Monday, October 7, 2013

GD1123 PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT SEM 1 2013/2014. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025





Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran.

         Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui

         Berdasarkan maklumat di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perlaksanaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.
 
         Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-

1. Nama sebenar.
2. Nombor Matrik
3. Tahun Pengajian
4. Fakulti
5. Email
6. Facebook
7. Postkan perbincangan anda sebelum 22 Okt 2013.