Wednesday, March 24, 2010
HHHS1403 BOLA TAMPAR II SEM 2 2009/2010 - TRANSFORMASI KO-KURIKULUM BERKREDIT (KKB)
Penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum merupakan kesinambungan daripada pembelajaran di dalam kelas atau dewan kuliah. Bezanya di dalam kelas lebih memberi tumpuan kepada aspek teoritikal berbanding aktiviti di luar kelas ke arah praktikal. Bagi melihat kesepaduan kedua-dua aspek tersebut memerlukan suatu penilaian yang berterusan bagi memastikan mahasiswa dan mahasiswi dapat memperolehi hasil pembelajaran (Learning outcomes) yang berkualiti. Justeru itu, dengan pengenalan Ko-Kurikulum Berkredit (KKB) kursus HHHS 1403 Bola Tampar II Sem 2 Sesi 2009/2010 UKM telah mengadakan Hari Simulasi Kejohanan Bola Tampar di Pulau Perhentian, Terengganu dari 20 - 21 Mac 2010 sebagai pelengkap penilaian kursus ini. Berdasarkan semua program yang telah dijalankan bermula dengan persiapan, aktiviti ceramah motivasi, penganjuran pertandingan, kemasyarakatan (jiwa murni), snurkling dan sebagainya, setiap pelajar perlu nyatakan 7 aspek KEMAHIRAN INSANIAH (KI)seperti berikut:-
1. Kepimpinan
2. Komunikasi
3. Kerja kumpulan
4. Keusahawanan
5. Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
6. Pembelajaran Seumur Hidup
7. Etika dan Moral
Sila sertakan contoh (jelaskan) dalam aktiviti yang dijalankan berdasarkan ketujuh-tujuh KI di atas. Tuliskan nama penuh dan no. matrix.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mardhiyah Amirudin
ReplyDeleteA126958
1. Dari segi kepimpinan bagi saya, adalah apabila diberi tanggungjawab sebagai timbalan pengarah program, mesti memastikan bahawa semua ahlijawatankuasa memainkan peranan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberi serta membuat keputusan yang sewajarmya dalam membuat sesuatu perkara.
2. Dari segi komunikasi bagi saya, adalah komunikasi antara pelajar-pelajar ko-k dalam membuat persiapan untuk penganjuran pertandingan dan juga sewaktu program dijalankan. Terdapat beberapa 'miscommunication' yang telah berlaku, termasuk diri saya juga, dimana telah berlaku salah faham antara saya dan juga rakan-rakan yang telah menyebabkan ketidaksempurnaan dalam menjalankan program.
3. Aspek kerja kumpulan pula, adalah semasa pertandingan itu sedang berlaku sendiri dimana kerjasama antara pemain-pemain perlu ada untuk peroleh kemenangan serta kerjasama antara penganjur pertandingan untuk memastikan pertandingan tersebut berjalan dengan lancar.
4. Aspek keusahawanan pula adalah dari segi kreativiti pelajar untuk mencari dana untuk menjalankan simulasi. Pelajar juga harus belajar untuk berjimat-cermat dalam membelanjakan wang yang diberi supaya tidak lari daripada bajet program.
5. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah berlaku sepanjang program diadakan termasuk juga sewaktu persiapan. Pelajar mesti cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah seperti pengangkutan, tempat tinggal dan juga menyediakan tentatif program.
6. Pembelajaran seumur hidup pula adalah dari segi pengalaman dapat menganjurkan sebuah program dimana pelajar bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas masing-masing.
7. Etika dan moral pula lahir daripada komunikasi antara pelajar-pelajar apabila menganjurkan program dimana pelajar dapat belajar tentang protokol dan cara-cara untuk menganjurkan program dengan etika dan moral tertentu.
1. Kepimpinan : Ketika mengadakan sesi latihan Dalam Kumpulan, saya telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator bagi satu kumpulan. Saya juga perlu memberi maklumat kepada pelajar Sekolah Menengah Nasiruddin Shah tentang Universiti Kebangsaan Malaysia.
ReplyDelete2. Komunikasi : Saya sebagai AJK Peralatan perlu berkomunikasi dengan rakan setugas saya iaitu Mohd Izwan. Saya juga perlu berkomunikasi dengan pekerja-pekerja di UKM bagi meminjam peralatan untuk melaksanakan simulasi bola tampar.
3. Kerja kumpulan : Ketika hendak meminjam peralatan, saya dan rakan setugas, Mohd Izwan, bersama-sama pergi ke Pusat Sukan dan Pusat Perkembangan Pelajar bagi meminjam peralatan yang telah disenaraikan.
4. Keusahawanan : Kita perlulah berjimat cermat ketika membeli cenderamata dan tidak membeli barang-barang bukan keperluan.
5. Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah : Disebabkan ada masalah untuk meminjam garisan bola tampar pantai, saya dan rakan setugas, Mohd Izwan telah berbincang dan membuat keputusan untuk mengunakan pita berjalur hitam dan kuning sebagai garisan.
6. Pembelajaran Seumur Hidup : Semangat berpasukan sangatlah penting bagi melaksanakan aktiviti ini. Saya belajar supaya selalu berbincang dengan rakan2 supaya sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan cepat.
7. Etika dan Moral : Kita perlulah meghormati orang-orang yang berada di pulau tersebut dan juga jangan bersifat celupar ketika sedang mandi laut. Ketepatan masa amatlah penting bagi melancarkan aktiviti.
Wan Zakhir B Wan Nazri
A 128446
1. kepimpinan - saya telah menjadi fasi dan menguruskan pelajar-pelajar SMK Nasiruddin Shah. saya telah belajar cara untuk memimpin pelajar-pelajar tersebut sepanjang program berlangsung.
ReplyDelete2. komunikasi - berinteraksi dengan cara yang betul semasa menjadi fasi pelajar-pelajar tersebut. selain itu, saya juga berinteraksi dengan penduduk setempat semasa aktiviti di sana seperti semasa Pertandingan Bola Tampar 1 Malaysia.
3.kerja kumpulan
-menyiapkan kelengkapan pertandingan dan juga gelanggang bola tampar. selain itu, kerja kumpulan juga dapat dilihat semasa kami saling bantu-membantu semasa membawa peralatan ke atas pulau dan juga ke tempat-tempat pertandingan.
4. keusahawanan
-saya telah belajar cara menguruskan kewangan diri sendiri semasa berada di sana. hal ini kerana harga barangan di sana yang mahal. saya perlu berjimat cermat semasa berada di sana.
5.kemahiran berfikir & penyelesaian masalah
-antara masalah yang dihadapi adalah gelanggang yang tidak lengkap. contohnya semasa ingin menggunakan gelanggang sekolah tetapi tiada jaring. kami telah mengambil inisiatif mengambil tiang daripada sekolah itu dan dan menggunakan gelanggang yang berada di sebelah pantai.
6. pembelajaran seumur hidup
-antara perkara baru yang saya belajar adalah semasa aktiviti snorkelling. saya telah belajar cara menyelam dan juga berenang. pengetahuan ini akan dapat membantu saya semasa aktiviti di laut.
7. etika & moral
-kami telah menunjukkan etika semasa di sana. contohnya, semasa pertandingan berlangsung di hadapan VIP. kami juga menjaga adab semasa berada di sana.
Muhammad Fariduddin bin Abdul Rahim, a 128442
1.kepimpinan-menjalankan tugas sebagai ajk pengadilan.membuat keputusan dengan tepat dan tegas.
ReplyDelete2.komunikasi-berpeluang menjadi fasilitator kepada pelajar stpm SMKNS,di sini kami berkomunikasi dengan memberi maklumat tentang UKM mengenai kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di UKM dan juga serba sedikit tentang cara hidup kami di UKM.
3.kerja kumpulan-penganjuran kejohanan bola tampar 1 malayasia.kami membuat persedian dengan masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk mengendalikan kejohanan tersebut seperti ajk pertandingan,pengadilan,kebersihan dan sebagainya.
4.keusahawanan-memandangkan program ini telah menyediakan makanan sepanjang program,kami hanya membawa sedikit wang untuk perbelanjaan kami disan hanya untuk membeli buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan.
5.kemahiran berfikir @ penyelesaian masalah-pada mulanya,kami merancang untuk menjalankan kejohanan itu di sekolah tetapi memandangkan setibanya kami disana mendapati tidak terdapat tiang untuk memasang jaring.jadi kami memindahkan tempat kejohanan di hadapan balai polis mendapati sudah terdapat tiang disana.
6.pembelajaran-aktiviti snorkling.banyak yang dapat dipelajari dalam aktiviti ini antaranya dapat memahirkan car untuk berenang,mngenali spesis-spesis ikan,mengawal diri supaya tidak panik jika berlaku sebarang kecemasan ketika di dalam air.
7.etika dan moral-program ini turut disertai oleh tetemu VIP.oleh itu,kami memastikan etika dan moral kami ketika program berlangsung dapat dikawal untuk menghormati VIP yang turut menyertai program ini.
muhammad safwan bin saadon
A129594
1.Kepimpinan
ReplyDeleteSaya telah diberi tugas menjadi ajk kebersihan. tugas ini menuntut saya bijak membahagi tugas dengan rakan sejawatan.
2.Komunikasi
dalam kemahiran ini, saya berinteraksi dengan rakan sejawatan dengan cara yang betul supaya tugas kami berjalan dengan lancar
3.Kerja kumpulan.
saya bekerjasama dengan rakan sejawatan dalam menjalankan tugas. ada kalanya kami bekerjasama, ada kalanya kami bergilir - gilir dalam melaksanakan tugas.
4.keusahawanan.
barang-barang yang saya sediakan hanya memakan kos yang kecil, jadi saya menggunakan duit sendiri.
5.kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.
kemahiran berfikir ini diperlukan dalam memberi arahan kepada pengguna - pengguna tentang pengurusan selepas barang - barang selesai digunakan
6.Pembelajaran seumur hidup
setelah menjadi ajk kebersihan ini, saya dapat ambil banyak pengajaran yang berguna, saya juga dapat merasai bagaimana perasaan mereka yang selama ini bertugas dalam bidang kebersihan.
7.etika dan moral
islam sangat mementingkan kebersihan dalam kehidupan. perlunya saya menjadi lebih pembersih terhadap diri sendiri, serta alam sekitar.
MUHAMMAD BIN OTHMAN (A 128439)
1. Kepimpinan.
ReplyDeleteMelaui kursus ini, saya telah mendapati bahawa di dalam kursus ini terdapat pelbagai aspek Kemahiran Insaniah antaranya adalah kepimpinan. Aktiviti yang berunsurkan aspek kepimpinan ini contohnya semasa kami melakukan aktiviti berkumpul sebelum menaiki kenderaan untuk bertolak ke Pulau Perhentian. Di sini, ketua kumpulan kami memainkan peranannya memastikan bilangan ahli telah cukup dan peralatan telah siap disediakan serta bersedia untuk bertolak.
2. Komunikasi.
Dalam memastikan segala pengurusan bagi program ini berjalan lancar, komunikasi juga amat perlu. Sepertimana di dalam program ini, kami telah berkumpul untuk berbincang pada minggu sebelum program ini bermula bagi memastikan segala keperluan telah lengkap dan bersedia untuk dibawa ke Pulau Perhentian tersebut. Segala keperluan yang belum disediakan, maka kami diingatkan supaya menyediakan barang tersebut.
3. Kerja Kumpulan.
Selain daripada aspek-aspek yang telah disebutkan, kerja kumpulan juga amat penting dalam menyertai program kerana ia dapat memastikan tugasan setiap ahli dapat dilakukan dengan lancar dan teratur. Dalam kumpulan kami, kami telah mengagihkan tugas masing-masing untuk memastikan segala keperluan dapat dilengkapkan contohnya saya telah diberi tugasan sebagai juru kamera bagi merekod segala aktiviti yang dilakukan semasa program dijalankan.
4. Keusahawanan.
Bagi melancarkan sesuatu program, aspek keusahawanan juga perlu dititik beratkan untuk memastikan segala perbelanjaan semasa berprogram tidak berlaku pembaziran. sepertimana di dalam kumpulan kami, kerja-kerja menyediakan hadiah dan cenderamata dilakukan setelah mendapat saranan daripada Penasihat kami. kerja-kerja ini telah dapat dijalankan dengan lancar.
5. Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah.
Dalam menjalankan program, sudah pasti akan terdapat masalah-masalah yang berlaku. Contohnya di dalam kumpulan kami ini, kami telah menghadapi masalah iaitu seorang daripada ahli kami menghadapi kecederaan ringan. Oleh itu, kami memberikan rawatan kepadanya.
6. Pembelajaran Seumur Hidup.
Kami telah mendapat pembelajaran seumur hidup tentang cara-cara menganjurkan perlawanan tidak kira sama ada perlawanan kecil ataupun besar. Sepertimana di dalam program ini merupakan hasil pembelajaran kami yang kami praktikkan.
7. Etika dan Moral.
Dalam menganjurkan sesuatu program, etika dan moral haruslah ditekankan kerana jika tidak, sesuatu penganjuran itu tidak akan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Sepertimana program kami ini, kami telah diingatkan supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berlandaskan etika dan moral sebenar di samping tidak melanggar batasan syariat Islam.
Muhammad Ilham Bin Raduan
A129874
1.kepimpinan
ReplyDeleteSaya telah ditugaskan untuk menjadi ajk tugasan khas dimana saya telah diamanahkan untuk memilih di antara rakan-rakan sebagai penjaga garisan,saya telah memilih 2 orang lelaki dan perempuan secara bergilir-gilir untuk 4 perlawana bola tampar
2.Komunikasi
saya telah berkomukasi dengan ajk yang lain terutamanya dengan aziz selaku ajk tugasan khas supaya setiap perlawanan bola tampar yang diadakan berjalan dengan lancar.
3.Kerja kumpulan
saya telah berkerjasama dengan zhakir selaku ajk peralatan untuk menjaga dan mengangkat peralatan sepanjang program dijalankan
4.Keusahawanan
saya telah menguruskan kewangan saya dengan baik semasa program berlangsung dengan membeli keperluan yang perlu sahaja dan tidak membazir dengan membeli keperluan yang tidak perlu.
5.Kemahiran berfikir & penyelesaian masalah
sepanjang program diadakan saya telah menyelesaikan masalah ketika mana berlakunya lebihan makanan dimana saya telah mengagihkan makanan yang lebih kepada semua rakan-rakan
6.Pembelajaran seumur hidup
saya telah mandapat ilmu tentang bola tampar pantai yang mana selama ini hanya saya lihat.Pada simulasi kali ini saya berpeluang untuk bermain bola tampar pantai yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidup saya.
7.Etika dan moral
selepas dan semasa aktiviti dijalankan saya telah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan saya dapat mengenali dengan lebih rapat lagi rakan-rakan saya.
muhammad habibullah bin yahaya
A128899
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete1. Kepimpinan
ReplyDeleteDalam aspek kepimpinan,saya telah diamanahkan untuk mengagihkan tugas-tugas kepada pelajar lain mengikut tugas yang telah dirancang supaya program dapat dijalankan dengan sempurna.
2. Komunikasi
Saya telah mengadakan perbincangan mengenai persiapan setiap ajk agar sasaran atau objektif terlaksana sebaik mungkin.
3. Kerja Kumpulan
Dalam aspek ini,segala peralatan dan persiapan gelanggang telah dilakukan bersama-sama supaya simulasi dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.
4. Keusahawanan
Sebelum penerimaan cek diluluskan,saya telah mengeluarkan wang saya sebanyak RM300 bagi menampung perbelanjaan untuk membeli hamper, peralatan dan sebagainya.
5. Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
Bagi mendapatkan kelulusan penerimaan cek dengan segera,saya telah menghantar sendiri borang pendahuluan pelbagai kepada pihak jabatan bendahari agar cek dapat diluluskan segera.
6. Pembelajaran Seumur Hidup
Dalam pembelajaran ini,saya telah mendapat pengetahuan bahawa sekiranya masa dapat ditepati dengan sempurna,maka perjalanan program akan berjalan dengan lancar dan masalah dapat diatasi dengan pantas.
7. Etika dan Moral
Dari segi etika dan moral,saya mendapati bahawa setiap pelajar seharusnya mempunyai moral yang tinggi dalam menghadapi masalah dan semua pelajar harus bertanggungjawab dalam setiap permasalahan yang berlaku.
Mohd Syahid Bin Mohd Razali
A126917
Nama: Ameera Binti Mohamad Rosli
ReplyDeleteNo matrik: A129613
1) Kepimpinan.
Dalam program yang telah dijalankan di Pulau Perhentian, aspek kepimpinan yang dapat saya peroleh adalah mendengar setiap arahan yang telah diberikan dengan baik.di samping itu juga, ia melatih diri saya menjadi seorang yang mempunyai sikap menepati masa dan belajar untuk menerima arahan dengan baik.sebelum memulakan setiap aktiviti, kami akan disuruh beratur di dalam barisan supaya kami kelihatan lebih berkepimpinan dan teratur.
2)komunikasi
aspek ini dapat dilihat dalam komunikasi seharian antara saya dan rakan-rakan dan juga antara saya dan pihak luar. saya dan rakan-rakan dapat membincangkan permasalahan yang berlaku dengan baik kerana adanya komunikasi yang berkesan antara kami semua.
3) Kerja kumpulan
kerja kumpulan di sini dapat saya lihat dalam persediaan sebelum dan semasa di pulau perhentian. sebelum ke pulau perhentian, saya dan rakan-rakan yang lain telah bersama-sama membeli barangan dan peralatan yang kami perlukan sepanjang kami di pulau perhentian. di pulau perhentian pula, kerja kumpulan dapat dilihat di dalam perlawanan bola tampar kerana semua pelajar telah bekerjasama dalam melaksanakan dan menjayakan aktiviti tersebut
4) keusahawanan
aspek ini dapat dilihat dalam pengurusan kami dalam menyediakan hadiah dan cenderamata kepada pihak yang terlibat dan para pemenang.kami telah bersama-sama dan berusaha untuk menyediakan peruntukan terbaik dalam membeli barangan yang diperlukan.
5) Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
aspek ini dapat dilihat sewaktu kami menjalankan aktiviti.kadangkala terdapat sesuatu masalah yang berlaku di sana, dan dengan kemahiran inilah kami berfikir bersama-sama dengan bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.kami telah mencari jalan untuk membeli hadiah buat ibu dan abang ros di jeti pulau perhentian kerana tidak berkesempatan untuk membeli hadiah tersebut.sewaktu saya menjadi penjaga garisan dan R1, saya telah berusaha menjadi referri dan penjaga garisan yang baik kerana semua keputusan terletak di dalam tangan saya
6)Pembelajaran Seumur Hidup
aspek ini dapat dilihat melalui pengalaman kami di sana.terus terang saya katakan bahawa saya sama sekali tidak pernah terfikir untuk pergi ke pulau perhentian.inilah peluang yang tidak saya jangkakn kerana melaui aktiviti seperti inilah saya mendapat pengalaman yang banyak dan berharga serta yang tidak akan pernah saya lupakan seumur hidup saya.saya juga telah mula belajar berenang dan snorkeling di samping mengurangkan rasa takut sewaktu berada di tengah lautan.
7)Etika dan Moral
aspek ini dapat dilihat dalam cara kami menguruskan masa di pulau perhentian. kami perlu menepati masa agar aktiviti yang kami jalankan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. di samping itu juga, kami perlu menjaga tingkah laku dengan baik sepanjang masa kami di sana kerana kami harus menjaga nama baik Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM. kami juga perlu sentiasa menjaga kebersihan di kawasan chalet dan pulau tersebut
FAIZULHADI BIN SARIDIN
ReplyDeleteA128455
KEPIMPINAN
Daripada aspek kepimpinan, saya telah diberikan tugas sebagai AJK kebersihan. Daripada amanah yang telah diberikan pada saya, saya telah mempelajari banyak pengalaman dan saya telah merancang sekaligus melaksanakannya dengan sedaya upaya saya dalam menjalankan amanah yang telah diamanatkan pada saya untuk melaksanakannya.
KOMUNIKASI
Dari segi aspek komunikasi, saya telah mempelajari banyak perkara yang boleh membaiki segala kelemahan yang terdapat dalam cara saya berkomunikasi. Seabagai contoh, semasa menjalankan tugas sebagai seorang fasilitator di SMK Nasrudin Shah, saya telah diberikan tugas untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut sedikit sebanyak mengenai program dan juga segala yang terdapat di UKM.Sedikit sebanyak daripada aktiviti ini telah meningkatkan 'softskill' dan menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dalam menyampaikan ucapan.
KERJA KUMPULAN
Dari segi aspek ini, saya telah mempelajari mengenai kerjasama dan sikap tolong menolong adalah penting dalam melaksanakan sesuatu dengan jayanya sebagai contoh, semasa ingin melaksanakan program simulasi ini, kerjasama antara semua pelajar kokurikulum adalah penting untuk menjayakan program ini.bak kata pepatah,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.
KEUSAHAWANAN
Dalam aspek keusahawanan, saya mempelajari cara untuk berjimat dan cemerlang dalam menguruskan kewangan saya disamping saya dapat mempelajari bahawa aspek ini amat penting jika kita ingin mewujudkan daya usahawan dan penting dalam menguruskannya dan ia tidak bermakna keusahawanan ini adalah dalam menguruskan kewangan saya sahaja.Disamping itu,aspek dalam keusahawanan juga ditonjolkan semasa ingin menyiapkan keadaan gelanggang yang serba kekurangan seperti tiang yang rendah.kami telah mengangkat tiang dari sekolah ke gelanggang di hadapan balai polis.
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH
Dari aspek ini pula, terdapat banyak pengalaman saya dalam menguruskan segala mengenai aspek ini sebagai contoh semasa saya diberikan tugas menjadi AJK kebersihan, saya telah berfikir bagaimana untuk mengelakkan daripada masalah yang buruk dari aspek kebersihan sepanjang aktiviti kami di sana.saya telah menyediakan plastik sampah untuk memastikan kebersihan sentiasa di jaga.
PEMBELAJARAN SEUMUR HIDUP
Dari aspek ini, saya telah mendapat 1 pengalaman manis yang saya tidak akan lupakan sepanjang hidup saya, iaitu semasa mengikuti aktiviti snorkeling. saya telah menikmati segala keindahan yang terdapat di dalam laut seperti ikan dan 'coral'.
ETIKA DAN MORAL
Aspek ini amat penting dalam meningkatkan sifat keperibadian yang tinggi. Dari segi aspek ini, etika semasa menjalankan aktiviti adalah penting dalam mewujudkan satu suasana dan ikatan yang utuh dalam hubungan antara satu sama lain.Moral yang baik amat penting dalam menjaga maruah dan peribadi diri kita untuk menjadi seorang yang bermaruah tinggi dan beretika. sebagai contoh,dalam aktiviti semasa di SMK Nashrudin Shah, saya telah mencuba yang terbaik dalam menunjukkan etika dan menjadi 'role model' yang terbaik kepada pelajar-pelajar dan kakitangan di sekolah tersebut.
Nama Pelajar : HAJI ABDULLAH SANI BIN MOHAMED ZIN
ReplyDeleteNo. Matrix : A 126639
Secara keseluruhannya, kesemua 7 ciri kemahiran insaniah yang dinyatakan diatas telah dapat diamalkan dan dilaksanakan dengan jayanya. Dari mula tercetusnya idea Simulasi Bola Tampar II HHHS 1403 bertempat di Pulau Perhentian, Terengganu Darul Iman, maka bermula satu perancangan teliti yang telah dibuat sejurus mendapat kelulusan dari Pensyarah @ Penyelaras Kursus HHHS 1403 Tuan Mejar Mohd Jasmy Bin Abd. Rahman. Kertas kerja telah disediakan untuk mendapat kelulusan rasmi dari Pusat Perkembangan Pelajar (PPP). Kelulusan telah diberikan oleh PPP, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak Jabatan Bendahari UKM telah member kelulusan peruntukan sebanyak RM 600.00 (Ringgit Malaysia : Enam Ratus Sahaja). Kemudian surat undangan ke Perasmi iaitu Yang Berhormat Dato’ Razali Bin Ibrahim Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Malaysia. Surat undangan rasmi telah dikeluarkan oleh Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Binti Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Pada asalnya YB Dato’ telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Oleh kerana berlaku perubahan venue Retreat Kementerian Belia Dan Sukan dari Pulau Perhentian ke Awana Kijal, Kemaman, maka pihak YB Dato’ telah mengutuskan surat “Mohon Maaf” tidak dapat hadir. Sebaliknya Al Fadhil Ustaz Adenan Bin Othman Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Malaysia telah sudi hadir dan seterusnya merasmikan Simulasi Bola Tampar II tersebut. Majlis perasmian berlangsung pada 20 Mac 2010 (Sabtu) di venue court volleyball di kawasan lapang yakni Dataran Balai Polis Pulau Perhentian. Pihak YBhg. Dato’ Fuad Bin Tan Sri Hassan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Malaysia telah memberikan kelulusan RM 13,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Belas Ribu Sahaja) sebagai peruntukan kewangan untuk membiayai kos keseluruhan secara pakej. Pada 19 Mac 2010 (Jumaat : jam 10.00 malam), bas rasmi UKM telah membawa seramai 33 orang pelajar ko kurikulum bola tampar termasuk 3 orang pelajar Hubungan Etnik yang membuat Kajian Etnicity & Tourism Di Pulau Perhentian. Saya ingin merakam jutaan terima kasih ke pihak Tuan Mejar Mohd Jasmy Bin Abd. Rahman dan Puan Nor Atiqah Tang Binti Abdullah diatas kelulusan kajian penyelidikan Kursus Hubungan Etnik. Sepanjang perjalanan mulai 19/3/2010 (Jumaat : 10.00 malam) sehingga semua anggota rombongan selamat pulang ke UKM Bangi pada 22 Mac 2010 (Isnin : 8.00 pagi). Saya merakamkan kesyukuran kehadhrat ILLAHI kerana perancangan yang telah bermula sejak Disember 2009 sehingga terlaksanya program Simulasi Bola Tampar II pada tarikh 19-22 Mac 2010. Ini adalah kesepakatan dan kemuafakatan setiap anggota Kumpulan Pelajar Ko Kurikulum Bola Tampar II termasuk Pensyarah Tuan Mejar Mohd Jasmy Bin Abd. Rahman. Program ini merupakan 4 dalam 1 iaitu 1). Simulasi Bola Tampar venue hard court volleyball, 2). Simulasi Bola Tampar venue beach volleyball, 3). Ceramah motivasi bersama Pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK Nasiruddin Shah, Besut oleh Tuan Mejar Mohd Jasmy Bin Abd. Rahman Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan UKM, 4). Menziarahi kediaman Ibu Siti Roslina Bin Mat Daud yang sakit, 5). Menjalani kajian penyelidikan Hubungan Etnik, 6). Program snorkling selama 5 jam mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang Ahad 21/3/2010 di kawasan persekitaran laut Pulau Perhentian 7). Telah merancang the next mega project “Sipadan Island” pada Sesi 2010/2011 akan dating iaitu Mei / Jun 2011, InsyaALLAH. Overall this new proposal telah diberikan kelulusan lisan oleh Al Fadhil Ustaz Adenan Bin Othman selaku Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Malaysia.
Begitulah kisah perjalanan hidup saya sebagai Student Tua UKM.
MUHAMMAD EZZANI BIN SHARIFF (A129609)
ReplyDelete1. Kepimpinan
Melalui program ini, setiap pelajar telahpun diberikan tugasan untuk sama-sama menjayakan simulasi ko-kurikulum bola tampar yang berlangsung di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Ciri-ciri kepimpinan dapat dilihat berdasarkan sejauh mana tugasan dapat dilakukan dengan jayanya. Pelajar berpeluang menunjukkan kemahiran ini sepanjang program berlangsung. Sebagai contoh, kapten setiap pasukan dapat memberi arahan serta menaikkan semangat pasukan agar terus bertahan ataupun menang dalam pertandingan.
2. Komunikasi
Kemahiran ini dapat dilaksanakan sepanjang progran ini berlangsung. Setiap pelajar dapat berkomunisaki ataupun berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada rasa malu dan sebagainya. Kemahiran ini sangat penting apabila kita berhadapan dengan masyarakat, khususnya sebagai seorang mahasiswa yang berkualiti. Contohnya, komunikasi apabila permainan berlangsung dapat dilakukan dengan baik. Selain itu, pelajar dapat berinteraksi dengan lebih baik terutamanya apabila meminta rakan yang lain untuk mengambil gambar dari dalam bot ketika berada di permukaan laut.
3. Kerja kumpulan
Kerja berkumpulan sangat penting untuk kita sama-sama berganding bahu dalam menjayakan misi yang jelas agar setiap aktiviti dapat mencapai objektifnya. Contohnya, tugasan secara berkumpulan khususnya berkaitan cenderamata dapat dilakukan dengan baik dengan setiap ahli dapat memberikan komitmen yang baik.
4. Keusahawanan
Semangat keusahawanan dapat dipupuk melalui program ini khususnya kepada pelajar yang terlibat dengan membeli sebahagian cenderamata sebagai penghargaan kepada para pemenang dan VIP yang terlibat.
5. Kemahiran Berfikir & Penyelesaian Masalah
Kemahiran ini juga adalah penting dalam apa jua situasi yang dilalui. Sebagai manusia, kita sangat digalakkan untuk menyelesaikan segala masalah dengan cara yang terbaik. Contohnya, pelajar dapat menyelesaikan masalah berkaitan penyertaan pasukan dalam permainan bola tampar pantai selari dengan jumlah hadiah yang disediakan.
6. Pembelajaran Seumur Hidup
Konsep ini adalah perlu dilakukan agar kita sering belajar dalam mengaplikasikan setiap perkara yang kita pelajari setiap hari. Contohnya, pelajar dapat memastikan bahawa setiap teknik dalam permainan bola tampar dapat dilakukan pada setiap perlawanan yang disertai untuk masa akan datang.
7. Etika & Moral
Konsep ini dapat dilihat melalui setiap perlawanan bola tampar yang berlangsung pada simulasi ini. Setiap pemain dapat menunjukkan etika dan moral permainan yang baik. Bukan menang atau kalah yang menjadi penilaian, tetapi nilai inilah yang sebenarnya perlu dititikberatkan.Contohnya, ketika perlawanan bola tampar berlangsung pemain dapat menunjukkan etika yang baik walaupun kalah dalam permainan itu.
ABDUL AZIZ (A129904)
ReplyDeleteProgram ini sememangnya telah memberikan segala aspek kemahiran insaniah kepada para pelajar.
Antara aspek kemahiran insaniah yang dapat pelajar pelajari ialah kepimpinan. Aspek kepimpinan ini dapat dilihat ketka saya mengendalikan program motivasi di skolah. di sini saya sebagai fesilitator bertanggungjawab mengawal ahli kumpulan saya. Sselain itu, aspek kepimpinan saya ini dapat dilihat ketika saya menjadi ketua kumpulan bagi pertandingan bola tamapar pantai. Di sini saya perlu melakukan tugas sebagai ketua dalam mengawal permainan disampaing memberi arahan dan berbincang tentang strategi.
Aspek kedua pula ialah komunikasi. Aspek ini dapat dilihat melalui aktiviti pertandingan yang dijalankan. Di sini komunikasi sesama ahli kumpulan amat penting bagi memperolehi kemenangan dan kemajuan kumpulan. Penyampaian maklumat yang berkesan sesama ahli kumpulan penting bagi merencanakan apa yang dirancangkan.
Aspek ketiga pula ialah kerja kumpulan. Nilai ini dapat dilihat melalui gerak kerja untuk ke Pulau Perhentian. Di sini setiap ahli kumpulan dibahagi bahagikan tugas-tugas tertentu bagi memudahkan perancangan ke Pulau Perhentian. antara tugasnya ialah tugas sebagai bendari, setiausaha dan lain-lain. Bagi saya, saya telah ditugaskan sebagai penjaga garisan.
Seterusnya pula ialah keusahawanan. Di sini saya dapat melalui aktiviti membeli kelengkapan yang diperlukan seperti hadiah, cenderamata dan baju kumpulan.
Aspek kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah ini dapat dilihat melalui pencarian peruntukan yang diperlukan dalam merealisasikan program ke Pulau Perhentian ini.
Aspek pembelajaran seumur hidup ini dapat diketahui dengan cara mengadakan perbincangan sesama ahli dan perlunya persefahaman antara satu sama lain. hal ini dapat dilihat melalui setiap pertukaran pendapat dalam menyelesaikan masalah. Perbincangan dalam kumpulan ini boleh dibawa kepada kehidupan seharian saya.
Aspek etika dan moral ini dapat dilihat melalui hormat menghormati antara satu sama. saya sebagai ahli kumpulan telah menghormati syahid sebagai ketua kumpulan saya. saya juga menghormati rakan yang lebih tua serta jurulatih dan tetamu yang dijemput.
Pak Lah said,
ReplyDeleteNama Pelajar : HAJI ABDULLAH SANI BIN MOHAMED ZIN
No. Matrix : A 126639
Secara keseluruhannya, kesemua 7 ciri kemahiran insaniah yang dinyatakan diatas telah dapat diamalkan dan dilaksanakan dengan jayanya. Dari mula tercetusnya idea Simulasi Bola Tampar II HHHS 1403 bertempat di Pulau Perhentian, Terengganu Darul Iman, maka bermula satu perancangan teliti yang telah dibuat sejurus mendapat kelulusan dari Pensyarah @ Penyelaras Kursus HHHS 1403 Tuan Mejar Mohd Jasmy Bin Abd. Rahman. Kertas kerja telah disediakan untuk mendapat kelulusan rasmi dari Pusat Perkembangan Pelajar (PPP). Kelulusan telah diberikan oleh PPP, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak Jabatan Bendahari UKM telah member kelulusan peruntukan sebanyak RM 600.00 (Ringgit Malaysia : Enam Ratus Sahaja). Kemudian surat undangan ke Perasmi iaitu Yang Berhormat Dato’ Razali Bin Ibrahim Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Malaysia. Surat undangan rasmi telah dikeluarkan oleh Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Binti Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM. Pada asalnya YB Dato’ telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Oleh kerana berlaku perubahan venue Retreat Kementerian Belia Dan Sukan dari Pulau Perhentian ke Awana Kijal, Kemaman, maka pihak YB Dato’ telah mengutuskan surat “Mohon Maaf” tidak dapat hadir. Sebaliknya Al Fadhil Ustaz Adenan Bin Othman Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Malaysia telah sudi hadir dan seterusnya merasmikan Simulasi Bola Tampar II tersebut. Majlis perasmian berlangsung pada 20 Mac 2010 (Sabtu) di venue court volleyball di kawasan lapang yakni Dataran Balai Polis Pulau Perhentian. Pihak YBhg. Dato’ Fuad Bin Tan Sri Hassan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Malaysia telah memberikan kelulusan RM 13,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Belas Ribu Sahaja) sebagai peruntukan kewangan untuk membiayai kos keseluruhan secara pakej. Pada 19 Mac 2010 (Jumaat : jam 10.00 malam), bas rasmi UKM telah membawa seramai 33 orang pelajar ko kurikulum bola tampar termasuk 3 orang pelajar Hubungan Etnik yang membuat Kajian Etnicity & Tourism Di Pulau Perhentian. Saya ingin merakam jutaan terima kasih ke pihak Tuan Mejar Mohd Jasmy Bin Abd. Rahman dan Puan Nor Atiqah Tang Binti Abdullah diatas kelulusan kajian penyelidikan Kursus Hubungan Etnik. Sepanjang perjalanan mulai 19/3/2010 (Jumaat : 10.00 malam) sehingga semua anggota rombongan selamat pulang ke UKM Bangi pada 22 Mac 2010 (Isnin : 8.00 pagi). Saya merakamkan kesyukuran kehadhrat ILLAHI kerana perancangan yang telah bermula sejak Disember 2009 sehingga terlaksanya program Simulasi Bola Tampar II pada tarikh 19-22 Mac 2010. Ini adalah kesepakatan dan kemuafakatan setiap anggota Kumpulan Pelajar Ko Kurikulum Bola Tampar II termasuk Pensyarah Tuan Mejar Mohd Jasmy Bin Abd. Rahman. Program ini merupakan 4 dalam 1 iaitu 1). Simulasi Bola Tampar venue hard court volleyball, 2). Simulasi Bola Tampar venue beach volleyball, 3). Ceramah motivasi bersama Pelajar Tingkatan 6 Atas di SMK Nasiruddin Shah, Besut oleh Tuan Mejar Mohd Jasmy Bin Abd. Rahman Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan UKM, 4). Menziarahi kediaman Ibu Siti Roslina Bin Mat Daud yang sakit, 5). Menjalani kajian penyelidikan Hubungan Etnik, 6). Program snorkling selama 5 jam mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang Ahad 21/3/2010 di kawasan persekitaran laut Pulau Perhentian 7). Telah merancang the next mega project “Sipadan Island” pada Sesi 2010/2011 akan dating iaitu Mei / Jun 2011, InsyaALLAH. Overall this new proposal telah diberikan kelulusan lisan oleh Al Fadhil Ustaz Adenan Bin Othman selaku Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Malaysia.
Begitulah kisah perjalanan hidup saya sebagai Student Tua UKM.
MOHAMMAD IZZUDIN BIN ADAM (A129818)
ReplyDeleteAssalamualaikum..
Aspek KEMAHIRANM INSANIAH ini adalah salah satu pelan tindakan yang bagus dan berkualiti kerana ianya mempunyai seluruh aspek berkesan. Seperti yang pertama iaitu kepimpinan, akan menunjukkan sikap bertanggungjawab dan pemegang amanah yang terbaik dalam memimpin, mengelola, atau menguruskan sesuatu progaram seperti yang ditunjukkan oleh para mahasiswa yang mengambil kursus Bola Tampar II , yang mana melengkapkan kemhiran bermain dengan simulasi di Pulau Perhentian. Setiap mahasiswa diberikan tugasan sejak dari mula lagi unutk menjadikan setiap program yang dijalankan di Pulau Perhentian teratur.
Bagi aspek kedua pula iaitu komunikasi, ia adalah salah satu cara dimana setiap mahasiswa akan cuba berkomunikasi antara masyarakat. Dari situ, pengalaman dan ilmu yang baru dapat dipelajari. Sebagai contoh, komunikasi antara pelajar Bola Tampar II dengan bahagian pentadbiran Pulau Perhentian dalam menguruskan setiap program yang akan dijalankan sepanjang simulasi di sana.
Aspek kerja kumpulan pula adalah suatu pembahagian tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk diselesaikan oleh para mahasiswa. Keberkesanan kerja kumpulan ini akan menghasilkan kerjasama yang padu oleh setiap mahasiswa. Sebagai contoh, Tugasan-tugasan yang telah diagihkan kepada setiap pelajar Bola Tampar II cuba diselesaikan mengikut kumpulan masing-masing bagi melicinkan setiap aktiviti yang akan dijalankan di Pulau Perhentian.
Keushawanan adalah satu usaha yang cuba dilakukan oleh setiap orang dalam mendapat kejayaan di dalam mengurus dan memperunutkkan setiap kewangan yang keluar dan masuk. Sebagai contoh, bagi pelajar Bola Tampar II yang memegang jawatan cenderamata, mereka akan cuba menguruskan kewangan dengan cermat tanpa berlakunya pembaziran.
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya. Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah adalah satu usaha yang mana setiap permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa akan cuba diselesaikan dengan sebaik yang mungkin. Cara ini juga akan mengajar bahawa setiap permasalahan akan dapat diselesaikan dengan mudah iaitu mencari penyelesaian denagn berfikir secara kritis dan kreatif. Sebagai contoh, semasa melakukan aktiviti simulasi di Pulau Perhentian, masalah yang dihadapi oleh pelajar Bola Tampar II ialah keselesaan dalam menginap di chalet tersebut, yang mana pembahagian bilik yang terlalu ramai menjadikan tempat tidur tidak menckupi. Oleh itu, langkah alternatif yang digunakan ialah membuat pertukaran syif bagi memastikan setiap mahasiswa mendapat kerehatan yang cukup.
Setiap orang semestinya ada ilmu yang belum pernah diketahui. Oleh itu, Kemahiran insaniah yang keenam iaitu pembelajaran seumur hidup adalah satu gagasan ilmu yang baharu yang mana memberi kesan yang mendalam yang menjadikan seseorang itu terus melakukan ilmu yang naharu tersebut. Sebagai contoh, ilmu kemahiran yang didapati oleh seseorang pelajar Bola Tampar II yang terpilih untuk menjadi pemain Bola Tampar Pantai. Dan ini juga akan memberi kesan bahawa kemahiran-kemahiran ini akan menjadikan seseorang tersebut tahu cara dan kemahiran tersebut.
Bagi aspek terakhir pula iaitu etika dan moral adalah salah satu seni yang terdapat dalam diri seseorang. Etika dan moral juga melambangkan keperibadian yang dilakukan leh seseorang. Sebagai contoh, etika dan moral yang baik yang cuba ditunjukkan oleh pelajar Bola Tampar II dengan memberi pertolongan kepada ibu kepada seoarng pelajar kursus ini iaitu sandari Siti Roslina dengan menziarahi dan bertabya khabar. Selain itu juga, etika dan moral yang baik yang cuba ditunjukkan ialah membantu pekerja chalet dalam memunggah barng ke dalam chalet.
Sebagai kesimpulannya, kesemua aspek kerohanian yang cuba diterapkan dalam pembelajaran ini adalah wajar bagi memastikan aspek yang terbaik ditunjukkan dalam sesuatu pembelajaran.
Ng Swee Fern
ReplyDeleteA129157
1.Dalam activiti ini,saya dapat melihat aspek kepimpinan dari rakan saya semasa membahagikan tugas.Jika seseorang pemimpin tidak mempunyai sifat kepimpinan yang baik, sesuatu activiti tidak akan dijayakan. Semasa activiti dijalankan, seorang rakan saya, Azli telah membahagikan kerja-kerja kepada rakan lain dengan baik.
2.Melalui activiti ini, saya telah mendapati bahawa teknik komunikasi dalam komuniti amat penting. Jika seseorang itu tidak berkomunikasi dengan baik, akan menimbulkan salah faham antara satu sama lain. Saya telah ditugaskan sebagai AJK tugas tugas khas dan bertanggungjawab terhadap kesihatan semua rakan-rakan.Saya telah mempelajari cara berkomunikasi dengan atlet semasa mereka berasa tidak sihat atau cedera.
3.Dari segi kerja kumpulan,20 orang rakan yang terlibat telah melakukan peranan masing-masing seperti yang telah dibagikan. Suatu activiti tidak dapat dilancarkan jika tiada kerjasama dari semua yang terlibat. Sebagai contoh, semasa jurugambar terlibat dalam pertandingan, rakan-rakan lain akan menolongnya dalam bidang tugasnya. Jika rakan-rakan lain tidak memberi kerjasama terhadapnya, seseorang itu tidak dapat melibatkan diri dalam pertandingan dan activiti ini tidak dikira sebagai activiti yang berjaya.
4.Dalam aspek keusahawan pula,saya telah mendapati bahawa pulau perhentian adalah satu tempat pelancongan yang boleh meningkatkan ekonomi dengan keindahan dan kemudahannya.
5.Semasa activiti dijalankan, kami menghadapi pelbagai masalah.Sebagai contoh, semasa mengadakan simulasi bola tampar kejohanan, hanya terdapat 6 orang pemain perempuan yang mengikuti activiti ini. Penyelesaian yang telah dilakukan adalah mengadakan perlawanan antara pasukan campur.
6.Dalam aspek pembelajaran seumur hidup, saya mendapati bahawa kerjasama antara komuniti amat penting semasa sesuatu activiti dilakukan.Semua rakan telah bekerjasama seperti dalam bidang jamuan,bidang kebersihan dan semasa mejalankan perlawanan.
7.Dalam activiti ini, saya mendapati bahawa eitika dan moral amat penting semasa sesuatu activiti dirancang dan juga dijalankan. Contoh etika dan moral yang baik ialah menepati masa.Sebagai contoh,semasa kami bertolak, terdapat rakan-rakan yang telah lewat dan ini menyebabkan activiti hari pertama perlu ditangguhkan.
NAMA: SITI ZAHARAH BTE OSMAN @ OTHMAN
ReplyDeleteNO MATRIK: A129011
(1)Kepimpinan
Dari aspek kepimpinan saya dapat belajar melalui simulasi di Pulau Perhentian ialah melakukan tugas yang diberi secara berkumpulan dan mengikut post yang telah ditetapkan. Sentiasa melakukan tugas dengan sehabis baik dan berbincang dengan ahli yang lain, tetapi kadangkala terpaksa membuat keputusan secara drastik. Contohnya, menguruskan kewangan dan mengutip wang sebagai tugas bendahari.
(2)Komunikasi
Komunikasi yang berkesan adalah penting untuk membolehkan kelancaran sesuatu program. Tanpa komunikasi dan persefahaman antara ahli sesuatu program itu tidak dapat dijalankan dengan sempurna. contohnya, komunikasi di dalam sesuatu organisasi antara majlis tertinggi dan ahli jawatankuasa kecil program simulasi ini. Komunikasi yang berkesan perlu untuk membolehkan sesuatu objektif itu dicapai. Contohnya, sentiasa menjaga cara dan adab percakapan antara satu sama lain walaupun melalui perbualan mahupun peti pesanan suara .
(3) kerja kumpulan
kerjasama di dalam sesutu kumpulan adalah penting untuk memastkan sesuatu program itu dijalankan. tanpa kerjasama sesuatu rogram itu akan menjadi kucar-kacir dan saling salh-menyalahi antara satu sama lain. tanpa kerjasama satu kata sepakat tidak dapat dicapai. Contohnya, menolong post-post lain seperti cenderamata dan tugas-tugas khas.
(4) keusahawanan
keusahawanan merupakan salah satu sumber kewangan yang boleh didapati selain mendapat peruntukan daripada pihak universiti. antara keusahawanan yang berjaya diperoleh adalah melalui sumbangan (sponsor) daripada pihak atasan. contohnya dalam program ini, bola tampar mendapat tajaan daripada pihak JASA. Contohnya, belajar menguruskan peruntukan yang diberi dengan sebaiknya mengikut peruntukan yang diberi.
(5) Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
Dalam program simulasi ini setiap masalah yang timbul memerlukan penyelesaian yang cepat. di sini, masalah ini diselesaikan dengan berbincang antara ahli yang terdekat dan membuat keputusan dengan cepat. Contohnya, ketika ditugaskan menjadi penjaga garisan setiap keputusan sama ada bola masuk dan keluar adalah di tangan saya. Sentiasa teguh dengan keputusan sendiri tanpa mendengar suara rakan yang lain.
(6) Pembelajaran seumur hidup
Pelbagai pengalaman dan kenangan yang diperoleh melalui program simulasi ini. Walaupun pada dasarnya kami tidak mengenal antara satu sama lain tetapi dengan adanya program ini kami dapat bekerjasama dan bermain bersama dengan semangat kawan yang tinggi. Dari simulasi ini juga timbul perasaan tolong-menolong yang merupakan elemen yang penting dalam menjayakan program simulasi ini. Pengalaman ini dapat diaplikasikan di dalam program-program yang lain. Contohnya, amalan ziarah-menziarahi yang semakin dilupakan oleh generasi muda sekarang. Amlan ziarah ini dilakukan di pulau dengan menziarah salah seorang penduduk pulau yang merupakan ibu kepada rakan bola tampar kami sendiri.
(7) etika dan moral
Dari aspek etika dan moral pula lebih cenderung kepada sikap dan perwatakan individu itu sendiri. antara sikap yang paling penting yang boleh dipelajari daripada simulasi ini ialah mematuhi masa atau dengan kata lainnya tepat pada masanya. setiap aktiviti yang telah ditetapkan seperti di dalam aturcara hendaklah dipatuhi walaupun terdapat beberapa perubahan dari segi masa dan tempat. Contohnya, sentiasa menjaga nama baik UKM sepanjang program simulasi ini dijalankan lebih-lebih lagi di tempat orang.