SATU pelajar, satu sukan untuk 1Malaysia.Ia wajib bagi setiap pelajar di seluruh negara bermula tahun hadapan. Arahan baru ini antara strategi yang bakal dilaksanakan Kementerian Pelajaran (KPM) dalam usaha melahirkan warga yang berjaya dalam akademik dan sukan. Potensi yang ada pada setiap pelajar itu akan dipergunakan sepenuhnya ke arah membentuk mereka menjadi seorang atlet atau pelajar yang cemerlang dan berwibawa. KPM di dalam kenyataannya semalam yang difakskan kepada Kosmo! meminta semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah supaya membuat persiapan rapi berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah dengan menjadualkan program sukan sepanjang tahun dalam membuka ruang untuk setiap pelajar menyertai pelbagai jenis sukan di sekolah.
Oleh itu, pengetua, PPD dan JPN wajib mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat melaksanakan konsep 1Malaysia serta mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah. Langkah ini dibuat bagi menentukan MSSM kembali berfungsi seperti beberapa tahun dulu. Tindakan proaktif dilihat apabila Muhyiddin mengumumkan peruntukan berjumlah RM89 juta kepada MSSM bagi membolehkan mereka merangka strategi baru untuk memartabatkan sukan pada peringkat sekolah dan seterusnya negara.
Sebagai seorang pentadbir di sekolah, bagaimana program di atas boleh dicapai dengan mengaitkan bidang Teknologi Pendidikan.
Saya ada 4 cadangan utk memastikan hasrat ini tercapai di sesebuah sekolah, iaitu:
ReplyDelete1. Pastikan semua sekolah mendapat peruntukan yg sewajarnya. Kalau penumpuan hanya di bandar2 sahaja, maka perancangan Kementerian utk memastikan semua pelajar cemerlang dlm bidang sukan tidak akan tercapai. Kita tidak seharusnya lupa akan nasib pelajar2 kita yg berada di pendalaman Sabah & Sarawak yg begitu terpinggir drpd sebarang kemudahan.
2. JPN diminta tidak sesekali memilih sekolah yg tertentu sahaja. JPN juga seharusnya tidak lagi melabelkan sesebuah sekolah itu dgn 'watak' tertentu seperti sekolah A dgn hokinya, sekolah B dgn besbolnya dan sebagainya. Seharusnya peluang bidang sukan ini hendaklah disamaratakan ke semua sekolah.
3. Segala kelengkapan yg bakal dibekalkan ke sekolah2 nanti mestilah bermutu tinggi & tahan lasak. Kita tidak mahu 'pisang berbuah 2 kali' seperti PPSMI yg banyak cacat celanya. Pelaksanaannya baik dan berkesan tetapi peralatan yg dibekalkan sering kali mendatangkan masalah kpd penggunanya. Penyelenggaraan yg lemah. Pemantauan yg tidak berjadual.
4. KPM mesti mengadakan kursus baru dan khusus yg berkaitan dgn sukan sahaja di IPGM. Pengambilan pelatih mestilah yg berminat dan berlatarbelakangkan sukan. Jadi apabila mereka telah tamat pengajian nanti, mereka akan mampu mengendalikan sebarang bentuk latihan dan kejohanan. Secara tidak langsung peralatan2 yg dibekalkan ke sesebuah sekolah akan digunakan semaksimum mungkin oleh guru yg pakar dlm bidang itu.
Ulasan oleh : Kamardin Kaffi ( A130524 )
Dalam melahirkan satu sukan satu murid satu malaysia pihak sekolah akan terlibat secara langsung.Di peringkat sekolah rendah kemahiran asas dalam sukan dan perminan sangat penting. Bagi mendapatkan kemahiran asas ini jurulatih sukan atau guru-guru sukan berperanan penting memilih,melatih dan mengetengahkan bakat murid tersebut.Dalam hal ini teknologi pendidikan perlu digunapakai sebagai medium pembelajaran untuk melatih pelajar bagi mendapatkan kemahiran atau teknik dalam sukan dan permainan tersebut.Sebagai contoh sukan sepak takraw.Cara servis tekong yang terbaik boleh diaplikasikan melalui tayangan video gerak perlahan,supaya setiap pergerakan dapat dilihat oleh pelajar dan ditiru pergerakan tersebut.Pergerakan kemahiran boleh diulang berkali-kali untuk ditiru oleh pelajar tersebut.Begitu juga sukan dan permainan lain,termasuklah teknik serangan dan pertahanan dalam sukan berpasukan seperti bola sepak. Video cam boleh juga digunakan untuk membuat rakaman latihan kemahiran sukan dan permainan untuk ditonton semula oleh pelajar dan diperbaiki mutu kemahiran atau teknik permainan tersebut. Secara rumusannya peruntukan bajet perlu diselaraskan untuk pembelian peralatan teknologi pendidikan dalan latihan atau kursus penggunaan teknologi tersebut.Disamping itu pelajar juga perlu didedahkan dengan kaedah pengurusan sukan dan permainan secara profesional termasuk undang-undang,akta dan kepengadilan.Ini difikirkan jika pelajar tersebut gagal sebagai pemain , ia masih berpeluang dalam pengurusan,kejurulatihan, kepengadilan atau sebagai pengulas sukan. Ulasan Oleh Rostam (A130537)
ReplyDeleteSatu pelajar, satu sukan untuk satu Malaysia memang sedap didengar. Sebagai pentadbir dan pelaksana diperingkat sekolah saya melihat ini sebagai satu lagi program yang tidak akan ada kesudahannya sama seperti program - program yang pernah dilancarkan seperti KBSM & KBSR, PPSMI, RIMUP,PIPP dan sebagainya yang menelan belanja yang besar tapi pulangan atau impak yang diperolehi tidak berpadanan. Mengapa ini berlaku, disini saya paparkan beberapa faktor dan sebab mengapa situasi ini berlaku.
ReplyDelete1. Setiap program yang hendak dilaksanakan oleh pihak kementerian tidak dirancang dengan teliti dan tiada "pilot projek" dilakukan
2. Kebanyakkan program yang dilaksanankan oleh pihak KPM lebih mementingkan pulangan "politik" bukan kekesanan kepada generasi pelajar atau warga pendidik. Contohnya, apabila Menteri Pelajaran baru dilantik, akan ada projek baru dilancarkan dan bila menteri tersebut bertukar maka projek tersebut menjadi sejuk.
3. Kajian terperinci perlu dilakukan meliputi semua jenis sekolah, melibatkan kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman berkaitan dengan program yang hendak dilaksanakan. Hasil dapatan kajian harus dibentang dan dilihat dari semua sudut agar program yang dilancarkan tidak sia - sia dan membazir.
4. Persepsi ibu bapa yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan kurang menggalakkan anak pelajar mengikuti kegiatan sukan dan kokurikulum menjadi penyumbang kepada kegagalan program ini.
5. Selagi pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM mementingkan kecemerlangan dalam peperiksaan "exam oriented" selagi itu program sukan dan kokurikulum akan dipandang sepi.
6. Dengan kos yang begitu besar, saya cadangkan agar pengurusan kokurikulum di semua peringkat dimantapkan dan diberi wajah baru.
7. Dasar dan arahan baru perlu dikeluarkan untuk memantapkan pelaksanaan sukan dan kokurikulum di sekolah. Cuba lihat kekesanan dasar penilaian 10% diberikan kepada penyertaan kokurikulum untuk kemasukan ke universiti, sejauh mana ianya dilaksanakan
8. Penguatkuasaan terhadap pelaksanaan dasar baru perlu diberi penekanan agar ianya tidak menjadi "sejuk" di suatu masa nanti.
Komen saya ini bukan bersifat negatif, tetapi saya melihat kekesanan dan kejayaan atau impak sesuatu program itu biarlah benar - benar sampai kepada kumpulan yang disasarkan, selaras dengan prinsip FPK iaitu melahirkan insan yang harmonis dari aspek JERI, disamping membenarkan prinsip dalam PIPP membangunkan modal insan.
Sekian Terima Kasih
MOHD TAJUDIN HARUN
( A130540 )
Umum mengetahui prestasi atlet sukan di negara kita tidaklah begitu membanggakan. Kecuali beberapa disiplin seperti squash(wanita) lawnbowl(wanita), boling, badminton lain-lain sukan belum lagi mencapai taraf juara dunia.
ReplyDeleteBanyak faktor perlu ditekankan dalam usaha mencapai tahap yang begitu tinggi. Selain menuding jari ke arah atlet dan pengurusan, sudah sampai masanya bagi kita melihat kecemerlangan sukan dari aspek dan sumbangan teknologi.
Penggunaan peralatan berteknologi tinggi sebenarnya harus bermula daripada peringkat akar umbi lagi. Pemilihan pelajar yang menceburi bidang masing-masing hendaklah dilakukan berbantukan peralatan teknologi supaya perkiraan saintifik dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian. Peralatan ini dapat membantu jurulatih mengesan bakat daripada peringkat awal lagi.
Oleh kerana ia merupakan peralatan yang dihasilkan dari kajian demi kajian, kos untuk memiliki mesin berteknologi ini sudah tentu mahal. Peruntukan yang besar dan penggunaannya perlu diselenggara dengan efisyen supaya ia mendatangkan hasil yang lumayan. Pegawai yang mengendalikannya juga harus cekap dan berani melakukan 'transformation' supaya 'outcome' nya nanti juga adalah 'excellent'.
Selain itu, sistem pemakanan sering diabaikan khususnya di peringkat bawahan kerana ia melibatkan kos yang agak tinggi. Ramai atlet yang tidak mampu mengekalkan diet pemakanan seperti yang diambil semasa kem latihan. Hasilnya prestasi mereka menurun dan memerlukan masa serta kos tambahan untuk mengembalikan prestasi mereka ke tahap yang sebenarnya. Mengenali tubuh badan dan pemakanan secara saintifik dengan menggunakan peralatan berteknologi dapat membantu atlet, jurulatih dan pengurusan dalam satu usaha melahirkan atlet bertaraf dunia secara kolaboratif
MohdSaniy A130539
Program 1 pelajar, 1 sukan merupakan satu program mega yang amat menarik dan perlu diberi perhatian yang serius. Sebagai pentadbir,saya ingin memberi beberapa cadangan.Antaranya:
ReplyDelete1. Memupuk minat sukan dalam kalangan murid dengan menayangkan aksi dan tokoh yang terhandal dunia dengan menonton televisyen pada waktu rehat.
2. Mengenali bakat murid dalam sukan dan diberi latihan dengan menonton video clip permainan sebenar supaya murid benar-benar menghayati kemahiran yang perlu dikuasai.
3. Kerajaan perlu memberi peruntukan khas kepada
sekolah yang mempunyai bakal atlet untuk melicinkan proses latihan.
4.Pentadbir sekolah haruslah menunjukkan minat terhadap sukan dan menjadi role model kepada subordinant dan pelajar serta menyediakan program khas untuk melaksanakan latihan.
DEVI A/P PALANISAMY(A130545)
Salam Sejahtera. Satu pelajar,satu sukan untuk satu Malaysia merupakan hasrat kerajaan kita. Bagi memartabatkan slogan ini, para pendidik di sekolah memainkan peranan yang penting. Hanya Pendidik sahajalah boleh melahirkan bakal atlet-atlet yang berprestasi tinggi. Oleh itu Guru besar sebagai seorang pentadbir yang paling penting di sekolah perlu merangka beberapa strategi untuk memartabatkan sukan seperti yang diinginkan oleh kerajaan.Strategi seperti berikut boleh dilaksanakan di sekolah;-
ReplyDelete1.Membeli peralatan sukan yang menggunakan teknolog terkini.
2. Menanamkan minat murid dalam sukan dengan pertunjukan tayangan video atlet-atlet sukan yang telah berjaya dalam kerjayanya dan menjadi atlet yang terkenal didalam arena sukan dunia.
3. KPM dan lain-lain badan kerajaan perlu membekalkan peralatan teknologi yang canggih dan berprestasi tinggi yang boleh mengenal bakat-bakat murid dalam sesuatu sukan. Dengan ini memudahkan guru dalam memilih murid-murid kedalam sesuatu bidang sukan. Guru dan murid tidak perlu melungkan masa mereka untuk berlatih berjam-jam di padang.
4. Disekolah guru perlu digalakkan untuk mengambil video setiap aktiviti sukan yang melibatkan murid-murid. Aktiviti itu kemudian di tayangan kepada murid-murid semula supaya mereka dapat melihat sendiri kelebihan dan kelemehan diri dan rakan mereka. Rakaman ini boleh ditayang dengan gerak perlahan dan juga dengan cara tunjuk berulang-ulang. Dengan ini murid-murid dapat memperbaiki bakat mereka itu.
MAJULAH USUKAN UNTUK NEGARA
C.TAMIL SELVI A/P CHINNIAH (A130528)
Faktor-faktor yang perlu diambil kira:
ReplyDelete1. Kemudahan asas - padang dan gelanggang permainan, peralatan sukan, trek, kemudahan asas untuk "fitness", kolam renang perlu disediakan terlebih dahulu supaya tidak lahir ahli sukan yang "tak cukup masak" untuk bertanding di peringkat antarabangsa.
2. Tenaga pengajar yang profesional - jurulatih yang dibekalkan perlu 100% lulusan sains sukan, bukannya guru "conversion" yang kurang berminat tentang sukan tetapi dipaksa oleh pentadbir sekolah.
3. Tumpukan kepada kegiatan sukan yang berkemahiran tinggi, (bukannya sukan yang memerlukan tubuh badan yang besar dan tegap kerana rakyat Malaysia bertubuh kecil). Pilih sukan seperti badminton, pingpong, catur, petanque, bowling dan sebagainya.
4. Adakan lebih banyak laluan masa depan bagi atlit dari sekolah rendah, misalnya mereka perlu ada tempat yang sewajarnya apabila ke sekolah menengah, seterusnya IPT.
5. Pengetua dan GB sememangnya akan "kena" melaksanakan arahan ini kerana ianya dasar kerajaan. Cuma bimbang pelaksanaannya dalam keadaan serba-serbi kekurangan dan menggunakan kata-kata hikmat masa kini - "GB dan pengetua perlu pandai-pandai buat, cari dana sendiri, by hook or by crook - u kena buat - PIBG boleh bantu, yang pasti I nak tengok U punya perancangan"
SAFIAN A 130548
ReplyDeleteSebagai seorang pentadbir di sekolah, bagaimana program di atas boleh dicapai dengan mengaitkan bidang Teknologi Pendidikan.
Secara peribadi saya mempunyai pandangan yang ianya merupakan satu strategi dan harapan yang tidak mustahil untuk dicapai. Namun dalam merancang sesuatu dasar kerajaan perlu ada dapatan yang mantap dan jelas melalui R & D.
Untuk pelaksanaannya diperingkat sekolah, sebagai pentadbir saya mempunyai persepsi yang jelas dasar ini mampu mencapai matlamatnya jika ianya dikaitkan dengan bidang teknologi pendidikan.
Pada ketika ini dan seterusnya teknologi pendidikan perlu berjalan seiring dengan semua bidang.Teknologi pendidikan mampu memberi impak yang maksima dalam menentukan kejayaan pelajar dalam semua bidang di era siber ini.Bila sebut tentang SATU PELAJAR SATU SUKAN dalam situasi realitinya, apa yang timbul difikiran saya ialah :
1. Adakah kita sudah bersedia dengan prasarana yang serba lengkap dengan bilangan sekolah dan bilangan pelajar yang begitu ramai.
2. Adakah kita sudah cukup bersedia dengan `Man Power` yang mahir dalam pelbagai bidang kejurulatihan sukan untuk menyokong minat pelajar kita yang ramai itu nanti.
3. Adakah pelajar kita akan dapat diperlengkapkan dengan input atau keperluan sebenar secukupnya untuk sesuatu bidang sukan yang mereka minati.
4. Adakah kita sudah bersedia dan sanggup menerima teknologi terkini yang digunakan dalam bidang sukan masakini.
5. Adakah negara kita sudah bersedia untuk menjadikan sukan sebagai satu sektor industri untuk menjana pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan untuk generasi baru.
Itu adalah beberapa persoalan yang perlu kita fikir,renung dan jawab bersama.
Bagi saya yang utama ialah menyediakan mereka di peringkat awal alam persekolahan dan diperingkat menengah.
Untuk itu sekolah adalah titiktolak yang menentukan kejayaan dasar ini.
Makanisma utama untuk melaksanakan dasar tersebut di peringkat sekolah ialah dengan penggunaan teknologi pendidikan secara total. Dalam bahasa undang-undangnya tanpa gagal.
Hanya pengajaran, latihan, kajian, dan ujian berkaitan sukan yang menggunakan instrumen ini (teknologi pendidikan) mampu menarik minat murid, meringankan tugas guru dan memudahkan pelaksanaan dasar kerajaan ini.
Mengapa saya berkata demikian ?
Sebabnya ialah sekarang ini jika kita bercakap tentang sukan kita tidak lagi bercakap tentang sebiji bola untuk 30 orang murid, anak pokok buluh sebagai asas permainan hoki, telur ayam kampung sebagai sumber tenaga atau yang penting adalah penyertaan bukan kemenangan.Pada masa sekarang kita bercakap dan berhadapan dengan sukan berteknologi tinggi.
Jadi,bila bercakap tentang sukan berteknologi tinggi maka asasnya bermula dengan pendidikan dalam bidang sukan berbantukan kepada teknologi juga. Banyak yang boleh diperkatakan tentang kaitan teknologi pendidikan dalam memupuk minat,kesediaan, semangat, kefahaman, keyakinan, kejayaan dan akhirnya barulah mencapai kemenangan.
Tak perlulah saya jelaskan dengan panjang lebar apa yang teknologi pendidikan boleh menyumbang kepada menyediakan SATU PELAJAR SATU SUKAN SATU MALAYSIA tapi itulah yang dilaksanakan di negara maju sejak 20 tahun yang lalu, cuma negara kita baru saja memikirkan kaedahnya sekarang dan dalam melaksanakan dasar ini teknologi pendidikan adalah instrumen utama untuk menyediakan pelajar agar berminat dalam bidang ini.
Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya perkatakan dan menghuraikannya tapi cetusan ini diharapkan akan membuat kita sama-sama berfikir apa sebenarnya patut kita lakukan terutamanya Kementerian Pelajaran, JPN, PPD, Pentadbir sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar.
Well, nothing is impossible when we are ready and willing to eccept changes.Doing things right and doing the right things........... ok bye.
Perubahan dari era industri ke era teknologi maklumat sedang pesat berlaku dan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Maklumat yang dahulunya mengambil masa berminggu-minggu untuk sampai ke destinasi kini boleh digapai dengan sekelip mata. Kini, teknologi merupakan sebahagian penting dalam kehidupan manusia moden.
ReplyDeleteBagi mengelakkan sukan terpinggir dari arus pendidikan perdana ia seharusnya menggalakkan penggunaan teknologi dalam programnya. Tambahan pula, aplikasi IT dan teknologi dalam sukan bakal melahirkan atlit yang celik IT dan teknologi yang kelak boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyahut cabaran ini untuk dilaksanakan di dalam kelas kerana ternyata mempercepat dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru disaran untuk menggunakan strategi ICT dalam sesi pembelajaran agar murid-murid berminat mengikuti sesi tersebut dan mendapat input yang maksima terhadap tajuk yang dipelajari. Kelebihan multimedia selain dari pemudahcara ia juga adalah sebagai pengganti atau menyokong kepada pengajaran dan pembelajaran serta sesi latihan yang dikendalikan oleh guru atau jurulatih dalam menyampaikan maklumat kepada para atlit.Kaedah latihan menggunakan multimedia lebih cepat dikuasai oleh para atlit berbanding kaedah tradisional. Dalam memastikan untuk mencapai kejayaan, seharusnya penggunaan multimedia dalam sistem latihan digunapakai.
Begitu juga sewaktu refleksi, tayangan video yang dipancarkan melalui LCD memperkukuhkan lagi pengalaman dan pengetahuan atlit.
Perubahan dari era industri ke era teknologi maklumat sedang pesat berlaku dan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Maklumat yang dahulunya mengambil masa berminggu-minggu untuk sampai ke destinasi kini boleh digapai dengan sekelip mata. Kini, teknologi merupakan sebahagian penting dalam kehidupan manusia moden.
ReplyDeleteBagi mengelakkan sukan terpinggir dari arus pendidikan perdana ia seharusnya menggalakkan penggunaan teknologi dalam programnya. Tambahan pula, aplikasi IT dan teknologi dalam sukan bakal melahirkan atlit yang celik IT dan teknologi yang kelak boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyahut cabaran ini untuk dilaksanakan di dalam kelas kerana ternyata mempercepat dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru disaran untuk menggunakan strategi ICT dalam sesi pembelajaran agar murid-murid berminat mengikuti sesi tersebut dan mendapat input yang maksima terhadap tajuk yang dipelajari. Kelebihan multimedia selain dari pemudahcara ia juga adalah sebagai pengganti atau menyokong kepada pengajaran dan pembelajaran serta sesi latihan yang dikendalikan oleh guru atau jurulatih dalam menyampaikan maklumat kepada para pelajar.Kaedah latihan menggunakan multimedia lebih cepat dikuasai oleh para pemain berbanding kaedah tradisional. Dalam memastikan untuk mencapai kejayaan, seharusnya penggunaan multimedia dalam sistem latihan digunapakai.
AMIRUDDIN BIN HAJI AHMAD A130536
bagi merealisasikan harapan tersebut KPM seharusnya menyediakan beberapa perkara yang masih belum mencukupi di sekolah-sekolah yang ada sekarang , diantaranya:;
ReplyDelete1. menyediakan guru yang sepenuh masa dan option yang dikhususkan untuk pengurusan sukan dan tidak dicampur aduk dengan pengajaran akademik supaya penumpuan lebih terancang dan sepenuhnya.
2. menyediakan kemudahan asas seperti padang dan peralatan lain kerana kalau dilihat sekarang kawasan padang sudah menjadi sempit dan sesetengah sekolah tiada kawasan padang atau tiada kawasan padang yang sesuai
3. sesetengah sekolah tiada kemudahan dewan untuk dijadikan tempat bagi permainan indoor game seperti bsadminton dan sebagainya.
4. sediakan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk guru dan pelajar terutama melibatkan penglibatan diluar kawasan sekolah
5. bagi menjadikan sukan lebih berkesan dan menarik minat pelajar seharusnya ianya perlu di naiktarafkan dengan menggunakan teknologi terkini dalam mengesan bakat-bakat pelajar kita supaya pelajar dapat diberi halatuju yang betul dalam memilih sukan yang bersesuai berdasarkan bentuk fizikal badan ,ketinggian , kekuatan dan kecergasan serta kebolehan masing-masing. Ini lebih berkesan daripada memilih sukan yang diminati.
6. pelajar-pelajar yang telah di pilih seharusnya diberi bimbingan dan kemudahan dari segala segi agar ianya dapat dimanafaatkan untuk masa depan mereka. bukan sekadar untuk mendaptkan merit semasa di alam persekolahan sahaja. Ini menjadikan mereka merasakan faedah yang di perolehi sekiranya mereka aktif dalam sukan.
7. kerajaan juga boleh memikirkan untuk menubuh institusi sukan (universiti sukan )yang lebih canggih dan lengkap dengan segala peralatan terkini berasaskan teknolgi masa kini agar sukan terus di pandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat dan dapat menjamin kehidupan masa depan mereka yang menyertainya .
dengan adanya usaha yang berterusan kemungkinan sukan boleh dijadikan profesion yang menjamin masa depan dan dipandang tinggi. (shamsiah A130526)
SATU pelajar, satu sukan untuk 1Malaysia merupakan satu cadangan program yang baik.
ReplyDeleteTeknologi membantu manusia melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.Ia boleh dicapai jika setiap sekolah dibekalkan dengan peralatan berteknologi tinggi, tenaga pengajar yang perofesional dalam bidang sukan dan menambahkan waktu pendidikan sukan . Setiap pelajar perlu diberi peluang untuk latihan dan penggunaan peralatan teknologi tanpa apa-apa sekatan.Pelajar juga harus digalakan menonton pertandingan tayangan secara langsung(live)
bersama pelajar lain diwaktu sekolah.Mereka harus diberi peluang memberi kritikan sesuatu pertandingan yang ditonton dalam media.Pelajar juga boleh menonton klip video kemahiran sesuatu sukan dan belajar. Guru-guru harus memberi info sukan dan memberi galakan dalam perbincangan mengenai sukan kepada pelajar dalam discussion board .
Kelebihan teknologi membantu memajukan sukan negara.
Sekian, terima kasih.
S.Arokiamary
A130549
1 Pelajar 1 Sukan
ReplyDeleteKementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan. Perancangan ini memang ideal dari segi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI.
Pihak sekolah harus memaklumkan sistem baru ini kepada ibubapa dan penduduk melalui laman web, banner, notis dan sebagainya.
Minggu kesedaran bersukan juga harus dijalankan melalui persembahan power point, pameran alatan sukan berteknologi , poster, foto gambar, senaman aerobik atau beramai-ramai, tayangan kecemerlangan dalam bidang sukan dan sebagainya.
Tenaga pengajar yang akan melaksanakan sistem ini harus diberi kursus atau latihan supaya mereka mempunyai ilmu yang mencukupi sebelum pelaksanaan. Kursus itu selain berunsur latihan praktikal yang disampaikan oleh JU sukan, para pengajar juga harus diberikan ilmu teknologi yang membolehkan guru mendapat ilmu terkini untuk membina movie, video, slides pengajaran dan pembelajaran tentang sukan. Dan juga tahu cara berkongsi pengalaman dan ilmu melalui blogspot, groups, e-learning dan lain-lain sesama guru di mana-mana dan pada bila-bila sahaja.
Pihak sekolah juga harus melanggan astro, membeli video tentang sukan supaya guru dan pelajar sentiasa dapat menonton pelawanan sukan secara langsung mendapat ilmu atau maklumat terkini tentang sukan.
Sekolah juga harus di bekalkan peralatan sukan yang berteknologi tinggi dan diberi peluang untuk menggunakannya sepenuhnya.
Akhirnya, sekali lagi diingatkan kajian secara menyeluruh mesti dilaksanakan sebelum pelaksanaan supaya tidak berulang pelaksanaan PPSMI sebelum ini.
How Siew Yin A13055o
SATU pelajar, satu sukan untuk 1Malaysia.Idea ini memang bagus. Negara yang maju pasti terdiri daripada rakyat yang sihat dan cerdas. Namun, untuk merealisasikan impian ini bukan sekadar cakap-cakap atau angan-angan sahaja.
ReplyDeletePelajar memerlukan ruang yang sesuai untuk menjalankan aktiviti sukan. Tetapi, adakah semua sekolah mempunyai padang atau tempat-tempat yang sesuai untuk bersukan? Sekiranya ada, adakah kawasan ini dijaga dengan baik dan elok? Adakah ia menepati piawai yang ditetapkan? Adakah penyelenggaraan dilakukan untuk mengekalkan kesempurnaan ruang ini?
Pada ingatan saya, semasa di bangku sekolah dulu, pelajar akan bermain pelbagai jenis permainan dan sukan pada waktu petang. Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penduduk tempatan meluangkan masa bersama. Ibu bapa juga merupakan jurulatih percuma kepada pelajar-pelajar. Kemahiran sukan secara tidak langsung meningkat dan menghasilkan banyak jaguh sukan.
Kini, walaupun terdapat padang yang luas dan cantik di sesetengah sekolah, tetapi kemudahan ini tidak dapat digunakan dengan sebaik-baiknya kerana birokrasi dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Kawalan yang ketat oleh pihak sekolah menyekat minat pelajar untuk bersukan atau beriadah pada waktu petang, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar raya yang payah untuk mencari kawasan yang sesuai untuk bersukan.
Guru yang berkemahiran juga adalah amat kurang. Guru-guru yang bukan opsyen PJ terpaksa mengajar Pendidikan Jasmani. Kebanyakan daripada guru ini tidak berminat dan seterusnya hanya mengajar dengan membiarkan pelajar-pelajar bermain dengan cara sendiri. Pihak KPM seharusnya memikirkan cara-cara untuk menjayakan sesuatu program, bukan hanya sekadar untuk melaung-laungkan sesuatu tanpa kaji selidik. Jika sebuah Negara yang maju memerlukan masa hampir 30 tahun untuk menjayakan sesuatu program yang baik, adakah program baru yang dilancarkan oleh menteri baru dalam masa yang singkat dapat dijayakan?
Memandangkan kawasan yang terhad dan kekurangan tenaga mahir, teknologi diperlukan untuk menjayakan program ini. Antaranya, permainan berbentuk permainan komputer boleh digunakan untuk melatih kecerdasan dan tindak balas pelajar. Teknik-teknik permainan juga boleh ditayangkan kepada para atlet agar lebih memahami cara bertanding untuk menang. Ini juga membantu para atlet untuk berusaha meningkatkan prestasi mereka secara keseluruhan. Selain itu, analisis play action dalam masa sebenar oleh juruanalisis menggunakan teknologi sudah biasa digunakan di kebanyakan sukan, ini dapat membantu atlet memperbaiki cara mereka bertindak. Teknologi memberi kesan positif terhadap prosespenyampaian maklumat. Impak yang berkesan dengan bunyi, paparan grafik, animasi, cirri interaktif dalam teknologi boloh menyokong keupayaan ingatan manusia.
Kini, IT dan teknologi merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Aplikasi teknologi seperti tayangan video, e-learning dan carta pembelajaran boleh membantu dalam bidang sukan. Aplikasi teknologi boleh memperkayakan proses P&P kerana teknologi merupakan sebahagian dari kehidupan manusia moden.
Kesimpulannya, untuk menjayakan program ini, KPM harus membekalkan peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakannya. Selain itu, kemudahan, ruang, prasarana, kemahiran dan pengetahuan tentang teknik-teknik pengurusan yang baik dan berhasil perlu dititikberatkan. Penumpuan terhadap akademik dan pencapaian akademik yang tinggi harus dimansuhkan atau dikurangkan penitikberatannya. Pada hakikatnya, peratus markah untuk penyertaan sukan dan kokurikulum pada masa ini hanya sekadar membantu pelajar memasuki kolej dan universiti atas keperimanusiaan oleh guru-guru sekolah yang kurang berminat dalam bidang sukan, padahal, ada pelajar yang langsung tidak menyertai atau menceburi bidang tersebut. Ini dilakukan kerana terpaksa mengikut arahan daripada KPM.
Sekian, terima kasih.
CHIN YEN MUI ( A130535 )
Hasrat murni kerajaan untuk mengadakan 1 pelajar 1 sukan 1 Malaysia memang baik pada asasnya. Bagaimanapun beberapa perkara harus diambil kira supaya hasrat itu tercapai. Menjadikan satu pelajar dengan satu sukan yang boleh dibanggakan dan bukannya berdasarkan hobi pelajar itu sendiri. Perkembangan pesat teknologi pendidikan seharusnya diambil kira bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu, di antaranya:
ReplyDelete1. Pentadbir sekolah hendaklah menyediakan
terlebih dahulu prasarana yang mencukupi
supaya kita dapat mengetahui apakah kelebihan
atau kekurangan pelajar itu dan bukannya
tangkap muat jika ada pertandingan di
peringkat daerah atau negeri.
2. Pihak KPM pula seharusnya menyediakan guru-
guru yang betul-betul terlatih dalam bidang
sukan suapa hasilnya murid dapat didedahkan
teknik atau tektik bersukan yang betul
berasaskan teknologi terkini dan bukannya
bergantung harap kepada guru
yang "convert "PJ.melatih sukan
3. Guru PJ dan guru Sukan Permainan adalah satu
benda yang berlainan tetapi itulah yang di
kolah hari ini.
4. Peralatan sukan yang canggih dan terkini
memerlukan belanja yang mahal. KPM harus
menilai semula peruntukan PJ yang dibekalkan
ke sekolah supaya guru yang berminat dengan
sukan boleh mengaplikasikannya dengan sebaik
nya.
5. KPM perlu bekalkan peralatan yang boleh
menguji pelajar dari segi "fitness", regangan
postur badan yang bagaimana yang sesuai
sukan yang akan diceburi.
6. Penggunaan teknologi pendidikan yang berse-
sesuaian boleh ditayangkan di sekolah semasa
awal pagi, rehat atau sebelum pulang.Secara
tidak langsung pelajar akan didedahkan dengan
pelbagai jenis sukan dengan pelbagai jenis
peralatan moden.
Akhir kata hasrat murni kerajaan itu akan tercapai melalui kerjasama semua pihak sama ada KPM, guru-guru atau masyarakat dengan berbantukan teknologi pendidikan yang terkini. Sekian, terima kasih.
Slogan 1 pelajar 1 sukan yang diilhamkan oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini adalah satu hasrat dan impian yang sangat baik walaupun pada masa ini pelajar-pelajar telah diwajibkan memilih satu bidang sukan dalam kegiatan Kokurikulum sekolah, namun jika hasrat untuk melihat penglibatan mereka secara serius dalam bidang sukan adalah satu yang amat dialu-alukan. Beberapa perkara perlu diteliti dan dirancang sebelum sesuatu program dapat dilaksanakan agar ia tidak hanya separuh jalan atau pupus mengikut pertukaran kepimpinan tertinggi. Perkara utama yang perlu diberi perhatian termasuklah:
ReplyDelete1. Infrastruktur dan prasarana sekolah untuk kegiatan sukan dan pemainan perlu diambil perhatian terlebih dahulu.Padang dan gelanggang permaianan perlu dinaik taraf dengan kemudahan bagi memenuhi piawai sesuatu sukan.
2.Guru- guru opsyen Pendidikan Jasmani perlu ditambah dan dimantapkan lagi latihan dan jangan menjadikan kursus Pendidikan Jasmani sebagai subjek minor. Sikap seseorang guru itu sendiri adalah faktor penting kejayaan sesuatu program yang akan dijalankan.Guru-guru perlu mencari jalan bagi meningkatkan mutu sukan sekolah
3. Penggunaan teknologi moden dalam pengurusan Sukan dan Pendidikan Jasmani amat penting dalam memastikan kecemerlangannya berterusan. Teknik-teknik terkini dalam permainan boleh dipelajari melalui tayangan video contohnya dalam permainan bola sepak atau badminton boleh ditonton oleh pelajar bagimempelajari kemaniran berkesan dalam sesuatu permainan
4.Program pembangunan sukan sekolah perlu dilaksanakan agar pencarian bakat murid dapat dibuat secara berterusan. Perancangan dan pelaksanaan sesuatu program perlu dilakukan sepanjang tahun dan bukan bermusim terutama 3 bulan pertama setiap tahun. Penglibatan yang aktif perlu diambil perhatian dan catatan kehadiran murid dalam sesuatu aktiviti sukan adalah diwajibkan kepada setiap murid
5. Sumbangan dan dana dari pihak luar dan PIBG adalah amat dinantikan sekiranya program ini perlu direalisasikan. Program ini memang memerlukan peruntukan yang besar terutama dalam pembelian peralatan sukan terkini, penyelenggaraan dan penggantian.
Namun begitu hasrat yang baik ini akan mendapat pulangan yang baik sekiranya semua pihak saling memberi sumbangan sama ada dalam bentuk idea atau sumbangan wamg ringgit dan tenaga. Diharapkan slogan ini tidak hanya tinggal slogan tapi perlu direlisasikan sama ada oleh kita semua sama ada pentadbir, guru, ibu bapa atau cerdik pandai dalam bidang sukan
Sebagai seorang pentadbir di sekolah, bagaimana program di atas boleh dicapai dengan mengaitkan bidang Teknologi Pendidikan?
ReplyDelete1. Multimedia adalah satu fenomina baru dalam penyampaian mesej & maklumat dalam masa sekelip mata. Kandunganya multimedia yang menumpukan hasrat KPM satu pelajar, satu sukan boleh membantu menyebarkan dan memangkinkan usaha ini. Pendedahan tentang sukan dan potensi masa depan sukan boleh disalurkan melalui multimedia yang merupakan salah satu cabang teknologi pendidikan.
2. Televisyen yang ada disekolah boleh diletak di kantin, lobbi sekolah(jika ada) dan dilain-lain tempat yang sesuai .Pada masa rehat dan lepas sekolah, maklumat tentang sukan, cara bermain, pemain terkenal sesuatu permainan boleh diperkenalkan supaya pelajar boleh diberi pendedahan terhadap sukan dan kepentinganya untuk kesihatan.
3. Peralatan sukan yang lama tetapi masih boleh digunakan, diselenggara dan digunakan dalam P&P PJK dan biar pelajar sedar bahawa PJK adalah berkaitan dengan alat-alat sukan.
4. Membeli peralatan sukan moden jika sekalah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan pantau bahan teknologi tersebut digunakan dengan cara yang optima.
Rajamanickam A/L Vellayan.
PKPGB Kohort 4,
No.Matrik: A130530
Sukan merupakan sesuatu aktiviti ko kurikulum yang diterapkan dalam sistem pendidikan negara bagi melahirkan insan yang seimbang. Peranan sukan yang semakin berkembang masa kini telah menjanjikan masa depan yang semakin gemilang bagi dan telah menjadi kerjaya bagi bintang sukan yang berjaya. Sekolah adalah platform yang terbaik bagi membentuk atlet di usia yang masih muda. Kemahiran-kemahiran asas dalam sesuatu permainan itu seharusnya di terapkan dan praktikkan pada usia yang muda iaitu di bangku persekolahan. Pelajar-pelajar di sekolah rendah lagi sepatutnya telah dikenalpasti kebolehan dalam jenis sukan yang akan diceburi berdasarkan struktur badan dan bakat yang sedia ada. Guru-guru sukan di sekolah sepatutnya menjalankan Ujian ‘Talent ID’ untuk mengukur kesesuaian struktur badan dan kekuatan pelajar mengikut jenis-jenis sukan. Seterusnya pelajar didedahkan dan dilatih dengan kemahiran-kemahiran sukan yang bersesuaian dengan pelajar tersebut. Ujian-ujian susulan perlu dilakukan oleh guru-guru sukan terlatih agar kemajuan pelajar-pelajar dipantau dan mengikut graf yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini seharusnya menumpukan sepenuh perhatian pada satu jenis sukan sahaja. Pelajar-pelajar yang mempunyai bakat semulajadi dan berkebolehan perlulah dikumpulkan dan ditempatkan di sekolah sukan supaya dapat dilatih sepenuh masa dan didedahkan dengan pertandingan-pertandingan yang kompetatif. Dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan sukan seperti Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, persatuan sukan permainan dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah pelajar-pelajar ini dapat dibimbing dengan baik dan sempurna. Sekiranya langkah-langkah ini dapat dilaksanakan, seharusnya negara dapat melahirkan ramai ahli sukan yang bertaraf dunia seperti Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei, Shalin Zulkifli dan Josiah Ng.
ReplyDeleteAkan tetapi melihat perkembangan sukan terkini disekolah-sekolah terdapat beberapa halangan dan kelemahan yang perlu diatasi untuk melihat objektif dan tujuan tersebut dapat dilaksanakan. Ini berdasarkan perkara-perkara berikut :
i. Kekurangan guru-guru sukan yang terlatih disekolah
ii. Kekurangan peralatan sukan yang sesuai disekolah-sekolah
iii. Kekurangan insfraktur sukan di sekolah seperti padang, gelangang dan lain-lain
iv. Guru-guru tidak didedahkan dengan ilmu sains sukan
v. Kekurangan peruntukan kewangan untuk melaksanakan program-program yang dirancang diperingkat sekolah dan persatuan sukan
vi. Banyak isu ‘politiking’ diperingkat persatuan sukan yang membantutkan usaha-usaha ini
vii. Masyarakat khususnya ibubapa menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang akademik anak-anak mereka
viii. Tahap pengukuran kejayaan sesebuah sekolah dinilai daripada prestasi akademik sekolah tersebut.
ix. Penekanan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada sekolah-sekolah adalah untuk peningkatan prestasi akademik sekolah
x. Bidang kerjaya dalam sukan belum lagi menjanjikan kerjaya yang dapat mencapai masa depan dengan gemilang.
Halangan dan permasalahan tersebut perlulah diatasi terlebih dahulu supaya hasrat untuk meningkatkan tahap sukan negara setanding dengan negara maju tercapai. Peruntukan yang disalurkan dapat dimanafaatkan sepenuhnya dan tidak berlaku sebarang pembaziran wang rakyat. Sebarang usaha dan peruntukan kewangan hanya dapat diukur daripada penghasilan atlet berkualiti bertaraf dunia.
- Zainuddin Bin Abdul Halim (A130533)
1. Dengan mengadakan tayangan video mengenai pembangunan sukan berkaitan satu pelajar satu sukan supaya pelajar dapat selalu melihat dan lama kelamaan dapat menghayatinya objektif dan rasionalnya.
ReplyDelete2. Persembahan multimedia yang menunjukkan pembangunan sukan di era kegemilangan dan pencapaian-pencapaian yang membanggakan semasa di era ini dan usaha-usaha yang perlu dilakukan
bagi mengembalikan zaman tersebut.
3. Pelajar-pelajar bermula dari usia muda digalakkan atau dipaparkan filem-filem tempatan,rantau Asia,Amerika dan Eropah,China,Korea,Australia,New Zealand dan Amerika Selatan yang memberi penekanan kepada bangun jatuhnya atlet-atket sukan atau bagaimana sukan memain peranan dalam kehidupan mereka. Ia dapat secara langsung dan tidak langsung memberi semangat kepada pelajar=pelajar kita untuk mengambil ikhtiibar untuk terus maju dan jangan mudah kalah menghadapi persaingan.
Program satu pelajar satu sukan bagi satu Malaysia hanya sedap didengar tetapi tahap perlaksanaan kita masih meraguinya. Ini adalah kerana sebelum sesuatu perancangan dilaksanakan ,kerajaan perlu memastuikan setiap sekolah dilengkapi, bersedia untuk menyahut seruan kerajaan.
ReplyDeleteSekian.terima Kasih.
M.Givarani
A130544
A130
Contohnya sekolah saya tidak mempunyai padang ,tambahan pula sekolah saya Sekolah Kurang Murid (SKM)tiada peralatan yang mencukupi untuk menjayakan program tersebut.
Cadangan :
1. Setiap sekolah mesti memastikan bahawa ada seorang guru opsyen Pendidikan Jasmani untuk memberi pendedahan kepada murid tentang pentinya bidang sukan.
Mereka dilatih kepada suasana 'exam oriented' dan tidak bersedia untuk menerimanya.
2. Kedua zaman sekarang zaman IT ,kita perlu menyediakan murid ke arah tersebut bagi menjayakan program ini.
3. Murid - murid perlu diberi pendedahan melalui CD-CD yang mengandungi unsur sukan supaya menarik perhatian mereka ke arah sukan .
BTP juga perlu membuat penyiaran tentang sukan bagi setiap minggu supaya pihak sekolah membahagikan masa untuk menontonnya.
4. Murid diperkenalkan dengan indoor game yang boleh akses dengan komputer pada peringkat awal .Ini bertujuan untuk menarik perhatian murid untuk menceburi bidang sukan dengan sepenuhnya.
Sebagai pentadbir yang berjiwa sukan ,saya menghargai program ini dan memberi peluang untuk membawa murid ke arah sukan melalui IT.
Ini merupakan program yang dapat memantapkan lagi bidang sukan negara.Terdapatbeberapa cadangan saya sebagai pentadbir untuk memantapkan program ini dengan teknologi pendidikan.Pihak sekolah boleh gunakan laman web sekolah bagi penyebaran maklumat tentang program ini kepada ibubapa.Sekolah-sekolah yang tidak mempunyai sepatutnya berusaha untuk membangunkan satu.Harapan saya juga adalah agar pihak sekolah dapat gunakan multimedia bagi menyedarkan ibubapa tentang keberkesanan sukan semasa mesyuarat agung PIBG.Murid-murid boleh diberi pendedahan tetang keberkesanan sukan dengan muat turunkan maklumat-maklumat terkini tentang sukan di makmal ICT sekolah.Menggunakan peralatan-pralatan multi media bagi menayangkan tayangan gambar,video klip,berita-berita terkini tentang sukan dan sebagainya sudah tentu akan dapat memberi maklumat dan input yang berkesan kepada murid.Walau bagaimanapun penglibatan semua pihak adalah sangat mustahak dalam menjayakan rancgan yang murni ini.
ReplyDeleteDalam memperkatakan tentang 1pelajar 1sukan, semua orang tahu bahawa ianya satu perkara yang berlainan daripada ko-kurikulum. Dalam erti kata yang lain, seorang pelajar akan terlibat dengan 1 sukan yang digemari dan 3 aktiviti ko-kurikulum yang diminati.
ReplyDeleteSelama ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan sejumlah peruntukan untuk setiap sekolah dalam menjalankan kegiatan aktiviti ko-kurikulum yang kini dikecilkan lagi sebagai langkah penjimatan. Sehubungan dengan itu pentadbir sekolah dan para guru perlu kreatif untuk menangani perkara ini dalam merealisasikan 1sukan 1pelajar.
Pengetahuan sedia ada berkaitan teknologi pendidikan boleh digunakan dalam mengurus dan mentadbir sukan pelajar walau pun dalam kegawatan ekonomi sekolah. Antaranya ialah:
1. Mengguna tayangan video dalam memperkenalkan sesuatu sukan berkenaan, serta mengenal dan mengukuhkan lagi kemahiran-kemahiran yang berkaitan.
2. Guru-guru boleh menghasilkan peralatan sementara untuk menggantikan perkakasan sebenar sesuatu permainan.
3. Dalam memilih sukan yang sesuai dengan pelajar, ujian-ujian tertentu perlu dijalankan untuk mengetahui postur fizikal badan yang sempurna dengan sesuatu permainan. Guru-guru yang kreatif dan inovatif boleh menggunakan pengetahuan teknologi untuk menghasilkan alat bantu yang membolehkan mereka mengukur secara manual postur badan dan keupayaan fizikal pelajar tanpa menggunakan peralatan ataupun perisian canggih yang terlalu mahal.
Sebenarnya jika ada usaha dan keinginan dalam mempertingkatkan sesuatu perkara, dengan pengetahuan teknologi yang sedia ada, pasti ianya akan berjaya.
Shahriah Markom
A130542
ASAMUALAIKUM
ReplyDeleteBerdasarkan pengalaman sendiri di bangku sekolah cadangan ini mungkin boleh mencapai matlamat namun agak goyah dan payah berikutan:
1- Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani sendir belum mempersiapkan diri sepenuhnya dengan ilmu sukan. Pelajar biasanya ibarat melepaskan batuk ditangga sewaktu aktiviti-aktiviti mereka dipadang. Terpulanglah nak lakuakn apa juga aktiviti seperti 'meraoud sekolah', berlari-lari, bergelak ketawa di sudut padang dan macam-macam lagi asalkan "pandai jaga keselamatan sudah" kata guru saya dahulu.
2-pihak sekolah rasa 'terkilan' jika acara-acara sukan sekolah tidak diwakili oleh mereka yang layak sahaja tanpa melihat peluang pelajar lain. Mentaliti pihak sekolah hanya inginkan kemenangan. Jadi tidak kisahlah samada pelajar A yang bermain bola sepak, pelajar A yang berlari pusing padang dan pelajar A yang mewakili acara rentas desa dll.
3-Pelajar sendiri juga antara penyebab matlamat 1 sukan 1 pelajar ni sukar dicapai. Pelbagai alasan seperti "saya letih kalau berlari cikgu" "saya sakit cikfu~walaupun sihat" sering diberikan. Guru-guru terpaksa memberi kelonggaran kerana bimbang kan keselamatan pelajar dan bimbang juga akhirnya disaman ibu bapa pelajar. Walhal pelajar sebeginilah yang perlu 'dikerah' kerana malas! Biarkan peluh malas mereka terkeluar daripada badan dan membersihkan pemikiran mereka yang sempit dan malas.
Pengalaman saya, saya berminat sukan tetapi tak pernah diberi peluang kerana tiada 'potensi' Tetapi adalah lebih menyedihkan unutk kawan saya yang berminat namun tidak diberi peluang walaupun berpotensi. Diharaf, matlamat kerajaan 1pelajar 1 sukan itu berjaya mendatangkan kebaikan pada semua khasnya individu itu sendiri.
MAJULAH SUKAN UNUTK NEGARA!!!!!!!!!!!
-A1188888~
SLOGAN 1 PELAJAR 1 SUKAN adalah cetusan idea yang diilhamkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia dan merupakan satu Projek Mega yang perlu dilaksanakan secara serius untuk memastikan impian ini dapat direalisasikan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI.
ReplyDeleteNamun untuk memastikan kejayaan program ini beberapa faktor perlu diberi perhatian antaranya:-
1. Pihak ibubapa perlu diberi pendedahan dan penjelasan mengenai program ini melalui pamplet dan laman web sekolah kerana persepsi ibubapa yang lebih mementingkan kecemerlangan Akademik berbanding dengan pencapaian anak anak mereka di dalam sukan.
2. Menanam minat pelajar terhadap sukan secara serius melalui multimedia namun tidak mengabaikan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik.
3. Jurulatih sukan yang khusus serta mempunyai kemahiran IT dalam sukan perlu dihantar kesekolah untuk memastikan keberkesanan program ini.
4. KPM perlu menyediakan peralatan sukan berteknologi tinggi.
5. Guru guru perlu diberi kefahaman tentang perlunya berkongsi pengalaman melalui blog masing masing untuk bertukar pandangan dan idea idea demi mempertingkatkan pencapaian sukan di sekolah masing masing.
6. Kesediaan pihak sekolah untuk melaksanakan program ini, dengan sokongan dari PPD dan Pihak Jabatan Pelajaran Negeri.
Akhir bicara ‘ Kalau Tidak DiPecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya’
SABARIAH SAPARI A130529
1 PELAJAR 1 SUKAN adalah cetusan idea yang diilhamkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia. Impian ini akan dapat direalisasi dan dilaksanakan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekiranya perkara-perkara berikut diberi perhatian khususnya dari pihak KPM dan pentadbir sekolah.
ReplyDelete1. KPM perlu memastikan infrastruktur dan prasarana sekolah untuk kegiatan sukan dan pemainan diberi perhatian terlebih dahulu khususnya sekolah-sekolah di luar bandar dan di pedalaman negara kita.
2. KPM perlu mengadakan kursus-kursus baru yang berkaitan dengan sukan dan pentadbirannya di peringkat sekolah. Pengambilan guru-guru pelatih mestilah yang berminat dan berlatarbelakangkan sukan. Apabila tamat pengajian nanti, mereka akan mampu mengendalikan sebarang bentuk latihan dan kejohanan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya di peringkat negara atau antara bangsa.
3. Peralatan-peralatan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah perlulah yang terkini dan bermutu tinggi agar dapat digunakan semaksima mungkin oleh guru-guru yang terlatih dan pakar dalam sesuatu bidang sukan itu.
4. Pentadbir sekolah haruslah menunjukkan minat terhadap sukan dan menyediakan program khas untuk melaksanakan latihan sukan di sekolah dengan bantuan guru-guru terlatih di bidang sukan.
5. Penggunaan teknologi moden dalam pengurusan Sukan dan Pendidikan Jasmani di sekolah penting untuk memastikan kecemerlangan sukan berterusan dari peringkat sekolah rendah lagi. Teknik-teknik terkini dalam permainan boleh dipelajari dan ditunjukkan kepada pelajar melalui tayangan video sama ada dalam p & p atau di waktu rehat pelajar-pelajar.
6. Kerajaan juga harus memberi pendedahan mengenai program ini kepada ibubapa melalui media-media yang terdapat di negara kita. Persepsi ibu bapa yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan kurang menggalakkan anak pelajar mengikuti kegiatan sukan dan kokurikulum haruslah diubah terlebih dahulu demi menjayakan program ini.
Diharapkan slogan 1 PELAJAR 1 SUKAN ini bukan hanya slogan sahaja tetapi perlu dilaksana dan direlisasikan oleh kita semua sama ada dari pihak pentadbir, guru, ibu bapa atau cerdik pandai dalam bidang sukan negara. Sekiranya pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM lebih mementingkan kecemerlangan dalam peperiksaan, program sukan dan kokurikulum ini akan terus dipandang sepi.
JAM'ATUL SABARIAH BINTI ABD GHANI (A130527)
1pelajar 1sukan merupakan satu langkah yang baik. Utk melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat ini merupakan langkah yang baik, juga melalui idea ini diharapkan Malaysia dapat melahirkan lebih ramai lagi jaguh bertaraf dunia bukan hanya berharap kepada segelintir jaguh sahaja seperti Lee Chong Wei dan Nicol David yang muncul untuk seketika, sebaik sahaja mereka mengundur diri, kita tiada lagi jaguh peringkat dunia yang hendak kita bangggakan.Yang menjadi persoalan dan tandatanya apakah maksud sebenar menteri akan dasar 1 pelajar 1 sukan kerana kalau mengikut SPI bil 1/1985 perkara 5.1 Jawatankuasa Bimbingan Sekolah, semua pelajar mesti menyertai 3 jenis akt. kokurikulum.Ini bermakna perkara ini telah lama dinyatakan cuma pelaksanaannya sahaja yang menjadi tandatanya. Jika dimaksudkan semua pelajar menyertai salah satu aktiviti sukan, ini bermakna pelajar di sekolah telah lama menyertainya kerana di sekolah semua pelajar mesti menyertai 3 jenis akitiviti kokurikulum cuma dari segi pelaksanaannya yg menimbulkan masalah. Sekolah lebih tumpukan kpd aktiviti tertentu kerana masalah ketiadaan gelanggang atau padang khasnya di bandar-bandar oleh itu kegiatan sukannya kurang aktif. Pelaksanaan markah 10% kokurikulum ke IPTA juga menjadi salahsatu sebab mengapa dinginnya aktiviti sukan kerana murid dibenarkan "memilih". Walaupun pelajar mesti menyertai 3 bidang kokurikulum tetapi pemarkahan 10% hanya mengambil kira 2 dari 3 sahaja, oleh itu terdapat "loop-hole" dimana kemungkinan pelajar hanya tumpukan kepada 2 sahaja serta tidak beri tumpuan kepada sukan akan berlaku. Ia harus di semak dan dimurnikan lagi jika hendak mencapai matlamatnya. Perlu diberi wajaran yang lebih besar bukan hanya 10% dan diambil kira dalam peperiksaan utama barulah pelaksanaan 1pelajar 1sukan akan terlaksana. 1 pelajar 1 sukan akan tercapai matlamatnya jika segala keperluan, kemudahan infrastruktur dan peruntukan kewangan diberikan, dan pemikiran "exam-oriented" juga harus dikikiskan. Peranan semua pihak amat penting dalam pelaksanaan dasar 1 pelajar 1 sukan kerana tanpa komitmen dari mereka dasar ini hanya akan tinggal dasar sahaja. KPM juga harus memainkan peranan dalam hal ini untuk merealisasikan idea ini. Peruntukan kewangan amat diperlukan untuk merealisasikan dasar ini, walaubagaimanapun pentadbir masih boleh melaksanakannya jika peruntukan kewangan tidak diberikan, mereka perlu mencari sumbangan dari pihak luar seperti syarikat atau dari pihak ibubapa, pokok pangkalnya kalau nak seribu daya akan diusahakan, cuma yang diharapkan pengorbanan pihak sekolah dalam merealisasikan idea ini diberi penghargaan, sebagai contoh jika sesebuah sekolah cemerlang dalam sukan tetapi kurang berjaya dalam akademik, janganlah pula sekolah atau pentadbir sekolah di " penalise" kan , "pemberatan" harus diberikan juga akan kejayaan mereka dalam bidang sukan.Dalam merealisasikan idea yang memang sudah lama ini dan hanya diberi wajah baru dengan nama 1 pelajar 1 sukan ini, kerjasama semua pihak amatlah penting.
ReplyDeleteWan mohd ariffin : A130534
Ramziana bt Halidi (A119648)
ReplyDeleteAssalamualaikum..langkah pro aktif pihak kerajaan harus didokong oleh semua pihak untuk memastikan rancangan ini tidak seperti peribahasa seperti melepaskan batuk di tangga semata-mata. Pihak sekolah harus berusaha untuk membawa etlit2 tertentu yang telah berjaya untuk mengadakan bengkel, latihan dan sebaginya sebagai inspirasi dan menimbulkan minat para pelajar terhadap sesuatu sukan. Namun demikin, apa jua sukan yang diceburi oleh seseorang pelajar aspek kerahanian dan moral seharusnya tidak dipinggirkan sebaliknya harus dijadikan sebagai pemacu kecermerlangan dalam sesuatu sukan.