Wednesday, September 14, 2011

GE2123 TEKNOLOGI & INOVASI DLM PENDIDIKAN. SEM 1 20112012. "FENOMENA"


Fenomena teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian menjadikan manusia semakin pantas mengalami perubahan dari segi pertuturan, perbuatan dan berfikir. Budaya dan adat setempat turut mengalami tempias kesan dari aplikasi ICT ini. Jika sebelum ini komunikasi secara verbal merupakan antara alat penyampai dan penerima utama mesej, tetapi sekarang telah digantikan dengan internet, komputer, iphone, ipad dan sebagainya.

Justeru itu, bagaimana kita dapat memastikan peralatan ini kekal digunakan tanpa membatas dan mengurangkan jurang perhubungan antara satu sama lain merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang serius. Kita tidak mahu aspek sahsiah semakin terkebelakang semata-mata terlalu bertumpu bidang teknologi yang sentiasa terkehadapan.

Berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian anda, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.

Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-

1. Nama sebenar.
2. Nombor Matrik

3. Tahun Pengajian
4. Fakulti
5. Email
6. Facebook

Postkan perbincangan anda sebelum 22 Sept 2011.

113 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..


    Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan penerangan awal terutama kepada kanak-kanak sebelum mereka diperkenalkan kepada teknologi-teknologi tersebut. Di sini dapat dilihat bahawa peranan ibu bapa amatlah penting dalam memberikan penerangan awal kepada anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa dilihat mengabaikan tanggungjawab mereka ini menyebabkan sebahagian daripada golongan ini hanyut dengan godaan-godaan teknologi yang ada pada hari ini. Sebagai contoh pada hari ini banyaknya berlaku kes-kes serangan seksual, keganasan dan gejala negatif lain kerana mudahnya mereka terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini yang mudah didapati jika mereka melayari internet mahupun yang dipaparkan di kaca televisyen. Penerangan awal kepada mereka mengenai penggunaan teknologi yang betul dapat mengurangkan mereka dari terus terpengaruh dengan bahan-bahan negatif yang turut dibawa dalam teknologi-teknologi masa kini.


    Langkah kedua adalah dengan berusaha untuk memastikan bahawa penggunaan teknologi seperti internet dan telefon bimbit adalah di bawah pengawasan ibu bapa mahupun guru-guru. Ibu bapa dan guru-guru perlu mengawasi penggunaan teknologi dikalangan anak-anak dan murid-murid mereka. Di sekolah contohnya, ada subjek khas yang mengajar murid-murid ini cara untuk menggunakan teknologi dengan betul. Walaupun terdapat kekangan seperti mereka tidak dapat mengawasi anak-anak dan murid mereka setiap masa, namun kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk menggunakan teknologi dengan betul telah dipupuk sama ada di rumah mahupun di sekolah.


    Langkah seterusnya adalah dengan menggalakkan anak-anak muda terutamanya untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Kebanyakan anak-anak muda hari ini khususnya dan kesuluruhan masyarakat amnya lebih banyak menghabiskan masa bersendirian di hadapan computer seharian tanpa bergaul dengan masyarakat. Ini kadangkala mendorong golongan tersebut untuk menjadi pendiam, pasif dan tidak produktif. Sebagai contoh, terdapat kajian yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang gemar bermain permainan video lebih cenderung untuk melakukan keganasan berbanding kanak-kanak yang gemar bergaul kerana mereka inginkan keputusan yang cepat. Ini salah satu contoh apabila penggunaan teknologi yang tidak cekap atau betul boleh menimbulkan masalah kepada masyarakat.


    Langkah keempat adalah dengan memperkenalkan teknologi yang bersesuaian dengan umur dan kehendak anak-anak dan murid-murid mereka. Kebanyakan generasi muda hari ini diperkenalkan kepada teknologi yang mungkin belum bersesuaian dengan tahap perkembangan mental mereka. Sebagai contoh, dapat dilihat pada hari ini mungkin tidak lagi menjadi perkara yang menghairankan jika kanak-kanak berusia 5 atau 6 tahun sudah menggunakan telefon bimbit, internet tanpa pengawasan golongan dewasa dan menjadi kera sumbang dengan bermain permainan video sepanjang hari. Sekiranya fenomena ini berterusan, ia mungkin akan menjadikan generasi akan datang menjadi pasif dan kurang produktif.


    Langkah terakhir adalah dengan mengkaji dan menyemak semula sukatan pelajaran komputer di sekolah. Subjek pelajaran komputer di sekolah pada hari ini lebih banyak menumpukan kepada cara untuk menggunakan komputer dan teknologi dan seakan-akan kurang memberikan perhatian kepada cara untuk menggunakan teknologi dan inovasi tersebut dengan betul. Sebagai contoh, berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa belajar di sekolah, guru lebih memberi perhatian kepada cara untuk menggunakan teknologi tersebut tanpa menerangkan tentang kesan buruk yang dibawa bersama dengan teknologi tersebut. Sekiranya subjek ini diajar tanpa terlalu menumpukan kepada cara untuk menggunakannya sahaja saya yakin masyarakat kita tidak akan terpengaruh dengan kesan negatif yang dibawa bersama oleh teknologi dan inovasi ini.


    1. Muhamad Kamil bin Kamaruzzaman.
    2. A129377.
    3. Tahun 3.
    4. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
    5. dragonkids@ymail.com
    6. Muhamad Kamil (dragonkids@ymail.com)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Antara lima langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah para pelajar khasnya dan para pengguna amnya ialah melalui bimbingan dan perhatian daripada ibubapa. Hal ini demikian kerana dalam arus pemodenan yang pesat ini, pelbagai teknologi baru mula melanda negara kita. Ibu bapa sepatutnya sentiasa menerangkan kepada anak-anak akan pentingnya teknologi namun perlulah memberikan had kepada anak-anak dalam menggunakan pelbagai alat teknologi. Sebagai contoh, anak-anak boleh dibenarkan untuk menggunakan saluran komunikasi seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Namun Ibubapa juga perlu memantau kenalan-kenalan alam maya anak-anak mereka. Jika anak-anak tidak diberikan kawaan yang sewajarnya, tidak mustahil mereka akan memilih kenalan yang slah dan terjebak dengan masalah disiplin dan keruntuhan sahsiah.


    Langkah yang kedua yang wajar dilaksanakan ialah melalui peranan kerajaan itu sendiri. Kerajaan sepatutnya menapis dan memilih teknologi yang mana wajar diserap masuk kedalam negara kita. Jika terlalu banyak teknologi misalnya dalam penggunaan telefon bimbit Blackberry, ia akan mendedahkan masyarakat dengan dunia luar yang mungkin boleh menyebarkan pengaruh yang tidak baik terhadap negara. Hal ini demikian kerana kecanggihan Blackberry yang boleh memaparkan pelbagai cerita diseluruh dunia seperti pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya, akan menyebabkan pengguna Blackberry khususnya pelajar akan meniru perbuatan tersebut.


    Selain itu, Risalah-risalah berkaitan dengan cara penggunaan teknologi yang betul juga wajar diedarkan disekolah-sekolah dan institusi pendidikan agar para pelajar ini tahu dan faham mengenai penggunaan teknologi yang betul. Kita sendiri dapat melihat bahawa pelajar universiti amnya lebih berisiko terdedah kepada teknologi yang tidak baik kerana penggunaan WIFI di institusi pendidikan. Hal ini adalah berbeza dengan disekolah kerana kebanyakkan sekolah masih belum menerima kemudahan WIFI. Dengan kehadiran risalah ini pelajar akan lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk mereka.


    Langkah lain yang boleh dilaksanakan adalah melalui pengwujudan sekatan dan had untuk membeli peralatan teknologi. Misal ada segelintir ibu bapa yang memanjakan anak-anak mereka dengan membelikan Ipad, Blackberry dan sebagainya. Sepatutnya sesiapa yang membeli alat teknologi ini mendaftar terlebih dahulu dan meletakkan ciri-ciri keselamatan daripada penggunaan saluran internet untuk memuat turun video lucah. Apabila pendaftaran dilakukan, maka para pengeluar produk ini tahu olongan yang mana akan menggunakan produk ini sekaligus dapat mengawal daripada terjadinya masalah disiplin.


    Langkah terakhir ialah bimbingan daripada rakan sebaya. Kita tahu bahawa rakan sebaya merupakan antara pengaruh terbesar kepada anak-anak. Oleh itu, dalam menggunakan alat teknologi, rakan sebaya boleh memberikan nasihat mengenai betul dan salah dalam menggunakan teknologi. Kadangkala bukan semua anak-anak itu mendengar larangan ibubapanya, tetapi nasihat rakan sebaya lebih diingati.


    1) KHUZAIMAH BINTI AB MUTALIB
    2) A132472
    3) TAHUN 2
    4) FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    5) khuzykhushi@yahoo.com
    6) Srikandi Utara Khuzy

    ReplyDelete
  5. Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah-sahsiah pelajar dan pengguna ialah seseorang itu perlu bijak dalam menggunakan teknologi dan inovasi yang ada.Sebagai contoh,penggunaan internet yang semakin meluas di seluruh negara.Kita dapat melihat bahawa penggunaan internet ini kebanyakannya mendatangkan keburukan kepada seseorang pengguna berbanding dengan kebaikan.Maklumat yang dipaparkan tidak semuanya baik untuk para pelajar dan pengguna serta maklumat-maklumat ini sukar untuk ditapis.Oleh hal yang demikian,seseorang itu perlu bijak dalam mendapatkan maklumat dari internet.


    Selain itu,para pengguna juga tidak harus bergantung kepada teknologi dan inovasi semata-mata.Hal ini akan menyebabkan pengguna akan mejadi seorang yang pemalas.Perkara seperti ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya dimana mereka hanya bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat dengan cepat.Mereka menjadi malas dan tidak mahu bersusah payah untuk mencari buku di perpustakaan.Bagi mengelakkan para pelajar dan pengguna menjadi malas,mereka perlu memastikan diri mereka tidak terlalu bergantung kepada teknologi dan inovasi internet semata-mata.


    Di samping itu,ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga disiplin dan sahsiah anak-anak mereka.Ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti harian anak-anak mereka yang banyak dipengaruhi oleh teknologi.Kebanyakan pelajar-pelajar sudah mempunyai laman sosial sendiri seperti twitter,facebook dan sebagainya.Laman sosial ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar dan pengguna yang berumur 20 tahun ke atas bahkan kanak-kanak juga memilikinya.Mereka boleh meluahkan segala-galanya di laman sosial ini dan mudah untuk mempercayai rakan-rakan mereka di dalam laman sosial.Pengawasan ibu bapa sangat penting supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan penggunaan teknologi dan inovasi pada masa sekarang.


    Seterusnya,teknologi dan inovasi juga tidak perlu dihasilkan dengan begitu banyak dalam sesuatu tempoh.Hal ini demikian kerana,perkara ini akan mendorong pengguna untuk membelinya.Misalnya,teknologi seperti iphone dan ipad.Pengguna akan terdorong untuk membeli teknologi ini kerana mereka tidak mahu dikatakan sebagai orang yang ketinggalan zaman.Sekiranya seseorang itu bukanlah dari golongan yang berada,perkara seperti ini pasti akan membebankan ibu bapa mereka.


    Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran kepada pengguna mengenai teknologi dan inovasi.Para pelajar dan pengguna perlu diberi pendedahan mengenai sesuatu teknologi dan inovasi ini sama ada dari segi kebaikan dan keburukan penggunaannya.Sebagai contoh,penggunaan facebook yang semakin popular dalam kalangan pelajar dan pengguna ini juga mempunyai kebaikan dan keburukannya.Kebaikan yang dapat diperolehi ialah pengguna dapat berhubung dengan semua rakan-rakan mereka tanpa perlu berjumpa.Tetapi,dalam pada masa yang sama,facebook juga membataskan komunikasi secara bersemuka.



    1)Mashitoh binti Othman
    2)A132446
    3)Tahun 2
    4)Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    5)shitoh3080@yahoo.com
    6)Srikandi Utara Mamy

    ReplyDelete
  6. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi dunia kini sedang enak disajikan dengan kecanggihan teknologi melalui penciptaan gadjet-gadjet dan kemudahan jaringan yang bertujuan untuk kemudahan para pengguna amnya. Namun begitu keasyikan bermain dengan dunia siber ini kadang kala melekakan terutama sekali sekirannya pengguna teknologi ini adalah terdiri daripada kalangan pelajar. Justeru itu, pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan kemajuan teknologi dan inovasi ini tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    Langkah yang pertama adalah bermula dari rumah. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan anak-anak mereka tidak leka bermain dengan gadjet-gadjet seperti PS2, Facebook, iPad dan lain-lain lagi sehingga mereka lupa untuk belajar. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pemantauan terhadap jadual pembelajaran anak-anak mereka yang masih beajar agar mereka tidak leka berteknologi sehingga lupa untuk belajar.

    Langkah yang kedua pula adalah peranan para pendidik. Satu fenomena biasa yang dapat kita lihat di dalam kelas adalah ada antara pelajar yang bermain internet, ber'SMS' dan paling tidak pun ada yang tidur semasa proses pembelajaran sedang berjalan. Hal ini adalah kerana mereka kebosanan yang mana akan menimbulkan rasa untuk ponteng kelas dan sebagainya. Justeru itu, para pendidik perlu lebih 'up to date' dengan suasana pembelajaran dengan menggunakan aplikasi dari teknologi seperti grafik, media, animasi dan lain-lain lagi. Ini akan membangkitkan rasa seronok dalam diri pelajar untuk hadir ke kelas seterusnya dapat meningkatkan disiplin dalam diri mereka.

    Langkah ketiga adalah memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat kreatif mereka. Pelbagai pihak seperti sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan badan-badan korporat harus bekerjasama dalam melaksanakan satu pertandingan reka cipta sebagai medium kepada pelajar untuk menjadi salah seorang daripada pencipta teknologi. Sebagai contoh Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Bot Lumba anjuran RA3 Eduscience Corporation Sdn. Bhd. (RA3) yang melibatkan penyertaan 2,000 pelajar dari 313 buah sekolah rendah dan menengah seluruh Semenanjung Malaysia merupakan salah satu platform terbaik untuk menanam serta menggalakkan minat terhadap inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar sekolah. Melalui acara seperti ini pelajar menjadi daya saing selain mampu untuk berfikir luar dari kotak.

    Langkah keempat pula adalah meluaskan jaringan internet. Hal ini adalah kerana selaras dengan prinsip internet itu sendiri iaitu maklumat dihujung jari membolehkan pelajar mendapatkan maklumat dengan cara yang mudah contohnya mencari jurnal di JSTOR, Sciencedirect dan sebagainya. Semua sedia maklum tidak semua pelajar yang boleh belajar di perpustakaan. Oleh itu dengan adanya jaringan internet yang meluas maka pelajar dapat mengakses maklumat di mana-mana sahaja. Ini akan menjadikan pelajar bukan sahaja berhibur tetapi juga dapat menuntut ilmu dalam satu-satu masa.

    Langkah yang terakhir adalah peranan pihak kerajaan itu sendiri. Kerajaan seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dalam membenarkan laman sesawang yang masuk ke dalam negara. Sememangnya ia kelihatan mustahil tetapi sesuatu itu tidak akan berjaya tanpa adanya langkah permulaan. Ini akan mengelakkan pelajar dari melayari laman yang tidak elok yang merosakkan akhlak mereka. Selain itu, pihak media massa juga perlu memainkan peranan dalam menyiarkan artikel-artikel tentang bahana penggunaan teknologi keterlaluan agar pelajar sentiasa beringat akan tanggungjawab mereka iaitu untuk belajar.

    1. Nama : Emylia Binti Jamalludin
    2. Matrik : A130898
    3. Tahun Pengajian : 3
    4. Fakulti : Fakulti Sains Sosial dan
    Kemanusiaan
    5. Email :emy_jazs@yahoo.co.uk
    6. Facebook :emy_jazs@yahoo.co.uk ( ai
    mei li Emylia)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..

    Antara perkara yang dapat dinyatakan di sini berkaitan isu yang mana tentang langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya adalah terletak pada akar umbi itu sendiri. Apa yang dapat dimaksudkan dengan akar umbi itu sendiri adalah diri sendiri. Segala masalah itu sebenarnya bermula daripada diri sendiri. Berkaitan tentang isu di atas sebagai pelajar dan pengguna teknologi secara amnya perlu mempunyai kesedaran tinggi tentang ini. Sebagai contoh, pelajar memerlukan sebuah komputer bagi tujuan melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah tetapi disiplin pelajar akan tersasar jika penggunaan teknologi yang canggih ini disalah gunakan dengan menghabiskan masa berjam-jam lamanya hanya dengan mengadap laman sosial seperti "facebook", "twitter" dan sebagainya. Langkah terbaik adalah dengan memanfaatkan masa yang ada dengan menyelesaikan perkara penting dahulu dan mempraktikkan masa dengan baik bagi membina disiplin.

    Teknologi dan inovasi adalah suatu ciptaan manusia yang baik daripada setiap sudut tetapi perlu dilihat juga bahawa perkara ini turut memiliki keburukan yang tersendiri. Langkah kedua yang perlu dijalankan bagi mengelakkan terjejasnya disiplin pelajar dan sahsiah pengguna secara amnya adalah dengan menyekat segala laman-laman yang berbaur lucah, berbaur negatif dan laman-laman yang mampu memberi tekanan terhadap psikologi para pelajar dan pengguna. Cara ini jelas sekali dijalankan oleh kerajaan, tetapi cara terawal yang perlu dilakukan sebelum menyekat adalah dengan mengawal terlebih dahulu kemasukan laman-laman negatif ini. Sebagai contoh, pusat-pusat komputer perlu memasang kamera litar tutup (CCTV) dalam "spot" tertentu dan mengambil tindakan terhadap pengguna yang cuba membuka laman-laman negatif secara terbuka.

    Langkah ketiga yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna secara amnya adalah melalui pengisian tentang ilmu yang bermanfaat tentang teknologi dan inovasi. Sebagai contoh, mana-mana pihak sama ada sekolah, universiti atau mana-mana agensi boleh mengadakan kempen penggunaan teknologi secara bermanfaat dan juga boleh mengadakan kelas-kelas bagi mempelajari tentang teknologi khususnya antaranya tentang komputer. Antara perkara yang boleh dipelajari adalah tentang “software”, “hardware” dan tentang perisian komputer. Jadi, secara langsung atau tidak langsung aktiviti bercorak sebegini mampu membaiki sahsiah dan disiplin pelajar daripada terus menyalahgunakan teknologi sedia ada.

    ReplyDelete
  8. Keempat, teknologi pada masa kini merupakan teknologi tanpa batasan, daripada sebuah komputer ciptaan lama sehingga kini sudah adanya komputer riba, ipad, telefon bimbit canggih yang mana ia mudah dibawa kemana-mana, kata lainnya dunia tanpa sempadan. Tidak hairanlah jikalau anak kecil berusia seawal 5 tahun sudah tahu akan kewujudan “facebook”. Pendedahan sebegini baik pada zahirnya, sedari kecil anak-anak diperkenalkan dengan dunia teknologi tetapi pada batinnya atau dalamannya wajarkah anak-anak kecil diberi pendedahan tentang laman-laman sosial yang semakin melambak saban hari. Jadi, langkah terbaik adalah ibu bapa mahupun yang bekerja atau tidak perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak berkaitan teknologi supaya mereka tidak terjebak dengan kenegatifan teknologi khususnya. Sediakan perisian yang bercorak pendidikan bagi memupuk minat anak-anak mendekati teknologi supaya mereka tahu akan kebaikan penggunaannya dan bukannya keburukannya.

    Langkah yang terakhir yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya adalah menggunakan teknologi sedia ada secara positif bagi mengelakkan impak negatif ke atas setiap pihak. Sebagai contoh, pelajar menggunakan laman sosial sebagai tempat berkongsi pendapat, cadangan dan nasihat berbentuk akademik dan bukannya tertumpu pada sosial semata-mata. Di sekolah, guru perlu memberi pendedahan tentang teknologi berkaitan perisian yang berbentuk intelek dan pengguna secara amnya perlu menggunakan teknologi searus kemajuannya dalam memperolehi maklumat secara meluas.

    1. Nama : Mohamad Firdaus Bin Nizamuddin
    2. Matrik : A 128491
    3. Tahun Pengajian : 3
    4. Fakulti : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    5. Email : slayy_firdzz@yahoo.com
    6. Facebook : slayy_firdzz@yahoo.com (Pemburu Ilmu)

    ReplyDelete
  9. SOALAN : Berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian anda, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.

    Assalamualaikum.

    Seperti contoh langkah yangperlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidah menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar adalah pelaksanaan pogram-pogram peningkatan sahsiah dan pembendungan dari masalah disiplin. Pogram seperti ceramah boleh dilakukan kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan kesedaran diri.

    Selain daripada itu, pihak kerajaan juga boleh menubuhkan suatu badan yang memantau perkara sedemikian agar pelajar-pelajar tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan disiplin dan sahsiah apabila teknologi dan inovasi berkembang pesat. Apabila dilakukan pantauan, pelajar-pelajar menjadi lebih takut dengan kesalahan yang dilakukan dalam era kini.

    Pihak kerajaan juga boleh mengenakan kompaun atau denda terhadap individu yang melakukan salah laku dalam dunia teknologi dan inovasi yang kian pesat membangun. Perkataan seperti “hacking” memang tidak asing lagi dalam dunia IT. namun jika dapat mengetahui siapan yang mengodam sesuatu laman sesawang mestilah diambil tindakan supaya mungkin perkara sebergini lebih dipandang serius.

    Tidak lupa juga bahawa ibu bapa perlu mendidik anak sejak kecil untuk memastikan anan-anak mereka tidak terlalu leka dan hanyut dalam pekembangan teknologi masa kini. Sebagai contoh; jika ibu bapa membiarkan anak mereka terlalu bebas dengan bermain permainan video, mungkin kesannya akan menyebabkan anak mereka sendiri terlalu berada di zon selesa sehingga menyebabkan keputusan peperiksaan yang makin teruk.

    Langkah yang terakhir, menubuhkan mata pelajaran mengenai teknologi dan inovasi di sekolah-sekolah. Mungkin dalam mata pelajaran ini guru-guru di sekolah boleh menekankan mengenai salah laku didalam dunia teknoligi dan inovasi yang serba canggih ini. Dari sini juga dapat mengasah bakat seseorang itu dari bangku sekolah lagi untuk menghasilkan sesuatu inovasi.


    1. Nama sebenar - Ariff Iskandar Sa'id
    2. Nombor Matrik - A127618
    3. Tahun Pengajian - tahun 3
    4. Fakulti - Ekonomi dan pengurusan (FEP)
    5. Email - isqandar90@ymail.com
    6. Facebook - https://www.facebook.com/ariph (ariff iskandar sa'id)

    ReplyDelete
  10. Langkah pertama yang boleh dilakukan bagi meningkatkan sahsiah pelajar dan pengguna teknologi dan inovasi adalah memupuk kesedaran dalam diri setiap invididu.Duke (1980) menyatakan bahawa tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan sendiri.Hal ini kerana,masalah disiplin dan sosial yang berlaku adalah disebabkan mereka kurang menyedari kesan yang bakal mereka terima di masa akan datang.Misalnya,keciciran dalam pembelajaran menyukarkan mereka meneruskan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya tidak berupaya untuk mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan.Oleh itu,mereka digalakkan menggunakan teknologi dengan cara yang bijak dan mendatangkan manfaat kepada diri sendiri.

    Kedua,peranan dan tanggungjawab ibubapa dan guru.Parsona (1964) mengatakan bahawa rumah adalah kilang yang menghasilkan peribadi manusia.Jika ibu bapa gagal “memproses” anak-anak mereka di kilang ini, maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.Oleh itu,tanggungjawab yang lebih besar harus dipikul oleh kedua ibu bapa dengan memantau setiap tindak-tanduk anak mereka dan mengetahui dengan siapa mereka berkawan.Peranan guru dapat dilihat semasa di bangku sekolah dengan mengenakan peraturan yang sewajarnya bagi mengelakkan masalah disiplin daripada terus berlaku.Apabila mereka berada dalam pengawasan,mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak elok.

    Ketiga,kerajaan seharusnya menyekat kemasukan maklumat-maklumat negatif dari luar Negara yang tidak diperlukan bagi mengelakkan remaja terutamanya di bawah umur melihat benda-benda yang boleh merosakkan minda dan akhlak mereka. Contohnya, melalui Internet, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita.Di peringkat sekolah pula,kelonggaran penguatkuasa undang-undang tertentu menyumbang sedikit faktor masalah disiplin.Ini berlaku disebabkan ibu bapa yang mencampuri urusan dalaman sekolah.Badan yang berkait rapat dengan disiplin pelajar ialah Kementerian Pelajaran Malaysia,Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.Namun,kerajaan telah mengambil langkah bijak iaitu hanya Penolong kanan, guru besar dan guru disiplin sahaja yang boleh merotan pelajar atau menjatuhkan hukuman atas kesalahan disiplin.

    Selain itu, masyarakat juga seharusnya membantu dalam mengurangkan masalah disiplin akibat penggunaan teknologi yang meluas.Mereka tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak kerajaan semata-mata tanpa menyedari bahawa satu jari lagi menuding ke arah diri mereka. Masyarakat tidak seharusnya memulaukan golongan remaja ini. Mereka harus menyedarkan golongan pelajar ini agar tidak terjebak lagi ke dalam masalah disiplin.Ia boleh dilaksanakan dengan mengadakan program-program kemasyarakatan yang melibatkan golongan belia dalam aktiviti yang sihat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan surau berdekatan dan tidak hanya duduk di rumah melayari internet.

    Langkah lain yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.Ini kerana,kesedaran dan pengetahuan agama yang tinggi akan mengelakkan golongan muda daripada terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan tuntutan agama.Misalnya,melakukan hubungan seks luar nikah yang semakin berleluasa dewasa ini sehingga timbulnya isu pembuangan bayi yang tidak berdosa.Pegangan agama yang berbeza akan menunjukkan sahsiah dan tingkah laku yang berbeza.Justeru,golongan pelajar dan pengguna teknologi masa kini dinasihatkan supaya memikirkan dahulu baik buruk sesuatu yang ingin dilakukan.

    NURSHEILA BINTI MADING
    A127393
    TAHUN3
    FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN
    syilla.imla@gmail.com
    Nur MaDz

    ReplyDelete
  11. 1. Membuat kaji selidik terhadap impak atau akibat jika sebuah teknologi dan inovasi baru diedarkan kepada sesebuah kalangan.
    Contoh yang ingin saya ambil ialah penggunaan PC-Tablet sebagai pengganti buku teks pembelajaran, buku nota dan buku latihan. Sekolah perlu membuat kaji selidik tentang kekurangan dan kelebihan PC Tablet untuk menggantikan buku teks pembelajaran, buku nota, buku latihan dan perubahan yang mungkin akan berlaku kepada pelajar jika PC Tablet tersebut digunakan. Impak tersebut mungkin dapat dilihat dari segi peningkatan atau penurunan disiplin dan sahsiah pelajar, impak terhadap motivasi belajar, impak terhadap kesihatan pelajar, impak terhadap markah yang didapat dalam setiap tugasan dan peperiksaan serta impak terhadap kewangan sekolah. Berdasarakan maklumat yang didapat dari kajian ini, dapat diputuskan adakah PC Tablet perlu digunakan untuk menggantikan buku tulis dan buku pelajaran.

    2. Mempastikan setiap teknologi dan inovasi baru yang diedarkan kepada masyarakat dan pelajar disertai dengan peraturan penggunaan yang rasmi.
    Jika sebuah sekolah ingin menggunakan PC-Tablet sebagai pengganti buku teks pembelajaran, buku nota dan buku latihan, maka sekolah harus membuat beberapa peraturan dengan teknologi dan inovasi berkenaan. Antara lain tentang jenis perisian lembut (software) yang wajib ada dan tidak boleh ada dalam semua PC Tablet sekolah tersebut, masa dan tempoh penggunaan, serta cara menjaga PC Tablet tersebut agar kekal baik untuk diwariskan pada generasi berikutnya. Pelajar juga perlu diberikan hukuman tegas sekiranya didapati menggunakan PC Tablet yang dibekalkan dengan cara yang tidak sebagaimana mestinya.
    3. Membekalkan pengetahuan yang mencukupi kepada kelompok sasaran yang akan menggunakan teknologi dan inovasi baru.

    Sekolah perlu mengajarkan cara penggunaan PC Tablet dengan lengkap kepada pelajar dan pengajar yang akan menggunakan PC Tablet sebagai pengganti buku tulis. Bukan setakat cara menggunakan PC Tablet dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga cara perawatan dan membaiki perisian lunak jika terjadi kerosakan-kerosakan kecil. Pihak sekolah juga perlu memantau adakah PC Tablet itu digunakan dengan baik (sehingga PC Tablet tidak mudah rosak) dan berdisiplin sesuai dengan ilmu yang diajarkan. Pihak pengajar juga perlu dibekalkan dengan ilmu tentang cara membuat pemantauan jika PC Tablet digunakan pelajar tidak sebagaimana mestinya.

    4. Membuat hukuman yang memberikan kesan jera dan tidak mengulangi kesalahan jika didapati berbuat hal-hal yang tidak patut dengan teknologi dan inovasi yang diterapkan.

    Jika didapati pelajar membawa perisian yang mengandungi unsure yang tidak dibenarkan dalam peraturan seperti sadisma, lucah atau menghasut untuk berbuat keji atau vandalisma, maka pelajar tersebut mesti dicabut kebenarannya untuk menggunakan PC tablet kepunyaan sekolah. Tindakan lain yang mungkin di lakukan adalah dengan memanggil ibu bapa pelajar atau hukuman lain yang membuat pelajar tersebut takut untuk mengulangi hal-hal yang tidak baik. Dicadangkan untuk membuat pemantauan terhadap PC Tablet secara berterusan dan mengejut.

    5. Mempastikan kelompok yang diberikan teknologi dan inovai baru adalah yang paling berdisiplin.
    Jika tidak mampu untuk mengedarkan PC Tablet untuk semua pelajar yang terdapat di sesebuah sekolah, maka PC Tablet itu di edarkan kepada pelajar-pelajar yang benar telah dikenal berdisiplin dan amanah. Pelajar-pelajar ini boleh diketahui dari kajian dan penyelidikan seperti yang dicadangkan pada langkah no.1 atau atas keputusan mesyuarat pihak-pihak yang layak.

    Abu Hurairah Bin Abu Bakar
    A126395
    Tahun 4
    Fakulti Sains & Teknologi
    abu.hh90@gmail.com
    Abu Hurairah

    ReplyDelete
  12. Lima langkah yang dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan pengguna :

    Langkah pertama adalah pihak sekolah haruslah memainkan peranan besar dalam mangambil tindakan supaya teknologi tidak menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin pelajar. Salah satu caranya adalah Pihak sekolah haruslah menyekat laman web yang berunsur negatif. Pihak sekolah haruslah menyekat laman web yang berunsur negative seperti laman web ponografi. Laman web seperti ini akan menyebabkan pelajar terlibat dalam pelbagai jenayah seperti merogol, sex rambang dan pelacuran. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan sahsiah pelajar tersebut malah ia akan menimbulkan pelbagai masalah kepada semua pihak lain seperti ibu bapa, sekolah kerajaan dan Negara jika ia tidak dikawal. Selain itu. Laman web social seperti facebook juga boleh menyebabkan pelajar itu menjadi pasif dan kurang kerkomunikasi dengan dunia luar, malah ia juga boleh meyebabkan pelajar itu tidak menumpukan perhatian dalam kelas dan akhirnya keputusan peperiksaannya merosot. Oleh itu, pihak sekolah juga haruslah menyekat laman social seperti facebook, hi5, orkut, tweeter, dan lain-lain.
    Langkah kedua yang Pihak sekolah haruslah menyediakan satu perisian yang boleh mengesan kegiatan plagarisme. Seperti mana yang kita tahu, bahawa kita boleh mencari semua informasi –informasi yang kita perlukan dalam internet dalam hanya beberapa minit sahaja. Oleh itu, ini boleh menjadi satu peluang bagi pelajar untuk menyelesaikan assignment mereka dengan cepat iaitu dengan mencuri hasil kerja orang lain. Ini boleh menyebabkan pelajar tersebut menjadi malas dan tidak beretika kerana mencuri hasil kerja orang lain. Oleh itu, pihak sekolah haruslah mencipta alat atau satu perisian yang boleh mengesan kegiatan plagarisme supaya pelajar tidak berani untuk meniru hasil kerja orang lain.

    Langkah ketiga adalah memberi Ceramah disiplin untuk meningkatkan disiplin di kalangan pelajar dalam supaya tidak menyalahguna kemudahan teknologi. Satu ceramah disiplin harus diberikan kepada semua pelajar supaya mereka sedar akan kebaikan dan keburukan teknologi. Ini boleh membantu pelajar untuk menggunakan kemudahan teknologi seperti komputer hanya untuk membantu mereka dari segi pendidikan, tetapi bukan untuk merosakkan sahsiah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh seperti melayari laman web berunsur negatif. Ceramah tersebut haruslah merangkumi cara-cara menggunakan alat teknologi secara beretika dalam pendidikan. Di samping itu, pelajar juga diberi amaran tentang kesan-kesan penyalahgunaan teknologi kepada diri mereka dan juga kepada Negara.

    ReplyDelete
  13. Langkah keempat adalah Kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang berkenaan dengan jenayah dilakukan melalui teknologi contohnya jenayah siber .Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga sahsiah dan disiplin para pengguna alat -alat teknologi . kerajaan haruslah memperketatkan undang-undang supaya pengguna akan berfikir dahulu sebelum menyalahgunakan alat-alat ciptaan teknologi seperti computer, telefon bimbit , kereta dan sebagai nya. Dengan memperketatkan undang-undang hak cipta, undang-undang jenayah siber dan sebagainya. Kerajaan haruslah memberi hukuman yang ketat kepada pesalah supaya ia boleh menjadi satu pengajaran kepada orang ramai.

    Langkah kelima adalah Mengadakan kempen penggunaan alat teknologi secara professional dan beretika.Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para pengguna sama ada pelajar sekolah rendah dan menengah, orang dewasa yang bekerja atau tidak bekerja dan juga orang tua supaya mereka tidak menyalahguna teknologi. Selain it , kempen ini juga perlu diadakan supaya mereka faham tentang etika yang perlu disemai dalam diri mereka semasa menggunakan alat teknologi dalam pekerjaan mereka. Contohnya, para pelajar haruslah menggunakan komputer untuk belajar, manakala orang dewasa haruslah mengetahui perbezaan tentang laman web yang mereka harus melayar dan laman web yang boleh merosakkan sahsiah mereka. Kempen ini akan mendorong pengguna menjadi lebih berprofessional dalam memanfaatkan teknologi.selain itu, pengguna juga akan didedahkan kesan –kesan buruk jenayah yang dilakukan melalui teknologi dengan menunjukkan kes-kes jenayah sebelum ini supaya mereka sedar akan akibat penyalahgunaan teknologi.

    Nama : Zainab binti Ibrahim
    No. Matrik : A129231
    Tahun pengajian : 3
    Fakulti : FSSK
    Email : lovely_nabz@hotmail.com
    Facebook : lovely_nabz@hotmail.com

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Teknologi dan inovasi merupakan satu perkembangan yang amat pesat di dunia pada hari ini. Setiap negara bersaing untuk mempertingkatkan inovasi mereka dalam pelbagai bidang antaranya, pendidikan, perubatan, perniagaan dan juga hiburan. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi perlu dikawal supaya penggunaanya tidak menjejaskan sahsiah para penggunanya. Oleh itu beberapa langkah haruslah dilaksanakan oleh setiap pihak yang bertanggungjawab.

    Ibu bapa merupakan seorang yang berperanan yang tinggi dalam hal membentuk sahsiah anak anak mereka. Hal ini kerana remaja sekarang adalah pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengawal anak mereka dari rumah lagi. Sebagai contoh, dunia teknologi dalam pendidikan semakin berkembang, contohnya penggunaan internet. Remaja sekarang dapat memperoleh jutaan informasi di hujung jari mereka. Walaupun internet dapat memberikan pelbagai manfaat. ibubapa haruslah sedar bahawa internet yang sama dapat memberikan atau dapat menunjukkan jalan yang salah kepada remaja sekiranya disalahgunakan. Hal kerana selain dapat memperolehi maklumat pembelajaran dan pengetahuan awam, internet juga boleh digunakan dalam bentuk hiburan yang negatif seperti laman web yang lucah. Oleh itu, ibubapa haruslah mengawasi komputer anak –anak mereka untuk memastikan anak –anak mereka tidak menyalah gunakan teknologi yang disediakan. Disamping itu, ibubapa haruslah mengetahui laman- laman web yang dilayari oleh anak – anak mereka.

    Telefon bimbit adalah antara teknologi yang semakin berkembang pada masa hari ini, setiap orang memiliki sebuah telefon bimbit seperti memiliki sebatang pen. Penggunaan telefon bimbit amat berguna pada masa hari untuk berhubung antara satu sama lain. Walaupun bagaimanapun, penggunaan telefon yang tidak terkawal dalam kalangan pelajar boleh menyebabkan pembaziran duit ibubapa semata mata untuk menambah kredit. Perkara ini berpunca kerana remaja tidak dapat mengenal pasti yang mana penting dan buruk. Kebanyakkan remaja dan pelajar sekolah menggunakan telefon sebagai alat bercinta. Oleh itu, ibubapa harus memastikan bahawa anak – anak mereka bergaul dengan rakan rakan yang berperangai baik. Disamping itu, ibu bapa haruslah memastikan anak- anak mereka tidak bercakap dalam telefon sehingga lewat malan.

    ReplyDelete
  16. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan perana penting dalam membentuk sahsiah dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh guru- guru haruslah mempertingkan lagi dalam mata pelajaran moral dan sivik supaya matlamat mata pelajaran dapat sampai sepenuhnya kepada pelajar- pelajar. Guru- guru perlu menjadikan subjek tersebut sebagai saju mata peljaran yang diminati oleh pelajar. Perkara ini boleh dilakukan, dengan mengunakan kaedah yang berbeza dalam mengajar mata pelajaran ini. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengadakan tayangan video didalam kelas mengenai masalah masalah yang wujud akibat penyalah gunaan teknologi yang sedia ada. Dengan berbuat demikian pelajar- pelajar akan gemar mengikuti subjek in. Daripada pembelajaran mata pelajaran ini remaja dapat berfikir secara rasional dan dapat mengenal pasti baik dan buruk.

    Disamping itu, masyarakat sendiri juga haruslah memainkan peranan tinggi dalam membentuk penggunaan teknologi yang semakin berkembang. Pengubahsuain kereta dan motorsikal merupakan gaya moden yang sangat diminati oleh remaja sekarang. Sebagai contoh menambah peti suara,eksos yang canggih, lampu yang berkuasa tinggi dalam kenderaan mereka merupakan trend terkini. Walaupun pengubahsuain merupakan satu teknologi yang baik, penguna dan remaja haruslah memastikan samaada pengubahsuain yang dilakukan sesuai dengan kenderaan mereka. Perkara ini kerana pengubahsuain boleh membawa malapetaka yang tidak diingini sekiranya pengubahsuain yang dilakukan lebih daripada kapasiti yang boleh ditampung oleh kenderaan mereka. Mekanik- mekanik kenderaan haruslah mengambil berat perkara seperti ini dan bukanya hanya semata mata mementingkan keuntangan.

    Kerajaan juga boleh mengambil langkah- langkah yang berkesan terhadap penyalah gunaan teknologi. Sebagai contoh hukuman tegas harus di kenakan terhadap pengguna kenderaan yang mengubah suai kenderaan mereka lebih daripada kapasiti yang boleh di tampung oleh sesuatu kenderaan tersebut. Selain itu, kerajaan haruslah memansuhkan laman- laman web pronografi dan laman web yang mengandungi unsur- unsur negatif. Dengan menguatkuasakan undang undang seperti ini kita dapat mengurangkan masalah sahsiah dalam kalangan pelajar dan juga dalam kalangan pengguna teknologi yang sedang membangun ini.
    Kesimpulanya, setiap individu berperanan dalam membentuk sahsiah dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, setiap individu haruslah bijak dalam mengunakan teknologi yang membangun pesat ini supaya dapat memperolehi manfaat daripada inovasi yang dilakukan.

    Nama : Primila A/P Elangkumar
    No matrik: A129165
    Tahun Pengajian :3
    Fakulti: Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusian
    Email: sweet_mila17@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. Peranan ibu bapa sangat penting dalam mencorakkan sikap anak- anak mereka. Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak- anak mereka membesar tanpa didik dengan akhlak- akhlak murni dalam bergaul dengan masyarakat sekeliling. Generasi baru hari ini lahir dalam keadaan teknologi yang sangat canggih yang mana mereka hanya mengenal permainan-permainan video dan hanya bersosial di alam maya. Jika dibiarkan sahaja mereka leka dengan benda-benda tersebut, sudah tentu akan lahir generasi yang tidak pandai bermasyarakat, malu tidak bertempat, tiada sikap kepimpinan, lemah dalam kemahiran komunikasi dan sebagainya. Oleh itu, sudah menjadi amanah kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlalu leka dengan alam maya dan permainan video yang melibatkan imaginasi sahaja tanpa pergaulan dengan masyarakat.

    Akhlak-akhlak murni perlu dididik dengan berkesan dan praktikal. Akhlak-akhlak yang murni banyak mengajar cara bersosial dengan baik dengan masyarakat. Sebagai contoh amalan memberi salam. Walaupun amalan ini nampak ringan tetapi ia memberi kesan yang sangat besar terutamanya dalam merapatkan hubungan sesame manusia. Sebagai contoh, jika amalan salam ini tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian, sudah pasti tiada amalan tegur menegur sesama masyarakat. Bukankah amalan ini sedikit sebanyak telah mengeratkan lagi hubungan masyarakat dan mengurangkan sikap mementingkan diri sendiri dalam masyarakat. Selain akhlak murni juga mengajar manusia supaya menghormati yang lebih tua dan yang lebih muda pula disayangi. oleh sebab itulah jika generasi muda pada hari ini tidak dididik dengan amalan murni denagn praktikal, sudah pasti ia akan menyumbang kepada masalah yang lebih besar suatu hari nanti.

    Kerajaan juga mempunyai kuasa yang besar dalam mencorakkan sendiri rakyatnya. Kerajaan perlu mewujudkan satu sistem yang mana menghadkan kebebasan pengguna menggunakan teknologi dan inovasi dan memastikan teknologi dan inovasi hanya digunakan untuk tujuan kebaikan. Selain itu juga perlu ada ‘check and balance’ supaya rakyat tidak terlalu obses dengan teknologi sehingga melupakan amalan- amalan murni dan budaya- budaya negara kita. Sebagai contoh, kerajaan perlu mewujudkan satu pertubuhan yang boleh memantau segala perkara yang tidak baik yang berpunca daripada teknologi. Selain itu juga, setiap komputer di rumah perlu mempunyai satu perisian yang mana ia memantau segala perbuatan anak-anak semasa mereka melayari internet. Kerajaan juga perlu menghadkan penggunaan laman web tertentu mengikut peringkat umur dengan mewujudkan penggunaan id dan kata laluan masuk untuk setiap rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Sekolah ialah tempat yang kedua dimana generasi kita yang baru mendapat input-input yang mencorakkan mereka untuk menjadi dewasa. Dalam keadaan Negara kita sedang meningkatkan tahap teknologi di setiap sekolah, guru-guru perlu memastikan pelajar-pelajar tidak terlalu leka dengan teknologi ini. Peraturan perlu dikuatkuasakan supaya pelajar tidak sewenang-wenangnya membawa gajet-gajet seperti telefon bimbit, permainan video, video kamera dan sebagainya. Apa yang dirisaukan ialah manusia pada hari ini menjadi malas dengan perkembangan teknologi. Pembelajaran dan pengajaran secara tradisional juga perlu dikekalkan tanpa melupakannya terus. Pembelajaran dan pengajaran di kelas secara tradisional perlu dikekalkan supaya pelajar merasai susah payah untuk belajar dan mengelakkan mereka menjadi malas.
    Masyarakat perlu sedar transformasi yang berlaku dalam Negara kita. Negara kita sedang mengalami perubahan teknologi yang sangat ketara. Hari ini, budak kecil berusia 5 tahun sudah pun mahir menggunakan teknologi berbanding kita di zaman 90 an dahulu. Masyarakat perlu peka dengan perubahan yang berlaku terhadap anak-anak muda sekarang. Kita tidak boleh membiarkan mereka asyik leka dengan teknologi sehingga melupakan hubungan tetangga. Baru-baru ini keluar dalam media massa yang membuat statistik bahawa terdapat anak-anak muda yang sanggup menghabiskan masa seharian dengan permainan video pada hari raya tanpa ada rasa untuk mengeratkan ukhuwah dengan jiran tetangga. Sikap bertegur sapa perlu diamalkan dalam masyarakat supaya masalah ini tidak berlarutan pada masa akan datang. selain itu, aktiviti kemasyarakatan perlu sentiasa diamalkan dalam kawasa setempat. Dalam aktiviti inilah golongan yang tua perlu merapati golongan muda supaya mereka berasa disayangi dan senang bersama masyarakat.

    MD ALFIE SYAHREEN BIN HARIS
    A128656
    TAHUN 3
    FST
    alfiebiochem@gmail.com

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi selalunya berkaitrapat dengan rekaan seperti alatan, mesin dan lain lain yang dapat menyelesaikan masalah manusia.Menurut Glosari Teknologi Pendidikan (1995, inovasi merujuk kepada idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

    Langkah pertama untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan sahsiah dan displin pelajar ialah melalui peranan ibubapa.Ibubapa merupakan individu yang menjadi role model kepada pembentukan sahsiah anak-anak.Sebagai contohnya,jika ibubapa mengunakkan alat yang berkaitan teknologi seperti komputer, telefon dan lain-lain dengan cara yang betul, maka anak-anak itu juga akan menggunakan teknologi tersebut dengan betul.

    Pihak sekolah juga boleh mengawal sahsiah dan displin pelajar. Sebagai contohnya,guru disekolah boleh membimbing anak-anak murid tentang cara cara mengunakkan teknologi terkini untuk memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri.

    Langkah ketiga ialah peranan pihak kerajaan. Sebagai contohnya,Kementerian Pelajaran melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar seperti ini akan memupuk minda yang cergas dalam anak-anak di samping dapat mengelakkan remaja terlibat dalam gejala yang tidak diingini.

    Selain itu, hukuman harus dikenakan kepada yang menggunakan teknologi dan inovasi demi mendapat keuntungan atau sebaliknya. Contohnya,kita dapat lihat video-video lucah berkaitan pemimpin negara kita yang banyak terpapar di internet.Oleh itu, harus ada sistem yang menyekat individu yang memaparkan video-video ini diinternet.

    Akhir sekali, individu sendiri harus berfikiran rasional dan pandai menggunakan teknologi dan inovasi dalam kehidupan seharian dengan baik.Sebagai contohnya, individu yang sentiasa berhubungan melalui lamam sosial seperti facebook dapat membina hubungan yang baik sesama sendiri.

    Nama:Narinjit Singh A/L Ranjit Singh
    No matrik:A128504
    Tahun:3
    Fakulti:Sains Sosial dan Kemasyarakatan
    Email:narin_cruz@yahoo.com
    Facebook: Narinjit Singh

    ReplyDelete
  21. Teknologi and inovasi sememangnya tidak dapat diasingkan dari kehidupan harian kita. Semakin hari, semakin banyak penciptaan hasil teknologi dan inovasi menular dalam masyarakat kita. Terutamanya dikalangan para pelajar. Maka, kita seharusnya mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    Antara langkah yang boleh dilakukan agar disiplin dan sahsiah para pelajar dan penggunanya terjaga adalah perancangan masa yang sesuai. Para pengguna seharusnya berwaspada dengan pengguna teknologi agar mereka tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah diri. Sebagai contoh, pelajar yang mengunakan ‘facebook’, seharusnya tahu had masa mereka agar mereka tidak berlebihan luangkan masa dan menjadi mangsa kekurangan disiplin dan sahsiah. Namun,penjagaan masa juga tidak mencukupi sekiranya para pengguna tidak mempunyai ketekunan untuk mematuhi perancangan masa mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi tunjuk ajar kepada pelajar supaya pelajar bijak membahagi masa secara seimbang.

    Selain itu,penggunaan butang tapisan juga amat penting bagi membina disiplin dan sahsiah para pelajar dan penggunanya. Ini kerana, kebanyakkan laman web dan saluran tv juga memaparkan babak-babak lucah yang tidak sepatutnya dilihat oleh golongan pelajar. Ia sebenarnya mampu merosotkan disiplin dan sahsiah para pengguna teknologi dan inovasi. Maka, butang tapisan harus diaktif supaya segala paparan dari laman web boleh dipercayai dan dipelajari. Sebagai contoh, saluran tv juga mempunyai butang tapisan yang dikenali sebagai ‘parental guide’ dimana ibubapa berperanan dalam menentukan saluran yang sesuai bagi anak-anak mereka. Ia sememangnya dapat meningkatkan mutu disiplin dan sahsiah para pelajar dan penggunanya.
    Langkah ketiga yang harus diambil bagi menjaga disiplin dan sahsiah pelajar dan para penggunaya adalah kesedaran diri sendiri. Walau bagaimanapun, langkah yang diajari dan dipelajari oleh para pengguna tersebut semestinya mempunyai kesedaran agar mereka harus menjaga disiplin dan sahsiah agar dihormati oleh masyarakat kita sendiri. Maka, kesedaran ini harus dipelajari daripada pendidikan agama yang berupaya untuk menentukan hala tuju kita.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Sebagai contoh, pendidikan agama yang diperolehi oleh seseorang itu, haruslah diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka agar dapat membina disiplin dan sahsiah diri yang tinggi. Maka, pengaplikasian ini secara sendiri ini yang dikatakan kesedaran diri sendiri.

    Seterusnya, mengetatkan dan mengukuhkan undang-undang juga merupakan antara langkah yang dapat mengelakkan penjejasan disiplin dan sahsiah para pengguna. Hal ini kerana, kebanyakkan penciptaan teknologi dan inovasi telah meningkatkan jenayah siber dan masalah sosial dikalangan masyarakat terutamaya golongan remaja. Maka, pengetatan undang-undang ini mampu mencegah remaja daripada terlibat dalam aktiviti-altiviti sebegini. Mereka akan berasa takut bagi melakukan kesalahan sekiranya hukuman yang dijatukan adalah berat dan menyakitkan. Sebagai contoh, pelumbaan haram yang kian meluas di negara kita harus ditangkap dan dijatukan hukuman yang berat agar mereka insaf dan mengunakan penciptaan teknologi tersebut dengan baik dan teratur.

    Langkah yang terakhir adalah peranan masyarakat dalam membentuk pelajar dan pengguna yang berdisiplin dan bersahsiah tinggi. Hanya badan-badan tertentu yang berusaha untuk mendisiplin mereka tidak memadai kerana semua pihak harus bergabung tangan untuk menangani masalah ini. Peranan ibu dan bapa serta sekolah juga penting dalam mengawasi anak-anak dan pelajar daripada terlibat dalam perkara-perkara yang berunsur negatif. Mereka seharusnya menasihati dan menjadi tunjuk ajar yang utama agar para pengguna dapat menjaga disipin dan sahsiah diri. Maka, diwaktu sebegini badan-badan yang tertentu harus mengadakan kempen atau ceramah tentang pengguna teknologi dan inovasi yang teratur agar ia dapat menyakinkan lagi para pengguna tentang hala tuju mereka.

    Gabungan segala usaha ini semestinya dapat menghasilkan seorang pelajar dan pengguna yang berdisiplin dan bersahsiah tinggi.

    Nama: Jayanthi a/p Murugasan
    No matrik: A128962
    Tahun: 3
    Fakulti: Sains sosial dan kemasyarakatan
    E-mail: jay_ukm@yahoo.com
    Facebook: jayjelly_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  24. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.Terdapat beberapa langkah yang harus diambil untuk menangani masalah ini.
    Peranan yang besar harus dimulakan dari rumah iaitu oleh ibu bapa.Mereka harus sedar akan kepesatan teknologi yang mengenggami remaja pada masa kini.Mereka seharusnya memantau aktiviti-aktiviti anak mereka supaya tidak hanyut dalam arus teknologi.Contohnya memeriksa laman web yang dilayari oleh anak melalui “history” .Ibu bapa harus mengenali jenis alat teknologi yang digunakan oleh anak mereka serta memberi nasihat tentang akibat teknologi jika disalahgunakan serta menjadi petunjuk yang baik kepada anak mereka.Ibu bapa harus sedar bahawa jika anak mereka dibiar begitu sahaja,kesannya bukan sahaja menjejaskan individi tersebut malah masa depan negara juga.Pendidikan agama dan moral perlu ditekankan oleh ibubapa supaya anak-anak tidak terpengaruh dengan laman-laman yang negatif seperti pornografi,keganasan dan seumpamanya.Ibubapa juga perlu mengalakkan anak-anak supaya tidak terperap di depan televisyen atau komputer sahaja dan sebaliknya melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau meluangkan masa bersama keluarga supaya dapat memahami mereka dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  25. Seterusnya,sekolah perlu menjalankan tanggungjawabnya dalam membentuk sahsiah pelajar yang akan menjadi pemimpin masa depan.Terdapat beberapa sekolah yang mengajar subjek yang berkaitan dengan teknologi.Pihak sekolah harus memastikan sukatan pelajaran tersebut merangkumi kebaikan serta keburukan teknologi.Pendedahan seperti ini akan menyedarkan anak muda akan akibat penyalahgunaan teknologi.Kaedah pembelajaran yang menarik harus dilaksanakan seperti tayangan video yang berkaitan dengan teknologi supaya mampu menarik minat pelajar sekaligus menyedarkan mereka.Sekolah juga perlu mengalakkan pelajar untuk giat dalam aktiviti ko-kurikulum yang diadakan dalam sekolah supaya pelajar tidak lebih bertumpu kepada teknologi sahaja.Aktiviti sukan atau pertandingan dapat membantu juga.
    Pengadaan kempen atau ceramah mengenai cara penggunaan teknologi dalam cara yang positif juga merupakan langkah yang berkesan.Sasaran utama adalah remaja namun golongan dewasa dan tua juga perlu didedahkan akan cara penggunaan yang baik.Kempen ini mendorong untuk masyarakat untuk menggunakan teknologi dengan bijak dan secara professional.Contoh-contoh kes jenayah serta masalah yang berkaitan dengan teknologi dan inovasi perlu didedahkan kepada orang ramai supaya mereka mengenali cara penggunaan yang betul.

    Nama : Ilavenii a/p Sundraj
    No. Matrik : A127381
    Tahun pengajian : 3
    Fakulti : FEP
    Email : silvergal_90@hotmail.com
    Facebook: silvergal_90@hotmail.com

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. 5 langkah memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajardan para pengguna

    Langkah pertama yang boleh diambil bagi menangani masalah ini ialah dengan memberi tunjuk ajar dan panduan terhadap segala kemudahan teknologi yang disediakan disamping memberi penerangan tentang kebaikan dan keburukan teknologi tersebut.Ini dapat membantu pengguna tersebut memanfaatkan teknologi tersebut sebaiknya disamping dapat menggunakannya ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya.Misalnya dengan penulisan-penulisan blog yang boleh membawa kesedaran terhadap masyarakat masa kini misalnya jasserve.blogspot.

    Langkah kedua yang boleh diambil ialah dengan membuat tinjauan atau menyita serta merampas sebarang teknologi yang disyaki lebih membawa banyak keburukan daripada kebaikan.Hal ini demikian kerana jika sesuatu teknologi itu dicipta lebih menjurus kepada keburukan maka wajarlah ia dihapuskan kerana tiada manfaat yang boleh diambil dari teknologi tersebut.Misalnya mesin renjatan elektrik yang digunakan untuk keselamatan diri dimana ia lebih banyak disalah guna daripada tujuan asalnya.

    Langkah ketiga ialah pihak-pihak berwajib wajarlah menapis sebarang maklumat di web-web yang membawa kemudaratan kepada teknologi itu sendiri.Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan isu ‘hacking’ yang dilakukan oleh masyarakat kita sendiri yang mana boleh menggugat system keselamatan negara kita sendiri.Ini menunjukkan bahawa rakyat kita sendiri bukannya tidak mahir dalam bidang teknologi dunia kini cuma perlu diberi bimbingan untuk menyalurkan kemahiran mereka kearah kebaikan.Bukan itu sahaja,bukti juga menunjukkan bahawa di web tertentu juga ada mengajar cara-cara melakukan ‘hacking’ tersebut satu persatu yang mana boleh menyebabkan tersebarnya pengaruh negative perbuatan seperti ini.

    Langkah keempat ialah dengan mewujudkan akta undang-undang khas bagi membendung gejala penyalahgunaan teknologi ini.Tujuannya adalah untuk memberi pengajaran dan denda terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab diatas kesalahannya itu.Misalnya pusat-pusat mesin judi yang berselindung disebalik nama pusat-pusat computer berinternet yang mana bukan sahaja merosakkan golongan-golongan belia malahan mahasiswa-mahasiswa yang menjadi tunjang harapan negara.

    Langkah kelima ialah dengan mengadakan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan teknologi dan inovasi dalam bidang-bidang tertentu yang boleh membantu arus permodenan negara pada masa akan datang.Hal ini demikian kerana program-program seperti ini dapat melahirkan warganegara khususnya mahasiswa-mahasiswa yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam bidang yang membabitkan pembangunan teknologi kini.Disamping itu,program sebegini juga membantu belia daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

    1)Muhammad Faheem Bin Md Nor
    2)A 133572
    3)semester 1 2011/2012 Tahun 2
    4)Fakulti sains dan teknologi
    5)kool_ct84@yahoo.com
    6)che kool(muhammad faheem)

    ReplyDelete
  28. Lima cadangan yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar kahsnya dan pengguna amnya:

    Langkah pertama yang harus diambil dilakukan peranan daripada pihak ibu bapa. Ibu bapa merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya tidak tersesat dalam dunia kini yang penuh dengan cabaran. Ibu bapa perlulah mengawasi penggunaan teknologi yang telah diberikan kepada anak-naka meraka supaya ia tidak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berunsur negatif. Antara contoh peralatan teknologi yang selalumya dinerikan kepada pelajar-pelajar pada masa kini ialah telefon bimbit, komputer riba dan lain-lain lagi. Sejurus dengan itu, pada dunia yang canggih ini pelajar-pelajar memerlukan teknologi tersebut tetapi ibu bapa perlu memastikan penggunaan peralatan itu oleh anak- anak mereka supaya ia tidak menjejaskan sahsiah dan disiplin mereka.

    Langkah kedua yang perlu diambil ialah oleh pihak sekolah. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar-pelajar. Di sekolah , pihak yang berkuasa perlu memastikan bahawa kesemua peralatan teknologi yang dibekalkan di sekolah tidak mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh menjejaskan sahsiah pelajar. Sebagai contoh, pihak sekolah perlulah menghadkan penggunaan teknologi yang ada disekolah ataupun membenarkan pelajar-pelajar menggunakannya dengan pengawasan guru-guru disekolah. Selain daripada itu,pihak sekolah juga perlu menyekat beberapa laman web yang mungkin akan menarik perhatian pelajar-pelajar untuk menggunakannya untuk sesuatu yang tidak baik. Oleh itu, peranan pihak sekolah amat penting dalam isu ini.

    Langkah ketiga dalam menangani isu ini perlu diambil oleh tenaga pengajar iaitu guru-guru disekolah. Guru-guru merupakan individu yang kebanyakkan masa meraka dihabiskan di sekitar pelajar-pelajar. Oleh itu, guru-guru perlu selalu mengawasi aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar mereka supaya tidak menjejaskan sahsiah mereka. Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru-guru ialah dengan .meghadkan penggunaan teknologi di dalam pembelajaran dan mengawasi mereka dengan lebih teliti. Guru-guru juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar tidak membawa alat-alat teknologi yang dilarang pengunaannya disekolah. Sejurus dengan itu, guru-guru perlulah memainkan peranan mereka.

    Langkah keempat yang seterusny perlu dibuat untuk mengawal disipilin dan sahsiah pelajar-pelajar ialah oleh pihak kerajaan. Kerajaan perlulah mengadakan ceramah-ceramah yang memberikan pelajar-pelajar satu gambaran yang jelas tentang kegunaan teknologi dan inovasi yang dibekalkan disekolah mahupun diluar sekolah. Kerajaan perlulah mendidik pelajar-pelajar supaya mereka dapat memahami kebaikkan dan keburukkan yang terdapat pada teknologi dan inovasi yang terdapat pada dunia yang begitu canggih kini. Selain itu, mereka juga perlu menyedarkan kesan-kesan terhadap pelajar-pelajar pada masa kini dan pada masa yang akan datang. Dimana keruntuhan sahsiah dan disiplin pelajar kerana penggunaan teknologi dengan salah.

    Akhir sekali, langkah kelima boleh diambil oleh pihak media. Pada masa kini, pelajar-pelajar lebih terdedah kepada media. Media merupakan tarikan yang begitu kuat kepada pelajar-pelajar dimana mereka lebih mengikut apa sahaja yang dipaparkan di media. Oleh kerana ini, media boleh dijadikan satu sumber untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang lebih mengambil perhatian kalangan muda Media juga boleh digunakan untuk menunjukkan baggaimana sesuatu teknologi itu perlu digunakan dan apa yang akan berlaku jika ia disalahgunakan. Inilah beberapa langkah yang boleh diambil dalam memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    Nama: Kokilavaani
    Matrik: A129659
    Tahun pengajian: Tahun 3
    Fakulti: FSSK
    e-mail: kok_apple143@yahoo.com
    facebook: kok_apple143@yahoo.com

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum....dengan nama Allah pencipta sekalian alam...

    Tidak dinafikan teknologi dan inovasi kini kian berkembang seiring era globalisasi yang kian mencabar. Antara langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya adalah tidak dapat tidak bertitik tolak dari rumah para pelajar itu sendiri. Apabila menyentuh perhal ‘rumah’, sudah tentulah ibu bapa yang memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Dari rumah, mereka mula berkomunikasi dan ibu bapa perlulah selalu berbicara dengan anak-anak walau sesibuk mana pekerjaan mereka. Namun begitu, kekangan masa menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian lantas memlih laman-laman sosial seperti facebook dan twitter bagi menyuarakan masalah mereka dan sebagainya. Namun lebih memburukkan apabila mereka melayari laman yang membawa kepada gejala sosial seperti laman lucah. Ibu bapa perlu memantau perihal anak-anak mereka serta memberi tunjuk ajar mana yang baik dan mana yang buruk kerana mereka ibarat ‘kain putih’ kerana pepatah ada mengatakan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Nasihat serta tunjuk ajar akan membuat mereka lebih berdisiplin dan matang dalam menggunakan teknologi serta inovasi pada hari ini.

    Selain itu, kebanyakan pelajaran dan pembelajaran secara formal berkaitan teknologi dan inovasi bermula dari sekolah seawal sekolah rendah. Dari sini, guru pula berperanan mendidik para pelajar berkaitan nilai dan moral dalam menggunakan teknologi. Misalnya, dalam pembelajaran subjek teknologi maklumat, mereka didedahkan hal-hal berkaitan kebaikan serta keburukan menggunakan laman sesawang. Para pelajar yang masih mentah ini dengan mudah akan mengikut tunjuk ajar guru mereka. Mereka pastinya akan lebih memahami tentang penggunaan tekonolgi serta inovasi dengan cara yang berhemah tanpa merosakkan diri mereka kelak disamping membina akademik dengan sahsiah yang berketerampilan.

    ReplyDelete
  32. Media massa seperti akhbar, televisyen serta radio pula antara elemen yang perlu diambil kira dalam mendidik para pengguna teknologi dan inovasi agar menggunakan kemudahan ini dengan betul. Televisyen umpamanya merupakan media yang ditonton oleh hampir setiap hari oleh pengguna. Maka media ini boleh menyebarkan maklumat berkaitan penggunaan teknologi dengan cara yang betul. Media juga boleh memaparkan teladan berkaitan akibat penyalahgunaan teknologi supaya sedikit sebanyak dapt menggerunkan para pengguna. Mereka akan berfikir semasak-masaknya tatkala mahu menggunakan teknologi serta inovasi.

    Tidak dinafikan para pelajar serta pengguna sering menghabiskan masa dengan ber’chatting’ serta berborak di laman sesawang sehingga mereka terpinggir daripada masyarakat. Disini, pertubuhan-pertubuhan serta persatuan perlulah turun padang dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dalam gejala negatif, malah mengisi masa senggang. Aktiviti seperti gotong-royong, ceramah serta perkhemahan yang sering dianjurkan oleh Rakan Muda dapat merapatkan jurang masyarakat serta menyihatkan fizikal dan mental. Mereka turut memperoleh pengalaman serta ilmu yang berguna sekaligus dapat memanafaatkan teknologi dan inovasi misalnya ketika perkhemahan dengan menggunakan peralatan berteknologi bagi memudahkan perkhemahan. Maka, sedikit sebanyak mereka dapat faedah yang tidak ternilai.

    Kerajaan juga turut memikul tanggungjawab dalam memastikan teknologi dan inovasi yang tersebar tidak dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu dalam menghancurkan anak-anak bangsa dari segi sahsiah dan disiplin. Antara caranya adalah dengan menggubal dasar-dasar yang berkaitan teknologi dan inovasi. Seperti yang diketahui, dunia tanpa sempadan membolehkan pengguna mengakses maklumat tanpa had sebanyak mana yang diperlukan tanpa mengira masa. Hal yang demikian akan mendorong mereka untuk menyertai aktiviti yang negatif seperti perhimpunan BERSIH melalui laman-laman sosial. Sekiranya kerajaan dapat menyekat serta menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat lagi, pastinya mereka akan takut untuk melakukan perkara-perkara seperti ini. Misalnya dengan mengenakan denda dan hukuman penjara kepada mereka yang terlibat. Kesimpulannya, akta serta dasar yang berkesan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan masalah disiplin dan sahsiah pengguna dalam teknologi serta inovasi.

    1. NURMASTURA BINTI NORDIN
    2. A 133408
    3. TAHUN 2
    4. FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    5. Mas_hpunic@yahoo.com
    6. Mastura Jerr

    ReplyDelete
  33. Terdapat banyak cara yang boleh diambil untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar dan para pengguna.
    Pertamanya ialah dengan melalui peranan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya sentiasa mengawasi pengunaan teknologi anak-anak seperti internet, televisyen dan telefon bimbit supaya anak-anak tidak mudah lupa diri dengan keasyikkannya. Terlalu leka dalam penggunaan teknologi masa kini juga boleh mendatangkan masalah kesihatan kesan daripada kurangnya disiplin diri.Penggunaan internet dirumah juga seharusnya dilakukan di tempat terbuka seperti di ruang tamu dalam usaha untuk memudahkan pemantauan.

    Bukan itu sahaja,para pelajar seharusnya didedahkan dengan peri pentingnya aktiviti kemasyarakatan seperti amalan ziarah menziarahi khususnya pada musim perayaan dan bukan hanya menonton seharian rancangan-rancangan menarik yang di tayangkan di televisyen tanpa henti dalam 24 jam sehari.Penglibatan aktiviti kemasyarakatan ini juga dapat mengelakkan berlakunya masalah pelajar pasif dan katak di bawah tempurung kerana tidak bergaul dan hanya menghabiskan masa berjam-jam bermain permainan video sepanjang hari.

    Individu sendiri khususnya memainkan peranan penting dalam memanfaatkan penggunaan teknologi ini dengan sebaiknya. Kesedaran dan disiplin diri yang teguh contohnya disiplin dari segi masa supaya penggunaannya tidak melebihi had masa yang telah ditetapkan dalam jadual seharian sedikit sebanyak menangkis kesan-kesan buruk penggunaan teknologi ini.

    Selain itu,pihak kerajaan juga memainkan peranan dalam hal ini. Mengadakan kempen kesedaran,menapis laman- laman web yang masuk ke negara ini dan mengenakan kompaun kepada individu-individu yang melakukan salahlaku dalam penggunaan teknologi dan inovasi ini juga antaranya dapat memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    Media cetak dan media masa juga seharusnya menerbitkan risalah akan atau rancangan yang dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan pengunaan teknologi dan inovasi ini secara tepat.

    1.Nur Dalila Binti Nordin
    2.A133272
    3.Tahun 2
    4. Fakulti Sains dan Teknologi
    5. nurdalilanordin@yahoo.com

    ReplyDelete
  34. Lima cadangan yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar kahsnya dan pengguna amnya:
    Cadangan yang pertama ialah kesedaran yang perlu ada dalam diri sendiri. Pengguna ataupun pelajar itu sendiri haruslah sentiasa mengingatkan diri terhadap batas- batas yang perlu diikuti dalam mengaplikasikan teknologi dan inovasi tersebut. Pengguna tidak boleh mengikut perkembangan IT secara mutlak kerana terdapat sesetengah perkembangan yang bertentangan dengan sahsiah insan. Contohnya, menghadkan masa terhadap penggunanan IT yang berunsur hiburan dan keseronokan semata- mata.

    Cadangan yang kedua ialah ibu bapa harus berperanan dalam mengawasi anak- anak mereka ketika mengaaplikasikan teknologi. Ibu bapa tidak sepenuhnya memberikan kebebasan dalam memiliki peralatan yang berteknologi seperti telefon bimbit dan komputer. Ibu bapa seharusnya menyediakan kemudahan teknologi tersebut berdasarkan keperluan anak- anak mereka sahaja bukan berdasarkan kehendak. Jika segala kehendak di penuhi ini membimbangkan anak- anak akan menyalah gunakan kehendak tersebut. Ibu bapa juga harus mengawasi penggunaan dari segi masa dan perisian yang dilanggan iaitu dengan menetapkan masa penggunaan dan perisian tertentu sahaja untuk anak- anak mereka.

    Cadangan yang ketiga ialah dari segi pendidikan iaitu dengan memberi pendedahan awal terhadap pengetahuan teknologi dan inovasi. Sukatan pengajaran haruslah relevan dengan status sebagai seorang pelajar seperti tidak mendedahkan pelajar dengan perisian yang boleh melalaikan. Sukatan pelajaran juga seharusnya mempunyai cara- cara untuk menyekat perisian yang tidak sepatutnya agar ia tidak seharusnya berlegar dalam komputer atau peralatan kita.Selain itu, guru pula berperanan mendidik para pelajar berkaitan nilai dan moral dalam menggunakan teknologi. Misalnya, dalam pembelajaran subjek teknologi maklumat, mereka didedahkan hal-hal berkaitan kebaikan serta keburukan menggunakan laman sesawang seperti "facebook, twitter dan sebagainya.Pada hari ini, kanak- kanak yang berusia 5 tahun sudah mempunyai akaun untuk laman sosial adalah normal. Para pelajar yang masih mentah ini dengan mudah akan mengikut tunjuk ajar guru mereka. Mereka pastinya akan lebih memahami tentang penggunaan tekonolgi serta inovasi dengan cara yang berhemah tanpa merosakkan diri mereka kelak disamping membina akademik dengan sahsiah yang berketerampilan.

    Cadangan yang keempat ialah kerajaan haruslah menguat kuasakan undang- undang mengenai jenayah siber. Hal ini demikian kerana, kecanggihan teknologi dan inovasi ini mampu membuatkan pengguna alpa dan leka terhadap perkara yang sepatutnya. Kebiasaannya, mereka akan menggunakan kecanggihan ini tanpa pengawasan seperti menggunakan kamera yang terdapat pada telefon bimbit dengan merakam aktiviti yang tidak sepatutnya.

    Cadangan yang kelima ialah pihak media samada media massa mahupun elektronik.Kempen dan iklan -iklan yang bersesuaian mengenai kesedaran terhadap teknologi dan inovasi haruslah diberbanyakkan. Selain itu,tidak terlalu mendedahkan atau menyiarkan informasi yang boleh merosakkan sahsiah dan disiplin di televisen. Hal ini demikian kerana media merupakan medium yang paling mudah dan cepat untuk menerima maklumat. Jika maklumat yang disampaikan berunsurkan negatif maka fikiran tersebut juga akan diracuni dengan perkara negatif. Oleh itu,kerajaan atau pihak yang bertanggungjawab haruslan memantau segala kenyataan atau maklumat yang disampaikan oleh pihak media agar tidak menghakis sahsiah dan disiplin pelajar atau pengguna lain.

    1. NURAIN BINTI ABDUL HAMID
    2. A 128774
    3. TAHUN 3
    4. FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    5. ain_nur1709@yahoo.com.my
    6. Nurain Abd Hamid

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya ialah :

    Langkah pertama, ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Ibu bapa berhak memberikan pendidikan kepada anak-anak tetapi perlu melakukan pemantauan dan pengawasan bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan teknologi dan inovasi. Pada pandangan saya, tidak salah sekiranya ibu bapa menggunakan kecanggihan teknologi seperti ipad untuk membantu pembelajaran anak-anak kerana sememangnya kita perlu mengaplikasikannya dalam kehidupan. Tetapi yang menjadi permasalahannya sekiranya teknologi ini disalahgunakan oleh anak-anak untuk tujuan yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, ibu bapa perlu memberikan penerangan perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh ketika melayari internet atau menonton televisyen. Ibu bapa juga perlu melakukan jadual bagi pelajar bagi anak-anak yang terlalu taksub dengan kecanggihan teknologi ini. Sebagai contoh, terdapat sebilangan pelajar yang sanggup bermain Play Station untuk jangka masa yang lama sehingga mengabaikan pelajaran atau menonton perlawanan bola sepak sehingga lewat malam atau awal pagi.

    Langkah kedua ialah berkaitan dengan golongan pendidik. Pendidik sewajarnya mengawasi pelajar ketika berada di kelas kerana pada zaman sekarang, senario pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah bukan lagi satu kesalahan. Hal ini juga berlaku dalam kalangan pelajar universiti di mana mereka ini dilihat bermain telefon bimbit ketika sesi kuliah. Sebagai contoh, terdapat segelintir pendidik yang hanya memandang enteng akan hal ini kerana memikirkan mereka sudah dewasa tetapi adalah sebaiknya sekiranya larangan dilakukan supaya mereka memberikan fokus ketika belajar.

    Langkah ketiga ialah, mengembangkan dan menberikan galakan sekiranya terdapat golongan pelajar yang berminat dengan teknologi dengan mewujudkan pertandingan atau menggalakkan mereka menyertainya pertandingan inovasi di peringkat sekolah atau peringkat pengajian tinggi. Hal ini dapat memberikan sumbangan kepada pihak tertentu dalam penciptaan idea yang baru. Sebagai contoh, pertandingan mencipta barangan teknologi yang dapat membantu masyarakat dan menaikkan nama negara.

    Langkah keempat ialah, peranan kerajaan dalam menyalurkan maklumat di media massa, majalah, atau menyekat penyaluran maklumat berunsur negatif yang akan memberikan kesan negatif kepada pemikiran generasi muda. Sebagai contoh, membuat penapisan bagi filem yang mengandungi unsur ganas atau tidak bermoral kerana generasi muda sangat mudah terdedah sesuatu perkara yang baru.

    Langkah kelima ialah, peranan masyarakat dalam membantu generasi muda mengaplikasikan kehidupan dengan lebih berfaedah. Galakan masyarakat sangat diperlukan dalam pengajuran pelbagai aktiviti dan program yang membantu generasi berkomunikasi, bergaul, beramah mesra dan memberi sumbangan terhadap masyarakat, bukannya melahirkan generasi muda berteknologi tanpa menghargai semangat patriotisma dan sahsiah diri. Oleh yang demikian, semua pihak sebenarnya mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama dalam mengawal dan mengaplikasikan kebaikan dan keburukan teknologi dan inovasi dalam kehidupan.

    1. NAJIHAH BT ABD RAHMAN
    2. A122661
    3. TAHUN 3
    4. FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN
    5. haj_gurl04@yahoo.com
    6. Najihah Rahman

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya adalah harus dilihat dari pangkarnya lagi iaitu dirumah. Semasa di rumah ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam pemantauan aktiviti berdasarkan penggunaan internet anak-anak mereka kerana tanpa kawalan dan pemantauan daripada ibu bapa berkemungkinan anak-anak ini akan tersalah guna akan kemudahan internet yang ada pada hari ini. Contohnya mereka akan melawati laman-laman sesawang yang tidak seharusnya dilawati di usia mereka dan ini sudah pasti akan terjadi sekiranya pengawalan daripada ibu bapa tidak dibuat.

    Langkah yang kedua ialah pihak yang bertanggungjawab haruslah membuat had masa bagi seseorang boleh melawati satu-satu laman sesawang. Selain itu pihak kerajaan juga seharusnya menyekat laman-laman yang bersifat negetif daripada masuk ke dalam negara kita, dengan ini kita dapat memastikan teknologi dan inovasi tidak akan menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Contohnya, di sekolah pihak sekolah perlu menghadkan penggunaan internet kepada murid-murid supaya mereka tidak leka dengan buaian alam maya yang mungkin juga akan merosakkan sahsiah diri.

    Langkah ketiga, seharusnya pihak-pihak tertentu menyediakan serta mendedahkan laman-laman yang berunsurkan pendidikan kepada pelajar-pelajar khususnya. Cara ini akan dapat memberi manfaat yang sebaiknya kepada pengguna supaya tidak tersalah dan hanyut di dalam alam maya yang semakin hari semakin komplex. Contohnya laman- laman pendidikan ini boleh didedahkan kepada murid-murid di sekolah rendah sehinnga ke sekolah menengah yang mana sepastinya akan membantu mereka dalam pengajian.

    Langkah keempat, pihak2 tertentu mengadakan pertandingan teknologi dan inovasi dalam bidang-bidang tertentu yang boleh membantu arus permodenan negara pada masa akan datang. Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini, sudah pasti kita akan dapat mengasah bakat yang ada pada anak muda negara sekaligus dapat menyumbang kepada pomodenan negara. Dengan itu jadikanlah kemudahan teknologi dan inovasi sebagai pembimbing masa depan yang terjamin.

    Langkah kelima, memberi ceramah bagi meningkatkan disiplin dan sahiah dalam kalangan pelajar tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi. Ceramah tersebut haruslah menekankan penggunaan teknologi yang ada sengan sebaiknya tanpa menyerong kepada perkara yang negetif. Contohnya, pelajar diberi peringatan tentang bahaya dan kesan teknologi jika menyalahgunakan kemudahan tersebut.

    Nama sebenar : Wan Muhammad Ruzelan bin Wan Husain
    Nombor Matrik : A128555
    Tahun Pengajian : 3
    Fakulti : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email : wann_shadow@yahoo.com
    Facebook : wann_ukm89@yahoo.com(wann linguis)

    ReplyDelete
  40. Bermula dari rumah, pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak mereka adalah perlu dititikberatkan. Semasa menggunakan sebarang teknologi termasuklah telefon bimbit, televisyen, internet, gadjet, permainan video, mp3, mp4 dan sebagainya oleh kanak-kanak atau remaja sememangnya memerlukan pengawasan yang konsisten oleh ibu bapa. Hal ini disebabkan oleh minda kanak-kanak atau remaja lebih cenderung untuk dipengaruhi dan mudah dikuasai oleh sesuatu yang mereka minati. Sebagai contoh, kanak-kanak yang obses dengan permainan video akan lebih cenderung untuk meniru watak yang terdapat di dalam permainan tersebut yang kadangkala memakai pakaian tidak senonoh.

    Bukan itu sahaja, ibu bapa juga bertanggungjawab dalam menerapkan didikan agama dan moral dalam kalangan anak-anak bagi memastikan kerohanian mereka kukuh dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang aktiviti negatif dan tidak sihat menerusi penggunaan teknologi dan inovasi masa kini yang semakin berkembang. Didikan agama dan moral sebenarnya mampu memberikan peringatan dan kesedaran di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dan sanubari bukan sahaja anak-anak, tetapi juga ibu bapa. Jika rohani mereka kuat, maka daya tahan mereka akan turut kukuh dan tidak mudah runtuh dengan mudah.

    Selain itu, sebagai ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah, guru juga memainkan peranan penting bagi memastikan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar lebih berkesan. Sebagai contoh, selain daripada memantau dan mengawasi pelajar semasa menggunakan teknologi komputer contohnya, guru juga perlu sentiasa memberikan nasihat dan peringatan berkenaan teknik atau kaedah yang betul semasa menggunakannya. Hal ini bukan sahaja mampu memastikan para pelajar mendapat didikan secara formal dengan lebih berkesan, malah mereka juga mendapat didikan tidak formal terutamanya mengenai tatatertib dan nilai-nilai murni yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

    Dalam konteks masyarakat pula, organisasi kepimpinan komuniti setempat yang sentiasa menjadi tunjang kestabilan sosial perlu memainkan peranan yang sepatutnya untuk memastikan teknologi dan inovasi ini tidak disalahgunakan yang mengakibatkan disiplin, akhlak serta sahsiah para pelajar dan pengguna aan terjejas. Pelancaran kempen dan program-program yang berbentuk ilmiah dan pembinaan jatidiri seperti program kerohanian, motivasi, kursus kepimpinan, pameran kesedaran dan sebagainya perlu dilaksanakan. Hal ini sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan jatidiri, kerohanian dan sahsiah di samping menerapkan kesedaran tentang bahaya salah guna teknologi masa kini. Pihak yang terlibat juga boleh menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan serta media massa untuk memperhebatkan lagi pelaksanaan program-program tersebut supaya penyampaiannya lebih berkesan.

    Bagi pihak kerajaan menerusi Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, pengawasan terhadap sebarang bentuk teknologi dan inovasi di negara ini perlu diperketat lagi. Dalam hal ini, keutamaan perlu diberikan kepada penggunaan internet. Penggunaan internet tanpa pengawalan oleh pihak kerajaan dibimbangi akan mengakibatkan minda dan perlakuan masyarakat akan diracuni dengan perkara negatif dan juga budaya hedonisme global yang boleh menjejaskan kestabilan sosial negara. Hal ini kerana, dengan kuasa teknologi internet yang ada masa kini, segala budaya global secara tidak langsung boleh disebarkan tanpa batasan ke serata dunia.

    Nama : Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran
    No Matrik : A 128034
    Tahun : 3
    Fakulti : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email : j_king4at@yahoo.com
    Facebook : Sio Far Art

    ReplyDelete
  41. Berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian anda, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.

    Salam. Pada pendapat saya sebagai orang Islam, agama adalah cara hidup yang patut diamalkan dan dijadikan pedoman sejak dari anak itu dilahirkan. Ibu bapa bertanggungjawab untuk memberi didikan agama yang sewajarnya, tidak harus mengikut peredaran zaman atau dinamakan 'Islam Liberal'. Tiada istilah 'Islam Liberal' dalam konteks cara hidup Islam, tetapi cara hidup hanya berteraskan Al-Quran dan As-Sunah.

    Kedua, pemantauan yang berterusan daripada ibubapa juga memainkan peranan yang penting. Walaupun dikatakan sekarang ini adalah dunia tanpa sempadan, tetapi pemantauan daripada ibubapa dapat menjadikan anak-anak lebih berdisiplin dan lebih menghormati ibubapa serta tahu apa yang terbaik untuk mereka. Pemantauan ini boleh dimulakan tidak memanjakan anak-anak apabila mereka menginginkan sesuatu seperti i-Phone atau komputer riba. Mereka boleh terdedah dengan teknologi tersebut tetapi apabila sudah sampai tempoh matang mereka menggunakan teknologi tersebut.

    Ketiga, media yang paling mempengaruhi hidup manusia zaman kini adalah media massa. Jadi pihak media massa sendiri seperti televisyen, radio, internet dan sebagainya perlu banyak mempromosikan kebaikan penggunaan teknologi baru ini disamping etika penggunaannya. Antara medium yang sesuai adalah seperti iklan-iklan radio dan televisyen, dan kempen-kempen di dalam internet. Syarikat-syarikat besar boleh melaksanakan tanggungjawab sosial dengan banyak mengadakan kempen "Berbudi Bahasa dalam Penggunaan Teknologi Terkini" dan menggunakan cara yang sesuai supaya para remaja terutamanya lebih tertarik dengan kempen ini dan kempen ini perlulah diadakan secara berterusan.

    Keempat, saya merasakan silibus atau sukatan pelajaran dalam pendidikan peringkat rendah dan menengah harus memperbanyakkan bahagian etika dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Contohnya dalam mata pelajaran Sains, terapkan etika dan disiplin apabila dalam makmal sebagai contoh. Contoh yang kedua ialah etika penggunaan internet dalam bab-bab yang sesuai. Perbanyakkan perbincangan dalam kelas mengenai etika penggunaan dan baik buruk sesuatu teknologi itu.

    Kelima, pihak kerajaan juga perlu menyokong dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan teknologi canggih ini. kerajaan perlu menapis laman-laman web yang tidak memberi sebarang faedah kepada para pengguna seperti laman web lucah dan laman yang menyediakan muat turun cerita-cerita atau filem-filem yang tidak sesuai ditonton oleh masyarakat kita. Filem-filem sebegini sebenarnya yang banyak merosakkan akhlak para remaja sekarang ini. Teknologi seperti i-Phone, Android dan sebagainya tidak merosakkan sahsiah mereka jika tiada 'ancaman' atau pengaruh luaran yang buruk dari luar.

    Sekian.

    Mohammad Qayyum bin Azman
    A 127764
    Tahun 3
    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
    Emel: qayyumazman@gmail.com
    Facebook: aku_yoeb@yahoo.com

    ReplyDelete
  42. Pada pandangan saya, antara langkah yang perlu diambil ialah para ibu bapa haruslah mengawal perilaku anak-anak dan sentiasa mengambil berat tentang perkembangan seharian mereka. Mereka perlu membuat pemerhatian, menegur dan memberikan nasihat yang baik serta memberi contoh dan teladan bagi mendidik anak-anak. Hal ini kerana, perhatian yang diberikan dapat membentuk seterusnya mengekalkan disiplin dan sahsiah anak-anak.

    Selain itu, institusi kekeluargaan merupakan peranan penting bagi mengawal ahli keluarga masing-masing dari melakukan perbuatan yang meruntuhkan disiplin dan sahsiah. Bukan sahaja ibu bapa malah adik-beradik dan sanak saudara juga harus memberikan perhatian tentang masalah ini. Mereka perlulah sentiasa berbincang tentang perkembangan semasa dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh ahli keluarga. Aktiviti bersama ahli keluarga juga perlu digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.

    Langkah lain yang boleh diambil ialah pihak media massa perlulah menyiarkan perkara yang memberikan teladan kepada penonton secara berhemah. Mereka tidak perlu terlalu menonjolkan perkara-perkara yang negatif yang selalunya akan menjadi ikutan kepada golongan remaja khususnya dan juga yang lain secara amnya. Melalui saluran media massa, pelbagai aktiviti yang menarik boleh diadakan berkaitan perkembangan teknologi dan inovasi ICT. Mereka boleh mencari pelbagai bakat baru yang ada dalam diri remaja masa kini bukan sahaja dalam bidang hiburan malah dalam bidang kenegaraan.

    Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam mengawal aliran keluar masuk maklumat dalam negara. Mereka tidak harus terlalu longgar terhadap media dari luar. Mereka juga perlu menyiasat dan mengambil tindakan kepada mereka yang menyalah gunakan teknologi yang menggugat keamanan dan kestabilan negara. Pihak berkuasa juga perlulah mengawal maklumat yang dipaparkan oleh pihak media massa supaya sentiasa dalam keadaan terkawal.

    Langkah yang terakhir dan yang paling utama adalah kesedaran dalam diri masing-masing terhadap perkara yang berlaku. Kita perlulah menilai sesuatu perkara secara mendalam sebelum dijadikan tabiat dalam kehidupan seharian. Kita juga perlulah menyambut seruan aktiviti-aktiviti yang positif dan mengajak mereka yang berhampiran bersama-sama dalam aktiviti kemasyarakatan. Hanya dengan itulah, teknologi dan inovasi ICT dapat mengekalkan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    Siti Maslina Binti Mohd Don
    A128943
    Tahun 3
    FST
    richy_12b@yahoo.com
    maslina don

    ReplyDelete
  43. Kemajuan teknologi yang semakin berkembang telah dapat membantu manusia dalam melakukan urusan dan memudahkan kehidupan mereka. Namun begitu, penggunaan alatan teknologi turut mempunyai keburukannya kerana ia dapat menjejaskan disiplin dan sahsiah penggunanya. Oleh itu terdapat beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk menangani masalah ini dari terus berlaku. Antaranya ialah melalui peranan pengguna alatan teknologi itu sendiri. Para pengguna yang kebanyakannya terdiri dari pelajar dan orang muda harus mempunyai disiplin diri yang tinggi kerana melalui disiplin diri , diri kita tidak akan terdorong untuk melakukan perkara yang tidak bermanfaat melalui penggunaan teknologi.

    Langkah seterusnya pula adalah melaui peranan ibu bapa pengguna tersebut. Ibu bapa memainkan peranan penting kerana mereka merupakan insan yang selalu berada dengan anak-anak mereka.Oleh itu, ibu bapa akan dapat mengawal penggunaan alatan teknologi yang ada di rumah seperti internet dan televisyen. Ibu bapa seharusya memantau anak-anak supaya tidak melayari laman-laman sesawang yang tidak bermanfaat serta berkemungkinan besar akan membawa pengaruh yang buruk kepada anak-anak.

    Bagi mengelakkan teknologi daripada terus menjejaskan disiplin pelajar, kempen-kempen boleh diadakan sama ada di sekolah, institut pengajian tinggi ataupun di tempat awam. Kempen-kempen yang dijalankan boleh disebarkan kepada masyarakat sama ada melalui risalah ataupun media massa. Kempen yang diadakan bertujuan untu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan teknologi dan akibat buruk yang akan diperolehi akibat terlalu bergantung kepada teknologi.

    Langkah yang keempat adalah dengan menyekat pengeluaran barangan teknologi yang semakin berlambak di pasaran Negara kita.hampir setiap hari aka nada teknologi baru yang diperkenalkan dan sumber teknologi yang banyak ini menyebabkan hidup meeka hanya bergantung pada teknologi dan tidak bercampur dengan masyarakat sekeliling. Hal ini boleh memberi kesan yang buruk kerana mereka boleh mengalami tekanan dalam diri .Oleh kerana tidak pandai untuk meluahkan perasaan yang terpendam ini mereka akan mengambil jalan yang mudah iaitu dengan melibatkan diri mereka dengan gejala-gejala negatif.

    Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting bagi menangani masalah ini dalam kalangan pelajar. Guru-guru di sekolah harus menunjukkan teladan yang baik dengan memberi nasihat kepada pelajar supaya tidak menggunakan teknologi secara berlebihan ataupun bergantung hidup pada teknologi. Melalui nasihat yang diberi para pelajar akan sedar mengenai kebaikan dan keburukan teknologi itu. Pihak sekolah juga harus mengetatkan lagi undang- undang di sekolah dengan melarang pelajar membawa alat-alat teknologi seperti telefon bimbit, permainan PSP dan sebagainya ke sekolah.

    Nurulain Nadiah Binti Othman
    A132736
    Tahun 2
    FSSK
    nurulainadiah@gmail.com
    Facebook: Nurulain Nadiah

    ReplyDelete
  44. Langkah pertama yang boleh diambil ialah dengan melakukan pantauan iaitu oleh orang dewasa. Tujuannya ialah untuk mengawal setiap perlakuan para pengguna terutama para pelajar khasnya, dalam penggunaan teknologi yang ada pada masa kini. Contohnya, ibu bapa harus peka terhadap tujuan anak-anak mereka melayari internet, serta keperluan internet untuk pembelajaran anak-anak mereka, sama ada ia sejajar ataupun tidak dengan kurikulum sekolah mereka dan keperluan masa kini.

    Seterusnya ialah dengan mengadakan satu sistem pendidikan yang memberi gambaran awal secara tepat kepada anak-anak mengenai teknologi. Ini sebaik-baiknya diperkenalkan kepada mereka sedari umur enam tahun kerana anak-anak zaman kini memang telah terdedah dengan teknologi ini sedari kecil lagi contohnya dengan penggunaan telefon bimbit oleh ibubapa mereka mahupun penggunaan internet oleh abang dan kakak mereka.

    Selain itu, adalah sangat penting untuk ditegaskan kepada para pelajar mengenai kebaikan dan keburukan teknologi. Mereka mungkin tahu akan perkara ini, tetapi mereka mengendahkannya kerana menganggap ia tidak penting. Maka, adalah wajar jika perkara ini diberi perhatian yang serius oleh guru-guru sebagai pengetahuan tambahan di sekolah untuk menambahkan kesedaran mereka.

    Sekatan juga perlu dilakukan bagi pelajar yang berusia 18 tahun dank e bawah kerana ia dapat mengelakkan mereka menyelewengkan penggunaan teknologi iterutamanya nternet di samping pantauan terhadap pelajar apabila menggunakan item berteknologi tinggi yang lain. Tambahan pula, penggunaan internet sangat meluas pasa masa kini, maka jika ia disalahgunakan ia akan mendatangkan kemudaratan secara tidak langsung.

    Akhir sekali, pelajar haruslah dipupuk supaya tidak terlalu obses dengan amukan teknologi. Hal ini kerana, komunikasi secara terus itu ternyata lebih bagus dan mudah berbanding komunikasi secara maya. Sebagai contoh, pendidikan masa kini masih memerlukan guru-guru untuk mengajar di dalam kelas kerana amat rumit untuk mengajar secara maya. Oleh itu, dalam hal ini semua pihak harus bertanggungjawab untuk memperbanyakkan komunikasi secara langsung antara satu sama lain demi mengelakkan penjajahan teknologi dalam budaya perhubungan manusia masa kini.

    NAMA: Nurul Farhana Binti Jalani
    MATRIKS: A128600
    TAHUN PENGAJIAN: Tahun 3
    FAKULTI: FSSK
    EMAIL & FACEBOOK: farrahannaj_89@yahoo.com / hana jay

    ReplyDelete
  45. Lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya adalah seperti:

    Antara langkah yang dapat dilakukan adalah melalui peranan yang dimainkan oleh induvidu itu sendiri. Sebagai seseorang yang telah diberikan dengan pelbagai pendidikan dan ilmu, ia seharusnya dijadikan panduan dalam melakukan sesuatu perkara. Dengan cara ini ia tidak akan mendorong seseorang itu kearah keburukan. Contohnya, tidak dapat dinafikan para remaja terutamnya pelajar, mereka lebih terdorong untuk mendapatkan sesuatu yang terkini dipasaran terutamanya peralatan yang melibatkan teknologi dan inovasi terkini. Oleh itu, mereka seharusnya berfikir secara rasional sebelum mendapatkannya. Seseorang yang berfikiran rasional tiadak akan membelinya jika ia boleh mendatangkan masalah pada kemudian hari.

    Peranan ibu bapa merupakan salah satu langkah yang dapat dilaksankan dalam menjamin disiplin dan sahsiah para pelajar. Oleh kerana ibu bapa merupakan insane yang rapat dan mengenali anak-anak mereka maka ia memudahkan para ibu bapa membentuk disiplin dan sahsiah anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh melakukan pemantauan terhadap anak-anak apabila mereka melayari sesuatu laman web. Ini kerana teknologi tanpa sempadan kini lebih banyak mendatangkan keburukan jika ia tidak digunakan dengan betul. Begitu juga dengan gajet-gejet terkini yang lebih moden dan canggih. Oleh itu, ibu bapa haruslah berfikir secara rasional sebelum membelinya untuk anak-anak agar mereka tidak leka dan terjerumus dengan pelbagai masalah disiplin dan sahsiah diri apabila mendapat sesuatu yang diinginkan.

    Selian itu, guru juga haruslah memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar. Hal ini kerana melalui bimbingan daripada guru-guru ia dapat membentuk disiplin dalam kalangan pelajar. Contohnya, dalam dunia tanpa sempadan kini, guru-guru haruslah memainkan peranan mereka dengan lebih efisien terutamanya dalam menerangkan penggunaan teknologi dan inovasi terkini. Di sampung itu, guru-guru juga haruslah mengetahui teknologi-teknologi terkini yang berada di pasaran. Ia akan memudahkan para guru untuk memberikan maklumat yang jelas kepada para pelajar.
    Langkah lain yang boleh dilakukan adalah peranan daripada kerajaan. Dalam duni yang kian canggih dengan pelbagai teknologi dan inovasi ini, ia seharusnya di kawal dengan ketat oleh pihak kerajaan. Ini bertujuan untuk mengelakan berlakunya pelbagai masalah yang boleh menggugat keselamatan negara. Sebagai contoh, pihak kerajan perlulah memperkukuhkan lagi undangundang siber yang sedia ada. Hal ini kerana teknologi kini bukan sahaja mendatangkan kebaikan malah ada juga yang boleh mengundang keburukan kepada para pelajar terutamanya seperti penyebaran foto dan video ponografi di internet yang kian bertmabah dari semasa ke semasa di mana ia boleh menggugat masalh disiplin dan sahsiah pelajar.

    Pemantauan daripada pihak berkuasa juga amat penting. Ini kerana industri siber cafe kini kian berkembang. Hal ini kerana terdapat terlalu banyak permintaan terutamnya dalam penggunaan akses internet. Secara tidak langsung ia mendorong para pengusaha siber cafe untuk menjalankan perniagaan ini kerana ia lebih menguntungkan berbanding perniagaan lain. Oleh itu, pemantauan berkala amat penting dalam menjamin agar pengusaha ini tidak menyalahgunakan lesen perniagaan yang telah diluluskan. Contohnya, pihak berkuasa bolh menjalan operasi secara mengejut keatas siber cafe terutamanya yang menjalankan operasi 24 jam sehari. Secara tidak langsung ia dapat membendung masalah dalam kalangan para pengguna siber cafe terutamanya pelajar sekolah.

    1)Nama :Fatimah Binti Ahmad
    2)Nombor Matrik :A128300
    3)Tahun Pengajian :3
    4)Fakuliti :Fakuliti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    5)Email :starnight_lavender@yahoo.com
    6)Facebook :Fatimah Ahmad (starnight_lavender@yahoo.com)

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum w.b.t
    langgkah pertama untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar adalah melalui peranan kedua-dua orang tua. Ibu bapa merupakan contoh yamg terbaik kepada anak-anak mereka. Pada zaman yang serba canggih ini pelbagai masalah yang mengaikan pelajar dan teknologi telah berlaku. Antaranya ialah kebanyakan pelajar sekolah menengah yang menuju kealam remaja selalu memuat turun laman web lucah, menikam nombor ekor, dan memuat turun video-video yang boleh merosakkan akhlak mereka. Justeru itu ibu bapa mestilah mengawasi penggunaan internet di rumah. Jika anak-anak mereka melayari laman yang tidak bermoral atau menyalahgunakan kemudahan tersebut ibu bapa haruslah mengambil yindakan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.

    Langkah seterusnya ialah membateras blog-blog atau laman sesawang yang menyediakan laman-laman yang tidak berfaedah dan tidak bermoral seperti sport toto, laman lucah dan sebagainya. Kerajaan seharusnya mengharamkan laman-laman tersebut untuk mengekang masalah disiplin serta sahsiah pelajar. Setelah laman-laman ini disekat pelajar tidak akan dapat mengakses laman tersebut dan ini sekali gus masalah kejatuhan sahsiah pelajar dapat dibendung

    kerajaan juga harus mengambil tindakan undang-undang terhadap penggondam internet. Hal ini sudah sedia kita maklum bahawa pelajar ingin mencuba sesuatu yang baru. Jadi mereka akan belajar cara untuk menjadi penggondam internet seterusnya akan menggondam laman-laman yang mereka rasa tidak suka atau tidak berpuasa hati dengan isi kandungan laman tersebut. Laman web rasmi jabatan kerajaan juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa mereka. Keadaan ini menyebabkan sistem dan data base laman tersebut rosak dan ini menyebabkan admind mengalamikerugian yang besar. Justeru intu kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tegas terhadap isu-isu sebegini.

    Selain itu, media massa juga berperanan untuk memaparkan kebaikan dan keburukan teknologi kepada masyarakat khususnya pelajar. Melalui media massa pelbagai maklumat tentang keburukan dan kebaikan teknologi dapat di sampaikan kepada pelajar. Sebagai contoh iklan yang memaparkan kesan penyalahgunaan talian kecemasan 999 atau 994 yang selalu disiarkan di kaca televisyen banyak memberi kesedaran kepada pelajar bahawa talian tersebut bukan untuk dijadikan bahan mainan. Justeru itu pihak media seharusnya menyiarkan lebih banyak iklan dan filem yang berkaitan dengan penyalahgunaan teknologi.

    Akhir sekali, keruntuhan sahsiah pelajar dan masyarakat berpunca daripada kurangnya pegangan agama. Agama merpakan tunjang kepada pembentukan akhlak dan sahsiah seseorang. Justeru itu, pihak sekolah dan ibu bapa seharusnya memberi tunjuk ajar kepda anak-anak serta pelajar untuk menjadi insan yang baik. Sebagai contoh guru atau ibu bapa mesti menerangkan hukum dari segi agama jika menonton video lucah,tikam nombor ekor dan sebagainya. Hal ini segali gus dapat memberi gambaran kesan dan hukum terhadap kesalahan mereka.


    Mohd sabri bin md nor
    A132296
    Tahun 2
    Fakulti sains sosial dan kemanusian
    sabrimdnor@yahoo.com
    Ayie UTK

    ReplyDelete
  48. Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian. Namun, kita dapati, tidak semua teknologi ciptaan manusia itu benar-benar membawa kebaikan. Di manakah silapnya teknologi manusia sehingga menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar serta para pengguna amnya ?.

    Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan bagi memastikan agar teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar serta para pengguna amnya, antaranya ialah pertama pendidikan akhlak. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Di samping itu, guru memainkan peranan di mana apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal,maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Tanpa bimbingan dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah.

    Seterusnya, pemantauan ibubapa dari semasa ke semasa. Ibubapa merupakan insan yang paling terdekat dengan para pelajar dan seharusnya memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka seperti memantau kenalan-kenalan anak-anak mereka di alam maya iaitu Facebook, Twitter dan Tagged. Hal ini kerana, pemantaun yang kerap dari ibubapa boleh mengelakkan anak-anak mereka terjebak dengan masalah gejala sosial seperti rogol, dadah dan rempit. Seperti yang sedia maklum, pendidikan tidak formal bermula dari rumah dan ibubapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk akhlak anak-anak mereka. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

    Langkah ketiga ialah, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan seharusnya mengambil tindakan yang serius dalam membasmi masalah ini. Hal ini kerana generasi muda sekarang merupakan tonggak Negara pada masa hadapan. Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan agar teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar, antaranya ialah mengawal laman-laman web yang tidak bermoral. Cara ini sekaligus dapat membantu pelajar menjaga adat tatasusila dan ketimuran.

    Langkah keempat pula ialah peranan media massa. Media massa seperti televisyen, radio, dan internet seharusnya mengurangkan penayangan yang tidak bertatasusila dan bersahsiah kepada para pengguna bagi mengelakkan masalah gejala sosial yang semakin berleluasa sekarang seperti rogol, bunuh dan sebagainya. Selain itu juga, kesedaran sivik diri sendiri juga merupakan salah satu langkah dalam memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan sahsiah para pelajar. Hal ini kerana, sekiranya pelajar tersebut tidak memiliki kesedaran sivik, sudah semestinya langkah- langkah yang dibincangkan di atas hanyalah sia-sia belaka. Oleh itu, buka minda, buka hati, kenali diri.

    Nama sebenar : Nurzulaika Binti Mohd Bidin
    No. Matrik : A 133351
    Tahun Pengajian : 2
    Fakulti : Sains Sosial dan Kemanusiaan
    E-mail : nurzulaikaecar@yahoo.com
    Facebook : Nurzulaika Mohd Bidin

    ReplyDelete
  49. Era kini manusia berlumba-lumba untuk mempelajari dan mencipta pelbagai teknologi. Teknologi yang ada sekarang semakin hari semakin canggih dan ianya memudahkan pelbagai golongan. Antara teknologi yang ada pada masa kini adalah seperti penggunaan komputer dan internet, telefon bimbit, GPS (Geographical Positioning System) dan lain-lain lagi.

    Namun begitu, teknologi dan inovasi yang dilakukan hari demi hari ini mampu memberikan pelbagai kesan kepada para pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Langkah yang efektif harus diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi yang dilakukan tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar serta pengguna-pengguna am. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, salah satu langkah untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku adalah ibu bapa haruslah mengawal dan memantau setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka terutamanya dalam menggunakan pelbagai kemudahan teknologi. Seperti yang kita sedia maklum, zaman kini para pelajar telah menggunakan teknologi sebagai medium untuk mencari pelbagai sumber. Malangnya jika mereka menyalahgunakan teknologi tersebut, maka disiplin dan sahsiah mereka akan turut terjejas. Kemudahan seperti internet digunakan untuk mendapatkan pelbagai sumber. Namun jika penggunaannya adalah secara berlebihan, pelajaran mereka akan turut terjejas. Mereka juga lebih cenderung untuk berada di hadapan skrin komputer hingga sanggup mengetepikan tanggungjawab sebenar mereka.

    Teknologi telah didedahkan kepada semua peringkat usia tidak kira sama ada yang tua mahupun yang muda. Teknologi juga telah diaplikasi dengan pelbagai bentuk hiburan dan secara tidak langsung memudahkan sesiapa sahaja mempelajarinya. Contoh teknologi yang dapat diketengahkan adalah seperti permainan video, pemain cakera padat dan pemain audio (MP3) mampu membuat individu itu terhibur. Tetapi walau bagaimanapun, jika penggunaannya tidak dikawal ianya boleh menyebabkan kelalaian dan ketagihan. Seperti pusat permainan video, ianya lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Melalui kajian yang pernah dijalankan, pusat permainan video ini selalu dikunjungi oleh para pelajar. Mereka sanggup menghabiskan wang dan masa semata-mata untuk mencapai kepuasan diri mereka. Mereka juga sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka di sekolah dan di rumah kerana terlalu taksub dalam meyesuaikan diri dengan arus teknologi ini. Teknologi seperti ini telah disalahgunakan oleh para pelajar. Terdapat kes di mana pelajar yang ketagihan hingga sanggup ponteng sekolah dan memasuki pusat permainan video. Oleh itu, pihak yang menganjurkan pusat permainan video ini haruslah memainkan peranan yang penting dalam mencegah gejala seperti ini. Mereka boleh menguatkuasakan peraturan bagi kedai mereka dengan menyelaraskan waktu dan had umur yang boleh dikunjungi oleh para pelajar khasnya. Dengan cara ini, penggunaan teknologi sebagai media hiburan akan lebih terkawal.

    ReplyDelete
  50. Selain daripada itu juga, guru-guru yang mengajar di sekolah juga boleh memainkan peranan mereka dengan mengajar para pelajar menggunakan teknologi tersebut dengan cara yang betul. Para pelajar perlu didedahkan dengan teknologi supaya mereka tidak ketinggalan dalam dunia cyber yang semakin meluas pada masa kini. Penggunaan teknologi seperti komputer sebenarnya dapat membantu kita dalam memudahkan pelbagai urusan. Teknologi yang ada boleh meningkatkan kualiti dan prestasi kerja setiap individu jika mereka menggunakan dengan cara yang lebih professional. Pengajaran tentang teknolgi seperti internet boleh dimulakan di sekolah. Guru-guru dapat memantau para pelajar sekiranya mereka menyalahgunakan sistem rangkaian maklumat tersebut. Dengan adanya pendedahan tentang teknologi seperti ini, para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan dunia teknologi yang semakin meluas.

    Di negara Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah diberi tanggungjawab yang besar dalam menggubal dasar Negara dalam pembangunan sains dan teknologi termasuk menggubal, memantau dan menyelaraskan perlaksanaan dasar keselamatan negara mengenai teknologi maklumat dan komuniasi (ICT). Pihak ini juga perlu memberi kefahaman dan kesedaran tentang penggunaan teknologi ini. Mereka seharusnya meneliti dan mengkaji baik atau buruk tentang setiap teknologi yang didedahkan. Sekiranya terdapat kekurangan yang boleh menyebabkan pelbagai masalah, mereka haruslah menangani masalah tersebut dengan mengambil pelbagai insiatif lain. Pihak ini juga boleh mendedahkan penggunaan teknologi yang berunsurkan pendidikan kepada para penggunanya. Pada zaman ini, telefon bimbit bukan sahaja digunakan sebagai alat komunikasi tetapi ianya juga digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Antaranya adalah aplikasi kamus, penggunaan internet melalui wiFi dan juga GPS (Geographical Positioning System). Namun begitu, jika kesemua aplikasi teknologi ini digunakan dengan sewenang-wenangnya, ianya akan menjejaskan disiplin dan sahsiah individu tersebut.

    Teknologi dan inovasi boleh dilakukan sekiranya kesemua sistem tersebut dikawal dengan teliti. Bagi para pelajar yang menggunakan teknologi sedemikian rupa, mereka harus bijak dalam membahagi masa dan menggunakan teknologi tersebut. Teknologi seperti televisyen atau radio sebenarnya boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar. Hal ini kerana, televisyen dan radio merupakan media elektronik di mana pelbagai maklumat serta hiburan dapat disampaikan. Sekiranya kandungan yang dipaparkan pada skirn televisyen tersebut adalah menerusi saluran yang betul, disiplin serta sahsiah mereka tidak akan terjejas. Teknologi yang diaplikasi dengan maklumat yang berunsurkan pendidikan, keagamaan ataupun sumber pengetahuan, dapat memberi impak positif kepada individu tersebut. Disiplin mahupun sahsiah yang baik bagi setiap individu itu sebenarnya bermula daripada apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar kerana perkara tersebut menjadi asas dalam membentuk perwatakan mereka.

    Kesimpulannya, setiap teknologi dan inovasi yang dilakukan sebenarnya dapat merangsang sesuatu yang lebih positif dalam hidup masyarakat hari ini. Namun jika kita tidak mengawal penggunaannya, maka pelbagai perkara negatif juga boleh berlaku. Disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar ataupun pengguna am bukanlah terletak di hujung dunia teknologi semata-mata, tetapi ianya bergantung pada cara mereka dididik dan diasuh sehingga mereka mengenali apa itu teknologi dan apa itu inovasi. Walaupun teknologi itu seringkali diperkatakan sebagai dunia tanpa sempadan, namun penggunaan setiap teknologi itu sebenarnya memerlukan sempadan yang utuh agar tidak disalahgunakan.





    1. Nama sebenar : Siti Maisarah Binti Jamaludin
    2. Nombor Matrik : A128254
    3. Tahun Pengajian : 3
    4. Fakulti : Fakulti Sains dan Teknologi
    5. Email : mysaramai@yahoo.com
    6. Facebook : mysaramai@yahoo.com

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. Tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan di negara ini semakin bergantung kepada teknologi dan inovasi dalam pembelajaran di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Semestinya penggunaan teknologi akan memberi kesan terhadap disiplin pelajar. Namun begitu, perkara tersebut boleh dielakkan dengan beberapa langkah. Yang pertama sekali, pelajar itu sendiri haruslah mempunyai kesedaran diri yang tinggi akan perkara-perkara yang boleh memberikan manfaat dan juga perkara yang boleh memberikan kesan negatif terhadapnya. Perkara ini boleh dipupuk dari peringkat awal lagi oleh didikan ibu bapa di rumah. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka tentang penggunaan teknologi dengan cara yang betul dan secara berfaedah. Ibu bapa sering melakukan kesilapan apabila membenarkan anak kecil mereka menggunakan komputer riba, telefon bimbit dan juga ipad untuk tujuan bermain dengan applikasi permainan yang terdapat dalam alat tersebut. Hal ini, akan menyebabkan pemikiran mereka hanya menggunakan teknologi untuk keseronokkan sahaja sedangkan ibu bapa boleh meningkatkan pengetahuan anak mereka dengan menggunakan CD ataupun internet yang berunsurkan pendidikan.

    Langkah yang kedua ialah memastikan pelajar terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukan atau kemasyarakatan. Dengan penglibatan mereka dalam aktiviti tersebut, ia dapat membuka minda mereka bahawa penggunaan teknologi bukanlah cara utama untuk mengisi masa lapang. Aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti seminar, bengkel, kem bina diri juga dapat membantu mengukuhkan lagi disiplin pelajar disamping mendapat ilmu yang berfaedah. Secara tidak langsung, pelajar tidak terikat dengan komputer riba mahupun gajet-gajet lain yang boleh menyebabkan mereka leka sekali gus menjejaskan disiplin mereka.

    Langkah yang ketiga, para guru dan pendidik haruslah memberikan penekanan kepada pelajar bahawa teknologi hanya alat sampingan yang boleh membantu mereka dalam pembelajaran selebihnya adalah usaha mereka sendiri. Sebagai contoh, guru-guru boleh menggunakan teknologi untuk memberikan kesedaran kepada murid-muridnya akan kesan penyalahgunaan teknologi terhadap seseorang individu. Para guru juga boleh menunjukkan bahawa wujudnya teknologi dalam sistem pendidikan adalah untuk tujuan meningkatkan lagi mutu pembelajaran bukanlah untuk hiburan.

    Langkah yang keempat ialah rakan sebaya haruslah sentiasa memberikan bimbingan kepada rakan-rakan mereka kerana pengaruh dari rakan sebaya merupakan peranan yang amat penting dalam memupuk disiplin dan sahsiah seorang pelajar. Contohnya, pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa mereka pada laman web social seperti facebook, twitter, blogger, skype dan sebagainya kerana kebanyakkan rakan-rakan mereka menggunakan laman web tersebut untuk berkomunikasi anatara satu sama lain. Maka sekiranya, mereka tidak terjebak dengan laman web tersebut jadi berkuranglah masalah penyahlahgunaan teknologi di kalangan pelajar.

    Langkah yang terakhir ialah kerajaan haruslah menguatkuasakan lagi undang-undang dalam penggunaan teknologi terutama sekali dalam penggunaan ineternet. Penggunaan internet yang tidak terbatas boleh menyebabkan pelajar-pelajar tersasar jauh. Oleh kerena itu, kerajaan haruslah menghadkan kebebasan penggunaan internet dan mengadakan satu sistem keselamatan dalam menggunakan teknologi terutama skali di kalangan pelajar. Kesimpulannya, secara keseluruhan semua pihak haruslah berganding bahu dalam menangani masalah sahsiah di kalangan pengguna teknologi.

    1.Nama: Afiqah Najihah binti Zabani
    2.No. Matrik: A130607
    3.Tahun pengajian: Tahun 3
    4.Fakulti: FST
    5.Email: fyfieheart@hotmail.com

    ReplyDelete
  53. Tidak dinafikan penggunaan teknologi dan ICT kini semakin meluas tidak hanya tertumpu pada golongan dewasa semata-mata malah golongan kanak-kanak juga antara pengguna yang paling ramai menjadi pengguna setia. Antara cadangan yang boleh dilakukan bagi memastikan perkembangan teknologi ini tidak menjejaskan para pengguna ialah setiap ibu bapa harus mempunyai pengetahuan mengenai teknologi agar mereka mampu mengawal dan mendidik anak-anak mereka berkaitan dengan dunia siber dan mematikan anak-anak tidak terjebak dengan pengaruh sahsiah negatif. Seperti yang kita ketahui kebanyakkan ibu bapa terutamanya yang tinggal dikawasan luar bandar majoriti tidak mengetahui begitu mendalam mengenai teknologi, oleh yang demikian mereka tidak mampu mengawal sepenuhnya anak-anak. Jadi, peranan ibu bapa amatlah besar kerana mereka lebih memahami mengenai setiap perubahan tingkah laku anak-anak mereka sendiri.

    Cadangan bagi langkah kedua ialah menerapkan pendidikan agama kerana sahsiah dan akhlak yang baik dapat diterapkan melalui kerohanian. Jika setiap pengguna itu memiliki kerohanian yang mantap dengan itu seseorang pengguna itu tidak mudah dipengaruhi oleh gejala dan sahsiah yang negatif. Bukan itu sahaja, mendalami dan memelihara pengetahuan agama juga mampu menjadikan seseorang itu lebih matang dan berfikiran rasional, ini merupakan ciri yang sangat penting perlu ada dalam diri setiap pengguna ketika berhadapan dengan teknologi yang semakin bebas untuk dipertontonkan serta digunakan oleh pengguna.


    Cadangan ketiga pula ialah peranan media massa dan stesen televisyen dalam berkongsi dan mendedahkan kepada masyarakat tentang kemajuan teknologi yang kini masyarakat dunia sedang banggakan. Media seperti surat khabar dan majalah tempatan mampu memberi kesedaran mengenai impak negatif kepada pembaca dan pengguna teknologi khususnya melalui artikel serta nasihat mahupun kritikan berguna melalui iklan-iklan mengenai keburukan pengaruh sahsiah yang negatif.


    Manakala cadangan keempat pula ialah peranan kerajaan dan swasta juga mampu mengurangkan masalah disiplin akibat daripada pengaruh IT. Sebagai contoh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang ditubuhkan bagi membantu masyarakat dan pengguna IT khususnya daripada sebarang jenayah siber dan pengaruh negatif. Usaha ini wajar diberikan pujian kerana ia sekurang-kurangnya para pengguna teknologi tahu sebarang jenayah IT sebenarnya boleh dikenakan tindakan undang-undang jika disabitkan kesalahan.


    Cadangan yang kelima ialah setiap pengguna seharusnya berhati-hati dalam memilih kawan dan teman rapat yang ingin dipercayai. Hampir 80 peratus pengguna teknologi pada masa kini yang menguasai ilmu IT adalah dikalangan remaja dan hampir majoriti daripada peratusan ini kebanyakkannya berkongsi minat dan isu terkini berkaitan teknologi bersama rakan sebaya. Oleh yang demikian, tidak mustahil sebilangan besar daripadanya amat mudah dipengaruhi dan mempelajari tentang teknologi masa kini melalui rakan sebaya. Pada hakikatnya, kita sebenarnya tidak mampu menghapuskan dan menyekat sebarang multimedia yang berunsurkan negatif secara seratus peratus dimana ia merupakan salah satu punca utama yang mampu menjejaskan sahsiah dan disiplin pengguna namun begitu, sebagai pengguna kita sebenarnya mampu berfikir secara rasional dan cuba mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang mampu membuatkan masyarakat memandang serong akibat daripada pengaruh teknologi yang semakin hari semakin ramai yang mampu memilikinya. Ini adalah kerana ia lebih bergantung pada usaha sendiri, ‘tepuk dada, tanyalah pada diri sendiri’


    1. Nama sebenar : Maisarah Binti Jamalluddin
    2. Nombor Matrik : A129390
    3. Tahun Pengajian : Tahun 3
    4. Fakulti : Fst
    5. Email : mysara_k2r@yahoo.com
    6. Facebook : http://www.facebook.com/meayude

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum w.b.t
    Langkah pertama untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar adalah dengan pengawasan ibu bapa dari peringkat awal umur kanak-kanak. Hal ini perlu dititik beratkan kerana ibu bapa adalah pencorak kehidupan anak-anak. Dalam hal ini,ibu bapa perlu memantau setiap aktiviti anak-anak terutamanya apabila melibatkan alat-alat kemudahan teknologi seperti internet.
    Langkah yang kedua ialah peranan ibu bapa dalam memberi pendedahan awal serta tahap had penggunaannya supaya dapat memberikan manfaat seterusnya mengelakkan pembaziran masa. Sekiranya peranan ibu bapa ini dapat dilaksanakan dengan sempurna maka disiplin anak-anak dapat dibentuk sejak dari kecil lagi walaupun terdedah dengan arus modenisasi.
    Langkah yang ketiga ialah penerapan ilmu agama serta moral dikalangan pelajar. Peranan ini seharusnya di galas oleh ibu bapa serta para guru. Penerapan ilmu agama ini dapat memperbaiki diri seterusnya seseorang individu tersebut dapat membezakan diantara perbuatan yang baik atau buruk.
    Langkah keempat , para guru perlu menjalankan tanggungjawab memantau kelakuan para pelajar ketika di kawasan sekolah. Pihak sekolah juga perlu mengadakan kempen serta ‘Minggu Kesedaran ICT’ yang menerangkan penggunaan teknologi yang maksimum bagi mendapatkan ilmu pelajaran dan disamping itu dapat menerapkan nilai-nilai etika yang baik serta berdisiplin.
    Langkah kelima, pihak kerajaan memperketatkan lagi undang-undang bagi mengatasi masalah jenayah siber serta blog sesawang yang memberikan maklumat –maklumat yang mengandungi bahan lucah serta pengaruh-pengaruh kumpulan barat seperti black metal.

    1. Nama : Siti Nurdiana binti Jamahir
    2. Matrik : A 133473
    3. Tahun Pengajian : 2
    4. Fakulti : Fakulti Sains dan Teknologi
    5. Email : diana_jj2012@yahoo.om
    6. Facebook : diana jamahir (diana_jj2012@yahoo.com)

    ReplyDelete
  55. Pada pendapat diri saya, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil atau dilakukan bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan displin dan sahsiah kursusnya kepada para pelajar mahupun pengguna am. Antara langkah-langkahnya adalah pemantauan ibu bapa, jati diri yang kukuh, peranan kerajaan, tanggungjawab media massa dan kempen.

    Pemantauan ibu bapa merupakan langkah utama dalam mestikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan diri pelajar. Ibu bapa adalah orang yang paling terdekat dengan diri anak –anak yang merupakan pelajar, oleh itu mereka mudah dalam memantau segala gerak geri anak-anak supaya mereka tidak terkeluar dari landas sahsiah sebagai seorang pelajar. Contoh yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah sentiasa bergaul rapat dengan anak anak. Cuba berkongsi dengan mereka mengenai ape jua masalah dan cerita daripada anak-anak.

    Langkah kedua adalah menguatkan jati diri dalam pelajar itu sendiri. Apabila jati diri pelajar itu sendiri memang kukuh maka secara automatik mereka mempunyai displin yang baik dan secara tidak lansung dapat mengelak mereka daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak baik. Jati diri dapat dibentuk melalui kempen-kempen dan juga program di sekolah.ibu bapa juga boleh membantu dalam memupuk jati diri dalam anak-anak dengan mengajar mereka nilai murni yang patut ada dalam diri seorang manusia. Selain itu ibu bapa juga buleh menghantar anak-anak ke program jati diri bagi mengukuhkan lagi jati diri mereka.



    Langkah ketiga adalah tanggungjawab atau peranan media massa. Media memain peranan penting dalam memastikan pelajar mahupun pengguna am tidak terjejas sahsiah dan displin mereka. Jika dilihat secara realitinya teknologi dan inovasi berkembang dengan pesat sekali. Dapat dilihat bahawa Negara barat terlalu mengikut perkembangan teknologi dan inovasi sehingga golongan pelajar mereka terdedah kepada ancaman kurangnya displin dan sahsiah. Pihak media di Negara kita seharusnya menapis dahulu sesuatu rancangan sebelum menyiarkannya kepada rakyat umum. Ini dapat mengelak pelajar dari mempelajari dan mengikuti budaya-budaya negatif yang dibawa oleh masyarakat barat.

    Langkah yang keempat adalah peranan kerajaan. Pihak kerajaan seharusnya bersikap tegas terhadap penggunaan teknologi maklumat.jika dilihat pada hari ini, rakyat kita sering menyalahkan penggunaan internet. Terdapat segelintir pengguna yang menyalah guna internet bagi tujuan mencuri duit melalui perpindahan akaun bank dan memfitnah dan lain –lain. Segala kesalahan dalam pengunaan undang-undang haruslah dikenakan tindakan undang-undang yang ketat. Secara tidak lansung ini dapat menghalang berlakunya penyalahan pengunaan teknologi maklumat yang boleh membawa kepada kerosakan sahsiah kepada pelajar dan juga pengguna am yang lain. Selain itu, kerajaan juga perlu menyekat laman laman sesawang yang tidak sesuai untuk di layar oleh masyarakat tempatan kita, sebagai contohnya adalah laman sesawang yang berunsur lucah.

    Langkah terakhir adalah melalui kempen-kempen yang berunsur nasihat kepada para pelajar dan juga pengguna am . Kempen merupakan satu pendekatan halus namun begitu keberkesanan nye adalah tinggi. Kempen mengenai bahawa keburukan menyalahguna inovasi teknologi sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dan juga pengguna am dari terlibat dalam penyalahgunaan terknologi. Melalui kempen juga, mereka dapat mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang boleh dilakukan dan juga apa tidak boleh dilakukan apabila menggunakan teknologi maklumat. Dengan ini sahsiah dan displin pelajar dan juga pengguna am tidak mudah terjejas

    Nama : Mohd Amir Ng Bin Mohd Johari
    No Matrik : A129148
    Tahun pengajian : Tahun 3
    Fakulti : Sains dan Teknologi
    Email : ameriskng@yahoo.com
    Facebook : ameriskng@yahoo.com

    ReplyDelete
  56. Langkah pertama yang boleh diambil untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pengguna khususnya para pelajar ialah dengan cara menerapkan nilai – nilai murni yang kukuh dalam diri pengguna sedari kecil lagi. Hal ini kerana dengan adanya keperibadian dan nilai murni yang kukuh dapat menghalang mereka daripada melakukan perkara yang tidak bermoral seperti melayari laman web lucah, jenayah siber dan sebagainya. Bukankah ada pepatah yang mengatakan “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Jika para pengguna sudah dipupuk dengan kesedaran moral yang tinggi seajk berumur setahun jagung lagi sudah pasti mereka dapat membezakan baik buruknya sesuatu perkara dan berupaya menentukan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka serta perkara yang mendatangkan keburukan kepada mereka.
    Langkah kedua pula ialah dengan mengeratkan ikatan kekeluargaan. Hal ini kerana institusi kekeluargaan merupakan satu institusi yang terpenting dalam proses pembentukan sahsiah dan jati diri seseorang individu. Oleh itu, hubungan kekeluargaan yang erat dan harmonis dapat mempengaruhi tingkahlaku dan pemikiran seseorang. Dalam hal ini secara rawaknya dapat kita simpulkan bahawa keluarga yang harmonis dapat melahirkan individu yang kukuh nilai jati dirinya serta memiliki sahsiah yang tinggi. Jadi, jika seseorang itu memiliki sahsiah dan jati diri yang tinggi maka, sudah pasti teknologi dan inovasi tidak akan memberikan impak negatif kepada sahsiah dan disiplin mereka yang sememangnya sudah kukuh. Teknologi dan inovasi mempunyai pro dan kontrasnya tersendiri. Oleh yang demikian, dalam hal ini terpulang pada nilai diri masing – masing sama ada untuk mengaplikasikan kebaikan teknologi dalam kehidupan mereka atau menggunakannya dengan cara yang salah.
    Langkah ketiga pula ialah menggalakkan anak – anak terlibat dalam aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan. Sebagaimana yang kita ketahui, pada masa kini masyarakat khususnya golongan muda remaja menggunakan aplikasi teknologi sebagai sumber hiburan dan meluangkan banyak masa dengan gajet tersebut sehinggakan mereka jarang bergaul dengan orang lain. Hal ini membuatkan mereka menjadi tidak produktif dan pasif. Dalam kata lain, lebih banyak masa mereka luangkan dengan gajet teknlogi tersebut maka hal ini membuatkan mereka lebih terdedah dengan anasir – anasir negatif yang berpunca daripada aplikasi teknologi dan inovasi. Oleh yang demikian, dengan menggalakkan mereka terlibat dengan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan membuatkan masa mereka bergelumang dengan aplikasi teknologi berkurangan. Disamping itu, aktiviti – aktiviti sihat seperti aktiviti kerohanian dapat mengukuhkan nilai spiritual dan mental mereka. Secara tidak langsung, hal ini dapat mengukuhkan disiplin serta sahsiah mereka.

    ReplyDelete
  57. Langkah keempat pula ialah dengan mengawas dan menyelia penggunaan aplikasi teknologi dan inovasi dalam kalangan pengguna khususnya kanak – kanak di bawah umur dan golongan remaja. Para pengguna khususnya golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang terdapat dalam dunia teknologi kerana mereka sentiasa bersifat ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang baru. Internet misalnya merupakan satu medium dimana segala maklumat boleh diperolehi hanya dengan satu ketikan pada papan kekunci computer. Namun begitu, maklumat yang diperolehi tidak terhad kepada perkara positif sahaja, perkara negatif juga boleh diperoleh melalui internet. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab bukan sahaja ibubapa malah masyarakat sejagat bagi mengawas dan mengawal capaian maklumat yang boleh diperolehi oleh generasi muda dalam laman sesawang. Sebagai contoh, sesetengah institut perguruan mengawal penggunaan internet bagi pelajar mereka. Dalam kata lain, mereka tidak dibenarkan melayari internet sesuka hati dan terdapat waktu bagi mereka boleh melayari laman web tertentu.
    Langkah kelima pula ialah memberikan pendedahan tentang pro serta kontras teknologi dan inovasi kepada pengguna. Sebagaimana yang kita sedia maklum, terdapat subjek teknologi dan komputer yang disediakan untuk pelajar peringkat sekolah menengah khususnya. Walaubagaimanapun, sukatan pelajaran bagi subjek ini lebih berfokus kepada cara penggunaaan aplikasi tersebut daripada penerangan tentang kebaikan dan keburukan teknologi dan inovasi. Oleh itu, sesetengah pengguna beranggapan bahawa aplikasi tersebut tidak mendatangkan keburukan kepada mereka. Sebagai contohnya pemberian komputer riba satu Malaysia. Para pelajar diberikan kemudahan ini tanpa sebarang penerangan serta pendedahan lanjut tentang pro dan kontras penggunaan aplikasi tersebut. Seharusnya guru – guru dan ibubapa memantau penggunaan aplikasi ini dari masa ke semasa untuk mengelakkan pelajar terjebak dalam anasir negatif yang berpunca daripada teknologi dan inovasi

    SITI AISHAH RAMLI
    A129308
    TAHUN 3
    FSSK
    (Aisha SuJu) ayeisha_kentzo@yahoo.com

    ReplyDelete
  58. Seperti yang rakan-rakan lain bincangkan, Teknologi merupakan salah satu objek masa depan yang kian menjadi tumpuan negara-negara maju serta berinovasi yang mengehadkan pengunaan modal insan. Tanpa teknologi,tiadalah manusia. Ini kerana,melalui teknologi ramai bayi yang tidak boleh dilahirkan secara tradisional atau normal, boleh dikatakan teknologi canggih berjaya membuat demikian. berhubung dengan itu, teknologi juga melahirkan berpuluh-puluh saintis yang secara rasminya memberi pelbagai kebaikan kepada manusia di seluruh negara melalui penciptaan teknologi mereka. sebagai contoh, pengunaan komputer tidaklah sempurna jika tiada saintis melancarkan 'Windows' yang sesuai. begitu juga dengan 'software-software' yang lain. walaubagaimanapun, jika terdapat banyak kebaikan teknologi kepada manusia. manusia bertindak untuk melakukan kesilapan atau berfikiran pentingkan diri sendiri. antaranya, perkara yang berkaitan mengenai sahsiah dan disiplin. Langkah pertama, untuk memahami teknologi,kita perlulah mempelajari teknologi dengan betul supaya kita tidak bertindak untuk manupulasi teknologi yang sedia ada untuk kegunaan sendiri. sebagai contoh, seseorang pelajar itu perlulah mengetahui selok-belok mengenai teknologi sebelum pandai menggunakannya. Langkah kedua pula,untuk mengatasi sahsiah dan akhlak manusia supaya tidak binasa, ibubapa merupakan seseorang yang mengambil tanggungjawab yang amat penting. sebelum membiarkan anak menceburi bidang teknologi atau apa-apa bidang yang berkaitan dengan teknologi, ibubapa perlulah mengetahui secara am mengenai teknologi tersebut. seterusnya, pengaruh rakan yang merupakan aspek yang paling tinggi mempengaruhi seseorang itu sehingga terjebak dengan masalah sahsiah dan disiplin. pengaruh rakan-rakan yang mempunyai latar-belakang keluarga yang tidak baik serta negatif membolehkan anak--anak terpesong ke kancah masalah sosial yang kian meninggi di negara-negara membangun seperti kes rogol, dadah dan sebagainya. selain itu,pendidikan di sekolah amat penting dari segi pembentukan sahsiah anak-anak. ini kerana, melalui sekaolah,ilmu diberi dan dididik. jika didikan guru disalahgunakan,maka seluruh masa depan seseorang pelajar itu akan musnah sama sekali. kesimpulannya,seseorang itu perlulah berfikiran matang dan rasional untuk mencapai usaha-usaha kerajaan serta demi kebaikan diri sendiri pada masa hadapan.
    1. Nama sebenar: Subhatra A/P Anantha Rao
    2. Nombor Matrik : A129602
    3. Tahun Pengajian :3
    4. Fakulti : Fakulti sosial Sains dan Kemanusiaan (FSSK)
    5. Email : subhatra_manju@msn.com
    6. Facebook : Subhatra Rao

    ReplyDelete
  59. assalamualaikum dan salam sejahtera....

    Saban hari, teknologi dan inovasi semakin berkembang maju sama ada di dunia nyata atau ilusi.Banyak penciptaan-penciptaan terbaru seperti komputer rimba,telefon bimbit berteknologi internet, semua itu adalah untuk kebaikan manusia.

    Sehubungan itu,untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak dapat menjejaskan disiplin pelajar dan pengguna amnya terdapat beberapa langkah.Langkah pertama, memalui pihak kerajaan untuk mengetatkan lagi unsur-unsur negatif dari negara luar.Sebagai contoh,budaya-budaya yang tidak elok,perlakuan-perlakuan tidak senonoh yang boleh menyebabkan pelajar-pelajar dan pengguna amnya terpengaruh.

    Selain itu, pemantauan oleh pihak ibu bapa perlulah lebih agresif terhadap kemudahan teknologi yang telah diberikan kepada anak jagaan mereka.Sebagai contohnya,mengehadkan masa penggunaan televisyen dirumah dan seimbangkan dengan masa untuk belajar.

    Langkah seterusnya, dengan melibatkan diri dalam pertandingan teknologi dapat melatih kreativiti dalam merekacipta,mengasah bakat serta membina keyakinan diri. Setiap pelajar perlulah dilibatkan dengan aktiviti sebegini untuk mengelakkan mereka daripada melakukan gelaja-gejala yang tidak sihat.

    Langkah keempat ialah melalui institusi pendidikan.Melalui subjek sivik yang diambil oleh pelajar-pelajar disekolah mereka dapat mendisiplinkan diri untuk menggunakan teknologi yang ada sebaiknya.Mereka diajar cara penggunaan berkenaan teknologi untuk kebaikan.

    Langkah terakhir ialah kesedaran oleh pelajar atau pengguna amnya sendiri dalam penggunaan teknologi dan inovasi yang kian berkembang dari semasa ke semasa.Pengguna hendaklah memikirkan apa yang terbaik untuk memajukan diri dan mendapatkan input-input yang terbaik untuk kehidupan harian.

    Secara konklusinya,pengguna seharusnya lebih mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk dalam menangani isu ini.

    1.Nama sebenar: Hassan Bin Mustafa Afifuddin
    2.No.Matrik: A129428
    3.Tahun Pengajian: 3
    4.Fakulti:FSSK
    5.Email: simulationx2020@yahoo.com
    6.Facebook: Sansan Onwan(peace_finder19@yahoo.com)

    ReplyDelete
  60. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sendiri, saya merasakan bahawa langkah pertama untuk memastikan disiplin & sahsiah pelajar tidak terjejas atau mempengaruhi hubungan sosial sesama manusia ialah bijak membezakan perkara baik atau jahat agar dapat mengelakkan keperibadian kita tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif atau jahat tidak kira sejauh mana hebat teknologi & inovasi yang dicipta mengubah cara dan pandangan kita terhadap dunia moden sekarang ini.
    Keduanya, kita haruslah mempunyai pegangan agama terutamanya di mana agama boleh menjarakkan kita dari sebarang pengaruh yang boleh membinasakan sahsiah diri kita. Teknologi & inovasi haruslah senada & seiring dengan pandangan agama supaya kita tidak tercicir dari sebarang masalah disiplin & sahsiah.
    Langkah ketiga, pemantauan serta bimbingan dari orang lain terutamanya dari ibu bapa sedari kecil mampu membentuk sahsiah & disiplin yang baik & berhemah agar sebarang kesan yang tidak baik dapat dihalang dari mememasuki pemikiran para pelajar dan golongan muda secara umumnya.
    Keempat, kerajaan yang harus memperkenalkan undang-undang yang mampu mencegah perkara-perkara tidak baik contohnya melarang filem-filen yang kurang sesuai ditonton daripada memasuki pasaran negara ini. Kerajaan juga mesti menguatkuasakan undang-undang itu bukan hanya memperkenalkan undang-undang.
    Akhir sekali, mungkin para pengeluar alatan elektonik atau penciptanya mengeluarkan garis panduan atau larangan terhadap teknologi mereka yang mungkin dapat menjejaskan pemikiran terutamnya pelajar dan golongan muda yang tidak mengerti akan keburukan yang wujud hasil dari teknologi mereka.

    1.Nama sebenar: Muhamad Nor bin Ismail
    2.No.Matrik: A120491
    3.Tahun Pengajian: 3
    4.Fakulti:FSSK
    5.Email: bohemianor@yahoo.com
    6.Facebook:Muhamad Nor

    ReplyDelete
  61. Memang seperti yang kita nampak sekarang, adalah tidak dapat dinafikan budaya menggunakan alat-alat canggih berteknologi tinggi telah merebak luas di kalangan budak-budak hingga ke dewasa, khasnya pelajar-pelajar yang sepatutnya memberi lebih perhatian dalam pembelajaran mereka dari penggunaan peralatan berteknologi canggih seperti "I-Phone" dan "I-Pad". Oleh yang demikian, langkah berjaga-jaga wajar dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar dan para pengguna amnya.

    Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah mengajar dan memupuk pemikiran wajar serta kesedaran diri dalam anak-anak dari kecil. Langkah ini dapat dijalankan oleh ibu bapa sahaja kerana merekalah yang menjaga dan mendidik anak-anak dari kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Para ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan teknologi tetapi juga memberitahu kesan-kesan buruk jikalau terlalu bergantung pada teknologi. Contohnya, ibu bapa tidak sepatutnya membeli telefon bimbit kepada anak-anak yang masih kecil dan bersekolah seperti di sekolah rendah. Tindakan memberi telefon bimbit pada anak-anak bukan sahaja membolehkan mereka mengabaikan kerja sekolah mereka dan asyik dengan permainan dalam telefon bimbit malah membolehkan mereka menghubungi sesiapa sahaja tanpa merisaukan bil telefon yang akan dibayar oleh ibu bapa yang susah bekerja. Jikalau demikian, anak-anak tidak akan tahu kepayahan bekerja mencari wang.

    Langkah kedua yang dapat dijalankan adalah mengetatkan system pembelajaran serta disiplin di sekolah. Sebagaimana yang kita tahu, kebanyakan pelajar yang pergi ke sekolah membawa bersama telefon bimbit dengan mereka pada zaman sekarang. Disiplin yang longgar di sekolah memberi keberanian kepada para pelajar untuk membawa malah menggunakan telefon bimbit dalam kawasan sekolah. Contohnya, jikalau mana-mana pelajar yang ditangkap menggunakan telefon bimbit dalam sekolah, hanya tindakan disiplin yang ringan dikenakan seperti memberi surat amaran kepada pelajar tersebut sahaja. Selain itu, system pembelajaran yang digunakan sepatutnya kurang bergantung pada alat-alat berteknologi, seperti menyuruh pelajar menyiapkan kerja sekolah dengan tulisan tangan sendiri ataupun guru mengajar dengan bertulis di atas papan hitam dan bukannya menggunakan slaid komputer. Contohnya, guru-guru di sekolah tidak harus mengalakkan pelajar mengguna computer untuk menghasilkan kertas projek atau lain-lain kerja bertaip. Ini boleh menyebabkan pelajar lebih bergantung pada alat-alat elektronik.


    1. Nama sebenar: Yee Woan Fung
    2. Nombor Matrik: A129251
    3. Tahun Pengajian: 3
    4. Fakulti: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    5. Email: lollyfung89@hotmail.com
    6. Facebook: lollyfung89@hotmail.com (Yvvone Yee)

    ReplyDelete
  62. Langkah ketiga yang boleh dilakukan ialah penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan berkenaan penjenayah yang menyalahgunakan teknologi dan inovasi dalam alam siber sekarang. Seperti yang telah dikeatahui ramai, kumpulan jenayah sekarang suka menyalahgunakan alat-alat teknologi yang canggih untuk melakukan jenayah siber. Ini kerana melakukan jenayah menggunakan peralatan berteknologi memang mudah sekali, seperti menghantar emel menggunakan kemudahan internet dan komputer dengan tujuan menipu pengguna . Sebagai contoh, penjenayah siber sekarang boleh mengetahui maklumat perbankan pengguna yang menggunakan perbankan secara “online” melalui “hacking”, lalu mengeluarkan semua duit simpanan pengguna tersebut. Kes-kes sebegini telah berlaku dengan kerap sekali di Malaysia kebelakangan ini.

    Langkah keempat yang dapat dijalankan ialah melalui pelaksaan kempen-kempen kesedaran oleh kerajaan, pihak swasta dan pihak sekolah. Kempen-kempen boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk mengingati pelajar-pelajar dan pengguna alat-alat teknologi supaya tidak terlalu asyik dengan teknologi kerana alat-alat canggih ini akan menghasilkan radiasi yang dapat menjejaskan kesihatan manusia serta alam sekitar. Contohnya, kempen kesedaran yang dijalankan boleh bertemakan “Kurangkan penggunaan alat teknologi demi kita dan bumi kita”. Kempen jenis ini bermatlamat untuk mendidik dan menyampaikan maklumat tentang keburukan penggunaan terlampau alat-alat berteknologi serta kebahayaan terdedah kepada alat-alat teknologi yang menghasilkan radiasi yang kuat dan bahaya.

    Langkah kelima yang boleh dilakukan adalah kerajaan menyelaraskan system pengeluaran permainan komputer supaya penerbit-penerbit permainan komputer menghasilkan lebih banyak permainan komputer yang mengandungi unsur-unsur pendidikan atau nilai moral. Kawalan kualiti boleh dijalankan untuk memastikan permainan komputer berunsur ganas atau seks dikeluarkan dengan lebih terkawal atau kurang supaya tidak mempengaruhi pengguna alam siber yang masih muda. Contohnya, permainan komputer yang direka bentuk dengan menggunakan pengetahuan geografi boleh dihasilkan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah ataupun menengah kerana ini dapat membantu mereka dalam pelajaran, sambil mereka bermain sambil mereka boleh belajar, bak pepatah melayu sambil menyelam minum air.


    1. Nama sebenar: Yee Woan Fung
    2. Nombor Matrik: A129251
    3. Tahun Pengajian: 3
    4. Fakulti: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    5. Email: lollyfung89@hotmail.com
    6. Facebook: lollyfung89@hotmail.com (Yvvone Yee)

    ReplyDelete
  63. Langkah pertama ialah memperkenalkan subjek teknologi dan inovasi dalam pendidikan untuk kbsr dan kbsm sekolah bagi memberi pendedahan kepada para pelajar akan isu-isu yang berkaitan dengan teknologi dan inovasi. Usaha ini penting kerana tanpa pengetahuan alam siber, para pelajar akan mudah terpengaruh dengan ancaman alam siber malahan boleh menjadi pengancam alam siber itu sendiri. Oleh itu, pengajaran mengenai teknologi dan inovasi dapat mencegah para pelajar daripada melakukan penipuan, mengodam, menyebar virus, memuat turun laman web lucah dan sebagainya. Hal ini kerana mereka dapat memahami dan mengetahui kesan daripada perbuatan tersebut.
    Langkah kedua ialah peranan ibu bapa di rumah. Kebanyakan ibu bapa sanggup berbelanja lebih untuk membelikan barangan elektronik yang mahal untuk anak-anak mereka yang masih belajar seperti blackberry, ipod dan sebagainya.Namun begitu, mereka perlu memantau aktiviti anak-anak semasa melayari internet dan tidak terlalu memberi ruang untuk berdepan dengan komputer. Usaha ini penting kerana kewujudan pelbagai laman web sosial dapat melekakan mereka . Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendisiplin dan membentuk sahsiah diri anak-anak di samping membenarkan mereka menerokai dunia teknologi.
    Langkah ketiga ialah pihak sekolah mahupun institusi pengajian tinggi harus menyimpan rekod akan nama, tarikh dan tujuan penggunaan internet di makmal komputer di samping memasang pelbagai ciri keselamatan dalam komputer seperti antivirus, program firewall dan sebagainya sepertimana yang disarankan oleh CyberSecurity. Selain itu, guru atau kakitangan yang bertugas harus meronda makmal komputer dari semasa ke semasa. Alternatif lain yang dapat dilakukan adalah memasang kamera atau cctv dalam makmal komputer.
    Langkah keempat ialah penguatkuasaan undang-undang bagi mereka yang terlibat dalam jenayah siber. Hal ini kerana jenayah siber seperti penipuan, pengodaman, menyebabkan kerosakkan pada data komputer dan sebagainya berupaya mengugat ketenteraman negara. Umpamanya, isu penggodaman 61 laman web kerajaan yang berlaku sekitar bulan Jun atau Julai pada tahun ini. Dengan penguatkuasaan undang-undang , pengguna internet secara amnya akan berwaspada dan berhemah ketika melayari internet.
    Langkah lima ialah kerajaan perlu menyekat kemasukkan laman-laman yang dikhuatiri dapat mempengaruhi minda dan keghairahan pengguna internet. Kebanyakan kes yang menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar serta pengguna internet secara amnya berlaku kerana kebolehan mengakses laman-laman web berkenaan.
    Nama : Sharlini A/P Manickam
    No.Matrik : A 129200
    Tahun pengajian : 3
    Fakulti : Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email : sharliniukm@yahoo.com

    ReplyDelete
  64. Semakin hari semakin canggih. Itu adalah salah satu ungkapan ringkas menerangkan tentang kecanggihan teknologi mengikut peredaran masa. Setiap kemajuan pembangunan negara mahupun di belah Barat ataupun Timur seringkali dibandingkan dengan tahap kewujudan teknologi yang ada pada setiap negara. Setiap kecanggihan teknologi yang dicipta menunjukkan kemajuan negara itu sendiri. Namun disebalik kecanggihan teknologi ini, ianya sedikit sebanyak telah memberikan impak negative kepada disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Oleh yang demikian, terdapat 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.
    Pada pemerhatian saya, selaku mahasiswi di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia ini, langkah pertama adalah tindakan atau didikan ibu bapa dalam memainkan peranan utama dalam pembentukan disiplin dan sahsiah pelajar itu sendiri. Hal ini kerana semuanya bermula dari rumah. Mahupun pengaruh dari luar iaitu daripada pengaruh siaran televisyen ataupun pengaruh kawan-kawan. Peranan ibu bapa amatlah penting dalam memantau pembentukan sahsiah diri anak-anak dalam menggunakan teknologi yang ada. Contohnya penggunaan telefon bimbit, komputer riba, penggunaan internet tanpa wayar. Ianya dipandang ringan dan sambil lewa kerana menyangkakan bahawa anak-anak sedang menggunakan teknologi seperti yang dinyatakan di atas untuk tujuan pembelajaran. Namun bukan semuanya membuat pekara seperti itu. Kerana anak-anak seringkali lalai, cuai, serta mempunyai keinginan yang mendalam dalam melibatkan teknologi yang canggih ini untuk keseronokan, hiburan, dan kepuasan diri. Peranan ibu bapa amat penting dalam memantau sentiasa tentang pergerakan anak-anak dalam penggunaan teknologi seperti di atas.
    Langkah kedua ialah peranan media massa dan siaran televisyen yang sering menyiarkan iklan-iklan tentang gadjet gadjet terkini yang semakin lama semakin canggih sehinggakan mempengaruhi anak-anak muda menghabiskan wang ringgit untuk membeli gadjet-gadjet yang berada di pasaran yang mana ianya adalah mengikut kehendak dan bukan keperluan semata-mata. Oleh itu, pengguna itu sendiri perlu sedar akan kepentingan,keperluan, dan kehendak teknologi gadjet pada masa kini. Pengeluaran iklan-iklan gadjet melalui media massa perlu dikawal dengan rapi agar tidak terlalu mempengaruhi pengguna di luar sana.

    ReplyDelete
  65. Seterusnya, langkah ketiga pula adalah penguatkuasaan undang-undang yang serius. Pihak polis, mahupun pihak-pihak berkuasa yang berkaitan perlu mengambil langkah yang serius dalam membendung gejala-gejala pelajar sekolah menengah yang sanggup menghabiskan masa di cyber cafe berjam-jam lamanya semata-mata bermain permainan video ataupun melayari laman web lucah. Hal ini kerana penggunaan internet yang terlalu taksub di kalangan pelajar telah mendorong mereka untuk ponteng kelas dan menghabiskan masa bermain permainan yang tidak berfaedah itu. Pihak berkuasa atau peletakan video CCTV di setiap cyber cafe memudahkan proses pemantauan dilakukan agar tindakan penangkapan pelajar ini dilakukan dengan cekap selain dapat dibendung dengan pantas.
    Selain itu, langkah keempat pula adalah penerangan yang sebetulnya mengenai teknologi pada masa kini kepada para pelajar ataupun pengguna amnya dengan lebih jelas dan tepat. Maksud saya disini adalah kebaikan dan keburukan teknologi itu sendiri apabila digunakan. Sebagai contoh, pihak sekolah pada zaman kini banyak dibekalkan dengan komputer mahupun komputer riba dengan percuma oleh pihak kerajaan. Semua itu adalah untuk pendidikan semata-mata. Namun, pihak kerajaan perlu tahu bahawa pelajar pada masa kini lebih bijak dan licik dalam menggunakan teknologi yang ada. Oleh itu, pihak kerajaan sendiri perlu ada suatu langkah untuk membendung masalah itu sendiri. Contohnya, mengawal laman-laman web yang tidak sepatutnya dilayari. Selain itu, pihak sekolah perlu ada guru-guru yang mempunyai pengetahuan IT yang tinggi untuk memantau aktiviti anak murid selain ibu bapa. Hal ini kerana anak murid seringkali menggunakan internet untuk perkara tidak berfaedah dan lebih kepada untuk keseronokan semata-mata. Para guru juga perlu memberitahu reality sebenar tentang kesan penggunaan internet yang terlalu lama pada para pelajar supaya mereka tahu akan keburukan penggunaan internet yang terlalu taksub.
    Akhir sekali, langkah yang kelima pula menggalakkan anak-anak muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, aktiviti di padang, ataupun aktiviti riadah yang lain. Ini adalah untuk mengelakkan budaya anak-anak muda dibawa arus teknologi semakin berleluasa. Hal ini kerana pada masa kini, anak-anak muda seringkali menghabiskan masa berada di hadapan komputer berjam-jam lamanya dan kadang-kala sehari suntuk tanpa melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang menyihatkan. Aktiviti membiarkan diri berada di hadapan komputer riba terlalu lama boleh menyebabkan mata menjadi rabun dan rosak, gangguan urat saraf akibat kurang bergerak, dan pelbagai penyakit yang mungkin datang. Oleh itu, aktiviti kemasyarakatan perlu dibuat selalu agar dapat menarik anak-anak muda melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian. Oleh itu, semua pihak termasuk diri sendiri memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk disiplin dan sahsiah diri agar dapat memelihara disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    1.Nama: Suffeiya Binti Supian
    2.No. Matrik: A129592
    3.Tahun pengajian: Tahun 3
    4.Fakulti: FST
    5.Email: suffeiya_16690@yahoo.com

    ReplyDelete
  66. Teknologi,sains dan inovasi adalah penting bagi penjanaan ilmu,kekayaan dan kesejahteraan masyarakat dunia. Hari ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mendokong visi ini. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.Pelbagai pihak memainkan peranan termasuklah pihak kerajaan, para pendidik,guru,ibubapa dan lain-lain. Apabila kemajuan telah dikecapi,pelbagai masalah pula timbul kerana penyalahgunaan kemudahan berteknologi dan inovasi pada masa ini sedikit sebanyak menyumbang kepada penurunan tahap displin dan sahsiah para pelajar khusunya.Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang perlu diambil untuk memastikan kemajuan teknologi yang seharusnya banyak menyumabang kepada kebaikan tetapi hasilnya adalah sebaliknya.
    Langkah dikatakan wajar dilaksanakan adalah pengawasan dan ketegasan dari pihak penjaga terutamanya ibubapa kepada anak-anak dari peringkat kecil lagi. Para pendidik semasa anak berada di tempat pengajian dan sebagainya. Ini kerana pengawasan dan ketegasan yang bermula dari rumah,salah satu cara supaya anak-anak lebih berdisplin dan mempunyai rasa tanggungjawab dalam apa perkara sekalipun.Contohnya, penggunaan komputer riba,telefon mudah alih,gajet-gajet yang boleh membawa kepada kelalaian dan keburukan apabila banyak masa terbuang apabila menggunakannya.
    Langkah lain adalah, mengadakan kempen-kempen bagi menjadi pengguna yang bijak dan lebih bertanggungjawab terutamanya dengan teknologi dan inovasi yang telah diperolehi. Contohnya, apabila adanya pameran jualan barangan berteknologi, kempen menjadi pengguna boleh dilaksanakan. Juga dengan mengedarkan artikel dan risalah kepada pengunjung juga salah satu cara yang baik.
    Bagi langkah ke tiga,lebihkan pengiklanan mengenai penggunaan teknologi dan inovasi melalui cara terbaik terutamanya media cetak,media elektronik dan badan-badan kerajaan. Contohnya, mengalakkan masyarakat menggunakan internet dengan cara yang betul dan tidak menyalah gunakannya untuk tujuan yang tidak baik.

    ReplyDelete
  67. Selain itu, langkah yang dikatakan wajar adalah tindakan pihak atasan, pengawasan pihak kerajaan dan badan-badan tertentu dalam memastikan setiap apa teknologi dan inovasi yang diambil dan diterima dari teknologi luar negara harus ditapis dan dikaji sebelum diserap masuk ke dalam negara ini. Ini kerana, mungkin terdapat banyak masalah sosial yang akan timbul.
    Dan bagi langkah akhir untuk memastikan teknologi dan inovasi ini tidak menjejaskan displin dan sahsiah pengguna ialah, setiap benda yang berteknologi seharusnya mempunyai direktori dan menunjukan cara penggunaan yang tepat dan betul. Dan pengguna juga seharusnya membaca dan memahami apa yang terkandung. Ini adalah supaya tidak ada penyalah gunaan berlaku dan unsur-unsur negatif dapat diselitkan. Contohnya, apabila seseorang membeli komputer riba,seharusnya membaca dan meneliti setiap direktori yang diberikan dan memanfaatkannya. Oleh itu,apabila pengguna mengetahui perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan, ini sekaligus menjadikan pengguna yang bijak.



    PENGENALAN DIRI
    Nama sebenar :NORUL HAJAR BT NORDIN
    No Matrik : A129482
    Tahun Pengajian : Tahun ke 3
    Fakulti : FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
    Email : norulhajarnordin@gmail.com

    ReplyDelete
  68. Modenisasi dan globalisasi merupakan perkataan yang kerap kali digunakan di zaman yang serba canggih dan lengkap. Arus globalisasi membawa manusia ke suatu era dimana segala informasi yang diperlukan hanya berada dihujung jari. Pelbagai gadjet dan peralatan dicipta bagi memudahkan manusia berurusan dan berhubung. Namun demikian, arus globalisasi ini bukan membawa kebaikan sahaja tetapi turut membawa impak negatif kepada individu, masyarakat mahupun Negara. Impak negatif ini dilihat lebih terarah kepada golongan pelajar dan pengguna amnya. Beberapa langkah perlu dilakukan bagi membendung impak negatif ini dari terus berleluasa.
    Antara langkah pertama yang boleh dilakukan ialah pededahan awal teknologi kepada kanak-kanak oleh ibu bapa dan penjaga. Sesungguhnya pembelajaran pertama bermula dari rumah. Ibu bapa dan penjaga harus mendedahakan sedikit sebanyak mengenai teknologi kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak ketinggalan zaman dan mampu bersaing secara sihat serta memiliki pemikiran yang luas mengenai teknologi. Ini secara tidak langsung mengajar anak mereka mengenai dunia luar serta mampu menyerapakan etika yang betul dalam penggunaan teknologi. Penyerapakan etika yang betul mampu menbendung penglibatan anak-anak muda, remaja, pelajar dan pengguna amnya dari terus terjebak dengan kancah negatif dan tidak bermoral seperti menonton bahan-bahan lucah, penggunaan kata-kata kesat, penyebraran fitnah dan sebagainya.
    Langkah kedua pula ialah penerapan nilai-nilai agama yang kukuh kedalam diri anak-anak. Ini kerana tiada agama didunia ini yang menggalakan umatnya melakukan keburukan tetapi sebaliknya menyeru umatnya melakukan kebaikan. Ini secara tidak langsung membentuk sahsiah yang baik dan jati diri yang kukuh didalam jiwa kanak-kanak. Pembentukan jati diri diawal usia mampu menjadi titik tolak kepada pembentukan sahsiah yang baik hingga dewasa. Ini kerana dunia tanpa sempadan kini gemar memapar perilaku-perilaku buruk yang mudah didapati terutamanya di laman sesawang seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Jati diri yang mantap dan kukuh mampu menolak semua perilaku negatif dan buruk berkenaan.

    ReplyDelete
  69. Langkah ketiga ialah pemantauan ibu bapa, penjaga dan pendidik keatas penggunaan teknologi oleh pelajar dan pengguna amnya. Dewasa ini hampir setiap rumah dan kedai makan di Malaysia mempunyai jaringan internet. Pelbagai pelan dan pakej yang disediakan bermula dengan TM net, P1 WIMAX, UNIFI dan sebaginya. Penggunaan internet kini menjadi suatu keperluan dan bukan lagi kehendak. Internet membantu dalam penyebaran maklumat dan penyampaian maklumat. Namun demikian internet juga mampu menjadi sumber kehancuran kerana penggunaan internet yang tidak terkawal mampu membuat kita leka dan lalai seperti melayari Facebook, Twitter dan sebagainya. Para pelajar gemar melayari Facebook selama berjam-jam sekaligus mengabaikan pembelajaran mereka begitu juga dengan permainan video game seperti PSP, PS, XBOX dan sebagainya juga termasuk penggunaan telefon bimbit. Ibu bapa dan pendidik perlu memantau perkara ini kerana ini akan menjejaskan kesihatan dan perkembangan pelajar.
    Langkah keempat ialah pemantau dari pihak berkuasa seperti PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pihak-pihak berkuasa yang telah dilantik kerajaan. Pemantaun keluar masuk maklumat amat mustahak, ini kerana pelbagai maklumat disalur melalui jaringan internet dan kadang-kadang kala maklumat yang disampaikan ialah maklumat palsu sekaligus memudaratkan banyak pihak. Maklumat-maklumat palsu berkenaan turut dikhuatiri menyebarkan pengaruh buruk dikalangan pengguna yang rata-ratanya ialah pelajar. Pemantaun ini sekaligus memastikan tiada anasir buruk dari luar daripada mempengaruhi pemikiran pengguna. Melalui pemantauan juga mereka yang bersalah boleh disabitkan kesalahan sekaligus mengekalkan keamanan Negara.
    Langkah yang kelima ialah pemahaman teknologi itu sendiri kepada masyarakat. Pemahaman teknologi yang baik kepada pengguna memudahkan aplikasi teknologi itu sendiri. Masyarakat yang memahami kebaikan serta keburukan teknologi mampu menghasilkan idea yang lebih kretif dalam memperbaiki teknologi yang sedia ada. Mereka akan menghargai dan menjaga teknologi yang ada. Ini kerana teknologi memudahkan kehidupan seharian kita sekaligus menjamin kesejahteraan hidup. Inovasi dalam teknologi sememangnya amat diperlukan, ini sekaligus menjadikan sesebuah Negara dipandang tinggi dan dihormati. Ini secara tidak langsung menjadikan rakyat dinegara tersebut mempunyai disiplin yang tinggi dalam mengekalkan kemajuan dan taraf hidup sedia ada.
    Kesimpulanya,semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan inovasi dan teknologi tidak menjejaskan disiplin pelajar khasnya dan pengguna amnya.

    1)Muhammad Muaz Bin Aminordin
    2)A129438
    3)Tahun 3
    4)FST
    5)muhammadmuaz_11@yahoo.com
    6)Muhammad Muaz Aminordin

    ReplyDelete
  70. Kemajuan teknologi dan inovasi dalam bidang komunikasi telah mencetuskan berlakunya evolusi komunikasi melalui internet dan alat komunikasi. Hal ini telah menyebabkan beberapa pihak berasa risau tentang kesan teknologi dan inovasi terhadap sahsiah dan disiplin pelajar. Esei ini akan mencadangkan lima langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar.
    Langkah pertamanya diletak kepada tangan ibu bapa pelajar untuk menenam sifat tanggungjawab dan akhlak dalam pengunaan teknologi ini. Kita tahu bahawa inovasi seperti internet boleh membawa kesan-kesan yang buruk seperti laman web lucah, siber buli, menggodam computer, dan lain-lain. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka membuat pilihan yang baik dan tidak memaksa atau melindungi mereka dari pengaruh buruk teknologi. Ini adalah kerana jika pelajar adalah dilarang dengan sekeras-kerasnya daripada sesuatu, rasa ingin tahu akan menarik perhatian mereka.Tetapi jika dididik dengan betul dengan melayan pelajar seperti orang dewasa, ibubapa boleh memafamkan pelajar untuk mengetahui “kenapa” sesuatu adalah buruk. Ia adalah penting untuk pelajar mengetahui dan memilih secara matang dan berdasarkan akhlak baik, cara menggunakan teknologi ini dengan betul.
    Satu cara teknologi telah menjejas sahsiah pelajar adalah dengan memudahkan memudahkan pelajar untuk menipu dalam pendidikan mereka. Maklumat yang luas dalam internet memudahkan pelajar melakukan plagiarisme. Oleh itu, pihak pendidik harus melawan trend ini melalui pendidikan dan peraturan. Dengan cara pendidikan, guru boleh mengajar seorang pelajar cara untuk mencari dan mengunakan maklumat yang dicari secara betul supaya plagiarisme boleh dielak. Selain itu, pelajar harus diajar kenapa dan bagaimana plagiarisme adalah salah. Dari segi peraturan, pihak pendidik harus tegas melaksanakan tindakan tegas kepada pelajar yang masih degil melakukan plagiarisme untuk menghantar mesej terhadap betapa seriusnya kesalahan itu

    ReplyDelete
  71. Teknologi telah mengantikan sosialisasi secara fizikal dengan penggunaan cepat telefon bimbit dan laman web rangkaian sosial seperti Facebook. Ini boleh menyebabkan pembangunan sosial pelajar terbantut yang sama pentingnya dengan pembangunan akademik. Satu langkah yang digunakkan untuk melawan trend ini adalah dengan mengawal penggunaan alat teknologi. Langkah ini jatuh di bawah pelaksanaan para ibu bapa, pendidik dan yang paling pentingnya pelajar itu sendiri. Pelajar perlu merancang jadual mengawal masa pengunaan teknologi dan untuk membuat masa untuk sosialisasi secara fizikal seperti bermain sukan, berjumpa kawan-kawan, dan sebagainya. Hal ini adalah penting untuk pembangunan kemahiran sosial pelajar dan menjamin sahsiah pelajar tidak terjejas
    Salah satu langkah untuk melindungi sahsiah pelajar adalah melalui peraturaan dan undang-undang. Hal ini terletak kepada pelaksanaan kerajaan dan lembaga pendidikan. Dengan cara ini, aspek-aspek bahaya teknologi boleh dinilain dan didebatkan oleh pihak-pihak yang berkelayakan. Ini boleh menjadikan teknologi komunikasi lebih selamat digunakan oleh pelajar. Namun, langkah ini harus dikawal dan ditadbir dengan berhati-hati untuk memastikan bahawa kebebasan maklumat tidak dijejas dan penapisan hanya dilakukan sebagai langkah terakhir supaya hak dan kebeasan pelajar tidak terjejas.
    Langkah terakhir adalah dengan pendidikan. Seorang pelajar boleh dididik oleh pihak sekolah atau universiti tentang etika dan pengunaan bertangungjawab dalam pengunaan teknologi komunikasi. Ia boleh dijadikan satu subjek baru unntuk diajar. Ataupun untuk memudahkan perkara, ia boleh diajar dalam pendidikan Moral atau Sivik. Tujuan mata pelajaran ini adalah untuk mengajar pelajar untuk menjadi warganegara yang baik. Ini adalah mengapa ia boleh digunakan untuk mengajar mereka etika baik menggunakan teknologi kerana mereka tidak syak lagi akan menggunakan teknologi tersebut.
    Nama: Daniel Madrigal
    Matrik: A129471
    Tahun 3
    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    danielmadrigal777@gmail.com
    Dan Madrigal

    ReplyDelete
  72. Kemajuan teknologi di Negara kita Malaysia adalah setaraf dengan Negara – Negara lain. Peralatan terkini memudahkan cara kerja dan kehidupan seharian kita. Namun ,terdapat juga kesan buruk ke atas pengguna khasnya pelajar tidak kira pelajar sekolah mahupun universiti. Langkah yang patut di ambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar adalah dengan mengutamakan peranan ibu bapa. Para ibu bapa seharusnya tidak membiarkan sahaja anak mereka dengan kecanggihan peralatan teknologi. Mereka seharusnya sering memantau penggunaan peralatan tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa harus memantau dengan siapa anak mereka berkawan di laman social seperti Facebook,Twitter dan sebagainya. Langkah begini dapat memastikan gejala negative seperti porno tidak berleluasa. Tambahan lagi, mereka dapat membentuk disiplin anak- anak mereka di rumah.
    Langkah seterusnya adalah dengan penyertaan pelajar dengan aktiviti bermanfaat seperti perkhemahan, ceramah, gotong – royong dan riadah dapat memastikan pelajar tidak terlalu taksub dengan arus kemodenan teknologi dan inovasi. Mereka akan lebih seimbang kehidupannya malah aktiviti seperti ini dapat memotivasikan diri mereka. Mereka akan menggunakan masa mereka dengan sebaiknya. Langkah ini bukanlah untuk menjauhkan pelajar khususnya daripada teknologi tetapi memastikan mereka hidup dalam keadaan seimbang.
    Pihak tertentu seperti guru juga harus memberi penerangan tentang kebaikan teknologi dan inovasi. Tambahan lagi pelajar akan dapat mengetahui kebaikan sebenar teknologi dan menggunakannya dengan sebaiknya. Sebagai contoh, guru memberi penerangan kepada pelajarnya tentang cara penggunaan serta kebaikannya. Dari situ pelajar akan tahu manfaat teknologi yang sebenarnya banyak membantu mereka dalam apa jua keadaan termasuklah kerja sekolah. Langkah seterusnya adalah dengan memastikan rakan sebaya tidak terjebak dengan budaya negatif. Hal inilah sebenarnya menyebabkan masalah disiplin dan sahsiah. Pelajar harus pandai memilih rakan. Kecanggihan teknologi yang dimiliki oleh seseorang rakan tidak bermakna jika mereka tidak menggunakan dengan baik. Rakan yang baik adalah rakan yang selalu mengajak kita berbuat sesuatu yang manfaat. Bukannya hanya menghabiskan masa dengan bermain “game”, ber”chatting” , menonton video yang berunsurkan ganas dan tidak bermoral.
    nama: nur amirah binti awang
    matrik: a133997
    tahun:2
    fakulti sains dan teknologi
    email: awang.amirah@gmail.com
    facebook: amirah awang (awang_amirah91@yahoo.com)

    ReplyDelete
  73. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  74. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  75. Dewasa ini, perkara-perkara yang melibatkan teknologi dan inovasi sudah mendapat tempat di kalangan pelajar-pelajar serta para pengguna. Kehidupan di zaman millenium kini banyak menggunakan teknologi dan inovasi. Pelbagai perkara yang dilakukan oleh pihak kerajaan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membudayakan sains dan teknologi di kalangan rakyat Malaysia. Contohnya, Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (MYSTI) 2011. Walaubagaimanapun, setiap perkara ada baik dan buruknya. Teknologi dan inovasi turut menjejaskan disiplin dan sahsiah para pengguna, terutamanya golongan pelajar yang sememangnya berminat dengan teknologi dan inovasi. Langkah-langkah bagi memastikan disiplin serta sahsiah diri mereka tidak terjejas perlulah difikirkan.

    Pendidikan bermula di rumah. Frasa ini juga sesuai untuk diamalkan dalam mengatasi masalah disiplin dan sahsiah pelajar ataupun pengguna. Bagi ibu bapa para pelajar, mereka perlulah memantau setiap apa yang digunakan oleh anak mereka. Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Myspace amatlah luas jaringannya. Pelbagai gejala negatif seperti, budaya barat, gejala-gejala porno, dan pengedaran ajaran-ajaran sesat mudah dicapai disebabkan jaringan yang luas. Walaupun anak-anak sudah meningkat dewasa, ibu bapa perlulah tegas dalam mengawal penggunaan internet yang kita ketahui banyak keburukannya.

    Seterusnya, kerajaan juga perlu memain peranan dalam mengatasi masalah ini. Kerajaan perlu bekerjasama bersama syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia bagi mengawal penggunaan internet rakyat Malaysia. Pihak kerajaan juga boleh memperbanyak aktiviti yang dapat memperkenalkan teknologi dan inovasi yang telah dilakukan dalam pelbagai sektor sepeti automotif, pertanian, pendidikan dan lain-lain lagi. Hal ini bukan sahaja dapat menambah pengetahuan pengguna, malah mungkin dapat menarik perhatian pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan.

    Nama sebenar : Sharina binti Ismail
    Nombor Matrik : A129337
    Tahun Pengajian : 3
    Fakulti : Sains dan Teknologi
    Email : sharinaismail90@gmail.com
    Facebook : me_eiena@yahoo.com (Sharina Ismail)

    ReplyDelete
  76. Sambungan...

    Kini, pelbagai jenayah berlaku di luar ataupun di dalam dunia siber. Penjayah siber juga antara kesan yang berlaku akibat teknologi dan inovasi yang semakin membangun. Misalnya, kes penggodam yang menggodam beberapa laman sesawang hak milik kerajaan beberapa bulan yang lalu. Bagi mengatasi kes-kes sebegini, pihak terlibat perlulah mengambil tindakan secara menyeluruh iaitu tindakan di dalam dan juga luar dunia siber. Sebagai contoh tindakan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau laman-laman sesawang bagi memantau pengedaran ajaran sesat secara atas talian. Melalui tindakan secara menyeluruh, pasti ia membantu dalam mengatasi masalah-masalah yang berlaku dan mungkin dapat memberi kesedaran kepada rakyat.

    Selain itu, pihak pendidik juga perlu memanfaatkan sepenuhnya teknologi di dalam sistem pendidikan. Sebagai contoh, memuat turun bahan-bahan kuliah di laman web tertentu, melakukan kuiz atau ujian secara atas talian, dan boleh juga menyediakan forum perbincangan untuk berinteraksi dengan pelajar. Dengan ini, pelajar bukan sahaja menggunakan kemudahan laman sosial untuk kegunaan hiburan semata-mata, malah untuk kegunaan ilmiah.

    Rakan sebaya adalah antara pengaruh besar dalam hidup seseorang. Pengaruh seseorang rakan itu kuat, sehingga ada yang akan mengikuti apa yang rakannya lakukan. Jadi kita perlulah tahu batas-batas dalam penggunaan laman sosial. Sebagai seorang rakan, kita perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Contohnya, menggalakkan penggunaan internet ke arah yang lebih berfaedah kepada rakan-rakan, berbincang mengenai tugasan secara atas talian, menggunakan bahasa yang sopan ketika di laman sosial, berkongsi ilmu dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, pihak-pihak terlibat termasuk individu itu tersendiri perlulah bersama-sama untuk memastikan teknologi dan inovasi ini kekal digunakan tanpa memberi kesan kepada aspek disiplin dan sahsian para pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    Nama sebenar : Sharina binti Ismail
    Nombor Matrik : A129337
    Tahun Pengajian : 3
    Fakulti : Sains dan Teknologi
    Email : sharinaismail90@gmail.com
    Facebook : me_eiena@yahoo.com (Sharina Ismail)

    ReplyDelete
  77. Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya:

    1. Pendidikan yang baik seharusnya bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya berperanan memupuk disiplin dan sahsiah anak-anak, melalui didikan dan tauladan.


    2. Pihak pihak berkuasa khususnya kerajaan amat diperlukan dalam menangani isu ini. Lambakan bahan-bahan yang tidak
    bertapis terutamanya bahan lucah seharusnya ditangani dengan tegas dalam usaha memastikan sahsiah pelajar dan pengguna
    tidak terjejas.

    3. Aktiviti sosial dan kemasyarakatan juga tidak seharusnya dipandang ringan. Individu seharusnya mengambil inisiatif untuk menjalin hubungan dan
    tidak berpaksikan hubungan berdasarkan teknologi semata-mata.

    4. Memandangkan media massa mempunyai pengaruh dalam masyarakat, seharusnyalah peranan mereka tidak dipandang ringan. Media massa seharusnya lebih
    sensitif dantidak sewenang-wenangnya menyiarkan pelbagai bentuk maklumat memandangkan akses kepada pelbagai maklumat boleh diperoleh dengan mudah melalui
    teknologi dan inovasi masa kini.

    5. Paling penting, usaha seharusnya datang dari diri sendiri. Pengawalan dalam menggunakan teknologi perlu ada agar tidak keterlaluan dan menjejaskan
    diri sendiri seterusnya dengan masyarakat sekeliling.

    Nama sebenar: Nuratiqah bt Amernordin
    Nombor matrik : A128138
    Tahun Pengajian: 3
    Fakulti: FST
    Email: ateeka.amer@gmail.com
    Facebook: Ateeka Amer

    ReplyDelete
  78. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  79. Pada pendapat saya, langkah pertama untuk mengelak disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna terjejas kerana teknologi dan inovasi ialah hasil peranan dan pengawasan para ibu bapa di rumah. Ini kerana, ibu bapa haruslah memberikan perhatian mereka kepada anak-anak semasa mereka melayari internet. Begitu banyak laman web lucah yang tidak di sekat kerajaan yang boleh dilayari oleh anak-anak. Ibu bapa haruslah menyekat penggunaan internet di rumah dengan menggunakan “parental control software” dimana ibu bapa boleh lah memilih laman web yang mana sesuai dan boleh dilayari anak mereka.

    Langkah kedua pula, peranan guru amat penting dimana mereka perlulah mendidik anak murid mereka bahawa teknologi dan inovasi yang terdapat didunia ini bukanlah untuk melekakan mereka tetapi untuk menyenangkan mereka. Antara contoh ialah e-book ataupun pc tablet yang diberikan kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggantikan penggunaan buku di sekolah. Memang tidak dinafikan lagi bahawa penggunaan e-book banyak mendatangkan kebaikan kepada pelajar kerana pelajar tidak lagi perlu mengendong beg sekolah yang berat. Namun begitu, jika pelajar memuat turun software permainan di dalam pc tablet tersebut seperti “Angry Bird”, ataupun perisian yang boleh mengganggu tumpuan pelajar tidak di cegah, nescaya teknologi yang diberikan akan dipandang rendah ataupun dikutuk oleh para ibu bapa.

    Selain itu juga, peranan kerajaan amat diperlukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin para pelajar dan pengguna. Jika kita taip sahaja perkataan “melayu” di google search, kita akan terkejut dengan berapa banyaknya laman web yang keluar berdasarkan pencarian tersebut. Namun yang menyedihkan ialah hampir separuh dari carian tersebut berasaskan “sex” ataupun “perkara lucah”. Mengapa perkara ini berlaku? Adakah dunia semakin moden, video camera semakin canggih, mereka ingin menjadi pelakon dan pengarah filem amatur? Mengapa pihak kerajaan tidak membuang laman web tersebut dan menyekat laman web tersebut daripada dilayari oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun? Pihak kerajaan silalah renung-renungkan lah.

    Langkah keempat pula bergantung kepada peranan rakan sebaya dan juga masyarakat. Seperti yang kita sendiri alami, apabila mengunakan teknologi seperti netbook, handphone, kita seringkali leka berchatting dengan rakan kita yang lain. Tidak sah jika menghadap computer mahupun telefon lebih daripada kita menghadap seseorang itu “face-to face”. Mereka akan memberikan alasan, “dunia sudah moden, kenapa mahu berjumpa sedangkan ada skype? Membazir minyak lah nak kuar rumah”. Bagi remaja di luar sana, berjumpa dengan rakan ataupun melepak lagi sihat dari terkurung di rumah menghadap computer sepanjang hari.

    Akhir sekali, didikan agama dan juga kesedaran individu juga penting supaya mereka tidak terpengaruh dengan anasir-anasir buruk teknologi dan inovasi. Apabila kuat didikan agama, kita ingat kepada tuhan, nescaya kita tidak akan leka walaupun kita ada teknologi yang tercanggih di dunia. Kesedaran individu juga penting bahawa teknologi ini untuk memudahkan kerja harian mereka dan bukanlah alat untuk disalahgunakan dan melekakan aktiviti mereka sebagai pelajar.

    1. Nama sebenar: NOR ALINA BINTI MOHAMAD ROSLAN
    2. Nombor Matrik: A129584
    3. Tahun Pengajian: 3
    4. Fakulti: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (FST)
    5. Email: alin.mroslan@gmail.com
    6. Facebook: babylina_2202@yahoo.com (Alin Mroslan)

    ReplyDelete
  80. Kini,Zaman tanpa sempadan ada baik dan buruknya.Saya ingin membincangkan tentang teknologi & inovasi ini dari segi Pergunaaan laman sosial spt Facebook,twitter dan lain-lain.

    Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkannya berlakunya kerosakan sahsiah pelajar dan penggunanya ialah yang pertama,kita lihat bahawa pada hari ini facebook adalah salah satu alat komunikasi kita dengan keluarga dan rakan-rakan, sebagai medium perbincangan dalam Group FB, dan juga sebagai tempat hebahan program atau "event" untuk menarik perhatian ramai.Tetapi ada juga yang menggunakan medan FB ini untuk penyebaran fitnah,perlakuan maksiat,menyentuh sensitiviti agama & bangsa dan juga mengaibkan diri sendiri dengan memperlihatkan aurat terutamanya bagi kaum wanita. Langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan gejala ini adalah pihak "owner FB" perlulah mengemaskini sistem "report/block person" dan diperluaskan untuk setiap post yang dihantar dan lebih baik diwujudkan button "unlike" selain "like" kerana sesetengah orang tidak seberapa selesa dengan posting yang dihantar.

    Keburukan kedua ialah pembaziran masa. Ia akan berlaku sekirannya seseorang pengguna facebook leka dan lalai melayan facebook seperti asyik bermain game atau berbual bersama rakan. Selain dari membuang masa, pengguna facebook juga akan membazir elektrik kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu sahaja, akibat daripada kelalaian pengguna menggunakan facebook, kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna mula lalai dengan pelajaran dan asyik dengan facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan kuliah.Langkah yang boleh diambil ialah "owner FB" mewujudkan satu aplikasi dimana pelajar dapat manfaatkan untuk menambahkan pengetahuan bagi bidang yang mereka ceburi dan juga dapat mewujudkan perbincangan sesama rakan sekelas melalui aplikasi. Dengan itu pelajar dapat menggunakan masa sebaiknya untuk belajar walaupun dengan melayari Facebook.

    Langkah seterusnya sebagai umat islam, gunakan medan Facebook ini sebagai medium dakwah kita bagi mencegah kemungkaran dengan meng"post" peringatan atau nasihat dan juga meng"post" poster yang akan memberi peringatan kepada semua orang. Mana tahu jika seseorang akan terbuka pintu hatinya apabila membaca posting kita. InsyaAllah dengan usaha yang kita lakukan, perkara mungkar dikalangan masyarakat dapat dikurangkan.

    Langkah keempat ialah ibu-bapa perlulah memainkan peranan menjaga tingkah laku anak-anak mereka ketika sedang melayari internet. Kini kanak-kanak berusia 5 tahun pun sudah ada "akaun" facebook. Bagi saya,tidak sesuai bagi kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun mempunyai FB ini kerana pada umur ini kita tahu kanak-kanak akan membentuk sahsiah mereka apa yang mereka lakukan ketika itu, dan medan FB ini digunakan semata-mata untuk keseronokan dan mencari rakan yang akhirnya akan merosakkan sahsiah kanak-kanak tersebut. Ada juga kanak-kanak yang sanggup membelanjakan puluhan ringgit untuk melayari internet dan "gaming" di cyber cafe.

    Langkah yang terakhir ialah daripada pihak kerajaan sendiri perlulah memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada masyarakat bagi memastikan penggunaan inovasi & Teknologi ini memberi peluang kepada semua masyarakat untuk pemanfaatan dan mengambil tindakan undang-undang bagi amalan fitnah-mengfitnah, porn-site, dan penyebaran berita palsu di dalam laman sosial facebook ini.

    Nama sebenar : Hillman Iqbal Bin Rusli
    Nombor Matrik : A129227
    Tahun Pengajian : 3
    Fakulti : Sains dan Teknologi
    Email : hill_iqboy_man90@yahoo.com
    Facebook : https://www.facebook.com/HillmanIqbal

    ReplyDelete
  81. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum Mejar,
    5 langkah yang boleh dilakukan adalah:
    Pertama, pemantauan yang berterusan daripada ibubapa juga memainkan peranan yang penting. Walaupun dikatakan sekarang ini adalah dunia tanpa sempadan, tetapi pemantauan daripada ibubapa dapat menjadikan anak-anak lebih berdisiplin dan lebih menghormati ibubapa serta tahu apa yang terbaik untuk mereka. Pemantauan ini boleh dimulakan tidak memanjakan anak-anak apabila mereka menginginkan sesuatu seperti i-Phone atau komputer riba. Mereka boleh terdedah dengan teknologi tersebut tetapi apabila sudah sampai tempoh matang mereka menggunakan teknologi tersebut.

    Kedua, media yang paling mempengaruhi hidup manusia zaman kini adalah media massa. Jadi pihak media massa sendiri seperti televisyen, radio, internet dan sebagainya perlu banyak mempromosikan kebaikan penggunaan teknologi baru ini disamping etika penggunaannya. Antara medium yang sesuai adalah seperti iklan-iklan radio dan televisyen, dan kempen-kempen di dalam internet.

    Ketiga, silibus atau sukatan pelajaran dalam pendidikan peringkat rendah dan menengah harus memperbanyakkan bahagian etika dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Contohnya dalam mata pelajaran Sains, terapkan etika dan disiplin apabila dalam makmal sebagai contoh. Contoh yang kedua ialah etika penggunaan internet dalam bab-bab yang sesuai. Perbanyakkan perbincangan dalam kelas mengenai etika penggunaan dan baik buruk sesuatu teknologi itu.

    Keempat, pihak kerajaan juga perlu menyokong dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan teknologi canggih ini. kerajaan perlu menapis laman-laman web yang tidak memberi sebarang faedah kepada para pengguna seperti laman web lucah dan laman yang menyediakan muat turun cerita-cerita atau filem-filem yang tidak sesuai ditonton.

    Kelima, Kesedaran diri sendiri amat penting didalam mendisiplinkan diri semasa menggunakan internet. Tanpa kesedaran diri maka jika sepuluh atau seratus langkah diatur sekalipun, namun ianya tidak akan memberikan sebarang kesan atau objektif yang dikehendaki. Justeru itu disiplin diri perlu diutamakan.

    Nama :Hamizal b. Musa
    No Matrik :A126633
    Tahun Pengajian :Tahun 3
    Fakulti : Sains Sosial Kemanusiaan
    Email :hamizal6266@gmail.com
    facebook : hamizal6266@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  83. Langkah pertama yang boleh dilakukan bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi dan inovasi adalah melalui pendekatan disiplin atau tatacara penggunaan sesuatu teknologi atau inovasi tersebut. Sebagai contoh , kerajaan melalui kerjasama Kementerian Penerangan serta Sains dan Teknologi dapat menerapkan budaya mengamalkan penggunaan sebarang teknologi dengan berhemah melalui kempen-kempen kesedaran yang berkesan di peringkat sekolah, universiti mahupun di tempat-tempat awam bagi seluruh rakyat Malaysia. Hal ini sekurang-kurangnya mampu memberi pengetahuan serta menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menggunakan teknologi dan inovasi secara berhemah.

    Langkah kedua, ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka sentiasa dalam penggunaan teknologi seperti telefon bimbit, komputer, permainan video dan sebagainya. Hal ini kerana, anak-anak yang masih kecil atau belum matang akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif kerana mereka masih belum berfikir dengan sebaiknya. Banyak kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan remaja dalam penyalahgunaan teknologi seperti memuat turun video lucah, bergaduh di laman sosial dan banyak lagi.

    Langkah seterusnya, kerajaan dapat melaksanakan dasar-dasar yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa. Dasar-dasar yang sedia ada mungkin dapat diperketatkan lagi bagi membendung masalah yang semakin memuncak pada zaman ini. Kerajaan boleh mencontohi negara China yang menghalang sebarang bentuk anasir negatif melalui internet seperti laman sesawang lucah yang kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara seperti ini penting bagi mengurangkan jenayah seksual yang semakin membimbangkan.

    Kementerian Pendidikan juga boleh menyediakan satu kurikulum atau satu aktiviti kokurikulum yang berkaitan penggunaan teknologi dan inovasi secara berhemah untuk setiap sekolah lakukan. Hal ini dapat memastikan para pelajar terutamanya dapat bersama-sama mempelajari penggunaan teknologi dangan betul selain menambah satu lagi kualiti dalam aspek pembelajaran di sekolah.

    Penguatkuasaan undang-undang siber atau teknolgi perlu digiatkan dan diperketat agar seluruh masyarakat sentiasa sedar dan berjaga-jaga semasa menggunakan sesuatu peralatan teknologi atau internet. Sebagai contoh, tangkapan perlu dilakukan terhadap penjenayah atau pesalah yang melanggar undang-undang yang berkaitan teknologi serta dikenakan hukuman seperti penjara dan saman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

    1) Umar Adli B. Amran @ Mohamad Zaki
    2) A128842
    3) Tahun 3
    4) Fakulti Sains dan Teknologi
    5) umaradliamran@yahoo.com
    6) adliamani

    ReplyDelete
  84. Langkah pertama untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar ialah Ibu bapa khususnya, Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran remaja. Ibu bapa harus memantau aktiviti harian anak-anak mereka yang banyak dipengaruhi oleh teknologi khususnya penggunaan internet Sebagai contoh pada hari ini banyaknya berlaku kes-kes serangan seksual, keganasan dan gejala negatif lain kerana mudahnya mereka terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini yang mudah didapati jika mereka melayari internet


    Langkah kedua untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar ialah pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir
    seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding
    dengan pengaruh keluarga. guru-guru perlu mengawasi penggunaan teknologi dikalangan anak-anak dan murid-murid mereka dan dengan mengajar murid-murid ini cara untuk menggunakan teknologi dengan betul.


    Langkah ketiga untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar ialah dengan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Jadi anak-anak tau mana yg benar dan salah dalam penggunaan teknologi dan inovasi khususnya jika mereka melayari internet


    Langkah keempat untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar ialah Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran kepada pengguna mengenai teknologi dan inovasi. Para pelajar dan pengguna perlu diberi pendedahan mengenai sesuatu teknologi dan inovasi ini sama ada dari segi kebaikan dan keburukan penggunaannya. Sebagai contoh penggunaan internet, pihak kerajaan harus memblokir situs yg banyaknya berlaku kes-kes serangan seksual dll


    Langkah kelima untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar ialah Pendidikan moral perlu ditekankan oleh ibu bapa, bahkan masyarakat supaya anak-anak nya tidak terpengaruh dengan laman-laman yang negatif seperti pornografi, keganasan dan seumpamanya. Ibubapa juga perlu mengalakkan anak-anak supaya tidak terperap di depan televisyen atau komputer sahaja dan sebaliknya melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau meluangkan masa bersama keluarga supaya dapat memahami mereka dengan lebih baik.


    1. Zikra lestari
    2. A126403
    3. Tahun 4
    4. Fakulti sains dan teknologi
    5. Zykles@yahoo.com
    6. Zikra lestari

    ReplyDelete
  85. Berdasarkan kepada apa yang dibincangkan, berikut antara lima langkah yang perlu dititikberatkan dalam memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah amnya adalah mengambil langkah pertama iaitu mewujudkan kesedaran dalam diri. Setiap insan perlukan perubahan dan perubahan berikut haruslah merupakan kebaikan. Kesedaran dalaman amat penting dalam mengekalkan disiplin dan sahsiah diri supaya terus utuh dek pengaruh teknologi yang semakin menular masuk dengan pelbagai kecanggihan. Walaupun keadaan ini memberi kebaikan namun komunikasi cara lama harus dikekalkan supaya pelajar dan para pengguna umumnya dapat mengeratkan lagi hubungan insan yang terjalin. Contohnya banyak kes yang berlaku apabila tiadanya kesedaran dalam diri tentang penyalahgunaan teknologi seperti penyebaran video lucah, kutuk mengutuk berlaku di laman social, pembaziran waktu dan sebagainya. Hal ini timbul dari tiadanya sikap kesedaran tentang sahsiah diri.


    Langkah seterusnya adalah menitikberatkan peranan yang dimainkan oleh ibubapa. Ibubapa merupakan insan yang terdekat yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam membentuk disiplin dan sahsiah anak-anak. Ibubapa harus memainkan peranan dalam memantau aktiviti anak remaja khasnya supaya tidak begitu dipengaruhi dengan teknologi yang semakin menular dalam minda pelajar. Sebagai contoh ibubapa perlu menyekat aktiviti dan mengehadkan penggunaan teknologi seperti melayari laman yang tidak berfaedah dan tidak membenarkan anak-anak terus hangut tanpa wujusnya pengawasan. Jesteru itu pemantauan dan kerjasama dari ibubapa sangat digalakkan supaya anak-anak tidak menyalahgunakan teknologi dan inovasi yang ada supaya jati diri bangsa terus kekal dalam memastikan hubungan sesama insan dapat dipupuk.


    Disamping itu, langkah yang boleh diambil adalah melihat kepada peranan kerajaan. Kerajaan seharusnya memantau penularan teknologi dan inovasi yang semakin membuak-buak kerana perkara ini menjadi kegilaan bagi para pelajar yang meminati barangan gadget ini. Setiap barangan yang dijual harus dikawal dan tidak laman web yang merosakkan minda harus disekat.


    Selain itu langkah yang boleh diambil adalah dengan pendedahan dan ceramah motivasi yang menerapkan unsur-unsur kebaikan dan penerangan tentang bahayanya teknologi dan inovasi yang melanda negara haruslah dilakukan dengan bijaksana. Contohnya dapat dilihat melalui ceramah-ceramah yang diberikan dari peringkat awal lagi di sekolah dan penerangan tentang nilai perhubungan antara manusia tanpa melibatkan teknologi dilakukan dengan sebaik mungkin.


    Langkah terakhir adalah peranan yang dimainkan oleh masyarakat itu sendiri. Sesebuah masyarakat yang dibentuk dengan jayanya tidak akan tersasar jauh dari landasan dengan adanya sikap mengambil berat antara satu sama lain. perhubungan yang terjalin sesama mereka tidak memerlukan teknologi yang canggih untuk membantu. Masyarata harus memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan dalam kelompok yang dibina dan memberi bimbingan jika di kalangan mereka ada yang memencilkan diri. Oleh itu peranan yang dimainkan oleh masyarakat haruslah bertempat dan bersesuaian dalam membentung masalah disiplin dan sahsiah diri berikutan kecanggihan teknologi yang serba moden.


    FARAH WAHIDA BT MUSTAPHA
    A128101
    TAHUN 3
    FSSK
    farah69_89@yahoo.com
    cik adeq

    ReplyDelete
  86. Langkah pertama untuk mengelak disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna terjejas kerana teknologi dan inovasi ialah pemantauan ibu bapa @ penjaga memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak mereka. Pemantauan mereka daripada awal atau perkara asas amatlah berguna, ini kerana bak kata pepatah meluntur buluh biar dari rebungnya.Pemantauan ibu bapa @ penjaga terhadap anak mereka, dengan memastikan segala peralatan teknologi yang digunakan untuk kebaikkan sebagai contoh, mengawal atau menyekat laman sesawang yang tidak perlu bagi mengelakkan anak mereka melayari laman yang akan merosakkan sahsiah mereka.

    Langkah kedua pula ialah, pihak kerajaan harus mengadakan kempen kepenggunaan internet untuk kebaikkan(ke arah pelajaran). Dengan itu, pelajar akan tertarik dengan laman sesawang yang mempunyai maklumat tentang pelajaran yang di ambil. Secara automatiknya, ia dapat membantu pelajar dari segi pelajaran dan dapat mengelakkan mereka menyalahgunapakai teknologi ke arah yang tidak baik.

    Langkah ketiga pula, ialah didikan agama daripada ibu bapa tidak kira agama. Dengan didikan agama yang telah diterapkan dari awal, sahsiah dan disiplin anak sukar untuk di pengaruh oleh unsur keburukkan. Sebagaimana yang kita ketahui, semua pegangan agama tidak kira Islam, Kristian, Buddha dan lain-lain melarang atau mencegah umatnya melakukan kesalahan atau perkara buruk. Dengan adanya didikan agama, pengaruh teknologi sukar untuk mempengaruhi anak-anak mereka.

    Langkah ke empat pula, media massa harus memainkan peranan penting dalam memastikan sahsiah pelajar tidak akan ke arah keburukkan dengan menapis maklumat atau info daripada luar. Dengan penapisan daripada media massa, ia dapat membendung perkara atau maklumat negatif yang boleh merosakkan sahsiah pelajar.

    Langkah terakhir pula ialah,membuat silibus pelajaran yang berkaitan dengan teknologi seperti penggunaan teknologi(komputer) ke arah kebaikkan dan cara penggunaan. Dengan itu, pelajar akan lebih tahu penggunaan komputer itu sendri dari arah kebaikkan. Oleh itu, silibus pelajaran teras atau semua subjek boleh dimasukkan atau diselitkan dengan penggunaan teknologi ketika sesi pengajaran berlaku.

    1. OMAR SHAHERAN BIN ZAINUDIN
    2. A128243
    3. TAHUN 3
    4. FSSK
    5. clonz89@gmail.com
    6. OMAR SHAHERAN ZAINUDIN

    ReplyDelete
  87. assalamualaikum.
    pada pandangan saya, langkah pertama dalam membendung pengaruh teknologi dan inovasi dalam kalangan pelajar dan pengguna lain ialah pemantauan dari pihak ibu bapa. Hal ini kerana, ibu bapa adalah golongan masyarakat yang paling rapat dengan pelajar,oleh itu ibu bapa haruslah mengawasi dan menghadkan penggunaan teknologi oleh para pelajar agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan yang telah diberikan.

    selain itu, langkah kedua dalam membasmi pengaruh teknologi dan inovasi ini ialah dengan tindakan kerajaan. kita sebagai negara islam seharusnya, menyekat kemasukan laman sesawang yang berunsurkan pornografi kerana itu adalah haram disisi agama.

    langkah ketiga ialah dengan mendedahkan para pengguna teknologi dan inovasi terhadap kesan yg akan menimpa jika teknologi dan inovasi disalahgunakan. pastinya negara bangsa kita juga akan menerima impak teknologi dan inovasi ini juga.

    langkah keempat bagi mengelakkan pengaruh teknologi dan inovasi terhadap golongan pelajar ialah dengan memasukkan sukatan pelajaran mengenai kebaikan dan keburukan teknologi dan inovasi. hal ini dapat mendedahkan pelajar dengan teknologi sekaligus memberi kesedaran kepada mereka akan bahayanya kesan teknologi dan inovasi kepada mereka jika kemudahan itu disalahgunakan.

    langkah terakhir yang seharusnya dititikberatkan ialah dengan menguatkuasakan dan memperketatkan undang-undang yang telah diaktakan bawah penyalahgunaan teknologi ini. langkah ini akan memberikan kesan yang ketara terhadap golongan yang telah menyalahgunakan teknologi kearah keburukan. hal ini kerana, mereka akan berasa bimbang untuk melakukan kesalahan kerana bimbang dapat dijejak dan dihukum. sekaligus ianya menyebabkan individu tersebut merasa takut untuk menyalahgunakan teknologi yg telah ada.

    MOHAMAD FIKRI BIN ILIAS
    A133574
    TAHUN 3
    FSSK
    frsfikri@yahoo.com
    Fikri Ilias

    ReplyDelete
  88. 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    Langkah pertama yang boleh diambil adalah dengan mewujudkan satu perisian yang memerlukan butir diri pengguna teknologi khususnya internet.dengan cara ini,pihak berkuasa mampu menghalang penggunan internet ke arah yang tidak berfaedah seperti pangaksesan laman web lucah dan sebagainya.cara ini mampu mengurangkan pendedahan laman-laman tidak berfaedah untuk pengguna di bawah umur.oleh itu,disiplin mereka sedikit sebanyak mampu dikawal kerana kurangnya pendedahan kepada benda-benda tidak berfaedah.

    langkah kedua yang boleh diambil adalah dengan mewujudkan satu silibus pelajaran yang memberi pendedahan tenteng bahana penyalahgunaan teknologi dan ict.sukatan pelajaran ini haruslah diwajibkan bagi pelajar-pelajar yang akan menempuh alam yang lebih kepada penggunaan teknolgi.oleh itu langkah ini harus diterapkan seawal di sekolah rendah lagi.

    langkah ketiga adalah pemantauan daripada ibu bapa.walaupun ini seperti satu idea mudah namun impaknya sangat tinggi,ibu bapa yang prihatin tentang pekembangan anak mereka boleh mengawal tingkahlaku anak-anak mereka.pendedahn melampau dengan gadget-gadget ict mampu membawa kepada penyalahgunaan,justeru ibu bapa harus memantau anak-anak mereka sekerap mungkin.

    langkah keempat adalah dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pengguna.antara langakah bagi menerapkan nilai murni ini adalah dengan mengadakan kempen kesedaran,ceramah,iklan dan sebagainya.cara ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada pengguna teknologi.

    langkah kelima yang boleh di ambil adalah dengan mewujudkan/menguatkuasakan akta penyalahgunaan teknologi.di sebabkan remaja sekarang selalu mengeksplotasi kemudahan teknologi bagi tujuan melakukan jenayah kolar putih,adalah relevan untuk mewujudkan akta ini,tujuannya bukanlah untuk menghukum,tetapi memberi amaran awal dan menegah sesiapa pun dari menyalahgunakan kemudahan teknologi.

    1.YUSRIZAL BIN YUSOF
    2.A133226
    3.TAHUN 2
    4.FSSK
    5.use_ryzal90@yahoo.com
    6.YUS RYZAL

    ReplyDelete
  89. Antara langkah yang paling utama bagi memastikan disiplin dan sahsiah pelajar khasnya dan pengguna amnya tidak terjejas akibat teknologi dan inovasi ialah pelajar atau pengguna itu sendiri mestilah bijak dalam menggunakan teknologi yang canggih itu. Hal ini kerana, hanya mereka sahaja yang dapat mengawal apa yang mereka sedang lakukan. Contohnya, kewujudan ‘smartphones’ seperti BlackBerry dan iPhone yang membolehkan mereka menggunakan keseluruhan fungsi di dalamnya tanpa had termasuklah melayari internet. Jadi mereka harus tahu batasan dalam pengunaan teknologi tersebut hanya untuk tujuan kebaikan dan bermanfaat serta ingat bahawa di mana sahaja mereka berada, mereka sentiasa dalam pemerhatian ‘CCTV’ Tuhan.

    Langkah kedua, pihak kerajaan juga mesti mengambil langkah yang sewajarnya dalam mengharungi dunia berteknologi ini dengan menyekat kemasukan laman-laman sesawang yang tidak sesuai digunakan untuk menjaga sahsiah dan disiplin pelajar dan pengguna. Hal ini kerana teknologi kini lebih tertumpu dalam kecanggihan dalam berinternet dan berkomunikasi di laman-laman sosial terutama golongan pelajar. Contohnya, laman ‘youtube’ yang terdapat pelbagai jenis video sama ada baik atau buruk, kerajaan harus mengambil langkah awal dengan menyekat, menapis dan meminimakan video yang boleh mempengaruhi pelajar dan pengguna sehingga merosakkan mereka.

    Seterusnya, yang turut sama memain peranan adalah ibu bapa. Seperti yang kita tahu, di era kemodenan ini, kanak-kanak seawal usia 6 tahun sudah memiliki telefon bimbit sendiri dan sudah bijak dalam penggunaan internet. Ibu bapa mesti mengawal dan menjadi pemerhati ketika anak-anak sedang menggunakan alat-alat teknologi ini. Contohnya, ibu bapa mesti memeriksa setiap hari telefon bimbit anak-anak mereka, membuat ‘parental control’ bagi setiap komputer yang ada dan bagi mereka yang berkemampuan boleh memasang ‘CCTV’ tersembunyi di rumah. Maka, ibu bapa dapat memantau aktiviti anak dan tahu apa yang dilakukan anak-anak.

    Pihak sekolah, iaitu peringkat sekolah rendah dan menengah, perlu turut sama berganding bahu dalam memastikan kecemerlangan sahsiah dan disiplin pelajar-pelajar mereka. Larangan membawa telefon bimbit, komputer riba atau ‘pc tablet’ ke sekolah seperti yang telah dilaksanakan adalah amat baik, namun tidak semua pelajar mematuhinya. Oleh itu, pihak sekolah perlu melakukan ‘spot check’ secara kerap dan mengenakan mandatori dengan merampas alat-alat tersebut tanpa memulangkannya kembali. Hal ini boleh dimulakan dengan menandatangani perjanjian antara pelajar, ibu bapa dan sekolah semasa pelajar tersebut baru mendaftar pada setiap awal tahun sebagai tanda amaran. Ini bagi mengelakkan pihak ibu bapa menyaman pihak sekolah apabila anak-anak merungut alat yang dibawa ke sekolah itu, dirampas.

    Langkah terakhir iaitu kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam mahupun swasta, pihak universiti atau kolej, perlu lebih tegas dalam melaksanakan peraturan. Hal ini kerana, kebanyakan institut pengajian hanya mengambil remeh isu-isu ini dengan beranggapan bahawa pelajar IPT sudah besar dan cukup matang. Hakikatnya mereka lebih bijak dalam melakukan penyelewengan di alam maya. Pihak institut mesti memantau aktiviti mereka dalam berinternet kerana masa pelajar ini banyak dihabiskan dengan melayari internet untuk mencari bahan tugasan dan mungkin dalam masa yang sama mereka melayari sesuatu yang tidak elok. Contoh hukuman yang boleh diambil ialah dengan membuang pelajar tersebut daripada institusi berkenaan setelah memberi amaran kedua kepada mereka. Semua langkah tersebut wajar diambil bagi memastikan sahsiah dan didiplin pelajar dan pengguna teknologi cemerlang, gemilang dan terbilang.

    1.NOR NABIHAH BT SEDIK
    2.A132747
    3.TAHUN 2
    4.FSSK
    5.anna_h3artthr0b@yahoo.com
    6. Sekeping Hati

    ReplyDelete
  90. Assalamualaikum Mejar Jasmy,

    Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya antaranya ialah dengan melaksanakan sistem pemantauan berskala yang berterusan. Tujuannya ialah untuk mengawal setiap perlakuan para pengguna terutama para pelajar khasnya, dalam penggunaan teknologi yang ada pada masa kini. Remaja kini semakin bijak dalam memanipulasi teknologi terutama dengan penggunaan internet ke arah perkara yang melalaikan. Oleh itu pemantauan ibu bapa khususnya dilihat penting dalam proses memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab remaja dalam penggunaan teknologi dengan betul.

    Langkah kedua ialah dengan memperkenalkan teknologi yang bersesuaian dengan umur dan keperluan remaja. Kebanyakan generasi muda hari ini diperkenalkan kepada teknologi yang mungkin belum bersesuaian dengan tahap perkembangan mental mereka. Ibu bapa perlu mengambil bahagian dalam mendidik anak sejak kecil untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlalu leka dan hanyut dalam perkembangan teknologi masa kini. Sekiranya gagal dan fenomena ini dibiarkan berterusan, ia mungkin akan menjadikan generasi akan datang menjadi pasif dan kurang produktif.

    Langkah ketiga yang wajar dilaksanakan pula ialah melalui peranan kerajaan itu sendiri. Dengan masuknya kebanyakan teknologi ke Malaysia pada hari ini, ia akan mendedahkan masyarakat dengan dunia luar yang mungkin boleh menyebarkan pengaruh yang tidak baik terhadap negara. Nilai-nilai barat yang disebarkan melalui penggunaan teknologi canggih secara internet mungkin meresapi jiwa remaja muda kita dan seterusnya menghilangkan jati diri bangsa masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerajaan sepatutnya menapis dan memilih teknologi yang mana wajar diserap masuk ke dalam negara kita bersesuaian dengan norma dan jati diri masyarakat Malaysia sahaja.

    Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran kepada pengguna mengenai teknologi dan inovasi. Golongan pengguna khususnya remaja perlu diberi pendedahan mengenai sesuatu teknologi dan inovasi ini sama ada dari segi kebaikan dan keburukan penggunaannya. Pendedahan yang berterusan membantu remaja dalam memaksimumkan penggunaan teknologi secara cekap dan bertanggungjawab.

    Masyarakat juga seharusnya mengambil bahagian dalam membantu mengurangkan masalah disiplin akibat penggunaan teknologi yang meluas. Mereka tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak kerajaan semata-mata. Masyarakat harus bersama-sama menyedarkan golongan remaja agar tidak terjebak lagi ke dalam masalah disiplin berkaitan penggunaan teknologi secara salah ini. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengadakan program-program kemasyarakatan yang melibatkan golongan belia. Contohnya seperti penganjuran aktiviti yang sihat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan surau berdekatan. Melalui penganjuran aktiviti sihat seperti ini, ia dapat melahirkan generasi golongan remaja yang sihat, hebat dan berketerampilan.

    1. Muhammad Hilmi Bin Mahfol
    2. A128153
    3. Tahun 3
    4. Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan
    5. Hilmim26@Yahoo.Com
    6. Hilmi Mahfol

    ReplyDelete
  91. Teknologi dan inovasi amat penting pada masa kini,bagi membolehkan kita mengharungi kehidupan kini yang lebih mencabar dan penuh dengan rintangan.Namun begitu di sebabkan oleh beberapa faktor tertentu terdapat sesetengah masyarakat menyalahgunakan kemudahan teknologi dan inovasi yang ada. oleh itu beberapa langkah perlu di ambil bagi memastikan teknologi dan inovasi ysng sds tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah masyarakat khususnya golongan pelajar.

    1. KESEDARAN SIVIK
    setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam diri masing-masing. seseorang yang menpunyai kesedaran sivik yang baik akan memikirkan dahulu kesan dan akibat sebelum melakukan sesuatu perkara.Oleh itu pihak-pihak tertentu seperti institut-institut pengajian harus lebih menekan tentang kesedaran sivik para pelajar,contohnya mengenai pengunaan barangan teknologi dan inoasi tersebut. Agar mereka dapat menggunakan teknologi dan inovasi ke jalan yang betul dan seterusnya memberi manfaat kepada meraka,bangsa dan negara tercinta.

    2. PERANAN KERAJAAAN
    Bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan salsiah pelajar,kerajaan harus lebih mempergiatkan lagi pemantau tentang penggunaan teknologi seperti internet dalam kalangan pelajar. Pemantauan yang kerap dan berterusan dapat megelakan salah laku tentang penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar. contohnya: kerajaan menyekat laman-laman web porno,berunsur hasutan,berunsur keganasan dan sebagainya. hal ini,sedikit sebanyak dapat menghalang daripada kerosakan salsiah dan keruntuhan disiplin pelajar.

    3. BIMBINGAN
    Pihak-pihak tertentu seperti pihak kerajaaan,ibubapa,guru harus membimbing pelajar tentang teknologi dan inovasi dengan lebih mendalam.Dengan adanya bimbingan yang berterusan dan mendalam,ini membolehkan pelajar menggunakan kemudahan teknologi dengan lebih baik,seterusnya dapat mngelak daripada keruntuhan moral dan salsiah mereka.

    4.UNDANG-UNDANG
    melalui langkah ini,sesiapa yang menyalahgunakan teknologi dan inovasi seperti menbuat panggilan palsu,melayari laman web yang tidak sepatutnya,patut dikenakan hukuman yang lebih berat seperti penjara dan denda. hal ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat lain khususnya golongan pelajar tentang kesan atau hukuman akibat daripada melakukan perkara tersebut.

    5. KEMPEN
    Kerjasama daripada badan-badan seperti kerajaan,NGO,sekolah,pusat-pusat pengajian yang lain amat diperlukan bagi memastikan anak-anak bangsa khususnya golongan pelajar dapat memanfaatkan kemudahan teknologi dan inovasi ini dengan baik dan berkesan. Jesteru itu,langkah yang perlu di ambil adalah seperti mengadakan kempen tentang pengguna teknologi dan inovasi dengan betul.Dengan adanya Kempen seperti ini,sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang penggunaan teknologi dan inovasi dengan lebih baik dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada mereka.

    NAMA : MOHD ROSIDI BIN RODZI
    NO MATRIK :A128223
    TAHUN PENGAJIAN: 3
    FAKULTI: FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMAIL: rosidirodzi@rocketmail.com
    FACEBOOK: Mohd Rosidi

    ReplyDelete
  92. 1. Peranan ibu bapa adalah amat penting untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Ibu bapa perlu megawasi dan membimbing anak-anaknya semasa mereka mengguna teknologi. Dengana ada kawalan daripada ibu bapa, ini dapat memastikan golongan muda ini tidak akan menyalahgunakan kemudahan teknologi ini. Masa untuk mereka berhadapan dengan teknologi ini juga dapat dikawal oleh ibu bapa.

    2. Pendidikan juga adalah penting untuk membimbing pelajar mengguna kemudahan teknologi dengan cara yang betul. Dengan pendidikan yang betul, pelajar tidak akan menyalahgunakan kemudahan teknologi.

    3. Pihak kerajaan pulak harus selalu mengadakan kempen kesedaran untuk golongan muda supaya dapat membimbing mereka cara yang betul untuk mengguna kemudahan teknologi ini. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada golongan muda ini untuk menarik mereka mengambil bahagian agar mereka tidak hanya berdepan dengan benda teknologi sahaja.

    4. Media massa juga memainkan peranan yang penting dengan mengedarkan informasi yang betul dan tepat untuk golongan muda. Media massa perlu sentiasa menyampaikan informasi yang terkini tentang kebaikan dan keburukan teknologi supaya golongan pengguna tidak akan menyalahgunakannya.

    5. Menguatkuasakan undang-undang tenteng teknologi dapat mencegah golongan muda ini tidak menyalangunakan teknologi dengan sewenang-wenangnya. Selain itu, undang-undang tentang jenayah siber juga harus menepati teknologi semasa supaya dapat melindungi pengguna-pengguna siber.

    NAMA : Wong Bi Shan
    NO MATRIK :A129575
    TAHUN PENGAJIAN: 3
    FAKULTI: FST
    EMAIL: bishan1103@hotmail.com
    FACEBOOK: Bi Shan Wong

    ReplyDelete
  93. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam mengawal aktiviti harian anak-anak mereka. Pada pendapat saya, apabila penyalahgunaan teknologi dan inovasi berlaku dalam kalangan pelajar, ibu bapalah yang perlu dipersalahkan. Ini adalah kerana, ibu bapa terlalu manjakan anak-anak mereka dengan membelikan telefon bimbit serta alatan teknologi lain untuk anak-anak yang masih di bangku sekolah tanpa menghiraukan kesan dan akibatnya. Apabila menyedari kesilapan ini, adalah terlalu lambat; nasi telah menjadi bubur. Oleh itu, ibu bapa perlu tegas dengan anak-anak berkenaan dengan penggunaan telefon bimbit dan komputer, serta selalu mengawasi aktiviti mereka yang berkaitan dengan alatan teknologi yang canggih ini. Ini adalah untuk memastikan bahawa teknologi dan inovasi ini tidak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berunsur negatif. Walaupun pada kala ini teknologi dan inovasi ini adalah penting kepada para pelajar, namun ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan memastikan penggunaan peralatan itu supaya ia tidak menjejaskan sahsiah dan disiplin anak-anak mereka.

    Seterusnya pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan teknologi dan inovasi ini tidak menjejaskan sahsiah dan disiplin pelajar. Para pelajar menghabiskan lebih banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Oleh itu pihak sekolah harus menetapkan beberapa peraturan ketat yang dikuat kuasakan di sekolah bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi dan inovasi. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar-pelajar. Pada hari ini, semua sekolah mempunyai makmal komputer dan subjek berlandaskan teknologi tersendiri. Pihak sekolah perlu mengehadkan tahap ‘exposure’ dalam kelas-kelas komputer ini. Sebagai contoh, pihak sekolah perlulah merekodkan penggunaan komputer di makmal komputer dan hanya membenarkan pelajar menggunakan perkhidmatan komputer dengan pengawasan guru-guru di sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga perlu menyekat beberapa laman web yang mungkin akan menarik perhatian pelajar-pelajar untuk penggunaan bukan berunsur akademik; seperti Facebook dan sebagainya. Oleh itu, peranan pihak sekolah amat penting dalam isu ini.

    Institusi penting yang seterusnya dalam isu ini ialah guru-guru di sekolah. Walaupun langkah ini bercanggah dengan yang sebelumnya, saya perlu menegaskan di sini bahawa ‘pihak sekolah’ dan ‘guru-guru’ merupakan dua institusi yang berlainan. Pihak sekolah adalah pentadbiran manakala guru-guru merupakan mereka yang mempunyai hubungan terus dengan para pelajar. Secara lazimnya guru-guru merupakan ibu bapa di sekolah. Para pelajar menghabiskan lebih banyak masa bersama dengan guru-guru berbanding dengan ibu bapa mereka. Oleh itu guru-guru

    ReplyDelete
  94. mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar. Guru-guru perlu selalu mengawasi aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar mereka supaya tidak menjejaskan sahsiah mereka. Antara tindakan yang boleh diambil oleh guru-guru ialah dengan mengawasi aktiviti dan gerak-geri mereka ketika menjalani kelas komputer atau sering sibuk di makmal komputer dan lain-lain. Guru-guru juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar tidak membawa alat-alat teknologi yang dilarang pengunaannya di sekolah. Walaupun terdapat peraturan tegas di sekolah terhadap larangan membawa telefon bimbit ke sekolah, namum masih terdapat ramai pelajar yang melakukannya, termasuk para pengawas. Bukan sahaja telefon bimbit, tetapi juga peralatan canggih yang lain seperti ipad, mp3 player dan sebagainya. Sejurus dengan itu, guru-guru perlulah memainkan peranan mereka dengan mengadakan pemeriksaan yang lebih kerap dan lebih peka terhadap gerak geri pelajar mereka.

    Langkah yang lebih besar harus diambil oleh pihak kerajaan. Kerajaan perlulah mengadakan ceramah serta kempen-kempen yang memberikan pelajar suatu gambaran yang jelas mengenai penyalahgunaan teknologi dan inovasi serta akibatnya. Sebelum itu, pihak kerajaan harus menetapkan peraturan atau undang-undang yang lebih ketat terhadap penyalahgunaan teknologi dan inovasi ini. Kerajaan perlulah mendidik pelajar-pelajar supaya mereka dapat memahami baik dan buruk yang terdapat pada teknologi dan inovasi yang menular pada hari ini. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu membangkitkan kesedaran terhadap kesan-kesan teknologi dan inovasi terhadap pelajar-pelajar pada masa kini dan pada masa yang akan datang. Pihak kerajaan juga boleh membawa perubahan dengan mengadakan pelbagai aktiviti di peringkat sekolah bagi membantu mengembalikan kegemilangan aktiviti-aktiviti yang tidak memerlukan bantuan teknologi dan inovasi. Dengan cara ini, para pelajar dapat meluangkan masa dengan melakukan sesuatu yang lebih berfaedah, sekaligus mengurangkan penggunaan serta sikap bergantung terhadap teknologi dan inovasi semata-mata.

    Antara langkah lain yang boleh mengelakkan penjejasan sahsiah dan disiplin para pelajar dapat dilakukan dengan bantuan pihak media. Pada masa kini, pihak media mempunyai pengaruh yang lebih kuat daripada rakan sejagat. Ini adalah kerana para pelajar lebih terdedah kepada media berbanding dengan buku teks sekolah. Media mempunyai daya tarikan yang begitu kuat terhadap para pelajar dimana mereka lebih mengikut apa sahaja yang dipaparkan di media daripada mendengar cakap orang tua mereka atau guru-guru di sekolah. Oleh itu, media boleh digunakan sebagai satu sumber bagi memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar. Dengan cara yang kreatif dan kritis, pihak media boleh membantu dalam membawa kesedaran tentang penggunaan teknologi dan inovasi dengan betul, dengan memaparkan advertasi-advertasi atau program-program yang relevan dengan isu ini. Media juga boleh dijadikan sebagai medium membentuk pelajar ke arah menjadi insan bersahsiah dan berdisiplin.
    Pada pendapat saya cadangan-cadangan di atas merupakan antara beberapa langkah baik yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    Nama: Jennifer Jeyashri a/p Anthony Alex
    Matrik: A127352
    Tahun pengajian: Tahun 3
    Fakulti: FSSK
    e-mail: jshni89@hotmail.com
    facebook: jennykuttygurl@yahoo.com [Yashree Karthik]

    ReplyDelete
  95. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  96. Assalamualaikum..

    Antara langkah yang boleh dilakukan bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar khususnya dan pengguna amnya yang pertama ialah bimbingan dan pemantauan ibu bapa. Ibu bapa merupakan antara agen terpenting bagi membentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa bukan hanya sekadar membimbing dan memantau aktiviti anak-anak di dunia nyata tetapi juga di dunia maya mereka. Kecanggihan teknologi kini menyebabkan ramai anak-anak terdedah dengan ramai kenalan di laman sosial seperti facebook, Twitter dan sebagainya. Kesilapan dalam memilih rakan yang salah mampu mengundang padah. Sebagai contoh, ibu bapa harus membimbing anak-anak supaya bijak memilih rakan dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji orang yang tidak dikenali.

    Langkah kedua pula ialah peranan ibu bapa untuk menerapkan nilai-nilai didikan agama dan moral dalam kalangan anak-anak mereka. Penerapan nilai-nilai keagamaan ini penting bagi memastikan anak-anak memiliki jati diri yang kukuh. Jati diri yang kukuh mampu melahirkan insan yang berdisiplin dan memiliki sahsiah terpuji yang mampu menolak perkara-perkara negatif menerusi penggunaan teknologi dan inovasi kini mempengaruhi pemikiran dan tindakan mereka.

    Langkah ketiga yang boleh dilaksanakan ialah peranan kerajaan untuk menapis maklumat serta kandungan yang berada dalam saluran televisyen mahupun internet. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak adegan-adegan negatif yang dipaparkan di televisyen mahupun internet. Pendedahan kandungan-kandungan ini bukan sahaja terdedah kepada golongan dewasa malahan kanak-kanak juga akan terdedah pada kandungan negatif ini. Sebagai contoh, kandungan negatif yang terkandung dalam adegan-adegan cerita barat tidak seharusnya dipaparkan di televisyen ataupun perlu ditapis sebelum ditayangkan manakala kandungan pornografi di internet seharusnya disekat sama sekali oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan generasi muda kini terpengaruh budaya tidak bermoral.

    Langkah keempat untuk mengatasi masalah ini ialah peranan pihak sekolah. Sekolah bukan sahaja bertindak selaku gedung ilmu pengetahuan malahan berperanan bagi melahirkan insan yang cemerlang sahsiah dan disiplinnya. Sebagai contoh, pihak sekolah seharusnya mendidik para pelajar cara yang betul untuk menggunakan peralatan teknologi serta menerangkan kesan negatif sekiranya menyalahgunakan teknologi ini.

    Langkah kelima pula ialah kesedaran individu tentang kepentingan bermasyarakat dalam kehidupan. Umum mengetahui bahawa, kepelbagaian teknologi canggih kini menyebabkan lebih ramai masyarakat menghabiskan aktiviti mereka dengan menggunakan teknologi canggih Sebagai contoh, fenomena bermain permainan di telefon bimbit atau mendengar lagu semasa menunggu bas sudah menjadi kebiasaan masyarakat kini. Di samping itu, kanak-kanak pada masa ini lebih terdedah dengan kepelbagaian permainan komputer yang melalaikan. Perkara-perkara seperti ini perlu dihadkan kerana mampu membentuk karakter masyarakat yang individualistik. Justeru itu, setiap individu haruslah bijak untuk menggunakan teknologi dan inovasi ini agar mampu mengimbangi kepentingan hidup bermasyarakat bagi merapatkan hubungan sesama insan supaya mampu melahirkan insan yang mempunyai sahsiah dan disiplin yang terpuji.

    1) Mohamad Ridzlan Bin Mohd Sidek
    2) A128230
    3) Tahun 3
    4) Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan
    5) ridzlansidek@yahoo.com
    6) Mohamad Ridzlan

    ReplyDelete
  97. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  98. Antara lima langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah para pelajar khasnya dan para pengguna amnya ialah melalui peranan kerajaan itu sendiri.Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia.teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. namun begitu pihak kerajaan perlu menjalankan kajian dan pembangunan (research & development) atau R&D yang sesuai dalam memastikan teknologi dan inovasi ini tidak menjejaskan sosial masyarakat negara ini. Pihak kerajaan perlu memastikan teknologi yang dibawa ke dalam negara ini dikawal penggunaannya dan setiap teknologi yang telah digunapakai atau akan diguna perlu mempunyai alat atau kaedah untuk mengawalnya. Sebagai contoh, dalam penggunaan jalur lebar, pihak kerajaan perlu menyekat web site - web site yang berunsur lucah daripada dilayari oleh pengguna terutamanya negara kita yang merupakan sebuah negara islam.
    Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga disiplin dan sahsiah anak-anak mereka. Pemantauan secara berterusan anak-anak mereka amat penting kerana harini bukan sahaja masalah sosial boleh berlaku di luar pandangan ibubapa,malahan di depan mereka juga boleh berlaku. Sebagai contoh,Kebanyakan pelajar-pelajar sudah mempunyai laman sosial sendiri seperti twitter, facebook dan sebagainya dan hal ini boleh mempengaruhi tingkahlaku dan psikologi anak2 untuk bersikap tidak senonoh didalam dunia mayanya.tambahan lagi,Laman sosial ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar dan pengguna yang berumur 20 tahun ke atas bahkan kanak-kanak juga memilikinya.Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka tidak leka bermain dengan gadjet-gadjet seperti PS2, Facebook, iPad dan lain-lain lagi sehingga mereka lupa untuk belajar. Pemantauan oleh ibubapa adalah amat penting. Pendidikan tentang teknologi juga perlu diterapkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka.
    Peranan ketiga adalah guru-guru disekolah. Guru-guru merupakan individu yang banyak menghabiskan masa bersama pelajar-pelajar selepas ibubapa mereka. Guru-guru perlu bertanggungjawab dan memainkan peranannya sebagai pendidik. Mereka perlu mendidik pelajar-pelajar tentang kepentingan penggunaan teknologi yang betul terutama aspek tingkahlaku walaupun keupayaan pelajar dalam celik it adalah tinggi. Kesedaran tentang penyalahgunaan teknologi perlu diterapkan di dalam pembelajaran secara formal ataupun tidak formal. Mereka juga perlu mengawasi aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar mereka supaya tidak menjejaskan sahsiah mereka.

    Selain itu kesedaran individu juga penting. Pengguna ataupun pelajar itu sendiri haruslah bijak dalam mengaplikasikan teknologi yang ada dalam kehidupan mereka. Mereka perlu tahu batas - batas dalam penggunaan teknologi ini dan tidak mengikut perkembangan it secara mutlak sebaliknya menggunakan untuk memperoleh sesuatu yang positif sahaja.

    Memberi Ceramah dan mengadakan kempen kepada pelajar dan orang awam tentang penyalahgunaan kemudahan teknologi. Ceramah ini boleh dterapkan aspek kesedaran tentang kepentingan it dan bahaya it sekiranya disalahguna.Penjelasan tentang ciri-ciri atau bentuk kesalahan dalam penggunaan teknologi juga boleh disampaikan. Selain itu ceramah ini juga boleh memperkenalkan penggunaan teknologi yang betul dan kepentingan penggunaannya sebagai contoh penggunaan software antiporn yang boleh menyekat penggunaan web site berunsur lucah. Perkara ini amat penting kepada golongan ibubapa terutamanya mereka yang kurang mahir dalam teknologi. kesan-kesan penyalahgunaan teknologi juga perlu disampaikan kepada mereka terutamanya kesan jangka pendek dan juga kesan jangka panjang.


    1.MOHD ALIFF BIN ABDUL WAHAB
    2.A128371
    3.TAHUN 3
    4.FSSK
    5.alifaring@gmail.com
    6.ALIFF WAHAB

    ReplyDelete
  99. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  100. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  101. Dalam era yang dipenuhi dengan pelbagai jenis teknologi dan kemudahan yang terhasil daripada inovasi masyarakat kini, perubahan corak pembangunan insan telah banyak berubah berbanding dengan masa dahulu.

    Perubahan ini boleh dilihat pada pelajar masa kini. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam masa yang kritis ini. Pengawasan ibu bapa adalah penting dalam pengaturan masa sendiri oleh anak-anak mereka. Pengaturan masa perlulah dibuat oleh pelajar sendiri agar dapat belajar cara untuk menggunakan masa dengan berkesan di samping dibimbing oleh ibu bapa. Pengaturan masa oleh mereka sendiri akan bagi mereka perasaan bebas dari kawalan dan nasihat ibu bapa adalah lebih senang diterima oleh mereka. Ibu bapa haruslah menasihat anak-anak mereka berkenaan dengan isu-isu gejala buruk.

    Bimbingan daripada guru di sekolah juga boleh membantu pelajar hindari dari penyalahgunaan teknologi. Guru-guru di kelas boleh menunjukkan cara atau sumber yang sesuai untuk pelajar mencari maklumat tentang pelajaran mereka di samping menerangkan keburukan untuk menyalahgunakan teknologi. Bimbingan kaunseling juga boleh diberikan kepada pelajar yang ketagih teknologi seperti smartphone dan internet sehingga tidak dapat menumpu perhatian kepada pelajaran mereka.

    Perbadanan-perbadanan bukan kerajaan juga mempunyai peranan mereka dalam menyampaikan kesedaran pengurusan masa serta pengukuhan disiplin individu. Ceramah serta kem-kem program khas seperti Kem Kepimpinan dan lain-lain boleh mengukuhkan disiplin mereka dalam menguruskan masa mereka dengan berkesan. Selain itu, perbadanan-perbadanan tempatan boleh mengadakan kelas-kelas penggunaan komputer yang mengajar penggunaan program atau aplikasi computer seperti Wikipedia, E-kamus, MS Word dan lain-lain, yang boleh membantu pelajaran para pelajar.

    LIEW CHEE HWEE
    A129403
    FST/TAHUN 3
    manicute_lch@hotmail.com
    Phyxius Liew

    ReplyDelete
  102. Langkah seterusnya ialah pengawasan dan pengawalan pihak kerajaan terhadap akses laman web. Kerajaan perlu mengambil langkah ini sebagai langkah utama dalam pengawalan akses kepada laman web yang mengandungi bahan lucah, berkaitan dengan keganasan ataupun gejala-gejala buruk. Oleh sebab akses internet ke laman-laman inilah menyebabkan terdedahnya para pelajar kepada gejala buruk. Walaubagainmanapun, pengawalan akses internet haruslah tidak berlebihan agar tidak menyekat kebebasan para pelajar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berguna.

    Langkah terakhir adalah kesedaran pelajar dan amalan mereka sendiri. Disiplin dan sahsiah para pelajar tidak akan menjadi kukuh sekiranya mereka tidak mempunyai kesedaran sendiri tentang amalan penggunaan teknologi yang sepatutnya ada walaupun dengan adanya nasihat dan pengawasan yang diberi. Para pelajar harusnya memahami tanggungjawab mereka sendiri terhadap keluarga mereka serta peranan mereka sendiri sebagai seorang pelajar.

    LIEW CHEE HWEE
    A129403
    FST/TAHUN 3
    manicute_lch@hotmail.com
    Phyxius Liew

    ReplyDelete
  103. Langkah untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya perlu dilakukan dengan kadar segera untuk mengelakkan penyalahgunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan.
    Bidang pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan akan mempengaruhi dan seterusnya membina insan yang berkualiti mahupun berdisiplin. Langkah pertama yang ingin saya ketengahkan ialah peranan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka harus mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”, dengan menasihati anak-anak mereka agar tidak menyalahgunakan alat teknologi dalam komunikasi seperti facebook, twitter dan sebagainya.

    Langkah seterusnya yang ingin saya utarakan ialah isu Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
    satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan ini boleh mengelakkan ketagihan murid-murid daripada bergantung kepada alat teknologi dan inovasi untuk mengisi masa lapang. Melalui aktiviti sukan, ia bukan sahaja dapat mencungkil bakat kesukanan para murid, maka ia juga dapat melahirkan masyarakat sihat 1 Malaysia. Selain itu, meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.

    Di samping itu, para pendidik juga berperanan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya adalah menggunakan teknologi sedia ada secara positif. Mereka perlu mendidik para pelajar secara mendalam tentang laman web social untuk perbincangan dan sebagainya dan bukan semata-matanya untuk menggunakan alatt teknologi untuk berbual. Penggunaan alat teknologi perlulah diajar untuk kegunaan yang dapat mendatangkan manfaat,dengan menggunakan alat teknologi untuk mencari maklumat ilmiah dan bukannya bahan lain yang memudaratkan kesihatan mental mahupun fizikal.

    Langkah keempat ialah tanggungjawab pihak kerajaan. Kerajaan seharusnya menapis segala maklumat yang berunsur negative agar tidak dapat dilayari oleh masyarakat kita. Kelonggaran undang-undang turut menyumbang kepada kejatuhan disiplin dan sahsiah pelajar melalui teknologi dan inovasi. Undang-undang yang ketat harus dikenakan agar tiada unsur keganasan mahupun unsur seks yang mencemarkan akhlak dan minda masyarakat kita.

    Langkah terakhir ialah didikan dan pegangan agama. Para pelajar perlu dididik tentang setiap ajaran agama masing-masing supaya mereka mempunyai pegangan agama yang kuat. Selain itu, pegangan agama yang kuat dapat membantu mereka membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum mereka bertindak. Hal ini dapat memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar kerana agama menjadi panduan hidup mereka.



    WILFRED MOK KOK HOE
    A129570
    FST
    Tahun 3
    wilfredmpp.asp@gmail.com
    Wilfred Mok

    ReplyDelete
  104. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  105. Dewasa ini, kepesatan perkembangan teknologi dan inovasi memberi dampak yang besar dalam segenap aspek dalam kehidupan kita. Tidak Ketinggalan, bidang pendidikan juga turut mengalami pembaharuan dalam sistem pendidikan akibat daripada perkembangan teknologi dan inovasi dalam bidang pendidikan. Selain kesan yang baik, perkembangan yang pesat ini mungkin boleh memberikan kesan negatif kepada pelajar dan penggunanya.Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi memastikan perkembangan teknologi dan inovasi ini tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah para pelajar dan pengguna itu sendiri.


    Cara pertama adalah memberikan taklimat atau pengetahuan kepada para pelajar tentang cara penggunaan yang batul tentang teknologi yang bakal digunakan oleh mereka contohnya penggunaan computer. Contohnya, mewujudkan kelas khas tentang disiplin serta cara penggunaan computer dan internet dengan betul. Apabila pelajar tahu apakah tujuan dan cara yang betul bagaimana memanfaatkan teknologi terbabit maka mereka akan menggunakan teknologi terbabit dengan berhemah dan berdisiplin. Justeru itu, tidak akan timbul kes-kes negatif berkaitan penyalahgunaan teknologi oleh pelajar.


    Cara kedua adalah para guru-guru memainkan peranan aktif semasa mengendalikan kelas computer. Para pelajar perlu senantiasa dipantau dan dibantu semasa mereka melayari internet. Ini bagi mengelakkan para pelajar melayari laman sesawang yang negative dan boleh merosakkan minda mereka. Contohnya laman lucah dan sebagainya. Oleh, guru-guru perlulah aktif serta memainkan peranan semasa mengajar kelas computer.


    Cara ketiga pula ialah mewajipkan para pelajar memulakan penggunaan internet dengan melayari laman pendidikan terlebih dahulu sebelum melayari laman sesawang yang lain. Contoh laman pendidikan adalah laman web Jabatan Pendidikan, Laman web Perpusatakaan dan seumpamanya. Oleh itu, ia secara tidak langsung akan mendedahkan kepada para pelajar tentang laman pendidikan. Seterusnya boleh menyemaikan sikap dan budaya positif dalam diri pelajar berkaitan dengan pendidikan.


    Seterusnya, pengawasan ibubapa turut diperlukan bagi memastikan penggunaan teknologi adalah tepat sebgaimana yang disarankan oleh pihak kerajaan. Ibubapa boleh bersama-sama memantau serta memberikan tunjuk ajar tentang cara penggunaan teknologi yang betul bagi mengelakkan anak-anak menyalahgunakan teknologi yang ada. Contohnya ibubapa boleh bersama-sama anak-anak semasa mereka melayari internet. Ia secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana dan hubungan yang erat diantara ibubapa dan anak serterusnya dapat membentuk sahsiah yang positif dalam diri anak-anak.


    Langkah terakhir adalah Peranan pihak kerajaan. Pihak kerajaan dengan kuasa yang ada seharusnya mengetatkan dan mengawal input-input atau maklumat yang negative daripada masuk kedalam Negara. Penggunaan internet membolehkan apa-apa sahaja ilmu senang diperolehi termasuklah ilmu negative seperti budaya liar punk, black metal dan seumpamnya. Oleh itu,kawalan ketat perlulah dijalankan agar maklumat seumpama ini tidak masuk kedalam Negara yang boleh merosakkan disiplin dan sahsiah para pelajar.


    1. Mohd Nazarudin bin A.Ghani
    2. A 128375
    3. Tahun 3
    4. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
    5. Nazarudina.ghani@yahoo.com
    6. Mohd Nazarudin Naza

    ReplyDelete
  106. Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan gabungan antara manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan amnya. Manakala inovasi dalam pendidikan bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi pendidikan.
    Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Antaranya ialah perancangan strategik dalam menggunakan teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Perancangan yang strategik seperti meneliti ciri-ciri kekuatan, peluang, kelemahan, dan ancaman teknologi dan inovasi untuk digunakan bagi mempertahankan dan mempertingkatkan lagi disiplin para pelajar. Sebagai contoh, adakah relevan penggunaan kemudahan komunikasi antara pelajar menggunakan teknologi 4G iaitu Sistem Komunikasi Generasi Keempat yang dapat mengganti dari pelajar bersemuka bagi urusan pelajaran. Kekuatan, peluang, kelemahan, dan ancaman perlu dikenal pasti bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar.

    Seterusnya beralih kepada langkah memilih alternatif-alernatif bagi teknologi dan inovasi yang telah dirancang bagi digunakan dalam tujuan pendidikan. Teknologi mampu memberi kesan positif mahupun kesan negatif dalam pelbagai bidang. Justeru penilaian keatas alternatif-alternatif perlu dilakukan bagi mengelakkan dan untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Sebagai contoh, bagi seorang tenaga pengajar menginginkan pelajarnya berinteraksi hanya dalam dunia maya seperti laman sosial akan menghadkan masa interaksi secara bersemuka antara pelajar dan tenaga pelajar yang manaakan menyebabkan hubungan antara mereka kurang rapat.

    ReplyDelete
  107. Kawalan yang lebih teratur dan ketat oleh tenaga pengajar bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi dalam pendidikan akan membantu meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajar amnya. Sebagai contoh penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) terus kepada ibu bapa daripada pihak Insitusi pendidikan memaklumkan kesalahan dan tindakan disiplin dikenakan terhadap anak mereka akan membantu dalam mengawal disiplin dan sahsiah pelajar amnya.

    Setelah kawalan dilakukan bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya, langkah hukuman menjadi penyambungnya. Sekira terdapat pelajar yang masih melakukan dan melanggar disiplin serta menunjukan sahsiah yang tidak baik,hukaman keatas pelajar patut dilaksanakan. Antaranya ialah kerja amal. Kerja amal merupakan aktiviti kesedaran untuk membaiki diri dan berkelakuan baik serta terbatas kepada kegiatan dalam institusi pendidikan sahaja dan tidak melebihi satu jam masa bagi setiap kesalahan disiplin. Bagi setiap kesalahan, pemarkahan dibuat setelah siasatan dan pertimbangan dibuat oleh pihak hal ehwal pelajar. sistem akan mengumpul markah secara automatik yang direkodkan markah penaltinya ke dalam sistem e-disiplin dan apabila jumlah markah mencapai tahap yang ditetapkan, sistem secara automatik akan mengeluarkan surat amaran sehingga lima kali. Setelah sistem ini yang mana merupakan suatu inovasi dan teknologi dalam pendidikan dilaksanakan,ia mampu membuktikan keberkesanan dalam membendung masalah disiplin daripada menjadi masalah sosial dan pembentukan sahsiah diri yang sukar untuk ditangani.

    Justeru, pelbagai langkah yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya. Tidak seharusnya dan sepatutnya tanggungjawab mendidik diserahkan kepada tenaga pengajar sahaja kerana ianya merupak tanggungjawab bersama sebagai sebuah Negara yang mempunyai bangsa yang berhemat tinggi. Jelas sekali disiplin dan pembanggunan sahsiah seseorang pelajar menggambarkan peribadi dan identiti diri. Maka ianya perlulah dipandang serius dalam membentuk generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang serta menjadi sebuah Negara yang penduduknya mengutamakan kebajikan antara satu sama lain.



    1. Nama : Muhammad Azim Bin Azmy
    2. Nombor Matrik : A127779
    3. Tahun Pengajian : 3
    4. Fakulti : Ekonomi dan Pengurusan
    5. Email : azimadhwa@yahoo.com
    6. Facebook : Muhammad Azim

    ReplyDelete
  108. Mari kita melihat kepada apa yang dikatakan dengan teknologi,inovasi,sahsiah dan displin. Teknologi secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh member manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian. Inovasi pula adalah idea,amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan seseorang individu atau system sosial. Sahsiah pula merupakan keperibadian atau peribadi. Dan displin adalah tumpuan sepenuhnya ke atas sesuatu tugas sehingga ia selesai dikerjakan dengan sempurna.
    Kita mempunyai banyak langkah-langkah dalam memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan displin dan sahsiah pelajat-pelajar khususnya dan para pengguna.
    Salah satu langkah penting dalam mewujudkan situasi begini adalah sebenarnya ia berasal dari kesedaran pengguna itu sendiri. Apa yang dikatakn dengan kesedaran pengguna itu sendiri ialah pengguna tidak menggunakan teknologi dan inovasi kepada sesuatu yang tidak memberi kepentingan dan percaya bahawa perkara yang kuning memberi kesan yang buruk pada diri sendiri pada masa sekarang mahupun masa hadapan. Contohnya menggunakan teknologi untuk pemainan atas talian akan membuang masa kepada para pengguna itu sendiri.
    Seterusnya ialah, tentulah peranan ibu bapa menjadi pegangan utama dari zaman ke zaman walaupun pada zaman sekarang teknologi sudah melangkau jauh. Ibu bapa merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan atau mencorakkan seseorang atas didikan yang telah dipupuk dari kecil. Disebabkan kini merupakan zaman teknologi, ibu bapa perlu memberi didikan yang sesuai kepada anak- anak mereka. Bukan sahaja hanya melihat kepada teknologi maklumat malah barang-barang teknolgi seperti barang-barang keperluan hidup juga perlu diperhati.
    Langkah yang seterusnya adalah kita tidak boleh bergantung penuh kepada teknologi dan inovasi. Hal ini kerana sebahgian besar dari kita hanya duduk di bilik untuk memenuhi kehidupan sosial mereka dan mereka tidak tahu pengalaman berada di dunia luar. Contohnya kita sendiri tidak dapat mengenali jiran di sebelah rumah kita. Ia menunjukan sahsiah yang tidak begitu baik sebagai masyarakat yang masih perlu bergantung satu sama lain.
    Seterusnya, kita jadikan teknologi dan inovasi ini sebagai sesuatu untuk mencari pengalaman dan barang-barang ilmiah.atau sesuautu yang dapat menunjukan pencapaian diri dengan cemerlang. Contohnya ialah kita cuba untuk mencari sesuautu yang baru untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada atau untuk membantu masyarakat setempat seterusnya kita mungkin akan mendapat pujian. Dan idea tersebut dapat digunakan untuk mempermudahkan masyarakat pada masa hadapan.
    Dan yang terakhir adalah pengaruh rakan sebaya. Kita perlu memlih rakan untuk menggunakan teknologi dan inovasi sebagai satu yang positif. Contohnya jika kita rapat kepada rakan yang menggunakan teknologi sebagai satu alat untuk memudahkan atau melancarkan system pembelajaran mereka dan bukan kepada perkara-perkara yang boleh member impak yang buruk kepada mereka.

    1. ALIFF AIKAL BIN ARIFF ALI
    2. A 128347
    3. TAHUN 3
    4. FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
    5. aliffaikal@ymail.com
    6. Aliff Aikal

    ReplyDelete
  109. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  110. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Justeru itu, pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan kemajuan teknologi dan inovasi ini supaya tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.

    Langkah pertama yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna secara amnya adalah peranan ibu bapa sangat penting dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik di rumah. Ibu bapa perlu mendidik anak sejak kecil untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlalu leka dan hanyut dalam pekembangan teknologi masa kini. Sebagai contoh jika ibu bapa membiarkan anak mereka terlalu bebas dengan bermain permainan video, melayari “facebook” mahupun “twitter” mungkin kesannya akan menyebabkan anak mereka sendiri terlalu berada di zon selesa sehingga menyebabkan keputusan peperiksaan yang makin merosot. Oleh itu,tanggungjawab yang lebih besar harus dipikul oleh kedua ibu bapa dengan memantau setiap tindak-tanduk anak mereka dan mengetahui dengan siapa mereka berkawan.

    Selain itu, langkah yang perlu diambil untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya ialah peranan kerajaan itu sendiri. Hal ini kerana Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dikalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat dikalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini jugalah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

    Langkah ketiga yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna secara amnya adalah melalui pengisian tentang ilmu yang bermanfaat tentang teknologi dan inovasi. Pihak sekolah, Universiti mahupun kolej-kolej yang ada di Malaysia ini perlu mengadakan satu program yang manfaat iaitu cara-cara penggunaan komputer dengan sebaik yang mungkin sebagai contoh menerangkan ‘software’ ataupun ‘hardware’ yang ada dalam komputer supaya dapat mengaplikasikan kemudahan-kemudahan tersebut dalam proses pembelajaran mereka. Secra tidak langsung kita dapat menjaga dan membentuk sahsiah para pelajar di Malaysia sekaligus memebendung gejala negatif.

    ReplyDelete
  111. Langkah keempat yang boleh diambil bagi memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar dan pengguna secara amnya adalah peranan masyarakat iaitu perlu membantu dalam mengurangkan masalah disiplin akibat penggunaan teknologi yang meluas. Mereka tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak kerajaan semata-mata tanpa menyedari bahawa satu jari lagi menuding ke arah diri mereka. Masyarakat tidak seharusnya memulaukan golongan remaja ini. Mereka harus menyedarkan golongan pelajar ini agar tidak terjebak lagi dalam masalah disiplin. Hal ini boleh dilaksanakan dengan mengadakan program-program kemasyarakatan yang melibatkan golongan belia dalam aktiviti yang sihat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan surau berdekatan dan tidak hanya duduk di rumah melayari internet.

    Langkah kelima boleh diambil oleh pihak media. Pada masa kini, pelajar-pelajar lebih terdedah kepada media yang merupakan tarikan yang sangat kuat kepada pelajar-pelajar dimana mereka lebih mengikut trenddipaparkan di media. Oleh sebab ini, media boleh dijadikan satu sumber untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang lebih mengambil perhatian kalangan muda Media juga boleh digunakan untuk menunjukkan baggaimana sesuatu teknologi itu perlu digunakan dan apa yang akan berlaku jika ia disalahgunakan.

    Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada dalam masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.Sekian, terima kasih.
    Nama: Wan Norfartini binti Wan Ahmad
    Matrik: A133330
    Tahun pengajian: Tahun 2
    Fakulti: FSSK
    e-mail:tiniey.ahmad@yahoo.com
    facebook: tiniey.ahmad@yahoo.com

    ReplyDelete
  112. Teknologi pada dasarnya memeberikan kemudahan kepada kita semua terutamanya para pelajar. Walau bagaimanapun, ia turut memberi ruang kepada penularan kesan yang negatif seperti menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar. Oleh itu, antara langkah yang wajar diambil untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan disiplin dah sahsiah pelajar adalah dengan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap individu. Seseorang individu seharusnya dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi yang ada. Jika kesedaran telah ada di dalam diri sendiri maka kemungkinan untuk seseorang menyalah gunakan teknologi adalah tipis. Kesedaran dan penerapan nilai murni dalam diri penting kerana ia mampu menghalang kita daripada melakukan perkara yang negatif.
    Langkah kedua adalah kepentingan peranan ibu bapa. Sebagai ibu bapa, mereka bukan sekadar menyediakan kemudahan teknologi kepada anak terutama yang masih belajar. Mereka perlu sentiasa memantau apa yang dilakukan oleh anak mereka. Sebagai contoh, seorang bapa sentiasa memantau apa yang dilayari oleh anaknya. Mereka juaga boleh memasang perisisan anti virus yang mempunyai parental control. Hal ini bermaksud, mereka mengetahui dan dapat memantau web yang di layari oleh anak. Maka, dengan itu anak tidak akan begitu mudah melayari web yang mempunyai unsur ganas, lucah, perkauman dan lain-lain lagi yang boleh memberikan kesan negatif kepada disiplin dan sahsiah anak mereka.
    Langkah ketiga adalah dengan mengambil kira langkah kerajaan dalam mengawal isu berkaitan pengaruh negatif teknologi. Pihak kerajaan boleh mengawal kemasukan unsur-unsur negatif melalui teknologi dan inovasi. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengawal jenis teknologi yang boleh digunakan di Negara ini. Kerajaan juga mempunyai hak untuk menghalang rakyat daripada melayari laman web yang tidak bersesuaian dengan para pelajar terutamanya.
    Langkah keempat adalah peranan media. Media perlu berperanan dalam menyebarkan pengaruh baik akan penggunaan teknologi. Namun, media tidak digalakkan untuk membicarakan tentang mana-mana teknologi yang tidak relevan dengan pelajar. Media juga seharusnya sentiasa memastikan apa yang disebarkan tidak mempunyai unsur yang tidak sesuai dengan pelajar mahupun masyarakat. Media memainkan peranan yang sangat besar terhadap masyarakat. Oleh itu, media seharusnya berperanan menunjukkan bagaimana cara untuk memanfaatkan teknologi sedia ada ke arah kebaikan serta tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar.
    Langkah terakhir untuk memastikan teknologi dan inovasi tidak menjejaskan sahsiah dan disiplin pelajar adalah dengan mengadakan kerjasama antara semua pihak untuk mengadakan kempen kesedaran dalam kalangan pelajar. Hal ini bermaksud ibu bapa, guru, kerajaan, badan bukan kerajaan NGO serta masyarakat perlu sama menyedarkan golongan pelajar akan kebaikan dan cara yang betul untuk mengaplikasikan teknologi dalam kehidupan seharian mereka. Kempen yang berterusan serta pemantauan semua pihak mampu mengubah minda pelajar akan manfaat teknologi di samping menggalakkan mereka menggunakannya dengan sebaik mungkin.
    Kesimpulannya, semua pihak harus sedar akan pengaruh negatif yang dibawa oleh teknologi. Namun, kita tidak boleh menolak teknologi kerana dengan adanya teknologi ia turut membuatkan kita semakin berkembang. Oleh itu, setiap pihak terutamanya pelajar harus memanfaatkan penggunaan teknologi demi untuk kemajuan dan bukan sebagai medan atau rujukan untuk merosakkan disiplin dah sahsiah diri.

    Nama: Nor Ruhil Bt. Abdul Rasid
    Matrik: A128123
    Tahun Pengajian: 3
    Fakulti: Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
    Email: ruhilrasid@gmail.com
    Facebook: ruhildeqein@yahoo.com (Ruhil D’ein)

    ReplyDelete
  113. Teknologi mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan seharian kita, pada masa kini. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi ini, pelbagai masalah boleh timbul sekiranya teknologi tidak digunakan dengan cara yang betul. Dalam memastikan teknologi ini digunakan mengikut cara yang betul, terutamanya dalam kalangan pelajar khasnya dan para pengguna amnya, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan yang betul.

    Dalam mewujudkan pelajar yang menggunakan teknologi secara pintar, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan menanam ilmu agama yang secukupnya dalam diri anak-anak. Dengan mengajar anak-anak tentang nilai-nilai murni,daapt member kesedaran tentang nilai-nilai murni yang perlu mereka amalkan dalam kehidupan seharian. Kebanyakan rumah pada masa kini mempunyai komputer yang dilengkapi dengan internet. Ibu bapa perlulah memantau aktiviti anak-anak yang menggunakan internet agar tidak melayari laman web yang tidak sesuai untuk mereka. Pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bukan sahaja terhadap internet tetapi juga kepada telefon bimbit. Pada zaman yang serba moden ini, video-video yang tidak sesuai untuk pelajar sebagai contohnya terlalu senang untuk diperolehi. Hanya dengan menggunakan teknologi Bluetooth, maka video sebegitu senang sahaja untuk diperolehi. Oleh disebabkan itulah, ibu bapa perlu mengawasi sebarang aktiviti anak-anak supaya anak-anak tidak menjadi mangsa kemajuan teknologi.

    Dalam melahirkan masyarakat yang lebih berdisiplin , pihak sekolah amat memainkan peranan yang penting kerana segala ilmu adalah bermula disekolah. Pihak sekolah perlu mendidik para pelajar sejak daripada tadika lagi tentang penggunaan teknologi yang betul. Guru perlu merupakan individu yang menjadi ikutan para pelajar khususnya disekolah rendah. Kesedaran tentang penggunaan internet secara betul perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi.

    Dalam usaha pelbagai pihak untuk melahirkan pengguna internet yang lebih berdisiplin, pihak kerajaan merupakan agen yang amat penting dan bertanggungjawab dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih berhemah. Seperti yang kita ketahui , perpecahan dalam masyarakat bukan sahaja wujud melalui faktor-faktor yang terdapat diluar sana, tetapi juga melalui blog sebagai contohnya. Terdapat banyak kes saman menyaman yang berlaku dalam kalangan masyarakat lantaran kerana fitnah yang dilontarkan oleh para blogger di blog mereka. Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat. Oleh disebabkan itulah, pihak kerajaan perlu lebih aktif dalam memantau sebarang laman web yang boleh mendorong kepada berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan juga perlu segera block mana-mana laman web lucah dan laman web yang agak melampau.

    Media merupakan satu saluran yang amat penting dalam menyalurkan maklumat serta info yang berguna kepada masyarakat. Melalui media, pelbagai kempen kesedaran serta iklan-iklan yang boleh dipaparkan dalam menyedarkan pengguna tentang penggunaan teknologi yang betul. Media seperti televisyen juga sebolehnya cubalah mengurangkan rancangan yang tidak sesuai dipaparkan.

    Langkah yang terakhir pula adalah kesedaran daripada individu itu sendiri. Para pelajar mahupun para pengguna internet perlulah lebih bijak dalam menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Dengan pelbagai teknologi dan inovasi yang canggih dan tersedia dihadapan mata kini, tidak mustahillah ramai dalam kalangan pelajar dan pengguna yang menyalahgunakan kemudahan yang ada. Jati diri dan disiplin yang tinggi mampu membendung gejala ini daripada terus berleluasa.

    NAMA: SITI NOR AINU BT LASI
    MATRIK: A128529
    TAHUN PENGAJIAN: 3
    FAKULTI: FAKULTI SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
    EMEIL: masyimalo_89@yahoo.com
    FACEBOOK: masyimalo_89@yahoo.com (Masyi Masyimalo)

    ReplyDelete