Tuesday, March 1, 2011

GE2123 Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan : Sem 2 2010/2011. Pembudayaan Teknologi


Pembudayaan adalah sesuatu yang berkaitan dengan amalan atau rutin dalam sesebuah masyarakat. Contoh seperti budaya membaca yang dipupuk dari kecil akan menjadikan seseorang itu gemar membaca dan akhirnya menjadikannya sebagai satu amalan harian. Begitu juga dengan pembudayaan ICT dalam era siber sekarang memerlukan pengetahuan dan amalan berterusan agar tidak ketinggalan dengan kepesatan teknologi semasa.


Justeru itu sesuai dengan perkembangan dan kepesatan kemajuan teknologi terkini, ia amat relevan dengan aktiviti harian baik sebagai pelajar, pekerja, pemimpin mahu pun pengguna dalam masyarakat. Sebagai pelajar universiti, fikirkan beberapa langkah yang boleh diambil bagi membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian.


Tugas anda.


1. Senaraikan 5 langkah-langkah bagi membudayakan teknologi dengan bersertakan contoh dan huraian.


2. Gunakan bahasa perbincangan rasmi.


3. Diakhir perbincangan, masukkan nama, no. matriks, fakulti dan tahun pengajian.


4. Hantar sebelum kelas tutorial pada 8 Mac 2011

Monday, January 24, 2011

GD1123 Sem 2 2010/2011 : Pendidikan di Universiti Ke Arah Transformasi


Kebanjiran penubuhan Kolej dan Universiti samada di peringkat IPTA mahu pun IPTS menunjukkan fenomena yang positif ke arah memartabatkan lagi institusi pendidikan negara. Di tambah lagi dengan pemberian taraf RU (Research University) kepada UM, UKM, UPM dan USM menampakkan lagi keseriusan kerajaan untuk menjadikan institusi pendidikan di negara ini mampu menyaingi dan menandingi universiti-universiti lain di seluruh dunia.


Sebagai warga kampus yang perihatin, cadangkan 7 langkah ke arah pembaikan yang realistik bagi memastikan pendidikan di universiti terus-terus mendominasi pengeluaran para siswazah yang berkualiti.


Tugasan anda:-

1. Tuliskan nama sebenar

2. No. Matrik

3. Tahun pengajian

4. Fakulti

5. Email

6. Gunakan bahasa formal dalam perbincangan.
7. Post komen anda sebelum 8 Feb 2011

Thursday, September 2, 2010

GE6573 PROMOSI & PASARAN TEK. MAKLUMAT SEM 1 2010/2011



Pelbagai kaedah dan strategi boleh dilaksanakan dalam mempromosi dan memasarkan bahan berkaitan Teknologi Maklumat. Ianya boleh dilakukan samada secara manual atau digital. Samada secara berteknologi tinggi atau rendah dan tidak kira masa, tempat dan situasi. Tujuan promosi adalah untuk memberi pendedahan maklumat kepada seluruh masyarakat tentang sesuatu produk agar mendapat sumber yang tepat. Sementara pemasaran pula adalah strategi yang digunakan untuk membolehkan sesuatu produk dapat diterima dan digunapakai oleh pengguna.

Justeru itu, huraikan 5 faktor yang menghalang aktiviti promosi pendidikan dan 5 cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Tugasan anda:-

* Gunakan bahasa perbincangan yang formal dari segi isi, contoh dan penjelasan.

* Sertakan di akhir perbincangan NAMA dan No. Pelajar

* Masukan data dan fakta serta rujukan yang terbaru (minimum 5 rujukan jurnal atau kertas kerja)

* Post sebelum 23 Sept 2010.

Sunday, August 15, 2010

GE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEM 1 2010/2011 (PIPAQ)



Teknologi Pendidikan merupakan suatu bidang yang bersifat merentasi kurikulum. Semua guru atau tenaga pengajar boleh mengaplikasikan kelebihan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak semestinya guru yang berstatus guru ICT sahaja yang akan menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar. Semua guru termasuk guru-guru Pendidikan Islam dan Al-Quran (PIPAQ) perlu membudayakan penggunaan teknologi selaras dengan aspirasi negara yang mahu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bertaraf dunia.

Beri 7 saranan anda bagaimana guru-guru PIPAQ boleh menjadikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Tulis nama dan no. matrix di bahagian bawah penulisan komen anda.

Gunakan bahasa perbincangan formal dalam komen anda.

Friday, August 13, 2010

QKS 2120 BOLA TAMPAR SEM 1 2010/2011 KI DALAM KO-K



Kemahiran Insaniah atau KI juga disebut soft skill merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika ini. Kurikulum yang digubal menjadi satu kesinambungan apabila ia dilakukan di luar kelas pembelajaran yang dipanggil aktiviti ko-kurikulum. Pada kebiasaannya ia berbentuk praktikal bagi aspek teori yang telah dipelajari di dalam kelas. Justeru bagi pembentukan akademik dan sahsiah yang cemerlang di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di universiti, adalah amat penting aspek KI ini menjadi teras dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Tugasan anda:-

* Berasaskan aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang dijalankan, beri 7 saranan anda bagaimana aspek KI ini dapat diperolehi.

* Sertakan di akhir perbincangan NAMA dan No. Pelajar

* Gunakan bahasa perbincangan yang formal.

* Sila buka account email gmail untuk post comment

* Hantar sebelum 21 Ogos 2010.


Thursday, August 12, 2010

KQS 1041 BOLA TAMPAR SEM JULAI 2010 - PERANAN KO-KURIKULUM DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH



Aktiviti bersukan merupakan salah satu cabang penting dalam kegiatam ko-kurikulum selain menganggotai pasukan beruniform dan persatuan atau kelab. Bersukan mampu dalam proses pembentukan sahsiah pelajar ke arah lebih cemerlang dan berkualiti. Justeru itu aktiviti bersukan perlu menjadi satu budaya dalam kehidupan seharian dalam usaha seseorang itu terus menerus kekal dalam tahap kesihatan yang baik. Ia dianggap proses pencegahaan yang terbaik dan bukan rutin rawatan yang perlu dilakukan selepas ditimpa penyakit.

Cadangkan 5 saranan bagi seseorang pelajar aktif dalam sukan bagi menjamin pembentukan sahsiah yang cemerlang. Tuliskan nama, no pelajar dan program pengajian di bawah komen anda.

Wednesday, August 11, 2010

GE2123 TEKNO & INOVASI DLM PENDIDIKAN SEM 1 2010/2011. KUASAI TEKNOLOGI PEMBELAJARAN



Tahun 2010 merupakan tahun ke 53 negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan tidak diperolehi dengan mudah sama ada di meja rundingan atau pun menerusi jalan peperangan. Justeru itu sebagai generasi yang lahir selepas merdeka adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap warganegara untuk mempertahankan dan memakmurkan negara. Salah satu cara ialah menerusi penguasaan bidang teknologi dalam pendidikan. Pendidikan merupakan elemen yang terpenting dalam menjadikan sesebuah bangsa bertamadun dan dipandang tinggi di sisi masyarakat. Justeru itu perlu diperlakukan banyak usaha ke arah memartabatkan bangsa Malaysia agar dapat berdaya saing dan mennguasai peluang-peluang yang ditawarkan.

Cadangkan 5 perkara untuk menguasai bidang teknologi dalam pembelajaran. Taip nama, Matrix dan sem serta sesi pengajian anda di bawah penulisan anda.