Monday, January 18, 2010
GD1123 PENDIDIKAN & MASYARAKAT SEM 2 2009/2010 - PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT
Salam Sejahtera. Telah hampir 53 tahun negara Malaysia mencapai status kemerdekaan. Sejarah Pendidikan negara sejak zaman pra merdeka hingga kini banyak memperlihatkan perubahan dan kemajuan yang drastik. Bermula dengan sistem sekolah mengikut aliran (vernakular) berasaskan kaum hinggalah kepada sistem sekolah bestari dan kluster ketika ini. Yang terbaru fokus negara kepada program PERMATA PINTAR bagi melahirkan lebih ramai cendikiawan dan bijak pandai di negara ini. Berbagai-bagai usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk memartabatkan bidang pendidikan seperti mengubah kurikulum, penambahbaikan prasarana, latihan staf, kemahiran insaniah, tambahan peruntukan hinggalah yang terbaru usahasama dengan negara-negara maju dalam pendidikan seperti dengan United Kingdom berkaitan e-pembelajaran. Bilangan sekolah dan universiti juga jauh telah meningkat dan bertambah berbanding sejak zaman awal kemerdekaan. Bilangan universiti dan kolej universiti swasta turut mencatat pertambahan daripada 21 buah pada 2004 kepada 37 pada 2007. Setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya sebuah universiti dan sebuah cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kemuncak kepada kesungguhan kerajaan untuk menjadikan pendidikan tinggi sebagai medan melahirkan generasi graduan berkualiti dan bertaraf dunia ialah pelancaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Melangkaui Tahun 2020 pada 27 Ogos 2007. Namun begitu pertambahan jumlah IPTA dan IPTS serta jumlah golongan cerdik pandai yang berjaya meraih ilmu di peringkat tertinggi semakin meningkat, ianya bukan jaminan dan ukuran ke arah kesejahteraan masyarakat. Saban hari kes-kes jenayah berlaku secara berleluasa dan menunjukkan peningkatan. Kes ragut, culik, dadah, rompak, rasuah, penyelewengan, rogol, sex bebas, minum arak, bunuh dan sebagainya berlaku tanpa mengira yang berpendidikan tinggi atau rendah. Mengapa kes kecurian dan kehilangan barangan di kampus terus menerus berlaku walhal kesemua yang berada di dalamnya berlatarbelakangkan pendidikan tinggi. Adakah ibubapa akan berasa selamat jika membekalkan anak-anak mereka dengan laptop, handphone. motosikal dan sebagainya tetapi akhirnya dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kita bukannya seperti negara Haiti yang musnah 50% sistem pendidikan sekolah dan universiti akibat kejadian gempa bumi yang dahsyat baru-baru ini. Akibatnya penduduk Haiti terpaksa mencuri untuk meneruskan hidup akibat kehabisan bekalan makanan. Di pihak pensyarah pula tentu runsing dengan gejala plagiat, pelajar lewat sampai ke kelas, penipuan ketidakhadiran ke kuliah mahu pun tutorial dan sebagainya. Sepatutnya setelah hampir 53 tahun merdeka dengan tahap pendidikan yang semakin tinggi tentulah masyarakat boleh berfikir yang mana positif dan negatif. Sepatutnya rakyat di negara ini berhak mendapat kehidupan yang sejahtera, aman damai dan makmur. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri semalam "Apa guna rakyat di negara ini kaya dari segi harta dan material jika jiwa lompong dengan sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi. Justeru itu dirasakan seperti ada yang belum lengkap di dalam sistem pendidikan terutama aspek INSANIAH yang perlu menjadi tunjang setiap pelajar dan pendidik. Kita tidak mahu mengeluarkan graduan yang cemerlang akademiknya tapi akhirnya GAGAL menguruskan diri dan masyarakat sebagai pemimpin yang berkualiti dalam semua bidang. PEMIMPIN LAHIR DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletememang tidak dinafikan semakin tinggi pendidikan semakin manusia hilang nilai2 kemanusiaan disebabkn msg2 berlumba2 mcari kemwahn hidup. hal ini juga disebabkan kemajuan teknologi yang maju memudahkan segala maklumat2 termasuklah maklumat yg tidak begitu membantu pembentukkan nilai kemanusiaan mudah didapati.
ReplyDeletejika PSPTN berjalan sepertimana kerajaan inginkan, dan khalayak muda kini masih membutakan minta mengenai betapa pentingnya beretika, dan nilai-nilai kesejagatan, maka tiada guna PSPTN dijalankan.
ReplyDeletememang betul kata encik, kita patut menghasilkan pelajar graduan yang berjaya dari segi keputusan dan sikapnya. Jika seorang yang pandai tetapi sikapnya yang teruk seperti melakukan kes jenayah yang tidak patut, keseluruhannya masyarakat masih gagal menghasilkan seorang yang sempurna.
ReplyDeletependidikan amat penting dalam pembangunan sahsiah jati diri seseorang insan. pembangunan dan perkembangan sesebuah negara bergantung kepada kualiti modal insan yang dibekalkan. oleh itu, masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk membentuk persekitaran yang sihat terutamanya untuk membekalkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa kini dan hadapan.
ReplyDelete(A113184)
walaupun ramai cerdik pandai yang dilahirkan oleh intitusi pendidikan, ia hanya sekadar penakanan kepada akademik semata-mata. hal ini, adalah kerana persaingan globasasi semata-mata yang lebih cenderung kepada materialistik dan kemewahan. masyarakat hari ini, semakin hilang nilai moral walaupun mendapat pendidikan yang tinggi. SITI KHUZAIMAH BT HJ GHAZALI (A115679)
ReplyDeletePada pendapat saya memang tidak dapat dinafikan yang sistem pendidikan kita telah banyak berubah sejak zaman kemerdekaan. Pada masa ini dengan rentetan globalisasi yang semakin memuncak , sistem pendidikan juga mengalami kesan yang menyeluruh akibat arus globalisasi. Justeru itu, sekiranya sistem pendidkan telah mengalami perubahan maka, masyarakat pun akan dicanaikan untuk mengubah diri mereka .
ReplyDeletesetiap pelajar perlu mempunyai kesedaran tentang pentingnya nilai murni dalam diri agar tidak terjerumus dalam gejala yg tidak elok seperti mencuri,plagiat,tidak hadir ke kuliah dan sebagainya. ibu bapa juga perlu memberi perhatian yg lebih kepada anak-anak mereka agar anak mereka tidak terabai dan menjadi insan yang berguna pada masa akan datang untuk memimpin negara
ReplyDelete(A126320)
artikel yg menarik. pendidikan yang tinggi tak menjamin kualiti personality seseorang. saya kira, pelajar hari ini beljar sebab nk mendapat markah yang tinggi di sijil, menghafal nota dan mengambil tahu apa yang kaitan dengan diri mereka sahaja.Bila dah dapat keputusan bagus kononya dipandang tinggi wlpun sahsiah diri kurang. Jadi tak hairanlah contohnya jika bnyk gadis IPT bergelar perempuan terpelajar di siang hari, perempuan murahan di waktu mlm. biasalah dunia hari ini kononnya. itulah yang dikatakan moden bagi sesetengah yg jahil.(a118888)
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat di atas. pelajar kini masih belum lengkap dengan sifat insaniah sepenuhnya. mungkin ada beberapa perkara yang telah terlepas pandang oleh pihak kerajaan. walaubagaimanapun, bukan sahaja pihak pendidikan yang harus memainkan peranan. ibu bapa memainkan peranan penting walaupun telah melepaskan anak mereka ke menara gading. peningkatan arus teknologi yang pesat juga mungkin faktor yang membawa kepada kencah masalah yang dihadapai. oleh yang demikian, setiap pihak haruslah bekerjasama dalam penambahbaikan aspek insaniah manusia.
ReplyDeletesalam
ReplyDelete"apa guna rakyat dinegara ini kaya dari segi harta dan material jika jiwa lompang dengan sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi"
Tepat sekali, harta dan material tidak menjamin kebahagiaan dan keharmonian yang berpanjangan.
Pendidikan sebenarnya bermula sejak dari rumah. Keharmonian sesebuah keluarga akan melahirkan masyarakat seterusnya sebuah negara yang sejahtera dan bebas dari masalah sosial.
dalam masyarakat yang terdidik, jenayah sepatutnya tidak berlaku. ianya terpulang kepada diri masing-masing untuk menjaga sahsiah diri sendiri. saya berpendapat adalah lebih baik jika pendidikan yang diberikan adalah percuma. namun begitu, malaysia dilihat menjadikan pendidikan tinggi sebagai peluang untuk menambahkan pendpatan negara.
ReplyDeleteKata orang tua melentur buluh biar dari rebungnya.. Sistem pendidikan bagi setiap individu bergelar pelajar bermula dari zaman pra-sekolah dan berkembang ke peringkat sekolah rendah dan menengah. Punca utama mengapa insan yang bergelar pelajar yang sudah dewasa semakin kurang dari aspek insaniah adalah disebabkan kurangnya perhatian yang diberi terhadap pembentukan insaniah itu diperingkat sekolah oleh guru-guru yang mana hanya mementingkan kecemerlangan akademik pelajar semata-mata untuk mengharumkan nama sesebuah sekolah. selain itu, kelemahan didikan dan asuhan dirumah juga menjadi penentu arah hidup seseorang manusia.
ReplyDeleteSesuatu perubahan itu tidak berlaku sebegitu sahaja . Kita juga berubah bukan kerana orang lain berubah. Perubahan adalah bertujuan untuk penambahbaikan. para pelajar dapat merubah sikap agar mementingkan pendidikan sebagai tunggak kehidupan. Sikap dan tinglahlaku yang negatif harus dihapuskan dan diganti dengan semangat dan iltizam baru
ReplyDeletePada pendapat saya,punca utama disebabkan perangai sejak kecil.Bah kata pepatah,perangai dapat ditentukan sejak 3 tahun.Punca kedua adalah masalah tekanan PERBANDINGAN kebendaan yang disebabkan oleh golongan kelas yang berbeza..
ReplyDeletepada pendapat saya nilai murni dalam kalangan manusia kini semakin merosot...hal ini kerana ramai diantara kita hanya mementingkan diri sendiri untuk untuk memenuhi keperluan mereka..Walaupun sesorang individu itu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi sikap manusia yang tidak bermoral akan memberi kesan negatif kepada negara,bangsa dan masyarakat...kemerosotan nilai murni mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti media massa, rakan sebaya, teknologi, ibubapa dan sebagainya...
ReplyDeletePendidikan pada masa kini telah banyak berubah misalnya penambahan bilangan pelajar perempuan yang dahulu tidak dipertimbangkan dalam kurikulam pendidikan.pendidikan masa kini ada teknologi tetapi tiadaakal budi,ada insan intelek tetapi rendah nilai keinsanan.Maka,ia menunjukkan bahawa pendidikan tidak memainkan perananya dengan cukup baik sepertibentuk pelajar yang berakhlak,berbudi dan sopan.Pada pandangan saya, mungkin perlu ada perubahan dari segi pelaksaan kurikulam pendidikan supaya dapat wujudkan modal insan dan khalayak pelajar yang rasional.
ReplyDeleteA125037
ReplyDeletePada pandangan saya, keadaan sedemikian berlaku mungkin disebabkan kurangnya kesedaran diri dalam pelajar tersebut. Walaupun mereka berpelajaran tinggi, namun kurangnya ethic yang positif dalam diri telah menyebabkan mereka tidak dapat menilai baik dan buruk dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Dengan ini, mereka menganggap 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA' di mana dalam mencapai apa sahaja yang mereka inginkan mereka tidak mempedulikan sama ada apa yang mereka lakukan itu mendatangkan kebaikan atau pun keburukan pada diri sendiri, masyarakat mahupun negara ini. Keadaan sedemikianla yang telah menyebabkan keruntuhan moral berlaku dalam kalangan pelajar itu sendiri. Oleh itu, setiap individu dalam masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membantu melahirkan modal insan yang bertanggungjawab dan cinta akan negara.
pendapat saya, sistem harus selaras untuk semua universiti dan kolej. agar mutu pendidikan negara dapat di selaraskan dan melahirkan pelajar yang lebih intelektual.
ReplyDeleteBilangan institusi pendidikan negara kita sudah cukup untuk menampung jumlah pelajar yang ingn melanjutkan pelajaran mereka.Namun, sistem pembelajaran perlu dikaji semula seperti memprkenalkan pendidikan islam dan moral sebagai subjek wajib agar akhlak dan sikap pelajar dapat dipositifkan bagi mencerminkan identiti seorang pelajar institut pengajian tinggi.(rogayah)
ReplyDeleteassalamualaikum dan salam sehjahtera.... pendidikan pada masa sekarang perlu diseimbangkan dengan pendidikan keagamaan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pelajar dimana ia akan mendatangkan pemimpin yang berkaliber dan berkualiti pada masa hadapan..
ReplyDeletea119773
Memang tidak dinafikan bahawa pelbagai peringkat tahap sekolah di negara ini telah menghasilkan banyak bakat terutamanya dari segi akedemik. Tetapi yang selalu diabaikan ialah dari segi minda, dan ahlak. Itu yang perlu ditingkatkan sekarang juga.
ReplyDeletetindakan mengadakan kerjasama antara negara dalam usaha memantapkan lagi sistem pendidikan merupakan satu usaha yang bijak. negara-negara yang terlibat boleh berkongsi metod, teknologi, seta pendapatn yang digunakan dalam pendidikan di negara masing-masing sekaligus mempermudahkan lagi usaha memperkasakan sistem pendidikan.
ReplyDeletewalaubagaimanapun, mempunyai latar pendidikan yang tinggi dan bagus tidak menjamin bahawa seseorang itu turut mempunyai peribadi yang cemerlang. ini dapat dilihat apabila berlaku banyak kes-kes jenayah seperti rogol dan paling banyak kecurian yang melibatkan pelajar-pelajar universiti padahal mereka ini boleh disifatkan cemerlang dalam pendidikan. pada pendapat saya, sistem pendidikan di negara kita lebih mementingkan bidang akademik semata-mata dan masih lagi kurang mengambil berat tentang pendidikan insaniah. di sinilah sistem pendidikan bersepadu memainkan perana. oleh itu, usaha meperkasakan lagi pelaksanaan sistem pendidikan bersepadu perlu dipertingkatkan lagi bagi melahirkan insan yang bukian sahaja cemerlang akademik, bahkan cemerlang peribadi.
sistem pendidikan yang bertaraf dunia tidak menjamain rakyat untuk menjalani kehidupan yg bersahsiah cemerlang. hal ini kerana sistem pendidikan yang lebih mengutamakan akademik dan kokurikulum semata-mata tidak akan menghasilkan produk yang berkualiti dari segi sahsiah dan budi seseorang. pendidikan di malaysia dikira masih 'selamat' kerana masih diselitkan dengan unsur-unsur kerohanian dan insaniah. usaha kerajaan kini untuk menghasilkan lebih bnayk sekolah berkonsepkan maahad tahfiz adalh salah satu tindakan yang bersesuaian dengan keadaan semasa yang 'tenat' dengan masalah moral remaja yang bolegh merosakkan masa depan negara yang bermatlamatkan negara maju. program- program yang baru diperkenalkan oleh kerajaan tidak lain hanyalah untuk membangunkan minda dan sahsiah pelajar untuk mempersiapkan diri untuk mengharungi dunia luar yang sangat mencabar. kemerdekaan negara dan keamanan bumi malaysia berbanding negara yang bermasalah sepatutnya dimanfaatkan sewajarnya dengan cara menghargai usaha kerajaan untuk merealisasikan dan menghasilkan pelajar yg cemerlang dari segi akademik dan sahsiahnya.
ReplyDeleteazlin nadiah :)
aspek rohaniah dan lahiriah sewajarnya menjadi pemacu utama dalam melahirkan golongan modal insan yang berguna untuk bangsa dan negara. walaupun kerajaan menjalankan program PSPTN, namun masih tidak dapat mengubah mentaliti rakyat itu sendiri adalah satu perkara yang sia-sia. HAZAMI AIDA- A117405
ReplyDeletesesungguhnya telah banyak pelajar yang cerdik pandai telah berjaya dilahirkan oleh institusi pendidikan negara ini. apa yang saya nampak, semakin banyak cerdik pandai, semakin merosot akhlak mereka.. banyak yang bersifat pentingkan diri dan sanggup menindas dan mempergunakan orang lain semata- mata untuk mancapai matlamat diri.. jadi, apa gunanya berilmu tapi tidak beretika.. sikap yang sebegini tentunya merugikan masyarakat dan negara kerana mereka gagal menjadi insan yang berguna kepada masyarakat..
ReplyDeleteuntuk itu, apa yang harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini.. adakah ini datang dari kegagalan itu bapa untuk memberi pendidikan awal kepada anak2 mereka.. juga kegagalan pelajar untuk memanfaatkan ilmu yang mereka pelajari sama ada moral mahupun akademik.. ( MAISARAH)
100% setuju dgn kenyataan yg dibuat oleh timbalan perdana menteri serta keseluruhan artikel ini yg menekankan bhw kurangnye aspek insaniah di kalangan masyarakat kini. Hal ini sgt membimbangkn krn masyrkt di Malaysia kini hdp dlm ketakutan krn bl2 ms shj jenayah yg akn mengancam nyawa mereka dan org tersayang akn terjadi. Manusia zmn sekarang semakin kejam,hal ini dpt dbktikan melalui pelbagai kejadian jenayah yg negatif yg tlh dilaporkn d dlm media massa saban hari. (A118878)
ReplyDeletepada pendapat saya ,kejadian ini berlaku boleh dikatakan pendidikan di negara kita tidak begitu mengambil berat tentang pendidikan moral dan agama.
ReplyDeleteprogram permata pintar amat bertepatan dalam usaha ke arah melahirkan golongan genius yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara pada masa akan datang.
ReplyDeletesejajar dengan pembangunan negara, manusia kini rakus dalam mengejar kemewahan, kesenangan, dengan menggunakan jalan yang sempit tanpa mengira penderitaan orang lain. jangan salahkan ibu yang mengandung kerana pokoknya kesalahan ini terletak dalam diri individu itu sendiri. pendidikan amat penting dalam pembangunan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteletual. dengan ini, negara dapat menjamin lahirnya generasi baru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
ReplyDelete-nor amiza bt mohd sobri
-a118178
sistem pendidikan yang sedia ada sudah dapat membentuk nilai moral yang baik terhadap pelajar sehinggalah mereka meningkat dewasa. Setiap kes jenayah yang berlaku adalah disebabkan sikap individu sendiri yang maan mereka mungkin mengalami masalah atau tekanan dalam hidup.Justeru, setiap individu sepatutnya bijak mengawal emosi serta menjalani hidup dengan biasa.Panduan agama terutamanya yang dipelajari di sekolah sepatutnya diingati serta diteladani dalam hidup seharian.
ReplyDeletekeruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara kita sekarang mngkin juga disebabkn oleh kurangnya didikan agama.Kebanyakan pelajar hanya belajar mengenai agama semasa di sekolah.Walaupun sistem pendidikan di negara kita berteraskan konsep pendidikan bersepadu yg mana ilmu wahyu adalah sbg ilmu teras,konsep ini belum diamalkan sepenuhnya atau ia sekadar 1 knsep yg dperkenalkan sahaja. Sebagai contoh,di ipta,mahasiswa/i hanya belajar mengenai bidang mereka sahaja.Tiada langsung ilmu agama yg diajar kecuali mereka2 di fakulti pngajian islam..Ini sedikit sebanyak melalaikan pelajar2 kita tentang batas2 dalam agama dan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial.Pada pendapat saya,sistem pendidikan di negara kita samada di peringkat sekolah atau universiti haruslah mengadaptasikan sepenuhnya konsep pendidikan sepadu iaitu pendidikan yg berteraskan ilmu wahyu..
ReplyDeleteSistem pendidikan negara masih kurang dr aspek isaniah...di mn pendidikan bekenaan aspek keagamaan tidak di titik beratkan dalam sistem pendidikan tinggi negara..pelajar yg hanya menjurus dalam pengajian agama sahaja yang mempelajari ilmu agama...tetapi pelajar yg mengambil jurusan lain..tidak mempelajari ilmu agama...sistem pendidikan tinggi negara perlu digubal dengan mewajibkan satu kursus berkaitan agama dan nilai-nilai murni yg perlu diambil oleh setiap pelajar institusi pengajian tinggi bagi melahirkan bakal2 pemimpin bukan sahaja bijak dr segi akademik bahkan memiliki akhlak yang tertinggi....maka akan lahirlah bakal2 pemimpin yg dilahirkan untk memimpin....
ReplyDeletesaya amat bersetuju dengan artikal yang di tulis. justeru sebagai seorang pelajar yang berilmu, kita perlulah mewujudkan inisiatif dalam diri sendiri untuk menjadi seorang yang berdisiplin tidak kira dalam kampus mahupun di luar kampus. hal ini barulah menunjukkan identiti seorang pelajar universiti. seterusnya dapat melahirkan pelapis dan pemimpin negara.
ReplyDelete-NORASLINA BINTI SHARIM-
-A 118703
perlu dimasukkan satu subjek bersifat keagamaan dan menjadikannya subjek wajib untuk semua universiti dan kolej tanpa mengira kursus yang diambil oleh pelajar. Ini kerana subjek keagamaan hanya diajar sehingga sekolah menengah kecuali kepada pelajar yang mengambil jurusan bersifat agama.Agama dapat membentuk sifat yang baik dalam diri pelajar.
ReplyDeletewalaupun sistem pembelajaran di Malaysia semakin bertambah maju, namun pembelajaran hanyalah memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan fizikal, malangnya aspek rohani atau kejiwaan tidak dititikberatkan. oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini dari terus berlaku ialah melalui pengajaran pendidikan agama yang berterusan.
ReplyDeletepada pendapat saya nilai murni dalam kalangan manusia kini semakin merosot...hal ini kerana ramai diantara kita hanya mementingkan diri sendiri untuk untuk memenuhi keperluan mereka..Walaupun sesorang individu itu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi sikap manusia yang tidak bermoral akan memberi kesan negatif kepada negara,bangsa dan masyarakat...kemerosotan nilai murni mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti media massa, rakan sebaya, teknologi, ibubapa dan sebagainya...RENUGA DEVI..A124964
ReplyDeletePSPTN sangat menarik untuk dilaksanakan. namun, pelajar-pelajar IPTA sekarang sememangnya semakin hilang nilai-nilai kerohanian sebagai mahasiswa dan insan yang berkeperibadian tinggi. hal ini mungkin kerana kesempitan dan tekanan hidup yang mendorong mereka terlibat dalam aktiviti jenayah tersebut walaupun tidak semua yang terlibat.
ReplyDeletePSPTN adalah 1 cadangan yang bagus bagi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan negara(a119637)
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteMasalah yang melanda golongan muda pada masa kini sangat membimbangkan. Bagi pendapat saya, setiap individu hendaklah mempertingkatkan sahsiah diri masing-masing untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah yang tidak diingini seperti kes-kes jenayah..
berlakunya hal yg sedemikian,adalah kerana kurangnye didikan moral yg menjadi jati diri dlm dri seseorg individu itu,yg akhirnye mnybbkan mereka tergamak untuk melakukan perbuatan yg menyalahi norma kehidupan..manusia sbnrnya mampu utk dibentuk,namun seharusnya dibentuk dari seseorg itu masih merangkak lagi.kehidupan hari ini juga memperlihatkan kita,gejala,segelintir manusia yg mempunyai tinggi taraf pendidikannya,namun dsbbkan didikan ibu bapa yg kurang menitik beratkan hal2 insaniah menybbkan mereka gagal utk berfikiral rasional...seharusnya ibu bapa, harus mendidik anak2,bkn hnya stkat mengajar ilmu keduniaan, malah ilmu akhirat supaya anak ini akan lahir menjadi masyrakat yg bermoral..sistem pendidikan hari ini juga harus mengambil berat soal pelajar.guru-guru juga harus oeka dgn pelajar mereka..sememangnya,amat sedikit shj guru yg sbnrnya2 mendidik,kerana yg lainnya hanya mengajar..mksud sy disini ialah,guru harus memainkan peranan penting dlm melahirkan generasi yg pintar,brwawasan, dan berjaya malah pelajar itu seharusnya mempunyai nilai2 insaniah....barulah negara mencapai sasaran kehidupan yg harmonis dan berjaya dunia&akhirat..wallahua'lam..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleterasanya taraf pendidikan di malaysia dah cukup bagus sejajar dengan pembangunan negara...
cuma masalah sampingan seperti keruntuhan akhlak di kalangan pelajar yang menjadi kerisauan kita...jadi masalah ni harus di atasi secepat mungkin daripada terus menular....
::betulkan yg biasa & biasakan yg betul::
Dalam hal ini,setiap orang perlu memainkan peranan yang besar dalam memupuk nilai kemanusiaan.Pihak IPT khususnya pensyarah perlu bertindak tegas supaya pelajar berdisiplin.Selain itu,mewujudkan satu sistem pendidikan yang baru seperti para pelajar diwajibkan mengambil subjek pendidikan moral supaya nilai kemanusiaan dapat diterapkan.Pendedahan terhadap nilai kemanusiaan seperti program khidmat masyarakat juga mampu membentuk nilai kemanusiaan pelajar.Mewajibkan pelajar menyertai program biro tatanegara yang dapat membentuk nilai kemanusiaan. A123593 (Linda)
ReplyDeletepada pendapat saya nilai murni dalam kalangan manusia kini semakin merosot...hal ini kerana ramai diantara kita hanya mementingkan diri sendiri untuk untuk memenuhi keperluan mereka..Walaupun sesorang individu itu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi sikap manusia yang tidak bermoral akan memberi kesan negatif kepada negara,bangsa dan masyarakat...kemerosotan nilai murni mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti media massa, rakan sebaya, teknologi, ibubapa dan sebagainya...RENUGA DEVI A/P NALLATHAMBY...A124964
ReplyDeleteManusia semakin hilang nilai-nilai kemanusiaan adalah kerana kurangnya penerapan nilai-nilai rohani dlm diri mereka...
ReplyDeleteDewasa ini, kita sering melihat bahawa sistem pendidikan kita sering mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Namun, terdapat aspek lain yang perlu dititikberatkan iaitu aspek agama. Hal ini kerana, agama mampu mendidik diri seseorang sama ada perlu atau tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai agama mereka.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Dunia pendidikan negara selangkah demi selangkah maju ke hadapan. Program Permata Pintar bagi kanak-kanak pintar membuktikanya. Ini membuktikan bahawa pendidikan awalan bagi kanak-kanak tidak diabaikan oleh pihak kerajaan. Mereka diberikan peluang pendidikan setanding dengan pelajar-pelajar di sesebuah universiti. Segala prasarana dilengkapkan. Mereka yang terpilih untuk menyertai Program Permata Pintar merupakan kanak-kanak yang terpilih dan tidak salah sekiranya mereka di panggil bakal graduan di sesebuah universiti terkemuka suatu hari nanti. Mereka adalah bakal jurutera, doktor, arkitek, akauntan, ahli politik yang bakal memberi sinar baru kepada Malaysia dan dunia. Namun, apa guna sekiranya pihak kerajaan hanya menekankan kepada aspek pendidikan semata-mata sekiranya keperibadian para pelajar masih di tampuk lama. Pelbagai masalah sosial dan jenayah dilakukan oleh golongan terpelajar. Dunia pendidikan di Malaysia harus di ubah mengikut peredaran zaman. Pendidikan-pendidikan lain juga harus diperkenalkan bagi menghasilkan golongan terpelajar yang bukan sekadar penuh ilmu di dada, tetapi juga memiliki personaliti yang baik. Tiada gunanya sekiranya Program Permata Pintar diwujudkan, universiti tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, tetapi keperibadian masyarakat kita terutamanya golongan cerdik pandai umpama masyarakat jahiliyah. Oleh itu, pendidikan yang menekankan kepada aspek modal insan juga harus diberikan penekanan yang serius. Golongan pendidik, ibu bapa, masyarakat perlu menunjukkan contoh keperibadian yang baik. Mereka adalah role-model kepada kanak-kanak dan generasi muda. Tidak salah sekiranya golongan-golongan terdahulu dipersalah dengan peningkatan masalah sosial dan kadar jenayah kini. Kenapa? Kerana mereka pernah menunjukkan contoh perlakuan yang tidak baik kepada golongan kanak-kanak sebelum ini. Menjadi harapan semua pihak khusus pihak pemerintah agar sistem pendidikan dapat mengubah masyarakat menjadi lebih baik.
ReplyDeletememang tidak dinafikan masyarakt sekarang telah berjaya dari segi akademik dan kerjaya, tetapi kes jenayah masih berlaku kerana banyak anasir luar yang melanda negara kita. hal ini mungkin disebabkan nilai penghayatan agama kurang ditekankan kepada anak-anak muda sekarang. mata pelajaran agama islam dan moral harus harus diajarkan dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam diri pelajar bagi menghasilkan INSAN yang berjaya dunia dan akhirat.(A125007).
ReplyDeletependidikan tinggi seperti di ipta atau ipts tidak menjamin melahirkan golongan cerdik pandai yang lengkap dari semua aspek samada jamani dan rohani. pengukuhan dari segi agama sepatutnya perlu diterapkan dan ditanam sejak dari kecil lagi. dengan adanya ilmu agama yang kuat akan mengukuhkan lagi kekuatan moral setiap insan.(A117984-RATNA IZZAH)
ReplyDeletesaya tamilarasi a125150
ReplyDeletekita tidak boleh manafikan bahawa kesemua manusia yang berpendidikan mempunyai modal insan yang tinggi. pendidikan hanya membantu meningkatkanh ilmu dan cara pemikaran seseorang. tetapi modal insan perlu diterapkan pada zaman kanak-kank. pengajaran yang diberi oleh ibu bapa pada zaman kanak-kanak yang dapat melahirkan seorang insan yang mulia dan tinggi modal insanya. peranan ibu bapa sangat penting bagi mewujudkan seorang insan yang mulia. jenayah yang dilakukan oleh pelajar IPTa/s juga berkait dengan ajaran yang dibagi oleh ibubapa.
Tidak dapat dinafikan bahawa mereka yang berpendidikan tinggi akan mempunyai sifat yang murni. Hal ini adalah kerana kehidupan masa sekarang yang hanya mengejar kebendaan dan kemewahan daripada pengetahuan ilmu. Kehendak ini menyebabkan mereka sanggup membuat apa sahaja untuk mencapai kepuasan mereka. Perkara ini harus dielakkan jika Negara kita ingin maju. Diharapkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)yang akan dilaksanakan pada masa depan dapat melahirkan masyarakat yang berkualiti dari segi akademik dan juga nilai murni mereka. Dengan ini kes jenayah dapat dikurangkan dan kesejahteraan hidup negara dan masyarakat dapat dicapai.
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletesememenagnya amat susah untuk melahirkan golongna pelajar yang berkualiti pada masa ini.
namun melalui program-program pemantapan diri yang di anjurkan diharap agar lebih ramai dapat melahirkan golongan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing yang tinggi..
seperti yang semua maklum,setinggi mana pun tahap pendidikan seseorang dalam diri, jika tiada nilai-nilai insaniah yang positif semua usaha yg dilakukan tidak membuahkan apa-apa hatta kerajaan mewujudkan sekolah rendah bertaraf universiti sekalipun. Justeru apa yang penting adalah pendidikan yang berkesan hakikatnya bermula di rumah. didikan ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah insan yang berjati diri. semoga dalam zaman yang serba canggih ini, ibubapa tidak melepaskan semua tanggungjawab mendidik hanya kepada guru semata-mata. semoga segala usaha yang dilakukan oleh semua pihak membuahkan hasil yang dapat menyumbangkan ke arah kemajuan dan kelestarian masyarakat negara ini. sekian.
ReplyDelete-Nor Hafizzah binti Mingon-
A 120829
Semakin tinggi pendidikan, manusia bukan hanya mencapai kesejateraan hidup malah masalah sosial juga semakin meningkat. Ini adalah kebenaran nya pada masa sekarang. Pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini. Antaranya media massa. Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia.Tayangan filem barat, konsert penyanyi dari negara barat, dan majalah yang menampilkan artis tempatan yang kononnya menjadi teladan sebenarnya semakin membawa masyarakat ke arah kemaksiatan. Manusia perlu lah berfikir dan pemimpin yang dilahirkan untuk memimpin haruslah bertanggungjawab untuk memimpin masyrakat ke jalan yang lurus dan dihormati... -Rafidah
ReplyDelete"Apa guna rakyat di negara ini kaya dari segi harta dan material jika jiwa lompong dengan sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi. Sememangnya kata-kata Perdana Menteri memang tepat...Masyarakat pada hari ini seharusnya di didik sejak awal iaitu bermula daripada rumah dan tidak boleh diharapkan pada pendidikan sekolah sakhaja....Sekiranya masyarakat pada zaman moden tidak didik dari awal dari segi akhlak,mereka mungkin tidak dapat menguruskan diri dan negara juga tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkualiti sebagai pemimpin dalam semua bidang (Sapika Yahya)
ReplyDeletewalaupun ramai yg cerdik pandai hari ini adalah org yg berpendidikan tinggi, namun gejala sosial yg buruk dan tidak sihat juga banyak berlaku,hal ini kerana sistem pendidikan yg ada sekarang hanya mementingkan soal akdemik semata-mata dan tidak ada penekanan terhadap soal agama....pendidikan agama adalah tunjang terhadap akhlak dan sikap manusia,sdgkan di malaysia sistem pendidikan agama hanya tamat sehingga ting.5 sahaja....oleh itu, penekanan terhadap pendidikan agama adalah yg terpenting supaya gejala yg tidak sihat ini tidak terjadi.
ReplyDeletesemakin tinggi pendidikan seseorang itu, semakin hilang nilai murni seseorang itu.Hal ini tidak dinafikan kerana di universiti, iaitu di kolej-2 tetap berlaku kecurian. selain itu pelajar turut ponteng kelas..Adakah pelajar tidak diajar semasa di sekolah..?? tidak...ia telah diajar sejak dari kecil lagi...Hal ini terjadi bukan salah sistem pendidikan tetapi sikap pelajar itu sendiri..yang sudah bebas kerana berjauhan dari keluarga...keluarga dikampung tidak tahu apa yang dilakukan di kolej..hendak keluar malam ke, penteng kelas ke...
ReplyDeletepada pendapat saya sistem pedidikan di malaysia telah mencapai tahap perkembangan yang membanggakan,namun pelbagai kemudahan dan kelengkapan telah disalah guna oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.hal ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak elok didengar sehingga boleh menimbulkan pelbagai jenis masalah termasuklah dalam pembangunan insaniah.oleh itu,kita seharusnya cuba untuk meningkatkan diri dari segi insaniah,pembangunan rohani,jasmani dan emosi.pelbagai peranan perlu diambil bagi melahirkan insan yang berjaya dalam sistem pendidikan dan mahir dalam pelbagai aspek.
ReplyDeleteJujur saya katakan, susah mencari pelajar yang melebihkan adab dari adat. Ini kerana dari rumah inilah yang dititikberatkan. Mak dan ayah tak betul inikan pulak anak. contohnya sembahyang dilewatkan, lama2 tinggalkan terus. sayang seribu kali sayang. Jadikanlah solat subuh seperti solat jumaat......... AMIRRUDDIN BIN ROSNI A117394
ReplyDeletesememangnya apa yang diperkatakan ada benarnya, terdapat beberapa kekurangan dalam sistem pendidikan yang menyebabkan sebilangan pelajar tidak dapat berfikir secara positif dalam melakukan sesuatu tindakan. saya merasakan sistem pendidikan masa kini tidak kiralah di sek rendah mahupun di sekolah men malahan di institusi pengajian tinggi sekalipun tidak menitikberatkan aspek keagamaan dan kerohanian. sistem pendidikan sekarang ini hanya menumpukan kepada aspek2 duniawi sahaja. buatla program PERMATA PINTAR sekalipun bagi melahirkan lebih ramai cendikiawan dan bijak, tetapi jika tidak menyelitkan aspek keagamaan dan kerohanian, apabila mereka dewasa kelak dan terdedah pula dengan kemajuan teknologi yang maju, mereka pasti hanyut dan terus hanyut sehingga tidak sedar apa yang mereka lakukan adalah satu kesalahan sebenarnya. apa pun yang pasti jalan yang terbaik adalah perlu ada perubahan dalam sistem pendidikan. mungkin setiap sekolah perlu amalkan sistem pendidikan bersepadu yang menjadikan Al-quran dan As-sunnah sebagai pegangan. :p
ReplyDeletewalaupun pelbagai inisiatif yang dilakukan kerajaaan untuk memingkatkan mutu pendidikan negara namun kalau ianya tidak selari dengan pemikiran masyarakat itu sendiri untuk berubah ianya hanyalah akan menjadi sia-sia dan berlaku pembaziran. semua ini berkait rapat dengan "first class facilities but third class mentality". sebarang perubahan hendaklah dimulakan dengan perubahan minda masyarakat itu sendiri dahulu.
ReplyDeletepndidikan sekarang memg kurang diselitkan unsur rohani,kalau ada pun cuma segelintir saja terutamanya pendidikan di pringkat tggi..yg dikejar cuma pencapaian akademik saja,pasal tu lah pelajar sekarang banyak yg tergelincir dr lndasan hidup..
ReplyDeletepada pendapat saya ada kepincangan pada pendidikan negara yang dijalankan pada masa kini. jika dilihat pendidikan agama hanya diberikan semasa zaman persekolahan sahaja. apabila memasuki universiti pelajar tidak banyak didedahkan kepada pendidikan moral dan juga agama. seharusnya pendidikan agama ini lebih diberikan perhatian agar masalah-masalah sosial yang berlaku dapat dikekang.
ReplyDeletePertambahan IPT tidak memberi sebarang kesan kepada masyarakat jika masyarakat di negara kita tidak tahu memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.perkembangan teknologi juga menyebabkan manusia semakin terdorong untuk melakukan jenayah.pendidikan seharusnya merangkumi semua aspek khususnya aspek keagamaan agar dapat melahirkan insan yang berkualiti.
ReplyDeletebah orang kata golongan remaja merupakan tapak kepimpinan negara.kurangnya pendidikan moral telah menjadi salah satu punca yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteTahniah Dr.Mohd Jasmy,sebuah nukilan rasa yang menarik dan hangat di perkatakan masa kini.
Saya bersetuju dengan pandangan Dr.Mohd Jasmy yang mengatakan bahawa pembangunan pesat negara dalam bidang pendidikan,namun pelajar kita rendah sifat akhlaknya.Sering kali semester baru di buka,sudah pasti mahasiswa/i akan membeli motosikal,laptop,barang-barang keperluan dsbnya.Namun,pada masa yg sama jugalah penyagak-penyagak sedang giat memerhatikan gerak geri mereka yang alpa dengan kecuaian terhadap brg2 penting mereka.Kes kecurian laptop & hilang barang adalah menjadi tanda tanya kepada kita semua.Adakah mahasiswa/i semakin cerdik, semakin pandai mencuri,menipu,memplagiat hasil tugasan,dtg lewat,menipu tentang kehadiran.Pada pendapat saya, sebenarnya mahasiswa/i harus mempunyai jatidiri yg kuat agar tidak mudah di pengaruhi dgn perkara-perkara negatif yg mendorong mereka kpd jalan yang tidak di redhai oleh Allah S.W.T.Justeru,dgn adanya sifat2 yg positif dlm diri akan pasti dpt menangkis elemen2 negatif yg semakin menular dlm diri mahasiswa/i sekarang.Akhir sekali,saya menyeru kpd semua mahasiswa/i berubahlah kpd kebaikan,kerana setiap perkara yg baik pasti akan mendpt ganjaran drpd Allah S.W.T.
Sekian,terima kasih..
jessikasassy- yes.. education is very important nowadays in our society.. in such a developing country , it really2 helps our ppl to move along wit other developed country.. but as we can c,in USA, their social problems are getting so worst!
ReplyDeleteits bcos of their lack of HUMANITY intheir ownselves....
so... the IMPORTANT part is educating ur own kid since their were born in aspect of ROHANI especially...
^^
jessikasassy
pendidikan pada masa kini dapat membangunkan negara tetapi semakin meruntuhkan akhlak manusia.pendidikan bukan sahaja menjadi punca namun terdapat juga faktor-faktor lain seperti pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan keluarga, pengaruh media massa serta sikap apati. pada peringkat remaja pula, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial.
ReplyDeleteSistem pendidikan yang bertaraf dunia tidak menjamin rakyat untuk menjalani kehidupan yg bersahsiah cemerlang. Hal ini kerana sistem pendidikan yang lebih mengutamakan akademik dan kokurikulum semata-mata tidak akan menghasilkan produk yang berkualiti dari segi sahsiah dan budi seseorang. Pendidikan di Malaysia dikira masih baik kerana masih diterapkankan dengan unsur-unsur kerohanian dan insaniah. Usaha kerajaan kini untuk menghasilkan lebih banyak sekolah berkonsepkan maahad tahfiz adalh salah satu tindakan yang bersesuaian dengan keadaan semasa yang 'tenat' dengan masalah moral remaja yang boleh merosakkan masa depan negara yang bermatlamatkan negara maju. Program- program yang baru diperkenalkan oleh kerajaan tidak lain hanyalah untuk membangunkan minda dan sahsiah pelajar untuk mempersiapkan diri mengharungi dunia luar yang sangat mencabar.Kemerdekaan negara dan keamanan bumi Malaysia berbanding negara yang bermasalah sepatutnya dimanfaatkan sewajarnya dengan cara menghargai usaha kerajaan untuk merealisasikan dan menghasilkan pelajar yg cemerlang dari segi akademik dan sahsiahnya.
ReplyDeleteMemang tidak dapat dinafikan apa yg telah dinyatakan di dalam artikel di atas. kelihatannya kemodenan semakin merosakkan manusia. ilmu pengetahuan yg digalakkan untuk dicari sememangnya akan melahirkan teknologi yang tinggi, bertujuan untuk memudahkan kehidupan manusia.namun sebaliknya yg berlaku. ada pepatah "Hardness is the teacher of life". mungkin kerana kemudahan teknologi itu ia membuatkan manusia semakin lupa. hakikatnya apa yg terjadi sekarang kerana penggalakkan pencarian ilmu pengetahuan tanpa diiringi dengan ilmu agama. kerana itu lahirlah manusia yg bijak pandai tetapi tiada nilai insaniah. pendapat saya, pembelajaran agama atau fardhu ain sepatutnya diteruskan sehingga ke peringkat pengajian tinggi bukan setakat hanya sehingga peringkat SPM. a104278
ReplyDeleteDARIPADA LIM POOI YUNG ( A 117568 )
ReplyDeletesaya amat bersetuju bahawa pertambahan jumlah IPTA dan IPTS serta jumlah golongan cerdik pandai yang berjaya mendapat pendidikan yang tinggi bukan jaminan dan ukuran ke arah kesejahteraan masyarakat di mana pembentukan aspek insaniah yang lengkap di kalangan pelajar masih belum tercapai. pengaruh-pengaruh negatif akibat daripada kemajuan teknologi seperti internet, filem-filem ganas, pusat-pusat hiburan dan sebagainya telah menyebabkan sikap yang semakin rakus di kalangan masyarakat khususnya remaja.kerajaaan harus memperkuatkuasakan undang-undang hukuman denda bagi kes-kes jenayah seperti ragut, culik, dadah, rompak, rasuah, penyelewengan berlaku secara berleluasa. pihak pensyarah juga harus memantau kejadian pelajar lewat sampai ke kelas, penipuan ketidakhadiran ke kuliah mahu pun tutorial dan sebagainya dari semasa ke semasa.
Pada pandangan saya,saya merasakan sistem pendidikan di negara kita perlu dikaji semula.Sistem pendidikan negara kita hanya menerapkan kepentingan akademik semata-mata.Sistem pendidikan perlu lebih menerapkan nilai murni seperti moral,sahsiah dan disiplin untuk mengelakkan golongan belia terjerumus dalam kancah jenayah.
ReplyDeletepada masa kini mmg ramai yg berpendidikan tinggi. tapi kekurangan sikap yg berbudi bahasa. pendidikan kini hanya tertumpu pd pencapaian akademik sahaja tanpa penekanan terhadap aspek insaniah. pendidikan pada masa kini perlu diterapkan nilai2 kerohanian.
ReplyDeleteinstitusi pendidikan yang banyak dibangunkan tidak menjamin seseorang itu menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri,keluarga mahupun negara..seseorang individu yang mendapat didikan yang tinggi namun terpesong arah tujuan merupakan dilema yang terpaksa ditanggung oleh negara..kebanyakan mereka yang lahir sempurna dan dianugerahkan akal yang genius tidak memberi jaminan mereka akan menjaga personaliti..ini disebabkan mereka akan mengikut rentak kehidupan yang dilihat dari dunia luar apabila bebas daripada pantauan keluarga..inilah penyumbang kepada fenomena gejala sosial pada masa kini...
ReplyDeletenegara terlalu mementingkan aspek akademik semata-mata yang dapat dilihat melalui sistem pendidikan hari ini. boleh dikatakan pendidikan agama langsung diasingkan daripada sistem pendidikan yang berteraskan sistem pendidikan penjajah. agama hanya diajarkan pada pelajar sek rendah dan juga sek menengah sahaj. berlainan pula di ipta di mana pendidikan agama hanya kepada mereka yang mengambil aliran agama sahaja. oleh itu, walaubagai man canggih dan maju sistem pendidikan disediakan di negara ini, mustahil untuk malaysia melahirkan graduan @ masyrakat yang terbaik. pendidikan islam dan hukum islam wajib diutamakan
ReplyDeleteA124545
ReplyDeletepada pandangan saya, pelajar pada hari ini tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. jika mereka hidup pada zaman sebelum kemerdekaan mungkin mereka akan mensyukuri kesenangan pada hari ini. oleh itu, saya berpendapat pelajar perlu diwajibkan mengikuti program berbentuk insaniah kerana pendidikan secara psikology tidak lagi berkesan digunakan pada hari ini.
pendidikan di negara kita dilihat semakin berkembang pesat seiring dgn negara2 maju yg lain.para belia terutamanya harus dididik dan dilengkapi dgn ilmu2 agama dan insaniah yg mencukupi khususnya sejak kecil lagi.bak kata pepatah,nak melentur buluh biarlah dari rebungnya..ini kerana bila sudah dewasa,sukar hendak dibentuk lagi..memiliki pendidikan yg tinggi saja tdk menjamin kita menjadi insan yg cemerlang,sebaliknya perlu dilengkapi dgn nilai2 moraliti.selain itu,runtuhnya nilai moral remaja adalah krn persekitaran yg tdk baik dan juga pengaruh rakan sebaya..(Syazwani-A117431)
ReplyDeletepada pendapat saya,walau apa pun program yang dilaksanakan oleh kerajaan hanya akan berkesan apabila mendapat kerjasama dari pihak-pihak lain juga seperti ibu bapa dan badan-badan NGO yang lain.Hal ini penting supaya langkah-langkah yang dilaksanakan tersebut lebih berkesan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang
ReplyDeletesemua nye bergantung kepada setiap individu untuk menerima sistem ini secara positif atau negatif.. wan noor farahiyatul akmal.. a119134
ReplyDeletesemakin tinggi pendidikan dan juga kemajuan tekhnologi sepatutnya membuat seseorang semakin baik akan nilai2 kemanusiaan dan moral dlam masyarakat. bukan sebaliknya yang membuat seseorang lupa akan akhlak yang hanya untuk berlumba2 mendapatkan kekayaan dan kemewahan hidup semata, tanpa ada pedulikan nilai kemanusiaan yg pernah ia pahami jug pelajari dahulunya baik dimasa sekolah atau pun peran keluarga.
ReplyDeletependidikan besepadu adalah jawapan terbaik kepada masalah yang kita hadapi sekarang ini.. pendidikan berspadu mampu membimbing kita skejalan yang benar tidak kira samada kita kaya atau miskin, bijak atau tidak... kesepaduan antara ilmu dan aqidah sememangya perlu dihayati tidak kira samada pelajar mahupun pengajar itu sendiri bahkan kepada semua lapisan masyarakat... renung2kan dan selamat beramal..
ReplyDeletepada pendapat saya sepatut peningkatan kemajuan dalam pendidikan adalah selari dengan peningkatan dalam pembentukan modal manusia dan modal insan..tetapi,setelah apa yang terjadi pada kedewasaan ini,membuktikan hubungan pendidikan dan modal manusia serta modal insan bersifat songsang walaupun secara teoritikalnya adalah bersifat selari..jika diteliti dan diamati,mungkin perkara ini adalah berbalik semula kepada perkara yang paling asas dalam konteks kesejahteraan manusia iaitu pembetukkan modal manusia dan modal insan..oleh itu,antara pendapat saya ialah mungkin corak sistem pendidikan di dunia khususnya di Malaysia perlu diperkemas dan diperbaiki lagi..antara perkara yang mungkin boleh diubah ialah corak sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan..dalam konteks ini mungkin ramai pelajar yg hanya menuntut ilmu untuk peperiksaan dan gagal menyesuaikan ilmu tersebut dalam konteks kehidupan..oleh itu mungkin sistem pendidikan boleh diperbaiki sistemnya iaitu pendidikan berteraskan pembelajaran sepanjang hayat atau pendidikan yang bukanlah bertujuan hanya menjawab peperiksaan.. dengan cara ini mungkin persepsi golongan pelajar dan mahasiswa yang hanya menuntut ilmu untuk peperiksaan dapat ditukar kepada menuntur ilmu untuk diaplikasi dalam kehidupan untuk membentuk kesejahteraan dan sekaligus memacu pembangunan.."maju pendidikan untuk negara"..
ReplyDeleteNOORSAIFULIZUAN BIN NORDIN (A123981)
sistem pendidikan perlu lebih menekankn kpd sahsiah pelajar dr awal, baru la sistem pendidikan boleh berjaya... nik nurul nadiah noor ramli a119923
ReplyDeleteilmu adalah tunjang utama untuk membentuk keperibadian seseorang pelajar.Ilmu yang diperolehi hendaklah digunakan sepenuhnya ke arah kebaikan.namun, ramai kalangan pelajar dan masyarakat sekarang tidak menggunakan ilmu yang diperolehi keraah kebaikan.Oleh itu, peranan ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling amat penting bagi mengelak anak-anak remaja terjebak daripada melakukan gejala yang negatif.
ReplyDeleteSiti Nur Hartini Ramlee
pada pendapat saya nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin merosot. hal ini kerana masing-masing mementingkan diri sendiri dalam segala perkara. walaupun seseorang itu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi akhlak mulia yang rendah ia akan membantutkan lagi pembangunan negara, bangsa dan negara.[RENUGA DEVI..A124964]
ReplyDeletesaya amat setuju dengan apa yang dinyatakan, apakah kelebihannya jika tertulis 20 A ditas kertas jika kita mengeluarkan graduan yang cemerlang akademiknya tapi akhirnya GAGAL menguruskan diri dan masyarakat sebagai pemimpin yang berkualiti dalam semua bidang. -juraizam fazlen jafar a120482
ReplyDeletependidikan sememangnya dapat memberikan kita kehidupan yang sempurna dari segi akhlak dan insaniah.namun begitu seiring dengan kemajuan dalam arus pendidikan ternyanta begitu banyak masalah sosial yang timbul.ini mungkin kerana persekitaran remaja yang sering dipengaruhi oleh gejala-gejala yang tidak sihat.oleh itu,seharusnya golongan pelajar dan juga remaja ini diberi pendidika yang sempurna bagi membendung masalah sosial ini
ReplyDeleteTernyata sistem pendidikan yang ada sekarang masih belum mampu untuk mewujudkan MODAL INSAN yang berkualiti. Dimanakah silapnya dan siapakah yang bertanggungjawab bagi menjamin masa depan generasi akan datang???...................
ReplyDeleterenung-renungkan dan selamat beramal
tidak dinafikan bahawa banyak berlaku kepincangan dalam pendidikan negara kita.walaupun negara kita boleh dikatakan banyak melahirkan banyak orang yang berpendidikan namun hl ini bukan menjamin bahawa negara kita bebes daripada gejala sosial dalam kalangan pelajar.contohnya di institusi pengajian tinggi,kenapa ada pelajar yang bekerja sebagai GRO?Bukankah pelajar itu seorang yang berpendidikan?dalam kes seperti ini hanya nilai insaniah yang tinggi sahaja dapat ,enjadi benteng kepada pemasalahan ini.
ReplyDeletepada pendapat saya, setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing dan tidak menyalah kepada satu pihak sahaja.oleh itu, kita hendaklah melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu dan cuba memperbaikinya sebelum menyalahkan mana-mana pihak.A119143
ReplyDeleteA110093: Saya bersetuju dengan kenyataan ini. Wawasan 2020 tidak akan mampu dicapai jika hal ini berterusan, memandangkan pembangunan moral tidak dapat diseimbangkan dengan peningkatan kemajuan teknologi. Sistem pendidikan dengan perlu dikaji semula memandangkan, sistem yang diguna pakai sekarang lebih mengikut acuan barat. Masalah keruntuhan moral seiring dengan peningkatan teknologi, bukan hanya dialami Malaysia sahaja, malah di kebanyakan negara. Sungguh memalukan apabila pelajar institut pengajian tinggi yang dinilai sebagai individu yang bijak menentukan baik atau buruk bersikap sebaliknya. Pendidikan moral berasaskan amalan agama masing-masing perlu diterapkan dengan lebih serius, malah peranan ibu bapa dan guru yang amat penting dalam mendidik generasi muda negara perlu dipertingkatkan seiring dengan cabaran dan kemajuan teknologi yang semakin meningkat. Pengaruh negatif pada ketika ini sangat mudah menular di kalangan masyarakat, oleh itu semua pihak perlu bekerjasama dalam membendung hal ini. Istilah 'menjaga tepi kain orang' adalah perlu dalam keadaan yang begini.
ReplyDeletejika diperhatikan sistem pendidikan di negara ini secara kasar, perkembangan yang dilihat begitu pesat dan mungkin kita akan menganggap bahawa peningkatan ilmu akademik selaras dengan pemantapan ilmu rohani dan sahsiah. tetapi keadaan ini berbeza yang mana perkembangan ilmu rohani dan sahsiah jauh terkebelakang. ini mungkin disebabkan nilai jati diri individu semakin terhakis hari demi hari. penjajahan minda yang semakin parah menjadi penyumbang kepada kegiatan jenayah yang berlaku di negara ini. jadi kesedaran individu dan dorongan dari semua pihak amat perlu bagi meningkatkan keintelektualan masyarakat justeru dapat menjernihkan kembali keamanan dan kedamaian negara.
ReplyDelete(A124987)
Pada pendapat saya, walaupun negara kita dikategorikan sebagai negara membangun,namun masalah sosial tetap berlaku. ini mungkin kerana perbezaan taraf hidup antara golongan bandar dan luar bandar dimana seperti yang dpt kita lihat, kebanyakan individu yang melakukan kesalahan adalah terdiri daripada mereka yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. tekanan hidup boleh membuatkan seseorang terdorong melakukan kesalahan. oleh yang demikian sy berpendapat bhw kerajaan perlu memainkan peranan dalam menstabilkan taraf hidup rakyat supaya perkara ini dapat dikurangkan. peranan baitulmal juga boleh dipertingkatkan supaya golongan susah dapat dibantu. sekian.a118160
ReplyDeleteSebagai masyarakat yang berpendidikan kita haruslah mengikiskan sikap negatif yang semakin berleluasa kerana ia akan menjejaskan nama baik negara dan juga sistem pendidikan negara kita.Ingatlah bahawa,graduan hari ini merupakan bakal pemimpin yang bakal mencorakkan pentadbiran negara kita pada suatu hari.Oleh itu,jadilah insan yang bersahsiah tinggi,berwawasan dan juga berguna kepada negara kita.Janganlah jadi seperti sampah masyarakat walaupun berpendidikan tinggi.
ReplyDeleteT.JAYALATCHMY (A123047)
Pada pandangan saya, pendidikan negara kita menuju ke arah pendidikan di barat. Aspek agama tidak ditititkberatkan dan dipinggirkan dari sistem pembelajaran.Malah subjek agama di sekolah hanya merupakan subjek biasa.Selain itu,pada peringkat universiti juga aspek agama tidak diterapkan dan pelajar menjadi semakin bebas dan semakin terjerumus kepada masalah a117175 =)
ReplyDeletebagi pendapat saya, saya merasakan kebanyakan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan hanya sebagai satu usaha untuk melahirkan insan yang lebih baik dari segi jasmani dan rohani.tetapi langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan perlulah dipantau dengan lebih teliti bagi memastikan program-program tersebut berjaya dan terlaksana dengan berkesan
ReplyDeletesistem pendidikan sekarang lebih menekankan tentang pembelajaran khususnya dalam bidang akademik dengan mengabaikan sistem pembelajaran tentang etika diri seseorang,sahsiah dan sebagainya.Sepatutnya kedua-dua sistem pembelajaran ini harus diterap dengan seiringan/seimbang di kalangan para pelajar. selain itu,berkenaan dengan masalah gejala sosial yang berlaku sekarang seperti mencuri dan sebagainya,ini disebabkan oleh para pelajar terlalu mengejar kemewahan dalam hidup mereka walaupun bekalan yg dibekalkan oleh ibubapa mereka telah mencukupi.
ReplyDelete-A125122-
sakinah A124729
ReplyDeletePada pandangan saya,pendidikan keagamaan perlu lagi dititikberatkan oleh ibu bapa lagi.Sepatutnya sistem pendidikan menjadi temapat kedua dalam memperbaiki akhlak sahsiah para remaja.Dalam hal ini pendidikan agama yang sepatutnya diberi oleh ibu bapa harus diberi perhatian kerana didikan daripada awal dapat membendung sahsiah dan budi perkerti yang mulia.
keruntuhan moral sering dikaitkan dengan tahap pendidikan individu.tetapi pada zaman ini, mereka yang berpendidikan juga tidak lepas daripada melakukan perkara-perkara yang meruntuhkan moral.pendidikan seharusnya bermula daripada rumah dimana ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting.tidak dapat dinafikan masyarakat, rakan-rakan dan media massa merupakan medium yang kuat mempengaruhi tingkah laku moral individu. walaubagaimanapun, kelakuan individu itu banyak bergantung kepada dirinya sendiri. jika baik kelakuannya, maka baiklah masa depan yang bakal ditempuhi.
ReplyDeleteHAFIZAH AMSAN A126148
ReplyDeletePada pendapat saya,sistem pendidikan di negara kita sudah berada di tahap yang memuaskan.namun,perlulah sentiasa dikemaskinikan dengan perkembangan terbaru tidak sekadar meliputi pembangunan duniawi sahaja tetapi pembangunan rohani juga perlu diseimbangkan.hal ini kerana,pembangunan dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek perlulah selaras bagi menjamin kelangsungan hidup ke arah kecintaan tuhan. Bekas perdana menteri kita ,pak lah juga telah menegaskan bahawasanya pembangunan insan yang cemerlang tidak semestinya berteraskan kepada akademik sahaja tetapi rohani nya juga perlu cemerlang.lantaran itu,langkah awal perulah dilaksanakan sejak awal lagi melalui institusi pendidikan tidak mengira samaada peringkat tertinngi mahupun rendah
Program Permata Pintar yang diasaskan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor, yang berpusat di UKM adalah salah satu pemikiran baru adalah memodenkan pendidikan dan masyarakat di Malaysia. Asas ilmu yang diterapkan bermula seawal umur enam tahun sangat dititikberatkan demi membentuk anak- anak yang berpendidikan dan berakhlak mulia. PSPTN juga adalah langkah baru di IPTA dan IPTS dalam melahirkan pelajar yang berasaskan tinggi.
ReplyDeletebagi pendapat saya, walaupun pendidikan semakin diutamakan pada masa sekarang dan masalah sosial tidak juga berubah malahan semakin berleluasa adalah disebabkan pendidikan itu sendiri kerana hanya ilmu duniawi yang banyak ditekankan pada pelajar-pelajar sedangkan ilmu-ilmu fardhu ain tidak diambil berat. sepertimana yang dapat kita lihat sekarang ni, di peringkat pengajian tinggi lebih-lebih lagi, tiada langsung kelas agama yang perlu dipelajari oleh para pelajar melainkan mereka yang mengambil kos yang berkaitan dengan agama.perkara ini penting kerana dalam agama itu, manusia dapat mempelajari nilai-nilai murni dengan lebih baik.
ReplyDeletea123912
Salam... Memang sekarang amat menakutkan sekali dengan sikap-sikap generasi belia masa kini yang ketandusan nilai moral dan nilai kemanusiaan dalam diri. Semakin tinggi pendidikan semakin hilang kesantunan dan kemuliaan yang patut diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar semakin bertamadun. Langkah membendung perlu difikirkan lagi awal agar dapat mencegah segala permasalahan yang mungkin lebih teruk pada masa hadapan.
ReplyDelete(NORLIZA BINTI AWANG A125029)
(NOR ASIKIN BT AB RAZAK A121652)
Masyarakat generasi akan datang perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran softskills dan kemahiran bahasa inggeris bagi menghadapi persaingan pada masa akan dtg.namun dalam mencapai matlamat ini,kita tidak seharusnya mengabaikan perkara2 yang remeh.meskipun kita ingin mencapai tahap tertinggi dalam pelajaran,kita tidak seharusnya mengabaikan aspek material krn matlamat tidak menghalalkan cara.apa pun yang terjadi,sifat kemanusiaan perlu sentiasa diberi perhatian
SUKOVA ANAK TARAN A124731
Salam. Petikan yang ada menyentuh mengenai program Permata Pintar amat digalakkan kerana melalui program ini diharapkan agar ramai generasi baru yang dapat dilahirkan dengan bekalan ilmu yang penuh di dada.
NORSAHILA BINTI NOH A122528
Salam... pada pendapat saya pendidikan merupakan asas kepada setiap masyarakat di Malaysia. Kerajaan seharusnya memastikan sistem pemilihan bagi pelajar-pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke IPTA seharusnya lebih terkawal dan sistematik.
NUR ZARINA BT MOHD NAZRI (A123842)
sistem pnddkn kite perlu ade pendkatan yg dpt mndidik dan mengsuh peljr menjdi sseorng yg berkualiti. bkan sje org yg bijak dan cmerlang dlm akedamik tp ade prangai yg elok. hanya berstatus mahasswa tp mencuri dan xde nilai2 mrni dlm dri. so sye rse elok klu pihk2 yg bertnggjwb kji smle sstm penddkn kite.....
NORSHARMILA BT MOHD ZIN
saya amat bersetuju dengan pernyataan pendidikan bermula sejak dari rumah lagi. seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak ibarat kain putih. yang mencorakkan dan memberi warna dalam kain putih tersebut adalah ibu bapa. sebagai ibu bapa, yang menjadi contoh utama bagi kanak-kanak ini, mereka haruslah peka terhadap perkembangan minda, fizikal, dan emosi anak mereka. dengan ini, mtlamat keharmonian keluarga dan negara itu dapatl;ah dicapai... terima kasih...
walaupun pendidikan telah semakin maju, namun dizaman kini tetap wujud pelbagai masalah sosial dikalangan pelajar terutamanya. hal ini berlaku kerana penekanan dalam pendidikan kini kurang memberi perhatian terhadap pendidikan akhlak dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri pelajar bermula dari kanak-kanak lagi.
ReplyDeleteAssalamualaikum pendidikan masyrakat memang bertepatan dengan keadaan sekarang. Dunia hari ini memerlukan individu yang memeliki bukan sekadar ilmu pendidikan bahkan mempunyai ilmu yang dapat membimbing ke arah kecermelangan dunia dan akhirat
ReplyDeleteBagi pendapat saya terdapat banyak punca menyebabkan gejala ini semakin berleluasa.Antara punca utama adalah kekurangan didikan agama.Didikan agama sangat penting bagi seseorang.Ia membantu seseorang menjadi insan yang mulia.Setiap ibubapa hahus mendidik didikan agama kepada anak-anaknya dari awal.Didikan agama akan membantu seseorang menjadi seorang insane yang baik .. said by KOHILA SIVA SUBRAMANIAN A 122472
ReplyDeleteWalaupun negara banyak menubuhkan pusat pendidikan, namun dari segi kerohanian dan akhlak para pelajar masih kekurangan sifat ini. Dengan ini, pelajar tidak dapat memikirkan yang mana baik dan buruk. Jadi, penekanan dari sudut agama perlulah diterapkan dalam diri pelajar pada hari ini.
ReplyDeletePendidikan merupakan tunjang pembentukan personaliti atau peribadi seseorang atau masyarakat. Masalah-masalah sosial yang semakin berleluasa adalah akibat daripada terpengaruh di kalangan rakan sebaya, iman yang tidak teguh, dan sifat ingin tahu yang tinggi. Sesungguhnya pengjar-pengajar telah berusaha untuk melahirkan masyarakat yang berguna untuk negara dan bangsa, tetapi individu sendiri yang akan mencorakkan perilaku mereka.
ReplyDeletePendidikan merupakan elemen yang penting dalam pembentukan masyarakat hari ini. Sememangnya,negara bertungkus-lumus dalam memartabatkan sistem pendidikan, namun masih terdapat pelbagai masalah sosial,jenayah,keruntuhan akhlak dan sebagainya melibatkan generasi muda kini. Usaha kerajaan yang terbaru untuk menubuhkan PERMATA HATI perlu dirangka sebaik-baik mungkin supaya mencapai matlamat penubuhnya. Selain itu, pendidikan agama perlu lebih ditekankan untuk membentuk lahiriah anak-anak muda masa kini supaya lebih kukuh.
ReplyDeleteWalaupun pendidikan kini semakin maju , namun penekanan terhadap akhlak murni dan aspek kerohanian perlu lebih diberi perhatian dalam pendidikan masa kini. Penekanan dalam aspek tersebut perlu diterapkan bermula dari pendidkan awal lagi..
ReplyDeleteMeskipun kebanyakkan para pelajar pada hari ini mempunyai taraf pendidikan yang tinggi namun dari segi akhlak dan nilai moral mereka sangat rendah.Ini menyebabkan pelbagai masalah sosial dan jenayah berlaku.Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keadaan ini.
ReplyDeletePada pandangan saya, sebarang sistem yang diwujudkan oleh kerajaan hanyalah sebagai panduan kepada masyarakat. Begitu juga dengan PSPTN ini. Sebarang tindakan yang dilakukan oleh pelaku kesalahan adalah disebabkan sikap individu itu sendiri. Maka, tiada mana-mana sistem pun yang dapat mengawal seluruh individu yang membentuk masyarakat jika sikap indivisu itu sendiri enggan megikut panduan-panduan tersebut.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesebenarnya isu gejala sosial sudah menjadi lazim atau dalam erti kata lain klise sehingga tidak menarik untuk disidangkan. namun, apa yang menarik di sini adlah kaitannya dengan sistem pendidikan, yang mana semakin banyak pusat pendidikan, namun jenayah sosial kian meruncing.
Kita kagum kerana kerajaan berjaya mewujudkan pelbagai strategi pendidikan untuk para pelajar. tapi, kegagalan pihak kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya adalah antara faktor mengapa gejala sosial ini terus menular.
satu lagi, program permata pintar, sekolah cluster dan seumpamanya sebenarnya sedar atau tidak ia hanya memfokus kepada pelajar-pelajar yang bijak dan mempunyai akhlak yang baik, tetapi bukan untuk mereka yang bermasalah. seolah-olah mereka yang bermasalah tidak mempunyai potensi untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. oleh yang demikian, tidak hairanlah manusia yang nakal itu bisa menjadi kejam.
rangkalah satu program pemulihan yang berunsur pendidikan bertaraf, untuk membantu remaja-remaja bermasalah. Membentuk manusia yang baik itu adalah biasa.. namun, membentuk manusia yang jahil itu adalah sesuatu yang luar biasa..
berilah mereka peluang untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga mampu untuk melakukannya
sekian....
SALAM..
Dari (MOHD FAIZAL MOHAMAD) A118730
pendidikan yang diberikan kepada pelajar mestilah seimbang dari segi material dan sahsiah...pelajar juga perlulah diterapkan dengan belajar bukan hanya untuk lulus peperiksaan, tetapi belajar untuk mempraktikkan ilmu tersebut kemudian hari...A121127 NOORSAYFUL AZRIN B MOHD YUSOF
ReplyDeletetanpa agama kemanakah arah tuju manusia. agama dan kehidupan adalah dua sayap yang tidak dpt dipisahkan, tanpa salah satunya pincanglah kehidupan manusia.pengasingan agama dari kehidupan manusia telah lama di buat oleh penjajah sejak tahun 1936 lagi. nampaknya negara kita hanya merdeka dari segi fizikal bukan dari segi mental.tanpa asas agama yang kukuh dan mantap dalam dada setiap insan yang bergelar manusia pelbagai program pintar dan hebat yang akan di buat selepas ini akan menemui jalan buntu. usah bicara soal pembangunan jika kita bangunkan bangunan pencakar langit tetapi kita runtuhkan nilai akhlak dan moral manusia2 yang ada di dalamnya. segala permasalahan hanya akan dapat diselesaikan jika kita kembali kepada al-quran dan as-sunnah.
ReplyDelete-ayie-
Pendidikan dan agama adalah satu unsur yang tidak boleh dipisahkan. kedua-duanya pelu tersebati bersama. pendidikan tanpa salutan agama hanya akan melahirkan manusia yang layak sekadar digelar manusia, bukan insan. malangnya realiti hari menunjukkan satu trend yang begitu membimbangkan sekali.Pelajar sekarang yang belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dlam peperiksaan sahaja. tidak lebih daripada itu. Mereka saling bersaing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Memanglah perkara tersebut tidak menjadi kesalahan, namum nilai ilmu telah berubah. Yang digunakan untuk peperiksaan sahaja. Natijahnya, kita gagal melahirkan manusia yang berfikiran kelas pertama, berfikir di luar kotak an sebagainya. Sudah bertahun kerajaan menguar-uarkan slogan tersebut. Hasilnya, sampai hari ini kita masih lagi tercari-cari mahasiswa yang dilahirkan oleh institut pengajian kita yang menepati ciri-ciri tersebut. Tidak ada lagi. Apa yang jelas dapat diperhatikan, dasar yang dirangka kerajaan khususnya kementerian yang berkaitan dengan pendidikan, sering bercanggah dengan kehendak pakar akademik. Pandangan dan saranan mereka sering dipinggirkan. Justeru, bagaimana kita mahu membentuk generasi pelapis yang sempurna jika acuan yang disediakan sudah pun penuh dengan lompang-lompang kelemahan.
ReplyDeleteMUHAMMAD ZAKI BIN IZHAR A116350
ReplyDeleteProses perubahan pendidikan telah membawa pelbagai gejala sosial dalam dunia pendidkan. Sejajar dengan masalah drastik tersebut menjadi satu plan bertindak iaitu PSPTN untuk membendung masalah tersebut.Andaian telah dibuat dalam menanam keperibadian yang menjana dikalangan pelajar agar membawa perubahan positif pada diri individu dalam melahirkan insan yang sejajar dengan wawasan 2020.
KARUNANITI A/L THANAPALAN A116163
Perubahan dalam arus pemodenan dalam dunia pendidkan telah menunjukkan perubahan yang drastik dalam era pendidikan.bagi menjana program tersebut , maka perubahan tersebut didasari dengan PSPTN.Ia program jalinan antara pelajar dengan komuniti setempat yang dirangka dapat menstrukturkan keperibadian seseorang individu sejajar dengan perkembangan semasa dalam dunia pendidikan.Keefisyenan program ini adalah bergantung kepada kesediaan dan kepekaan individu,masyarakat dalam merealisasikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan.
sekalipun dilihat pendidikan dari sudut akademik semakin unggul namun sebaliknya berlaku dari sudut kemanusiaan. manusia kini yang semakin hilang kawalan terhadap diri menjadi punca kepada peningkatan masalah sosial terutama golongan generasi muda. walaupun pelbagai pendekatan diperkenal dan dijalankan oleh pelbagai pihak, manusia tidak akan berubah seandainya pemikiran mereka masih berada pada takuk negetif. ditambah dengan kelemahan penerapan dan penghayatan nilai-nilai agama dalam kehidupan membawa manusia semakin terjerumus dalam kancah masalah sosial ini. manusia berkualiti tidak hanya memiliki kekuatan akademik semata-mata tetapi juga harus memiliki nilai-nilai moral yang tinggi... terima kasih
ReplyDeleteMUHAMAD ZUHAIMIEALUWE BIN ZAKARIA A116595
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesememangnya, aspek insaniah di kalangan mahasiswa dan mahasiswi kurang memberangsangkan. dalam menjamin sebuah kehidupan yang sejahtera dan aman, "sijil" bukanlah segala-galanya. mereka seharusnya lebih peka dengan keadaan persekitaran agar setiap agenda yang dilakukan oleh golongan "ilmuwan sijil" lebih bermanfaat untuk masyarakat sekitar, kerna seperti yang kita sedia maklum, golongan yang terpelajar atau golongn "ilmuan sijil" adalah peneraju bagi semua agenda yang akan diadakan. mereka juga harus sedar bahawa sahsiah diri adalah sangat penting dan ia perlu diseimbangkan dengan akademik, agar dapat melahirkan seorang insan yang bermoral dan beretika tinggi dalam mengharungi alam pekerjaan kelak yang lebih mencabar..... SABARIAH BINTI AB. RAHMAN_A118947
ReplyDeletemalaysia pada masa kini sudah mencapai taraf negara semakin membangun pelbagai kemajuan dan peningkatan telah dicapai sama ada dalam bidang yang berkaitan dengan penggunaan teknologi, pendidikan, infrasuktur dan jugak taraf hidup yang semakin meningkat membawa kepada peningkatan dalam bidang pendidikan dan juga taraf pendidikan dikalangan masyarakat nya. semakin banyak program-program yang dilancarkan oleh kerajaan untuk membantu masyarakat nya untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka. usaha kerajaan ini telah membawa banyak kejayaan apabila semakin ramai pelajar berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang tinggi. namun semua kemajuan ini tidak membawa erti apabila kebanjatan sosial ini semakin berleluasa. Semakin banyak berlaku kecurian golongan samseng dikalangan pelajar, pembunuhan,rogol dan sex bebas dikalangan pelajar yang belaku pada hari ini adalah disebabkan oleh kurang nya pendidikan rohani dikalangan pelajar-pelajar terbabit. pembangunan masyarakat yang seimbang haruslah dititikberat kan yang mana pendidikan intelek, rohani dan sasiah diri perlulah dibekalkan kepada para pelajar sejak dari kecil dan sentiasa di amalkan dan di dedahkan kepada mereka agar nilai-nilai rohani yang mereka pelajari ini dapat digunakan dalam menempuh cabaran globalisasi yang tiada batasan. pengetahuan intelek sahaja tidak mencukupi untuk membentuk jati diri yang baik dan bermaruah kerana kejahilan mengenai agama menyebabkan pelajar-pelajar ini hilang panduan dan pedoman hidup yang murni. kebanyakan ibupada pada masa kini sering megejar kemewahan dan kerjaya sehingga lupa untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang akhirnya akan membiarkan anak-anak mereka hanyut dibuai arus duniawi tanpa panduan yang secukupnya.
ReplyDeletesaya ingin menyentuh beberapa isi penting di dalam isu ini:
ReplyDelete1)Masalah mengenai jenayah-jenayah yang dilakukan oleh golongan berilmu. jika kita lihat,kesemua masalah ini berlaku kerana kurang penekanan akhlak,motivasi sendiri, dan empati di dalam diri masing-masing. oleh itu,keluarga adalah pihak paling penting dalam menerapkan nilai murni dalam diri mereka dan penegasan itu penting supaya proses pembelajaran luar akademik ini memberikan impak yang berkekalan dalam jiwa mereka dan ini secara tidak langsung akan memberikan kesan positif untuk akademik mereka.
2)masalah plagiat,lewat datang kelas dan menipu dalam kehadiran kuliah.- perkara ini memang perlu diketengahkan kepada para pelajar kerana bagi saya punca masalah ini ialah pelajar itu sendiri,bukan pihak lain. hal ini kerana, pelajar kini berada di'comfort zone' seperti kemudahan capaian internet di mana-mana,teknologi yang semakin canggih,tempat-tempat sosial yang kini semakin bertambah dan lebih teruk ia di bina berdekatan dengan universiti dan sekolah. sebagai contoh plagiat,jika dahulu kita lihat tidak ramai yang berkemampuan untuk memiliki laptop dan capaian internet menyebabkan pelajar lebih gemar berada di perpustakaan dan perbincangan kumpulan untuk mencari bahan-bahan ilmiah tapi kini dengan capaian internet berada di mana-mana,pelajar cenderung untuk berada di bilik dan hanya perlu 'google' sahaja input yang diperlukan tanpa perlu bersusah payah keluar mencari bahan dan ini menyebabkan pelajar lebih malas dan ambil enteng dalam mengambil hakcipta org lain.lebih teruk lagi ada juga pelajar yang webaholic hinggakan tidak hadir ke kelas kerana setiap masa berada di depan komputer mencari hiburan.
3)semakin banyak penubuhan institusi pendidikan.- ini juga boleh dilihat sebagai masalah tetapi juga berpunca daripada pelajar.oleh kerana terlalu mudah untuk layak belajar di universiti dan kolej,pelajar kini tidak mensyukuri dan menganggap adalah sesuatu yang biasa jika seseorang itu memasuki universiti walhal universiti ialah institusi yang agung kerana ianya gedung ilmu.sepatutnya pelajar perlu menetapkan niat mereka berada di universiti adalah untuk mencari ilmu,bukan kerana masuk kerana pengaruh luar seperti ikut rakan-rakan,berdekatan dengan pusat bandar dan lebih bebas kerana jika niat salah pastinya pelbagai masalah akan timbul.(A118854)
pada pendapat saya, kini di alaf baru, memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan di negara kita sering kali diutamakan dan diberikan perhatian. Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia lebih berfokuskan akademik terhadap pelajar-pelajar di mana mereka agak membelakangkan pendidikan sivik dan akhlak yang sepatutnya dipupuk dalam diri seorang pelajar semasa mereka berada di bangku sekolah lagi. Hal ini adalah untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di masa yang akan datang...
ReplyDeletesaya bersetuju dengan kata-kata timbalan perdana menteri itu. sistem pendidikan terlalu kepada huruf yang kita akan dapat semasa keluar keputusan peperiksaan dan bukannya sahsiah yang dapat membentuk jati diri pelajar. disarankan sistem pembelajaran di negara ini diubah sedikit demi sedikit demi memberi satu muka baru kepda sistem pendidikan disamping memersiapkan pelajar itu sendiri akan dunia luar sekolah yang penuh dugaan
ReplyDeletePada pendapat saya, peningkatan dalam golongan cerdik pandai yang berjaya meraih ilmu di peringkat tertinggi memang tidak menjamin kesejahteraan masyarakat jika tidak mempunyai pegangan agama yang kuat. Sekiranya aspek agama diabaikan, ilmu dan pengetahuan yang tinggi tidak berguna lagi kerana kedua-dua aspek kebendaan dan kerohanian perlu seiring dan tidak boleh dipisahkan.
ReplyDeletependidikan besepadu adalah jawapan terbaik kepada masalah yang kita hadapi sekarang ini.. pendidikan berspadu mampu membimbing kita skejalan yang benar tidak kira samada kita kaya atau miskin, bijak atau tidak... kesepaduan antara ilmu dan aqidah sememangya perlu dihayati tidak kira samada pelajar mahupun pengajar itu sendiri bahkan kepada semua lapisan masyarakat... renung2kan dan selamat beramal..
ReplyDeletepada pandangan saya, setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing dan tidak menyalahkan pada satu pihak sahaja. Oleh itu, kita hendaklah melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu dan cuba memperbaikinya sebelum menyalahkan mana-mana pihak (doktor,saya mintak maaf kerana saya tersilap tulis nombor matrik..A119413 bkn A119143)
ReplyDeletesistem pendidikan telah mengalami perubahan untuk memajukan manusia ke hadapan. namun, menyedihkan apabila manusia yang berilmu tetapi terlibat dengan jenayah. Manusia yang berilmu tetapi tidak mempunyai pegangan agama hatinya adalah kosong. Agama mendorong manusia melakukan kebaikan dan bukan sebaliknya. apabila manusia telah jauh tersesat akhirnya ke pangkuan agama juga manusia akan kembali. manusia perlulah menuntut ilmu seiring iaitu ilmu dunia dan akhirat. hidup hanya atas beragama tetapi tidak melakukan suruhan agama samalah seperti mereka yang tidak beragama. kepincangan dalam kehidupan akan berlaku apabila manusia jauh daripada Tuhannya. Maka hayatilah dan jalanilah kehidupan ini sebagaimana yang diperintahkan mengikut syariat agama.
ReplyDeletegejala sosial yang saban hari semakin meningkat menunjukkan bahawa walaupun kita bertambah maju dari segi sistem pendidikan namun mereka yang menuntut ilmu itu cetek dan mempunyai kekurangan dari segi nilai-nilai kemanusiaan. kecemerlangan akedemik tidak akan menjamin seseorang itu menjadi manusia yang baik.jika hanya kecemerlangan akedemik yang dikejar itu adalah sebenarnya hanya untuk memenuhi tuntutan material semata-mata ini yang menjadikan manusia itu terkeluar dari matlamat sistem pendidikan itu sendiri.jadi perlu ada pegangan agama dan nilai serta jati diri yang kuat dalam diri seseorang individu dalam menjadikannya seorang manusia yang dilengkapai dengan ciri-ciri yang baik.
ReplyDeletegejala sosial tidak dapat dielakkan namun dapat diatasi sekiranya dapat dibendung dari awal. sistem pembelajaran tiada kurangnya cuma mungkin masih belum dapat dipraktikkan sepenuhnya. Malah, kesedaran yang ada dalam diri masyarakat akan masalah ini masih belum menebal bagi mereka untuk sama-sama menanganinya. (A117493)
ReplyDeletegejala sosial berlaku kerana terdapat ketidakstabilan didalam sesebuah keluarga.jika seseorang ayah pemabuk,maka dia secara automatiknya tidak dapat mengawal anaknya.ibunya pula tidak dapat mengawalnya,kerana tidak mempunyai sebegitu daya untuk mengawal anak lelaki.apa yang mereka dapat lakukan adalah,menyara hidupnya sendiri dan menangis untuk mereka.Saya berkata demikian dengan pengalaman saya dalam melihat beberapa keluaraga india yang tidak stabil seperti yang dinyatakan (PREM KUMAR ARNASALAM A119747)
ReplyDeleteAhmad Ansar Mohamad (A107513)
ReplyDeletePendidikan itu sendiri tidak menepati jiwa seseorang yang semakin berubah dari hari ke hari. Namun ape yang tidak berubah adalah Akidah. Oleh itu, kerajaan harus memandang serius terhadap corak pendidikan. Pelajaran Agama Islam bukan sekadar lulus tetapi diambil serius kerana Islam itu merupakan cara hidup. Kalau dibandingkan Pendidikan Barat, mereka memisahkan agama dari ilmu duniawi. Oleh itu, segala nilai moral runtuh. Di Malaysia, kita sering mengagungkan pendidikan Sains dan Matematik tetapi AGAMA?? renung-renung bersama. Gejala sosial sukar untuk dibendung, membazir duit dari membendung kerana tiada penyelasaian. Islam! Islam bukan sekadar nama, Oleh itu. kita sama-sama hayati dan bermuhasabah. Saya bangga dilahirkan sebagai Islam, kerana saya tahu apa yang zahir dan batil. Saya boleh mengawal diri daripada gejala sosial. Islam mengajar saya. Jadi kenape kita tidak mengikuti Islam.
Ramziana bt Halidi(a1196480
ReplyDeletePada masa kini,berlakunya percambahan pemikiran masyarakat di Malaysia. Kebanyakan rakyat di negara ini amat menitikberatkan aspek pendidikan sehinggakan menjadi kayu ukur yang utama untuk seseorang mendapatkan peluang pekerjaan dan kadang-kala turut disalahgunakan terhadap ilmu yang dipelajari. Tahap pencapaian atau mempunyai penguasaan ilmu yang tinggi sebenarnya tidak menjamin keharmonian hidup. Pada masa kini, aspek keagamaan mula dipinggirkan akibat hambatan globalisasi yang memfokuskan aspek meterialistik, sekular, individualistik dan lain-lain.
nor azlina abdul razak A118105
ReplyDeletemereka ada hati tetepi tidak digunakan untuk memahami, ada mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar.mereka itu seperti haiwan, malah lebih sesat.Mereka itulah org2 yg lalai.(terjemahan surah Al-A'raf 7:179)
gologan yg berpendidikan tinggi sejak dari dulu lg mmg dipandang tinggi. Mereka diharapkan sebagai pemmimpin dan pembela yg dapat mengubah status masyarakat sekitar dan memajukan pembangunan negara ke arah yg lebih baik. Secara umum setiap individu melalui sistem pendidikan telah menerima pendidikan formal selama 11 thn dan sebahagian drpdnya melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tinggi.
Namun yg menjadi persoalan kini adalah , golongan yg mendapat pendidikan tinggi bukanlah jaminan mrk adalah pemimpin yg boleh dipertanggungjawabkan utk memimpin tanpa rasuah dan menindas golongan bawahan serta bukanlah peguam yg membela nasib mrk yg tertindas dan mrk yg memerlukan perlindungan sewajarnya. Isu2 hak asasi dan masalah moral masih diperkatakan.Keutamaan kpd material dan kepentingan diri menjadi hab utama dlm setiap lapisan masyarakat kini.Sebagai negara yg berwawasan 2020, sistem pendidikan harus beracuan sistem kita sdri yg tidak akn merugikan generasi akn dtg.Nilai moral dan etika serta model insan kini dilihat sbegai antara keutamaan bg membimbing smula generasi kepada landasan yg betul.
Malah pelbagai penambahbaikan sistem pendidikan negara tlh dipertingkatkan bagi melahirkan lebih ramai generasi berintelektual dan bersahsiah tinggi.
program terbaru Permatapintar di harapkn dpt melahirkan generasi malaysia akan dtg yg berintelektual dan bersahsiah tinggi. Terdapat pandangan yg menyatakan bahawa pendidikan yg berorietasikan pendidikan barat iaitu sekular dan liberal cuba menjarakkan kepentingan agama dlm sumber ilmu wahyu yg utama. Tatapi bagi negara kita yg meletakkan beragama sebagai rang undang2 persekutuan telah mengariskan bhw setiap w/negara adalah beragama dgn menjadikan islam agama rasmi. Oleh itu, ilmu agama dan sc&teknologi adalah seiring yg tidak boleh dipisahkan drpd sistem pendidikan. hal ini kerana keterbatasan ilmu akal utk mentafsir dan memahami ilmu yg berada di luar lingkaran pengetahuan sedia ada manusia. Umum mengetahui bahawa ilmu dan pendidikan adalah bidang yg sgt luas pengetahuannya.Misalnya ilmu aeroangkasa adalah skop bidang yg belum diteroki sepenuhnya. byk perkara di luar sistem solar yg masih tersimpan misterinya.
Justeru itu, pendidikan berorientasikan sc&teknologi haruslah seimbang dgn keperluan kerohanian agar generasi yg wujud adalah berteraskan acuan 1 malaysia .