Sunday, August 15, 2010

GE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEM 1 2010/2011 (PIPAQ)



Teknologi Pendidikan merupakan suatu bidang yang bersifat merentasi kurikulum. Semua guru atau tenaga pengajar boleh mengaplikasikan kelebihan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak semestinya guru yang berstatus guru ICT sahaja yang akan menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar. Semua guru termasuk guru-guru Pendidikan Islam dan Al-Quran (PIPAQ) perlu membudayakan penggunaan teknologi selaras dengan aspirasi negara yang mahu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bertaraf dunia.

Beri 7 saranan anda bagaimana guru-guru PIPAQ boleh menjadikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Tulis nama dan no. matrix di bahagian bawah penulisan komen anda.

Gunakan bahasa perbincangan formal dalam komen anda.

44 comments:

  1. Assalamualaikum mejar..

    Pada pandangan saya guru-guru PIBA@PIPAQ perlu memanfaatkan penggunaan teknologi dalam P&P antaranya :

    1) Guru boleh menyediakan bahan P&P berbentuk softcopy contohnya rakaman bacaan al-Quran mengikut tajwid yang betul.
    2) Guru dan pelajar boleh membuat perbincangan atau forum secara online/ melalui emel.
    3) Guru boleh menunjukkan gambar yang menarik dari internet yang berkaitan dengan topik untuk merangsang minat pelajar.
    4) Guru boleh mencapai hasil P&P dengan menggunakan komputer contohnya membuat teka silang kata.
    5) Guru boleh mempelbagaikan kaedah P&P contohnya menggunakan power point.
    6) Guru boleh menunjukkan model secara real untuk meningkatkan kefahaman pelajar contohnya menunjukkan model melakukan tayammum.
    7) Penggunaan teknologi menambahkan pengetahuan dan kemahiran guru serta pelajar contohnya buat blog sendiri untuk memudahkan pengajaran. ~macam mejar :-) ~

    Wallahu a'alam..

    ~Siti Nurnadhirah bt Samsudin (A129671)~

    ReplyDelete
  2. 1.Guru menggunakan Al-Quran digital dimana isi kandungannya adalah sama macam sebuah Al-Quran.

    2.Menggunakan alat bantu mengajar yang berteknologi seperti projektor dan OHP dan secara tidak langsung pelajar akan mengetahui cara mengunakannya.

    3.Proses pengajaran dan pembelajaran diadakan dalam makmal komputer

    4.Pelajar harus didedahkan dengan pencarian data dan informasi dari sumber elektronik seperti website,blog dan sebagainya.

    5.Guru harus memberikan tugasan yang menggunakan Microsoft Office dan sebagainya.

    KUMARAN A/L RAJENDRAN A122888

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mejar Jasmy...

    Pandangan saya, Guru PIPAQ dan PIBA perlu memanfaatkan teknologi maklumat dengan cara:

    1. Guru-guru boleh menyediakan gambar-gambar bergerak atau animasi yang dapat menarik minat pelajar sewaktu P&P berjalan.
    2. Guru juga boleh menggunakan CD Al-Quran, CD Muqaddam dan CD Qiraati dalam proses P&P.
    3. Menggunakan sumber maklumat dari internet sebagai sumber sekunder selepas sumber primer iaitu buku.
    4. Penggunaan mel elektronik untuk menghubungkan antara guru dan pelajar walaupun dalam jarak yang jauh. Contohnya Pengajian Jarak Jauh (PJJ).
    5. Guru juga boleh memaparkan video tentang sesuatu topik pelajaran di dalam kelas supaya murid-murid lebih memahami apa yang mereka belajar. Sebagai contoh ibadat haji.
    6. Penggunaan power point untuk melicinkan proses P&P di dalam kelas.
    7. Guru PIPAQ & PIBA juga boleh menyediakan satu pangkalan data yang khusus untuk pembelajaran Pendidikan Islam. Contohnya blog, laman web dan lain-lain.

    Wassalam....

    Nurul Atika Binti Ahmadiah (A126813)

    ReplyDelete
  4. Antara sebab guru-guru PIPAQ/PIBA perlu menggunakan teknologi dalam p&p mereka:

    1.penggunaan teknologi dalam P&p dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik yanga diajar.
    2.guru juga dapat menunjukan contoh yang bersesuaian dengan mengakseskan maklumat dalam internet contohnya video
    3.guru juga dapat mempelbagaikan teknik perbelajaran dan pengajaran dalam subjek tersebut
    4.dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran disamping menguasai sesuatu topik.
    5.guru dan pelajar dapat berintraksi melalui alam maya.
    6.guru dapat mencari maklumat tambahan dalam internet disamping maklumat yang sedia ada supaya proses p&p lebih menarik
    7.pelajar dapat menyelesaikan sesuatu tugasan dengan mudah dengan bantuan guru dalam p&p.

    sekian..
    (NUR SYAZWANI BT SHAMSUDIN A128079)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mejer jasmi

    Noor Ihsan bin Mohd Noor
    A129700
    Pendidikan Islam (2010)


    pada pandangan saya banyak kelebihan-kelebihan dan manfaat yang dapat digunakan oleh guru pipaq dan piba ini, antaranya dengan cara :

    1)guru dapat menggunakan kecanggihan power poin dalam proses p&p untuk menerik lagi minat pelajar
    2) guru juga dapat menunjukkan video berkaitan dengan pembelajaran untuk pelajar lebih memahami.
    3) guru juga boleh menyediakan softcopy pembelajaran untuk pelajar-pelajar mengulangkaji dan untuk pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari tersebut.
    4) di luar waktu persekolahan juga, guru boleh berbincang dengan pelajar dengan kemudah sepeti blog.
    5) dengan kecanggihan teknologi yang ada guru pendidikan islam dapat mengaitkan betapa hebatnya allah swt kerana dapat mencipta akal manusia dan seterusnya dengan kelebihan akal manusia dapat mencipta pelbagai kecanggihan teknolgi.
    6)guru juga boleh mengajak pelajar sama-sama mencari bahan di dalam internet sebelum memulakan topik baru.
    7) untuk menghilangkan kebosanan pelajar guru boleh menunjukkan video yang bermanfaat contohnya bacaan al-Quran dari sheikh di negeri arab, di samping sekadar releas minda sekejap, dengan video itu dapat memupuk semangat cinta akan alquran dalam diri pelajar

    sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum mejar jasmy...penggunaan teknologi dlm p&p amat penting dlm proses pendidikan pada hari ini.Dengan adanya teknologi guru PIBA dapat :

    1. Guru PIBA boleh menunjukkan video tentang sesuatu tajuk sebelum meminta pelajar melakukan secara praktikal.Contohnya seperti menunjukkan video solat ketika sakit,tayamum dan sebagainya.

    2. Guru PIBA boleh menggunakan power point dalam proses p&p.

    3. Guru PIBA boleh menggunakan video untuk lebih menarik minat pelajar serta memudahkan penghayatan pelajar.Contohnya bagi topik akidah dan mengenai keEsaan Allah.

    4. Selain itu, guru PIBA juga boleh menggunakan Facebook dan Blog sebagai medan perbincangan mengenai sesuatu topik pembelajaran.

    5. Guru PIBA juga boleh upload nota-nota tentang sesuatu topik ke dalam laman web contohnya yahoo group sekiranya guru tidak dapat masuk kelas atau sekiranya terdapat pelajar yang tidak hadir.

    6. Melalui teknologi,Guru-guru PIBA seterusnya boleh mencari sebanyak mana maklumat mengenai sesuatu topik yang ingin di ajar serta boleh mengaitkan topik tersebut dengan persekitaran masa kini.

    7. Seterusnya, guru-guru PIBA boleh meminta para pelajar mencari maklumat di internet dan kemudian membentangkan dengan menggunakan teknologi.

    wallahu'alam

    Nur Faridha Adrine Aziz (A127301)

    ReplyDelete
  7. 7 saranan guru PIPAQ dalam mengaplikasikan teknologi dlm PnP:

    1- guru dapat menambah dan memperbanyakkan maklumat atau bahan yang hendak diajar dari dalam internet kerana di dalam internet terdapat banyak info-info yang menarik dan laman-laman web agama yang bersesuaian
    2- teknologi merupakan 1 medium yang dapat membantu pelajar lebih bersemangat dan ingin belajar
    3- di dalam internet terdapat banyak gambar-gambar dan video yang boleh di download untuk membantu proses PnP termasuklah video mengenai solat,puasa dan sebagainya
    4- penggunaan powerpoint dalam PnP ternyata lebih memudahkan pelajar faham berbanding secara tradisional
    5- guru juga mudah dalam mengendalikan kelas dan banyak masa dapat dijimatkan
    6- guru boleh membantu pelajar dan mendedahkan tentang laman-laman web yang berkaitan agama kepada pelajar dimana ia dapat menjadi rujukan pelajar bukan sahaja untuk peperiksaan semata-mata tetapi untuk masa hadapan.contohnya soal jawab agama di laman web jakim, iluvislam dan sebagainya
    7- penggunaan tknologi juga dapat mengelak pelajar dari cepat bosan dan menarik psikologi pelajar untuk belajar dan hasilnya, pembelajaran akan lebih berkesan

    (SYAZA MOHD SABRI - A127226)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum w.b.t.
    penggunaan teknologi sememangnya amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran sekarang kerana semua pelajar telah terdedah dengan teknologi ini. jadi, guru-guru termasuklah guru PIBA dan PIPAQ dapat menggunakan teknologi sebagai satu kelebihan.

    Antara saranan saya kepada guru-guru PIBA untuk menggunakan teknologi dalam P & P ialah :

    1) guru PIBA boleh mengajar menggunakan buku dan komputer sebagai bahan rujukan tambahan.

    2) guru PIBA juga boleh memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar-pelajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang terdapat di dalam internet dan tidak didapati di dalam buku.

    3) Dengan adanya ICT, guru boleh mendedahkan pelajar kepada laman web yang telah dihasilkan oleh guru ataupun pelajar yang sesuai dalam pendidikan islam seperti blog islamik dan sebagainya.

    4) Selain itu, teknologi juga memudahkan guru-guru mencari dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang lain untuk diaplikasikan dan ditunjukkan di dalam kelas selain mendedahkan pelajar kepada isu-isu semasa yang terdapat di dalam internet yang berlaku di dunia.

    5) Malah, pelajar juga boleh memudahkan proses penghafalan al-quran dengan memuat turun al-quran digital ke dalam komputer dan seterusnya ke dalam handset mereka.

    6) Guru boleh memaparkan bahan visual yang lain menggunakan OHP dan slide dari komputer dalam P & P dan mengajar pula kepada pelajar cara menggunakan teknologi tersebut.

    7) kemahiran menggunakan ICT juga membolehkan guru-guru PIBA menghasilkan bahan edaran kepada pelajar seperti peta minda, rangkaian nota di internet, menghasilkan bentuk-bentuk soalan yang menarik atau penggunaan warna dalam menentukan jenis tajwid dan contohnya bagi pengajaran al-quran.

    WAN NURUL JAYYIDAH BINTI SULAIMAN
    A126879

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mejar...
    pada pendapat saya guru2 PIPAQ & PIBA haruslah menggunakan ICT semasa proses P&P supaya objektif dapat dicapai dengan lebih berkesan:

    1)guru bolehlah menggunakan internet untuk mendedahkan para pelajar dengan pelbagai informasi dan maklumat.
    2)guru bolehlah meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia.
    3)guru juga boleh menggunakan cd-room, cd dan lain-lain sebagai alat bantu mengajar. Contohnya cd untuk demo solat.
    4)guru bolehlah menggunakan power point dalam membantu pelajar untuk memahami pelajaran mereka dengan mudah.
    5) guru juga boleh menggunakan video untuk menerangkan tajwid dan bacaan Al-Quran kepada pelajar. Kemudian guru bolehlah menggunakan kaedah penyoalan untuk mengetahui sama ada pelajar benar-benar faham atau tidak.
    6) guru bolehlah menggunakan blog, email dan sebagainya untuk menyebarkan maklumat kepada pelajar.
    7) guru juga boleh menggunakan forum untuk berinteraksi dengan pelajar bagi membincangkan pelajaran secara maya.
    ~Wallahualam~
    FITRIAH BT MOHD ZABIDI
    (A129704)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Guru-guru PIPAQ boleh menjadikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.Terdapat pelbagai saranan yang boleh dilakukan supaya proses P&P ini dapat memberi kesan yang baik dalam hasil pengajaran.
    1)Guru-guru boleh menjadikan penggunaan teknologi ini sebagai medan untuk mengadakan perbincangan dengan murid-murid.
    2)Dengan menggunakan computer dalam P&P dapat memberikan hasil pembelajaran yang menarik kepada pelajar.Dengan penggunaan computer seperti menggunakan power point murid-muris lebih mudah untuk memahami hasil pembelajaran dengan baik.
    3)seseorang guru itu perlu kreatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang teknologi ini.Secara tidak langsung ia dapat teknik pengajaran yang lebih luas dan pelbagai dalam proses P&P.
    4)Pelbagai video-video yang boleh dipaparkan kepada pelajar supaya mereka lebih mudah untuk memahami contohnya cara solat.Pelajar akan lebih mudah untuk memahami secara praktikal berbanding sekadar penerangan dalam kelas.
    5)Dengan penggunaan teknologi juga penting untuk guru PIPAQ meningkatkan pengetahuan mereka dalam menyampaikan pelbagai input kepada para pelajar.terdapat pelbagai sumber yang boleh menjadi rujukan para guru di internet.
    6)Dalam penggunaan teknologi guru-guru boleh menjadikan internet ini sebagai rangkaian untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada pelajar berkaitan kuiz,soalan latihan dan sebagainya kepada pelajar.
    7)Gambar-gambar yang menarik juga boleh dipaparkan kepada pelajar supaya proses P&P tidak menjadi suatu kebosanan kepada pelajar dengan penggunaan teknologi.

    (SITI AISYAH BT ABU BAKAR)
    A127745

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...
    Penggunaan teknologi semakin diperlukan dalam kehidupan seharian,tambahan lagi apabila bergelar seorang guru. Hal ini kerana bagi mendedahkan pelajar tentang perkembangan teknologi yang berkembang pesatseiring dengan peredaran zaman.

    1-Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran dengan memberikan kerja rumah yang memerlukan pelajar mendapatkan maklumat dari internet dsbg.
    2-Guru perlu menggalakkan pelajar menyiapkan tugasan denga menggunakan ICT sejak dari awal persekolahan bermula.
    3-Setiap pembelajaran yang berlangsung mestilah diselitkan dengan tayangan video atau BBM yang lain bagi memastikan pengajaran menjadi lebih menarik dan pelajar tidak bosan.
    4-Mencari sumber-sumber tayangan yang berkaitan dengan pengajaran untuk ditayangkan kepada pelajar.
    5-Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran dengan menggunakan tayangan slide dll.
    6-Guru boleh menggalakkan pelajar menyiapkan 1 power point yang berkaitan dengan tajuk yang akan datang.
    7-Guru-guru boleh mewujudkan 1 blog bagi pelajar mengulang kaji tentang pembelajaran yang berlangsung pada hari tersebut. Segala maklumat berkaitan dengan pelajaran lepas akan dimasukkan oleh guru ke dalam blog tersebut.
    Wallahu ‘alam
    (FARHANI AHMAD PAUZI -A127247)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum
    Pada pandangan saya, guru-guru pendidikan islam perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi pendidikan dalam P&P. Antara cara teknologi pendidikan yang dapat diaplikasikan dalam subjek pendidikan Islam ialah:

    1. Menayangkan video yang berkaitan dengan topik pembelajaran supaya pelajar lebih memahami penbelajaran tersebut. Contohnya video yang berkaitan kejadian manusia dapat dikaitkan dengan ayat Al-Quran tentang proses kejadian manusia. Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih mendapat gambaran yang lebih jelas.

    2. Guru Pendidikan Islam juga boleh berinteraksi dengan pelajar secara online dengan menggunakan pelbagai medan komunikasi seperti facebook, yahoo group dan sebagainya untuk membuat perbincangan tentang subjek Pendidikan Islam secara online. secara tidak langsung hubungan pelajar dengan guru akan lebih erat.

    3. Latihan-latihan atau kerja rumah untuk pelajar juga boleh dihantar melalui e-mail untuk mempelbagaikan kaedah P&P.

    4. Teknologi juga boleh menjadi salah satu kaedah P&P yang dapat menarik minat pelajar untuk lebih fokus kepada P&P memandangkan pelajar-pelajar kini amat cenderung kepada penggunaan teknologi. Misalnya guru lebih banyak menggunakan perisian powerpoint dalam P&P berbanding menulis di papan hitam atau white board.

    5. Teknologi juga dapat membantu guru menjimatkan masa dalam menyelesaikan sukatan pelajaran dimana penggunaan teknologi seperti tayangan video boleh dilakukan secara serentak kepada semua pelajar pada masa yang sama. Contohnya, tayangan video tentang bagaimana haji dan umrah dilaksanakan.

    6. Guru-guru juga boleh “upload” nota-nota P&P untuk para pelajar melalui email. Jadi secara tidak langsung, jika terdapat pelajar yang tidak hadir ketika P&P berjalan, pelajar tersebut tidak akan ketinggalan .

    7. Penggunaan teknologi juga boleh diaplikasikan dalam set induksi P&P.

    NURAISYAH BT MUHAMAD NASIR A129993

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum mejar…..
    Pada pandangan saya guru PIPAQ boleh menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, antaranya ialah:
    1) Guru PIPAQ boleh mencari video klip yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran supaya boleh menjadi set induksi

    2) Guru boleh mencari gambar yang menarik dari internet yang berkaitan dengan topic pembelajaran supaya pelajar boleh mengaitkan gambar tersebut dengan topic yang akan dipelajari


    3) Guru boleh mengubah cara pengajaran dengan mengajar menggunakan power point

    4) Guru perlu menunjukkan model supaya pelajar lebih faham contohnya topik haji


    5) Guru boleh memasukkan maklumat tambahan dalam blog supaya pelajar dan guru boleh berbincang walaupun di luar kelas.

    6) Guru boleh memasukkan maklumat tambahan berkaitan p&p dalam blog.


    7) Guru boleh menyuruh pelajar melakonkan bab yang terdapat dalam P&P dan merakamkan lakonan tersebut supaya dapat ditonton oleh semua pelajar.

    NURUL SYAHIRAH CHE AHMAD (A128053)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al-Mubarak.

    Di arus zaman globalisasi ini, dunia semakin maju dengan rekaan, ciptaan dan kemudahan-kemudahan yang muncul, lebih-lebih lagi dalam bidang Teknologi atau ICT yang meluas penggunaannya di seluruh dunia.
    Kemudahan seperti ini perlu di ambil endah 0leh guru-guru PIPAQ & PIBA yang bakal menjadi "mudarris" kepada anak bangsa, penggunaan Media Pengajaran dan Pembelajaran dalam kalangan guru dapat membantu melancarkan proses P&P..
    pada pandangan saya,para guru PIPAQ &PIBA perlu manfaatkan kemudahan Tekonologi Pengajaran dan Pembelajaran dengan sebaiknya agar kesannya lebih jelas.
    Antaranya:
    1)Penggunaan "bahan bantu mengajar elektronik mengikut subtopik" oleh guru dapat mempercepatkan proses pemahaman dan mendapat tarikan daripada pelajar.
    2)Pendedahan atau galakan daripada guru kepada pelajar agar mencari maklumat yang berkaitan dengan pelajaran mereka melalui laman sesawang.
    3)Guru perlu menggunakan kemudahan makmal-makmal yang lengkap dengan LCD, OHP dan sebagainya yang telah sediakan oleh pihak sekolah.
    4) Penggunaan perisian teknologi komputer seperti website, blog dan sebagainya sebagai tempat memberi pandangan dan cadangan daripada pelajar berkenaan sesuatu perkara atau isu. Dengan ini juga guru dapat berkomunikasi dengan pelajar di luar waktu sekolah.
    5 ) Aktiviti –aktiviti berkaitan mata pelajaran seperti kuiz dan game yang dapat menarik minat pelajar yang telah tersedia di dalam Komputer boleh digunakan oleh guru-guru.
    6) Penggunaan software yang terdapat dalam komputer seperti M.power point, M.office dan sebagainya boleh dimanfaati oleh guru.
    7)Gambar-gambar dan video yang berkaitan dengan mata pelajaran boleh dimuat turun oleh guru-guru dengan mudah dan cepat kemudian dijadikan sebagai bahan set induksi di dalam kelas.

    Sekian, wassalam.

    NORASHIBAH BT IBRAHIM (A129710)

    ReplyDelete
  16. Mohd Suhaimi Mustafa...A129676
    assalamualaikum mejar jasmy....?

    saya amat bersetuju sekali dengan kursus yang dikemukakan ini,bagi pandangan saya dalam mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai guru PIPAQ & PIBA, adalah :

    1.Memudahkan dan mempercepatkan lagi gerak kerja guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar.

    2.Guru boleh menggunakan power point dalam proses p&p di dalam kelas sebagai metod yang baru selain daripada kaedah yang biasa digunakan.
    3.Boleh menayangkan video-video yang berkaitan dengan topik pelajaran mereka.
    4.Boleh menggunakan sumbernya sebagai cara yang kedua selepas penggunaan buku teks.
    5.Guru boleh menyimpan maklumat-maklumat pelajar dalam satu database yang khusus bagi mengelakkan kehilangan.
    6.Guru akan lebih yakin dalam menjalankan proses p&P dan seterusnya menarik minat pelajar supaya memfokuskan pelajaran yang diajar dengan menunjukkan gambar-gambar real dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar.
    7.Guru boleh menyalurkan maklumat yang penting kepada pelajar melalui email, blog dan laman-laman web seumpamanya untuk bahan bacaan para pelajar.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..
    Saranan saya kepada guru2 PIPAQ, antaranya:
    1.Penggunaan video, audio, cd-rom, grafik yang berkaitan topik pengajaran
    2.Penggunaan powerpoint bagi menarik minat pelajar
    3.Penyampaian maklumat kepada pelajar melalui e-mel dan blog
    4.Mendedahkan pelajar dengan portal maklumat dan laman web berkaitan
    5.Pembelajaran maya dengan mengunakan forum atau emel
    6.Menyediakan latih tubi yang dikawal melalui system
    7.guru manyediakan laman khusus seperti blog yang membincangkan subjek pengajaran

    Siti Solehah Awang Ngah
    A130040

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum w.b.t dan salam ramadhan.......

    Pada pandangan saya guru-guru PIPAQ dan PIBA harus mengaplikasikan dan menggunakan teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka bagi menghasilkan proses p&p yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar. Antara penggunaan teknologi yang boleh digunakan oleh guru-guru PIPAQ dan PIBA ialah:
    1.Guru boleh mencari pelbagai maklumat atau video yang berkaitan dengan pembelajaran pada hari tersebut untuk menarik perhatian pelajar supaya mengikuti proseS P&P di dalam kelas.
    2.Guru boleh memperdengarkan bacaan al-Quran kepada pelajar, contohnya melalui audio atau video dan lain-lain.
    3. Bagi guru PIBA, mereka boleh menunjukkan video yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa arab kepada pelajar bagi merangsang dan menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa arab. Contohnya dengan memaparkan perbualan bahasa arab, animasi dalam bahasa arab dan sebagainya.
    4. Guru juga boleh meggunakan blog untuk menyebarkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran pada hari tersebut supaya pelajar lebih memahami lagi dan dapat mengingati dengan baik tentang apa yang mereka pelajari.
    5. Guru juga boleh menghasilkan power point, nota-nota ringkas, peta minda dan sebagainya untuk diedarkan kepada pelajar.
    6. Guru boleh meminta pelajar untuk melakukan tugasan mereka di dalam Microsoft office word serta memberi bimbingan kepada pelajar untuk mencari maklumat tambahan yang berkaitan dengan topik pelajaran .
    7. Guru PIPAQ dan PIBA juga boleh mencari contoh-contoh soalan peperiksaan dan nota-nota ringkas yang berkaitan dengan topik sebagai rujukan tambahan kepada pelajar selain daripada buku teks.

    Sekian, wassalam.

    NORULAZMALINI BINTI MOHAMOOD (A129665)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum mejar…
    Pada pandangan saya guru PIBA/PIPAQ boleh mengaplikasi penggunaa ICT dalam pross pnp separti guru-guru lain. Antara pandangan yang dilontarkan seperti berikut:
    1) Guru PIBA/PIPAQ boleh menggunakan alat visual untuk proses p&p. Malah ini lebih menarik minat pelajar.
    2) Mereka ini juga boleh menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dimakmal seperti guru-guru susubjek lain. Contohnya untuk memperkukuhkan bahasa arab.
    3) Guru-guru PIBA/PIPAQ boleh menggunakan kelainan dalam proses pnp. Contohnya menggunakan p.point dan bukan hanya white bord.
    4) Guru-guru PIBA/PIPAQ perlu bekerja lebih masa untuk mencari bahan-bahan yang berkisarkan tentangn agama. Malahan denga danya bukti-bukti pelajar akan mudah untuk mempercayai@meyakini.
    5) Pebelajaran secara maya juga perlu diaplikasikan. Dengan ini pelajar akan mudah untuk berinteraksi dan bersoal jawab untuk persopalan-persoalan. Contohnya pembinaan blog seprti yang diperkenalkan oleh major.
    6) Penggunaan telefo bimit juga boleh diguakan oleh guru-guru PIBA/PIPAQ dalam proses pnp. Ia merupakan alat teknologi yang muah dibawa beranding laptop. Dengan itu guru bolh menunjukkan video-video yang berkaitan kepada pelajar.
    7) Guru-guru PIBA/PIPAQ juga boleh menggunakan laman sesawan bersama student. Malahan ini dapat member maklumat kepada keseluruhan studentnya saa ada hadir@tidak hadir. Jika perlu mereka juga boleh mengadakan kuiz melalui laman ini untuk melihat kepekaan pelajar mereka.

    Olh itu guru-guru PIBA/PIPAQ juga perlu menggunakan nikat teknologi yang dibekalkan..
    Sekian…wassalam
    Noraini binti Abdul Aziz (A129690)

    ReplyDelete
  20. Assalamulaikum...
    Bagi pendapat saya,antara sebab guru-guru PIPAQ/PIBA perlu menggunakan teknologi dalam p&p mereka ialah:
    1.dengan ini dapat membuatkan proses p&p berjalan dengan lancar dan tidak boring dikalangan pelajar serta hasil pembelajaran semakin berkesan.
    2.sekiranya ada pelajar yang datang lambat ke kelas kerana ada masalah,guru masih lagi dapat menunjukkan tentang sukatan yang di ajar kepada pelajar kerana ianya boleh digunakan secara berulang-ulang.
    3.selain itu juga dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu lagi membeli buku-buku yang mahal dan membuat salinan yang banyak bagi menyediakan bahan dalam proses p&p.
    4.guru juga boleh memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan tugasan secara individu selepas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar dengan adanya kemudahan teknologi ini.
    5.Guru juga boleh menunjukkan pelbagai video yang berwarna kepada pelajar seperti cara-cara mengambil wudhuk.cara-cara sembahyang yang betul kepada pelajar sebelum megajar kepadanya secara praktikal.
    6.pelajar juga tidak perlu membawa buku yang banyak ke sekolah dengan adanya kemudahan teknologi ini.
    7.Guru juga boleh mempelbagaikan teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar agar mereka dapat mengikuti proses p&p dengan berkesan dan mudah untuk memahami.
    sekian...
    (KHAIRIAH BT MOHD NOR A129707)

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum mejar Jasmy...

    antara sebab guru-guru PIBA/PIPAQ perlu menggunakan teknologi dalam proses p&p mereka adalah:

    1.supaya guru dapat menyediakan p.point yang menarik berbentuk animasi supaya menarik perhatian pelajar dalam p&p

    2.malah dengan ini pelajar tidak lagi merasa boring dan mengantuk di dalam kelas

    3. guru juga tidak perlu kelam kabut dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang sama kerana dengan menggunakan teknologi guru dapat meneruskan pengajaran walaupun kelas yang berbeza.

    4. selain itu,guru boleh menjimatkan kos untuk membeli buku dalam menyediakan bahan dalam p&p

    5. guru dan pelajar juga boleh berinteraksi alam maya

    6. dengan menggunakan teknologi boleh meningkatkan kemahiran ict dalam minda pelajar

    7. apabila guru memberikan tugasan kepada pelajar, pelajar dapat menyelesaikan dengan mudah dengan bantuan p&p.

    Sekian ,
    (Tuan Siti Nooryani bt Tuan Fauzu) A129699

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum mejar..
    Pada pendapat saya,guru-guru PIBA/PIPAQ boleh memanfaatkan ict dalam proses p&p dengan cara:
    1. guru-guru perlu mempunyai kepakaran dalam menjadikan penyampaian menggunakan ict lebih menarik dan mudah diterima pelajar.
    2. Menyediakan power point yang menarik dan boleh mewujudkan suasana yang ceria dan menarik minat pelajar semasa proses p&p.
    3. Guru-guru juga perlu mencari alternatif dengan mewujudkan laman-laman supaya memudahkan pelajar mengakses maklumat-maklumat yang berkaitan dengan subjek yang diajar,selain dapat mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar.
    4. Sentiasa mencari idea-idea baru dalam menambah baik kaedah penyampaian p&p dan menggunakan aplikasi-aplikasi baru yang bersesuaian.
    5. Menjadikan ict sebagai bahan bantu mengajar yang bermanfaat kepada diri sendiri dan pelajar dengan adanya pengembangan maklumat dari semasa ke semasa.
    6. Memasukkan video-video yang berkaitan dengan topik yang ingin diajar sebagai salah satu set induksi dalam proses p&p.
    7. Memasukkan gambar-gambar animasi yang menarik dapat merangsang minda pelajar supaya p&p tidak membosankan.

    FATIHAH BINTI ABDUL AZIZ (A129744)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum....

    bagi pendapat saya tentang penggunaan teknologi dalam P&P di kalangan guru- guru PIPAQ/PIBA amat penting. Antaranya:

    1)guru boleh menggunakan slide show ketika mengajar.Disampimg itu, guru juga perlu memasukkan gambar yang berkaitan dengan tajuk yang diajar.

    2)guru boleh menghantar nota ringkas melalui email kepada pelajar sebagai bahan bantu mengajar yang kedua.

    3)Pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan penggunaan laman web supaya mereka mengumpul lebih banyak maklumat tentang tajuk yang susah difahami seperti dalam bab syariah atau tamadun islam.

    4)menggalakkan pelajar membina blog sendiri agar pelajar dapat berhubung dengan guru dan menggalakkan pelajar supaya membuat refleksi tentang P&P pada hari tersebut.

    5)guru perlu menngalakkan pelajar supaya membuat perbentangan melalui power point..

    6)pelajar perlu mengaplikasikan tajuk yang diajar seperti cara menguruskan jenazah. Terlebih dahulu pelajar perlu didedahkan dengan tayangan video tentang tajuk tersebut agar mudah difahami.

    7)dalam bab tajwid, guru perlu menggunakan al-quran digital sebagai bahan bantu mengajar agar pelajar dapat memperdengarkan bacaan beserta tajwid dengan lebih jelas.
    Rakaman video boleh dilakukan ketika guru memperdengarkan bacaan pelajar dan sekaligus dapat membetulkan bacaannya.

    Nor Asiah bt Abdullah( a129695)

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum
    Mengenai perbincangan diatas, pendapat saya mengenai bagaimanakah guru PIPAQ boleh menggunakan teknologi dalam p&p mereka ialah :
    1)Guru PIPAQ memberikan tugasan berbentuk mencari maklumat atau bahan di internet kepada pelajar berkaitan topik pengajaran
    2)Guru perlu mewujudkan laman perbincangan mengenai subjek yang diajar di internet atau e-learning
    3)Guru PIPAQ menggunakan bahan media untuk set induksi seperti menunjukkan video dan sebagainya
    4)Menggunakan bahan media untuk mendemonstrasikan sesuatu perbuatan yang kurang difahami melalui teori seperti pengajaran topik solat ketika sakit, tayammum, dan sebagainya.
    5)Menyediakan bahan pengajaran berbentuk power point untuk menarik minat pelajar disamping menjadikan pelajar lebih memahami topik pengajaran
    6)Guru menggunakan email pelajar untuk menghantar tugasan tertentu
    7)Guru PIPAQ juga boleh menggalakkan pelajar menggunakan LCD jika terdapat aktiviti pembentangan dalam kumpulan di dalam kelas.

    ASMAT BINTI MOHD ZIN ( A129694)

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Wbt dan Salam Ramadhan..

    Pada pandangan saya bukan guru ict sahaja perlu mempunyai kemahiran berkaitan penggunaan teknologi dalam p&p tetapi guru-guru PIPAQ juga perlu melengkapkan kemahiran tersebut supaya persepsi bahawa guru-guru PIPAQ buta IT dapat dilenyapkan. saranan saya seperti berikut:

    1) Guru perlu mempersiapkan diri berkaitan pegetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi sejak awal lagi.
    2) Guru boleh menggunakan perisian video yang berkaitan dengan topik pembelajaran sewaktu set induksi(contohnya) agar pelajar dalam memberi perhatian dan mempunyai gambaran awal berkaitan topik tersebut.
    3) Menggalakkan interaksi guru dan pelajar secara maya berkaitan pembelajaran diluar waktu p&p agar pelajar dapat merujuk sekiranya mempunyai masalah dalam p&p.
    4) penggunaan teknologi dapat menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar selain memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar.
    5) Guru perlu mengajak dan membimbing pelajar untuk meneroka maklumat dan bahan pengajaran yang terdapat dalam internet.
    6) Guru boleh menggunakan blog dan seumpamanya untuk memuat turun nota-nota pengajaran.
    7) mempelbagaikan kaedah contohnya meminta pelajar mencari bahan seperti video atau maklumat yang berkaitan dengan topik dan meminta pelajar utuk menerangkan kaitannya.
    sekian..

    MAZAWANI BINTI MURAD A130022

    ReplyDelete
  26. Salam Mejar Jasmy.

    Ini adalah saranan saya kepada guru PIBA&PIPAQ dalam penggunaan teknologi bagi sesi p&p. Ia merupakan sesuatu perkara yang amat penting dlm proses pendidikan pada masa kini.Dengan adanya teknologi, guru PIBA&PIPAQ dapat :

    1-Guru-guru dapat menerangkan tentang sesuatu topik yang ingin diajar dengan lebih jelas.contohnya mengunakan video yang berkaitan dengan topik pembelajaran.

    2-Guru dapat mengumpul maklumat dan data pelajar dengan selamat dan cepat.

    3-Mengelakkan pelajar-pelajar agar tidak merasa bosan semasa sesi p&p. Contohnya mengaitkan topik yang ingin di ajar dengan video ataupun gambar-gambar yang menarik.

    4-Guru PIBA dapat mengunakan power point yang menarik bagi mengajar pelajar-pelajarnya. Dengan mengunakan power point, pelajar-pelajar akan lebih minat untuk mengikuti sesi pembelajaran.

    5-Guru dan pelajar dapat berbincang dan berkongsi maklumat melalui blog,yahoo group dan banyak lagi.

    6-Guru dapat mengunakan video atau gambar dalam set induksi untuk menarik minat pelajar.

    7-Dapat mendedahkan kepada pelajar berkaitan dengan isu-isu semasa dan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran dengan lebih meluas.

    Wallahu'alam...

    SITI SAADAH MOHAMED (A129673)

    ReplyDelete
  27. MUHAMMAD NAJMI BIN AHMAD
    A126902

    Assalamualaikum & Salam Ramadhan Mejar,
    Bagi pendapat saya,penggunaan teknologi sangat penting dalam P&P pada masa kini.Hal ini tidak dikecualikan juga bagi guru yang mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam & Al-Quran.
    Pada pendapat saya 7 saranan tersebut ialah:
    1)Guru boleh memberi kerja rumah kepada para pelajarnya melalui yahoo mail.
    2)Guru juga boleh memberi gambaran visual yang lebih jelas tentang penerangan bagi tajuk yang di ajar pada hari tersebut melalui video & audio.Hal ini mampu memudahkan para pelajar lebih memahami tentang penyampaian guru tersbut.
    3)Guru juga mampu menggunakan software seperti powerpoint untuk menjalankan P&P dalam kelas,dan sekaligus guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membuat penjelasan ayat seperti dalam buku teks.Hal ini demikian kerana melalui powerpoint hanya akan dimasukkan isi-isi penting sahaja sementara guru hanya perlu menjelaskan isi-isi tersebut.
    4)Di samping itu,guru juga mampu untuk mempelbagaikan sumber rujukan melalui laman web yang boleh di layari di laman web tertentu.Hal ini dapat membantu guru-guru untuk lebih berjimat cermat tanpa membeli buku-buku yang banyak bagi membantu mereka untuk membuat rujukan.
    5)Selain itu,melalui penggunaan teknologi computer juga,guru boleh membantu para pelajar untuk memberi nota-nota ringkas tentang mata pelajaran yang telah dipelajari.Hal ini juga dapat membantu para pelajar yang ketinggalan di dalam kelas semasa P&P sedang dijalankan.
    6)Sehubungan itu,bukan guru sahaja yang akan mahir dalam penggunaan teknologi ini,malah para pelajar juga mampu untuk melatih diri mereka menggunakan teknologi tersebut seperti penggunaan powerpoint,LCD dan video serta audio semasa mereka melakukan pembentangan di dalam kelas.
    7)Sehubungan itu,guru juga mampu untuk menarik minat para pelajar semasa P&P sedang dijalankan.Hal ini demikian kerana para akan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran guru melalui paparan yang ditayangkan dihadapan kelas.Guru boleh menggunakan teknik animasi,video ringkas serta gambar-gambar bagi menarik minat para pelajar mereka.

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum…
    Pandangan saya ialah:
    1. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan melalui teknologi adalah adalah salah satu caranya agar pembelajaran lebih berkesan.
    2. Selain itu, akan lebih memudahkan guru misalnya menggunakan Al-Quran digital, power point sebagai alat bantu pengajaran yang berkesan.
    3. Pemikiran para pelajar akan lebih berkembang dan tidak akan buta IT malahan dapat mencari input-input yang bersesuaian dengan pembelajaran yang di ajar guru.
    4. Selain itu, tidak ada pelajar yang akan tercicir dalam pembelajaran sekiranya teknologi di aplikasikan dalam pembelajaran..contohnya pelajar dapat belajar melalui video ataupun power point walaupun pelajar itu tidak hadir pada hari subjek itu di ajar atau uploadkan nota.
    5. Guru juga dapat berinteraksi atau mengadakan ruang perbincangan dengan pelajar atas talian @ online melalui yahoo group, blog misalnya.
    6. Selain itu, penggunan animasi, video yang bersesuaian dengan subjek akan lebih menarik minat pelajar untuk fokus terhadap tajuk yang di ajar.
    7. Penggunaan teknologi dapat membantu guru untuk menyalurkan maklumat-maklumat terkini kepada pelajar.
    SITI NUURQHAIRINA BINTI JUSOH
    A126827

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum,
    Penggunaan teknologi di dalam pendidikan merupakan sesuatu yang tidak asing lagi di negara kita. Sebagai seorang guru yang berkualiti, strategi pengajaran yang digunakan perlulah bersesuaian dengan peredaran masa yang mana dewasa kini, teknologi telah diterima dan diguna pakai oleh semua individu secara meluas di seluruh dunia. Sebagai seorang guru PIPAQ, mereka boleh menggunakan teknologi ini di dalam pengajaran mereka dengan cara :
    1) Menggunakan teknologi video sebagai satu medium bahan bantu mengajar (BBM) supaya pelajar lebih mudah untuk memahami pengajaran yang disampaikan dengan melihat sendiri secara visual.
    2) Menggunakan slaid powerpoint untuk tujuan pengajaran kerana dengan adanya slaid berkenaan, pelbagai unsur dapat diterapkan dan seterusnya dapat menarik minat pelajar.
    3) dengan penggunaan teknologi juga, guru-guru PIPAQ dapat memberikan nota kepada pelajar secara lampiran ataupun secara soft copy.
    4) Selain itu, penggunaan teknologi juga dapat menjimatkan masa guru untuk mengajar kerana tidak perlu menulis di papan hitam mengenai perkara yang sama di kelas yang berbeza.
    5) Dengan adanya teknologi juga, guru-guru akan dapat menyampaikan maklumat yang terkini yang boleh diperolehi daripada internet tetapi guru berkenaan perlulah menapis terlebih dahulu bahan yang hendak dikongsikan itu.
    6) Boleh menunjukkan tayangan video ataupun rakaman suara berkenaan pengajaran yang hendak dijalankan.
    7) Guru-guru dapat berkongsi maklumat dengan guru atau rakan di tempat lain berkenaan bahan atau teknik yang digunakan untuk pengajaran secara maya.

    Sekian,
    Mohd Hafiz Bin Husin
    A124287
    (pendidikan khas)

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum..
    Pada pandangan saya guru pendidikan islam dan pendidikan al-quran PIPAQ juga perlu mengunakan ict dalam proses p&P kerana dapat memberi banyak munafaat kepada pelajar, antaranya ialah=
    1. Dapat memberi gambaran yang lebih jelas kapada pelajar mengenai sirah ummat dahulu melalui tayangan video.

    2. Dapat menyediakan pawer poin yang lebih simple tentang topic yang ingin diajarkan agar pelajar lebih mudah faham


    3. Pelajar yang ketinggalan sukatan pelajaran kerana tidak hadir ke sekolah masih dapat belajar topic tersebut melalui rakaman video

    4. Dapat mengembangkan minda pelajar bahawa maklumat pendidikan islam boleh dicari melalui internet


    5. Dapat meringankan kerja guru semasa mengajar kerana tidak perlu lagi menulis nota diatas papan hitam.

    6. Boleh mengelak daripada pelajar bosan/ boring semasa belajar.


    7. Maklumat terkini dapat ditunjukkan kepada pelajar

    MOHD KHAIRI BIN AHMAD
    A129724

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum majer dan Salam Ramadhan..
    Pada pandangan saya,guru PIPAQ tidak boleh buta dan lenyap dalam penggunaan ICT..Guru PIPAQ juga tidak boleh mundur dan menjadi orang yang terkebelakang dalam ICT ini..
    Antara 7 cara penggunaan guru PIPAQ dalam ICT adalah:
    1) Dalam P&P, guru boleh menggunakan slide untuk membantu pelajar memahami sesuatu pengajaran
    2) Visual juga sangat diperlukan di dalam slide agar pelajar tidak menggantuk mendengar penerangan guru dan akan lebih memahami.
    3)Ilmu Al-quran boleh dibuat secara online untuk pelajar mengikuti pembacaan yang betul
    4)Perbincangan secara online tentang ilmu PI boleh dilakukan melalui email atau facebook
    5)Hukum Tajwid di dalam Al-Quran boleh ditunjukkan satu persatu dengan membuat slideshow.
    6) Pembuatan model dalam menerangkan sesuatu tajuk yang berkaitan.
    7) Mengajar pelajar untuk mencari bahan-bahan kerja rumah yang diberikan di dalam internet kemudian membuat powerpoint mengikut pemahaman yang didapati.

    NURSYUKRIAH BT HJ OMARALI
    A126677

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum dan Salam Ramadhan…
    Saya berpendapat,bagi menjadikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. Antara 7 cara tersebut ialah:
    1. Menggunakan teknologi berbentuk video dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini mampu menarik minat dan tumpuan para pelajar bagi meneruskan pembelajaran mereka dan memudahkan proses memahami dan mengingat.
    2. Penggunaan teknologi berbentuk audio juga adalah wajar dilakukan kepada sesetengah tajuk seperti bacaan Quran. Guru boleh mencari beberapa bacaan daripada Qari dan Qariah tempatan dan luar Negara,yang mana bacaan mereka mampu diikuti oleh para pelajar contohnya dalam mempelajari makhraj huruf dan tajwid.
    3. Pengajaran dan pembelajaran juga boleh berlaku secara maya. Di samping memberi input berkenaan dengan subjek yang diajar,guru juga boleh membantu pelajar menggunakan kemudahan internet dalam mempelbagaikan proses pembelajaran mereka. Contohnya, guru memberi tugasan tertentu didalam blog dan para pelajar perlu mengakses dan menyelesaikan tugasan tersebut.
    4. Penggunaan papan tulis di kelas adakalanya mewujudkan perasaan bosan dalam diri pelajar. Justeru, guru bolehlah menggunakan kemudahan power point yang menarik ketika membentangkan tajuk pada hari itu.
    5. Guru juga boleh memberi tugasan kepada pelajar supaya mencari beberapa maklumat tertentu di laman sesawang yang berkenaan dengan tajuk yang bakal diajar. Jadi, secara tidak langsung, para pelajar telah mendapat sedikit gambaran mengenai tajuk.
    6. Bagi menjimatkan masa menyalin nota di kelas, guru boleh mengemailkan nota kepada para pelajar.
    7. Jika terdapat kekangan seperti penggunaan elektrik dan penempahan bilik komputer yang terhad,guru bolehlah menyediakan sendiri bahan bantu mengajar yang ada di sekeliling dan ianya familiar dalam kehidupan para pelajar contohnya handphone,lampu suluh dan sebagainya bagi membuat perkaitan dengan tajuk pengajaran.

    SITI RAWAIDA BINTI ROSLI
    A126960

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum, Salam Satu Malaysia Majer Jasmy…
    Selaras dengan perkembangan teknologi dan inovasi dalam pendidikan,semua guru perlu menggunakan teknologi maklumat sebagai salah satu langkah pengaplikasian pembelajaran. Pada pendapat saya,bagaimana guru-guru PIPAQ boleh menjadikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka ialah dengan cara :
    1) Penggunaan video dan animasi yang menarik dalam pembelajaran ibadah solat contohnya, akan membantu pelajar supaya lebih faham dan lebih berminat untuk mendalami ilmu agama.
    2) Guru boleh memanfaatkan teknologi komunikasi seperti blog, email, facebook dan sebagainya sebagai medan interaksi antara guru-guru dan para pelajar yang mungkin kurang faham tentang pelajaran yang diajar didalam bilik darjah.
    3) Pembelajaran topik subjek dalam bentuk power point dengan kreativiti guru menyelitkan video dan audio dalam pembelajaran akan memberangsangkan minat pelajar untuk memberi tumpuan sepenuhnya didalam kelas disamping menjana minda para pelajar.
    4) Rakaman bacaan alquran dalam bentuk softcopy dengan tajwid yang betul dalam proses p&p juga boleh membantu pengaplikasian budaya ilmu dan menjadikan proses p&p lebih menarik dan berkesan.
    5) Penggunaan internet sebagai rujukan sekunder dan bacaan tambahan selain buku teks oleh guru akan membantu para guru menerangkan sesuatu pembelajaran dengan lebih mendalam dan berkesan.
    6) Guru-guru juga boleh menjadikan video yang berbentuk ilmiah dan nasihat sebagai salah satu teknik bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian yang mereka jalankan contohnya video tentang akibat orang yang derhaka pada ibu bapa.
    7) Dalam pengajaran Al-quran ,guru boleh menunjukkan pelajar bacaan-bacaan daripada ulama’ yang terkenal dan terjemahannya supaya pelajar memahami ayat-ayat Al-quran yang diperdengarkan.

    Wallahu ‘alam
    (AINN FARHANA BINTI SAMAH )
    (A 131058)

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum wbt
    bagi pandangan saya, terdapat pelbagai kaedah dan cara dalam menyampaikan pengajaran bagi seorang insan yang bergelar guru, antaranya juga melalui penggunaan teknologi yang tersedia ada pada hari ini, guru-guru terutamanya guru dari PIBA/PIPAQ seharusnya mengunakan kelebihan teknologi ini untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas nanti. 7 saranan bagaimana guru-guru PIBA/PIPAQ boleh menjadikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka ialah:
    1. Guru-guru PIBA seharuslah mempelajari kemahiran-kemahiran komputer dengan lebih mendalam dan terperinci supaya setiap proses dalam penggunaan teknologi dapat digunakan dengan lancar dan terkehadapan.
    2. Guru-guru PIBA seharusnya sentiasa mencari kaedah-kaedah pengajaran yang baru dengan menggunakan teknologi dalam memberi kefahaman kepada pelajar mereka.
    3. Proses pengajaran dan pembelajaran mereka perlulah diselitkan dengan penggunaan teknologi bagi menambahkan lagi kefahaman dan realiti sesuatu topik yang diajar , sebagai contoh amalan-amalan haji dan umrah diterangkan lagi dengan tontongan video-video tentang amalan haji dan umrah.
    4. Guru-guru boleh menggunakan kelebihan teknologi dalam menjalankan perbincangan di antara pelajar dan guru seperti penggunaan email,blog dan group.
    5. Sentiasa menggunakan alat-alat dan model berbentuk teknologi dalam memberikan pernerangan kepada pelajar seperti pengunaan quraan digital untuk memperelokkan dan melagukan bacaan quraan.
    6. Dalam menyampaikan pengajaran guru-guru bolehlah menggunakan paparan ataupun audio yang boleh menarik lagi minat pelajar untuk mengikuti topic-topik yang diajar seperti penggunaan pawer point ataupun movie maker.
    7. Guru-guru PIBA juga boleh memberi tugasan kepada pelajar dengan tugasan yang memerlukan kepada penggunakan teknologi dalam menyiapkan tugasan tersebut. Sebagai contoh membuat vedio mengenai kaedah bertayammum.

    ReplyDelete
  36. Pada pandangan saya, semua guru termasuklah guru Pendidikan Islam perlu mengikuti arus pemodenan yang kini semakin meluas dari sehari ke sehari, terutamanya di dalam bidang ICT. Ini kerana, keperluan pelajar-pelajar pada masa kini lebih cenderung kepada ICT, jika bidang ICT diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar mungkin lebih seronok untuk mengikuti proses P & P di dalam kelas.

    Berikut adalah saranan saya dalam melaksanakan teknologi di dalam P & P

    1. Kebiasaannya, para guru di sekolah menyampaikan pengajaran mereka hanya di papan kenyataan atau papan hitam sahaja, tetapi dengan penggunaan teknologi, guru-guru sekarang bolehlah menggunakan aplikasi power point untuk menyampaikan maklumat yang akan di ajar, dengan penggunaan latar belakang yang menarik serta yang berkaitan dengan subjek yang di ajar.

    2. Penggunaan tayangan video juga menarik minat kepada pelajar, dengan itu pelajar dapat mengaitkan isi kandungan video yang ditayangkan dengan keberkaitan di antara subjek yang diajar oleh guru.

    3. Selain itu, penggunaan animasi di dalam pembelajaran juga dapat meninggikan lagi tahap pemahaman pelajar seperti animasi bergerak mengenai cara untuk bersolat, cara tayammum.

    4. Guru juga perlu mendedahkan kepada pelajar bagaimana cara untuk mencari bahan pembelajaran yang berkaitan dengan subjek yang di ajar, selain itu aplikasi menjawab soalan peperiksaan online juga dapat membantu pelajar. Dengan itu, para pelajar tidak akan terikat dengan soalan pada buku sahaja.

    5. Melalui penglibatan pelajar dalam yahoo group, pelajar boleh mendapatkan nota-nota terkini daripada guru mereka.

    6. Mendedahkan kepada pelajar pembentangan melalui power point, dengan itu pelajar lain dapat mengikuti pembentangan yang dilakukan dengan baik.

    7. Penggunaan blog juga dapat menyebarkan maklumat kepada pelajar, selain itu pelajar dapat memberi pandangan terus kepada maklumat yang telah dipaparkan.

    SYUHADA BT MOHAMAD SABRI A129706

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum mejar jasmy…..
    Pada pandangan saya , penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kepada guru PIBA dan PIPAQ. Oleh itu, guru –guru perlu mempunyai kemahiran ini dan perlu mengaplikasikannya melalui beberapa cara. Antaranya ialah:
    1)guru boleh mendedahkan pelajar dengan pelbagai kaedah seperti menggunakan blog, facebook laman web dan sebagainya agar pelajar dapat mengetahui maklumat dengan lebih jelas dan luas.
    2) guru juga perlu mengggunaan slide power point yang menarik agar pelajar tidak merasa bosan dan mengantuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
    3)guru –guru juga boleh mengup-load nota-nota kepada semua pelajar dalam yahoo group atau spin.
    4) selain itu, penggunaan animasi yang menarik , gambar bergerak juga penting kerana cara ini akan menarik pelajar supaya lebih bersemangat dan memahami subjek yang diajar dengan lebih baik.
    5) guru perlu memasukkan video-video yang berkaitan dengan subjek berkenaan sebagai set induksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.contohnya, seperti menunjukkan video berkenaan dengan solat,membaca al-quran dan sebagainya.
    6)guru juga boleh menggunakan CD-room atau cd yang berkenaan sebagai alat bantu mengajar.
    7)selain itu, guru juga boleh menggunakan model supaya pelajar mendapat penerangan dengan lebih jelas melalui pengaplikasian tersebut. Contohnya dalam bab solat, tayammum,pengurusan jenazah dan sebagainya.
    SUHAIDA BT ISMAIL
    A129674

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum wth…
    Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran guru PIPAQ memberi banyak faedah kepada guru dan pelajar. Antara cara yang boleh dilakukan ialah:
    1) Guru PIPAQ boleh menunjukkan video atau gambar berkaitan subjek pembelajaran kepada pelajar. Proses P&P akan lebih berkesan melalui contoh yang dipaparkan.
    2) Penggunaan Power Point yang menarik, seperti dikombinasikan bersama rakaman video, audio dan lagu lebih menarik minat pelajar untuk memberi perhatian di dalam kelas. Guru juga boleh menggunakan aplikasi lain seperti permainan berkaitan topik. Pelajar juga tidak akan berasa bosan semasa P&P melalui aktiviti permaianan yang dijalankan.
    3) Penggunaan teknologi memudahkan guru dalam menyiapkan bahan bantuan mengajar. Guru PIPAQ tidak perlu membawa bahan BBM ke dalam kelas seperti kad huruf al-Quran yang banyak kerana ia telah diprogramkan ke dalam komputer.
    4) Guru juga boleh mengambil maklumat terkini melalui internet dan sumber-sumber lain yang pelbagai. pelajar tidak hanya didedahkan dengan maklumat daripada buku sahaja tetapi turut mendapat maklumat baru yang pelbagai.
    5) Guru juga dapat berkomunikasi dengan pelajar melalui aktiviti maya seperti Facebok, Blog, Twitter dan sebagainya.
    6) Guru boleh mengupload isi pembelajaran untuk para pelajar. Para pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dengan mudah.
    7) Selain itu, bahan teknologi juga boleh digunakan untuk peperiksaan dan semakan markah. Soalan-soalan dapat dibuat dan disimpan dengan mudah.

    MOHAMAD AKMAL AMALI B JAMALUDDIN A126874

    Syukran..

    ReplyDelete
  39. Salam Mejar Jasmy..
    Guru-guru PIPAQ boleh menjadikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan:-
    1)Guru-guru PIPAQ seharuslah mempersiapkan diri dengan menguasai ilmu kemahiran teknologi dan cara pengendalian bahan-bahan yang berunsurkan teknologi seperti destop,laptop,LCD dan sebagainya.
    2) Guru-guru PIPAQ boleh mendapatkan input-input tambahan daripada CD,DVD,dan Video mengenai silibus Pendidikan Islam daripada pihak Kementerian Pendidikan mahupun pihak penjual bagi melicinkan proses P&P
    3) Guru-guru PIPAQ juga hendaklah mempunyai laman sosial seperti Yahoo Massenger,FaceBook,Twitter,Frendster..sekurang-kurangnya guru tersebut hendaklah ada 1 laman social bagi memudahkan hubungan interaksi dengan pelajar.
    4) Guru-guru PIPAQ hendaklah sentiasa memanfaatkan kemudahan internet yang ada untuk tujuan penambahan baikkan dalam proses P&P dan mencari idea untuk menjadikan kelas tersebut sentiasa disukai pelajar.
    5)Dengan adanya laman social seperti Skype dan Yahoo Masengger(video call), Guru-guru PIPAQ boleh menghubungkan pemeriksa kertas soalan dan penggubal kertas peperiksaan dalam memberi penerangan mengenai cara menjawab peperiksaan.Hal ini dapat menjimatkan pelbagai kos.
    6) Guru-guru PIPAQ boleh mengarahkan pelajar membuat video tentang sesuatu bab bagi menjimatkan masa.seperti contoh video cara mengambil wudhuk..
    7) ) Guru-guru PIPAQ boleh menghantarkan nota,kertas kerja dan kerja rumah kepada pelajar-pelajar menggunakan email yang ada pada setiap pelajar.
    Sekian,t.k
    nur hadi ibrahim(a127749)

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum Mejar Jasmi,pada pandangan saya, penggunaan ICT merupakan kemudahan yang amat penting pada masa ini. Justeru itu,semua guru tanpa berkecuali harus menggunakan alternatif ini bagi membudayakan penggunaan teknologi tersebut. Di antara pendapat dan buah minda saya dalam mengaplikasikan perkara tersebut ialah :

    1. Bertukar-tukar idea dalam mempelbagaikan persembahan pengajaran dalam bentuk ICT dengan guru-guru lain.
    2. Mengupload setiap tajuk-tajuk yang telah/akan dibincangkan di dalam laman web sedia ada.
    3. Guru juga perlu memasukkan setiap bahan-bahan yang penting di dalam bentuk power point bagi memudahkan pelajar mengakses bahan tersebut pada bila-bila masa.
    4. Memberi kerja rumah kepad murid-murid dalam bentuk Microsoft word.
    5. Guru matapelajaran Pendidikan Islam juga boleh mewujudkan laman web sosial berkenaan subjek yang diajar
    6. Melalui ICT juga,mereka boleh berbincang hal berkaitan matapelajaran melalui chat ataupun emel.
    7. Akhir sekali, menggunakan sepenuhnya alat bantu mengajar ICT seperti OHP,LCD Projektor dan sebagainya bagi menarik minat pelajar.

    Sekian Wassalam
    Muhammad Mu’az bin Mahani
    A130311

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum mejar..
    Di sini saya kemukakan beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh guru-guru PIPAQ untuk mereka aplikasikan kemudahan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
    1. Membuat tayangan video atau gambar bagi memudahkan pelajar memahami tajuk yang diajar. Contohnya seperti dalam bab tayammum, solat, zakat dan sebagainya.
    2. Menggunakan Power Point sebagai alat BBM di dalam kelas bagi menggantikan penggunaan papan hitam atau papan putih.
    3. Guru dan pelajar boleh mengadakan perbincangan secara “online” dengan menggunakan blog, facebook, friendster dan sebagainya.
    4. Memperdengarkan bacaan ayat-ayat hafazan kepada pelajar dengan memasang CD atau kaset.
    5. Membuat kuiz atau permainan yang berunsurkan penggunaan teknologi.
    6. Menggunakan projektor atau OHP sebagai alat BBM.
    7. Menggunakan kemudahan teknologi bagi menyimpan data dan maklumta yang berkaitan dengan pelajar.
    Muhammad Bin Razali (A129882)

    ReplyDelete
  42. Assalmualaikum w.b.t
    Pada pandangan saya ,guru-guru PIPAQ/PIBA boleh menjadikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka dengan pelbagai kaedah .Antaranya ialah:
    1-Guru-guru PIPAQ/PIBA boleh mengaplikasikan Microsoft power-point dalam sesi pengajaran yang mana mereka dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi kepada para pelajar berkaitan dengan sesuatu topik melalui paparan gambar dan video. Secara tidak langsung,para pelajar bukan sahaja dapat memahami bahkan dapat menarik perhatian mereka untuk terus mengikuti sesi pembelajaran.
    2-Guru-guru juga dapat mengajar para pelajar berkaitan cara yang sepatutnya untuk mencari sesuatu maklumat yang tepat seperti masalah hukum -hakam melalui internet kerana bukan semua pelajar dapat mencarinya dengan baik.Oleh yang demikian,dengan cara atau teknik yang sepatutnya, para pelajar dapat mencari dan mendapatkan sesuatu maklumat melalui sumber-sumber yang sahih.
    3-Guru-guru dapat melatih para pelajar untuk sentiasa aktif dalam melibatkan diri di dalam kelas melalui pertandingan atau pembentangan sesuatu topik daripada semua pelajar di dalam kelas.
    4-Guru-guru boleh menyediakan maklumat tambahan kepada para pelajar melalui penggunaan email,facebook atau blog.
    5-Guru boleh menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik melalui aktiviti forum secara online atau perbincangan dengan para pelajar tentang topic yang sukar untuk difahami oleh pelajar.
    6-Guru boleh menggunakan animasi dalam sesi pengajaran di samping memperdengarkan ayat-ayat suci Al-quran kepada pelajar semasa mengajar
    7-Guru boleh menyediakan latih tubi kepada para pelajar

    NURUL AKMA BT HASSAN (A127591)

    ReplyDelete
  43. Pada pendapat saya tentang penggunaan teknologi dalam P&P bagi para guru PIPAQ & PIBA amatlah penting. Antara saranan saya ialah:

    1. Menggunakan teknologi seperti komputer untuk menyediakan bahan pengajaran yang lebih berkesan seperti penggunakan power point @ animasi yang dapat menarik minat para pelajar semasa mengajar.
    2. Menggunakan kemudahan email @ web untuk memberi maklumat-maklumat kepada para pelajar secara maya.
    3. Dapat menyediakan set induksi yang menarik kepada para pelajar semasa P&P berlangsung.
    4. Dapat menunjukkan bukti-bukti yang terdapat di luar negara melalui internet yang dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar dalam sesuatu subjek yang diajar.
    5. Membuat persediaan yang terancang bagi sesuatu topik yang hendak diajar seperti memasukkan video @ gambar-gambar yang berkaitan dengan topik yang hendak diajar supaya pelajar lebih memahami tentang topik tersebut.
    6. Menggalakkan pelajar supaya menggunakan teknologi moden seperti menggunakan power point semasa sesi pembentangan oleh para pelajar supaya para pelajar menjadi seorang individu yang celik IT.
    7. Akhir sekali, sentiasa menggunakan teknologi yang ada supaya sesi P&P dapat berjalan dengan lancar kerana pengajaran yang diajar dapat difahami oleh para pelajar.

    Sekian terima kasih.

    SITI RAIHAN BINTI SAPIAIN @ SHAFIE
    A129672

    ReplyDelete
  44. Ahmad Mustakim Enzil (A130357) Salam.Teknologi adalah ilmu kurniaan Allah swt kepada manusia untuk menguji manusia samada mereka dapat menggunakan pemberian Allah ini kearah kebaikan dan keburukan. Setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah s.w.t. semestinya ada baik dan ada buruknya. Jadi terpulanglah kepada manusia untuk memilih jalan mana tapi setiap amal kebaikan itu akan beroleh 10 kali ganda ganjaran manakala setiap amal buruk itu akan dibalas setimpal juga.

    1. Teknologi perlu bertindak sebagai bahan bantu mengajar, bukannya pengajar. Ini kerana pendidikan yang berkesan merupakan proses yang disertai penghayatan ilmu daripada seorang guru kepada pelajarnya. Pendek kata, proses pendidikan itu memerlukan peratus sentuhan manusia yang tinggi.

    2. Penggunaan teknologi dalam pendidikan perlu menghindari unsur-unsur maksiat yang boleh menghilangkan cahaya ilmu seperti pornografi, ideology yang bercanggah dengan agama, pendedahan aurat, iklan yang merosakkan serta perkara melalaikan. Kerana ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan bersama pelaku maksiat.

    3. Penggunaan teknologi perlu disertakan dengan elemen kerohanian dan dakwah kerana teknologi yang melalaikan manusia dari mengingati Allah tidak bermakna di sisi Allah. Justeru, setiap mata pelajaran perlu disertakan dengan perbincangan yang meningkatkan iman seperti betapa hebatnya Allah menyusun ilmu matematik, betapa bijaknya Allah memberikan akal dan ilham kepada manusia sehingga membolehkan manusia itu menciptakan sesuatu teknologi.

    4. Guru perlu memberi nasihat, targhib dan tarhib kepada pelajar supaya memanfaatkan teknologi untuk kebaikan dan mengelakkan daripada digunakan untuk tujuan tidak baik.

    5. Guru perlu membuat garis panduan dan kawalan terhadap pelajarnya dalam penggunaan teknolgi supaya sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah.

    6. Guru perlu membimbing pelajar mencari dan menapis maklumat bagi mengelakkan mereka mendapat maklumat yang tidak tepat.

    7. Guru perlu menggunakan teknologi sebagai alat bantu mengajar bagi menarik perhatian pelajar dan member maklumat lebih jelas terhadap apa yang disampaikan.

    Kesimpulannya, Allah akan memberikan kefahaman kepada guru yang mendidik dan pelajar yang dididik bukan dengan asbab sejauh mana kecanggihan teknologi digunakan dalam pengajaran, tetapi berdasarkan sejauh-mana ikhlasnya seseorang guru menyampaikan ilmunya. Sesungguhnya guru hanya mendidik dan pelajar hanya belajar, tetapi yang member ilmu dan kefahaman itu ialah Allah swt. Apa yang baik dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan saya sendiri, hakikatnya semua dari Allah swt. Dan Allah lebih mengetahui hakikat sebenar

    ReplyDelete