Thursday, October 11, 2012

GE2153 TEKNO. PENDIDIKAN SEM 1 2012-2013




Kecanggihan teknologi banyak membantu meningkatkan tahap keselesaan dan kemudahan kepada para pengguna. Terbaru, bagaimana sebuah telefon bimbit mampu membantu meningkatkan tahap kesihatan kepada pengguna dan sekali gus menolak dakwaan ia boleh memberi kesan sampingan seperti kanser otak, masalah pendengaran dan sebagainya.

Dengan kata lain, memiliki telefon pintar ini seperti memiliki jururawat peribadi. Selain boleh memeriksa kesihatan penggunanya, LiveWatch V turut mempunyai aplikasi yang lain seperti laman sosial dan permainan video. Dengannya anda juga boleh melakukan beragam ujian kesihatan seperti pemantauan ECG, tekanan, denyut nadi, denyut jantung, peratusan lemak dan suhu tubuh.

Penghidap diabetes, boleh memanfaatkan LiveWatch V untuk memantau kandungan monitor glukos dalam darah dengan menambahkan alat stripetes dan jarum.
Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris)
Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
Nama sebenar.
Nombor Matrik
Tahun Pengajian
Fakulti
Email
Facebook
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
Postkan perbincangan anda sebelum 19 Okt 2012.