Sunday, January 17, 2010
Tuntutan Ilmu Agama Islam
Persoalan berkaitan agama sering menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. Sudah rasminya asal kejadian manusia yang mempunyai tanggapan atau intepretasi yang tersendiri berkaitan sesuatu isu berdasarkan fahaman ilmu agama yang diperolehi. Termasuk isu yang hangat diperkatkan sekarang tentang penggunaan kalimah Allah di dalam majalah Herald oleh penganut agama kristian. Sebenarnya isu ini bukan isu yang terlalu baru kerana ia telah disensasikan bagi tujuan politik.
Sebenarnya sejak selepas merdeka lagi siri penggunaan kalimah Allah telah diguna pakai oleh seluruh kaum 1Malaysia. sebagai contoh di peringkat sekolah lagi menerusi nyanyian lagu sekolah seperti di negeri Johor, Perak, Kedah, Terengganu dan lain-lain dimana semua kaum menyebut perkataan Allah dalam senikata lagu sekolah mereka. Begitu juga bagi pasukan beruniform. Pemakaian beret dan belt yang tertera perkataan Allah bagi anggota tentera dipakai oleh semua kaum 1Malaysia. Tetapi setelah berpuluh-puluh tahun ia diguna pakai baru sekarang ia hendak dipreview semula.
Justeru itu, isu ini perlu ditangani dengan sempurna kerana ia melibatkan sensiviti penganut agama. Rasulullah juga semasa mendirikan kerajaan di Madinah sangat berhati-hati apabila mengeluarkan Perlembagaan Madinah kerana ingin menjaga penduduk yang terdiri daripada berbagai fahaman keagamaan.
Rumusannya apabila bercakap soal agama perlulah ada sumber rujukan yang boleh dijadikan panduan dan pedoman. Di sini disertakan link laman web yang memperkatkan tentang ilmu-ilmu tentang ISLAM : http://almalakawi.wordpress.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
umat islam jgn cepat melatah dgn isu ni..pertahankan maruah agama memg wajib,tp bkan dgn cara 'mengganas' smpai pd bakar rumh ibadat agama lain..bleh tengok artikel isu ne kat
ReplyDelete-http://www.mykhilafah.com
Ramziana bt Halidi
ReplyDeleteAssalamualaikum..umat Islam sendiri harus mempamerkan akhlak yang dituntut dalam agama hal ini kerana,dengan tingkah laku yang terpuji, mendorong orang lain untuk turut mengikuti langkah yang baik walaupun bukan secara lisan.Umat Islam sendiri harus memelihara nama Allah s.w.t dengan membaiki kepincangan yang sedia ada seperti masalah sosial yang semakin membarah,keruntuhan moral masyarakat, hilangnya nilai-nilai intengriti dan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat hanya disebabkan ideologi politik. Seharusnya perkara tersebut perlu dielak dan kembali memperbaiki kepincangan tersebut.Jika isu ini berterusan,perbincangan, forum dan kata sepakat harus diadakan dengan mengadakan resolusi yang menjamin keharmonian negara.(dunia akhir zaman..perkara2 seperti ini tidak dapat dielakkan sebagaimana yang telah diceritakan dalam ayat Al-Quran dan kita harus menelitinya semula dan akui hakikat tersebut namun mampu berusaha ke arah kebaikan sebaiknya.