Thursday, March 25, 2010

QKS2120 BOLA TAMPAR SEM 2 2009/2010




Ko-Kurikulum bermaksud segala gerak kerja atau aktiviti yang dilakukan di luar kelas atau pada waktu pengajaran formal di dalam kelas atau di luar kawasan pembelajaran. Dalam erti kata lain, ko-kurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam kelas. Justeru itu dengan pengenalan Ko-kurikulum Berkredit (KKB) yang menekankan peri pentingnya aspek Kemahiran Insaniah (KI) diharapkan para mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja dapat menghayati malah mempraktiskannya dalam rutin kehidupan. Ketujuh-tujuh kemahiran Insaniah tersebut ialah:-

1. Kepimpinan
2. Komunikasi
3. Kerja kumpulan
4. Keusahawanan
5. Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
6. Pembelajaran Seumur Hidup
7. Etika dan Moral

Tugasan anda:-

* Berasaskan aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang telah dijalankan menerusi pertemuan sebanyak 14 kali sebelum ini, jelaskan berserta contoh yang spesifik aktiviti berkaitan ketujuh-tujuh aspek kemahiran Insaniah tersebut.

* Sertakan di akhir perbincangan NAMA dan No. Pelajar

* Gunakan bahasa perbincangan yang formal.

* Sila buka account email gmail untuk post comment

* Hantar sebelum 3 April 2010.

30 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. dalam kemahiran insaniah yang dipraktikkan, saya dapati kemahiran kepimpinan sangat memberi pengalaman kepada saya. hai ini kerana saya dan ahli kumpulan yang lain diberi peluang untuk memimpin dan mengendalikan perlawanan bola tampar walaupun masih baru dalam permainan ini. selain itu, saya juga dapat melihat bagaimana kemahiran ini sangat berguna semasa perlawanan antara kumpulan kokurikulum UPM. ini dibuktikan semasa perlawanan berlangsung, ketua kumpulan saya sangat menjaga kebajikan kami yang ketiadaan Mejar Jasmy pada masa tersebut dan kami tidaklah ditindas oleh pasukan lain.

    kemahiran komunikasi sangat dipraktikan semasa setiap perjumpaan kumpulan kami. hal ini kerana hampir setiap perjumpaan memerlukan kami untuk membuat perbincangan di dalam kumpulan kecil dan membentangkan kepada semua ahli kumpulan.

    pada saya, kemahiran kerja kumpulan sangat memberi pengalaman kepada saya untuk berkerjasama dan berinteraksi dengan lebih baik. semasa mengadakan perlawanan persabahatan antara kumpulan kami dan pasukan dari UKM, saya dapati kemahiran ini sangat digunakan bagi memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar.

    bagi kemahiran keusahawan, saya merasakan kemahiran ini tidaklah dipraktikan secara langsung tetapi dapat dilihat semasa kumpulan kami menyediakan hadiah bagi perlawanan persahabatan dengan kumpulan UKM.

    kemahiran berfikir ini selalu dipraktiskan semasa perjumpaan setiap minggu kerana kami sering melakukan perbincangan dalam kumpulan dan ini dapat dibuktikan semasa memasang strategi untuk memenangi perlawanan antara kumpulan kokurikulum UPM.

    pembelajaran seumur hidup sangat memberi pengajaran kepada saya kerana saya dapati walaupun saya tidak boleh bermain dengan hebat di dalam permainan bola tampar tapi saya dapat mempelajari ternik dan peraturan bola tampar. dengan itu, saya dapat menilai sendiri keupayaan dan mengadili pertandingan bola tamppar pada masa akan datang.

    etika da moral yang baik dapat dilihat semasa setiap kali perjumpaan kumpulan kami. etika profesional yang ditonjolkan oleh Mejar telah berjaya mengajar kami beberapa teknik bola tampar yang betol dan akhirnya kami juga dapat mengaplikasikan teknik tersebut dalam setiap pertandingan.

    SYAKINAH BT ANIAN (151502)

    ReplyDelete
  3. Melalui aktiviti kokurikulum berjam kredit ini telah banyak membantu saya dalam mempraktikan tujuh kemahiran insaniah yang ditekankan. kemahiran yang pertama ialah kepimpinan. Kami telah diberi peluang untuk mengendalikan perlawanan persahabatan bersama UKM. Kami telah didedahkan dengan cara-cara mengendalikan sebuah perlawanan dan setiap ahli diberi tugas masing-masing. Elemen kepimpinan amat penting untuk memastikan semua ahli melakukan tugasan yang telah diberikan supaya perlawanan berjalan dengan lancar.
    Nilai yang kedua ialah komunikasi. komunikasi amat penting terutama ketika perlawanan.komunikasi antara ahli kumpulan amat penting untuk mewujudkan kerjasama yang baik. Seterusnya ialah kemahiran kerja kumpulan.Kemahiran ini dapat dipraktikan ketika mengendalikan perlawanan bola tampar antara kumpulan UPM. Semua kumpulan telah diberikan tugas masing-masing sepanjang perlawanan berlangsung dan setiap ahli kumpulan bekerjasama supaya tugas dapat diselesaikan dengan cemerlang. Kumpulan kami telah diberi tugas dibahagian Keselamatan dan teknikal. Ahli kumpulan kami yang tidak terlibat dalam perlawanan sentiasa bersedia jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan yang tidak dijangka.
    Nilai seterusnya ialah keusahawanan. Elemen ini tidak dipraktikan secara langsung dalam aktiviti kokurikulum tetapi elemen ini dapat dilihat ketika perlawanan bola tampar antara kumpulan diadakan terdapat segelintir pelajar yang mengambil peluang untuk berniaga air.
    Seterusnya ialah kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. kemahiran ini dapat saya praktikan ketika dalam perlawanan. Kemahiran berfikir penting untuk membantu kita memenangi sesebuah perlawanan dengan berfikir taktik-taktik yang sesuai yang boleh digunakan untuk mengelirukan pihak lawan.
    Elemen seterusnya ialah pembelajaran seumur hidup. Semua teknik-teknik dalam bola tampar dapat dipraktikan walaupun tidak mengambil kursus ini lagi dan dijadikan sebagai kemahiran tambahan.
    Akhir sekali ialah kemahiran etika dan moral. Dalam perlawanan bola tampar terdapat etika dan protokol yang harus dipatuhi. Selain itu Mejar Jasmy juga sentiasa menekan nilai-nilai yang perlu ada dalam diri setiap pelajar contohnya ketepatan dan penyusunan masa. Jika masa dapat di atur dengan sebaik mungkin ini dapat membanu kita mencapai kejayaan. Mejar juga pernah mengatakan bahawa untuk menjadi seorang atlit yang cemerlang kita bukan sahaja memerlukan kemahiran tetapi ketepatan masa dan juga disiplin yang tinggi.

    ReplyDelete
  4. Bagi Kemahiran Insaniah yang pertama, kemahiran komunikasi diberikan penekanan kerana ini adalah penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan tepat.Sebagai contoh, ketika fasilitator atau wakil pelajar menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat.Selain itu, komunikasi juga berlaku sewaktu sesi pembentangan di mana berlakunya perbincangan dalam kumpulan , bertukar pendapat , bertanya kan soalan dan sebagainya.
    Kemahiran kerja berpasukan mampu untuk melakukan banyak perkara dalam masa yang singkat.Contohnya, apabila ia melibatkan beberapa orang ahli dalam sesuatu kumpulan, seperti dalam aktiviti pembentangan kemahiran insaniah dan AJK yang terlibat dalam menganjurkan pertandingan.Bukan itu sahaja , malah ketika aktiviti sukaneka yang mana kerja berpasukan memainkan peranan dan akan terselah sekiranya kumpulan tersebut berjaya.
    Pembelajaran sepanjang hayat dan berterusan adalah perlu dan melibatkan usaha dalam memperolah ilmu pengetahuan yang baru.Aktiviti kokurikulum ini adalah pembelajaran yang dipelajari melalui pengalaman.Sebagai contoh teknik- teknik yang diajar boleh dilaksanakan dengan jayanya , dengan mempraktikkan ilmu yang telah diajar dan dapat bermain dengan baik pada masa hadapan.
    Seterusnya ialah kemahiran kepimpinan.Setiap pelajar haruslah mempraktiskan elemen kepimpinan itu di dalam diri ,bagi memimpin diri sendiri ataupun kepada orang lain.Dan ini dapat dilihat apabila terlibat dan bertanggungjawab terhadap tugas atau AJK yang telah ditetapkan.
    Pemikiran kritis membolehkan seorang pelajar itu berfikir secara rasional dan sedar, seperti memberikan idea dan pandangan sendiri. Justeru, ini dapat membuka minda pelajar dan menjadi lebih yakin dalam menangani masalah serta jelas dalam melihat sesuatu fenomena.Contohnya sewaktu menganjurkan pertandingan.
    Dalam kokurikulum ini, kami tidak menekankan kemahiran keusahawanan tetapi lebih menumpukan hanya kepada enam kemahiran insaniah .
    Akhir sekali ialah Etika dan Nilai Profesional iaitu perwatakan, dan keperibadian individu.Contohnya disiplin terhadap diri dengan hadir tepat pada masanya, tekun menimba ilmu pengetahuan, dan ikhlas pada diri sendiri. Dan ini dapat dilihat sewaktu program simulasi, dimana R1 agak kurang yakin dan mudah dipengaruhi oleh orang sekeliling.

    NURUL IZZATY BINTI ZAABA
    152105

    ReplyDelete
  5. Tujuan utama Kemahiran Insaniah (KI)diterapkan dalam Ko-kurikulun Berkredit (KKB) bukan hanya untuk memperkenalkan ketujuh-tujuh elemen yang terdapat dalam KI tersebut malahan ia lebih kepada menanam elemen-elemen tersebut dalam diri para pelajar. Pendedahan pelajar terhadap KI dipercayai mampu melahirkan golongan pelajar yang memiliki modal insan dan juga bersifat insan kamil.
    KI yang pertama merupakan kemahiran komunikasi. Komunikasi dapat ditafsirkan sebagai perpindahan maklumat daripada penyampai kepada penerima tanpa berlaku sebarang penambahan dan pengurangan kepada maklumat asal. Kemahiran ini amat penting kerana, ia bukan hanya memperlihatkan kebolehan seseorang itu berinteraksi dengan pihak yang lain, namun ia turut memaparkan kebijaksaan ilmu pengetahuan seseorang itu dalam mengingati bait-bait maklumat tanpa mengubah kandungan asalnya. Menerusi pertemuan melalui aktiviti bola tampar, kemahiran berkomunikasi telah dipertengah sejak pertemuan pertama lagi apabila pelajar diberi tugasan untuk membentangkan elemen-elemen KI secara berkumpulan. Tanpa kemahiran komunikasi, mustahil para pelajar dapat menyiapkan tugasan pembentangan itu dengan jayanya.
    KI yang kedua yang dapat diutarakan adalah kemahiran kerja berpasukan. Kemahiran ini akan memberikan peluang kepada para pelajar melakukan banyak perkara dalam jangka masa yang singkat. Tambahan pula, melalui kemahiran ini, hasil yang akan dicapai sudah pasti lebih baik dan berkualiti. Kemahiran ini turut dicerminkan melalui pertemuan bola tampar apabila setiap kali sebelum sebarang perlawanan berlansung, contohnya pertemuan diantara kumpulan 6 UPM dengan kumpulan kokurikulum dari UKM, para pelajar kumpulan 6 akan memulakan aktiviti memanaskan badan bersama-sama. Justeru itu, semangat kerja berpasukan telah dipamerkan menerusi tindakan ini. Tambahan pula, apabila sesetengah daripada ahli kumpulan 6 sedang beraksi di gelanggang, ahli kumpulan 6 yang lain tidak akan putus memberikan kata-kata semangat dan dorongan.
    Seterusnya, KI ke 3 yang diperkenalkan dalam modul KKB adalah pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran ini akan berterusan dalam usaha mengajar pelajar berdikari dan sentiasa memperolehi ilmu pengetahuan yang baru. Jika dilihat menerusi pertemuan-pertemuan bola tampar kumpulan 6, kemahiran ini dapat diungkapkan menerusi pembelajaran pelajar dalam menguruskan sesuatu perlawanan. Kumpulan 6 telah diberikan kepercayaan penganjuran perlawanan persahabatan dengan pihak UKM. Menerusi pengalaman tersebut, maka tidak mustahil bagi para pelajar kumpulan 6 untuk mempratikkan ilmu yang sedia ada tentang penganjuran sesuatu perlawanan pada masa hadapan kelak.
    Diikuti dengan KI yang ke 4 iaitu kemahiran kepimpinan. Secara umumnya, pelajar akan menjadi seorang pemimpin bagi masyarakat pelajar yang lain ataupun kepada dirinya sendiri. Pada pendapat saya, contoh yang terbaik dalam kemahiran ini, dapat saya lihat menerusi kesungguhan rakan saya, Arashi dalam menjalankan tugasnya sewaktu pertemuan minggu simulasi. Arashi telah diberikan tugas sebagai pengurus pasukan wanita dan dia telah menjalankan tugas tersebut dengan baik sekali kerana perhatian yang diberikan bukan hanya kepada hal-hal yang penting malahan turut terhadap hal-hal yang remeh seperti penjagaan barangan peribadi pelajar yang bertanding.
    Selain itu, pemikiran kritis merupakan KI yang ke 5 diantara 7 KI dimana kemahiran ini menekankan bukan sahaja kebijaksanaan seseorang malahan cara pelajar tersebut berfikir. Menerusi pertemuan bola tampar, pelajar dapat menyulam kemahiran ini menerusi pemikiran mereka tentang bagaimana menguasai cara 'digging' yang betul. Ini disebabkan, cara pergerakkan tangan akan mempengaruhi

    ReplyDelete
  6. Sambungan..
    lambungan bola setelah di 'digging'. Jika pelajar berjaya memikirkan cara yang betul, yakni tangan perlu diluruskan dan kaki dibengkokkan, maka tidak mustahil 'digging' tersebut akan menjadi dan bola akn melambung mengikut arah yang kita mahu. Apa yang penting pelajar hendaklah menggunakan akal dalam menguasai teknik 'digging' yang betul.
    Kemahiran keusahawanan juga tersenarai sebagai KI yang ke 6. Sebab utama kemahiran ini wujud adalah untuk mengajar pelajar agar berani mengambil risiko jika menceburi bidang keusahawanan kelak. Namun yang demikian, tidak banyak yang dapat dirungkaikan menerusi pertemuan bola tampar melalui kemahiran ini melainkan faktor mengambil risiko. Dalam permainan bola tampar, pelajar perlu berani mengambil risiko dengan sebarang kemungkinan yang terjadi. Situasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila pelajar berusaha mengambil bola dengan berkata 'let go'. Apabila 'let go'diungkapkan, pelajar boleh dikatakan mengambil risiko sama ada berjaya atau tidak mengambil bola tersebut. Walaubagaimanapun, risiko ini mampu menanamkan semangat yakin diri dalam diri setiap pelajar.
    KI yang terakhir adalah etika dan nilai profesional. Kemahiran ini amat penting dalam kehidupan seharian setiap pelajar kerana ia mencerminkan keperibadian seorang pelajar juga melahirkan pelajar yang berdisiplin. Ia seringkali ditonjolkan dalam pertemuan bola tampar apabila sesuatu perlawanan berlangsung. Pelajar perlu bijak mengawal emosi ketika bertanding dan bersikap profesional walaupun mengalami kekalahan. Contohnya, walaupun kumpulan 6 bagi wanita kalah dalam pertemuan semi-final, namun para pemain masih lagi berjabat tangan dengan pihak lawan setelah perlawanan selesai. Ini memberi peluang untuk memaparkan KI yang terakhir dalam keperibadian para pelajar.
    Ketujuh-tujuh KI adalah amat penting untuk dipratikkan dalam diri setiap pelajar dalam usaha membentuk keperibadian yang penuh dengan modal insan. Iktisarnya, usaha memperkenalkan KI dalam modul KKB merupakan langkah yang amat bijak dalam mendekatkan elemen-elemen KI dengan mahasiswa universiti dan patut diteruskan.
    Sekian.
    Syafinas Azam, 151924

    ReplyDelete
  7. Sepanjang 14 minggu komponen sukan bola tampar, QKS2120 kumpulan 6 ini berlangsung, terdapat tujuh kemahiran insaniah yang diperoleh. Kemahiran insaniah yang pertama ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran ini dapat ditunjukkan pada awal minggu perjumpaan dimana setiap ahli kumpulan harus membentangkan tajuk yang diperoleh. Dalam perbentangan tersebut, setiap ahli kumpulan diberikan tajuk iaitu menerangkan setiap satu kemahiran insaniah. Kumpulan saya memperoleh tajuk “Kemahiran Komunikasi”. Kumpulan saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kemahiran tersebut. Aktiviti seperti ini dapat meningkat lagi kemahiran komunikasi setiap pelajar. Selain itu, terdapat juga perbentangan mengenai pengurusan sebuah pertandingan. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, terdapat banyak lagi aktiviti yang menyumbang kepada meningkatkan kemahiran komunikasi dalam setiap diri seseorang mahasiswa dan mahasiswi.
    Kemahiran kedua ialah kemahiran kerja berpasukan. Kemahiran ini dapat ditunjukkan oleh setiap pelajar dalam aktiviti pertandingan antara kumpulan yang berlangsung di gelanggang bola tampar Kolej Ketujuh(KOSASS) di mana semasa perlawanan berlangsung, sebuah pasukan harus bekerjasama dan harus mempunyai kerja berpasukan yang tinggi. Semasa perlawanan berlanggung, pemain tidak harus bersikap negatif sebaliknya haruslah sentiasa memberi rakan semangat untuk meneruskan perlawanan. Ia juga merupakan kunci kejayaan sebuah pasukan itu menempa kejayaan.
    Pembelajaran sepanjang hayat adalah kemahiran insaniah yang ketiga yang diperolah. Sebagai contoh kemahiran ini diperoleh ialah semasa perlawanan antara pelajar kokurikulum bola tampar Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) diadakan. Perlawanan ini adalah bertujuan untuk memdedahkan kepada para pelajar mengenai protokol semasa perlawanan berlangsung. Mejar Jasmy juga ada menerangkan serba sedikit mengenai sejarah permainan bola tampar, ukuran gelanggang dan sebagainya. Saya boleh mengamalkan segala pembelajaran yang diperoleh sepanjang hayat saya.
    Seterusnya ialah kemahiran kepimpinan. Kemahiran kepimpinan jelas ditonjolkan dalam aktiviti ini. Terdapat pelajar dilantik menjadi ketua kumpulan 6 bola tampar iaitu Pakee, Kavin sebagai pengurus pasukan lelaki dan juga Arasyi sebagai pengurus pasukan perempuan. Kepimpinan yang ditonjolkan menyebabkan semua ahli kumpulan memberi kerjasama yang sewajarnya. Semasa pertandingan antara kumpulan bola tampar yang diadakan pada 20/03/2010, saya juga telah dilantik menjadi ketua pasukan bola tampar bagi pasukan perempuan (A3) manakala Freska adalah ketua kumpulan untuk pasukan perempuan (C3). Dengan ini, kemahiran kepimpinan dapat ditingkatkan.
    Kemahiran yang kelima ialah pemikiran kritis. Pemikiran krisis amat penting terutama semasa perlawanan berlangsung. Setiap pemain harus pantas memikirkan strategi untuk mengurus permainan supaya bergerak lancar dan tidak timbul sebarang masalah.


    Kemudian, etika dan nilai professional adalah kemahiran insaniah yang keenam. Dalam kemahiran ini, nilai dan etika amat penting dan harus diamalkan sepanjang hayat, sebagai contoh, pengurusan masa iaitu sentiasa datang awal setiap kali perjumpaan diadakan. Selain itu, sikap tidak hadir ke aktiviti tanpa alasan yang munasabah juga patut dielakkan.
    Akhir sekali ialah kemahiran keusahawanan. Kemahiran ini kurang ditekankan dalam komponen sukan ini. Tetapi, kemahiran ini juga dapat dilihat daripada persiapan perlawanan antara UPM dan UKM iaitu semasa membeli minuman dan hadiah pemenang. Setiap ahli berkongsi duit sama rata untuk membeli segala kelengkapan tersebut. Oleh itu, saya sebagai mahasiswi haruskan mengamalkan kesemua kemahiran insaniah ini untuk membantu saya mencapai kejayaan kelak.
    Sekian,terima kasih.
    Nama : Nurul Husna Binti Miswon
    No.Matrik : 152316

    ReplyDelete
  8. Dalam kokurikulum berkredit selama 14 minggu ini, terdapat tujuh kemahiran insaniah yang dapat dipelajari, iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran seumur hidup, kemahiran kepimpinan, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kemahiran keusahawanan serta etika dan nilai profesional. Kemahiran pertama ialah kemahiran berkomunikasi. Semasa pembentangan kumpulan, kumpulan saya mendapat tajuk kemahiran berkomunikasi dan saya dapat memahami dengan lebih lanjut mengenai kemahiran ini. komunikasi terbahagi kepada lisan dan bukan lisan. Berkomunikasi secara lisan bermaksud di mana kami berkomunikasi secara pertuturan kata. Sebagai contoh, semasa kami membuat perbincangan dalam kumpulan semasa membuat persediaan untuk pembentangan tajuk kemahiran dan pembentangan untuk tugas-tugas ahli jawatankuasa untuk perlawanan, ahli kumpulan akan menggunakan tutur kata untuk berkomunikasi. Bagi komunikasi bukan lisan pula, contoh adalah riak muka, bahasa badan atau perbuatan. Sebagai contoh, semasa perlawanan antara kumpulan, pemain-pemain akan bertepuk tangan sebagai tanda sokongan.

    Kemahiran yang kedua ialah kemahiran kerja berpasukan.Semasa menjalankan aktiviti sepanjang kokurikulum berkredit ini, saya dapat mempelajari banyak kemahiran yang berkaitan dengan kerja berpasukan. Sebagai contoh, semasa membuat pembentangan dalam pasukan pada perjumpaan minggu kedua, saya dengan ahli pasukan yang lain telah bersama-sama membincangkan tajuk yang diberikan iaitu tajuk "kemahiran berkomunikasi". Semasa perbincangan ini, kami berkerja sebagai satu pasukan di mana ada yang mengeluarkan idea, ada yang bertugas untuk mencatat dan ada yang memberi pendapat. Selain itu, semasa mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari UKM, kami juga dapat mempelajari tentang kemahiran ini. Bagaimana hebatnya seorang pemain, pasukan itu tidak akan menang tanpa semangat berpasukan semasa perlawanan tersebut. Kemahiran ini dapat dipelajari dengan jelas dan baik terutamanya semasa permainan sukan seperti perlawanan bola tampar.

    Kemahiran yang ketiga yang dapat saya pelajari sepanjang kokurikulum berkredit ini ialah kemahiran kepimpinan. Walaupun semasa pertandingan antara kumpulan dalam UPM dan perlawanan persahabatan dengan pasukan UKM saya tidak menjadi ketua, tetapi saya masih dapat mempelajari kemahiran ini melalui rakan saya yang dipilih untuk menjadi ketua. Sebagai contoh, kumpulan kami iaitu kumpulan 6 diketuai oleh Pakee. Dia menjalankan tugasnya dengan baik dan memimpin kami semasa perlawanan antara kumpulan. Kami akan bersedia mendengar arahannya. Selain Pakee, Fresca juga merupakan seorang pemimpin yang baik di mana dia mengetuai pasukan perempuan semasa perlawanan. Tanpa seorang pemimpin atau ketua yang baik, pasukan itu akan menjadi huru-hara. Pengurus pasukan perempuan juga menunjukkan contoh kepimpinan yang baik. Dia akan menguruskan segala urusan dan memberi arahan dan nasihat sebelum dan semasa perlawanan dijalankan.

    ReplyDelete
  9. sambungan....
    Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran keusahawanan. Kemahiran ini tidak banyak ditekan dalam kursus ini. Walau bagaimanapun, semasa perlawanan persahabatan dengan pasukan dari UKM diadakan, setiap ahli berkongsi duit untuk membuat persiapan. Contohnya, minuman telah disediakan oleh kami semasa perlawanan persahabatan dengan UKM. Selain itu, pada hari perlawanan dengan kumpulan lain, kami juga berkongsi duit untuk makanan, minuman dan hadiah bagi hari tersebut. Kemahiran insaniah ini adalah penting memandangkan saya akan melibatkan diri dalam masa depan.

    Kemahiran yang seterusnya ialah pemikiran kritis. Kemahiran ini banyak menekankan pemikiran dan penyelesaian masalah.Kemahiran ini banyak memerlukan kemahiran kognitif dan kemahiran untuk mengenal pasti, menganalisasi, menilai, dan seterusnya membuat keputusan yang bijak. Kemahiran ini banyak dipraktikkan semasa hari perlawanan dengan kumpulan lain di luar kolej. Pada hari tersebut, kami harus menyelesaikan masalah sendiri. Segala situasi harus diuruskan dengan bijak termasuk pendaftaran dan semasa perlawanan dijalankan. Timothy yang telah menjadi 'jurulatih' pasukan telah memainkan peranannya dengan baik. Dengan ini, kami dapat mengetahui keadaan lawan dengan jelas. Walaupun kami telah kalah dalam beberapa perlawanan, namun saya masih berasa bangga kerana kami mampu menguruskan segala situasi dengan sendiri. Pada hari perlawanan tersebut, kami menghadapi banyak situasi. Contohnya, pasukan lawan yang handal melemahkan semngat pasukan kami. Kami yang tidak turut serta dalam perlawanan memberi sokongan kepada mereka bagi menaikkan semangat mereka. Kemahiran ini juga penting kerana kami akan menghadapi pelbagai cabaran yang memerlukan penyelesaian segera sama ada pada masa kini sebagai mahasiswi atau pada masa hadapan.

    Selain itu, kemahiran insaniah 'etika dan nilai' juga banyak ditekankan dalam kursus ini. Dalam kemahiran ini, disiplin merupakan salah satu istilah yang penting. Disiplin merupakan salah satu aspek yang akan mempengaruhi diri dan masyarakat. Sebagai contoh, pengurusan masa. Masa merupakan sesuatu yang penting dalam segala aktiviti yang dijalankan. Saya mengetahui bahawa masa adalah penting kerana jika kami tidak menepati masa, aktiviti itu mungkin akan terganggu. Sebagai contoh, semasa perlawanan dengan kumpulan lain, kumpulan yang tidak menepati masa telah menyebabkan perlawanan pada hari tersebut dimulakan lewat. Selain itu, saya juga dapat mempelajari bahawa etika dalam perlawanan juga penting. Contohnya, amanah. Setiap perlawanan harus dijalankan dengan adil. Kemahiran ini juga merupakan satu kemahiran yang penting kerana kemahiran ini merupakan tanggungjawab sendiri dan juga kepada masyarakat.

    Kemahiran yang akhir sekali ialah pembelajaran seumur hidup. Kursus ini merupakan kursus yang baru bagi saya. Saya tidak pernah mempelajari kemahiran bola tampar. Melalui pengajaran secara teori dan praktikal, saya dapat mengetahui teknik-teknik yang diperlukan semasa permainan. Kemahiran yang dipelajari sepanjang kursus ini dan pengalaman semasa perlawanan merupakan pembelajaran sepanjang hayat kerana ia merupakan sesuatu yang tidak akan dirampas. Saya boleh mencetus dalam bidang sukan dengan kemahiran yang dipelajari. Secara ringkasnya, ilmu dan pengalaman yang didapati akan berguna kepada saya memandangkan ia tidak akan dirampas.

    Sekian, terima kasih
    Nama: Lee Hua Wen
    NO. Matrik: 153192

    ReplyDelete
  10. Melalui pengalaman saya mengambil koko berkredit selama satu semesta, terdapat banyak nilai-nilai kemahiran insaniah yang telah diterapkan. Antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis dan etika dan nilai profesional. Pada perjumpaan pertama, Major Jasmy telah memberi pendedahan dan penekanan yang jitu berkaitan dengan kemahiran insaniah kepada para pelajar.
    Pada perjumpaan pada minggu yang pertama, para pelajar telah diminta untuk membuat pembentangan tentang nilai-nilai yang terdapat dalam kemahiran insaniah. Melalui aktiviti tersebut nilai kemahiran berkomunikasi telah ditonjolkan oleh para pelajar. Para pelajar telah membentangkan dengan baik dan ternyata kemahiran berkomunikasi bukanlah satu masalah bagi para pelajar. Selain itu, Major Jasmy juga telah mengadakan sekali lagi aktiviti pembentangan berkaitan dengan tugas-tugas ahli jawatankuasa (ajk) yang utama dalam mengendalikan sesuatu perlawanan bola tampar. Seterusnya, pada hari terakhir perjumpaan, Major Jasmy telah memanggil seorang demi seorang pelajar dan mengadakan sesi soal jawab berkaitan dengan nilai-nilai kemahiran insaniah yang diperoleh semasa hari asimilasi bola tampar tersebut. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, para pelajar telah menunjukkan bahawa mereka telah menguasai nilai tersebut kerana mereka bercakap dengan dengan lancar dan berkomunikasi dengan baik sekali.
    Nilai seterusnya ialah kemahiran kerja berpasukan. Nilai ini boleh dilihat ketika para pelajar berkumpul pada setiap kali perjumpaan. Hal ini kerana Major sentiasa memberi arahan kepada kami untuk berkumpul dalam barisan bertiga-tiga dan beliau telah memberi sedikit arahan kawad asas. Malah, para pelajar juga sangat prihatin kepada kumpulan kerana mereka sentiasa membantu ahli-ahli kumpulan yang lain. Contohnya, semasa mengadakan aktiviti ‘serve’, para pelajar yang pandai membantu para pelajar yang tidak boleh melakukan ‘serve’ dengan baik. Tambahan lagi, semasa hari asimilasi, kumpulan bola tampar lelaki dan perempuan sangat bersemangat waja semasa bertanding. Nilai kerja berpasukan juga telah ditonjolkan pada hari kejadian.
    Nurul Aida Binti Muhamad(153346) Sambungan…

    ReplyDelete
  11. Sambungan…
    Bagi nilai pembelajaran sepanjang hayat pula, para pelajar telah memperolehya pada setiap kali perjumpaan. Hal ini kerana pada setiap kali perjumpaan, Major sentiasa mendedahkan kami dengan berita-berita terkini yang terdapat di dalam dan luar negara. Terdapat masej-masej yang tertentu telah di sampaikan oleh Major Jasmy dan ternyata apa yang di sampaikan oleh Major Jasmy sentisa melekat dalam pemikiran kami, para pelajarnya. Selain itu, melalui permainan bola tampar ini juga terdapat banyak aspek-aspek penting yang telah dipelajari. Antaranya ialah cara-cara melakukan ‘servis’ dan ‘digging’ dengan betul. Malah, Major juga telah memdedahkan kami dengan cara-cara mengurus sesuatu perlawanan bola tampar dengan teratur. Di samping itu juga, Major telah menerangkan kepada kami berkaitan dengan syarat-syarat yang terdaat dalam permainan bola tampar seperti terdapat R1, R2, penjaga markah, penjaga ‘line, dan sebagainya. Oleh itu, melalui aktiviti-aktiviti tersebut banyak input yang diperoleh dan ia mat amat berguna pada hari-hari yang mendatang.
    Para pelajar juga telah menonjolkan nilai kepimpinan pada hari asimilasi tersebut. Wakil pelajar telah dipilih bagi menguruskan pada pelajar yang lain semasa ketiadaan Major pada hari kejadian. Ternyata beliau telah melakukan kerja dengan baik. Selain itu, semasa hari kejadian juga, para pelajar telah menunjukkan nilai pemikiran kritis. Hal ini kerana, para pemain bola tampar, lelaki dan perempuan telah merancang strategi sebelum berlawan dengan pihak lawan. Selain itu, semasa hari perlawanan antara pasukan bola tampar UPM dan UKM, para pelajar telah bijak menguruskan hari perlawanan dengan baik. Tugas-tugas telah diagihkan kepada para pelajar agar perlawanan berlangsung dengan lancar. Bagi nilai terakhir iaitu etika dan nilai professional, para pelajar telah mempraktikkan dengan baik. Contohnya, pada setiap kali perjumpaan, para pelajar perlu mementingkan ketepatan masa. Malahan, pada hari asimilasi tersebut para pelajar telah berjaya sampai di tempat perlawanan sebelum acara bermula. Hal ini menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai etika dan nilai professional yang tinggi.
    Nurul Aida Binti Muhamad (153346)

    ReplyDelete
  12. Merungkai tujuh kemahiran insaniah yang dipelajari dan yang telah diaplikasi secara langsung ataupun tidak langsung, banyak aspek kemahiran insaniah yang telah dipraktikkan. Contoh pertama adalah kemahiran komunikasi. Kemahiran ini saya kira paling jelas dan ketara memandangkan dari kemahiran ini juga, banyak matlamat program tercapai. Antara contoh yang paling dekat adalah sewaktu merangka perlawanan antara kumpulan koko di mana tanpa komunikasi yang baik, program tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Misalannya sewaktu mencari ahli kumpulan bagi mewakili pemain wanita, setiap individu memberikan idea dan saranan bagaimana mahu membentuk pasukan yang terbaik. Etika komunikasi jelas dipraktikkan antara lain adalah sewaktu individu lain bercakap, ahli kumpulan yang lain mendengar dengan baik tanpa mencelah dan hanya benar-benar mencelah apabila dirasakan perlu.
    Seterusnya adalah kemahiran kerja berpasukan. Kemahiran insaniah ini banyak dipraktikkan lebih-lebih lagi sewaktu bermain. Sewaktu perlawanan antara kumpulan koko, pasukan wanita yang sedang berlawan banyak mengaplikasikan kerja berpasukan sehingga akhirnya berjaya ke peringkat separuh akhir. Contoh lain adalah sewaktu perlawanan persahabatan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana setiap orang berusaha mencari mop dan penyapu atau apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai bagi membersihkan gelanggang yang basah kerana hujan. Beberapa orang pelajar yang lain pula dilihat menyusun kerusi dan meja di tepi gelanggang. Aspek kemahiran insaniah ini antara aspek yang penting juga kerana tanpa kerja berpasukan, perlawanan persahabatan yang lalu tidak akan dapat berjalan dengan lancar.
    Kemahiran insaniah yang ketiga adalah pemikiran kritis. Dalam menilai aspek ini, contoh terbaik adalah sewaktu pembentangan kerja berkumpulan. Setiap pelajar diminta bertanyakan soalan dan memikirkan apakah kekurangan yang memerlukan nilai tambah dalam setiap pembentangan. Di sini, kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan keburukan sesuatu idea dilihat mampu menjadi teras dalam membina pemikiran kritis pelajar.
    Kemahiran insaniah yang lain disusuli pula dengan kemahiran kepimpinan. Sewaktu diberi peluang memegang jawatan sebagai pengurus pasukan wanita, banyak kesilapan dan perkara yang perlu diperbaiki dari aspek pengurusan pemain. Antaranya yang jelas adalah kegagalan menyediakan jersi untuk pemain. Saya sedar akan kesilapan ini dari awal tetapi tidak berusaha untuk mengatasinya. Akan tetapi, dari sudut lain, saya berjaya memastikan setiap perlawanan berjalan lancar tanpa ada kecelaruan dan kekeliruan.
    Untuk berbincang tentang aspek seterusnya yakni kemahiran keusahawanan, aspek ini tidak dapat dipraktikkan dengan baik. Ini mungkin disebabkan perbezaan masa antara setiap pelajar selain kami belum lagi dapat membina keberanian, semangat, komitmen selain tidak mengenalpasti peluang yang ada. Walau bagaimanapun, sewaktu hari terakhir perlawanan antara kumpulan koko dalam peringkat separuh akhir, saya belajar sesuatu dari kumpulan koko lain yang mengambil peluang menjadi usahawan. Dagangan mereka ringkas. Sekadar beberapa katon air 100 plus sahaja dan saya lihat jualan mereka boleh dikira menguntungkan memandangkan cuaca sangat panas pada hari itu. Situasi ini membuatkan saya terfikir bahawa peluang ada di mana-mana, cuma tinggal untuk kita membuat pilihan sama ada mahu mengambil peluang ataupun tidak.
    Nur Arasyi Binti Yahaya(153421) Sambungan..

    ReplyDelete
  13. Sambungan...
    Kemahiran Insaniah yang keenam adalah etika dan nilai profesional. Sebenarnya, sepanjang aktiviti kokurikulum, etika dan nilai profesional menjadi sandaran kredibiliti seseorang individu. Ini termasuklah dari aspek pengurusan masa, cara berpakaian dan cara berkomunikasi dengan baik.
    Standard ini terlebih lagi dipraktikkan sewaktu di dalam gelanggang di mana para pemain bermain mengikut prosedur dan peraturan tanpa sebarang kompromi.
    Akhir sekali adalah pembelajaran sepanjang hayat. Apa yang boleh diulas, pembelajaran sepanjang hayat merupakan rangkuman kepada segala kemahiran insaniah yang telah dipraktikkan. Dari tatacara bagaimana mahu memimpin, bagaimana mahu berkomunikasi dengan baik, bagaimana mahu bekerja dalam kumpulan hinggalah pemikiran kkritis adalah solidariti yang mencerminkan seseorang individu itu telah berjaya menerap nilai-nilai kemahiran insaniah atau belum. Pada sudut peribadi, pembelajaran sepanjang hayat yang paling penting yang saya pelajari adalah cara pengurusan masa yang baik. Ibarat kata pepatah, masa adalah emas. Rugilah orang yang membiarkannya tertanam tanpa mahu berusaha memeliharnya dengan baik. Saya sedar, setiap individu yang berjaya adalah mereka yang sentiasa menghargai masa dan menjadikan masa timbalan berharga yang tiada nilainya.
    Sebagai kesimpulan, aktiviti kokurikulum mampu memberi nilai tambah kepada para pelajar sebagai persediaan untuk bergraduasi kelak. Maka, usaha memupuk nilai kemahiran insaniah ini wajarlah diteruskan sebagai usaha melahirkan graduan yang mapan dan berdaya saing.
    NAMA : NUR ARASYI BINTI YAHAYA
    NOMBOR MATRIK : 153421

    ReplyDelete
  14. Bismillahirrahmanirrahim..

    Saya sebenarnya telah membuat satu pilihan yang tepat dengan memilih QKS2120 kumpulan 6 sebagai subjek kokurikulum. Kelas yang diadakan sepanjang 14 minggu ini, sebenarnya telah berjaya menerapkan tujuh kemahiran insaniah yang menjadi tunjang penghasilan pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademiknya bahkan meningkatkan tahap modal insan dalam diri pelajar.
    Pada pendapat saya, kemahiran insaniah yang paling memberi impak positif dalam diri saya adalah kemahiran kerja berpasukan.Kemahiran ini sememangnya penting dalam sukan bola tampar kerana kerjasama dalam kumpulan dapat memberi semangat untuk berjuang dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan kumpulan tersebut.Sokongan antara satu sama lain membina satu kumpulan yang kental dan tidah mudah menjulang panji putih.Kemahiran kerja berpasukan ini telah diterapkan ketika fasilitator kami,Mejar Jasmy kebiasaannya akan membuat aktiviti dalam kumpulan dari awal perjumpaan. Mejar Jasmy juga dalam masa yang sama menerangkan kepada kami semua tentang pentingnya semangat berpasukan.
    Kemahiran insaniah yang tidak kurang hebat impaknya bagi saya adalah kemahiran berkomunikasi.Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan komunikasi antara satu sama lain.Komunikasi penting untuk memperoleh sebarang ilmu dan maklumat.Bahkan dalam perlawanan juga, komunikasi itu sangat penting kerana apabila adanya komunikasi tercetusnya kerjasama.Jika tiada komunikasi,pasti tiada kesepakatan.Kemahiran ini banyak diaplikasi ketika pembentangan.Hal ini kerana, pembentangan memerlukan seseorang itu berkomunikasi dengan baik supaya penonton lebih mudah memahami.Para pelajar juga digalakkan untuk menyuarakan persoalan-persoalan yang bermain di ruang fikiran mereka terutamanya mengenai sukan bola tampar ini.
    Seterusnya, kemahiran kepimpinan turut ditekankan.Kemahiran ini terserlah dalam diri setiap pelajar namun yang membezakannya adalah sama ada untuk menonjolkannya atau tidak.Bergantung kepada keberanian seseorang itu. Kemahiran kepimpinan ini dapat dilihat menerusi Pakeeyaraj sebagai ketua kumpulan kami.Pakee berjaya memimpin kami semua dan pandai mengendalikan hal-hal mengenai pengurusan.Selain Pakee, Arasyi juga mempunyai sifat kepimpinan apabila menguruskan kumpulan bola tampar wanita.Manakala dalam kumpulan pula, Husna dan Freska turut menjadi ketua dan memberi arahan kepada ahli yang lain dengan hemahnya....sambungan..

    ReplyDelete
  15. ...Kemahiran yang keempat adalah pemikiran secara kritis.Sewaktu perlawanan, berfikir secara kritis amat penting terutamanya untuk mencipta srategi yang akan membuahkan hasil. Di samping itu,berfikir secara kritis juga penting ketika berlawan dengan pasukan yang gemar menjatuhkan pasukan lain. hal ini kerana, apa yang kita fikir sebenarnya mengawal tindak-tanduk diri kita. Sekiranya pihak lawan benar-benar berjaya 'psiko', dan kita pula tidak berjaya mengatasinya, sudah pasti kita akan kecundang.
    Kemahiran insaniah yang seterusnya adalah pembelajaran sepanjang hayat.Kemahiran ini kita dapat lihat perlunya seseorang itu terus belajar supaya tidak ketinggalan.Proses pembelajaran itu tidak akan berhenti selagi masih hidup.Untuk mengekalkan kemahiran bola tampar, kami sentiasa turun bermain bola tampar dan cuba memperbaiki setiap kesilapan yang dilakukan.
    Seterusnya,etika dan nilai profesional juga menjadi salah satu KI. Mejar Jasmy banyak mengajar saya dan rakan-rakan mengenai pentingnya etika dan nilai profesional.Kemahiran ini dapat mendisiplinkan diri dan beretika apabila terlibat dalam majlis-majlis rasmi. Nilai yang paling diterapkan adalah pengurusan masa.Pengurusan masa yang baik dapat memuaskan hati semua pihak.Sepanjang perjumpaan memang terdapat pelajar yang datang lewat.Hal ini sepatutnya dielakkan kerana sikap datang lewat menunjukkan tahap sikap dan komitmen seseorang itu.
    Kemahiran insaniah yang terakhir adalah kemahiran keushawanan.Kemahiran ini sememanyanya kurang diberi penekanan kerana subjek ini lebih menjurus kepada kesukanan.Namun, saya mendapati walaupun kesukan yang ditekankan, terdapat juga pelajar-pelajar yang bijak mengambil peluang yang ada dengan mengadakan jualan di tempat perlawanan Cuaca yang panas pada hari kejadian pastinya menguntungkan para penjual.Kemahiran ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan para pelajar yang produktif,inovatif dan proaktif.

    Akhir kata, ketujuh-tujuh kemahiran insaniah memang wajar dan sangat diterapkan kepada pelajar.Namun terpulang ke atas setiap individu untuk menilainya.
    Wassalam


    <153982>
    ;]

    ReplyDelete
  16. Kemahiran Insaniah atau ‘soft skills’ merupakan kemahiran yang selain daripada kognitif atau kemahiran teknikal. Kemahiran Insaniah merangkumi aspek generik yang biasa akan kami gunakan dalam kehiduapan khasnya dalam kokurikulum QKS2120 BOLA TAMPAR ini. Kemahiran insaniah adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global pada masa ini, apatah lagi dengan proses perkembangan teknologi yang bergitu pantas. Oleh itu, terdapat 7 elemen kemahiran insaniah yang dapat saya belajari dalam komponen Bola Tampar ini selama 14 minggu.
    Antara kemahiran insaniah yang pertama adalah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi ini berkaitan dengan kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan atau bertulis. Sebagai contohnya, ketua kumpulan iaitu Pakee, dapat menyampaikan informasi-informasi penting kepada kami dengan jelas. Manakala, saya sebagai ahli kumpulan, saya telah belajar mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas apabila perlu.
    Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah salah satu kemahiran insaniah yang dapat saya belajari. Saya dapat berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasi pemahaman dan pengetahuan kepada masalah yang saya hadapi. Misalnya, dalam pembentangan kemahiran insaniah pada jumpaan kedua, saya dapat berfikir dan berkongsi idea saya dengan rakan-rakan dalam membuat lakonan pembentangan tajuk kami.
    Selain itu,kemahiran kerja berpasukan juga penting dalam elemen kemahiran insaniah. Kemahiran kerja berpasukan ini melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosio-budaya, kursus yang diikuti dan kaum yang berbeza untuk mencapai matlamat yang sama. Sebagai contohnya, semua ahli kumpulan memberi kerjasama dalam menjayakan ‘friendly match’ dengan UKM. Semua orang tolong melengkapkan gelanggan bola tampar untuk pertandingan tersebut.
    Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru. Dalam komponen Bola Tampar ini, saya dapat belajar teknik-teknik yang betul dalam permainan bola tampar. Permainan ini merupakan satu permainan yang baru kepada saya tetapi setelah saya mengikuti komponen Bola Tampar ini, saya mendapat tahu apa itu sebenar bola tampar.
    Kemahiran keusahawanan melibatkan kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan dengan perniagaan dan pekerjaan. Dalam pertandingan inter-kumpulan bola tampar, terdapat pelajar-pelajar yang menjual air minuman sejuk. Ini menunjukkan mereka dapat mengenal pasti peluang perniagaan dan inilah salah satu yang harus saya belajari.
    Etika dan moral profesional juga penting dalam mengamalkan ‘standard’ moral yang tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial. Hal ini amatlah penting terutamanya dalam pertandingan. Pemain-pemain kami menpunyai kemahiran insaniah ini kerana walaupun mereka kalah dalam pertandingan, mereka masih beretika berjabat tangan dengan pemain-pemain lain.
    Akhir sekali, kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti dan kebolehan untuk memimpin sesuatu projek. Dalam komponen Bola Tampar ini, saya dapat memahami bukannya senang untuk menjadi seorang ketua atau pemimpin kerana kepimpinan itulah melibatkan tugas dan tanggungjawab yang sangat berat dan penting. Tetapi, saya berasa kami harus berlajar dan memahirkannya dengan baik kerana kami akan memimpin orang lain sekiranya tidak ingin dipimpin oleh orang lain. Kami juga adlah pemimpin bagi kami sendiri.
    Rumusanya, saya dapat berlajar ketujuh-tujuk elemen kemahiran insaniah ini dengan baiknya dalam komponen Bola Tampar ini. Secara keseluruhannya, saya dapat banyak kemahiran dalam teknikal memain bola tampar dan kemahiran insaniah.
    Sekian, terima ksaih.

    Lim See Meng (152622)

    ReplyDelete
  17. Saya berasa amat bangga dan gembira kerana dapat menyelesaikan latihan bola tampar selama 14 minggu ini. Dalam 14 minggu ini, saya telah bukan sahaja dapat mempelajari tentang teknik-teknik bermain bola tampar seperti servis, digging, setting dan spike,tetapi juga dapat saya mempelajari mengenai kemahiran insaniah ataupun yang dikatakan sebagai "soft skills".
    Antara kemahiran insaniah yang dapat saya pelajari ialah kemahiran berkomunikasi. Pakee yang bertugas sebagai ketua pasukan kami telah menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna kepada kami dan memberi teguran dan nasihat kepada kami. Kami juga bersedia untuk mendengar dan sentiasa berunding sesama ahli kumpulan sebelum bertindak. Selain itu, kemahiran kerja berpasukan juga dapat saya pelajari. Menerusi latihan bola tampar pada kali ini, hubungan baik antara pelbagai kaum telah diadakan untuk mewujudkan objektif kumpulan.Contohnya semasa pertandingan dengan pasukan UKM, ahli-ahli kumpulan telah mempraktikkan semangat berpasukan dalam persediaan peralatan dan gelanggang. Kami juga membincang dalam kumpulan secara harmoni sebelum pembentangan dibuat.
    Salah satu kemahiran insaniah yang telah kami pelajari ialah pembelajaran sepanjang hayat. Setiap ahli kumpulan mempunyai semangat yang tinggi dan bermotivasi untuk belajar sesuatu yang baru kepada mereka, misalnya belajar tentang tugas-tugas pengadil, line judge dan scorer. Selain itu, kemahiran kepimpinan juga dapat dilihat. Pakee sebagai ketua pasukan kami telah menunjukkan sifat kepimpinannya dalam mengarahkan ahli-ahli kumpulan supaya menjalankan tugas dengan secepat mungkin. Dia mampu memberi kepercayaan kepada semua ahli kumpulan dan sentiasa menjadi contoh dan teladan kepada kami.
    Pemikiran kritis merupakan KI yang dapat dilihat dalam latihan 14 minggu ini. pemikiran kritis adalah penting bagi kami untuk menyelesaikan masalah. Semasa perlawanan dengan pasukan lain pada 27 Mac,semua pemain mampu berfikir tentang strategi yang sesuai untuk menewaskan mereka. Merka mampu memilih pilihan yang terbaik sebagai penyelesaian. KI yang seterusnya ialah kemahiran keusahawanan. Sifat-sifat keusahawanan kami dapat dilihat semasa perlawanan dengan kumpulan lain. Kami telah berkongsi wang untuk membeli hamper dan juga minuman bagi perlawanan ini.
    Kemahiran Insaniah yang terakhir adalah etika dan nilai professional.Antara ciri profesional yang ada pada kumpulan kami ialah dari segi pengurusan masa. Setiap ahli kumpulan dikehandaki oleh Mejar Jasmy supaya sentiasa berkumpul pada masa yang tepat. Ahli kumpulan yang lewat akan dikenakan hukuman untuk memberi amaran kepada mereka. Hal ini menyebabkab saya memahami kepentingan masa dan sentiasa bersedia dan komited kepada tugasan yang ingin dilakukan.
    Kesimpulannya dalam latihan bola tampar yang diadakan pada 14 minggu ini, saya bukan sahaja menjadi seorang yang tahu mengenai teknik-teknik bermain bola tampar, tetapi saya juga menjadi seorsang yang lebih baik dari segi keperibadian hasil daripada penerapan nilai-nilai KI dalam diri saya. Saya amat menghargai semua ahli kumpulan dan juga Mejar Jasmy yang tidak jemu untuk menegur kesalahan kami dan memberi nasihat kepada kami. Terima kasih .

    ReplyDelete
  18. Melalui program kokurikulum berkredit Bola Tampar ini memang banyak kemahiran insaniah dan pengalaman baru yang telah dapat saya pelajari.Kalau dibandingkan dengan kursus kokurikulum saya semester lepas,Bakti Sisiwa,kursus semester ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga bagi saya.Ini kerana komponen perlawanan merupakan satu komponen yang saya kurang tahu sebelum ini.
    Kemahiran yang saya dapat asah ialah Kemahiran Kepimpinan.Sebagai seorang ketua kumpulan,saya telah berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana saya terpaksa berurusan dengan pelajar-pelajar di fakulti yang lain yang agak jauh dari fakulti saya.Urusan menempah bilik serta menyebarkan maklumat sesama ahli kumpulan agak mencabar bagi saya.Bagi saya seorang pemimpin harus bijak untuk menandatangani situasi yang diberi.Saya telah meminta pertolongan dengan beberapa ahli kumpulan untuk membantu saya dalam situasi –situasi yang mencabar.Saya amat berterima kasih dengan Salleh,Azfar,Arasyi dan Ong ‘Onlyone’ kerana amat membantu saya .Saya telah belajar kemahiran kepimpinan dalam situasi yang agak berbeza iaitu dengan menganjurkan perlawanan dengan pemain Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM.Saya dapat memperoleh banyak pengalaman membina menerusi perlawanan tersebut.Seterusnya sebagai seorang pegurus pasukan saya juga telah belajar banyak perkara.Dalam dua sesi perlawanan yang telah diadakan, kepentingan seorang pengurus yang baik telah dapat saya pelajari secara praktikal.
    Kemahiran yang kedua ialah Kemahiran Komunikasi.Bagi pendapat saya kemahiran ini amatlah penting dan harus dikuasai oleh generasi masa kini kerana kemahiran komunikasi dan berinteraksi ialah aset untuk berjaya pada dalam dunia pekerjaan yang memerlukan daya saing yang tinggi.Setiap ahli kumpulan kami telah berpeluang mengasah kemahiran komunikasi mereka menerusi kursus ini.Setiap miggu kami telah bekerja dalam kumpulan serta membuat perbentangan di hadapan semua.Selain itu,ahli-ahli kumpulan ini juga terlibat dalam perlawanan di mana mereka berkomunikasi dengan ahli pasukan mereka,pasukan lawan,pengadil,pengurus serta juru latih mereka.Tanpa komunikasi yang baik,sesuatu pasukan yang baik tidak akan dapat dibina.Pasukan wanita yang telah berjaya ke peringkat separuh akhir menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik.

    ReplyDelete
  19. Kemahiran yang ketiga ialah Kemahiran Kerja Kumpulan.Kemahiran ini tidak kurang pentingya juga kalau dilihat dari segi setiap organisasi yang berjaya mempunyai satu pasukan di mana ahlinya boleh bekerja bersama dengan baik.Kemahiran kerja kumpulan amat penting terutamanya dalam satu pasukan pemain di mana mereka harus bekerjasama dalam menjayakan sesuatu strategi dengan efektif.Kerja berpasukan dapat dilihat setiap kali kami membentangkan tentang aspek kemahiran insaniah ataupun tentang aspek bola tampar.Peranan setiap ahli semasa perlawanan iaitu sebagai aeorang pengurus,juru latih,pemain,pemain simpanan, penyokong,pengadil,pemberi markah,orang keselamatan,orang teknikal serta lain-lain menunjukkan kehebatan kerjasama dalam sesuatu pasukan .Saya rasa semangat dan kerjasama antara ahli-ahli kumpulan ini telah menjadikan kursus ini suatu pengalaman yang manis.
    Kemahiran yang keempat ialah keusahawanan.Dengan melihat kumpulan lain semasa hari perlawanan yang telah mengambil kesempatan untuk menjual air minuman yang bagi saya merupakan satu idea untuk mengaut keuntungan yang amat bijak.Kumpulan kami tidak terfikir yang kami boleh mempraktikan kemahiran keusahawanan melalui cara yang mudah ini.Walaupun demikian saya berpegang kepada kepercayaan kita sebagai manusia,belajar bukan sahaja daripda kesilapan kita tetapi kejayaan orang lain.Itulah cara yang harus kita pratikkan untuk memperbaiki diri kita.
    Kemahiran seterusnya ialah kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.Satu contoh yang amat menonjol ialah membuat strategi.Kemahiran ini amatlah penting untuk menjana strategi yang boleh menentukan kejayaan pasukan tersebut.Kemahiran ini diguna pakai semasa memilih pemain-pemain untuk setiap pasukan.Bagi saya kemahiran ini amat penting kerana ia telah membantu saya menyelesaikan segala cabaran yang telah saya tempuhi sebagai seorang ketua kumpulan serta pengurus pasukan lelaki.Setiap perbincangan yang telah kami lakukan dalam kumpulan juga telah mencergaskan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah kami.
    Kemahiran yang keenam ialah pembelajaran sepanjang hayat.Ilmu setting,serving,digging dan spiking yang telah diajar oleh Mejar Jasmy akan saya hargai sepanjang hayat.Tujuan saya memilih kursus ini adalah untuk mempelajari ilmu yang baru.Melalui kursus ini saya dapat bermain bola tampar .Pada masa yang akan dating saya akan terus bermain permainan ini untuk mengasah kemahiran saya agar dapat bermain dengan baik.Ilmu peraturan dan cara mengadili sesuatu perlawanan bola tampar juga menguatkan kemahiran bola tampar yang bukan ramai yang ada.Ilmu ini membuatkan saya lebih menghargai permainan bola tampar ini.
    Kemahiran yang terakhir ialah Etika dan Nilai Professional.Semasa kelas kami,Mejar sentiasa menekankan tentang ketepatan masa dan pengurusan diri.Kata-katanya membuatkan saya berfikir dan mula berubah dengan lebih bertanggungjawab dalam mengurus diri saya dengan baik.Selain itu,dalam setiap perlawanan,etika perlawanan perlulah ada seperti sikap jujur,semangat berlawan yang positif dan juga tanggungjawab melaksanakan tugas merupakan antara contoh dimana kemahiran ini telah kami peroleh.Kemahiran ini dapat memebentuk keperibadian diri yang positif.Setiap ahli kumpulan kami telah mengalami perubahan dari segi ketepatan mereka serta mereka tidak memonteng kelas tanpa sebab yang munasabah.Disiplin yang tinggi yang ditunjukan oleh pasukan yang bermain semasa perlawanan menunjukkan yang kami sekumpulan mementingkan nilai-nilai professional dan etika yang harus dipratikkan terutamanya semasa kami mula berkerja kelak.Nilai-nilai yang dibelajar haruslah diguna pakai dalam semua situasi yang dihadapi.
    Sebagai kesimpulan,kursus ini telah berjaya memupuk ketujuh-tujuh kemahiran ini sedikit sebanyak ,secara langsung dan tidak langsung dalam diri kami.Komitmen dan semangat yang ditonjolkan oleh Mejar sebagai penuju hala telah menjadi satu contoh yang baik untuk menjadikan kami golongan mahasiswa yang berdaya saing,beretika,berkaliber serta bersemangat.

    Pakeeyaraj Nagalingam (153274)

    ReplyDelete
  20. Melalui aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang telah dijalankan menerusi pertemuan sebanyak 14 kali ini, terdapat 7 elemen kemahiran insaniah telah dapat saya belajari. Bagi Kemahiran Insaniah yang pertama, iaitu, kemahiran komunikasi telah saya praktikan samasa aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar ini dijalankan. Contohnya, saya telah membuat perbincangan dengan ahli kumpulan saya semasa kami telah diberi tugasan untuk membentangkan tajuk kemahiran insaniah pelajar yang tetah ditetapkan oleh Mejar Jasmy. Semasa membuat perbincangan,saya bersedia untuk mendengar idea-idea yang telah disampai oleh ahli kumpulan saya. Di samping itu, kami juga sama-sama memberi pendapat masing-masing untuk menyumbang idea-idea bagi tugasan itu. Kami telah berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun terdapat pelbagai kaum seperti india, cina dan melayu.
    Kemahiran Insaniah yang kedua ialah kemahiran kerja berpasukan. Semasa mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan dari upm dangan pasukan dari UKM, kami semua telah memainkan peranan masing-masing untuk memastikan aktiviti ini dapat diuruskan dan dijalankan dengan lancarnya. Kami semua telah bekerjasama untuk mengangkat kerusi ke gelanggan dan seterusnya mengaturkannya di tempat yang ditetapkan oleh Mejar Jasmy untuk sebagai persiapan gelanggan ini. Melalui kemahiran ini, kami telah boleh melakukan sesuatu kerja itu dalam masa yang singkat. Justeru, kemahiran ini telah kami praktikan melalui aktiviti ini.
    Kemahiran yang ketiga ialah pembelajaran sepanjang hayat. Saya telah mengambil kursus bola tampar ini pada semester ini kerana saya tidak pernah bermain bola tampar. Sepanjang kelas bola tampar yang dijalankan, saya telah memperoleh banyak pengetahuan yang tidak dipelajari pada masa dahulu. Contohnya, sekarang saya sudah tahu teknik-teknik main bola tampar yang diajar oleh Mejar Jasmy. Kemahiran itu juga membolehkan saya bermain bola tampar dengan kawan saya pada hari kemudian.
    Kemahiran Insaniah yang keempat ialah kemahiran kepimpinan. Pakee merupakan seorang pemimpin yang bagus. Contohnya dia telah menjalankan tugasnya dengan baik dan memimpin kami semasa perlawanan persahabatan antara pasukan kami dengan pasukan UKM. Selain itu, semasa pertandingan bola tampar, pengurus kami telah menunjukan sifat kepimpinan yang baik dengan menguruskan segala urusan sepanjang pertandingan in berlangsung. Selain itu, Fresca juga telah mununjukan sifat kepimpinannya. Dia telah mengaturkan strategi-strategi tertentu sebagai contohnya, sesetengah ahli kumpulan telah diutamakan untuk membuat servis untuk memastikan kumpukan kami tidak dikalahkan oleh pesaing lain.
    Kemahiran yang kelima ialah pemikiran kritis. Contohnya, pada hari pertandingan itu, Timothy telah membuat kaji mengenai keadaan pihak lawan dengan jelas dan telah membaca segala peraturan yang telah ditetapkan supaya kami tidak melanggar peraturan dan menyebabkan kehilangan point kami. Ini telah menunjukan dia telah dapat mengurus situasi pada hari pertandingan itu dengan baiknya.
    Kemahiran yang keenam ialah kemahiran keusahawanan. Walaupun kemahiran ini kurang dipraktikan, tetapi kami boleh melihat kemahiran ini telah ditunjukan oleh penaja-penaja yang menjual minuman sejuk pada hari pertandingan bola tampar itu. Mereka telah memilih masa dan tempat yang sesuai untuk menjalankan perniagaan mereka kerana aktiviti ini telah dijalankan pada hari yang sangat panas dan pastinya kebanyakan orang akan membeli minuman sejuk daripada mereka.
    Kemahiran yang ketujuh ialah etika dan nilai profesional. Contohnya, Mejar Jasmy telah menekankan kepentingan menepati masa untuk apa-apa aktiviti sahaja seperti menghadiri kuliah, aktiviti dan sebagainya. Contohnya, kami telah pergi ke tempat pertandingan bola tampar sebelum pertandingan itu dimulakan. Kami telah memanaskan badan dengan membuat latihan seperti teknik servis, digging dan lain-lain kerana kami mempunyai masa yang mencukupi.
    Nama: Yap Sheau Ying
    No. Matrik: 153169

    ReplyDelete
  21. Sepanjang tempoh 14 minggu ini, saya telah banyak mempelajari kemahiran insaniah melalui aktiviti bola tampar ini. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang mampu menjadikan pelajar lebih marketable dan meningkatkan keyakinan diri dalam menempuh alam pekerjaan pada masa nanti.
    Kemahiran pertama yang dapat saya pelajari ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran ini penting dalam kumpulan. Contohnya ,apabila diberi tugasan pembentangan kemahiran insaniah, kami telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Melalui tugasan tersebut, setiap ahli dapat mengeluarkan buah fikiran mereka dan mempunyai kesediaan untuk mendengar pendapat ahli-ahli lain untuk menyempurnakan tugasan kami.
    Kemahiran yang kedua iaitu kemahiran kerja berpasukan. Sebagai contohnya, semasa perlawanan persahabatan antara UKM dan UPM, sebelum perlawanan dimulakan, kami melakukan tanggungjawab yang telah diberikan awal masing-masing. Dengan adanya kerjasama kami semua, perlawanan dapat dijalankan dengan lancar. Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran kepimpinan. Dalam sesuatu kumpulan, pemimpin merupakan watak utama yang memainkan peranan yang utama. Contohnya, kemahiran ini dapat dilihatkan daripada ketua kami, Pakee. Semasa perlawanan persahabatan. Pada hari tersebut, dia dapat melakukan kerja dan tanggungjawab yang diberikan oleh mejar dengan penuh komitmen. Dia juga dapat menangani pelbagai masalah dan situasi dengan baik dan berkesan.
    Kemahiran yang seterusnya ialah pemikiran kritis. Pemikiran kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meliti kebernasan, kebaikan dan keburujan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Sebagai contohnya, mejar telah mengajarkan prinsip ‘swot’ yang terdiri daripada strength,weakness,opportunity and track. Sebagai seorang mahasiswa yang kritis, kami haruslah dilengkapi dengan pemikiran yang tajam iaitu memandangkan sesuatu dengan dua percepsi. Aktiviti kokurikulum ini telah meningkatkan kemahiran berfikir saya.
    Kemahiran yang kelima ialah kemahiran keusahawanan. Kemahiran ini merupakan kemahiran pengurusan aktif sebagai satu pendekatan yang berdasarkan kepada situasi dalam perniagaan iaitu mempengaruhi seseorang secara positif dengan menggalakkan mereka mencungkil potensi yang ada pada diri sendiri. Contohnya, semasa hari perlawanan antara kumpulan,terdapat pelajar yang menjual air dan telah menarik ramai pelanggan memandangkan cuaca pada hari tersebut amat panas.
    Etika dan nilai professional merupakan kemahiran yang keenam iaitu prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu dan sebagai standard tingkah laku. Contohnya, dalam pertandingan antara kumpulan,walaupu kumpulan kami telah kalah dalam pertandingan tersebut , mereka tetap bermain dengan bersungguh –sungguh dan tidak pernah berputus asa.
    Kemahiran yang ketujuh iaitu pembelajaran sepanjang hayat merupakan kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai bidang. Melalui akitiviti bola tempoh dalam sepanjang tempoh 14 minggu ini, saya telah banyak belajar teknik-teknik bermain bola tampar dan pengalaman yang baru.
    Nama: Ong Lee Wan
    No Matrik : 154724

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Walaupun tempoh 14 minggu ini amat pendenk dan saya tidak dapat menguasai sepenuhnya kesemua teknik-tenik bermain bola tampar tetapi saya telah mempelajari cara untuk mengadakan satu pertandingan bola tampar yang benar-benar. Selain itu, saya juga mempelajari dan mempraktikan beberapa kemahiran insaniah yang berguna apabila saya berada dalam alam pekerjaan pada masa akan datang. Antara kemahiran insaniah yang boleh diterapkan melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum ialah:
    1. kepimpinan
    Dalam satu pasukan, pemimpin adalah sangat penting. Kemahiran kepimpinan mungkin tidak ada pada semua orang tetapi kami juga boleh mempelajari kemahiran ini daripada ahli-ahli kumpulan yang lain. Dalam kumpulan kami Pakee merupakan ketua. Dia telah memimpin kami semua dalam mengadakan pertandingan dengan UKM dan dia telah menguruskan hal-hal am seperti kewangan kumpulan kami dengan baik. Dia memang seorang pemimpin yang baik dengan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mempunyai kemahiran berkomunikasi, bertanggungjawab dan seorang yang peramah. Fresca juga menunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin dalam perlawanan dengan pasukan lain. Di mana Fresca telah mengetuai pasukan perempuan kumpulan kami dan dia menyedari tanggungjawab dia sebagai pemimpin juga.
    2. komunikasi
    Dalam aktiviti kokurikulum berkredit, saya mendapati bahawa Kemahiran komunikasi yang berkesan antara ahli kumpulan semasa pertandingan amat penting mahupun dalam aktiviti sukan. Ini disebabkan semasa pertandingan bola tampar, mungkin ahli-ahli pasukan akan berebut untuk “receive”(menyambut) bola tersebut atau sebaliknya ahli-ahli pasukan merasa ahli pasukan lain akan menyambut bola tersebut. Oleh itu, komunikasi diperlukan. Sekiranya salah seorang ahli kumpulan ingin menyambut bola tersebut ahli kumpulan tersebut dikehendaki berkata “let go”. Kemahiran komunikasi juga dipraktikan apabila kami diberi tugasan oleh Mejar. Dalam perbincangan tugasan-tugasan, setiap ahli kumpulan boleh memberi pandangan dan idea sendiri. Secara keseluruhannya, komunikasi yang berkesan amat penting supaya maklumat boleh disampaikan kepada penerima tanpa berlakunya perselisihan faham. Saya juga berasa amat gembira kerana penyertaan kokurikulum ini telah memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar daripada kursus yang lain seperti kursus veterinar, sainsperubatan selain daripada pelajar yang sama kursus dengan saya. Dari situlah menjalinya hubungan persahabatan antara ahli-ahli kumpulan 6 Bola Tampar.
    3. kerja kumpulan
    Seterusnya, kemahiran kerja berpasukan dipraktikan semasa kami dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan oleh Mejar. Kerja berpasukan ini telah memberi peluang kepada kami untuk bertukar-tukar pandangan dan idea serta setiasa berfikir dalam perbincangan dalam kumpulan. Kemahiran kerja berpasukan amat penting dan jelas ditunjukkan semasa pertandingan dengan UKM atau dengan kumpulan-kumpulan bola tampar yang lain. Samada dalam membuat persediaan untuk pertandingan atau semasa pertandingan setiap ahli kumpulan telah diberi tugas-tugas tertentu, iaitu ada yang menjadi pemain, ada yang menjadi penyokong, ada yang menyediakan makanan dan sebagainya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab tersendiri tetapi telah bekerja secara berpasukan untuk menyemburnakan pertandingan.

    ReplyDelete
  27. 4. keusahawanan
    Kokurikulum ini kurang menekan tentang kemahiran keusahawanan tetapi perlawanan dengan UKM telah memberi peluang kepada AJK makanan dan AJK cenderamata untuk mempraktikan kemahiran tersebut. Semua ahli kumpulan boleh memperlihat bagaimanakah mereka mengendali hal-hal kewangan dan mempelajari daripada itu. Dalam itu, AJK makanan dan AJK cenderamata dikehendaki membuat perancangan yang terapi tentang apa yang hendak diberi dan resit-resit perlu di simpan dengan terapi.

    5. Pembelajaran Seumur Hidup
    Sebelum menyertai kokurikulum bola tampar, saya tidak pernah bermain bola tampar dan tidak mempunyai pengetahuan tentang bola tampar juga. Tetapi dalam kokurikulum ini, saya telah diberi peluang untuk mempelajari bukan sahaja teknik-teknik untuk bermain bola tampar yang betul tetapi saya juga mempelajari cara untuk mengadakan pertandingan bola tampar. Setiap kelas bola tampar adalah sesuatu yang baru kepada saya kerana dalam setiap kelas saya telah mempelajari dan memperolehi pengetahuan yang baru. Pembelajaran juga bukan sahaja terhad semasa berada dalam kelas bola tampar, tetapi kami juga diberi tahu oleh Mejar bahawa kami boleh memperoleh lagi banyak maklumat terkini dan maklumat lanjut di laman web.
    6. Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
    Pemikiran yang kritis amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam pertandingan bola tampar, saya mendapati bahawa pemain yang hebat bukan sahaja perlu mempunyai teknik-teknik bermain bola tampar yang betul tetapi pemain perlu memilik keupayaan untuk memikir dengan kritis. Ini disebabkan semasa pertandingan, berbagai-bagai situasi yang di luar jangkaan akan berlaku dan memerlukan pemain untuk memikirkan cara-cara penyelesaian dengan segera. Dengan adanya pemikiran kritis pemain boleh memikirkan strategi-strategi melemahkan pihak lawan. Contohnya, semasa perlawanan persahabatan dengan UKM bagi pasukan perempuan. Pada mulanya markah pasukan perempuan kumpulan kami jauh berbeza dengan pasukan perempuan UKM. Tetapi selepas strategi diaplikasikan iaitu menukar salah seorang pemain, ini telah melemahkan semangat pasukan lawan dan pasukan perempuan kumpulan kami hampir menang pihak lawan pada akhir perlawanan.
    7. Etika dan nilai
    Etika terutamanya berdisiplin adalah amat penting dalam menentu kejayaan satu pasukan. Selain itu, Mejar juga ada menekan tentang kepentingan ketepataan masa. Pada hari perlawanan dengan pasukan daripada kumpulan lain, kesemua ahli kumpulan kami boleh tiba ditempat pertanding dengan pada masa yang tepat. Di samping itu, nilai professional tinggi juga perlu ada pada diri pemain. Sekiranya pasukan telah kalah kepada pihak pada set pertama, pasukan seharusnya tidak boleh putus asa. Pemain juga perlu menghormati dan menerima segala keputusan daripada R1, R2 atau penjaga garis kerana keputusan mereka adalah adil. Semangat nilai professional memang boleh diperhatikan di kumpulan kami apabila bertanding dengan pasukan daripada UKM. Walaupun pasukan lelaki dan pasukan perempuan kalah pada set pertama tetapi pemain masih menunjukkan semangat mereka dan walaupun pada akhir pertandingan pasukan UKM tetap menang tetapi kumpulan kami tidak berasa tidak berpuas hati atua tidak gembira. Ini disebabkan ahli-ahli kumpulan kami semuanya memahami bahawa objektif utama perlawanan ini bukan untuk menunjukkan kehebatan tetapi untuk menjalin hubungan persahabatan antara kumpulan dan memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan pengambaran tentang pertandingan bola tampar yang sebenar.

    no matrik: 152157
    Nama: LEE SIEW SIEW

    ReplyDelete
  28. Selama 14 minggu menjalankan kegiatan kokurikulum bola tampar, saya bukan sahaja telah mendekati diri dengan banyak pengalaman yang baru seperti mempelajari kemahiran yang betul untuk bermain bola tampar serta berpeluang mengenali rakan-rakan daripada kursus yang berlainan, saya juga dapat mempelajari kemahiran insaniah yang juga dikenali sebagai ‘soft skills’. Terdapat tujuh elemen kemahiran insaniah yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran keusahawanan, etika dan nilai dan kemahiran kepimpinan.
    Kemahiran insaniah yang dapat saya pelajari ialah kemahiran komunikasi. Dengan membabitkan diri dalam kokurikulum ini, saya mendapati bahawa kemahiran komunikasi seseorang itu amat mustahak dalam melancarkan suatu program. Dengan komunikasi yang berkesan, kami akan mempunyai peluang pekerjaan yang cerah apabila bergraduat nanti. Antara elemen-elemen yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi ialah kesediaan untuk mendengar, kesediaan untuk member teguran dan kesedin untuk merendahkan diri. Kemahiran ini dapat jelas ditonjolkan ketika ketua pasukan memberi teguran kepada kami. Kami juga bersedia untuk menerima teguran dan menyuarakan idea yang bernas. Bukan sahaja itu, apabila pembentangan dijalankan, semua ahli kumpulan bersedia bercampur dengan orang lain dan menggunakan bahasa badan demi menyampaikan maklumat dengan lebih jelas.
    Selain itu, kemahiran insaniah yang kedua iaitu kemahiran kerja berpasukan telah membolehkan kami senantiasa melakukan banyak perkara dalam tempoh masa yang singkat. Kaedah ini mampu melatih minda dan pemikiran kami untuk berfikir dan bertukar-tukar pandangan. Sebagai contoh, semasa perlawanan persahabatan bersama pasukan dari UKM diadakan, ahli-ahli pasukan telah jelas menunjukkan kemahiran berpasukan. Dengan semangat yang tinggi, mereka membincangkan strategi yang baik untuk menjayakan perlawanan itu.
    Kemahiran insaniah yang seterusnya ialah pembelajaran sepanjang hayat. Kaedah pembelajaran ini melibatkan penglibatan, penjelajahan, penerangan, penghuraian dan penilaian. Sebagai contoh, ahli-ahli kumpulan amat berminat untuk mengetahui dan mempelajari ilmu pengetahuan yang baru daripada mejar dari semasa ke semasa. Bagi kebanyakan kami, bola tampar merupakan sesuatu yang baru dan minat yang tinggi telah ditanamkan.
    Di samping itu, saya didedahkan dengan kemahiran kepimpinan. Sebagai contoh, Pakee yang merupakan ketua pasukan sentiasa melakukan tanggung jawab dengan baik serta mampu menangani pelbagai masalah dengan berkesan. Ketika mejar tidak hadir, dia juga mampu membuat keputusan setelah berfikir dengan baik.
    Kemahiran insaniah yang kelima ialah pemikiran kritis yang berkemampuan menonjolkan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda seseorang itu untuk mengeluarkan pendapat. Semasa perlawanan di luar kolej pada 27 Mac,semua pemain berusaha berfikir tentang strategi yang sesuai untuk menewaskan pasukan lain. Merka mampu membuat pilihan yang terbaik sebagai jalan penyelesaian. Yang seterusnya ialah kemahiran keusahawanan. Kemahiran ini boleh dinampak ketika perlawanan persahabatn dengan kumpulan UKM dijalankan. Kedua-dua pasukan telah berkongsi duit untuk membeli hamper yang diperlukan. Pasukan kami juga menyediakan minuman dan segala persiapan.
    Akhir sekali ialah etika dan nilai profesional. Etika yang bermanfaat telah saya pelajari dan amalkan dalam kehidupan seharian. Salah satu nilai professional yang berguna ialah pengurusan masa. Setiap kali, Mejar Jasmy akan memastikan kami menjalankan sesuatu aktiviti dalam masa yang ditetapkan. Lama-kelamaan, saya pun telah menyemaikan nilai yang baik ini.
    Sekian, terima kasih
    Nama:Tan Zei Kee
    No matrik: 155020

    ReplyDelete
  29. Melalui program kokurikulum berkredit Bola Tampar ini memang banyak kemahiran insaniah dan pengalaman baru yang telah dapat saya pelajari. Program kokurikulum Bola Tampar merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan minat aktiviti fisikal jika berbanding kursus kokurikulum yang telah saya mengambil iaitu Pengurusan Pentas. Pengurusan Pentas dapat mengajar saya kemahiran mengurus pentas, tetapi ini semua hanya diajar dalam nota ringkas diberi. Saya tidak berpeluang mempraktikan pengurusan pentas dalam aktiviti harian. Keadaan ini amat berbeza dengan Bola Tampar disebabkan selepas kelas kokurikulum, kumpulan kami sentiasa berlatih semasa waktu lapang dan Bola Tampar telah menjadikan sukan harian kami.
    Melalui aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang telah dijalankan menerusi pertemuan sebanyak 14 kali ini, terdapat 7 elemen kemahiran insaniah telah dapat saya belajari. Bagi Kemahiran Insaniah yang pertama, iaitu, kemahiran komunikasi telah saya praktikan samasa aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar ini dijalankan. Komunikasi ialah pemindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang, kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu. Kegunaannya adalah untuk memberi idea/cadangan, contohnya, masa kami membentangakn kemahiran insaniah, setiap ahli kumpulan member idea dan cadangan dalam pembentangan suapaya kandungannya menjadi lebih menarik sperti berlakon. Selain itu, kemahiran komunikasi membolehkan kami menyampaikan maklumat secara jelas kepada sesuatu pihak. Sebagai contohnya, Mejar Jasmy mengunakan slide show untuk menerangkan cara-cara dan langkah-langkah latihan Bola Tampar, maklumat seperti diging dan serving disampaikan dengan jelas kerana video ditambahkan.
    Kemahiran Insaniah yang kedua ialah kemahiran kerja berpasukan. kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan. Kumpulan ini dianggotai oleh mereka yang berada dalam hirarki yang sama tetapi berbeza dalam bidang kepakaran atau kemahiran. Semua ahli dikumpulkan untuk menyertai pertandingan Bola Tampar inter kumpulan. Kumpulan kami terdiri daripada ahli yang sangat hebat dan mahir serta ahli lain yang kurang mahir. Bagi setiap anggota kumpulan, cabaran utama ialah memberi kepercayaan dan kesediaan untuk berkongsi kepakaran. Contohnya, Presca sentiasa akan mengajar kami cara latihan yang tepat.
    Salah satu kemahiran insaniah yang telah kami pelajari ialah pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayat bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa. Pembelajaran sepanjang hayat Bola Tampar dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran latihan dan juga pembaikan sahsia diri. Kemahiran diging dan serving bola tampar akan dijadikan pembelajaran sepanjang hayat, dan saya berfikir ingin mengajar kepada adik saya dan menggalakan dia bermain Bola Tampar.

    ReplyDelete
  30. Kemahiran Insaniah yang keempat ialah kemahiran kepimpinan. Pemimpin dalam sebuah pasukan amat penting. Pertama, kami perlu memilih anggota yang sesaui untuk tanggungjawab ini. Pemimpin yang terbaik adalah Pakee. Dia merupakan seorang ketua yang sangat bertanggungjawab. Tugasnya seperti merangka tugas pasukan, membimbing anggota sepasukan,menyelaraskan kerja-kerja dalam pasukan. Bukan mudahnya hendak menjadi seorang pemimpin yang dihormati oleh semua ahli kumpulan. Saya telah belajar sifat kepimpinan dari Pakee dan berharap saya dapat menjadi seorang pemimpin pada aktiviti yang akan datang.
    Kemahiran yang kelima ialah pemikiran kritis. Pemikiran kritis akan memberikan perhatian terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara atau isu yang dibincangkan sebelum memberikan pendapat mereka. Mereka yang mempunyai pemikiran ini juga amat berhati-hati di dalam membuat pilihan kerana mereka tidak mudah mnerima bulat-bulat sesuatu perkara. Para ahli kumpulan adalah kelompok yang terbaik dilatih untuk berfikir kritikal. Sebagai contohnya, masa pertandingan semi final wakil perempuan, Mejar Jasmy berfikir secara kritis dalam memberi nasihat pertandingan itu. Lepas itu, Mejar menukarkan pemain supaya menguatkan pasukan perempuan lagi. Saya menyedar bahawa kami perlu berfikir kritis sebelum mengambil sesuatu keputusan.
    Kemahiran keusahawan merupakan kemahiran yang keenam. Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan. Saya mendapati banyak penjaja berniaga di tempat Karnival Kokurikulum dan perniagaan mereka sangat bagus. Ini disebabkan dia telah memilih masa dan tempat yang sesuai untuk berniaga. Ramai pelajar yang bermain bola di bawah matahari jerik sudi membeli air minuman sejuk untuk megatasi dahaga.
    Kemahiran yang terakhir ialah etika dan nilai profesional. Etika yang bagus telah saya pelajari dan saya akan mempraktikan dalam kehidupan seharian. Salah satu nilai professional yang berguna ialah menepati masa. Mejar Jasmy adalah seorang yang amt menepati masa. Beliau dapat mengurus masa secara manfaat. Kebijaksanaan itu meliputi kemampuan mengatur kegiatan yang dilakukan. Rancang masa amat penting dalam menyusun keperluan aktiviti hidup manusia seperti berehat, bekerja, berkeluarga dan bermasyarakat. Matlamat perancangan adalah melihat setiap kegiatan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan seterusnya bermanfaat dalam kehidupan diri serta insan di sekeliling kita.
    Sekian, terima kasih.
    Nama : POH WAN CHIEN
    No Matrik :152990
    Minta maaf, saya lewat hantar sebab saya menghadiri sebuah perkhemahan dari 2/4/2010 hingga 4/4/2010.

    ReplyDelete