Thursday, September 2, 2010

GE6573 PROMOSI & PASARAN TEK. MAKLUMAT SEM 1 2010/2011



Pelbagai kaedah dan strategi boleh dilaksanakan dalam mempromosi dan memasarkan bahan berkaitan Teknologi Maklumat. Ianya boleh dilakukan samada secara manual atau digital. Samada secara berteknologi tinggi atau rendah dan tidak kira masa, tempat dan situasi. Tujuan promosi adalah untuk memberi pendedahan maklumat kepada seluruh masyarakat tentang sesuatu produk agar mendapat sumber yang tepat. Sementara pemasaran pula adalah strategi yang digunakan untuk membolehkan sesuatu produk dapat diterima dan digunapakai oleh pengguna.

Justeru itu, huraikan 5 faktor yang menghalang aktiviti promosi pendidikan dan 5 cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Tugasan anda:-

* Gunakan bahasa perbincangan yang formal dari segi isi, contoh dan penjelasan.

* Sertakan di akhir perbincangan NAMA dan No. Pelajar

* Masukan data dan fakta serta rujukan yang terbaru (minimum 5 rujukan jurnal atau kertas kerja)

* Post sebelum 23 Sept 2010.

Sunday, August 15, 2010

GE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEM 1 2010/2011 (PIPAQ)



Teknologi Pendidikan merupakan suatu bidang yang bersifat merentasi kurikulum. Semua guru atau tenaga pengajar boleh mengaplikasikan kelebihan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak semestinya guru yang berstatus guru ICT sahaja yang akan menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar. Semua guru termasuk guru-guru Pendidikan Islam dan Al-Quran (PIPAQ) perlu membudayakan penggunaan teknologi selaras dengan aspirasi negara yang mahu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bertaraf dunia.

Beri 7 saranan anda bagaimana guru-guru PIPAQ boleh menjadikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Tulis nama dan no. matrix di bahagian bawah penulisan komen anda.

Gunakan bahasa perbincangan formal dalam komen anda.

Friday, August 13, 2010

QKS 2120 BOLA TAMPAR SEM 1 2010/2011 KI DALAM KO-K



Kemahiran Insaniah atau KI juga disebut soft skill merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika ini. Kurikulum yang digubal menjadi satu kesinambungan apabila ia dilakukan di luar kelas pembelajaran yang dipanggil aktiviti ko-kurikulum. Pada kebiasaannya ia berbentuk praktikal bagi aspek teori yang telah dipelajari di dalam kelas. Justeru bagi pembentukan akademik dan sahsiah yang cemerlang di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di universiti, adalah amat penting aspek KI ini menjadi teras dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Tugasan anda:-

* Berasaskan aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang dijalankan, beri 7 saranan anda bagaimana aspek KI ini dapat diperolehi.

* Sertakan di akhir perbincangan NAMA dan No. Pelajar

* Gunakan bahasa perbincangan yang formal.

* Sila buka account email gmail untuk post comment

* Hantar sebelum 21 Ogos 2010.


Thursday, August 12, 2010

KQS 1041 BOLA TAMPAR SEM JULAI 2010 - PERANAN KO-KURIKULUM DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH



Aktiviti bersukan merupakan salah satu cabang penting dalam kegiatam ko-kurikulum selain menganggotai pasukan beruniform dan persatuan atau kelab. Bersukan mampu dalam proses pembentukan sahsiah pelajar ke arah lebih cemerlang dan berkualiti. Justeru itu aktiviti bersukan perlu menjadi satu budaya dalam kehidupan seharian dalam usaha seseorang itu terus menerus kekal dalam tahap kesihatan yang baik. Ia dianggap proses pencegahaan yang terbaik dan bukan rutin rawatan yang perlu dilakukan selepas ditimpa penyakit.

Cadangkan 5 saranan bagi seseorang pelajar aktif dalam sukan bagi menjamin pembentukan sahsiah yang cemerlang. Tuliskan nama, no pelajar dan program pengajian di bawah komen anda.

Wednesday, August 11, 2010

GE2123 TEKNO & INOVASI DLM PENDIDIKAN SEM 1 2010/2011. KUASAI TEKNOLOGI PEMBELAJARAN



Tahun 2010 merupakan tahun ke 53 negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan tidak diperolehi dengan mudah sama ada di meja rundingan atau pun menerusi jalan peperangan. Justeru itu sebagai generasi yang lahir selepas merdeka adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap warganegara untuk mempertahankan dan memakmurkan negara. Salah satu cara ialah menerusi penguasaan bidang teknologi dalam pendidikan. Pendidikan merupakan elemen yang terpenting dalam menjadikan sesebuah bangsa bertamadun dan dipandang tinggi di sisi masyarakat. Justeru itu perlu diperlakukan banyak usaha ke arah memartabatkan bangsa Malaysia agar dapat berdaya saing dan mennguasai peluang-peluang yang ditawarkan.

Cadangkan 5 perkara untuk menguasai bidang teknologi dalam pembelajaran. Taip nama, Matrix dan sem serta sesi pengajian anda di bawah penulisan anda.

Thursday, March 25, 2010

QKS2120 BOLA TAMPAR SEM 2 2009/2010




Ko-Kurikulum bermaksud segala gerak kerja atau aktiviti yang dilakukan di luar kelas atau pada waktu pengajaran formal di dalam kelas atau di luar kawasan pembelajaran. Dalam erti kata lain, ko-kurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam kelas. Justeru itu dengan pengenalan Ko-kurikulum Berkredit (KKB) yang menekankan peri pentingnya aspek Kemahiran Insaniah (KI) diharapkan para mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja dapat menghayati malah mempraktiskannya dalam rutin kehidupan. Ketujuh-tujuh kemahiran Insaniah tersebut ialah:-

1. Kepimpinan
2. Komunikasi
3. Kerja kumpulan
4. Keusahawanan
5. Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
6. Pembelajaran Seumur Hidup
7. Etika dan Moral

Tugasan anda:-

* Berasaskan aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang telah dijalankan menerusi pertemuan sebanyak 14 kali sebelum ini, jelaskan berserta contoh yang spesifik aktiviti berkaitan ketujuh-tujuh aspek kemahiran Insaniah tersebut.

* Sertakan di akhir perbincangan NAMA dan No. Pelajar

* Gunakan bahasa perbincangan yang formal.

* Sila buka account email gmail untuk post comment

* Hantar sebelum 3 April 2010.

Wednesday, March 24, 2010

HHHS1403 BOLA TAMPAR II SEM 2 2009/2010 - TRANSFORMASI KO-KURIKULUM BERKREDIT (KKB)




Penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum merupakan kesinambungan daripada pembelajaran di dalam kelas atau dewan kuliah. Bezanya di dalam kelas lebih memberi tumpuan kepada aspek teoritikal berbanding aktiviti di luar kelas ke arah praktikal. Bagi melihat kesepaduan kedua-dua aspek tersebut memerlukan suatu penilaian yang berterusan bagi memastikan mahasiswa dan mahasiswi dapat memperolehi hasil pembelajaran (Learning outcomes) yang berkualiti. Justeru itu, dengan pengenalan Ko-Kurikulum Berkredit (KKB) kursus HHHS 1403 Bola Tampar II Sem 2 Sesi 2009/2010 UKM telah mengadakan Hari Simulasi Kejohanan Bola Tampar di Pulau Perhentian, Terengganu dari 20 - 21 Mac 2010 sebagai pelengkap penilaian kursus ini. Berdasarkan semua program yang telah dijalankan bermula dengan persiapan, aktiviti ceramah motivasi, penganjuran pertandingan, kemasyarakatan (jiwa murni), snurkling dan sebagainya, setiap pelajar perlu nyatakan 7 aspek KEMAHIRAN INSANIAH (KI)seperti berikut:-

1. Kepimpinan
2. Komunikasi
3. Kerja kumpulan
4. Keusahawanan
5. Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
6. Pembelajaran Seumur Hidup
7. Etika dan Moral


Sila sertakan contoh (jelaskan) dalam aktiviti yang dijalankan berdasarkan ketujuh-tujuh KI di atas. Tuliskan nama penuh dan no. matrix.