Kecanggihan teknologi banyak
membantu meningkatkan tahap keselesaan dan kemudahan kepada para pengguna.
Terbaru, bagaimana sebuah telefon bimbit mampu membantu meningkatkan tahap
kesihatan kepada pengguna dan sekali gus menolak dakwaan ia boleh memberi kesan
sampingan seperti kanser otak, masalah pendengaran dan sebagainya.
Dengan kata lain, memiliki telefon pintar ini seperti memiliki jururawat peribadi. Selain boleh memeriksa kesihatan penggunanya, LiveWatch V turut mempunyai aplikasi yang lain seperti laman sosial dan permainan video. Dengannya anda juga boleh melakukan beragam ujian kesihatan seperti pemantauan ECG, tekanan, denyut nadi, denyut jantung, peratusan lemak dan suhu tubuh.
Penghidap diabetes, boleh memanfaatkan LiveWatch V untuk memantau kandungan monitor glukos dalam darah dengan menambahkan alat stripetes dan jarum.
Berdasarkan kenyataan di atas,
cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang
Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan. Setiap isi dan contoh
dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris)
Tuliskan maklumat berikut di akhir
perbincangan:-
Nama sebenar.
Nombor Matrik
Tahun Pengajian
Fakulti
Email
Facebook
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
Nama sebenar.
Nombor Matrik
Tahun Pengajian
Fakulti
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
Postkan perbincangan anda sebelum 19
Okt 2012.
Cadangan pertama tentang langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah melatih diri . Bakal pendidik perlu membiasakan diri dengan bahan bantu mengajar dalam bentuk ICT. Perkara ini dapat dipupuk dalam tempoh pengajian. Sebagai contoh , guru pelatih yang mengambil pendidikan khas perlu sentiasa menjana idea dalam menyediakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi. Ini boleh diasaskan sejak dari mula pengajian sama ada dalam semester atau pun cuti semester dengan kadar yang berterusan.
ReplyDeleteLangkah kedua yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah mengaitkan bidang tersebut dalam kehidupan seharian. Sebarang idea atau ilmu tentang bidang teknologi yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran sendiri mampu membantu seseorang itu menggunakannya pada masa akan datang. Sebagai contoh, guru pelatih pendidikan khas didedahkan tentang membuat video sebagai set induksi. Oleh itu, guru tersebut boleh mengaplikasikannya dengan cara membuat video untuk pembelajarannya sendiri atau pun mendedahkannya secara umum.
Langkah ketiga yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah mencuba sesuatu yang baru. Hal ini demikian kerana, mencuba sesuatu yang baru ini wujud atas dasar mencuba hingga berjaya dan jika gagal boleh diperbaiki. Kegagalan dalam mencuba sesuatu yang baru itu menjadi satu lumrah dalam kehidupan. Namun jika ia berjaya , ia mampu membuatkan seseorang itu tidak lupa akan kejayaannya. Sebagai contoh, guru pelatih semasa tempoh pengajian mencari tahu tentang cara menggunakan teknologi secara pelbagai. Apabila guru tersebut mencuba menggunakan cara tersebut sehingga ia menghasilkan satu kepuasan, maka apabila sudah bekerja, dia dapat menggunakannya dengan lebih baik.
Selain itu, langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah mengetahui isu – isu terkini berkenaan program pendidikan komputer. Isu – isu terkini ini melibatkan sekolah – sekolah dan institusi – institusi pendidikan. Sebagai contoh, kerajaan memberikan komputer kepada pelajar – pelajar sekolah menengah. Sesuatu yang boleh diketengahkan ialah pendidik perlu memikirkan idea dalam menarik minat pelajar dalam menggunakan komputer seperti permainan matematik yang tidak mengundang kebosanan. Ini merupakan link kepada permainan tersebut (http://www.mathgoodies.com ).
Akhir sekali, langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah meluaskan pengetahuan tentang teknologi. Bakal pendidik perlu berkongsi pengetahuan teknologi kepada sesiapa sahaja seperti keluarga, rakan – rakan, saudara mara, serta guru- guru yang dikenali yang tidak begitu cekap dalam bidang teknologi. Hal ini demikian kerana apabila kita berkongsi pengetahun dengan orang lain, ia akan meningkatkan daya ingatan tentang ilmu tersebut. Sebagai contoh, bakal guru pemulihan khas boleh membantu ibu bapa yang mempunyai anak lemah dalam kemahiran 3M. Bakal pendidik ini boleh membantu dari segi idea untuk memudahkan anak tersebut maju dalam penguasaan 3M.
Nama sebenar : Siti Khairunisa Binti Jasmani
Nombor Matrik : A137210
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : sitikhairunisa91@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/siti.khairunisa21
url youtube :
1. http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
2. http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk&feature=related
3. http://www.youtube.com/watch?v=g2Crff9fAuU
4. http://www.youtube.com/watch?v=j4qnRYbU-E8
Senario pendidikan kini memerlukan guru-guru lebih kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Satu anjakan paradigma harus dilakukan untuk menjadikan guru-guru minat dalam teknologi dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
ReplyDeleteLangkah pertama yang boleh dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah dengan mempelajari kemahiran serta membekalkan diri dengan pengetahuan berkaitan dengan bidang teknologi.Berbekalkan kemahiran dan pengetahuan yang ada, seorang guru boleh mengaplikasikan semua yang ada untuk digunakan di dalam kelas semasa sessi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, seorang guru boleh membuat Alat Bantu Mengajar dengan menggunakan video bagi mempelbagaikan teknik mengajar.Seorang guru juga harus mahir mengenalpasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang.
Langkah seterusnya pula ialah dengan menanam minat yang tinggi dalam bidang teknologi khususnya bagi guru-guru.Seperti dimaklumi, minat adalah sangat penting dalam mempengaruhi sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Banyak kajian mendapati minat dapat mempengaruhi seseorang terhadap sesuatu pekerjaan ataupun tugasan yang dilakukan.Dalam konteks ini minat terhadap teknologi meliputi minat yang berhubungan dengan beberapa perkara seperti sejarah perkembangan komputer, bagaimana komputer berfungsi, pengaturcaraan program komputer, penghasilan perisian multimedia,aplikasi komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.
Selain itu, langkah lain adalah dengan memberikan Latihan berkaitan teknologi kepada guru mahupun bakal guru.Latihan diperlukan bukan sahaja untuk melatih kemahiran penggunaannya tetapi juga untuk menyakinkan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran.Apabila latihan diberikan,guru-guru lebih terdedah untuk mengetahui secara praktikal penggunaan teknologi semasa di sekolah.Contohnya,seorang guru yang hendak hendak menayangkan video berkaitan eksperimen,dia perlu ada kemahiran untuk membuat video.
Di samping itu, langkah seterusnya pula adalah dengan mewujudkan tahap akses yang munasabah dan kemudahan yang mencukupi.Ini termasuklah akses kepada komputer dan kepada lain-lain peralatan yang relevan kepada guru-guru dan pelajar, dan juga pendidikan yang berterusan yang akan memastikan tahap yang boleh diterima berkaitan dengan pengetahuan dan kompeten berkaitan teknologi dalam pendidikan.Kemudahan juga seharusnya mencukupi khususnya di sekolah luar Bandar. Tanpa kemudahan yang lengkap,seorang guru sukar untuk menyediakan alat bantu mengajar berasaskan teknologi khususnya.
Langkah yang terakhir adalah dengan menanam sikap kreatif dan kritis dalam kalangan guru.Guru-guru perlulah kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang boleh menarik perhatian pelajar semasa di dalam kelas.Alat bantu mengajar yang hambar akan menyebabkan pelajar cepat bosan dan pastinya tidak akan menumpukan perhatian.Contohnya,sekiranya seorang guru Sains ingin melakukan eksperimen,guru tersebut boleh membuat video yang menunjukkan langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen.Sekiranya guru tersebut tidak berfikir secara secara kreatif dan kritis,maka adalah suakr untuk guru tersebut menerangkan satu persatu dan adakalanya arahan tidak begitu difahami oleh pelajar.Disebabkan hal yang demikian,adakalanya objektif pengajaran tidak tercapai degan jayanya.
Nama sebenar : Nur Khairunnisa Binti Adian
Nombor Matrik : A137104
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : nurkhairunnisa.adian@gmail.com
Facebook : http://www.facebook.com/nisa.adian
url youtube :
1. http://www.youtube.com/watch?v=pEt1XqHsrfU
2. http://www.youtube.com/watch?v=W2j9qw-A0NM&feature=related
3. http://www.youtube.com/watch?v=J4noWT5MHI4
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t. Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan pertama ialah kerajaan perlu meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya di seluruh sekolah.Sehubungan itu, semua murid dan guru akan mempunyai akses kepada rangkaian internet dan menambahkan lagi minat mereka untuk mendalami pengetahuan mengenai bidang teknologi.Rangkaian internet ini akan bertindak sebagai landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara maya.
ReplyDeleteKedua ialah,para guru haruslah mempelajari penggunaan teknologi di sekolah dengan lebih mendalam.Contohnya pengguna lcd,screen projector dan alat bantu mengajar yang lain.Lebih memudahkan lagi,pihak sekolah perlu mengadakan bengkel kemahiran menggunakan teknologi kepada semua guru.Ini dapat melatih guru-guru supaya lebih cekap dalam penggunaan teknologi pada zaman sekarang.Penggunaan teknologi yang menarik dan canggih dapat menarik perhatian pelajar-pelajar dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.
Ketiga ialah,ibubapa pelajar itu sendiri mestilah didedahkan dengan pelbagai jenis teknologi yang canggih pada era globalisasi ini.Contohnya,dirumah ibubapa perlu menyediakan sekurangnya sebuah komputer atau bagi yang mampu belikan anak-anak mereka telefon pintar yang sedang naik di pasaran seperti iphone,galaxy note dan sebagainya supaya anak mereka mengikuti perkembangan semasa.Oleh itu,ketika disekolah mereka akan lebih aktif untuk belajar jika pembelajaran yang dijalankan oleh guru banyak menggunakan alat bantuan mengajar.Maka tidak hairanlah jika pelajar lebih mengetahui tentang ict berbanding gurunya sendiri.
Keempat ialah,masyarakat sekitar perlulah peka dengan inovasi yang dilakukan terhadap bidang teknologi dengan memberi sokongan dan galakan terhadap usaha guru-guru disekolah dalam mendidik pelajar-pelajar mendalami ilmu dengan menggunakan teknologi.Selain itu,mereka juga boleh mengamalkan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.contohnya,menggunakan dapur gas elektronik di rumah dan sebagainya.Pengguna teknologi di sekolah dapat menjimatkan masa guru untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar dengan hanya menonton video.
Kelima ialah,langkah yang paling penting adalah sikap pelajar itu sendiri.Dimana minat terhadap pembelajaran secara efisyen dan aktif ini mestilah dipupuk sejak mereka di bangku sekolah lagi.Mereka haruslah menyertai banyak aktiviti yang melibatkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif dalam penghasilan sesuatu teknologi seperti robot.Pendedahan awal perlu ditekankan kepada para pelajar supaya mereka lebih tertarik terhadap penggunaan ict dalam pembelajaran.
Kesimpulannya,penggunaan teknologi pada zaman sekarang amatlah penting kerana generasi yang akan datang mestilah celik it supaya negara kita terus bersaing untuk berada di persada dunia.
Nama sebenar : Nadia Syuhada binti Osman
Nombor Matrik : A136859
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : nadya2829@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/NadiaSyuhadaOsman
url youtube:
1.http://www.youtube.com/watch?v=nowmXWYDD8Q
2.http://www.youtube.com/watch?v=OT6XFAJFHBg
3.http://www.youtube.com/watch?v=admJ2a2CWFw
Assalamualaikum....
ReplyDeletePada pandangan saya, cadangan pertama tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi dan ICT supaya ianya dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah dengan melahirkan sikap kreatif dan inovatif dalam kalangan guru-guru. Guru-guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu bahan pengajaran agar ianya dapat menarik minat para pelajar untuk terus belajar dan meneroka tentang dunia teknologi. Pengunaan alat bantu yang kurang menyerlah kecanggihannya boleh menyebabkan para pelajar cepat bosan dalam menumpukan perhatian. Sebagai contoh, dalam menarik minat pelajar supaya terus memberikan tumpuhan yang sepenuhnya ketika guru mengajar, guru hendaklah menggunakan alat bantu mengajar yang menarik seperti membuat rakaman video, penggunaan LCD, slide-slide yang menarik dan sebagainya.
Langkah yang kedua pula ialah membiasakan diri dengan penggunaan ICT. Setiap guru perlulah membiasakan diri mereka dengan penggunaan ICT supaya mereka lebih terdedah kepada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka seharian.Bagi saya pengunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu kaedah mengajar yang berkesan kerana ianya dapat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para pelajar dari segi kefahaman dan penerimaan sesuatu perkara, terutamanya kanak-kanak yang berkeperluan khas.Mereka kebiasaannya sukar untuk menerima sesuatu arahan dari segi lisan, tetapi dengan adanya kemudahan ICT ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar sekaligus para guru juga dapat membiasakan diri tentang ICT.
Langkah yang keseterusnya pula ialah dengan menanam minat yang tinggi terhadap dunia ICT.Bagi pendapat saya, Seorang guru perlulah mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia Teknologi dan ICT kerana ianya merupakan dunia sebenar pada masa kini.Hal ini demikian kerana minat merupakan suatu yang penting dalam mempengaruhi seseorang guru terutamanya dalam mendidik anak bangsa.
Seterusnya pula ialah memperbanyakkan ilmu pengetahuan tentang ICT.Seorang guru yang berkaliber perlulah mempunyai banyak ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan dunia ICT.
Hal ini demikian kerana dunia Teknologi atau ICT merupakan suatu yang amat penting kepada para guru dan tidak ketinggalan kepada para pelajar. Ini kerana, dengan adanya ilmu pengetahuan tentang ICT, kita dapat menerokai dunai dengan lebih mendalam.
Cadangan yang terakhir pula ialah ibu bapa itu sendiri perlu didedahkan dengan penggunaan ICT. Pendedahan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan pengetahuan ibu bapa itu sendiri tentang penerokaan ICT dan teknologi pada masa kini.Pengetahuan yang ada ini dapat dikongsi bersama anak-anak mereka dirumah.
Nama Sebenar : Zaihan Binti Mat Hussin
No.Matrik : A137093
Fakulti : Pendidikan
Email :zaihanizar@gmail.com
Facebook : http://www.facebook.com/zaihanmathussin
Url youtube :
(1)http://www.youtube.com/watch?v=pEt1XqHsrfU
(2)http://www.youtube.com/watch?v=OT6XFAJFHBg
Bagi pendapat saya lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi di manfaatkan dalam pendidikan adalah perlu menyediakan kemudahan frasarana yang lengkap terutamanya di sekolah.Kemudahan frasarana sangat penting terutamanya makmal komputer, terdapat kemudahan wifi untuk di gunakan oleh guru dan para pelajar dengan memanfaatkan teknologi pada masa ini.Dengan adanya kemudahan ini, penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P)dapat di manfaati dengan berkesan dan boleh menarik minat para pelajar dan guru-guru untuk meningkatkatkan penggunaan teknologi.
DeleteLangkah kedua adalah guru menggunakan alat bantu mengajar dengan menggunakan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah ini dapat menarik minat para pelajar untuk belajar kerana menggunakan kaedah seperti video dapat menarik perhatian para pelajar semasa di dalam kelas.Guru perlu mencari kaedah alternatif yang sesuai untuk mengubah cara P&P untuk memudahkan para pelajar faham serta menarik minat para pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian semasa P&P tanpa rasa bosan.
langkah ke tiga adalah guru perlu memberikan tunjuk ajar serta menggunakan kaedah baru untuk membuat perbincangan dengan para pelajar dengan menggunakan teknologi.Contohnya dengan menggunakan akaun "facebook","facebook group",blog sebagai medan untuk perbincangan tentang sesuatu topik berkaitan dengan matapelajaran.Hal ini juga dapat menarik minat para pelajar dengan kaedah pembelajaran yang baru untuk pelajar meneroka maklumat berkaitan dengan teknolgi.
langkah yang keempat adalah guru perlu menyediakan tugasan kepada pelajar berasaskan "student centred" yang perlu pelajar mengeksploitasikan maklumat secara sendirian. Cara ini membolehkan para pelajar menggunakan teknologi untuk mencari maklumat menerusi video-video, agen pencarian maklumat dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan yang di berikan.
langkah ke lima adalah peranan ibu bapa menyediakan kemudahan alat teknologi kepada anak-anak digunakan untuk belajar.Hal ini dapat menarik minat anak-anak ke dalam bidang teknologi kerana terdapat kemudahan di rumah dan boleh menggunakan bila-bila masa serta dapat menjimatkan masa. Dengan adanya kemudahan di rumah anak-anak dapat meneroka pelbagai ilmu teknolgi.
Nama sebenar : Nor Aaizah Binti Ismail
No. matrik : A 136941
Fakulti : pendidikan
Email : noraaizahismail@yahoo.com
Facebook :http://www.facebook.com/aaizah.ismail
URL youtube :
http://youtu.be/AhoOG5Kf1w4
http://youtu.be/gGY2cwWC8Ag
http://youtu.be/4oEgxwLhvV8
Assalamalaikum W.B.T
ReplyDeleteLedakan teknologi maklumat pada masa kini telah menyebabkan pelbagai ilmu dan maklumat tersebar dengan pantas dalam jangka masa yang singkat. Dengan adanya teknologi media yang semakin canggih ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan.
Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah dengan cara pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pembelajaran lebih menarik. Sebagai contoh, guru-guru boleh menyuruh anak didiknya untuk menghasilkan satu animasi yang berkaitan dengan tajuk yang diajar. Selain dapat memperkasakan penggunaan ICT, ia juga dapat mencambahkan pemikiran kreatif dalam minda pelajar. Di samping itu, penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar juga dapat menggalakkan pembelajaran secara penemuan dan bereksperimen.
Langkah kedua yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah stail pembelajaran murid-murid. Konsep pembelajaran yang boleh digunakan ialah pembelajaran secara kendiri dan menggalakkan pembelajaran eksploratori dan bukannya murid-murid hanya menunggu maklumat daripada guru sahaja. Dimana, ICT boleh digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sebagainya. Di samping itu, dengan adanya penggunaan teknologi dalam pendidikan, murid-murid dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuattu kejadian.
Langkah ketiga yang boleh dilakukan ialah dengan membuat perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar menggunakan komputer. Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah program Microsoft Word, program Microsoft Power point, Photo story 3 dan sebagainya. Perkakasan yang boleh digunakan ialah berupa cakera padat (CD), projektor LCD di samping kemudahan internet. Secara tidak langsung ini dapat menarik minat pelajar mendalami sesuatu mata pelajaran.
Langkah keempat pula ialah dengan menggunakan ICT sebagai tutor dan alat demonstrasi. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Di mana, guru-guru yang bertindak sebagai penyampai maklumat dan perlu memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Di samping itu, ICT juga boleh digunakan untuk pengurusan proses pembelajaran dan pengurusan rekod pelajar. Aplikasi multimedia yang boleh digunakan ialah seperti authoware, page maker. Ini adalah kerana ia mengandungi grafik yang menarik yang boleh diaudiokan dan divideo secara bijaksana.
Langkah terakhir yang boleh dipraktikkan ialah dengan membentuk jaringan komunikasi yang efektif, cepat dan mudah. Penggunaan grafik, ilustrasi dan apa-apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan ppula, penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat menyampaikan maklumat dengan efektif apabila diadunkan dengan teks dan grafik. Selain itu, ICT ini akan menggalakkan komunikasi dua hala antara guru dan murid. Di mana murid-murid dan guru daripada lokasi yang berbeza dapat menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen media.
Nama Sebenar : Nik Nurhidayah Binti Nik Azhar
No Matrik : A 138251
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : niknurhidayah.nikazhar@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/niknurhidayahnikazhar
URL Youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=374AN0977vE&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=Rmzf2jd0RC0
http://www.youtube.com/watch?v=noza5kH2czo
Assalamu'alaikum W.B.T
ReplyDeleteCadangan saya yang pertama mengenai langkah-langkah untuk memastikan minat terhadap teknologi dapat
dimanfaatkan dalam pendidikan adalah pihak yang bertanggungjawab khursusnya kerajaan.Yang mana pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran harus memberikan pendedahan yang lebih kursus berkenaan dengan teknologi terutamanya alat bantu mengajar kepada semua guru sama ada guru baru mahupun guru lama.Ini kerana kemahiran menggunakan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.Keadaan ini akan membolehkan guru-guru berasa berminat untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan terutamanya alat bantu mengajar kerana lebih menjimatkan masa dan tenaga serta hasil pengajaran yang berkualiti oleh itu akan memberikan manfaat kepada bidang pendidikan.
Cadangan langkah-langkah yang perlu diambil yang kedua ialah menggalakkan semua pelajar untuk menggunakan teknologi dalam berinteraksi dengan guru yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka misalnya membuat perbincangan melalui facebook atau twitter bersama-sama rakan-rakan sekelas,menghantar tugasan yang telah siap melalui e-mel kepada guru mereka, guru memberi maklumat melalui facebook,twitter mahupun e-mel kepada pelajar dan sebagainya.Keadaan ini akan lebih memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi dari semasa kesemasa.
Cadangan langkah-langkah yang ketiga ialah pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan(NGO)yang terlibat harus memberikankan komputer atau komputer riba secara percuma kepada para pendidik dan pelajar-pelajar agar mereka lebih bersemangat untuk mengajar dan belajar.selain daripada itu bukan semua pelajar mampu untuk membeli teknologi tersebut.Ini akan memudahkan para pelajar mencari maklumat berkaitan dengan pembelajaran secara tidak langsung akan mendatangkan manfaat dalam pendidikan pelajar-pelajar.
Cadangan saya yang keempat adalah melatih dan membimbing pelajar-pelajar dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan disekolah seperti komputer,peralatan subjek kemahiran hidup dan sebagainya agar kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui sekolah dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk kepentingan pelajar-pelajar.dengan adanya latihan dan bimbingan secara berterusan daripada guru-guru yang terlibat.Keadaan ini membolehkan pelajar-pelajar menggunakan kemudahan tersebut dengan cara yang betul.
Cadangan langkah-langkah yang kelima adalah pihak sekolah harus membuat satu website khursus untuk pelajar sekolahnya iaitu dengan memasukkan semua rekod dan data seperti keputusan peperiksaan,rekod disiplin,kedatangan kesekolah dan sebagainya yang berkaitan pelajarnya dalam website tersebut dan website itu hanya boleh dilihat oleh pelajar yang berkaitan dan ibubapanya serta pihak sekolah sahaja dengan menggunakan kata laluan untuk membukanya.
Nama Sebenar : MOHAMAD DINIE SAIFULLAH BIN SAMSUL FAUZI
No Matrik : A 137203
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/mohddiniiesaifullah
URL Youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=rGVnPN-dADI
http://www.youtube.com/watch?v=_0nNHio1c_4
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=N4qO6q7UQNk
Pada pandangan saya, langkah-langkah untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi adalah kenyakinan diri dan sikap pelajar itu sendiri. Para pelajar perlu yakin akan diri sendiri tentang kebolehan diri untuk meneroka bidang teknlogi dengan lebih mendalam. para pelajar juga perlu tahu akan faedah dan kesan bidang teknologi tersebut serta tahu untuk memperkembangkannya. Misalnya pelajar perlu berani untuk mencari maklumat menggunakan teknologi yang sedia ada.
ReplyDeleteSelain itu, pembelajaran dan pengajaran mengenai ICT amat penting bagi mananam minat dalam diri pelajar. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dengan menyediakan kemahiran dan pengetahuan tentang bidang ICT.Guru itu sendiri perlulah mengaplikasikan teknologi dalam bilik darjah dan menggalakkan pelajar belajar dengan menggunakan ICT. Misalnya pelajar didedahkan Facebook Group sebagai medan perbincanagan antara satu sama lain.
Seterusnya, penggunaan ICT dalam seharian akan mewujudkan rasa minat terhadap bidang ini. Apabila seseorang itu sudah mehir dengan bidang teknologi ini, maka mereka akan seronok dan rasa ingin meneroka lagi bidang teknologi ini. Misalnya Perisisan yang kerap digunakan adalah Periasian Pemperosesan Perkataan (mikrosof word) dan perician pencarian maklumat melalui internet.Bagi pensyarah dan pelajar IPT pula perisian mel elektronik salalu digunakan sebagai medan menyampaikan maklumat.
Seterusnya menggalakan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Langkah ini amat efektif bagi para pelajar kerana apabila menggunakan ICT untuk mencari dan mengekses maklumat ,ia akan memberi pengalaman dan dapat memepelajari sesuatu. Guru boleh mengajar dengan berpusatkan pelajar iaitu dengan hanya memberi laman sesawang atau link dan menyuruh pelajar mencari sendiri maklumat. Hal ini akan menyebabkan pelajar meneroka sendiri bidang teknologi ini dan akhirnya minat itu akan datang dengan sendirinya.
Kemudahan peralatan dan prasarana juga penting bagi membina minat pelajar terhadap ICT. Kemudahan yang lengkap akan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan pelajar juga boleh menikmati kemudahan teknologi tersebut. Setiap sekolah perlulah menyediakan alatan yang lengkap seperti lCD, DVD,Projektor dan banyak lagi. Komputer dan wifi atau jaringan internet juga penting untuk guru dan pelajar.
Nama Sebenar: Nik Nor Syahila Akmar BT Nik Sin
NO Matrik: A 137122
Fakulti: Pendidikan
Emel: syahilaakmar@yahoo.com
Facebook:http://www.facebook.com/niknorsyahilaakmar
URL youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=lj9SmxvvjZA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=4oNyPQhjBWo
http://www.youtube.com/watch?v=hAPWEach9uM&feature=fvwrel
Assalamualaikum W.B.T…
ReplyDeleteBidang teknologi dan pendidikan merupakan dua elemen yang sering berkait rapat antara satu sama lain. Teknologi kini semakin berkembang dengan pesat hingga mencakupi peringkat global. Sementara itu, dunia pendidikan turut menerima tempias yang sama dengan kebanjiran ICT ini. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan.
Langkah pertama adalah dengan memupuk kesedaran mengenai kepentingan penggunaan teknologi pendidikan dalam urusan P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti perlu dipupuk. Para pendidik perlu menyedari dan mengetahui mengenai teknologi pendidikan yang wujud dan boleh digunakan sesuai dengan objektif pembelajaran yang digariskan. Pemilihan teknologi pendidikan yang sesuai dapat menarik minat pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya akan memotivasikan pendidik untuk lebih bervariasi dalam menggunakan teknologi.
Langkah kedua adalah melalui penglibatan pelajar dalam kokurikulum akademik menerusi kelab-kelab ICT, multimedia, sains dan reka cipta di sekolah dapat memupuk minat dalam teknologi pendidikan. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah hendaklah merancang pelbagai program yang berkaitan teknologi pendidikan seperti pertandingan, minggu teknologi dan lain-lain serta memberi galakan kepada guru dan pelajar menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh PPD serta mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.
Langkah ketiga adalah dengan memperkenalkan subjek teknologi pendidikan di setiap sekolah. Contohnya, dalam kurikulum, subjek tersebut perlulah dilengkapi dengan segala ilmu yang asas untuk memudahkan pelajar menggunakan teknologi ini untuk mengakses maklumat yang berkaitan untuk belajar. Oleh itu, subjek ini dapat dimanfaatkan serta boleh membantu dan memandu para pelajar dalam bidang teknologi untuk memajukan lagi dan menggunakannya sebaik mungkin bagi mencapai matlamat pembelajaran individu dan berkumpulan.
Langkah keempat adalah, melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang berunsurkan teknologi dalam P&P. Guru perlulah lebih banyak mengaplikasikan serta menggunakan bahan-bahan bantu mengajar yang berunsurkan teknologi bagi merangsang minat pelajar belajar, sekaligus menarik minat mereka terhadap bidang teknologi dalam pendidikan. Bahan-bahan yang menarik serta bersesuaian dengan tahap pemikiran serta minat pelajar akan memudahkan pemahaman pelajar terhadap perkara yang ingin disampaikan dan memupuk minat serta rasa ingin tahu pelajar terhadap teknologi.
Langkah terakhir adalah, kerajaan perlu menyediakan kemudahan teknologi yang lengkap di setiap sekolah untuk memudahkan proses P&P disekolah. Dengan ini guru dapat memanfaatkan teknogi yang disediakan kepada pelajar samada untuk proses P&P atau untuk membiasakan pelajar dengan teknologi supaya pelajar tidak ketinggalan dalam arus kecaggihan teknologi yang disediakan.
Sekian, Terima Kasih.
Nama sebenar : Rosmahani Binti Abd Wahab
Nombor Matrik : A 137664
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan ( Khas )
Email : rosmahaniabdwahab@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/rosmahani.abdwahab
URL youtube :
1) http://www.youtube.com/watch?v=8q2pgreugWg&feature=related
2) http://www.youtube.com/watch?v=qMaHNsijsLk
3) http://www.youtube.com/watch?v=vPO_HGafBsE&feature=related
4) http://www.youtube.com/watch?v=T3WzB_UB69g&feature=related
5) http://www.youtube.com/watch?v=gGY2cwWC8Ag&feature=related
Assalamualaikum.. w.b.t..
ReplyDeleteBagi pendapat saya pula ialah..
Pertama sekali, langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah memperkenalkan teknologi tersebut dengan cara yang menarik agar mereka tertarik dalam pembelajaran mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam tugasan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggalakkan pelajar menggunakan komputer yang sedia ada disekolah semasa waktu pembelajaran, ini dapat meningkatkan penggunaan teknologi sejak kecil dengan cara yang betul seperti mengakses sesuatu maklumat. Contohnya, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan.
Langkah kedua ialah sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa kesemasa. Dengan mengikuti perkembanagan teknologi, dapat meningkatkan penggunaan dalam pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, guru dapat memperluaskan kaedah dan penggunaan bahan bantu mengajar, seperti Project Bases Learning iaitu banyak aktiviti yang melibatkan multimedia, video interaktif, bahan maujud internet, bahan media-media yang lain dan sebagainya yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Langkah ketiga dalam memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah menggunakan kemudahan yang terdapat disekeliling dengan betul. Penggunakan kemudahan ini dapat membantu sedikit sebanyak pengetahuan mengenai teknologi terkini. Contohnya, mengakses dan mengumpul maklumat menggunakan internet yang tersedia di perpustakaan untuk mencari buku rujukan dapat mejimatkan masa dan tenaga iaitu seseorang yang mencari buku di perpustakaan perlu mencari tajuk buku di web perpustakaan tersebut dan memperolehi lokasi buku tersebut, samada buku tersebut dipinjam oleh orang lain, nombor rujukan buku tersebut dan sebagainya.
Langkah keempat ialah mereroka teknologi dengan cara “Try and eror” penggunaan pelbagai software. Ia dapat membatu meningkatkan tahap penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu ia dapat mengaplikasikannya didalam kelas kerana penggunaan teknologi ini dapat memberi motivasi kepada pelajar disekolah untuk terus mengikuti terus mengikuti proses pengajatran dan pembelajaran. Contohnya menggunaan media seperti video, televisyen dan internet dapat menggambarkan sesuatu penerangan dan gambaran secara menyeluruh dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian. Hal ini dapat mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir tentang sesuatu konsep dan idea.
Langkah kelima yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah meningkatkan lagi kemahiran penggunaan teknologi. Kebanyakan pelajar mempunyai pengetahuan asas sahaja dalam penggunaan internet atau peralatan teknologi yang lain. Pelajar perlu diperkenalkan oleh guru semasa sekolah rendah lagi menggunakan peralatan-peralatan teknologi dan penggunaan teknologi tersebut. contohnya guru haruslah membeei pelajar peluang meneroka penggunaan internet, soft copy, hard copy, software yang terkini, email dan dan sebagainya. Dengan pengenalan penggunaan teknologi sejak sekolah rendah, pelajar dan meningkatkan kemahiran mereka apabila meningat dan mencuba sesuatu yang baru tanpa bantuan orang lain.
Nama sebenar : Syazwani Binti Sulaiman
Nombor Matrik : A136376
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : syazwanisulaiman92@gmail.com
facebook : http://www.facebook.com/wanisulaiman92
URL Youtube :
1. http://www.youtube.com/watch?v=BYMd-7Ng9Y8
2. http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=79GtHM7ZNI4
3. http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk
4. http://www.youtube.com/watch?v=EV8M6P9st9Q&feature=related
Assalamualaikum W.B.T
ReplyDelete5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan :-
Teknologi merupakan suatu alat yang dapat membantu para pendidik untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan berkesan. Jauh kehadapan jika dibandingan dengan zaman dahulu, di mana ibu bapa kita belajar secara tradisional yang tidak dapat menggunakan peralatan canggih seperti hari ini seperti penggunaan komputer, lcd, sambungan internet dan lain-lain peralatan lagi. Oleh itu, pelbagai cara yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan.
Langkah pertama, bagi meningkatkan minat pelajar terhadap teknologi pendidikan, guru memainkan peranan penting di sekolah untuk memberi latihan berkaitan dengan teknologi yang berkaitan dan seberapa banyak informasi tentang teknologi pada masa kini yang boleh di gunakan dalam pembelajaran. Langkah ini bukan sahaja dapat memberi kesan kepada pelajar-pelajar malahan dapat membantu guru-guru bagi mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada.
Langkah kedua adalah pembentukan kurikulum untuk pendidikan era internet iaitu dengan menawarkan subjek komputer di peringkat sekolah rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi merupakan salah satu langkah yang membolehkan para pelajar mengetahui penggunaan teknologi dengan lebih mendalam. Melalui subjek tersebut para pelajar dapat menanam minat untuk lebih meneroka bidang yang berkaitan dengan teknologi.
Langkah ketiga ialah memastikan penggunaan teknologi dalam pendidikan bersesuaian dengan pembelajaran yang akan diajar. Hal ini kerana penggunaan teknologi yang sesuai sangat mempengaruhi maklumat yang akan disampaikan. Penggunaan teknologi dalam pendidikan yang menarik mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar dari pelbagai aspek. Maklumat yang disampaikan perlu bersesuaian dengan topik yang sepatutnya.
Langkah keempat, mengadakan bengkel mengenai kesedaran pentingnya penggunaan teknologi dalam pendidikan pada masa kini. Hal ini dapat menarik minat ibu bapa, para pelajar mahupun guru untuk lebih mendalami dan menggunakannya dengan cara yang betul dan berkesan. sekiranya diberikan pendedahan yang betul, tidak mustahil minat mereka dalam bidang ini dapat diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi dan menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Langkah yang terakhir ialah ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak-anak tidak menyalahgunakan teknologi yang ada dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan boleh membawa kemudaratan kepada semua suatu hari nanti. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk menarik minat anak-anak dalam penggunaan teknologi ke arah pendidikan. Sebagai langkah yang mudah, ibu bapa perlu menyediakan komputer dan peralatan-peralatan teknologi yang lain di rumah dan sentiasa memantau anak-anak mereka.
Nama sebenar : Aznuri Binti Adanan
Nombor Matrik : A136354
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : aznurinuyie@gmail.com
Facebook : http://www.facebook.com/aznuriadanan
URL Youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=4_U4p0B1GAM
http://www.youtube.com/watch?v=bcIkPJf6O6w
http://www.youtube.com/watch?v=ZIGzpi9lCck&feature=g-logo&context=G23a578b4FOAAAAAAABAA
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ReplyDeleteTeknologi dalam pendidikan sangat penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, hal ini dapat meningkatkan pencapaian para pelajar. Justeru itu, setiap guru-guru harus sentiasa peka terhadap perubahan teknologi yang sentiasa bergerak pantas agar tidak ketinggalan atau menjadi 'buta ICT'.
Pertama sekali, pihak kerajaan harus memperuntukan sejumlah dana untuk mempertingkatkan prasarana yang sedia ada di sekolah terutama dalam bidang ICT. Hal ini kerana kebanyakkan kemudahan yang berkaitan dengan teknologi masih kurang di setiap sekolah. Kesannya guru-guru kurang mengetahui mengenai teknologi terkini yang dapat digunakan dan hanya mengetahui mengenai perkara-perkara asas komputer sahaja. Contohnya seperti penggunaan power point, word. Di samping itu, kerajaan juga harus memastikan guru pendidikan khas tidak ketinggalan di dalam bidang ICT, dan jika boleh setiap sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas harus mempunyai kemudahan teknologi yang bersesuaian dengan pelajarnya.
Langkah kedua, peranan sekolah untuk memastikan prasarana yang berkaitan dengan teknologi sentiasa lengkap dan tidak mengalami kerosakkan. Hal ini kerana kebanyakkan bilik komputer di sekolah memiliki komputer yang rosak. Selain itu, untuk meningkatkan minat dan tahap kemahiran guru-guru, pihak sekolah juga boleh menggadakan seminar atau program yang berkaitan dengan bidang teknologi. Bagi guru pendidikan khas, seminar yang boleh diadakan seperti bagaimana untuk menggunakan alat bantu mengajar seperti CCTV iaitu alat untuk membesarkan teks dan sebagainya.
Seterusnya, dengan menggunakan kemudahan teknologi pelbagai kebaikkan yang dapat diperolehi oleh guru dan pelajar. Contohnya, guru-guru memberi latihan kepada pelajar dimana latihan tersebut memerlukan pelajar untuk mengakses maklumat sendiri, menyusun data sendiri. Dengan itu, guru-guru dapat menggalakkan pelajar untuk berdikari sendiri dengan hanya membuat pemantauan sahaja dan pelajar dapat mengembangkan ilmu yang sedia ada dan secara tidak langsung lebih mahir untuk menggunakan teknologi. Guru-guru dan pelajar juga boleh berbincang melalui facebook, blog, dan sebagainya.
Langkah yang keempat ialah, pihak sekolah juga harus menggadakan seminar kepada pelajar berkaitan dengan bidang teknologi. Contohnya, menunjukkan laman web yang bersesuaian dengan pendidikan. Pihak sekolah juga boleh menggadakan pertandingan membuat blog bagi setiap kelas. Hal ini bukan sahaja mendidik pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritis tetapi juga dapat mendidik pelajar yang berpengetahuan ICT. Kesannya sekolah dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang terutama bidang ICT.
Langkah yang terakhir ialah, guru-guru juga boleh mengadakan pertandingan kepada para pelajarnya seperti pertandingan yang menggunakan permainan di dalam komputer di mana permainan tersebut memerlukan para pelajar untuk berfikir secara aras tinggi seperti permainan catur. Hal ini, akan mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih santai dan membolehkan pelajar mengasah otak mereka untuk menyusun startegi permainan.
Nama sebenar: Siti Hajar Binti Abdul Talib
No matrik: A137562
Tahun pengajian: 2
Fakulti: Pendidikan
Email: sitihajar254@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/sitihajar
URL Youtube:
1. http://www.youtube.com/watch?v=QPnlC5K-CzA
2. http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
3. http://www.youtube.com/watch?v=lNs88Ki1WSo&feature=related
Assalamualaikum.
ReplyDeleteLangkah pertama untuk memastikan minat dalam bidang teknlogi dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan ialah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu teknologi yang canggih dan terbaru. Seperti yang kita sedia maklum, alat-alat teknologi akan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana, pembangunan teknologi mendapat persaingan yang sengit antara syarikat-syarikat pengeluar terbesar dunia. Oleh itu, mereka mahukan peralatan teknologi yang mereka cipta itu adalah sentiasa terbaik. Lantaran itu, kita sebagai pengguna haruslah bijak dan pantas dalam mencari ruang dan peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru agar kita sentiasa berada dihadapan.
Selain itu, langkah yang boleh diambil ialah dengan memastikan kelengkapan atau fasiliti untuk mempelajari teknologi itu lengkap dan sempurna. Sebagai contoh, sekiranya kita ingin mengajar pelajar cara-cara untuk menggunakan komputer, kita perlu memastikan komputer yang ingin digunakan itu berada dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan, makmal komputer kemas dan teratur serta kemudahan internet berada dalam keadaan yang baik. Jika peralatan itu rosak, ia akan memberi kesan kepada pelajar bahawa, mempelajari komputer itu sesuatu yang susah dan sukar. justeru, menyebabkan pelajar-pelajar tidak berminat untuk mempelajarinya.
Langkah yang seterusnya untuk memastikan minat dalam bidang teknologi ini dapat dimanfaatkan ialah, tenaga pengajar haruslah bijak dalam menvariasikan nota-nota dalam bentuk slide, power point, prezi dan sebagainya. Bahan bantu mengajar yang menarik dan interaktif mampu menarik minat pelajar untuk melihat, membaca dan mendengar penerangan yang diberikan. Secara tidak lansung perkara ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan juga tenaga pengajar.
Selain itu, memandangkan pelajar-pelajar masa kini lebih gemar bermain dengan gadget, tenaga pengajar mungkin juga boleh mengajar menggunakan video. Sebaai contoh, untuk menunjukkan perubahan dalam tindak balas kimia, tenaga pengajar boleh menunjukkan demonstrasi melalui video tanpa perlu melakukan sendiri ujikaji itu. Dengan itu, pelajar dapat melihat dengan lebih jelas. Jika mereka tidak faham, boleh mainkan semula video itu. Hal ini juga dapat menjimatkan masa dan bahan yang ingin digunakan. Setelah pelajar faham, mereka boleh mencuba sendiri secara nyata. Perkara ini juga dapat menjimatkan tenaga guru-guru.
Langkah yang terakhir ialah galakkan daripada ibu bapa. Ibu bapa sangat penting dalam memainkan peranan mendidik anak-anak. Oleh itu, dalam konteks ini ibu bapa itu sendiri perlu menguasai bidang teknologi sekurang-kurang tahu cara untuk mengendalikan komputer. Ibu bapa perlu banyak mendorong anak-anak untuk memastikan mereka tidak menyalahgunkan kelebihan yang ada ini untuk tujuan yang tidak baik.
NURUL NAJWA BINTI JASNI
A 138122
TAHUN 2
PENDIDIKAN (SUKAN DAN REKREASI)
n.najwa92@gmail.com
http://www.facebook.com/najwajasni
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSebagaimana yang kita ketahui, Malaysia kini telah meningkat maju dan dapat berada seiring dengan negara-negara maju yang lain walaupun masih belum mampu menyainginya. Perubahan zaman atau peredaran masa yang berlaku sedikit sebanyak mengubah cara kehidupan masyarakat di negara kita Malaysia.Begitulah juga dengan keadaan teknologi yang digunakan pada masa sekarang tanpa mengira usia. Kini penggunaan teknologi bukan sahaja sebagai kehendak masyarakat tetapi sudah menjadi keperluan masyarakat sejagat.
Antara langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi seterusnya dapat dimanfaatkan dalam pendidikan salah satunya adalah peranan dari pihak kerajaan itu sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, setiap rumah seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer. Ini bermaksud kerajaan akan memberikan bantuan kepada keluarga yang tidak mampu untuk menyediakan komputer kepada anak-anak mereka.
Antara langkah lain adalah dengan mengadakan bengkel penggunaan komputer secara percuma kepada masyarakat setempat yang tidak tahu untuk menggunakan kemudahan komputer ini. Akan tetapi keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah samaada sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Bengkel ini banyak membantu pelajar dalam menggunakan perisian yang terdapat di dalam komputer dan seterusnya mereka akan dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar masa kini suka untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan pendedahan teknologi ini adalah sangat berguna untuk mereka jika digunakan pada landasan yang betul dengan pantauan keluarga mereka.
Langkah lain yang perlu dilakukan adalah peranan dari guru itu sendiri. Pelajar menghabiskan sebahagian masa mereka di sekolah dan guru perlu memainkan peranan dalam memastikan dan memupuk pelajar supaya meminati kemudahan teknologi yang disediakan. Guru perlu kreatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar kepada pelajar mereka supaya pelajar mereka berasa tertarik untuk mempelajarinya. Contoh seperti perbentangan yang dilakukan,guru menggunakan kemudahan teknologi untuk menarik minat pelajar. Ini kerana pelajar akan tertarik dengan P&P yang menarik kerana dengan itu pelajar tidak akan boasan dan akan mata mereka akan fokus pada bahan yang diberikan.
Langkah lain adalah guru berkomunikasi dengan pelajar menggunakan laman sosial. Pelajar sekarang kebanyakkannya mempunyai 'facebook' dan hal ini mudah untuk mereka berkomunikasi dengan guru mereka mengenai tugasan atau berkaitan dengan pelajaran. Kita boleh menubuhkan kumpulan dan pada pelajar yang malu untuk bersemuka dan menanyakan soalan dapat berinteraksi tanpa halangan dan segan silu.
Langkah yang terakhir adalah setiap kawasan mempunyai kemudahan seperti wifi atau kemudahan komputer. Ia memudahkan pelajar untuk melakukan tugasan yang diberikan seperti tgasan dapat dihantar kepada guru mereka dan dapat dicetak. Kemudahan seperti ini adalah perlu bukan sahaja untuk proses pembelajaran tetapi untuk menjadikan masyarakat setempat kita celik dalam bidang IT atau teknologi ini walaupun tinggal jauh dikawasan pendalaman.
Teknologi akan menjadi menarik dan bermanfaat jika digunakan mengikut landasan yang betul dan mendapat pantauan dari keluarga supaya kejadian yang negatif iaitu penyalahgunaan teknologi ini dari berlaku.
Nama sebenar : Noor Asheikin Binti Ja'afar
Nombor Matrik : A137085
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan (Pendidikan Khas)
Email : noorasheikin@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/noorasheikin
URL Youtube :
(1)http://www.youtube.com/watch?v=vPO_HGafBsE
(2)http://www.youtube.com/watch?v=NugRZGDbPFU&feature=fvwrel
(3)http://www.youtube.com/user/faronics?v=GPqyHTI3MqM&feature=pyv
(4)http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLedakan teknologi maklumat yang begitu pesat memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna dalam kehidupan harian mereka.Tidak terkecuali juga dalam bidang pendidikan,teknologi maklumat memberi sinar baharu kepada bidang ini.Namun begitu,terdapat beberapa masalah yang menyekat perubahan yang dapat dilakukan.Oleh itu,pihak bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif bagi mengatasi perkara tersebut.
ReplyDeleteAntara langkah bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah menukar ganti komputer-komputer lama kepada baru.Saban tahun pelbagai inovasi dicipta yang membawa kita kepada cara hidup yang selesa dan mudah.Tetapi jika kita lihat disekolah-sekolah masih lagi menggunakan komputer-komputer perisian yang terhad yang boleh menyukarkan para pelajar menyelesaikan sesuatu tugasan.
Keduanya adalah mewajibkan subjek IT kepada setiap pelajar.Dengan dasar tersebut,para pelajar akan lebih memberi fokus kepada subjek tersebut seperti dasar mewajibkan lulus Bahasa Melayu bagi memasuki institut pengajian tinggi.Baru-baru ini pula kerajaan ingin mewajibkan subjek sejarah sebagai prasyarat lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Maka dengan itu tidak mustahil jika subjek IT juga di wartakan sedemikian.
Seterusnya,kemudahan internet dapat diekses dengan laju diseluruh kawasan sekolah.Internet amat penting bagi mencari maklumat,berkomunikasi,hiburan dan sebagainya.Masalah yang sering kali timbul adalah kesukaran untuk mengekses ke dalam talian yang menyukarkan guru-guru mahupun para pelajar menyelesaikan tugasan mereka dan memberi tekanan kepada masalah tersebut.
Selain itu,melantik guru yang benar-benar mempunyai kelayakan dalam bidang IT mengajar subjek tersebut.Sering kali terjadi guru diminta mengajar sesuatu subjek yang bukan dari kepakaran beliau.Hal ini menyebabkan keberkesanan pembelajaran terganggu kerana guru tersebut tidak mahir dalam pembelajaran tersebut.Maka dengan melantik guru yang mempunyai kelayakan dalam bidang tersebut,proses pembelajaran menjadi lancar dan murit dapat memahami dengan lebih jelas dan faham.
Akhir sekali,memperbanyakkan makmal komputer disekolah-sekolah.Murid tidak lagi berebut-rebut,berkongsi ataupun menunggu makmal kosong barulah dapat menggunakan kemudahan tersebut.Dari sini kita dapat lihat peranan kerajaan perlulah dititikberatkan bagi mempeuntukkan dana untuk menyediakan kemudahan tersebut kepada semua sekolah tidak kira bandar mahupun luar bandar
Kesimpulannya teknologi maklumat amat penting pada masa kini dan mendatang yang penuh cabaran dan rintangan.Oleh itu,sama-samalah kita memajukan bidang teknologi pada peringkat sekolah kerana pendedahan awal itu lebih penting jika mahu berjaya pada masa akan datang..
Nama:Nor Muhammad Fadzil bin Othman
Nombor Matrik:A138208
Tahun Pengajian:2
Fakulti:Pendidikan(Sukan dan Rekreasi)
Email:fadzilothman91@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/Muhammadfadzilothmam
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://www.youtube.com/watch?v=OT6XFAJFHBg
http://www.youtube.com/watch?v=vPO_HGafBsE&feature=related
Nama:Ummu Sulaim Mohammad
ReplyDeleteNombor Matrik:A138175
Tahun Pengajian:2
Fakulti:Pendidikan Khas
Email:ummusulaim92@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/ummusulaimmohd
Bagi memupuk minat pelajar pada bidang teknologi ini, pada guru itu sendiri seharusnya mempersediakan diri sebelum menjadi guru sendiri dengan ilmu-ilmu mengenai teknologi yang boleh didapati semasa pengajian di universiti, mahupun mengikuti mana-mana kursus mengenai teknologi dalam pendidikan. Jika telah mengetahui tentang teknologi yang di dipelajari, guru seharusnya memperkembangkan penggunaan teknologi itu dengan cara yang kreatif.Ketika pengajaran di kelas juga guru boleh menyelitkan pengajaran dengan memberikan info-info mahupun hasil-hasil kajian teknologi terkini . Hal ini supaya boleh meransang minat pelajar dan mendedahkan kepada mereka mengenai kepentingan teknologi dalam kehidupan sekarang ini. Contoh: Guru boleh mengambil video-vidio, ataupun gambar-gambar ,jurnal teknologi terkini.
Pihak sekolah boleh membuat satu pertandingan seperti Banner Design, Penulisan Blog Terbaik, Melakukan ‘games on teaching’, kepada para pelajar bagi mempelbagaikan gaya pengajaran dan dapat melahirkan pelajar yang bijak belajar dan celik IT. Namun usaha sebegini memerlukan komitmen yang baik dari segi semua pihak iaitu kemahiran guru itu sendiri, dan peranan kerajaan dalam melengkapkan keperluan ICT ini di sekolah.
Selain daripada teknologi yang berkaitan mengenai perkomputaran. Guru juga boleh memperkenalkan cara pengajaran yang menggunakan teknologi lain .Seperti membuat aktiviti didalam kelas yang berkaitan dengan reka cipta. Menggunakan bahan-bahan terpakai, bahan semulajadi yang mana akan mereka inovasikan dan menyesuaikan penggunaannya dalam memahami pembelajaran di kelas. Aktiviti mereka cipta ini bukan sahaja memupuk pemikiran kreatif dan kritis, malah memboleh menggalakkan pelajar mencari maklumat menggunakan ICT dan mereka boleh mengaplikasikan apa yang di pelajari di kelas dan di kongsi bersama.
Disekolah juga seharusnya subjek ICT bukan sahaja hanya dijadikan matapelaran tambahan , malah ianya juga boleh di jadikan matapelajaran teras seperti yang di adakan di universiti. Supaya para pelajar bukan sahaja mahir dalam menggunakan laman sosial, tetapi mahir juga dalam menggunakan aplikasi penggunaan dalam komputer,seperti Windows, Photoshop, Movie Maker. Hal ini, boleh meningkatkan pelajar yang celik IT dari usia muda, supaya tidaklah jika melangkah ke universiti baru mahu mempelajari apa itu Microsoft Word atau Power Point.
URL:
1)http://youtu.be/u1QYh7F4VnA
2)http://youtu.be/KG-qWeZm-LA
3)http://youtu.be/bE4DnQ5GlTc
Assalamualaikum..
ReplyDeleteAntara langkah-langkah yang wajar dilaksanakan bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah dengan mewujudkan pebelajaran berasaskan komputer.Maksud disini ialah wujudnya penggunaan internet dalam pembelajaran di sekolah atau dalam pendidikan hari ini.Dengan wujudnya pembelajaran berasaskan komputer,ianya dapat mengekalkan minat pelajar terhadap matapelajarn yang diajar disamping dapat memastikan minat terhadap bidang teknologi ini terus diperkembangkan melalui pendidikan.
Seterusnya,guru,pelajar dan segenap masyarakat perlu berfikiran global dan bertindak lokal.Dalam situasi ini,semua pihak harus berfikiran luas dan terbuka bagi meningkatkan kualiti kecemerlangan,penyelidikan dan inovasi berasaskan teknologi dalam pendidikan.semua pihak harus berfikiran global,bertindak lokal agar mampu membina modal insan yang mampu menjalankan sebarang penyelidikan dalam pendidikan berasaskan teknologi,mampu menghasilkan inovasi yang berimpak besar dan bertindak untuk kepentingan kemajuan transformasi negara.
Langkah ketiga ialah dengan melatih guru yang berkemahiran tinggi dalam teknologi.Guru yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi amat penting bagi memastikan minat pelajar terhadap teknologi dapat diaplikasikan dalam pendidikan seharian mereka.Kepakaran guru mampu melatih pelajar mengembangkan lagi minat dalam teknologi dan ianya akan memberi impak positif dalam bidang pendidikan.Dengan adanya guru yang terlatih dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi dapat membantu melatih pelajar-pelajar mengembangkan minat mereka terhadap bidang teknologi melalui pendidikan.
Keempat,langkah yang disarankan ialah dengan menyediakan kemudahan,sikap dan kemahiran teknologi dalam pendidikan.Contohnya,kemudahan seperti komputer perlu disediakan oleh pihak berwajib agar penggunaan komputer dalam pendidikan dapat diaplikasikan.ketiadaan bahan bantu mengajar seperti komputer ini akan menjadi kekangan dalam memanfaatkan minat terhadap bidang teknologi dalam pendidikan.Kemahiran yang ada pada guru akan menjadi motivasi dan meningkatkan lagi minat pelajar terhadap bidang teknologi.
Langkah yang terakhir ialah,dengan menggalakkan penerokaan secara lebih mendalam.Minat terhadap bidang teknologi ini perlu diterokai secara mendalam agar ianya difahami dengan baik oleh pelajar mahupun guru disekolah.Jika tiada inisiatif daripada guru mahupun pelajar untuk menerokai bidang teknologi ini,tidak mungkin minat terhadap bidang ini dapat dimanfaatkan dalam pendidikan. Bidang ini sangat meluas dan amat memberi kepentingan dalam sebuah negara yang sedang menuju kepada pembangunan transformasi negara,dan bagi melahirkan masyarakat yang celik teknologi.
Nama:Siti Mardilla Binti Majid
Nombor matrik: A137438
Tahun Pengajian:Tahun 2
Email:dieyllaizz_9091@yahoo.com
Facebook:http://www.facebook.com/mardielamajid
Url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://www.youtube.com/user/DaveFash?v=j4zwECO--iw
http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o
http://www.youtube.com/watch?v=oacTlY6iB4Q&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=fLfkGPdzQTA&feature=related
Assalamualaikum..
ReplyDeleteLangkah yang perlu diterapkan bagi memastikan minat terhadap teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah dengan wujudnya kesedaran untuk mengakses bahan-bahan ilmiah dengan memnggunakan seach engine yang sedia ada.Pelajar hanya perlu menaip apa sahaja carian yang mereka inginkan dan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih meluas tanpa sempadan.Sebagai contoh,pelajar yang ingin mencari sesuatu isu yang dicari,mereka boleh mencarinya di search engine google dan yahoo.
Melalui sistem website yang telah diprogramkan,pelajar juga dapat mengetahui maklumat tentang sesuatu perkara dengan lebih mudah. Sistem ini dapat membantu pelajar dan pensyarah membuat sesuatu arahan tugasan dengan lebih sistematik.Pelajar juga dapat memuat turun nota yang diberi pensyarah dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penggunaan sistem website ifolio dan spin di UKM telah banyak membantu pelajar mengetahui maklumat sesuatu subjek yang di ambil.
Dengan menggunakan LCD, ianya mampu membantu guru menyampaikan sesuatu ilmu dengan lebih efisyen. Proses P & P dapat dijalankan dalam suasana yang berlainan di bilik darjah dengan adanya contoh-contoh yang sesuai dipancarkan. Pelajar juga dapat memahami isi matapelajaran dengan lebih dekat menerusi pelbagai video dan gambar yang ditunjukkan. Guru juga dapat menerangkan sesuatu matlamat ilmu yang di ajar dengan lebih meluas menerusi contoh-contoh yang dimuat turun melalui internet.
Menerusi tren pelajar terhadap laman sosial, guru dan pelajar haruslah memanfaatkan laman ini melalui perbincangan ilmiah. Guru atau pensyarah bolehlah mencadangkan pelajar mereka agar mempunyai "group" yang dapat membantu dan meningkatkan pengetahuan mereka agar sesuatu perbincangan ilmiah dapat dimanfaatkan bersama. Sebagai contoh, dengan wujudnya facebook group berkaitan ilmu, semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses perbincanganh ilmiah.
Melalui pelbagai software yang wujud dalam dunia teknologi, pelbagai pihak perlulah peka terhadap penciptaannya agar bidang ini dapat berkembang pesat bagi memastikan teknologi sentiasa berkembang.Pihak bertanggungjawab haruslah menghantar pelajar untuk mengikuti kursus yang berkaitan dengan penciptaan software supaya masyarakat kita tidak ketinggalan dengan kemajuan teknologi ini.
Pihak sekolah perlulah memanfaatkan makmal komputer yang diberikan supaya pelajar sentiasa dapat membiasakan diri mereka dengan dunia teknologi. Banyak makmal komputer yang di sediakan di sekolah tidak diselenggarakan dengan baik oleh guru menyebabkan pelajar mereka tidak dapat memanfaatkan kemudahan yang ada.Pihak KPM atau JPN perlulah memantau sekolah di bawah seliaan mereka agar masalah ini dapat di atasi dengan baik.
Nama: Khairul Anwar Bin Abdullah
No Matrik: A131180
Tahun Pengajian: 2
Email:kybell1223@yahoo.com
facebook:http://www.facebook.com/zambugah
Url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://youtu.be/KG-qWeZm-LA
http://www.youtube.com/watch?v=g2Crff9fAuU
http://www.youtube.com/watch?v=rGVnPN-dADI
Dewasa ini,kepesatan teknologi maklumat telah mengubah kehidupan manusia secara keseluruhannya.Mereka oleh mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.Namun begitu,masih terdapat segelintir masyrakat yang tidak minat untuk memanfaatkan kemudahan ini.Oleh itu,langkah-langkah yang produktif perlu diambil untuk menarik minat mereka.antaranya adalah peranan daripada pihak kerajaan itu sendiri.Pihak kerajaan perlulah mengglakkan para pelaja menggunakan teknologi melalui pembelajaran secara e-learning dan student -centered.Hal ini akan menyebabkan para pelajar untuk mencari menerokai sendiri alam teknologi dan menarik minat mereka.
ReplyDeleteSelain itu,peranan daripada pihak sekolah adalah penting.Pihak sekolah perlulah mengambil langkah untuk menarik minat para pelajar dengan mewajibkan matapelajaran komputer di sekolah serta memperbanyakkan bilangan komputer.Hal ini adalah untuk menyokong dasar kerajaan untuk mengurangkan kadar bilangan masyarakat yang buta IT.
Tidak dinafikan perana daripada pihak guru juga adalah amat penting.Para guru perlulah mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan mennggunakan kemudahan teknologi. Hal ini akan membuka minda para pelajar tentang kewujudan pelbagai jenis teknologi yang boleh dimanfaatkan.
Seterusnya adalah peranan media massa.Pengaruh media massa terutamanya yang berbentuk elektronik seperti televisyen adalah penting untuk menyampaikan sesuatu perkara.Oleh itu,iklan-iklan dan kempen-kempen yangg dijalankan di media elektronik akan memberi kefahaman dan ilmu yang berguna kepada masyarakat kerana sesetengah daripada mereka tidak mengetahui tentang kewujudan teknologi-teknologi yang terbaru.
Llangkah-langkah yang terakhir adalah peranan NGO dan orang perseorangan.Bengkel-bengkel dan kelas-kelas tentang teknologi yang berkos rendah boleh dilakukan untuk menarik minat masyarakat untuk menyertainya.Bengkel sperti ini banyak dilakukan sebelum ini,namun tidak dapt menarik ramai masyarakat untuk menyertainya kerana kos yang dikenakan terlalu tinggi.
Nama:FARAH ALWANIE ALI
Nombor Matrik:A137181
Tahun Pengajian:2
Fakulti:Pendidikan(PENDIDIDKAN KHAS)
falwanie@yahoo.com.my
http://www.facebook.com/farahalwanieali
url youtube
http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk
http://www.youtube.com/watch?v=yVZ_T9_JER0
http://www.youtube.com/watch?v=pEt1XqHsrfU
Assalamualaikum w.b.t,
ReplyDeletePada pandangan saya, 5 langkah yang perlu ada atau wujud bagi menggalakkan dan memastikan minat kepada teknologi dapat diterapkan adalah perlu wujudnya fasiliti atau kemudahan yang lengkap. Maksud lengkap di sini adalah tidak ada kekurangan, dari kemudahan komputer hingga ke kemudahan internet. Ini bagi memastikan minat yang terbina, tidak hilang disebabkan kekangan kekurangan bahan teknologi. Sebagai contoh, cuba kita letakkan diri kita dalam situasi di mana, guru menyuruh kita menerokai berkenaan dengan penggunaan video dalam perbentangan. Guru memberitahu bahawa kita boleh menggunakan komputer di makmal komputer. Namun, setelah bersusah payah menjejakkan kaki ke sana, komputer rosak dan kemudahan internet juga tidak memuaskan. Jika anda berada dalam situasi tersebut, bersemangatkah anda untuk meneruskan tugasan? Minat yang ada, tidakkah ianya akan sedikit kendur kerana masalah ketidakcukupan serta ketiadaan kemudahan yang diperlukan? Oleh sebab itu, kemudahan dan fasiliti teknologi harus dimaksimumkan dan disediakan dengan lengkap agar memudahkan pelajar untuk menerokai dunia teknologi dan memupuk minat yang lebih mendalam berkenaan teknologi, tidak terganggu.
Langkah seterusnya adalah, wujudnya guru yang berkemahiran dan pakar dalam penggunaan teknologi. Bagaimana ianya akan wujud? Dengan adanya latihan yang secukupnya kepada guru. Hal ini kerana, guru yang berkemahiran diperlukan bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan lancar. Guru yang berkemahiran juga mampu mengajar pelajar dengan lebih efektif kerana guru tersebut mempunyai pengetahuan yang lebih dan mahir dalam teknik pengajaran yang berkesan bagi matapelajaran teknologi tersebut.
Langkah yang ketiga adalah, mewajibkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran bagi melatih dan menerapkan minat terhadap penggunaan teknologi. Jika pelajar dilatih dan dibiasakan dengan teknologi, mereka akan mula meminati dan akan mempraktikkan teknologi di dalam kehidupan seharian mereka. Disini, ianya mendatangkan kebaikkan kerana apabila pelajar telah terbiasa dengan teknologi, mereka akan selalu menggunakannya dan ini menunjukkan penerapan penggunaan teknologi telah berjaya dilakukan. Sebagai contoh, didalam perbentangan kumpulan mahupun kumpulan, guru atau pensyarah boleh menyuruh pelajar menggunakan Powerpoint mahupun penggunaan video untuk memastikan mereka pengaplikasikan apa yang dipelajari. Ini juga boleh dijadikan latihan buat mereka dan mengasah kemahiran agar lebih cekap dalam mengendalikan teknologi.
Langkah yang keseterusnya adalah dimana kaedah pembelajaran secara maya, interaktif mendapat sokongan dan pemahaman dari keluarga pelajar. Pelajar diberi kebebasan dan juga sokongan dalam mempelajari sesuatu menggunakan teknologi. Ini kerana, jika mereka mendapat sokongan ibubapa sepenuhnya, mereka akan lebih bersemangat. Ini menyenangkan proses pembelajaran mereka.
Langkah kelima atau terakhir ialah semangat dan minat yang lahir sendiri dalam diri pelajar. Ini bergantung kepada pelajar sepenuhnya dimana mereka membina minat dan terus berusaha agar minat mereka itu berkekalan. Mereka boleh melakukannya dengan sentiasa belajar dan membuat sesuatu yang memberi mereka pembelajaran baru berkenaan teknologi. Ianya menggalakkan mereka dan mendorong serta memberi mereka pengetahuan bahawa teknologi itu, sangat luas dan mereka perlu menerokainya untuk lebih memahami.
Nama sebenar : ZURAIDA BINTI ZAINUDDIN
Nombor Matrik : A137618
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : FPEND
Email : zuraida.zainuddin92@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/zuraizainuddin
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=XLA5qTsPvug
http://www.youtube.com/watch?v=wLQ5YHDPcFs
http://www.youtube.com/watch?v=0JUFjTOM32g
http://www.youtube.com/watch?v=8zwTXhpQOyI
LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN MINAT TERHADAP BIDANG TEKNOLOGI DAPAT DIMANFAATKAN DALAM PENDIDIKAN
ReplyDeleteLangkah pertama untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah melalui pendedahan oleh guru. Guru sendiri boleh menggunakan teknologi yang kreatif dan inovatif dalam bilik darjah untuk menarik minat pelajat mendalami bidang tersebut. Sebagai contoh, guru perlulah menyediakan alat bantu mengajar yang berbentuk power point, video animasi dan sebagainya untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan teknologi yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan.
Langkah kedua ialah guru boleh menganjurkan bengkel kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan. Pendedahan yang maksimum tentang manfaat dan keistimewaan menggunakan teknologi dalam pendidikan juga dapat menarik minat pelajar untuk terus menggunakan teknologi dalam bidang pendidikan.
Langkah ketiga ialah mewujudkan mata pelajaran ICT atau menubuhkan kelab multimedia di sekolah. Dengan adanya mata pelajaran ini, pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan berkaitan dengan teknologi yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bidang pendidikan. Pelajar juga perlu diberi galakan ataupun sokongan untuk terus menggunakan teknologi dalam bidang pendidikan. Dalam hal ini, guru boleh membimbing pelajar untuk mencari bahan rujukan ataupun maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
Langkah keempat ialah melalui peranan ibubapa. Ibubapa boleh menyediakan persekitaran yang kondusif dengan menyediakan kemudahan wifi di rumah. Dengan ini, anak-anak dapat melayari internet untuk mencari maklumat baru dengan mudah dan cepat. Ibubapa juga boleh membimbing anak-anak untuk menggunakan teknologi dengan betul melaui pengawasan yang kerap.
Akhir sekali, usaha kerajaan memberikan komputer riba secara percuma juga dapat menarik minat pelajar untuk mengaplikasikan bidang teknologi dalam pendidikan. Dalam situasi ini, guru boleh mengarahkan pelajar untuk menyiapkan tugasan menggunakan perisian yang sedia ada dalam komputer riba tersebut . Sebagai contoh, guru boleh memberi tugasan yang berunsurkan animasi, video dan sebagainya.
Nama : Nor Salliza Bt Zakaria
No. Matrik : A137574
Tahun Pengajian : 2
Email : norsalliza_8361@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/norsallizazakaria
URL Youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=ao3BXhW0bxY
http://www.youtube.com/watch?v=PmB7IJ1mrKs&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=KSNS5MR8dLY&feature=related
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteLangkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan :
Langkah pertama, menggunakan pendekatan pengajaran dan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar mempunyai cara penerimaan ilmu yang berbeza di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru yang berkaliber, kita haruslah berupaya untuk memahami kehendak para pelajar dengan cara mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran di dalam kelas. Contohnya, menggunakan alat bantu mengajar yang berbantukan teknologi terkini seperti komputer, LCD dan lain-lain. Justeru, para pelajar dapat mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan penuh minat tanpa berasa bosan.
Langkah kedua, menjadikan alat teknologi sebagai media pengajaran utama. Guru perlu membiasakan diri dengan sentiasa mengaplikasikan penggunaan teknologi di dalam kelas. Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar untuk memberikan lebih tumpuan dan perhatian terhadap subjek yang dipelajari. Perubahan kaedah pengajaran daripada pengajaran “chalk and talk” kepada pengajaran berbantukan teknologi sedikit sebanyak dapat menyemai minat pelajar dalam menimba ilmu. Guru boleh mengintegrasikan multimedia dalam pengajaran sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, video, grafik, animasi dan lain-lain mengikut kreativiti guru.
Langkah ketiga, menitik beratkan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Instrument-instrumen teknologi yang sesuai diguna pakai di dalam arus pendidikan harus diaplikasikan kepada setiap pelajar dan guru khususnya bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi ini dapat dimanfaatkan dengan baik. Segala perisian yang berkaitan dengan teknologi dalam pendidikan boleh digunakan bagi mambantu seseorang individu untuk memperolehi ilmu pengetahuan tidak kiralah sama ada semasa berada di alam persekolahan (pelajar) atau pun alam pekerjaan (pendidik).
Langkah keempat, membina pengetahuan secara meluas tentang teknologi dalam pendidikan. Guru sebagai pendidik haruslah memberikan ilmu dan pengetahuan tentang konsep dan prinsip teknologi dalam pendidikan kepada pelajar dari peringkat awal lagi supaya pengetahuan tersebut dapat diaplikasikan dengan baik pada masa hadapan kelak. Sebagai contohnya, guru boleh menerapkan unsur-unsur teknologi dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran di dalam kelas. Alat-alat audio, visual, video, animasi, grafik dan teks mampu untuk memupuk minat dan sikap yang positif para pelajar terhadap perkembangan teknologi.
Langkah kelima, melaksanakan program yang berteraskan teknologi kepada setiap peringkat umur individu khususnya para pelajar. Program-program yang dianjurkan perlulah mempunyai unsur-unsur teknologi supaya objektif pelaksanaan program tersebut dapat diterima dengan baik. Sebagai contohnya, program ICT. Program ini sedikit sebanyak telah memberikan pendedahan kepada individu tentang penggunaan teknologi misalnya komputer sekaligus mendekatkan diri mereka dengan teknologi tersebut.
Nama sebenar : Aainaa binti Abu Bakar
Nombor Matrik : A137330
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : aainaa.abubakar@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/ainaabubakar
url youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=gGY2cwWC8Ag&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=AHVXv-RqTos&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=vpvpR51v92E&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=AhoOG5Kf1w4&feature=rellist&playnext=1&list=PLA409D840BBA5368E
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
ReplyDeleteSalah daripada langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah kita perlu memperkenalkan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan teknologi. Dengan memperkenalkan teknologi kepada seseorang itu, ianya akan dapat memahami bahawa erti teknologi tersebut tidak hanya fokus kepada komputer atau alat-alat elektronik semata-mata. Benda-benda lain seperti kertas juga juga boleh dianggap sebagai teknologi apabila kestas tersebut telah diaplikasikan sebagai alat untuk membantu pelajar-pelajar atau guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, kertas boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar dalam memahami konsep fisik dalam kapal terbang. Apabila seseorang itu telah memahami dengan jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan teknologi, barulah seseorang itu dapat mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan.
Langkah kedua yang perlu dilakukan adalah dengan mengenal pasti apakah teknologi yang sering digunakan dan popular pada generasi sekarang. sebagai contoh, pada generasi Y ini, laman web seperti Facebook, Twitter dan Youtube adalah merupakan tren-tren yang popular dan kita sebagai guru mungkin boleh mengaplikasikan teknologi-teknologi tersebut dalam pendidikan seperti guru-guru boleh memberikan tugasan yang memerlukan pelajar-pelajar mereka untuk membuat perbincangan dalam laman web facebook, atau twitter dan bertukar-tukar maklumat sesama mereka dalam laman web tersebut. Guru-guru boleh memantau perbincangan yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar mereka dalam laman web tersebut untuk memastikan bahawa perbincangan yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar mereka berada didalam landasan yang betul.
Langkah yang ke-3 yang perlu dilakukan adalah dengan membuat satu peraduan merekacipta sesuatu benda yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dalam bidang pendidikan. Dalam peraduan tersebut, peserta-peserta boleh mencipta sesuatu daripada bahan-bahan yang terbuang yang selamat untuk digunakan. Dengan membuat peraduan tersebut, ianya akan menggalakkan para peserta untuk berfikiran kreatif dan kritis dengan mengaplikasikan teknologi dalam bidang pendidikan.
Langkah yang ke-4 adalah dengan menggalakan para pendidik atau pelajar menggunakan aplikasi-aplikasi seperti skype, atau ooVoo dan seumpamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar dan mendidik pelajar-pelajar mereka dengan menggunakan skype dan pelajar-pelajar hanya perlu mengakses menggunakan skype bagi mengikuti pelajaran mereka bersama-sama guru mereka. Dengan itu, pelajar-pelajar tidak perlu untuk pergi ke kelas bagi mengikuti pelajaran mereka dan hanya perlu akses kepada skype atau ooVoo atau sebagainya pada masa dan hari yang telah ditetapkan dan dapat mengikuti pelajaran tersebut secara langsung. Ini boleh mejimatkan masa pelajar-pelajar dan juga guru-guru. Akan tetapi, teknik ini memerlukan guru-guru dan juga pelajar-prlajar berada dalam kawasan yang mempunyai akses internet.
Langkah ke-5 adalah mendidik atau meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis bagi guru-guru, pelajar-pelajar dan orang-orang awam. Dengan menfokuskan dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, ianya akan membantu mereka untuk menjana perbagai idea atau buah fikiran yang bernas, menarik dan kreatif dan mereka boleh menggunakan bahan-bahan semula jadi atau bahan-bahan terbuang atau alat-alat teknologi elektronik dan seumpamanya serta mengaplikasikannya dalam pendidikan.
Nama: Siti Zarifatul Azimah Binti Haji Ismail
Nombor Matrik: A138752
Tahun Pengajian: 2 Sem 1
Fakulti: Pendidikan (Pendidikan Khas)
zary.azimah@yahoo.com
facebook: http://www.facebook.com/ZarifatulAzimahIsmail
url youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=H8fAutYhlqI
http://www.youtube.com/watch?v=jhc9Ywn0mXE
http://www.youtube.com/watch?v=5oHrVvRpZL0
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah dari segi proses pembelajaran dan pengajaran. Seperti sedia maklum, tidak semua sekolah mengamalkan pembelajaran berpusatkan pelajar ( student-centered). Seharusnya pembelajaran berpusatkan pelajar ini perlu diaplikasikan di semua sekolah. Hal ini kerana, pelajar akan meneroka sendiri untuk mencari maklumat tentang sesuatu. Justeru, mereka akan menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada untuk mencari bahan tersebut.
ReplyDeleteLangkah kedua ialah dengan memberi pendedahan yang cukup kepada pelajar dan guru tentang pentingnya teknologi dalam pendidikan. Hal ini kerana, mungkin ada pelajar dan guru yang tidak tahu tentang kepentingan teknologi. Kebaikan penggunaan teknologi dalam pendidikan perlu diterangkan dengan lebih jelas kepada pihak-pihak yang terlibat. Mungkin ada dalam kalangan pelajar yang tidak berminat dengan teknologi kerana merasakan alat-alat teknologi hanya mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.
Seterusnya ialah dengan kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Kempen seperti yang sediaada iaitu "satu rumah, satu komputer" memberi kelebihan kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Golongan ini akan mula menggunakan kemudahan yang telah diberikan untuk memupuk minat terhadap bidang teknologi. Mereka akan menggunakan komputer tersebut untuk membuat latihan, kerja kursus dan sebagainya. Mereka juga tidak lagi perlu ke kedai-kedai internet semata-mata untuk menyiapkan tugasan.
Langkah keempat ialah subjek komputer yang diwajibkan di sekolah. Sekolah berasrama penuh telah mewajibkan subjek komputer pada tingkatan empat. Pelajar diajar cara untuk membuat sesuatu yang kreatif. Hal ini akan membuatkan pelajar berminat untuk menggunakan teknologi yang ada dan dapat mencungkil bakat dalam diri pelajar. Seharusnya subjek komputer ini perlu diwajibkan di semua sekolah terutama di sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan komputer tetapi tidak digunakan.
Langkah terakhir ialah bergantung kepada sokongan keluarga dan individu itu sendiri. Keluarga seperti ibu bapa perlu menyediakan kelengkapan teknologi di rumah jika berkemampuan. Selain itu, pelajar boleh meminta bantuan ahli keluarga yang mahir dalam penggunaan teknologi untuk membimbing mereka. Individu juga perlu mempunyai azam dan semangat yang tinggi untuk mencapai minat terhadap teknologi yang disediakan.
Nama sebenar : Nur Asyikin binti Abd Rashid
Nombor matrik : A138252
Tahun pengajian : dua (2)
Fakulti : pendidikan (FPEND)
Email : ekin.naar@yahoo.com
Facebook :https://www.facebook.com/nurasyikinbintiabdrashid
url youtube kreatif dan inovatif dalam teknologi pendidikan :
http://www.youtube.com/watch?v=PflODmOB1k4&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=8zwTXhpQOyI
http://www.youtube.com/watch?v=4ctYS1L6jeM&feature=related
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
ReplyDeletePada pandangan saya, pelbagai langkah perlu diambil dari pelbagai pihak untuk memastikan teknologi dalam dimanfaatkan dalam sistem pendidikan negara sekaligus dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Hal ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah terutamanya kepada para pelajar untuk menerima ilmu.
Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah dengan penerimaan pihak sekolah sendiri. Mereka perlu bertindak sebagai pemimpin perubahan, penyokong kepada perkembangan starf dan menjadi model penggunaan teknologi yang bijak kepada warga sekolah. Dengan demikian, guru mata pelajaran masing-masing perlu digalakkan mengintegrasikan teknologi seperti penggunaan ICT pada setiap kesempatan dalam pengajajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Langkah yang kedua ialah, Kementerian Pelajaran perlulah bertindak agresif untuk melatih para guru dan bakal guru di setiap penempatan sekolah tidak kira di bandar mahupun luar bandar bagi mengaplikasikan penggunaan teknologi di sekolah. Kebanyakkan yang terjadi pada harini, guru-guru masih ragu-ragu untuk menggunakan kemudahan teknologi yang telah disediakan dalam pembelajaran. Mereka perlu diberi kesedaran akan pentingnya menggunakan teknologi dalam melicinkan proses p&p dan diberi kursus khas berkenaan bagaimana untuk mengaplikasi teknologi ICT, media, video dll yang boleh digunakan dalam pembelajaran.
Langkah ketiga ialah, pihak kerajaan perlulah mengadakan perancangan jangka masa panjang untuk membudayakan teknologi dalam kalangan guru, pelajar serta pengurus pendidikan.Pembudayaan teknologi ini perlu dilihat dengan sejauh mana pelajar mahupun guru dapat mengaplikasikan teknologi dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Galakan untuk menyelesaikan tugasan dengan menggunakann powerpoint, pembuatan video, audio secara berterusan dapat memahirkan pelajar dalam kemahiran berteknologi.
Langkah keempat ialah, pihak kerajaan perlulah memperuntukakan sebuah makmal komputer di setiap sekolah, pelbagai kemudahan peralatan berteknologi tinggi seperti LCD, projector dll dimana kesemua alat-alat ini dapat digunakan dalam proses pembelajaran oleh guru. Tidak terkecuali bagi sekolah di pendalaman yang sering dikatakan agak ketinggalan dari segi kemudahan ICT atau teknologi di sekolah.
Langkah kelima ialah, pada pendapat saya di setiap sekolah perlulah disediakan perkhidmatan wifi yang dapat menghubungkan para pelajar mahupun guru berkongsi pendapat dalam bidang pendidikan tidak kira dalam negara atau luar negara. Interaksi dua hala dapat dijalankan dengan efektif tanpa perlu membazir masa dan tenaga. Maklumat dan ilmu pengetahuan juga dapat diakses tanpa sempadan.
Nama sebenar : Munirah bt Sobri
Nombor Matrik : A138144
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : munisobri@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/MunirahSobrii
url youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk
http://www.youtube.com/watch?v=yVZ_T9_JER0
http://www.youtube.com/watch?v=vPO_HGafBsE
Assalammu’alaikum wbt.
ReplyDeleteAntara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan.
Langkah 1:Pada pandangan saya,guru memainkan peranan penting dalam memupuk serta memastikan minat pelajar terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan.Contohnya seorang guru haruslah mengambil langkah menggunakan aplikasi computer atau teknologi lain dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.guru-guru di sekolah boleh menggunakan pendekatan menggunakan kaedah powerpoint,rajah bergambar,animasi,menggunakan enjin pencarian dalam menyelesaikan sesuautu tugasan,papan hitam,projector,globe dan sebagainya atau sebagai alat bantu mengajar supaya dapat menarik minat pelajar sekaligus memastikan minat pelajar terhadap bidang teknologi dalam pendidikan dimanfaatkan.
Langkah 2:
Peranan pihak kerajaan yang terlibat samada JPN,KPM,Pentadbiran Sekolah dan sebagainya haruslah memastikan supaya subjek teknologi pendidikan menjadi subjek wajib dalam pendidikan di sekolah sedari dari sekolah rendah dan sekolah menengah.Apabila ianya menjadi satu subjek wajib di sekolah guru-guru haruslah memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan minat mereka terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan
Langkah 3:
mengadakan bengkel penggunaan teknologi dalam pendidikan,pihak sekolah,serta pihak luar haruslah memainkan peranan dalam memberi pendedahan tentang apa itu teknologi tersebut.kerana sesetengah pelajar ada yang masih ketinggalan dalam memahami apa itu teknologi yang dapat dimanfaatkan dalam pendidikan.Teknologi itu bukan hanya tertumpu kepada bidang computer semata-mata,semua perkara zaman sekarang boleh dikatakan teknologi,gadgets,kereta,telefon mainan dan sebagainya merupakan hasil daripada teknologi.Teknologi pendidikan merupakan salah satu teknologi yang penting untuk diaplikasikan dan diberi pendedahan kepada generasi sekarang.
Langkah 4:Peranan Ibubapa terutamanya dalam memastikan anak-anak diberi pendedahan awal tentang apa itu teknologi yang dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan.Namun ianya harus juga dipantau setiap masa.Kerana ledakan teknologi sekarang sangat hebat.Ibubapa perlulah menggalakkan anak-anak menggunakan computer sekiranya berkemampuan menyediakan sebuah computer kepada anak-anak di rumah.Selain ibubapa mempunyai kesedaran dan pengetahuan tentang teknologi bolehlah mengajar anak-anak supaya dapat memastikan minat mereka dalam terhadapa teknologi dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pendidikan kelak.
Langkah 5:
Kempen kesedaran bahawa pentingnya pengetahuan teknologi maklumat pada masa ini.Kerana apa sahaja urusan di sekarang perlu menggunakan teknologi.Kempen ini perlu dilakukan samada melalui media massa atau media elektronik.Kementerian-kementerian yang terlibat perlulah bekerjasama dalam memastikan masyarakat luar Bandar dapat pendedahan berkaitan teknologi pendidikan.
Nama:ZALZAZILAH FAHRA BINTI AHMAD
NO.MATRIK:A137481
TAHUN PENGAJIAN:2
FAKULTI:PENDIDIKAN
https://www.facebook.com/zalzazilahfahraahmad?ref=tn_tnmn
http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk
http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
Assalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteTeknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dimanfaatkan dalam pendidikan. Salah saltu langkah yang boleh diambil adalah menyediakan segala kelengakapan teknologi di sekolah bagi memudahkan pembelajaran pelajar-pelajar. Dengan kelengkapan teknologi yang cukup akan menambah semangat dan keyakinan para pelajar dalam mencari bahan dan melaksanakan tugasan.
Selain itu, untuk memastikan bidang teknologi dimanfaatkan dalam pendidikan, guru perlu memainkan peranan utama bagi memastikan para pelajar mempunyai minat terhadap bidang teknologi. Guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang teknologi. Hal ini dikatakan demikian supaya pelajar tidak memandang guru dengan pandangan yang negative seperti “ ketam mengajar anak berjalan lurus”. Hal ini amat memalukan guru sekiranya guru mengharapkan pelajar dapat memanfaatkan bidang teknologi sedangkan guru sendiri tidak mempunyai pengetahuan tentang bidang tersebut.
Langkah lain yang boleh diambil untu memastikan bidang teknologi dimanfaatkan dalam pendidikan ialah pihak sekolah boleh mengadakan satu program kesedaran mengenai teknologi dalam pendidikan iaitu dengan mengadakan minggu kesedaran teknologi. Melalui minggu kesedaran ini, pihak sekolah boleh mengadakan pameran mengenai teknologi, pertandingan reka cipta berdasarkan teknologi, persembahan dan sebagainya. Dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sebegini akan dapat memupuk minat pelajar dalam bidang teknologi sekaligus bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan.
Kerajaan juga seharusnya memainkan peranan dalam memastikan bidang teknologi dimanfaatkan dalam pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan hendaklah memikirkan satu alternatif yang baru untuk menghasilkan alatan teknologi yang canggih-canggih dalam bidang pendidikan. Dengan menciptaan model/ alatan baru dalam pendidikan akan menyumbang idea atau minat pelajar untuk menerokai bidang teknologi. Hal ini tidak dapat dinafikan dengan adanya ipad, notepad, dan yang lebih terbaru ialah Live Wacth V dimana model-model yang berasaskan teknologi ini mendorong minat pelajar dalam menerokai bidang teknologi.
Langkah seterusnya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysi(KPM) juga boleh menjadikan subjek teknologi pendidikan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah. Hal ini akan memupuk minat pelajar dalam mempelajari ilmu teknologi dalam pendidikan. Dengan adanya mata pelajaran teknologi pendidikan di setiap sekolah akan dapat melahirkan warga yang celik IT dan seterusnya mengembangkan bidang teknologi dalam pendidikan.
Sekian,
Terima kasih
Nama sebenar : Nur Fatin Fakhriah Binti Othaman
Nombor matrik : A137130
Tahun pengajian : dua (2)
Fakulti : pendidikan (FPEND)
Email : atin.conan@gmail.com
Facebook :http://www.facebook.com/#!/FatinFakhriah91
url youtube kreatif dan inovatif dalam teknologi pendidikan :
http://www.youtube.com/watch?v=KSNS5MR8dLY&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o
http://www.youtube.com/watch?v=ao3BXhW0bxY
assalamualaikum...
ReplyDeleteBagi meningkatkan minat terhadap teknologi dalam dunia pendidikan adalah :
Yang paling utama adalah menyedarkan dalam dunia pendidikan tentang kepentingan teknologi pendidikan kepada guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. kemungkinan guru-guru tidak up-date kemahiran teknologi yang semakin tinggi dan canggih. Mereka munggkin masih di takuk lama. untuk meneruskan kemahiran ini, pihak sekolah perlu menyediakan kelengkapan yang sepatutnya seperti LCD, komputer,menggunakan metarial bahan mengajar berbentuk CD, DVD dan lain-lain. hal ini secara langsung dapat meningkatkan keupayaan guru-guru dan pelajar berkaitan teknologi.
yang kedua ialah,dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah mewujudkan satu sebjek berkaitan ICT. pada peringkat awal, guru-guru boleh mengajar pelajar sekolah rendah tentang asas, sebagai contoh menggunakan menggunakan mikrosof word, Pain, power point, dan fungsi-fungsi di papan kekunci. Sebagai contoh, printscreen, Ctrl+A, Ctrl+C, Ctrl +V dan sebagainya. Di peringkat sekolah menengah pula, guru bolehlah mengajar ICT berkaitan tentang cara-cara menggunakan perkara yang lebih tinggi daripada sekolah rendah. Sebagai contoh, cara menggunakan mikrosof Excel, mikrosof Publisher, movie maker, memperkenalkan internet dan enjin pencarian seperti enternet explorace, mizila firefox, google chroom dan lain-lain. Untuk tahap menengah atas pula, mereka boleh diajar menggunakan free software dan softwere yang dibeli oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, adobe photoshope, gimp, dan kaedah menggunakan computer dengan lebih selamat. Memperkenalkan anti-virus.
Yang ketiga pula adalah, mengadakan kempen tantang kepentingan teknologi dalam dunia pendidikan kepada murid-murid. Kempen-kempen sama ada diperingkat sekolah sehinggalah peringkat antrabangsa sememangnya member impak yang positif kepada murid-murid dah kakitangan pendidikan. Sememangya kerajaan dan NGO memainkan peranan penting seperti member bauceri menggunakan internet secara percuma, memberi laptop, member buku rujukan tentang ICT, pameran dan banyak lagi.
Yang keemapat pula ialah sering menggunakan teknologi dalam kehidupan harian. Sebagai contoh membuat perbincangan secara online sepertiperbincangan di dalam group sepeti yahoo group, facebook group, di blog, skype, dan banyak lagi. Perbincagan yang dilakukan adalah mesti dipantau dan mendapat bimbingan oleh guru-guru. Menghantar tugasan secara softcopy di email ataupun group. Sememangnya sukar untuk membuat perbincangan dan semua ini secara online kerana tidak semua pelajar dapat melayari internet di rumah mereka. Namun sebagai langkah awal, mereka boleh berbincang di makmal computer di sekolah. Semua pelajar dapat melontarkan pandangan masing-masing kerana lebih berkeyakinan.
Yang kelima adalah peranan ibu bapa dan keluarga. Galakan ibu bapa amat penting kerana sedikit sebanyak membantu pelajar. Sebagai contoh buku panduan belajar ICT,membeli computer/laptop, menghantar ke kelas ICT, contoh belajar animasi untuk tujuan pembelajaran, membuat laman web dan sebagainya.
nama sebenar : SUMAIYYAH BINTI ZAKARIA
no. Marrik : A 137439
Tahun Pengajian : tahun 2 sem 1
fakulti : PENDIDIKAN (program khas)
email : sumaiyyah.tec@gmail.com
facebook : https://www.facebook.com/SumaiyyahBtZakaria
url youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=8q2pgreugWg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=tgDEp4sh6oc&feature=related
Langkah pertama ialah dengan memberi kesedaran kepada guru terlebih dahulu mengenai penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Hal ini kerana guru merupakan ejen permulaan kepada sesuatu perkara yang baru, dengan itu guru itu sendiri perlu mendedahkan pelajar mereka dengan menggunakan teknologi sebagai alat bantu mengajar ketika sesi P&P.
ReplyDeleteSeterusnya ialah, sekolah haruslah menyediakan kelengkapan teknologi multimedia yang mengcukupi agar para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran teknologi yang diajarkan. kerana tidak semua pelajar mampu untuk memiliki alat – alat elektronik seperti komputer.perkara ini mampu mematahkan semangat para pelajar untuk belajar sesuatu perkara dengan menggunakan teknologi.
Selain itu, pihak sekolah juga haruslah memuatkan matapelajaran teknologi multimedia sebagai salah satu subjek yang perlu diambil oleh para pelajar. Hal ini akan memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengetahui lebih mendalam mengenai teknologi. Selain itu, para pelajar juga tidak perlu untuk mengambil kursus tersebut di luar dan membayar yuran yang mahal.
Seterusnya ialah dengan mengadakan sebarang kempen mengenai penggunaan teknologi di dalam pendidikan itu sendiri. Kempen seperti ini biasanya akan melibatkan semua pelajar di sekolah dan sekaligus dapat memberi kesedaran kepada para pelajar dan juga guru mengenai kepentingan teknologi dalam pendidikan. Di samping itu juga, pihak sekolah juga dapat menganjurkan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan teknologi.
Langkah yang terakhir ialah pihak sekolah juga boleh menubuhkan satu persatuan atau kelab teknologi maklumat sebagai salah satu ko – kurikulum di sekolah tersebut. Dengan adanya kelab atau persatuan teknologi seperti ini di sekolah, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan teknologi dapat dilakukan dan aktiviti yang tidak dapat dilakukan ketika berada di dalam kelas juga dapat dilakukan dengan tertubuhnya kelab tersebut.
Nama : Siti Hajar Aisha binti Ismail
No Matrik : A 137674
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : aisha_hajar@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/sitihajaraisha?ref=tn_tnmn
Link Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=ndgFiUXHSPs&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=OTIBDR4Dn2g&feature=related
http://www.youtube.com/watch?NR=1&v=mzi2RIt8_nk&feature=endscreen
Assalamualaikum w.b.t
ReplyDeletePeranan teknologi dalam pendidikan sememangnya telah membawa suatu perubahan yang cukup besar khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan, pihak sekolah khususnya guru perlu bertindak sebagai pemangkin atau pendorong kepada pelajar untuk menjadi lebih aktif dalam pembelajaran. Sebagai langkah asas, penyediaan keperluan teknologi seperti komputer, LCD dan lain-lain keperluan teknologi harus diutamakan kerana tanpa kemudahan-kemudahan ini, pelajar mungkin tidak dapat didedahkan kepada kepentingan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
Langkah yang kedua ialah, dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mempertingkatkan pengetahuan dalam kemahiran penggunaan teknologi. Minat terhadap bidang teknologi sahaja tidak mencukupi bagi seorang guru untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru memerlukan kemahiran tentang bagaimana untuk merancang dan mencipta bahan bantu mengajar dalam bentuk video, animasi dan sebagainya.
Langkah yang ketiga ialah, dalam memanfaatkan penggunaan teknologi juga, guru perlu menjadi lebih kreatif khususnya dalam penyediaan bahan bantu mengajar. Misalnya mencipta bahan bantu mengajar yang berbentuk animasi. Unsur-unsur teks, grafik, pergerakan dan suara yang diterapkan dalam video animasi secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelajar untuk memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang disampaikan.
Langkah yang seterusnya ialah mengenalpasti tahap penerimaan pembelajaran dan kesediaan pelajar khususnya pelajar berkeperluan khas dari segi masalah pembelajaran. Apa yang dimaksudkan di sini ialah maklumat yang ingin disampaikan dalam bentuk teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar dan tahap kognitif mereka. Sebagai contoh, pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi kesukaran dalam memahami konsep ruang. Sekiranya guru menunjukkan video tentang pemain-pemain bola sepak yang menggunakan ruang padang sepenuhnya dengan menendang bola ke dalam, ke luar, ke atas, ke kiri atau ke kanan, mereka tidak akan memahami tentang makna atau maklumat yang cuba disampaikan oleh video tersebut. Justeru, guru lebih digalakkan menggunakan bahan bantu mengajar 3D seperti menggunakan bekas lutsinar dan objek kecil seperti pensel, pemadam atau lain-lain objek yang boleh digerakkan dan diletakkan sama ada di dalam, di luar, di tepi, di depan, di belakang, di atas dan di bawah bekas lutsinar tersebut supaya mereka lebih jelas tentang konsep ruang.
Selain guru, minat pelajar terhadap bidang teknologi juga perlu diambil kira kerana keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada minat pelajar itu sendiri. Justeru, bagi memanfaatkan minat pelajar terhadap bidang teknologi ke dalam pendidikan, guru perlu menjadi lebih inovatif. Contohnya menjadikan teknologi sebagai medium komunikasi di antara guru dengan pelajar di mana guru dan pelajar tidak semestinya berkomunikasi hanya di dalam kelas atau bilik darjah. Ini kerana pemanfaatan teknologi sebagai medium komunikasi membolehkan guru dan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi serta berkongsi idea atau pandangan secara maya iaitu secara atas talian.
Nama : Aini Liyana Binti Mohd Zailan
Nombor Matrik : A136709
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : aliyana87@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/ainiliyana87
URL Youtube :
1.http://www.youtube.com/watch?v=CfgzQ3_OINE
2.http://www.youtube.com/watch?v=pJCly4eZ8pU
3.http://www.youtube.com/watch?v=AvfVdaG-EvU
Bidang teknologi sangat membantu dalam dunia pendidikan tambahan pula di zaman teknologi moden masakini. Ia sangat berkaitrapat kerana tanpa teknologi, bidang pendidikan tidak akan berkembang maju dan tidak setaraf dengan negara-negara maju yang lain.
ReplyDeleteLangkahpertama yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah dengan membimbing para pelajar menggunakan teknologi secara sistematik. Tidak kira apa pun jenis teknologi yang digunakan , penggunaannya haruslah kerap dan bukan digunakan mengikut mood sahaja. Sebagai contoh , kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang untuk membekalkan komputer di dalam setiap kelas di sekolah, jadi komputer tersebut perlulah sentiasa digunakan dalam proses pembelajaran agar pelajar lebih berminat untuk belajar kerana proses pembelajaran yang menggunakan komputer lebih menarik berbanding menggunakan papan putih.
Langkah yang kedua adalah dengan menubuhkan sebuah kelab yang khas untuk teknologi. Sebagai contoh, kelab Teknologi Maklumat. Melalui penubuhan kelab ini, pelbagai aktiviti berkaitan teknologi boleh diadakan. Antaranya ialah, pertandingan membuat power point yang paling menarik poster menggunakan software yang ada di dalam komputer. Melalui cara ini, para pelajar secara tidak langsung akan mengetahui cara penggunaan sesebuah perisisan yang ada di dalam komputer.
Langkah ketiga ialah menyediakan kemudahan dan prasarana yang lengkap. Ini penting untuk memastikan teknologi itu digunakan secara berterusan. Jika kita lihat di sekolah biasanya akan disediakan komputer di dalam kelas, namun LCD tidak dibekalkan. Jadi hanya sia-sia sahaja jika kemudahan itu diberikan tetapi tidak lengkap.
Langkah keempat ialah menjadikan teknologi sebagai salah satu bahan bantu mengajar. Sebagai contoh, guru boleh menjalankan proses pembelajaran menggunakan video ataupun menyelitkan video ketika proses pembelajaran sebagai satu selingan. Ia dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan dengan proses pembelajaran yang sama sahaja. Penggunaan teknologi ini sekurang-kurangnya dapat menjana minda pelajar serta membuatkan mereka berfikir dan fokus.
Langkah yang kelima ialah mendedahkan penggunaan software-software yang baru dan menarik. Pelajar boleh didedahkan dengan penggunaan software seperti Audacity, Blender dan GIMP. Jika pelajar dilatih menggunakan software-software baru yang ada kini, tidak mustahil satu hari nanti mereka boleh menjadi seorang yang pakar dalam teknologi komputer.
Nama sebenar : Siti Misalin bt Parnoh
No matrik : A138201
Tahun pengajian : Tahun 2 sem 1
Fakulti : Pendidikan (pend khas)
Email : sitimisalin@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/sitimisalin
urlyoutube:
http://www.youtube.com/watch?v=sR6ZGXLTjdw
http://www.youtube.com/channel/SWdCq0Rz6bBq4
http://www.youtube.com/user/faronics?v=GPqyHTI3MqM&feature=pyv
Pengaliran arus perkembangan teknologi yang semakin deras telah menghanyutkan setiap bidang ke dalam gelombang kecanggihannya,termasuklah juga bidang pendidikan.Beberapa langkah boleh dilaksanakan untuk memastikan minat dalam bidang teknologi boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan.Pertama sekali,guru-guru perlu diberi bimbingan dan latihan sebelum mereka digalakkan menggunakan peralatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P)supaya mereka mempunyai kemahiran untuk menggunakan dan mengendalikan peralatan bantuan tersebut.Hal ini kerana,tanpa kemahiran mereka hanya akan merumitkan lagi keadaan dan suasana kelas,seterusnya menyebabkan sesi(P&P)tidak efisien.Terbukti gelombang kecanggihan tidak memuntahkan minat dan kemahiran melainkan peralatan maujud sahaja.Oleh itu,kemahiran tersebut perlu diajarkan kepada guru-guru supaya mereka lebih berminat untuk membuat gabungan kaedah tradisional dengan moden.
ReplyDeleteSehubungan itu,gabungan kemahiran mengajar seorang guru dengan bantuan peralatan teknologi mampu melahirkan suasana(P&P)yang lebih baik.Penggunaan sumber,peralatan dan bahan-bahan yang berkaitan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan efisien.Contohnya,guru menggunakan tayangan video yang beranimasi untuk menerangkan tentang persenyawaan.Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah 'chalk and talk' kerana para pelajar dapat melihat gambaran peristiwa dan penerangannya.Manakala dikatakan efisien kerana guru mampu memberikan konsep dan pemahaman kepada para pelajar tanpa berlaku pembaziran dari segi waktu,tenaga atau kos.
Rentetan itu,kita digalakkan memanfaatkan kemudahan peralatan teknologi seperti telefon pintar dan komputer riba kerana boleh menjimatkan masa.Contoh,guru menyebarkan sesuatu maklumat tentang pelajaran kepada para pelajar dengan menggunakan peralatan mudah alih seperti telefon bimbit dan emel.Keberkesanan teknologi komunikasi ini lebih terjamin kerana boleh dikatakan hampir sepanjang hari peralatan tersebut berada dekat dengan para pelajar.Oleh yang demikian,para pelajar dapat mengetahui makluman tersebut dalam waktu yang singkat.
Selain itu, para guru dianjurkan agar menggalakkan para pelajar mencuba sendiri menggunakan software yang terdapat dalam komputer.Antara software asas yang perlu diketahui dan dikuasai ialah microsoft office word,microsoft office powerpoint dan excell.Pelajar akan lebih berminat untuk menyiapkan tugasan secara bertaip berbanding dengan bertulis.Namun begitu perlu dilihat juga kesesuaian dan tahap-tahap pengajiannya samada masih di sekolah rendah,menengah atau sudah berada di tahap universiti.
Seterusnya,mewujudkan sesi(P&P)inisiatif secara atas talian juga boleh menarik minat para pelajar untuk melibatkan diri dalam sesi tersebut.Contohnya,jika pelajar tidak boleh berada di dalam kelas semasa sesi(P&P)sedang berlangsung mereka boleh mengikuti sesi tersebut melalui internet di tempat mereka berada.Jika sesi tersebut dirakam dan dimuatnaik, para pelajar boleh mendapat manfaat tambahan kerana boleh mengikuti sesi tersebut berulang kali. Kelebihan kaedah pengajaran dan pembelajaran inisiatif ini juga dapat dinikmati oleh pengajar itu sendiri jika beliau menghadapi masalah untuk ke tempat mengajar. Sesi yang berlangsung secara interaktif ini juga bersifat dua hala.
Kesimpulannya, setiap perubahan yang kita hadapi dalam bidang pendidikan pada hari ini mempunyai pro dan kontra masing- masing. Jadi, untuk memenuhi keperluan bidang ini mereka yang terlibat perlu berusaha mewujudkan keadaan menang- menang dengan menggunakan kebijaksanaan dalam memilih yang sesuai untuk diaplikasikan supaya bidang ini tidak terus hanyut dan lemas dalam gelombang kecanggihan.
Nurul Nadira Mohd Noor (A138195)
Fakulti Pendidikan(Pend. Khas Tahun2 sem1)
Emel:adeera_annur@yahoo.com
Facebook:https://www.facebook.com/nurulnadira.mohdnoor.9
Urlyoutube: http://youtu.be/FKI570Tfe4o
http://youtu.be/pgruntL1Pms
http://www.youtube.com/watch?v=CfgzQ3_OINE
http://www.youtube.com/watch?v=8q2pgreugWg&feature=related
Antara langkah lain ialah memberi peluang pekerjaan kepada individu yang mempunyai kemahiran menggunakan peralatan teknologi.Contohnya individu yang mahir menggunakan mesin Braille boleh mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dan guru-guru dalam pengkhususan tersebut untuk menggunakan meesin braille tersebut.Dengan itu,pelajar-pelajar tersebut dapat merasai pengalaman sesi P&P yang lebih baik dan bermakna.
DeleteSelain itu,minat dan kemahiran yang ada dalam diri guru-guru dan kakitangan am sekolah terhadap perisian-perisian dalam komputer boleh membantu mereka dalam proses memfailkan data-data berkaitan dengan sekolah dan murid.Situasi ini menghasilkan penyimpanan rekod yang lebih baik dan sistematik.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMenurut Wan Rozali (2004), teknologi dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaaan peralatan teknologi pendidikan uyntuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.
ReplyDeleteLangkah pertama islah pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan teknologi di setiap sekolah seperti LCD projector, Overhead projector dan makmal komputer yang kondusif. Prasarana teknologi ini dapat dijadikan sebagai alat aplikasi dalam proses P&P . Sebagai contoh, seorang guru mengajar dengan menggunakan slides power point dapat memberikan kelainan dan kepelbagaian dalam kaedah mengajar sekaligus dapat merangsang minat pelajar untuk belajar. Jika sesebuah sekolah itu tidak mempunyai prasarana teknologi yang mencukupi, hal ini dapat menjejaskan kemahiran pelajar menggunakan pelbagai teknologi yang ada pada masa kini kerana kekurangan ilmu pengetahuan.
Seterusnya, seseorang guru itu perlulah bersikap kreatif serta mempunya ilmu yang cukup dalam bidang teknoligi. Sebagai contoh, guru menggunakan teknologi audio untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk memperolehi maklumat yang lebih berkualiti semasa belajar. Teknologi audio boleh menarik minat pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui persembahan audio. Menerusi audio, terdapat beberapa faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran, memudahkan proses penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui teks atau grafik, menjadi panduan yang lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar.
Langkah ketiga ialah pihak sekolah menganjurkan projek berkaitan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Sebagai contoh, Projek Mobile Teaching and Learning (Mobitel). Program ini adalah satu kemudahan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar memperoleh akses kepada teknologi dan maklumat yang lebih luas melalui internet. Projek ini memerlukan pelajar menggunakan peranti mudah alih (pocket PC) dalam bilik darjah untuk meningkatkan kerjasama antara kumpulan. Selain itu,telefon bimbit (melalui teks SMS notis) boleh digunakan terutamanya untuk pendidikan jarak jauh khususnya untuk berkomunikasi maklumat mengenai ketersediaan hasil tugasan dan perubahan tempat pembelajarn.
Di samping itu, para pelajar sendiri perlulah mempunyai minat untuk mempelajari bidang teknologi di sekolah kerana bermula dengan minat barulah teknologi dapat berkembang. Kita semua sedia maklum bahawa setiap sekolah menawarkan subjek Multimedia. Sebagai contoh, pelajar didedahkan mengenai aminasi. Animasi membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian pengguna. Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran disamping meningkatkan kreativiti dan produktiviti pelajar dalam subjek yang dipelajari.
Akhir sekali, dengan mempraktikkan pembelajaran tutorial. Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajararan ekspositori dimana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latih tubi yang juga dikawal oleh sistem. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan dalam CD ROM, cakera keras atau laman web.
Mohd Suffian b. Saad (A138583)
Fakulti Pendidikan ( Sukan dan Rekreasi/Tahun 2)
Emel:mohdsuffiansaad@gmail.com
Facebook:http://www.facebook.com/sUFfpYan?fref=ts
url Youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=rGVnPN-dADI
http://www.youtube.com/watch?v=oacTlY6iB4Q&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=FCGY0bpKUAg&feature=related
Assalammualaikum dan salam sejahtera
ReplyDeletepada pendapat saya 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan.
yang pertama,memperkenalkan sejarah perkembangan komputer. dimana sesuatu perkara perlu diterangkan sejarahnya dahulu supaya dapat memahami.selain itu juga guru seharusnya memperkenalkan bagaimana komputer beroperasi,pengaturcara sistem dan berkaitan dengan komputer.jika sesuatu perkara dapat diketahui maka minat untuk mendalami bidang teknologi amatlah tinggi.ia adalah penting untuk menarik minat pelajar.
yang kedua,memperkenalkan cara penggunaan teknologi.supaya pelajar dapat pendedahan dan dengan ini dapat meningkatkan minat pelajar.sekiranya penggunaan tersebut dapat difahami oleh peljar dan indiviidu minat itu akan datang dengan sendiri ini akan dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan.
yang ketiga,mengadakan pertandingan teknologi dan inovasi.sekiranya pertandingan teknologi ini diadakan disekolah maka pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan apa yang mereka ketahui dalam teknologi dan ini lebih menambahkan minat mereka dan mereka akan berpuas hati jika hasil mereka dapat ditonjolkan dan ini boleh dimanfaatkan dalam pendidikan.
yang keempat,menubuhkan kelab ICT,dimana jika kelab ini ditubuhkan maka generasi yang berminat dalam bidang teknologi akan melibatkan diri mereka ke dalam kelab ini.seterusnya sekolah juga harus menubuhkan kelab ICT dan pihak sekolah harus memilih guru yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang teknologi.jika guru yang berpengalaman dalam bidang teknologo ini maka pengajaran dan pembelajaran yang menarik juga akan membuatkan pelajar minat tentang teknologi. selain itu juga kelab ICT yang penuh dengan kemudahan dapat menambahkan minat pelajar kerana kemudahan yang diberi amat selesa untuk pelajar mempelajari bidang teknologi. kelab ini juga penting untuk melihat sejauh mana potensi pelajar dalam bidang teknologi pendidikan
yang kelima, sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi.Dimana jika guru menggunakan teknologi yang canggih masa kini ini akan menarik minat pelajar didalam kelas,kerana pelajar gemar sesuatu yang baru.selain itu juga guru dapat memupuk minat pelajar dalam menghasilkan teknologi dalalam pendidikan.
NAMA : NORAFISZAA BINTI MOHAMED
NO MATRIK : A137371
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI :PENDIDIKAN (SUKAN & REKREASI)
EMAIL :norafiszaamohamed@yahoo.com
FACEBOOK :http://www.youtube.com/watch?v=IaNUCJXmRak
URL YOUTUBE :http://www.youtube.com/watch?v=H5HxZbCC7j0
:http://www.youtube.com/watch?v=lBeP7sNV87s
:http://www.youtube.com/watch?v=IaNUCJXmRak
Assalamualaikum..
ReplyDeleteLangkah pertama yang boleh dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah dengan menyediakan kelengkapan dan kemudahan perkakasan internet di sekolah-sekolah.Dari segi prasarana, kemudahan internet juga adalah terhad. Walaupun sekolah-sekolah mempunyai komputer, kebanyakkan komputer ini adalah komputer dengan spesifikasi yang rendah, tiada kemudahan multimedia dan internet.Oleh itu bilangan perkakasan di sekolah-sekolah perlulah dipertingkatkan dan jenis komputernya perlulah bersesuaian dengan keperluan perisian yang semakin tinggi dan aktiviti pencarian maklumat melalui internet.
Langkah yang kedua adalah kesedaran kepentingan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan pendidik.Golonggan guru haruslah menyedari tentang kelebihan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran harian.Oleh itu,untuk menyediakan guru yang mahir dalam teknologi ini,para graduan baru hendaklah menyiapkan diri dengan ilmu mengenai pelbagai kemahiran teknologi untuk di aplikasikan dalam pengajaran kelak.Manakala,golonggan guru yang telah lama mengajar juga harus diberikan pendedahan iaitu dengan adanya kursus komputer dalam pendidikan yang mana haruslah dijalankan dengan lebih bersesuaian dan bukan hanya setakat tertumpu kepada latihan menggunakan program aplikasi seperti pemprosesan perkataan dan hamparan elektronik sahaja malahan lebih mendalam lagi.
Langkah yang ketiga adalah memperkasakan kurikulum bersepadu di peringkat sekolah rendah lagi.Dimana memperkenalkan pelajar dengan subjet ICT mulai pada peringkat sekolah rendah dan terus dikembangankan sehingga peringkat menengah.Oleh itu,pada peringkat sekolah rendah pelajar telah didedahkan terlebih dahulu mengenai penggunaan teknologi dalam pendidikan.
Langkah keempat adalah peranan ibu bapa,dimana ibu bapa haruslah mempunyai kesedaran terhadap ledakan teknologi yang berlaku dalam semua bidang.Dengan itu,ibu bapa haruslah dapat menyediakan kemudahan untuk memudahkan anak-anak meningkatkan kemahiran teknologi mereka dengan menyediakan keperluan asas dan menyiapkan diri mereka dengan pengetahuan mengenai teknologi.
Langkah yang kelima adalah,Media memainkan peranan penting untuk menyebarkan sesuatu maklumat dan mencambahkan fikiran rakyat.Pelbagai media seperti televisyen, akhbar, buku, majalah, Internet dan sebagainya haruslah mengunakan saluran mereka untuk menyalurkan maklumat berkaitan teknologi dalam pendidikan.Oleh itu,mendedahkan kepada semua golonggan tentang teknologi pendidikan kerana media mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat.
Nama:Ema Bt Awang
No.Matrik:A137133
Tahun Pengajian:2
Fakulti:Pendidikan
Email:ema_sabila@yahoo.com
facebook:https://www.facebook.com/ema.awang
URL youtube:
1.http://youtu.be/Q6mz3lrZqs0
2.http://youtu.be/pxH3UBeEwb8
3.http://youtu.be/onjdJGXa9KA
Assalamualaikum w.t.b
ReplyDeletePada pandangan saya, lima langkah yang yang perlu dilakukan untuk mamastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah dalam konteks institusi pendidikan, kemudahan yang disedikan perlulah lengkap. Sebagai contoh, setiap sekolah atau institusi mempunyai sekurang-kurangnya sebuah makmal atau bilik komputer . Di samping itu, kemudahan untuk akses kepada internet harus ditingkatkan untuk kemudahan pengguna. Selain itu, kelas-kelas teknologi seperti komputer dalam pendidikan dan teknologi pendidikan dapat membantu meningkatkan pengetahuan pelajar
Guru memainkan peranan penting dalam memastikan minat terhadap teknologi dapat diterapkan dalam pendidikan. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang berasaskan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara ialah penggunaan LCD semasa sesi kuliah dan pembentangan pelajar. Dengan ini fokus pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat ditingkatkan.
Guru juga harus menggunakan teknologi sebagai medium untuk melakukan perbincangan. Contohnya kaedah yang digunakan dalam program "Score A". Segala latihan dijalankan secara dalam talian dan ibubapa dapat menyemak latihan yang dilakukan oleh anak mereka. Dalam konteks pendidikan, guru boleh menggunakan "facebook", emel dan lain-lain sebagai medium perbincangan. Hal ini dapat memudahkan proses komunikasi antara guru dan pelajar.
Ibubapa juga memainkan peranan ynag sangat penting iaitu dengan mengetahui dan mempunyai ilmu mengenai bidang teknologi. Hal ini kerana mereka dapat membantu anak-anak dalam penggunaan teknologi. Adalah lebih baik sekiranya setiap rumah mempunyai sebuah komputer untuk kegunaan seharian.Ibu bapa juga harus mengikuti inovasi terhadap teknologi. Mereka perlu sentiasa peka dengan isu semasa yang berkaitan dengan bidang teknologi supaya dapat mengaplikasikannya dalam membantu proses pembelajaran anak-anak.
Akhir sekali, pelajar itu sendiri harus mempunyai minat dan kesedaran yang tinggi dalam usaha untuk meningkatkan minat mereka dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan. Para pelajar perlu sentiasa peka dengan isu teknologi dapat memperolehi pembelajaran baru mengenai teknologi.
Nama sebenar :Atika Shaffika Binti Nasarudin
Nombor Matrik :A137457
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : FPEND
Email : atikashaffika@gmail.com
Facebook : http://www.facebook.com/atikashaffika
url youtube :
1) http://www.youtube.com/watch?v=skihQvUkaIU&feature=related
2) http://www.youtube.com/watch?v=jljrFJtRovw&feature=related
3) http://www.youtube.com/watch?v=rczqP0FwWrk&feature=fvwrel
Assalamualaikum...
ReplyDeleteAntara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah dengan mengadakan kempen yang berkaitan agar dapat mencetus kesedaran dalam kalangan ibubapa dan masyarakat tentang kepentingan teknologi pada zaman globalisasi ini.
Kedua, Pihak kerajaan hendaklah menyediakan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan komputer dan wifi bagi memudahkan pelajar dan para guru memanfaatkan bidang teknologi dalam pendidikan. Kemudahan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dan guru untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan disamping dapat memupuk minat mereka terhadap teknologi.
Seterusnya, guru-guru juga hendaklah dilatih dengan penggunaan teknologi terkini agar kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan bersama. Sebagai contoh, cikgu hendaklah mempelbagaikan alat bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik seperti menggunakan video, audio, grafik, animasi dan sebagainya. Kaedah seumpama ini dapat membantu pelajar untuk lebih memahami terhadap sesuatu subjek.
Selain itu, guru juga dapat menarik minat pelajar terhadap bidang teknologi dalam pendidikan dengan menjadikan facebook, blog dan medium seumpamanya sebagai satu platform untuk berinteraksi mahupun melakukan perbincangan yang berkaitan dengan tugasan.
Akhir sekali, mewajibkan subjek komputer seperti subjek ICT di sekolah juga dapat menarik minat pelajar untuk meneroka sesuatu yang baru dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk lebih kreatif.
Nama : Nur Fatin Khalida Bt. Aziz Jaafar
Nombor Matrik : A138491
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : FPEND
Email : nurfatinkhalida@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/nurfatinkhalida
url youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=H5HxZbCC7j0
http://www.youtube.com/watch?v=KSNS5MR8dLY&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=bcIkPJf6O6w
Assalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteTeknologi merupakan satu bidang yang bukan sahaja memerlukan penggunaan computer dalam penggunaannya tetapi juga teknologi sebagai bidang yang boleh diguna pakai dalam semua bidang pada masa kini. Sehubungan itu,dilihat teknologi merupakan langkah yang tepat jika seorang guru atau pendidik mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.langkah pertama yang boleh dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah dengan mengadakan aktiviti pembelajaran menggunakan teknologi seperti membiasakan pelajar untuk belajar menggunakan kemudahan-kemudahan teknologi yang telah disediakan di sekolah.Penyediaan makmal komputer merupakan salah satu langkah terbaik yang diambil oleh pihak kerajaan dalam memastikan penggunaan teknologi terus berkembang dalam kalangan murid.
Langkah kedua ialah dengan mewajibkan pembelajaran Teknologi dalam pendidikan yang mana bukan sahaja mereka belajar teori sahaja tetapi juga mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Subjek ICT yang diperkenalkan disekolah merupakan subjek yang dapat menggalakkan pelajar untuk terus mendalami bidang teknologi.Penggunaan slide ataupun powepoint dapat menarik minat pelajar untuk belajar selain menimbulkan minat mereka untuk mencuba sendiri penggunaan teknologi tersebut.
Langkah yang ketiga,menggalakkan perbualan atau perbincangan atas talian seperti melalui yahoo masseger,facebook,twitter ataupun gmail atau yahoo.Selain dapat mempercepatkan penyampaian maklumat dan menjimatkan kos, ia juga memastikan pelajar dapat menggunakan teknologi secara berterusan dan terus dapat mengaplikasikan di alam pekerjaan kelak.
Langkah seterusnya ialah dengan menubuhkan kelab atau persatuan yang melibatkan penggunaan teknologi seperti Kelab Fotografi atau Kelab Penggambaran.kelab atau Persatuan tersebut bolehlah mengadakan akativiti luar seperti pergi ke sesuatu tempat untuk mengambil gamabar.Selain dapat mengambil gambar,murid juga boleh mempelajari pelbagai teknik semasa menggunakan kamera ataupun video cam seperti zoom up and down,tilt up and down.
Langkah yang terakhir ialah peranan ibu bapa iaitu dengan menyediakan kemudahan-kemudahan teknologi di rumah seperti komputer ataupn laptop.Selain itu,ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka untuk mencari maklumat berkaitan dengan pembelajaran di internet.Ibu bapa juga boleh mendaftar secara atas talian latihan -latihan ataupun soalan peperiksaan dan menyuruh anak mereka untuk melakukannya.Hal ini demikian dapat menggalakkan penggunaan teknolgi dalam kalangan anak-anak mereka.
Nama:Siti Nur Rabiatul Adawiyah Binti Nazari
Nombr Matrik: A137685
Tahun Pengajian : 2
Fakulti :FPEND
Email : rabiatuladawiyahnazari@yahoo.com
facebook:http://www.facebook.com/sitinurrabiatulnazari
url youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=lBeP7sNV87s
http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk&feature=related
Salam Sejahtera,
ReplyDeletePada pendapat saya pula, langkah pertama yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah kerajaan perlu memperkenalkan teknologi dalam seluruh Malaysia dengan cara yang menarik dan tidak membebankan semua orang agar dapat semua pelajar, cikgu atau pensyarah sudi menggunakan teknologi yang berkaitan dalam proses P&P. Dalam proses P&P, profesional dalam bidang pendidikan harus banyak menggunakan multimedia dalam pendidikan. Contohnya, penggunaan multimedia dalam pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang digunakan, terdapat kepelbagaian seperti penambahan muzik, video, demonstrasi, malah pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melalui gambar-gambar dan tayangan secara langsung.
Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah pihak sekolah atau Universiti harus sentiasa menggalakkan pelajar atau mahasiswa menggunakan kaedah penerokaan. Mereka harus sentiasa menggalakkan semua pelajar atau mahasiswa menggunakan persembahan elektronik sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat. Contohnya,pihak yang berkaitan perlu memberi tunjuk ajar kepada mereka supaya memastikan proses pembelajaran tidak memakan masa serta dapat mencari laman web yang sesuai dalam masa yang singkat. Dengan melalui cara-cara ini, saya pasti semua pelajar ataupun mahasiswa akan mempunyai minat terhadap bidang teknologi sebagai panduan dalam pelajaran mereka.
Langkah yang ketiga ialah menggunakan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian atau penerimaan maklumat. Hal yang sedemikian dapat memastikan semua pelajar ataupun mahasiswa menggunakan teknologi yang sedia ada untuk mendapat maklumat atau mengkongsi maklumat dengan bukti-bukti yang akan tertinggal selepas mengkongsi atau menerima sesuatu maklumat. Contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggunakan teknologi i-folio untuk memeriksa bahawa seseorang pelajar pernah atau tidak memaut turun nota-nota yang disediakan oleh pensyarah(jika mahasiswa tersebut tidak pernah membaca nota tersebut maka perkataan 'never' akan wujud) atau menjalankan sesuatu perbincangan tentang topik-topik yang diberikan oleh pensyarah(jika seseorang pernah memberi komen maka bukti-bukti akan wujud).
Langkah yang keempat ialah Kementerian Pelajaran harus melengkapkan kemudahan saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. Contohnya, sekiranya terdapat teknologi tanpa wayar di sekitar sekolah ataupun universiti maka semua pelajar atau mahasiswa dapat menggunakan internet dengan mudah dan senang tanpa menghadapi masalah untuk mencari maklumat dalam internet ataupun menggunkan wang saku untuk memohon perkhidmatan jalur lebar.
Akhir sekali ialah memberikan kursus yang berkaitan dengan teknologi kepada guru, bakal guru dan pensyarah. Kursus yang diberikan haruslah termasuk latihan-latihan yang sepatutnya diberikan kepada mereka supaya mereka akan biasa dengan teknologi yang sedia ada semasa proses P&P dijalankan di dalam kelas mahupun kuliah. Contohnya,setiap professional yang menghadir kursus tersebut harus diberikan ujian seperti membuat tayangan video sebelum mereka ‘graduan’.
Nama sebenar : LISA WONG SIEW YIENG
Nombor Matrik : A138493
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : lisawongsiewyieng@yahoo.com
facebook : http://www.facebook.com/lisa.wong.9674
http://www.youtube.com/watch?v=kHuG-x48nIY&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=gf2qeXC6aOo&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=0U05WeXPGlk
http://www.youtube.com/watch?v=dwla8E6jz4g&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=upzvC97ttNw&feature=related
Assalammualaikum..
ReplyDeleteAntara lima langkah yang saya dapat cadangkan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan ialah pertama sekali, kemudahan rangkaian komputer untuk memudahkan lebih banyak mata pelajaran diajar menggunakan teknologi interaktif multimedia bukan hanya menfokuskan kepaa mata pelajaran komputer dan ICT semata-mata dan pengajaran menerusi laman web umpanyanya memerlukan kesedian dan keupayaan semua pihak untuk menjayakannya.
Langkah kedua bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah guru-guru perlu dilatih menggunakan komputer dan juga alat teknologi yang lain seperti Lcd dan sebagainya dalam proses pengajran dan pembelajaran di dalam kelas. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ICT, komputer khususnya dalam pendidikan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih cepat berkembang berbanding pengajaran dan pembelajaran secara manual.
Langkah ketiga ialah kesediaan guru dalam penggunaan alat-alat ICT bagi proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang dapat meningkatkan lagi minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran tanpa bosan dan jemu.
Langkah keempat ilah penggunaan pembelajran elektronik(e-pembelajaran) ialah satu pendekatan pengajran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infrostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan perlaksanaan pembelajaran kolaboratif. E-learning boleh diaplikasikan dalam perlaksanaan program atau mata pelajaran secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka bagi program atau mata pelajaran yag dilaksankan secara konvensional.
Langkah terakhir ialah penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan juga televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa itu terlalu jauh untuk dilawati atau merbahaya.Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-0lah mereka turut berada dalam suasana yang digambarkan.
Sekian terima kasih.
Nama : Nur Atiqah binti Abd Latiff
Nombor Matrik : A137658
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan(Pendidikan Khas)
Email : atiqahlatiff92@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/atiqahlatiff
url youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=-DTbzIvt9Z0
http://www.youtube.com/watch?v=G3oEhGlTttQ
http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o
Assalammualaikum?Pada pandangan saya untuk memastikan minat pelajar terhadap bidang teknologi supaya dapat dimanfaatkan oleh pelajar dalam pendidikan adalah seperti berikut.
ReplyDeletePertama sebelum memberikan rasa minat para pelajar dalam bidang teknologi ini, seharusnya guru itu sendiri dahulu yang minat akan bidang tersebut. Jika guru itu sendiri minat akan bidang teknologi yang diajarnya maka akan mudahlah guru-guru itu untuk menjalankan sesi P&P dan secara automatiknya guru itu akan lebih kreatif dan inovatif dalam pengajarannya dan secara tidak langsung para pelajar akan minat dalam bidang teknologi ini.
Kedua adalah dari segi aspek kemudahan. Kemudahan yang lengkap seperti internet akan memudahkan para pelajar untuk mengakses data dan membuat tugasan aktiviti hands-on yang diberikan. Kemudahan ini adalah sangat penting untuk memberikan para pelajar untuk minat dan "explore" sendiri tugasan ataupun aktiviti tersebut. Tanpa ada kemudahan seperti ini, para pelajar akan merasa malas dan tiada rasa ingin melakukan tugasan yang diberikan tersebut.
Ketiga, perbincangan atas talian juga akan menarik pelajar dalam bidang teknologi ini. Seharusnya perbincangan atas talian ini berlangsung semasa pengajaran dijalankan. Ini adalah kerana, tidak semua pelajar mahu bersuara dan ingin memberikan pendapat masing-masing semasa P&P berlangsung. Walaubagaimanapun, kemudahan ini haruslah mencukupi untuk menampung untuk kegunaan para pelajar.
Keempat ialah dengan memberikan galakkan rasa ingin tahu untuk "explore". Saya yakin, pendekatan seperti ini sudah pasti pelajar merasa malas dan tidak mahu membuat dan secara tidak langsung boleh menimbulkan rasa tidak minat terhadap bidang teknologi ini. Akan tetapi, saya yakin selepas membuat proses membuat tugasan ini pelajar akan "explore" benda baru dan secara tidak langsung pelajar timbul akan minat ingin meneroka sesuatu yang baru mereka pelajari. Saya sendiri mengalami situasi seperti ini. Proses ini berjaya menarik minat saya dalam bidang komputer yang saya pernah ambil.
Akhir sekali ialah, pendidik boleh juga memberikan pendekatan seperti meneroka cabaran baru. Maksudnya disini ialah, guru memberikan satu tugasan dan biarkan pelajar itu sendiri meneroka. Guru tidak seharusnya membimbing satu persatu langkah untuk pelajar tersebut melakukan tugasan yang diberikan. Biarkan pelajar itu sendiri meneroka dan biarkan mereka belajar dari kesilapan mereka sendiri. Walaubagaimanapun, jika pelajar mempunyai masalah dan keraguan bolehlah diberikan sedikit penerangan dan gambaran untuk melakukan sesuatu tugasan yang diberikan tersebut.
Nama: Dayangku Siti Nur Amalina Binti Pengiran Haji Mahmud
Nombor Matrik: A138727
Tahun Pengajian: 2
Fakulti: FPEND (Pendidikan Khas)
Email: dayangkuamalinaphm@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/dsnamalphm
URL Youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=YBv79LKfMt4
http://www.youtube.com/watch?v=VTSM0m6aT9M
http://www.youtube.com/watch?v=uBbY-s5b1RE
Assalamualaikum..
ReplyDeletepada pendapat saya, antara langkah-langkah untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah:
langkah pertama, menggalakkan penggunaan ICT untuk pembelajaran di mana ianya dapat menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. hal ini kerana, apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain,pelajar-pelajar bol eh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT malahan mereka mempunyai kebebasan dalam menggunakan kemudahan ICT berdasarkan kehendak mereka. hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar dalam penggunaan teknologi.
langkah kedua, mengadakan pameran berdasarkan bidang teknologi di mana sahaja khususnya di sekolah dan pusat IPT. Pelbagai aktiviti mengenai teknologi harus diadakan seperti mempamerkan sesuatu inovasi yang baru dalam pendidikan agar dapat menarik minat pelajar terhadap penggunaan teknologi. Dengan adanya cara ini, pelajar-pelajar dapat mengetahui sesuatu perkara baru tentang pentingnya bidang teknologi dalam pendidikan.
langkah ketiga, galakkan ibu bapa khususnya para guru serta pengajar juga merupakan salah satu cara bagi menarik minat bidang teknologi dimanfaatkan dalam pendidikan. pendedahan tentang kemahiran bidang teknologi haruslah dilakukan tidak kira dimana sahaja supaya maklumat tersebut sampai kepada para pelajar sekaligus dapat menarik minat mereka terhadap penggunaan teknologi dalam pendidikan.
langkah keempat, guru serta pengajar haruslah memiliki kemahiran dalam bidang teknologi supaya dapat membantu pera pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat, serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang diharapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
langkah kelima, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran haruslah membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat khususnya para pelajar mendapat manfaat daripada ICT.
Nama: Nor Fatin Syuhada Bt Abu Bakar
No. Matrik: A138278
Tahun Pengajian: 2
Fakulti: Pendidikan (Sukan & Rekreasi)
Email: norfatinsyuhadaabubakar@yahoo.com
facebook: https://www.facebook.com/norfatinsyuhadaabubakar
url youtube:
http://youtu.be/4oNyPQhjBWo
http://youtu.be/FKI570Tfe4o
http://youtu.be/4_U4p0B1GAM
http://youtu.be/a7IZmqt4q-Y
Assalamualaikum..
ReplyDeletePada pendapat saya,5 langkah untuk memastikan minat dalam bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah seperti berikut:
1. Teknologi adalah digunakan untuk merangsang dan ilustrasi yang boleh menghasilkan konsep pemahaman yang lebih dalam.Contoh semasa dalam kelas, pembelajaran digunakan oleh projektor yang membolehkan guru untuk menunjukkan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah kepada pelajar dan bukannya dengan hanya satu perkataan atau symbol. Selain itu,dengan menggunakan projector tersebut pelajar boleh mengukuhkan idea dengan mencuba simulasi oleh diri mereka sendiri daripada apa yang mereka belajar.
2. Perbezaan masa dahulu dan sekarang,dahulu pelajar boleh menulis dalam buku nota, dan apa yang mereka menulis telah dilihat hanya oleh guru. Menggunakan teknologi moden mereka boleh membuat persembahan PowerPoint, rekod / mengedit kata yang diucapkan, lakukan fotografi digital, membuat video, menjalankan sebuah akhbar kelas, membuat laman web, membuat blog dan sebagainya. Dan ini menggalakkan mereka minat pada IT.
3. Memberi motivasi kepada pengguna supaya mereka boleh meningkatkan prestasi mereka dengan memberi satu ucapan yang boleh membuatkan mereka minat dalm teknologi tersebut dan ingin tahu yang lebih dan mencabar. Dan motivasi boleh menarik minat pengguna untuk menggunakan teknologi dimana-mana.
4. Dari segi penjimatan- Penjimatan yang mengakibatkan daripada menggunakan teknologi boleh datang dalam banyak aspek. Pada peringkat asas teknologi boleh menggantikan infrastruktur. Meja, buku, peralatan makmal dan barangan lain adalah beban kos yang berat kepada sekolah-sekolah di mana-mana. Teknologi dan peranti boleh membantu menjimatkan kos ini.
5. Kemudahan akses kepada Internet boleh memberikan sumber hampir tanpa had maklumat. Semua pengetahuan dan sumber yang terkandung boleh dapat dimana-mana bagi dan mudah alih untuk membolehkan kerjasama yang lebih erat antara pelajar yang dalam kerja kumpulan.
Nama: Mohammad Ahdani Bin Haji Husli
No.Matrik: A138689
Tahun: 2
Fakulti: Pendidikan(Sukan Dan Rekreasi)
Email:Fane_271@hotmail.com
Facebook:https://www.facebook.com/MohammadAhdaniBinHajiHusli
Youtube Link:
http://www.youtube.com/watch?v=-Ir4-EFVhzI
http://www.youtube.com/watch?v=gGY2cwWC8Ag&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=kHuG-x48nIY&feature=related
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
ReplyDeleteLANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN MINAT TERHADAP BIDANG TEKNOLOGI DAPAT DIMANFAATKAN DALAM PENDIDIKAN
Saban hari, penggunaan teknologi menjadi sangat penting dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana, penggunaan teknologi dapat membantu manusia dalam menguruskan maklumat secara tepat, pantas dan mudah. Pelbagai perkara yang dilaksanakan melibatkan penggunaan teknologi terutamanya dalam bidang pendidikan. Oleh hal yang demikian, langkah yang serius perlu diambil bagi mematikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan dari semasa ke semasa.
Langkah pertama yang harus diketengahkan adalah dengan menjadikan subjek Teknologi Pendidikan sebagai subjek wajib pada peringkat sekolah. Maklumat tentang teknologi dapat disebarkan dengan lebih mendalam kepada murid-murid melalui pembelajaran yang dilaksanakan sekali gus dapat menarik minat terhadap bidang ini. Kini, subjek di peringkat sekolah yang berkaitan teknologi adalah seperti subjek Information And Communication Technology (ICT). Subjek ini merupakan salah satu subjek yang memberi impak yang besar kepada murid-murid dalam bidang teknologi.
Langkah kedua adalah dengan menjadikan penggunaan alatan teknologi sebagai alat utama dalam aktiviti pembelajaran yang dikenali sebagai Computer Based Education (CBE). Aktiviti pembelajaran akan menjadi mudah dengan adanya alat teknologi. Misalnya dalam penerangan yang ditunjukkan melalui perisian Microsoft Office Power Point. Pembelajaran secara grafik dapat membantu pelajar memahami kandungan pelajaran dengan lebih mudah. Selain itu, melalui teknologi terkini para pendidik turut boleh menyampaikan arahan dalam pelajaran dengan menggunakan sistem Computer Assisted Instruction (CAI). Oleh itu, aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
Langkah ketiga bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah dengan menjadikan teknologi sebagai medium bagi menyimpan segala data pendidik dan murid, bahan-bahan aktiviti pembelajaran serta bahan-bahan ujian mahupun latihan di sekolah. Aspek pendidikan akan menjadi lebih mudah dilaksanakan dan tidak perlu mengeluarkan tenaga yang banyak bagi menguruskan segala maklumat tersebut. Hal ini demikian kerana, maklumat tersebut hanya perlu diakses dalam rangkaian penyimpanan maklumat tersebut.
Langkah keempat pula adalah dengan memberi pendekatan awal kepada kanak-kanak mengenai maklumat berkaitan teknologi. Hal ini akan dapat memupuk minat kanak-kanak tersebut terhadap teknologi dan mereka akan dapat memanfaatkan maklumat tersebut dalam pendidikan. Misalnya melalui pendedahan ibu bapa terhadap penggunaan komputer dalam pembelajaran awal anak-anak mereka. Grafik bergerak yang ditunjukkan di dalam komputer akan lebih menarik minat kanak-kanak untuk belajar berbanding grafik tidak bergerak yang terdapat di dalam buku.
Bagi langkah kelima, minat terhadap teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah melalui kerjasama pihak-pihak tertentu. Misalnya adalah melalui kerja keras pihak berkaitan yang terlibat dalam meluaskan lagi rangkaian jalur lebar terutamanya di kawasan luar bandar. Seperti yang diketahui, secara majoritinya kawasan luar bandar merupakan kawasan yang sukar untuk mendapat rangkaian jalur lebar. Melalui perluasan rangkaian yang dilaksanakan, generasi kini akan dapat menjalani pembelajaran setaraf dengan generasi sama yang tinggal di bandar.
Nama : Nur Faika Binti Mohd Razali
Nombor Matrik : A137154
Tahun Pengajian : 2 (2012/2013)
Fakulti : Pendidikan (Pendidikan Khas)
Email : faika_6891@yahoo.com
Facebook : a137154nurfaikamohdrazali@facebook.com (Nur Faika Mohd Razali)
URL Youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan :
http://youtu.be/UFwWWsz_X9s
http://youtu.be/3zKdPOHhNfY
http://youtu.be/rvyP-cwpHN8
http://youtu.be/YsJmKTa1SXA
http://youtu.be/6ajSzOseXVQ
Assalamualaikum...
ReplyDeletePada pendapat saya antara lima langkah untuk memastikan minat dalam bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah dengan menggalakkan para pelajar untuk menerokai bidang teknologi dalam pendidikan.Kita juga perlu merangsang orang ramai supaya peka dengan perkembangan dan pembaharuan yang sedang berlaku dalam teknologi pendidikan seharian.
Seterusnya, sentiasa mencetuskan inovasi-inovasi baru dalam teknik pengajaran dalam menggunakan teknologi supaya lebih menarik minat para pelajar dan lebih mudah mencerap sesuatu ilmu tersebut.Pencetusan inovasi dan teknologi baru dalam pendidikan akan mendatangkan manfaat yang sangat baik dan bergua kepada semua masyarakat.Sebagai contoh penggunaan laman ifolio dalam melakukan pengajian amat berguna dan berkesan.
Selain itu, kita perlu sedar dengan potensi penggunaan teknologi dalam pendidikan yang telah membawa banyak perubahan dan kejayaan kepada seluruh umat manusia masa kini.Kesedaran ini penting supaya kita tidak ketinggalan dalam arus perubahan semasa.kita perlu sedar tentang peluang-peluang kejayaan yang tersedia dengan memaksimumkan penggunaan internet dalam pembelajaran.
Seterusnya,penggunaan teknologi pendidikan perlu dipelajari dan dihayati supaya ianya digunakan sebaik mungkin serta tidak disalah guna.masyarakat perlu diterangkan dan di ajar mengenai teknologi pendidikan ini supaya mereka tahu fungsi-fungi sesuatu teknologi tersebut serta dapat digunakan dengan optimum dan teratur.
Selain daripad itu,teknologi pendidikan bukan sekadar untuk melihat sesuatu yang baru dan kreatih, tetapi apa yang paling penting ialah sejauh mana ia akan memberikan manfaat kefahan yang tinggi kepada pelajar.Walaupun sesuatu teknologi itu hebat dan canggih tetapi jika tidak memberikan kefahaman dan kesan yang mendalam kepada pengguna atau seseorang itu, maka teknologi tersebut belum lagi berjaya dari segi output kepada kita.
nama : Mohammad Al Ghazali Bin Ab. Hamid
no Matrik :A138657
tahun :2
Fakuti : Pendidikan(sukan dan rekreasi)
email : alghazalihamid@yahoo.com
facebook :http://www.facebook.com/mohdalghazali.abhamid
youtube link:
http://www.youtube.com/watch?v=kHuG-x48nIY&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=gf2qeXC6aOo&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=0U05WeXPGlk
http://www.youtube.com/watch?v=0U05WeXPGlk
http://www.youtube.com/watch?v=dwla8E6jz4g&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=upzvC97ttNw&feature=relate
ASSALAMUALAIKUM …
ReplyDeleteCadangan pertama tentang langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah memastikan diri menguasai bidang teknologi. Hal ini kerana seorang guru itu terlebih dahulu harus mengusai sesuatu bidang sebelum mengajar pelajarnya. Dalam hal ini seorang guru seharusnya memastikan diri mereka mengusai sepenuhnya bidang teknolgi ini bagi menarik minat pelajar-pelajar dalam menceburi bidang teknologi. Apabila pelajar mula meminati bidang ini ianya akan memudahkan guru mengajar pelajar dengan mengunakan pendekatan berkaitan teknologi dalam prosese pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan yang kedua ialah mengadakan khursus khas berkaitan teknologi kepada semua bakal guru. Hal ini kerana kebanyakan guru di sekolah masih belum mahir dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran serta tidak minat mempelajarinya. Dengan adanya khursus ini ianya boleh mengajar guru-guru menggunakan teknologi sebagai bahan bantu mengajar kepada para pelajar. Selain itu ianya juga boleh menarik minat guru-guru untuk mengusai bidang teknologi kerana ianya mudah bagi guru-guru menyediakan bahan bantu mengajar serta dapat menarik perhatian para pelajar untuk belajar
Langkah yang ketiga ialah menyediakan makmal komputer di setiap sekolah. Makmal komputer amat penting dalam menarik minat para pelajar serta guru dalam bidang teknologi ini terutamanya bagi sekolah di luar Bandar. Makmal komputer menjadi asas kepada para pelajar untuk mempelajari menggunakan komputer sebagai alat teknologi. Pera pelajar dan guru boleh mempelajari pelbagai maklumat serta program yang ada di dalam komputer. Hal ini akan menarik minat para pelajar serta guru unuk terus mempelajarinya. Selain itu ianya juga boleh membantu guru-guru mencari bahan bantu mengajar di makmal computer yang telah disediakan.
Langkah yang seterusnya ialah menyediakan kemudahan jalur lebar. Kemudahan jalur lebar haruslah disediakan dikawasan luar bandar atau pendalaman kerana para pelajar serta guru memerlukan kemudahan ini dalam membantu mereka menguasai serta mengikuti perkembangan teknologi sekarang. Kemudahan jalur lebar ini dapat memudahkan para pelajar serta guru mempelajari sendiri bagaimana mengusai sesuatu yang baru dalam perkembangan teknoligi. Para pelajar juga boleh belajar dengan sendiri di rumah dengan hanya mencari maklumat tentang sesuatu yang mereka mahu belajar di dalam internet serta mempelajarinya sendiri. Kesemua maklumat yang mereka mahukan ada didalam internet. Hal ini akan menarik minat mereka untuk terus mempelajari teknolgi bagi tujuan pendidikan.
Langkah yang terakhir ialah menanam sikap ingin belajar. Sikap ini penting bagi menarik minat guru serta pelajar untuk mempelajari benda yang baharu. Apabila sikap ini pada guru dan pelajar ianya memudahkan penerimaan sesuatu yang baru dalam pendidikan. Selaian itu ianya juga membolehkan guru serta pelajar menguasai dengan cepat setiap teknologi dalam pendidikan yang baru dipelajari serta menarik minat untuk terus menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini memudah sesautu pengajaran itu disampaikan kerana masing-masing minat serta tertarik dengan apa yang hendak disampaikan.
Nama sebenar : Muhammad Khairullah Bin Ibrahim
Nombor Matrik : A138246
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : kero_islamic91@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/muhammadkhairullahibrahim
Bidang pendidikan memerlukan produk daripada bidang teknologi untuk membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan efisien.Manakala bidang teknologi pula memerlukan kepada ilmu dan tunjuk ajar daripada bidang pendidikan untuk menghasilkan sesuatu produk. Dengan kata lain,guru yang menghasilkan seorang pekerja dan guru akan menggunakan produk yang dihasilkan oleh pekerja tersebut.Kedua-duanya saling memerlukan untuk menghasilkan gandingan mantap yang mencetus kepada perubahan yang positif dalam sesi P&P umumnya.
ReplyDeleteTerdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan minat dalam bidang teknologi dapat dilaksanakan dalam pendidikan.Antaranya ialah membuat gabungan kaedah mengajar tradisional dan moden.Kaedah tradisional seperti kaedah 'chalk and talk' diselang-seli dengan kaedah moden yang menggunakan peralatan berteknologi seperti komputer dan pemancar LCD.Keadaan ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) lebih menarik dan boleh menarik minat pelajar.
Sehubungan itu, para guru perlu diberi latihan kemahiran untuk menggunakan dan menghasilkan bahan bantu mengajar(BBM) yang lebih menarik untuk sesi P&P.BBM yang bersesuaian dan menarik akan menjadikan sesi P&P lebih efektif dan efisien kerana sesuatu konsep boleh diterangkan dengan lebih terperinci tanpa pembaziran masa,tenaga dan kos.Oleh itu,pelajar akan lebih mudah untuk memahami topik yang diajar.
Selain itu,para pelajar sendiri perlu diberi peluang untuk meneroka dan mencari maklumat yang berkaitan dengan pelajaran mereka.Peluang ini bukan sahaja boleh meningkatkan kemahiran mereka menggunakan enjin carian,tetapi juga mengasah kemahiran analitikal mereka untuk mencari, memilih dan menentukan bahan-bahan yang tepat,betul dan bermanfaat.
Seterusnya,sesi P&P interaktif dua hala juga boleh dilaksanakan.Banyak manfaat yang boleh dinikmati oleh kedua-dua belah pihak,iaitu pihak pelajar dan pihak guru.Antaranya ialah sesi P&P tetap boleh berlangsung walaupun tidak berkumpul dalam satu bilik darjah atau dewan kuliah.Selain itu,para pelajar boleh berulangkali menonton tayangan sesi P&P tersebut jika dirakam dan dimuatnaik.
Langkah terakhir ialah mewujudkan perbincangan secara atas talian melalui laman-laman sosial seperti 'facebook' dan 'yahoogroup'.Dimensi baru ini boleh memupuk minat pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam perbincangan tersebut.Namun begitu,kekerapan aktiviti atas talian perlu mengikut kesesuaian.Maksudnya,perbincangan secara bersemuka juga perlu dilakukan dan tidak menumpukan seratus peratus kepada perbincangan menggunakan medium atas talian semata-mata.
Kesimpulannya,perkembangan teknologi juga boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan tetapi perlu menimbangkan pro dan kontra terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang peralatan dan perisian.Pengaplikasian sesuatu kemahiran juga perlu dititikberatkan agar bersesuaian dengan P&P.Dengan itu,teknologi dan pendidikan boleh digandingkan fungsinya untuk mewujudkan suasana P&P yang baru.
Azwan bin Mohdar
A137724
Fakulti Pendidikan (Sukan & Rekreasi Tahun 2 Sem 1)
emel: azwan.mohdar@yahoo.com
facebook: http://www.facebook.com/azwanmohdar
Urlyoutube:
http://www.youtube.com/watch?v=8q2pgreugWg&feature=related
http://youtu.be/FKI570Tfe4o
http://www.youtube.com/watch?v=CfgzQ3_OINE
http://youtu.be/pgruntL1Pms
http://youtu.be/UFwWWsz_X9s
Assalamualaikum,,
ReplyDeletePada pandangan saya,langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah seseorang itu mestilah mempunyai minat untuk mendalami ilmu teknologi ini.Hal ini kerana sekiranya seseorang itu mempunyai minat yang mendalam terhadap ilmu teknologi barulah dia akan mengeksplorasi dengan lebih mendalam ilmu teknologi ini sebelum mengajarkannya kepada orang lain.Sebagai contohnya,seseorang guru perlulah mahir dalam menggunakan barang-barang teknologi yang terdapat pada masa kini bertujuan untuk memudahkannya mengajar kepada murid-murid.
Seterusnya,langkah lain yang perlu dilakukan ialah menjadikan peralatan berteknologi sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran tradisional.Pada masa kini terdapat pelbagai peralatan teknologi yang telah dikeluarkan.Justeru itu,dengan adanya alatan-alatan berteknologi ini dapat menjadikannya sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran tradisional yang digunakan sebelum ini.Sebagai contohnya,penggunaan LCD dapat memudahkan pelajar untuk belajar sekaligus dapat menarik minat mereka selain menjadikan sesi pengajaran lebih menarik.
Selain itu,langkah lain untuk memastikan minat terhadap teknologi dapat dimanfaatkan dalam penddikan ialah mengaplikasikan ilmu berkaitan teknologi yang dipelajari.Sebagai contoh perisian dalam komputer seperti movie maker, microsoft word, powerpoint boleh digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik. BBM yang bersesuaian boleh menghasilkan sesi P&P yang lebih kondusif dan efisien. Pelajar juga dapat memahami konsep dengan lebih mudah tanpa berlaku pembaziran dari segi tenaga, masa dan kos.
Di samping itu,penghasilan dan penerbitan buku-buku teks dan buku-buku latihan yang lebih baik.Hal ini kerana dengan adanya teknologi,buku tersebut dapat dihasilkan dengan lebih menarik,berwarna,banyak gambar dan penghasilannya lebih kreatif dan berkualiti.Dengan ini pelajar tidak lagi cepat boring untuk membaca buku kerana ianya kelihatan lebih menarik.
Langkah terakhir pula ialah menghasilkan peralatan berteknologi untuk kegunaan orang-orang kelainan upaya (OKU).Penghasilan peralatan teknologi seperti mesin braille untuk orang buta dan alat bantu dengar untuk orang pekak ini penting demi untuk kemajuan dan kejayaan orang-orang OKU ini sekaligus menafikan dakwaan yang golongan-golongan OKU ini dipinggirkan.
Nama Sebenar : Muhammad Rushdan Bin Zainudin
No.Matrik : A138422
Tahun : 2 (2012/2013)
Fakulti : Pendidikan(Sukan dan Rekreasi)
Emel : fanatic_boyz291@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/sebalik.tabir.9
Urlyoutube : http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s&feature=fvwrel
http://www.youtube.com/watch?v=8q2pgreugWg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=vPO_HGafBsE&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=g7_mOdi3O5E&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=S0UgTe2xml4&feature=related
Assalamualaikum..
ReplyDeletePada pandangan saya, untuk memastikan teknologi dalam pendidikan dapat dimanfaatkan ialah dengan cara, memastikan diri kita minat terlebih dahulu dalam bidang teknologi ini. Ini adalah kerana,dengan adanya minat terhadap bidang ini, seseorang akan lebih menghayati teknologi ini. Selain itu juga, seorang guru hendaklah mengetahui dengan lebih mendalam tentang teknologi pendidikan supaya murid-murid akan lebih berminat tentang teknologi pendidikan ini.
Di samping itu juga, perkembangan Teknologi maklumat (IT) dengan aplikasinya telah mengubah corak dan cara manusia berfikir dan bekerja. Komputer dijadikan alat dalam pelbagai bidang perkerjaan antara lainnya adalah seperti perniagaan, pendidikan, kesihatan, muzik, ketenteraan,
kejuruteraan, sains dan sebagainya. Dengan adanya penggunaan seperti ini, teknologi pendidikan dapat diaplikasikan oleh semua orang dan dimana sahaja.
Seterusnya, dengan adanya pendidikan jarak, rangkaian pendidikan yang lengkap telah diwujudkan untuk memastikan pendidikan secara jarak jauh ini dapat dijalankan. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh, tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Di sini dapat kita lihat bahawa, pendidikan jarak jauh ini telah mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan.
Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada penggunaan dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam era yang semakin moden ini.Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut malah, mereka hanya perlu mencari maklumat melalui teknologi yang telah disediakan sahaja.
Yang terakhir sekali ialah, dengan adanya perbincangan di atas talian, mampu untuk menarik minat para pelajar untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ini adalah kerana komunikasi secara ini sangat menarik dan seronok.
Nama : Farah Liyana Bt Sholehhuddin
No Matrik: A138438
TAhun : 2(2012/2013)
Fakulti : Pendidikan (Pendidikan Khas)
Emel :farahliyanasholehhuddin@yahoo.com
Facebook :http://www.facebook.com/farahliyanasholehhuddin
http://www.youtube.com/watch?v=kHuG-x48nIY&feature=related
http://youtu.be/YsJmKTa1SXA
http://www.youtube.com/watch?v=0U05WeXPGlk
http://www.youtube.com/watch?v=G3oEhGlTttQ
assalamualaikum wbt..
ReplyDeletePada pendapat saya, langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah pelajar perlu didedahkan dengan kecanggihan teknologi sejak dari bangku sekolah lagi supaya mereka tahu cara mengaplikasikannya dalam pendidikan supaya tidak ketinggalan dalam dunia IT yang semakin canggih abad ini.
Selain itu, seseorang pendidik atau tenaga pengajar berkaitan ilmu teknologi harus mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa melakukan inovasi terhadap pelajar-pelajarnya tentang teknologi. Hal ini dimana, guru itu perlu mempelbagaikan kaedah mengajar yang boleh merangsang minda pelajar-pelajarnya supaya mereka lebih cepat faham terhadap sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga perlu melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran sebagai contoh sering mengadakan aktiviti kumpulan dan tugasan individu kepada pelajar berkaitan dengan teknologi seperti membuat video, mengambil gambar dengan pelbagai teknik dan sebagainya supaya mereka lebih tahu dan arif jika mereka sendiri yang melakukan berbanding jika guru hanya bercakap sahaja tanpa mengaplikasikannya.
Walau bagaimanapun, pihak berkaitan perlu mengadakan lebih kerap 'event' supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam pelbagai perancangan dan pengurusan teknologi dalam sesebuah program disamping itu mereka akan terdedah kepada penggunaan teknologi masa kini.
selain itu, kerajaan juga bertanggungjawab melakukan kempen-kempen elektronik dan bukan elektronik supaya masyarakat luar bandar dan golongan warga emas juga turut didedahkan akan kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan dan kehidupan seharian supaya dapat mengahapuskan masyarakat buta IT dalam kalangan masyarakat kita..
RAS ADIZA BINTI JAFRI
A138496
TAHUN 2
FAKULTI PENDIDIKAN (sukan dan rekreasi)
ras_adiza@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/rasadiza
http://www.youtube.com/watch?v=dwla8E6jz4g&feature=related
http://youtu.be/pgruntL1Pms
http://www.youtube.com/watch?v=0U05WeXPGlk
assalamualaikum,
ReplyDeletePada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan minat terhadap teknologi dapat diambil perhatian terhadap sistem pendidikan di malaysia ialah guru dan pelajar perlu didedahkan dengan teknologi yang memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran supaya pelajar tidak menyalahgunakan alat teknologi seperti dengan membuka laman web yang tidak sihat atau menggunakannya semata-mata untuk hiburan.
langkah seterusnya yang wajar diambil ialah membuat kempen yang memperkenalkan teknologi yang sesuai bagi kemajuan pendidikan negara seperti mempelajari sesuatu kemahiran berdasarkan video klip di lawan www.youtube.com seperti mempelajari teknik permainan pada peringkat antarabangsa.
selain itu,perkembangan Teknologi maklumat (IT) dengan aplikasinya telah mengubah corak dan cara manusia berfikir dan bekerja. Komputer dijadikan alat dalam pelbagai bidang perkerjaan antara lainnya adalah seperti perniagaan, pendidikan, kesihatan, muzik, ketenteraan,
kejuruteraan, sains dan sebagainya.
walaubagaimanapon,langkah lain untuk memastikan minat terhadap teknologi dapat dimanfaatkan dalam penddikan ialah mengaplikasikan ilmu berkaitan teknologi yang dipelajari.Sebagai contoh perisian dalam komputer seperti movie maker, microsoft word, powerpoint boleh digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik. BBM yang bersesuaian boleh menghasilkan sesi P&P yang lebih kondusif dan efisien. Pelajar juga dapat memahami konsep dengan lebih mudah tanpa berlaku pembaziran dari segi tenaga, masa dan kos.
pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran haruslah membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat khususnya para pelajar mendapat manfaat daripada ICT.
MOHD ABU ISA ATTARMIZI BIN AHMAD
A138261
TAHUN 2
FAKULTI PENDIDIKAN(SUKAN DAN REKREASI)
attarmizi19@yahoo.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/mohd.tarmizi.771?ref=tn_tnmn
http://youtu.be/4oNyPQhjBWo
http://www.youtube.com/watch?v=oacTlY6iB4Q&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=OT6XFAJFHBg
http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
Bismillahirahmanirahim.....
ReplyDeleteKeprihatinan kerajaan terhadap bidang teknologi dalam pendidikan telah membuka mata orang ramai yang mana dalam belanjawan 2001 telah memutuskan bahawa akan menubuhkan sebanyak 1,262 buah makmal komputer di sekolah-sekolah di luar bandar (Utusan Malaysia, 28 November 2000).
Antara langkah bagi memupuk minat pelajar terhadap bidang teknologi adalah mewujudkan pengelompokan pelajar atau pool of students di dalam jurusan sains dan teknologi di semua sekolah di seluruh negara. Pengelompokan pelajar ini seharusnya dilakukan secara besar-besaran pada periingkat sekkolah rendah lagi kerana dengan pergerakan dan peredaran sistem teknologi yang semakin pantas maka ia perlu disegerakan bagi mempertingkatkan bilangan semasa pakar dalam bidang sains dan teknologi.
Selain itu, kerajaan juga dapat memperkasakan kurikulum bersepadu di peringkat sekolah rendah khususnya dalam subjek teknologi maklumat. Dengan mengadakan pelbagai pertandingan di peringkat sekolah, negeri dan negara ia mampu meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar dari semasa ke semasa. Melalui program tersebut maka dapat membantu pelajar mengekori atau menelusuri perkembangan teknologi dunia yang begitu pantas masa kini.
Sehubungan itu, para pelajar perlu diberi pendedahan awal tentang pengetahuan berkaitan sains dan teknologi. Hal ini akan memudahkan mereka untuk menterjemah pengetahuan sedia ada apabila berada di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Jika nisbah pelajar dalam bidang sains dan teknologi meningkat ke tahap maksimum maka negara ini nanti akan memiliki ramai tenaga pakar dan berkemahiran tinggi. Dengan penumpuan tersebut maka inovasi sains dan teknologi negara akan berkembang dengan pesat.
Tutorial melibatkan komputer juga dapat memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran yang disampaikan secara berperingkat-peringkat serta diikuti dengan soalan-soalan. Komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas dan ia bersesuaian untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah dalam peperiksaan.
Selain itu, teknologi dalam pendidikan juga harus dijadikan sebagai bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar ini digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Dengan penyampaian guru yang jelas dan menarik akan dapat menarik tumpuan pelajar semasa proses P&P seterusnya minatnya terhadap pelajaran akan timbul. Oleh itu, guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar ini secara kreatif dan inovasi serta tidak mempunyai unsur-unsur yang melalaikan.
Nama sebenar : Syed Mohd Najib Bin Syed Yahya
Nombor Matrik : A138322
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : FPEND
Email : najib_syed @yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/syed.najib.94?ref=tn_tnmn
url youtube :http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o
http://www.youtube.com/watch?v=4ctYS1L6jeM&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=lBeP7sNV87s
Assalamualaikum
ReplyDeletePada pendapat saya, langkah- langkah perlu diambil untuk menarik minat pelajar ialah menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Seperti dimaklumi, minat adalah sangat penting dalam mempengaruhi sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Banyak kajian mendapati minat dapat mempengaruhi seseorang terhadap sesuatu pekerjaan ataupun tugasan yang dilakukan. Dalam aspek ICT pengaruh minat guru-guru adalah sangat penting terutamanya dalam memastikan sikap mereka terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran.. Contohnya boleh diaplikasikan dalam sejarah.
Selain itu, Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P terutama semasa membuat pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah.
Seterusnya,Seterusnya melalui penglibatan pelajar dalam kokurikulum akademik menerusi kelab- kelab ICT, multimedia, sains dan reka cipta di sekolah dapat memupuk minat dalam teknologi pendidikan. Para pentadbir sekolah hendaklah merancang pelbagai program yang berkaitan teknologi pendidikan seperti pertandingan, minggu teknologi dan lain-lain serta memberi galakan kepada guru dan pelajar menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh PPD serta mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.. Pelbagai idea dan produk dapat terhasil melalui gabungan minat pembimbing dan pelajar. Secara tidak langsung, akan menggalakkan kajian, penemuan dan teknologi baru dalam pelbagai bidang yang tentunya sangat bermanfaat kepada negara.
Di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran, pemilihan bahan teknologi bukanlah sukar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan bahan serta kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar setelah sesuatu bahan digunakan.
Selain itu juga, untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bidang teknologi pendidikan ialah dengan mengadakan pertandingan atau mengadakan kempen dari masa ke semasa dan dalam aktviti tersebut, maklumat terkini mengenai perkembangan dan kepentingan teknologi pendidikan perlu diberikan kepada pelajar dan ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk lebih mendalami bidang teknologi. Aktiviti sebegini sudah pasti akan membantu menarik minat pelajar memandangkan semakin lama dunia mengalami era globalisasi dan teknologi amatlah penting untuk persaingan sesama ahli masyarakat.Contohnya, kempen kesedaran mengenai pentingnya teknologi dalam era sekarang.
Nama sebenar: Nor Suriani binti Mohamad
Nombor Matrik: A137582
Tahun Pengajian:2
Fakulti: Pendidikan (Pend. Khas)
Email: norsurianimohamad@yahoo.com
Facebook:http://www.facebook.com/norsurianimohamad
url youtube: http://www.youtube.com/watch?v=zBNpQNWSHlY
http://www.youtube.com/watch?v=Z1_0WmbWHGU
http://www.youtube.com/watch?v=o1w_OprCuFI
http://www.youtube.com/watch?v=yq9BTgKCvD4
http://www.youtube.com/watch?v=XGdJNkJ
Assalamalaikum.....
DeleteDalam kecanggihan teknologi pada zaman ini,setiap orang haruslah memanfaatkan perkara ini dengan sepenuhnya. Antara langkah yang perlu diambil untuk menarik minat adalah selalu menggunakan teknologi yang terkini dalam menjalani kehidupan seharian. Seperti yang sedia maklum bahawa teknologi pada masa ini sering berubah dari masa ke masa. Penggunaan teknologi ini seharusnya sering digunakan agar seseorang tidak bosan dengan melakukan sesuatu yang pada setiap hari. Sebagai contoh seorang guru perlu kreatif menggunakan teknologi yang terbaru untuk digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan teknologi yang berbeza sesungguhnya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan sebagainya.
Langkah yang kedua adalah dengan meningkatkan sambungan laman sesawang di tempat luar bandar atau di kawasan pedalaman. Dengan adanya sambungan laman sesawang ini dapat menarik minat seseorang khususnya dalam bidang pendidikan. Selain itu,dengan adanya laman sesawang ini membolehkan seseorang,contohnya guru untuk mengakses maklumat terkini dalam bidang pengkhususan mereka. Sambungan laman sesawang ini memudahkan pelbagai perkara dilakukan dalam kehidupan seharian.
Langkah yang seterusnya adalah menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan teknologi yang terkini. Kerajaan telah memperuntukan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan projektor di dalam setiap kelas untuk digunakan. Oleh itu,para pendidik seharusnya menngunakan kemudahan ini dan seterusnya dapat menarik minat pelajar.
Mewujudkan kelab ICT di sekolah merupakan salah satu langkah yang boleh dipraktikkan. Dengan adanya kelab ini para pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan teknologi terkini yang digunakan oleh negara-negara yang berstatus maju. Selain itu, aktiviti yang dilakukan oleh kelab itu juga dapat menarik minat sesiapa sahaja yang ingin mengetahui perkara ini.
Langkah yang terakhir adalah mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya penggunaan teknologi moden. Untuk menarik minat pelajar,pendedahan amatlah penting agar mereka dapat mendapat gambaran awal tentang pentingnya penggunaan teknologi yang terkini. Minat mereka akan datang jika mereka tahu apa itu teknologi yang terkini.Mereka akan berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Nama:Mohammad Faizol B Mat Diah
No.Matrik:A138575
Tahun Pengajian:2
Fakulti:Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Email:Faizolmatdiah@rocketmail.com
facebook:https://www.facebook.com/joe matdiah
URL:
1)http://youtu.be/onjdJGXa9KA
2) http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
3) http://www.youtube.com/watch?v=f2qeXC6aOo&feature=related
Salam sejahtera,
ReplyDeletePada pendapat saya, antara langkah yang harus dilakukan untuk menarik minat individu dalam bidang teknologi ialah dengan mengaplikasikan ilmu berkaitan teknologi yang dipelajari. Sebagai contoh, perisian dalam komputer seperti movie maker, microsoft word, powerpoint boleh digunakan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik. BBM yang bersesuaian boleh menghasilkan sesi P&P yang lebih kondusif dan efisien. Pelajar juga dapat memahami konsep dengan lebih mudah tanpa berlaku pembaziran dari segi tenaga, masa dan kos.
Langkah yang kedua ialah, Kementerian Pelajaran Malaysia juga harus mengambil langkah awal dengan memperkenalkan pelbagai program seawal sekolah rendah dalam usaha untuk memperkenalkan dan mendedahkan penggunaan TMK di kalangan generasi muda. Antara program tersebut ialah Program PPSMI, sekolah bestari, komputer dalam pendidikan, my-schoolnet, Pusat Akses, portal my-GFL (Malaysian Great For Learning) dan portal EDUWEBTV. Ini kerana mereka merupakan generasi akan datang yang diharap dapat menjadi generasi celik TMK yang cemerlang.
Seterusnya, kerajaan juga harus mengadakan Kempen 'Satu Rumah, Satu Komputer'kepada masyarakat. Hal ini demikian, kerana ia dapat memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer di rumah untuk memudahkan pembelajaran mereka. Penggunaan komputer sebagai sumber rujukan oleh kanak-kanak ataupun murid sekolah amat penting untuk membantu mereka mencari maklumat yang berkaitan dengan ilmu pendidikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat melayari internet untuk memperoleh bahan-bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan pelajaran yang diberikan oleh guru. Hal ini menyebabkan mereka dapat menjimatkan masa pembelajaran mereka lantaran adanya kemudahan sumber maklumat daripada komputer.
Selain itu, bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan, pihak sekolah khususnya guru perlu bertindak sebagai pemangkin atau pendorong kepada pelajar untuk menjadi lebih aktif dalam pembelajaran. Sebagai langkah asas, penyediaan keperluan teknologi seperti komputer, LCD dan lain-lain keperluan teknologi harus diutamakan kerana tanpa kemudahan-kemudahan ini, pelajar mungkin tidak dapat didedahkan kepada kepentingan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
langkah yang terakhir ialah menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Langkah ini amat efektif bagi para pelajar kerana apabila menggunakan ICT untuk mencari dan mengekses maklumat, ia akan dapat memberi pengalaman dan memepelajari sesuatu yang baharu. Guru juga boleh mengajar dengan berpusatkan pelajar iaitu dengan hanya memberi laman sesawang atau link dan menyuruh pelajar mencari sendiri maklumat. Hal ini akan menyebabkan pelajar meneroka sendiri bidang teknologi ini dan akhirnya minat itu akan datang dengan sendirinya.
Nama:Anvolentine anak Salleh
No.Matrik:A137845
Tahun Pengajian:2
Fakulti:Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Email:anvolentinesalleh@gmail.com
facebook:https://www.facebook.com/anvolentine
http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
http://www.youtube.com/watch?v=0JUFjTOM32g
http://www.youtube.com/watch?v=8zwTXhpQOyI
salam sejahtera,
ReplyDeleteseperti yang kita sedia maklum dalam zaman pemodenan masa kini perkembangan teknologi pendidikan amat penting.hal ini demikian kerana kebanyakan individu lebih suka menggunakan ICT dalam mencari maklumat serta menjalankan tugsan harian mereka. seprti yang kita sedia maklum juga Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pelajaran serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan.Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengukur keberkesanan komputer sebagai media pembelajaran. Dari Hasil kajian lepas ada yang menyatakan bahawa PBK telah menunjukkan kesan positif terhadap pembelajaran dan ada juga yang menyatakan Pembelajarn Berbantukan Komputer (PBK) menunjukkan kesan negatif. Namun secara keseluruhannya lebih banyak kajian yang menyatakan bahawa PBK memberi kesan yang posittif berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional.
selain itu bagi menarik minat pelajar dalam bidan teknologi pendidikan ini pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pelajaran perlu menyediakan kemudahan yang efektik kepada para pelajar serta guru supaya mereka dapat mengaplikasikan teknologi pendidikan ini di dalam kelas mahupun di mana-mana sahaja mereka berada.
penggunaan kreatif serta kritis guru atau pelajar dalam mengubah sesuatu kerja menggunakan ICT boleh juga menarik minat pelajar semsa sesei pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. pemilihan grafik yang sesuai serta penyediaan audio serta video yang bersesuaian dengan pembelajaran yang dijalankan mungkin salah satu cara menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan untuk meneruskan sesi pembelajaran yang dijalankan.
seterusnya, untuk menarik minat pelajar atau individu dalam ICT ialah dengan mempelbagaikan info atau aplikasi terbaru yang boleh menarik minat para pengguna. aplikasi-aplikasi ini perlu berbentuk ilmiah atau boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.
akhir sekali Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; teks, suara, imej, grafik dan animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi keistimewaannya yang utama ialah kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti.
Nama:Emilia Anak Gelau
No.Matrik:A138436
Tahun Pengajian:2
Fakulti:Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
Email:emiliagelau@yahoo.com
facebook:www.facebook.com/emiliagelau
Assalamualaikum W.B.T.
ReplyDeleteBidang Teknologi sememangnya satu bidang yang paling penting dan menjadi asas dalam membantu meningkatkan dan menjadikan taraf hidup manusia semakin moden, mudah, selesa dan canggih seperti yang kita dapat nikmati sekarang. Pelbagai inovasi dan ciptaan-ciptaan baru yang sering kali kita dengar dan lihat sama ada melalui media seperti radio dan televisyen. Oleh itu, bidang teknologi perlu dipelajari oleh semua masyarakat terutama guru dan pelajar agar dapat dimanfaatkan dalam dunia pendidikan khususnya.
Salah satu cara untuk memupuk minat individu dengan teknologi pendidikan ialah dengan memperkenalkan bidang teknologi itu sendiri kepada seseorang individu. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak begitu terdedah dengan alat atau teknologi sudah tentu akan berasa bosan dan malas untuk belajar mengenai teknologi kerana pelajar itu sendiri tidak memahami apakah itu teknologi sebenarnya. Sekiranya pelajar ini didedahkan dengan teknologi seperti membiarkannya mengkaji alat-alat seperti telefon atau komputer, sudah tentu minat dengan teknologi akan timbul kerana ia akan menarik minat seseorang itu untuk belajar lebih banyak lagi.
Selain itu, guru-guru khususnya guru sekolah rendah hendaklah bijak dalam menarik minat pelajar untuk minat terhadap bidang teknologi. Guru-guru boleh mengajak pelajar untuk membincangkan isu berkenaan teknologi ataupun menggunakan teknologi dalam bidang pengajaran mereka. Sebagai contoh penggunaan komputer dan LCD semasa proses P&P merupakan langkah awal untuk memperkenalkan pelajar kepada bidang teknologi. Cara yang betul semasa menyampaikan ilmu kepada pelajar akan mempengaruhi pelajar untuk turut sama belajar menggunakan medium yang digunakan oleh guru.
Seterusnya, minat individu terhadap bidang teknologi juga turut dipengaruhi oleh ibubapa. Ibubapa seharusnya berfikiran terbuka dengan membiarkan anak mereka menggunakan peralatan teknologi seperti telefon, komputer, televisyen, malah alat-alat untuk senaman yang berada di rumah. Hal ini akan menarik minat pelajar terhadap teknologi secara tidak langsung kerana mereka akan cuba menggunakan dan memahami alat-alat tersebut. Berbeza dengan ibubapa yang mengawal anak sehingga tidak membenarkan mereka menggunakan telefon atas alasan anak-anak akan lalai dalam pelajaran. Anak-anak tersebut akan menjadi ‘close-minded’ kerana hanya berfokuskan akademik semata-mata.
Pihak sekolah seharusnya menjalankan program-program yang berunsurkan teknologi dan inovasi sama ada diperingkat sekolah rendah atau menengah. Malah pada peringkat IPTA dan IPTS juga seharusnya mempunyai lebih banyak program-program berasaskan teknologi dan inovasi. Pihak sekolah mahupun institut-institut pengajian tinggi awam dan swasta boleh menganjur program seperti pertandingan mencipta ‘gadget’ ataupun pertandingan ‘programme’ seperti pengawalan robot. Hal-hal seperti ini secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk menceburi bidang teknologi selaras dengan keperluan masyarakat hari ini.
Akhir sekali, kempen-kempen dan bengkel teknologi hendaklah lebih giat dijalankan di setiap kawasan terutama di kawasan pedalaman. Kita perlu sedar bahawa masih ramai lagi masyarakat kita pada hari ini yang jauh ketinggalan dibelakang terutama masyarakat pedalaman seperti orang asli. Malah ada yang tidak mengetahui komputer apatah lagi menggunakannya. Pihak tertentu hendaklah memastikan kawasan-kawasan tersebut didedahkan dan diperkenalkan dengan dunia luar serta sistem teknologi dan pendidikan khususnya terutama sekali untuk anak-anak yang berada di kawasan tersebut.
Nama : Mohammad Salleh Bin Asmadi
No. Matrik : A138241
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan (Sukan & Rekreasi)
Email : salleh_asmadi@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/sallehasmadi
Url Youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=AvfVdaG-EvU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=PMP_4ToExsY
Assalamualaikum....
ReplyDeletepada pendapat saya 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan
Pertama ialah perlu menanam minat yang tinggi dalam bidang teknologi khususnya bagi guru-guru seperti yang dimaklumkan,minat adalah sangat penting dalam mempengaruhi sikap seseorang terhadap sesuatu perkara. Banyak kajian mendapati minat dapat mempengaruhi seseorang terhadap sesuatu pekerjaan ataupun tugasan yang dilakukan.Dalam konteks ini minat terhadap teknologi meliputi minat yang berhubungan dengan beberapa perkara seperti sejarah perkembangan computer,pengaturcaraan program komputer, penghasilan perisian multimedia,aplikasi komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.
Kedua ialah guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu bahan pengajaran agar ianya dapat menarik minat para pelajar untuk terus belajar dan meneroka tentang dunia teknologi. Penggunaan alat bantu mengajar yang canggih boleh menyebabkan para pelajar cepat menerima maklumat semasa proses pembelajaran. Sebagai contoh, guru hendaklah menggunakan alat bantu mengajar yang menarik seperti membuat rakaman video, penggunaan LCD, slide-slide yang menarik dan sebagainya.
Langkah ketiga, pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan(NGO)yang terlibat harus memberikankan komputer atau komputer riba secara percuma kepada para pendidik dan pelajar-pelajar agar mereka lebih bersemangat untuk mengajar dan belajar.Ini akan memudahkan para pelajar mencari maklumat berkaitan dengan pembelajaran secara tidak langsung akan mendatangkan manfaat dalam pendidikan pelajar-pelajar
Langkah keempat ialah mewajibkan kursus penggunaan teknologi dalam pembelajaran di sekolah bagi melatih dan menerapkan minat terhadap penggunaan teknologi. Setelah pelajar dilatih dan dibiasakan dengan teknologi, mereka akan mula meminati dan akan mempraktikkan teknologi ini di dalam kehidupan seharian mereka. Maka pelajar akan lebih berkebolehan untuk menggunakan teknologi ini dalam melakukan sesuatu kerja apabila ia sudah mahir menggunakan teknologi tersebut
Langkah yang kelima ialah sering menggunakan teknologi dalam kehidupan harian. Sebagai contoh membuat perbincangan secara online seperti perbincangan melalui yahoo group, facebook group, di blog, skype, dan banyak lagi. Perbincagan yang dilakukan adalah mesti dipantau dan mendapat bimbingan oleh guru-guru.
Nama sebenar:Mohd Amar Nasrim Bin Mohd Azmi
No Matrik:A138377
Tahun pengajian:Tahun 2
Fakulti:Pendidikan
Email:amarnasrim@yahoo.com
Facebook:https://www.facebook.com/amar.azmi.3
Url youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=nowmXWYDD8Q&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=b-KS7Jvked4
http://www.youtube.com/watch?v=IShpn2kOnhc&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=A7xeaUOkFyo&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
assalamualaikum
ReplyDeleteteknologi amat penting pada zaman kini. terdapat lambakkan bahan teknologi di pasaran pada hari ini. tetapi masyarakat tidak berminat untuk menggunakannya. dalam bidang pendidikan juga terdpat bermacam teknologi yang dihasilkan untuk memudahkan pelajar dan guru menggunakannya tetapi mereka tidak berminat untuk menggunakannya dan ada yang tidak tahu untuk menggunakannya. oleh itu, saya mempunyai pendapat untuk menarik minat mereka untuk menggunakan bahan teknologi ini.
teknologi dalam pendidikan perlu diterapkan sejak dari sekolah rendah lagi. hal ini supaya palajar didedahkan dengan teknologi sejak kecil dan mereka tidak akan terkejut dengan perkembangan teknologi. dengan pendedahan yang tersebut mereka para pelajar akan timbul minat untuk mengetahui mengenai teknologi ini. jika mereka minat mudah untuk guru menyampaikanpembelajarn menggunakn alatan teknologi.
para ibu bapa juga memainkan peranan yang penting didalam memupuk minat anak mereka dalam bidang teknologi ini. pembelajaran yang berkesan bermula daripada rumah. jika ibu bapa banyak meluangkan masa dengan anak mereka tidak mustahil anak mereka akan banyak bertanya tentang teknologi dengan ibu bapa mereka. ibu bapa juga perlu menerangkan baik buruk teknologi ini kepada anak-ank merka supaya anak tersebut tidak tersalah guna bahan teknologi tersebut. oleh itu, anak-anak akan berminat dengan bahan teknologi itu.
diperingkat sekolah pula, guru-guru perlu kreatif mengolah bahan bahan yang telah sedia ada supaya di jadikan bahan teknologi. contohnya membuat BBM yang mudah untuk pelajar memahami pembelajarn mereka. dari situ pelajar akan cuba untuk memahami konsep teknologi dan akan timbul minat kepada mereka.
pada masa yang sama juga, kementerian juga bleh mewujudkan kaedah pengajaran dan pembeljaran menggunakan teknologi didalamkelas atau mewujudkan subjek yang berkaitan dengan teknologi. dengan adanya subjek ini, dapat menarik minat pelajar dalam bidang teknologi ini. contohnya, subjek IT, ia berkaitan dengan teknologi. hal ini telah menarik minat pelajar untuk belajar dan menggunakan nya di luar.
pihak kerajaan dengan pihak NGO juga boleh mengadakan kempen kesedaran pentingnya teknologi dalam pendidikan. kempen ini dapat membuka mata masyrakat tentang teknologi yang dulunya hanya ada mesin taip sahaja tetapi kini pelbagai bentuk gajet yang menarik tetapi mempunyai fungsi yang sama dengan mesin taip tersebut.
Nama : Muhammad Syafiq Bin Ahmad Zaini
No Matrik : A138364
Tahun Pengajian : tahun 2
Fakulti : Pendidikan
Email : syafiq_sulta@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/syafiq.zaini2
Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.....
ReplyDeleteTeknologi pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P)di sekolah.Bidang ini meliputi aktiviti seperti mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P,membangun,mengelola,dan menggunakan bahan sumber P&P.Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan.Jesteru,guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih,mengurus,mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi pendidikan dapat dimanfaatkan dalam pendidikan ialah pembelajaran sepanjang hayat memberi implikasi bahawa guru-guru,melalui latihan dalaman secara berterusan dapat menggilap dan sentiasa megemaskinikan pengetahuan teknologi pendidikan mereka secara tekal.Justeru,pengajaran mereka akan selaras dengan perkembangan semasa khususnya dalam konteks perkembangan teknologi komunikasi dan informasi.Walau bagaimanapun,prasyarat penting bagi ini ialah minat dan pengetahuan guru-guru itu sendiri serta kompetensi mereka di dalam menggunakan teknologi komunikasi dan informasi,contohnya penggunaan internet.Guru-guru yang cekap mengakses komputer atau internet ini mempunyai kelebihan dengan melaksanakan pengajaran melalui kompetensinya dan penggunaan teknologi komunikasi dan informasi.Dan tentunya pelajar juga turut beruntung kerana guru mereka menjadi lebih berpengetahuan dan lebih berkopetensi dalam penggunaan teknologi komunikasi dan informasi.Pengajaran berbantukan teknologi komunkasi dan informasi seperti melalui penerokaan sumber berbentuk digital dengan melayari laman web boleh menbantu meningkatkan minat pelajar serta proses pengajaran dan pembelajaran bahkan dapat "menghidupkan" subjek itu sendiri.
Langkah kedua pula peranan pihak kerajaan dan pihak sekolah iaitu memperbanyakkan alatan-alatan kelengkapan dan infrastuktur kepada semua pihak.Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan.Justeru,guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih,mengurus,mengguna,dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesananP&P.
Langkah ketiga pula ialah menganjurkan kempen berkaitan dengan teknologi pendidikan.Kempen-kempen seperti ini akan menarik minat dan membukan mata mereka tentang kepentingan teknologi pendidikan justeru dapat menarik minat mereka terhadap bidang ini.Pada masa ini,yeknologi amat penting jadi amat berguna sekali jika mereka dapat belajar mengenai teknologi pendidikan ini,selain itu juga mereka akan dapat mengetahui tentang isu-isu semasa samada didalam atau diluar negara.
Langkah yang keempat pula ialah peranan guru atau pengajar.Guru atau pengajar seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran.Peranan guru dalah penting untuk menarik minat terhadap bidang yang diajari.Oleh itu,guru harus menpunyai kreativiti serta kepelbagaian dalam mengajar supaya apa yang diajar dapat menarik minat dan merasakan bidang yang dipelajari amat penting untuk kegunaan masa hadapan.
Langkah yang kelima pula ialah mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa untuk pelajar.Suasana seperti ini juga merupakan langkah yang penting untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari bidang teknologi pendidikan.Suasana yang kondusif dan selesa akan merasakan mereka berada dalam keadaan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.Oleh itu,mereka akan lebih banyak berfikir dan merasakan dengan suasana yang begini dapat memberi banyak idea untuk belajar dan melahirkan idea-idea baru.
Nama sebenar:Mohamad Rusydi B. Rozali
No Matrik:A138346
Tahun pengajian:Tahun 2
Fakulti:Pendidikan
Email:mohdrusydi91@yahoo.com
Facebook:http://www.facebook.com/Mohamad rusydi
Assalamualaikum.
ReplyDeleteLangkah pertama untuk memastikan teknologi dalam pendidikan dapat dimanfaatkan ialah dengan cara, memastikan diri kita minat terlebih dahulu dalam bidang teknologi ini. Ini adalah kerana,dengan adanya minat terhadap bidang ini, seseorang akan lebih menghayati teknologi ini. Selain itu juga, seorang guru hendaklah mengetahui dengan lebih mendalam tentang teknologi pendidikan supaya murid-murid akan lebih berminat tentang teknologi pendidikan ini.
Langkah kedua adalah dengan menjadikan penggunaan alatan teknologi sebagai alat utama dalam aktiviti pembelajaran yang dikenali sebagai Computer Based Education (CBE). Aktiviti pembelajaran akan menjadi mudah dengan adanya alat teknologi. Misalnya dalam penerangan yang ditunjukkan melalui perisian Microsoft Office Power Point. Pembelajaran secara grafik dapat membantu pelajar memahami kandungan pelajaran dengan lebih mudah. Selain itu, melalui teknologi terkini para pendidik turut boleh menyampaikan arahan dalam pelajaran dengan menggunakan sistem Computer Assisted Instruction (CAI). Oleh itu, aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
Langkah ketiga bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi dapat dimanfaatkan dalam pendidikan adalah dengan menjadikan teknologi sebagai medium bagi menyimpan segala data pendidik dan murid, bahan-bahan aktiviti pembelajaran serta bahan-bahan ujian mahupun latihan di sekolah. Aspek pendidikan akan menjadi lebih mudah dilaksanakan dan tidak perlu mengeluarkan tenaga yang banyak bagi menguruskan segala maklumat tersebut. Hal ini demikian kerana, maklumat tersebut hanya perlu diakses dalam rangkaian penyimpanan maklumat tersebut.
Langkah keempat pula ialah pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran haruslah membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat khususnya para pelajar mendapat manfaat daripada ICT.
Langkah terakhir ialah kempen-kempen dan bengkel teknologi hendaklah lebih giat dijalankan di setiap kawasan terutama di kawasan pedalaman. Kita perlu sedar bahawa masih ramai lagi masyarakat kita pada hari ini yang jauh ketinggalan dibelakang terutama masyarakat pedalaman seperti orang asli. Malah ada yang tidak mengetahui komputer apatah lagi menggunakannya. Pihak tertentu hendaklah memastikan kawasan-kawasan tersebut didedahkan dan diperkenalkan dengan dunia luar serta sistem teknologi dan pendidikan khususnya terutama sekali untuk anak-anak yang berada di kawasan tersebut.
Nama sebenar:Nur Syaza Zahrina binti Mustafa
No Matrik:A138550
Tahun pengajian:Tahun 2
Fakulti:Pendidikan
Email:sixteenss@yahoo.com
Facebook:https://www.facebook.com/nursyazazahrinamustafa
Assalamulaikum w.b.t.
ReplyDeletePada pendapat saya untuk memupuk pelajar dalam bidang teknologi dalam pendidikan yang pertama ialah minat pelajar itu sendiri yang perlu dipupuk dalam diri mereka. Jika sesorang itu memiliki minat dalam sesuatu bidang secara tidak langsung akan menunjukkan kesungguhan dalam sesuatu bidang. Dalam hal ini menunjukkan bahawa teknologi pada masa kini telah berlaku perkembangan yang begitu pesat sehinggakan ramai masyarakat ketinggalan dengan teknologi. Kehidupan sesorang individu juga perlu bergantung pada teknologi ekoran era globalisasi yang begitu pantas maju kehadapan. Oleh hal demikian minat pelajar perlulah dipupuk dari sekolah rendah lagi dan ini memerlukan sokongan daripada guru-guru disekolah untuk memastikan setiap pelajar mengetahui perkembangan atau kepesatan teknologi pada masa kini. guru seharusnya memperkembangkan penggunaan teknologi itu dengan cara yang kreatif.
Selain daripada teknologi yang berkaitan dengan teknologi komputer. Guru juga boleh memperkenalkan cara pengajaran yang menggunakan teknologi lain .Seperti membuat aktiviti didalam kelas yang berkaitan dengan reka cipta. Menggunakan bahan-bahan terpakai, bahan semulajadi yang mana akan mereka inovasikan dan menyesuaikan penggunaannya dalam memahami pembelajaran di kelas. Aktiviti mereka cipta ini bukan sahaja memupuk pemikiran kreatif dan kritis, malah memboleh menggalakkan pelajar mencari maklumat menggunakan ICT dan mereka boleh mengaplikasikan apa yang di pelajari di kelas dan di kongsi bersama.
Para guru haruslah mempelajari penggunaan teknologi di sekolah dengan lebih mendalam.Contohnya pengguna lcd,screen projector dan alat bantu mengajar yang lain.Lebih memudahkan lagi,pihak sekolah perlu mengadakan bengkel kemahiran menggunakan teknologi kepada semua guru.Ini dapat melatih guru-guru supaya lebih cekap dalam penggunaan teknologi pada zaman sekarang.Penggunaan teknologi yang menarik dan canggih dapat menarik perhatian pelajar-pelajar dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.
Proses untuk menarik minat pelajar dalam teknologi pendidikan masyarakat sekitar juga perlulah peka dengan inovasi yang dilakukan terhadap bidang teknologi dengan memberi sokongan dan galakan terhadap usaha guru-guru disekolah dalam mendidik pelajar-pelajar mendalami ilmu dengan menggunakan teknologi.Selain itu,mereka juga boleh mengamalkan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.contohnya,menggunakan barangan elektronik seperti mesin basuh di rumah dan sebagainya.Pengguna teknologi di sekolah dapat menjimatkan masa guru untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar dengan hanya menonton video malah mesej yang disampaikan lebih efisyen dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Akhir sekali, kesedaran sesorang individu juga boleh dilakukan melalui kempen.Kempen kesedaran bahawa pentingnya pengetahuan teknologi maklumat pada masa ini adalah salah satu cara untuk memupuk minat pelajar dalam teknologi pendidikan. Hal ini kerana pentingnya penggunaan teknologi dalam era globalisasi pada masa kini. Kempen ini perlu dilakukan samada melalui media massa atau media elektronik.Kementerian-kementerian yang terlibat perlulah bekerjasama dalam memastikan masyarakat luar Bandar dapat pendedahan berkaitan teknologi pendidikan.
Nama : Mohd Nooraszam Bin Mohd Noor
No. Matrik : A138444
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan (Sukan & Rekreasi)
Email : mnooraszam@yahoo.com
Facebook : http://www.facebook.com/mohdnooraszam
Url Youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=AvfVdaG-EvU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=PMP_4ToExsY