Friday, August 13, 2010

QKS 2120 BOLA TAMPAR SEM 1 2010/2011 KI DALAM KO-K



Kemahiran Insaniah atau KI juga disebut soft skill merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika ini. Kurikulum yang digubal menjadi satu kesinambungan apabila ia dilakukan di luar kelas pembelajaran yang dipanggil aktiviti ko-kurikulum. Pada kebiasaannya ia berbentuk praktikal bagi aspek teori yang telah dipelajari di dalam kelas. Justeru bagi pembentukan akademik dan sahsiah yang cemerlang di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di universiti, adalah amat penting aspek KI ini menjadi teras dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Tugasan anda:-

* Berasaskan aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang dijalankan, beri 7 saranan anda bagaimana aspek KI ini dapat diperolehi.

* Sertakan di akhir perbincangan NAMA dan No. Pelajar

* Gunakan bahasa perbincangan yang formal.

* Sila buka account email gmail untuk post comment

* Hantar sebelum 21 Ogos 2010.


33 comments:

  1. Kemahiran Insaniah merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seharian seseorang mahasiswa. Terdapat 7 kemahiran insaniah yang dititiberatkan oleh pihak universiti sepanjang aktiviti ko-kurikulum dijalankan iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis, kemahiran keusahawaan dan etika dan nilai professional.
    Melalui aktiviti bola tampar saya telah mempelajari kemahiran komunikasi. kemahiran komunikasi sangat dipraktikan semasa setiap perjumpaan kumpulan kami. Hal ini kerana hampir setiap perjumpaan memerlukan kami untuk membuat perbincangan di dalam kumpulan kecil dan membentangkan kepada semua ahli kumpulan.Selain itu, kami juga dikehendaki untuk berkomunikasi dengan fasilitator kami iaitu Mr.Jasmee.
    Pembelajaran sepanjang hayat dan berterusan adalah perlu dan melibatkan usaha dalam memperolah ilmu pengetahuan yang baru.Aktiviti kokurikulum ini adalah pembelajaran yang dipelajari melalui pengalaman.Sebagai contoh teknik- teknik yang diajar boleh dilaksanakan dengan jayanya , dengan mempraktikkan ilmu yang telah diajar dan dapat bermain dengan baik pada masa hadapan.Selain itu, kami juga berlatih semua teknik yang di ajar setiap minggu di mana kami tidak lupakan sebarang teknik yang diajar.
    Kemahiran setrusnya adalah kemahiran berpasukan. Kemahiran ini adalah banyak dipraktikan apabila kami diberi tugasan untuk pembentangan dan drama. Kemahiran amat diperlukan kerana ini dapat mengurangkan beban sesuatu tugasan dan pada masa yang sama ianya membantu kami mendapat pelbagai idea yang menarik.
    Kemudian, etika dan nilai professional adalah kemahiran insaniah yang Dalam kemahiran ini, nilai dan etika amat penting dan harus diamalkan sepanjang hayat, sebagai contoh, pengurusan masa iaitu sentiasa datang awal setiap kali perjumpaan diadakan. Selain itu, sikap tidak hadir ke aktiviti tanpa alasan yang munasabah juga patut dielakkan.
    Seterusnya, kemahiran kepimpinan turut ditekankan.pelajar secara umunya merupakan seorang pemimpin sama ada sebagai pemimpin kepada dirinya sendiri ataupun pemimpin kepada masyarakat pelajar yang lain.kemahiran amat penting kerana setiap kumpulan memerlukan seseorang ketua untuk memimpin mereka. Seorang ketua harus mempunyai kemahiran ini untuk memimpin kumpulan tersebut. Sebagi contoh ketua kumpulan kami meminta kami untuk memakai baju merah untuk menyeragamkan semua ahli. Selain itu ketua kumpulan kecil kami LEO, semasa membuat persiapan untuk pembentangan dia menyediakan tempat dan masa dan juga memberitahu semua ahli kumpulan tentang perjumpaan tersebut.
    Pemikiran kritis juga merupakan kemahiran yang amat penting kerana sebagai mahasiswa kita memerlukan kemahiran ini untuk menyelesaikan masalah harian kita. Sebagai contoh , semasa pembentangan kumpulan sarah dimana pembentanga mereka tentang pemikiran kritis kami diberi sehelai kertas yang mengandungi 9 titik dan kami diminta untuk cantumkan tanpa alihkan pencil. Ini adalh salah satu contoh dimana pengunaan pemikiran kritis.
    Kemahiran seterunya ialah kemahiran keusahawanan. Kemahiran ini merupakan kemahiran pengurusan aktif sebagai satu pendekatan yang berdasarkan kepada situasi dalam perniagaan iaitu mempengaruhi seseorang secara positif dengan menggalakkan mereka mencungkil potensi yang ada pada diri sendiri. Walaupu kami tidak praktikan kemahiran ini, tetapi kami akan menggunakannya pada masa yang akan datang semasa mengadakan pertandingan.
    TILLAI SHARIMALA A/P SUMASUNDRAM
    151669

    ReplyDelete
  2. Sejajar dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, kemahiran insaniah atau juga lebih dikenali sebagai ‘soft skills’ menupakan satu elemen penting dalam meahirkan ganerasi pelapis yang cemerlang, gemilang dan terbilang di persada global. Seperti yang semua sedia maklum, kemahiran insaniah terdiri daripada 7 nilai utama iaitu kemahiran kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat, pemikiran kritis, etika dan nilai professional serta kemahiran keusahawanan.
    Ketujuh-tujuh nilai tersebut selalunya tidak dapat diperolehi semudahnya dalam menghadiri kuliah-kuliah seharian bagi seseorang mahasiswa itu. Sebaliknya, aktiviti sampingan di luar waktu kuliah banyak membantu dalam memupuk nilai-nilai kemahiran insaniah tersebut. Sebagai contoh, dengan menghadiri kokurikulum berkredit terutamanya bola tampar ini telah sedikit sebanyak membantu saya dalam menerapkan nilai-nilai ‘soft skill’ dalam diri ini.
    Kemahiran kepimpinan merupakan satu aspek penting dalam menjana mahasiswa berkualiti. Menerusi aktiviti-aktiviti seperti menjadi ketua dalam melakukan regangan pada setiap kali perjumpaan telah membantu saya dalam menjadi seorang pemimpin walau untuk seketika cuma. Selain itu, kemahiran komunikasi juga penting dalam menjalani hidup sehari-harian. Sepanjang menjalani latihan teori mahupun amali bola tampar ini, saya dapat meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan dalam diri ini. Ini dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti seperti melakukan latihan-latihan bola tampar.
    Kemahiran seterusnya pula ialah memupuk kemahiran kerja berpasukan. Seperti yang kita semua sedia maklum, permainan bola tampar itu sendiri merupakan satu permainan yang bercorak dalam kumpulan. Oleh yang demikian, ia dapat melatih semua ahli untuk bekerja dalam pasukan serta melahirkan semangat juang untuk kumpulan sendiri. Disamping itu juga, kemahiran pembelajaran sepanjang hayat turut diterapkan dalam aktiviti seperti pembelajaran teori tentang bola tampar. Pembelajaran sepanjang hayat dapat menjadikan kita satu ganerasi interlektual yang cinta akan ilmu.
    Pemikiran kritis juga penting terutamanya dalam permainan bola tampar dimana kita haruslah sentiasa berfikir strategi untuk mengalahkan pihak lawan. Bkn itu sahaja, pemikiran kritis ini perlu dalam setiap apa jua yang kita lakukan supaya tidak terpesong dari melakukan perkara-perkara yang dianggap tidak rasional. Seterusnya, penerapan etika dan nilai profasional turut dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang latihan bola tampat ini dijalankan.
    Namun demikian, kemahiran keusahawan menrupakan satu-satunya nilai yang tidak diterapkan dalam bola tampar. Secara konkusinya, kemahiran-kemahiran yang telah dibincangkan adalah sangat penting dalam kehidupan sehari-harian bagi mahasiswa kerana dengan ‘soft skills’ tersebutlah mereka akan menjadi pemimpin dan penggerak ganerasi akan datang seterusnya melahirkan masyarakat interlektual dan berdaya saing yang harmoni di Malaysia.
    NUR SAJIDAH SHOPIAN 152426

    ReplyDelete
  3. Kualiti seseorang mahasiswa itu bergantung kepada personaliti yang terdapat dalam diri individu itu sendiri. Bagaimana caranya untuk mendapatkan personaliti yang unggul itu? Ini dapat dibentuk melalui penerapan kemahiran insaniah di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Sebagaimana yang diketahui terdapat tujuh kemahiran insaniah yang diberi penekanan semasa sesi pembelajaran termasuklah kemahiran komunikasi, kemahiran semangat kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis,etika dan nilai profesional dan kemahiran keusahawanan. Kesemua kemahiran insaniah ini dapat banyak member faedah dalam kehidupan para mahasiswa sama ada semasa dalam pemgajian mahupun selepas bergraduat kelak.
    Melalui sesi kelas bola tampar, pelbagai kemahiran insaniah telah dapat diterapkan. Dalam permainan bola tampar ini kemahiran komunikasi adalah sangat diperlukan bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu hati. Kemahiran komunikasi ini dapat dilihat dalam penglibatan diri dalam aktiviti-aktiviti kumpulan kecil. Bagi mencapai misi atau kejayaan dalam sesuatu aktiviti itu kmunikasi yang baik adalah sangat penting. Apabila komunikasi ini tidak dapat dijalankan dengan baik, akan berlaku salah faham dan seterusnya boleh menyebabkan ketidak sefahaman antara sesama ahli kumpulan itu. Tidak terhad kepada itu sahaja, kemahiran komunikasi ini dapat dipupuk semasa pembentangan kumpulan. Di dalam pembentangan ini, cara berkomunikasi yang betul dapat dipraktikkan dan ia amat berguna pada masa hadapan apabila bekerja kelak. Ini kerana di alam pekerjaan kita akan berkomunikasi dengan pelbagai pihak tidak kira bangsa, agama dantaraf seseorang itu . Pendekatan dan kemahiran yang betul amat diperlukan agar kita tidak dilabelkan sebagai seorang yang tidak beradab.
    Kemahiran kerja berpasukan pula dapat diterapkan melalui kerja berkumpulan. Permainan bola tampar itu sendiri melibatkan kerja berpasukan. Jadi, kemahiran ini sangat penting bagi memastikan permainan itu dapat dijalankan dengan baik. Kemahiran kepimpinan pula berdasarkan penglibatan diri sebagai ketua dalam kumpulan itu. Ia meliputi tugas memimpin anak buah dengan memberi arahan yang betul semasa dalam kelas pembelajaran. Pembelajaran sepanjang hayat adalah amat penting dalam kehidupan seseorang mahasiswa itu sendiri. Ilmu permainan bola tampar dapat disimpan dan digunakan kelak. Pemikiran kritis ini berkait rapat dengan kekreatifan pemikiran seseorang itu. Ini dapat diaplikasikan semasa perlawanan bola tampar. Strategi yang bagus diperlukan bagi menumpaskan pihak lawan. Etika dan nilai professional ini perlu bagi memastikan tiada pertelingkahan berlaku semasa perlawanan. Walaubagaimanapun, kemahiran keusahawanan tidak diterapkan dalam permainan bola tampar.
    Secara konklusinya, kemahiran insaniah ini amat penting dan sangat berguna dalam kehidupan para mahasiswa semasa bergelar pelajar dan selepals bergraduat. Mahasiswa yang cemerlang adalah penentu kemajuan negara.
    NURAINI SARAH BINTI ABDUL MUTALIB.154519.

    ReplyDelete
  4. Pada zaman kini, kerjayaan dalam kehidupan tidak bergantung dalam pencapaian akademik sahaja manakala majikan pada hari ini mengharapkan calon-calon yang ingin memasuki pasaran pekerjaan memiliki lebih daripada prestasi cemerlang di dalam akademik. Elemen tambahan yang diinginkan oleh majikan ialah soft skills/ kemahiran insaniah yang ada dalam calon-calon. Tujuh kemahiran insaniah yang telah digariskan oleh majikan dan mampu membantu pelajar untuk bersaing di dalam pasaran kerja dengan lebih kompetitif ialah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran keushawanan, etika dan nilai profesional serta kemahiran kepimpinan.
    Salah satu nilai ialah kemahiran komunikasi.Kemahiran komunikasi yang berkesan amat penting dalam pasran kerjaya. Nilai ini dapat dipupuk sepanjang aktiviti bola tampar. Sebagai contoh, dalam aktiviti permainan berkumpulan, aktiviti pembentangan dan aktiviti "friendly-match". Pelajar haruslah berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, kami juga dapat berkomunikasi dengan Encik Jasmy semasa aktiviti dijalankan.
    Kemahiran kerja berpasukan dapat meningkat daya ingatan para pelajar kerana kaedah-kaedah kerja berpasukan dapat melatih minda dan pemikiran pelajar untuk sentiasa berfikir dan bertukar-tukar padangan dan idea antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti yang dapat menonjolkan nilai ini ialah aktiviti "ice breaking" yang dapat menghafalkan nama-nama pelajar, aktiviti pembentangan dan lakonan yang dapat menukar pandangan antara satu dengan lain, dan aktiviti permainan bekumpulan yang harus bekerjasama untuk mencapai matlamat.
    Seterusnya ialah pembelajaran sepanjang hayat iaitu melibatkan usaha belajar berdikari dalam pemerolehan dan pengetahuan baru. Setiap minggu kami dapat mempelajari teknik-teknik memain bola tampar dari Encik Jasmy.
    Kemahiran kepimpinan ialah seorang yang mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi orang lain supaya menerima cadangan dan idea untuk mempengaruhi orang lain supaya menerima cadangan dan idea untuk mencapai sesuatu matlamat. Contoh yang dapat dilihat ialah ketua kumpulan kami dapat mengumpul ahli-ahli dan mengira anggota. Selain itu, setiap pelajar dapat menampilkan kemahiran kepimpinan dengan memimpin kumpulan membuat aktiviti memanaskan badan.
    Nilai yang kelima ialah pemikiran kritis didefinisikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemusnasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kerbernasan, kebaikan dan keburukan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Misalnya, dalam aktiviti pembentangan pelajar diberikan peluang untuk menanya soalan yang musnasabah dengan tajuk pembentangan dan dalam permainan bola tampar, pelajar harus merancang strategi untuk mengalahkan pihak lawan.
    Seterusnya, etika dan nilai profesional yang bermaksud etika sebagai prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu dan sebagai satu standard tingkah laku. Sebagai contohnya, pelajar haruslah menepati masa dan berpakaian kemas semasa menjalankan aktiviti.
    Akhirnya, kemahiran keusahawanan iaitu seorang yang berani mengambil risiko untuk membawa idea baru yang kreatif dan inovatif untuk dikomersialkan.Nilai ini tidak ditonjolkan dalam aktiviti-aktiviti yang kami jalankan.
    Akhir kata, kemahiran-kemahiran yang dibincangkan haruslah dipupuk oleh pelajar. Ini kerana mahasiswa kini adalah tulang belakang negara pada masa yang akan datang.
    JESSIE HO SI WAI. 156038

    ReplyDelete
  5. Kemahiran insaniah, turut dikenali sebagai modal insan merupakan aspek penting yang seharusnya diperolehi pada sifat dan peribadi seseorang dalam menjalankan sesuatu tugas terutama dalam menjalankan tugas dalam satu komuniti ataupun dalam satu pasukan. Tujuh elemen dalam kemahiran insaniah penting bagi semua bidang, termasuklah semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, sebagai contoh aktiviti bola tampar turut memerlukan penerapan kemahiran insaniah dalam setiap aktiviti berhubungkaitan yang dijalankan.
    Berasaskan aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang dijalankan, pelbagai saranan dapat dijalankan bagi memupuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar. Contoh saranan yang dapat dilaksanakan adalah dengan menjalankan aktiviti pembentangan yang bertajuk “Kemahiran Bermain Bola Tampar” berasaskan serba sedikit pengalaman yang dipelajari dari aktiviti kokurikulum , di mana pelajar-pelajar diberi peluang untuk menyampaikan maklumat dan informasi-informasi yang dipelajari kepada rakan-rakan sekumpulan, di samping turut dapat berkongsi pengalaman dan idea dengan berkomunikasi dan menjalankan perbincangan. Kemahiran komunikasi merupakan elemen penting dalam kemahiran insaniah lantaran kemahiran ini membolehkan seseorang menyampaikan maklumat secara berkesan dan efektif.
    Dalam setiap perlawanan bola tampar yang dijalankan, kemahiran berpasukan memainkan peranan penting lantaran tanpa semangat intim dalam sesebuah pasukan bola tampar, keseluruhan pasukan bola tampar tersebut akan berhancur lebur tanpa berupaya bermain bola tampar dengan jayanya. Kemahiran bermain bola tampar pada seseorang serta kemahiran kerja berpasukan adalah sama penting bagi menjadi seseorang pemain bola tampar yang cekap. Dengan itu, perlawanan bola tampar yang dijalankan merupakan di antara saranan yang baik dan berkesan bagi memupuk kemahiran berpasukan.
    Pengetahuan mengenai pembelajaran sepanjang hayat adalah penting, pengetahuan ini membolehkan seseorang untuk memahirkan diri agar menjadi lebih cemerlang sepanjang perjalanan kehidupan. Cadangan saranan yang dapat dilaksanakan adalah dalam setiap permulaan sesi aktiviti kokurikulum bola tampar, fasilitator dapat menceritakan serba sedikit pengalaman diri yang menarik dari bermulanya berlajari bermain bola tampar sehingga mendapat kerjaya pada hari ini, sebagai seorang pemain bola yang handal untuk dijadikan teladan oleh pelajar-pelajar, bagi membuktikkan bahawa hanya pembelajaran yang berterusan tanpa kenal erti putus asa membolehkan kita mamajukan diri.
    Dalam setiap sesi aktiviti bola tampar, para pelajar diberi peluang menanyakan sebarang soalan mengenai aktiviti-aktiviti serta kemahiran yang telah dipelajari pada hari itu. Amalan yang dijalankan ini merupakan sarana bagi memupuk pemikiran kritis di kalangan pelajar, di mana pelajar berpeluang untuk mempertimbangkan semula serta menganalisis secara kritis setiap taktik bermain bola tampar yang diajari sebentar tadi. Kaedah ini dapat membukakan minda pelajar dan membolehkan pelajar mempunyai imbasan yang mendalam pada apa yang telah dipelajari.
    Saranan menyanyikan lagu secara bersemangat, membuat perbarisan pada setiap permulaan aktiviti, memakai baju berkolar yang sama dan seragam, kesemua amalan yang dijalankan ini dalam aktivit kokurikulum bola tampar merupakan saranan untuk menyemai nilai etika dan nilai professional pada pelajar. Bagi kemahiran keusahawana, sesungguhpun kemahiran ini tidak ternyata jelas dalam perlaksanaan aktiviti bola tampar, kendatipun begitu nilai-nilai yang disemai dalam keusahawanan seperti bersikap kreatif dan inovatif, disiplin dan konsisten dan sebagainya merupakan nilai-nilai yang biasa ditonjol semasa melakukan aktiviti berpasukan tanpa disedari.
    Sebagai kesimpulan, melalui saranan-saranan yang dijalankan dalam aktiviti kokurikulum bola tampar dan dengan adanya penyemaian ketujuh-tujuh elemen kemahiran insaniah, sudah tentunya setiap pelajar akan menjadi cemerlang, gemilang, dan lagi tebilang !!!=D
    LIM CHIA HUI 156020

    ReplyDelete
  6. Kemahiran Insaniah (KI) telah diperkenalkan di seluruh IPTA di Malaysia. Tujuan ianya diperkenalkan adalah untuk menerapkan 7 nilai KI dalam diri setiap pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan di masa akan datang. 7 KI tersebut ialah kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis, kemahiran keusahawanan dan yang terakhir adalah etika dan nilai profesional. oleh itu, satu modul ko-kurikulum telah diperkenalkan sebagi subjek wajib bagi setiap pelajar, dimana melalui ko-kurikulum ini KI dapat diterapkan. Ko-kurikulum yang telah saya sertai pada semester ini adalah Bola Tampar (QKS2120)dibawah seliaan En.Jasmy Abd Rahman selaku fasilitator.

    pada minggu yang lalu, 14 ogos 2010, satu aktiviti pembentangan telah dijalankan di dewan kuliah. dimana para pelajar telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dengan bilangan setiap ahli kumpulan 4-6orang. tajuk pembentangan yang telah diberikan adalah berdasarkan 7 KI dan pada pembentangan tersebut hendaklah diselitkan unsur lakonan, permainan dan sebagainya mengikut kreativiti setiap kumpulan.

    pada pendapat saya, berdasarkan aktiviti pembentangan tersebut, aspek KI dapat diperolehi melalui pertama, percakapan dimana setiap ahli diberi peluang untuk tampil kehadapan bagi menerangkan bahagian tajuk masing-masing kepada penonton. Disini kita dapat lihat KI kemahiran komunikasi telah dapat diterapkan. kedua, melalui pakaian, dimana setiap pelajar mengikut arahan memakai pakaian sukan yang seragam dan kasut sukan yang sesuai. ini menunjukkan sikap KI etika setiap dan nilai profesional dalam menerima sesuatu arahan.ketiga, melalui lakonan yang diselitkan dalam pembentangan tersebut telah melatih setiap ahli kumpulan untuk bekerjasama, mencari idea, serta menerima pandangan setiap ahli demi menjadikan pembentagan itu berjaya, KI kerja berpasukan dan KI kepimpinan telah dapat diterapkap. seterusnya, melalui aktiviti permainan ynag telah diselitkan oleh beberapa kumpulan antaranya kumpulan yang bertanggungjawab membentangkan KI pemikiran kritis, telah menjalankan satu ujian IQ untuk menyelesaikan satu masalah tujuannya untuk menguji kecekapan dan keupayaan inda seseorang, disini KI pemikiran kritis dapat diterapkan. selain dari itu, sesi soal jawab dimana penonton diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada para pembentang tentang perkara-perkara berkaitan yang kurang difahami, sesi ini telah melatih dan menerapkan KI pembelajaran sepanjang hayat.

    oleh yang demikian, saya merasakan KI ini adalah perlu sebagai pengajian sepanjang hayat kerana era zaman sekarang tidak hanye mengharapkan pencapaian akademik semata-mata, tetapi kebanyakkan majikan memerlukan setiap pelajar yang ingin memasuki ke alam pekerjaan hendaklah memperlengkapkan diri dengan kemahiran insaniah atau modal insan yang telah dipelajari di universiti.

    FARIDATUL HANIM BINTI SALLEH
    154700

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Kemahiran insaniah mrupakan kemahiran yang sedia ada dalam diri setiap insan.Namun nilai ini harus digilap untuk kegunaan pada nasa hadapan.Pengalaman merukan satu aspek yang amat penting untuk menguasai kesemua 7 nilai kemahiran insaniah ini,kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis, kemahiran keusahawanan dan yang terakhir adalah etika dan nilai profesional.Dngan adanya pengalaman barulah kemahiran insaniah ini dapat dipraktikkan dengan sebetulnya.Mengapa dan kenapa perlunya kemahiran insaniah ini terpulang kepada pemikiran setiap mindividu itu sendiri.Tapi pada pendapat saya kemahiran insaniah merupakan satu elemen yang boleh memebezakan tahap kematangan pemikiran seseorang sama ada pada tahap yang selayaknya atau pun tidak.Oleh sebab inilah kemahiran insaniah diperkenalkan kepada setiap mahasiswa pada peringkat awal lagi bagi memastikan kesemua 7 nilai ini dapat diterapkan untuk diadaptasikan sewaktu alam pekerjaan nanti.
    Saya benasib baik kerana diberi peluang untuk menjadi salah seorang mahasiswa UPM yang begitu mementingkan penguasaan kemahiran insaniah ini.Malah penyertaan saya dalam kelab bola tampar mendekatkan saya lagi kepada maksud setiap kemahiran tersebut.Dengan adanya pendedahan ini dapat membuka minda saya untuk terus meningkatkan kemahiran ini sekaligus dapat menggunakannya pada masa hadapan.
    NorFasmawati Mohd Pauzi
    156811
    BsKPP

    ReplyDelete
  10. Insan cemerlang insan terbilang bukan sahaja di nilai dari aspek intelektualnya malah dari sudut sahsiahnya. Sahsiah hebat lambang peribadi insan.Sahsiah dapat di bentuk melalui 1 sistem universiti iaitu kokurikulum yang menerapkan 7 nilai utama iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan,kemahiran kerja berpasukan, kemahiran keusahawanan dan etika dan nilai profesional.Sahsiah ini juga di panggil sebagai kemahiran insaniah (KI).Sebagai contoh sukan bola tampar. Di dalam sukan bola tampar, (KI) dapat dilaksanakan dan di terapkan semasa 3 jam latihan di jalankan.
    Sesuai dengan hasrat Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk melahirkan graduan yang pandai dari segi ekademik dan mempunyai peribadi yang terpuji.Di dalam sukan bola tampar antara Ki yang boleh di terapkan ialah kemahiran kepimpinan , di mana seorang ketua akan dilantik dan bertanggungjawab dalam menguruskan tempat mahupun sebarang keesulitan. ciri-ciri ini dapat di lihat semasa bermulanya sesi Ko-K di mana ketua akan mengarahkan anak buah untuk berbaris dan menyanyikan lagu Negaraku sebagai prosedur mulanya aktiviti.
    kemahiran lain juga dapat di sematkan dalam diri pelajar berkaitan dengan komunikasi dan kemahiran berpasukan. kami di bahagikan beberapa kumpulan dan kami di minta menyiapkan tugasan tersebut dalam jangka masa yang telah di tetapkan. Di sini bermulalah sesi perbincangan dan kerja kumpulan dalam mencapai satu kata putus atau keputusan.
    Tambahan pula, permainan bola tampar ini bukan sekadar syarat lepas KO-K sahaja malah pelajaran ini boleh di gunakan sepanjang hayat dan juga boleh di praktikkan pada bila-bila masa.
    aktiviti ini juga menerapkan etika dan nilai profesional, perkara ini dapat dinilai melalui aktiviti kumpulan yang dijalankan.
    sejurus dengan itu,Ko-K dapat membantu meningkatkan sahsiah pelajar Malaysia.
    Terima kasih kepada jurulatih...

    Norliana Nadia
    158303

    ReplyDelete
  11. Saban hari kita mendengar banyak berita mengatakan bahawa graduan menganggur,tidak berkualiti , mempunyai tahap sahsiah yang kurang dan pelbagai rungutan serta aneka berita yang dilaporkan dan apa yang jauh lebih menakutkan adalah jumlah yang dilaporkan itu bukanlah sedikit tetapi melibatkan jumlah yang besar. Dalam hal ini , kita keliru dimanakah silapnya serta kekurangan yang berlaku sehingga menyebabkan masalah ini berlaku. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, kita mula mencari penyelesaian kepada masalah ini. Akhirnya kita muncul dengan idea bahawa graduan yang dihasilkan kekurangan kemahiran insaniah dan kita mula menerapkan kemahiran ini dalam diri pelajar. Terdapat 7 Kemahiran Insaniah yang ditekankan iaitu kepimpinan,pembelajaran sepanjang hayat,kemahiran kerja berpasukan, pemikiran kritis, etika dan nilai professional,komunikasi dan keusahawanan. Konsep kepimpinan dapat diterapkan melalui perlantikan ketua dalam kumpulan serta tugas sepanjang latihan itu. Seorang ketua perlu mempunyai tanggungjawab terhadap setiap ahli kumpulan, tugasan serta setiap arahan yang diberikan. Selain itu, pembahagian kumpulan kecil dalam kumpulan kokurikulum serta melibatkan tugasan juga memerlukan tugasan seorang ketua. Kemahiran Pembelajaran sepanjang hayat dapat dilihat dalam kelas teori serta pembentangan.Banyak di antara kita mungkin bekas pelajar cemerlang, pemegang anugerah akademik seperti anugerah dekan dan sebagainya, tetapi apabila kita menghadiri kelas teori seperti bola tampar, kita mungkin merasakan diri kita kosong dalam perkara tersebut. Ini menunjukkan bahawa kita masih belum mengetahui banyak perkara sebenarnya dan kita perlu meneruskan semangat untuk belajar sepanjang masa.Kemahiran kerja berpasukan pula diperlihatkan hampir dalam setiap aktiviti yang dilakukan. sebagai contohnya, aktiviti dalam kumpulan seperti permainan ringkas. Kita bekerjasama dalam kumpulan kerana kita takut kalah dan didenda. Selain itu,kita juga dapat melihat nilai ini dalam tugasan pembentangan dan lakonan. Sekiranya kita gagal bekerjasama dalam kumpulan,ia akan mengganggu prestasi kumpulan sendiri apatah lagi kepercayaan orang lain terhadap kita. kemahiran pemikiran kritis juga banyak diterapkan dalam aktiviti kokurikulum ini. Sebagai contohnya, dalam aspek penyelesaian masalah dalam setiap aktiviti permainan, memilih regangan yang sesuai, idea dalam lakonan , penyelesaian masalah melibatkan aktiviti luar seperti masalah kenderaan untuk menyertai aktiviti di tempat lain serta penganjuran kejohanan.Kemahiran nilai etika dan nilai profsessional juga diterapkan dalam banyak aktiviti. Seperti contohnya adalah nilai komited kita terhadap setiap latihan yang diadakan, kita ingin mendapatkan gred yang baik dalam kelas kokum berkredit ini namun begitu sejauh mana sikap komited kita terhadap aktiviti ini?. Selain itu , adalah etika kita terhadap setiap tugasan yang diberikan. Perkara ini sebenarnya secara tidak langsung mengasah nilai profesional dalam diri kita. Kemahiran komunikasi pula sememangnya nilai yang tidak asing lagi bagi kita. Kita sewajarnya mengasah kemahiran komunikasi kita melalui interaksi dalam kumpulan dan tugasan seperti pembentangan yang diberikan. oleh itu, nilai ini merupakan nilai yang sememangnya sentiasa ada dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kemahiran keusahawanan yang kita katakan bahawa sedikit dipraktikan sebenarnya dapat kita lihat dalam penganjuran kejohanan. Kita mungkin tidak melihat ini sebagai sumber pendapatan kerana kita tidak mementingkan keuntungan, namun begitu, adakah kita mengetahui bahawa terdapat ramai di luar sana yang mencari rezeki dengan penganjuran kejohanan ?.
    Helvendry Mojilip
    152959

    ReplyDelete
  12. Antara kemahiran-kemahiran insaniah yang telah dipraktikan ialah kemahrian kepimpinan. Contohnya, setiap pagi berkumpul, ketua kumpulan akan mengetuai pembarisan untuk menyanyi lagu “Negaraku” dan melaporkan bilangan anggota yang hadir.
    Seterusnya ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran ini sangat penting antara ahli-ahli terutamanya semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Melalui kemhahiran komunikasi yang berkesan, setiap ahli kumpulan dapat berbincang dengan mudah untuk melancarkan sesuatu aktiviti.
    Kemahiran kerja berpasukan amat penting sepanjang aktiviti kokurikulum dijalankan. Contohnya semasa membuat perlawanan antara kumpulan, setiap ahli kumpulan harus bekerjasama untuk mencapai kemenangan.
    Pemikiran kritis juga penting dalam sesuatu perbincangan. Contohnya selepas setiap kumpulan membentangkan topic kemahiran isaniah, antara kami akan memberi pandangan dan cadangan untuk dibincangkan. Sifat terbuka untuk menerima pendapat orang lain akan banyak mendatangkan manfaat kepada kita.
    Pembelajaran sepanjang hayat dapat dilihat semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, kami akan tukar-menukar pandangan antara satu sama lain. Melalui penukaran pendapat, kami mungkin dapat mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan yang baru daripada orang lain.
    Etika dan nilai professional sangat penting untuk seseorang semasa menjalanjan aktviti. Contohnya semasa pembentangan kemahiran insaniah oleh kumpulan lain, kami akan member perhantian yang sepenuhnya.

    Chow Zheng Hong 157793

    ReplyDelete
  13. Unsur Kl ataupun soft skill dalam bahasa inggeris merupakan faktor penting dalam melahirkan golongan mahasiswa yang cemerlang dalampencapaian intelekual dan perkembangan sahsiah. Secara umumnya,terdapat 7 kemahiran dalam KI ini iaitu kemahiran komunikasi,kerja berpasukan,pembelajaran sepanjang hayat,kemahiran kepimpinan,pemikiran kritis,kemahiran keusahaan,dan etika dan nilai professional.Ketujuh-tujuh kemahiran ini dapat diterapkan dalam sanubari pelatih mahasiswa melalui aktiviti sukan bola tampar.
    Kemahiran komunikasi dapat disemaikan dalam pelatih apabila pelatih dikehendaki memperkenalkan diri sendiri termasuklah nama, tempat asal,program masing-masing kepada ahli kumpulan yang lain.Pelatih lain pula perlu mengingati detail peribadi orang lain.Hal ini secara tidak langsung menggalakkan pelatih berinteraksi dan berkenal-kenalan sesama ahli kumpulan.
    Kemahiran kerja berpasukan dapat ditonjolkan apabila pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan semasa melakukan latihan teknik bermain bola tampar dan melakukan projek pembentangan serta pelakonan.Pelatih dikehendaki bekerjasama untuk memastikan aktiviti ini dijalan dengan lancer.
    Seterusnya adalah pembelajaran sepanjang hayat.Kemahiran ini dapat disemai dalam kalangan pelatih apabila jurulatih mendedahkan pelbagai ilmu baru dan isu semasa kepada pelatih dalam setiap perjumpaan.Pelbagai teknik bermain bola tampar juga dikenali sebagai ilmu yang tidak dapat dipelajari di dalam buku teks.
    Bagi kemahiran kepimpinan,pelatih diarahkan untuk mengetuai satu kaedah pemanasan badan bergilir-giliran dalam setiap perjumpaan.Pelatih –pelatih pula berpeluang menonjolkan sifat kepimpinan melalui mengetuai kumpulan kecil dalam pelbagai aktiviti.Pemilihan ketua kami juga menonjolkan sikap kepimpinannya.
    Pemikiran kritis merupakankemahiran berfikir.Hal ini dapat ditonjolkan apabila pelatih diminta untuk berfikir satu kaedah warming up untuk mengetuai pelatih lain.Selain itu,pelatih perlu memikirkan satu perlakonan semasa membentangkan tajuk KI masing –masing.
    Kemahiran etika pula diterapkan apabila jurulatih menegaskan disiplin merupakan factor utama dalam diri seorang atlet.Pelatih dikehendaki memakai baju yang sam a sebagai lambing keuniti dan disiplin kumpulan kami.

    tay shun qian 157465

    ReplyDelete
  14. Nama saya OOI ENG HUI. Dalam aktiviti bola tampar , saya telah mempelajari banyak ilmu yang berada di luar buku teks. Terutamanya kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah terbahagi kepada tujuh jenis, setiap jenis kemahiran dapat dipelajari secara tidak langsung melalui aktiviti bola tampar ini. Akan tetapi, salah satu kemahiran insaniah tidak berapa dipentingkan dalam ko-k bola tampar ini, iaitu kemahiran KEUSAHAWAN. Hal ini kerana aktiviti bola tampar ini tidak melibatkan aktiviti jual beli. kemahiran yang saya pelajari dalam aktiviti bola tampar adalah seperti berikut:

    1)kemahiran komunikasi: komunikasi bermaksud perpindahan maklumat daripada penyampai kepada penerima.komunikasi boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu secara lisan atau bukan lisan. Kedua-dua jenis komunikasi ini penting dalam penghantaran bola kepada rakan-rakan yang sekumpulan. Contohnya melalui bahasa badan, riak muka, perbuatan(bukan lisan), bola dihantar sebagai cara untuk menipu pelawan.

    2)kemahiran kerja berpasukan: Kerja berpasukan adalah berkerja dalam satu kumpulan dengan keadaan yang harmoni tanpa wujud sebarang perselisihan faham di antara rakan-rakan yang bermain dalam satu kumpulan. Contohnya, pemain-pemain yang berada dalam satu haruslah bekerjasama dan bersatupadu untuk mencapai kecermelangan dalam satu perlawanan. Itulah apa yang saya memperolehi semasa bermain bola tampar dengan rakan-rakan sekumpulan.

    3)pembelajaran sepanjang HAYAT: kemahiran ini membawa istilah iaitu pembelajaran berterusan dalam memperolehi pengetahuan yang baru. Sekiranya satu hari nanti, saya bukan lagi ahli bola tanpar, saya juga akan mempelajari bola tampar dengan merujuk kepada kawan yang mahir, internet dan sebagainya. Saya akan terus mempelajari seandainya ilmu itu berada di luar lingkungan pengetahuan saya sampai satu hari nanti, saya tidak lagi berupaya bergerak.

    4)kemahiran kepimpinan: kepimpinan merupakan kemampuan seseorang untuk mempengaruhi orang lain supaya menerima cadangan dan idea untuk mencapai maklumat. Contohnya, setiap kali perjumpaan , ketua akan memipin kami menyanyikan lagu NEGARAKU, pembarisan, jogging, dan segala-gala yang disuruh oleh pelatih. selain itu, pelajar juga merupakan peminpin kepada diri , contohnya memimpin sendiri dalam segala aktiviti yang dilakukan.

    5)pemikiran kritis: kemahiran berfikir untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea dan membuat pertimbangan yang wajar. Dalam permainan bola tampar , pelajar akan dapat berfikir secara kritis tentang hala tuju bola yang akan dihantar kepada pelawan dengan memelihat kelemahan pelawan.

    6)Etika dan nilai professional : Etika ialah prinsip-prinsip yang mengawal tingkah laku seseorang. Contohnya, dalam aktiviti bola tampar , kami telah mempelajari cara-cara menghormaiti rakan-rakan kami dan juga pelatih. Tingkah laku ini penting dalam satu perlawanan . hal ini akan melambangkan status seorang pemain . pemain yang tiada etika seperti memukul pengadil semasa perlawanan akibat tidak puas hati terhadap pengadilan bola tersebut. Oleh itu, kita hendaklah mengelakkan diri daripada bersikap terburu-buru dengan mempelajari kemahiran etika dan moral.


    OOI ENG HUI 158939

    ReplyDelete
  15. Dalam era global sekarang, pencapaian akademik tidak menjaminkan apa-apa kepada para pelajar, justeru iti kemahiran insaniah amat memainkan peranan penting.seperti yang diketahui, kemahiran insaniah ada 7 iaitu, kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis, kemahiran keusahawanan, dan akhir sekali etika dan nilai profesional.

    Sepanjang sesi perjalanan latihan saya bersama mejar, pelbagai kemahiran yang saya dapat. Antaranya kerja berpasukan. Walaupun pada mulanya kami tidak mengenali antara satu sama lain, namun kami dapat bekerja sebagai satu pasukan. Kami juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari jurusan lain seperti kris, fida dan lain-lain. Selain itu, perjalanan kami dimulakan dengan beratur dalam barisan menunjukan kami sebagai pelajar haruslah mempunyau disiplin diri yang baik. kemudian kami akan menyanyikan lagu 'Negaraku' dengan penuh semangat. Ini jelas menunjukan kokurikulum turut menyemarakkan kecintaan kami kepada negara.

    saya ingin menyentuh mengenai pembentangan kumpulan. Banyak yang saya dapat anatranya kemahiran berkomunikasi. Untuk berucap di hadapan bukanlah suatu perkara yang mudah bagi mereka yang tidak pernah atau jarang-jarang berucap di hadapan, namun di sini saya berjaya menyampaikan pembentangan kami dengan jayanya. Selain itu, kami akan membuka sesi soal jawab dimana kita dpat melihat sifat keterbukaan, dimana kami menerima segala komen dari pihak rakan-rakan dan insyaAllah kami akan membaiki kelemahan itu.

    Dari segi permainan secara kumpulan, disini berpasukan sangat penting. tanpa semangat berpasukan yang erat, permainan itu akan menjadi kelam kabut dan akhirnya kurang bernasib baik dan kalah.

    Akhir sekali, saya berharap agar dapat mengambil sebanyak mungkin kemahiran insaniah di dalam kumpulan bola tampar ini dan juga dari jurulatih kami.

    Nur Farahin Binti Mohd Din 157418

    ReplyDelete
  16. Aktiviti bola tampar merupakan salah satu aktiviti yang tersenarai dalam pilihan aktiviti kokurikulum di UPM. Sepertimana yang diketahui ramai, aktiviti kokurikulum mampu membentuk kemahiran insaniah dalam diri setiap pelajar. Pembelajaran di dalam kelas sahaja tidak membantu seseorang pelajar untuk memperoleh dan menajamkan kemahiran insaniahnya. Kemahiran insaniah merangkumi pelbagai aspek. Terdapat 7 kemahiran insaniah iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kempimpinan, pemikiran kritis, kemahiran keusahawanan serta etika dan nilai profesional.
    melalui aktiviti bola tampar, kemahiran komunikasi dapat dipelajari dengan cara berinteraksi sesama ahli kumpulan bola tampar. pelbagai aktiviti telah dirancang oleh jurulatih, Mejar Mohd Jasmy sebagai cara untuk menggalakkan pelajar berkenalan dengan ahli yang lain.
    kemahiran kerja berpasukan banyak diaplikasikan semasa melakukan 'games'. Semangat berpasukan dalam kumpulan sangat penting untuk memperoleh kemenangan.
    Segala pembelajaran yang diajar semasa aktiviti dijalankan perlu dipraktikkan walaupun sudah tamat menjalani latihan bola tampar. Ini boleh dikatakan sebagai pembelajaran sepanjang hayat kerana permainan ini boleh dimainkan di luar kampus.
    Dalam diri setiap pelajar, sikap kepimpinan amat penting terutama dalam menguruskan sesebuah pasukan. Tanpa sikap kepimpinan, satu-satu kumpulan tidak mungkin dapat diuruskan dengan baik.
    Pemikiran kritis dapat dicetus dengan pengkongsian idea oleh beberapa orang. Melalui aktiviti pembentangan, kita dapat lihat tahap kritis seseorang pelajar dalam mencipta lakonan pendek untuk menunjukkan contoh bagi 1 kemahiran insaniah.
    Kemahiran keusahawanan dapat ditunjukkan melalui proses interaksi dalam perniagaan.
    Yang terakhir merupakan etika dan nilai profesional. kemahiran ini penting dalam membentuk disiplin seorang pelajar.
    Akhir kata, saya berharap melalui aktiviti bola tampar ini, saya dapat memantapkan kemahiran insaniah dan pada yang sama saya juga dapat mempelajari teknik-teknik bermain bola tampar.

    NUR HIDAYAH BINTI HAMDAN 157346

    ReplyDelete
  17. [BAHAGIAN 1]
    Kemahiran Insaniah (KI) ataupun ‘Soft Skill’ dalam Bahasa Inggeris merupakan suatu inisiatif untuk mempersiapkan dan melengkapkan para mahasiswa masa kini dengan nilai-nilai ataupun aspek-aspek tertentu agar lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi dalam dunia pasaran yang kini penuh dengan persaingan yang sengit.
    Antara aspek-aspek KI yang diterap dalam minda para mahasiswa termasuklah:
    1. Kemahiran Komunikasi
    2. Kemahiran Kerja Berpasukan
    3. Pembelajaran Sepanjang Hayat
    4. Kemahiran Kepimpinan
    5. Pemikiran Kritis
    6. Etika dan Nilai Profesional
    7. Kemahiran Keusahawanan
    Aspek-aspek yang dititikberatkan ini sewajarnya disalurkan kepada mahasiswa dan kegiatan kokurikulum menjadi satu ‘platform’ yang amat sesuai untuk mempercepatkan perghargaan mahasiswa terhadap aspek-aspek KI yang disenaraikan tadi.

    Selaku salah seorang pelajar yang sedang menikmati kebaikan daripada penerapan nilai-nilai KI ini sewaktu aktiviti Kokurikulum Bola Tampar bersama Encik Jasmy, izinkan saya berkongsi serba-sedikit tentang hasil perbelajaran kami tentang KI.

    1. Kemahiran Komunikasi
    Sewaktu kami ingin mengadakan suatu Kejohanan Bola Tampar, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil untuk menghabiskan agihan-agihan kerja yang diberi. Sebagai contoh, di mana kumpulan kami adalah bertanggungjawab untuk menyediakan tentative program. Berkat perkongsian idea kami dari setiap ahli, baik dari kumpulan kami ataupun kumpulan lain, kami dapat menghasilkan tentatif yang agak wajar dan bersesuaian .
    2. Kemahiran Kerja Berpasukan
    Sewaktu menjalankan permainan berkumpulan seperti aktiviti menghantar bola, semangat berkerjasama menjadi kunci kepada kejayaan di mana setiap ahli kumpulan seharusnya memberi kerjasama melalui penglibatan sepenuhnya agar arahan yang diberi dapat disiapkan dalam masa terdekat.
    3. Pembelajaran Sepanjang Hayat
    Pembelajaran kemahiran bola tampar turut merupakan suatu contoh kepada nilai ini. Baik melalui kelas teori ataupun kelas praktikal di gelanggang bola tampar, kemahiran-kemahiran ini sepatutnya dipelajari . Bagi pemain baru, inilah masanya untuk mempelajari sesuatu yang baru. Bagi mereka yang telah lama melibatkan diri dalam permainan ini, kursus ini pula member peluang kepada mereka untuk membetulkan kemahiran yang kurang tepat yang digunakan selama ini. Pembelajaran sebegini sentiasa melengkapkan diri kita dengan ilmu yang tepat & terkini.
    .....

    ReplyDelete
  18. [BAHAGIAN 2 - TAMAT^^]
    .....
    4. Kemahiran Kepimpinan
    Pemimpin kami, Mat selaku ketua kumpulan 6 kami ini, memainkan peranan penting dalam memastikan aktiviti harian berjalan dengan lancar. Mat menyediakan kawasan untuk kami melakukan pembentangan KI kami, menyelaraskan pemakaian kami,…Setiap usaha ketua kami ini mencerminkan ciri-ciri pemimpin yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk memimpin kami. Aspek ini harus dicontohi oleh kami semua.
    5. Pemikiran Kritis
    Perlawanan bola tampar bukan sekadar permainan sukan, malah ia merangkumi aspek pemikiran kritis di mana seseorang pemain dalam gelanggang sepatutnya dapat mengatur strategi agar kumpulannya dapat mendapat markah dengan cepat dan mudah. Sewaktu latihan perlawanan bola tampar, menjadikan pemain terlemah sebagai sasaran serangan memudahkan kumpulan untuk mendapat markah.
    6. Etika dan Nilai Profesional
    Sewaktu memberi komen kepada kumpulan pembentang sewaktu pembentangan KI, etika dan nilai professional adalah amat dititikberatkan. Komen yang diberi sepatutnya adil dan berasas serta bukannya untuk mengacau-gacau sahaja. Hal ini adalah penting kerana kita seharusnya ikhlas memberi komen dan menghormati pembentang dari segi usaha kumpulannya menyediakan bahan-bahan membentang.
    7. Kemahiran Keusahawanan
    Nilai ini kurang ditekankan dalam aktiviti kokurikulum Bola Tampar. (Mungkin, aspek ini dapat diserlahkan melalui pemikiran yang sedia member kepada orang di sekeliling anda. Antara ciri-ciri seorang usahawan ialah dapat memberi sumbangan balik kepada masyarakat. Melalui aktiviti Bola Tampar, mungkin ahli-ahli dapat memberi bantuan sesama sendiri dalam menggilap kemahiran-kemahiran yang dipelajari. Hal ini dapat memupuk semangat ingin memberi balik dan ingin menolong orang lain yang lebih lemah.)
    Sebagai kesimpulan, usaha menerapkan KI melalui aktiviti Kokurikulum ini seharusnya diteruskan agar dapat melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berketrampilan dan seimbang perkembangannya dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelektual. Dengan ini, modal-modal insan ini dapat membawa Malaysia ke arah negara yang berjaya.

    TAN KAI MING
    158660

    ReplyDelete
  19. Berdasarkan Falsafah Pendidkan Negara, matlamat utama pendidikan Negara adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Sehubungan itu, Pembangunan Sahsiah Pelajar merupakan satu misi bagi membangunkan sahsiah pelajar IPT yang meliputi pelajar IPTA, IPTS, pelajar antarabangsa di Malaysia dan pelajar Malaysia di luar negara bagi menghasilkan graduan yang berketerampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan sumber tenaga manusia negara yang mempunyai personaliti menjulang (towering personality) dan holistik.

    Program ini juga bertujuan menggalakkan pelajar IPT bagi melibatkan diri dalam program berbentuk patriotisme dan kepimpinan, keusahawanan sosial, perpaduan, pengantarabangsaan, kebajikan dan kesukarelawan serta tidak lupa juga kebudayaan nasional.

    Pandangan saya ialah kemahiran insaniah di IPT boleh dibentuk dengan usaha para pensyarah itu sendiri serta selibus yang sesuai. saya belajar di sebuah ipt dan saya nampak kemahiran insaniah ini boleh diperolehi melalui modul pembangunan diri sahaja. tetapi malangnya berapa ramaikah pensyarah yang pakar dan pandai mengemudikan elemen – elemen insaniah ini… memang kurang dan kebanyakan pensyarah mengajar berdasarkan fakta di dalam silibus. sedangkan kemahiran insaniah mampu diperolehi melalui pelbagai aktiviti – aktiviti luaran yang adhock atau terancang. Namun dengan aktiviti ko-K bola tampar yang dikemudikan oleh En Jasmy, begitu banyak yang boleh saya pelajari serta terapkan dalam kehidupan seharian. Malah pelbagai aspek baru dapat saya terokai bukan saja berlandaskan sukan bola tampar akan tetapi yang lebih hebat daripadanya seperti pemikiran di luar kotak.

    RAJA AMAN ZAKWAN BIN RAJA RAMLE 158428

    ReplyDelete
  20. Kemahiran insaniah atau dikenali sebagai Soft skills merujuk kepada kecemerlangan individu dalam beberapa aspek seperti sikap dan personaliti, kemahiran berbahasa (berkomunikasi), sikap bersopan-santun, memiliki pergaulan yang luas serta bersikap optimis. Soft skills merupakan pelengkap kepada kemahiran lahiriah (hard skills) yang juga merupakan keperluan teknikal untuk mendapatkan pekerjaan. Kemahiran ini merangkumi 7 aspek iaitu:

    (i) Kemahiran Berkomunikasi
    Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan.

    (ii) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah;
    Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada baru dan berlainan.

    (iii) Kemahiran Kerja Berpasukan
    Kemahiran kerja berpasukan (TS) melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.

    (iv) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
    Pembelajaran berterusan (LL) melibatkan usaha belajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru.

    (v) Kemahiran Keusahawanan
    Kemahiran keusahawanan (KK) melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.

    (vi) Etika dan Moral Profesional
    Etika dan moral profesional (EM) melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial.

    (vii) Kemahiran Kepimpinan
    Kemahiran kepimpinan (LS) melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.

    Melalui pandangan saya, dengan menyertai aktiviti ko-k ini. Saya dapat mengasah kemahiran insaniah dalam diri saya. Supaya semasa pencarian pekerjaan nanti saya terpilih untuk merebut jawatan yang dimohon.

    ReplyDelete
  21. Kemahiran Insaniah (KI) atau soft skill amat penting dalam melahirkan pelajar yang "sempurna" mengikut peredaran zaman. Dalam bidang bola tampar,untuk memastikan KI ini diperolehi, saya berpendapat:
    1. Kemahiran Berkomunikasi
    -pelajar hendaklah didedahkan dengan cara berkomunikasi dengan betul iaitu ketika berkomunikasi dengan jurulatih,rakan pasukan, pengadil,fasilitator,penganjur mahu pun penyokong.
    2. Kemahiran Kepimpinan
    -Setiap pelajar diberi peluang untuk memimpin pasukan masing-masing tanpa mengira kaum dan jantina.
    -Jurulatih hendaklah memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada ahli yang dilantik untuk memimpin.
    3. Kemahiran Kerja Berpasukan
    -Setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah dijalankan dalam berkumpulan.
    -Setiap ahli mestilah mengetahui serba sedikit tentang rakan sepasukan mereka untuk memudahkan kerja mereka.
    - Setiap ahli perlu ada sikap mengalah dalam diri mereka.
    4. Kemahiran Pemikiran Kritis
    -Pelajar didedahkan dengan isu-isu semasa untuk memastikan ilmu yang diterima sesuai mengikut masa.
    - pelajar sentiasa diberikan soalan-soalan ringkas berkaitan dengan aktiviti-aktiviti mereka.
    5. Kemahiran Etika dan Profesional
    - Pelajar didedahkan dengan peraturan dan disiplin. Pelajar hendaklah diwajibkan mematuhi arahan untuk menjadikan mereka beretika dalam tugas.
    - Pelajar turut didedahkan dengan perkara-perkara terkini agar mereka tidak ketinggalan zaman dan mereka mampu menerima sesuatu alasan dengan rasional.
    6.Kemahiran Keusahawanan
    -Pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti penganjuran.
    -Pelajar di ajar untuk meluahkan pendapat di khalayak ramai agar mereka tidak takut untuk bercakap di hadapan ramai orang.
    7. Kemahiran pembelajaran berterusan
    - ilmu yang diajar kepada pelajar hendaklah sentiasa dihubungkaitkan dengan aktiviti harian pelajar.
    -tujuan pengajaran juga hendaklah dijelaskan kepada pelajar agar mereka berusaha untuk mencapai tujuan tersebut.

    MUHAMMAD BIN YAHYA
    158613

    ReplyDelete
  22. Program kokurikulum merupakan program utama diluar kuliah. Sesungguhnya, program kokurikulum adalah sebahagian daripada program kurikulum kerana tujuan mengadakan program kokurikulum adalah membantu perkembangan kurikulum. Program-program yang dijalankan oleh unit sukan dan ko-kurikulum boleh digolongkan sebagai program kokurikulum. Seperti kurikulum, program kokurikulum pula memainkan peranan yang penting untuk perkembangan potensi pelajar dalam bidang kognitif, psikomotor, afektif, intelek, sosial, jasmani dan rohani mereka. Disamping itu, program kokurikulum memberi latihan kepada pelajar untuk membina sifat kepimpinan dan sahsiah yang baik, memupuk nilai yang murni serta membolehkan mereka mengisi masa lapang yang berfaedah.
    Melalui kelas ko-kurikulum bola tampar,kemahiran insaniah yg dapat diterapkan melalui pelbagai aktiviti yg dijalankan.Antaranya ialah kemahiran komunikasi.Sebagai contoh,kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yg berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.Seperti yang kita sedia maklum,di dalam kumpulan bola tamapr ini,terdapt pelbagai kaum dan rata-ratanya menggunakan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai medium percakapan.Melalui kemahiran komunikasi idea dapat di sampaikan dengan jelas
    Kedua,pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.Kemahiran ini adalah bertujuan untuk menjana pemikiran para pelajar agar berfikir secara kritis,kreatif dan inovatif.Dengan cara ini,segala masalah mahupun kekeliruan dapat diselesaikan dengan cara berbincang.
    Ketiga,kemahiran kerja berpasukan.Kemahiran ini dapat menjalinkan hubungan baik antara pemain-pemain.Di dalam bola tampar,para pemain perlu berinteraksi antara satu sama lain.Hal ini dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk perpaduan.

    Keempat,pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.Setiap aktiviti yang dijalankan semasa aktiviti ko-kurikulum,pemain akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan baru.Mereka harus mempunyai kebolehan mencari serta mengurus maklumat selain bertukar-tukat atau menerima idea baru.

    Kelima,kemahiran keusahawanan.Kemahiran ini menerapkan pemain supaya melibatkan diri serta meneroka peluang dalam bidang yang berkaitan perniagaan dan pekerjaan.Melaui aktivit bola tampar,para pelajar boleh didedahkan kepada aktiviti perniagaan.Mereka boleh merancang perniagaan seperti menjadi jurulatih ataupun pengadil dalam perlawanan selain aktiviti penjual makanan.
    Keenan,etika dan moral professional.Kemahiran ini melibatkan kebolehan untuk mengamalkan moral yang tinggi dan interaksi sosial.Para pemain akan mengamal sikap beretika di samping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat.Pemain juga mampu menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalh yang berkaitan etika.
    Ketujuh,kemahiran kepimpinan.Kemahiran ini sangat penting kera pemain dapat diterapkan dengan cirri-ciri kepimpinan.Mereka juga mampu memimpin projek selain menyelia anggota pasukan.

    Khalida binti Yusof
    159047

    ReplyDelete
  23. Pandangan umum sering merujuk kegagalan siswazah mendapat kerja disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Selain pencapaian akedamik yang cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi termasuk komunikasi secara berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan keusahawanan.
    Kemahiran insaniah yang pertama ialah kemahiran berkomunikasi. Pelajar harus memiliki kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan Inggeris ketika proses pembelajaran di universiti. Mereka harus mahir menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan berkeyakinan. Dalam aktiviti kokurikulum bola tampar yang saya sertai, aktiviti pembetangan telah membentuk kemahiran ini. Di sini, kemahiran ini terbentuk apabila kita menyampaikan maklumat, sesi soal-menjawab dan aktiviti lakonan. Kemahiran insaniah yang kedua ialah kemahiran kepimpinan.kemahiran ini perlu diterapkan oleh setiap pelajar kerana setiap individu merupakan seorang pemimpinsama ada pemimpin kepada masyarakat atau pemimpin kepada dirinya sendiri. Di dalam aktiviti bola tampar, sewaktu aktiviti pemanasan badan, setiap pelajar diberi peluang untuk mengetuai aktiviti. Selain itu, kemahiran insaniah yang seterusnya ialah etika dan nilai professional. Untuk membentuk kemahiran ini, para pelajar diarahkan untuk memakai pakaian seragam semasa menghadiri aktiviti. Para pelajar juga diarah untuk mematuhi ketepatan masa dan kami diberi tanggungjawab untuk menyiapkan laporan aktiviti pada setiap minggu.
    Kemahiran seterusnya ialah kemahiran kerja berpasukan. Kemahiran ini penting untuk membimbing pelajar bagaimana untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Di dalam permainan bola tampar, kerja berpasukan amat dititikberatkan. Setiap pasukan mempunyai enam orang pemain. Mereka perlu berkerjasama untuk memastikan bola tidak jatuh ke gelanggang mereka. Kemahiran kelima ialah pemikiran kritis. Mempelajari kemahiran ini dapat membantu pelajar berfikir secara kritis, kreatif, inovatif serta berkebolehan aplikasi pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. Kemahiran ini dapat diterapkan melalui aktiviti soal-jawab setelah membuat aktiviti pembentangan. Kemahiran terakhir ialah pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran ini penting kerana ia memberikan kesan positif dan sihat kepada seseorang itu seperti berkeyakinan, mendapat kepuasan diri, tidak mudah berputus asa dan sebagainya. Kemahiran ini dipupuk apabila sebelum memulakan aktiviti, Encik Jasmy memberikan sedikit maklumat mengenai isu-isu semasa dan nasihat kepada kami. Sekian…
    MUHAMMAD AMIR BIN HASHIM 156325.

    ReplyDelete
  24. Seperti yang kita sedia maklum, Kemahiran Insaniah terdiri daripada 7 aspek yang berbeza iaitu Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Kerja Berpasukan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kemahiran Kepimpinan, Pemikiran Kritis, Kemahiran Keusahawanan, dan Etika dan Nilai Professional. Dalam aktiviti kelas kokurikulum bola tampar ini, kita hanya didedahkan tidak termasuk Kemahiran Keusahawanan. Kelas ini banyak memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan lagi KI yang ada. Kemahiran komunikasi sebagai contoh, dapat diperolehi malah boleh dipertingkat melalui cara kita berinteraksi dengan rakan ataupun jurulatih itu sendiri. Kita sudah pasti telah mengalami banyak perubahan dalam cara kita bercakap sejak kecil hinggalah bergelar mahasiswa kini. Jadi, kelas ini dapat meningkatkan lagi kemahiran ini supaya menjadi lebih baik pada masa akan datang. Kemahiran berpasukan, banyak diterapkan terutamanya ketika bersukan seperti bola tampar. Jurulatih pernah berkata kerjasama berpasukan itu amat penting untuk berjaya. Kita harus bersama-sama mencapai kejayaan, bukan membiarkan rakan-rakan yang lain terkandas sedangkan kita berjaya. Aktiviti yang diadakan dalam kelas ini merupakan satu titik permulaan untuk membentuk semangat pasukan yang tinggi. Selain itu, untuk aspek pembelajaran sepanjang hayat, sememangnya telahpun diterapkan sejak mula lagi kelas ini diadakan. Sudah pasti ada diantara kami yang pernah bermain dan terlibat dalam kejohanan bola tampar sebelum ini, jadi kemahiran-kemahiran asas telah pun dimiliki sesetengah kami. Tetapi, melalui pembelajaran yang ditunjukkan jurulatih membantu kami membaiki dan mempertajam kemahiran ini menjadi lebih baik. Dan kemi menjadi lebih semangat untuk belajar. Aspek seterusnya menyentuh tentang kemahiran kepimpinan. Aspek ini telah diperolehi oleh sebahagian daripada kami apabila mereka dilantik menjadi ketua dan penolong ketua. Jadi, kami sebagai anak buah turut membantu dalam member komitmen kepada ketua kami di samping kami juga dapat memupuk semangat kepimpinan dalam diri kami. Contoh yang paling ketara adalah kawad sebelum memulakan aktiviti lain. Bagi aspek pemikiran kritis, itu amat penting dan sering digunakan dalam menyelesaikan banyak masalah kehidupan. Dalam kelas ini, jurulatih menekankan pemikiran kritis terutama dalam permainan agar kita mampu membuat keputusan untuk menghantar bola kepada rakan kita dengan bijak. Dan yang terakhir sekali adalah etika dan nilai professional yang seharusnya dimiliki oleh mahasiswa sekarang. Melalui kelas ini, aspek ini dapat diperolehi sekiranya mahasiswa berjaya menghadiri semua kelas yang diadakan dengan ikhlas. Ini semua amatlah penting kepada bakal graduan untuk menjadi insan berilmiah dan berdisiplin pada masa akan datang.
    MUHAMMAD ASHRAF ASHARI 157413

    ReplyDelete
  25. Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran generik. Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentang Kemahiran Insaniah (KI), tetapi kebanyakannya berkait dengan kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah (KI) adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas.Terdapat 7 jenis kemahiran insaniah yang utama iaitu kemahiran insaniah,pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran kerja berpasukan,pembelajaran secara berterusan,kemahiran keusahawanan,etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan.Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan.Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada baru dan berlainan.Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.Pembelajaran berterusan melibatkan usaha belajar berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru.Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.Etika dan moral profesional melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial.Kemahiran kepimpinan melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam pelbagai aktiviti.
    CHRISTOPHER GEORGE (CHRIZ)
    152963

    ReplyDelete
  26. Bola tampar jika dilihat dari satu sudut mungkin hanya di anggap sebagai satu sukan semata-mata , tapi dalam bola tampar sukatan pelajaran kokurikulum oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ia merupakan antara satu medium untuk mengasah kemahiran-kemahiran insaniah dalam diri pelajar. Pelajar mungkin boleh menguasai ilmu dengan membaca dan cemerlang dalam peperiksaan tetapi belum tentu mereka yang berjaya dalam peperiksaan ini mampu untuk berkomunikasi dengan baik, memimpin ataupun berfikir dengan kritis. Mungkin ada segelintir yang mampu tetapi lebih ramai yang tidak mampu. Ini kerana kebanyakan pelajar hanya belajar semata-mata untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang. Melalui bola tampar pelajar boleh mengasah kemahiran insaniah menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan antaranya ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran ini secara tidak langsung dapat ditingkatkan menerusi interaksi antara pelajar. Interaksi ini mampu untuk meningkatkan keyakinan para pelajar untuk berkomunikasi seterusnya mempersiapkan diri untuk skop komunikasi yang lebih besar. Selain itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dengan bekerjasama menyelesaikan tugasan-tugasan yang di berikan. Idea-idea bernas yang difikirkan untuk menyelesaikan tugasan pula menjadi bukti pemikiran kritis para pelajar yang juga merupakan salah satu daripada kemahiran insaniah. Pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan dengan menyertai jawatan kuasa tertinggi kelab bola tampar tersebut atau menganjurkan pertandingan. Sebagai tambahan , sukan merupakan aktiviti yang memerlukan disiplin yang tinggi, justeru itu bola tampar sepatutnya juga mampu membantu pelajar meningkatkan disiplin diri mereka seterusnya memenuhi satu lagi kiteria iaitu etika dan nilai profesional. Dengan menyertai sukan bola tampar ini juga sebenarnya secara tidak langsung pelajar telah memenuhi kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran-kemahiran insaniah ini penting bagi melahirkan individu yang berkualiti bukan hanya untuk diri sendiri malah dapat member jasa kepada masyarakat kelak.

    Muhammad Adam Bin Muskhan
    158308

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Sejak beberapa tahun lepas, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerapkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar institusi pengajian tinggi melalui kursus yang ditawarkan dengan harapan dapat meningkatkan kualiti mereka sebelum memasuki pasaran kerja.

    Oleh itu, ketika pengajian di universiti semua pelajar dibimbing mengenai tujuh kemahiran insaniah (soft skills) oleh pensyarah masing-masing.

    Kemahiran yang dimaksudkan itu meliputi komunikasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepemimpinan. Tujuan kementerian menerapkan kemahiran ini kepada pelajar universiti ialah supaya dapat memberi nilai tambah kepada mereka selain kurikulum yang dipelajari.

    Ini bermakna apabila diterima melanjutkan pengajian ke universiti atau institusi pengajian, pelajar turut didedahkan dengan kemahiran-kemahiran itu dalam tempoh pengajian.

    Kemahiran insaniah menjadi aset penting dalam sukan bola tampar ini. Melalui sukan bola tampar ini, graduan yang mampu bersaing, berkeyakinan, mampu berkomunikasi dengan baik serta boleh menyumbang kepada bakal majikan tempatan dan antarabangsa dapat dilahirkan.

    Kemahiran itu menjadi elemen yang dikenal pasti sebagai amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang kini bersifat global. Tambahan pula, dengan ijazah semata-mata tidak mampu menjamin siswazah mendapat pekerjaan.

    Oleh itu, sepanjang kelas ini berlangsung, ketujuh-tujuh kemahiran ini dapat kita lihat. Antaranya, Kemahiran Komunikasi di mana kami dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil untuk menghabiskan agihan-agihan kerja yang diberi. Melalui aktiviti ini, kemahiran berkomunikasi dengan baik dapat diukur dan dipupuk sesama rakan dan orng lain. Bagi, Kemahiran Kerja Berpasukan pula,ianya dapat dilihat ketika kami menjalankan permainan berkumpulan seperti aktiviti menghantar bola, semangat berkerjasama menjadi kunci kepada kejayaan di mana setiap ahli kumpulan seharusnya memberi kerjasama untuk melakukan aktiviti tersebut. Bagi Pembelajaran Sepanjang Hayat, kemahiran ini dapat dilihat ketika ilmu yang diajar kepada pelajar sentiasa dihubungkaitkan dengan aktiviti harian. Kemahiran Kepimpinan dapat dilihat ketika salah seorang daripada anggota pasukan kami dilantik untuk memimpin kami semua. Bagi Pemikiran Kritis dapat dilihat ketika perlawanan di mana seseorang itu perlu tahu kelemahan pihak lawan sebelum membuat serangan. Seterusnya bagi Kemahiran Keusahawanan, pelajar diberi tugasan untuk menganjur aktiviti perlawanan dan melalui aktiviti ini, pelajar dapat menganggar bajet dan modal yang sepatutnya dikeluarkan, Akhir sekali, Etika dan Nilai Professional dapat dilihat sewaktu memberi komen kepada kumpulan pembentang sewaktu pembentangan KI, etika dan nilai professional adalah amat dititikberatkan. Komen yang diberi sepatutnya adil dan berasas serta bukannya untuk mengacau-gacau sahaja. Hal ini adalah penting kerana kita seharusnya ikhlas memberi komen dan menghormati pembentang dari segi usahanya.

    Wafiuddin Rujhan
    159448

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Assalammualiakum dan salam sejahtera Encik Jasmin, terdapat tujuh aspek Kemahiran Insaniah(KI) yang dapat kita perolehi dalam kita menjalani aktiviti kokurikulum ini seperti bola tampar.KI ini atau dikenali sebagai ‘softskill’ tidak mungkin boleh didapati didalam kelas akademik atau waktu pembelajaran kerana ia merupakan kemahiran yang perlu diasuh secara praktikal.
    Antara saranan yang wajar dilakukan bagi mencapai target KI ini adalah yg pertama ialah kemahiran komunikasi. Kemahiran ini boleh dicapai dengan cara individu itu member arahan kepada satu lagi individu dengan harapan individu yang mendengar itu memahami apa yang ingin disampaikan . Bagi memudahkan individu yang mendengar itu memahami apa yang dikatakan,arahan yang diberi mestilah jelas dan terang. Hal ini dapat menghasilkan Kemahiran Komunikasi yang baik.
    Kemahiran kerja berpasukan pula merupakan KI yang kedua yang perlu dicapai dengan cara memberi tugas kepada para pelajar mengikut kumpulan.Hal ini baru kita dapat menonjolkan kemahiran ini dengan lebih jelas daripada setiap diri individu itu. Kebiasaannya kemahiran ini dapat mengajar para pelajar dalam bekerja secara kumpulan yakni dengan cara membahagikan tugas dan cara bekerjasama yang efisien.
    KI yang ketiga ialah Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu memerlukan usaha belajar secara berdikari dalam memperoleh pengetahuan baru. Antara cara yang boleh dilakukan bagi memperoleh KI tersebut ialah dengan menanamkan sifat ingin tahu dan dahagakan ilmu. Seperti kebiasaannya merekan yang gagal sudah pasti akan berputus-asa tetapi sebenarnya saya ada kata-kata daripada seorang sahabat saya iaitu kegagalan sekarang bukan bermakna kita gagal selama-lamanya tetapi ia merupakan kejayaan yang tertangguh yang suatu hari akan tiba jua.
    KI yang keempat ialah Kemahiran Kepimpinan iaitu kemahiran yang amat penting bagi seseorang individu itu menerajui sesebuah kumpilan. Pemimpin ialah seseorang yang mampu mempengaruhi minda individu yang lain. Seseorang pemimpin perlu mempunyai pemikiran yang trbuka dan sanggup menerima apa sahaja cadangan. Bagi pemimpim yang berwibawa mereka perlu mempunyai KI yang kelima iaitu Pemikiran Kritis. Pemikiran Kritis bukan sahaja bergantung kepada kepintaran sahaj walhal ia bergantung bagaimana cara kita berfikir dan bagaimana kita melihat setiap sudut bagi sesuatu aspek itu sendiri. Pemikiran Kritis boleh dicapai dengan cara para pelajar itu mencari informasi dan seterusnya memahami informasi dan secara tidak langsung mampu mengutarakannya dalam bentuk idea mengenai informasi yang dikaji.
    KI keusahawanan pula iaitu KI keenam ialah kemahiran yang di gembar-gemburkan oleh kerajaan iaitu melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global. Kemahiran keusahawanan ini memerlukan seman gat, komitmen, kejujuran dan amanah, berdisiplin dan mampu meraih peluang.
    Kemahiran yang terakhir ialah etika dan nilai profesional. Nilai-nilai ini amat penting kerana ia mampu merencana pandangan orang sekeliling kita yang memerhatikan kita. KI ini juga mampu membentuk disiplin seseorang pelajr dari segi fizikal dan juga mental. KI ini juga penting dalam kita menjalankan tugas kelak kerana jika KI ini diabaikan, kebanyakan daripada kita sudah pasti akan menjalankan tugas mengikut hawa nafsu dan perasaan sahaja. Oleh itu KI ini secara tidak langsung mampu membentuk perilaku seseorang kearah kebaikan.
    Sekian Terima Kasih. MUHAMMAD AIMAN IZZAT OMAR 156591

    ReplyDelete
  30. Salam,
    ‘Soft skill’ yang juga dikenali sebagai Kemahiran Insaniah (KI) merupakan salah satu kemahiran selain kemahiran teknikal ataupun kognitif. Ketujuh-tujuh elemen kemahiran insaniah tersebut ialah kepimpinan, komunikasi, kerja kumpulan, keusahawanan, kemahiran berfikir & penyelesaian masalah, pembelajaran seumur hidup dan juga etika dan moral. Kesemua elemen KI ini dapat diterap melalui aktiviti ko-kurikulum supaya pelajar dapat membentuk sahsiah diri dan meningkatkan kecemerlangan peribadi. Pelajar juga diberi kesempatan untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman.

    Kemahiran kepimpinan dapat menunjukkan seseorang yang diberi jawatan mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi orang lain dan memikul tanggungjawab yang diberikan. Sebagai contoh, ketua kumpulan memberi arahan semasa perbarisan.
    Kemahiran komunikasi menunjukkan kebolehan berkomunikasi secara berkesan apabila pelajar diberi satu tugasan dalam kumpulan kecil untuk membuat pembentangan dan satu lakonan pendek. Ianya memerlukan komunikasi antara setiap ahli kumpulan untuk membuat satu pembentangan yang baik dan sempurna.
    Kemahiran kerja kumpulan menunjukkan kebolehan bekerjasama dengan pelbagai pihak dari pelbagai latar belakang. Sama seperti permainan bola tampar dimana corak permainan membentuk satu pasukan yang harus bekerjasama untuk sama-sama menentang pihak lawan.
    Kemahiran keusahawanan merupakan pembelajaran secara kendiri untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang baru yang akan membantu pelajar mengurus kewangan sediri. Kemahiran ini tidaklah diterapkan sangat di dalam ko-kurikulum bola tampar. Akan tetapi, apabila palajar ingin membuat kertas kerja dan projek, mereka hendaklah mengurus kewangan dengan membahagikan bajet yang diperlukan untuk setiap aktiviti.
    Kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah menerapkan pemikiran kritis dan rasional seperti pelajar memberi pendapat dan idea masing semasa perbincangan untuk membuat kertas kerja.
    Kemahiran pembelajaran seumur hidup menerapkan pengetahuan dan kemahiran amali kepada kehidupan profesional dan sosial. Ini dapat dilihat semasa fasilitator mendedahkan isu-isu semasa yang sedang berlaku diseluruh dunia.
    Kemahiran etika dan moral menerapkan tahap etika yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi sosial. Contohnya, sepanjang tempoh aktiviti kelas ko-kurikulum bola tampar yang dijalankan, pelajar hendaklah memakai pakaian yang seragam dan juga ketepatan masa.
    Sekian.

    NUR AMALINA BT OSMAN 152053

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada pendapat saya aktiviti kokurikulum amat penting dalam memupuk kemahiran insaniah dalam diri para pelajar. Dalam era globalisasi kini,pelajar-pelajar yang pintar semakin ramai umpama cendawan tumbuh selepas hujan, namun tidak semuanya mempunyai sahsiah serta kemahiran insaniah yang kukuh.Ini amat penting bagi melahirkan bakal pemimpin-pemimpin negara yang setanding dengan negara maju lain, Institusi-institusi pengajian tinggi terutamanya awam harus memainkan peranan dalam memantapkan lagi kemahiran-kemahiran insaniah dalam diri pelajar.
    Justeru itu,tindakan pihak universiti menjadikan aktiviti kokurikulum ini sebagai aktiviti berkredit amatlah disokong kerana pelbagai perkara telah saya pelajari meskipun baru beberapa minggu bersama tuan.
    Terdapat 7 kemahiran insaniah yang perlu dikukuhkan dalam diri pelajar. kemahiran komunikasi telah dilatih secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti pembentangan kumpulan serta permainan dalam kumpulan setiap minggu. Hal ini turut mengukuhkan hubungan sesama ahli disamping meningkatkan kemahiran berkomunikasi kami.
    Kemahiran kerja berpasukan dapat ditingkatkan dengan perbincangan dalam kumulan serta saling berkongsi idea serta bantu-membantu dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan,semua ahli haruslah terlibat serta memberi komitmen dalam menyelesaikan tugasan yang biberi.
    Pembelajaran sepanjang hayat juga dapat dipelajari melalui tunjuk ajar fasilitator yang mempunyai bayak pengalaman serta pelbagai ilmu yang pastinya menjadi pelajaran yang terbaik untuk kami serta boleh digunakan sepanjang hayat.
    Kemahiran kepimpinan boleh digilap melalui kerja berpasukan,setiap ahli diberi peluang untuk menjadi ketua bagi setiap tugasan yang berlainan.
    Pemikiran kritis pula boleh diuji melalui aktiviti-aktiviti yang meransang minda serta aktiviti yang memerlukan kita berfikir seperti aktiviti menghafal biodata setiap ahli yang telah kita laksanakan di minggu pertama.
    Kemahiran keusahawanan boleh dipupuk melalui aktiviti jualan seta akltiviti lain yang dianjurkan kelab kita.
    Etika dan profesional telah berjaya dipupuk fasilitator kerana menyeragamkan pemakaian serta disiplin yang tinggi di setiap pertemuan.
    Ianya boleh digilap lahi serta dipertingkatkan dengan tunjuk ajar dari fasilitator. Sekian, terima kasih.

    Noor Aulia
    159218

    ReplyDelete
  32. Aktiviti bola tampar merupakan salah satu aktiviti yang tersenarai dalam pilihan aktiviti kokurikulum di UPM. Sepertimana yang diketahui ramai, aktiviti kokurikulum mampu membentuk kemahiran insaniah dalam diri setiap pelajar. Pembelajaran di dalam kelas sahaja tidak membantu seseorang pelajar untuk memperoleh dan menajamkan kemahiran insaniahnya. Kemahiran insaniah merangkumi pelbagai aspek. Terdapat 7 kemahiran insaniah iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kempimpinan, pemikiran kritis, kemahiran keusahawanan serta etika dan nilai profesional. dalam kokurikulum bola tamapar kemahiran-kemahiran insaniah yang telah dipraktikan ialah kemahrian kepimpinan. Contohnya, pada setiap pagi berkumpul, ketua kumpulan akan mengetuai pembarisan untuk menyanyi lagu “Negaraku” dan melaporkan bilangan anggota yang hadir.kemudian,setiap anggota diberi tugas mengetuai aktiviti senaman. In injuga salah satu cara kemahiran kepimpinan dpapat diserapkan dan dibentuk.
    Kemudian adalah kemahiran komunikasi. Kemahiran ini sangat penting antara ahli-ahli terutamanya semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Melalui kemhahiran komunikasi yang berkesan, setiap ahli kumpulan dapat berbincang dengan mudah untuk melancarkan sesuatu aktiviti. Kemahiran ini banyak dibentuk dalam kumpulan terutamanya apabila menjalankan aktiviti kumpulan. Kemahiran ini juga dibentuk dalam pelatih apabila pelatih dikehendaki memperkenalkan diri sendiri termasuklah nama, tempat asal,program masing-masing kepada ahli kumpulan yang lain.Pelatih lain pula perlu mengingati detail peribadi orang lain.Hal ini secara tidak langsung menggalakkan pelatih berinteraksi dan berkenal-kenalan sesama ahli kumpulan.

    Selain itu,kemahiran kerja berpasukan amat penting sepanjang aktiviti kokurikulum dijalankan. Contohnya semasa membuat perlawanan antara kumpulan, setiap ahli kumpulan harus bekerjasama untuk mencapai kemenangan,jika tiada sifat kerjasama yang ditunjukkan amat sukar untuk aktiviti berpasukan untuk berjalan lancar.
    Pemikiran kritis juga penting dalam sesuatu perbincangan. Contohnya selepas setiap kumpulan membentangkan topic kemahiran isaniah, antara kami akan memberi pandangan dan cadangan untuk dibincangkan. Sifat terbuka untuk menerima pendapat orang lain akan banyak mendatangkan manfaat kepada kita serta member peluang kepada kita memperbaiki kelemahan diri kita.
    Pembelajaran sepanjang hayat dapat dilihat semasa menjalankan aktiviti kokurikulum, kami akan tukar-menukar pandangan antara satu sama lain. Melalui penukaran pendapat, kami mungkin dapat mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan yang baru daripada orang lain.
    Etika dan nilai professional sangat penting untuk seseorang semasa menjalanjan aktviti. Contohnya semasa pembentangan kemahiran insaniah oleh kumpulan lain, kami akan member perhatian yang sepenuhnya. Kemahiran ini juga diterapkan apabila jurulatih menegaskan disiplin merupakan factor utama dalam diri seorang atlet.Pelatih dikehendaki memakai baju yang sam a sebagai lambing keuniti dan disiplin kumpulan kami.

    AMIR ANWAR BIN DARUSSALAM
    159658

    ReplyDelete
  33. Salam..Pada pandangan saya kemahiran insaniah ini sangat penting kepada setiap individu untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutama sekali para mahasiswa.Kemahiran ini amat berguna kepada graduan universiti dalam menempuh alam bekerja.Terdapat 7 kemahiran insaniah yang boleh dipraktikkan.
    Pertama,kemahiran berkomunikasi.Kemahiran ini merupakan aset utama yang dinilai oleh majikan pada masa kini baik kerajaan atau swasta.Oleh itu untuk memupuk nilai ini aktiviti seperti perbentangan dapat membantu mengasah kebolehan individu dalam berkomunikasi dengan orang ramai.Kedua,kemahiran kerja berpasukan.Kerja berpasukan adalah kaedah yang amat berkesan dalam membantu pelajar mencapai kejayaan dan kecemerlangan akademik.Ini dapat melatih diri pelajar untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa.Aktiviti seperti permainan dapat membantu sedikit sebanyak kerana untuk memenangi satu permainan aspek kerjasama pasukan amatlah penting.Tanpa kerjasama tersebut kemenangan sangat susah untuk dicapai.Ketiga,pembelajaran sepanjang hayat.Ilmu perlulah sentiasa dituntut tidak kira umur dan pangkat kerana dengan ilmulah hidup menjadi lebih mudah.Contohnya,kita boleh mengajar tips dalam bola tampar kepada mereka yang tidak mengetahuinya.Keempat ialah kemahiran kepimpinan.Nilai ini amat penting bagi mengawal sesuatu keadaan agar ia menjadi lebih teratur.Contohnya,ketua dalam pasukan bola tampar memainkan peranan penting dalam memastikan anak buahnya berada dalam keadaan teratur.Melalui sifat ini juga individu dapat menanam sikap keberanian dalam diri secara tidak langsung.Kelima,kemahiranpemikiran kritis.Dalam era globalisasi ini,majikan lebih berminat untuk mengambil pekerja yang berfikir luar daripada kotak untuk mengembangkan syarikat mereka.Misalnya dalam perjumpaan bola tampar setiap pelajar perlu memikirkan satu gaya untuk proses pemanasan badan sebelum memulakan latihan.Perkara ini secara tidak langsung menguji tahap pemikiran kritis pelajar.Keenam,kemahiran keusahawanan.Usahawan merupakan seorang yang berani mengambil risiko untuk membawa idea baru yang kreatif dan inovatif untuk dikomersialkan.Contohnya,pelajar boleh melibatkan diri dengan cara menjual "printed T-shirt" yang melambangkan bola tampar.Akhir sekali,etika dan nilai profesional.Etika perlu dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian pelajar.Ia merupakan rangka tanggapan yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku.Contohnya,dalam bola tampar setiap pelajar perlu hadir pada masa yang telah ditetapkan seawal jam 8 pagi.Hal ini dapat mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin.

    Sekian.minta maaf atas kelewatan memberi komen.

    NABILAH BT RAMLI
    (158962)

    ReplyDelete