Friday, November 6, 2009

GE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2009/2010 - SIGNIFIKAN TEKNOLOGI DENGAN PENDIDIKAN


Teknologi dan pendidikan adalah suatu bidang yang sangat sinonim dari dulu hingga sekarang. Dari penggunaan tulisan atas pelepah tamar, dinding gua, atas batu kepada papan tulis sehinggalah terkini penggunaan m-pembelajaran. justeru itu adalah disarankan semua warga satu Malaysia yang cintakan ilmu, hendaklah merebut peluang agar mendalami bidang teknologi dalam pendidikan ini agar dapat merapatkan jurang informasi antara satu sama lain. Hadirilah kursus, bengkel atau seminar yang membincangkan isu-isu terkini berkaitan teknologi dalam pendidikan agar tidak terus tertinggal kerana teknologi besifat dinamik dan terlalu cepat mengalami kemajuan selari dengan kepesatan bidang sins dan teknologi. justeru diharap mereka yang sedang bergelar pelajar tidak kira bidang dan usia sekali pun perlu mendekatkan diri dan memasukkan diri dalam disiplin ini kerana sifat teknologi itu sendiri yang merentasi kurikulum.

44 comments:

  1. saya sangat bersetuju dengan subjek teknologi pendidikan yang telah diberikan oleh fakulti pendidikan ukm.ini kerana kita sebagai warga pendidik tidak harus tenggelam di telan arus zaman moden ini.ini berupaya meningkatkan kredibiliti kita sebagai guru zaman moden~

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan artikel di atas. pada zaman sekarang, tanpa teknologi suramlah proses pengjaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. anak-anak zaman sekarang lebih selesa menggunakan teknologi dalam pembelajaran mereka. ilustrasi yang terdapat dalam modul pengajaran dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah dan ringkas serta dapat difahami dengan lebih jelas dan mendalam. sebagai seorang pendidik mehupun pelajar, mereka perlu belajar menggunakan teknologi kerana teknologi dapat membantu mereka mempelajari ilmu dengan lebih meluas lagi terutama dalam bidang sains. tetapi teknologi juga mempunyai kelemahan tersendiri.

    ReplyDelete
  3. betul 2..sume kene pndai gne teknologi..tp beringat la..jgn teknolgi disalah gunekan...teknologi boleh jd manfaat dan memudaratkan..pilihla..

    ReplyDelete
  4. Teknologi pendidikan merupakan satu sistem pengajaran yang mencapai matlamat dalam merentasi ilmu yang bersifat lebih kearah masa hadapan yang bermutu tinggi dari segi pembelajaran dan pengajaran. Dari perspektif yang lain, ianya juga dapat meningkatkan pelajar-pelajar untuk lebih merantasi kurikulum.

    ReplyDelete
  5. Penggunaan Teknologii maklumat dalam pendidikan bersesuaian dengan zaman teknologi. Ia bukan sahaja memudahkan malah menjimatkan masa..
    masyarakat yang cintakan ilmu khususnya pelajar lebih mudah untuk mencari ilmu...

    ReplyDelete
  6. sy stuju bahawa teknologi pendidikan ini harus dipelajari oleh seluruh golongan. kita dapat lihat bahawa kini anak-anak yang baru berusia dlm lingkungan 10 tahun sudah pandai menggunakan komputer walaupun hanya dengan melayari laman web facebook ataupun friendster..oleh itu, minat anak-anak ini perlulah terus disemai supaya akan mendatangkan manfaat yang baik kepada negara kita.

    ReplyDelete
  7. subjek teknologi dalam pendidikan yang diajar di peringkat universiti dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajar...

    ReplyDelete
  8. yup, seiringan dengan perkembangan teknologi, sepatutnya setiap individu perlu lebih peka dengan kemudahan yang sedia ada ini. agar kemudahan teknologi tidak menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat.
    melalui teknologi pendidikan ia amat memberi manfaat kepada setiap individu dalam proses penyebaran ilmu dengan lebih cepat dan pantas.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. teknologi dan pendidikan merupakan satu peluang kepada para pelajar dapat meluaskan ilmu dalam bidang teknologi maklumat. malah ia dapat melahirkan isan yang celik IT. ilmu teknologi dan pendidikan haruslah dipelajari agar tidak menjadi insan yang ketinggalan.

    ReplyDelete
  11. memang tidak dapat dinafikan lagi, teknologi merupakan wahana terpenting dalam era globalisasi ini. dari perspektif seorang pelajar, kemahiran menggunakan perisian teknologi amatlah penting kerana segalanya adalah terletak di hujung jari anda. pendek kata, teknologi akan memodenkan kita dan memudahkan segala kerja dengan pantas.

    ReplyDelete
  12. Teknologi pada masa kini sememangnya menjadi perkara yang paling utama dalam kehendak kehidupan manusia.Dengan adanya teknologi walau dalam apa bidang sekalipun ia akan menjanjikan kemudahan yang palimg maksimum..Jika dilihat pada sekeliling kita, semua hal kita akan melibatkan teknologi.Teknologi dalam pendidikan pula akan menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk berusaha untuk mencapai tahap prestasi yang tertinggi.Pendek kata, teknologi memberi 1001 kesenangan kepada manusia sejagat

    ReplyDelete
  13. Haslinda Binti Emeran A112747

    teknologi adalah sesuatu yang sangat bagus untuk dipelajari dan didalami segala kegunaannya..dalam era serba moden atau milenium ini, setiap lapisan masyarakat sepatutnya tidak ketinggalan dalam mempelajari segala bentuk teknologi yang ada..apa yng penting, segala ilmu yang diperolehi tidak disalahguna dan mendatangkan kesusahan kepada orang lain..inisiatif yang dilakukan oleh ukm dengan mengadakan subjek ini haruslah diberi pujian kerana ia akan dapat membantu pelajar menjadi celik IT..

    ReplyDelete
  14. walaupun ada subjek teknologi dalam pendidikan, harus diingat kepada murid di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses kepada ICT terutamanya komputer. apa yang dilihat ialah murid di kawasan bandar yang mempunyai lebih banyak menerima faedahnya. dengan keadaan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar juga, seberapa ramai keluarga yang mampu untuk melanggan internet ataupun membeli komputer. tetapi dengan peranan kerajaan di bawah KTAK dan syarikat swasta MAXIS, TM, Celcom dsdnya dapat membantu masyarakat luar bandar terutamanya murid dapat menikmati kemudahan yang diberikan seperti di PPIK, PID, dll. kesannya, ia dapat melahirkan lebih ramai murid yang lebih kreatif dan berinovatif pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  15. Arwan b. Sudir.

    Pengenalan subjek teknologi dalam pendidikan ini wajar di perkenalkan di peringkat sekolah mahupun peringkat universiti supaya memupuk minat pelajar mendekati bidang ini. Pengenalan teknologi dalam pendidikan ini merupakan salah satu medium pembelajaran yang baru dalam memajukan bidang pendidikan.

    ReplyDelete
  16. saya amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. ini kerana kecanggihan dalam penggunaan teknologi dapat melicinkan proses P&P serta menarik minat individu untuk terus mendalami sesuatu ilmu. ini juga kerana penggunaan teknologi yang ada pada hari ini perlulah selari dengan peredaran dari semasa ke semasa, dan sebagai contohnya kita melihat tekonologi yang digunakan pada zaman dahulu dengan zaman yang moden ini.sudah pasti kita akan dapat menilai dan melihat sendiri perbezaanya...pendekatan teknoligi dalam pendidikan juga dapat menjadikan seseorang pelajar menjadi lebih kreatif serta lebih berpengetahuan untuk mencapai sesuatu maklumat...diharapkan, semua pelajar dapat memanfaatkan tekonogi dengan cara yang betul untuk mendapatkan faedah yang maximum..TQ...zaima

    ReplyDelete
  17. Terknologi dalam pendidikan merupakan satu aspek yang sangat penting kerana kemungkinan besar ia akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. oleh itu, teknologi dalam pendidikan ini sangat penting kepada para pelajar universiti demi menceburi dunia pekerjaan dan masa depan mereka

    ReplyDelete
  18. teknologi ini hanya berkesan jika diguna secara baik dan untuk kebaikan. kursus ini amat berguna kepada semua kerana dapat mengetahui perkembangan dalam bidang pendidikan.

    ReplyDelete
  19. subjek teknologi dan inovasi dalam pendidikan membantu para pelajar meningkatkan pemahaman mengenai teknologi yang digunakan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran serta membantu meningkatkan kesedaran dan kemahiran pelajar

    ReplyDelete
  20. Saya bersetuju kerana kita kini berada dalam era teknologi maka ia adalah sangat penting untuk sinonimkan teknologi dan pendidikan.Ini kerana pendidikan merupakan pemangkin kepada kejayaan.Maka ia harus diberikan kepentingan dengan menukar cara pengajaran dan pembelajaran dari peringkat sekolah lagi.

    ReplyDelete
  21. betul3..kita mmg kena belajar teknologi pendidikan..belajar teknologi untuk mendidik..mendidik diri sendiri n of course org lain jugak..=)

    ReplyDelete
  22. saya bersetuju bahawa teknologi dalam pendidikan adalah sangat pentind dan perlu dipelajari oleh semua pihak atau golongan ini kerana dengan penggunaan pelbagai teknologi dapat memebuatkan pembelajaran sangat menarik dan memudahkan seseorang untuk memahami..akan tetapai penggunaannya masih perlu di awasi agar tidah disalahgunakan

    ReplyDelete
  23. Md. Syaihan Syafiq (A122222)

    Teknologi dalam pendidikan adalah suatu aspek yang sangat penting dan harus dikuasai oleh guru-guru dan juga bakal guru dewasa kini demi menyahut seruan kerajaan dalam mempersiapkan rakyat dalam menghadapi tahun 2020.

    Walaubagaimana pun, sasaran kerajaan dalam membangunkan aspek teknologi dalam pendidikan haruslah sejajar dengan aspek-aspek lain seperti pertanian dan sumber alam demi menjaga kesejagatan pembangunan yang terkawal. Contoh terhampir yang boleh dilihat adalah seperti negara Jepun yang mengamalkan penggunakan tenaga bersih di samping membangunkan teknologi pengangkutan mereka yang sekaligus memudahkan anak muda untuk ke pusat pendidikan seperti sekolah dan universiti.

    Harus juga diingatkan bahawa guru-guru dan juga bakal guru mestilah menggunakan teknologi dalam pendidikan ini secara berhemah dan beretika sejajar dengan profesion perguruan yang penuh dengan adab sopan dan tatasusila, dan teknologi ini tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi mahupun intervensi hak orang lain.

    ReplyDelete
  24. i totally agree that technology is very important in education.you can explore it by youself about the latest issues of technology in the web instead of attending seminars. save budget.^^

    ReplyDelete
  25. saya sangat setuju dgn pendapat tersebut.teknologi yang digunakan dalam pendidikan dapat membantu bakal guru seperti kami untuk lebih menggunakan kemudahan yang ada dan m'aplikasikannya dalam kehidupan seharian.Learning becomes more easier for us actually...but we have to use it in appropriate ways.Jgn salah gunakan teknologi yang ada..:)

    ReplyDelete
  26. Tidak diragui bahawa teknologi dalam pendidikan mampu mengubah sistem pendidikan sedia ada di Malaysia. Perubahan yang dibawa oleh sesuatu tekonologi mampu untuk mengundang pembaharuan dalam pemikiran para pelajar. Seharusnya, teknologi dalam pendidikan perlu lebih dipandang positif dimana teknologi dapat membantu seseorang, pelajar khususnya agar lebih peka dengan persekitaran serta pembangunan dunia yang semakin pesat. Maka, pengwujudan subjek seumpamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi adalah wajar.Terutamanya penyediaan pengetahuan teknologi kepada bakal-bakal guru yang berperanan penting dalam pendidikan.Proses P&P juga lebih efektif dan menarik.

    ReplyDelete
  27. sedar atau tidak, teknologi pendidikan sememangnya memainkan peranan yanag amat penting dalam kehidupan seharian kita. sekiranya kita celik dalam penggunaan teknologi dalam kerja-kerja seharian kita, sudah tentu semua kerja akan menjadi mudah.walaubagaimanapun,kita perlulah mempunyai pengetahuan dalam teknologi supaya mudah untuk mengaplikasikannya.xbanyak,sedikit pun xper..asalkan kita rajin dan berani untuk menyahut cabaran globalisasi sekarang yang pesat munuju ke arah kemajuan.teknologi pendidikan ni bukan lah hanya melingkungi aspek-aspek material semata-mata,boleh jadi juga daripada idea-idea liar yang kreatif dan semua orang mampu untuk berimaginasi dan menghasilkannya. bagi pelajar-pelajar, pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan memberi kesan masa panjang dalam kehidupan mereka.. [:

    ReplyDelete
  28. Kursus Teknologi Pendidikan sangat relevan kepada pelajar-pelajar yang bakal bergelar guru. Hal ini kerana, sebagai seorang guru kita harus memiliki ilmu yang pelbagai. Tidak terhad kepada ilmu dalam subjek yang diajar sahaja. Lagipun, pelajar-pelajar zaman kini sudah terdedah kepada teknologi dan mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang teknologi. Jadi, wajarlah kita sebagai seorang guru era moden untuk turut sama memiliki pengetahuan teknologi agar setanding dengan pelajar-pelajar kita. Bukankah sesuatu yang memalukan jika pelajar tanya tentang teknologi kita tidak dapat menjawabnya? Malu seh!!hehehe..Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya untuk belajar tentang teknologi bermula semester ini dengan sebaik-baiknye agar saya dapat menjadi seorang guru yang berteknologi..hahaha~

    ReplyDelete
  29. ya, saya sangat bersetuju dengan artikel tersebut. Hal ini kerana kita kini berada dalam era yang sangat menitikberatkan penggunaan teknologi. Lebih tepat jika saya menyatakan di sini bahawa tanpa teknologi, mundurlah sesebuah negara itu. Oleh itu, setiap individu wajarlah mempersiapkan diri masing-masing dengan seberapa banyak pengetahuan yang berkaitan dengan hal-hal teknologi.Jadi wajarlah sekiranya kursus teknologi pendidikan diwujudkan di semua peringkat persekolahan sama ada di peringkat persekolahan rendah dan menengah mahupun di peringkat universiti demi untuk mendidik seseorang menjadi celik IT. TQ sri shalini

    ReplyDelete
  30. Saya sangat bersetuju apabila subjek ini dijadikan subjek wajib kepada bakal2 guru. Teknologi adalah sangat penting pada masa kini.
    Teknologi mampu membantu bakal guru bersiap sedia menghadapi era globalisasi pada masa kini. Pendedahan kepada teknologi akan membantu bakal guru meningkatkan kebolehpasaran dan kemahiran bakal guru sebelum memulakan profesion. Para pelajar perlu didedahkan dengan kepelbagaian dunia ICT supaya setanding dengan negara negara maju yang lain.

    Syarifah Farahana
    A 121700

    ReplyDelete
  31. I believe that technology has the power to make the teaching and learning process more effective and attractive. The question is, how can we make technology more accessible to all teachers and students? One way is to upgrade on the facilities in schools/institutes of education and another perhaps as you mentioned to encourage them to attend more seminars and courses related to technology. Blogs and online forums are a great way for students and teachers alike to exchange ideas outside school hours, and i think that makes learning a more continuous and dynamic process. ^^

    ReplyDelete
  32. Jessica Yong Phei Yen (A122153) TESL/2

    I think educational technology is a good subject, since we can get to learn more about technology that we can apply in our daily life and also in our teaching next time. It's important to equip and update ourselves with ICT information and knowledge to help us in preparation for teaching aids and lesson plans in our future. I am actually looking forward to this subject since I think I will be able to learn many new and useful things such as involve in producing multimedia video, taking still pictures, creating and using wordpress blog(which turn up to be really tedious and hard at the first place!), creating non-electronic materials and many more.That's all for my comment this time. Thabnk you:)

    ReplyDelete
  33. Yup, saya sangat bersetuju bahawa teknologi kini adalah amat penting terutamanya dalam meningkatkan lagi proses pengajaran dengan lebih berkesan. Hal ini adalah amat berguna dan berfaedah terutamanya bagi golongan pendidik kerana dengan adanya teknologi-teknologi moden seperti hari ini dapat mejadikan sesuatu pengajaran lebih menarik dan tidak membosankan. hal ini juga adalah sangat relevan dengan misi dan visi negara kita yang ingin mewujudkan masyarat celik it dan teknologi.
    Justeru, inovasi dan teknologi terkini harap dapat dimanfaatkan dan tidak disalahguna kerana setiap yang baik juga boleh mendatangkan keburukan jika tidak dimanfaatkan dengan cara yang betul. ^_^

    ReplyDelete
  34. As future educators, I personally believe that Educational Technology is extremely important. In this era of multimedia and electronic devices galore, our future students may be even more techno-savvy than us teachers !
    Subsequently, it is likely that technology may even be their area of expertise, or interest. If we can show them that what they are familiar with or are interested in can be fun and educational, this will only further develop their interest in learning as a whole.
    As for those students who may not be familiar with technology, learning how to use and appreciate such resources will only benefit them, be it in their career or for their personal development.
    Therefore, with the knowledge of the fact that technology is The Tool for learning and development now, I believe that it is important for future educators to also strive to "conquer" technology in the hopes that this tool may be passed on to our students for advancement in the present techno-savvy world, and in their future.

    ReplyDelete
  35. In a nutshell, educational technology facilitates, enhances and improves learning performance. It's an opportunity for us, as future educators to enhance our teaching with the technological resources available to us. With this in mind, the possibilities are endless as to what we can do. The only flaw I see in this is whether or not the facilities and resources are actually available to us. If this wasn't the case, teaching would be a breeze, given that the students do their part.

    PS. Would it be possible to have an English translation for future posts? Thank you.

    ReplyDelete
  36. mohammed hizwan bin mohammed hisham (A122699)


    assalamualaikum dan salam sejahtera

    saya berpendapat teknologi pendidikan amat perlu dan juga merupakan satu keperluan dalam pendidikan zaman sekarang

    pertama sekali adalah kerana melalui teknologi, perlbagai maklumat berkaitan dapat diperoleh dengan begitu mudah dan pantas. hal ini berguna untuk semua warga pendidikan, tidak kira pendidik mahupun pelajar.

    yang kedua, dengan teknologi, pembelajaran dan pengajaran dapat dilakukan dengan lebih interkatif dan menarik. hal ini penting untuk memupuk minat dan menggalakkan semua orang untuk mencari dan menimba ilmu.

    Ia juga penting bagi memastikan warga pendidikan juga tidak akan ketinggalan dan mampu bersaing ataupun berkembang seiring dengan peredaran masa/zaman yang semakin berkembang pesat dengan kemajuan. dengan ini, percambahan dan penyampaian ilmu akan semakin meluas dan berkesan, dan hasil pada peringkat yang lebih besar, menghasilkan warga negara yang berilmu, berpengetahuan, dan maju dalam bidang sains dan teknologi, selain ilmu2 lain...

    sekian,
    Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh

    ReplyDelete
  37. kursus ini sangat relevan kerana penggunaan teknologi sangat dititikberatkan dalam pendidikan pada hari ini. Sedar atau tidak ini dapat meningkatkan kreativiti guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran seiring dengan perkembangan teknologi.

    Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan dapat menarik minat pelajar seterusnya melahirkan para pelajar yang celik teknologi.

    ReplyDelete
  38. saya sangat bersetuju dengan pernyataan di atas.teknologi dan pendidikan perlu digarapkan bg menjadikan proses pendidkan seiring dengan pembangunan teknologi di negara kita
    Penggunaan teknologi yang pesat telah membawa kesan yang sangat jelas terhadap sistem pendidikan negara.sebagai cntoh,penggunaan komputer,alat alat teknologi lain dalam pendidikan untuk memeudahkan dan menarik perhatian para pelajar.guru juga boleh memperluaskan idea dan kreativiti mereka dalam proses pengajaran.

    ReplyDelete
  39. Dalam kerancakkan kita merentas dunia yang penuh dengan pancaroba ini, semestinya teknologi menjadi taruhan setiap pihak bagi menjamin kesinambungan perjalanan hidupnya. Tanpa teknologi kita kan terus ketinggalan jauh. Apatah lagi dalam bidang yang cukup penting buat sesebuah negara. Bidang yang menjadi nadi kepada negara. Bidang yang menjadi pertaruhan untuk melahirkan modal-modal insan yang cemerlang dan gemilang. Bidang apa lagi kalau bukan bidang pendidikan. Penggunaan teknologi dlam pendidikan perlu dipergiatkan lagi. Ramai pelajar yang mendambakan penggunaan teknologi moden dalam pembelajaran mereka. Apatah lagi pelajar yang berada jauh di pelusuk pedalaman. Penggunaan teknologi dalam kalangan sekolah di pedalaman amat rendah sekali. Boleh dikatakan pelajar mereka buta teknologi. Memanglah benar kerajaan lebih mengutamakan sekolah-sekolah elit, namum sekolah yang tidak mempunyai status elit juga perlu diberikan perhatian serius juga. Sepatutnya pelajar di kawasan pedalamanlah yang perlu diberikan peluang yang lebih untuk menggunakan teknologi, dengan harapan agar mereka tidak mengalami kejutan apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau menceburkan diri dalam bidang perkerjaan. Apa nyata, teknologi dalam pendidikan cukup penting demi menjamin kesinambungan kecemerlangan modal insan kita.

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum.
    Memang tidak dapat dinafikan berasaskan teknologi maklumat amat penting kerana ianya merupakan aset penting kepada sesebuah negara. Didalam mencapai halatuju negara maju,kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak didalam menyediakan kemuudahan prasarana dan menyediakan tenaga pengajar. Guru-guru terpaksa dilatih untuk memahirkan diri. Bagi kawasan bandar tiada masalah untuk mencapai objektif kerana segala kemudahan telah tersedia.
    Namun bagi kawaasan luar bandar dan pedalaman, tidak ada akses bagi jaringan kemudahan internet daln jalur lebar di bidang ICT. Ramai guru-guru tidak mahu berkhidmat di kawasan tersebut kerana pelbagai faktor seperti tiada kemudahan asas mencukupi, tidak hiburan seperti di bandar dan mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga. Pihak kerajaan perlu berbuat sesuatu supaya jurang digital di kalangan penduduk dapat dikurangkan dan penduduk di dua kawasan tersebut juga dapat menikmati kemudahan sama seperti mana mereka yang tinggal di bandar Pihak swasta dan Syarikat GLC perlu memainkan peranan di dalam pembanguan ICT kerana ianya merupakan tanggung-jawab sosial kepada masyarakat. Semestinya bebanan kerajaan dapat dikurangkan kerana didalam menyediakan infrastruktur banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan kerana kosnya tinggi. Penduduk luar bandar dan pedalaman kebanyakannya miskin dan tidak mampu membeli komputer dan note book kepada anak-anak mereka.Oleh itu pihak swasta boleh memberi bantuan seperti memberikan komputer kepada pelajar-pelajar di kawasan luar bandar ataupun memberi sumbangan komputer kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman sebagai salah satu tanggung-jawab sosial mereka kepada masyarakat. Ini kerana rakyat berpengetahuan merupakan aset penting kepada sesebuah negara.

    Nama: Che Rahmah bt Ali
    No. Matrik : (A121625)

    ReplyDelete
  41. memang tidak dinafikan, teknologi dalam pendidikan dalam meningkatkan mutu sistem pembelajaran dan pengajaran yang lebih baik dan berkualiti. Disamping itu, penggunaan teknololgi dalam pendidikan turut memberi impak secara langsung terhadap penjimatan masa dan penyelesaian segera tugas dan menghasilkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
    noor zarina (A127490)

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum..
    Perkembangan teknologi pada hari ini memang begitu canggih dan sesuai untuk digunakan kepada semua lapisan masyarakat kerana ia begitu sesuai untuk mempermudahkan lagi pekerjaan seharian. namun di sebalik perkembangan itu ia telah mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar atau orang awan dari segi sahsiah dan disiplin diri kerana setiap sesuatu perkara mesti ada kebaikan dan keburukan tersendiri. Oleh itu, saya akan mengemukakan langkah-langkah yang saya cadang untuk mengatasi masalah ini.
    Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah para ibu bapa perlulah memberi didikan agama sepenuhnya kepada anak mereka kerana peranan agama dalam kehidupan terlalu besar serta ia dapat membentuk peribadi mulia berdasarkan al Quran dan as sunnah. Contohnya agama Islam bukan sekadar agama tetapi cara hidup bila mereka dapat menguasai agama maka kelakuan akhlak anak mereka akan terpelihara daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah. Sahsiah anak-anak perlu dibentuk dari awal-awal lagi sesuai dengan pepatah meluntur biarlah dari rebungnya. Anak-anak yang taat kepada agama akan memiliki tingkah laku yang tanpa mudah untuk dipengaruhi oleh anasir-anasir luar. Maka ia mampu diterapkan dalam jiwa anak-anak segala kelebihan teknologi seperti internet akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka dengan sebaiknya seperti melayari laman web yang berfaedah ini akan menambah ilmu yang berguna kepada mereka.

    ReplyDelete
  44. Selain itu peranan pihak sekolah dalam mendidik mereka dengan bijaksana ,kebanyakan mereka perlu dibimbing untuk menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan. Para pelajar jikalau tidak dididik dengan sempurna mereka akan terdidik dengan keadaan sekeliling apa yang mereka lihat itulah mereka akan tiru. Oleh itu mereka ini perlu didedahkan bagaimana penggunaan teknologi yang betul. Mereka juga harus didik supaya tidak sepenuhnya untuk bergantung kepada teknologi kerana ini akan mengurangkan daya fikir mereka, mereka perlulah didik supaya mencari inisiatif lain seperti membaca akhbar, jurnal, majalah dan sebagainya untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
    Langkah seterusnya pula ialah peranan media massa tidak kira sama ada bercetak atau elektronik media massa perlu menerangkan dengan lebih lanjut tentang keburukan penggunaan teknologi pada masa kini. Mereka perlu menulis artikel yang memberi kesan terhadap penggunaan teknologi ini .Pada hari ini banyak berlalu kes rompak duit pelanggan bank melalui transaksi-transaksi tertentu. Pada minggu lepas seorang warga Afrika dan beberapa rakyat tempatan telah ditangkap kerana terlibat dalam kes ini ,beliau merupakan seorang yang bijak tetapi telah menggunakan kebijaksanaan ke jalan yang salah untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu, peranan media massa perlu memaparkan cerita-cerita berkaitan dengan penggunaan teknologi ini agar timbul kesedaran untuk membantu masyarakat serta menjauhi sifat-sifat negatif tersebut.

    Di samping itu peranan kerajaan itu sendiri kerajaan perlu memantau laman sesawang yang berjaya masuk ke dalam negara ini .jika pelajar atau pengguna am terlalu bebas menggunakan mengakses jaringan internet tanpa sempadan ia akan membawa satu keburukan kerana mereka akan mudah terdedah dengan perkara yang negatif. Selain itu juga peranan kerajaan menjalankan kempen kesedaran kepada semua lapisan masyarakat terhadap penggunaan teknologi agar tidak lalai serta bijak menggunakannya. Pakar-pakar dunia telah menyifatkan sesiapa yang mempunyai akaun facebook dan serta mereka telah meluangkan separuh masa dalam hidup mereka untuk bermain facebook akan mengakibatkan seseorang itu menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Oleh itu sifat sebegini tidak harus wujud dalam setiap orang kerana akan hilang kasih sayang sesama insan. Kerajaan tidak harus terus membiarkan keadaan ini berterusan berlaku sebaliknya mengambil langkah yang drastik seperti menyiarkan rancangan bual bicara terhadap penggunaan internet terutamanya facebook tentang kelebihan dan keburukan agar masyarakat tidak lalai menggunakannya.

    Selain itu, peranan masyarakat setempat perlu dimainkan bagi mengatasi masalah ini, masyarakat setempat perlu mengadakan aktiviti bagi kawasan mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Masyarakat tidak perlu hanya bergantung pada teknologi semata-mata untuk mencari hiburan ,berbual dan meluahkan perasaan. Sebaliknya lakukan aktiviti hujung secara bersama ini dapat memupuk sikap bekerjasama, berdisplin, tolong menolong dalam melaksanakan tugas serta memupuk kemahiran berkomunikasi sesama mereka.

    MOHD ADAM BIN ABDUL RAHIM.
    A132522
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    (SEJARAH TAHUN 2)
    are_damz90@yahoo.com
    FACEBOOK=ADAM RAHIM (adam_theguns90@yahoo.com)

    ReplyDelete