SATU pelajar, satu sukan untuk 1Malaysia.Ia wajib bagi setiap pelajar di seluruh negara bermula tahun hadapan. Arahan baru ini antara strategi yang bakal dilaksanakan Kementerian Pelajaran (KPM) dalam usaha melahirkan warga yang berjaya dalam akademik dan sukan. Potensi yang ada pada setiap pelajar itu akan dipergunakan sepenuhnya ke arah membentuk mereka menjadi seorang atlet atau pelajar yang cemerlang dan berwibawa. KPM di dalam kenyataannya semalam yang difakskan kepada Kosmo! meminta semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah supaya membuat persiapan rapi berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah dengan menjadualkan program sukan sepanjang tahun dalam membuka ruang untuk setiap pelajar menyertai pelbagai jenis sukan di sekolah.
Oleh itu, pengetua, PPD dan JPN wajib mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat melaksanakan konsep 1Malaysia serta mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah. Langkah ini dibuat bagi menentukan MSSM kembali berfungsi seperti beberapa tahun dulu. Tindakan proaktif dilihat apabila Muhyiddin mengumumkan peruntukan berjumlah RM89 juta kepada MSSM bagi membolehkan mereka merangka strategi baru untuk memartabatkan sukan pada peringkat sekolah dan seterusnya negara.
Sebagai seorang pentadbir di sekolah, bagaimana program di atas boleh dicapai dengan mengaitkan bidang Teknologi Pendidikan.