Ko-Kurikulum bermaksud segala gerak kerja atau aktiviti yang dilakukan di luar kelas atau pada waktu pengajaran formal di dalam kelas atau di luar kawasan pembelajaran. Dalam erti kata lain, ko-kurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam kelas. Justeru itu dengan pengenalan Ko-kurikulum Berkredit (KKB) yang menekankan peri pentingnya aspek Kemahiran Insaniah (KI) diharapkan para mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja dapat menghayati malah mempraktiskannya dalam rutin kehidupan. Ketujuh-tujuh kemahiran Insaniah tersebut ialah:-
1. Kepimpinan
2. Komunikasi
3. Kerja kumpulan
4. Keusahawanan
5. Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
6. Pembelajaran Seumur Hidup
7. Etika dan Moral
Tugasan anda:-
* Berasaskan aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang telah dijalankan menerusi pertemuan sebanyak 14 kali sebelum ini, jelaskan berserta contoh yang spesifik aktiviti berkaitan ketujuh-tujuh aspek kemahiran Insaniah tersebut.
* Sertakan di akhir perbincangan NAMA dan No. Pelajar
* Gunakan bahasa perbincangan yang formal.
* Sila buka account email gmail untuk post comment
* Hantar sebelum 3 April 2010.