Pembudayaan adalah sesuatu yang berkaitan dengan amalan atau rutin dalam sesebuah masyarakat. Contoh seperti budaya membaca yang dipupuk dari kecil akan menjadikan seseorang itu gemar membaca dan akhirnya menjadikannya sebagai satu amalan harian. Begitu juga dengan pembudayaan ICT dalam era siber sekarang memerlukan pengetahuan dan amalan berterusan agar tidak ketinggalan dengan kepesatan teknologi semasa.
Justeru itu sesuai dengan perkembangan dan kepesatan kemajuan teknologi terkini, ia amat relevan dengan aktiviti harian baik sebagai pelajar, pekerja, pemimpin mahu pun pengguna dalam masyarakat. Sebagai pelajar universiti, fikirkan beberapa langkah yang boleh diambil bagi membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian.
Tugas anda.
1. Senaraikan 5 langkah-langkah bagi membudayakan teknologi dengan bersertakan contoh dan huraian.
2. Gunakan bahasa perbincangan rasmi.
3. Diakhir perbincangan, masukkan nama, no. matriks, fakulti dan tahun pengajian.
4. Hantar sebelum kelas tutorial pada 8 Mac 2011
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete5 langkah-langkah bagi membudayakan teknologi:
ReplyDelete1.Media mendedahkan teknologi kepada masyarakat. Contohnya, stesen-stesen TV menyiarkan rancangan atau slot berkaitan dengan teknologi seperti Jejak Tekno yang mana menunjukkan kepada masyarakat tentang teknologi terkini. Maka, dengan cara ini, masyarakat akan lebih peka dengan teknologi-teknologi yang sedang maju ketika ini.
2. Kerajaan menjalankan projek berkonsepkan Kampung Bestari. Contohnya, kerajaan memberi peruntukan kepada kampung-kampung yang terpilih untuk menjadi Kampung Bestari. Konsep ini bermaksud, kampung tersebut akan dibekalkan dengan komputer-komputer dan diadakan slot mengenal teknologi. Tenaga pengajar nya mungkin terdiri daripada pelajar IT yang menjalani praktikal. Tetapi dalam program ini ibu bapa adalah diutamakan.
3. Mahasiswa mendekatkan diri dengan masyarakat. Contohnya, pelajar-pelajar menganjurkan program bersama masyarakat kampung atau masyarakat pedalaman. Program ini akan diisi dengan aktiviti berkaitan teknologi seperti pameran, tayangan teknologi terkini serta perkongsian idea mengenai penciptaan alat-alat teknologi canggih.
4. Pihak sekolah menganjurkan minggu teknologi dimana dalam minggu tersebut para pelajar didedahkan dengan teknologi masa kini. Mungkin guru-guru boleh mengadakan slot pertandingan mereka cipta antara kelas atau mungkin boleh menjalankan pencetusan idea berkenaan penciptaan alat teknologi melalui lukisan. Dan di akhir minggu tersebut, guru-guru memberi rumusan atau menegaskan kepentingan teknologi dalam kalangan pelajar.
5. Pameran teknologi dijalankan secara berkala iaitu mungkin dua kali setahun. Melalui pameran ini, masyarakat dapat melihat dan mengetahui teknologi masa kini. Tetapi dalam pameran ini bukan sahaja ict diberi penekanan tetapi dari segi produk-produk teknologi dari luar negara turut dipamerkan. Bukan kita hendak meminggirkan produ-produk dari Malaysia. Tetapi tujuannya adalah untuk membuka mata masyarakat tentang kemajuan teknologi negara lain yang semakin meninggalkan kita di belakang.
ROZIANA BINTI AB RASIT
A123927
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 3 SEM 2 SESI 2010/2011
Pembudayaan teknologi adalah satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi seiring dengan perubahan persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Budaya sesbuah masyarakat ini biasanya akan mempengaruhi cara penggunaan dan penguasaan terhadap sesuatu teknologi. Contoh mudah yang boleh kita lihat adalah perkembangan teknologi pengangkutan. Pada zaman kesultanan Melayu, haiwan seperti gajah, lembu, kerbau, kuda dan keldai amat penting dalam masyarakat kita baik digunakan sebagai haiwan tunggangan, membantu kerja di sawah, digunakan sewaktu berperang dan membantu meringankan beban mengangkut barang-barang yang berat. Pada awalnya teknologi penangkutan ini hanya terhad pada kawasan daratan. Namun, perkembangan teknologi seterusnya membolehkan manusia meneroka alam lautan dengan terciptanya kapal dan sampan. Ini membuktikan perkembangan sesuatu teknologi tidak pernah terpisah daripada budaya sesebuah masyarakat. Oleh itu, pembudayaan teknologi terkini perlu dipraktikkan sebaiknya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Lima saranan untuk membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian penduduk Malaysia adalah seperti berikut:
ReplyDelete1) Mendidik rakyat konsep pembudayaan teknologi yang sebenar dan menggalakkan penggunaan teknologi pada landasan yang betul. Perkembangan teknologi sememangnya boleh menyumbang pada kebaikan, tetapi jika teknologi disalahguna ia boleh mengundang padah. Sesetengah individu sanggup menggunakan teknolgi pada jalan yang salah hanya untuk mendapatkan wang ataupun semata-mata mahu terkenal. Anjuran sebarang pertandingan berkaitan inovasi dan teknologi mungkin dapat membuka peluang bagi individu tersebut untuk menggunakan teknologi pada jalan yang betul dengan menjadikannya sebagai tempat mencurahkan segala kreativiti dan idea.
2) Memperbaiki kurikulum pendidikan dengan memperkenalkan subjek atau program berkaitan inovasi dan teknologi pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kebanyakan generasi muda hanya didedahkan pada bidang pekerjaan seperti kedoktoran, arkitek dan perguruan sejak dari kecil. Ini menyebabkan mereka tidak menyedari wujudnya peluang pekerjaan dalam bidang inovasi dan teknologi. Oleh itu, pembaikan sistem kurikulum penting sebagai pendedahan awal buat golongan muda khususnya.
3) Menggalakkan pertukaran ilmu dan teknologi antara institusi pengajian, syarikat swasta, pertubuhan kerajaan dan negara-negara maju. Sesuatu ilmu dan teknologi yang dikongsi biasanya akan menyumbang pada penghasilan idea yang jauh lebih baik.
4) Dana dan bantuan kewangan diberikan kepada penyelidik bagi menjalankan aktiviti penyelidikan untuk menghasilkan teknologi baru dan bernilai komersial. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat amat mementingkan penyelidikan dan sanggup melaburkan wang bagi perkembangan teknologi negara. Namun di Malayisa, aktiviti penyelidikan tidak dapat berkembang sebaiknya kerana kekurangan sumber kewangan dan tiada pihak yang berminat untuk melaburkan wang.
5) Melatih, menambah bilangan tenaga mahir dalam bidang teknologi dan menambah kemudahan infrastruktur. Tanpa tenaga mahir dan infrastruktur yang mencukupi perkembangan teknologi tidak dapat dibangunkan sebagaimana yang diimpikan.
SITI KHADIJAH BT OMAR
A125169
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
TAHUN 3 SEM 2 2010/2011
5 langkah membudayakan teknologi:
ReplyDeletePembudayaan teknologi adalah sangat penting kerana ia akan membantu memudahkan urusan dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak langkah yang boleh dilakukan untuk membudayakan penggunaan teknologi antaranya:
1. Penyebaran maklumat tentang sesuatu barangan teknologi. Apabila sesuatu barangan teknologi dikeluarkan, ia haruslah dipromosikan agar ia diketahui oleh orang ramai. Penyebaran maklumat boleh dilakukan dengan menggunakan media massa seperti televisyen, surat khabar, pamplet dan lain-lain. Selain itu juga, langkah ini harus dilakukan secara menyeluruh ke semua lapisan masyarakat.
2. Mempraktikkan pembelajaran secara maya selain daripada seacara formal iaitu perjumpaan pelajar degan pensyarah di dewan kuliah. Hal ini boleh diaplikasikan untuk penghantaran kerja atau tutorial melalui emel. Ini akan mengurangkan risiko tutorial yang dihantar secara salinan keras (hard copy) hilang atu rosak. Selain itu, para pensyarah juga boleh membekalkan nota melalui emel.
3. Pameran dan karnival ICT. Melalui karnival seperti ini, para pelajar mendapat pendedahan tentang barang teknologi terbaru. Di samping itu, para pelajar dapat membeli barang dan gajet teknologi dengan harga yang berpaptutan.
4. Lawatan ke negara berteknologi seperti Jepun. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Jepun adalah negara yang sangat maju dengan kemudahan teknologinya. Lawatan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan idea teknologi.
5. Mengadakan pertandingan rekacipta barangan teknologi di institusi pengajian tinggi. Ini akan menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan para pelajar untuk menghasilkan sesuatu berteraskan teknologi dan inovasi yang boleh dimanfaatkan bersama.
NUR MUNIRAH BT.SABKI
A 125126
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
TAHUN 3 SEM 2 2010/2011
Antara 5 langkah yang boleh diambil bagi membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian ialah:
ReplyDelete1) Pelajar boleh mencari maklumat dan menyiapkan tugasan dengan menggunakan bahan berasaskan teknologi dan ICT iaitu dengan melayari laman-laman web berilmiah untuk menyelesaikan tugasan disamping dengan hanya merujuk buku rujukan dan jurnal bercetak di perpustakaan. Tambahan pula, pelajar boleh menghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah tanpa perlu bersua muka langsung. Ini dapat menjimatkan kertas (untuk mencetak tugasan) dan juga masa untuk pergi ke fakulti.
2) Para pendidik lama dan baru perlu dilatih cara menggunakan komputer serta cara untuk mengintegrasikan komputer ke dalam proses pengajaran. Para pendidik perlu memahirkan diri tentang cara menyampaikan pelajaran dengan bantuan komputer secara berkesan. Ini mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di mana pelajar lebih seronok belajar dengan komputer terutamanya jika diajar dalam bentuk 3D (animasi) berbanding 2D. Oleh itu, mereka lebih senang untuk memahami konsep yang mereka pelajari dalam subjek tersebut.
3) Pihak fakulti khususnya dan pihak universiti amnya boleh menganjurkan pertandingan menyediakan folio/poster/brosur/gajet berkonsepkan teknologi dan inovasi. Ini dapat memupuk minat, mencungkil bakat dan kreativiti mahasiswa/i. Selain itu, melatih mahasiswa/i supaya dapat berfikir dan bertindak dengan cepat secara kreatif dan inovatif ke arah mendapatkan hasil yang terbaik.
4) Pihak berwajib (kerajaan pemerintah contohnya) haruslah memperuntukkan dana yang mencukupi untuk meningkatkan prasarana bagi menyediakan persekitaran dan iklim yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan dan peralatan yang cukup dan sesuai akan meningkatkan minat guru atau pensyarah untuk mengajar dan di kalangan pelajar pula untuk mereka belajar. Daripada pemerhatian saya, alat-alat dan prasarana ICT yang disediakan di IPT masih tidak mencukupi.
5) Kita juga boleh mewujudkan blog dan menggunakan ia dengan sewajarnya. Blog kini telah menjadi tempat bagi semua orang seperti pelajar, pendidik, hatta orang awam sekalipun untuk mencurahkan segala ilmu dan aktiviti mereka dalam kehidupan seharian. Dengan menulis di blog, kita dapat mengembangkan kreativiti kita dalam bentuk penulisan. Selain itu, apabila hasil tulisan kita memberi input yang berguna kepada pembaca, kita akan mendapat maklumbalas (komen) sebagai bentuk penghormatan terhadap hasil tulisan kita. Dengan mengaktifkan diri dalam bidang penulisan di blog juga dapat mempersiapkan diri kita untuk bersaing di dunia global yang menuntut kita menceburi bidang teknologi. Jadi, apabila kita terbiasa menulis di blog maka kita akan terbiasa menggunakan teknologi dalam menjalani kehidupan seharian.
NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
A125102
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 3 (SEM 2 SESI 2010/2011)
5 langkah membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian:
ReplyDeletei ) Latihan berterusan
Teknologi khususnya ICT, sentiasa berkembang dan perkembangan ICT yang begitu pesat. oleh itu,
bukan sahaja pelajar malah golongan pendidik juga perlu melakukan latihan selaras dengan
perkembangan teknologi semasa
ii ) Kemudahan Asas
Pembudayaan Teknologi bukan hanya difokuskan kepada kawasan bandar sahaja yang mempunyai
serba lengkap kemudahan, namun tumpuan harus di beri kepada kawasan luar bandar. Kemudahan ini
adalah seperti komputer, internet dan tenaga pengajar yang mahir
iii) Guru sebagai medan pendedahan teknologi
Dalam hal ini, guru menjadi perantara atau orang tengah dalam menyampaikan peranan teknologi
dalam proses P&P di sekolah. Hal ini sekaligus meningkatkan lagi status guru sebagai seorang pendidik
kerana konsep pembelajaran kaedah ini tidak membosankan
iv) Peranan Media Massa
memang tidak dinafikan peranan media massa dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang
pentingnya penggunaan teknologi pada zaman sekarang. media boleh menggunakan pelbagai kaedah
samada melalui media elkektronik mahupun media cetak. Contohnya surat khabar, iklan, risalah dan
sebagainya
v ) Peranan Masyarakat
Dalam hal ini, masyarakat perlu memberi sokongan moral yang penuh bagi menjayakan hasrat kerajaan yang mahupun rakyatnya celik IT. masyarakat tidak boleh memandang teknologi sebagai satu yang negatif sebaliknya perlu berfikiran positif bahawa teknologi akan membawa manfaat kepada masyarakat.
MOHD ZAIRIL HAFIZ BIN AZIZ
A 127681
FSSK/2
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete1) Peranan guru
ReplyDeleteDalam proses pembelajaran dan pengajaran, guru boleh menggunakan dan mengimplementasikan penggunaan teknologi canggih dalam pembelajaran. penggunaan komputer, kamera boleh digunakan dalam pembelajaran
2) Peranan ibu bapa
Ibu bapa perlu menggalakkan penggunaan sains dan teknologi dalam kehidupan anak-anak sejak dari kecil lagi. contohnya, ibu bapa boleh membelikan ensiklopedia dan mengajar anak-anak melakukan ujikaji yang ringkas di rumah.
3) Peranan media massa dan elektronik
Media merupakan pengaruh penting dalam kehidupan manusia sekarang. rancangan yang disiarkan di kaca televisyen boleh bercorakkan sains dan eksperimen kerana ni dapat menarik perhatian kanak-kanak dan menajamkan fikiran mereka. ini boleh membuatkan mereka lebih menghargai sains.
4) Kemudahan yang disediakan.
kemudahan-kemudahan yang disediakan di makmal-makmal Sains dan bengkel Kemahiran Hidup perlulah ditingkatkan mutu dan kualiti. ini dapat memudahkan dan menaikkan semangat pelajar untuk belajar seterusnya membudayakan sains dan teknologi.
5) Proses pembelajaran dan pengajaran.
proses tersebut perlu meliputi pembelajaran bersifat berfikir secara saintifik. selain itu, ia perlu meliputi pengajaran secara berkumpul dan individu untuk melakukan pemerhatian, kajian dan ujikaji. ini dapat melihat pemahaman mereka mengenai kajian yang sedang diuji.
AMIRA ZALIKHA BINTI AHYA ALMUDDIN
A129213
FSSK/2
Konsep pembudayaan sains dan teknologi membawa erti bahawa proses menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang sains dan teknologi. Pembangunan sains dan teknologi kea rah membolehkan negara menjadi maju sepenuhnya di man semua warga negara hidup dalam keadaan aman, selesa, bersih, dan moden merupakan wawasan hidup masyarakat abad ke-21. Pelbagai tindakan telah diambil oleh kerajaan, pihak swasta, dan lain-lain agensi untuk merealisasikan hasrat wawasan itu.
ReplyDeleteKonsep pembudayaan digunakan untuk merujuk kepada proses belajar di bidang sains dan teknologi yang lebih luas daripada proses interaksi formal di bilik-bilik darjah. Ia juga merangkumi tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak formal oleh rakan sebaya, ibu bapa, ahli keluarga, dan juga agensi-agensi luar persendirian. Terdapat beberapa langkah untuk membudayakan teknologi.
Antaranya ialah dalam membudayakan teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran sains dan pelajaran teknologi perlu meliputi situasi pembelajaran dalam bilik darjah dan makmal, pendedahan melalui lawatan-lawatan sambil belajar, proses pengajaran dan pembelajaran perlu meliputi pengajaran secara berkumpul serta mengadakan aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah seperti ceramah oleh ahli-ahli sains dan teknologi. Selain itu, peranan guru dalam pengajaran sains dan teknologi sangat penting dalam membudayakan teknologi. Hal ini kerana peranan guru sangat diperlukan untuk melatih pelajar menyiasat, membuat kajian, menguji dapatan-dapatan sains, membantu pelajar untuk berpeluang mengembangkan kreativiti yang ada dalam diri seseorang pelajar dan sebagainya. Seterusnya, kemudahan yang mencukupi bagi pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi sangat penting. Institusi yang mengajar sains dan teknologi perlu mneyediakan kemudahan-kemudahan fizikal dan bahan-bahan seperti ruang bilik darjah, makmal dan bengkel bagi pengajaran dan uji kaji, menyediakan peralatan dan bahan demonstrasi, peralatan dan bahan untuk kerja-kerja dan projek makmal secara individu dan kumpulan dan sebagainya. Persekitaran di rumah juga merupakan langkah untuk membudayakan teknologi kerana dari situ pelajar mendapat sokongan dan motivasi untuk terus cemerlang dalam aktiviti yang berkaitan dengan teknologi. Rumah menjadi tempat mereka menguji dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi yang telah dipelajari di sekolah. Dan langkah yang terakhir sekali dalam membudayakan teknologi adalah penglibatan agensi-agensi seperti persatuan-persatuan professional, kelab atau pertubuhan kelab siber yang mana mempunyai peranan utama iaitu meningkatkan minat orang ramai terhadap sains dan teknologi. Kelab siber perlu menyediakan alat dan kemudahan sains dan teknologi bagi memupuk kreativiti dan rekacipta dalam menyibarkan maklumat baru.
Kesimpulannya, era pembangunan hari ini dikenali sebagai era teknologi, penguasaan pengetahuan tanpa batasan dan aplikasi sains dan teknologi secara luas. Pembelajaran sains dan teknologi di tuntut bukan sahaja oleh pihak yang ingin mengkhusus dengan mendalam sebagai pakar tetapi juga oleh orang ramai yang akan menjadi pengguna segala hasil sains dan teknologi. Proses mempelajari harus luas dan menyeluruh dengan melibatkan banyak pihak diluar komuniti sekolah dan inilah dinamakan sebagai proses pembudayaan.
SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
A127887
FSSK/2
Antara 5 langkah dalam membudayakan teknologi ialah:
ReplyDelete1) mewujudkan subjek berkaitan dengan teknologi dan inovasi di peringkat sekolah. Melalui subjek tersebut bakat yang dimiliki oleh pelajar dapat dilahirkan dan diasah supaya pada suatu hari dapat melahirkan pelajar yang kreatif dalam penciptaan alat bagi kemudahan teknologi. Sehubungan dengan itu, pertandingan dan pameran berkaitan hasil kreativiti pelajar perlu diwujudkan bagi membudayakan teknologi kepada pelajar-pelajar sekolah terutamanya. Pelajar yang menang dalam pertandingan yang dianjurkan tersebut akan di bawa melancong ke negara Jepun yang mementing teknologi terkini dan canggih bagi memberikan semangat kepada pelajar tersebut.
2) Memberikan latihan berkaitan penggunaan komputer kepada guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh guru dilatih dalam penggunaan ICT dalam proses P&P bagi subjek Sains dan Matematik supaya mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat dalam proses pengajaran mereka.
3)Penyediaan kemudahan berkaitan ICT perlu ditingkatkan lagi. Pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa dengan menyediakan kemudahan ICT yang menarik. Hal ini demikian kerana, dengan adanya kemudahan seperti ini akan dapat menarik minat pelajar sama ada di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi untuk belajar dan memberikan tumpuan yang baik ketika proses pembelajaran berlangsung.
4)Pembudayaan teknologi dapat diwujudkan dengan menggalakkan proses pembelajaran melalui alam maya. Sebagai contoh cara yang dilakukan oleh kelas Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan ini, dimana proses pembelajaran melalui blog. Setiap orang pelajar perlu membuat blog sendiri untuk memberikan pandangan mengenai teknologi serta dapat berhubung dengan pelajar-pelajar lain dan tenaga pelajar melalui blog yang diwujudkan. Oleh itu, pembudayaan dalam teknologi dapat diwujudkan dan pelajar akan lebih dekat dengan teknologi masa kini.
5)Selain itu, mewujudkan pertandingan dalam mereka cipta alat yang dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat adalah salah satu langkah yang boleh diwujudkan. Pertandingan ini akan dapat melahirkan pelajar yang pintar dalam penciptaan alat yang berkaitan dengan teknologi masa kini dan dalam masa yang sama dapat memberikan kemudahan kepada orang lain. Sebagai contoh, pertandingan robotik dapat diwujudkan di antara universiti-universiti tempatan bagi membudayakan teknologi.
FATIN FARHANA BINTI ZAKARIA
A127817
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 (SEM 2 SESI 2010/2011)
Antara 5 langkah membudayakan teknologi meliputi pelbagai peranan iaitu dari sudut ibu bapa, guru atau pihak sekolah, masyarakat, media massa dan elektronik dan kerajaan.
ReplyDelete1) Ibu bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorak anak-anak kerana anak-anak umpama kain putih yang bersih dan suci. Sekiranya ibu baa ingin membudayakan teknologi dalam diri anak-anak ibu bapa seharusnya menyediakan kemudahan seperti laptop atau komputer yang dapat mengakses internet dan maklumat-maklumat lain. Namun ibu bapa harus peka dan mengawasi anak-anak supaya mereka tidak menyalahguna kemudahan yang diberikan.
2) Guru atau pihak sekolah
Guru-guru merupakan insan kedua terpenting selepas ibu bapa kerana kebanyakan masa pelajar dihabiskan di sekolah. Pihak sekolah boleh menyediakan makmal komputer yang lengkap dan selesa untuk kemudahan pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga menyediakan silibus yang berteraskan teknologi dan inovasi kepada pelajar bagi meningkatakan daya kreativiti dan kritis mereka dengan merekacipta teknologi yang dirasakan sesuai.
3) Masyarakat
Masyarakat merupakan komuniti yang besar dalam menjadi medium kepada setiap ahli masyarakat setempat. Setiap taman perumahan mestilah mempunyai balai raya yang menempatkan pelbagai kemudahan tidak kira dari sudut yang kecil mahupun besar. Setiap komuniti di taman perumahan harus menawarkan perkhidmatan bengkel teknologi supaya dalam merangsang para belia untuk berfikiran kreatif dan mengurangkan gejala sosial.
4) Media Massa dan Elektronik
Kebanyakan masyarakat kia pada masa kini mudah terpengaruh dengan media massa dan eletronik kerana kedua-dua medium ini mudah didapati dan diperolehi. Media massa dan eletronik hanrus menyediakan rangkaian cerita dan bahan bacaan yang berkaitan dengan teknologi dan inovasi demi membudayakan tekonlogi dalam kalangan rakayat kita khususnya. Hal ini akan merangsang daya pemikiran untuk lebih bersifat proaktif terhadap teknologi dan inovasi.
5) Kerajaan
Sebuah kerajaan yang baik amat mementingkan pendidikan kerana pendidikan yang dapat mengubah sesuatu komuditi masyarakat setempat. Kerajaan harus menyediakan dana seckupunya kepada setiap sekolah untuk mengalakkan mereka merekacipta teknologi dan menginovasinya demi melatih pelajar yang berdaya saing dengan pelajar antarabangsa demi mencapai pendidikan bersepadu. Hal ini dapat dilihat dalam program Permata Pintar yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia sekarang supaya dapat melahirkan pelajar yang bertaraf Noble dalam bidang teknologi dan inovasi.
SITI KHADIJAH BINTI NORDIN
A127843
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 (SEM 2 2010/2011)
Kepesatan perkembangan teknologi telah membawa banyak kebaikan dan kemudahan kepada manusia di seluruh dunia. Oleh yang demikian, pembudayaan teknologi perlu dilaksanakan untuk kepentingan individu, masyarakat dan negara. Antaranya ialah :
ReplyDelete1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peralatan teknologi. Pelajar didedahkan dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Misalnya penggunaan komputer dan skrin untuk memaparkan video yang berkaitan dengan pembelajaran.
2) Menyediakan kemudahan pembelajaran secara maya. Pelajar dan pensyarah boleh berhubung secara maya tanpa perlu bertemu untuk membincangkan sesuatu ilmu. Pelajar diberi latihan sebelum menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan oleh pihak pentadbiran. Misalnya P&P melalui "video conference".
3) Urusan penting yang melibatkan pihak tertentu menggunakan teknologi moden. Penyediaan laman-laman web yang memudahkan urusan perbankan dan sebagainya. Kemudahan laman web yang disediakan menjadi pilihan utama pengguna yang mahu menyelesaikan urusan dengan cepat, jimat dan berkesan. Misalnya laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembayaran cukai dan mengemaskini akaun semasa pengguna.
4) Menyediakan kemudahan mengajar penggunaan komputer dan internet di kawasan luar bandar. Masyarakat di kawasan luar bandar perlu diajar mengenai cara-cara penggunaan dan menghalang anak-anak daripada memasuki laman web porno.
5) Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan internet secara percuma atau mengenakan caj penggunaan untuk sebulan. Kemudahan liputan internet tersebut perlulah secara menyeluruh dan dapat digunakan walau di mana sahaja lokasi penduduk.
Bagi membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian kita, pertama sekali tahap teknologi perlu ditingkatkan supaya penggunaannya akan lebih meluas. Hal ini demikian kerana teknologi yang baik namun tidak dapat memiliki ketahanan sepenuhnya juga tidak berguna kerana tidak dapat memantapkan penggunaannya kerana terdapat kekangan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya terdapat peranti dan alat yang membolehkan penggunaan elektrik dijimatkan sebanyak 100% , namun peranti tersebut hanya dapat tahan selama 2 bulan sahaja, keberkesanan teknologi tersebut tidak akan dapat berfungsi dengan baik kerana peranti tersebut hanya dapat digunakan di lokasi tertentu dengan jumlah yang tertentu sahaja dan mengakibatkan pembaziran kerana perlu menanggung kos alatan tersebut.
ReplyDeletePenggunaan teknologi secara optimum boleh dilakukan sekiranya segala sumber dimanfaat sepenuhnya dan matlamat akhirnya untuk kesejahteraan manusia akan membolehkan teknologi dimanfaat sepenuhnya dalam kehidupan masyarakat kita. Sebagai contoh, bahan buangan domestik di Malaysia sangat membimbangkan kerana tapak pelupusan Malaysia tidak mencukupi untuk menampung pembuangan sampah domestik termasuklah sisa-sisa buangan domestik rumah. Hal ini telah mendatangkan pencemaran kepada alam. Sisa penternakan dan bahan buangan manusia boleh diproses untuk menghasilkan gas metana dan sisa hasil pertanuian seperti sekam padi dan sisa sawit boleh sahaja diproses menjadi tenaga biomass.
Selain itu, dalam membudayakan teknologi, masyrakat perlu didedahkan tentang kepentingan teknologi dalam usaha untuk melahirkan masyarakat mengikut acuan wawasan 2020. Hal ini demikian kerana jika semua kelompok masyarakat mahu penggunaan teknologi dioptimumkan secara menyeluruh di Malaysia, barulah pembangunan teknologi ini dapat ditingkatkan kerana masyarakat akan mempunyai pelapis yang berkemahiran dalam teknologi dan penghasilan teknologi yang lebih baik adalah tidak mustahil kerana sudah wujud pemahaman tentang kepentingan teknologi dalam pembangunan ihsan. Sebagai contoh, penghasilan teknologi akan lebih bersifat lokal kerana mengambil kira aspek-aspek tempatan dalam penghasilan teknologi tertentu seperti penciptaan animasi kini lebih menitikberatkan nilai dan budaya tempatan seperti siri Gonzo Satria:Warrior of 7 Element yang kini dalam proses pembikinan ini dihasilkan oleh syarikat animasi tempatan Fundcel Sdn. Bhd dengan kerjasama Gonzo.
Kerajaan juga harus mengorak langkah dalam usaha membudayakan teknologi ini. Hal ini demikian kerana kerajaanlah agen pengerak utama dalam membudayakan teknologi iaitu berfungsi sebagai agen pelaksana dan menyampaikan penggunaan teknologi ini kepada rakyat. Halangan kewangan bukanlah satu masalah kerana Malaysia banyak menjana pendapatan melalui kutipan cukai, hasil pelaburan asing dan hasil eksport barangan.
Penerapan teknologi dalam pendidikan juga merupakan satu langkah baik dalam menjana pemikiran kreatif dan kritis. Hal ini demikian kerana pendidikan yang diterapkan dengan unsur teknologi akan menjadikan subjek tersebut lebih menarik untuk dipelajari. Sebagai contoh, dalam subjek sejarah, dokumentari dan tayangan video adalah lebih menarik kerana kronologi sejarah tersebut lebih mudah difahami kerana disertai dengan ilustrasi dan gambar berbanding penceritaan kronologi sejarah oleh guru diikuti dengan ulasan yang panjang berjela seperti dalam buku sejarah Tamadun Asia Tingkatan Enam Rendah. Penggunaan teknologi ini dapat mengubah persepsi masyrakat bahkan pelajar terhadap sesuatu bidang setelah ditingkatkan kapasitinya oleh penggunaan teknologi.
Oleh : FARIDAH HANIS BT HOOD A130471
TAHUN 2 (SEM 2 2010/2011)
Email: hmw_kiiro@yahoo.com.
Saya berpendapat bahawa pembudayaan teknologi boleh dilakukan dengan mengambil 5 langkah-langkah berikut :
ReplyDelete1)Meluaskan jaringan jalur lebar. Meluaskan jarinag jalur lebar di sini melibatkan semua kawasan. Oleh hal yang demikian, hal tersebut akan memudahkan masyarakat untuk melayari internet justeru internet akan menjadi lebih mudah diakses walau dimana sahaja berada, waima di kawasan pedalaman sekalipun. Sehubungan dengan itu, hal demikian akan memudahkan masyarakat mencapai capaian informasi, disamping mendapat perolehan maklumat dengan pantas dan efeisyen.
2)Mewujudkan suatu pusat yang dipenuhi dengan peralatan berteknologi canggih. Hal ini seperti pusat sains. Di pusat teknologi itu akan dipenuhi dengan alat ciptaan yang berteknologi dan inovasi sama ada ciptaan dalam atau luar Negara. Pusat tersebut dibuka kepada orang ramai untuk dikunjungi tidak kira peringkat umur sekalipun. Hal demikian dilakukan bertujuan agar memberi orang ramai inspirasi atau idea untuk mencipta peralatan teknologi.
3)Menubuhkan satu badan pertubuhan yang berlatarbelakangkan mempertahankan akan kepentingan penciptaan teknologi. Badan tersebut akan dianggotai oleh masyarakat yang berminat dan dipimpin oleh para saintis. Badan ni akan menyokong segala usaha mempertingkatkan teknologi dengan memberi khidmat motivasi dan dana kewangan. Dengan adanya penubuhan badan seperti itu, dapat menggalakkan orang ramai terlibat dengan dunia penciptaan teknologi.
4)Menyedarkan orang ramai akan kepentingan teknologi. Hal demikian dapat dilakukan dengan mengubah mentaliti dan persepsi masyarakat tentang dunia teknologi. Hal demikian, dapat dilakukan sedari diperingkat sekolah rendah lagi, dengan menggalakkan golongan kanak-kanak agar berminat untuk menceburkan diri dalam bidang teknologi. Selain itu, golongan ibubapa juga perlu diubah pemikiran mereka terhadap bidang ini, hal ini kerana apabila ibubapa mempunyai persepsi yang positif terhadap bidang teknologi, golongan ibubapa mampu menarik minat dan galakkan kepada anak-anak mereka agar menceburkan diri dalam bidang tersebut. Galakkan dan kesedaran tersebut boleh dilakukan dengan menjalankan satu kempen sama ada menggunakan media massa sebagai medium atau sebagainya.
5)Mewujudkan satu kelas pembelajaran khusus untuk penciptaan teknologi. Kelas tersebut boleh diwujudkan di peringkat rendah, menengah atau pengajian tinggi. Contohnya seperti kursus teknologi dan inovasi dalam pendidikan ini. Dengan wujudnya kursus seperti ini menggalakkan masyarakat khususnya golongan muda agar mencipta suatu barangan yang berinovasi. Sehubungan dengan itu, hal tersebut dapat melatih pelajar berfikiran kreatif dan inovasi.
SITI MARIAM BINTI NORMADI
A128433
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 (SEM 2 SESI 2010/1011)
1)Melalui program pembangunan kemahiran teknologi
ReplyDeleteTerdapat pelbagai usaha dan aktiviti dilaksanakan dalam usaha memupuk dan menanam minat serta membudayakan penggunaan teknonologi kepada masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti dan berinformasi. Secara umum, program pembangunan kemahiran teknonogi wajar dilaksanakan bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan mendalami ICT. Melalui kursus-kursus atau pertandingan seumpamanya. Contoh, melibatkan penyertaan pelajar-pelajar, golongan ibu bapa, para pentadbir sekolah serta guru-guru. Penyertaan dari pelbagai pihak dapat memberi sokongan antara satu sama lain.
2) Menggunakan pendekatan kecanggihan teknologi.
Untuk menyokong dan mempercepat pembudayaan teknologi, penggunaan ICT dan teknologi terkini yang tersedia dimanfaatkan. Secara intensif contoh melalui penggunaan laman web, internet, mobile learning, e-pembelajaran, pembelajaran maya, pembelajaran jarak jauh dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara PSH ini bukan sahaja menjadi lebih keberkesanan kos, tetapi juga memudahkan pelajar mengikuti pengajian kerana mereka dapat belajar secara maya tanpa perlu menghadiri kelas sepanjang masa secara fizikal. Secara tidak langsung masyarakat telah mendekati dunia teknologi.
3) Penyediaan prasarana.
Kerajaan perlu menyediakan kemudahan kepada masyarakat terutama masyarakat di luar Bandar khasnya. Ini kerana keinginan untuk mendalami teknologi sudah ada tetapi disebabkan faktor tiada kemudahan untuk memperlajari. Masih terdapat kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kemudahan tersebut. Contohnya, dengan menyediakan satu tempat khas bagi memudahkan penduduk setempat untuk menggunakan komputer.
4) Wujudkan peluang yang sama rata.
Bermaksud setiap orang berhak dan boleh menikmati kecanggihan yang tersedia. Tidak kira, latar pendidikan, status, jantina dan sebagainya. Setiap orang berpeluang untuk mendekati dunia teknologi. Contohnya, pendidikan berkenaan ICT tidak dikhaskan kepada golongan tertentu sahaja seperti mereka yang mempunyai kepentingan sahaja contoh daripada bidang teknologi tetapi peluang juga harus diberikan kepada semua golongan.
5) Pertukaran idea.
Menjana pemikiran masyarakat dengan menggalakkan setiap individu menyumbangkan idea daripada kebolehan yang dimiliki. Contohnya, mengadakan hari reka cipta antara sekolah, universiti, pihak swasta dan sebagainya. Di sini, penjanaan idea dan meningkatkan lagi minat serta kepakaran yang dimiliki setiap individu mengenai teknologi.
ROZANA BINTI MOHAMED RAZALI
A128055
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEM 2 2010/2011.
Antara langkah-langkah bagi membudayakan teknologi ialah menerapkan kursus Teknologi di dalam kursus-kursus di semua IPTA. Dengan berbuat demikian, para pelajar secara tidak langsung akan memperoleh pengetahuan tentang teknologi dan menggunakannya di dalam kehidupan seharian selain daripada tujuan pembelajaran. Contohnya, di UKM menawarkan kursus Teknologi Dan Inovasi dalam Pendidikan dan Kursus Teknologi Maklumat sebagai kursus wajib fakulti. Penawaran kursus ini adalah satu cara membudayakan teknologi dalam kalangan pelajar Universiti.
ReplyDeleteSelain itu, pemberian notebook kepada setiap pelajar sekolah juga adalah salah satu langkah untuk membudayakan teknologi. "Pemberian Notebook ini merupakan sebahagian usaha kerajaan membantu merapatkan jurang digital antara rakyat dan meningkatkan kecapaian terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman selepas menyampaikan Notebook kepada 85 pelajar di Dewan Felda Ulu Tebrau. Pemberian notebook akan menggalakkan pelajar menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.
Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan sekurang-kurangnya sebuah komputer di rumah. Hal ini adalah bagi memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka. Anak-anak akan secara tidak langsung akan memperoleh pengetahuan tentang penggunaan teknologi di samping menggunakannya dalam kehidupan seharian. Namun begitu, ibu bapa juga perlu memantau penggunaan internet oleh anak mereka supaya tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, kini kita dapat lihat di kebanyakan rumah sudah mempunyai komputer.
Guru-guru di sekolah rendah mahupun sekolah menengah juga harus memperuntukkan masa sekurang-kurangnya dua jam seminggu dengan membawa pelajar ke makmal komputer di sekolah tersebut. Pendedahan sebegini penting bagi mencapai matlamat untuk membudayakan teknologi dalam kalangan pelajar sekolah. Budaya penggunaan internet perlu diterapkan pada pelajar kerana ianya penting bagi membentuk pelajar yang celik IT. Contohnya, menetapkan masa di dalam jadual belajar pelajar supaya menggunakan komputer di makmal sekolah pada setiap hari Khamis selama dua jam.
Langkah yang terakhir ialah pihak kerajaan perlu memberi komputer kepada penduduk di luar bandar yang tidak mampu untuk memiliki komputer. Sebuah komputer bagi setiap rumah. Hal ini bagi memastikan semua penduduk tidak mengira pangkat dan darjat tidak ketinggalan dan dapat menggunakan teknologi dalam kehidupan mereka. Oleh kerana era globalisasi kini menuntut manusia menggunakan kecanggihan teknologi dalam apa jua urusan dalam kehidupan. Contohnya, pengisian borang untuk menyambung pengajian ke IPTA perlu diisi menggunakan internet.
CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
A130775
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEM 2
Penggunaan teknologi dalam kehidupan masa kini merupakan sangat penting kerana merangkumi teknologi bersepadu untuk memperoleh, menyimpan dan menyebarkan maklumat serta menjadi satu cara interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan mesin dan manusia dengan alam untuk mewujudkan satu sistem bagi mempertingkatkan keberkesanan, kemudahan dan kualiti hidup kita. Lima langkah dalam membudayakan teknologi ialah:
ReplyDelete1) Membudayakan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). usaha membudayakan ICT perlu dalam kalangan guru, pelajar dan pengurus pendidikan. Contohnya, guru perlu digalakkan mengintegrasikan ICT pada setiap kesempatan yang ada dalam P&P di bilik darjah sementara murid digalakkan menggunakannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
2) Pengurangan kos pemilikan. Dahulu masyarakat sukar untuk memiliki sebuah komputer. Namun pada masa kini harga perkakasan computer adalah berpatutan. Tetapi masih terdapat masyarakat terutamanya penduduk desa tidak mampu memiliki computer. Oleh itu, kerajaan perlu memperluaskan skim bantuan dan prasarana computer serta rangkain komunikasi yang lengkap. Contohnya, pemberian notebook dan langganan wifi internet dengan harga berpatutan perlu diperluaskan lagi bagi memudahkan masyarakat untuk memilikinya.
3) Mengadakan aktiviti. Aktiviti yang melibatkan penggunaan perkakasan ICT perlu diadakan. Aktiviti yang diadakan perlulah mempunyai kesinambungan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Oleh kerana bidang ICT adalah bidang yang sangat pesat berkembang, input tentang teknologi baru hendaklah diperkenalkan dari semasa ke semasa. Contohnya agensi yang berkaitan menganjurkan bengkel ICT dengan harga yang berpatutan. Aktiviti ini akan berupaya meningkatkan efikasi masyarakat dalam membudayakan dan kepentingan teknologi.
4) Meluaskan prasarana komputer dan rangkaian komunikasi. Contohnya, mewujudkan dan meluaskan lagi Pusat Internet Desa (PID) dan tuisyen secara online. Medan infodesa dan PID ini perlu diperluaskan dan dipertingkatkan lagi ke seluruh negeri bagi melibatkan penduduk terutama penduduk luar Bandar dalam dunia digital dan teknologi ICT. Langkah ini membantu merapatkan jurang digital dan menyediakan kemudahan ICT kepada penduduk desa.
5) Penggunaan komputer di rumah. Peranan ibu bapa menyediakan persekitaran yang baik di rumah memberi peluang dan menggalakkan anak-anak menerokai persekitaran. Ibu bapa perlu menyokong saranan kerajaan “1Rumah 1Komputer” dengan menyediakan kemudahan komputer di rumah untuk menggalakkan anak-anak mempelajari teknologi ICT. Ibu bapa juga perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk mempelajari kemahiran mengintegrasikan ICT secara berkesan dalam kehidupan seharian. Contohnya membayar bil-bil secara online secara tidak langsung menggalakkan anak-anak mereka membudayakan penggunaan teknologi dalam kehidupan.
NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
A127162
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)
TAHUN 2, SEM 2 SESI 2010/2011
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete5 langkah-langkah bagi membudayakan teknologi
ReplyDelete1) Pihak swasta dan kerajaan memberi sokongan terhadap penggunaan teknologi. Memberi sumbangan dari segi penganjuran motivasi berkenaan teknologi, memberi moral dan dorongan. Selain itu, pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membangunkan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Membekalkan barangan yang berunsurkan teknologi seperti komputer dan alatan-alatan teknologi yang lain. Pendedahan yang banyak terhadap teknologi amat diperlukan. Pihak yang berkenaan perlu memantapkan proses dan infrastruktur pengajaran mengenai teknologi.
2) Sekolah memainkan peranan yang penting dalam membudayakan teknologi kepada pelajar sekolah. Memperbanyakkan lagi pengajaran dan fasiliti berkenaan dengan teknologi. Sebagai contoh, setiap kelas perlu dibekalkan dengan komputer bagi kegunaan pelajar. Selain itu, pihak sekolah harus memperbanyakkan guru yang mahir dalam bidang teknologi dan memperuntukkan satu waktu bagi pelajar-pelajar mempelajari teknologi (kelas komputer).
3) Ibu bapa merupakan orang penting yang dapat menerapkan dan membudayakan teknologi kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah memberi sokongan dan mendedahkan teknologi kepada anak-anak mereka. Tanpa adanya orang yang memberi tahu mengenai teknologi, sesuatu teknologi itu tidak akan dapat berkembang. Selain itu, ibu bapa haruslah bersikap dan berfikiran positif terhadap pembangunan teknologi. Ibu bapa memberi galakan dengan cara menghantar anak-anak mereka mempelajari komputer atau kelas yang berkaitan dengan teknologi.
4) Pelajar / diri sendiri juga memainkan peranan dalam membudayakan teknologi ini. Mereka perlu meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi. Salah satu contoh adalah melakukan latihan berterus yang menjurus kepada penambahan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berkenaan teknologi. Pelajar boleh menghadiri kelas yang menawarkan subjek yang berbentuk teknologi. Contohnya, kelas komputer.
5) Pihak media juga mempunyai peranan dalam membudayakan teknologi. Pihak media boleh mendedahkan pengetahuan berkenaan dengan teknologi. Program-program televisyen boleh memuatkan rancangan berkenaan dengan teknologi. Sebagai contoh rancangan National Geography yang kadang kala menayangkan rancangan berbentuk teknologi. Dengan pendedahan rancangan-rancagan tersebut, teknologi dapat berkembang ke seluruh pelusuk dunia.
NUR SYAFIQAH BT MUHAMMAD SITUL
A 128573
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2
Langkah untuk membudayakan teknologi:
ReplyDelete1. Akses yang menyeluruh dan mudah
Kemudahan untuk mengakses suatu teknologi adalah sangat penting. Ia adalah salah satu perkara yang akan menentukan sama ada teknologi tersebut akan mendapat sambutan dan dipandang tinggi. Contoh yang boleh diambil ialah kemudahan seperti WIFI dan 3G (sekarang 4G) yang digunakan untuk mengakses internet di mana sahaja.
2. Pendidikan - Kursus yang berkaitan dengan teknologi dijadikan kursus wajib di universiti/sekolah
Pelajar digalakkan menggunakan sumber rujukan berunsur elektronik, seperti ebook, jurnal online. Selain itu, kursus-kursus seperti 'programming' boleh diajar kepada semua pelajar, dan bukan hanya untuk pelajar Sains Komputer. Pelajar juga perlu diajar mengenai teknologi terkini dalam bidang masing-masing, seperti teknologi dalam makmal sains, teknologi rekombinan DNA dan lain-lain.
3. User-friendly
Teknologi baru yang dihasilkan perlulah mudah untuk digunakan untuk semua lapisan masyarakat. Tujuan teknologi adalah untuk memudahkan kerja, dan jika cara menggunakan teknologi tersebut adalah susah, ianya tidak akan dapat menarik minat orang ramai untuk mencubanya.
4. Harga barang dikawal
Selalunya, untuk teknologi baru, harga barang tersebut adalah sangat tinggi. Terdapat juga penjual yang mengambil untung yang berlebihan. Jikalau harga barangan tersebut dikawal dan harganya murah, adalah lebih senang untuk semua orang memilikinya. Contoh yang terdekat boleh diambil adalah seperti kereta di dalam gambar dalam post di atas. Jikalau sebuah kereta yang canggih boleh begitu murah, apatah lagi satu telefon tangan?
5. Memaksimakan penggunaan teknologi dalam kehidupan
Contoh yang boleh diambil ialah seperti konsep e-banking, di mana pelanggan tidak lagi perlu ke bank untuk membuat sesuatu bayaran. Buku-buku tidak lagi diterbitkan dalam bentuk fizikal, tetapi melalui 'electronic book'. Papan tanda jalan tidak lagi diperlukan dengan adanya GPS, dan banyak lagi contoh-contoh yang lain. Manusia akan tertarik dengan benda yang akan memudahkan urusan harian, jadi lebih banyak langkah perlu diambil untuk memperkenalkan teknologi-teknologi baru ini.
NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
A126692
FST/2
Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Sejajar dengan perkembangan teknologi pada masa kini kita dituntut membudayakan teknologi dalam kehidupan kerana sejajar dengan kepesatan teknologi pada masa sekarang. Antara langkah-langkah untuk membudayakan teknologi adalah:-
ReplyDelete1) Ibu bapa: Pendidikan awal adalah bermula dari rumah dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Mereka ibarat agen sosialisasi kepada anak-anak. Kepesatan teknologi sekarang yang semakin hari meningglkan kita sekiranya kita ditakuk lama menuntut supaya peranan ibu bapa lebih meluas. Mereka hendaklah memulakan dan membudayakan teknologi dalam kehidupan anak-anak mereka. Setidak-tidaknya setiap rumah hendaklah mempunyai sebuah komputer yang mempunyai sambungan dengan internet kerana dunia sekarang adalah hanya di hujung jari sahaja. Pentingnya peranan ibu bapa dalam memupuk minat anak-anak di samping menggunakan teknik yang betul untuk memupuk minat mereka seperti penceritaan dan pendedahan.
2) Peranan kerajaan: Kerajaan memainkan peranan yang utama dalam membudayakan teknologi kepada rakyat di negara kita. Kita tidak boleh ketinggalan dan hendaklah sentiasa ke depan sejajar dengan kepesatan teknologi sekarang. Peranan kerajaan disini adalah dari segi penyediaan prasarana yang lengkap seperti jaringan maklumat tanpa sempadan disamping kemudahan-kemudahan internet di setiap kampung. Selain itu, Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan. Polisi-polisi kerajaan juga hendaklah membantu lagi dalam mebudayakan teknologi seperti penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC).
3) Peranan media masssa;- Media massa adalah alat yang boleh mempengaruhi manusia dalam kehidupan harian. Di sini peranan media massa adalah penting dalam membantu masyarakat terhadap memahami dan mendalami bidang teknologi maklumat yang banyak memberikan kebaikkan kepada mereka. Contohnya televisyen perlu menyelitkan satu program khas yang disertakan dengan visual yang menarik bagi menarik masyarakat dan memberi pendedahan kepada mereka akan kepentingan internet iaitu dunia tanpa sempadan. Pendedahan yang berterusan dalam pelbagai media massa akan membuka mata masyarakat untuk berubah dan mengamalkan gaya hidup yang mengikut peredaran arus teknologi semasa.
4) Kemudahan komputer di setiap kampung:- setiap kampung hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat atau tempat yang boleh mengakses internet secara percuma pada bila-bila masa. Oleh yang demikian tidak akan timbul keadaan penduduk kampung tidak mendapat pengetahuan tentang teknologi maklumat terkini. Selain itu, kelas-kelas penggunaan internet hendaklah dibuka kepada sesiapa sahaja yang buta IT agar mereka juga tidak ketinggalan dan dapat memperolehi manfaat melaluinya.
5) Peringkat sekolah: pendedahan awal iaitu di peringkat sekolah akan meberikan kemudahan kepda pelajar dalam pembelajaran. Contohnya penggunaan komputer bagi setiap pelajar di sekolah semasa pembelajaran adalah baik kerana pendedahan sejak kecil akan memupuk minat mereka terhadap teknologi disamping mendapat ilmu-ilmu baru dalam pembelajaran sebagai penambahan pengetahuan.
NUR RADIA BINTI HARUN
A128048
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2
5 langkah-langkah bagi membudayakan teknologi :
ReplyDelete1) peranan media massa
- pihak media berperanan untuk memberi pendedahan teknologi kepada masyarakat. sebagai contoh media massa elektronik, televisyen atau radio menyiarkan tentang teknologi atau informasi terkini. dengan itu dapat melahirkan masyarakat yang peka terhadap perkembangan dunia.
2) pihak universiti / sekolah
- pihak universiti dan sekolah boleh menganjurkan pertandingan mereka cipta yang berkaitan teknologi dan inivasi. contohnya pertandingan menghasilkan robot elektronik dan sebagainya. dengan cara ini dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kretif dan kreatif.
3) pihak berkuasa ( kerajaan)
- melahirkan kampung bestari iaitu berfokuskan kepada IT, Memberi kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan dewan serbaguna yang dilengkapi komputer supaya masyarakat kampung dapat mengetahui perkembangan terkini. selain itu, pihak kerajaan juga harus meluaskan jarngan jalur lebar diseluruh kawasan terutama di kawasan pedalaman. hal ini supaya semua masyarakat dapat mengekses internet dan dapat berkongsi maklumat.
4) penagajaran dan pembelajaran (P&P)
- melaui proses P&P, guru haruslah memberi penekanan terhadap pembelajaran IT dan menjadikan subjek teknologi ini sesuatu yang menarik. selain itu, guru juga bloeh membuat perbincangan dengan pelajar secara maya iaitu melalui e-group. contohnya google group, yahoo group dan sebagainya. dari situ guru dan pelajar dapat berkongsi maklumat dan pertanyan juga dapat di selasaikan tanpa berjumpa secara bersemuka.
5) peranan masyarakat
- masyarakat haruslah berfikiran positif walaupun terselit juga perkara negatif terhadap teknologi masa kini.hal ini kerana ia dapat memberi kita maklumat tentang dunia globalisasi dan dapat berkongsi maklumat antara individu lain .selain itu dapat melahirkan masyarakat yang celik IT.
NUR SYAIRAH MOHAMAD
A 128536
FSSK/2
1)Melalui program pembangunan kemahiran teknologi
ReplyDeleteTerdapat pelbagai usaha dan aktiviti dilaksanakan dalam usaha memupuk dan menanam minat serta membudayakan penggunaan teknonologi kepada masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti dan berinformasi. Secara umum, program pembangunan kemahiran teknonogi wajar dilaksanakan bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan mendalami ICT. Melalui kursus-kursus atau pertandingan seumpamanya. Contoh, melibatkan penyertaan pelajar-pelajar, golongan ibu bapa, para pentadbir sekolah serta guru-guru. Penyertaan dari pelbagai pihak dapat memberi sokongan antara satu sama lain.
2) Menggunakan pendekatan kecanggihan teknologi.
Untuk menyokong dan mempercepat pembudayaan teknologi, penggunaan ICT dan teknologi terkini yang tersedia dimanfaatkan. Secara intensif contoh melalui penggunaan laman web, internet, mobile learning, e-pembelajaran, pembelajaran maya, pembelajaran jarak jauh dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara ini bukan sahaja menjadi lebih keberkesanan kos, tetapi juga memudahkan pelajar mengikuti pengajian kerana mereka dapat belajar secara maya tanpa perlu menghadiri kelas sepanjang masa secara fizikal. Secara tidak langsung masyarakat telah mendekati dunia teknologi.
3) Penyediaan prasarana.
Kerajaan perlu menyediakan kemudahan kepada masyarakat terutama masyarakat di luar Bandar khasnya. Ini kerana keinginan untuk mendalami teknologi sudah ada tetapi disebabkan faktor tiada kemudahan untuk memperlajari. Masih terdapat kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kemudahan tersebut. Contohnya, dengan menyediakan satu tempat khas bagi memudahkan penduduk setempat untuk menggunakan komputer.
4) Wujudkan peluang yang sama rata.
Bermaksud setiap orang berhak dan boleh menikmati kecanggihan yang tersedia. Tidak kira, latar pendidikan, status, jantina dan sebagainya. Setiap orang berpeluang untuk mendekati dunia teknologi. Contohnya, pendidikan berkenaan ICT tidak dikhaskan kepada golongan tertentu sahaja seperti mereka yang mempunyai kepentingan sahaja contoh daripada bidang teknologi tetapi peluang juga harus diberikan kepada semua golongan.
5) Pertukaran idea.
Menjana pemikiran masyarakat dengan menggalakkan setiap individu menyumbangkan idea daripada kebolehan yang dimiliki. Contohnya, mengadakan hari reka cipta antara sekolah, universiti, pihak swasta dan sebagainya. Di sini, penjanaan idea dan meningkatkan lagi minat serta kepakaran yang dimiliki setiap individu mengenai teknologi.
ROZANA BINTI MOHAMED RAZALI
A128055
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEM 2 2010/2011.
5 langkah bagi membudayakan teknologi :
ReplyDelete1). Peranan media massa dan elektronik
-Media berperanan paling utama dalam membudayakan teknologi kepada manusia hari ini.Contohnya seperti surat khabar,televisyen,radio,internet dan sebagainya.Rancangan yang berbentuk sains dan ilmiah di televisyen yang berkaitan dengan teknologi dapat memberi pendedahan kepada masyarakat sekeliling. Ini bagi memupuk minat mereka seterusnya mendalami ilmu teknologi dan dapat dipraktikkan dengan penghasilan rekacipta sesuatu produk yang baru.
3). Peranan sekolah/universiti
-Memberi pendidikan tentang ilmu teknologi dan menyediakan pelbagai kemudahan berkaitan teknologi.Ilmu pembelajaran tentang teknologi diberi kepada pelajar semasa dalam kuliah.Kemudian,bagi memahami dengan lebih mendalam,pelajar dapat mempraktikkan dengan ilmu tersebut di dalam makmal bagi memberi gambaran dan kefahaman yang jelas tentang apa yang dipelajari semasa di kelas.Contohnya seperti kemudahan makmal komputer di sekolah atau universiti.
3). Peranan ibu bapa
-Ibu bapa merupakan agen yang bertindak sebagai pelengkap dalam membudayakan teknologi dalam diri anak-anak.Pengetahuan tentang teknologi bukan sahaja diperolehi di sekolah,bahkan ibu bapa perlu memberi pendedahan dan pendidikan berkaitan teknologi semasa berada di rumah. Contohnya seperti memberi galakkan kepada anak-anak menceburi dunia teknologi kerana ianya mempunyai skop yang luas untuk dipelajari.Ini dapat memberi kebaikan kepada anak terutamanya untuk masa hadapan anak-anak.
4)Mengadakan kempen dan pertandingan
-Kempen dan pertandingan berkaitan teknologi adalah penting bagi mendekatkan diri masyarakat dengan teknologi.Masyarakat kebiasaannya tidak berminat untuk memahami kepentingan teknologi selagi tidak diwujudkan kempen bagi menarik minat mereka.Pertandingan seperti 'Pertandingan Reka cipta'atau 'Pertandingan Roket' di peringkat sekolah dapat melahirkan individu yang kretif dan berkemahiran.
5). Peranan Kerajaan
-Kerajaan perlu memberi insiatif bagi memperkenalkan teknologi kepada penduduk di luar bandar khususnya.Seperti yang diketahui,teknologi kebiasaannya hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan bandar ataupun pekan-pekan.Ini seharusnya perlu dielakkan supaya masyararakat pedalaman tidak ketinggalan dalam arus pemodenan global.Kerajaan boleh mewujudkan pertandingan 'Kampung Bestari'. Dengan ini,masyarakat dapat berlumba-lumba menjadikan suasana kampung mereka dilengkapi pelbagai jenis teknologi seterusnya memenangi anugerah dan gelaran 'Kampung Bestari'.
MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN
A131055
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2
Di Malaysia, penggunaan sains dan teknologi dilihat semakin penting dan merupakan kunci bagi kehidupan yang progresif dan moden. Oleh itu, masyarakat, terutama golongan muda perlu disosialisasikan sepenuhnya dengan budaya sains dan teknologi. Terdapat beberapa langkah bagi membudayakan teknologi.
ReplyDeleteSalah satunya adalah peranan institusi keluarga. Ibu bapa perlu menjiwai anak-anak mereka dengan ilmu sains dan teknologi. Usaha tersebut perlu dalam menanamkan rasa minat mereka terhadap teknologi yang sememangnya penting ke arah mereka menuju kedewasaan. Contohnya, melalui penyediaan alat-alat teknologi di rumah yang menjadi kepentingan masa kini seperti komputer. Ini bertujuan memastikan anak-anak berkembang mengikut arus pemodenan. Keperluan itu harus disediakan untuk memastikan kemajuan dalam diri anak-anak dan apa yang penting juga adalah proses pengawalan yang betul.
Selain itu, peranan institusi pendidikan. Sekolah dilihat sangat berupaya dalam membudayakan teknologi dalam kalangan pelajar. Peranan guru dilihat amat penting, termasuklah dalam proses mengajar subjek-subjek asas untuk bidang sains dan teknologi. Kaedah pengajaran berkesan adalah perlu dan harus berpusat kepada pelajar. Di samping itu, peranan guru bukan sahaja terhad kepada aktiviti di sekolah seperti di dalam makmal, malah turut melibatkan aktiviti luar sekolah. Contohnya, aktiviti seperti menerusi lawatan, kerja lapangan dan aktiviti lain yang boleh mendekatkan para pelajar dengan ilmu teknologi. Namun, apa yang penting adalah guru harus lebih positif dan menyokong.
Seterusnya adalah peranan media massa. Media massa merupakan medium penting bagi penyebaran maklumat dan pengetahuan. Melalui media, pelbagai maklumat berkait dengan teknologi boleh disalurkan seterusnya boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Contohnya melalui rancangan televisyen yang memaparkan tentang penggunaan dan kecanggihan teknologi, kekreatifan dan penginovasian dan sebagainya. Jadi, jiwa masyarakat lebih terdidik dengan ilmu teknologi dan pemikiran mereka akan lebih terbuka disamping terdedah dengan bidang ilmu teknologi yang luas.
Di samping itu, pembudayaan teknologi juga harus melibatkan peranan pihak kerajaan. Kerajaan harus peka kepada usaha membudayakan teknologi dalam kalangan masyarakat. Banyak cara yang boleh dilaksanakan antaranya adalah menyediakan kemudahan untuk orang ramai dalam mengenal teknologi dan merasai kepentingannya. Umpamanya di setiap kawasan, umpamanya kawasan pedalaman harus disediakan jaringan jalur lebar. Dengan adanya kemudahan teknologi ini, terbukti membolehkan masyarakat mengakses internet dengan capaian maklumat yang cepat dan banyak.
Seterusnya, peranan masyarakat. Masyarakat harus sedar akan kepentingan menguasai bidang teknologi seiring dengan dunia globalisasi yang kian pesat. Setiap dari kita harus melibatkan diri dalam pencarian ilmu serta kemahiran di bidang sains dan teknologi. Contohnya, mahir akan penggunaan alat-alat canggih yang membolehkan kita berkembang dan bergerak serta mudah melakukan urusan seharian. Di samping itu, masyarakat juga harus sedar mereka sebenarnya mempunyai otak yang sangat bijak dan mampu menyumbangkan idea, terutama di bidang teknologi.
Oleh itu, pembudayaan teknologi adalah amat penting, dan ianya melibatkan banyak pihak termasuklah peranan ibu bapa, institusi pendidikan, media massa, pihak kerajaan, dan masyarakat itu sendiri. Jesteru, negara sememangnya berpotensi menjadi sebuah negara maju yang mengutamakan amalan sains dan teknologi.
NOORHAFIZA HASNI AB MANAF
A 127607
FSSK/2
5 LANGKAH PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI ADALAH:
ReplyDelete1) Guru
Guru seharusnya menjadi penggalak kepada pelajar dalam menggunakan teknologi dalam pencarian maklumat berkaitan pelajaran. Hal ini dapat menggalakkan pelajar supaya celik IT dan teknologi terkini disamping dapat mengelakkan pelajar ketinggalan dalam penggunaan teknologi. Jika tidak bangsa Malaysia akan ketinggalan akibat kurang pendedahan terhadap teknologi serta tidak menpunyai insiatif dan sikap berdaya saing dengan negara lain.
2) Ibu Bapa
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam membudayakan teknologi dalam kehidupan anak-anak. Ibu bapa seharusnya memberikan sokongan dari segi moral, menigkatkan motivasi, dan menyediakan wang untuk kelas tusiyen computer serta membeli bahan berkaitan teknologi.
3) Pelajar
Pelajar juga memainkan peranan dalam langkah membudayakan teknologi. Hal ini demikian,pelajar seharusnya melibatkan diri dalam sebarang bentuk aktiviti dan persatuan yang diaturkan oleh pihak sekolah, contohnya seperti persatuan kelab computer dan reka cipta. Pelajar seharusnya aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan teknologi dan inovasi bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dengan teknologi.
4) Media
Pihak media memainkan peranan penting sebagai medium dalam memujuk pelanggan dalam membeli sesuatu barangan. Pendedahan melalui media cetak mahupun elektronik tentang barangan terbaru dan canggih dipasaran dapat menarik minat pelanggan untuk membeli dan memcuba teknologi baru. Hal ini sekaligus dapat membudayakan teknologi dalam kehidupan.
5) Kerajaan
Pihak kerajaan seharusnya menyalurkan bantuan dari segi kewangan untuk menyediakan teknologi kepada rakyat terutamanya pelajar. Penyediaan prasarana yang mencukupi seperti menyediakan makmal komputer di setiap sekolah dan bahan pelajaran berasaskan teknologi seperti LCD dalam pembelajaran dapat menggalakan lagi penggunaan teknologi dan pembudayaan teknologi dalam kalangan pelajar.
CHE NOOR FARAH BAHIAH BINTI CHE YUSOF
A128412
FSSK/2
Membudayakan Teknologi:
ReplyDeleteTeknologi adalah penciptaan sistem yang mengandungi keupayaan dalam memperbaiki tata kehidupan seseorang atau masyarakat. Manakala dimensi budaya adalah hasil karya ciptaan manusia yang diperoleh dari kegiatan akal budi seperti kepercayaan, kesenian dan adat istiadat yang diamalkan dalam aktiviti sehari-hari.
Apabila budaya teknologi digabungkan, ia telah mengharuskan setiap masyarakat perlu memiliki cara berfikir, tindakan dan amalan seharian yang seiring dengan perubahan teknologi serta persekitaran semasa yang berlaku. Oleh itu, usaha-usaha penyelidikan dan inovasi merupakan antara nilai–nilai yang perlu dipupuk dalam diri setiap insan supaya penghasilan teknologi yang bermutu berlaku.
Berikut adalah 5 usaha membudayakan teknologi:
1) Pemupukan Oleh Ibu Bapa Serta Keluarga.
Set minda serta sikap yang positif perlu dalam menguasai kemahiran sains dan teknologi. Oleh itu, ibu bapa memainkan prioriti utama dalam menanam sikap berani mengambil risiko, kecintaan terhadap ilmu serta kreatif mengolah idea. Nilai–nilai ini boleh dipupuk dengan sokongan ilmu pengetahuan melalui buku, latihan praktikal melalui bantuan alat dan motivasi melalui rangsangan persekitaran.
2)Sokongan Kokurikulum Bersepadu di Sekolah.
Persekitaran sekolah yang berdaya saing dan pertembungan pelbagai idea mampu memupuk daya cipta dan penginovasian. Minggu sains, pameran, pertandingan mereka cipta dapat diadakan bagi mengasah daya fikir pelajar. Pada masa ini, sokongan guru dan saingan hebat daripada rakan-rakan mampu membina motivasi. Kokurikulum khas seperti Kelab Reka Cipta dan Kelab Mekanikal Robotik juga dapat memupuk budaya teknologi pada jiwa muda.
3)Program Latihan dan Kursus Khas.
Pihak kerajaan dan swasta perlu memainkan peranan untuk membuka minda masyarakat dengan menawarkan latihan berasaskan teknologi. Oleh itu, latihan boleh diberikan secara percuma atau berbayar bergantung kepada kepentingannya. Dalam latihan ini, mereka akan didedahkan dengan perkembangan alatan moden masa kini, menyelami kepentingannya serta juga memberi peluang kepada mereka untuk meneroka bersama-sama.
4)Kerjasama Pengantarabangsaan.
Kerajaan memainkan peranan bagi mengadakan usahasama dari segi penyelidikan dan pembangunan antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti barat dan Jepun. Usahasama ini penting bagi mengembangkan ilmu pengetahuan dan kepakaran di samping akhirnya dapat memupuk budaya teknologi serantau melalui saling pertukaran maklumat. Kerjasama ini boleh melibatkan seminar dan perbincangan berkala.
5)Penganjuran Pertandingan Teknologi dan Inovasi
Sebagai contoh, pertandingan mereka cipta kereta mesra alam beserta ganjaran yang berpatutan mampu menarik minat masyarakat untuk menyertainya. Hal ini kerana, disamping dapat berbakti kepada persekitaran mereka juga pastinya mendapat habuan yang lumayan. Hal ini dapat memupuk budaya daya saing yang sihat terhadap penciptaan teknologi yang paling baik.
NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN
A130252
FSSK/TAHUN 2/SESI 2010-2011
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLangkah membudayakan teknologi
ReplyDeleteTeknologi merupakan sesuatu yang amat berkembang dengan begitu pantas dan mempunyai pelbagai kepentingan kepada manusia. Membudayakn teknologi dilihat dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat.
Antara langkah yang boleh dilakukan ialah melalui sistem pendidikan di sekolah dan juga institusi pengajian tinggi. Sistem pendidikan perlulah merangkumi kepenggunaan teknologi sebagai salah satu aktiviti yang wajib dalam memperkasakan lagi ilmu pengetahuan akademik. Pengetahuan berkaitan teknologi digunakan dalam pelbagai subjek terutamanya ialah sains dan matematik. Pendedahan kepada teknologi dari awal membolehkan mereka akan terbiasa menggunakan teknologi yang telah berada di sekelilingnya.
Seterusnya ialah melalui kempen yang dijalankan seperti dalam karnival Jom Heboh yang dianjurkan pada setiap tahun. Kempen seperti itu dapat menarik minat pengunjung dan mempunyai khalayak sasaran yang tinggi berbanding kempen di tempat lain. Melalui kempen ini dapat memperkenalkan teknologi baru kepada pengunjung serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka tentang kepentingan teknologi tersebut. Kempen juga boleh dilakukan melalui televisyen dengan melakukan demonstrasi terhadap penggunaan teknologi dapat menimbulkan minat penonton terhadap teknologi yang diapaparkan.
Selain itu, kerajaan juga berperanan dalam meningkat kesedaran tentang kepentingan teknologi dalam kalangan masyarakat dengan melakukan dasar-dasar yang membantu kepada membudayakan teknologi. Antara contoh dasar yang dilakukan kerajaan ialah dasar teknologi hijau pada tahun 2009 untuk mengalakkan penciptaan teknologi yang mengurangkan penggunaan sumber tenaga elektrik. Hal ini membantu masyarakat dalam menciptakan teknologi berasaskan sumber tenaga yang menjimatkan tenaga elektrik. Serta dapat menerapkan elemen-elemen teknologi dalam kehiduapan seharian.
Penganjuran pertandingan reka cipta atau inovasi yang berasaskan teknologi juga dapat membantu membudayakan teknologi dalam kalangan masyarakat. Pertandingan yang dilakukan di peringkat sekolah dan juga institusi pengajian tinggi dapat membantu memperkenalkan teknologi baru dan menerapkan kesedaran dalam kalangan pelajar.
Rujukan
http://www.google.com.my/search?rlz=1C1enMY398MY398&aq=0&oq=dasar+te&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=dasar+teknologi+hijau+negara.
MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
A128748
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN DUA SEMESTER DUA(2010/2011)
Pembudayaan teknologi amat penting dalam pendidikan anak-anak agar mereka dapat mengaplikasikan dalam pembelajaran mereka sama ada di rumah mahu pun di sekolah. Terdapat 5 langkah-langkah bagi membudayakan teknologi yang mana meliputi pelbagai peranan iaitu dari sudut ibu bapa, guru atau pihak sekolah, masyarakat, media massa dan juga kerajaan.
ReplyDelete1. Peranan ibu bapa.
Sudah menjadi suatu kemestian bahawa anak-anak akan lebih rapat dengan ibu bapa dan setiap kelakuan atau perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa menjadi satu ikutan kepada anak-anak. Lazimnya ibu bapa yang berkerjaya, mereka sering menggunakan kemudahan teknologi dalam pekerjaan seperti komputer riba dan menyiapkan kerja yang tertunda pulang ke rumah. Dengan ini, anak-anak sebagai pemerhati akan melihat bagaimana ternologi tersebut digunakan dan seterusnya cuba untuk mengaplikasikan sendiri alat teknologi tersebut.
2. Peranan guru atau pihak sekolah
Selain ibu bapa, guru atau pihak sekolah juga memainkan peranan penting bagi membudayakan teknologi kepada anak-anak. Contoh, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru mestilah menyediakan bahan pengajaran yang menggunakan kemudahan teknologi seperti menyediakan nota-nota dalam bentuk “power point” atau membawa anak-anak atau pelajar ke makmal computer. Di sini, mereka akan didedahkan dengan kemudahan tersebut dan seterusnya setelah mahir, perkara ini menjadi satu pembudayaan teknologi kepada mereka.
3. Peranan masyarakat.
Seterusnya, masyarakat perlu memberi sokongan dan dorongan bagi menjayakan hasrat kerajaan yang menginginkan semua rakyat celik IT. Contohnya, setiap penempatan mestilah menyediakan suatu kawasan atau tempat untuk menempatkan cafe siber. Dengan ini, dapat memperkembangkan lagi pembudayaan teknologi dalam kalangan anak-anak sama ada di Bandar mahu pun luar Bandar.
4. Peranan media massa.
Media massa juga memainkan peranan penting dalam pembudayaan teknologi. Hal ini demikian kerana, media massa dapat memaparkan teknologi-teknologi terkini yang disusuli dengan cara penggunaannya. Lazimnya, media massa yang digunakan adalah televisyen. Melalui media massa, mereka dapat melihat teknologi yang dipaparkan dan seterusnya mengaplikasikan dalam pembelaran mereka. Ini akan menjadi salah satu pembudayaan teknologi.
5. Kerajaan
Kerajaan boleh memberi bantuan sama ada dari segi kewangan mahupun peralatan. Mereka boleh menyumbang terhadap kawasan-kawasan yang belum lagi mempunyai kelengkapan berteknologi seperti komputer. Lazimnya, pembudayaan teknologi kurang berlaku di kawasan luar Bandar. Oleh itu, kerajaan mestilah memberi tumpuan yang lebih di kawasan tersebut.
ZAINI BINTI ABDUL AZIZ
A128256
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEM. 2 (2010/2011)
Berikut adalah 5 langkah bagi membudayakan teknologi:
ReplyDelete1) Menggunakan Teknologi Dalam Pencarian Maklumat
Sebagai seorang pelajar, maklumat merupakan satu perkara yang berharga terutama apabila melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dengan kemajuan teknologi masa kini, pencarian dan pengumpulan maklumat telah menjadi satu platform dan ruang tanpa sempadan yang boleh digunapakai pada bila-bila masa, di mana sahaja. Penggunaan teknologi dalam pencarian maklumat telah menjadi suatu perkara yang mudah jika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu.
Pencarian maklumat menggunakan teknologi canggih masa kini seperti perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar telah membentuk satu budaya baru kepada golongan pelajar dan masyarakat yang dahagakan ilmu-ilmu baru dan berbeza dari apa yang biasa diperolehi oleh mereka.
2) Menggunakan Teknologi Untuk Sentiasa Berhubung
Selain itu, penggunaan teknologi sebagai alat komunikasi mampu menghubungkan mereka yang jauh di mata. Penggunaan teknologi internet seperti Skype dan Yahoo Messenger mampu menghubungkan masyarakat dunia dalam masa yang amat singkat dan menjimatkan. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah chatting atau berbual, membuat panggilan suara atau membuat panggilan kamera web.
Tidak kurang juga penggunaan e-mel dan Facebook yang boleh digunapakai bagi meninggalkan pesanan sesame keluarga atau kenalan. Penggunaan teknologi seperti ini memudahkan individu meninggalkan pesanan tanpa perlu risau pesanan terbabit akan hilang umpama penggunaan surat tradisional.
3) Teknologi Sebagai Alat Bantu Mengajar
Penggunaan teknologi terkini sebagai alat bantu mengajar mampu meningkatkan mutu dan taraf pelajaran yang diterima. Penggunaanya dalam pembelajaran mampu membentuk satu budaya pelajar yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan teknologi masa kini Contohnya, bagi pelajar yang mengikuti pembelajaran animasi, penggunaan teknologi mampu memudahkan kerja mereka di samping membolehkan para pelajar menghasilkan suatu karya yang luar biasa, jauh dari jangkauan pemikiran biasa.
Selain itu, ketika membuat pembentangan tugasan, penggunaan teknologi seperti laser mampu memudahkan pembentang menumpu alihkan perhatian pendengar ke arah kawasan yang ditumpukan di atas skrin. Teknologi laser sebagai alat bantu mengajar ini membentuk budaya yang lebih profesional dalam mempersembahkan hasil kerja seseorang itu.
4) Teknologi Sebagai Pengantara Pemimpin Dan Masyarakat
Penggunaan teknologi seperti televisyen dan internet dirasakan medium yang paling mudah bagi membolehkan seseorang pemimpin dekat dengan masyarakat. Penggunaan Twitter, sebagai alat penyampaian maklumat boleh digunakan oleh pemimpin bagi menyediakan platform bagi masyarakat mengadukan nasib mereka.
Selain itu juga, penggunaan teknologi juga harus dikembangkan oleh pemimpin bagi membolehkan masyarakat bergerak seiring dengan negara-negara membangun dan maju yang lain. Budaya memperbanyakkan penggunaan teknologi dalam kehidupan harus diterapkan bagi membolehkan maysarakat memahami serta mampu menggunakannya untuk tugasan harian setanding dengan negara lain.
5) Menggunakan Sebarang Teknologi Dalam Memberikan Hasil Kerja Yang Terbaik
Bagi golongan bekerjaya pula, budaya menggunakan teknologi mampu menghasilkan satu hasil kerja yang bermutu. Sebagai contoh, seorang jurutera memerlukan penggunaan teknologi seperti komputer dan sebagainya dalam menghasilkan sebuah pelan dan bangunan yang mantap.
Selain itu juga, penggunaan computer dalam membuat dokumentasi pasti menghasilkan kerja yang lebih kemas, teliti dan mampu di baca. Ini termasuk membantu memudahkan kerja pembentangan dengan menghasilkan sesuatu yang menarik, ringkas dan mudah untuk di nilai oleh orang lain.
Kesimpulannya, terdapat banyak langkah yang boleh digunapakai bagi membudayakan penggunaan teknologi pada masa kini. Teknologi telah menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat yang membantu memudahkan seusatu pekerjaan.
MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
A130944
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2, SEM 2, SESI 2010/2011
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSENARAI 5 LANGKAH-LANGKAH BAGI MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI.
ReplyDeleteKewujudan teknologi kini dilihat sebagai sebuah inovasi yang banyak membantu kita dalam melunaskan tanggungjawab harian selain membantu memudahkan aktiviti harian. Terdapat lima langkah yang dikatakan mampu mendorong kepada para pelajar untuk membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian.
Pertama, pensyarah sewajarnya meluaskan kaedah pembelajaran dengan melibatkan penggunaan teknologi. Sesi pembelajaran yang berasaskan teknologi perlulah dijadikan sebagai salah satu wadah bagi menarik minat para pelajar untuk mempelajari pelajaran yang diajari disamping memupuk budaya teknologi ini. Sebagai contoh, pensyarah berhubung dengan para pelajar dengan menggunakan pendekatan e-pembelajaran (E-Learning). Melalui e-pembelajaran ini dikatakan mampu membantu memberi perkongsian maklumat dengan lebih berkesan dengan menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi melaluinya.
Selain itu, para pelajar juga dapat mengaplikasikan penggunaan internet ini dengan mengadakan sesi perbincangan sama ada mengenai tugasan kumpulan atau pun mengulangkaji pelajaran melalui laman sosial seperti facebook, myspace, twitter dan sebagainya. Dengan itu, para pelajar dapat menjimatkan masa, ruang, dan tenaga untuk keluar berjumpa dengan ahli kumpulan.
Program-program yang dapat memantapkan penggunaan teknologi ini sewajarnya diadakan. Program seperti intergrasi ICT yang mana memuatkan sesi pembelajaran yang dapat memahirkan penggunaan ICT serta dapat meninggkatkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan ICT ini.
Disamping itu, penggunaan e-government yang mana segala kemudahan seperti penggunaan mykad dalam penggunaan harian. Dimana mykad ini dapat melincinkan urusan yang melibatkan sektor kerajaan seperti sekiranya individu yang ingin melunaskan cukai tanah atau cukai pintu kepada Lembaga Hasil dalam Negeri, individu tersebut tidak perlu menggunakan kaedah manual seperti mengisi borang. Namun dewasa ini mereka boleh terus mengisi borang di atas talian.
Langkah yang terakhir ialah seperti penggunaan e-dagang yang mana para pelajar yang ingin menambah sumber kewangan seperti mengadakan perniagaan atau mempunyai keinginan membeli barangan mereka dapat memperolehinya melalui blog, facebook, Amazon.com, Ebay, Mudah.com dan pelbagai alternatif yang lain. Konsep perniagaan ini kerana mudah kerana penjual dan pengguna tidak perlu keluar untuk berurus niaga. Konklusinya, dengan membudayakan teknologi ini mampu memudahkan segala gerak kerja yang ingin dilaksanakan dengan mudah disamping menjimatkan masa dan tenaga.
Oleh: SAKINAH BINTI RAMLI
A130757
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagi membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian, terdapat lima langkah boleh diambil. Langkah yang pertama adalah dengan memperkenalkan teknologi kepada masyarakat sejak kecil. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan terhadap teknologi sejak di bangku sekolah. Sebuah subjek khas perlu diwujudkan di setiap sekolah bagi mendidik kanak-kanak supaya mengenali teknologi dengan lebih mendalam dan kanak-kanak turut diajar cara-cara penggunaannya. Bagi mengelak penyalahgunaan teknologi, kanak-kanak juga perlu diajar tentang etika penggunaan teknologi. Sebagai contoh, setiap sekolah perlu mempunyai makmal komputer yang mencukupi dan setiap pelajar perlu diajar cara penggunaannya dan diberi peluang untuk mencuba dan mengunakannya sendiri. Kanak-kanak turut diajar etika penggunaan dan diterangkan dengan jelas tentang kesan daripada penyalahgunaannya.
ReplyDeleteSelain itu, ibubapa juga perlu memberi galakan kepada anak-anak dengan mendedahkan anak-anak kepada teknologi. Fahaman bahawa kanak-kanak tidak boleh menggunakan teknologi kerana dikhuatiri akan merosakkan peralatan teknologi tersebut perlu diperbetulkan. Sebagai contoh, ibubapa tidak membenarkan anak-anak bermain komputer kerana bimbang komputer tersebut akan dirosakkan oleh anak tersebut. Hakikat sebenarnya, kadangkala anak-anak lebih mahir tentang teknologi daripada orang dewasa itu sendiri. Ibubapa perlu mengubah persepsi sedemikian dan perlu memberi galakan kepada anak-anak untuk bereksperimentasi dengan teknologi, agar anak-anak mendapat pengalaman di samping memupuk minat terhadap penggunaannya.
Seterusnya, pihak kerajaan perlu menyediakan infrastrukur yang bersesuaian dengan kepesatan perkembangan teknologi pada masa kini. Isu seperti harga perkhidmatan capaian Internet yang agak mahal dan kelajuannya yang agak mengecewakan perlu diselesaikan dengan segera. Kawasan yang mempunyai capaian Internet juga perlu diperluaskan lagi agar setiap pengguna di setiap negeri di Malaysia dapat melayari Internet. Ini bagi memastikan pengguna dapat mengakses Internet pada bila-bila masa di mana jua dengan kelajuan yang memuaskan. Ia adalah penting baik membudayakan teknologi di samping mewujudkan masyarakat celik ilmu kerana Internet merupakan sumber ilmu yang luas tanpa batasan. Jika harga Internet dapat dikurangkan kepada harga yang mampu dimilik oleh setiap pengguna dengan kelajuannya yang dipertingkatkan, pasti lebih ramai yang tertarik untuk menjadikan teknologi sebagai budaya kehidupan seharian.
Langkah seterusnya adalah pihak media perlu memainkan peranan dalam memupuk minat masyarakat terhadap teknologi. Masyarakat terdedah kepada media setiap hari. Jadi ia adalah salah satu jalan terbaik bagi menanam minat dan kesedaran tentang kepentingan teknologi ke dalam minda masyarakat bagi mewujudkan masyarakat yang celik teknologi dan sentiasa peka terhadap perkembangannya.
Akhir sekali, setiap individu perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk mendekatkan diri dengan teknologi agar tidak ketinggalan dan mempunyai daya saing dalam masyarakat pada masa kini. Bagi mencapai status negara maju dan merealisasikan wawasan 2020, masyarakat perlu berusaha memajukan diri sendiri dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, terutamanya perkembangan teknologi terkini agar Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang turut berkembang pesat seiring dengan perkembangan teknologi, di mana rakyatnya membudayakan teknologi dalam kehidupan seharian.
MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD
A130797
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua
ReplyDeleteBerikut adalah 5 langkah membudayakan teknologi:
1) Penggunaan teknologi secara meluas
Jika dilihat pada zaman sekarang, terdapat pelbagai urusan harian yang memerlukan teknologi untuk diselesaikan seperti pembayaran bil-bil secara dalam talian, urusan bank, penyemakan status saman dan lain-lain. Akan tetapi, masih ada yang menggunakan cara tradisional dengan pergi ke pejabat untuk menyelesaikan urusan walaupun ia boleh diselesaikan secara dalam talian. Oleh itu, pihak kerajaan boleh memupuk mereka untuk menggunakan kemudahan teknologi yang ada dengan mempelbagaikan lagi urusan-urusan harian yang boleh diselesaikan secara dalam talian.
2) Kemudahan atau prasarana yang secukupnya
Untuk membudayakan teknologi, pihak-pihak tertentu contohnya kerajaan perlulah menyediakan kemudahan yang secukupnya kepada bahan bahan teknologi seperti kemudahan menggunakan komputer dan juga kemudahan untuk mengakses internet kepada pengguna seperti perkhidmatan Wi-Fi ataupun perkhidmatan jalur lebar.
3) Pembelajaran teknologi pada semua peringkat umur
Tidak kira peringkat umur, tua mahupun muda pendedahan terhadap teknologi haruslah diberikan. Kelas komputer atau seminar komputer dan teknologi boleh diberikan kepada mereka untuk mengenali dunia teknologi secara mendalam. Ini kerana dengan terdedahnya mereka terhadap teknologi, mereka secara langsung mereka menjadi peka dan prihatin terhadap dunia yang semakin pesat membangun ini.
4)Peranan media massa
Media massa seperti bahan elektronik dan bukan elektronik memainkan peranan yang penting dalam memupuk masyarakat menggunakan teknologi. Iklan-iklan boleh dipaparkan di kaca televisyen mahupun diudarakan di corong radio mengetengahkan betapa pentingnya peranan teknologi dalam masyarakat.
5) Kempen 1 rumah 1 komputer
Untuk mengelakkan dari ketinggalan peredaran zaman dan menjadikan teknologi sebagai budaya, adalah lebih baik jika sekurang-kurangnya sebuah rumah mempunyai 1 buah komputer. Kerajaan boleh membantu mereka yang kurang mampu khusunya golongan yang berpendapatan rendah di kampung-kampung untuk membeli komputer seterusnya membantu mereka agar tidak ketinggalan dalam arus teknologi kini.
NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
A130905
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2
5 LANGKAH MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN
ReplyDelete1.Dalam bidang pendidikan kini, kaedah pembelajaran bukanlah lagi menggunakan papan tulis ataupun kad bod yang dipaparkan dihadapan kelas. Dalam era teknologi yang serba canggih ini, cara pembelajaran sudah berubah dengan menggunakan aplikasi perkomputeran dimana pembelajaran boleh diadakan secara langsung atau tidak langsung. Juseru dengan menggunakan pelbagai teknologi audio dan video cara penyampaian adalah lebih menarik dan boleh megelakkan kebosanan semasa belajar.
2.Dorongan daripada ibu bapa juga perlu untuk memastikan anak anak celik teknologi agar mereka tidak ketinggalan disamping sentiasa mengawasi mereka agar tidak menyalahgunakan penggunaan teknologi yang sedia ada.
3.Selain daripada itu, pameran ciptaan inovasi yang terkini perlu diadakan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian seperti GPS, ROBOTIC dan sebagainya. Mungkin cara ini sangat sesuai kepada orang ramai yang meminati bidang ini tanpa perlu mereka berbelanja besar untuk ke luar Negara. Selain itu pertandingan mereka cipta berkongsepkan inovasi juga perlu digalakkan kepada semua masyarakat untuk meninjukkan kreativiti mereka dalam bidang ciptaan seterusnya boleh dipalikasikan dalam kehidupan seharian.
4.Pihak kerajaan juga perlu memberi galakkan kepada masyarakat dengan bantuan kewangan serta memberi ruang untuk menyumbangkan idea di dalam penginovasian teknologi agar suatu hari nanti ianya sangat berguana kepada masyarakat dan dunia. Dan dengan cara ini juga dapat mengharumkan nama negara apabila mereka berjaya.
5.Penggunaan ICT juga sangat digalakkan kepada golongan kelainan upaya untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian. Contohnya penggunaan kerusi roda berkuasa elektrik, penggunaan aplikasi computer dalam kenderaan, computer untuk orang buta dan sebagainya. Justeru, penggunaan teknologi kini boleh digunakan untuk sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur ataupun status. Masyarakat yang celik teknologi melambangkan sebuah Negara yang maju.
NOR NAJEHA BT MOHD BAKERI
A129848
FSSK TAHUN 2 SEM 2 2011