Monday, September 12, 2011

GD1123 PENDIDKAN & MASYARAKAT. SEM 1 2011/2012 ISU-ISU PENDIDKAN MASA KINI.




Akhbar arus perdana dan internet sering membicarakan isu-isu berkaitan dengan pendidikan masa kini. Memang tidak dapat dinafikan segala aktiviti dan perihal manusia berkait rapat dengan faktor pendidikan. Bagaimana bermulanya acuan mendidik seseorang manusia itu yang akan membentuk sahsiah dan disiplin seseorang ke arah insan yang berkualiti.



Sehubungan dengan itu menerusi pembacaan dan perhatian anda terhadap bidang pendidikan hari ini yang mencakupi aspek kurikulum, pengurusan, pengajaran, penilaian dan lain-lain, bincangkan 7 isu-isu semasa berkaitan pendidikan dengan disertakan rujukan yang sesuai. Setiap isu ditulis dalam 1 perenggan yang dikupas berserta dengan contoh sekali dengan menggunakan Bahasa Melayu formal.





Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-





1. Nama sebenar.




2. Nombor Matrik




3. Tahun Pengajian




4. Fakulti




5. Email




6. Facebook




7. Postkan perbincangan anda sebelum 20 Sept 2011.

60 comments:

  1. Kini tidak dapat dinafikan lagi bahawa Negara kita semakin standing dengan negara-negara maju membangun yang lain dengan segala kemudahan dan teknologi yang moden Berjaya mengubah cara hidup masyarakat kita hari ini. Namun, dalam mengejar kemewahan, kita terlupa tentang pendidikan yang begitu penting sehinggakan pelbagai gejala negative yang timbul hari ini.
    Di institusi pengajian tinggi kita dapat lihat bahawa wanita lebih ramai daripada lelaki. Hal ini perlu dipandang serius bagi menjaga masa depan negara kita sendiri. Kenapakah perkara ini berlaku sedangkan mengikut statistik lelaki lebih ramai daripada wanita dalam negara kita. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin perlulah memandang serius perkara ini bagi menjamin kesejahteraan negara yang berpanjangan.
    Di samping itu, masyarakat kini lebih mementingkan ilmu keduniaan sehingga mengabaikan ilmu agama sehingga timbul pelbagai gejala social. Contohnya, seperti yang berlaku kepada pelajar Universiti Teknologi Mara yang sanggup mencederakan rakannya hanya kerana pertelingkahan kecil.
    Selain itu juga, masalah yang berlaku dalam pendidikan kini ialah apabila pergaulan antara lelaki dan wanita tiada lagi batasannya. Hal ini mungkin dapat diatasi sekiranya kita bersama-sama mencegah kemungkaran. Namun, sebaliknya yang berlaku apabila kita hanya mendiamkan diri apabila melihat kemungkaran yang berlaku dihadapan kita. Disebabkan perkara inilah kita dapati sekarang lebih banyak kelahiran anak luar nikah. Oleh itu, sepatutnya semua pihak perlu bersama-sama bagi mengatasi masalah ini.
    Sikap ibubapa yang terlalu melepaskan tanggungjawab terhadap guru juga merupakan masalah yang perlu diatasi segera. Disebabkan terlalu sibuk mengejar nama dan kemewahan anak-anak diabaikan. Faktor ini jugalah yang menyebabkan anak hilang panduan hidup. Sepatutnya ibubapa perlu menunjukkan teladan yang baik dan perlu meluangkan masa yang lebih kepada anak-anak mereka agar mereka merasa diri mereka dihargai. Maka, akan kurangnya masalah lepak yang akhirnya akan menyebabkan mereka terjebak dengan perkara negatif dalam kalangan remaja.
    Mentaliti juga merupakan antara isu yang penting dalam pendidikan kita hari ini. Sikap pelajar dan juga ibu bapa yang selalu menyalahkan pendidik perlulah di ubah. Kini, hampir setiap hari guru dipersalahkan kerana merotan atau menegur pelajar yang melakukan kesalahan sedangkan apa yang guru lakukan hanyalah semata-mata mendidik pelajar bagi menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.
    Hampir setiap tahun beribu guru dilahirkan melalui Institusi perguruan dan sebagainya. Namun, sejauhmanakah guru tersebut mampu menjadi seorang pendidik. Hal inilah yang perlu dititikberatkan. Kini ada saja berita yang menyatakan guru keterlaluan dalam mendidik murid sehinggakan ada pelajar yang mati akibat dibelasah guru. Kemana hilangnya jiwa seorang pendidik yang secara amnya mempunyai sikap penyabar yang tinggi. Oleh itu, amatlah penting bagi menilai semula dalam melahirkan pendidik, bukan hanya sekadar menerapkan ilmu didada bahkan perlu juga diterapkan ilmu keagamaan dalam diri setiap pendidik.
    Antara faktor lain yang menjadi isu dalam pendidikan kita hari ini ialah apabila masyarakat kita terlalu terpengaruh dengan budaya luar sedangkan apa yang berlaku di negara kita hari ini tidak sama dengan apa yang berlaku disana. Di negara kita setiap yang berlaku sepatutnya mestilah berlandaskan hukum syarak. Kita janganlah sewenang-wenangya menyamakan apa yang berlaku di negara barat dengan negara kita. Setiap perkara yang ingin dilakukan mestilah memikirkan kesan jangka masa panjang yang sentiasa seiring dengan agama di negara kita.
    Kesimpulannya, sebagai sebuah negara islam, kita sepatutnya sentiasa berlandaskan agama dalam apa juga yang dilakukan. Setiap pihak perlulah bersama-sama berusaha bagi mengatasi masalah yang timbul dalam pendidikan kita hari ini kerana pendidikan merupakan satu asas yang penting bagi menjaga keamanan sebuah negara.

    Mohammad Syahir bin Kasim
    A127903
    Tahun 3
    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
    freakyminor@yahoo.com
    Syahir Kasim

    ReplyDelete
  2. Isu pertama ialah format baharu pentaksiran SPM Sejarah.Pelaksanaan menjadikan subjek sejarah sebagai subjek wajib lulus untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(spm)adalah suatu tindakan yang baik.Ini kerana sejarah merupakan pengetahuan yang perlu diketahui dan difahami agar fakta-fakta tidak disalah gunakan oleh orang yang merasakan mereka lebih bijak pandai.Contoh seperti Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara..
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

    Isu kedua ialah pilihan raya ketua murid dilarang.Sememangnya perkara-perkara yang berkaitan dengan politik tidak wajar didedahkan kepada pelajar khususnya murid sekolah.Ini kerana ini akan menimbulkan pelbagai masalah yang melibatkan pelajar itu sendiri seperti bertelagah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat.Tindakan melarang aktiviti yang berunsurkan politik harus dikekalkan.Oleh itu pihak sekolah terutamnya perlu memastikan aktiviti seperti ini tidak berlaku di dalam kawasan sekolah.Guru boleh memilih sendiri ketua kelas tanpa perlu melibatkan pengundian.Ini kerana pemilihan itu lebih tepat kerana guru boleh memilih dan menilai mereka yang lebih layak dan bertanggungjawab berbanding yang dipilih oleh rakan sekelas mereka yang semestinya dipilih atas dasar suka-suka tanpa ada sikap tanggungjawab untuk menjalankan tugas sebagai ketua kelas.
    http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0330&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_01.htm

    Isu ketiga ialah bilangan guru berijazah ditambah.Tindakan mengambil lebih ramai guru berijazah untuk diserapkan di dalam sekolah-sekolah adalah sangat baik.Ini kerana terlalu baik graduan-graduan lepasan pengajian tinggi yang tidak dapat menempatkan diri dimana-mana sekolah selepas tamat pengajian.Walaupun ada yang dapat menempatkan diri di sesebuah sekolah tetapi ia hanya sebagai guru sementara yang mengantikan guru-guru yang sedang bercuti panjang.Oleh ini langkah ini dapat membantu graduan lepasan ijazah pendidikan ataupun yang masih menuntut untuk mendapat pekerjaan yang semakin pasti.
    http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0727&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_02.htm

    Isu keempat ialah kelas 2020 iaitu kelas lemah dipantau.Dengan adanya program kelas 2020 disemua sekolah,ia dapat memperbaiki lagi prestasi sesebuah sekolah yang berada dalam prestasi yang lemah samaada,dari aspek pelajaran mahupun kemudah di sekolah.Usaha kerajaan dalam membantu sekolah-sekolah yang masih berada dalam status yang lemah terutamanya sekolah dikawasan pendalaman ini adalah tindakan yang positif bagi mencapai impian negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.Antara tindakan kerajaan bagi merealisasikan impian itu adalah dengan menjalankan pelbagai jenis program seperti menggalakkan Sekolah Berasrama 1Malaysia dengan menjadikan sekolah berasrama semasa lebih berciri pelbagai kaum dalam komposisi pelajar dan menubuhkan sekolah asrama berkualiti tinggi yang terbuka kepada semua. Selain itu, dokumen Program Transformasi Kerajaan juga mahu institusi latihan perguruan menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan, daya kesedaran dan kemahiran yang menjadikan mereka sensitif terhadap latar belakang pelajar yang berbeza-beza dan menangani perhubungan antara kaum dalam kaedah yang positif dan proaktif.
    http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0728&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=is_01.htm

    NOORAIN BINTI MD NORAZMAN
    A127555
    Fakulti ekonomi dan pengurusan
    ain.pink90@gmail.com
    aien owez

    sambungan.....

    ReplyDelete
  3. Isu kelima pula program tarik pelajar lelaki memasuki universiti.Program yang cuba diajurkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Rosmah Mansor untuk menarik minat lebih ramai pelajar lelaki memasuki pusat pengajian tinggi antara salah satu idea yang baik.Ini kerana sememangnya di pusat-pusat pengajian tinggi peratusan pelajar lelaki adalah sangat rendah berbanding pelajar perempuan.Dengan adanya program seperti ini mungkin akan dapat menggalakkan lagi bilangan pelajar lelaki untuk memasuki pusat pengajian tinggi.Program ini juga telah menunjukkan perkembangan yang positif kerana pada tahun lalu ia telah menarik seramai 3,120 untuk menyertainya.
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm


    Isu keenam ialah graduan perlu timba pengalaman hadapi cabaran tidak menentu.Hari ini pengalaman seseorang adalah sangat penting untuk memohon sesuatu jawapan berbandiang taraf pendidikan yang diperolehi.Ini kerana dalam pasaran tenaga kerja yang longgar, majikan mempunyai banyak pilihan dan mereka akan mengenakan syarat ketat bagi mendapatkan tenaga kerja yang benar-benar berkebolehan dan berketrampilanOleh itu graduan universiti hari ini dinasihatkan menimba pengalaman sebanyak mungkin menerusi insiatif sendiri dalam menghadapi cabaran persekitaran kini yang tidak menentu. Persaingan memburu pekerjaan kini semakin sengit kecuali di bidang-bidang kritikal yang amat diperlukan.
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Graduanperlutimbapengalamanhadapicabarantidakmenentu/Article

    Isu menerapkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja mungkin perlu dikaji semula kerana perkara ini boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan kepada pelajar.Ini kerana ia sesuatu perkara yang sangat sensitive untuk dibincangkan lebih-lebih lagi kepada pelajar sekolah yang masih mentah.Mungkin ia akan memberi kebaikan dari segi memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan intim
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

    NOORAIN BINTI MD NORAZMAN
    A127555
    Fakulti ekonomi dan pengurusan
    ain.pink90@gmail.com
    aien owez

    ReplyDelete
  4. Antara isu yang timbul dalam bidang pendidikan di negara kita kini ialah isu kemahiran. Contohnya mengenai kekurangan guru atau tenaga pengajar yang mahir dalam Bahasa Inggeris. Keadaan ini menyebabkan kesukaran dalam melaksanakan langkah kerajaan dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam masyarakat kini di samping memartabatkan Bahasa Melayu. Lebih menyukarkan lagi apabila langkah kerajaan dalam mengubah pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak mendapat keputusan yang memuaskan apabila bilangan tenaga pengajar yang mahir berbahasa Inggeris adalah terhad. Contohnya, apabila keadaan ini dapat dilihat daripada hasil tindakan kerajaan yang terpaksa mengimport ramai tenaga pengajar dari luar negara untuk mengajar di negara ini.

    Isu yang kedua melibatkan isu bahasa iaitu program PPSMI. Program ini melibatkan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun kerajaan dan sebahagian besar masyarakat melihat program ini sebagai salah satu pendekatan yang bagus dan berguna, namun terdapat segelintir pihak yang memberikan respon yang negatif terhadap usaha ini. mereka berpendapat bahawa penggunaa bahasa asing bukan sahaja merosakkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, malah turut memusnahkan reputasi pelajar khususnya di luar bandar. Hal ini kerana, mereka belajar melalui medium yang berbeza.

    Isu yang ketiga merupakan isu mengenai kebolehpasaran. Isu ini merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh pelajar lepasan IPTA yang kurang mendapat tempat di dalam mana-mana bidang pekerjaan. Keadaan ini dapat dilihat apabila jumlah mereka yang menganggur adalah sangat tinggi dan majoriti terdiri daripada lepasan IPTA. Keadaan ini jika tidak diteliti boleh menjatuhkan imej IPTA yang ada di Malaysia. Adakah IPTA tidak standing dengan IPT-IPT yang lain ataupun ianya berpunca daripada pelajar itu sendiri? Kajian telah dilakukan oleh mereka yang pakar menunjukkan bahawa pilihan yang akan dipilih oleh majikan ialah bermula dengan mereka yang tamat pengajian di luar negara, kedua pula ialah mereka yang daripada institusi swasta dan yang terakhir barulah daripada IPTA.

    Nurul Ain Ismail Lee
    A127001
    Tahun 3
    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
    gurlishgegel21@yahoo.com

    cont...(1)

    ReplyDelete
  5. Isu seterusnya ialah isu disiplin. Contohnya, apabila kini isu pelajar yang kurang ajar terhadap guru-guru semakin meruncing. Keadaan ini hinggakan ada yang berani memukul guru mereka sendiri. Selain itu, isu disiplin ini juga dapat dilihat daripada kalangan guru-guru itu sendiri. Pernah juga timbul isu guna mencabul kehormatan dan melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya sendiri. Sekiranya keadaan ini berterusan ditakuti ibubapa dan masyarakat sudah kurang kepercayaan terhadap sistem pendidikan yang ada di Malaysia kini.

    Seterusnya merupakan isu subjek wajib lulus iaitu Bahasa Inggeris. Selepas kementerian Pelajaran mengemukkan kenyataan bahawa setiap pelajar wajib mengambil dan lulus dalam mata pelajaran sejarah, kini timbul pula isu apabila Bahasa Inggeris juga merupakan mata pelajaran wajib lulus bagi pelajar Malaysia kini. Sesetengah pihak melihat ia dari sudut yang positif kerana ianya dapat meningkatkan kebolehupayaan pelajar itu sendiri dalam meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris. Malahan tidak terkecuali juga bagi mereka yang menentang kerana ingin terus memperjuangkan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu.

    Isu lain yang ada ialah isu gender. Isu ini terjadi apabila bilangan pelajar yang menuntut di sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh dan juga di IPT di seluruh Malaysia menunjukkan bilangan pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Sebagai contohnya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bilangan pelajar baru yang baru mendaftarkan diri pada awal September yang lalu menunjukkan 70% daripadanya terdiri daripada pelajar perempuan dan hanya 30% sahaja pelajar lelaki. Berlaku ketidakseimbangan dalam jumlah pelajar mengikut gender ini.

    Selain isu-isu diatas ini, terdapat juga isu yang melibatkan pelajar yang belajar di luar negara. Terdapat segelintir pelajar-pelajar yang berpeluang di taja oleh kerajaan atau badan-badan yang lain bagi memberi peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran mereka di luar negara. Langkah ini dibuat dengan harapan apabila mereka tamat dalam pelajaran mereka kelak, mereka boleh menyumbangkan idea dan kemahiran yang mereka ada bagi sama-sama membangunkan negara kita. Walaubagaimanapun, masih wujud pelajar yang ingin terus bekerja di luar negara dan tidak mahu menyumbangkannya kepada negara sendiri. Keadaan ini dilihat sebagai sesuatu perkara yang merugikan negara.

    Sumber rujukan :
    Math.unipa.it/~grim/21_project/21_charlotte_AAZanzaliPaperEdit1.pdf
    Kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/
    ms.wikipedia.org/wiki/Isu-isu_Pendidikan_Malaysia

    Nurul Ain Ismail Lee
    A127001
    Tahun 3
    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
    gurlishgegel21@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Isu-isu semasa pendidikan :
    1) Kuasa guru merotan murid
    Hukuman merotan yang dijalankan di sekolah selalu menjadi isu hangat di kalangan ibu bapa pelajar dan guru. Hukuman rotan di sekolah adalah bertujuan untuk mendisiplinkan murid, membantu mereka agar lebih terarah dan lebih bertanggungjawab dalam mematuhi peraturan sekolah. Kuasa untuk merotan juga bukanlah diberi kepada semua guru. Hanya guru besar/pengetua dan guru-guru tertentu sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjalankan hukuman rotan. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai kuasa merotan ini adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dan mereka tidak boleh melakukannya sesuka hati. Hukuman rotan yang dijalankan mestilah dengan tujuan untuk mendidik dan tidak boleh sehingga mencederakan pelajar. Antara contoh yang berkaitan dengan isu ini ialah laporan di akhbar Kosmo Online yang melaporkan tentang seorang murid tahun empat yang trauma untuk pergi ke sekolah selepas didakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian. Hukuman rotan ini mempunyai kesan positif dan kesan negatif. Sekiranya ia dijalankan mengikut peraturan dan sebab yang perlu, maka ia akan membawa kepada kesan positif. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada pandangan individu sama ada ingin menerima hukuman rotan ini sebagai sesuatu yang baik atau tidak. Situasi hari ini yang jauh berbeza daripada situasi zaman dahulu menjadi faktor keberkesanan hukuman rotan.
    http://kulanzsalleh.com/kuasa-guru-merotan-murid/
    http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_135_6910_8325.pdf

    2) Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBM MBI)

    Dasar MBM MBI ini merupakan dasar baru yang mula diguna pakai mulai 2011 yang bertujuan untuk menggantikan dasar PPSMI. Dasar ini dilaksanakan kerana penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Oleh itu, dasar MBM MBI ini dilaksanakan secara berperingkat dan pelbagai persiapan dibuat dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian prestasi pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun hadapan. Untuk penguasaan bahasa Inggeris pula, strategi utama telah dikenal pasti. Antara strategi tersebut adalah menyediakan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar Negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA.

    http://duniacikgu.com/dasar-pendidikanmbmmbi/
    http://duniacikgu.wordpress.com/2010/10/11/isu-pendidikan-dalam-temuduga-kpli-2011/

    3) KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun ini. Pelaksanaan KSSR ini adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya memandangkan perubahan yang terakhir dilakukan oleh Kurikulum Pendidikan Malaysia adalah pada tahun 2003. KSSR ini dilihat sebagai satu transformasi pendidikan di mana ia melibatkan proses perubahan yang holistic kepada kurikulum persekolahan sedia ada. Ia dilihat sebagai satu perubahan yang baik kerana proses perubahan akan melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi kurikulum yang dilaksanakan akan melibatkan dua standard utama iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran.
    http://kulanzsalleh.com/kssr-kurikulum-standard-sekolah-rendah/

    amirah bt mohamad abdul latif
    A127689
    Tahun 3
    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
    mirsoda_fv8blx@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. 4) Isu Buku Teks KSSR English Year 1
    Meurut laporan di akhbar Utusan Online bertarikh 12 Januari 2011, terdapat banyak kesalahan dalam buku teks KSSR English Year 1. Buku teks tersebut akan diganti dengan cetakan baru dan akan diedarkan ke sekolah-sekolah mulai Mac. Hal ini, mendatangkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Pelbagai respon negatif yang diterima oleh KPM. Untuk mengatasi masalah ini, KPM telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyemakan Semula Buku Teks bagi memastikan kesilapan seperti itu tidak berlaku pada masa akan datang.

    http://kulanzsalleh.com/kesilapan-cetakan-buku-teks-kssr-english-year-1/
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm



    5) Pemansuhan UPSR dan PMR
    Isu mengenai pemansuhan UPSR dan PMR telah dibincangkan sejak Jun tahun lalu. Perbincangan untuk pemansuhan ini dilakukan kerana pendidikan di Malaysia dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan. Pelajar-pelajar dikatakan hanya dinilai berdasarkan kecemerlangan akademik. Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dianggap mampu berjaya dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, TPM yang juga Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan secara tidak rasmi yang UPSR berkemungkinan akan dikekalkan manakala pemansuhan PMR diteruskan dan digantikan dengan penilaian berasaskan sekolah. Keputusan pemansuhan ini dianggap positif kerana sudah tiba masanya system pendidikan Malaysia membuat perubahan untuk melahirkan pelajar yang lebih cemerlang bukan sahaja dalam aspek akademik malah dalam aspek-aspek penting lain.
    http://kulanzsalleh.com/keputusan-pemansuhan-upsr-dan-pmr/

    6) Isu novel Interlok
    Beberapa bulan yang lalu, Negara dihangatkan dengan isu novel Interlok yang digunakan oleh pelajar tingkatan 5 yang dikatakan berbaur unsur rasis. Novel itu dikatakan menyentuh sensitiviti kaum India dan mempunyai bahasa yang tidak baik untuk pelajar. Oleh itu, isu ini telah dibincangkan dengan terperinci di Parlimen. Hasil perbincangan bersama, novel KOMSAS ini akan terus dikekalkan untuk penggunaan pelajar tingkatan 5. Pindaan beberapa frasa Interlok telah dilakukan bagi memastikan novel ini tidak mengganggu sensitiviti mana-mana kaum di Negara ini. Novel Interlok telah ditulis pada 40 tahun yang lalu dan novel ini sebenarnya sarat dengan mesej perpaduan, persahabatan dan kegigihan tiga kaum utama di Negara ini iaitu Melayu, Cina dan India pada zaman sebelum merdeka.
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_PindaanbeberapafrasaInterlokbuktikerajaanpekasensitivitisetiapkaum/Article/
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeputusanisuInterlokmuktamad/Article/

    7) Isu pelajar memukul guru
    Telah banyak terpampang di dada-dada akhbar dan media massa mengenai isu disiplin pelajar. Pelajar zaman kini dikatakan lebih berani dan agresif sehingga sanggup memukul dan memaki guru. Tindakan ini dilihat sungguh biadap dan tidak patut terjadi. Namun, isu ini perlu dilihat dari pelbagai perspektif, faktor dan masalah. Sesetengah kes dilaporkan hal ini terjadi disebabkan oleh guru itu sendiri. Antara factor yang dikenal pasti berlakunya hal sedemikian adalah kerana kini, kerjaya guru dipandang rendah oleh masyarakat, dan bantahan ibu bapa terhadap tindakan disiplin.

    http://sarjana.tripod.com/guru1.html
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/VideopelajardiSarawaktumbukgurutersebarluas/Article

    amirah mohamad abdul latif
    A127689
    tahun 3
    Fakulti ekonomi dan pengurusan
    mirsoda_fv8blx@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. 1. Pemansuhan PPSMI
    Isu ini akhirnya membawa kepada satu jalan penyelesaian apabila diumumkan bakal dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.Jika dilihat dari mata kasar,pemansuhan PPSMI memberikan gambaran satu eksperimental sistem pendidikan yang tidak menjadi.Melalui pelbagai kajian yang dijalankan oleh banyak pihak, yang jelas PPSMI kurang mendatangkan faedah baik kepada pelajar mahupun sistem pendidikan Negara.Oleh itu, pemansuhan PPSMI dilihat sebagai jalan penyelesaian yang boleh mendatangkan kebaikan kepada sistem pendidikan Negara.Contohnya, pemansuhan PPSMI menjimatkan kos RM40 juta yang sebelum ini digunakan untuk menampung elaun tambahan atau Bayaran Insentif Subjek Penting (BISP) yang diberikan kepada guru-guru mengajar subjek Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan. Namun, apa yang pasti, semua pihak seharusnya menilai sesuatu pelaksanaan itu dengan lebih mendalam baik dari segi masa pendek dan panjangnya agar tidak mendatangkan kekeliruan terhadap orang ramai.
    RUJUKAN :
    http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/9/mstar_berita/20090709210704&sec=mstar_berita
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris

    2. Kesalahan Tatabahasa dalam Buku Teks Bahasa Inggeris Tahun Satu 2011
    Kementerian Pelajaran terpaksa menarik balik hampir 400,000 buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) English Year 1 Sekolah Kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan. Berikutan hal itu, kerajaan terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit.Isu seperti ini perlu dipandang serius kerana melibatkan kos yang besar disamping boleh menjejaskan pemahaman para pelajar. Kecuaian seperti ini sememangnya harus dielakkan dan penyemakan suatu bahan bacaan adalah penting kerana ia bakal menjadi rujukan para pelajar.
    RUJUKAN :
    http://www.rukuntetangga.org/print.php?type=N&item_id=73
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BBTdiarahperiksabukuteksBahasaInggeris/Article/index_html



    3. Isu Interlok Dijadikan Buku Komsas Dalam Sekolah Menengah
    Terdapat setengah pihak yang sengaja memberi interpretasi yang kurang tepat berhubung isu ini. Isu ini bermula hanya kerana kewujudan beberapa kosa kata seperti ‘Pariah’ yang wujud dalam novel ini.Walau bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri menyifatkan desakan terbaru berhubung isu novel Interlok kini adalah mainan politik parti pembangkang yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Kerajaan telah mengambil keputusan menyelesaikan kemelut ini melalui penelitian yang dicapai oleh Panel Bebas yang akhirnya membawa kepada pengguguran frasa-frasa yang menyentuh sensitiviti perkauman di Malaysia. Isu ini penting dijadikan pengajaran bagaimana politik digunakan dengan memanipulasi sistem pendidikan. Sistem pendidikan tidak seharusnya dicemari dengan semua anasir politik murahan ini kerana sistem ini penentu masa depan Negara kita.
    RUJUKAN :
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeputusanisuInterlokmuktamad/Article
    http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm


    Nama : Nur Raifana Binti Mohamad Salleh
    No. Matrik : A 128817
    Tahun Pengajian : Tahun 3
    Fakulti : Fakulti Sains & Teknologi
    Email : hello_fana2004@yahoo.com
    Facebook : dnna_4eva@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. sambungan..

    4. Penukaran Dasar KBSR kepada KSSR

    Terdapat pelbagai pembaharuan dilaksanakan contohnya seperti menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Dasar baru ini turut membawa kebaikan serta kemajuan dalam sistem pendidikan Negara yang dikatakan memberi tekanan kepada pelajar melalui peperiksaan.Hal ini kerana KSSR turut memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang bermatlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam. Pembaharuan seperti inilah yang diperlukan oleh sistem pendidikan seiring dengan kemajuan Negara.

    RUJUKAN
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binamodalinsanberkesan/Article/index_html

    5. Pelancaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    Pelaksanaan sistem Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terutamanya dalam menguasai kemahiran 4M — membaca, menulis, mengira dan menaakul bersesuaian dengan konsep tidak ada seorangpun kanak-kanak tercicir seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat yang meletakkan standard tertentu dan mewujudkan matlamat yang boleh diukur dan menjurus kepada penambahbaikan hasil pembelajaran.Impak daripada pelaksanaan sistem ini membawa satu kemajuan dari segi pendidikan Negara dan membantu anak-anak muda atau pewaris kepimpinan Negara kearah yang lebih maju dan tidak ketinggalan dengan kemodenan dunia.
    RUJUKAN :
    http://mynewshub.my/bm/2011/07/08/tpm-lancar-penambaikan-kaedah-atasi-keciciran-murid/

    6. Dasar 1 Murid 1 Sukan

    Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah.Dasar ini turut berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.
    RUJUKAN :
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm
    http://www.scribd.com/doc/44971372/pekeliling-satu-murid-satu-sukan

    7. Penambahan Masa Pembelajaran Bahasa Inggeris

    Guru-guru dari luar Negara juga akan diimport untuk mengajar Bahasa Inggeris dengan tujuan menampung kekurangan guru Bahasa Inggeris disini disamping mendapatkan kepakaran mereka.Perkara ini tertakluk dalam dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Walau bagaimanapun, dasar ini kurang mendapat persetujuan orang ramai kerana dianggap berat sebelah. Ini disebabkan perancangan bagi memastikan Bahasa Inggeris dapat diperkukuhkan sudah dapat dilihat dengan jelas melalui cadangan pengambilan 365 tenaga pengajar pakar bahasa Inggeris dari luar negara. Walau bagaimanapun, dasar MBMMBI ini seharusnya dilihat dengan lebih teliti agar pelaksanaannya bakal memberikan impak yang baik kepada sistem pendidikan Negara kita.
    RUJUKAN :
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MBMMBIbiarseimbang/Article


    Nama : Nur Raifana Binti Mohamad Salleh
    No. Matrik : A 128817
    Tahun Pengajian : Tahun 3
    Fakulti : Fakulti Sains & Teknologi
    Email : hello_fana2004@yahoo.com
    Facebook : dnna_4eva@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Sektor pendidikan begitu penting dalam membangunkan masyarakat yang bertamadun dan berjaya. Pada masa kini, pendidikan merupakan asas untuk sesebuah negara berkembang pesat dan menjadi sebuah negara yang maju. Namun, akhir-akhir ini pelbagai persoalan dibangkitkan keatas permasalahan yang timbul disebabkan kepincangan dalam sistem pendidikan. Perkara ini perlu dipandang serius dan harus diselesaikan secepat mungkin agar pendidikan negara dilihat masih relevan mengikut arus semasa.

    Isu utama yang sering bermain di ruang-ruang utama media cetak mahupun di media elektronik adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) kembali menggunakan bahasa melayu. Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris telah bermula pada tahun 2003 dimana ketika itu keputusan ini dicapai untuk membolehkan pelajar menguasai bahasa inggeris yang dilihat lemah pada masa itu. Namun keadaan ini berlainan selepas beberapa tahun pelaksanaannya. Pelajar terutama di luar bandar tidak mampu menguasai subjek matematik dan sains yang dilihat begitu penting dalam kehidupan seharian.

    Terkini, Isu wajib lulus kertas bahasa inggeris pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat sebagai isu terbaru pendidikan. Pada 14 september 2011, pelbagai portal berita mula melaporkan mengenai subjek wajib lulus untuk SPM. Isu ini menimbulkan perdebatan hangat dikalangan cendekiawan dan ahli politik mengenai matlamat dan akibat dasar ini. Terdapat sokongan mahupun kritikan lantang daripada pelbagai NGO. Terbaru Kesatuan Guru Sarawak (STU) telah menyokong usaha kerajaan dalam syarat terbaru wajib lulus bahasa inggeris dalam SPM.

    ReplyDelete
  12. Modul pembelajaran juga dilihat bermasalah dalam melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Modul pembelajaran yang lebih tertumpu pada peperiksaan dan tidak pada ko-kurikulum membuatkan golongan pelajar hanya menghafal ilmu namun tidak mampu memahami dan mempraktikkan pada amalan seharian. Keadaan ini diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memegang portfolio sebagai Menteri Pelajaran semasa majlis di Pagoh.

    Isu pengajaran dalam dua sesi iaitu pada sebelah pagi dan petang juga pernah hangat diperkatakan pada masa dulu. Namun isu ini masih lagi tidak dapat diselesaikan kerana kepadatan sekolah-sekolah terutama di kawasan bandar. Permasalahan mula timbul akibat masa petang yang sepatutnya diisi dengan aktiviti riadah dan bersukan oleh pelajar terpaksa diubah menjadi waktu belajar. Keadaan ini dilihat telah mengubah corak dan gaya hidup pelajar yang pada mulanya aktif kepada seorang yang pasif dalam aktiviti sukan. Ini juga dilihat sebagai faktor peningkatan peratus obesiti dikalangan pelajar sekolah.

    Institusi pendidikan juga tidak lari dari isu disiplin pelajar. pelajar pada masa kini dilihat lebih berani dalam menghukum guru seperti kes yang berlaku di sarawak dimana seorang pelajar memukul guru yang dilaporkan pada akhbar berita harian bertarikh 8 ogos 2010. Masalah ini dilihat serius dan perlunya kaedah efektif untuk menghidar kejadian ini daripada berulang.

    Pada 2 bulan lalu, kita dikejutkan oleh berita mengenai 30 murid dan 3 guru dijadikan tebusan oleh penjenayah di sebuah tadika di muar. Isu ini hangat diperkatakan dan mula timbul mengenai isu keselamatan di dalam sekolah. Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Semua sektor pendidikan perlulah dikawal oleh pengawal yang berkelayakan supaya kejadian yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan dan dimasuki oleh penjenyah berbahaya.

    Makanan dan minuman yang tidak disediakan dengan baik juga merupakan ancaman kepada mutu pendidikan dan pembelajaran di sekolah mahupun di universiti tempatan. statistik menunjukkan 50% daripada 311 kejadian keracunan makanan yang dilaporkan di negara ini sepanjang tahun lepas berlaku di kantin sekolah, statistik ini telah dibentang oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Putrajaya merujuk kepada portal Berita Harian 30 mac 2011. Keadaan ini jelas membimbangkan dan sekiranya tidak dikawal dan diselia akan menyebabkan masyarakat kurang yakin dengan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh kantin sekolah.

    Kesimpulannya, isu pendidikan tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberi perhatian kerana pembentukan masyarakat yang berilmu bermula dengan sistem pendidikan.




    Sumber
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MansuhPPSMIperkukuhbahasaMelayu/Article
    http://berita-harian-online.com/dasar-ganti-ppsmi-2011/
    http://www.bharian.com.my/articles/WajiblulusBI/Article/
    http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=613471
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyormansuhUPSR_PMR/Article/

    ReplyDelete
  13. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/VideopelajardiSarawaktumbukgurutersebarluas/Article
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/50peratusdaripadakeskeracunanberlakudikantinsekolah/Article/

    Nama : Ammar Zarif Bin Masri
    No Matrik : A127760
    Tahun : 3
    Fakulti : Fakulti Ekonomi & Pengurusan
    Email : zack_zarif@hotmail.com
    Facebook : http://www.facebook.com/profile.php?id=805459268

    ReplyDelete
  14. Isu pertama adalah Tetap bersemangat capai 5A.Kesakitan yang dialami oleh Hamazzatul Nor Hashikin bukan menjadi penghalang untuk pelajar tersebut meneruskan perjuangan dan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di hospital akibat daripada kemalangan yang dialaminya.Dia yang mengunakan kerusi roda terpaksa mengambil peperiksaan di hospital bagi memudahkan lagi pergerakannya.Semangat yang berkobar-kobar untuk mencipta kejayaan dalam kehidupan walau pelbagai rintangan dan dugaan yang dialami harus dicontohi oleh pelajar-pelajar lain.Misalnya,golongan OKU yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Profesor,Ahmad Faiz Ibrahim yang menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) di Kota Bharu pada tahun 2010 telah Berjaya memperoleh 4A 1B.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm

    Isu kedua ialah Melangkah ke kehidupan baru.Kemasukan pelajar-pelajar baru lepasan STPM,STAM,matrikulasi,kolej ke universiti telah bermula baru-baru ini.Mereka akan mengalami corak kehidupan sebagai seorang mahasiswi/mahasiswa yang berbeza dari zaman persekolahan yang berstatuskan pelajar.Peralihan zaman yang berlaku bukan sesuatu yang mudah menurut pakar kaunseling Keluarga dan Perkahwinan,Noraniza Anwar.Menurutnya lagi,ibu bapa memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak mereka dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.Malah,penuntut yang bijak memilih kawan akan mengelakkan diri mereka daripada diperdaya yang seterusnya merosakkan prestasi pelajaran dan akhlak mereka.Misalnya,kegiatan maksiat yang semakin parah yang dilakukan oleh pelajar lelaki iaitu adegan seks luar tabie (gay) di UiTM Jengka disebabkan kurangnya perhatian daripada ibubapa.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm

    Isu ketiga ialah Wujudkan program tarik pelajar lelaki ke universiti-Rosmah.Pelbagai program dijalankan bagi menarik minat pelajar lelaki untuk menuntut ilmu di universiti.Antaranya,Selangkah Ke Universiti anjuran badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dapat memotivasi dan membakar semangat pelajar lelaki untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.Menurut Datin Seri Rosmah Mansor,ia bertujuan untuk mengimbangi jurang kemasukan ke universiti antara pelajar lelaki dan perempuan.Oleh itu,kemasukan pelajar lelaki ke universiti yang meningkat akan dapat mengurangkan masalah sosial yang berleluasa dan menjadi pemangkin Negara di masa akan datang.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm

    Isu keempat ialah IELTS tingkat penguasaan BI di Sarawak.Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS) yang dijalankan melalui kerjasama Universiti UCSI dengan British Council adalah untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa ini di negeri Sarawak.Langkah ini akan dapat melahirkan pelajar yang bertaraf antarabangsa.Ini kerana,kemahiran menggunakan Bahasa Inggeris pada masa ini amat diperlukan terutamanya dalam bidang pekerjaan yang akan diceburi.Menurut menteri di Pejabat Ketua Menteri,Datin Fatimah Abdullah,kerjasama dua organisasi itu penting untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar IPTA mahupun IPTS.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_04.htm

    NURSHEILA BINTI MADING
    A127393
    TAHUN3
    FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN
    syilla.imla@gmail.com
    Nur Madz

    ReplyDelete
  15. Isu kelima pula adalah MoU Malaysia, Ireland.Kelonggaran syarat untuk memasuki sistem persekolahan di Ireland telah membolehkan Kementerian Pengajian Tinggi menghantar lebih ramai pensyarah university awam untuk melanjutkan pendidikan di peringkat pasca siswazah.Tindakan ini adalah bijak bagi mewujudkan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang kedoktoran,kejuruteraan dan sebagainya.Ini kerana,kajian yang telah dilakukan oleh Menteri Kewangan Kesatuan Eropah menunjukkan graduan universiti di United Kingdom dan Ireland menduduki tempat yang tertinggi di kalangan bakal pekerja yang dikehendaki oleh majikan.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MoUMalaysia_Ireland/Article

    Isu keenam adalah Usahawan arnab pilihan siswa.Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang menjana keuntungan lumayan kepada setiap usahawan.Penglibatan golongan lelaki dalam bidang ini dilihat sedikit sahaja disebabkan mereka lebih gemar makan gaji.Justeru,kursus Keusahawanan Penternakan Arnab Program latihan 1malaysia telah dianjurkan oleh 30 pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat.Ia melalui kerjasama syarikat peladang komersial penternakan arnab terbesar di Malaysia.Kursus tersebut dapat membantu pelajar mempelajari teknik-teknik perladangan arnab yang berkesan dan kemhiran dalam bidang keusahawanan.Dengan cara ini,diharapkan penyertaan graduan siswa dalam keusahawanan akan meningkat.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0919&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_03.htm

    Isu terakhir adalah Seni ekspresif tangani gejala disiplin.Masalah disiplin yang dialami sama ada di peringkat sekolah rendah dan menengah dapat diatasi melalui seni ekspresif seperti terapi berkelompok.Menurut Profesor Madya Dr.Rusnani Abd Kadir,golongan pelajar yang berusia 12 hingga 21 tahun lebih gemar melakukan aktiviti secara berkumpulan.Ini kerana,mereka sering bersama-sama semasa berada di sekolah seperti bermain dan bersukan.Pendekatan ini merupakan langkah yang selamat untuk mendidik pelajar agar lebih mematuhi peraturan sekolah dan tidak berniat untuk mengulanginya semula.Selain itu,terapi seni dapat membantu golongan ini menyelesaikan masalah yang dihadapi,meningkatkan harga diri,membina kemahiran sosial dan pengurusan tingkah laku yang lebih baik.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

    NURSHEILA BINTI MADING
    A127393
    TAHUN3
    FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN
    syilla.imla@gmail.com
    Nur Madz

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. antara isu-isu semasa yang berkait dengan bidang pendidikan ialah isu bahasa. seperti yang kita semua sedia maklum kementerian pendidikan malaysia (KPM) telah menjalankan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Lantaran dari itu,pelbagai respon telah diterima. antaranya mereka menentang penggunanaan bahasa inggeris kerana ianya akan menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian pelajar khususnya di kawasan luar bandar yang kurang terdedah kepada penggunaan bahasa inggeris. kesanya, terdapat sekolah-sekolah yang menjalankan PNP dan peperiksaan secara dwi bahasa. an pada pendapat saya penggunaa dwi bahasa dalam proses pengajaran adalah membebankan kepada guru-guru yang dikehndaki menghadiri kursus pengajaran serta murid-murid yang berada didalam keadaan delima sama ada ingin menjawab dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris.



    selain itu, penghapusan peperiksaan UPSR dan PMR merupakan salah satu daripada isu semasa dalam bidang pendidikan. penghapusan peperiksaan ini membolehkan pelajar -pelajara dari darjah 6 atau tingkatan 3 melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya tanpa perlu diuji dipeperiksaan. isu ini juga telah mendapat pelbagai respon di kalangan ibu bapa yang mengatakan bahawa penghapusan peperiksaan ini menyebabkan kita tidak dapat menguji kemampuan dan sejauh mana penguasaan pelajar berkenaan sepanjang tempoh pelajaran dijalankan. sebaliknya terdapat juga ibu bapa yang bersetuju kerana pelajar ini masih lagi kecil dan tidak seharusnya di bebani dengan tekanan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. selain itu ada juga yang berpendapat bahawa sistem pendidikan malaysia seharusnya tidak lagi tertumpu kepada sistem peperiksaan semata-mata yang mana hanya menekankan kepada berapa banyak bilangan A yang mampu di diperoleh pelajara dalam sesuatu peperiksaan. yang mana akan membebankan pelajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan dan terdorong untuk melakukan perkara-pekera diluar batasan seperti membunuh diri. sebaliknya jika dilihat dari sudut ekonomi. penghapusan peperiksaan ini akan menyebabkan sektor penjualan buku dan pusat-pusat tuition mengalami kerugian.



    selain itu, isu moraliti dikalangan pelajar yang semakin lama semakin merudum di sekolah juga merupakan salah satu isu semasa dalam bidang pendidikan. salah laku dikalangan pelajar yang terlibat dengan vandalisem, rempit, isu buli atau gangsterisme dikalangan pelajar-pelajar lelaki yang menyebabkan kematian terutamanya di sekolah-sekolah asrama menyebabkan ibu bapa hilang kepercayaan terhadap kemampuan sekolah dalam melindungi dan mengawal selia keselamatan anak-anak mereka.


    disebabkan oleh perkembangan teknologi semasa yang semakin pesat, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. sekolah-sekolah yang dkasifikasikan sebagai kluster akan diberi banyak lebihan berbanding sekolah-sekolah biasa. selain iti, perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
    latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan, penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi untuk membantu pelajar menguasai bidang ICT dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  21. kesan dari perkembangan teknologi yang pesat telah menyebabkan kehidupan masyarakat yang lebih moden, yang mana sedikit sebnyak telah menghakis kuasa guru-guru disekolah. tidak seperti zaman dahulu, guru-guru bebas untuk mengenakan sebarang hukuman kepada murid sekiranya murid berkenaan melakukan kesalah seterusnya menjadi teladan kepada murid yang lain supaya tidak mencontohi perbuatan tersebut. sebaliknya yang berlaku kini, guru-guru dilarang untuk menjatuhkan sebarang hukuman kepada murid. hal ini menyebabkan murid-murid berasa mereka selamat untuk melakukan apa saja. kerana tiada sebarang tindakan akan diambil keatas mereka. secara tidak langsung, ini akan menghakis perasaan hormat kepada guru-guru disekolah.


    disamping itu, kekurangan tenaga kerja dikalangan guru menyebabkan pencapaian murid akan terjejas. terdapat sesetengah guru yang terpaksa mengajar mata pelajaran yang diluar bidangnya. sebagai contoh terdapat guru sejarah yang terpaksa mengajar bahasa melayu akibat daripada kekurangan tenaga kerja.


    seterusnya, keadaan dimana pelajar perempuan lebih ramai berbanding lelaki telah menjadi isu yang hangat. hal ini kerana pasaran kerja seharusnya didominasi oleh golongan lelaki tetapi sebaliknya telah berlaku.


    nurul hedayah abu hassan
    a127932
    tahun 3
    fakulti ekonomi dan perniagaan
    hedayah.hassan@gmail.com
    hedayah.hassan

    ReplyDelete
  22. Isu pertama yang ingin saya ulas di sini adalah berkaitan dengan masalah disiplin di sekolah. Masalah disiplin ini berkemungkinan disebabkan oleh pengurusan dan pentadbiran di sekolah yang longgar. Pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin dan bersalah di bebaskan daripada hukuman sesuka hati sahaja. Kejadian ini telah berlaku di sebuah sekolah di sekitar kawasan Shah Alam pada 20 April 2011 yang lalu. Kejadian yang dilaporkan oleh Berita Harian ini berlaku antara pelajar india dan pelajar melayu dan dipercayai berlaku disebabkan oleh panggilan yang membawa penghinaan kepada pelajar tersebut. Selain itu juga, pelajar yang bersalah ini dikatakan telah pun dibebaskan dan langsung tidak dikenakan tindakan undang-undang. Sepatutnya, pelajar ini harus bertanggungjawab ke atas tindakan dan kesalahan yang telah dilakukan dan tindakan disiplin harus dijalankan terhadap pelajar tersebut.
    Isu kedua adalah berkaitan dengan pendidikan yang diberikan kepada pelajar-pelajar di kawasan pedalaman dan pulau. Menurut Tan Sri Wira Dr. Abdul Rahman Arshad yang mengulas dalam akhbar Utusan, beliau menyatakan bahawa kawasan Bandar akan semakin maju sekiranya kawasan luar Bandar maju dan keadaan ini sama dengan situasi yang berlaku dalam dunia pendidikan. Para pelajar yang lahir dikawasan pedalaman juga memerlukan pendidikan yang sempurna agar mereka dapat memajukan diri mereka sama taraf dengan pelajar Bandar. Apabila mereka sudah memiliki ilmu pengetahuan, nescaya mereka akan pandai berfikir untuk masa depan yang cerah. Tan Sri Wira berpendapat bahawa, guru memainkan peranan yang utama dalam mendidik pelajar-pelajar tersebut. Oleh hal yang demikian, guru- guru yang berpengalaman harus ditempatkan di kawasan tersebut agar mereka dapat mengajar pelajar-pelajar tersebut dengan sistematik dan berkesan.
    Isu yang turut hangat diperkatakan di dada akhbar dan media elektronik ialah berkaitan dengan matapelajaran sejarah. Berdasarkan maklumat yang saya diperolehi daripada Berita Harian Online, matapelajaran sejarah akan menjadi matapelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada tahun 2013. Selaras dengan perubahan tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran menyatakan bahawa matapelajaran sejarah juga akan dijadikan sebagai matapelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2014. Matapelajaran sejarah ini dijadikan sebagai matapelajaran teras kerana sejarah Negara ini dianggap penting kepada generasi sekarang. Perubahan ini akan dapat membantu generasi sekarang agar lebih mengenali sejarah-sejarah Negara.
    Isu seterusnya ialah penyediaan kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak kurang upaya dari segi penglihatan dan pendengaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun menyediakan Program Pendidikan Khas Integrasi bagi membantu kanak-kanak kurang upaya untuk menimba ilmu dan mendapat layanan yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Kewujudan program pendidikan ini dapat membantu golongan yang kurang upaya untuk memajukan diri mereka.

    ReplyDelete
  23. Isu yang seterusnya ialah berkaitan dengan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan PPSMI dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang bertaraf dunia. Walaubagaimanapun, pelaksanaan program tersebut mendapat kritikan yang hebat daripada masyarakat. Rakyat berpendapat bahawa penggunaan Bahasa Inggeris yang meluas akan menjatuhkan martabat bahasa kebangsaan kita yang berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan. Disamping itu juga, penggunaan Bahasa Inggeris ini akan membebankan pelajar di kawasan luar Bandar kerana akan menyukarkan mereka untuk memahami perkara yang diajar kepada mereka.

    Seterusnya, isu yang agak baru diutarakan yang diperolehi dalam blog rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah isu Sekolah Dalam Hospital. Program yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin tersebut adalah hasil daripada kerjasama antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan juga Yayasan Nurul Yaqeen. Program tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat kerana program tersebut dapat membantu pelajar yang menerima rawatan dalam tempoh yang panjang untuk menimba ilmu pengetahuan. Program tersebut dapat mengelakkan pelajar yang mendapat rawatan tercicir daripada arus pendidikan.

    Isu terakhir ialah pelaksanaan pertukaran status Sekolah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr.Mohd Puad Zarkashi,pertukaran status tersebut akan melibatkan rombakan sukatan pelajaran yang akan merangkumi 70 % bidang kemahiran dan 30% bidang akademik. Perubahan status ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pelajar dalam bidang kemahiran serta menambahkan bilangan pelajar yang mahir dalam bidang kemahiran sekaligus dapat memenuhi permintaan tenaga buruh dalam pasaran. Disamping itu juga, pelajar yang mengikuti bidang vokasional ini akan diiktirafkan sama seperti pelajar lulusan diploma yang lain. Pelaksanaannya juga akan membantu dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan individu yang berpendapatan tinggi.

    Rujukan
    1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm
    2. http://buletinkpm.blogspot.com/2011/07/sekolah-dalam-hospital.html

    SITI MARIAM BINTI MUSLIM (A127074)
    FEP, TAHUN 3
    maryam_mar89@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  24. Antara isu – isu pendidikan yang telah timbul di dalam era ini ialah isu Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Namun, penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa tersebut telah memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka kurang fahami seterusnya memberi kesan yang buruk kepada pelajaran. Hal ini telah membawa kepada pemansuhan PPSMI yang akan bermula pada 2012.

    Selain itu, isu yang menjadi perhatian ialah isu berkaitan dengan nisbah jantina di institut pengajian tinggi awam. Bekas Menteri Pendidikan Tinggi Shafie Salleh berkata daripada 45,856 tempat diberi kepada IPTA, 15,796 diberi kepada lelaki dan 30,060 kepada perempuan. Ini menunjukkan bilangan wanita lebih ramai di IPTA dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan gender.

    Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan yang berkesan. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan dalam pengagihan guru mengikut bidang mereka. Terdapat guru yang terpaksa mengajar mata pelajaran seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar sedangkan itu bukanlah bidang utama mereka dan hal ini menyebabkan kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipersoalkan.

    Kualiti moral pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan mereka memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya. Malahan, gejala buli kian menjadi – jadi semenjak akhir ini.

    Isu kelima ialah berkenaan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala maksiat di kalangan remaja. Hal ini sewajarnya perlu dikaji semula kerana hal ini ada baik dan buruknya. Hal ini dikatakan sangat sensitif terutamanya apabila melibatkan pelajar sekolah rendah dan mereka biasanya cenderung untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam kelas.

    Seterusnya ialah berkenaan isu kebolehpasaran seseorang graduan universiti. Majikan hari ini memerlukan seseorang graduan yang mempunyai pengalaman dalam bidang kerja sebelum mereka ditawarkan bekerja. Hal ini kerana, majikan menginginkan graduan yang berkualiti dan mampu bekerja dengan baik serta berketrampilan tinggi. Ternyata, wujudnya persaingan yang sengit di kalangan graduan hari ini dalam mendapatkan pekerjaan. Adalah tidak hairan apabila pengangguran di kalangan graduan kian bertambah.

    Yang terakhir sekali ialah berkenaan pemansuhan dua peperiksaan yang utama iaitu UPSR dan PMR. Perbincangan untuk pemansuhan ini dilakukan kerana pelajar-pelajar dikatakan hanya dinilai berdasarkan kecemerlangan akademik dan bukannya aspek lain seperti kegiatan berpersatuan dan kokurikulum. Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dianggap mampu berjaya dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik. Keputusan pemansuhan ini dianggap positif kerana inilah masanya sistem pendidikan Malaysia membuat perubahan untuk melahirkan pelajar yang lebih cemerlang bukan sahaja dalam aspek akademik malah dalam aspek-aspek penting lain.


    Nur Sazwani Mamat
    A127433
    Tahun 3
    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
    sazwani_nur@yahoo.com
    Nur Sazwani


    http://kulanzsalleh.com/keputusan-pemansuhan-upsr-dan-pmr/
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Isu-isu_Pendidikan_Malaysia
    http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

    ReplyDelete
  25. Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

    Penglibatan ibu bapa dalam proses pendidikan juga merupakan isi yang berkaitan dengan pendidikan.wujud ibu bapa yang tidak mengambil berat dan hanya mengharapkan sekolah semata-mata. Contoh aspek pengurusan diri tidak ajar anak di rumah dengan sebaiknya. Akibatnya anak-anak mungkin akan kencing di dalam kelas dan tidak tahu membersihkan diri,ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka mengikuti apa jua program kerana dikhuatiri memberi kecederaan kepada anak-anak mereka.ini disebabkan kurangnya sikap yakin ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

    Profesionalisme guru turut menyumbang kepada isu-isu yang perlu diambil berat dalam bidang pendidikan masa kini.sikap guru yang malas dan tidak bersungguh-sungguh mengajar murid-murid yang bermasalah pembelajaran sekaligus menyebabkan murid-murid terabai dan ketinggalan.guru pendidikan khas seringkali dianggap tidak mempunyai kerja yang banyak akibatnya guru pendidikan khas kerap disuruh melakukan aktiviti untuk murid-murid di aliran perdana. Contoh membuat aktiviti sukan sekolah tahunan. Akibatnya bebanan guru pendidikan khas bertambah.kewujudan guru sandaran tidak terlatih dalam program pendidikan khas akibat daripada itu kanak-kanak khas menjadi mangsa guru yang tidak terlatih (di marah atau diherdik dan dipukul)

    Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya cosmopolitan.

    ReplyDelete
  26. Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

    Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

    Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia,iidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan,kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

    ReplyDelete
  27. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.






    Nama : BORHAN BIN RESALDI
    No. Matrik : A 127496
    Tahun Pengajian : Tahun 3
    Fakulti : Ekonomi dan Perniagaan
    Email : borhan.nly89@gmail.com
    Facebook : borhan resaldi

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Pelbagai isu pendidikan telah dibangkitkan di dada-dada akhbar dari hari ke hari. Salah satunya ialah isu berkaitan dengan struktur pendidikan menengah yang tidak selaras serta kurang menepati keperluan. Contohnya bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakkan negara lain di dunia. Selain itu tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi disebabkan wujudnya pelbagai haluan. Kebanyakkan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia serta skop kurikulum Tingakatn 1 hingga 6 sangat luas.

    Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pengajian Malaysia telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dlaam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisisan dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastuktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar,perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh, latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan,penyeggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

    Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 setiap institutsi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia akan dipastikan mempunyai infrastuktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru,peruntukan kewangan,bahan dan perlatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung dan sekolah kurang beruntung.Namun setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan ynag dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus terutamanya sekolah-sekolah luar bandar.Kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks masih berkurangan.

    Isu keempat adalh kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam pelaksanaan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendiidikan Kementerian Pelajaran Malaysia,pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah di luar bendar khususnya di pedalaman dan pulau.Kebanyakkan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Disebabkan guru kurang pengalaman dan pengetahuan maka kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

    ReplyDelete
  30. KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Walaubagaimanapun penggunaan bahasa inggeris sebahai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakkan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidka berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

    Di samping itu, isu melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet. Implikasinya isu-isu moral semasa khususnya isu-isu yang melibatkan nilai0nilai sosial menjadi begitu kompleks dan sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggan dengan nilai-nilai di Barat yang lebih mementingkan materialistik,individualistik dan budaya kosmpolitan.

    Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendiidkan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah atau pelajar ke menengah rendah yang naik ke Tingakatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini keran kebanyakkan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh tabiat merokok dalam kalangan pelajar,gelajala vandalisme,melepak,ponteng sekolah dan sebagainya dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

    Kesimpulannya,semua pihak terutamanya kerajaan haruslah melihat isu tersebut dengan serius serta mengambil nisiatif tertentu supaya para pelajar tidak akan mengahdapi masalah dalam pelajaran di sekolah khususnya.

    HANNAN BINTI A RAHIM
    A127150
    TAHUN 3
    FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
    mya.sara90@hotmail.com
    Hanan Abdul Rahim

    ReplyDelete
  31. Isu buli atau gangsterism yang kebiasaannya berlaku di sekolah berasrama semakin membimbangkan. Ini kerana jika isu ini berterusan, semakin ramai pelajar pintar yang terpilih ke asrama menolak tawaran kemasukan tersebut kerana risau tentang keselamatan diri mereka. Isu buli ini boleh dikaitkan dengan disiplin sekolah. Pada pendapat saya, isu ini dapat di kawal jika langkah yang betul di amibil kira dalam menangani pelajar yang bermasalah. Misalnya pelajar ini di berikan kaunseling yang sesuai dan dapat member kesan kepada psikologi mereka dan bukannya melalui denda yang berat seperti rotan dan sebagainya. Ini kerana jika kekerasan digunakan untuk menyelesaikan masalah ini, pelajar akan semakin memberontak dan masalah ini akan menjadi lebih serius.
    Melihat kepada isu social yang melibatkan lahirnya anak luar nikah semakin menjadi-jadi di Negara kita yang berstatus majoritinya beragama Islam. Saya tidak melihat masalah ini berpunca dari kurangnya pendidikan agama yang diterapkan dalam diri pelajar ini. Ini kerana sejak dari sekolah rendah lagi, pelajar di didik dan di ajar mengenai agama. Ditambah dengan persekolahan agama sesi petang yang diwajibkan di negeri Johor. Namun dilihat dari data masalah social, Johor merupakan antara negeri yang mempunyai masalah social yang teruk.
    Isu pencemaran alam sekitar yang tidak asing lagi dalam Negara kita juga boleh dikatakan bermula dari pendidikan yang diterima di sekolah. Bukan sahaja di sekolah tidak dikhaskan subjek berteraskan penjagaan alam sekitar. Kurangnya pendedahan mengenai pencemaran yang seharusnya dititik beratkan juga dapat kita lihat dialam persekolahan. Namun begitu, tidak dinafikan pendedahan yang cukup meluas di peringkat pendidikan yang lebih tinggi seperti pendedahan mengenai teknologi hijau.
    Berbalik kepada isu utama pendidikan masa kini yang mana menteri pendidikan mengambil langkah memperkasa bahasa kebangsaan dan memperkukuhkan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Hal ini dapat kita lihat terdapat sedikit kecelaruan di dalam system pembelajaran seperti pemansuhan semula pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Berlaku pembaziran waktu dan tenaga dikalangan guru yang pergi ke kursus-kursus supaya lebih bersedia dalam pembelajaran.
    Isu perkauman juga turut menjadi kebimbangan penduduk di Malaysia. ini berkaitan dengan cara pembelajaran di sekolah yang mana tidak begitu memupuk semangat perkauman. Contohnya kita lihat secara umumnya, kaum cina hanya bergaul sesama mereka. Begitu juga dengan kaum lain seperti melayu dan india. Hanya segelintir kecil yang bergaul sesama kaum lain. Ini menyebabkan tidak wujud persefahaman antara kaum.
    Ramai remaja sekarang yang terlibat dengan vandelisme yang menyebabkan kerosakan kepada harta benda awam. Contohnya melukis graffiti di dinding bangunan dan di bawah jambatan. Mungkin remaja seperti ini tidak mendapat pengetahuan yang khusus di mana seharusnya mereka meluahkan hasil karya mereka. Sepatutnya wujud satu persatuan yang membolehkan mereka berkarya dan mempamerkan kreativiti mereka.
    Gejala melepak anak muda juga semakin membimbangkan. Mungkin hal ini dapat dikurangkan jika sekolah mengadakan aktiviti ko-kurikulum yang dapat mengisi masa terluang remaja. Aktiviti yang diadakan seharusnya dapat menarik minat pelajar untuk turut serta dan ini dapat membendung mereka dari menghabiskan masa melepak.

    Rujukan:

    http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/570-punca-pencemaran-air
    http://www.bharian.com.my/articles/PlusrugiRM13jutaakibatvandalisme/Article/
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tigalagikesbuangbayidilaporkandalamtempoh24jam/Article

    SITI HAWA BT KATMON
    A127619
    TAHUN 3
    FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
    aimifareza@yahoo.com
    Little Chinta

    ReplyDelete
  32. Pendidikan negara memainkan peranan besar dalam melahirkan generasi pelapis yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan negara sering kali diuji dengan pelbagai isu.
    Masalah pembuangan bayi semakin dilihat semakin ketara. Setiap hari ada sahaja berita di dada-dada akhbar berkenaan kes buang bayi di kawasan pelupusan sampah, ditepi sungai mahupun di rumah-rumah ibadat. Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu pelbagai pihak sudah mula mencadangkan pelbagai langkah untuk membendung permaslahan ini antaranya memperkenalkan pendidikan seks di peringkat sekolah. Hal ini menjadi perdebatan pelbagai pihak mengenai keberkesanan pendidikan seks dalam membendung masalah ini. Pendidikan seks yang mula diperkenalkan dinegara-negara barat juga dilihat kurang bersesuaian dengan budaya dan agama rakyat Malaysia.
    Jika dahulu kita sudah biasa dengan isu guru memukul pelajar. Tetapi baru-baru ini Negara digemparkan dengan kes pelajar memukul guru. Pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Kangar didapati telah menumbuk guru sejarahnya kerana tidak berpuas hati dengan teguran guru tersebut. Hal ini sangat membimbangkan kerana guru yang sepatutnya dihormati sudah tidak lagi dipandang mulia disisi pelajar. Sampai satu tahap apabila guru dipersalahkan, kita melihat bahawa tugas guru sememangnya semakin mencabar pada zaman kini. Kita perlulah ingat bahawa tugas guru itu bukan sahaja mengajar tetapi guru juga boleh menegur, membantu dan menasihat supaya mereka dapat mendidik kita menjadi insane yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akedemik tetapi juga cemerlang sahsiah dan peribadi.
    Seperti yang kita tahu tugas guru adalah membimbing pelajar. Tetapi tidak semua guru dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik. Ada sesetengah guru yang telah mengabaikan tugas mereka dan telah melanggaar etika perguruan. Contoh kes yang terbaru ialah seorang guru di Kuantan telah dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan sebatan dua kali atas kesalahan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang pelajar perempuan. Guru yang sepatutnya menjadi tauladan kepada pelajar bukannya merosakkan masa hadapan pelajar tersebut. Ini bukanlah pertama kali kes sebegini berlaku. Ibarat kata pepatah “harapkan pagar, pagar makan padi”.
    Isu ketidakseimbangan jantina dalam kalangan pelajar samada di peringkat mahupun institusi pengajian tinggi. Jika dilihat pelajar perempuan adalah lebih ramai daripada pelajar lelaki. Jika dilihat kemasukan pelajar baru bagi sesi 2011/2012 bagi Universiti Kebangsaan Malaysia didapati seramai 70% pelajar perempuan manakala selebihnya iaitu 30% adalah pelajar lelaki. Keadaan ini semakin membimbangkan kerana peratusan pelajar perempuan adalah meningkat setiap tahun.

    ReplyDelete
  33. kejadian keracunan makanan di sekolah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Malah lebih malang lagi apabila beberapa kejadian turut melibatkan pelajar miskin yang diletakkan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Makanan yang dibekalkan sepatutnya berkualiti dan mengandungi nutrien yang diperlukan oleh seorang pelajar. Saya kira Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hendaklah memainkan peranan penting dalam hal ini. Seperti yang kita tahu, RMT berperanan untuk membantu pelajar kurang berkemampuan. Sekiranya hal sebegini berlaku, objektif utama RMT tidak dapat dicapai.
    Tahap keselamatan disekolah juga menjadi isu yang sering dibangkitkan didada-dada akhbar. Antara kes yang pernah menggemparkan negara ialah isu siling pusat sumber Sekolah Menengah Tinggi Melaka di Banda Hilir runtuh. Tahap keselamatan pelajar disekolah adalah membimbangkan. Pihak sekolah dan pihak berwajib haruslah peka terhadap permasalahan ini. Bukan sahaja keselamatan pelajar yang sering diperkatakan, isu keselamatan harta benda sekolah juga sering kita dengar. Kerosakkan harta benda sekolah semakin menjadi-jadi. Ada juga kenderaan guru-guru sekolah menjadi bahan untuk dilepaskan dendam. Ini bermaksud isu keselamatan diperingkat sekolah perlu dibendung dengan segera.
    Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi antara yang menjadi perbualan hangat. Banyak kes-kes pelajar menonton video lucah, berdua-duan lelaki dan perempuan, menghisap rokok dan banyak lagi. Perkara sebegini jika dipandang enteng akan menyebabkan masalah yang lebih besar. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama terhadap guru-guru.

    Muhamad Fathi bin Ismail
    A126814
    Tahun 3
    FEP
    mail4fathi@gmail.com
    Mohd Fathi

    ReplyDelete
  34. Isu pertama ialah isu berkaitan kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat
    pendidikan. Pada hari ini, terdapat pelbagai masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Walau
    bagaimanapun, masalah salah laku disiplin pelajar masih terkawal dan statistik Kementerian
    Pelajaran menunjukkan hanya kira-kira tiga peratus daripada 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah
    rendah dan menengah di seluruh negara terbabit dalam kegiatan salah laku itu sepanjang sesi
    persekolahan 2010. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong antara
    kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng
    sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak
    mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan
    (8,563 kes).

    Isu kedua ialah berkaitan dengan kekurangan tenaga pengajar. Kekurangan tenaga
    pengajar menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia mengalami masalah untuk
    menempatkan mereka di sekolah luar bandar khususnya di kawasan pendalaman dan pulau.
    Kesannya, terdapat banyak sekolah yang menghadapi masalah guru kurang berpengalaman dan
    kurang latihan. Maka berlakulah keadaan di mana guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar
    mata pelajaran kritikal seperti matematik, sains dan bahasa inggeris bagi memenuhi keperluan
    pelajar. Disebabkan kurang pengalaman, kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada
    pelajar mulai di pertikaikan.

    Isu seterusnya ialah terdapat banyak sekolah di pendalaman yang masih kekurangan
    infrastuktur serta kemudahan pendidikan. Kekurangan kemudahan seperti bilik sains, kemudahan
    sukan dan sebagainya terutamanya sekolah di kawasan pendalaman khususnya di Sabah dan
    Sarawak menyukarkan pelajar untuk meneruskan pelajaran. Hal ini dapat di buktikan apabila
    prestasi pelajar bandar lebih tinggi berbanding pelajar di luar bandar.

    Selain itu, isu pendidikan masa kini ialah bilangan pelajar perempuan lebih ramai
    berbanding dengan pelajar lelaki. Hal ini dapat di buktikan apabila melihat fenomena yang
    berlaku di kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ) awam dan swasta. Kebanyakan
    pelajar yang menuntut di IPT adalah pelajar perempuan. Pelajar perempuan terus mendominasi
    kemasukan ke universiti awam apabila menguasai 64.8% atau 26,229 daripada 40,506 tempat
    yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 di Kuala Lumpur.

    Isu seterusnya ialah morality guru. Kebanyakan guru pada hari ini yang relatifnya
    mempunyai moral yang rendah berbanding guru-guru pada zaman dahulu. Hal ini di buktikan
    melalui beberapa kes yang berlaku sejak kebelakangan ini, contohnya ialah kes pelajar
    meninggal selepas dipukul guru kerana mencuri dan kes menjatuhkan hukuman menggari pelajar
    yang merokok. Hal ini kerana, kebanyakan guru pada hari ini mengenakan hukuman terhadap
    pelajar berdasarkan emosi semata-mata.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Seterusnya, murid dinilai berdasarkan sistem yang berteraskan peperiksaan semata-mata.

    Oleh itu, aspek lain seperti kemahiran sosial, kepemimpinan dan sebagainya telah di abaikan.
    Ianya menyebabkan kebolehan sebenar pelajar tidak mampu di tonjolkan dan itu merupakan
    satu pembaziran sumber manusia kepada negara. Selain itu, perkara ini akan mnyebabkan proses
    kreativiti dalam kalangan pelajar tidak berlaku.

    Isu berikutnya ialah kemudahan mendapatkan pinjaman bagi membiayai kos pendidikan.
    Ia menunjukkan bahawa walaupun pelajar menghadapi masalah kewangan, mereka masih
    mampu untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana, terdapat
    pelbagai badan yang boleh memberikan kemudahan pinjaman contohnya Perbadanan Tabung
    Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Oleh itu, kemudahan
    pinjaman ini dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan.


    azliza awang
    a127963
    tahun 3
    fep
    jaa.azliza@gmail.com

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Isu yang sering dikatakan pada pada akhir-akhir ini adalah salah laku pelajar sekolah. Antara salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar adalah kes buli, vandalisme, merokok, ponteng, melepak dan sebagainya. Contohnya kes pelajar yang menumbuk guru sehingga patah tulang hidung. Pelajar tersebut menumbuk guru tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tegurang oleh guru tersebut. (Berita Harian)
    Isu kedua yang hendak dibincangkan adalah moraliti guru. Guru amat penting dalam memainkan peranan dalam membentuk sahsiah pelajar. Tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku dalam dunia pendidikan. Guru telah menunjukkan moral yang tidak baik kepada pelajar. Contoh keadaan semasa yang berlaku adalah apabila seorang guru telah menggari pelajar kerana pelajar tersebut menghisap rokok. Sepatutnya seorang guru harus menegur pelajar tersebut secara berhemah.
    Selain itu, isu sukatan yang diajarkan di sekolah juga telah menjadi isu yang sering diperkatakan dalam bidang pendidikan. Contoh yang menjadi isu hangat adalah penggunaan bahasa inggeris dalam pembelajaran(PPSMI) serta isu pendidikan seks. Perkara ini mendapat pertikaian dari pelbagai pihak.
    Isu yang seterusnya adalah kekurangan kemudahan di sekolah. Contohnya alatan di bilik sains, bahan rujukan dan kemudahan sukan. Kemudahan di kawasan pedalaman agak kurang memuaskan sehingga pelajar dan guru sukar untuk meneruskan pembelajaran. Kemudahan seperti yang dinyatakan amat penting bagi memberi keselesaan dan kelancaran pembelajaran kepada pelajar.
    Seterusnya adalah isu pelajar perempuan yang ramai berbanding lelaki di institusi-institusi pengajian tinggi. Perkara ini sering menjadi “hot issue” kerana dikatakan golongan lelaki lebih cenderung ramai di pusat-pusat pemulihan akhlak seperti pusat serenti. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar lelaki telah diberikan kelebihan dalam memasuki institusi pendidikan berbanding pelajar perempuan. Kelonggaran dari segi kelayakan kemasukan telah dilonggarkan.
    Tambahan lagi dalam dunia pendidikan, pelajar dapat meneruskan pelajaran dengan mudah kerana kemudahan pinjaman dan biasiswa yang disediakan oleh kerajaan. Hal ini untuk menggalakkan pelajar agar meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ia selaras dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat yang intelektual.

    Di samping itu, kekurangan tenaga pengajar yang pakar juga kurang dalam bidang pendidikan. Kekurangan tenaga pengajar menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia memilih guru yang bukan dari opsyen mereka. Hal ini menyebabkan kualiti guru dalam dalam pengajaran berkurang. Mereka terpaksa mengajar mata pelajaran yang kritikal seperti Matematik, Sains dan B.I. hal ini menyebabkan kualiti pengajaran guru boleh dipertikaikan.

    NURUL ABDIAH BT YUNUS
    A127459
    FEP
    TAHUN 3
    nur_aby26@yahoo.com

    ReplyDelete
  39. Antara isu utama berkaitan pendidikan yang menjadi topik perbualan hangat ialah isu Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini telah mendapat pelbagai reaksi yang positif dan negatif daripada pelbagai lapisan masyarakat. Isu ini telah berlanjutan selama beberapa tahun dan kemuncak kepada isu ini ialah kerajaan sedang mengkaji untuk mempercepatkan perlaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun 1.
    Seterusnya, antara isu terhangat juga ialah mengenai masalah disiplin yang melibatkan guru-guru. Hal ini perlu diberi perhatian kerana guru-guru merupakan contoh teladan bagi para pelajar dan tidak seharusnya melakukan perkara-perkara yang melanggar etika perguruan. Seperti yang kita ketahui dan telah tertulis di dada-dada akhbar mengenai kes yang melibatkan salah laku guru-guru. Contohnya dalam Buletin Utama siaran 6 April melaporkan seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama diberkas dalam serbuan polis ketika sedang khayal di bawah pengaruh ganja. Guru tersebut turut dipercayai bertindak sebagai pengedar dadah kepada pelajar sekolahnya di Terengganu.
    Isu ketiga ialah, isu novel Interlok yang di tulis oleh Abdullah Hussain yang masih lagi hangat diperkatakan dan dibincangkan. Hal ini adalah kerana intipati novel tersebut yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang bersifat perkauman. Contohnya pencetus kontreversi ini, pengritik mengatakan bahawa novel ini mencirikan orang India Malaysia sebagai ‘pariah’ dan ‘orang kulit hitam’. Hal ini menyebabkan gabungan parti kaum India yang terbesar di Malaysia iaitu MIC (Malaysian Indian Congress) menuntut supaya novel ini dikeluarkan dari silibus pembelajaran di sekolah sebagai teks komsas (komponen sastera). Terdapat juga tokoh-tokoh yang mempertahankan novel ini. Contohnya seperti tokoh parti pembangkang iaitu Anwar Ibrahim dan juga tokoh sarjana, Awang Sariyan yang mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang unsur perkauman di dalam novel tersebut.

    ReplyDelete
  40. Selepas perlaksanaan lulus matapelajaran Sejarah sebagai syarat kelayakan mendapat sijil untuk SPM, menjelang tahun 2012, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menimbangkan pula untuk meletakkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris bagi seseorang pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mendapat sijil. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkasyi, pertimbangan itu adalah berdasarkan daripada pelbagai pihak dan 85% daripadanya bersetuju supaya cadangan tersebut dilaksanakan. Untuk pelaksanaan syarat ini, tenaga pengajar juga perlulah lebih berkualiti bagi memastikan para pelajar mencapai target lulus tersebut. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, Menteri Pelajaran Malaysia, kemungkinan tenaga pengajar dari luar seperti Australia dan United Kingdom juga akan dipertimbangkan pengambilannya bagi mengukuhkan lagi saf tenaga pengajar subjek Bahasa Inggeris.
    Selaras dengan ungkapan ‘dunia tanpa sempadan’, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai program yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki untuk merealisasikan hasrat tersebut. Antaranya ialah masih terlalu banyak sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran serta kelengkapan buku teks juga masih belum mencukupi. Bilangan tenaga pengajar yeng tidak mencukupi juga merupakan kekangan kepada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut. Walaupun terdapat tenaga pengajar yang mencukupi, kemahiran yang dimiliki oleh mereka turut dipertikan untuk melahirkan pelajar yang berkaliber.

    ReplyDelete
  41. Isu ini kian menjadi perhatian kerana setiap tahun nisbah jantina ini menjadi semakin tidak seimbang. Mengikut statistik oleh Kementerian Pengajian Tinggi, bagi kemasukan pelajar ke IPTA pada tahun 2010, jumlah mahasiswi yang mendapat tempat di IPTA ialah 64.8% iaitu 26,229 daripada 46,506 tempat yang ditawarkan. Berbanding dengan mahasiswa, hanya 35.2% sahaja yang berjaya mendapatkan tempat di IPTA untuk program ijazah pertama. Terdapat beberapa pakar pendidikan yang mengatakan bahawa fenomena ini adalah trend di seluruh dunia,. Hal ini bermakna bukan hanya di Malaysia sahaja fenomena ini berlaku. Bagi kaum lelaki, ini merupakan satu fenomena yang membimbangkan mereka. Berbeza dengan kaum wanita yang mempertahankannya dengan lantang dan menyatakan bahawa ini bukan satu isu dan tidak patut diperdebatkan. Tetapi daripada segi sudut pandangan Islam pula, hal ini merupakan satu petanda kecil kiamat di mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda mafhumnya, ”Antara tanda-tanda kecil kiamat ialah nisbah kaum perempuan adalah lebih daripada kaum lelaki”.

    Isu yang terakhir ialah isu penempatan tempat untuk mengajar bagi lulusan jurusan pendidikn. Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi, penempatan untuk mengajar akan diutamakan untuk guru lepasan IPG dan pelajar tajaan KPM sahaja dan pelajar pendidikan selain yang tersebut hanya akan mendapat tempat sekiranya ada kekosongan. Hal ini menimbulkan kebimbangan bagi pelajar jurusan pendidikan yang bukan dari IPG dan tajaan KPM kerana kebarangkalian mendapatkan tempat itu adalah sedikit. Isu ini timbul adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia. Maka, isu ini menyebabkan ramai lepasan jurusan pendidikan yang bukan dari tajaan KPM dan IPG banyak yang menganggur tanpa ada pekerjaan dan membuatkan usaha mereka mengorbankan masa selama 4 tahun menuntut ilmu menjadi sia-sia dan tidak berbaloi.

    http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/
    http://en.wikipedia.org/wiki/Interlok
    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/369-2009-10/4815-21-okt-dasar-ganti-ppsmi-2011.html
    http://jeffrockers.wordpress.com/2011/04/06/guru-agama-ustaz-ditangkap-semasa-khayal-ganja/
    http://dahalmi.wordpress.com/2010/07/11/nisbah-jantina-tidak-seimbang-ke-universitiipta/


    SITI NUR AILYSAH BINTI MOHD SAZALY
    A127820
    EKONOMI & PENGURUSAN
    TAHUN 3
    nurlys_1711@yahoo.com

    ReplyDelete
  42. Tenaga Pengajar
    Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Akibatnya keadaan ini turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan dalam pengagihan guru mengikut kepakaran. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidang terjun dan proses pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru yang bukan berkepakaran terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

    Gender
    Perbezaan gender yang ketara antara lelaki dan perempuan di IPT samada awam atau swasta. Akibat daripada perbezaan ini tidak dapat menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan sumber manusia dan objektif Goverment Tranformasion Program dan Ekonomi Tranfomasi Progrom. Contohnya, pada sesi September 2011/2012 di UKM nisbah lelaki kepada prempuan adalah 30:70,UPM 33:67 ini menunjukkan perbezaan gender antara lelaki dan perempuan.

    Kaedah Pengajaran Subjek Sejarah
    kaedah pengajaran sejarah masih ditangkut lama kerana ianya membosankan dan tidak menarik minat pelajar untuk mendalami subjek sejarah. Kaedah pengajaran subjek sejarah sekarang hanya menggunakan material daripada buku tanpa menggunakan pembelajaran dan pengajaran terkini seiring dengan perkembangan zaman penggunaan teknologi terkini atau moden, Akibtnya anak bangsa menjadi buta sejarah pada masa hadapan. Bagi mengatasi masalah ini, pengajaran sejarah haruslah ada perubahan dan pendekatan kreatif untuk menarik minat genarasi muda dan pelajar untuk mendekati dan mengenali sejarah, contohnya menayangkan video tentang tempat bersejarah atau menggunakan multmedia seperti animasi kemerdekaan dan lain-lain. Contohnya negara Korea menerapkn aspek sejarah kepada rakyat mereka sejak dari kecil lagi dengan menggunakan kaedah video dan multimedia.

    ReplyDelete
  43. Modul Pembelajaran
    Modul pembelajaran tidak seindah lahiriah dan sahsiah, kerana pembelajaran lebih mementingkan grad dan merit daripada pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap subjek, akbitnya para pelajar mengejar banyak A daripada memahami dan menghayati sesuatu subjek. Ketidakseimbangn antara lahiriah dan sahsiah pelajar menghasilkan pelajar tidak berkualiti.

    Sahsiah Pelajar
    Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar sekolah rendah yang naik ke sekolah menengah memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok dalam kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

    Wajib Lulus BI
    Bahasa English merupakan bahasa antarabngsa, ianya penting dalam kehidupan dunia tanpa sempadan supaya genarasi muda berdaya saing dan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju. Ini bukan bermksud bahasa kebangsaan tidak penting tetapi Bahasa English adalah bahasa antarabangsa yang boleh difahami oleh masyarakat seluruh dunia. Pada tahun 2002, kerajaan mengumumkan pengajaran subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris bermula tahun 2003, untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan di dalam arus globalisasi. Pelaksanaannya membuka jalan kepada pendidikan medium bercampur.

    MD SHAFIIN BIN SHUKOR
    A130914
    FEP TAHUN 3
    major_semberalam@yahoo.com

    ReplyDelete
  44. Kaedah pengajaran merupakan aspek yang paling penting dalam pendidikan. Hal ini kerana kaedah pengajaran yang menarik dan berkesan mampu membuatkan pelajar berasa seronok ketika belajar serta tidak bosan. Seperti yang kita ketahui, kaedah pengajaran yang banyak menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar amat membantu dalam proses pangajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengajaran dalam kumpulan kecil (LDK) juga dilihat lebih berkesan berbanding kaedah biasa.
    Aspek disiplin juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Tanpa disiplin yang bagus, maka akan lahirlah pelajar yang bermasalah. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah apabila melihat pelajar melakukan kesalahan serta berani untuk menegur. Jumlah guru disiplin di sekolah hendaklah ditambahkan supaya lebih mudah menangani jumlah murid yang ramai. Penggunaan rotan juga hendaklah dialu-alukan oleh para ibu-bapa kerana ianya amat berkesan dalam mendisiplinkan pelajar. Contohnya pada era sebelum tahun 90-an,kebanyakkan guru menggunakan rotan semasa mengajar dan tahap disiplin pelajar amat baik pada masa itu berbanding sekarang
    Selain itu, aspek makanan juga menjadi isu yang hangat diperkatakan. Kebersihan dan kualiti makanan haruslah dititikberatkan oleh pihak pengusaha kantin. Aspek kebersihan penting supaya dapat mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan. Contohnya seperti yang berlaku di salah sebuah sekolah di Terengganu baru-baru ini, ramai pelajar telah mangalami gejala keracunan makanan akibat daripada pihak pengusaha kantin yang mengabaikan aspek kebersihan. Maka pelbagai cadangan timbul selepas itu termasuklah mengkehendaki guru besar memeriksa sendiri kualiti dan tahap kebersihan makanan yang disediakan di kantin sekolah. Turut dibangkitkan ialah membatalkan sahaja kontrak pembekal makanan kepada para pelajar yang ditimpa keracunan makanan
    Kos pelajaran juga menjadi rungutan kepada pelajar dan ibu bapa. Seperti yang kita ketahui, kos pelajaran semakin meningkat dari tahun ke tahun, keadaan ini amat membebankan terutaman golongan yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah. Contohnya, yuran pengajian pelajar university pada tahun ini telah meningkat dari kiram RM1100 kepada hampir RM 1400.
    Komposisi jantina iaitu antara lelaki dan perempuan di institusi pendidikan juga dilihat semakin tidak seimbang terutamanya di IPTA. Keadaan ini menunjukkan bahawa kaum wanita akan menguasai pasaran kerja pada masa hadapan. Berdasarkan kajian, peratusan pelajar perempuan kepada pelajar lelaki ialah 70:30. Selain itu terdapat cadangan agar diturunkan kelayakan minimum bagi pelajar lelaki untuk memasuki IPT, semata-mata untuk menambahkan bilangan kaum ini di universiti.

    Peranan kaunseling juga perlu ditekankan bukan sahaja untuk pelajar, tetapi juga untuk guru. Kaunselor hendaklah mengenalpasti guru atau pelajar yang bermasalah. Akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang keburukan guru terhadap pelajar. Pada bulan mac lalu, seorang guru di salah sebuah sekolah di Kajang telah mencabul kehormatan pelajar berumur 7 tahun. Keadaan ini amat membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa
    Selain itu, pandangan yang mengatakan bahawa kemasukan guru dari negara luar,khususnya US tidak membantu pelajar untuk menguasai bahasa inggeris serta wujud kebimbangan bahawa kemungkinan guru-guru tersebut akan membawa budaya barat dan diikuti oleh para pelajar. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pendidikan menyarankan Kementerian Pelajaran mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) lebih menarik bagi membolehkan murid memperoleh asas linguistik kukuh pada peringkat rendah. Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula silibus mata pelajaran BI di sekolah menengah bagi meningkatkan minat pelajar untuk menguasai mata pelajaran itu. Mereka meminta supaya penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) ditingkatkan dengan memanfaatkan makmal komputer supaya subjek berkenaan lebih menyeronokkan

    MOHD HAZLIN BIN WAHAB
    A129910
    FEP TAHUN
    zelin_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Antara isu yang timbul dalam arus pendidikan sekarang ialah isu buku teks dalam bahasa inggeris punca pelajar gagal menguasai bahasa tersebut. buku teks inggeris (BI)terutama di sekolah rendah didakwa kurang menarik minat pelajar sekaligus menjadi faktor mereka tidak mampu menguasai bahasa itu meskipun selepas 11 tahun belajar di sekolah. Kndungan bahan juga dikenal pasti tidak mempunyai kesinambungan antara satu topik dengan yang lain mengakibatkan pelajar tidak faham, hilang fokus dan jemu seterusnya tidak berminat untuk belajar BI.
    http://www.mummynemo.com/2011/08/buku-teks-bahasa-inggeris-punca-pelajar-gagal-menguasai-bahasa-tersebut/

    Kedua, isu beban kerja guru. Guru di empat negeri, Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur didapati menanggung beban kerja berlebihan, iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).Ini kerana tugas mereka bukan setakat mengajar malah turut dibebani lima tugas lain pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan; kedua, urusan pentadbiran, ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid.
    http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=229

    Isu ketiga ialah Masa Pembelajaran Subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah Ditambah Mulai 2011. Kabinet telah membuat keputusan untuk menambah masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penambahan itu adalah selaras dengan dasar ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris‘ (MBMMBI) berikutan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
    http://www.skpa-bgnpinang.net/v2/buletin-skpa/130-pembelajaran-bm-a-bi-di-sr-2011.html

    Isu keempat berkaitan tambahan 2 elaun kepada guru yang mengajar di pedalaman. Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh. Beliau berkata, kategori baru di bawah Elaun Pedalaman itu akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.
    http://www.bharian.com.my/articles/2elauntambahangurupedalaman/Article

    Isu ke lima, Pendidikan muzik mungkin di kurangkan masa mengajar kepada 30 minit seminggu daripada 60 minit. Banyak yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan saranan yang dibuat oleh pihak kementerian berkenaan dan mahu pihak berkenaan mempertimbangkan semula kerana ini mampu menjejaskan dari segi pelbagai faktor. Sebenarnya, tanpa disedari langkah tersebut boleh menjejaskan kelahiran generasi 'celik muzik' di kalangan generasi baru.
    http://muzikskhhi.blogspot.com/2009/10/muzik-sekadar-di-pinggiran.html

    Isu ke enam ialah Pendidikan Seks-Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
    Isu pendidikan seks yang ingin diajar disekolah akhirnya terjawab sekarang apabila Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan untuk melaksanakan pendidikan seks di sekolah atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial(PEERS) di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
    http://ilmamselangor.blogspot.com/2010/12/isu-pendidikan-seks-dilaksana-2011.html

    Isu yang terakhir ialah Akses Pendidikan.
    Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT.
    http://nine.gapuranetwork.net/2011/07/29/isu-isu-penting-pendidikan-di-negara-malaysia/

    ABDUL RAHMAN BIN NORDIN
    A127594
    FEP TAHUN 3
    rahmanz90@yahoo.com
    fb: Rahman Alright

    ReplyDelete
  47. Isu pertama dalam dalam pembahasan adalah mengenai tenaga pengajar. Banyak kes terjadi tentang terjadinya kekurangan tenaga pengajar berkemahiran yang turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan yang berkesan. Masalah ini pula sebenarnya ialah terletak pada penempatan guru perempuan di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau kebanyakan, sehingga sekolah di pedalam dan pulau hanya mendapatkan tenaga pengajar yang kurang berpengalaman ataupun kurang mahir. Dan oleh kerana kurangnya pengalaman dan pengetahuan mengenai subjek berkenaan maka kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar muda mula dipertikaikan.

    Isu selanjutnya ialah mengenai kesan globalisasi yang sedang berkembang. Berkembangnya penggunaan tekhnologi terutamanya pada jaringan internet. Hal ini disebebabkan oleh era dunia tanpa sempadan dan globalisasi yang telah memudahkan maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet ataupun laman-laman web dan sebagainya melalui computer.

    Isu semasa ketiga pula mengenai akses pendidikan. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telag memperkenalkan teknologi maklumat dan komunikasi atau information dan communication technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Terdapat pelbagai projek ICT yang memberikan pembekalan computer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam peruses pengajaran dan pembelajaran. Di antaranya ialah pada tidak seimbangnya pembekalan computer antara sekolah bandar dan luar bandar. Perisian computer untuk P&P yang sesuai pula sukar untuk diperoleh. Dan pelatihan dalam pekhidmatan untuk guru mengendalikan sistem computer di sekolah yang kurang berkesan.

    Isu keempat mengenai ekuiti pendidikan dimana dalam pelaksanaan pembangunan pendidikan 2001-2010, pada setiap institusi pendidikan bawah kementerian pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastika mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan.

    Isu selanjutnya adalah struktur pendidikan. Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya: kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas sijil pelajaran Malaysia (SPM), bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia.

    Kualiti sahsia pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke tingkatan 4 memiliki kualiti sahsia yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Contohnya, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah, dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

    Terakhir sekali merupakan isu mengenai program PPSM. KPM telah melaksanakan Program Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggris (PPSM) untuk melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”. Namun penggunaan bahasa inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negative daripada rakyat. Hal ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi belajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Dan komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.


    sumber:
    http://ppdmachang.edu.my/V2/index.php/2011/05/20/isu-isu-pendidikan-di-malaysia-1?blog=8
    http://budak-tengkek.blogspot.com/2010/07/isu-pendidikan-di-malaysia.html
    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0222&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm


    RANGGI KUMALA SARI
    A126045
    FEP TAHUN 3
    anggicoem@yahoo.com

    ReplyDelete
  48. Beberapa isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan masa kini, iaitu:
    1. Struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya; bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia, tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan, dan kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
    2. Akses pendidikan iaitu selaras dengan perkembangan teknologi semasa, isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu; pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar Bandar, latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan, dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
    3. Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Pada tahun 2000 sebanyak 61.8 tenaga pengajar seperti guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”.
    4. Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan.

    Sumber : http://www.scribd.com/doc/6127737/ISU-PENDIDIKAN-SEMASA
    http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/

    ORIO FARISHA
    A126101
    FSSK TAHUN 3
    rhie_mickey@yahoo.com

    ReplyDelete
  49. 5. Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
    6. Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar.
    7. Setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung dan sekolah kurang beruntung. Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman.

    Sumber : http://www.scribd.com/doc/6127737/ISU-PENDIDIKAN-SEMASA
    http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/

    ORIO FARISHA
    A126101
    FSSK TAHUN 3
    rhie_mickey@yahoo.com

    ReplyDelete
  50. sudah menjadi kebiasaan bagi guru di sekolah yang hanya menekankan bab yang dijangkakan akan keluar dalam perperiksaan tanpa menekankan bab-bab yang lain lebih-lebih lagi bab-bab akhir bagi sesebuah matapelajaran. menjelang perperiksaan, para guru mula menekankan soalan yang dijangkakan akan keluar dalam perperiksaan terutamanya perperiksaan awam. penekanan terhadap 'sport soalan' memberi kesan kepada murid-murid kerana guru mengabaikan bab yang lain sehingga murid-murid hanya mempelajari hanya beberapa bab sahaja dalam suatu sesi pembelajaran. murid sekolah yang malas menelaah bab yang lain bertambah teruk jika guru tidak membimbing mereka untuk menelaah selain bab yang dijangkakan akan keluar peperiksaan. keadaan ini juga menyebabkan ramai penerbit mencetak dan menjual buku-buku kerja atau latihan yang berupa soalan yang dijangkakan akan keluar dalam perperiksaan. hal ini menyebabkan murid sekolah tidak menumpukan atau tidak menggunakan sepenuhnya buku teks yang disediskan khas untuk murid sekolah sesuai dengan sukatan pelajaran kerana asyik dengan membuat soalan yang dijangka akan keluar dalam perperiksaan.

    Nanyie Georgery
    A128884
    FSSK Tahun 3
    Gnanyie@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  51. Beberapa isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan masa kini, iaitu:

    1. Ekuiti Pendidikan
    Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school).

    2. Program PPSMI
    Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

    3. Kesan globalisasi
    Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.

    4. Pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan
    Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan, pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza.
    Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya. Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad. Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan,
    Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan dan sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

    ReplyDelete
  52. 5. Struktur Pendidikan
    Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya: Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia.
    Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan. Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
    Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

    6. Tenaga pengajar
    Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen.

    7. Sahsiah Pelajar
    Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

    sumber:

    Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

    http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/

    http://ppdmachang.edu.my/V2/index.php/2011/05/20/isu-isu-pendidikan-di-malaysia-1?blog=8

    SASTYA WIRANDA BARUS
    A126061
    FST TAHUN 4
    muudi_here@ymail.com
    FB: nunodds_sastiia@yahoo.com (wiranda sastiia varrandhiya)

    ReplyDelete
  53. isu-isu berkaitan dengan pendidikan pada masa kini ialah :

    1. isu pertama ialah isu pelajar dan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital terutama bagi tempoh yang lama banyak ketinggalan pelajaran berbanding pelajar-pelajar normal yang lain di sekolah. hal ini bakal menyukarkan mereka dalam pelajaran apabila sudah boleh kembali menjalani sesi pengajaran seperti biasa. oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan telah melakukan suatu usaha dengan memberikan hak untuk mendapatkan pendidikan secara formal melalui program sekolah dalam hospital bagi pelajar-pelajar yang sedang menerima rawatan dengan penubuhan projek sekolah dalam hospital. Projek sekolah dalam hospital itu adalah ilham isteri Muhyiddin Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang merupakan penaung projek Hati Nurani dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Ia bertujuan membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur kepada pelajar dan kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital.
    http://yayasansarawak.org.my/index.php?do=isu_lanjut&id=269

    2. isu seterusnya membincangkan tentang masalah kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk mengikuti pengajaran di sekolah. Sekiranya mereka tidak dapat memasuki sekolah bagi mengikuti pelajaran, mereka bakal ketinggalan dalam mengikuti ilmu-ilmu semasa yang diajarkan di sekolah-sekolah. oleh itu, kerajaan telah mengumumkan kanak-kanak yang status kewarganegaraannya tidak jelas namun salah seorang ibu bapanya adalah warganegara Malaysia boleh diterima masuk ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perkara berkenaan telah menjadi dasar kerajaan sejak tahun 2008 dan surat perkeliling bekas Ketua Pengarah Pelajaran bertarikh 11 Mac 2009 juga telah menjelasksn mengenai perkara ini.
    http://yayasansarawak.org.my/index.php?do=isu_lanjut&id=268

    3. Isu ketiga ialah isu buku teks bahasa inggeris. persoalan yang ditimbulkan ialah bagaimana boleh ada kesilapan dalam buku teks yang digunakan? sekiranya penilai yang disalahkan, penilai akan kata mereka tidak pilih buku tu. sekiranya salahkan cikgu yang buat buku teks bahasa inggeris, memang dah sah-sah salah mereka. Tetapi persoalannya, kalau buku yang digunakan dalam sesi pembelajaran memang sudah banyak sangat salahnya, mengapa buku seperti itu juga yang dipilih? ianya mejadi perdebatan dan kontroversi pada ketika ini.
    http://ohcikgu.com/2011/02/03/5-isu-panas-dalam-dunia-pendidikan-2011/

    ReplyDelete
  54. 4. Isu seterusnya ialah isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia; tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan; kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
    http://anees89.wordpress.com/2011/04/07/ggge-2152-isu-isu-semasa-pendidikan/

    5. isu kelima ialah berkaitan kekurangan tenaga pengajar lelaki. Lebih 80 peratus atau 54,400 daripada kira-kira 68,000 permohonan untuk mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) yang diterima Kementerian Pelajaran bagi pengambilan Jun depan membabitkan golongan wanita. Persolaannya, di manakah golongan lelaki? Adakah masalah kekurangan guru lelaki di Malaysia akan berterusan dan bertambah serius? Sehinggakan ada mengatakan kekurangan guru lelaki di sekolah hari ini menjadi faktor utama peningkatan masalah disiplin kebelakangan ini.
    http://beritasemasa.com/masalah-kekurangan-guru-lelaki-di-malaysia

    6. isu keenam ialah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.
    http://anees89.wordpress.com/2011/04/07/ggge-2152-isu-isu-semasa-pendidikan/

    7. isu yang terakhir ialah kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
    http://anees89.wordpress.com/2011/04/07/ggge-2152-isu-isu-semasa-pendidikan/

    MUHAMMAD FARID BIN MOHD POUZAN
    A127631
    FEP Tahun 3
    faridpouzan@yahoo.com
    muhammad farid

    ReplyDelete
  55. Isu pertama : Isu cikgu atau guru GSTT. Dari awal Disember hingga ke akhir Januari, cerita GSTT berjaya masuk ke surat khabar dan banyak mendapat respon pada setiap hari. Tak kurang juga guru kontrak juga ingin mengetahui status terkini mereka seperti mana yang berlaku dengan kes GSTT. Sampai hari ini, belum ada apa-apa berita yang menggembirakan.

    http://ohcikgu.com/2011/02/03/5-isu-panas-dalam-dunia-pendidikan-2011/


    Isu kedua : Isu buku teks bahasa english. Macam mana boleh ada kesilapan dalam buku teks tu ? Nak salahkan penilai, penilai akan kata dia tak pilih buku tu. Dia pilih buku lain. Nak salahkan cikgu yang buat buku teks tu, memang dah sah-sah salah mereka. Tapi kalau buku tu dah banyak sangat salahnya, apsal nak juga buku tu yang diterima ? Mengapa buku itu yang dipilih ? Takkan para penilai nak pilih buku teks yang bermasalah bukan ? Kat sini, banyak isu panas timbul dan akibatnya..teruk Pak Muhyiddin nak jawab dibuatnya.

    http://ohcikgu.com/2011/02/03/5-isu-panas-dalam-dunia-pendidikan-2011/


    Isu ketiga : Isu Interlok. Ini satu lagi isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan. Bila dah masuk isu politik, macam-macamlah yang akan bersuara. Bagi aku, ada banyak lagi buku yang lagi panas berbanding Interlok. Banyak isu perkauman yang diceritakan dan kita kena faham mengapa buku atau novel seperti Interlok dan Konserto Terakhir dijadikan buku komsas dalam sekolah menengah.Setiap novel seperti Interlok dan Konserto Terakhir ada jalan ceritanya, ada nilai-nilainya tersendiri, dan isu-isu yang dibincangkan ada motifnya tersendiri. Dan kita akan belajar dari jalan ceritanya. Baik dan buruk kita akan tahu. Bukan untuk dipolitikkan. Jadi, bila dah jadi macam ni, kalau aku sebagai Abdullah Hussein pun akan merajuk. Kita buat ikhlas, nak bagitau perkara sebenar, tapi dipolitikkan. Apa kes ?? Itulah hakikat sebenar yang berlaku pada masyarakat kita ketika, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Yang nak malu, kenapa ? Itu sejarah. Kita belajar dari sejarah untuk jadi insan yang lebih baik. Takkan sampai hari ini masih tak boleh bezakan ? Yang mana baik dan yang mana tak baik ?

    http://ohcikgu.com/2011/02/03/5-isu-panas-dalam-dunia-pendidikan-2011/


    Isu keempat : Isu cikgu masuk mahkamah sana sini. Ada cikgu yang merogol, ada ustaz yang buat kerja tak senonoh, ada cikgu kena tipu dalam skim tertentu, ada cikgu pukul budak dan sebagainya. Semuanya berkait dengan mahkamah. Isu ini, memang panas sepanjang tahun. Tak tahu bila nak jadi sejuk balik.

    http://ohcikgu.com/2011/02/03/5-isu-panas-dalam-dunia-pendidikan-2011/

    ReplyDelete
  56. Isu kelima : Isu Krisis Pelajar Malaysia di Mesir. Bila Pak Muhyiddin tersalah cakap, memang macam-macam yang marah dan mengamuk dan tulis macam-macam kat blog mereka. Itulah, bila kita dah terlajak kata, susah nak tarik balik, terlajak kereta atau perahu, boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Bila kata “sampai tak ada keperluan nak ambil pelajar Malaysia balik” itu memang buat orang kita marah. Takkan nak tunggu sampai ada yang dah dikafankan baru nak ambil tindakan ? Dan akhirnya Pak Najib dah ambil tindakan. Mungkin selepas berbincang dengan Pak Muhyiddin dan rakan-rakan serta pertubuhan yang lain, mereka sepakat untuk ambil pelajar Malaysia yang masih berada dalam ketakutan di Mesir.
    Jadi, isu pendidikan ni tengah panas sekarang. Ada banyak lagi isu yang lain. Tapi aku ketengahkan 5 isu ini aje sebab tengah famous buat waktu ini. Aku yakin menteri pendidikan kita tengah sakit kepala nak jawab isu-isu ni. Nampak jugalah dia macam bermasalah sekarang dan sampai satu tahap, Pak Najib kena masuk campur. Isu ni terlalu panjang, panas dan luah untuk dibincangkan. Aku harap yang baik-baik berlaku kerana kita semua rakyat Malaysia. Lebih baik kita duduk berbincang dan fikir apa yang baik untuk negara kita daripada bercakaran sesama sendiri. Itu lebih baik. Pasti.
    Ps: Bukan nak tuding sape-sape. Cuma aku nak kita semua sama-sama fikir untuk cari cara yang bagaimana untuk menyatukan orang melayu agar lebih berfikir dengan baik dan juga menjadikan negara kita lebih bersatu dan hebat seperti yang kita impikan.

    http://ohcikgu.com/2011/02/03/5-isu-panas-dalam-dunia-pendidikan-2011/


    Isu keenam : Isu kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan.Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

    http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/


    Isu ketujuh : Isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.

    http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/


    1. Zikra lestari
    2. A126403
    3. Tahun 4
    4. Fakulti sains dan teknologi
    5. Zykles@yahoo.com
    6. Zikra lestari

    ReplyDelete
  57. Tiada perkara yang tiada masalah. Boegitulah juga halnya dengan sistem pendidikan di negara kita. Masalah yang sering kali timbul adalah berkaintan disiplin pelajar. Saban tahun kes-kes disiplin dikalangan pelajar meningkat. Hal ini sedikit sebanyak mencalarkan nama baik negara kerana pelajar merupakan aset negara yang terpenting dan cerminan corak kepimpinan masa hadapan. Jika pelbagai masalah disiplin cuba ditimbulkan oleh pelajar hari ini, maka bagaimana pula corak kepimpinan di masa hadapan?
    Selain itu, sistem pendidikan di negara ini juga menghadapi masalah dari sudut kurangnya guru yang berkaliber. Sekolah-sekolah luar bandar khususnya sering mengahdapi maslah seperti ini apabila guru matematik yang diarahkan secara paksa rela oleh pihak berkenaan untuk mengajar subjek bahasa. Hal ini nampak remeh tetapi sebenarnya membawa impak yang besar di dalam dunia pendidikan masa kini. Guru yang ditugaskan mengajar di luar bidang mereka tanpa minat adakah mampu menghasilkan pelajar yang berkualiti dari akademik dalam semua bidang yang mereka pelajari. Maka itu, perkara ini harus dianggap serius.

    Nurulain Binti Laganing
    A128596
    FSSK Tahun 3
    budakcomel_ain89@yahoo.com
    ainaiko comel

    ReplyDelete
  58. Kertamadunan bagi sesebuah masyarakat adalah melalui sebuah carta organisasi yang memainkan peranan dan bertanggungjawab bagi memastikan keberkesanan dalam membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai kertamadunan yang tinggi yang diperkukuhkan melalui jurang ekonomi, sosial, politik dan teknologi. Institusi kekeluargaan adalah sebuah carta organisasi yang dirancang untuk memastikan kesinambungan warisan dapat diteruskan pada masa hadapan.
    Langkah utama yang perlu diambil bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan adalah persediaan dan mempunyai pengetahuan agama. Agama merupakan tonggak dan panduan bagi setiap individu bagi memastikan individu dipimpin ke jalan yang baik. Dengan adanya, perbezaan dosa dan pahala, baik dan jahat, ia dapat memberi peringatan dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
    Langkah seterusnya yang perlu diambil bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga. Panduan yang terbaik bagi anak-anak adalah peringatan ibubapa terhadapnya. Kecenderungan anak-anak yang didik dengan pengajaran dan pengalaman pada masa kecil lagi dapat membina dan membimbing anak-anak ke jalan yang baik.
    Langkah ketiga ialah melalui pendidikan. Pendidikan memainkan peranan untuk menyampaikan dan memberi pelajaran dalam etika kekeluargaan. Pendidikan formal melalui bahan bacaan dapat ditafsirkan untuk dijadikan praktikal, manakala pendidikan tidak formal seperti pengalaman dapat memberi pengajaran yang terbaik bagi individu dan keluarga.
    Langkah keempat ialah anak-anak haruslah memainkan peranan dan mengetahu tugasnya. Sewajarnya anak-anak mengetahui “Siapakah saya? Dan apa tugas saya?. Dengan mengetahui peranan tersebut anak lebih rasa menghormati dan rasa tanggungjawab terhadap kedua ibubapa. Tugas anak-anak seharusnya diperjelaskan oleh ibubapa. Apa peranan bagi anak perempuan dan apa peranan bagi anak lelaki.
    Langkah terakhir ialah kerajaan seharusnya mempunyai peranan yang efektif dalam membentuk organisasi kekeluargaan yang terbaik. Kerajaan seharusnya mengadakan kempen menyeluruh untuk mewujudkan keluarga yang baik seperti kempen keluarga bahagia, percutian yang murah bagi keluarga dan mewujudkan agensi yang mendengar permasalahan keluarga yang bermasalah. Jika sebuah institusi keluarga yang baik, dapat menghasilkan sebuah masyarakat yang mempunyai kualiti yang tinggi.
    Kesimpulannya, semua individu memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan pengukuhan institusi kekeluargaaan. Individu perlu tahu peranan dan tanggungjawab terhadap institusi kekeluargaan.
    1. Nama sebenar: MD FIRDAUS BIN MOHD SUHUT
    2. Nombor Matrik: A133849
    3. Tahun Pengajian : SEMESTER 1 TAHUN 2
    4. Fakulti: FEP
    5. Email: mrsmith4444@yahoo.com
    6. Facebook: Md Firdaus Mohd Suhut

    ReplyDelete