Tuesday, March 1, 2011

GE2153 Teknologi Pendidikan Sem 2 2010/2011 Program SUKRES : Kreativiti Sukan Menerusi Teknologi


Sukan dan Teknologi seumpama aur dengan tebing dan gula dengan semut. Ia saling perlu memerlukan dalam dunia teknologi siber seperti sekarang. Cuba bayangkan sekiranya permainan seperti bola sepak masih lagi dimainkan di padang rumput asli sebelum diperkenalkan teknologi rumput tiruan. Atau permainan bola keranjang atau bola tampar dimainkan di atas simen kasar dan keras sebelum adanya teknologi gelanggang sintetik. Tentulah kualiti permainan, keselamatan dan kehadiran penonton bertambah ramai kerana berada di tempat yang selesa dan sedap mata memandang.

Justeru kelebihan teknologi dalam sukan merupakan salah satu daripada sumber pendapatan yang lumayan selain dari melahirkan atlit-atlit yang berbakat. Tugas para pereka cipta ialah bagi memastikan produk yang dihasilkan tahan lebih lama, tidak mudah rosak dan menjimatkan kos perbelanjaan.

Tugas anda:-

1. Cadangkan 5 langkah bagaimana teknologi dalam sukan dapat diterapkan di kalangan masyarakat. Sertakan dengan contoh dan perbincangan serta 5 bahan rujukan.
2. Gunakan bahasa perbincangan yang formal.

3. Diakhir perbincangan, sertakan nama, no. matriks dan email.

4. Sila hantar sebelum kelas tutorial minggu depan 9 Mac 2011.

GE2123 Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan : Sem 2 2010/2011. Pembudayaan Teknologi


Pembudayaan adalah sesuatu yang berkaitan dengan amalan atau rutin dalam sesebuah masyarakat. Contoh seperti budaya membaca yang dipupuk dari kecil akan menjadikan seseorang itu gemar membaca dan akhirnya menjadikannya sebagai satu amalan harian. Begitu juga dengan pembudayaan ICT dalam era siber sekarang memerlukan pengetahuan dan amalan berterusan agar tidak ketinggalan dengan kepesatan teknologi semasa.


Justeru itu sesuai dengan perkembangan dan kepesatan kemajuan teknologi terkini, ia amat relevan dengan aktiviti harian baik sebagai pelajar, pekerja, pemimpin mahu pun pengguna dalam masyarakat. Sebagai pelajar universiti, fikirkan beberapa langkah yang boleh diambil bagi membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian.


Tugas anda.


1. Senaraikan 5 langkah-langkah bagi membudayakan teknologi dengan bersertakan contoh dan huraian.


2. Gunakan bahasa perbincangan rasmi.


3. Diakhir perbincangan, masukkan nama, no. matriks, fakulti dan tahun pengajian.


4. Hantar sebelum kelas tutorial pada 8 Mac 2011