumkan penggunaan teknologi secara cekap dan bertanggungjawab.

Masyarakat juga seharusnya mengambil bahagian dalam membantu mengurangkan masalah disiplin akibat penggunaan teknologi yang meluas. Mereka tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak kerajaan semata-mata. Masyarakat harus bersama-sama menyedarkan golongan remaja agar tidak terjebak lagi ke dalam masalah disiplin berkaitan penggunaan teknologi secara salah ini. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengadakan program-program kemasyarakatan yang melibatkan golongan belia. Contohnya seperti penganjuran aktiviti yang sihat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan surau berdekatan. Melalui penganjuran aktiviti sihat seperti ini, ia dapat melahirkan generasi golongan remaja yang sihat, hebat dan berketerampilan.

1. Muhammad Hilmi Bin Mahfol
2. A128153
3. Tahun 3
4. Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan
5. Hilmim26@Yahoo.Com
6. Hilmi Mahfolmuhd hilmi bin mahfolhttps://www.blogger.com/profile/04874312016834473736noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8891263867231645386.post-2139260303748868942011-09-27T18:51:17.891-07:002011-09-27T18:51:17.891-07:00Antara langkah yang paling utama bagi memastikan d...Antara langkah yang paling utama bagi memastikan disiplin dan sahsiah pelajar khasnya dan pengguna amnya tidak terjejas akibat teknologi dan inovasi ialah pelajar atau pengguna itu sendiri mestilah bijak dalam menggunakan teknologi yang canggih itu. Hal ini kerana, hanya mereka sahaja yang dapat mengawal apa yang mereka sedang lakukan. Contohnya, kewujudan ‘smartphones’ seperti BlackBerry dan iPhone yang membolehkan mereka menggunakan keseluruhan fungsi di dalamnya tanpa had termasuklah melayari internet. Jadi mereka harus tahu batasan dalam pengunaan teknologi tersebut hanya untuk tujuan kebaikan dan bermanfaat serta ingat bahawa di mana sahaja mereka berada, mereka sentiasa dalam pemerhatian ‘CCTV’ Tuhan.

Langkah kedua, pihak kerajaan juga mesti mengambil langkah yang sewajarnya dalam mengharungi dunia berteknologi ini dengan menyekat kemasukan laman-laman sesawang yang tidak sesuai digunakan untuk menjaga sahsiah dan disiplin pelajar dan pengguna. Hal ini kerana teknologi kini lebih tertumpu dalam kecanggihan dalam berinternet dan berkomunikasi di laman-laman sosial terutama golongan pelajar. Contohnya, laman ‘youtube’ yang terdapat pelbagai jenis video sama ada baik atau buruk, kerajaan harus mengambil langkah awal dengan menyekat, menapis dan meminimakan video yang boleh mempengaruhi pelajar dan pengguna sehingga merosakkan mereka.

Seterusnya, yang turut sama memain peranan adalah ibu bapa. Seperti yang kita tahu, di era kemodenan ini, kanak-kanak seawal usia 6 tahun sudah memiliki telefon bimbit sendiri dan sudah bijak dalam penggunaan internet. Ibu bapa mesti mengawal dan menjadi pemerhati ketika anak-anak sedang menggunakan alat-alat teknologi ini. Contohnya, ibu bapa mesti memeriksa setiap hari telefon bimbit anak-anak mereka, membuat ‘parental control’ bagi setiap komputer yang ada dan bagi mereka yang berkemampuan boleh memasang ‘CCTV’ tersembunyi di rumah. Maka, ibu bapa dapat memantau aktiviti anak dan tahu apa yang dilakukan anak-anak.

Pihak sekolah, iaitu peringkat sekolah rendah dan menengah, perlu turut sama berganding bahu dalam memastikan kecemerlangan sahsiah dan disiplin pelajar-pelajar mereka. Larangan membawa telefon bimbit, komputer riba atau ‘pc tablet’ ke sekolah seperti yang telah dilaksanakan adalah amat baik, namun tidak semua pelajar mematuhinya. Oleh itu, pihak sekolah perlu melakukan ‘spot check’ secara kerap dan mengenakan mandatori dengan merampas alat-alat tersebut tanpa memulangkannya kembali. Hal ini boleh dimulakan dengan menandatangani perjanjian antara pelajar, ibu bapa dan sekolah semasa pelajar tersebut baru mendaftar pada setiap awal tahun sebagai tanda amaran. Ini bagi mengelakkan pihak ibu bapa menyaman pihak sekolah apabila anak-anak merungut alat yang dibawa ke sekolah itu, dirampas.

Langkah terakhir iaitu kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam mahupun swasta, pihak universiti atau kolej, perlu lebih tegas dalam melaksanakan peraturan. Hal ini kerana, kebanyakan institut pengajian hanya mengambil remeh isu-isu ini dengan beranggapan bahawa pelajar IPT sudah besar dan cukup matang. Hakikatnya mereka lebih bijak dalam melakukan penyelewengan di alam maya. Pihak institut mesti memantau aktiviti mereka dalam berinternet kerana masa pelajar ini banyak dihabiskan dengan melayari internet untuk mencari bahan tugasan dan mungkin dalam masa yang sama mereka melayari sesuatu yang tidak elok. Contoh hukuman yang boleh diambil ialah dengan membuang pelajar tersebut daripada institusi berkenaan setelah memberi amaran kedua kepada mereka. Semua langkah tersebut wajar diambil bagi memastikan sahsiah dan didiplin pelajar dan pengguna teknologi cemerlang, gemilang dan terbilang.

1.NOR NABIHAH BT SEDIK
2.A132747
3.TAHUN 2
4.FSSK
5.anna_h3artthr0b@yahoo.com
6. Sekeping HatiHanaNabihahhttps://www.blogger.com/profile/00403350355973570066noreply@blogger.com