Monday, October 7, 2013

GD1123 PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT SEM 1 2013/2014. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025





Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran.

         Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui

         Berdasarkan maklumat di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perlaksanaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.
 
         Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-

1. Nama sebenar.
2. Nombor Matrik
3. Tahun Pengajian
4. Fakulti
5. Email
6. Facebook
7. Postkan perbincangan anda sebelum 22 Okt 2013.

58 comments:

  1. Message noted with thanks Major

    Prakash Chellamuthu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blueprint Pendididkan Malaysia 2013 – 2025 adalah suatu usaha murni kerajaan Malaysia. Ini bagi meletakkan kualiti pendidikan di Malaysia setanding dengan pencapaian negara negara maju.

      Langkah pertama dalam usaha menjayakan transformasi sistem pendidikan negara perlu bermula daripada tenaga pengajar. Ia amat penting bagi melaksanakan pelan tindakan. Kementerian pendidikan perlu menjalankan proses perlantikan guru dengan teliti. Pada kebiasaannya mereka yang memohon bagi memasuki pusat latihan guru hanya daripada mereka yang tidak berjaya mendapat tempat bagi kursus-kursus elit. Jika mereka yang tidak mahir atau kurang berkebolehan diberi tawaran maka hasilnya mereka tidak mampu membina dan membentuk pelajar-pelajar yang produktif. Saya amat bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran hanya akan mengambil 30 peratus pelajar terbaik daripada peperiksaan SPM dan STPM bagi memasuki kursus perguruan. Kementerian perlu tegas dan tidak barganjak daripada keputusan ini.

      Langkah yang seterusnya ialah proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris menjadi suatu alat perhubungan yang amat penting pada masa kini. Sekiranya kita sebagai pelajar gagal menguasai penggunaan Bahasa Inggeris, maka pelajar-pelajar khususnya pasti akan ketinggalan dalam pembangunan arus globalisasi yang kian pesat. Saya berpendapat bahawa Kementerian Pelajaran perlu mempelbagaikan usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan para pelajar. Menambahkan waktu pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris tidak cukup untuk meningkatkan penguasaan bahasa tersebut dikalangan mereka. Antara usaha yang produktif adalah pihak sekolah khususnya perlu mewujudkan hari membaca bahan ilmiah berteraskan penggunaan Bahasa Inggeris, rancangan-rancangan khas bagi memupuk minat pembacaan dalam Bahasa Inggeris seperti penganjuran berdebat dan sebagainya.

      Langkah ketiga adalah menyediakan kemudahan internet dan komputer di setiap sekolah. Kemudahan yang lengkap dapat membantu para pelajar memperolehi maklumat berkaitan dengan mata pelajaran serta pengetahuan am dengan lebih cepat. Jika terdapat kekurangan dalam kemudahan IT pasti akan mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

      Langkah keempat ialah meningkatkan pengetahuan ibu bapa berkenaan dasar dan hasrat kerajaan. Mereka perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi bagi memberi kerjasama dengan pihak guru khususnya dalam mencapai matlamat kerajaan. Penglibatan ibu bapa khususnya dapat membantu pelbagai inisiatif daripada pihak kerajaan khususnya dikembangkan dan diperbaiki dari masa ke masa.

      Langkah yang kelima, setiap pehak yang bertanggungjawab termasuk orang awam perlu peka terhadap segala kelemahan dan masalah yang timbul. Tindakan segera perlu diambil bagi memperbetulkan kelemahan. Proses penambah baik perlu menjadi satu usaha yang berterusan. Ini sepertimana ternyata dalam falsafah pendidikan negara yang berbunyi “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan”.

      Dengan pelan tindakan yang wajar, kita dapat mencapai matlamat hala tuju transformasi pendidikan.

      Nama : Prakash Chellamuthu
      Nombor Matrik : A138614
      Tahun Pengajian : Tiga
      Fakulti : FSSK
      Email : prakashindian@hotmail.com
      Facebook : Prakash Chellamuthu

      Delete
  2. Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan rangka untuk meletakkan negara Malaysia setara dengan sistem pendidikan terbaik dunia dalam tempoh 13 tahun.Berikut adalah antara langkah yang perlu di lakukan untuk memastikan perlaksanaan PPPm dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Pertama adalah dengan menempatkan 10 000 pembantu pentadbiran secara berperingkat di sekolah bagi mengurangkan beban guru. Oleh yang demikian, matlamat bagi mempertingkatkan kualiti profesion pendidikan dan pencapaian pelajar dapat dicapai seterusnya sistem pedidikan Malaysia dapat menyamai dan berdiri setanding dengan sistem pendidikan negara maju yang lain.

    Selain itu, kemahiran guru dalam penguasaan bahasa inggeris haruslah dipertingkatkan selaras dengan intipati PPPM 2013-2025 itu sendiri yang menyatakan bahawa mulai tahun 2016, mata pelajaran bahasa inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat spm dan antara inisiatif yang boleh diambil adalah dengan menghantar 10 000 lagi guru untuk menghadiri kursus atau latihan.

    Di samping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) harus diperkasakan dan bergerak aktif. Hal ini adalah untuk memberi kemudahan serta manfaat kepada pelajar dan sekolah. Sebagai contoh, mereka boleh menyediakan peruntukan tahunan kepada sekolah dan mengedarkan sarana atau toolkit kepada pelajar untuk dijadikan rujukan.

    Seterusnya, kerajaan juga boleh memperluaskan jaringan 1 Bestari Net dengan cara melengkapkan setiap pelajar dengan kemudahan komputer riba. Hal ini amat penting untuk menghasilkan pelajar yang celik IT malah turut memastikan tiada pelajar yang keciciran dan jauh ketinggalan dalam dunia sekarang yang serba moden dan berteknologi.

    Akhir sekali, penyediaan video e-guru turut memainkan peranan besar bagi menjayakan PPPM 2013-2025. Hal ini adalah kerana para guru boleh menjadikannya sebagai rujukan dan tambahan ilmu. Oleh yang demikian, corak pengajaran yang terbaik dapat diberikan kepada pelajar sekaligus turut dapat melahirkan modal insan yang mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam membantu proses pembangunan negara.

    NAMA : NURULHUDA BINTI MASDAR
    NO MATRIK : A145548
    TAHUN PENGAJIAN : SATU
    FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL : nurulz_94@yahoo.com
    FACEBOOK : Nurul Huda

    ReplyDelete
  3. Nama : NOR LAILA BINTI NEKMAT
    Matrik : A142372
    Tahun : 2
    Fakulti : FSSK
    Email : lavenderlaila@yahoo.com
    Facebook : Nor Laila Nekmat (pjmlaila)


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan satu pelan transformasi pendidikan ke arah menyediakan pendidikan abad ke-21. Pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang bertindak sebagai pengupaya kepada kemajuan ntelektual dan insaniah secara seiringan ke arah meletakkan Malaysia sebaris negara maju yang lain dalam abad ke 21 ini. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perlaksaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Langkah pertama ialah pengurusan masa instruksional guru iaitu tanggungjawab dan amanah seorang guru sebagai pendidik. Contohnya guru perlulah masuk ke kelas tepat pada masanya dan memastikan masa pdp di dalam kelas digunakan sepenuhnya untuk manfaat para pelajar. Hal ini, bukan sahaja dapat mendisplin guru dalam kepentingan masa malah turut mendisplinkan pelajar juga kerana mempunyai guru sebagai rol model yang cemerlang.

    Langkah kedua ialah sokongan dalam aktiviti pengajaran dan pengukuhan usaha
    guru. Pemimpin-pemimpin sekolah sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam aktiviti pengajaran dan pengukuhan usaha guru dalam menjalankan proses pdp. Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) memberikan sokongan moral dan ada juga dalam bentuk menyediakan peralatan tambahan bagi melancarkan proses pdp. Contohnya kemudahan ICT dalam aktiviti pdp, KPM melalui BTP telah memperluas konsep Sekolah Bestari ke semua sekolah KPM dengan memanfaatkan semua inisiatif ICT KPM.

    Langkah ketiga ialah galakan perkembangan professional guru iaitu guru-guru bebas untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang yang mereka minati. Ini kerana hasil daripada peningkatan professional guru dapat memberikan keyakinan yang tinggi untuk menjalankan tugasan harian mereka. Contohnya, apabila sekolah kekurangan guru matematik, guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam perlu mengajar matematik ini merupakan satu masalah dalam sistem pengajaran kerana guru yang perlu mengajar matematik itu tidak tahu selok belok pengajaran matematik kerana bukan bidangnya, namun dengan perkembangan professional guru ini masalah ini dapat diselesaikan kerana guru pada masa kini bukan hanya tertumpu pada satu bidang tetapi lebih daripada itu.

    Langkah keempat ialah menyelaras kurikulum iaitu pengurusan, penyelarasan dan pemantauan kurikulum yang dilakukan menampakkan impak ke atas sesuatu program yang dilaksanakan kerana bagi setiap satu program yang hendak laksanakan, pelbagai faktor telah diambil kira dan pemantauan juga dilaksanakan sepanjang masa oleh barisan pentadbir dengan bantuan guru-guru kanan mata pelajaran. Contohnya, beberapa panitia mempunyai inisiatif menjalankan pdp secara berpasangan atau berkumpulan. Selain memantapkan proses pdp, pemantauan ini dilakukan bagi memastikan guru-guru mematuhi contact hour.

    Langkah kelima ialah pengurusan kemajuan pelajar iaitu kemajuan pelajar dipantau dari semasa ke semasa dengan mengguna pakai instrumen sedia ada seperti pencapai (Take off Value)TOV dan (Expected Targeted Result) ETR pelajar dalam setiap peperiksaan dan ujian. Contohnya, ada sekolah yang memanfaatkan (Information Communication Technology) ICT dalam memantau kemajuan pelajar. Pelajar dan ibu bapa juga digalakkan melayari laman web yang berkenaan untuk mengetahui perkembangan dan kemajuan akademik pelajar. Hal ini dapat menjadikan pendidikan sebagai eset pembangunan negara.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan selamat sejahtera . mengenai tugasan yang telah diberikan, antara 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan pelaksanaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya ialah:

    1)memastikan para pelajar dapat menguasai bahasa melayu dan bahsa inggeris dengan sepenuhnya
    Pada era globalisasi ini kita tidak boleh lagi menafikan kepentingan untuk para pelajar menguasai bahasa inggeris di samping memantapkan lagi penguasaan mereka dalam bahasa melayu. Hal ini kerana, keseluruhan aspek yang memonopoli dunia pada era moden ini memerlukan para pelajar untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa inggeris. Bagi memastikan mereka tidak ketinggalan, mereka seharusnya menguasai bahasa inggeris dengan sebaik mungkin di samping memantapkan lagi penguassan bahasa melayu mereka agar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) boleh dilaksanakan dengan jayanya.

    2)Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
    Di samping itu, bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, para guru serta ibu bapa perlu menitikberatkan betapa pentingnya supaya para pelajar mahupun anak anak mereka untuk memanfaatkan dan menguasai kemahiran ICT. Hal ini kerana, kita ingin melahirkan para pelajar yang bukan sahaja cerdik dan celik dari segi intelektual tetapi ingin melahirkan para pelajar yang serba boleh dari semua aspek.

    3)memastikan para pelajar mempunyai etika dan kerohanian yang seiring dengan kemahiran intelektual mereka
    Desawarsa ini, kita sering kali melihat para pelajar terlibat dengan kegiatan sosial seperti merokok, gejala ponteng sekolah, membuli, vandelisme dan sebagainya. Mengapa hal sedekimian boleh terjadi? Tanpa menuding jari ke atas mana mana pihak mahupun kepada para guru ataupun ibu bapa, saya candangkan agar semua pihak bekerjasama membantu para pelajar untuk meningkatkan sahsiah diri mereka. Antara cara yang boleh kita lakukan ialah, kita berganding bahu memantau kegiatan mereka dan bukan nya mengambil SIKAP ACUH TAK ACUH sahaja.

    4) memantapkan kemahiran kepimpinan bagi setiap pelajar
    Bagi memastikan kita dapat melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) dengan jayanya, kita perlu melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran kepimpinan diri mereka yang mantap. Hal ini bagi membolehkan mereka mampu bersaing dengan negara luar dan mampu menyahut segala cabaran yang akan ditempuhi. Antara cara yang boleh kita lakukan ialah, dengan mengadakan kem motivasi bagi para pelajar untuk memupuk semangat kepimpinan dan dedikasi dalam diri mereka supaya setiap para pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam diri mereka.

    5)memastikan para pelajar menghargai dan bangga akan identiti nasional mereka
    Sejajar dengan misi untuk melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) dengan jayanya, kita perlu menitikberatkan soal aspek identiti nasional dalam kalangan para pelajar. Bagi memastikan mereka mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi, mereka perlu tahu sejarah kemerdekaan negara kita dan bangga dengan para pejuang yang telah menumpahkan darah mereka semata mata untuk membela nasib negara pada zaman dahulu. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu berganding bahu agar kita dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai identiti nasional yang tinggi dalam diri mereka supaya dapat mengekalkan perpaduan kaum yang aman dan harmoni seperti sedia ada.

    Sekian sahaja 5 langkah yang dapat saya berikan untuk memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima Kasih.

    NUR ALIAH BINTI MOHAMAD KHADUWI
    A145535
    TAHUN PENGAJIAN: SATU
    FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL: u.r.suspicious@gmail.com
    FB: Nur Aliah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan salah satu perancangan dan inisiatif strategik yang disusun ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan yang menekankan kecekapan,kualiti,kelestarian serta kejayaan yang dapat dilihat dalam tempoh terdekat.Berikut adalah langkah - langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan pelaksanaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya .

    Langkah yang pertama ialah meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan . Contohnya , syarat kemasukan ke latihan perguruan perlu diperketatkan dengan menyasarkan hanya 30% teratas daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan.

    Langkah yang kedua adalah memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibu bapa , komuniti dan sektor swasta . Sebagai contohnya , kementerian perlu memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) untuk membolehkan ibu bapa dapat memantau kemajuan pendidikan anak - anak mereka di sekolah secara atas talian.

    Langkah yang ketiga ialah memastikan pemimpin yang berprestij tinggi ditempatkan di setiap sekolah . Misalnya , memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar .

    Langkah yang berikutnya adalah memastikan setiap murid profesion dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris . Sebagai contohnya , perlunya memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris.

    Langkah yang terakhir adalah meningkatkan kemudahan ICT di semua sekolah . Misalnya , penambahan jumlah komputer di sekolah serta memberikan latihan secukupnya kepada guru dan pihak sekolah untuk memastikan ICT menjadi amalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran harian .


    Nama : Nur Solehah Binti Mohd. Ashri
    No. Matrik : A140535
    Tahun pengajian : 2
    Fakulti : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email : nuursoleha92@yahoo.com
    Fb : Solehah Ashri

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum W.B.T dan salam Satu Malaysia.

    Saidina Ali R.A pernah berkata : " Didiklah anakmu mengikut zaman"

    Jika dilihat sendiri pada lipatan sejarah jelas menunjukkan perubahan positif sentiasa mewarnai dunia pendidikan dengan ditandai kemunculan sekolah pondok seawal zaman pra-merdeka sehinggalah wujud pelbagai jenis sekolah ketika zaman pasca-merdeka. Pelbagai dasar, polisi, peraturan, penyelidikan dan garis panduan berkaitan pendidikan sentiasa berubah. Kini, setelah Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-57, sekali lagi satu dasar pendidikan yang dirasakan bersesuaian dan dapat memenuhi pasaran pendidikan telah digubal iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah diasaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, terdapat lima langkah dalam usaha memastikan PPPM ini menunjukkan hasil dan kejayaan.

    Pertama, dengan menaikkan dan memartabatkan warga pendidik atau profesion guru. Kejayaan anak murid dan kecemerlangan sekolah bergantung sepenuhnya kepada guru-guru. Oleh itu, guru-guru perlulah meningkatkan penguasaan subjek yang diajarnya. Guru-guru juga perlu memperkasa penggunaan Bahasa Melayu dan menguasai penggunaan pelbagai jenis bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina dan sebagainya. Sebagai seorang pendidik juga, guru bukan sekadar berperanan mengajar anak muridnya dalam aspek akademik. Malahan seorang guru tersebut berperanan dalam mengajar pelajarnya dari aspek jasmani ddan rohani juga, Oleh itu demi memastikan guru yang dihasilkan oleh Kementerian Pelajaran merupakan guru yang berkualiti, kementerian telah mengetatkan syarat kemasukan guru ke latihan perguruan. Demi memastikan guru bersifat profesion sepanjang hayat, program pembangunan kerjaya secara in-situ akan dilaksanakan. Selain itu, guru juga perlu sentiasa bergaul mesra , berkongsi cerita dan berusaha memahami keadaan para pelajarnya agar usaha kementerian untuk memastikan kejayaan seluruh rakyatnya dapat dicapai.

    Kedua, langkah yang perlu diambil kira juga ialah pendekatan atau kaedah yang digunakan sepanjang proses P&P berlangsung. Bukan mudah mahu menarik minat para pelajar ketika belajar, Oleh itu pelbagai metodologi dan pedagogi perlu digunakan, Sebagai contoh, dalam menarik minat murid yang berusia lingkungan 8-10 tahun, kaedah yang digunakan perlu bersifat kreatif, berwarna-warni dan lebih bersifat permainan yang menghiburkan untuk menarik minat mereka. Seiring dengan perkembangan dunia kini, globalisasi teknologi maklumat telah menguasai dunia. Oleh itu, pendidikan juga harus bergerak seiring dangan kemajuan teknologi tersebut. Proses pembelejaran yang melibatkan penggunaan tekonologi ssperti penggunaan komputer, pembelajaran melalui tayangan video, latihan menerusi permainan dan sebagainya perlu dilakukan. Langkah kerajaan dengan memberi bantuan komputer riba kepada para pelajar dilihat sebagai usaha yang wajar dilakukan dan perlu berterusan.

    Ketiga ialah melalui peningkatan kualiti sekolah. Dalam memastikan PPPM itu berjaya dan mencapai sasaran serta objektifnya, kementerian perlu meningkatkan kualiti persekolahan. Ia meliputi aspek pembelajaran, pendidik, persekitaran, kewangan dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila persekitaran sekolah dan suasana bilik darjah bersifat kondusif dan selesa pasti pelajar akan lebih seronok dalam proses P&P berlangsung. Pelbagai jenis sekolah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi, SSekolah Kluster, Sekolah Wawasan dan sebagainya perlu lebih banyak diwujudkan.

    ReplyDelete
  7. Keempat dalam memastikan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi meliputi aspek intelek, rohani dan jasmani, ia perlu melibatkan peranan pelbagai pihak. Ia melibatkan peranan ibu-bapa, guru, pihak sekolah, komuniti dan juga pihak swasta. Ibu bapa perlu sentiasa memantau prestasi dan latihan yang diperoleh dan dilakukan oleh anak-anak mereka. Melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) , pihak sekolah perlu memantau peranan sekolah dan kerjasama yang teah dilakukan oleh pihak ibu baoa dan guru dalam memastikan kelangsungan kejayaan pelajar seperti melakukan kelas tambahan, seminar pembelajaran, aktiviti riadah dan sebagainya,

    Kelima ialah meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah. Tunggak utama sesebuah sekolah ialah Guru Besar, Pengetua dan semua guru. Oleh itu, guru-guru yang cemerlang dan berkualiti perlu sentiasa diberi galakan dan imbuhan seperti kenaikan pangkat dan gaji dalam memastikan mereka bersemangat untuk mendidik anak pelajar mereka. Pihak pentadbiran sekolah juga perlu bijak mengatur takwim persekolah mereka dan pembahagian kerja guru agar para guru tidak tertekan dengan bebanan kerja.

    Kesimpulannya, dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ini mencapai sasaran dan objektivitinya, semua pihak termasuk pihak kementerian, pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa, pelajar dan pihak swasta perlu memainkan peranan masing-masing. Segala usaha kementerian yang berusaha menambah baik sistem pendidikan perlu disokong dan segala kekurangan perlulah sama-sama diberi penambahbaikan seperti pepatah Melayu yang berbunyi "bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

    Nama : Nur Hasyimah Binti Ahmad Azlan
    No. Matrik : A140067
    Tahun Pengajian : Tahun 2
    Fakulti : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (Sejarah)
    Email : syimaazlan@gmail.com
    Facebook : Nurhasyimah Azlan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia.

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan salah satu agenda transformasi pendidikan Negara oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 2013 hingga 2025. Seharusnya beberapa langkah harus dijalankan dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

    Langkah pertama yang perlu direalisasikan ialah kurikulum pendidikan kebangsaan yang berorientasikan pendidikan untuk kelestarian pembangunan negara ,bersifat luwes dan berunsurkan tempatan. Dalam kes ini,subjek dalam kurikulum sekolah rendah wajar dikurangkan dan unsur-unsur yang perlu dikekalkan hendaklah digabungkan dalam sesuatu subjek. Seperti mana Akta Pendidikan 1996 yang telah menetapkan supaya sekolah seharusnya menggunakan kurikulum yang sama dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan. Apa yang menarik mengenai penganjuran kurikulum kebangsaan ini ialah ianya lebih bersifat bersepadu sehinggakan dilabelkan sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Musykillahnya sekarang ialah mata pada hari ini sudah tidak memandang hal ini dengan serius dan melebihkan kepada soal usaha untuk membangunkan sumber manusia yang memiliki banyak ilmu dan kemahiran. Natijahnya, Kurikulum Kebangsaan sarat dengan pelbagai mata pelajaran,kemahiran dan pentaksiran.

    Selain itu,langkah kedua yang perlu dititikberatkan di sini dalam merealisasikan dan menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan yang diuar-uarkan ialah dengan menubuhkan Yayasan Pembangunan Islam Malaysia yang dinaungi oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Kita seharusnya tidak memandang remeh dalam hal sebegini kerana pendidikan yang berkualiti menuntut kewujudan sekolah yang kondusif terhadap pembelajaran. Ini bermakna sekolah wajib dilengkapi dengan prasarana pembelajaran yang optimum bagi membolehkan guru dapat melaksanakan tugasnya dan murid dapat menjalani pembelajaran dengan berkesan. Contohnya Sekolah Agama Rakyat (SAR). Seperti mana yang kita tahu SAR menyediakan pelajaran kepada anak-anak masyarakat Islam. Namun lazimnya SAR mengalami pelbagai kekangan seperti guru yang terlatih dan prasarana pembelajaran yang mencukupi. Subjek yang bercorak amali diajar secara teori kerana kekurangan peralatan. Akibatnya pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang berkesan. Sekolah tidak berupaya menambah alat-alat keperluan atau menyediakan makmal kerana kekurangan sumber. Berbanding dengan sekolah di bandar, sekolah di luar bandar dan SAR sukar mendapat dana daripada ibu bapa dan masyarakat yang rendah tahap sosioekonominya.Oleh itu kerajaan wajib mencari jalan, selain saluran Kementerian Pelajaran, untuk membantu murid di luar bandar dan di SAR. Salah satu sumber yang wajar digemblengkan ialah wang zakat dan harta wakaf umat Islam. Penggemblengan sumber ini dapat direalisasikan dengan menubuhkan yayasan yang dinaungi oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Matlamat khusus yayasan tersebut ialah untuk memajukan tahap pendidikan anak-anak masyarakat Islam dan memajukan tahap kerjaya guru-guru Islam.

    sambungan

    ReplyDelete
  9. Langkah yang seterusnya ialah dengan menjadikan sisitem pendidikan kebangsaan kearah menghasilkan anak muda bangsa Malaysia berdaya saing, pendokong rukun negara, pembina masyarakat demokratik yang matang dan warganegara patriotik. Ini adalah supaya Negara kita dapat menghasilkan suatu produk yang bertonggakkan generasi bijak pandai ICT,mahir berbahasa Inggeris dan mepunyai pemikiran aras tinggi. Kegagalan berbuat demikian mengundang risiko besar terhadap masa depan bangsa dan negara.Hatta dewasa ini pun kita dapat menyaksikan dengan jelas kepincangan jati diri, pelakuan dalam masyarakat yang mengancam kesejahteraan hidup, dan tindakan yang mencabar asas-asas Perlembagaan Malaysia. Andainya hal-hal ini tidak dibendung dan ditangani dengan tuntas melalui pendidikan maka dibimbangi bahawa segala kemajuan yang telah serta bakal dicapai bertukar menjadi bencana. Kita mesti bertindak untuk mencegahnya sebelum terlambat.

    Tidak lain tidak bukan cubalah menaiktarafkan daya upaya guru itu sendiri. Tonggak gagal jaya sistem pendidikan ialah guru. Justeru misi sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk mentransformasi setiap murid kepada insan mulia berketrampilan sebagaimana yang dinyatakan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka guru wajib berperanan sebagai agen transformasi insan. Dalam masa yang sama, lantaran murid yang hendak ditransformasikan itu memiliki emosi, jiwa dan kalbu, maka guru harus mampu menyentuh emosi, jiwa dan kalbu muridnya. Hanya guru yang penyayang yang dapat menyempurnakan tanggungjawab ini. Guru transformatif serta penyayang tersebut tidak terbentuk dengan sendirinya. Mereka mesti dibentuk menerusi program pendidikan dan latihan guru yang sistematik lagi berterusan. Oleh itu kurikulum pendidikan dan latihan guru hendaklah bertunjangkan pembinaan guru berwatak profesional keguruan, guru transformatif dan guru penyayang.

    Langkah yang terakhir menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013/2025 ini ialah memastikan seorang pengetua berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Objektif Kementerian ialah memastikan setiap sekolah mempunyai pengetua berprestasi tinggi yang berkeupayaan meningkatkan kemajuan sekolah tanpa mengira status quo sekolah berkenaan. Seperti guru, Kementerian akan membangunkan Pakej Kerjaya Baharu bagi
    pengetua/guru besar yang mengimbangi iltizam yang mendalam untuk
    membina keupayaan kepimpinan sekolah dengan penyediaan satu
    standard profesionalisme dan kebertanggungjawaban yang lebih tinggi.

    Saya tertarik dengan kata-kata YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (2012)
    “Bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan transformasi system pendidikan yang menyeluruh".
    NAMA:NUR NAJIBAH BINTI MAT ALI
    NO.MATRIK:A145546
    TAHUN PENGAJIAN:TAHUN SATU
    FAKULTI:SAINS DAN TEKNOLOGI(SAINS BIOLOGI)
    EMAIL:nur_jiebah@yahoo.com
    FACEBOOK:Nur Najibah Mat Ali

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Semasa mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara mewarisi sistem persekolahan yang terpisah mengikut kumpulan etnik yang
    berbeza. Namun, pada hari ini Pelan Pembangunan Pendidikan merupakan salah satu agenda transformasi pendidikan Negara oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 2013 hingga 2025. Seharusnya beberapa langkah harus dijalankan dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

    Langkah pertama ialah guru harus mengamalkan kemahiran profesional. Guru merupakan tenaga ikhtisas yang penting dalam pembangunan sekolah. Oleh itu, guru harus memiliki kecerdasan minda dan juga kemahiran profesional. Ini adalah untuk memastikan pembangunan modal insan dapat dicapai. Hal ini juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Dr.Ragbir Kaur, peranan ini penting bagi membawa pendidkan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia. Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif.Dengan ini, guru dapat melahirkan pelajar yang memiliki daya berfikir yang tinggi untuk membangunkan modal insan. Guru juga harus mempunyai latihan dan program pendidikan yang berkualiti tinggi. Hal ini dapat menjadikan guru sebagai satu profesion yang berkelas dunia.

    Langkah kedua ialah peningkatan kualiti sekolah harus dititikberatkan. Sekolah sangat memainkan peranan penting untuk melahirkan modal insan berkelas pertama. Oleh itu, peranan setiap pihak sekolah haruslah ke arah meningkatkan kualiti sekolah. Pencapaian akademik, Gred Purata Sekolah, Disiplin Pelajar dan sebagainya perlu diutamakan dengan menggunakan pelbagai strategi yang berkesan. Hal ini membolehkan semua pihak akan merasa manfaatnya daripada perkara tersebut. Penggunaan pendekatan yang baru bakal memberikan satu sinar baru kepada pembangunan kualiti sekolah berkenaan. Semuanya bergantung kepada pihak sekolah itu sendiri,

    Langkah ketiga ialah pengetua harus meningkatkan kualitinya. Sebagai seorang pemimpin sekolah, pengetua atau guru besar harus memiliki taraf pendidikan yang baik. Sebaik-baiknya hingga ke peringkat Sarjana (MA. Hons). Tahap pendidikan yang tinggi membantu peningkatan kualiti seseorang pengetua itu sendiri. Pengetua atau guru besar harus ditempatkan di setiap sekolah tidak mengira latar belakang kawasan tersebut. Dengan cara ini, kualiti sekolah dapat ditingkatkan selaras dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan pendidikan Malaysia bertaraf dunia.

    Langkah keempat ialah pembangunan patriotisme dalam kalangan pelajar. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita seharusnya memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Oleh itu, mereka harus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertutran seharian. Hal ini dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum. Pelajar juga harus didedahkan dengan pelbagai cabang yang berkaitan dengan pembangunan negara dan belia. Hal ini penting untuk mengelakkan kepincangan yang berlaku kepada pelajar itu sendiri dalam memahami semangat patriotisme.

    Langkah kelima ialah penggunaan kaedah pembelajaran perlu dipertingkatkan dari segi caranya. Setiap guru mempunyai cara yang berbeza dalam pendekatannya untuk mendidik pelajar. Namun begitu, kaedah efektif yang perlu digunakan ialah kaedah Pengajaran dan Pembelajaran tidak berasakan nota dan buku teks semata-mata. Guru juga boleh menceritakan isu-isu semasa di luar kotak fikirannya. Dengan ini, pelajar dapat ketahui banyak isu-isu semasa dunia tanpa bergantung kepada buku teks sahaja. Contohnya, mata pelajaran Sejharah. Guru tersebut boleh menggunakan pendekatan beliau sendiri untuk menceritakan tentang sejarah itu sendiri selain daripada pembacaan dalam sukatannya sahaja.

    Kesimpulannya, Kerajaan haruslah mencapai aspirasi untyuk membangunkan pendidikan bertaraf dunia jika semua pihak bekerjasama dalam mencapai matlamatnya pada masa akan datang.

    NAMA: MOHAMAD SYAHRIL SYARIFUL ALBI
    NO.MATRIK: A139848
    TAHUN PENGAJIAN: DUA
    FAKULTI: SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (SEJARAH)
    E-MAIL: mohdsyahrilsyarifulalbi@yahoo.com
    FACEBOOK: Massa Kbc

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan Negara pada masa depan. Namun demikian langkah-langkah penting haruslah diambil agar Pelan Pembangunan Pendidikan yang dianjurkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Antara langkah yang perlu diambil bagi melaksanakan pelan ini adalah dengan meyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Misalnya, tahap keberhasilan murid dan amalan pembelajaran terbaik akan ditanda aras dan diselaraskan mengikut standard yang diguna pakai oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi supaya murid Malaysia mampu bersaing di peringkat global. Selain itu, murid yang memerlukan bimbingan tambahan akan mendapat akses kepada bantuan yang bersesuaian dengan keperluan bagi menjamin kejayaan mereka di sekolah.

    Seterusnya, kerajaan perlu memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia mewujudkan persekitaran semula jadi yang kondusif untuk melahirkan murid yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa. Sistem pendidikan semasa dapat meningkatkan keberhasilan murid melalui Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, penguasaan Bhasa Inggeris di kalangan pelajar aalah jauh lebih rendah. Kelemahan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan siswazah baharu merupakan satu daripada lima isu yang sering dihadapi oleh majikan di Malaysia sejak tahun 2006. Oleh itu, kemahiran Bahasa Inggeris guru harus dipertingkatkan dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris. Program LINUS pula harus diperluaskan supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  13. Selain itu, pelan ini juga akan dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila rakyat yang menghayati nilai dilahirkan. Rakyat seperti ini dapat dilahirkan dengan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Kurikulum Pendidikan Islam untuk murid Islam akan melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama utama lain di Malaysia. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian akan mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi sesetengah kelas Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral apabila nilai sejagat diajar.

    Langkah seterusnya pula adalah dengan mentransformasikan profesion perguruan menjadi profesion pilihan. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Pada masa depan, hanya calon terbaik sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti latihan perguruan. Hal ini bermakna Kementerian akan melaksanakan standard kemasukan ke profesion keguruan yang ketat bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat kelayakan minimum akademik. Kementerian akan bekerjasama dengan KPT bagi memastikan standard yang sama digunakan dalam program latihan perguruan di institut pengajian tinggi awam. Bagi memenuhi hasrat melahirkan guru berkualiti, Kementerian juga akan bekerjasama dengan Institut Pendidikan Guru dan KPT untuk memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah ditingkatkan.

    Akhir sekali, penggunaan ICT harus dimanfaatkan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. ICT akan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 buah sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan yang lebih luas melalui program jarak jauh. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran yang lebih khusus. Pada masa depan, murid akan menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi. Mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar secara langsung dengan guru terbaik negara melalui program pembelajaran jarak jauh. Mereka juga dapat belajar mengikut kadar sendiri, dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan bukannya sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara langsung.

    Sistem pendidikan Malaysia berada di persimpangan dan Kementerian telah mendengar suara hati rakyat secara serius, walaupun Kementerian memilih kaedah yang lebih sukar namun, ia memberi banyak kelebihan. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan Malaysia akan hanya dapat memenuhi aspirasi besar menerusi komitmen dan sokongan semua pihak berkepentingan. Pelan ini akan mencorakkan masa depan yang lebih cerah dan gemilang untuk semua anak Malaysia. Mandat yang besar dan aspirasi yang jitu. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua rakyat Malaysia ke arah merealisasikan aspirasi, dan menerusi kerjasama semua pihak untuk membolehkan semua kanak-kanak memperoleh hak masa depan mereka.

    NAMA : PUTERI NUR QUZAITUL UYUN BT SALEH
    NO MATRIK : A142240
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    E-MAIL : puteri_jaehee91@yahoo.com
    FACEBOOK : Puteri Nur Quzaitul Uyun

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-1015 telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September 2013. Majlis pelancaran diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. PPPM merupakan dokumen setebal 300 muka surat menyatakan dengan terperinci lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun akan datang. Apa yang penting adalah PPPM merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara. Ia memberi tumpuan kepada keberhasilan murid merangkumi semua peringkat persekolahan iaitu daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat lepasan menengah. Dokumen PPPM ini merupakan pelengkap kepada Laporan awal PPPM dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 September tahun lepas.

    Antara langkah yang perlu diambil untuk memastikan pelan ini dapat dilaksanakan adalah dengan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Kualiti pengetua/guru besar merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting dalam menentukan keberhasilan murid. Kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%. Oleh itu, kriteria pemilihan berasaskan kompetensi perlu diperkenalkan dan memperkukuh proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013. Kementerian akan menukarkan kriteria pemilihan pengetua/guru besar dari kriteria pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada kriteria yang memfokuskan kecekapan kepimpinan yang ditunjukkan.

    Seterusnya, melakukan transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian dengan memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi. Kementerian akan mengkaji semula setiap bahagian yang bertanggungjawab terhadap fungsi tersebut bagi memastikan langkah yang diambil dapat mengukuhkan keupayaan bahagian yang berkenaan. Hal ini termasuklah menjadikan bahagian yang tertentu sebagai pusat kecemerlangan untuk meningkatkan kekendirian dan/atau mengambil pakar luar.Kementerian yang mengalami transformasi akan mempunyai pemimpin yang berwibawa di setiap peringkat, proses dan struktur baharu, serta budaya berprestasi tinggi. Peranan peringkat kementerian, negeri dan daerah diperkemas, E-31dengan kementerian atau Ibu Pejabat memberikan tumpuan kepada pembangunan dasar dan perancangan makro.

    ReplyDelete
  16. Selain itu, bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas akan dapat membantu dalam melaksanakan pelan pembangunan pendidikan ini. Pada masa depan, peranan PIBG akan berkembang daripada tumpuan biasa terhadap usaha pengumpulan dana kepada bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk meningkatkan keberhasilan murid. Secara khususnya, PIBG dipelawa untuk mengemukakan input tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadikan kurikulum kebangsaan lebih relevan dengan keperluan masyarakat setempat dan memberikan maklum balas tentang kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajaran anak mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam sesetengah keadaan, hal ini mungkin bermaksud menjadikan ibu bapa sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk aktiviti sekolah.

    Langkah seterusnya pula adalah dengan memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Memandangkan usaha transformasi hebat yang akan dilaksanakan oleh sistem pendidikan ini, kerajaan akan terus melabur anggaran tahap perbelanjaan, iaitu 16% daripada bajet persekutuan untuk sistem pendidikan. Kementerian akan memperuntukkan dana ini bagi keutamaan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan ini, yang langsung tidak melibatkan program dan inisiatif berimpak rendah yang lain. Kerajaan juga akan memantau dan melaporkan pulangan atas pelaburan yang didapati daripada setiap inisiatif, dengan pelaburan seterusnya bergantung pada hasil yang ditunjukkan. Dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru, kementerian akan mengkaji semula corak perbelanjaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah secara teliti bagi mewujudkan tanda aras perbelanjaan dan memurnikan proses pemerolehan. Jabatan dan pejabat yang berbelanja melebihi tanda aras yang ditetapkan perlu memastikan perbelanjaan mereka mengikut tanda aras ini.

    Akhir sekali adalah dengan meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung. Pihak berkepentingan kerapkali menekankan bahawa Kementerian perlu lebih pelibatan dan berkomunikasi dengan orang awam tentang jenis dan kemajuan inisiatif yang dilaksanakan serta hasil yang diberikan. Kementerian akan menerbitkan laporan tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini. Di mana relevan, laporan ini akan merangkum penjelasan yang jelas tentang cara petunjuk prestasi utama, seperti band prestasi sekolah NKRA dikira dan usaha yang sedang dilakukan bagi meningkatkan cara sistem mengukur prestasi. Semua pihak berkepentingan akan menikmati tahap ketelusan yang belum pernah wujud sebelum ini.

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia memberikan landasan transformatif dalam konteks pendidikan arus perdana Malaysia. Sekiranya setiap warga Malaysia bersama-sama mendukungnya, Malaysia boleh menjadi negara maju acuan kita sendiri.

    NAMA : ZURAI AMEYLIANA BT YAACOB
    NO MATRIK : A142404
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN ( LINGUISTIK )
    E-MAIL : zurai_jj@yahoo.com
    FACEBOOK : Dieya Ratu Yuzra

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Sir Mohd Jasmy,

    Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perlaksanaan PPPM ini dilaksanakan dengan jayanya ialah :
    Pertama, sistem pengajaran dan pembelajaran mestilah menggunakan kaedah praktikal seperti pembuatan sesuatu projek. Ini adalah kerana pembelajaran secara praktikal lebih dekat dengan pelajar. Pelajar juga akan lebih memahami jika mereka melihat sendiri hasil projek yang dilakukan berbanding pembelajaran berasaskan buku semata-mata. Contohnya seperti matapelajaran kemahiran hidup, yang mana setiap satu pembelajaran memerlukan pelajar untuk melakukannya sendiri. Ini dapat meningkatkan kefahaman murid kerana cara seperti ini lebih dekat dengan mereka. Kaedah ini boleh diserapakan pada beberapa subjek pembelajaran yang lain. Di sini guru dilihat sebagai motivator untuk membimbing mereka untuk lebih kreatif dan innovatif.

    Kedua, pemilihan guru perlulah lebih rapi bukan sahaja melihat pada keputusan pembelajaran mereka semata-mata. Ini adalah kerana, dalam sistem pembelajaran, sistem rohani perlulah diterapkan kedalam diri pelajar-pelajar terlebih dahulu, agar mereka faham niat sebenar mereka dihantar ke sekolah. Jika seorang guru itu sendiri kurang kerohaniannya, bagaimanakah pelajarnya kelak. Kita dapat melihat pada hari ini, guru hanya mengajar pelajar untuk menghormati guru itu, sedangkan mereka sendiri tidak menghormati pelajar. Seperti yang terpampang di dada akhbar, seorang guru sanggup melakukan kelakuan diluar tabii ke atas pelajarnya sendiri. Sedangkan mereka yang diperlukan untuk membimbing pelajar kearah transformasi pendidikan.

    Ketiga, seperti mana yang kita ketahui,teknologi merupakan sesuatu yang amat penting pada abad ke-21 ini. Ini adalah kerana, hanya teknologi yang mampu membuka mata negara yang telah berjaya untuk bersaing dengan mereka seperti Amerika Syarikat dan australia. Untuk itu, pembelajaran perlulah menggunakan sistem teknologi yang canggih untuk membentuk transformasi pelajar agar memandang kehadapan dan lebih terbuka. Contohnya, teknologi usahawan kini yang hanya menggunakan internet untuk mereka berkomunikasi bersama negara luar. Ini dapat mengurangkan kos pengangkutan juga menjimatkan masa.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Sambungan..

    Keempat, pada pendapat saya sendiri, beban kerja guru perlulah dikurangkan, seperti mana yang kita ketahui, pada masa kini, guru adalah segalanya termasuk menguruskan yuran pelajar. Ini dapat mengurangkan kualiti pengajaran seorang guru itu, sedangkan masa yang diperlukan untuk mengira wang pelajar boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran kepada pelajar. Contohnya, seorang guru selalunya menjadi guru kelas di sekolah mereka. Tentunya mereka perlu memastikan segala kebajikan pelajar mereka terjamin, dengan memastikan kehadiran pelajar itu sendiri. Selain itu guru juga merupakan tempat untuk pelajar-pelajar membayar yuran sekaligus menambahkan lagi beban pada guru tersebut. Pada sebelah petangnya, guru perlu menghadiri perjumpaan ataupun “meeting” sesama mereka. Pada sebelah malamnya mereka perlu menanda buku yang telah pelajar hantar kepada mereka. ini dapat mengurangkan masa untuk guru itu membuat persediaan untuk mengajar pada keesokan hari. Ianya dapat mengurangkan kualiti seseorang guru itu.

    Akhirnya ialah menggunakan sistem atau kaedah ekspositori. Sistem ini menggunakan kaedah penerangan yang jelas dan terperinci. konteks pengajaran ini merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. kaedah ekspositori ini juga ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.selain itu, guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta,hukum,prinsip atau teori matematik. Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

    Semoga dengan lima langkah yang diberi ini dapat memberi impak dan memastikan perlaksanaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


    NUR SAADAH BT ZAINI
    A142655
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
    EMAIL: saadahzaini91@yahoo.com
    FB: Saadah Zaini

    ReplyDelete
  20. Dalam memastikan negara tidak ketinggalan dan mampu berdaya saing, Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif menyediakan satu sistem pendidikan negara yang berkualiti melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Saya ingin mencadangkan beberapa langkah untuk memastikan pelaksanaan PPPM dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Langkah yang pertama ialah memantapkan barisan kepimpinan sekolah. Pengetua dan guru besar merupakan seorang ketua di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, individu yang menyandang jawatan tesebut hendaklah seseorang yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria seorang ketua. Hal ini kerana mereka merupakan orang yang bertangunggjawab dalam memastikan kecemerlangan sekolah di bawah pentadbirannya.

    Langkah yang kedua ialah meningkatkan profesion perguruan. Seorang guru merupakan insan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Tanpa mereka sekolah ibarat tidak berfungsi dengan lengkap. Oleh yang demikian, guru-guru yang ditempatkan di setiap sekolah hendaklah guru yang berkualiti dan dedikasi terhadap tugasnya. Guru juga hendaklah seorang yang berpengetahuan luas tidak hanya terhad dengan apa yang akan mereka ajarkan. Hal ini kerana, pada zaman teknologi ini, fikiran para pelajar semakin meluas. Tidak mustahil mereka akan bertanyakan soalan di luar kotak pemikiran.

    Langkah yang ketiga ialah mendapat sokongan daripada ibubapa pelajar. Dalam hal ini, tugas untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita tidak hanya tergalas di bahu pihak kementerian dan sekolah sahaja malahan juga melibatkan ibubapa pelajar. Ibubapa boleh mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak di sekolah dengan cara berhubung dengan guru yang mengajar anak-anak. Tugas mendidik tidak hanya bergantung kepada guru, ibubapa juga boleh memainkan peranan mereka untuk mendidik anak-anak secara tidak formal di rumah. Pihak sekolah juga bolehlah membina laman sosial yang akan memudahkan interaksi antara ibubapa dab guru. Cara ini akan memudahkan kedua-dua pihak tanpa perlu bersua muka sekiranya ada masalah yang ingin dibincangkan.

    Langkah yang seterusnya ialah tidak membezakan antara pelajar yang bersekolah di bandar dan di luar bandar. Kebiasaannya sekolah-sekolah yang terletak di bandar akan mendapat kemudahan yang lengkap dan selesa berbanding dengan sekolah-sekolah di luar bandar. Hal ini akan menyebabkan wujudnya jurang perbezaan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar. Setiap sekolah berhak mendapat kemudahan yang lengkap dan sewajarnya tanpa mengira sekolah itu terletak di bandar mahupun di luar bandar. Kemudahan yang paling ketara sekali perbezaannya adalah akses internet. Pelajar luar bandar kurang pendedahan mengenainya kerana kurangnya kemudahan yang disalurkan.Kemudahan yang lengkap dapat memberikan persekitaran yang kondusif untuk para pelajar.

    Langkah yang terakhir ialah menyediakan para pelajar dengan pelbagai kemahiran. Antaranya seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, ICT serta banyak lagi kemahiran lain yang sewajarnya. Kemahiran-kemahiran ini sangat berguna bagi para pelajar apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya melangkah ke alam pekerjaan nanti.

    Dengan adanya PPPM ini, saya berharap agar negara kita tidak lagi ketinggalan dalam bidang pendidikan dan mampu untuk bersaing dengan negara-negara lain yang telah mendahului kita.

    IZZYAN SYAZWANI BINTI ABDUL HALIM
    A145645
    TAHUN SATU
    FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL:syazwaniizzyan@gmail.com
    FACEBOOK:Izzyan Syazwani

    ReplyDelete
  21. Antara 5 langkah untuk memastikan PPPM berjaya ialah dengan:

    1)Penggunaan teknologi ict di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.Hal ini kerana seperti kita semua tahu iaitu pelbagai maklumat pembelajaran boleh didapati di internet dan ini dapat membantu pelajar untuk lebih memahami apa yang telah diajar oleh guru disekolah serta membantu pelajar,

    2)Perkenalan sistem 1 murid 1 sukan di semua sekolah di seluruh Malaysia juga perlu diteruskan untuk merealisasikan pelan pembangunan pendidikan Malaysia.Hal ini kerana ia dapat memberi ruang kepada pelajar untuk bersukan,menceburi apa sahaja sukan yang mereka minati serta dapat mungurangkan pelajar yang pasif dan melatih pelajar untuk aktif dalam sukan.

    3)Selain daripada itu,guru-guru juga perlu memainkan peranan penting dengan cara memupuk semangat perpaduan yang kuat dalam kalangan pelajar dan lebih bagus jika sifat ini diterapkan lagi sejak kecil kerana pepatah telah mengatakan bahawa 'melentur buluh hendaklah daripada rebungnya'.Kerana Malaysia ialah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdidi daripada pelbagai bangsa dan suku kaum.

    4)Menerapkan kemahiran ilmiah kepada murid-murid disekolah.Kerana kemahiran ini mampu melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan,kemahiran berfikir,kemahiran memimpin,kemahiran dwibahasa,etika dan kerohanian dan mengenali identiti nasional.Ini juga dapat membantu melahirkan generasi yang gemilang dan terbilang.

    5)Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah di seluruh Malaysia.Ini kerana pemimpin ini mampu memberi contoh kepada semua individu di sesuatu tempat itu untuk terus berjaya dan pemimpin ini mampu memikirkan idea-idea yang bernas untuk membangunkan dan menjayakan pelan pembangunan pendidikan Malaysia.

    MUHAMMAD FARISHAH BIN ISNIN
    A145532
    TAHUN SATU
    FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL:farishah_pacat@yahoo.com
    FACEBOOK:shah pacat

    ReplyDelete
  22. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan salah satu daripada usaha kerajaan Malaysia dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam usaha untuk mencapai status negara maju bukan sahaja dari aspek pembangunan ekonomi semata-mata, malah dari aspek pembangunan modal insan yang mapan agar terus dapat memacu kegemilangan negara. oleh itu, keperluan terhadap satu sistem pendidikan yang utuh perlu dirangka oleh kerajaan agar usaha murni ini dapat terlaksana. dengan adanya pelan Pendidikan ini, Malaysia dilihat berada pada landasan yang betul dalam mencapai rakyat minda kelas pertama. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam memastikan pelaksanaan PPPM berjaya.

    Pertamanya adalah melalui penyebaran maklumat serta proses untuk meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap pelan yang ingin diperkenalkan. Seperti yang kita sedia maklum, saban tahun, negara kita akan keluar dengan pelbagai dasar mahupun pelan dalam pada kita membangunkan negara in. Contohnya, Dasar Pandang ke timur oleh Tun. Dr. Mahathir, Konsep Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan yang terbaharu Gagasan 1Malaysia oleh Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Kesemua usaha murni kerajaan ini perlulah bermula dengan penyebaran maklumat yang jitu, agar masyarakat akan lebih paham lantas dapat sama-sama menyambut usaha murni kerajaan ini. Masyarakat merupakan entiti yang sangat penting dalam satu sistem organisasi sosial sesebuah negara kerana mereka adalah golongan penerima dan pelaksana setiap dasar yang diutarakan oleh kerajaan. Media massa dengan fungsinya harus dimanfaatkan sepenuhnya agar maklumat dapat disebarkan dengan jelas.

    Kedua adalah dengan penyediaan bahagian pentadbiran dan guru yang terlatih di semua jenis sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, guru merupakan golongan yang sangat penting dalam membentuk modal insan dan keberhasilan murid. Oleh tiu, kepakaran guru dalam pelbagai jenis bidang amatlah dituntut. Kursus perguruan perlulah ditawarkan dengan lebih banyak disetiap IPTA mahupun IPTS dalam memenuhi tuntutan guru yang makin meningkat saban tahun terutamanya guru-guru bagi subjek yang kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Sains. Syarat kemasukan penerimaan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan harus diperketatkan dalam pada kita menjaga kualiti dan standard untuk menyediakan guru yang berkualiti kepada murid-murid.
    Seharusnya, kerjaaan mewujudkan lebih banyak Institusi Perguruan yang khusus agar jumlah guru berkualiti dapat ditingkatkan. Setakat ini kita mempunyai UPSI sebagai pusat penyediaan para guru disamping IPG dan IPT-IPT yang lain. NIsbah 1 orang guru kepada 20 orang murid dapat kita hapuskan kepada 1 nisbah 10 secara minimum dan usaha kerajaan dalam mewajibkan kelulusan setiap guru untuk mempunyai sekurang-kurangnya ijazah mahupun sarjana adalah satu langkah yang bijak dalam kita meningkatkan kualiti para pendidik.

    ReplyDelete
  23. Sambungan...

    Ketiga, jurang antara luar bandar dan bandar harus dirapatkan. Isu mengenai jurang pendidikan luar bandar dan bandar merupakan isu yang acapkali dibincangkan di peringkat nasional. Namun solusinya masih lagi dalam proses yang agak lembab. Walaubagaimanapun, untuk memastikan PPPM ini berjaya, jurang yang ketara ini harus diatasi terutamanya dariapda segi infrastruktur dan prasarana yang ada pada sekolah luar bandar. Jumlah sekolah luar bandar yang direkodkan adalah sebanyak 1894 buah sekolah, namun kebanyakannya masih lagi tidak mempunyai prasaranan dan infrastruktur yang lengkap. Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hampir 39 peratus sekolah berada dalam keadaan daif, itu hanya angka di Sabah, bagaimana pula dikawasan yang lain. Oleh itu, kemudahan asas seperti meja. kerusi. projektor dan LCD, lampu, kipas dan lain-lain lagi harus dipantau sentiasa agar semua murid mendapat kemudahan yang sama rata. Jadi bila mana keadaan pembelajaran luar bandar sama kondusif dengan dibandar maka tiada lagi isu jurang pendidikan akan timbul lantas memudahkan lagi usaha kerajaan dalam menyediakan tenaga kerja pada masa hadapan.

    Keempat, meningkatkan akses masyarakat kepada pendidikan. Isu akses ini juga bukan isu yang baharu untuk kita perkatakan tetapi ianya adalah isu yang sangat memberikan kesan yang signifikan kepada pembangunan pendidikan di Malaysia. Kadar celik huruf (LINUS) di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang kurang memuaskan. Namun, dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan akhir-akhir ini kita dapat melihat ianya semakin baik. Unuk memastikan kesemua rakyat Malaysia celik huruf kita perlulah memberikan dan mewajibkan pendidikan pada semua. Kerajaan mengambil langkah yang bijak apabila mewajibkan ibubapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan. Pelbagai program juga perlu dilakukan untuk menarik dan meningkatkan akses terhadap pendidikan ini. Antaranya dengan penggunaan ICT secara meluas yang pada masa sekarang sedang dipergiat oleh kerajaan. Penyediaan kursus-kursus vokasional di sekolah-sekolah dilihat sebagai satu mekanisme terbaik dalam menyediakan kepakaran dan tenaga kerja yang terlatih agar memudahkan lagi peroses pembangunan ekonomi negara yang rata-ratanya ditunjangi dengan pelbagai sektor seperti Perkilangan, Perindustrian dan macam-macam lagi. Jenis aliran yang banyak ini memberi pilihan kepada masyarakat dan meningkatkan penerimaan mereka terhadap jenis dan sistem pendidikan yang ditawarkan di Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Sambungan...


    Kelima adalah dengan memperbanyak sistem praktikal dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di negara kita. Sebelum ini, hampir 50 tahun kita bergantung kepada sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan. Masalahnya dengan sistem ini, kita hanya lebih menfokuskan kepada aspek pemerkasaan teori semata-mata dan pengabaian kepada sapek praktikal yang sebenarnya jauh lebih dituntut. Namun, pemansuhan terhadap beberapa peperikasaan di Malaysia dilihat sebagai "wake up call" kepada masyarakat bahawa kerajaan benar-benar serius dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada masyarakat. Pemansuhan terhadap PMR merupakan langkah drastik yang perlu dipuji walaupun mendapat kritikan masyarakat. Hal ini kerana, PMR dilihat sebagai kayu pengukur kepadaa transisi murid daripada alam persekolahan peringkat rendah kepada alam persekolahan peringkat menengah. Unsur PBS yang cuba diterapkan merupakan satu langkah awal yang signifikan umtuk mengimbangi unsur teori dan praktikal secara sama rata dalam kita mengejar pendidikan bertaraf dunia.

    Kesimpulannya, kerajaan Malaysia sudah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan rakyatnya mendapat hak berpendidikan yang secukupnya. Pelbagai inisiatif diperkenalkan dalam pada kita mengahsilkan modal insan yang berkualiti. Lima langkah diatas merupakan beberapa aspek yang perlu diambil kira untuk kita merealisasikan PPPM ini agar ia dapat memebrikan manfaat bukan sahaja kepada sisi pendidikan Malaysia tetapi kepada pembangunan negara kita sendiri.



    NAMA: MOHD AZMAN BIN KHOLID
    NO. MATRIK: A140864
    TAHUN: DUA
    FAKULTI: SAINS DAN TEKNOLOGI (FST)
    PROGRAM: SAINS BIOLOGI (TUMBUHAN)
    EMAIL: azman_061093@yahoo.com
    FACEBOOK: Azman Kholid

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan rangka untuk meletakkan negara Malaysia setara dengan sistem pendidikan terbaik dunia dalam tempoh 13 tahun.Berikut adalah antara langkah yang perlu di lakukan untuk memastikan perlaksanaan PPPm dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Langkah pertama ialah sokongan dalam aktiviti pengajaran dan pengukuhan usaha
    guru. Pemimpin-pemimpin sekolah sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam aktiviti pengajaran dan pengukuhan usaha guru dalam menjalankan proses pdp. Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) memberikan sokongan moral dan ada juga dalam bentuk menyediakan peralatan tambahan bagi melancarkan proses pdp. Contohnya kemudahan ICT dalam aktiviti pdp, KPM melalui BTP telah memperluas konsep Sekolah Bestari ke semua sekolah KPM dengan memanfaatkan semua inisiatif ICT KPM.

    Langkah kedua ialah menyelaras kurikulum iaitu pengurusan, penyelarasan dan pemantauan kurikulum yang dilakukan menampakkan impak ke atas sesuatu program yang dilaksanakan kerana bagi setiap satu program yang hendak laksanakan, pelbagai faktor telah diambil kira dan pemantauan juga dilaksanakan sepanjang masa oleh barisan pentadbir dengan bantuan guru-guru kanan mata pelajaran. Contohnya, beberapa panitia mempunyai inisiatif menjalankan pdp secara berpasangan atau berkumpulan. Selain memantapkan proses pdp, pemantauan ini dilakukan bagi memastikan guru-guru mematuhi contact hour.
    Langkah ketiga ialah pengurusan masa instruksional guru iaitu tanggungjawab dan amanah seorang guru sebagai pendidik. Contohnya guru perlulah masuk ke kelas tepat pada masanya dan memastikan masa pdp di dalam kelas digunakan sepenuhnya untuk manfaat para pelajar. Hal ini, bukan sahaja dapat mendisplin guru dalam kepentingan masa malah turut mendisplinkan pelajar juga kerana mempunyai guru sebagai rol model yang cemerlang.



    Langkah keempat pula ialah pengurusan kemajuan pelajar iaitu kemajuan pelajar dipantau dari semasa ke semasa dengan mengguna pakai instrumen sedia ada seperti pencapai (Take off Value)TOV dan (Expected Targeted Result) ETR pelajar dalam setiap peperiksaan dan ujian. Contohnya, ada sekolah yang memanfaatkan (Information Communication Technology) ICT dalam memantau kemajuan pelajar. Pelajar dan ibu bapa juga digalakkan melayari laman web yang berkenaan untuk mengetahui perkembangan dan kemajuan akademik pelajar. Hal ini dapat menjadikan pendidikan sebagai eset pembangunan negara.

    ReplyDelete
  26. Langkah kelima ialah galakan perkembangan professional guru iaitu guru-guru bebas untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang yang mereka minati. Ini kerana hasil daripada peningkatan professional guru dapat memberikan keyakinan yang tinggi untuk menjalankan tugasan harian mereka. Contohnya, apabila sekolah kekurangan guru matematik, guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam perlu mengajar matematik ini merupakan satu masalah dalam sistem pengajaran kerana guru yang perlu mengajar matematik itu tidak tahu selok belok pengajaran matematik kerana bukan bidangnya, namun dengan perkembangan professional guru ini masalah ini dapat diselesaikan kerana guru pada masa kini bukan hanya tertumpu pada satu bidang tetapi lebih daripada itu.

    Melalui PPPM, guru dan pemimpin sekolah merupakan penggerak yang utama di peringkat sekolah untuk keberhasilan murid. Bagi mencapai matlamat profesion keguruan sebagai suatu profesion pilihan serta memperkasa kualiti guru sedia ada, Kementerian telah memperkenalkan Piagam
    Guru Baharu bertujuan untuk mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan dengan memantapkan syarat kemasukan ke institusi pendidikan guru, menekankan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Professional Development - CPD), memantapkan laluan kerjaya sedia ada kepada 3 laluan utama serta mengutamakan prestasi dan kompetensi yang akan diukur melalui instrumen bersepadu yang sedang dibangunkan.
    Mulai tahun 2013, piagam guru ini akan memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan standard profesionalisme guru dan menambahbaik sistem sokongan sedia ada. Di antara langkah utama yang telah diusahakan :
    • Menambahbaik syarat kelayakan kemasukan untuk ambilan baharu ke institusi pendidikan guru dengan keutamaan kepada lulusan 30% terbaik serta menetapkan standard yang lebih tinggi untuk lulus latihan perguruan
    • Mengukuhkan kaitan antara prestasi dengan kompetensi berdasarkan standard prestasi yang ditetapkan dan diukur setiap tahun menggunakan instrumen yang bersepadu
    • Memantapkan pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan guru berdasarkan gred dan jawatan
    • Mewujudkan 3 laluan kerjaya utama yang lebih menarik dan dapat menyokong laluan pantas.

    Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia juga beriltizam untuk mentransformasi Insititusi Pendidikan Guru (IPG) bagi memastikan matlamat IPG sebagai universiti latihan guru bertaraf dunia dicapai. Langkah-langkah yang telah diambil termasuk i) memperkukuh saluran pengambilan guru pelatih; ii) memantapkan kurikulum; iii) meningkatkan kualiti kepimpinan IPG dan pensyarah; iv) meningkatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi; v) meningkatkan profil IPG serta vi) menaiktaraf infrastruktur.

    Nama : MUHAMAD HAFIZAN MOHD SUHAIRI
    No. Matrik : A140459
    Tahun Pengajian : TAHUN 2
    Fakulti : FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    email : hafizan_fizan@rocketmail.com
    Facebook : Muhd Hafizan

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

    Pendidikan merupakan tunjang kejayaan seseorang individu. Melalui pendidikan juga sesebuah tamadun dan negara itu dapat dibangunkan dan dimajukan. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia telah merangka satu pelan pembangunan yang komprehensif iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelbagai langkah dinamik yang boleh diambil bagi memastikan kejayaan pelan ini.

    Antaranya ialah pihak sekolah tidak kira di peringkat rendah atau menengah hendaklah memastikan bahawa para pelajar dapat menguasai penggunaan Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan cemerlang. Selain itu, pihak sekolah juga boleh memperkasakan penggunaan bahasa ketiga di peringkat sekolah. Hal ini penting kerana dengan menguasai pelbagai bahasa, keyakinan para pelajar dapat ditingkatkan dan pelajar boleh bersaing dengan cemerlang di peringkat antarabangsa.

    Di samping itu, kerajaan Malaysia hendaklah menyelesaikan masalah ketidak cukupan guru dan kakitangan sekolah dengan segera. Kajian menunjukkan bahawa nisbah seorang guru kepada murid ialah 1:150 di sesebuah sekolah. Hal ini akan menimbulkan beban yang berat kepada guru tersebut dan akan mengurangkan produktiviti serta hasil pembelajaran tidak dapat disebarkan dengan baik.

    Demi mencapai Wawasan 2020, pihak kerajaan dan sekolah hendaklah memastikan bahawa pelajar dan guru telah dapat menguasai kemahiran sains dan teknologi dengan cemerlang. Prasarana dan kemudahan di sekolah juga hendaklah selaras dengan kemajuan IT di Malaysia. Kemahiran teknikal dan vokasional juga boleh diajarkan kepada para pelajar agar mereka setanding dengan pelajar di negara maju yang lain dan laku di pasaran kerjaya.

    Seterusnya tidak dilupakan juga penerapan nilai-nilai murni dan sivik ke dalam diri pelajar memandangkan negara sedang pesat membangun. Pendidikan agama dan moral juga seiring pentingnya agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik malah mempunyai sahsiah dan disiplin yang tinggi.

    Tuntasnya, langkah terakhir yang boleh diambil bagi melaksanakan aspirasi kerajaan dan rakyat ini adalah dengan penglibatan secara aktif dan konsisten oleh ibu bapa dan pihak sekolah. Dengan wujudnya Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) diharap dapat meningkatkan prestasi sekolah. Ibubapa dan guru haruslah menyumbangkan pelbagai idea yang bernas lagi tuntas demi kemaslahatan dan kemajuan pendidikan negara juga.


    NAMA : SITI AISHA BINTI SUHAIMI
    NO MATRIK : A146088
    TAHUN PENGAJIAN : SATU
    FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL : anaishasuhaimi@yahoo.com
    FACEBOOK : syahiraisha@gmail.com

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. NAMA : MUHAMMAD HELMI BIN ALI
    MATRIK : A135373
    TAHUN : 3
    FAKULTI: FST
    EMAIL : ami_juha91@yahoo.com
    FACEBOOK : Muhammad Helmi

    Langkah pertama ialah meningkatkan profesionalisme perguruan. Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan.

    Langkah kedua ialah memperbaiki kualiti sistem peperiksaan. Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan Negara. Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya. Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.

    Langkah ketiga ialah memperkenalkan sistem 1 murid 1 komputer riba. Sistem ini telah diperkenalkan di Terengganu dimana ia menggunakan sistem “e-book”. Kemudahan sebegini rupa akan membantu merintis murid-murid ke arah yang lebih maju serta meningkatkan keghairahan mereka untuk belajar lebih faham dan bukannya fokus untuk menghafal semata-mata. Selain itu, murid pun akan kurang beban dalam membawa buku-buku teks mereka ke sekolah dimana dulu murid-murid terpaksa membawa buku yang terlalu banyak justeru menyebabkan mereka penat membawa buku dan bukannya penat belajar. Disini kita dapat lihat efektifnya penggunaan koputer riba terhadap murid-murid.

    ReplyDelete
  31. sambungan...

    Langkah keempat ialah penyelarasan kurikulum. Pengurusan dan pemantauan kurikulum yang dilakukan secara jelas dan menampakkan impak ke atas sesuatu program yang dilaksanakan kerana bagi setiap program yang hendak laksanakan, pelbagai faktor telah diambil kira dan pemantauan juga dilaksanakan sepanjang masa oleh barisan pentadbir dengan bantuan guru-guru kanan mata pelajaran. Sebagai contoh masa pnp perlu tepat waktunya diambil dan penuh dengan intipati yang dibawa oleh para guru.

    Langkah kelima ialah ketersediaan pendidik menghadapi reformasi pendidikan. Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik. Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR), subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan pangkat baru berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan generasi remaja kita yang menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan penghitungan dalam menanam modal dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya kita dapat rasai kini dengan kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk memilih sains sebagai bidang pilihan mereka di IPT. Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada reaktif kepada proaktif, daripada rutin kepada inovatif dan kretif daripada individu kepada perkongsian dan daripada pasif kepada progresif.Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus reformasi yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini ? Ada baiknya fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas yang mantap dan teguh.

    ReplyDelete
  32. NAMA : MOHAMAD FIKRI MAKRAM B WAN MOHD ROSDI
    MATRIK : A138658
    TAHUN : 3
    FAKULTI: FPEND
    EMAIL : fikrimakram@gmail.com
    FACEBOOK : fikri makram

    Assalamualaikum wbt..

    Pada masa kini pelbagai teknologi yang di gunakan bagi meningkatkan tahap pendidikan di negara kita dan langkah-langkah untuk memperbaharui sistem pendidikan di negara kita ini.Pendidikan guru adalah amat penting dalam membangunankan pemimpin negara dan melahirkan siswa dan siswazah.Pendidikan adalah salah satu tranformasi pendidikan dalam memenuhi abad ke 21.

    1)langkah yang pertama adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Ringkasan Eksekutif E-2 Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam ekonomi global masa ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Pendidikan menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama, dan etnik belajar memahami, menerima, dan menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi pengalaman dan aspirasi untuk membina masa depan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk. Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perkara yang semakin menarik perhatian dan menjadi perbahasan orang ramai. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan akan keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan dengan segera.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. 2)Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara. Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. Pelaksanaan KSSR yang disemak semula dan KSSM memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat komuniti. Bagi murid sekolah menengah, elemen khidmat komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan sekolah menengah. Kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya akan merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan. Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform.

    3)Langkah ketiga ialah pengurusan masa instruksional guru iaitu tanggungjawab dan amanah seorang guru sebagai pendidik. Contohnya guru perlulah masuk ke kelas tepat pada masanya dan memastikan masa pdp di dalam kelas digunakan sepenuhnya untuk manfaat para pelajar. Hal ini, bukan sahaja dapat mendisplin guru dalam kepentingan masa malah turut mendisplinkan pelajar juga kerana mempunyai guru sebagai rol model yang cemerlang.

    ReplyDelete
  35. 4)Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia Mengapakah perlu?: Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti. Sebagai contoh, kajian Kementerian pada 2010 mendapati bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang satu jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa hanya sepertiga murid menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada 2012 mendapati bahawa penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan sebagai alat pengajaran. ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas.

    5)Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas Mengapakah perlu?: Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam komuniti. Di Malaysia, kira-kira satu perempat daripada masa murid yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah. Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada “pembelajaran berasaskan sekolah” kepada “pembelajaran berasaskan sistem” dengan melibatkan ibu bapa, komuniti, sektor swasta, dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa sesetengah pelibatan yang demikian meninggalkan kesan yang signifikan. Sebagai contoh, dapatan kajian OECD tentang PISA menunjukkan bahawa sesetengah aktiviti antara ibu bapa dengan anak, seperti membaca pada setiap hari atau membincangkan kegiatan harian, dapat meningkatkan keberhasilan murid secara signifikan tanpa mengambil kira latar belakang sosioekonomi. Kajian antarabangsa juga membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat manfaat termasuklah gred yang lebih tinggi dan ketakhadiran murid yang rendah. Apakah bentuk kejayaan?: Setiap ibu bapa akan menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak mereka, bukan sahaja melalui aktiviti yang lazim, seperti hari sukan dan hari penyerahan kad laporan, tetapi juga menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diperkukuhkan bagi menyediakan maklum balas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah. Di samping itu, penggunaan sarana ibu bapa

    ReplyDelete
  36. SITI NURHASANAH BINTI ALI RAHMAN
    A140316
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    sitinurhasanahalirahman@siswa.ukm.edu.my
    FB: Siti Nurhasanah Ali Rahman


    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Antara langkah untuk memastikan pelaksanaan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia ialah pertama peranan golongan guru-guru berkualiti atau guru cemerlang. Guru-guru tersebut mengajar mengikut kepada kepakaran bidang masing-masing. Contohnya, penekanan lebih kepada subjek yang susah seperti bahasa Inggeris, matematik dan sains.

    Kedua, peranan ibu bapa. Ibu bapa harus lebih peka dengan perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga haruslah menyokong setiap program atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Contohnya, ketika pihak sekolah mengadakan kelas-kelas tambahan, ibu bapa harus memastikan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah.

    Ketiga, peranan pihak kerajaan. Pihak kerajaan hendaklah memperuntukkan dana bagi membantu membuat penambahbaikan terhadap sistem pendidikan bagi keseluruhan rakyat Malaysia dan haruslah dilaksanakan secara menyeluruh. Contohnya, memperuntukkan bahan keperluan asas membangun akademik murid seperti kemudahan buku teks yang mencukupi di semua peringkat sama ada di bandar mahu pun di luar bandar.

    Keempat, meningkatkan program pengambilan sekolah angkat. Kementerian telah melancarkan program PINTAR (Promoting, Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility) pada tahun 2006 bagi menggalakkan syarikat untuk bekerjasama dengan sekolah yang kurang mendapat kemudahan dengan memperkenalkan teknologi baharu , aktiviti lepas sekolah, projek literasi, klinik pendidikan dan ceramah motivasi kepada murid. Program ini telah menunjukkan kejayaan sehingga kini, dengan 292 buah sekolah dijadikan sekolah angkat oleh 35 rakan korporat (kebanyakannya syarikat milik kerajaan). Kementerian akan terus menggalakkan lebih ramai rakan korporat berdaftar untuk program ini supaya lebih banyak sekolah mendapat tajaan.

    Kelima, meningkatkan infrastruktur. Pihak kerajaan haruslah meningkatkan kemudahan infrastruktur dan sentiasa menyelia segala infrastruktur yang ada di sesebuah sekolah. Hal ini demikian kerana bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan baik. Contohnya, kemudahan seperti jaringan internet, komputer dan sebagainya.

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini merupakan kesinambungan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kerajaan merangka Pelan Pembangunan Pendidikan sebagai penambahbaikkan dan pada masa yang sama memperkenalkan beberapa pendekatan baru yang menjurus kepada transformasi pendidikan negara. Antara contoh perubahan ialah merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian. Berdasarkan perancangan yang digariskan itu maka besarlah harapan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita setanding negara – negara maju.

    Untuk memastikan perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan jayanya kerajaan telah menaik taraf kemudahan pendidikan yang meliputi pembinaan infrastruktur bangunan dan penyediaan bilik-bilik khas bagi mengupayakan sistem pembelajaran. Banyak kemudahan telah diberikan seperti kelengkapan bilik pandang dengar, makmal komputer dan bengkel kemahiran dibina agar dapat menyokong pembelajaran berteraskan sumber dan membolehkan pelajar mempunyai akses pembelajaran kendiri. Reka bentuk bangunan sekolah dan susur atur kelas juga merupakan juga mempengaruhi pembelajaran murid. Contohnya kita dapat lihat Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula menggunakan reka bentuk bangunan yang baru dan susur atur bilik darjah yang dapat mengoptimumkan proses pembelajaran pada masa kini dan sebagai persediaan pendidikan ke arah abad ke 21. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah merancang perlaksaan pendidikan berkualiti.

    Selain itu penyediaan geran penyelidikan juga adalah penting untuk menggalakkan perkembangan profesionalisme guru dalam kemajuan kerjaya mereka. Kemudahan geran penyelidikan misalnya turut memberi laluan kepada guru untuk meningkatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam membangunkan pendidikan di sesebuah negara. Di samping dapat melahirkan sebilangan besar guru yang lebih berkemahiran berfikir aras tinggi seterusnya dapat membantu melahirkan masyarakat yang juga dapat berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

    Langkah berikutnya ialah memberikan insentif untuk pembelajaran murid. Langkah ini sebenarnya dapat diperolehi dengan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan pelajar dalam membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka. Sebagai contoh, untuk pengajaran matematik misalnya, perlulah memasukkan lebih penyelesaian masalah dalam matematik, lebih komunikasi antara guru matematik dengan pelajar dan mencari hubungkait antara idea matematik dan aplikasi. Perkembangan profesional juga dilihat sangat diperlukan kerana kebanyakan guru terutama generasi dulu masih mengguna cara lama dalam mengajar.

    ReplyDelete
  40. Seterusnya ialah mengawal waktu pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. Masa untuk pembelajaran murid belajar secara berkesan yang dirancang dan dicapai oleh sekolah. Sekolah perlu memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta memastikan murid belajar secara berkesan. Ini bermakna sekiranya 30 minit ditetapkan sebagai masa kelas, sekolah harus memastikan murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru. Mengawal waktu pengajaran dan pembelajaran murid perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi ini merupakan sebahagian pelaburan besar pendidikan untuk menjamin kemajuan ekonomi dan kesejahteraan negara.

    Akhir sekali pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah rendah dan menengah. Contohnya ialah Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah, zon dan Jabatan. Aktiviti beruniform, persatuan dan kelab di sekolah juga telah di tetapkan pada hari Rabu setiap minggu oleh kementerian. Justeru itu, para pelajar di sekolah dikehendaki agar memakai pakaian beruniform sewaktu sesi persekolah tanpa sebarang alasan.

    Nama sebenar : Noorliana Yusof
    Nombor Matrik : A142682
    Tahun Pengajian : 2
    Fakulti : Ekonomi dan Pengurusan
    Email : noorlianaena@yahoo.com
    Facebook : Anna Liana

    ReplyDelete
  41. 1. Nama sebenar Mohamad Aidiazhar Bin Mat yasin
    2. Nombor Matrik A139971
    3. Tahun Pengajian Tahun 2
    4. Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
    5. Email priceaidil@yahoo.com
    6. Facebook Mohd Aidil

    Assalamualaikum...Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilakukan oleh pihak kerajaan bukan sahaja tertumpu dalama bidang ekonomi dan politik sahaja, malah turut memberi tumpuan dalam aspek pendidikan di Negara kita. Kesan daripada itu kerajaan telah mengambil langkah yang teratur dengan menaikkan imej pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Langkah ini merupakan langkah yang sangat baik bagi mencapai rakyat berfikiran minda kelas pertama. Pelan tindakan yang yang dilaksanakan ini merupakan landasan yang seiring dengan kemajuan dan hasrat setiap rakyat bagi memenuhi keperluan pendidikan sebenar. Terdapat beberapa langkah yang sesuai bagi melaksanakan PPPM dengan jayanya.
    Langkah yang pertama ialah Guru diberi latihan yang secukupnya melalui seminar-seminar pemantapan sistem pengajaran, hal ini supaya para guru dapat mempelbagaikan kaedah yang baru serta menyeronokkan kepada pelajar. Seminar yang diadakan mestilah tidak terlalu ketat dengan aktiviti yang sama, sebaliknya para guru diberi peluang untuk mencadangkan pelbagai aktiviti baru yang berlainan tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memastikan pihak atasan lebih nyakin dengan aidea manakala para pelajar dapat memahami dengan sebenar mengapa mereka harus belajar. Selain itu guru berkenaan nampak lebih bersedia untuk memulakan pembelajaran.
    Manakala langkah yang kedua pula, kerajaan seharusnya membuat penilaian dengan setiap program yang dijalankan. Penilaian ini bertujuan untuk memastikan sebarang pemasalahan dan halangan dapat dijadikan sebagai satu contoh yang baik dan tidak akan mengulangi peristiwa yang sama.
    Seterusnya pelajar bersedia dengan menjadikan sistem yang baru ini sebagai langkah kaedah belajar yang baru. Sekiranya pelajar menghadapi pelbagai masalah mengenai PPPM, pihak Kementerian akan menyediakan guru yang pakar mengenainya. Kepakaran guru dalam perlbagai bidang pengajian dapat memudahkan sebarang masalah diselesaikan. Keadaan ini jua tidak akan membebankan guru dengan pelbagai masalah terutama bukan dalam kepakaran mereka. Pelajar menjadi nyakin dengan guru. Kesannya pembelajaran nampak lebih lancar dan sistematik dan teratur.
    Langkah yang keempat pula masyarakat perlu terus menyokong PPPM ini dengan bertujuan dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat lain tentang tujuan sebenar dilaksanakan. Pelan ini bertujuan untuk bagi memudahkan maklumat pppm disebarkan kepada merata tempat. Proses pemantapan profesion guru juga memerlukan sokongan daripada masyarakat. Hal ini bertujuan untuk sama-sama kita menyahut sistem baru ini sebagai anjakan perubahan dalam sistem pendidikan dan langkah yang terakhir pula Bantuan modaldibekalkan secukupnya oleh pihak kerajaan kepada pihak sekolah, Hal ini bertujuan untuk memperbaiki dan menolong kekurangan dalam pengurusan pentadbiran pendidikan. Sekiranya bantuan mengcukupi maka golongan guru dapat menjalankan rutin harian dengan sesuatu yang berlainan. Bantuan bukan sahaja dari sudut kewangan malah dari sudut kepakaran. Kerajaan boleh mengimport pensyarah yang tersohor daripada luar untuk memastikan para guru mempunyai pakar dalam pelbagai bidang , jelaslah disini dapat segala pemasalahan dapat diselesaikan sebaik mungkin.
    Kesimpulannya pelaksanan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini sememangnya memerlukan kerjasama daripada banyak pihak. Oleh itu sokongan dan kejersama amat perlukan daripada masyarakat lain supaya pelan ini dapat membantu untuk memajukan lagi sistem pendidikan di negara kita. Kemajuan pendidikan ini sememangnya menampakkan lagi rakyat Malaysia bangsa yang berilmu.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
    Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula system pendidikan Negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian perlu memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020.
    Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perlaksaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Contohnya mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru. Pada masa depan, peranan PIBG akan berkembang daripada tumpuan biasa terhadap usaha pengumpulan dana kepada bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk meningkatkan keberhasilan murid. Secara khususnya, PIBG dipelawa untuk mengemukakan input tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadikan kurikulum kebangsaan lebih relevan dengan keperluan masyarakat setempat dan memberikan maklum balas tentang kualiti pengajaran dan pengalaman pembelajaran anak mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama untuk menyediakan penyelesaian terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam sesetengah keadaan, hal ini mungkin bermaksud menjadikan ibu bapa sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk aktiviti sekolah.
    Seterusnya ialah menggunakan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Contohnya meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1 BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang 2013. Rangkaian ini akan bertindak sebagai asas kepada pembinaan landasan pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara maya.

    ReplyDelete
  43. Langkah yang seterusnya ialah, memastikan pelajar mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. . Penguasaan Bahasa Inggeris ditekankan kerana bahasa tersebut merupakanbahasa sejagat yang digunakan dengan meluas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam era ICT dan ekonomi. Di samping itu, pelajar digalakkan menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa antarabangsa lain sebagai bahasa ketiga seperti bahasa Mandarin, Arab, Jepun, Perancis dan Sepanyol. Ini amat penting bagi melahirkan modal insan yang memacu ekonomi berasaskan ilmu dan inovasi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
    Langkah seterusnya ialah menjadikan profession guru sebagai profession pilihan. Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam Negara untuk menceburi bidang keguruan. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan sehingga mereka bersara. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan prestasi dan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan. System pendidikan akan mewujudkan budaya bimbingan rakan sejawat untuk meningkatkan kecemerlangan professional menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan sejawat dalam memenuhi standard professional kerjaya.
    Langkah yang terakhir ialah memastikan kualiti pengetua/guru besar yang berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Kualiti pengetua/guru besar merupakan factor berasaskan sekolah yang kedua terpenting dalam menentukan keberhasilan murid. Kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua/guru besar yang cemerlang, iaitu yang member tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%. Walau bagaimanapun, criteria pemilihan yang diamalkan pada hari ini sebahagian besarnya ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya kecekapan kepimpinan.
    Kesimpulannya , untuk memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dilaksanakan dengan jayanya, semua pihak iaitu guru-guru, ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta perlulah memainkan peranan masing-masing.

    Nama : Nurul Syuhada bt Suhaimi
    No matrik : A142631
    Tahun Pengajian : Tahun 2
    Fakulti : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
    Emai : shut_spider@yahoo.com
    Facebook : Nurul Syuhada

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan hakikat sesuatu sistem pendidikan yang kompleks dan rencam, setiap negara memerlukan tempoh yang panjang untuk melihat impak perubahan yang dilaksanakan. Oleh itu,Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.
    Antara salah satu langkah yang boleh dilakukan untuk mencapai pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan malaysia ialah melalui peranan sekolah itu sendiri.Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5.Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang berstruktur.
    Langkah seterusnya untuk merealisasikan PPPM ialah meningkatkan penggunaan teknologi ICT disekolah.Contohnya, penggunaan teknologi ICT seperti kemudahan untuk mengakses internet dapat memudahkan sesi pembelajan kepada murid dan guru. Para murid dapat menperoleh maklumat dengan cepat dan pantas bagi mempelajari sesuatu. Selain itu, pembelajaran dengan menggunakan teknologi pancaran melalui LCD dapat mempercepatkan proses pembelajaran kepada murid. Guru juga akan dapat meningkatkan lagi produktiviti pengajaran mereka melalui penggunaan alatan sebegini. Penggunaan ICT mempunyai potensi yang besar dalam memacu pembelajaran dan memperoleh seberapa banyak kemahiran dalam pelajaran.Pihak kerajaan haruslah mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan ini kepada pihak sekolah. sehubungan dengan ini akan dapat meningkatkan produktiviti pembelajaran dan dapat membantu dalam merealisasikan PPPM.

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. Langkah yang ketiga ialah memupuk perpaduan antara murid dengan menjalankan sistem 1 murid 1 sukan. Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.Selain itu, murid yang terlibat dengan aktiviti sukan juga dapat mewujudkan murid yang sihat tubuh badan dan memiliki otak yang cerdas. Ini akan menjadikan mereka seseorang yang berdaya saing dan bersemangat dalam melakukan sesuatu tugas.

    Langkah keempat ialah meningkatkan produktiviti atau kecekapan guru.Kerajaan menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.Pihak sekolah terutamanya guru mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan dengan lebih cekap,telus dan tersusun agar dapat memberi input yang berguna kepada pelajar. Kecekapan yang dimiliki oleh guru bukan sahaja dalam bidang pengajarannya sahaja,bahkan meliputi pelbagai aspek agar dapat membantu dalam pembangunan pendidikan negara.

    Langkah yang kelima ialah menigkatkan kualiti persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG). Persatuan ini mestilah memainkan peranan yang sangat penting kerana ibubapa dan guru merupakan golongan yang paling dekat dengan murid. Persatuan ini mestilah aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti bagi memberi peluang kepada murid khususnya bagi melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang lebih kepada kebajikan. Persatuan ini juga mestilah merangka beberapa objektif dan tujuan-tujuan yang khusus seperti yang pertamanya akan mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah.Selain itu,untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka. Tambahan lagi,persatuan ini juga bertujuan untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.Disamping itu,dengan memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya dan untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran. Dengan ini persatuan ini akan menjadi sebuah persatuan yang boleh membantu murid-murid dalam pelbagai aspek pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai dan merealisasikan Pelan pembangunan Pendidikan.

    Nama: Mohd Hasrul Bin Mohamad
    No.matrik: A140123
    Tahun Pengajian: 2013/2014
    Fakulti: Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email: hasrul_6957@yahoo.com
    Facebook: Yoe Sahaja

    ReplyDelete
  47. Antara langkah perlu dilakukan memastikan perlaksanaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya ialah dengan menekankan jaringan yang utuh antara PIBG, ibu bapa dan sekolah. Dalam hal ini, jaringan atau kerjasama antara ibu bapa, PIBG dan dan sekolah amat penting kerana ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dan sentiasa berhubung dengan murid-murid. Dalam hal ini, pihak sekolah perlu bersama-sama ibu bapa merancang atau melaksanakan program yang mampu membentuk minda pelajar yang lebih komprihensif. Persepsi bahawa beban mendidik anak terletak sepenuhnya kepada guru dan sekolah perlu diubah. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, soal pendidikan anak khususnya yang berkaitan dengan aspek membaca, menulis dan mengira, memerlukan penggemblengan ibu bapa dan guru dalam usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti pada masa depan. Ini bermaksud ibu bapa juga perlu mengambil tahu soal pembelajaran, kebolehan, disiplin serta kemajuan anak masing-masing dengan berkomunikasi rapat dengan guru dan pentadbiran sekolah. Selain itu juga,kebanyakan sekolah di negara maju perlu digerakkan bersama oleh ibu bapa bagi melaksanakan setiap aktiviti di luar bilik darjah dan berharap PIBG mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan kumpulan ini demi masa depan anak mereka. Kumpulan berkenaan juga boleh membantu sekolah merealisasikan kebitaraan sekolah mereka dengan memberi sokongan dari segi kepakaran, peluang-peluang mengembangkan potensi murid dan guru, membina rangkaian dalam dan luar negara dan pelbagai lagi aspek untuk menjadikan murid cemerlang.
    Langkah kedua yang boleh diambil untuk memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya adalah dengan meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah di selurh negara. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan amat diperlukan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  50. Melahirkan pelajar yang berdisiplin juga merupakan langkah yang mampu memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebenarnya,disiplin perlu dipupuk dalam kalangan murid untuk melahirkan individu yang berperwatakan baik.Murid-murid yang berdisiplin biasanya akan memberi fokus ketika guru sedang mengajar.Hal ini pasti akan melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pihak sekolah perlu mengetatkan undang-undang sedia ada bagi memastikan murid-murid mematuhi segala peraturan sekolah. Dengan ini, sekolah akan melahirkan pelajar-pelajar yang baik dan memudahkan PPPM dapat dilaksankan dengan berkesan.
    Langkah keempat yang boleh diambil bagi menjayakan Pelan Pembanginan Pendidikan Malaysia ialah dengan merapatkan jurang pendidikan antara luar Bandar dan Bandar di seluruh negara ini. Hal ini penting bagi memastikan agar dasar yang dirancang dalam PPPM tidak hanya berkesan terhadap penduduk di kawasan Bandar sahaja malah meliputi keseluruhan kawasan di negara kita. Selain itu ianya penting adalah penting untuk mengenal pasti isu dan masalah di sekolah luar bandar di mana pencapaian para pelajarnya adalah lebih rendah berbanding sekolah-sekolah di kawasan bandar. Hal ini terbukti apabila jurang antara pelajar luar bandar dan bandar kelihatan timbul setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Sekolah luar bandar pula mengalami pelbagai kekurangan dari segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu kerajaan perlu memastikan jurang pendidikan di Malaysia dapat dihapuskan.

    ReplyDelete
  51. Langkah terakhir untuk memastikan pelan ini berjalan dengan jayanya adalah Kementerian Pelajaran perlu meningkatkan tahap professionalism dalam kalangan guru-guru di seluruh negara. Kursus peningkatan profesionalisme keguruan amat penting kerana guru mesti mempunyai kemahiran ikhtisas kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. Selain itu, pihak kementerian juga perlu melakukan penyelidikan dan penulisan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru.Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian.

    Nama: MOHAMAD AIMAN BIN ROSLI
    No.matrik: A140313
    Tahun Pengajian: 2013/2014
    Fakulti: Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email: aiman_achick21@yahoo.com
    Facebook: www.facebook.com/aiman.rosli.39

    ReplyDelete
  52. Mendepani persaingan global yang semakin sengit,negara perlu menjadi sebuah negara yang hebat.Oleh itu,sistem pendidikan perlu hebat bagi melahirkan rakyat hebat dan berdaya saing.Sistem pendidikan merupakan nadi utama negara.Daya saing negara secara kritikal bergantung kepada keupayaan negara untuk membangunkan modal insan yang berkualiti.

    Langkah-langkah bagi menjayakan ppm ialah menwajibkan kanak-kanak islam berusia seawal 5 atau 6 tahun untuk memasuki sekolah agama yang menekan hafazan al-quran dan pelajaran agama sebagai asas.Langkah baru ini penting kerana untuk melahirkan insan yang hebat dan cemerlang mereka perlu dibentuk dengan didikan agama yang kuat sejak kecil.Sebagai contoh,imam syafie seorang ilmuwan yang hebat dalam pelbagai bidang yang asalnya bermula dengan menjadi seoran g Al-Hafiz sejak kecil.

    Langkah kedua ialah pihak kerajaan perlu menstruktur kembali organisasi pada peringkat pusat dan seterusnya akar umbi.Kerajaan perlu menwujudkan sebuah badan yang hanya menfokuskan tanggungjawab pada peringkat sekolah rendah dan menengah.Di universiti sahaja,ada kementerian pengajian tinggi yang hanya menfokuskan pada peringkat universiti.Badan ini penting untuk menkaji semula dan menstruktur semula pendidikan pada peringkat sekolah.Sebagai contoh dengan menwujudkan sekolah agama yang sebelum ini tiada dan mewajibkannya seperti contoh diatas.

    Langkah ketiga ialah meningkat penguasaan murid terhadap bahasa inggeris.Bagi meningkat penguasaan murid terhadap bahasa ini,guru-guru yang sangat berkebolehan sahaja dibenarkan mengajar bahasa ini.Ini adalah kerana kebanyakkan pelajar luar bandar tidak dapat bertutur dengan baik dalam bahasa ini,disebabkan oleh guru yang tidak berkualiti berbanding guru yang mengajar di sekolah bandar.

    Langkah keempat,pihak sekolah khususnya guru-guru perlu memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk menonjolkan diri.Contohnya peluang bercakap pada majlis-majlis atau himpunan harian di sekolah.Di sekolah biasanya hanya pengawas sekolah atau murid yang selalu bertugas sebagai pengacara sahaja diberi peluang untuk berucap,manakala murid lain hanya mendengar sahaja.Di Australia kemahiran insaniah ini dilatih kepada kanak-kanak darjah satu lagi.Setiap pelajar diwajibkan setiap minggu untuk berucap dan mengatur sendiri sesuatu majlis tanpa campur tangan guru.Kemahiran ini penting bagi memantapkan kemahiran kepimpinan.

    Langkah terakhir ialah memperketatkan pemilihan guru dan menwajidkan kem peningkatan pretasi guru yang diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.Hanya calon yang berpendidikan tinggi dan mempunyai nilai tambah yang lain sahaja yang layak menjadi seorang guru.

    Langkah-langkah diatas adalah sebagai cadangan bagi memperbaiki sistem pendidikan sekarang yang masih belum mencapai tahap terbaik lagi.Diharapkan suatu nanti sistem pendidikan akan bertambah maju sehingga dapat melahirkan lebih ramai insan yang hebat bagi memmpin negara pada masa depan harapnya.

    NAMA ; NUR INTAN LIYANA BT RAZALI
    NO. MATRIK : A145773
    TAHUN PENGAJIAN : SATU
    FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL : intanliyana3010@gmail.com
    FACEBOOK : INTAN LIYANA

    ReplyDelete
  53. NAMA:NUR JANNAH BINTI HASANAL AZHARI
    NO MATRIK:A140422
    TAHUN PENGAJIAN:DUA
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMAIL:jannahhasanal@yahoo.com
    FB:Janah Hasanal


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 merupakan satu pelan yang amat komprehensif,yang mana ianya merangkumi semua aspek pendidikan arus perdana. Ia adalah pendekatan transformasi bagi menyediakan generasi pelajar menghadapi cabaran abad ke-21.Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan pelaksanaan PPPM dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    a)Langkah pertama ialah meningkatkan kualiti guru dan seterusnya menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan.Untuk itu,kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan menyasarkan hanya 30% teratas daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion keguruan.Keadaan ini akan membantu meningkatkan kualiti guru di Malaysia.Kementerian juga akan menyediakan laluan kerjaya guru berasakan kompetensi dan prestasi bagi menyokong lagi peningkatan prestasi guru.Hal ini bermakna,guru berprestasi tinggi akan berpeluang untuk menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred 41- Gred 54 dalam tempoh lebih singkat.

    b) Langkah kedua wajar diberi perhatian kepada memupuk nilai dalam kalangan pelajar.Langkah ini wajar dilaksanakan memandangkan pada masa kini nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat Malaysia makin menurun.Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini,anak-anak kita perlu memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan tuntutan moral,etika dan agama.Untuk itu,kementerian akan memperkukuhkan pendidikan Islam,Pendidikan Moral dan elemen sivik dalam kalangan pelajar.Usaha ini sedikit sebanyak akan dapat mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

    c)Langkah seterusnya melibatkan ibu bapa,komuniti dan sektor swasta dalam sistem pendidikan Negara.Oleh yang demikian,kementerian perlu berusaha memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibu bapa,komuniti serta sektor swasta.Hal ini merupakan satu usaha bagi membantu ibu bapa terutama di luar Bandar dan miskin Bandar meningkatkan prestasi anak masing-masing.Kementerian juga akan memperluaskan capaian sistem analisis peperiksaan sekolah(SAPS) bagi membolehkan ibu bapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian.

    d)Langkah keempat ialah penggunaan atau memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.Untuk itu,pihak kerajaan akan perlu meningkatkan akses internet.Dengan usaha yang ingin melaksanakan 1Bestari Net bagi 10000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2013 meruapakan usaha yang terbaik bagi meningkatkan tahap kecekapan pengguaan ICT.Namun dalam masa yang terdekat,murid-murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah bagi memudahkan pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.

    e) Langkah kelima merangkumi aspek penggunaan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.Bagi melahirkan para pelajar yang professional,mereka perlu mahir dalam penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Untuk memastikan hasrat ini tercapai,kementerian akan memperluaskan program LINUS yang mana menekankan kepada kepada literasi Bahasa Inggeris.Bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris,kementerian akan memastikan 70000 orang guru Bahasa Inggeris lulus dalam Cambridge Placement Test(CPT) dalam tempoh dua tahun.Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula,kementerian akan memeperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah.Kementerian turut menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan seperti Bahasa Cina,Bahasa India,Bahasa Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.Usaha ini akan dapat melahirkan individu yang dinamik dan mampu bersaing dengan masyarakat luar terutama pada era moden kini.


    ReplyDelete
  54. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan suatu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mewujudkan satu sistem pendidikan yang setaraf dengan standard yang pendidikan antarabangsa yang saban hari kian meningkat bagi mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi memastikan pelaksanaan PPPM ini dapat dapat dilaksanakan dengan jayanya.
    Antara langkah yang perlu diambil ialah memastikan prestasi guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran sentiasa baik. Setiap guru perlulah benar-benar menguasai subjek yang diajarkan supaya dapat memudahkan lagi pelajar untuk memahami subjek yang dipelajari. Hal ini dapat dilaksanakan dengan memperketatkan syarat untuk kemasukan ke latihan perguruan. Guru yang cemerlang mampu untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang.
    Seterusnya, penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan perkembangan pesat teknologi masa kini. Kerajaan perlulah menggalakkan penggunaan ICT di sekolah dengan menyediakan prasarana dan infrastruktur yang lengkap. Kemudahan-kemudahan asas seperti meja, kerusi, LCD, lampu, kipas serta pelbagai lagi perlu sentiasa dipantau supaya dapat melahirkan suasana yang kondusif bagi pelajar-pelajar di sekolah.
    Selain itu, sistem pendidikan di negara Malaysia yang lebih berorientasikan kepada peperiksaan juga boleh diubah kepada satu sistem pendidikan yang lebih berorientasikan kepada praktikal atau amali. Sesuatu pelajaran akan lebih mudah untuk difahami dengan melaksanakan praktikal berbanding hanya mempelajarinya secara teori semata-mata terutamnya subjek-subjek sains seperti biologi, kimia dan lain-lain.
    Tambahan lagi, satu sistem pemantauan akademik pelajar perlu diwujudkan bagi memudahkan guru-guru dan juga pihak ibu bapa untuk melihat dan memerhatikan prestasi seseorang pelajar dalam akademiknya. Dengan wujudnya sistem seperti ini, mudah untuk pihak sekolah mahupun pihak ibu bapa merangka program untuk pelajar dan anak mereka. Misalnya, prestasi pelajar kurang memuaskan, ibu bapa boleh mengambil langkah awal dengan menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen bagi meningkatkan prestasi akademik mereka.

    Pelajar-pelajar juga perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni dan agama. Hal ini kerana perkembangan agama dan moral perlulah seiring dengan perkembangan akademik dalam melahirkan pelajar yang berkualiti. Selaras dengan perkembangan pesat teknologi yang banyak membawa budaya-budaya negatif, semangat kerohanian perlulah ditekankan supaya pelajar tidak hanya menjadi seorang yang cemerlang dalam akademiknya, malahan cemerlang dalam nilai-nilai murni dan agamanya.


    NAMA: MUHAMMAD AMIR BIN MOHD HASHIM
    NO. MATRIK: A141258
    TAHUN: 2
    FAKULTI: SAINS DAN TEKNOLOGI
    PROGRAM: SAINS BIOLOGI (TUMBUHAN)
    EMAIL: amir_0105@hotmail.my
    FACEBOOK: MUHAMMAD AMIR MOHD HASHIM

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum dan selamat sejahtera Encik Jasmy dan rakan-rakan sekalian..
    Disini saya ingin membincangkan pelan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2012 merupakan rangka untuk menyiapkan dan menyediakan satu pelan satu transformasi dalam pendidikan Malaysia kearah era globalisasi dan abad ke 21. Oleh itu dengan tangggungjawab yang encik berikan saya ingin mencadangkan 5 langkah bagi memastikan perlaksanaan PPPM ini.
    Pertamanya ialah perlaksanaan pelan pendidikan Malaysia kearah globalisasi itu sendiri bergantung kepada golongan pendidik itu sendiri. Tanggungjawab ini perlu ada dalam guru itu sendiri. Guru itu perlu dilengkapkan dengan iman yang kukuh bagi yang muslim, akhlak mulia, berbudi pekerti tinggi, adil, berpewatakan menarik serta nilai kendiri yang positif. Ciri-ciri ini melengkapkan pakej yang seharusnya ada pada seorang guru bagi mendidik anak bangsa yang diibaratkan ‘pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara’.
    Keduanya bagi perlaksanaan pelan pendidikan Malaysia kearah globalisasi itu adalah tahap ilmu yang dimiliki oleh golongan pendidik itu sendiri. Golongan pendidik merupakan golongan yang sangat mulia kerana mencurahkan segala ilmu yang dimiliki ibarat lilin yang sedia membakar diri bagi menerangi yang lain. Dalam soal ini golongan pendidik itu sendiri perlu dilengkapkan dengan ilmu yang penuh didada dan tidak hanya bergantung kepada ilmu yang hanya ada dalam silibus atau buku teks itu sahaja. Oleh itu golongan pendidik itu perlu berpengetahuan luas, banyak membaca serta mendapatkan lebih banyak maklumat tentang sesuatu isu dan tajuk sama ada yang terdapat dalam sukatan serta silibus yang diajar. Hal ini demikian kerana ilmu Allah itu seluas lautan yang perlu kita kaji serta perturunkannya kepada generasi yang akan datang. Jika golongan pendidik itu adalah dari segi yang cetek ilmu pengetahuan serta hanya bergantung kepada sukatan pelajaran sahaja berkemungkinan pelan pendidikan Malaysia kearah era yang globalisasi kurang berkesan.

    ReplyDelete
  56. Ketiga ialah melalui perlancaran sekolah berprestasi tinggi seperti sekolah kluster, sekolah wawasan, high school dan menaik taraf teknologi serta cara pengajaran di sekolah harian biasa. Langkah ini wajar kerana perubahan teknologi seiring dengan Negara moden yang lain melalui pengambilan model dari barat serta Negara Jepun. Pengambilan model dari Negara barat ini sendiri telah dilakukan oleh pemerintah Jepun sendiri iaitu Maharaja Meiji yang meniru system pendidikan Amerika dan Perancis bagi pemodenan Negara mereka. Oleh itu saya kira tidak salah sekiranya kita meniru cara pengajaran dan penggunaan teknologi dari Negara Barat dan Jepun kerana mereka merupakan Negara yang mempunyai tahap pendidikan terbaik dunia. Dari segi sekolah wawasan serta sekolah kluster pula, persaingan serta pergaulan pelajar bebas berkongsi idea serta cara pengajaran yang melibatkan tiga kaum utama iaitu Melayu, China dan India berkerjasama dalam pelajaran yang merupakan bakal mewarisi tampuk kepimpinan pada masa hadapan jika dapat berkerjasama dengan baik, tidak mustahil akan membentuk Negara yang disegani dunia.
    Keempat ialah sikap jati diri pelajar itu sendiri. Pelajar haruslah mempunyai jati diri dan semangat yang kuat dalam diri. Hal ini dapat kita bentuk semasa kanak-kanak lagu sesuai dengan pepatah melentur buluh biarkah dari rebungnya. Jika pepatah Islam juga ada menyebut belajarlah kamu sehingga sampai ke liang lahat. Pepatah ini mencerminkan bahawa menuntut ilmu itu tiada kesudahan. Menuntut ilmu juga merupakan satu ibadah. Oleh itu, kata-kata itu haruslah disematkan dalam diri pelajar. Jika ianya berjaya disematkan dalam diri setiap pelajar tidak mustahil akan melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu serta tidak mustahil pelan pembangunan pendidikan Malaysia akan terlaksana dengan jayanya.
    Kelima ialah Melibatkan pegawai Kementerian pendidikan itu sendiri dan pihak berkepentingan yang lain. Oleh kerana Pendidikan melibatkan senarai bersama dalam tanggungjawab antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat oleh itu pendidikan bagi menjaya kan pemlan pembangunan pendidikan Malaysia adalah tanggungjawab bersama. Semua pihak harus berganding bahu dalam mencapai hasrat ini. Proses penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berlainan terutama dalam usaha melibatkan dan mendapatkan input daripada rakyat pelbagai lapisan sama ada ibu bapa, murid, pengetua/guru besar dan pegawai Kementerian. Apabila inisiatif Pelan dilaksanakan, Kementerian akan meneruskan usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak ini dan akan menyampaikan kemajuan secara berperingkat bagi memastikan keseluruhan sistem pendidikan Negara terlibat dalam proses transformasi.
    Sebagai kesimpulannya golongan pendidik itu tidak terhad kepada guru sahaja malah ia melibatkan semua pihak yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu kepada rakyat. Melalui sumbangan golongan pendidik ini dan kerjasama dari pelbagai pihak akan lebih menjayakan lagi pelan pembangunan pendidikan Malaysia bagi perancangan tahun 2013-2025.


    NAMA : FAIS BIN CHE SEMAN
    NO. MATRIK : A140012
    TAHUN: 2
    FAKULTI: SAINS SOSIAL & KEMAKNUSIAAN
    EMAIL: faisbincheseman@yahoo.com
    FACEBOOK: Fais Al

    ReplyDelete