Tuesday, February 16, 2010

GE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEM 2 2009/2010 (GURU BESAR) - PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI


Tidak dinafikan peranan guru besar di sesebuah sekolah adalah amat penting. Sekolah seumpama sebuah kapal yang beroperasi melalui arahan kaptennya. Jika kapten gagal memainkan peranannya itu menandakan kapal tersebut akan tenggelam. Ramai yang berpendapat hala tuju sesebuah sekolah banyak bergantung kepada inisiatif dan minat pentadbirnya. Jika seseorang guru besar itu minat terhadap keceriaan maka cantiklah sekolah tersebut dengan lanskapnya. Jika guru besar tersebut minat terhadap sukan maka ramailah atlit-atlit handalan akan dapat dilahirkan. Begitu juga kalau guru besar itu berminat tentang akademik semata-mata maka pencapaian sekolah akan meningkat sementara aspek yang lain seperti ko-kurikulum akan statik atau ditahap biasa sahaja. Justeru itu, apabila membicarakan soal teknologi dalam pendidikan yang bersifat merentasi kurikulum, bagaimana anda sebagai seorang pentadbir sekolah mampu merealisasikan misi negara dalam membudayakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikan 5 cadangan anda yang mampu diimplementasikan dalam konteks pendidikan sekarang.

30 comments:

  1. Peranan Pentadbir sememangnya amat penting dalam menentukan halatuju dan budaya sesebuah sekolah, untuk merealisasikan misi negara dalam membudayakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran perkara-perkara berikut perlu diimplementasdikan :
    1. Mengadakan prasana yang sesuai dan cukup bagi kemudahan warga sekolah
    2. Kursus dan pendedahan harus diberikan kepada semua guru dan staf sekolah
    3. Murid-Murid perlu didedahkan melalui program IT di sekolah
    4. Membudayakan IT melalui arahan dan segala urusan yang ada di sekolah sebagai contoh segala pertanyaan dan lain-lain menggunakan facebook, kertas kerja dan laporan hendaklah diemailkan ( soft copy ) kepada Guru Besar; dengan sendiri guru perlu belajar dan lama-lama kelamaan akan mahir dan menjadi sartu budaya di sekolah.
    5. Mewujudkan laman web atau sosial networking ( facebook ) atau blog untuk ibubapa, guru dan murid, dimana ada perhubungan dua hala diantara Guru Besar dengan guru; Guru Besar dengan Ibubapa; Guru Besar dengan murid; Guru dengan ibubapa; Guru dengan murid, secara tidak langsung akan membudayakan IT .....A130534

    ReplyDelete
  2. 5 cadangan pembudayaan teknologi:

    1. memang tidak dapat dinafikan kepentingan teknologi dalam p&p dan ia seharusnya menjadi nadi kepada hala tuju pendidikan negara.

    2. Peruntukan yang besar harus diberikan kepada bahagian ini kerana teknologi memerlukan perkembangan terkini dan melibatkan kos yang agak tinggi untuk sampai ke seluruh pelosok tanah air.

    3. Tenaga pengajar perlu dentiasa 'update' ilmu teknologi agar kita tidak ketinggalan dalam mengejar pendidikan bertaraf dunia.

    4. Infrastruktur terutama di kawasan luar bandar harus diberi perhatian agar teknologi ini smapai ke semua peringkat di akar umbi.

    5. bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia dengan komunikasi tanpa sempadan, hanya teknologi yang mampu menyelesaikan permasalahan yang ada. Pelajar harus diberi pendedahan agar mereka lebih mesra "telnologi"

    ReplyDelete
  3. 1. Guru-guru perlu diberi latihan yang mencukupi cara penggunaan bahan media (teknologi) dalam pengajaran dan pembelajaran.

    2. Penggunaan bahan teknologi di sekolah dipermudahkan - memininumkan karenah birokrasi.

    3. Memastikan setiap guru menggunakan bahan teknologi dalam setiap pnp.

    4. GB sebagai mentor atau contoh kepada guru-guru dalam membudayakan teknologi dalam pnp.

    5. GB perlu memastikan alat-alat teknologi di sekolah berada dalam keadaan siapsiaga untuk digunakan oleh guru-guru.

    ReplyDelete
  4. 1. Bagi seseorang guru besar, beliau seharusnya berusaha untuk menjadikan diri beliau sebagai 'role model' kepada staf yang lain, agar menjadikan semua staf celik IT.
    2. Bagi seseorang guru besar yang lemah dalam menerokai dunia cyber, beliau seharusnya belajar.
    3. Dengan kemudahan yang banyak dibekalkan oleh KPM, seharusnya guru besar yang berkemahiran menggunakan komputer perlu menilai terlebih dahulu isi kandung yang terdapat di dalam bahan itu.
    4. Kepada guru2, seseorang guru besar seharusnya memainkan peranan yang lebih agresif agar semua guru berkemahiran tinggi agar semua bahan yang dibekalkan oleh KPM tidak terbiar begitu sahaja.
    5. Kepada guru media, beliau seharusnya diberikan kebebasan agar dapat meneroka dunia IT di samping mencari maklumat2 terkini dan tidak bergantung kepada bahan2 sokongan yang dibekalkan oleh KPM.

    ReplyDelete
  5. 1. Pentadbir perlu ada asas ICT dan berminat dalam bidang tersebut.Memahami keperluan dan kepentingan pembudayaan teknologi dalam pendidikan masa kini.Pentadbir juga mempunyai komitmen yang tinggi untuk merealisasikan pembudayaan teknologi di sekolah.

    2. Sekolah perlu ada prasarana dan kemudahan yang yang cukup dan berfungsi dengan baik.

    3. Guru-guru perlu ada sekurang-kurangnya asas ICT dan mampu menterjemahkan kemahiran ICT dalam P & P kepada para pelajar dalam proses pengajaran.

    4. Para pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran ICT, kepentingan dan kemudahan yang didapati melalui pembudayaan teknologi ICT dalam pembelajaran mereka.

    5. Pentadbir sekolah perlu meyakinkan ibubapa tentang kepentingan pembudayaan teknologi ini supaya keperluan asas aeperti komputer dan internet dapat di adakan dirumah untuk keperluan anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  6. 1. Persediaan minda pentadbir untuk menerima pelaksanaan program ini
    2. Pentadbir sediakan kemudahan untuk laksanakan program ini
    3. Pentadbir usahan dapatkan dana khas untuk laksanakan program ini
    4. Sediakan latihan yang mencukupi kepada semua guru dan kakitangan
    5. Amalkan penggunaan teknologi dan multimedia dalam semua program sekolah

    A130540 MOHD TAJUDIN HARUN

    ReplyDelete
  7. sebagai pentadbir, saya akan menggalakkan semua warga saya untuk membudayakan penggunaan teknologi di sekolah
    Diantara langkah-langkah:-
    1. semua aktiviti di sekolah akan videokan untuk dijadikan simpanan dan contoh.
    2. menggalakkan guru menghadiri kursus ICT
    3. menggalakkan guru menggunakan ICT dalam P&P
    4. berusaha mendapatkan dana dari pihak swasta bagi menampung perbelanjaan pembelian peralatan ICT
    5. mempastikan penggunaan teknologi dalam setiap mesyuarat guru, PIBG, Kecemerlangan dan Motivasi

    ReplyDelete
  8. Cadangan yang dicadangkan.

    1. Pertama Guru Besar sendiri perlu
    mempunyai kemahiran yang mendalam dalam
    bidang teknologi terkini.
    2. Pentadbir jangan asyik bagi alasan tidak tahu
    menahu tentang teknologi dan suka bergantung
    kepada subordinatnya.
    3. Pentadbir mengambil inisiatif sendiri untuk
    mengetahui lebih dalam lagi tentang teknologi
    yang diguna pakai di peringkat sekolah.
    4. Pentadbir mesti mengusahakan diri untuk
    menghadiri kursus,seminar dan bengkel untuk
    memahirkan dan mendekatkan diri dengan
    kemahiran-kemahiran yang diperlukan.
    5. Guru-guru yang sedia mempunyai kemahiran
    teknologi di dalam sekolah mesti dihargai
    pengetahuan mereka.

    Vasantah A130538

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat saya matlamat atau halatuju seseorang pemimpin atau guru besar bergantung kepada pengalaman sebelum ia menjadi pemimpin atau guru besar.Oleh itu saya mencadangkan 1. Guru-guru yang ada sekarang perlu berada dalam semua situasi iaitu dibawah pentadbiran Akedemik,Hem dan koko.Pihak pentadbir sekarang perlu menilai dalam ketiga-tiga aspek untuk memberi markah prestasi.2. Kalau pemberatan seseorang guru itu hanya akademik sahaja, hadkan kepada maksimun 5 tahun di bawah pentadbiran akademik selepas itu letak pengurusannya di bawah Hem atau koko pula begitulah seterusnya untuk 5 tahun berikut.3.Pastikan setiap kenaikan pangkat perlu melalui proses ini.4.Kursus perlu kepada pecahan bidang pentadbiran disekolah untuk ketiga-tiga tersebut sebagai syarat untuk naik pangkat.5. Prestasi Guru Besar perlu dinilai melalui 3 bidang tersebut secara tetap dan mendotari.
    Tujuan ini supaya Guru Besar tidak menekankan hanya kepada satu-satu kecenderungan sahaja.A130537 HjRostam

    ReplyDelete
  10. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu menubuhkan satu team IT. Kursus dalaman, bengkel harus sentiasa diadakan. Kempen kesedaran IT juga harus diadakan untuk semua warga sekolah dan ibibapa pelajar. Sekolah juga harus mengamalkan cara komunikasi melalui e-mail, facebook, groups dan sebagainya. Penggalakan e-learning juga harus diambil berat. Pihat sekolah mesti menitik berat pengajaran ICTL. Sekian.
    HOW SIEW YIN
    A 130550

    ReplyDelete
  11. Sebagai seorang Guru Besar atau pengurus sekolah, pengetahuan tentang teknologi harus dikuasai dari semasa ke semasa supaya maklumat yang up-to-date dapat digunakan untuk penambahbaikan sekolah dari segi pengurusan, P&P,kewangan, maklumat dan sebagainya. Penggunaan teknologi juga harus digalakkan terutamanya kemudahan yang diberi sedia ada di sekolah(alatan PPSMI). Penggunaan yang maksima yang betul adalah penting dan dapat memanfaatkan warga sekolah, terutamanya murid-murid sekolah. Selain itu, penyediaan bahan P&P berkualiti yang disediakan dapat dikongsi oleh guru-guru lain agar dapat idea dan jimatkan masa guru yang terpaksa menghabiskan banyak masa dalam kerja perkeranian. Penggunaan teknologi adalah lebih sesuai dan menarik serta berkesan untuk penyebaran maklumat. Oleh itu, cadangan saya ialah:
    1) Wujudkan sudut IT di sekolah supaya murid-murid dapat mengakses komputer dari semasa ke semasa.
    2) Perkongsian hasil bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh guru atau BBM guru dijadikan bahan rujukan yang sentisa dan senang dirujuk oleh semua.
    3) Tayangan video atau CD yang berasaskan pendidikan ditayangkan sewaktu murid rehat atau beriadah pada waktu rehat atau sebelum atau pada waktu menunggu.
    4) Mainkan muzik atau lagu, contoh "inner talk" pada sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat menumpukan perhatian dan perubahan tingkah laku dalam proses P&P.
    5) Bekalkan setiap guru dan setiap kelas dengan komputer atau laptop agar mereka dapat menggunakan kemudahan teknologi ini dengan senang dan berkesan dalam bilik darjah.

    Sekian, terima kasih.

    CHIN YEN MUI A130535

    ReplyDelete
  12. Dalam melaksanakan implimentasi membudayakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Besar mesti bertindak sebagai:
    1. perancang
    2. pembimbing
    3. pemudahcara
    4. pelaksana
    5. pengguna

    JAM'ATUL SABARIAH BINTI ABD. GHANI
    (A130527)

    ReplyDelete
  13. Guru Besar mesti menjadi orang pertama membudayakan teknologi di sekolah iaitu gunakan seberapa banyak peralatan yang berkaitan dengannya supaya menjadi contoh boleh kepada guru-guru. Di samping itu permudahkan prosedur penggunaan teknologi tersebut supaya guru boleh mengakses pada masa yang diperlukan.Di samping itu penyeliaan dan bimbingan yang kerap dan berkesan kepada guru yang kurang mahir atau tidak berminat untuk menggunakannya.Selain dari itu galakan kepada murid supaya menggunakan teknologi terkini untuk berhubung dengan guru sebagai cabaran kepada guru tersebut untuk menggunakan teknologi masa kini.Yang lebih utama kemudahan teknologi yang canggih dan guru pemudah cara dilatih oleh kementerian disediakan di sekolah supaya sebarang masalah yang timbul berkaitan teknologi dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.A 130525 ( Che Jarah )

    ReplyDelete
  14. Sebagai pentadbir sekolah saya akan memastikan semua warga sekolah saya peka kepada
    teknologi dalam pendidikan.

    1.Aktivit-aktiviti yang dijalankan perlu menggunakan ICT.

    2. P&P mesti diselitkan dengan powerpoint ataupun videoclips

    3. Guru dengan Guru Besar berhubung dengan kemudahan email , face book dan sebagainya apabila tidak dapat jumpa untuk perbincangan rasmi.

    4. Menayangkan clips-clips berunsur pendidikan
    di waktu rehat untuk tontonan warga sekolah.

    5. Segala 'presentation' daripada saya dan guru mesti menggunakan ICT dan saya sebagai guru besar memastikan semua guru diberi pendedahan dalam ICT.

    ReplyDelete
  15. 1.Kita sebagai pentadbir mesti mempunyai minat yg. mendalam tentang penggunaan teknologi
    pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    2.Sediakan kemudahan yang mencukupi di sekolah bg memudahkan pengunaannya.

    3.Pastikan guru mendapat pendedahan yang mencukupi.

    4.Dapatkan bantuan pihak luar yg. mahir dalam bidang ini untuk merialisasikan pembudayaan teknologi pendidikan.

    5.Murid-murid perlu diberi pededahan yg mencukupi tentang teknologi pendidikan.

    ReplyDelete
  16. Dalam membudayakan teknologi pendidikan dalam P&P di sekolah, antara yang boleh dilakukan ialah:

    1. Menyediakan dan melengkapkan peralatan dan perisian yang diperlukan seperti komputer, LCD, talian internet dan lain-lain yang berkaitan di satu tempat yang boleh diakses oleh guru dan pelajar.

    2. Mengadakan kursus-kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam penggunaan teknologi dan literasi maklumat secara efektif.

    3. Menggalakkan guru-guru menggunakan emel dalam pengurusan p&P antara guru dan guru, guru dan murid, guru dan ibu bapa.

    4. Menggalakkan guru-guru memberi tugasan kepada murid-murid berasaskan pencarian maklumat melalui internet.

    5. Mewujudkan blog/portal dalam penyampaian informasi dari semasa ke semasa dan mendapatkan pandangan daripada guru, ibu bapa dan murid.

    shahriah (A130542)

    ReplyDelete
  17. Pentadbir adalah elemen penting dalam memaksimakan budaya teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Segala langkah yang diambil oleh kerajaaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan berjaya sekiranya pentadbir merealisasikan. Cadangan saya bagi mengimplimentasikan dalam konteks pendidikan ialah:
    1.Pentadbir memartabatkan diri dengan ilmu teknologi mengikut arus masa seperti mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar.
    2.Mengurangkan jurang digital diri dengan guru-guru supaya tidak ketinggalan dengan cara mengikuti segala perkembangan dunia teknologi.
    3.Mengambil cabaran menggunakan prasarana teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi teladan kepada para pendidik yang lain
    4.Berurusan dan berkomunikasi gunakan teknologi
    5.Mengadakan inhouse training dari masa ke masa supaya semua warga sekolah menjadi celik dengan budaya teknologi

    ReplyDelete
  18. Antara langkah-langkah pembudayaan teknologi di perinkat sekolah:
    1. Memberi galakan kepada guru-guru untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran
    2. Melengekapkan infrastruktur dan peralatan bagi pembelajaran menggunakan teknologi
    3. Menghantar guru-guru berkursus tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan
    4. Mendedahkan kepada murid tentang penggunaan teknologi terkini dan memberikan peluang kepada mereka untuk mencuba
    5. Mengadakan peluang/ruang/atau pertandingan menghasilkan bahan-bahan pengajaran menggunakan pelbagai media dalam subjek tertentu dan memberi ganjaran yang sewajarnya
    S.HANIM A.RAHMAN
    A 130546

    ReplyDelete
  19. 1. Pentadbir harus ada kemahiran ICT dan tahu untuk menggunakan peralatan ICT
    2. Guru-guru diberi pendedahan dari masa ke semasa tentang ICT dalam p&p
    3. Penyediaan prasarana dan peralatan secukupnya
    4. Pelajar perlu didedahkan dan dimaklumkan bahawa untuk mendapatkan maklumat bukan sahaja dari buku dan akhbar malahan melalui ICT maklumat yang diperolihi lebih meluas dan terkini
    5. Penggunaan ICT adalah trend masa kini dalam dunia pendidikan, mudah kepada guru dan pelajar untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara
    AMIRUDDIN BIN AHMAD
    A130536

    ReplyDelete
  20. Sistem pendidikan seharusnya diterapkan dengan teknologi pendidikan untuk kita bergerak seiring dengan negara-negara maju.Tidak dinafikan bahawa keadaan global masakini yang memerlukan kemudahan tenologi ICT untuk terus kehadapan.Aspek-aspek ini perlu dinilai :

    i. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu menggunakan teknologi ICT sepenuhnya seperti powerpoint, movie maker untuk memudahkan keberkesanan P&P
    ii. Dokumentasi dan sistem fail sekolah seharusnya menggunakan teknologi ICT untuk menjadikan pengurusan sekolah lebih efektif
    iii. Penggunaan laman web atau blog sekolah untuk memudahkan ibubapa mendapat maklumat terkini dan adanya interaksi antara sekolah-ibubapa sepanjang masa
    iv. Perlunya diperluaskan penggunaan internet seperti facebook dan friendster dikalangan warga sekolah untuk memudahkan interaksi guru-ibubapa-pelajar dan mencari maklumat tentang P&P
    v. Pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam P&P

    ReplyDelete
  21. Maaf kiriman tadi tiada pengenalan diri.
    zah adalah saya - Zainuddin Bin Abdul Halim (A130533)

    ReplyDelete
  22. Salam sejahtera. Saya amat setuju dengan pandangan dan pendapat dalam artikel ini. GuruBesar merupakan seseorang boleh merealisasikan misi dan visi negara dalam membudayakan teknologi pendidikan dalan p&p di sekolah. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru besar disekolah bagi mengimplimentasikan ilmu teknologi di sekolah masing-masing seperti berikut.
    1. Guru Besar itu sendiri haruslah mempunyai ilmu dalam mengendalikan peralatan multimedia disekolah. Pendedahan ini boleh diperolehi oleh beliau dengan menghadiri kursus-kursus yang dikendalikan oleh kementerian, bahagian teknologi pendidikan atau kursus-kursus yang dihadiri oleh kami di UKM.
    2. Guru Besar perlu mengurangkan jurang digital diantara guru-guru dengan mengadakan komunikasi yang baik dengan guru-guru yang mahir dengan ada kemahiran teknologi.
    3. Guru besar perlu sentiasa peka kepada prasarana-prasarana multi media yang terkini.
    4. Guru besar perlu menerokai bidang teknologi pendidikan dengan berani dan meluangkan masa untuknya
    5. Guru besar perlu adakan perkembangan staf untuk guru tentang penggunaan teknologi pendidikan dalan P&P dengan menjemput tenaga mahir dalam teknologi pendidikan.

    ReplyDelete
  23. En.Jasmin maaf. Saya dan rakan saya lupa hantar nombor matrik. maklumat kami adalah seperti berikut
    1.C.TAMIL SELVI A/P CHINNIAH (A130528)
    2.SARASWATHY A/P NARAYANAN (A130531)
    Terimakasih.

    ReplyDelete
  24. 1.Menyediakan kemudahan komputer,internet,peralatan ICT yang mencukupi.Penggunaannya haruslah tanpa batasan.
    2.Membudayakan IT dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
    3.Memperkenalkan facebook,blogspot,email dan frenster kepada warga sekolah.Mengalakan pengunaannya.
    4.Guru-guru perlu diberi pendedahan IT dalam latihan perkhidmatan.Memastikan guru -guru amalkan penggunaan ICT dalam P&P.
    5. Sebagai ketua organisasi harus lebih mahir dalam IT dan menjadi contoh kepada yang lain.

    ReplyDelete
  25. To Mr.Jasmy Abdul Eahman,

    Good Evening.MY details.Tq.
    S.Arokiamary
    No.Matrik :A130549

    ReplyDelete
  26. Guru Besar merupakan pemimpin Transformatoinal yang wajib melakukan perubahan terkini dalam segala aspek, lebih-lebih dalam Teknologi Pendididkan di sekolah.Antaranya:
    1. menunjukkan minat terhadap Penggunaan Teknologi dalam Pengurusan, ia menjadi model kepada subordinant.

    2. Wajibkan penggunaan media Teknologi dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran dan diteruskan dengan pemantauan yang berterusan.

    3. Mengadakan kursus dalaman kepada semua guru sebagai pendedahan dan penyerapan ilmu Teknologi Pendidikan.

    4. Mengadakan sesi bengkel penyediaan bahan Tenologi untuk P & P yang menarik.

    5. Mengadakan perkembangan staf kepada semua guru untuk menyuntik semangat penggunaan ilmu Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    DEVI A/P PALANISAMY (A 130545)

    ReplyDelete
  27. 1. Saya sebagai guru besar perlu menunjukkan sikap yang positif dan berinisiatif dalam mempelajari dan mengetahui tentang teknologi pendidikan.
    2. Menggalakkan guru data menjadi sumber maklumat teknologi pendidikan semasa dan menyampaikan maklumat terkini kepada warga sekolah.
    3. Menyediakan kemudahan seperti bilik komputer dengan kemudahan LCD supaya murid-murid dapat mempelajari penggunaan komputer khasnya di sekolah luar bandar SJKT yang murid-muridnya tiada kemudahan komputer di rumah. ( Saya telah mengusahakanya dengan bantuan Orang Perseorangan - Bilik Komputer yang ada 6 komputer - Sekolah SKM )
    4. Ada sekolah yang tiada kemudahan talipon, fax mesin dan internet khasnya SKM ( Sekolah Kurang Murid ) di Luar Bandar. Pihak Pengurusan Sekolah boleh meminta bantuan PIBG atau bantuan perseorangan untuk memperuntukkan broadband maxis atau celcom bagi melayari internet untuk menimba maklumat.
    5. Mendedahkan maklumat pendidikan, dunia luar, peristiawa semasa melalui tayangan DVD, VCD, Youtube, Internet melalui tayangan TV pada masa rehat atau paparkan maklumat yang dicetak dari internet di papan kenyataan sekolah.
    MANIKAM SINNAPPAN A 130532

    ReplyDelete
  28. 1. Memberi pendedshan tentang penggunaan bahan teknologi yang berkaitan dengan pendidikandan kebaikan-kebaikan yang didapati daripadanya.
    2. Berusaha mendapatkan bantuan kewangan dan juga bantuan teknikal untuk menyelenggara bahan teknologi yang ada. Ini penting untuk mewujudkan pembudayaan teknologi yang berterusan.
    3. Rancangan Pengajaran harian harus mempunyai catitan dan cara penggunaan bahan teknologi pendidikan dalam P&P .
    4. Pemantauan yang berterusan tentang sikap guru terhadap penggunaan teknologi pendidikan boleh mengubah minda guru terhadap pembudayaan teknologi.
    5. Jawatankuasa pembudayaan teknologi boleh diwujudkanuntuk memantapkan pembudayaan teknologi di sekolah

    Rajamanickam a/L Vellayan
    PKPGB Kohort 4.
    MatriK :A130530

    ReplyDelete
  29. 1.Pengetua dan Guru Besar perlu mempunyai kesedaran untuk menguasai bidang ICT.
    2.Pentadbir perlu memastikan Guru-guru dan Staf mempunyai kemahiran dalam ICT.
    3. Kursus-kursus yang berkaitan dengan ICT perlu diadakan untuk memastikan Guru-guru dan Staf diberi pendedahan tentang kepentingan ICT.
    4. Pelajar-pelajar perlu diberi peluang untuk menggunakan kemudahan ICT di Sekolah untuk melahirkan pelajar yang celik IT.
    5. Penguasaan dan penggunaan yang baik dalam bidang IT mampu melahirkan masyarakat yang maju serta mampu melahirkan Sekolah yang baik dan berkesan.
    SABARIAH BINTI SAPARI
    A130529

    ReplyDelete