Monday, March 19, 2012

GD1123 PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT SEM 2 2011-2012 : BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.

"Saya sanggup jadi tongkat kepada Ibu sepanjang hidup saya. Sebuah cerita menyayatkan hati yang wajib kita baca. Pengorbanan seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya dalam menjalani hidup tanpa mengeluh dan ikhlas dalam menjalani dan boleh di jadikan contoh tauladan buat kita semua.

Kisah seorang anak perempuan dari Changchun, China, di negara yang sangatlah sejuk. Li Yuanyuan memikul sang ibu yang lumpuh kedua-dua kakinya sambil menggendong anaknya yang berusia dua tahun ke rumah sakit kerana ibunya terkena serangan jantung lagi. Orang-orang yang berlalu lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata terbeliak, semua takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah tetapi memiliki tenaga untuk memikul satu orang sambil menggendong satu orang lagi.

Menurut laporan City Evening Post pada 13 Februari 2008 lalu, Li Yuanyuan telah memakaikan baju kepada kanak-kanak dan ibunya yang baru sembuh dari sakit. Pada jam 10 pagi, Yuanyuan mencangkung di depan ibunya dan meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu memanggul ibunya, kemudian menggendong pula anaknya yang berdiri di atas tempat tidur.

Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyokong kedua kaki ibunya, sedangkan ibunya hanya membantu merangkul cucunya mengelilingi leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Sang ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa memikul sang ibu keluar masuk rumah sakit.

Berdasarkan peristiwa di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.
Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
1. Nama sebenar.

2. Nombor Matrik

3. Tahun Pengajian

4. Fakulti

5. Email

6. Facebook

Postkan perbincangan anda sebelum 16 April 2012.

204 comments:

  1. I can do is not necessarily how she did .. but trust me, the love of a child to his/her parents, a very large reward available later .. not easy to find and not hard to live life difficult .. if education wants is that we grow up .. without knowledge, people do not want to look at us .. ask for help, be beggars .. caring nature society of people around us, must be nurtured. . I agree that attitudes to meddle in people is considered positive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan adalah dengan menikmati makan bersama-sama keluarga. Hal ini demikian, kerana semasa penyediaan makanan, anak-anak boleh membantu ibu bapa selain mengurangkan jumlah masa makan di luar seperti di restoran makanan segera. Misalnya, anak-anak perempuan membantu ibu di dapur, sementara anak-anak lelaki menolong bapa mempersiapkan keperluan di meja makan. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memupuk perasaan saling bantu membantu antara sama lain, bak kata pepatah ‘bagai aur dengan tebing’. Amalan ini juga membolehkan hubungan anak-anak dan ibu bapa menjadi lebih erat seperti isi dengan kuku.
      Disamping itu juga, bagi membentuk keluarga bahagia, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang menarik ketika cuti sekolah. Selain memanfaatkan masa senggang dan mengelakkan anak-anak daripada melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti melepak, vandalisme dan gengsterisme, percutian dapat mengurangkan kadar stres anak-anak di sekolah dan ibu bapa di pejabat. Sepanjang percutian, kita sekeluarga mestilah melakukan aktiviti yang menarik seperti berkelah, bermandi-manda di pantai, mendaki gunung, menyelam di laut dan sebagainya, Melalui cara ini, anak-anak akan lebih rasa dihargai kerana kehadiran mereka disedari dan mempunyai fungsi dalam membahagiakan ibu bapa.
      Selain itu, ibu bapa juga perlu menemani anak-anak belajar dan mengulang kaji pelajaran. Walaupun penat seharian bergelut dengan kerja dan masalah di pejabat , ibu bapa harus meluangkan masa bersama anak-anak bagi menjalankan program ini. Anak-anak yang tidak faham apa yang mereka pelajari sudah tentu akan mencari sumber rujukan. Bagi abang dan kakak yang mempunyai pengetahuan yang tinggi mestilah membantu adik-adik untuk menyiapkan tugasan mereka. Hal ini dapat menunjukkan bahawa keprihatinan dan keperluan anak-anak dijaga dan disediakan oleh ibu bapa.. Kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang menemani anak-anak belajar dapat meningkatkan tahap motivasi untuk mereka belajar dengan lebih tekun lagi.
      Langkah seterusnya ialah, ibu bapa haruslah melayani anak mereka seperti seorang kawan baik. Hal ini demikian, kerana pada usia remaja, jiwa anak-anak cenderung terhadap sesuatu yang baru dan perasaan ingin mencuba. Pada waktu ini, ibu bapa perlu lebih prihatin dan bertindak rasional dalam menangani masalah anak-anak. Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak supaya menghormati setiap anggota keluarga untuk mewujudkan hubungan interaksi dan keharmonian dalam keluarga.
      Langkah terakhir membentuk keluarga bahagia ialah dengan memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Hal ini demikian, kerana didikan agama dapat membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak. Contohnya, setiap ibu bapa perlulah memberi didikan agama kepada anak-anak seperti mengajar membaca al-quran, mengerjakan solat, menghormati orang tua, menerapkan nilai-nilai murni dan sebagainya.


      Link video: http://www.youtube.com/watch?v=hixXf0Zhnrg&feature=related

      Video ini mengisahkan tentang pengorbanan dan kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayahnya seorang bisu. Oleh hal demikian, sebagai anak dia malu dan selalu memberontak terhadap ayahnya itu. Walaupun perangai anaknya seperti itu, ayahnya tetap memberi kasih sayang dan mengambil berat terhadap diri anaknya. Akhirnya, anaknya cuba untuk membunuh diri, tetapi dapat diselamatkan.

      1. NAMA SEBENAR: ZARIZA BINTI MD NOOR
      2. NOMBOR MATRIK: A134278
      3. TAHUN PENGAJIAN: 2
      4. FAKULTI: SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
      5. EMAIL: iza_cuties@yahoo.com
      6. FACEBOOK: Zariza Iza

      Delete
    2. Institusi kekeluargaan amat penting dalam kehidupan kita. Hal ini kerana dapat memperkukuhkan hubungan silaturahim antara anggota keluarga. Langkah yang perlu untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialiasasi dapat diperkukuhkan ialah pertama dengan peranan ibubapa memberi pendidikan agama. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Hal ini juga dapat mengawal tingkah laku anak-anak daripada terlibat dengan aktiviti sosial dan ianya dapat membimbing anak untuk lebih menghargai keluarga mereka.

      Selain itu, Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Lantaran itu, pergaulan anak-anak tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa kerana ianya akan membawa kepada kesan yang buruk jika mereka diabaikan begitu sahaja.

      Di samping itu juga, bagi memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan iaitu melalui ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kasih sayang yang mencukupi akan dapat menghalang anak-anak untuk mencari keseronokan di luar. Namun sering kali kita lihat, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak kepada pembantu rumah lantaran sibuk dengan kerjaya, seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Ibu bapa perlulah bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Contohnya, ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu akan dapat mengeratkan hubungan mesra keluarga.
      Ibu bapa juga perlulah sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga. Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mewujudkan suasana ‘Rumahku Syurgaku’ supaya anak-anak berasa seronok dan tidak tertekan berada di samping keluarga. Masalah dalam keluarga memang tidak dapat dielakkan, namun ibu bapa perlu bijak menyelesaikannya, tanpa perlu sama mengheret anak-anak. Anak-anak yang berasa tertekan dengan keadaan keluarga, mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mereka melepaskan tekanan tersebut di luar rumah. Contohnya, mereka akan membuli rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi, ibu bapa perlulah terlebih dahulu memelihara keharmonian rumah tangga mereka dan sekali gus dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan.
      Seterusnya, sikap berkongsi masalah antara ahli keluarga adalah amat baik agar memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan. Ibu bapa harus sentiasa bertanyakan masalah anak-anak dan membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu, setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.

      Link video: http://www.youtube.com/watch?v=Sp9vRxsdx4w&feature=related

      Nama: Wan Nurulhidayu Binti Wan Jusoh
      Nombor Matrik: A133966
      Tahun Pengajian: Tahun 2
      Fakulti: Sains Sosial Dan Kemanusiaan
      Email: ewayue_89@yahoo.com
      Facebook: Wan Nurulhidayu

      Delete
  2. lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan melalui cadangan saya adalah dengan mengembangkan tabiat kebapaan dan keibuan dalam suasana pemeliharaan anak-anak dan melahirkan perasaan belas kasihan, cinta dan kasih mesra, terutamnya dalam mendidik anak-anak supaya apabila mereka dewasa dapat menbalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka. Kedua, supaya dapat mengendalikan program-program berbentuk kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan khas kepada mereka yang telah berkeluarga. Dengan ini dapat menerapkan dan mengeratkan lagi perasaan kasih sayang antara keluarga. Program yang memupuk keperibadian dan nilai kekeluargaan yang menyumbang ke arah keutuhan, integriti, kemantapan dan kesepaduan keluarga. Sehubungan ini, perkhidmatan dan program mesra keluarga yang menyumbang ke arah pengukuhan perkahwinan, pemupukan nilai kekeluargaan dan perkongsian sumber, tanggungjawab dan tugas yang saksama akan dilaksanakan. Sebagai contoh kempen Rumahku, Syurgaku, Utamakan Keluarga-Semakin Hari Semakin Sayang dan Smart Start Campaign. Kempen-kempen sebegini diharapkan dapat menyalurkan maklumat yang berguna dalam pengukuhan sesebuah keluarga. Ketiga, ibu bapa juga haruslah meluangkan masa bersama anak-anak, kebiasaannya adlah pada hari cuti. Ini secara tidak langsung dapat menunjukkan dalm diri anak-anak kasih sayang ibu bapa terhadap diri mereka. Anak.anak akan rasa dihargai dan disayangi. Ini jelas dapat mengeratkan lagi dan memperkukuhkan institusi kekeluargaan dengan penuh kasih sayang. Sebagai contoh membawa keluarga bercuti, aktiviti perkelahan dan sebagainya. Keempat, ibu bapa sebagai anggota paling dominan dalam keluarga perlu bersedia mendengar pendapat daripada anak-anaknya. Anak-anak pula akan merasakan bahawa diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam keluarga itu. Proses sebegini pastinya akan lebih mengeratkan hubungan setiap ahli keluarga. Kelima, kesejahteraan dan kejayaan sesebuah keluarga juga bergantung kepada ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek. Setiap individu dalam sesebuah keluarga terutamanya ibu bapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan agar keluarga itu dapat dipandu ke arah kejayaan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu boleh diwariskan kepada anak-anak agar mereka dapat membentuk kejayaan dalam hidup. Ibu bapa wajib memberikan didikan yang secukupnya kepada anak-anak. Ini adalah kerana pendidikan adalah penting dalam hidup supaya dengan adanya pendidikan yang baik, seorang individu itu lebih memahami akan konsep institusi kekeluargaan. sebagai contoh, ibu bapa digalakkan memberi pendedahan tentang pepndidikan kekeluarga kepada anak-anak mereka. Justeru, apabila dewasa kelak anak-anak akan leboh menghargai jasa kedua-dua ibu bapa mereka.



    1. Nama sebenar : Nurul Azida binti salehuddin
    2. Nombor Matrik : A132744
    3. Tahun Pengajian : Tahun 2
    4. Fakulti : FEP
    5. Email : nurul.azida.salmid@gmail.com
    6. Facebook : Ismi Nurul Azida (azie_pieces88@yahoo.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=pKhI5kzFjNQ

      Iklan ini merupakan adaptasi cerita sebenar tentang cekal dan jatidiri. Dalam iklan ini Sitai adalah satu nama watakyang membawa pelbagai perlambangantentang jatidiri dan kekeluargaan dalam iklan ini. Iklan ini bermula dengan kisah seorang kanal-kanak yang bernama Sitai yang sering berkunjung di kedai menjual kamera, sehinggakan tuan kedai tersebut menyedari akan kehadirannya setiap hari. Tuan kedai tersebut mendapati Sitai amat menyukai kamera yang dijualnya dan telah berjanji kepada Sitai ingin menjual kamera tersebut kepadanya dan tidak akan menjualnya kepada orang lain, dengan syarat Sitai harus datang setiap hari ke kedainya untuk menambah wang tabungannya yang sedia ada sehingga mencukupi sebanyak RM500 harga kamera tersebut. Sitai telah melakukan banyak pekerjaan untuk mencukupkan wang simpanannya bagi memperolehi kamera tersebut. Pada hari wang simpananya telah mencukupi untuk Sitai mengambil kameranya, ayah Sitai telah jatuh sakit. Sitai telah mengambil semula wang tabungannya untuk membeli kamera di kedai kamera tersebut untuk digunakan sebagai kos rawatan bapanya. Daripada iklan ini, mesej yang ingin disampaikan adalah pengorbanan seorang anak terhadap bapanya yang sakit. Sitai sanggup menggunakan wang tabungan membeli kamera untuk kos rawatan bapanya. Ini menunjukkan kasih saying dan pengorbanan yang sangat mendalam bagi seorang anak terhadap bapanya. Didikan yang diberikan kepada Sitai, telah mengajar Sitai untuk menghargai jasa bapanya yang telah membesarkannya. Dengan adanya didikan yang sempurna membolehkan seorang anak tahu akan jasa dan pengorbanan yang sepatutnya mereka lakukan terhadap kedua ibu bapa yang melahirkannya.


      1. Nama sebenar : Nurul Azida binti salehuddin
      2. Nombor Matrik : A132744
      3. Tahun Pengajian : Tahun 2
      4. Fakulti : FEP
      5. Email : nurul.azida.salmid@gmail.com
      6. Facebook : Ismi Nurul Azida (azie_pieces88@yahoo.com)

      Delete
  3. Institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi keluarga dapat diperkukuhkan adalah ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangkan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa.

    Selain itu juga, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulai.

    Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini.

    Langkah seterusnya, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Contohnya, menjadi penagih dadah, pencuri, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah “ bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat tolong-menolong di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.

    Langkah yang terakhir adalah, ia boleh dilakukan melalui pendidikan secara formal. Misalnya kementerian telah memasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi subjek Pengetahuan Moral, Agama Islam dan lukisan nilai-nilai murni yang perlu ada pada individu. Selain itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyemaikan nilai-nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar. Misalnya semangat bekerjasama dan bergotong-royong yang diamalkan membantu mewujudkan sifat keperimanusiaan kepada pelajar.

    Kesimpulannya peranan semua pihak adalah sangat penting untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan supaya masyarakat di negara kita lebih menyemaikan sifat-sifat yang positif dan sifat negetif dapat dihindarkan.

    Link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=h31nPHnerGc

    Nama sebenar : Shazwani Binti Azlan
    No Matrik : A135458
    Tahun Pengajian : 2
    fakulti : FEP
    Email : wanie0511@yahoo.com
    Facebook : shazwani azlan (wanie0511@yahoo.com)

    ReplyDelete
  4. Institusi keluarga boleh dikategorikan sebagai satu unit yang terdiri daripada ibu, ayah, datuk, nenek, kakak dan sebagainya. Tindakan media massa yang sering memaparkan peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja sering dikaitkan dengan keruntuhan institusi keluarga. Jadi, terdapat beberapa langkah untuk memastikan institusi keluarga di negara ini terus utuh.
    Langkah yang pertama , pasangan yang baru sahaja berkahwin atau bakal menjadi ibu bapa perlu menghadiri satu kursus keibubapaan dan pengurusan rumah tangga. Kursus ini adalah untuk memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik anak-anak dan menguruskan rumah tangga dengan lebih teliti. Melalui ini, menjadikan sesebuah keluarga itu lebih kukuh kerana anak akan dididik dengan sempurna dan mewujudkan suasana yang bahagia dalam sesebuah keluarga itu.
    Langkah yang seterusnya ialah kasih sayang. Kasih sayang haruslah wujud dalam kehidupan seluruh manusia terutamanya dalam sesebuah keluarga untuk melahirkan masyarakat yang bahagia, hormat-menghormati, percaya-mempercayai dan tolong-menolong. Pergaulan yang baik dan suasana berkasih sayang yang wujud dalam rumah tangga akan memimpin kearah keharmonian keluarga.
    Selain itu, menubuhkan satu agensi khas yang akan menguruskan semua aspek yang berkaitan dengan institusi keluarga. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga dinegara ini. Penubuhan agensi khas keluarga mampu menjadikan semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan tepat ke arah sasaran.
    Langkah yang seterusnya ialah kerajaan mestilah menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan institusi keluarga di negara ini terus utuh. Kewujudan akta undang-undang yang menyeluruh seperti mampu mengelakkan masalah perceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan pembentukan keluarga yang sihat. Melalui ini, masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak seperti mendera atau lari dari rumah kerana adanya undang-undang ini akan memberi impak kepada diri mereka jika dilakukan tanpa berfikir dahulu.
    Langkah yang terakhir, kerajaan juga boleh menyediakan sistem perumahan yang selesa untuk golongan yang berpendapatan rendah. Kita sedia maklum, bahawa harga rumah semakin meningkat pada masa ini terutama dikawasan bandar sehingga ada yang tidak mampu untuk mempunyai rumah yang selesa. Keadaan ini menyebabkan anak-anak sering tiada dirumah lalu mereka akan terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Oleh itu, kemampuan kerajaan untuk menyediakan perumahan yang selesa boleh mengelakkan gejala sosial dalam kalangan remaja.
    Kesimpulannya, semua langkah yang dibincangkan mampu menghasilkan satu institusi keluarga yang harmoni dinegara ini. Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan jika langkah-langkah ini ingin mencapai sasarannya.

    Link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=So3VSbZDMSY&feature=related
    NAMA : HAMIZA BINTI KENOH
    NO.MATRIK : A134287
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL : kucingds@yahoo.com
    FACEBOOK : Hamiza miza (mizsagi@yahoo.com)

    ReplyDelete
  5. Pengukuhan institusi keluarga ini sangat bergantung kepada beberapa faktor terutamanya penghayatan kepada agama yang tinggi. Penghayatan yang tinggi ini akan memastikan keluarga tersebut berada di landasan yang diredhai Allah s.w.t. Penghayatan dan amalan agama yang konsisten juga akan menjamin keselamatan dan kestabilan institusi keluarga. Justeru, setiap ahli keluarga akan memperoleh perasaan aman dan tenteram. Ini pasti akan mewujudkan keharmonian dalam keluarga itu sendiri Dalam masa yang sama, setiap ahli keluarga juga perlu memahami peranan masing-masing. Agama Islam telah menggariskan peranan setiap ahli keluarga dengan begitu teratur. Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Isteri pula wajib mentaati suami dan memberikan kasih sayang serta pendidikan kepada anak-anak. Anak-anak pula wajib menghormati dan mentaati kedua ibu bapanya. Selain itu, ahli-ahli keluarga yang lain juga perlu dihormati dan dikasihi.Kesejahteraan dan kejayaan sesebuah keluarga juga bergantung kepada ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek. Setiap individu dalam sesebuah keluarga terutamanya ibu bapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan agar keluarga itu dapat dipandu ke arah kejayaan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu boleh diwariskan kepada anak-anak agar mereka dapat membentuk kejayaan dalam hidup. Teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melayari hidup berkeluarga boleh dijadikan contoh oleh anak-anak untuk membina sebuah keluarga yang juga cemerlang.Satu aspek lagi yang juga penting dalam memperkukuhkan institusi keluarga adalah amalan syura. Amalan syura perlu dipraktikkan agar segala permasalahan dalam keluarga dapat diatasi secara kolektif. Melalui amalan ini, ibu bapa sebagai anggota paling dominan dalam keluarga perlu bersedia mendengar pendapat daripada anak-anaknya. Anak-anak pula akan merasakan bahawa diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam keluarga itu. Proses sebegini pastinya akan lebih mengeratkan hubungan setiap ahli keluarga. Daripada saranan-saranan yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai lagi cara untuk membina kekuatan keluarga sendiri. Pun begitu, saranan ke arah memperkukuhkan keluarga tidak terhad kepada yang dinyatakan di atas. Apa sahaja cara yang baik dan bersesuaian perlulah diambil teladan dan diguna pakai untuk membina kekuatan keluarga. Secara asasnya, sesuatu niat yang baik dan betul akan menjana hasil yang diredhai Allah s.w.t. Akhir sekali, institusi keluarga yang kuat memang diperlukan dalam membendung gejala sosial masa kini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli keluarga untuk membina ciri-ciri quwwah (kekuatan) dalam diri agar dapat membentuk sebuah keluarga yang menjadi benteng terhadap pengaruh gejala sosial kini. Ciri-ciri quwwah itu perlulah berlandaskan kepada amalan agama dan ilmu pengetahuan yang berkaitan. Jika ini dapat dicapai, faktor-faktor negatif di persekitaran sesebuah keluarga pasti dapat dinilai dan ditangkis dengan bijak.

    link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=aLKV5C1XJcU

    NAMA : MAS RAHAYU BINTI HASSAN SHOKRI
    NO. MATRIK: A132794
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: EKONOMI PENGURUSAN
    EMAIL: mizzrahayu@gmail.com
    FACEBOOK: Mas Rahayu (mizzrahayu88@yahoo.com.my)

    ReplyDelete
  6. Antara lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan adalah dengan peranan ibu bapa memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.Kasih sayang yang mencukupi akan membuatkan perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak bertambah erat dan mesra. Hal ini secara tidak langsung juga dapat mengelakkan anak-anak daripada merasakan diri mereka tersisih daripada kedua ibu bapanya. Tidak dinafikan pada zaman ini, ibu bapa perlu bekerja keras demi menjamin kehidupan yang stabil. Walaubagaimanapun, ibu bapa perlulah bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Sebagai contoh, membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu.

    Seterusnya lagi, ibu bapa haruslah mempunyai sikap ketegasan dan pendisiplinan yang kuat dalam mengajar anak-anak. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan jati diri dalam anak-anak dengan tersemainya nilai-nilai murni. Contohnya sikap taat dan hormat kepada kedua ibu bapanya. Perkara ini secara tidak langsung akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian tidak kira dalam konteks kekeluargaan atau kemasyarakatan malah akan menjadi satu budaya yang menjadi ikutan.

    Seterusnya lagi, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak.Didikan agama dan moral yang cukup terhadap anak-anak akan membolehkan diri mereka mempunyai kekuatan rohani dan jasmani dalam mengalami proses kehidupan yang terdapat berbagai cabaran. Ini dapat memberi penilaian anak-anak dalam membezakan sesuatu yang baik dan buruk.

    Contoh dan tauladan yang baik daripada ibu bapa kepada anak-anak amatlah penting dengan mempamerkan akhlak dan perbuatan yang positif dan baik.Kebiasaaanya, anak-anak akan terdorong untuk mencontohi perlakuan ibu bapa mereka. Bak kata pepatah dimana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Ibu bapa haruslah terlebih dahulu mempamerkan sifat-sifat yang positif seperti menghormati orang tua, penyanyang dan bertanggungjawab. Hal ini secara logiknya akan mendorong diri anak-anak untuk menghormati dan menyanjung kedua ibu bapanya secara tidak langsung juga akan mencontohi sifat-sifat positif tersebut.

    Akhir sekali, sikap prihatin dalam kalangan masyarakat juga adalah salah satu langkah yang boleh diambil dalam memastikan institusi kekeluargaan sebagai salah satu agen sosiolisasi dapat dikukuhkan lagi. Perkara ini dapat ditonjolkan dengan sikap mengambil berat antara satu sama lain terutamanya terhadap jiran tetanga dan bukanlah bermaksud untuk menjaga tepi kain orang. Ini adalah lebih kepada sikap prihatin dan ambil berat sesama jiran dan keluarga. Hal ini demikian supaya masyarakat tahu dan dapat membantu sekiranya timbul permasalahan seperti penderaan dan sebagainya.

    http://www.youtube.com/watch?v=5bdaQE47fMM&feature=related

    NAMA: MOHAMAD AZAM B.ROZAIN
    NO.MATRIK: A132059
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: FSSK
    EMAIL: zam_us90@yahoo.com.my
    FACEBOOK: pangeran blurr

    ReplyDelete
  7. Institusi kekeluargaan merupakan tulang belakang dalam mewujudkan kesempurnaan bagi sistem sosialisasi negara kita walaupun kadang-kala terdapat ranjau duri terpaksa dilalui oleh sesebuah institusi kekeluargaan mengikut arus perkembangan semasa.5 langkah yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan adalah, ibu bapa perlu membantu ahli-ahli keluarga dalam memenuhi kehendak-kehendak individu dan perkembangan diri. Misalnya ibu bapa memberi perhatian, kasih-sayang, penghargaan mahupun dorongn kepada ahli keluarga mampu membentuk corak hubungan kekeluargaan yang bersepadu. Kedua, menjelaskan corak peraturan dan norma keluarga dalam institusi kekeluargaan mampu mewujudkan suasana harmoni dan saling hormat-menghormati. Misalnya, displin dan tingkah laku yang diterima harus bermula dari rumah dimana ibu bapa perlu mendidik dengan jelas,adil,positif dan tekal kepada setiap ahli dalam keluarga agar masalah sosial seperti penderaan fizikal dan seksual dapat dielakkan. Ketiga, didikan agama perlu wujud sejak dari kecil bagi memberikan keberkesanan dalam rumah tangga. Sabda Rasulullah SAW "Anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua ibu bapalah yang akan menjadikanyan Yahudi, Nasrani atau Majusi". Keempat, keperluan hidup dan fizikal seperti makanan,tempat tinggal, pakaian,keselamatan dan pendidikan harus disediakan ibu bapa agar dapat mengurangkan jurang golongan kaya dengan kurang berada dan ini boleh menimbulkan rasa rendah diri di kalangan ahli-ahli keluarga. Langkah terakhir ibu bapa perlulah memberi peluang untuk mendengar pendapat anak-anak. Misalnya, memberi peluang untuk meluahkan rasa hati walaupun keputusan di tangan ibu bapa. Agak sedih apabila anak-anak tidak dapat melahirkan perasaan mereka. Akhir sekali, institusi keluarga adalah penting untuk pembangunan insan dan seharusnya ia diberi keutamaan untuk memastikan mempunyai daya tahan menghadapi pelbagai rintangan yang datang.

    Iklan- http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A&feature=related

    Nama : Norazmira Binti Abdul Raman
    No. Matriks: A135376
    Tahun Pengajian: 2
    Fakulti: FEP
    Email: mirae_scoot0209@yahoo.com
    Facebook: Mirae Scoot

    ReplyDelete
  8. Institusi keluarga merupakan salah satu komponen dalam pembentukan sesebuah komuniti. Sesebuah keluarga biasanya terdiri daripada seorang bapa, ibu, adik-beradik dan anak-anak. Setiap ahli dalam keluarga memainkan peranan mereka masing-masing, perlu saling berinteraksi, sangat bergantung antara satu sama lain dan perlu mengekalkan hubungan kekeluargaan agar bertambah harmoni dan kukuh. Justeru, keluarga sangat penting bagi seseorang individu sebagai salah satu agen sosialisasi kerana ahli keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan individu tersebut. Individu semestinya tidak dapat hidup berseorangan melainkan dengan keluarga atau pun kumpulan kenalan yang dianggap sebagai keluarganya.
    Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan adalah dengan cara meningkatkan pengetahuan keibubapaan dalam kalangan ibu dan bapa sama ada melalui pembacaan, atau menghadiri kursus keibubapaan seperti Program Kenali Anak Kita yang dianjurkan oleh Persatuan PENGASIH Malaysia dan Seminar Anak Soleh Anak Cemerlang anjuran Ikatan Muslim Malaysia. Program-program ini dianjurkan khusus kepada golongan ibu bapa yang menekankan tentang cara mendekati dan mengurus anak-anak serta belajar bagaimana menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak.
    Selain itu, keluarga juga digalakkan untuk mewujudkan rangkaian dengan pihak lain seperti jiran tetangga atau pihak sekolah. Keluarga atau ibu bapa perlu mengajar anak-anak untuk bergaul dengan masyarakat, berbuat baik sesama manusia dan saling hormat-menghormati. Galakkan anak-anak untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri kendera di kawasan kejiranan atau aktiviti perkemahan di sekolah. Ini akan membiasakan mereka untuk mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling.
    Ibu bapa serta keluarga digalakkan juga untuk memantau pergerakan anak-anak dengan cara turut serta dalam kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Kenali rakan-rakan yang rapat dengan mereka dan sentiasa mendorong anak-anak untuk melakukan aktiviti yang sihat. Pemantauan ibu bapa dan keluarga adalah bagi memastikan perlakuan remaja dapat dikawal seterusnya tidak mudah terjebak dengan gejala sosial. Sediakan peraturan yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu mengongkong anak-anak agar kedua-dua pihak mematuhinya seperti menetapkan waktu paling lewat pulang ke rumah dan sebagainya.
    Selain itu juga, galakkan keluarga mewujudkan suasana hidup yang sihat dan ceria. Cara ini boleh dilakukan dengan amalan riadah bersama, makan malam bersama dan sebagainya. Melakukan aktiviti bersama akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan ikatan kasih sayang. Langkah seterusnya bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan adalah dengan membentuk jaringan sokongan sosial. Sokongan sosial merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh setiap ahli dalam keluarga. Contohnya, bapa perlu tegas dan ketua dalam keluarga di samping memberikan kasih sayang yang sama rata kepada keluarga, ibu pula sebagai pendamping anak-anak, menguruskan hal rumahtangga serta seorang yang perlu memberikan sokongan dan nasihat kepada anak-anak.
    Akhir sekali, institusi keluarga merupakan agen sosialisasi yang utama kepada individu khususnya anak-anak untuk membentuk jati diri yang baik serta manusia yang bertanggungjawab. Jika institusi keluarga tidak kukuh, maka seseorang individu tidak dapat mengawal emosi dan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat.

    Video: http://youtu.be/yIWpnFosTl0

    Nama: Nor Najeha Binti Mohd Bakeri
    NO. Matrik: A 129848
    Tahun Pengajian: 3
    Fakulti: FSSK
    Emel: najeha_bakeri@yahoo.com
    facebook: Nor Najeha Nmb

    ReplyDelete
  9. 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah Institusi kekeluargaan harus berpandukan agama. ini adalah kerana Agama mampu mengisi rohani yang kosong. Sebagai contoh, Agama menitik beratkan tentang nilai-nilai murni seperti horat-menghormati. Yang kedua adalah peranan masing-masing didalam berkeluarga. sebagai contoh ibu bapa wajib memantau aktiviti anak-anak mereka seperti dengan siapakah mereka bergaul dan sebagainya, selain daripada mencari rezeki. manakala yang ketiga pula, adalah dengan meraikan sambutan hari lahir setiap ahli keluarga. Ini adalah kerana mampu mengajar ahli keluarga untuk mengingati dan menghargai antara satu sama lain dengan memberikan mereka hadiah dan hasilnya hubungan ahli keluarga akan lebih mantap. yang keempat pula, adalah dengan keluar bersama-sama ahli keluarga seperti melancong dan beriadah. dengan ini ahli keluarga mampu menghilangkan stress dan mampu mengenali dan merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga. yang kelima pula, dengan makan bersama-sama. adalah kerana ahli keluarga akan saling bantu-membantu di dalam menyiapkan juadah untuk makan bersama-sama. Disamping itu, ahli keluarga boleh bersembang sesama sendiri tentang aktiviti harian mereka dan mampu menyelesaikan masalah bersama. maka hasilnya sebuah keluarga yang sihat dari segi emosi dan jasmani dapat dilahirkan.

    Iklan:http://www.youtube.com/watch?v=ppbDj7QsYVE&feature=related

    Nama:Mohamad Farid b Samani
    No Matrik: A134350
    Tahun Pengajian: 2
    Fakulti:FSSK
    E-mail:farid.mohamadfarid@yahoo.com
    Facebook:mohamadfarif farid

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. Anak merupakan anugerah tuhan yang amat bernilai dan perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh ibu bapa. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga dan menjadi peranan ibu bapa dalam mencorakan sahsiah anak-anak.

    Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi keluarga dapat diperkukuhkan adalah ibu bapa perlu berperanan penting dalam memberikan pendidikan agama dan moral yang secukupnya sejak anak masih kecil. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan contoh terbaik kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian mereka mestilah sentiasa menunjukan sikap penyayang dan berbudi pekerti.

    Langkah seterusnya ialah ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada anak-anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak.

    Langkah yang ke tiga ialah Ibu bapa juga perlu meluangkan masa untuk anak-anak dengan mengambil cuti dan merancang percutian untuk bersama keluarga. Bagi anak, apa yang penting adalah masa yang diluangkan ibu bapa bersama mereka. Masa yang berkualiti bukan saja perlu diberikan untuk seisi keluarga tetapi ibu bapa hendaklah menyediakan masa untuk bersama dengan setiap anak secara individu.

    Seterusnya ibu bapa juga haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang.

    Langkah yang terakhir ialah ibu bapa juga haruslah sentiasa peka terhadap apa jua perubahan atau tingkah laku anak-anak. Ibu bapa harus bijak dalam mengahadapi karenah anak-anak. jadilah ibu bapa yang sentiasa bertolak ansur, sentiasa berkomunikasi termasuklah mendengar mahami masalah yang ditakuti mereka dan menjelaskan dengan tegas apa yang betul dan apa yang salah. Cara komunikasi adalah cara yang penting yang boleh mengeratkan sesama ibu bapa dan anak-anak.

    Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini di samping dapat memperkukuhkan institusi keluarga.

    1.Nama Sebenar: Nurul Ain Bt Haliah
    2.No Matrik: A134127
    3.Tahun Pengajian: Tahun 2
    4.Fakulti: Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan(Fssk)
    5.Emel: Are_Yien9005@Yahoo.Com
    6.Facebook: eyes arrein

    LINK YOUTUBE: http://www.youtube.com/watch?v=uYoM8zzGXgI

    Video ini merupakan iklan Thailand yang bisa meruntun jiwa sesiapa yang menontonnya. Video ini memaparkan kisah pengorbanan isteri untuk suami tercinta dan seorang anak yang kehilangan seorang ayah disaat baru dilahirkan

    ReplyDelete
  11. 1 - Ibu bapa pendidik utama anak-anak
    Kedudukan tinggi yang telah Islam berikan kepada golongan wanita tidak akan bererti apa-apa sekiranya kewajipan-kewajipan yang tertentu terhadap rumah tangga dan anggota masyarakat tidak ditunaikan.Pembentukan keluarga yang bahagia sebenarnya memerlukan penyertaan dan kerjasama semua ahli rumah.2- Kepimpinan melalui teladan Ibu dan bapa sebagai pengemudi bahtera rumah tangga haruslah sentiasa mengekalkan kemesraan tali percintaan mereka. Mereka perlu sentiasa ingat bahawa tugas mendidik anak-anak adalah perkara yang amat sukar.Perlu diingatkan bahawa watak dan peribadi anak-anak di masa hadapan banyak bergantung kepada darah keturunan dan pendidikan yang diterimanya hari ini. Pasangan suami isteri perlu ingat bahawa perceraian antara mereka merupakan racun yang sangat berbisa bagi jiwa anak-anak. Pendidikan yang tergelincir dari garis kebenaran, bahaya, kecelakaan dan kekacauan tidak akan dapat dibaiki dalam tempoh yang pendek.3- Menekankan pendidikan yang bersifat kejiwaan menerusi nasihat dan bimbingan pendidikan jiwa yang merupakan pendidikan utama dan penting, hanya dapat dilakukan oleh ibu yang merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak. Pendidikan jiwa inilah yang akan menghasilkan akhlak yang tinggi dan satu kehidupan yang indah. agama memainkan peranan penting dan menghasilkan kesan yang mendalam terhadap pembentukan peribadi anak-anak. Salah satu kepentingan agama ialah sebagai santapan rohani. Manusia terdiri daripada jasad atau fizikal dan rohani. Setiap bahagian ini memerlukan makanan yang tersendiri.Lantaran itu, setiap manusia dilahirkan fitrah untuk beragama. Bahagian rohani ini akan menderita kesakitan sekiranya ia diabaikan dan tidak diberi makanan. Kesakitan rohani inilah yang akan mengakibatkan berlaku kezaliman, tindakan melampau batasan atau perbuatan yang terkeluar dari norma-norma sosial.4-Memupuk kesedaran yang berterusan bahawa pendidikan adalah alat penebus martabat Bangsa.Ibu bapa merupakan penggerak utama dalam membentuk tamadun kekeluargaan. Kerukunan sesebuah institusi rumah tangga ini akan membentuk tamadun bangsa bagi sesebuah negara. Untuk tujuan tersebut ibu bapa hendaklah sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa hanya dengan pendidikan, kedudukan sesebuah bangsa dapat dimartabatkan. Anak-anak mempunyai peranan yang amat penting dalam meneruskan perjuangan iaitu perjuangan membina tamadun bangsa. Bermula dari peringkat awal lagi, anak-anak perlu diberi pendedahan untuk mempertingkatkan daya dan upaya dalam pendidikan agar prestasi mereka setanding dengan rakan-rakan mereka yang lain. Persediaan ini juga penting agar mereka lebih bersedia dalam menghadapi arus globalisasi dan menggunapakai teknologi maklumat dan komunikasi dalam
    proses pembelajaran. Akhirnya yang paling penting, ialah penglibatan mereka secara langsung dalam pembangunan keluarga, masyarakat, agama dan negara.
    5-Sifat asasi sebagai pendidik.Keyakinan beragama perlulah dipupuk sehingga menjadi darah daging dalam kehidupan. Sudah pasti anak akan membesar di atas dasar iman dan taqwa dan akan bertapak padanya akhlak dan budi pekerti yang mulia.Perlulah diingatkan bahawa sebagai ibu atau bapa kita terlebih dahulu perlu memiliki akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang dapat dicontohi, ibu bapa menjadi teladan kepada anakanak. Namun sekiranya ibu bapa sendiri yang ketandusan akhlak mulia seperti pengasih, penyanyang, bersopan santun, berbudi pekerti mulia bagaimana untuk mereka ‘mengeksport’ kemuliaan itu kepada orang lain khususnya kepada anak-anak.
    1. Nek Matullah Binti Mochammad Shaleh
    2. A133385
    3. Tahun 2
    4. FEP
    5. miss56106@yahoo.com
    6. Gemini Gurlz
    link video : http://www.youtube.com/watch?v=IqEyoZAsghk

    ReplyDelete
  12. Pendidikan merupakan agen pembentuk akhlak dan minda masyarakat. Pendidikan perlu disepadukan dengan nilai keagamaan, budaya disamping ilmu-ilmu sains dan sosial.Dari aspek penerapan nilai murni, kanak-kanak harus ditanamkan dengan sikap hormat dan menghargai ibu bapa hinggalah mereka ke universiti. Nilai tersebut mesti sentiasa ditanamkan dalam pemikiran mereka supaya menjadi amalan dan pegangan hidup mereka supaya mereka tidak lupa diri dan sentiasa mengukuhkan hubungan dengan keluarga.

    Setiap agama menekankan hubungan kekeluargaan kerana tanpa keluarga kita siapalah diri kita. Sekiranya kita mengamalkan ajaran agama sepenuhnya dan menghayati pengajaran agama, nescaya hidup kita akan bahagia. Ibu bapa harus menanamkan nilai-nilai agama dalam diri anak mereka kerana walau sejauh manapun pun mereka terjebak dalam gejala sosial, jika ada keimanan dalam diri mereka walaupun sedikit akan membolehkan mereka sedar akan kesilapan dan bertaubat.

    Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan kita semenjak kita kecil lagi. Ibu bapa sangat berperanan dalam membentuk dan mencorak tingkah laku dan prinsip nilai anak mereka. Gaya keibubapaan yang digunakan dalam mendidik anak-anak perlulah sesuai supaya mereka membesar dengan suasana yang tidak terlalu tertekan. Tambahan lagi, ibu bapa harus meluahkan lebih banyak masa dengan anak mereka pada usia kecil dan remaja kerana pada waktu itulah si anak sangat bergantung kepada ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa sebenarnya perlu mempelajari ilmu psikologi supaya mereka dapat memahami dan mendekati anak mereka dengan lebih rapat. Kesannya, si anak akan sangat menghargai keluarganya kerana hanya keluarganya tempatnya bergantung dan akan berasa kepunyaan(belonging).

    Dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan, kerajaan boleh menjalankan beberapa inisiatif. Dendaan kepada anak yang meletakkan ibu bapa mereka di rumah orang tua umpamanya dikenakan cukai tambahan sebagai pengajaran supaya menghargai ibu bapa mereka. Selain itu, isentif juga boleh diberikan kepada ibu bapa yang terpaksa bekerja lebih masa untuk mencari nafkah disebabkan kemiskinan. Mereka boleh diberikan isentif bantuan kewangan, pendidikan untuk anak mahupun pengecualian tertentu seperti pembayaran bil. . Pengurangan masa kerja ataupun program-program kekeluargaan boleh dijalankan samada di tempat kerja mahupun kawasan perumahan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara anak dan ibu bapa.

    NGO boleh jua berkobolarasi dengan kementerian pembangunan wanita dan keluarga dalam membuat program mengukuhkan institusi kekeluargaan. Ngo jua perlu bergiat aktif dalam kempen kesedaran keluarga supaya masyarakat sentiasa ditanamkan dengan input bahawa"keluarga adalah intipati kebahagian individu". Selain itu, NGO dan Kementeriaan Pembangunan Wanita dan Keluarga perlu sering membuat survei dan pemantauan, dan analisis statistik mengenai keberkesanan program perancangan keluarga supaya paparan sebenar mengenai institusi kekeluargaan di Malaysia dapat diketahui. Disamping itu, NGO dan Kementeriaan Pembangunan Wanita dan Keluarga boleh menjadi badan pendidik khas dalam program khas keluarga seperti mengadakan sesi ceramah, kem, kuliah tentang institusi kekeluargaan untuk menanamkan kepentingan hidup berkeluarga.

    1. Faridah Hanis Bt Hood
    2. A130471
    3. Tahun 3
    4. FSSK
    5. hmw_kiiro@yahoo.com
    6.Happy Farida
    7. Link http://www.youtube.com/watch?v=syR6sLDOuR4

    ReplyDelete
  13. Menurut pendapat peribadi saya sendiri, amnya intitusi kekeluargaan terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak. Oleh itu, ketiga-tiga golongan ini yakni ibu, bapa dan anak harus memainkan peranan mereka dalam menjamin serta memastikan intitusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    Langkah pertama yang perlu dilakukan bagi memastikan intitusi kekeluargaan yang merupakan satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah intitusi kekeluargaan harus memperkukuhkan nilai agama di dalam diri masing-masing. Tidak kiralah sama ada ibu, bapa atau pun anak-anak. Ini kerana saya percaya setiap agama di dunia ini tidak kira Islam atau pun Kristian mahu apa pun semua pasti menekankan aspek nilai agama yang baik terutama di dalam aspek kekeluargaan. Dalam agama Islam sendiri contohnya, menekankan ibu bapa haruslah memberikan pendedahan awal kepada anak-anak mengenai tanggungjawab mereka terhadapa agama serta ketaat anak-anak kepada ibu bapa ibu bapa. Buktinya, di dalam hadis riwayat Syu’ab Al- Limaan: 6/400,hadis no.8662 “Ajarlah anakmu kerana kelak Allah akan bertanya kepada mu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu.” Hadis ini telah menjelaskan secara terangnya bahawa sesuatu intitusi kekeluargaan yang berperanan sebagai agen sosialisasi itu tidak hanya melibatkan sebelah ibu dan bapa sahaja tetapi juga anak-anak.

    Langkah kedua pula ialah cara didikan ibu bapa itu dalam membentuk anak-anak. Hal ini kerana dalam memberikan didikan ibu bapa adalah insan yang paling mempunyai pengaruh yang besar di dalam pembesaran jati diri anak-anak mereka. Bukannya guru mereka mahu pun rakan-rakan anak-anak. Oleh itu, peranan didikan ibu bapa dilihat mampu untuk memastikan intitusi kekeluargaan yang merupakan satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan lagi.

    Langkah ketiga ialah anak-anak haruslah memainkan peranan mereka sebagai anak yang baik kepada ibu serta bapa mereka. Anak-anak hari ini yang kebanyakkannya lahir di dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada kalangan ibu bapa yang berkerjaya serta sibuk dengan tugasan masing-masing haruslah memahami mengenai hakikat tersebut. Anak-anak haruslah menjadi sesuatu yang memudahkan ibu bapa bukannya menjadi seseorang yang menyusahkan dengan memberontak apabila ibu dan bapa sibuk dengan kerjaya.

    Langkah keempat ialah intitusi kekeluargaan harus mempunyai hari keluarga. Hal ini kerana setiap keluarga haruslah mempunyai masa di mana mereka boleh bersama-sama bagi mengeratkan silaturahim sesama mereka. Tidak dinafikan kesibukan ibu bapa serta anak-anak-anak yang bersekolah dapat membataskan masa untuk bersama-sama tetapi bukan bermaknanya ianya tidak boleh dilakukan. Bagi pendapat saya, kualiti yang dapat dikongsikan untuk bersama di dalam sesebuah keluarga yang sibuk itu adalah lebih penting berbanding kuantiti untuk bersama. Di mana masa yang berkauliti dapat dikongsikan apabila ibu bapa serta anak-anak dapat berkongsi cerita sesama mereka sahaja, dan saya yakin langkah ini dapat menjamin bagi melahirkan intitusi kekeluargaan yang kukuh sebagai setu agen sosialisasi.

    Langkah kelima pula ialah peranan pihak luar terutamanya kerajaan bagi menjamin rakyatnya mempunyai sebuah intitusi kekeluargaan yang kukuh. Apa yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah mengalakkan agensi pelancongan memberikan harga percutian yang murah kepada pihak yang berkeluarga agar mereka dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga agar dapat memastikan intitusi keluargaan yang merupakan satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Galakan cuti kerja dan sekolah juga serta kenaikan gaji dilihat mampu dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan intitusi kekeluargaan ini berjaya sebagai satu agen sosialisasi.

    link: http://www.youtube.com/watch?v=MGpTc0tBIPE&feature=related

    1. Nama sebenar: DARWINA MATHEW


    2. Nombor Matrik: A132464


    3. Tahun Pengajian: 2


    4. Fakulti: FSSK


    5. Email: hypnotizedgirl90@yahoo.com


    6. Facebook: DARWINA KEATEN MATHEW

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Intitusi keluarga adalah asas kepada pendidikan atau egen pendidik pertama kepada setiap manusia. Keluarga adalah tempat pertama manusia dididik iaitu sejak dilahirkan. Oleh itu, pendidikan yang betul dapat membentuk anak yang berguna dan berjasa kepada Negara dan sebaliknya.

    Agama adalah pendidikan yang paling penting dalam membentuk anak yang baik. Agama adalah keperluan kepada setiap manusia yang waras. Agama yang akan menjadi jalan hidup kepada manusia dalam menentukan baik buruk sesuatu kelakuan. Pendidikan agama yang betul oleh intitusi keluarga akan membentuk manusia yang berkelakuan baik.

    Bersikap tegas terhadap sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarga merupakan pendidikan yang penting dalam mendisiplinkan ahli keluarga. Sikap terlalu berlembut perlu dielakkan supaya ahli keluarga tidak merasa selesa untuk melakukan kesalahan yang sama. Sikap tegas perlu ditunjukkan sebagai satu pengajaran terhadap kesalahann yang dilakukan dan bukan sebagai satu hukuman.

    Kasih sayang juga perlu dititik berat oleh keluarga dalam mendidik. Sikap ambil peduli dengan mengambil berat keadaan ahli keluarga sama ada mereka sedih atau gembira perlu dalam mengikat kasih sayang antara anak dengan ibubapa, dengan ini sikap percaya mempercayai antara anak dengan ibubapa dapat dilahirkan. Kepercayaan inilah akan menjadikan institusi keluarga sebagai tempat penyelesai masalah dan bukannya rakan sebaya.

    Akhir sekali adalah menjalinkan perhubungan dengan kawan anak, jiran, guru sekolah dan orang yang sentiasa bersama dengan anak-anak kita. Perhubungan ini secara tidak langsung dapat mengawal anak kita dari luar pandangan kita. Mereka-mereka inilah akan memberi infor tentang perkembangan anak kita dan juga akan menasihati anak kita dikala mereka tidak bersama kita.

    Kesimpulannya, pendidikan dari Institusi keluarga penting dalam membentuk masyarakat yang berguna. Pendidikan yang betul akan melahirkan modal insan yang baik dan sebaliknya pendidikan yang salah akan melahirkan manusia yang bermasalah. Oleh itu, setiap keluarga perlu sedar tanggungjawab mereka.


    Nama : Mohd Abdul Aziz Bin Ahmad
    No Matrik : A130803
    Tahun : 3
    Fakulti : FSSK
    Email : mr.abdul87@gmail.com
    Facebook : Abdul Aziz (mohd_azizahmad@yahoo.com)
    http://www.youtube.com/watch?v=ppbDj7QsYVE&feature=related

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. LIMA (5) langkah memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan.

    Penghayatan agama yang tinggi.
    Ia perlu dilakukan oleh keluarga itu sendiri kerana dalam memastikan kejayaan pengukuhan institusi keluarga, ia terletak kepada institusi keluarga itu sendiri. Kerajaan hanya boleh membantu melalui dasar dan program pembangunan insan seperti kempen Rumahku Syurgaku, Utamakan Keluarga-Semakin Hari Semakin Sayang dan Smart Start Campaign. Walau bagaimanapun, ahli-ahli keluargalah yang perlu menentukan hala tuju dan kejayaan keluarganya. Penghayatan agama yang tinggi ini akan memastikan keluarga tersebut tetap berada di landasan yang diredhai oleh Tuhan. Penghayatan dan amalan agama yang konsisten juga menjamin keselamatan, pengukuhan dan kestabilan sesebuah institusi kekeluargaan. Justeru, setiap ahli keluarga memperoleh perasaan aman dan tenteram dan kewujudan aura keharmonian dalam suasana kediaman keluarga itu sendiri.

    Peranan-peranan ahli keluarga.
    Setiap ahli keluarga perlu memahami peranan masing-masing. Agama Islam contohnya telah menggariskan peranan setiap ahli keluarga dengan begitu teratur. Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Isteri pula wajib mentaati suami selagi tidak bercanggah dengan syarak dan memberikan kasih sayang serta pendidikan kepada anak-anak. Anak-anak pula wajib menghormati, membantu dan mentaati kedua ibu bapanya selagi tidak bercanggah dengan syarak. Ahli-ahli keluarga yang lain juga perlu dihormati dan dikasihi sewajarnya.

    Ilmu pengetahuan keluarga dari pelbagai aspek.
    Setiap individu dalam sesebuah keluarga terutamanya ibu bapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan agar keluarga itu dapat dipandu ke arah kejayaan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu boleh diwariskan kepada anak-anak agar mereka dapat membentuk kejayaan dalam hidup. Oleh sebab itulah ilmu adalah penyuluh kehidupan. Dalam agama Islam sendiri disebut Al-Iqra’ yang bermaksud ‘Bacalah’ kerana ilmu pengetahuan diperoleh daripada aktiviti membaca dan menghayati. Maka itulah, perlunya membeli bahan-bahan bacaan berunsur ilmiah dan memberi manfaat dalam sesebuah keluarga.

    Teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melayari hidup berkeluarga dijadikan contoh oleh anak-anak untuk membina sebuah keluarga yang kukuh dan juga cemerlang. Walaubagaimanapun, bagi keluarga yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak berkemampuan amat sukar untuk mereka untuk membangun tanpa bantuan orang lain. Maka satu daripada langkah yang dicadangkan ialah membuat lawatan rumah ke rumah yang berada dalam keadaan memerlukan bantuan di lokasi-lokasi tertentu. Mungkin bantuan yang diperlukan bukan berbentuk wang tapi lebih kepada ilmu kemahiran mengatur kediaman supaya berada dalam keadaan lebih selesa dan segala pengurusan kediaman terurus dengan lebih baik sesuai dengan kemampuan. Selain ilmu pengurusan kediaman, banyak lagi ilmu pengurusan-pengurusan lain yang boleh diperturunkan iaitu ilmu pengurusan wang, pengurusan hutang, pengurusan penjagaan orang sakit, pengurusan penjagaan orang tua yang mengidap penyakit tertentu seperti lumpuh, skizofrenia, penyakit mental, dan pengurusan kanak-kanak yang mengalami kecacatan, sindrom down, disleksia, ADHD dan sebagainya.

    Amalan syura.
    Amalan syura perlu dipraktikkan agar segala permasalahan dalam keluarga dapat diatasi secara kolektif iaitu bersama. Melalui amalan ini, ibu bapa sebagai anggota paling dominan dalam keluarga perlu bersedia mendengar pendapat daripada anak-anaknya. Anak-anak pula akan merasakan bahawa diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam keluarga. Proses sebegini pastinya akan lebih mengukuhkan dan mengeratkan hubungan setiap ahli keluarga. Akhir sekali, secara asasnya, sesuatu niat yang baik dan betul akan menjana hasil yang diredhai Tuhan.

    1. Nama sebenar : Nur’ain binti Ramle
    2. Nombor matrik : A133801
    3. Fakulti/Tahun Pengajian : FSSK/2
    4. Email : aenzara@gmail.com
    6. Facebook : Nur’ ain Binti Ramle
    7. url youtube berunsur kekeluargaan :
    http://www.youtube.com/watch?v=hixXf0Zhnrg&feature=related

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Lima langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan adalah yang pertama melalui pewujudan aktiviti secara bersama sebagai satu keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa khususnya perlu merencana aktiviti seperti bermain monopoli, beriadah, berbasikal dan sebagainya bersama anak-anak. Luangkan masa dengan anak-anak dapat membantu membangkitkan perasaan sayang dan cinta sesama ahli keluarga.


    Langkah kedua adalah melalui pendidikan keagamaan. Berikan ruang dan peluang untuk anak-anak mempelajari agama dengan lebih mendalam. Hal ini demikian kerana agama mampu membimbing sesebuah keluarga menjadi keluarga yang bahagia, tiada konflik dan sentiasa tenteram. Kebanyakan keluarga bermasalah biasanya akibat daripada didikan agama yang kurang. Jika kita lihat, anak-anak yang tergamak membuang ibu bapanya biasanya akibat daripada kurang didikan agama dan tidak mengetahui betapa berdosanya kita bila tidak mengambil berat akan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.


    Langkah yang ketiga adalah melalui rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan antara golongan yang memberikan pengaruh yang besar kepada anak-anak. Oleh itu, rakan sebaya perlu membimbing rakan-rakan yang lain agar sentiasa cintakan keluarga mereka. Jika rakan sebaya gemar menyakiti hati keluarganya dan tidak suka kepada keluarganya, kita juga akan terikut-ikut dengan budaya seperti itu. Oleh itu, pilihlah rakan sebaya yang baik agar kita menjadi manusia yang baik.

    Langkah yang keempat ialah melalui peranan media sendiri. Media seharusnya menyangkan program-program yang berunsurkan kekeluargaan, kasih sayang dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk menyemai perasaan cintakan keluarga dan betapa petingnya institusi kekeluargaan itu dalam diri rakyat Malaysia.

    Langkah yang terakhir ialah melalui diri sendiri. Kita harus sedar bahawa kita bukan manusia yang boleh hidup secara sendirian. Kita perlu ada keluarga disisi agar dapat menyokong dan saling menyayangi kita. Kita sendiri perlu sayangkan keluarga dan berusaha sendiri untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan.


    Nama : Khuzaimah Binti Ab Mutalib
    No Matrik : A132472
    Tahun : 2
    Fakulti : FSSK PROGRAM SEJARAH
    Email : srikandiutarakhuzy@ymail.com
    Facebook : http://www.facebook.com/srikandikhuzy
    Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=h31nPHnerGc&feature=relmfu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang merupakan satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Dalam arus pembangunan masa kini bentuk dan fungsi institusi keluarga telah banyak berubah. Peranan institusi keluarga pula di pindahkan kepada agen-agen sosialisasi seperti sekolah, polis, pejabat agama dan pusat-pusat pemulihan.

      Lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah yang pertama, memastikan bakal suami dan bakal isteri itu mempunyai aqidah yang sama. Sesebuah keluarga tidak mungkin bahagia jika dibina tanpa asas aqidah yang satu (Islam) justeru keimanan kepada Allah itulah yang akan memperkuatkan keazaman dan kesungguhan untuk membangun keluarga yang bahagia, harmoni dan diredhai Allah.

      Kedua, setiap suami isteri atau ibu bapa harus mengetahui dan menjalankan peranan hakiki masing-masing. Di antara peranan seorang suami ialah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Manakala kewajipan seorang ibu pula adalah mengurus rumah tangga yang mencukupi hal-hal seperti menjaga makan minum suami dan anak-anak.

      Ketiga, kita harus akur kepada ketentuan Allah bahawa lelaki selaku suami dan bapa adalah ketua keluarga. Suami atau bapa mempunyai tanggungjawab berat untuk menjaga dan membimbing ahli keluarga supaya sentiasa berada di jalan yang diredai Allah. Ini kerana, keluarga yang bahagia tertegak atas dasar amanah dan tanggungjawab suami atau bapa selaku ketua keluarga.

      Keempat, anak-anak hendaklah taat dan berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa bererti patuh kepada segala suruhan serta tunjuk ajar mereka yang makruf dan sentiasa berusaha menggembirakan kedua ibu bapa dengan memelihara hubungan yang baik melalui pemberian kasih saying, pemberian kerjasama dan bantuan dalam hal-hal yang munasabah dan berpatutan. Dengan perkataan lain, adalah menjadi suatu kesalahan atau dosa jika seorang anak derhaka terhadap ibu bapanya. Derhaka kepada ibu bapa juga bererti derhaka kepada Allah kerana perintah berbuat baik kepada ibu bapa beriringan dengan perintah supaya beribadat kepada Allah.

      Kelima, setiap ahli keluarga mestilah sentiasa berusaha mengeratkan tali silaturrahim. Dalam hubungan ini, setiap anggota keluarga yang meliputi bapa, ibu dan anak-anak harus memastikan yang suasana yang harmoni dan bahagia wujud dalam rumah. Keadaan seumpamanya akan memberi ruang kepada ahli keluarga berdampingan mesra dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain sekaligus menjadikan rumah lebih ceria dan menarik. Sebaliknya, Islam sangat melarang umatnya merenggangkan atau memutuskan hubungan silaturrahim atau hubungan kekeluargaan.

      Semuanya bertitik tolak daripada niat dan kesedaran kita sendiri dalam memenuhi tuntutan perkahwinan dan pembangunan keluarga dalam konteks kepentingannya terhadap agama, bangsa dan negara. Ini bermakna, tertegaknya sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia bergantung banyak kepada penghayatan pasangan suami isteri terhadap institusi perkahwinan dan cara bagaimana mereka mencorakkan rumah tangganya. Institusi keluarga adalah institusi penerus yang bertanggungjawab melahirkan generasi selanjutnya menerajui tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Kejayaan atau kegagalan rumah tangga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pembentukan negara. Kesejahteraan negara hanya akan tercapai jika setiap keluarga dapat melahirkan generasi yang berwibawa.


      Nama : Nur Syahira Binti Rahim
      No.Matrik : A133865
      Tahun : 2
      Fakulti : Sains Dan Teknologi
      Email : miszsyahira_91@yahoo.com
      Facebook : Syeera Rahim (miszsyahira_91@yahoo.com)
      Link Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=a45TwLJ_wCw

      Delete
  20. Pada era globalisasi ini, keruntuhan institusi kekeluargaan semakin banyak berlaku di negara kita. Hal ini termasuklah kes perceraian, keganasan rumah tangga, penderaan, dan sebagainya. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan ini seperti kurangnya penghayatan nilai agama dan moral, tidak mempunyai kemahiran keibubapaan dan lain-lain. Keluarga merupakan institusi yang paling utama dalam menentukan generasi pada masa akan datang dan memberi sumbangan yang sangat besar kepada masyarakat dan negara. Oleh hal yang demikian, langkah-langkah untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan perlulah dilakukan.


    Langkah yang pertama untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan ini ialah peranan individu atau pasangan. Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga, mereka perlulah dibekalkan dengan kemahiran keibubapaan. Mereka boleh menghadiri kursus-kursus tertentu yang berkaitan dengan kemahiran keibubapaan ini. Kursus-kursus ini akan membantu pasangan ini cara untuk mendidik anak dengan berkesan, dapat belajar untuk menguruskan tekanan dalam keluarga, menguruskan kewangan keluarga dengan baik dan sebagainya. Perkara ini mungkin dianggap sebagai sesuatu yang tidak serius. Namun begitu, sekiranya seseorang itu dilengkapi dengan kemahiran keibubapaan, masalah keruntuhan institusi keluarga tidak akan berlaku. Sebagai contoh, kita dapat melihat dalam dunia moden sekarang, banyak kes perceraian yang berlaku terutamanya dalam kalangan artis. Hal ini demikian kerana, mereka kurang kemahiran keibubapaan tersebut. Oleh itu, langkah ini sesuai bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan.


    Selain itu, pasangan keluarga juga haruslah memahami tanggungjawab masing-masing bagi memperkukuhkan insitusi kekeluargaan. Setiap masalah yang timbul dalam keluarga haruslah diatasi dengan tenang dan mengenalpasti punca yang menyebabkan wujudnya masalah tersebut. Pasangan perlu mengadakan perbincangan secara toleransi dan sekiranya mereka tidak dapat menyelesaikan masalah itu secara berdua, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Hal ini dapat mengelakkan prasangka dan persengketaan dalam rumah tangga. Kebanyakan kini, masalah penderaan, keganasan rumah tangga adalah disebabkan oleh sikap prasangka pasangan.



    http://www.youtube.com/watch?v=S6GYB7LWOIU


    Nama : Mashitoh Binti Othman
    No. Matrik : A132446
    Tahun. Pengajian : 2
    Fakulti : Fakulti Sains Sosial Dan
    Kemanusiaan
    Email : shitoh3080@yahoo.com
    Facebook : Mashitoh Othman

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Di samping itu, bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan juga, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting terhadap anak-anak mereka. Mereka perlu memberikan didikan agama dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, perhatian ibu bapa terhadap anak-anak akan membuatkan anak-anak merasai kasih sayang daripada ibu bapa dan kehidupan dalam sesebuah keluarga akan sentiasa bahagia dan aman damai. Sebagai contoh, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka seperti beriadah, melancong, bersukan dan sebagainya. Ibu bapa tidak harus bekerja setiap masa sehingga mengabaikan anak-anak. Jadi, peranan ibu bapa itu sangat penting bagi memastikan institusi kekeluargaan diperkukuhkan.


    Seterusnya, kerajaan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Antara salah satu perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran mengenai pentingnya institusi kekeluargaan. Melalui kempen yang dijalankan, seseorang itu akan lebih mengetahui cara-cara yang lebih baik untuk menguruskan keluarga, tindakan yang perlu diambil jika wujud sesuatu masalah dan sebagainya. Kempen kesedaran ini banyak memberikan manfaat kepada masyarakat. Masyarakat perlu didedahkan dengan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat kini yang melibatkan anak-anak remaja. Semua masalah gejala sosial yang berlaku seperti meragut, merogol, merompak, membunuh dan lain-lain yang melibatkan remaja kebanyakannya adalah kerana keruntuhan institusi keluarga. Oleh hal yang demikian, kempen kesedaran mengenai institusi kekeluargaan wajar dilakukan dan dilaksanakan secara berterusan.


    Langkah terakhir yang boleh dilakukan oleh kerajaan adalah dengan melaksanakan program pembangunan masyarakat. Tujuan program ini dilakukan adalah untuk meningkatkan penglibatan ramai pihak seperti masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) ke arah masyarakat yang lebih bertolak ansur dan penyayang. Program ini juga memberi tumpuan untuk mewujudkan kesedaran dan membina hubungan kekeluargaan yang baik serta mengiktiraf keluarga sebagai satu unit penting dalam institusi sosial. Oleh itu, hal ini merupakan cara yang terbaik untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan.


    Kesimpulannya, terdapat banyak langkah yang boleh dilakukan untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Langkah-langkah ini perlulah dilakukan secara berterusan dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Hal ini bertujuan agar negara kita akan menjadi negara yang harmoni dan imej negara dapat dipertingkatkan di persada antarabangsa.


    http://www.youtube.com/watch?v=S6GYB7LWOIU


    Nama : Mashitoh Binti Othman
    No. Matrik : A132446
    Tahun. Pengajian : 2
    Fakulti : Fakulti Sains Sosial Dan
    Kemanusiaan
    Email : shitoh3080@yahoo.com
    Facebook : Mashitoh Othman

    ReplyDelete
  23. Institusi kekeluargaan merupakan salah satu agen sosialisasi yang penting dalam sesebuah kekeluargaan. Antara langkah yang perlu dilakukan untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan ialah dengan menggubal Dasar Keluarga Negara. Keluarga merupakan agen utama yang menyumbang kearah pembangunan negara dan menjadi unit terpenting ke arah pengukuhan institusi kekeluargaan. Perubahan yang berlaku terhadap struktur dan soal perhubungan dalam sesebuah keluarga yang disebabkan oleh pertumbuhan peratusan bilangan isi keluarga dan pendapatan telah menyebabkan usaha yang gigih perlu dijalankan untuk memastikan peranan setiap ahli dalam sesebuah keluarga dapat dikekalkan. Contohnya, melalui penggubalan dasar keluarga negara ianya dapat membangun dan memperkukuhkan institusi kekeluargaan serta dapat mempromosikan konsep mengutamakan keluarga lebih daripada segal-galanya. Didalam dasar ini juga, ianya mencakupi aspek yang berkaitan dengan insiatif kesejahteraan keluarga yang perlu diambil kira dalam penyediaan dasar, program, perkhidmatan dan sebagainya.
    Seterusnya, langkah untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan ialah dengan mengkaji semula program pembangunan keluarga. Hal ini perlu dikaji semula bagi membentuk pendekatan baru yang mensasarkan tentang peringkat pusingan hidup keluarga yang sentiasa berubah dan untuk memenuhi keperluan setiap isi keluarga. Selain itu, dengan adanya kajian semula terhadap program pembangunan keluarga ini ianya dapat memperkasakan isi keluarga dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menghadapi cabaran hidup yang serba moden. Contohnya, melalui program yang lebih menekankan terhadap budaya saling meghormati, menjaga, bertanggungjawab dan sebagainya di dalam sesebuah keluarga.
    Seterusnya, mengadakan program Parenting@Work juga boleh dilakukan untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Program ini dibangunkan berdasarkan kepada modul pembangunan keluarga yang sedia ada bagi menyediakan bimbingan dan tunjuk ajar mengenai kemahiran keibubapaan, memastikan kestabilan dan keuntuhan unit keluarga dan sebagainya. Dengan adanya program ini, ianya dapat memastikan golongan muda yang bakal mendirikan rumahtangga mempunyai ilmu serta kemahiran dalam menguruskan keluarga. Contohnya, kemahiran keibubapaan merangkumi aspek pengurusan kewangan, keperluan tempat tinggal dan sebagainya.
    Selain itu, langkah untuk memperkukuhkan institusi kekeluarga adalah dengan mempergiatkan program kursus pra-perkahwinan. Program kursus pra-perkahwinan perlu dilakukan secara meluas terutamanya kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Dengan adanya kursus tersebut, ianya dapat memberi didikkan kepada mereka mengenai peranan dan tanggungjawab serta untuk memastiakan mereka mempunyai ilmu yang secukupnya dan bersedia untuk berkahwin. Contohnya, didalam kursus pra-perkahwinan mereka diajar mengenai cara untuk menguruskan perbelanjaan, mengurus rumahtangga dan sebagainya.
    Langkah terakhir yang boleh dilakukan untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan ialah melalui peranan media massa. Media massa perlu memberi penekanan dalam mempromosi dan menyebarkan nilai-nilai positif dan maklumat yang berkaitan dengan sosiobudaya masyarakat serta tahap kepekaan keluarga terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya peranan media massa ini, ianya dapat memberi sumbangan yang bernilai kearah pembentukkan jati diri individu dan juga keluarga. Contohnya, media massa memaparkan tentang budaya kunjung mengunjung ketika musim perayaan melaui iklan dan sebagainya.
    Link youtube: http://www.youtube.com/watch?v=S6GYB7LWOIU
    NAMA: Nurul Baitul Azlin Binti Mohd Nasir
    NO.MATRIK: A 133562
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: Sains Sosial Dan Kemanusiaan
    EMAIL: nurulbaitulazlin@yahoo.com
    FACEBOOK: Nurul Baitul Azlin

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan melalui beberapa langkah yang boleh dilksanakan secara berterusan dan seterusnya dapat diperkukuhkan sebagai salah satu agen sosialisasi. Institusi kekeluargaan amnya terdiri daripada ahli keluarga contohnya, bapa, ibu, dan anak-anak. Terdapat lima langkah yang diperlukan untuk mengukuhkannya iaitu melalui penerapan pendidikan agama, peranan ibu bapa sebagai sahabat, penyediaan keperluan harian oleh ibu bapa, teladan yang baik oleh ibu bapa dan terakhir pengawasan dan kawalan oleh pihak ibu bapa.

    Pendidikan agama merupakan asas dalam membangunkan institusi kekeluargaan. Pendidikan agama yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, contohnya bagi keluarga Islam wajar dilaksanakan dan diamalkan dalam diri ibu bapa. Ibu bapa perlu mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum berkeluarga. Apabila ilmu agama telah mantap secara tidak langsung segala bentuk negatif dapat dielakkan kerana ibu bapa sendiri berpegangan teguh terhadap agama. Seterusnya amalan tersebut dapat diterapkan ke dalam diri anak-anak. Anak-anak akan mengikut ajaran tersebut dan mewujudkan batasan dalam diri anak-anak kerana sudah terdidik, hal ini demikian kerana anak-anak dapat membezakan sesuatu yang negatif dan positif. Jelaslah bahawa pendidikan agama dan mengamalkan ajaran berteraskan Al-Quran dan As- Sunnah dapat menjadi benteng dan seterusnya institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    Selain itu, langkah untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah peranan ibu bapa sebagai sahabat dan teman baik. Tindakan ini wajar diamalkan dalam kelurga terutama ibu bapa bagi tidak mewujudkan jurang. Ibu bapa yang rapat dengan anak-anak secara tidak langsung dapat mengetahui masalah anak-anak kerana langkah ini mendekatkan anak-anak dengan ibu bapa. Contohnya ibu bapa boleh mengadakan program riadah pada masa lapang. Aktitiviti luar yang tidak berfaedah dapat dikurangkan sekali gus dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan anak-anak.

    Penyediaan keperluan asas oleh ibu bapa sangat penting dan merupakan langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Tanggungjawab bapa sebagai ketua keluarga perlu dipikul disamping ibu membantu dalam menyediakan keperluan asas atau hidup. Contohnya ibu bapa menyediakan keperluan seperti tempat tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi, keselamatan dan pendidikan yang sempurna. Sekiranya keperluan berikut disediakan tidak akan timbul masalah anak melarikan diri daripada rumah akibat kesempitan hidup. Jelaslah bahawa langkah ini snagat penting dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan.


    Nama Sebenar: Nor Hafizah Binti Khalid
    Nombor Matrik: A133695
    Tahun Pengajian: 2
    Fakulti: Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email: ejah_hanie@yahoo.com
    Facebook: Bunga Kertas
    Link youtube: http://www.youtube.com/watch?v=bFjFunK08aA&feature=related

    ReplyDelete
  27. Seterusnya, ibu bapa perlu memberi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Setiap perbuatan ibu bapa pasti akan dilihat oleh anak-anak. Ibu bapa menjadi ikutan kepada anak-anak. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meninggalkan segala perbuatan negatif agar anak-anak tidak terpengaruh. Langkah ini sangat penting dilksanakan kerana bagi mengelakkan anak terjeruus kepada masalah sosial yang membimbangkan.

    Langkah kelima yang boleh dilaksanakan ialah pengawasan dan kawalan oleh ibu bapa. Langkah ini sangat pragmatik untuk dilaksanakan dalam institusi kekeluargaan. Ibu bap perlu mengambil berat terhadap segala tindak tanduk dan pergaulan anak-anak. Melalui tindakan tersebut ibu bapa akan dapat mengurangkan gejala negatif yang akan melibatkan anak-anak. Ibu bapa mampu mencegah perbuatan anak-anak pada peringkat awal lagi sekiranya anak-anak terlibat dalam kancah yang negatif.

    Kesimpulannya, lima langkah berikut perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Kesemua pihak terutama dalam kalangan ahli keluarga sendiri perlu berperanan bagi mengukuhkannya. Sikap tidak memperdulikan anak-anak atau ahli keluarga perlu dikikis kerana institusi kekeluargaan akan melahirkan dan membentuk masyarakat pada masa hadapan.

    Nama Sebenar: Nor Hafizah Binti Khalid
    Nombor Matrik: A133695
    Tahun Pengajian: 2
    Fakulti: Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email: ejah_hanie@yahoo.com
    Facebook: Bunga Kertas
    Link youtube: http://www.youtube.com/watch?v=bFjFunK08aA&feature=related

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.
    i. Penawaran kursus kepada sesiapa yang ingin berumahtangga atau telah berumahtangga. Langkah ini membolehkan anggota masyarakat memahami lebih teliti tentang inti pati institusi kekeluargaan. Mereka perlu mengetahui tanggungjawad mereka terhadap keluarganya dan cara meguruskan keluarganya dengan baik. Contohnya, berumahtangga bukan sahaja perlu mencari rezeki untuk anggota keluarga, malah perlu adanya kasih sayang terhadap setiap anggota dalam keluarga supaya hubungan keluarga harmoni. Barulah sesebuah institusi keluarga yang kukuh boleh dibina.

    ii. Bukan sahaja ibu bapa tetapi ialah setiap anggota keluarga perlu menunjukan teladan yang baik untuk masing-masing. Pada masa yang sama juga senang untuk kita mengesan tabiat buruk masing-masing, tolong anggota keluarga kita mengubah tabiatnya dan menjadi ini sebagai pengajaran kepada diri sendiri. Langkah ini bukan sahaja memastikan institusi keluarga menjadi agen sosialisasi yang kukuh malah memastikan kita berhidup dalam suasana yang positif.

    iii. Pendidikan awal penting dalam memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Oleh itu, sebelum anak memasuki sekolah untuk mendapat pendidikan formal, ibu bapa seharusnya telah menberi pendidikan yang asas kepada anak supaya membina jati mereka secepat mungkin. Keadaan ini juga dapat memberikan satu panduan penilaian kepada anak-anak dalam membezakan sesuatu yang baik dan buruk.Pada masa yang sama boleh mengeratkan hubungan keluarga. Contohnya, Ibu bapa pada masa kini sibuk bekerja telah mengabaikan aspek ini, mereka bukan sahaja tidak mendidik anak mereka malah juga tidak meluangkan masa dengan anak mereka. Mereka tinggalkan anak kepada pembantu rumah atau di pusat penjagaan kanak-kanak. Keadaan jika berterusan macam ini, hubungan antara anggota keluarga tersebut akan longgar atau pecah. Jadi, kita perlu mengetahui betapa buruknya situasi ini dan mengatasikannya.
    iv. Pendidikan agama juga tidak boleh diabaikan. Agama bukan sahaja sebagai satu kepercayaan, malah ialah sokongan jiwa untuk setiap orang. Dengan adanya agama, kita tidak binggung dalam membuat keputusan dalam hidup. Ini memperkukuhkan institusi keluarga. Kita tidak mudah diperdaya oleh benda yang jahat kerana ada pegangan agama yang kuat. Ini membolehkan kita hidup dalam keadaan yang harmoni. Sesiapa yang ada didikan agama yang kuat juga lebih bertanggungjawab terhadap keluarganya seperti apa yang dididik oleh agama.

    v. Dalam dunia yang realistik ini, ibu bapa ada tanggungjawab untuk memenuhi keperluan asas hidup anggota keluarga, tetapi yang penting sekali tetap ialah kasih sayang. Kebendaan tidak mampu memperkukuhkan keluarga, malah akan meruntuhkan keluarga. Kasih sayang barulah mampu menerap rohani yang mulia dalam jiwa orang. Anak-anak yang berhidup dalam suasana yang penuh dangan kasih sayang lebih mempunyai perkembangan emosi yang tinggi. Kasih sayang itu adalah daripada ibu bapa dan juga anggota keluarga lain yang ada. Akhirnya, institusi keluarga yang kuat dapat dibentuk.

    1. Nama sebenar: Tey Yee Shee
    2. Nombor Matrik: A132096
    3. Tahun Pengajian: 2
    4. Fakulti: FEP
    5. Email: tey.ys@hotmail.com
    6. Facebook: ys tey(ys14520@hotmail.com)
    7. Link youtube: http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=34z5lfmoa6g

    ReplyDelete
  30. Usaha-usaha ke arah memperkasakan institusi keluarga merupakan agenda utama dalam pembangunan negara kerana kerajaan menyedari bahawa institusi ini sedang menghadapi keretakan yang serius. Memandangkan berlakunya perubahan terhadap struktur dan perhubungan kekeluargaan sebagaimana ditunjukkan oleh pertambahan peratusan keluarga nuklear dan yang mempunyai dwi-pendapatan, usaha yang lebih gigih akan diambil untuk memastikan peranan keluarga dikekalkan sebagai asas perhubungan sosial dan penstabil serta agen penjagaan kepada golongan muda dan tua.

    Antara 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan ini lebih kukuh adalah dengan memberi sepenuh penghayatan kepada ajaran agama. Penghayatan yang tinggi ini akan memastikan keluarga tersebut berada di landasan yang diredhai Allah s.w.t. Penghayatan dan amalan agama yang konsisten juga akan menjamin keselamatan dan kestabilan institusi keluarga. Justeru, setiap ahli keluarga akan memperoleh perasaan aman dan tenteram. Ini pasti akan mewujudkan keharmonian dalam keluarga itu sendiri.

    Dalam masa yang sama, setiap ahli keluarga juga perlu memahami peranan masing-masing. Agama Islam telah menggariskan peranan setiap ahli keluarga dengan begitu teratur. Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Isteri pula wajib mentaati suami dan memberikan kasih sayang serta pendidikan kepada anak-anak. Anak-anak pula wajib menghormati dan mentaati kedua ibu bapanya. Selain itu, ahli-ahli keluarga yang lain juga perlu dihormati dan dikasihi.

    Kesejahteraan dan kejayaan sesebuah keluarga juga bergantung kepada ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek. Setiap individu dalam sesebuah keluarga terutamanya ibu bapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan agar keluarga itu dapat dipandu ke arah kejayaan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu boleh diwariskan kepada anak-anak agar mereka dapat membentuk kejayaan dalam hidup. Teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melayari hidup berkeluarga boleh dijadikan contoh oleh anak-anak untuk membina sebuah keluarga yang juga cemerlang.

    Satu aspek lagi yang juga penting dalam memperkukuhkan institusi keluarga adalah amalan syura. Amalan syura perlu dipraktikkan agar segala permasalahan dalam keluarga dapat diatasi secara kolektif. Melalui amalan ini, ibu bapa sebagai anggota paling dominan dalam keluarga perlu bersedia mendengar pendapat daripada anak-anaknya. Anak-anak pula akan merasakan bahawa diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam keluarga itu. Proses sebegini pastinya akan lebih mengeratkan hubungan setiap ahli keluarga.

    Satu lagi aspek penting untuk memperkukuhkan lagi sesebuah keluarga itu adalah dengan sentiasa berusaha mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga. Dalam hubungan ini, setiap anggota keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak harus memastikan suasana yang harmoni dan bahagia wujud dalam institusi keluarga. Keadaan seumpama ini akan memberi ruang kepada ahli keluarga berdampingan mesra dan saling menghormati antara satu sama lain hatta menjadikan suasana sesebuah keluarga lebih ceria dan menarik. Bahkan, islam sangat melarang umatnya merenggangkan atau memutuskan hubungan silaturrahim atau hubungan kekeluargaan.

    Daripada saranan-saranan yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai lagi cara untuk membina kekuatan keluarga sendiri. Pun begitu, saranan ke arah memperkukuhkan keluarga tidak terhad kepada yang dinyatakan di atas. Apa sahaja cara yang baik dan bersesuaian perlulah diambil teladan dan diguna pakai untuk membina kekuatan keluarga.

    Link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=SZG0grW1wZY

    1. Nama sebenar : Nurul Aishah Jamil
    2. No matrik : A127905
    3. Tahun pengajian : 3
    4. Fakulti : FST
    5. Email : aishahjamil90@gmail.com
    6. Facebook : Nurul Aishah Jamil

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 langkah mengukuhkan institusi kekeluargaan

      Keluarga sebagai agen sosialisasi seharusnya bertunjangkan kepada ibu bapa yang sentiasa bersedia mendidik anak-anak dan membekalkan mereka dengan sebanyak mungkin dengan nilai murni. Didikan yang lengkap perlu diberi bagi memastikan akhlak dan tingkah laku anak-anak tidak menjurus kepada cara hidup negatif. Tidak dinafikan bahawa ibu bapa pada masa ini merupakan mereka yang berkerjaya. Namun begitu, kesibukan tersebut tidak seharusnya menjadi penghalang kepada mereka untuk mendidik anak-anak dan memenuhi keperluan tersebut. Keprihatinan mereka terhadap perkara ini sangat penting kerana tugas mencorak keperibadian anak-anak merupakan tanggungjawab mereka.
      Hubungan yang baik antara anak-anak dan ibu bapa juga mampu memperkukuhkan sesebuah institusi keluarga sebagai agen sosialisasi. Sifat saling memahami dalam keluarga sangat penting bagi memastikan keluaga sentiasa harmoni. Anak-anak seharusnya memahami kesibukan ibu bapa dan tidak melakukan sebarang perkara yang salah. Ibu bapa juga perlu memahami situasi anak-anak yang memerlukan perhatian tanpa memberi sepenuhnya tumpuan kepada hal kerjaya semata-mata. Waktu senggang yang dimiliki seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mengetahui setiap aktiviti anak-anak.
      Salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak samakin bermasalah ialah mereka lebih banyak masa diluangkan bersama rakan sebya berbanding keluarga. Hal ini menyebabkan anak-anak lebih terdedah kepada pelbagai gejala sosial yang kebanyakannya dipengaruhi oleh persekitaran luar. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih masa untuk bersama anak-anak. Hal ini boleh dilakukan dengan memperuntukkan masa pada hujung minggu dengan melkaukan aktiviti berfaedah. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa menjalankan aktiviti riadah yang digemari oleh anak-anak seperti bersukan, melancong dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, anak-anak akan rasa dihargai walaupun ibu bapa mempunyai tanggungjawab terhadap kerjaya.
      Seterusnya, institusi keluarga juga boleh diperkukuhkan dengan meningkatkan penghayatan terhadap agama. Keluarga yang tidak menerapkan pendidikan agama yang kukuh lebih mudah untuk terpengaruh dengan anasir luar. Oleh yang demikian, ibu bapa terutamanya haruslah memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Jika tidak mampu untuk mendidik sendiri , mereka boleh menjemput guru agama memberi kuliah magrib di rumah atau membawa anak ke majlis ilmu yang sesuai. Bukan sahaja anak-anak, ibu bapa secara langsung dapat meningkatkan pengetahuan dan motivasi diri dalam menerajui keluarga.
      Selain itu, institusi keluarga juga boleh diperkukuhkan dengan mengamalkan sikap terbuka antara satu sama lain. Ibu bapa seharusnya tidak mendidik anak-anak secara autokratik yang mana anak-anak tidak mempunyai peluang sama sekali dalam menetukan kehidupan dan aktiviti mereka. Ibu bapa seharusnya lebih bersifat terbuka tetapi masih menjaga batasan terhadap setiap kelakuan anak-anak. Melalui cara ini anak- anak akan lebih menghormati ibu bapa berbanding rasa takut dan terkongkong. Natijahnya, anak-anak kan memahami tanggungjawab mereka untuk menghormati ibu bapa bagi memastikan kehidupan mereka lengkap dengan nilai murni dan keperibadian yang elok.

      Nama sebenar : Nur Wahida Mat Sani
      Nombor matrik : A128070
      Tahun pengajian : 3
      Fakulti : FSSK
      Email : nurwahidamatsani@yahoo.com
      Facebook : Nur Wahida
      http://www.youtube.com/watch?v=toCbsgJzIhY

      Delete
  32. Pada masa sekarang, institusi kekeluargaan kian rapuh tidak kira di Malaysia mahupun di negara-negara barat. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana institusi kekeluargaan merupakan elemen penting dalam kehidupan semua manusia. Oleh itu, 5 usaha yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan adalah melalui:

    Peranan ibu bapa; Penjaga memainkan peranan yang amat penting dalam pengukuhan nilai-nilai murni berkaitan keluarga dalam diri kanak-kanak. Sejak dari kecil, kanak-kanak akan mencontohi ibu bapa mereka dalam merencanakan kehidupan mereka. Oleh itu, sekiranya ibu bapa tidak memberi teladan yang baik kepada anak mereka, maka ia akan memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa tidak seharusnya bergaduh sehingga menyebabkan penceraian dan seterusnya meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana ini mungkin menyebabkan kanak-kanak ini tidak mempunyai keyakinan terhadap institusi kekeluargaa pada masa hadapan.

    Peranan kerajaan; Pihak kerajaan haruslah memainkan peranan yang lebih penting dalam membangunkan institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, mereka bolehlah mengetatkan lagi undang-undang berkaitan dengan kekeluargaan seperti penceraian, penderaan kanak-kanak, dan pembuangan bayi. Dengan penambah baikan undang-undang ini, maka masalah berkaitan isu-isu kekeluargaan dapat dikurangkan. Contohnya, penderaan kanak-kanak mungkin dapat dikurangkan kerana orang ramai akan berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan perkara terbabit kerana sedar akan hukuman berat yang akan diperolehi sekiranya perbuatan tersebut dilakukan.

    Peranan media massa; Entiti ini turut memainkan peranan yang amat penting dalam merencanakan institusi keluarga kerana mereka mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan seharian masyarakat. Sebagai contohnya, media massa seperti televisyen, radio, dan surat khabar haruslah melipat gandakan iklan atau tayangan berkaitan pentingnya keluarga dalam kehidupan kerana media massa merupakan medium utama masyarakat untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, dengan adanya penglibatan mereka dalam usaha ini, maka masyarakat terutamanya golongan muda-mudi akan didedahkan secara lebih mendalam mengenai institusi kekeluargaan.

    Pengaruh rakan sebaya; Golongan ini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam membentuk kehidupan golongan muda-mudi pada masa sekarang. Hal ini kerana kebanyakan masa seharian akan dihabiskan dengan rakan-rakan tidak kiralah di kelas ataupun pada masa lapang. Maka, sekiranya rakan yang dijadikan sahabat itu merupakan insan yang rendah nilai-nilai kekeluargaan maka ia turut akan mempengaruhi individu-individu sekelilingnya. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan kes yang melibatkan lari dari rumah merupakan kes yang mana si pelaku melarikan diri dengan teman lelaki tanpa menghiraukan perasaan keluarga di rumah. Ini jelas kerana pengaruh rakan sebaya, maka institusi kekeluargaan akan terhakis dengan sendirinya.

    Didikan agama; perkara ini turut memainkan peranan dalam pembentukan institusi kekeluargaan yang ampuh kerana dengan adanya didikan agama yang sempurna maka personaliti individu dapat dibentuk. Semua agama tidak kira Islam, Buddha, Kristian mahupun Hindu menekankan bahawa keluarga merupakan elemen yang penting jadi ia tidak boleh dijadikan alasan oleh penjaga untuk tidak mendidik terutamanya golongan kanak-kanak dengan didikan agama yang sempurna. Oleh itu, didikan agama boleh dijadikan jambatan untuk mendidik kanak-kanak mengenai pentingnya institusi kekeluargaan.

    Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan yang lebih efektif dalam mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan yang kini kian rapuh. Hal ini penting kerana dengan adanya institusi kekeluargaan yang ampuh, maka segala masalah sosial yang berlaku sekarang dapat diatasi atau dikurangkan.

    1.Nama Sebenar: Tan Kim Chuan
    2.No Matrik: A131452
    3.Tahun Pengajian: 2
    4.Fakulti: FEP
    5.Email: Everlasting379@hotmail.com
    6.Facebook: Echo Chuan (bluesytes@hotmail.com)

    Link: http://www.youtube.com/watch?v=38kqFq0llPA

    ReplyDelete
  33. 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    Definisi Agen-agen Sosialisasi
    Individu atau pihak yang mampu membentuk individu yang menghayati nilai-nilai moral. Terdapat 5 agen sosialisasi

    Institusi Keluarga
    Ibu bapa menjadi “Role Model” dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmonis dan suasana yang selamat bagi anak-anak.Ahli keluarga juga sebagai penasihat atau kaunselor kepada anak-anak yang menghadapi masalah.Selain dari itu saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam setiap aspek kehidupan. Rumah adalah sumber untuk mendapatkan kasih sayang. Mendidik anak-anak dari kecil tentang tatacara bersosial dan persekitaran .Membetulkan kesalahan anak-anak. Memberikan didikan agama dan moral melalui cerita, kisah-kisah dan teladan

    Institusi Pendidikan
    Pengetahuan Moral seperti memberikan maklumat atau teori moral, penerapan melalui aktiviti dan pengukuhan melalui ujian dan peperiksaan.
    Peraturan Sekolah seperti, Lembaga Disiplin memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi,mencegah dan menghalang pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral. Menyediakan persekitaran yang merangsang pertumbuhan emosi dan sosial yang sihat melalui jalinan ikatan mesra dan muhibbah.Guru bertindak sebagai ibubapa kedua atau mentor kepada pelajar.

    Institusi Masyarakat
    Membentuk nilai-nilai yang diterimapakai dalam kumpulan masyarakat. Menunjukkan perlakuan yang boleh atau tidak dapat diterima oleh kumpulan. Mempamerkan cara-cara hidup yang sesuai dan perlu diikuti oleh golongan muda-mudi. Mengubah tingkahlaku individu yang tidak sesuai dengan teguran dan penjelasan.Nilai masyarakat majmuk dapat membanding yang kurang dalam diri kita. Adat resam dapat mempengaruhi pembentukan peribadi yang lemah lembut dan berhemah tinggi. Menjatuhkan hukuman bagi individu yang perilaku tidak sesuai dengan nilai-nilai masyarakat melalui sindiran, pandangan atau kata nasihat.

    Institusi Agama
    Melalui penyampaian ajaran agama yang disampaikan dalam bentuk khutbah, ceramah, penyampaian melalui pendeta, sami.Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama yang dianuti.Melalui lagu-lagu rohaniAktiviti kerohanianSeminar keagamaan yang bersifat membentuk remaja Perayaan sesuatu agama

    Institusi Media Massa
    Membekalkan maklumat baik-buruk sesuatu perkara. Menerbitkan rancangan berunsur agama dan pendidikan (TV atau Radio). Menyelitkan pengajaran atau teladan dalam artikel
    Kesimpulan
    Sosialisasi merupakan satu agen untuk membentuk tingkahlaku yang boleh diterima oleh masyarakat,institusi keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan, institusi agama dan media massa memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi.

    NAMA : SITI ZALEHA BINTI MOHD AYOB
    NO MATRIKS : A133463
    TAHUN PENGAJIAN :2
    FAKULTI : FEP
    EMAIL: ct_capricon@yahoo.com.my
    FACEBOOK : ct capricon
    http://www.youtube.com/watch?v=SZG0grW1wZY&feature=player_detailpage

    ReplyDelete
  34. Bagi memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan, pelbagai langkah perlu diambil. Langkah pertama adalah ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak. Hal ini adalah kerana ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak-anak iaitu yang memahami anak-anak mereka. Kasih sayang terhadap anak-anak hendaklah disamaratakan bagi mengelak timbulnya masalah iri hati dalam diri setiap anak. Ibu bapa perlu mengambil berat mengenai hal anak-anak kerana anak-anak amat memerlukan perhatian daripada ibu bapa terutama sekali apabila anak-anak sudah masuk ke alam remaja. Pada alam remaja inilah anak-anak perlu dididik dengan baik bagi mengelak daripada merea memberontak dan mudah tersinggung. Untuk itu, ibu bapa perlulah pandai mengambil hati anak-anak dengan memberi nasihat dengan cara yang baik dan bukannya memarahinya. Hal ini kerana anak-anak pada usia remaja baru mula berfikir dan keinginan untuk mencuba sesuatu itu agak tinggi.
    Untuk mengukuhkan sesebuah institusi kekeluargaan, bukan sahaja peranan ibu bapa yang penting, tetapi juga peranan anak-anak dalam mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni juga penting. Anak-anak diibaratkan penyeri rumahtangga bagi setiap yang bergelar ibu bapa. Didikan, pakaian, makan, minum, kasih sayang serta perhatian yang diberikan oleh ibu bapa walaupun mereka terpaksa memerah keringat untuk mencari nafkah demi kebahagian keluarga. Oleh itu, anak-anak perlulah menghargai, menghormati dan menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi kita. Anak-anak jangan mudah merajuk, marah dan bersikap negative terhadap ibu bapa kita kita kerana mereka diberi kesabaran yang tinggi dalam menjaga kita dari kecil hingga dewasa.
    Keutuhan sesebuah institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan lagi dengan menerapkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Untuk menerapkan kasih sayang tersebut supaya tidak pudar, setiap keluarga perlu mengadakan perjumpaan keluar sama ada setiap minggu dengan sekali perjumpaan atau sebulan sekali. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga. Perjumpaan tersebut pasti akan lebih harmoni jika disertakan dengan makan malam bersama, beriadah dan bercuti bersama ahli keluarga.
    Sekiranya terdapat masalah antara ahli keluarga ataupun pertelingkahan berlaku, setiap ahli keluarga perlulah menyelesaikan masalah tersebut dengan cara berbincang. Selain itu, perlulah berbincang dengan tidak mengikut emosi serta tenangkan diri. Setiap yang mempunyai masalah jangan mudah bertindak melulu tetapi perlu mengambil jalan yang positif. Orang tengah pula jangan bersikap berat sebelah dan perlulah bertindak adil dalam menyelesaikan masalah.
    Langkah yang terakhir ialah menyelesaikan masalah dengan berjumpa dengan pakar kaunseling yang mahir dalam kaunseling keluarga. Jika masalah yang dihadapi antara ahli keluarga atau masalah diri, pakar kaunseling mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah. Motivasi diri amat perlu dalam setiap ahli keluarga bagi memperbaiki hubungan antara keluarga. Dengan ini masalah dapat diselesaikan walaupun menggunakan bantuan daripada luar. Namun begitu, sebaiknya ahli keluarga menyelesaikan masalah sesama mereka supaya hubungan keluarga itu lebih utuh dan institusi kekeluargaan mampu diperkukuh.

    http://www.youtube.com/watch?v=-KC7iKzPuFk

    NAMA: NOR ATIKAH BINTI MD HUSSEIN@MUSTAPHA
    NO.MATRIK: A133744
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: FSSK
    EMAIL: tiekahhussein@yahoo.com
    FACEBOOK: Cik Atikah Hussein

    ReplyDelete
  35. Sosialisasi merupakan 1 agen yang membentuk tingkahlaku yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Institusi keluarga merupakan salah sat agen sosialisasi yang amat memainkan peranan penting.
    Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi keluarga ini diperkukuhkan.

    -Langkah pertama ialah, melalui tanggungjawab ibu bapa sebagai role model dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dan menjadi role model terhadap anak-anak. Pembentukan sahsiah pula harus dimulakan sejak anak-anak mereka kecil lagi. Di samping itu, segala tingkahlaku dan adab yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan diteladani oleh anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan entiti yang terdekat dengan anak-anak mereka.Maka, pembentukan sahsiah tersebut dipengaruhi oleh tindaktanduk atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik. Sebagai contoh,ibu bapa mengajar dan menunjukkan tingkahlaku yang baik kepada anak-anak mereka seperti mengajar mereka untuk bersopan santun dalam kehidupan.

    -Langkah kedua pula, didikan agama dan moral merupakan dua aspek yang penting dalam memastikan institusi keluarga dapat diperkukuhkan. Didikan agama dan moral amat penting dalam usaha melahirkan generasi yang berkualiti. Begitu juga, didikan agama dan moral ini harus diterapkan sejak anak-anak kecil lagi oleh ibu bapa. Hal ini bertujuan agar anak-anak dapat memahami ajaran agama dan menjadikan ajaran agama sebagai panduan dalam mereka menjalani kehidupan seharian. Di samping itu, didikan moral turut diterapkan dalam kehidupan anak-anak tersebut agar mereka mengetahui nilai yang baik yang harus menjadi pedoman hidup di masa akan datang. Peranan pengetahuan agama dan moral amat penting sebagai salah satu langkah untuk memperkukuhkan lagi institusi keluarga sebagai agen sosialisasi.

    -Langkah ketiga ialah, melalui peranan media massa institusi keluarga dapat diperkukuhkan. Menerusi media massa juga, kita boleh menyampaikan mesej yang mempunyai nilai kekeluargaan dalam iklan, drama dan sebagainya. Hal ini membolehkan para penonton mengetahui betapa pentingnya institusi keluarga sebagai agen sosialisasi.

    -Langkah keempat ialah, melalui peranan kerajaan juga institusi keluarga dapat diperkukuhkan. Peranan kerajaan dianggap penting untuk memperkukuhkan institusi keluarga kerana mereka merupakan entiti yang sangat berpengaruh dalam menentukan sesuatu polisi dalam negara. Begitu juga, peranan kerajaan dalam institusi keluarga harus dilakukan bagi memperkukuhkan institusi tersebut. Misalnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan badan kementerian yang menitikberatkan institusi keluarga sebagai agen sosialisasi dalam memberi kesedaran dan bimbingan dalam aspek pembangunan sosial yang berkaitan dengan masyarakat.

    - Langkah yang seterusnya ialah, melalui kursus pra perkahwinan yang diadakan. Kursus pra perkahwinan yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada para peserta tentang cara menguruskan proses perkahwinan, mempersiapkan diri dalam alam perkahwinan dan tanggungjawab setelah berkahwin bagi membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Melalui kursus ini juga, peserta mengetahui tanggungjawab mereka dalam memastikan institusi keluarga itu tidak rapuh. Maka, kursus pra perkahwinan diadakan sebagai salah satu langkah untuk memastikan institusi keluarga itu kukuh.

    -Tuntasnya, institusi keluarga sememangnya agen sosialisasi yang penting dalam sesuatu masyarakat.Hal ini kerana,Ibu bapa yang membentuk keperibadian anak-anak mereka. Oleh itu,langkah yang pragmatik dan kondusif harus diambil bagi memastikan institusi keluarga sebagai 1 agen sosialisasi dapat diperkukuhkan lagi.

    NAMA : NARAROSSA PETER BALLAK
    NO MATRIKS : A132499
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : FSSK
    EMAIL :januarysixgirl@yahoo.com
    FACEBOOK : N'Rossa Peter
    http://youtu.be/0MEvHlcoKoY

    ReplyDelete
  36. Institusi kekeluargaan boleh dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu, dan juga beberapa orang anak. Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang juga merupakan salah satu agen sosialisasi di negara ini terus kukuh. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perkataan sosialisasi bolehlah didefinisikan sebagai perihal atau perbuatan bergaul dan bermesra antara satu sama lain atau pergaulan.

    Tindakan awal yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah kerajaan haruslah menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keuntuhan keluarga di negara ini terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat. Keadaan ini akan menyebabkan dalam kalangan masyarakat, mereka akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu. Oleh itu, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini dan seterusnya dapat mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

    Langkah dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan yang seterusnya ialah peranan yang dimainkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga. Contohnya Yayasan Pembangunan Keluarga telah melakukannya di negeri Johor. Sejumlah dua juta penduduk Johor telah didedahkan dengan sebuah modul iaitu Modul Keluarga Sakinah (MKS) anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga dalam tempoh sembilan tahun lalu dengan 90 peratus daripadanya mengakui ianya telah membantu mereka menangani masalah dalam kekeluargaan. Usaha ini seiring dengan visi Kerajaan Johor untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan.Program ini turut mengukuhkan lagi hubungan seisi keluarga.

    Sesebuah keluarga juga haruslah sentiasa bersikap tolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam keluarga. Anak-anak seharusnya diberi nasihat yang sewajarnya. Keadaan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada anak-anak terlibat dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Apabila anak-anak menimbulkan masalah dalam keluarga, hal ini akan memberi kesan kepada para ibubapa contohnya berlaku perceraian. Hal ini bukan sahaja dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan itu, malah ianya juga dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga.

    Peranan media juga amat penting dalam membantu kerajaan dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Hal ini bermaksud media massa seharusnya sentiasa menyiarkan iklan-aklan atau cara-cara yang berkesan bagi mengukuhkan sesebuah institusi keluarga. Selain itu, media massa seharusnya mengeluarkan satu majalah keluarga yang dapat digunakan oleh para ibubapa khususnya untuk menimbulkan suasana yang damai dalam sesebuah keluarga. Oleh itu, hal ini jelaslah bahawa media massa juga merupakan salah satu daripada langkah untuk mengekalkan kekukuhan sesebuah institusi kekeluargaan.

    Sesebuah keluarga juga haruslah bersikap saling homat menghormati antara satu sama lain. Dalam konteks kepimpinan dalam keluarga, bapa yang berperanan sebagai ketua keluarga hendaklah menghormati kesemua ahli keluarga termasuk ibu dan anak-anak, tidak kira samada yang besar ataupun yang kecil. Mereka haruslah diberi layanan dan khidmat yang terbaik. Oleh itu, hormat-menghormati merupakan salah satu langkah yang terbaik dalam mengekalkan kekukuhan sesebuah institusi kekeluargaan.

    Secara kesimpulannya, semua tindakan yang diutarakan di atas sememangnya mampu menghasilkan satu institusi kekeluargaan yang utuh di negara ini. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapa amat diperlukan jika tindakan-tindakan ini ingin mencapai sasarannya.

    NAMA : KHAZIMAH BINTI MOHAMMADIAH
    NO. MATRIK : A132770
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : FSSK
    EMAIL : emaa_1990@yahoo.com
    FACEBOOK : Emaa Khazimah
    http://www.youtube.com/watch?v=Ecep6gcM54g

    ReplyDelete
  37. Institusi keluarga merupakan unit yang paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan sesebuah masyarakat. Hal ini demikian kerana, jika baik , sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga tersebut maka akan baiklah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah keluarga tersebut. Ditambah lagi , perkembangan pemikiran , emosi dan juga tingkahlaku seseorang itu bermula dalam suasana kekeluargaan sejak peringkat bayi lagi. Berbalik kepada topik perbincangan kita, pada pendapat saya langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah langkah yang pertama peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memberi pendidikan agama kepada anak-anak. Dengan adanya pendidikan agama yang cukup maka anak- anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan juga yang buruk. pendedahan yang diberikan sama ada di sekolah mahupun di mana-mana institusi akan memantapkan lagi tahap pemikiran mereka dalam memelihara insitusi kekeluargaan. Bahkan agama juga menyuruh kita sebagai anak-anak mentaati dan menghormati kedua ibu bapa kerana syurga adalah di tapak kaki ibu. Besar ganjarannya jika kita sebagai anak mentaati kepada ibu bapa.
    Selain itu, langkah yang kedua ialah peranan kerajaan dalam mempergiatkan kempen kesedaran mengenai kepentingan institusi kekeluargaan. Media massa juga perlu memainkan peranan dalam mempergiatkan kempen kesedaran ini agar kempen ini berjaya di sambut oleh masyarakat. kempen yang dilakukan ini sekurang-kurangnya berupaya dalam menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat. Secara tidak langsung, kempen ini akan mendidik mereka untuk memperoleh satu keluarga yang sempurna.
    langkah seterusnya ialah komunikasi secara berkesan perlulah dipraktikkan oleh ahli dalam kalangan keluarga tersebut. Dalam konteks ini, komunikasi amatlah diperlukan bagi mencapai keharmonian dalam keluarga tersebut. Tanpa jalinan komunikasi yang berkesan akan menyukarkan aliran interaksi antara ibu bapa dan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlulah meluangkan masa dalam memberi tindak balas yang berkesan kepada anak-anak.
    Langkah keempat pada pendapat saya ialah menggalakkan pasangan yang bakal berkahwin agar menghadiri khusus keibubapaan terlebih dahulu. hal ini demikian kerana, apabila mereka menghadiri khusus ini sekurang-kurangnya mereka akan mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai bagaimana untuk menjaga dan mendidik anak-anak ini agar menjadi anak yang berguna.
    Langkah yang terakhir pada pandangan saya ialah peranan ibu bapa sendiri dalam meluangkan masa bersama anak-anak. Secara tidak langsung, keadaan ini akan lebih merapatkan hubungan silaturahim antara anak dengan ibu dan juga bapa dengan anak. Ibubapa harus tahu bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja menyara kehidupan anak-anak bahkan mereka juga bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi pengetahuan yang berkesan kepada anak-anak mereka.
    Kesimpulannya, peranan yang dimainkan oleh semua pihak amat penting dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Bahkan juga slogan 'Rumahku Syurgaku' telah membuktikan bahawa betapa pentingnya keharmonian dan keutuhan dalam sesebuah ikatan kekeluargaan dalam membentuk generasi yang akan datang.

    NAMA : NOR HIDAYU BT ABDUL RAHMAN
    NO.MATRIKS : A132693
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : FSSK
    EMAIL : hidayuabdrahman@gmail.com
    FACEBOOK : yuyu sweet
    http://www.youtube.com/watch?v=uyev0vsoe6E

    ReplyDelete
  38. Terdapat lima langkah yang dapat dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialis dapat diperkukuhkan. Langkah pertama ialah kerajaan perlu memainkan peranan dengan menyediakan sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara ini terutama golongan yang berpendapatan rendah. Harga rumah di negara ini terutama di kawasan bandar begitu mahal sehingga ada keluarga yang tidak mempunyai rumah yang selesa untuk keluarga mereka. Hal ini menyebabkan anak-anak lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah seterusnya menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di luar rumah. Selain itu, kerajaan boleh menjalankan kempen kesedaran. Dalam kempen ini dihuraikan bahawa, kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya disamping berupaya untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri.Ibu bapa juga memainkan peranan penting.Islam memandang mulia kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab ibu bapa kerana mereka adalah tunggak dan pencorak generasi masa kini yang bakal menggalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Ibu bapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah.Faktor keterampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertakwa, beriman dan beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama kejayaan mereka. Jika kita mengukur dan menilai kejayaan ibubapa hanya berdasarkan kebolehan atau pencapaian aspek kebendaan semata-mata tanpa memikirkan soal adab, kesopanan, maruah dan budi pekerti sudah tentu ianya akan hanya melahirkan generasi yang tempang dan seterusnya masyarakat yang pincang. Ibubapa yang memahami, memperlengkapkan diri dan membentuk diri dengan asas-asas pengetahuan Islam untuk membina keluarga berlandaskan asas keagamaan akan dapat merealisasikan tuntutan sebenar dari perkahwinan tersebut. Di samping itu, setiap ahli keluarga perlulah memainkan peranan masing-masing. Suami bertangunggjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak manakala isteri pula bertangunggjawab mentaati suami dan memberikan kasih sayang serta pendidikan kepada anak-anak. Anak-anak pula wajib mentaati dan menghormati ibu bapa. Hal ini dapat mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang. Keluarga yang harmoni dapat mewujudkan ketenangan dalam setiap ahli. Sebagai contoh, anak-anak yang menghadapi masalah lebih mudah berkongsi masalah dan mencari penyelesaian bersama-sama ibu bapa jika mereka merasakan wujudnya keselesaan hubungan dengan ibu bapa berbanding anak-anak yang hidup dalam keluarga yang pincang. Anak-anak ini lebih selesa untuk meluahkan masalah kepada rakan sebaya di luar rumah dan seterusnya mengakibatkan mereka mudah terjebak dengan gejala sosial. Langkah terakhir ialah ibu bapa perlulah mempunyai didikan agama dan ilmu pengetahuan yang cukup dalam mendidik ahli keluarga ke arah kejayaan. Teladan yang ditunjukkan ibu bapa dalam melayari hidup berkeluarga juga boleh dijadikan contoh kepada anak-anak untuk membina sebuah keluarga yang cemerlang. Anak-anak yang mempunyai didikan agama juga lebih cenderung bertindak mengikut fikiran rasional dan akal fikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah berbanding megikut emosi dan hawa nafsu. Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk mengukuhkan institusi kekelurgaan. Semua pihak harus memainkan peranan dalam mendokong misi dan mencapai matlamat untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan.

    NAMA: SITI ROSNI BINTI ABDULLAH
    NO. MATRIK: A132859
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: FEP
    EMAIL: rossindsky@gmail.com
    FACEBOOK: Ismi Ct Ross
    LINK VIDEO: http://www.youtube.com/watch?v=38kqFq0llPA

    ReplyDelete
  39. Peranan institusi kekeluargaan
    Melalui institusi kekeluargaan, seluruh ahli keluarga bertanggungjawab dalam mencorakkan diri masing- masing dengan bantuan ahli keluarga yang lain. Sebagai contoh, ibu bapa berperanan dalam memberikan pendidikan tidak formal kepada anak- anak seperti ajaran agama, disiplin diri, adab- adab dan pantang larang serta sebagainya. Pendidikan tidak formal ini akan membentuk satu budaya dalam diri anak- anak dan anak- anak membesar dengan budaya tersebut. Contohnya, pemakaian baju kurung dianggap pakaian yang sopan dalam masyrakat, oleh itu, anak- anak hidup dalam budaya tersebut sehinggalah mereka dewasa dan diturunkan kepada generasi akan datang. Adab dan budaya itu sendiri dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi.

    Peranan kerajaan.
    Melalui kerajaan, pelbagai institusi pendidikan telah diwujudkan bermula dari pra- sekolah sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi. Di peringkat universiti misalnya, pelajar dipupuk untuk bekerja dalam satu kumpulan yang besar, contohnya, pelajar perlu menguruskan majlis- majlis yang besar seperti Minggu ICT, Kempen Menderma Darah dan sebagainya. Kemahiran- kemahiran yang diperolehi ketika berinteraksi sama ada dengan pihak luar atau pihak dalam mampu membina keyakinan diri pelajar dan menambahkan kemahiran sosial dalam diri mereka. Seterusnya pelajar mampu menjadi agen sosialisasi yang berjaya dalam kalangan masyarakat.

    Peranan badan bukan kerajaan.
    Badan bukan kerajaan seperti syarikat- syarikat domestik atau antarabangsa juga mampu memperkukuhkan institusi kekeluargaan sebagai salah satu agen sosialisasi. Caranya dengan memberi tajaan kepada siswazah- siswazah. Contohnya, pelajar yang memperolehi biasiswa daripada Sony dapat meringankan beban kewangan keluarga mereka. Di samping itu, pelajar perlu berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang setiap semester. Pihak Sony juga boleh menyediakan pusat latihan kemahiran kepada 'Fresh graduate' untuk meingkatkan kemhiran mereka. Oleh itu, pelajar tidak hanya memperolehi pengetahuan malah juga mendapatkan kemahiran 'soft skill'. Ini boleh menjadikan salah satu persediaan kepada pelajar ke arah dunia pekerjaan.

    Peranan masyarakat
    Dalam menjadikan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi, masyarakat perlulah memupuk sikap toleransi, berbudi bahasa, hormat- menghormati, tolong- menolong dan sebagainya. Sikap- sikap begini boleh dipupuk melalui adanya Hari Keluarga. Hari Keluarga di mana semua keluarga masyarakat berkumpul beramai- ramai. Mereka boleh berbual, bergurau senda malah juga boleh melakukan aktiviti rewang bersama. Malah, bukan sahaja Hari Keluarga, tetapi majlis- majlis kenduri juga mampu menyemarakkan lagi hubungan dalam masyarakat. Semua aktiviti sebegini mamapu memupuk nilai- nilai murni dalam kalangan masyarakat dan institusi keluarga.

    Peranan madia massa
    Misalnya penyiaran rancangan tidak bermoral seperti rancangan WWE, iaitu rancangan berkenaan gusti tidak sesuai untuk dipertontonkan. Ia mengandungi unsur keganasan yang mana boleh memupuk sikap suka membuli dalam kalangan kanak- kanak. Malah, rancangan yang berunsur pendidikan tidak formal perlu dipertingkatkan, contohnya siri animasi seperti Dora The Explorer mengajar kanak- kanak tentang nilai persahabatan dan kerjasama. Untuk remaja pula, filem hindi seperti 3 Idiots sangat sesuai kerana mempunyai nilai seperti semangat untuk menuntut ilmu yang tinggi dan juga nilai persahabatan.

    Kesimpulannya, pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan institusi keluarga sebagai agen sosialisasi. Pihak- pihak yang bertanggungjawab perlulah memainkan peranan mereka dalam mencapai matlamat tersebut.

    NAMA: NURUL AQEELA BT MOHD SEKARE
    NO. MATRIKS:A 132224
    TAHUN PENGAJIAN:2
    FAKULTI:EKONOMI DAN PENGURUSAN
    EMAIL:nurulaqeela9012@gmail.com
    FACEBOOK:Qee Qee Laa Laa (kill_2190@yahoo.com)
    LINK VIDEO:http://www.youtube.com/watch?v=WMnovwj6CCs

    ReplyDelete
  40. Sosialisasi merupakan satu elemen dalam membentuk peribadi dalam kalangan masyarakat. Salah satu egen yang terdapat di dalam sosialisasi adalah institusi keluarga. Dekat ini masalah dalam institusi keluarga telah mempengaruhi proses sosialisasi itu sendiri. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil perhatian dalam mengukuhkan institusi keluarga bagi memastikan kelangsungan dalam sosialisasi.
    Langkah pertama yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan institusi keluarga adalah melalui peranan ibu bapa. Ibu bapa merupakan elemen yang paling utama sekaligus penting dalam organisasi sesebuah keluarga. Segala tindakan serta keputusan dalam keluarga perlu ditentukan oleh ibu bapa dahulu. Ibu bapa perlu memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak. Hal ini meliputi perhatian yang khusus terhadap tanggungjawab mengajar atau mendidik anak-anak dalam mengatur strategi sosialisasi. Penerapan nilai murni dalam masyarakat perlu diajar bermula dari rumah lagi. Hal ini perlu diambil perhatian oleh ibu bapa. Contohnya bagaimana bercakap, dan batasan pergaulan jiran serta dalam kalangan ahli keluarga itu sendiri. Nilai menghormati orang tua juga perlu diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak. Hal ini perlu bagi menjadi pemerhati terhadap anak-anak supaya menghormati orang tua sekaligus menerapkan kewajiban menjaga ibu bapa kelak.

    Anak dan ahli keluarga lain merupakan langkah yang seterusnya dalam memastikan institusi keluarga kukuh. Anak mendapat kesan pembelajaran daripada sikap ibu bapa di rumah. Selain itu, anak perlu tahu tanggungjawab sebagai anak dan kelompok masyarakat. tanggubgjawab ini meliputi peranan dalam memelihara ibu bapa serta bagaimana perlu menghormati golongan yang lebih tua. Hal ini akan membantu anak-anak menghormati orang yang lebih tua di sekeliling.

    Peranan seterusnya adalah peranan kerajaan. Kerajaan merupakan organisasi yang besar di dalam sesebuah Negara. Kerajaan perlu mengambil peranan yang khusus bagi memastikan organisasi keluarga utuh. Hal ini kerana, keluarga perlu memainkan peranan dalam kedamaian Negara. Keutuhan institusi keluarga akan memberi impak yang besar dalam pembentukan sesebuah Negara yang maju dan bestari. Kerajaan perlu lebih mengambil berat hal ini. Pendekatan melalui program-program yang di anjurkan sememangnya lebih bercorak kekeluargaan. Kempen-kempen sayangi keluarga perlu dalam memastikan organisasi keluarga mantap. Selain itu, pihak kerajaan perlu memberi bantuan yang lebih kepada keluarga sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi memastikan organisasi keluarga mendapat kelangsungan pendapatan harian. Keluaraga yang tidak mempuyai masalah kewangan adalah lebih utuh.

    Agama memainkan peranan dalam mengukuhkan organisasi keluarga. Agama merupakan tiang seri dalam keluarga. Kepercayaan dan pegangan agama yang lebih kuat dapat membentuk jati diri setiap ahli keluarga. Ibu bapa perlu sentiasa mementingkan agama dalam setiap tindak tanduk dalam keluarga. Penerapan nilai-nilai agama dalam pendidikan perlu bagi memastikan ahli keluarga berada dalam garisan atau landasan yang betul. Hal ini dapat membina sosialisasi dalam keluarga. Contohnya mengamalkan solat berjemaah dapat membentuk jati diri dalam keluarga disamping melatih ahli keluarga berada dalam kelompok masyarakat yang selesa.

    Langkah terakhir dalam mengukuhkan institusi keluarga adalah sikap individu itu sendiri. Individu perlu peka dengan persekitaran sekeliling. Nilai dalam diri perlu sentiasa bertambah. Sikap mengambil berat sesama ahli keluarga sebenarnya telah melatih serta membiasakan diri untuk bermasyarakat. Selain itu, sikap yang positif dalam melakukan sesuatu perkara amat perlu. Sikap ini dapat memberi peluang kepada diri untuk berjasa serta dapat menghindari siri dari berprasangka buruk terhadap masyarakat luar.

    NAMA : NOR AZURIN BINTI ALI
    NO. MATRIT: A132565
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMEL: norazurinali@yahoo.com
    FB : norazurinali@yahoo.com // azurin ulin ali
    LINK VIDIO: http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A&feature=related

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. Terdapat banyak langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Antaranya ialah dengan didikan agama yang cukup daripada ibubapa dan juga para pendidik. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang menjadi salah satu pelengkap yang dapat menjadikan seseorang itu berfikir dengan sempurna cara mereka membalas jasa ibubapa mereka. Ilmu agama yang penuh dapat membina iman yang sempurna.

    Kemudian, peranan ibubapa adalah sangat penting dalam membentuk akhlak anak-anak pada usia yang masih kecil. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Para ibubapa perlulah menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak-anak. Hal ini akan menjadikan anak-anak pandai membezakan baik buruk sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka itu.

    Seterusnya, meluangkan masa bersama anak-anak. Walaupun ibubapa selalu sibuk dengan kerjaya, mereka perlu ada masa untuk diluangkan bersama anak-anak mereka. Perkara ini adalah sangat penting kerana anak-anak dapat merasakan kasih sayang ibubapa mereka dengan berkongsi masalah dan juga bergurau senda sesama ahli keluarga. Anak-anak juga tidak berasa bahawa mereka diabaikan sebagaimana dilakukan oleh sesetangah ibubapa. Mereka dapat merasa mereka dihargai oleh ibubapa mereka.

    Media massa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan institusi kekeluargaan merupakan salah satu sosialisasi dapat diperkukuhkan. Media massa perlulah menyiarkan iklan-iklan yang mampu memberi kesedaran kepada anak-anak dan para ibubapa tentang punca masalah institusi kekeluargaan dalam masyarakat kini. Hal ini membuatkan masyarakat berfikir tentang pentingnya silaturrahim dalam kekeluargaan. Sememangnya hubungan tersebut saling melengkapi dalam sebuah kehidupan. Langkah seterusnya ialah berilmu.

    Sebenarnya, ilmu adalah sangat penting dalam mengorak langkah ke arah sebuah kejayaan. Ilmulah yang akan membentuk seseorang itu berfikiran waras. Seseorang yang berilmu itu dapat membezakan suatu yang baik dan buruk. Sekiranya mereka berilmu dan menggunakannya dengan cara yang betul, sudah pasti mereka akan menghargai pengorbanan ibubapa mereka dalam membesarkan mereka.

    Link video: http://www.youtube.com/watch?v=h31nPHnerGc&feature=relmfu
    1. Nama sebenar : Noor Fatimatul Akma Binti Awang Ngah

    2. Nombor Matrik : A133496

    3. Tahun Pengajian : 2

    4. Fakulti : Sains dan Teknologi

    5. Email : fatimatul_akma7067@yahoo.com

    6. Facebook : fatimatul akma

    ReplyDelete
  43. Institusi keluarga merupakan unit asas serta tulang belakang dalam mewujudkan kesempurnaan bagi melengkapkan sistem sosial serta penting dalam pembinaan sesebuah masyarakat selari dengan pembinaan dan kemajuan sebuah negara. Sekiranya institusi keluarga berpecah maka kesan sosial dan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan juga generasi berikutnya.
    Antara langkah-langkah yang perlu dititikberatkan dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan ini ialah penghayatan yang mendalam terhadap agama. Penghayatan agama yang mendalam akan memastikan keluarga tersebut berada di landasan yang diredhai Allah. Agama islam telah menggariskan peranan setiap ahli keluarga dengan begitu teratur. Justeru , setiap ahli keluarga akan memperoleh perasaan aman dan harmoni.
    Kesejahteraan dan kejayaan keluarga juga bergantung kepada ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek. Setiap ahli terutamanya ibu bapa perlu mempunyai ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama, adab, ilmu sains dan sebagainya agar keluarga itu dipandu kearah yang benar dan betul. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu boleh diwariskan kepada generasi seterusnya agar mereka dapat membentuk kejayaan dalam hidup. Ini kerana, ibu bapa merupakan model terpenting dan yang paling berdekatan dengan kita untuk kita contohi teladannya.
    Selain itu, perkongsian pendapat dan juga masalah diantara ahli keluarga mesti diamalkan selalu. Sehubungan dengan ini, anak-anak akan merasakan bahawa diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam keluarga itu sejurus dengan dapat mengeratkan juga hubungan silaturrahim diantara ahli keluarga. Ibu bapa berperanan memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Tidak ketinggalan juga, mereka perlulah mendengar dan mempertimbangkan pendapat yang dilontarkan oleh anak-anak dan sekiranya sesuai dengan keadaan, tidak salah sekiranya merealisasikan pendapat daripada anak kita sendiri.
    Seterusnya ,meluangkan masa dengan keluarga dengan melakukan aktiviti yang berfaedah juga sangat membantu dalam memperkukuhkan institusi ini. Melancong, beriadah, makan bersama-sama, solat berjemaah dan sebagainya boleh dilakukan oleh setiap keluarga dalam mengejar erti kejayaan dan keharmonian dalam keluarga. Ini kerana, dalam menjalankan aktiviti seperti ini, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga serta dapat menanamkan sifat sayang menyayang, ambil berat dan juga bertanggungjawab dalam setiap ahli.
    Akhir sekali, setiap ahli keluarga perlu mempunyai sesuatu prinsip yang mesti dituruti oleh setiap ahli supaya tidak berlakunya perpecahan, antara contoh prinsip yang baik dilakukan ialah bertanggungjawab terhadap semua ahli, disiplin dari pelbagai aspek cntohnya masa,kebersihan, dengar kata dan sebagainya dapat membuat sesebuah keluarga lebih menghormati dan menyegani antara satu sama lain. Setiap ahli dalam keluarga berperanan penting mengambil bahagian dalam menjayakan institusi ini sejurus mengurangkan masalah sosial yang kian berleluasa hari ini.
    Link video: http://www.youtube.com/watch?v=UnnJ1sPCVEg
    Nama sebenar: Nor Nadirah bt Abdullah
    No Matrik: A133167
    Tahun pengajian: 2
    Fakulti: Sains Dan Teknologi
    Email: dek_dira89@yahoo.com
    Facebook: Nadirah Nad

    ReplyDelete
  44. Pada pendapat saya terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi. Peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat.. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. Sehubungan dengan itu, anak-anak mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.
    Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Ibu bapa perlu ambil tahu tentang latar belakang kawan-kawan kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang pantang dicabar. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya seperti melepek, merokok, lumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa.
    Di samping itu, Ibu bapa harus mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh anak-anak dengan sentiasa bertanyakan masalah anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dengan ini anak-anak akan berasa ibu bapa adalah orang yang tepat untuk dijadikan sebagai rujukan dalam proses penyelesaian maslah yang dihadapi dan bukan hanya bergantung kepada rakan-rakan sepenuhnya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Aktiviti keluarga seperti beriadah dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.
    Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif.
    Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Sikap ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alcohol dan lain-lain lagi. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.

    Link youtube: http://www.youtube.com/watch?v=NHLwnLyXMs&feature=related
    1. Nama sebenar: SITI FAIRUS BT MOHD MATURIDIN
    2. Nombor Matrik: A 133910
    3. Tahun Pengajian: 2
    4. Fakulti: SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    5. Email: ct_fairus90@yahoo. com
    6. Facebook: Ct Fairus

    ReplyDelete
  45. Era globalisasi pada masa kini memberi cabaran dan impak yang sangat besar kepada pembangunan keluarga. Tanpa perhatian dan langkah-langkah yang teliti,sesebuah keluarga boleh musnah. ebih-lebih lagi cabaran untuk melahirkan sebuah keluarga cemerlang di mana setiap ahlinya, perlu seimbang dari segi fizikal, mental dan emosi.
    Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang bagi saya perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Antara langkah-langkah yang utama dalam mewujudkan sebuah keluarga yang kukuh adalah peranan ibubapa sebagai penggerak utama sistem kekeluargaan. Ibubapa seharusnya bijak memainkan peranan bagi melahirkan setiap ahlinya yang seimbang. Kewibawaan dan keteladanan orang tua dalam keluarga yang menentukan pembentukan nilai-nilai agama, moral, sosial dan displin. Ibubapa perlu melahirkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghormati antara ahlinya dalam keluarga. Ibubapa juga haruslah meluangkan lebih banyak masa mereka dengan anak-anak supaya ikatan kekeluargaan bertambah kuat.
    Selain itu, agama juga merupakan salah satu langkah bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Saban hari, masalah kekeluargaan menjadi isu yang sering kali didengar. Hakikatnya, masalah ini sebenarnya berpunca daripada kurangya kualiti kerohanian dalam sesuatu institusi keluarga itu, tidak kira samada bangsa cina, india dan melayu. Sebagai contoh, Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan dengan penghidupan manusia. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Setiap ahli keluarga perlu melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.
    Pendidikan moral atau sivik di sekolah juga merupakan salah satu langkah. Pendidikan moral dan agama di sekolah membantu membentuk pelajr-pelajar menjadi insan yang berguna pada keluarga mereka. Mereka mempelajari untuk menyayangi dan menghormati keluarga. Sehubungan dengan itu, melalui pendidikan atau subjek di sekolah ia mampu mendedahkan pelajar-pelajar tentang sistem kekeluargaan dan fungsi keluarga. Sekaligus, mereka akan mengetahui kepentingan kekeluargaan.
    Seterusnya, pihak kerajaan merupakan salah satu pihak yang terpenting dalam menguatkan hubungan kekeluargaan. Contohnya Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya peranan golongan wanita dan institusi kekeluargaan untuk mencapai agenda pembangunan negara.
    Media massa memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Contohnya memperbanyakkan lagi iklan-iklan yang berkaitan dengan kepentingan hubungan kekeluargaan. Malah, meningkatkan jenis majalah-majalah berkaitan dengan kekeluargaan kerana pengeluaran majalah tentang keluarga adalah sangat kurang di negara kita. Contoh majalah yang terdapat di Malaysia adalah majalah keluarga.
    Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan.

    Video : http://www.youtube.com/watch?v=So3VSbZDMSY

    Nama : Norzafirah Ismail
    No.Matrik : A130614
    Tahun Pengajian : 3
    Fakulti : FST
    Email : fyraryfa.zafyzary@yahoo.com
    Facebook : Zaheartsza

    ReplyDelete
  46. Sindrom menghantar ibubapa ke rumah penjagaan orang-orang tua bukan satu cerita yang baru lagi Memetik satu petikan daripada surat khabar Berita Harian pada tahun 2010, warga emas dalam kalangan kaum Melayu merupakan kumpulan yang paling ramai ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua di seluruh negara. Dari tahun 2007-2010, seramai 3,864 warga emas Melayu ditempatkan di 11 institusi penjagaan seluruh negara. Sebanyak 2,591 bagi kaum Cina dan 1,905 orang (kaum India) bagi tempoh sama. Perkara ini adalah disebabkan kelemahan institusi kekeluargaan di negara kita. Oleh itu terdapat beberapa langkah atau cadangan dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan iaitu:
    Seperti mana yang kita semua ketahui, setiap agama menyeru kepada kebaikan.. Oleh yang demikian, memupuk ilmu agama dan moral dalam diri sendiri adalah sangat penting. Ilmu yang ada dapat digunakan untuk membantu mengukuhkan hubungan antara ahli keluarga. Sebagai seorang muslim, kita boleh mengajak ahli keluarga kita untuk beramal ibadat seperti sembahyang berjemaah bersama-sama. Amalan ini dapat membantu kita mengeratkan silaturrahim antara keluarga.
    Kebanyakan ibubapa moden pada masa kini, banyak menghabiskan masa kualiti bersama keluarga untuk mencari duit. Segelintir daripada kita berpendapat duit yang menentukan masa depan anak-anak. Memang tidak dapat disangkal bahawa duit boleh menjamin masa depan, tetapi perhatian setiap ibubapa terhadap ahli keluarga yang lain juga adalah peranan yang besar. Waktu hujung minggu anak-anak seharusnya diluangkan bersama-sama dengan anak-anak secara bijak. Sebagai contoh melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama seperti berkelah, bersukan dan menonton televisyen bersama-sama
    Peranan media massa adalah sangat penting kerana media massa banyak menggunakan teknologi dalam menyebarkan maklumat dengan cepat dan efisien. Sebagai contoh melalui media elektronik radio. Radio dapat menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk yang kebiasaannya adalah melalui nasihat. Pelbagai nasihat bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga dapat dihebahkan melalui media elektronik ini. Majalah dan surat khabar juga dapat menyampaikan mesej sayangi keluarga dengan lebih menarik.
    Kerajaan juga banyak memainkan peranan dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk membantu masyarakat ke arah kesejahteraan sosial. Selain itu, Dasar Warga Tua Negara yang digubal kerajaan adalah salah satu contoh dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Antara objektif Dasar Warga Tua adalah meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara. Pelbagai kempen juga banyak dilaksanakan oleh kerajaan bagi megeratkan hubungan kekeluargaan.
    Hubungan yang kurang mesra antara ibubapa dan anak-anak merupakan salah satu punca berlakunya keruntuhan institusi keluarga. Ibubapa dan anak-anak seharusnya lebih mesra antara satu sama lain supaya anak-anak tidak merasa berat hati untuk meluahkan segala masalah yang dihadapinya. Selain itu, ibubapa juga dapat mengetahui segala tindak-tanduk anak-anak termasuklah dengan siapa anak-anak berkawan. Ibubapa juga haruslah bersikap lebih terbuka searus dengan perkembangan semasa agar dapat memahami anak-anak lebih baik dan seterusnya anak-anak dapat menerima nasihat yang diberikan. Dalam erti kata lain ibubapa juga berperanan sebagai seorang teman dengan menggunakan pendekatan yang lebih sesuai di era yang moden ini. Malah, ibubapa juga perlulah memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak disamping memberikan bantuan dan dorongan dikala anak-anak ditimpa masalah.

    Video : http://www.youtube.com/watch?v=ybxNkpS5q-g

    Nama:Norzarifah Ismail
    No Matrik:A128675
    Tahun Pengajian:3
    Fakulti:FST
    Email:fyraryfa.zafyzary@yahoo.com

    ReplyDelete
  47. Institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama keluarga seperti contoh bercuti di tempat peranginan. Semasa bercuti, ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan apabila meluangkan masa bersama-sama melawat tempat-tempat menarik di samping mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni. Selain itu, amalan makan bersama-sama juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana pada waktu ini seluruh ahli keluarga dapat berkumpul setelah seharian sibuk dengan aktiviti masing-masing. Anak-anak akan bercerita dengan aktiviti yang mereka lakukan di sekolah dan juga ibu bapa dapat bertanyakan tentang pelajaran mereka. Di samping itu, ibu bapa juga perlu menunjukkan sifat kasih sayang terhadap anak-anak agar mereka akan berasa dihargai. Rasa kasih sayang dapat ditunjukkan apabila mengadakan sambutan hari lahir kerana anak-anak akan berasa terharu dan teruja untuk menyambut hari lahir bersama keluarga tersayang. Bapa juga perlu menunjukkan teladan yang baik dengan melahirkan rasa kasih terhadap isteri agar anak-anak mempelajari bahawa sayang-menyayangi merupakan aspek yang penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keganasan rumahtangga perlu dielakkan kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap anak-anak di samping gangguan emosi yang akan memberi kesan terhadap tumbesaran anak-anak. Selain itu, peranan sekolah dalam membentuk peribadi murid-murid juga penting dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Ini kerana, kebanyakan masa yang dihabiskan oleh anak-anak ialah semasa di sekolah. Oleh itu, sekolah amat penting dalam mengajar anak-anak untuk menjadi insan yang menghormati orang tua dan mempunyai peribadi yang mulia. Program yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti program jati diri,pembersihan jiwa dan sebagainya membantu dalam mengajar anak-anak dalam aspek keagamaan tentang balasan yang diterima menderhaka kepada ibu bapa. Yang terakhir ialah peranan media massa dalam menyampaikan mesej yang dapat memberi keinsafan dan juga sifat kasih sayang yang ditonjolkan dalam drama-dram atau iklan yang dapat memberi impak kepada masyarakat.
    NAMA : NUR FARHANA BT AHMAD FADZIL
    NO. MATRIK : A133532
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : FST
    EMAIL : hana_aqua1402@yahoo.com
    FACEBOOK : Nur Farhana

    link video : http://www.youtube.com/watch?v=ybxNkpS5q-g

    ReplyDelete
  48. LIMA (5) langkah memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan.

    Antara langkah yang boleh diambil untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan ialah pemantapan ilmu agama dalam sesebuah kekeluargaan. Sekiranya sesebuah keluarga itu mempratikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka pastinya mereka dapat menjalani kehidupan dengan harmoni. Sebagai contoh, jika sesebuah keluarga itu sering menunaikan solat berjemaah dalam keluarga dimana bapa menjadi imam dan ibu serta anak-anak sebagai makmumnya pastinya keluarga tersebut akan bahagia. Sementara itu, selepas solat berjemaah, ibu bapa boleh mengambil sedikit masa untuk memberi nasihat kepada anak-anak atau membaca tafsir Al-Quran agar mereka dapat menjalani kehidupan ini seperti yang dituntut oleh agama dan seterusnya dapat memantapkan ilmu agama dalam diri mereka.

    Selain itu, bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan, setiap ahli keluarga seharusnya mempunyai disiplin diri seperti mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam keluarga, menghormati hak ahli keluarga dan sebagainya. Sebagai contoh, anak-anak yang ingin keluar dari rumah seharusnya meminta kebenaran daripada ibu bapa dan memaklumkan kemana arah tuju mereka agar ibu bapa tahu ke mana anak-anak mereka pergi.

    Di samping itu, sikap toleransi dalam keluarga juga penting dalammengukuhkan institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, anak-anak seharusnya faham keadaan ibu bapa mereka andainya permintaan mereka tidak dapat dituruti dan mereka tidak seharusnya menyalahkan ibu bapa mereka kerana gagal memenuhi permintaan mereka. Begitu juga dengan ibu bapa seharusnya memaafkan kesilapan anak-anak dan menasihati mereka dengan cara yang baik.

    Seterusnya, langkah yang boleh diambil untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan adalah dengan meluangkan masa bersama seperti makan, melancong, melakukan aktiviti riadah dan lain-lain bersama-sama ahli keluarga. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga di samping dapat berkongsi kegembiraan bersama.

    Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah kemahiran komunikasi dalam keluarga dimana komunikasi ini amat penting dalam sesebuah hubungan kerana tanpa komunikasi, salah faham sering berlaku dalam keluarga sehingga boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, anak-anak yang kurang berkomunikasi dengan ibu bapa boleh menyebabkan mereka berasa jauh dari ibu bapa mereka dan akan menyukarkan mereka untuk berkongsi masalah mereka dengan ibu bapa yang akhirnya boleh menyebabkan masalah sosial dalam kalangan anak-anak.

    1. Nama sebenar: MIMA SURIATI SHAMSUDDIN

    2. Nombor Matrik: A 132419

    3. Tahun Pengajian: 2

    4. Fakulti: FSSK

    5. Email:mima_6690@yahoo.com.my

    6. Facebook:Itairus Amim

    Youtube :http://www.youtube.com/watch?v=EnoZQhdUfAE

    ReplyDelete
  49. Antara langkah dalam memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosiolis adalah ibu bapa perlu prihatin terhadap kehidupan sosial anak-anak. Sepertimana yang kita ketahui, rakan merupakan golongan kedua terhampir dengan remaja selepas ibu bapa. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan memastikan anak-anak mempunyai rangkaian rakan-rakan yang positif dan berminat untuk belajar. Sesungguhnya, keprihatinan ibu bapa sangat penting dalam memastikan remaja tidak terlibat dengan masalah sosial dan jenayah.
    Selain itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Namun, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas-kelas tambahan akademik berbanding program-program kerohanian, dengan alasan unsur-unsur kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan diri seseorang. Pandangan ini sudah semestinya salah dan harus diubah. Sesungguhnya, didikan agama penting dalam mengawal perlakuan remaja supaya mereka tidak terjebak dengan budaya negatif.

    Ibu bapa juga perlu menunjukkan teladan yang baik dan menerapkan budaya-budaya sihat kepada anak-anaknya. Kebiasaannya, anak-anak akan terdorong untuk mencontohi perlakuan ibu bapa mereka.Ibu bapa perlulah terlebih dahulu membudayakan sifat-sifat positif seperti menghormati orang tua, bersifat penyayang dan berdisiplin dengan harapan anak-anak akan berasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa mereka dan seterusnya terdorong untuk mencontohi sifat-sifat tersebut. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya menyiapkan anak-anak dengan sifat-sifat terpuji sejak kecil lagi sebelum mendedahkan mereka kepada masyarakat kini.
    Selain itu, ibu bapa juga perlulah sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga. Masalah dalam keluarga memang tidak dapat dielakkan, namun ibu bapa perlu bijak menyelesaikannya, tanpa perlu sama mengheret anak-anak. Anak-anak yang berasa tertekan dengan keadaan keluarga, mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mereka melepaskan tekanan tersebut di luar rumah. Contohnya, mereka akan membuli rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi, ibu bapa perlulah terlebih dahulu memelihara keharmonian rumah tangga.

    Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kasih sayang yang mencukupi akan dapat menghalang anak-anak untuk mencari keseronokan di luar. Namun, sering kali kita lihat, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak kepada pembantu rumah lantaran sibuk dengan kerjaya. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Contohnya, ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu. Melalui kasih sayang yang secukupnya, anak-anak tidak akan terasa tersisih sehingga menyebabkan mereka terdorong untuk mencari keseronokan di luar dan terjebak dengan budaya yang tidak sihat seperti melepak, merempit, dan mengunjungi pusat-pusat hiburan.

    Nama sebenar:NURUL IZZATI BINTI JAAFAR
    No Matrik: A137344
    Tahun Pengajian: 1
    Fakulti: FST
    Email:nurulizzatijaafar@yahoo.com
    Facebook:Izzati jjaafar
    Youtube:http://www.youtube.com/watch?v=OlJp7VY4YvE

    ReplyDelete
  50. Semakin hari semakin ramai yang kurang sedar mengenai kepentingan sesebuah institusi keluarga disebabkan kesibukan mengejar kemewahan duniawi semata-mata. Strategi yang efektif dan bersepadu amat diperlukan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan. Terdapat lima langkah yang dapat membantu untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan. Pertama, dari segi individu, iaitu dengan memupuk sifat sayangkan keluarga dan memberi keutamaan kepada keluarga dalam apa jua keputusan yang diambil. Kedua, dari segi ibu bapa. Kedua ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bersama ahli keluarga dengan bertanya khabar dan sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka berasa disayangi dan dihargai. Pendekatan ini sangat penting kerana anak-anak amat sensitif dan mudah memberontak jika dia merasakan kekosongan di dalam jiwa. Ketiga adalah melalui keluarga itu sendiri, iaitu dengan mengamalkan sifat saling menyayangi dan melakukan segala pekerjaan bersama-sama. Misalnya, melakukan solat berjemaah, makan bersama dan menonton wayang bersama-sama. Keempat, peranan masyarakat dengan mengambil berat hal ehwal jiran tetangga di samping mempamerkan sifat penyayang antara satu sama lain. Sifat saling bekerjasama dan prihatin dengan perubahan keadaan sekeliling membantu dalam mencegah dan menyelesaikan perkara-perkara yang boleh menyebabkan keruntuhan institusi keluarga seperti perceraian, pergaduhan dan salah faham. Kelima, peranan kerajaan melalui penggubalan polisi pekerjaan organisasi swasta dan kerajaan. Jumlah waktu dan hari bekerja perlu dihadkan kepada lima hari dalam seminggu sahaja supaya ibu bapa yang bekerja mempunyai masa untuk bersama keluarga pada hujung minggu. Kerajaan perlu sedar akan kepentingan masa berkualiti bersama keluarga jika mahukan negara yang stabil dan maju seiring keutuhan institusi kekeluargaan.

    http://www.youtube.com/watch?v=RFA4MAfFVQE

    Video ini memaparkan permintaan seorang bapa yang memerlukan lebih banyak masa untuk memahami anaknya dan melakukan perkara yang tidak sempat dilakukan bersama anaknya selama ini. Dia amat memerlukan masa tersebut untuk menebus semula kesalahannya yang tidak menyokong anaknya untuk melibatkan diri dalam bidang muzik. Namun, dia telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A 128064
    Tahun 3
    FSSK
    suez5379@gmail.com
    Facebook : suezanahanna (suez_0889@yahoo.com)

    ReplyDelete
  51. Pada pandangan saya, saya bercadang lima langkah yang berikut untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    Langkah yang pertama ataupun elemen yang paling asas dalam hal ini ialah satu keluarga yang sempurna. Satu keluarga yang sempurna dapat memberi anak kedua-duaan jenis kasih sayang daripada ibu dan bapa. Dalam satu keluarga, setiap orang mempunyai tanggungjawab dan perwatakan yang tidak sama dan mereka susah saling ganti-menggantikan antara satu sama lain. Pada zaman ini, kadar penceraian semakin meningkat. Mangsa yang paling besar dalam kebanyakan kes penceraian ialah kanak-kanak. Mereka mungkin mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain dan kurang yakin atas hubungan sosial dengan orang lain.

    Langkah yang kedua ialah ibubapa hendaklah menunjukkan kasih sayang kepada anak mereka. Pada zaman ini, kebanyakkan ibubapa terpaksa bekerja untuk menanggungi kos kehidupan yang semakin tinggi. Sebagai perbandingan, masa yang boleh mereka berada bersama dengan anak mereka sudah berkurang. Mereka hendaklah mementingkan kualiti penemanan apabila berada bersama dengan anak mereka. Sebagai contohnya, tidak membawa kerja balik ke rumah supaya dapat masa dan perasaan yang lebih senang untuk menemani anak. Selain itu, kita kena ingat wang itu bukan segala-galanya. Ipad, Iphone, laptop bukannya benda yang boleh menggantikan penenaman ibubapa.

    Langkah yang ketiga ialah ibubapa haruslah menunjukkan contoh atau teladan yang baik dan positif kepada anak mereka. Ibubapa merupakan orang yang paling kerap berinteraksi dengan anak sejak mereka dilahirkan. Mereka akan belajar segala apa yang ditunjuk oleh ibubapa. Oleh itu, sebagai ibu atau bapa, mereka haruslah mengetahui tanggungjawab sendiri sebagai satu teladan yang amat berpengaruhi dan melaksanakannya. Cara dan prinsip hidup, sifat menghadapi masalah, cara bersosial dengan orang lain dan sebagainya yang ditunjuk oleh ibubapa akan menjadi bahan didikan untuk memupuk personaliti anaknya secara tidak langsung.

    Langkah yang keempat ialah peranan media massa membekal maklumat yang positif. Pada zaman ini, kehidupan kita penuh dengan berbagai-bagai maklumat. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, televisyen, laman web sosial, radio, dan internet telah memberi kita maklumat yang terkini dalam masa begitu singkat. Peranan media massa tidaknya membekalkan maklumat yang terkini sahaja tetapi mereka hendak memberikan maklumat yang positif dan mengajar kita menjadi baik. Media massa boleh memaparkan program, iklan, nasihat dan masej yang berkenaan dengan kepentingan keharmonian institusi kekeluargaan.

    Langkah yang kelima ialah peranan kerajaan yang membekalkan kehidupan yang stabil kepada rakyat. Dalam konteks kehidupan kita, keselamatan dan keperluan asas merupakan elemen yang paling penting. Sekiranya kita hidup dengan susah pahit, tiada kerja boleh buat, tiada makanan boleh makan, bagaimana boleh kita fokus tentang kualiti pendidikan keluarga kita. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan yang amat penting untuk mengekalkan kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara kita dan seterusnya membangunkan negara kita.

    1. Nama sebenar: Chia Jia Yi

    2. Nombor Matrik: A133476

    3. Tahun Pengajian: 2

    4. Fakulti: FST

    5. Email: gei-i_kani@hotmail.com

    6. Facebook: kani chia

    http://www.youtube.com/watch?v=nwzOw33iNDo

    ReplyDelete
  52. langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah pertama, melalui komunikasi.Komunikasi amat penting dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Hal ini kerana, komunikasi yg tdk berkesan menyebabkan kegagalan ibu bapa dlm mendidik anak-anak dan akan menimbulkan salah faham.
    Disamping itu. kasih syg yg secukupnya drp ibubapa juga merupakan salah satu langkah utk mengukuhkan institusi kekeluargaan.Kasih sayang ibubapa amat penting kerana anak-anak akan merasa dirinya disayangi dan tidak akan merasa dirinya tersisih.
    selain itu, peranan kerajaan juga amat penting bg mengatasi masalah ini.kerajaan harus menjalankan satu kempen kesedaran tentang pentingnya institusi keluarga. Dalam kempen ini menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah, langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memperoleh satu keluarga yang sempurna.
    Media massa haruslah berperanan bg mengatasi masalah ini dengan menyiarkan iklan-iklan yang mampu memberi kesedaran kepada anak-anak dan para ibubapa tentang punca masalah institusi kekeluargaan dalam masyarakat kini. Hal ini membuatkan masyarakat berfikir tentang pentingnya silaturrahim dalam kekeluargaan. Sememangnya hubungan tersebut saling melengkapi dalam sebuah kehidupan.
    didikan agama yg secukupnya juga merupakan salah satu langkah bg memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.Dalam hal ini, ibubapa haruslah memberi didikan agama yg secukupnya kpd anak-anak sejak kecil lagi. Apabila anak-anak mereka mempunyai didikan agama, mereka boleh membuat keputusan yg mana baik dan buruk. pada masa yg sama,semua agama tidak kira Islam, Buddha, Kristian mahupun Hindu menekankan bahawa keluarga merupakan elemen yang penting jadi ia tidak boleh dijadikan alasan oleh penjaga untuk tidak mendidik terutamanya golongan kanak-kanak dengan didikan agama yang sempurna. Oleh itu, didikan agama boleh dijadikan jambatan untuk mendidik kanak-kanak mengenai pentingnya institusi kekeluarga.


    1.Nama sebenar: Nik Noorul Harizah bt Nik Far
    2.Nombor Matrik: A135408
    3.Tahun pengajian:2
    4.Fakulti:Fssk
    5.Email:missriyzah@gmail.com
    6.Facebook:Noorul Harizah


    http://www.youtube.com/watch?v=ppbDj7QsYVE&feature=related

    ReplyDelete
  53. Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan ialah peranan kerajaan. kerajaan menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keuntuhan keluarga di negara ini terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh member impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini.
    Langkah kedua ialah peranan media massa. Pelancaran satu kempen kesedaran tentang pentingnya institusi keluarga ini boleh diadakan bagi membantu megukuhkan institusi kekeluargaan. Dalam kempen ini dihuraikan bahawa kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya. Pada masa yang sama kempen itu juga berupaya untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah, langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memproleh satu keluarga yang sempurna.
    Langkah ketiga ialah peranan ibu bapa. Semua ibu bapa terutama pasangan yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kehadiran mereka dalam kursus sebegini memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik anak sendiri apabila sampai masanya kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah dan ibu mereka. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini menjadikan tugas untuk mendidik keluarga itu begitu mudah dan berkesan.
    Langkah keempat ialah penubuhkan satu agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan di negara ini. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian dengan perancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga di negara ini pula. Kewujudan agensi khas ini juga membuktikan kepada masyarakat bahawa kerajaan sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menangani masalah sosial yang berlaku itu. Sesungguhnya, penubuhan sebuah agensi khas keluarga sebegini mampu menjadikan semua aktiviti yang dilaksanakan terancang dan tepat ke arah sasarannya.
    Langkah kelima ialah penyediaan sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara ini terutama golongan yang berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa harga rumah di negara ini terutama di kawasan bandar begitu mahal sehingga ada keluarga yang tidak mempunyai rumah yang selesa untuk keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan anak-anak sering tiada di rumah lalu mereka mudah untuk terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di luar rumah pula. Justeru, kemampuan kerajaan menyediakan perumahan yang baik buat rakyat di negara ini bakal menyaksikan semua gejala sosial yang berlaku menjadi berkurangan pula.

    1. NAMA : OR SOO CHING

    2. NOMBOR MATRIK : A131414

    3. TAHUN PENGAJIAN : 2

    4. FAKULTI : FEP

    5. EMAIL : shierly_bigd2b@hotmail.com

    6. FACEBOOK : shierly_bigd2b@hotmail.com

    7. LINK YOUTUBE : http://www.youtube.com/watch?v=S4tp_n-8Y1Y

    ReplyDelete
  54. pada pendapat saya,langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah melalui peranan ibubapa. Ibubapa hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan tidak mengabaikan anak mereka.Jika dilihat pada hari ini, ibubapa sibuk mengejar kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab. Hal ini juga akan menyebabkan anak mereka terasa tersisih dan kurang kasih sayang

    Selain itu juga, komunikasi merupakan medium yg penting untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Kegagalan komunikasi yang baik akan menyebabkan masalah ataupun salah faham. Oleh itu juga, ibu bapa haruslah berkomunikasi dengan baik terhadap anak-anaknya supaya tidak wujud perselisihan dan salah faham.

    Langkah yang seterusnya ialah melalui peranan pihak kerajaan. Pihak kerajaan haruslah memainkan peranan yang lebih penting dalam membangunkan institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, mereka bolehlah mengetatkan lagi undang-undang berkaitan dengan kekeluargaan seperti penceraian, penderaan kanak-kanak, dan pembuangan bayi. Dengan penambah baikan undang-undang ini, maka masalah berkaitan isu-isu kekeluargaan dapat dikurangkan. Contohnya, penderaan kanak-kanak mungkin dapat dikurangkan kerana orang ramai akan berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan perkara terbabit kerana sedar akan hukuman berat yang akan diperolehi sekiranya perbuatan tersebut dilakukan.

    Disamping itu juga,ibu bapa hendaklah dijadikan model yang terbaik kpd anak-anak.Ibu bapa juga perlu menunjukkan teladan yang baik dan menerapkan budaya-budaya sihat kepada anak-anaknya. Kebiasaannya, anak-anak akan terdorong untuk mencontohi perlakuan ibu bapa mereka.Ibu bapa perlulah terlebih dahulu membudayakan sifat-sifat positif seperti menghormati orang tua, bersifat penyayang dan berdisiplin dengan harapan anak-anak akan berasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa mereka dan seterusnya terdorong untuk mencontohi sifat-sifat tersebut.

    Selain itu juga, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulia.

    Nama Sebenar:Mohamad Hafiz bin Mohd Zanani
    Nombor Matrik:A133845
    Tahun pengajian:2
    Fakulti:Fssk
    Email:arepeace201@yahoo.com
    Facebook:Saudagar Unta


    http://www.youtube.com/watch?v=6Hna40X4fpk&feature=related

    ReplyDelete
  55. Nama: siti sarah binti muhamad zin
    matrik: A133802
    Tahun: 2
    fakulti : FSSK
    Email: rose_harry90@yahoo.com / sarah90_ukm@yahoo.com
    facebook: cerita hujan

    Bagi membentuk keluarga bahagia, kita patut mengeluarkan masa lapang untuk beriadah bersama keluarga kita atau berkelah di luar bandar. Inilah bukan sahaja dapat mencergaskan fikiran kita dan juga dapat mengeratkan kemesraan hubungan ahli keluarga.


    Selain itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan tidak sibuk bekerja. Ibu bapa harus timbul perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap anak-anak supaya mereka berasa tidak terabai. Oleh demikian, anak-anak sewajarnya dilayani dengan baik agar mereka tidak berasa kekosongan dan berkongsi pemasalahan dengan ibu bapa.
    Langkah yang membentuk keluarga bahagia juga boleh mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kediaman sekeliling rumah. Dengan bergotong-royong, ahli keluarga dapat memupuk sikap tolong-menolong dan bekerjasama. Kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat diberaskan. Letih, penat, kepuasan bekerja dapat dirasai bersama-sama.

    di samping itu, ibu bapa wajar melayani anak sebagai seorang teman baik. Hal ini demikian kerana pada usia remaja, jiwa anak-anak suka akan sesuatu yang baru dan perasaan ingin mencuba. Pada waktu ini, ibu bapa perlu lebih prihatin dan bertindak rasional dalam menangani masalah anak-anak.


    selain itu juga menguruskan Waktu bersama keluarga dengan betul dan sisitematik .
    Setiap anggota keluarga harus mempunyai komitmen untuk meluangkan waktu untuk keluarga. Misalnya dengan makan malam yang harus diikuti semua anggota keluarga atau bepergian bersama untuk berwisata. mengurus waktu yang baik dan betul bersama keluarga akan menjadikan keluarga tersebut bahagia dan dapat mengurangkan masalah sosial.


    seterusnya ialah Harus ada perasaan saling memiliki dan menyayangi, kepedulian terhadap keluarga, jangan hanya waktu sakit saja. menjaga etika percakapan, akan menghasilkan persefahaman, dan mengurangkan masalah sosial dalam keluarga. Keluarga harus saling terikat. Longgarnya ikatan ini akan menyebabkan banyak masalah dikemudian hari. Hal ini juga menjadi kecenderungan keluarga di era
    modenisasi ini.

    yang terakhir ialah,komunikasi dengan baik untuk setiap keluarga,setiap anggotota keluarga harus menciptakan hubungan yang baik antar keluarga. Disini faktor komunikasi sangatlah penting. Suami harus komunikatif, begitu juga istri. Banyak kasus pertengkaran hanya karena masalah kurang adanya komunikasi ini.

    LINK : Iklan Raya Petronas 2003 - alkisah janda beranak tujuh
    http://www.youtube.com/watch?v=ns5zDpOJa-c

    ReplyDelete
  56. Institusi kekeluargaan adalah asas kepada pembentukan modal insan yang cemerlang dari pelbagai aspek.Peranan yang dimainkan oleh institusi kekeluargaan merupakan tunjang untuk menjadikan sesebuah keleuarga itu bahagia,aman, atau sebaliknya.Oleh itu,pelbagai langkah yang perlu diambil bagi memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    langkah pertama ialah,peranan ibu bapa dalam memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak, dengan memberi pendedahan mengenai ilmu keagamaan seperti ilmu fardu ain khususnya solat, kerana solat dapat mendisiplinkan anak-anak daripada melakukan kemungkaran dan sebagainya, selain itu, mendidik anak-anak dalam menjaga tingkah laku, hormat kepada ibu bapa, dan mendedahkan anak-anak mengenai hal halal dan haram sesuatu perkara dan tindakan. Dengan ini, kebahagian dalam kekeluargaan dapat dicapai dan dapat memupuk masyarakat yang baik dalam kehidupan bersosialnya.

    Kedunya,bagi pasangan yang baru mengenal erti kehidupan berumahtangga khususnya para suami dan isteri,sifat berkompromi dan bersefahaman serta bertolak ansur dalam pelbagai perkara perlu dipupuk dalam kehidupan.Misalnya, pasangan seperti suami isteri/ibu bapa, perlu berganding bahu dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga supaya keadaan ini dapat meringankan beban isteri yang kebanyakkan mempunyai tanggungjawab yang lebih dalam rumah tangga seperti sebagai ibu, isteri.Yang mana, tidak meletakkan tugas tersebut kepada orang perseorangan(isteri) sahaja.Keadaan adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya rungutan daripada isteri/ibu, sehinggakan boleh mencetuskan pergaduhan dan boleh menyebabkan pencerian,ekoran daripada masalah bebanan yang dipikul oleh isteri.Kesannya,anak-anak menjadi mangsa, hubungan anak-anak dengan ibu bapa menjadi renggang, dan anak-anak menjadi kurang dalam mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

    Selain itu, langkah ketiga, dengan memperkukuhkan lagi sumber pendapatan kewangan dalam keluarga adalah salah satu langkah bagi memastikan institusi keluarga yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.Pendapatan kewangan yang mencukupi dapat memberi keselesaan hidup berkeluarga, kerana kehidupan terjamin dan anak-anak boleh mengecapi kesenangan. Ini dapat menggelakkan gejala sosial yang kurang sihat dan kehidupan berkeluarga adalah tenang, aman dan bahagia, tanpa perlu memikirkan soal kewangan serta hidup tidak dikelilingi oleh hutang piutang.

    Langkah keempat, dengan melakukan aktiviti riadah adalah langkah, kerana dengan melakukan riadah serti berkelah dan bercuti bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, setelah seharian berpenat lelah dengan tugasan kerja. melalui riadah ini, masa antara ibu bapa dan anak-anak akan digunakan semaksimum mungkin dengan mengadakan sesi meluah perasaan dan bercerita tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian.pengkongsian pendapat dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga. Keadaan ini dapat menggelak daripada berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja. Anak- anak merasakan diri mereka dilindungi dan senantiasa dalam pengawasan ibu bapa.

    Kelima, penerapan nilai murni dan kemanusiaan dalam diri adalah perlu, contohnya nilai kasih sayang,hormat menghormati orang yang lebih tua, supaya masalah sosial dapat dielakkan seperti kejadian penderaan terhadap ibu bapa,pembuangan bayi,rogol,dan sebagainya. Secara kesimpulannya, institusi adalah benteng yang perlu dijaga dan diperalusi tentang peranannya supaya kebahagian dalam kehidupan dan negara dapat dirasai oleh semua lapisan.


    NAMA: SITI NOR HANANI AB. KARIM
    NO.MATRIK: A132691
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: FSSK
    EMAIL: imannani23@gmail.com
    FACEBOOK: Hanani ab.Karim
    Link: http://www.youtube.com/watch?v=2hP4cNTCV84

    ReplyDelete
  57. Pada pendapat saya, lima langkah yang boleh dilakukan dalam untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan yang pertama adalah dengan memberikan didikan agama yang mencukupi. Tugas ini diletakkan pada bahu kedua-dua ibu bapa, anak ibarat kain putih, menjadi tugas ibu bapa untuk mencorakkan ia dengan didikan yang baik. Jika didikan agama yang kukuh ada pada setiap anggota keluarga, kekuatan ikatan kasih sayang dapat diperkukuhkan dalam institusi kekeluargaan.

    Langkah yang kedua pada pendapat saya adalah dengan meluangkan masa bersama keluarga. Setiap anggota keluarga harus memainkan peranan mereka dengan mencuri sedikit masa yang ada demi keluarga yang tersayang. Dengan meluangkan masa bersama, ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama berkongsi cerita dan juga masalah yang dihadapi. Hal ini dapat mengeratkan silaturahim antara hali keluarga dengan adanya sifat ambil berat antara satu sama lain.

    Langkah yang ketiga pada pendapat saya adalah tolak ansur dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Kadar keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan dikatakan berpunca daripada sikap ego dan pentingkan diri masing-masing. Bagi mengelakkan keruntuhan intstitusi kekeluargaan ini terus berlarutah, setiap pasangan seharusnya bersikap saling memahami dan bertolak ansur dalam menangani permasalahan secara baik. Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumah tangga bukan sahaja dalam menjalani kehidupan kepada pasangan masing-masing bahkan kepada anak-anak yang sangat menguji kesabaran. Tolak-ansur adalah sangat penting.

    Langkah yang keempat pula adalah komunikasi yang berkesan. Komunikasi adalah alat yang penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanpa komunikasi yang berkesan, pelbagai salah faham yang timbul akibat salah faham. Komunikasi yang dikatakan berkesan adalah secara bersemuka dan menjadi pendengar yang setia dalam sesebuah keluarga. Dengan adanya komunikasi yang berkesan ia sekaligus dapat mengeratkan kasih sayang dan sikap mengambil berat antara satu sama lain.

    Langkah yang terakhir adalah peranan orang tengah. Jika berlakunya perselisihan dalam sesebuah keluarga, orang tengah adalah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah jika perselisihan berlarutan. Dengan adanya tempat mengadu, contohnya unit perunding kaunseling, segala permasalahan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik. Sekian Terima Kasih.

    Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=qrUr7bYd4Ug&feature=related

    NAMA: CHE NOOR FARAH BAHIAH BINTI CHE YUSOF
    NO MATRIK: A128412
    TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 3
    FAKULTI: FSSK
    EMAIL: farahbahiah@yahoo.com
    FACEBOOK: Che Farah Bahiah

    ReplyDelete
  58. Pada pendapat saya, tindakan awal yang boleh dilakukan bagi memastikan agen sosialisasi dapat diperkukuhkan di mana kerajaan perlu menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keuntuhan keluarga di negara ini terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh member impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini.

    Langkah kedua ialah kerajaan boleh menjalankan satu kempen kesedaran tentang peri pentingnya institusi keluarga ini diberi penekanan di negara ini. Dalam kempen ini dihuraikan bahawa kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya. Pada masa yang sama kempen itu juga berupaya untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah, langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memproleh satu keluarga yang sempurna.

    Langkah ketiga ialah peranan ibubapa yang perlu menerapkan nilai-nilai memberi didikan agama kepada anal-anak mereka sejak di bangku sekolah lagi. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Hal ini juga dapat mengawal tingkah laku anak-anak daripada terlibat dengan aktiviti sosial dan ianya dapat membimbing anak untuk lebih menghargai keluarga mereka. Didikan agama yang utuh mampu menjadi tembok pemisah antara mereka dengan budaya negatif yang kian menular.

    Langkah keempat,pada pandangan saya ialah peranan ibu bapa sendiri dalam meluangkan masa bersama anak-anak. Secara tidak langsung, keadaan ini akan lebih merapatkan hubungan silaturahim antara anak dengan ibu dan juga bapa dengan anak. Ibubapa harus tahu bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja menyara kehidupan anak-anak bahkan mereka juga bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi pengetahuan yang berkesan kepada anak-anak mereka. Contohnya, apabila mempunyai kelapangan di hujung minggu. Ibu bapa perlu membawa anak-anak pergi beriadah agar hubungan kekeluargaan ini kekal terjalin.

    Langkah terakhir ialah peranan media. Media merupakan alat yang mampu mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup masyarakat kini. Media seharusnya memaparkan program-program yang berunsurkan kekeluargaan, kasih sayang dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk menyemai perasaan cintakan keluarga dan betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu dalam diri rakyat Malaysia. COntohnya, semasa musim-musim perayaan pihak media perlulah memperbankkan lagi iklan-iklan yang berunsurkan moral dan tanggungjawab anak-anak kepada keluarga mereka di kampung. Ini kerana, segelintir golongan muda telah hanyut dalam era moden tanpa memperdulikan keluarga mereka.

    Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=3pFOrztCIgA

    NAMA: NOR AZIAN BINTI SANI
    NO MATRIK: A134291
    TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 2
    FAKULTI: FSSK
    EMAIL: ZIEYAN_90@YAHOO.COM
    FACEBOOK: ZIEYAN PROFEZ

    ReplyDelete
  59. Institusi kekeluargaan adalah asas serta tulang belakang dalam mewujudkan kesempurnaan bagi melengkapkan sistem sosial sesebuah negara. Kini,membangunkan institusi kekeluargaan yang kukuh menjadi antara cabaran utama yang perlu dihadapi setiap individu di dunia. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu dilakukan untuk memperkukuh institusi kekeluargaan.

    Antaranya,pihak kerajaan perlu menggubal satu rang undang-undang baru yang boleh memastikan keutuhan keluarga di negara ini terus berkekalan.Contohnya, kewujudan akta yang lebih menyeluruh harus digubal untuk memastikan masalah seperti penderaan, penceraian dan lain-lain tidak berleluasa dan langkah ini juga dapat menimbulkan rasa takut dalam diri masyarakat sebelum bertindak sesuka hati.Dengan ini,dapat memberikan sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat.Justeru, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan keluarga yang lebih baik.

    Selain itu, ibu-bapa dan anak-anak perlu memainkan peranan masing-masing dalam mencorak dan menghidupkan suasana sebuah keluarga yang bahagia. Ibu-bapa perlu lebih terbuka dalam menangani anak-anak mereka. Misalnya, mereka tidak boleh terus menghukum jika mereka melakukan sesuatu kesalahan.Tindakan ini bukan sahaja tidak wajar tetapi akan menjadikan anak-anak mereka lebih tertekan dan memberontak. Ibu-bapa perlu menjadi kawan kepada mereka serta menjadi tempat untuk mereka meluahkan perasaan,meminta pendapat dan nasihat. Dengan ini, anak-anak akan lebih terbuka dan selesa untuk berkongsi masalah mereka sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu-bapa dan anak-anak.

    Ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam memberi anak-anak mereka didikan agama yang sempurna."Melentur buluh biarlah daripada rebungnya".Anak-anak perlu diberi pendedahan tentang ilmu agama sejak mereka kecil lagi seperti ilmu fardu ain,fardu kifayah dan sebagai.Ironinya, solat dapat mendisiplinkan mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar bahkan mengajar mereka membezakan perkara yang haram dan yang halal.Pendek kata, agama merupakan tunjang yang paling penting dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

    Seterusnya ialah komunikasi antara ahli keluarga.Komunikasi penting dalam sebuah keluarga kerana menjadi medium perantaraan antara satu sama lain. Tanpa komunikasi yang berkesan, pelbagai salah faham akan timbul sekaligus menjarakkan lagi jurang antara ahli keluarga.Makan bersama boleh menjadi satu cara dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan antara ahli keluarga kerana mereka boleh berbual-bual serta berkongsi cerita antara satu sama lain justeru segala permasalahan dapat diselesaikan.Konklusinya,komunikasi antara medium penting untuk memperkukuh institusi kekeluargaan.

    Akhir sekali, setiap ahli keluarga perlu ada keinginan dan kesedaran dalam melahirkan sebuah institusi keluarga yang bahagia dan harmoni. Tiada guna kalau pelbagai langkah dirancang dan diatur tetapi mereka bersikap sambil lewa dalam membina keluarga yang bahagia. Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Ibu-bapa dan anak-anak perlu berubah untuk merealisasikan sebuah keluarga yang bahagia dan bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Pendek kata, kesedaran setiap individu dalam institusi kekeluargaan itu amat penting dalam mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan yang sudah terjalin.

    Konklusinya,slogan "rumahku syurgaku" tidak mustahil untuk direalisasikan seandainya semua pinak bekerjasama dan berganding bahu dalam menwujudkan keharmonian dan keutuhan sesebuah institusi kekeluargaan.


    LINK VIDEO http://www.youtube.com/watch?v=ppbDj7QsYVE&feature=related


    NAMA: NUR FARHAH BT. MOHTAR
    NO MATRIK: A134112
    TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 2
    FAKULTI: FST
    EMAIL: nurfarhahmohtar@yahoo.com
    FACEBOOK: Nur Farhah Mohtar

    ReplyDelete
  60. Antara langkah mamastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu daripada agen sosialisasi dapat diperkukuhkan adalah bermula dengan ibu bapa itu sendiri. Bapa yang bertindak sebagai ketua keluarga haruslah bijak dan berhemah dalam mendidik anak-anaknya. Ibu bapa perlu sentiasa bertoleransi dengan anak-anak dan tidak terlalu mendesak mereka namun ketegasan itu tetap perlu ada. Anak-anak yang sedang meningkat remaja akan tertekan dan mungkin memberontak sekiranya mereka ditegah dengan cara yang kasar ataupun dipukul. Memukul anak untuk diberi pengajaran juga mempunyai cara yang betul dan bukanlah dipukul sewenag-wenangnya. Sekiranya ibu bapa menghormati anak-anak nescaya anak-anak mudah menghormati kedua ibu bapa mereka lebih lagi. Dengan ini, mereka akan lebih menghargai kewibawaan kedua ibu bapa lantas mengukuhkan istitusi kekeluargaan itu sendiri.

    Di samping itu, ibu bapa juga perlu berusaha menjadi contoh yang terbaik bagi anak-anak mereka selain memberikan didikan agama yang mencukupi. Ibu bapa merupakan individu yang paling dekat dengan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu menunjukkan tingkah laku baik yang boleh ditiru oleh anak hingga dijadikan “role model”. Tingkah laku yang baik bukan sahaja dengan menjaga adab dan cara pergaulan dengan masyarakat malah dari segi menjaga maruah dan kepentingan mendahulukan keluarga. Bagi yang beragama Islam, solat jemaah juga menjadi pengukuh ikatan sesebuah keluarga yang boleh dijadikan amalan. Begitu juga yang bukan beragama Islam, beribadat mengikut cara mereka yang tersendiri mampu merapatkan ikatan kekeluargaan. Dengan menyediakan didikan agama yang cukup untuk anak-anak, mereka akan lebih memahami dan menghargai jasa kedua ibu bapa mereka.

    Langkah ketiga adalah peranan makanan. Makanan yang dimakan amat penting dalam membina sahsiah dan keperibadian yang baik kerana makanan akan menjadi sebahagian daripada darah yang mengalir dalam badan kita. Oleh yang demikian, para ibu haruslah memastikan keluarganya makan daripada sumber yang halal, ditambah pula dengan air tangan kaum ibu itu sendiri. Lebih-lebih lagi bahan yang digunakan dalam masakan seperti sayur-sayuran ditanam sendiri di kawasan rumah, yang diyakini daripada sumber yang halal. Ini adalah lebih baik daripada membiarkan anak-anak mendapatkan makanan-makanan segera yang banyak dijual di luar yang sukar diyakini halalnya. Makanan inilah yang boleh membuatkan hati anak-anak keras dan degil lantas sukar mendengar nasihat ibu bapa. Makan bersama dirumah juga dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan dan masalah yang dihadapi boleh dikongsi dengan selesa.

    Langkah seterusnya dalam memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan adalah dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa. Bapa berperanan penting dalam penyediaan tempat tinggal yang selesa untuk keluarganya. Anak-anak yang hidupnya terbiar dan kurang mendapat tempat tinggal yang selesa akan sering meninggalkan rumah lalu terlibat dalam masalah gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Tidak dinafikan keluarga yang tempat tinggalnya yang uzur juga mampu membangunkan institusi kekeluargaan dengan baik, namun keselesaan ini juga penting supaya anak-anak mampu menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik seperti individu lain seterusnya dapat menjaga keluarganya dengan baik.

    Langkah terakhir adalah dengan meluangkan lebih masa dengan keuarga iaitu dengan anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan rasa dihargai dan diharapkan setelah ibu bapa meniti usia tua, anak-anak mempunyai masa untuk menguruskan kedua ibu bapa mereka seperti mana yang mereka diberi perhatian ketika kecil dahulu.

    1. Nama sebenar: Siti Nur Faezah Binti Ehlam
    2. Nombor Matrik: A129493
    3. Tahun Pengajian: 3
    4. Fakulti: Fakulti Sains dan Teknologi.
    5. Email: fiza_faz03@yahoo.com
    6. Facebook: faez faezah

    link video : http://www.youtube.com/watch?v=IKoYZ5Iu8kk&feature=related

    ReplyDelete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah penerapan didikan agama. Didikan agama teramat penting sekali kerana melalui penghayatan agama dapat mendorong anak-anak dan seisi keluarga saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan nilai agama seawal dari anak-anak masih kecil seperti mengajar solat,mengaji, menghormati orang tua serta memberi pendedahan pada anak tentang isi kandungan al-Quran serta sunnah Rasulullah s.a.w yang perlu diamalkan sepanjang kehidupan di dunia yang sementara untuk menuju ke destinasi yang kekal iaitu akhirat. Dengan penerapan nilai-nilai murni tersebut akan mencorakkan manusia yang berguna dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

    Langkah kedua adalah banyak meluangkan masa bersama keluarga. Masa yang diluangkan bersama boleh mengeratkan hubungan antara anak dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu menjalankan aktiviti riadah bersama anak-anak kerana demikian dapat memupuk rasa saling menyayangi antara keluarga. Contohnya bermain badminton bersama dan berkelah.

    Langkah ketiga adalah sikap bertolak ansur antara ahli keluarga dalam menjalani kehidupan seharian. Bertolak ansur dalam menyelesaikan konflik yang berlaku,serta selalu membuat keputusan bersama-sama ataupun membuat keputusan mengikut kepakaran yang terdapat dalam diri masing-masing.

    Langkah keempat ialah makan bersama-sama. Makan bersama keluarga sama ada di rumah mahupun di luar rumah. Contoh, makan malam bersama ibu bapa dan semua anak-anak dalam sesebuah rumah tangga. Hal ini dapat menyemai rasa cintakan anak dan ibu bapa. Hubungan kekeluargaan secara tidak langsung akan menjadi kuat.

    Langkah terakhir ialah peranan kerajaan. Perlu menganjurkan kempen seperti utamakan keluarga. Kempen sebegini dilihat penting bagi menyedarkan masyarakat agar lebih mementingkan hubungan kekeluargaan serta menjaga institusi keluarga mereka ke arah menjadi keluarga yang berkualiti. Contoh, kempen utamakan keluarga dilancarkan di peringkat kebangsaan dan negeri pada tahun 2003 bertujuan mewujudkan kesedaran dan mengiktiraf keluarga sebagai keutamaan sosial dan unit asas masyarakat yang perlu dilindungi dan disokong oleh komuniti dan negara.


    Link video : http://www.youtube.com/watch?v=z61fI55VLHs

    Nama sebenar : CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID

    Nombor Matrik : A130775

    Tahun Pengajian: 3

    Fakulti: SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    Email : zulibra_freshie@yahoo.com

    Facebook : Ct Zulaiha

    ReplyDelete
  63. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  64. Pada pendapat saya, antara langkah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat dikukuhkan ialah ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak seperti membawa anak-anak melancong semasa bercuti, menemani anak-anak membuat kerja rumah dan ulangkaji dan lain-lain. Dengan ini, hubungan antara ibu bapa dan anak dapat dieratkan. Tidak dapat dinafikan, pada zaman sekarang ibu bapa perlu bekerja keras untuk menampung kos kehidupan dan meningkatkan taraf kehidupan keluarga. Namun begitu, ibu bapa haruslah membahagikan masa dengan betul supaya anak-anak tidak terasa disisihkan.

    Di samping itu, komunikasi juga merupakan salah satu cara untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan. Melalui komunikasi, ahli-ahli keluarga akan lebih memahami antara satu dengan lain. Contohnya, ibu bapa haruslah berkomunikasi dengan anak-anak supaya dapat mengetahui masalah anak-anak dan memberi nasihat kepada mereka untuk menyelesaikan masalahnya.

    Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam membentukan akhlak dan tingkah laku anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak semenjak kecil lagi. Anak-anak akan mudah dipengaruhi oleh ibu bapa dan akan berkelakuan seperti ibu bapanya. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadikan teladan yang baik kepada anak-anak. Bak kata pepatah, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

    Langkah yang seterusnya ialah ibu bapa haruslah memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kasih sayang yang mencukupi dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak. Hal ini secara tidak langsung juga dapat mengelakkan anak-anak melibatkan dirinya dalam gelaja social.

    Akhir sekali, peranan media massa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Media massa haruslah sentiasa mengutamakan bahan yang bermutu seperti iklan-iklan tentang kekeluargaan. Media massa sepatutnya berhati-hati memilih bahan yang ingin ditayangkan atau disiarkan dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata.

    Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan institusi kekeluargaan dapat dikukuhkan.
    1. Nama sebenar : Lee Chooi Chin

    2. Nombor Matrik : A132371

    3. Tahun Pengajian : 2

    4. Fakulti : FEP

    5. Email : lee_chin90@hotmail.com

    6. Facebook : Chooi Chin

    http://www.youtube.com/watch?v=IKoYZ5Iu8kk&feature=related

    ReplyDelete
  65. Pada pendapat saya, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi yang dapat diperkukuhkan adalah melalui didikan agama. Didikan agama yang cukup semanjak lahir dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jasmani dan rohani yang kuat bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Hal ini juga dapat mengawal tingkah laku anak-anak daripada terlibat dalam aktiviti sosial dan ianya dapat membimbing anak untuk lebih menghargai keluarga mereka.

    ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak supaya mereka tidak rasa tersisih. Ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Selain daripada memberi benda kemewahan kepada anaknya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangkan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa.

    ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Apabila perbuatan ibu bapa yang berperangai buruk dilihat oleh anaknya maka mereka akan mengikut jejak ibu bapanya. Jadi teladan yang baik amat penting dalam mendidik anak-anak.

    Langkah seterusnya, ibu bapa harus meluangkan lebih banyak masa kepada anak-anak dengan menemani mereka belajar serta memantau kerja rumah mereka. Serta mengambil tahu kawan anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan rakan yang tidak senonoh dan sentiasa berkomunikasi termasuklah mendengar mahami masalah yang dialami oleh mereka.

    Langkah yang terakhir adalah melalui media massa. Seperti didikan melalui pengiklanan kasih sayang kekeluargaan. Media masa turut memeinkan peranan yang penting kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat melalui televisyen, radio, surat khabar serta majalah untuk iklan yang berkaitan kepentingan ahli keluarga dalam kehidupan dan sebagainya.

    1. Nama Sebenar : Wong Sok Fun

    2. Nombor Matrik : A132311

    3. Tahun Pengajian : 2

    4. Fakulti : FEP

    5. Email : sf_wong90@hotmail.com

    6. SokFun Wong

    http://www.youtube.com/watch?v=i8_aS5RJ5LA

    ReplyDelete
  66. Terdapat beberapa langkah supaya sesebuah keluarga yang merupakan agen sosialisasi menjadi semakin kukuh dan erat. Antara langkah tersebut adalah sesebuah keluarga haruslah mempunyai didikan agama yang kuat. Hal ini demikian kerana didikan agama merupakan tunjang utama dalam pembentukkan akidah seseorang. Dalam hal ini ibu bapa merupakan agen utama bagi memperkuatkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Langkah kedua pula ialah menjalankan aktiviti hari keluarha. Dengan adanya aktiviti ini, sesebuah keluarga akan menjadi lebih akrab dan erat. Selain itu, aktiviti ini juga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk memahami antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Langkah seterusnya adalah tanggungjawab ibu bapa semasa melayani kerenah anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah mempunyai sikap sabar supaya tidak cepat melenting jika anak –anak mereka melakukan kesalahan. Seharusnya mereka perlulah memberi teguran dengan cara yang lembut dan tidak cepat memukul sekiranya kesalahan tersebut hanya kesalahan kecil. Lagkah yang keempat adalah antara ahli keluarga, mereka perlulah sentiasa memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain. Jangan sesekali memberikan kata-kata yang membolehkan semangat mereka jatuh. Contohnya, sekiranya anak mereka gagal dalam melakukan sesuatu perkara, ibu bapa seharusnya memberikan kata-kata semangat yang dapat memberasangkan anak-anak mereka untuk mencuba lagi. Langkah yang terakhir adalah ibu bapa perlulah prihatin dan mengambil berat tentang hal anak-anak mereka. Contohnya seperti ibu bapa haruslah mengetahui apa yang telah berlaku kepada anak-anak mereka setiap hari. Hal ini turut akan membantu menguatkan lagi ikatan kekeluargaan sesebuah keluarga.

    Nama Sebenar : NURUL AZLIA BINTI BAKARUDDIN
    Nombor Matrik : A132386
    Tahun Pengajian : 2
    Fakulti : FSSK
    Email : nurul_azlia77@yahoo.com
    Facebook : Nurul Azlia
    http://www.youtube.com/watch?v=ppbDj7QsYVE

    ReplyDelete
  67. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk memastikan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi ialah peranan ibu bapa dalam semua aspek kehidupan anak-anak. Ibu bapa bertanggunggjawab memberi didikan agama dengan sempurna, menyediakan keperluan asas, peluang pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Sebagai contoh, penyediaan tempat tinggal, pakaian, makanan, kewangan merupakan keperluan asas yang perlu disediakan oleh setiap ibu bapa. Keperluan asas yang cukup akan memberi keselesaan kepada anak-anak mereka dalam menjalani kehidupan seharian

    Selain itu, langkah untuk memastikan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi ialah mewujudkan sistem kekeluargaan yang utuh dan harmoni. Sebagai seorang bapa atau suami atau ibu perlu bekerja keras dalam memikul tanggungjawab kepada keluarganya dengan penuh sabar dan ikhlas terutamanya dalam mendidik anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa dan anak-anak perlu berkongsi segala suka duka dan menyelesaikan sebarang masalah dan konflik secara baik. Maka lahirlah ahli keluarga yang saling mengalah, saling mencintai dan saling menyayangi akhirnya mewujudkan sistem kekeluargaan yang baik, aman dan damai.

    Institusi keluarga sebagai agen sosialisasi dapat dilakukan melalui penyerapan nilai murni dalam kalangan anak-anak oleh ibu bapa. Mereka bukan sahaja berperanan memenuhi keperluan asas bahkan memenuhi tuntutan agama dengan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik. Hal ini bertujuan untuk melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia, mencintai keluarga, bersikap jujur dan sebagainya. Sebagai contoh, penerapan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua, bersyukur, memelihara kehormatan diri, penyayang, berdikari dan sebagainya sangat penting kepada anak-anak.

    Selain itu, ahli keluarga juga perlu merancang aktiviti-aktiviti yang bersifat kekeluargaan untuk menjalinkan hubungan yang lebih mesra antara satu sama lain. Sebagai contoh, ahli-ahli keluarga perlu bijak merancang masa di hujung minggu seperti berjoging, bermain boling, menonton televisyen dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka pergi melancong di dalam negara atau di luar negara terutamanya pada musim cuti sekolah Sudah tentu ahli keluarga akan berasa gembira dan lucu apabila melihat gambar tersebut. Secara tidak langsung, ibu bapa dapat mencipta masa yang berkualiti bersama anak-anak mereka

    Satu lagi, langkah yang perlu diambil untuk memastikan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi ialah ahli-ahli keluarga perlu meningkatkan ilmu kekeluargaan. Sebagai contoh, ilmu tentang pengurusan keluarga, ilmu pendidikan anak-anak, ilmu tentang pengurusan masalah dan konflik keluarga dan sebagainya. Ibu bapa dan anak-anak perlu berusaha untuk meningkatkan ilmu dengan membaca lebih banyak buku menyentuh isu-isu berkenaaan. berkeluarga. Secara tidak langsung, dalam kehidupan berkeluarga mereka dapat menangani pelbagai konflik dan masalah dengan jayanya.

    1. Nama Sebenar: Nurul NorFatihah Bt Md Yusoff
    2. Nombor Matrik: A132404
    3. Tahun Pengajian: 2
    4. Fakulti: FSSK
    5. Emel: nor_fatihah90@yahoo.com
    6. Facebook: Nurul Nor Fatihah
    http://www.youtube.com/watch?v=9TDCrM12GQk&feature=related

    ReplyDelete
  68. Isu kekeluargaan bukanlah menjadi satu fenomena baru dalam kalangan masyarakat pada era globalisasi ini. Ianya sering dilihat sebagai benda yang remeh tetapi sangat penting dalam memastikan keharmonian institusi kekeluargaan yang sebenarnya merupakan pokok pangkal kepada keberkesanan kesejahteraan sejagat.
    Demi memastikan institusi kekeluargaan sebagai salah satu agen sosialisasi yang dapat diperkukuhkan, terdapat beberapa langkah yang akan dibincangkan secara terperinci. Langkah pertama ialah sesebuah keluarga perlu untuk memperuntukkan masa bersama untuk berbincang mengenai masalah atau perancangan aktiviti keluarga. Perbincangan dilakukan dalam keadaan tidak formal dan santai seperti ketika menonton televisyen, makan malam atau pun ketika melakukan aktiviti luar. Ini kerana perbincangan yang terlalu serius menyebabkan anak-anak menjadi kurang selesa dan kurang memberi respon ketika dalam perbincangan. Ibubapa berperanan penting semasa berbincang dan setiap keputusan yang diputuskan mendapat persetujuan dan dapat menggembirakan hati semua.
    Selain itu, budaya saling-maaf memaafkan sebelum tidur antara ahli keluarga juga langkah yang berkesan dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Amalan saling memaafi ini amat dituntut dalam islam ketika sebelum tidur. Ianya amat sesuai dipraktikan dalam sesebuah keluarga demi membuang segala perasaan dendam, benci atau pun marah secara disengajakan atau tidak antara ahli keluarga. Ianya dilihat sebagai perilaku yang positif dan mengakrabkan lagi sesama ahli keluarga disamping mengharap ganjaran pahala daripada Illahi.
    Di samping itu, sifat saling faham-memahami perlu diterapkan dalam sesebuah keluarga. Anak-anak dalah yang paling muda jika dibandingkan dengan ibubapa, justeru, anak-anak perlu memahami ibubapa dengan sebaiknya. Ini penting demi mengelakkan ketidaksefahaman. Sebagai contoh, anak-anak perlu tahu mengenai apa yang ibubapa gemarkan, apa yang ibubapa tidak berkenan, apa yang membuatkan mereka bahagia, kerana walaupun dilihat sebagai remeh tetapi ibubapa sudah pasti akan senang dan bangga dengan sikap anak-anak yang pandai mengambil hati orang tuanya. Ibubapa merupakan orang yang membesarkan kita dan sudah pasti mereka memahami diri kita lebih dari kita memahami mereka.
    Memasak bukanlah satu perkara mudah tapi bukanlah juga satu perkara yang susah. Kebiasaaanya tanggungjawab ini diberi kepada si ibu atau anak perempuan. Untuk memperkukuh institusi kekeluargaan, antara saranannya ialah dengan bergotong royong dalam memasak lauk pauk untuk santapan sekeluarga secara bersama. Lelaki mungkin agak lemah dalam merasa sajian tetapi kerja-kerja seperti yang memerlukan penggunaan parang, pisau atau mengangkat periuk besar dan panas boleh dilakukan. Bila satu kerja dilakukan secara serentak sudah pasti akan mengambil masa yang singkat secara langsung akan mengeratkan lagi ikatan antara ahli keluarga.
    Keluarga mithali yang dipandu dengan syariah Islam merupakan keluarga yang diberkati oleh Allah. Sesebuah keluarga hendaklah sedar betapa sebenarnya kebahagiaan itu datang daripada-NYA. Mohonlah agar keluarga kita dipelihara oleh Allah. Carilah seorang yakni ulama atau guru agama yang boleh membimbing keluarga kita ke jalan yang lurus untuk rujukan kita agar tidak tersempang jauh dari matlamat sebenar kita dimuka bumi ini. Keluarga yang bersih niatnya akan dipermudahkan dalam mencapai keharmonian dalam bekeluarga.
    Kesimpulannya, institusi kekeluargaan akan dapat diperkukuh dengan menitikberatkan peranan dalam ahli keluarga itu masing-masing dan dibantu oleh peranan lain seperti media massa, kerajaan dan masyarakat.


    http://www.youtube.com/watch?v=So3VSbZDMSY&feature=related

    1. Nama Sebenar: MUHAMMAD HANSAH BIN BURHANUDIN
    2. Nombor Matrik: A135576
    3. Tahun Pengajian: 2
    4. Fakulti: FEP
    5. Emel: hanshinez_hye@yahoo.com
    6. Facebook: Hanshinez Hye

    ReplyDelete
  69. Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu dan beberapa orang anak. Terdapat juga keluarga yang mempunyai ahli seperti datuk, nenek, apkcik serta mak cik. Tindakan media massa yang memaparkan peningkatan gejala sosial berkait rapat dengan keruntuhan institusi keluarga telah menyebabkan semua pihak berasa terkejut.

    Antara langkah yang boleh dilakukan adalah kerajaan menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keutuhan keluarga di negara ini terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri dapat memberikan satu harapan baru kepada pembentukan keluarga yang sihat. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar terhadap akta peruntukan perundangan yang boleh memberi kesan kepada diri. Oleh itu, tinndakan mewujudkan perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang baik di negara ini.

    Selain itu, kerajaan boleh menjalankansatu kempen kesedaran tentang pentingnya institusi keluarga. Dalam kempen ini, dihuraikan bahawa kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya.Pada masa yang sama, kempen itu juga berupaya untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah, langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memperoleh satu keluarga yang sempurna.

    Bukan sahaja penggubalan perundangan dan menjalankan kempen, tetapi kerajaan juga boleh menubuhkan satu agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan di negara ini. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian dengan rancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga di negara ini.Kewujudan agensi khas ini juga membuktikan kepada masyarakat bahawa kerajaan sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menangani masalah sosial yang berlaku. Sesungguhnya, penubuhan sebuah agensi khas keluarga mampu menjadikan semua aktiviti yang dilaksanakan terancang dan tepat ke arah sasaran.

    Seterusnya, institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan dengan sifat kasih sayang.Ikatan institusi kekeluargaan adalah melalui perkahwinan yang sah serta sifat kasih sayang. Kasih sayang ahrus wujud dalam kehidupan seluruh manusia untuk melahirkan masyarakat yang bahagia, hormat-menghormati, percaya mempercayai dan tolong menolong. Pergaulan yang baik dan suasana kasih sayang dalam kehidupan rumah tangga akan mewujudkan keluarga yang harmoni. Sifat-sifat yang mulia seperti bertolak ansur, lemah lembut dan kata-kata yang baik adalah bayangan darI Allah yang mengkehendaki kebaikan kepada seseorang.

    Langkah yang lain ialah kerajaan boleh mewajibkan semua ibu bapa terutama pasangan yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kehadiran mereka dalam sebegini memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik anak sendiriAPABILA sampai masanya kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah dan ibu mereka. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini menjadikan tugas untuk mendidik keluarga itu begitu mudah dan berkesan.

    1.Nama Sebenar: Shangari A/P Kannan
    2.Nombor Matrik: A133279
    3.Tahun Pengajian: 2
    4.Fakulti: FEP
    5.Emel: angel.ukm@gmail.com
    6.Facebook:Shangari Kannan
    http://www.youtube.com/watch?v=AUCpDtDGhDs

    ReplyDelete
  70. (1) TARBIYAH ISLAMIYAH ASAS KEHARMONIAN INSTITUSI KEKELUARGAAN
    Di saat hati mereka masih bersih,jika ditarbiyah dengan kebaikan dan kemuliaan Islam. Kejayaan dalam membentuk sebuah keluarga muslim akan menutup banyak pintu-pintu maksiat dan kefasadan di luar sana. Mereka mestilah berada di dalam pemantauan ibu bapa, sentiasa dibimbing di dalam iklim kasih sayang disamping ketegasan dalam prinsip dan disiplin. Secara tidak langsung,ia adalah penyelesaian kepada masalah sosial yang semakin kuat melanda dalam institusi kekeluargaan hari ini seperti kes pembuangan bayi dan masalah pengguguran janin.

    (2) MAKANAN SUMBER PEMBENTUKAN AKHLAK

    Makanan akan menjadi darah daging, sekiranya ia datang dari sumber yang haram, maka hati dan pembentukan akhlak mereka tergugat. Para ibu seharusnya lebih kreatif dalam mendepani cabaran yang lebih menarik di luar rumah. Mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran, dan pemakanan juga antara cabang yang mempunyai pengaruh besar. Golongan ibu perlu menitikberatkan pengambilan makanan yang halal dan baik, dan berusaha menyediakan menu sendiri. Kreatif dalam mencipta resipi sendiri yang dapat memuaskan hati, bermutu dan halal untuk dimakan lantas mengeratkan hubungan kekeluargaan.

    (3) MEDIA MASSA SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI KEKELUARGAAN

    Media massa berperanan dalam usaha membentuk institusi kekeluargaan yang berjaya. Penyampaian yang berkesan dan mudah adalah dengan perkongsian ilmu mengenai isu-isu dan tips kekeluargaan di saluran televisyen dan di corong-corong radio yang dapat menarik minat semua lapisan masyarakat. Kesannya, masyarakat tidak hanya memikirkan media ini hanya sebagai medium hiburan,namun sebagai srategi baru memantapkan kemahiran dan memperbaiki kelemahan yang ada dalam membimbing keluarga. Medium penulisan juga dapat menyampaikan “penceritaan sebenar” kerana kesemua medium ini dapat memperbaiki komunikasi keluarga. Secara tidak langsung, ia mampu mengukuhkan institusi kekeluargaan yang telah terbina .

    (4) SISTEM PENDIDIKAN SECARA FORMAL

    Kementerian Pendidikan Malaysia telah memasukkan ke dalam sukatan pelajaran subjek Pengetahuan Moral, Pendidikan Agama Islam. Selain itu,aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyemaikan nilai-nilai kemasyarakatan kepada pelajar. Kerajaan juga boleh memperkenalkan pendidikan yang dapat menjana kerohanian dan pembentukan akhlak generasi muda ini dengan memastikan semua sekolah mempunyai sukatan pelajaran mempelajari Al-Qur’an dan menghayatinya. Pendidikan di sekolah dapat mengukuhkan pembentukan sahsiah generasi muda dan dikembangkan lagi di rumah dengan menerima rentetan tarbiyah ibu bapa yang akhirnya dapat menguatkan institusi kekeluargaan ini.

    (5) PENGLIBATAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

    Langkah lain,meningkatkan pengetahuan keibubapaan melalui pembacaan, kursus keibubapaan. Program ini dianjurkan bagi menekankan tentang cara mendekati dan mengurus anak-anak dan belajar bagaimana menjadi ibu bapa yang baik. NGO boleh jua berkolibrasi dengan Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga perlu bergiat aktif dalam kempen kesedaran keluarga supaya masyarakat sentiasa ditanamkan dengan input bahawa"keluarga adalah intipati kebahagian individu". Disamping itu, NGO,Kementeriaan Pembangunan Wanita dan Keluarga dan stesen-stesen television boleh menjadi badan pendidik khas dalam program khas keluarga seperti mengadakan sesi ceramah, kem, kuliah tentang institusi kekeluargaan untuk menanamkan kepentingan hidup berkeluarga.

    Namun yang demikian, sekiranya 5 langkah ini dijalankan tanpa satu perkara besar yakni “NIKMAT KESYUKURAN MEMILIKI IBU DAN AYAH” yang tiada dalam diri anak-anak, maka sukar untuk membina keluarga bahagia walaupun pelbagai initiatif disuarakan. Sesungguhnya hati yang ditanam dengan tarbiyah Islamiyah merupakan langkah terpenting dalam asas pembentukan ruhiyah institusi kekeluargaan yang kukuh.

    Nur Raihan Bt Roslan
    A134088
    Tahun 2,FST
    raihan_1191@yahoo.com
    Mawaddah Raihanah
    http://www.youtube.com/watch?v=973drXYjJw8&feature=related

    ReplyDelete
  71. Kini, sikap pentingkan diri sendiri bagi segelintir masyarakat telah menyebabkan kepentingan wujudnya sebuah intitusi kekelurgaan yang sempurna telah semakin diabaikan. Pada pandangan saya, terdapat lima langkah yang boleh dilakukan bagi memperkukuhkan sesebuah intitusi kekelurgaan.

    Langkah pertama ialah kepentingan didikan agama yang sempurna di dalam sesebuah keluarga. Tanggungjawab ibu bapa dalam memberikan didikan agama yang sewajarnya dapat memperkukuhkan ikatan kekeluargaaan. Bukan sahaja didikan agama yang seharusnya diberikan tetapi ianya meliputi pendidikan moral dan akhlak kepada anak-anak agar mereka mempunyai akhlak yang baik seperti menghormati kedua ibu bapa mereka, menjalankan tanggungjawab sebagai anak, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, penyediaan tempat tinggal, keperluan asas yang cukup dan kasih sayang yang sempurna juga memu memperkukuhkan sesebuah intitusi kekelurgaan. Hal ini demikian kerana, aspek-aspek tersebut mampu memberikan serta mengekalkan hubungan yang baik sesama ahli keluarga.

    Langkah kedua bagi memperkukuhkan intitusi kekeluargaan ialah melalui aktiviti-aktiviti kekeluargaan. Perancangan aktiviti-aktiviti oleh ibu bapa pada hujung minggu mahupun pada cuti persekolahan adalah salah satu langkah dalam meningkatkan hubungan yang erat dalam kalangan ahli keluarga. Aktiviti seperti pergi beridah di pantai, melancong ke luar negeri, berbasikal bersama-sama dan sebagainya adalah salah satu cara yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, katan kekelurgaan akan bertambah erat setelah dapat meluangkan masa beriadah dan melakukan perlbagai aktiviti secara bersama terutamanya pada hujung-hujung minggu.

    Selain itu juga, peranan media massa dalam menyampaikan maklumat serta isu-isu penting berhubung dengan peranan ibu bapa dan anak-anak dalam sesebuah keluarga. Melalui medium ini, masyarakat akan mendapat pelbagi input dalam memperkukuhkan lagi hubungan yang sedia wujud dalam sesebuah keluarga. Sehubungan kisah-kisah tauladan mampu memyedarkan ibu bapa dan anak-anak akan kepentingan mereka dalam menjaga silaturahim agarnya ianya kekal sehingga akhirnya.

    Langkah keempat pula ialah melalui intitusi kerajaan mengambil tindakan dengan menggubal undang-undang berkaitan dengan intitusi kekeluargaan. Oleh yang demikiaan, sesebuah keluarga akan lebih berhati-hati dan menjaga hubungan yang baik dalam kalangan ahli keluarga. Undang-undang dan tindakan yang sewajarnya diberikan kepada pasangan suami isteri yang bercerai dikenakan denda agar dapat mengurangkan kes penceraian.

    Langkah terakhir ialah peranan anak itu sendiri dalam menjaga ibu bapa mereka yang sudah berusia. Hal ini mampu memberikan peringatan kepada anak-anak akan kasih sayang dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka suatu ketika dahulu. sehubungan dengan itu, ianya juga sebagai langkah membalas jasa ibu bapa mereka selain dapat mengukuhkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

    secara kesimpulannya, adalah penting tanggungjawab ibu bapa, anak-anak dan kerajaan dalam meningkatkan serta memperkukuhkan hubungan dalam sesebuah intitusi kekeluargaan.


    FATIN FARHANA ZAKARIA
    A127817
    TAHUN 3, FSSK
    atienz_89@yahoo.com.my
    Ana Farhana
    http://www.youtube.com/watch?v=4fRPpSYr220&feature=related

    ReplyDelete
  72. 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan

    Ibu bapa perlu menjadi “role model” dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan individu yang paling dekat dengan anak-anak. Selain itu, kanak-kanak ibarat kain putih yang suci bersih dan ibu bapa yang bakal mencorakwarnakan dunia kehidupan mereka. Tanpa didikan, galakan dan contoh teladan yang baik daripada ibu bapa, tingkah laku, sikap dan masa depan kanak-kanak akan menjadi tidak menentu terutamanya golongan remaja yang bakal berhadapan dengan dunia yang sukar dan penuh dengan cabaran. Oleh itu, perana ibu bapa sebagai “role model” amat penting untuk memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan.

    Langkah seterusnya ialah ibu bapa perlu mendengar pendapat anak mereka dan melayan anak seperti sahabatnya sendiri. Ibu bapa sebagai anggota paling dominan dalam keluarga perlu bersedia mendengar pendapat daripada anak-anaknya. Dengan ini, anak-anak akan berasa diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam keluarga tersebut. Tambahan pula, sikap bertolak ansur dan saling membantu dapat dipupuk. Proses sebegini pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan antara setiap ahli keluarga.

    Seterusnya, ibu bapa juga perlu meluangkan masa kepada anak-anak mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa, pada era globalisasi ini, kebanyakkan kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah keluarga di mana ibu bapa berkerjayaan dan sibuk dengan kerja masing-masing. Oleh yang demikian, kebanyakkan ibu bapa memberi alasan kesibukkan kerja sehingga menyerahkan tanggungjawab untuk mendidik dan membesarkan anak-anak kepada pembantu rumah. Kesannya, kanak-kanak berasa dirinya diabai, dan akan melakukan sesuatu untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.

    Justeru itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Hal ini demikian kerana media massa pada masa kini telah melalui arus globalisasi di mana kini ia bersifat universal dan tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Oleh itu, pendedahan berita yang dibuat oleh media massa menyebabkan masyarakat lebih memahami perkara yang sedang berlaku di seluruh dunia. Pada masa yang sama, berita yang disiarkan oleh media massa mampu memberi pengajaran dan peringatan kepada masyarakat.

    Kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) turut memaikan peranan yang penting. Kerajaan boleh menyediakan program serta kempen dengan kerjasama NGO, sektor swasta serta institusi pendidikan di mana aktiviti tersebut bermotif untuk mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan dan manfaat keluarga bahagia dan harmoni serta membantu keluarga menghadapi perubahan persekitaran kehidupan.

    link youtube:http://www.youtube.com/watch?v=vDVawKB1FwY

    1. Nama sebenar: CHOO QIAN WEI
    2. Nombor Matrik: A132388
    3. Tahun Pengajian: 2
    4. Fakulti: FEP
    5. Email: qianwei91@hotmail.com
    6. Facebook: Qian Wei

    ReplyDelete
  73. Keluarga ialah unit asas dalam masyarakat. Keluarga dianggap penting sebagai agen sosialis serta penerapan nilai bagi pembinaan insan yang menjadi sumber utama dalam pembangunan masyarakat dan negara. Oleh itu, langkah untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan yang kekal merupakan satu agen sosialis haruslah dilakukan.

    Cara pertama ialah persekitaran yang harmoni sesebuah keluarga haruslah diperlihara. Persekitaran yang dimaksudkan ialah suasana di rumah. Sikap keibubapaan amatlah penting dalam menentukan pembinaan peribadi anak-anak. Kalau ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak, maka sikap begini hanya akan memberi kesan negatif kepada mereka ketika meningkat remaja. Seelok-eloknya biarlah secara bersederhana iaitu berikan sesuatu yang wajar dan patut terutama sebagai ganjaran dan dorongan. Kasih sayang dan pujian adalah senjata yang paling mujarab. Pendekatan secara begini nescaya mampu melahirkan cara berkomunikasi yang lebih baik dalam sesebuah institusi keluarga.

    Langkah kedua adalah satu-satu keluarga perlu mengadakan sambutan apabila menjelang hari istimewa,katakan tiap-tiap bulan dalam usaha megeratkan hubungan silaturahim sesama anggota keluarga. Antara hari istimewa yang boleh disambut ialah sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Sambutan ini tidak semestinya secara besar-besaran tetapi sekadar sederhana sudah mencukupi sebagai tanda ingatan akan peristiwa berkenaan. Pendek kata, walaupun sederhana akan tetapi sambutan tersebut penuh meriah dan bermakna kepada anggota keluarga seluruhnya.

    Seterusnya, peranan anak-anak dalam sesebuah keluarga. Hal ini sedemikian kerana, ibu bapa telah sibuk dan penat kerja mereka seharian maka anak-anak janganlah menimbulkan masalah kepada ibu bapa. Kepenatan itu sendiri akan terubat apabila anak-anak menunjukkan wajah yang gembira dan ceria apbila mereka pulang ke rumah.Anak-anak juga boleh membantu membuat kerja rumah kerana semangat tolong-menolong ini meringankan beban ibu bapa sekali gus dapat memupuk perpaduan serta sifat muhibah yang dapat diperluaskan kepada jiran tetangga dan masyarakat setempat.

    Langkah lain ialah penerapan ilmu agama dalam anggota keluarga. Dengan adanya,asas agama yang kukuh dalam diri seseorang individu maka agama ini mampu dijadikan batasan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, ibu bapa berperanan penting dalam menerapkan ilmu agama dan nilai-niai murni dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi. Dengan adanya,ajaran agama ini maka anak-anak mampu berfikir secara rasional dan menilai sesuatu tingkah laku yang dilakukan. Keadaan ini menunjukkan anak-anak tahu akan batas-batas perlakuannya dalam kehidupan seharian agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.

    Di samping itu,pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting iaitu mengadakan program berbentuk kekeluargaan bagi menarik minat masyarakat untuk mengambil bahagian program tersebut. Seterusnya menerusi program ini membolehkan masyarakat lebih memahami kepentingan sesebuah institusi keluargaan yang harmoni.Selain itu,agensi kerajaan seperti Kementerian Pembanguna Wanita,Keluarga dan Masyarakat juga haruslah memainkan peranan untuk memastikan kebajikan masyarakat tidak terpinggir dalam usaha membolehkan mereka mempunyai kehidupan yang lebih baik yang seterusnya mampu melahirkan sesebuah institusi keluarga yang lebih harmoni.

    Akhir kata,sudah terang lagi bersuluh dapat dirumuskan bahawa semua pihak bertanngungjawab dalam usaha untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan


    1. Nama sebenar :Tiun Yeen Fern

    2. Nombor Matrik :A131402

    3. Tahun Pengajian :2

    4. Fakulti :FEP

    5. Email :yeenfern24@hotmail.com

    6. Facebook : yeenfern24@hotmail.com (yeen fern)

    Youtube link: http://www.youtube.com/watch?v=r5NlSMy_bU4

    ReplyDelete
  74. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  75. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan sebagai salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    Tiada lagi faktor yang maha penting melainkan apa yang dipanggil sebagai agama. Islam, sebagai contoh menuntut penganutnya untuk saling berkasih sayang bermula dari peringkat diri sendiri hinggalah kepada masyarakat dan negara dan umat Islam khususnya. Ini sudah tertentu termasuk ikatan kasih dan saying dalam keluarga. Islam seringkali menggunakan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh seorang ahli keluarga yang begitu ideal. Dalam kesibukan beliau sebagai ketua agama dan negara,beliau masih mempunyai masa untuk keluarganya. Baginda berjaya menonjolkan diri baginda sebagai seorang ayah yang berjaya membesarkan anak – anak baginda. Dengan menekankan aspek keimanan dan ketauhidan sebagai teras pembangunan insan, anak-anak baginda berjaya menempa nama di dalam sejarah Islam. Mana mungkin kita dapat menolak akan kewibawaan Siti Fatimah Az-Zahra ,puteri bongsu baginda. Keimanan dan ketakwaan beliau yang menjadi panduan bagaimana dua orang putera hasil dari perkongsian hidup bersama Saidina Ali, Hasan dan Husin berjaya dididik dengan sempurna dan mampu mencipta nama dalam lembaran sejarah Islam.

    Selain itu, dengan semangat Rukun Negara yang kelima-kesopanan dan kesusilaan, pendidikan di Malaysia seharusnya perlu bukan sahaja menekankan aspek bagi melahirkan ramai pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang sains dan matematik malah perlu dididik dalam aspek adab sopan yang meninggi. Falsafah Pendidikan Negara yang berpaksikan kepada melahirkan insan yang kamil seharusnya dihayati sepenuhnya baik dari segi pelaksanaan dan penghayatan baik di sekolah mahupun diluar.

    Tambahan pula, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga seharusnya memperkasakan peranannya di dalam usaha untuk menjadi peneraju utama untuk pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang dan sejahtera sebagai asas pembentukan sebuah negara maju yang terbilang. Kementerian berkenaan seharusnya berperanan dalam memantapkan institusi keluarga dengan pelbagai pelaksanaan dasar yang membantu.

    Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam membangunkan keluarga yang ideal.Tindakan seperti meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak dengan bersukan,mengemas rumah dan lain - lain boleh mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.

    Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa didikan anak -anak pada zaman globalisasi kini mempunyai pendekatannya yang tersendiri. Kata-kata dari Saidina Umar Al-Khattab "Didiklah anak kamu mengikut zamannya" seharusnya menjadi pegangan ibu bapa yang majoritinya merupakan generasi sebelum generasi X dan Y di dalam usaha bagi mendidik anak-anak dan selanjutnya menuju kearah pengukuhan istitusi kekeluargaan.




    1.Nama : Kamil Ariff Bin Yaacob
    2.Nombor Matrik : A133151
    3.Tahun Pengajian : Tahun 2
    4.Fakulti : Ekonomi dan Perniagaan
    5.Email : kamiellla@gmail.com
    6.Facebook : Kamil Ariff Yaacob
    Youtube Link : http://www.youtube.com/watch?v=Ev5wsLWJOg8

    ReplyDelete
  76. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  77. Istitusi kekeluargaan adalah salah satu daripada perkara yang terpenting. Namun semenjak dua menjak ini institusi kekeluargaan mulai rapuh. Buktinya pelbagai isu yang tibul di dada akhbar mahupun elektronik yang sering kali membicarakan tentang masalah social dan kerap kali institusi kekeluargaan dipersalahkan. Oleh hal yang demikian terdapat cadangan yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Antara langkah yang boleh diambil adalah seperti mengadakan hari keluarga. Maksudnya adalah ibu bapa perlu merancang untuk membuat satu hari untuk berkumpul bersama anak-anak, menghabiskan masa bersama anak-anak, bertanya mengenai permasalahan anak dan sebagaiya. Selain itu juga dengan melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak walaupun ringkas dapat memberi kepuasan dan anak akan berasa ikatan kekeluargaan semakin rapat. Kadang-kadang disebabkan oleh masa yang sibuk membuatkan ibu bapa tidak ada masa untuk diluangkan bersama anak-anak, justeru itu anak akan berasa memberontak. Jadi cara seperti meluangkan hari bersama anak seperti mengadakan hari keluarga ini adalah salah satu cara yang berguna untuk memantapkan hubungan sesebuah kekeluargaan.

    Langkah yang kedua yang boleh dilakukan adalah seperti memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa, perlulah menunjukan contoh dan nilai murni yang baik kerana anak-anak mudah mencontohi perilaku ibu bapa. Sekiranya ibu bapa menunjukan sikap yang negetif seperti minum arak, menagih dadah dan sebagainya ini dapat memberi impak kepada perilaku anak tersebut, sudah pastilah anak tersebut akan terjebak juga dengan kegiatan negative tersebut. Maka perkara yang paling penting adalah tingkah laku ibu bape tersebut dalam memberikan didikan kepada anak-anak.

    Langkah yang ketiga ialah pihak yang berwajib harusalah mengambil jalan penyelesaian dimana perlu menghadkan masa bekerja kerana anak-anak sering kali akan terabai disebabkan oleh jadual kerja ibu bapa yang padat, kesanya, anak akan memberontak kerana tidak dapat kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada ibu bapa. Justeru itu masa kerja perlu dipendekan daripada 8 jam kepada 5 jam sahaja.

    Langkah yang keempat pula ialah perlunya menjalinkan hubungan yang baik dengan anak. Contohnya jalinan hubungan seperti rakan baik tetapi tidak melebihi had. Hal Ini penting kerana anak akan senang berkongsi cerita dan tidak akan memendam segala perasaan dan apabila ini berlaku maka potensi untuk anak memberontak akan bekurangan dan pada masa yang sama akan membuatkan perhubungan yang terjalin itu semakin utuh kerana anak berangapan bahawa ibu bapa mereka peka dan mengambil berat tentang mereka.

    Langkah yang akhir sekali adalah dengan memberi pendedahan agama, sebarang ajaran agama pun menghendaki penganutnya berpelakuan baik dan menyayangi keluarga. umpamanya islam mengajar supaya saling berkasih sayang dan meninggalkan sebarang perkara yang mungkar. justeru itu pendidikan awal tentang agama adalah satu perkara terpenting yang harus digariskan terlebih dahulu oleh ibu bapa bagi membentung sebarang keruntuhan akhlak dan sekaligus meruntuhkan institusi kekeluargaan.

    1. Nama sebenar : WAN MAHIRAH BINTI WAN KHALID

    2. Nombor Matrik : A132393

    3. Tahun Pengajian: 2

    4. Fakulti: FSSK

    5. Email: wmwk_23@yahoo.com

    6. Facebook: wmwk23@gmail.com

    youtube link : http://www.youtube.com/watch?v=CVD1ROH7Eng&feature=relmfu
    : http://www.youtube.com/watch?v=_OBlgSz8sSM&noredirect=1

    ReplyDelete
  78. Institusi kekeluargaan merupakan salah satu tunjang utama untuk melihat kejayaan dari segi akhlak dan rohani seseorang itu. Dengan keteguhan sesebuah institusi keluarga itu maka individu tersebut berkemungkinan boleh memacu kejayaan sesebuah negara. Terdapat pelbagai faktor yang membolehkan sesebuah institusi keluarga itu menjadi teguh. antaranya ialah:

    1)bertanggungjawab ke atas segala natijah yang berlaku dalam keluarga
    - ini bermaksud bahawa setiap ketua keluarga mempunyai tanggungjawab kepada setiap anggota keluarga. Peranan ibu bapa sebagai ketua keluarga dibebankan dengan tanggungjawab yang begitu berat dalam mendidik dan memimpin ahli keluarganya.tanggungjawab ibu bapa ini setimpallah dengan penghoramatan yang diberikan oleh anak-anak. Seperti yang kita tahu, ibubapalah yang membentu budi pekarti anak-anak. selain daripada itu, suasana dalamn rumahtangga juga menjadi salah satu faktor penting dalam pebentukan peribadi anak itu.Hal ini kerana, anak-anak lebih gemar men iru segal perlakuan ibu bapa, dimana suasana itu penting. bak kata pepatah ayah borek anak rintik.

    2) cara berkomunikasi antara anak
    - seorang ibu dan bapa hendaklah kerap berkomuniukasi dengan anak-anak supaya mereka lebih terbuka untuk menceritakan masalah yang dialami oleh mereka. pada zaman kini, kebanyakan anak-anak lebih suka memendam rasa dan menceritakan masalah mereka kepada orang luar seperti teman lelaki atau kawan-kawan. HAl ini akan menimbulkan masalah akhlak di kalangan remaja sekiranya teman-teman mereka mengambil kesempatan terhadap anak yang menceritakan masalahnya itu. Oleh itu cara berkomunikasai yang baik akan menyebabkan anak itu lebih selesa bersama dengan ibubapanya malah boleh merapatkan silaturrahim antara anak dan ibubapa.

    3) meluangkan masa dnegan anak-anak pada hari minggu
    - dengan meluangkan masa dengan anak-anak pada hari minggu seperti membawa mereka makan di luar bersama-sama atau berjalan-jalan di bandar, bersukan bersama. Hal ini dapat merapatkan hubungan sesama keluarga.

    4) media massa
    - media massa juga memainkan peranan penting kerana zaman it sekarang ini merupakan zaman anak-anak sekarang. meraka lebih gemar berada di depan televisyen dan komputer riba. maka media massa sangatlah memainkan peranan penting dalam emndidik anak-nak zaman kini.
    5) badan berkerajaan
    - menubuhkan satu badan kekeluargaan dengan membuat satu kempen dengan institusi pendidikan dengan memenuhi pengajaran bagaimana untuk mengukuhkan satu institusi kekeluargaan.

    oleh itu terdapat pelbagai faktor yang boleh mengukuhkan dan merobohkan sesebuah institusi itu.

    nama sebenar: Tengku Noorzaimiza binti Tengku Zakaria
    No. Matrik : A134009
    Tahun Pengajian: 2
    Fakulti: FST
    Email: miza_in_blue@yahoo.com
    Facebook: Tengku Noorzaimiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. the video link:

      http://www.youtube.com/watch?v=h31nPHnerGc

      Delete
  79. Jawapan :

    Institusi kekeluargaan sememangnya salah satu agen sosialisasi. Hal ini demikian pepatah telah menyebut ‘air yang di cincang tidak akan putus’ yang sering dikaitkan dengan kekeluargaan. Oleh itu, institusi kekeluargaan perlu diperkukuhkan supaya melahirkan keluarga yang bahagia dan sentiasa berada dalam keadaan yang aman. Pertama sekali untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan ialah peranan ibu bapa yang memerlukan mencurahkan didikan agama dan moral kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal ini sememangnya penting kerana agama dan moral mendidik iman anak-anak supaya berupaya menghalang segala godaan syaitan. Iman yang kukuh akan menjadi penghalang kepada perkara yang buruk dan negatif. Sebab itulah didikan agama dan moral sangat penting untuk membentuk anak-anak yang bijak dan kamil. Selain memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak supaya anak-anak tidak bebas melakukan apa sahaja aktiviti yang negatif. Langkah ini sangat penting di mana ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah atau pun di luar sekolah. Sekarang ini banyak berlaku gejala negatif yang mempengaruhi anak-anak di mana pengaruh rakan sebaya telah menular dan menghasut jiwa rakannya yang dianggap bertelinga nipis dan pantang dicabar. Dengan mengawasi anak-anak, ibu bapa tahu apa yang anak mereka lakukan dan sekali gus mengelakkan sebarang gejala negatif yang akan mempengaruhi anak mereka. Selain itu, ibu bapa atau ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi role model atau contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Hal ini kerana, teladan yang dibawa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa harus menunjuk perangai yang positif iaitu baik-baik untuk mengajar anak mereka meniru perangai yang baik itu. Lantaran itu, anak-anak akan meniru aksi yang baik itu dan dalam bersosial pun mereka masih menunjukkan perangai yang elok daripada aksi ibu bapa mereka. Seterusnya untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan lagi, setiap ahli keluarga juga perlu berkongsi masalah untuk menunjukkan keprihatinan dalam berkeluarga. Jangan sesekali menyimpan masalah yang dilalui dan sekiranya tidak berkongsi masalah, masalah itu akan lebih parah. Perkongsian masalah akan meringankan beban setiap keluarga supaya tekanan yang ditanggung akan lebih ringan. Malah, ia akan mengelak daripada melakukan perkara yang tidak diingini. Akhir sekali, ibu bapa wajar mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak untuk membentuk dan melahirkan anak-anak yang kamil dan sempurna kepada keluarga, masyarakat, serta negara. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka ‘bagai menatang minyak yang penuh’ supaya segala kelengkapan tidak terabai. Gejala sosial yang berlaku sekarang ini ialah kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa. Oleh itu, sememangnya untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan, ibu bapa sangat perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya dan adil kepada anak-anak. Secara tuntasnya, ibu bapa merupakan aset penting untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan institusi kekeluargaan agar melahirkan keluarga yang harmoni dan bahagia. Selain itu, anak-anak perlu memberi kerjasama yang erat yang dicurahkan oleh ibu bapa supaya ikatan silaturahim dalam berkeluarga di lihat kukuh.

    1. Nama : Mohd Aiman Bin Mohd Saupi.
    2. No. Matrik : A132632
    3. Tahun Pengajian : 2
    4. Fakulti : Sains Sosial Dan Kemanusiaan.
    5. Email :wohterep9@yahoo.com.
    6. Facebook : Damai Abadi (wohterep9@yahoo.com).

    Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8

    ReplyDelete
  80. Langkah Memperkukuh Institusi Kekeluargaan Sebagai Agen Sosialisasi Yang Efektif.

    Keluarga merupakan institusi asas yang berperanan besar dalam mendidik dan mengasuh. Tujuannya agar anak-anak membesar dengan mendapat kesempurnaan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru sebagai agen sosialisasi yang penting, peranan institusi kekeluargaan harus diperkukuhkan dengan langkah-langkah seperti berikut:

    Pertama, tindakan oleh ibu bapa itu sendiri sebagai “Role Model” dan pembawa contoh teladan kepada nilai peribadi yang positif. Hal ini kerana agen sosialisasi yang berjaya adalah mereka yang disegani dan dihormati sehingga anak-anak mudah didekati dan dibentuk. Justeru langkah pertama ini membawa kepada proses penambatan yang mengeratkan lagi tali kekeluargaan. Sebagai contoh ibu bapa yang menerapkan nilai saling berkongsi, maka anak akan belajar menjadi seorang yang pemurah hati.

    Kedua, penting juga bagi ibu bapa untuk membina jalinan hubungan baik dengan agen sosialisasi yang lain seperti guru kelas, jurulatih sukan, rakan-rakan anak dan ibu bapa kepada rakan anak. Ia merupakan rangkaian kerjasama yang strategik untuk melibatkan ibu bapa dalam aktiviti anak disamping mengekori perkembangan mereka. Jelasnya, langkah ini akan turut memastikan keselamatan sosial dan penggalak positif kepada kejayaan anak.

    Ketiga, peranan keibubapaan harus diperjelaskan dengan saranan kempen atau program kekeluargaan seperti yang dianjurkan oleh PENGASIH iaitu “Kenali Anak Kita”. Program ini dapat memberi kesedaran akan tanggungjawab ibu bapa untuk mengambil berat tentang aktiviti dan potensi anak-anak. Hal ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan mengurangkan jurang pemikiran antara ibu bapa dan anak. Sebagai agen sosialisasi, penting bagi ibu bapa mengenalpasti minat dan keperluan anak untuk mendorong mereka menjadi insan yang berjaya.

    Keempat, penguatkuasaan undang-undang terhadap ibu bapa atau keluarga yang tidak bertanggungjawab, cuai dan mengabaikan kebajikan anak-anak juga perlu diperkemas dan dilaksanakan. Di sini, Ibu bapa akan lebih peka dan berdisiplin mengatur pergerakan dan keperluan anak. Tiada lagi ibu bapa yang bersikap sambil lewa terhadap perkembangan emosi dan sosial anak-anak. Maka kes pengabaian, penderaan dan penculikan yang semakin parah akibat kemerosotan fungsi keluarga dapat dibanteras.

    Kelima, pemerkasaan kerajaan dan media massa dalam menjadi penggalak keutuhan institusi kekeluargaan juga perlu dititikberaktkan. Dengan adanya iltizam dan komitmen semua pihak, ibu bapa pasti akan turut bersemangat dan mengambil peluang dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk memajukan keluarga mereka. Justeru, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Program Realiti Televisyen Ibu dan Anak misalnya boleh memainkan peranan mereka untuk menggalak tanggungjawab keluarga.

    Sebagai kesimpulan, institusi kekeluargaan haruslah bijak dan proaktif dalam mengambil langkah sebagai agen sosialisasi yang berjaya. Bersama-samalah kita "Memartabatkan Kedudukan Keluarga Dalam Pembangunan Negara".

    Link video: http://www.youtube.com/watch?v=OOhGmaJt5kE

    Nama Sebenar: Nurul Hidayah binti Abdul Rahman
    No. Matrik: A130252
    Tahun pengajian: Tahun 3
    Fakulti: Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email: nurulhidayah_ar@yahoo.com
    Facebook: Nurul Hidayah Ar

    ReplyDelete
  81. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  82. Institusi keluarga merupakan unit yang terkecil dalam sebuah masyarakat namun kerohaniannya menjejaskan pembinaan masyarakat berkenaan secara langsung dan juga merupakan salah satu faktor penting dalam pembangunan modal insan. Maka, institusi keluarga merupakan tulang belakang bagi keamanan, kedaulatan dan keuntuhan sesebuah negara serta bangsanya.

    Dalam usaha untuk mengukuhkan institusi keluarga, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting. Bak kata bapa borek, anak rintik, mereka sepatutnya menunjukkan suri teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, seorang ayah perlu bersopan-santun apabila berinteraksi dengan isteri dan anak-anaknya. Pasangan suami isteri ini juga perlu saling hormat-menghormati dengan satu sama lain. Dengan mengamalkan perlakuan dan teladan yang baik ini sepanjang masa, anak-anak akan meneladani sikap baik ibu bapanya. Pada masa akan datang, iaitu apabila anak-anak ini berkahwin dan mendirikan sebuah institusi keluarga yang baru, maka tidak hairanlah mereka akan meneruskan amalan hormat-menghormati serta bersopan-santun ini. Dengan ini, sebuah institusi keluarga yang harmoni akan dilahirkan.

    Didikan agama dan moral yang sempurna juga merupakan satu unsur penting dalam pembentukan sesebuah institusi keluarga yang kukuh dan bahagia. Hal ini kerana pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan ahli keluarga. Kualiti ini akan melahirkan ibu bapa yang bertanggungjawab .Anak-anak yang menerima didikan agama yang mencukupi juga akan mempunyai nilai-nilai akhlak yang tinggi. Mereka akan menghormati ibu bapa dan juga adik –beradik, bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

    Ibu bapa juga perlu mengawasi perlakuan kegiatan luar anak-anak supaya mereka tidak terjebak dalam kancah negatif. Anak-anak tidak akan terjebak dalam lembah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa.Ini kerana perbuatan mereka itu akan menjatuhkan maruah ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu memberi perhatian kepada anak-anak supaya kelakuan dan nama baik mereka dipelihara.

    Kerajaan juga memainkan peranan dalam pembinaan institusi keluarga yang kukuh. Pihak kerajaan boleh mewajibkan pasangan yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kursus sebegini akan memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik anak sendiri apabila sampai masanya kelak. Oleh itu,pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah dan ibu mereka.

    Akhirnya,badan bukan kerajaan(NGO) juga boleh menyumbang tenaga dalam pengukuhan institusi keluarga.Mereka boleh mengadakan kempen-kempen yang memberi informasi kepada ibu-bapa mengenai cara-cara untuk menjalin hubungan yang baik sesama ahli keluarga.Selain itu, pelbagai jenis aktiviti yang bertujuan untuk merapatkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak juga boleh diadakan.

    Kesimpulannya, insitiusi keluarga yang kukuh memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak.

    1. Nama : Lim Poh Poh @ Judy
    2. No. Matrik : A132320
    3. Tahun Pengajian : 2
    4. Fakulti : Sains dan Teknologi
    5. Email :judy_limsmile@hotmail.com
    6. Facebook : judylim

    Link Video :http://www.youtube.com/watch?v=So3VSbZDMSY&feature=related
    Video ini mengisahkan seorang ayah yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk membantu anak kesayangannya bagi mencapai impian menjadi seorang penyanyi.

    ReplyDelete
  83. Assalammualaikum dan selamat sejahtera,,

    Institusi kekeluargaan adalah unit yang paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Dalam arus pembangunan masa kini, bentuk dan fungsi institusi keluarga telah banyak berubah. Peranan institusi keluarga pula dipindahkan kepada agen-agen sosialisasi lain seperti sekolah, polis, pejabat agama, pusat-pusat pemulihan dan orang gaji. Agen-agen ini bagaimanapun tidak dapat memenuhi peranan institusi keluarga. Justeru itu, lima cadangan langkah yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan adalah seperti berikut;

    1) Pengahayatan kepada agama
    Penghayatan agama yang tinggi akan memastikan keluarga tersebut berada di landasan yang diredhai Allah s.w.t. Penghayatan dan amalan agama yang konsisten akan menjamin keselamatan dan kestabilan institusi keluarga. justeru itu, setiap ahli keluarga akan memperoleh perasaan tenang dan tenteram. Ini pasti akan mewujudkan keharmonian dalam keluarga itu sendiri.

    2)Perlu memahami peranan masing-masing
    Setiap ahli keluarga perlu memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Isteri pula wajib mentaati suami dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Anak-anak pula wajib menghormati dan mentaati kedua ibu bapanya. setiap ahli keluarga perlu dihormati dan dikasihi.

    3)Ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek
    Kesejahteraan dan kejayaan sesebuah keluarga juga bergantung kepada ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek. Setiap individu dalam sesebuah keluarga terutamanya ibu bapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan agar keluarga itu dapat dipandu ke arah kejayaan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu boleh diwariskan kepada anak-anak agar mereka dapat membentuk kejayaan dalam hidup. Teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melayari hidup berkeluarga boleh dijadikan contoh oleh anak-anak untuk membina sebuah keluarga yang cemerlang dan harmoni.

    4)Amalan syura
    Satu lagi aspek yang juga penting dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan adalah amalan syura. Amalan syura perlu dipraktikkan agar segala permasalahan dalam keluarga dapat diatasi secara kolektif. Malalui amalan ini, ibu bapa sebagai anggota paling dominan dalam keluarag perlu bersedia mendengar pendapat daripada anak-anaknya. Anak-anak pula akan merasakan bahawa diri mereka mempunyai peranan penting dalam keluarga itu. Proses sebegini pasti akan lebih mengeratkan hubungan setiap ahli keluarga.

    5)Meluangkan masa bersama-sama
    Arus pemodenan yang berlaku menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat. Apabila kedua-dua ibu bapa keluarga bekerja, masa yang dihabiskan bersama anak-anak semakin kurang. Ini akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang. Anak-anak perlu disemai dengan sifat kasih sayang untuk mewujudkan rasa yang anak-anak ini dilindungi dan disokong oleh keluarga bagi mengelakkan berlakunya perkembangan masalah anak-anak sama ada dari luar ataupun dalam. Oleh itu ibu bapa perlu membentuk hubungan berkualiti dengan anak-anak seperti melakukan aktiviti kegemaran bersama-sama, beriadah dan berekreasi bersama-sama, melancong dan bercuti bersama-sama. Cara ini dapat membentuk komunikasi yang baik sesama ahli keluarga dan bersifat terbuka serta toleransi.

    Link video : http://www.youtube.com/watch?v=WiS25jR2K-8
    Video ini mengisahkan kasih dua orang anak yang setia menanti kepulangan ayahnya yang belayar ke laut mencari rezeki. Anak-anaknya berdoa kepada Tuhan supaya ayahnya dapat pulang dengan selamat untuk menyambut hari raya bersama-sama. Nilai murni yang terdapat dalam video ini ialah kasih sayang anak-anak terhadap ayahnya dan pendidikan serta penghayatan agama sejak dari kecil iaitu berdoa dan bersyukur.

    NAMA SEBENAR : NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
    NOMBOR MATRIK : A127162
    TAHUN PENGAJIAN : 3
    FAKULTI : FSSK (SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN)
    E-MAIL : dieba_cute89@yahoo.com.my
    FACEBOOK : dieba.rashid

    ReplyDelete
  84. Bagi saya, langkah untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan antaranya ialah…

    Masyarakat perlu diberikan latihan, pendedahan, dan kemahiran yang mampu meningkatkan pemahaman dan praktis mereka dalam menjaga, mendidik, dan mengembangkan potensi dalam konteks kerja masyarakat. Contohnya membentuk tempat Tuisyen percuma agar lebih ramai lagi anggota masyarakat yang terdidik dapat memberi khidmat mengangkat generasi setempat ke satu tahap kualiti hidup yang lebih baik.

    Masyarakat juga perlu mengamalkan sikap BUSYBODY. Setiap anggota masyarakat perlu mengambil tahu akan masalah orang lain. Langkah ini perlu bagi membentuk hubungan kemasyarakatan yang saling mengambil berat dan bekerjasama diantara satu sama lain. Sebagai contoh membantu orang yang memerlukan bantuan seperti membawa jiran ke hospital, menasihati dan melaporkan sekiranya wujud satu aktiviti yang tidak sihat di kawasan kediaman. Ini membantu mengukuhkan seseorang itu daripada terlibat kepada kancah yang tidak sihat dan seterusnya mampu membantu mengukuhkan Institusi kekeluargaan.

    Peranan kerajaan menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keuntuhan keluarga di Malaysia amnya terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh member impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini.

    Peranan kerajaan menyediakan sistem perumahan yang selesa buat rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa harga rumah di negara ini terutama di kawasan bandar begitu mahal sehingga ada keluarga yang tidak mempunyai rumah yang selesa untuk keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan anak-anak sering tiada di rumah lalu mereka mudah untuk terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di luar rumah pula. Justeru, kemampuan kerajaan menyediakan perumahan yang baik buat rakyat di negara ini bakal menyaksikan semua gejala sosial yang berlaku menjadi berkurangan pula.

    Peranan diri sendiri dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab. Semua anggota keluarga mempunyai tanggungjawab sesuai dengan kedudukannya dalam keluarga. Sebagai contoh, Suami, isteri, bapa, ibu atau anak mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain. Suami atau bapa mempunyai tanggungjawab berat untuk menjaga dan membimbing ahli keluarga supaya sentiasa berada di jalan yang diredai Allah. Ini kerana, keluarga yang bahagia tertegak atas dasar amanah dan tanggungjawab suami atau bapa selaku ketua keluarga.

    MOHD RIZUAN ABDULLAH
    A132287
    TAHUN 2
    FSSK
    eone_tajin90@yahoo.com

    http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=endscreen&NR=1

    ReplyDelete
  85. Langkah memperkukuhkan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi yang efektif.
    Keluarga merupakan unit asas kepada sesebuah masyarakat dan landasan bagi sesebuah pembangunan negara. Keluarga juga memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan anak-anak yang berguna dan berakhlak baik supaya dapat memberi sumbangan kepada negara untuk menuju ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020 yang menginginkan negara menjadi salah sebuah negara maju. Oleh itu, terdapat lima langkah bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan sebgai agen sosialisasi yang efektif.
    Pertama, sokongan keluarga yang jitu dan baik terhadap anak-anak dapat memperkukuhkan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi yang efektif. Hal ini kerana sokongan keluargan merupakan ibu bapa yang sentiasa menyokong, mengambil berat, membimbing dan mendorong segala usaha-usaha yang baik dilakukan oleh anak-anak mereka. Sokongan keluarga adalah ibu bapa yang memberi perhatian dan sepenuh kasih sayang terhadap anak-anak dalam aspek penjagaan dan pengasuhan anak supaya anak-anak dapat merasakan betapa kehadiran mereka dihargai dan dan disayangi.
    Kedua, komunikasi dalam keluarga bermakna perhubungan dua hala iaitu memberi dan menerima lisan yang melibatkan gerak-geri, air muka dan pandangan mata. Keluarga yang sihat akan menerima dan cuba untuk memahami mesej yang disampaikan sama ada kabur atau jelas antara satu sama lain. Komunikasi adalah alat yang membolehkan ahli keluarga berinteraksi dan membina hubungan yang akrab. Cara komunikasi yang terbaik dalam keluarga mestilah melibatkan rasa ingin mendengar dan berkongsi. Hal ini akan membuatkan anak-anak berasa hampir dengan ibu bapa mereka.
    Ketiga, kawalan dalam keluarga. Kawalan ini penting bagi memastikan anak-anak tidak terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. Namun, ibu bapa harus membuat kawalan yang bersesuaian dengan personaliti anak-anak. Sekiranya anak mereka lebih suka memberontak maka pendekatan yang harus digunakan adalah rundingan agar anak-anak tersebut tidak bertindak di luar kotak pemikirannya. Oleh itu, ibu bapa harus peka dan prihatin terhadap personaliti anak-anak bagi mengawal tingkah laku dan perlakuan mereka di luar kawasan rumah tetapi kawalan tersebut haruslah tidak terlalu melampau atau terlalu ringan.
    Keempat, penghayatan agama juga penting dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan yang efektif. Penghayatan ini tidak hanya bertumpu kepada ibu bapa sahaja malah perlu diberikan kepada seluruh keluarga agar setiap keluarga dapat berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan institusi kekeluargaan yang efektif dapat dibina. Hal ini kerana keluarga merupakan satu unit yang asas kepada sesebuah masyarakat dan landasan bagi sesebuah pembangunan negara.
    Kelima, ibu bapa harus lebih meluangkan masa bersama keluarga seperti bercuti atau melakukan riadah bersama-sama. Hal ini merupakan salah satu langkah bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan yang efektif. Sekiranya ibu bapa lebih meluangkan masa bersama keluarga, nescaya ahli dalam keluarga akan turut merasa gembira dan dapat mengurangkan tekanan dan stress di tempat kerja mahupun di sekolah. Dan sekaligus dapat mengeratka hubungan antara satu sama lain.
    Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=relmfu

    Nama sebenar : Siti Khadijah Nordin
    Nombor matrik : A127843
    Tahun pengajian : 3
    Fakulti : FSSK
    Email : khadijah_nordin89@yahoo.com
    Facebook : Eja Nordin

    ReplyDelete
  86. 5 LANGKAH MEMASTIKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN YANG MERUPAKAN SALAH SATU AGEN SOSIALISASI DAPAT DIPERKUKUHKAN
    Hubungan baik pasangan(IBU BAPA)
    Berbalik kepada asas kekeluargaan, ibu bapa merupakan aspek penting dimana tanpa ibu bapa sebuah kekeluargaan itu tidak mungkin terbentuk. Acap kali kita dengar kerosakan sesebuah keluarga itu adalah kerana kerosakan hubungan antara ibu dan bapa sendiri. Akibatnya, anak-anak menjadi mangsa keadaan dari segi mental. Oleh itu, bagi memperkukuhkan sesebuah institusi kekeluargaan itu, ianya harus bermula dengan hubungan baik ibu bapa. Mereka seharusnya menjaga hubungan baik sebagai satu pasangan dan haruslah bertolak ansur bagi mengelakkan pergaduhan.

    Sembahyang secara berjemaah bagi beragama islam.
    Seterusnya, institusi kekeluargaan ini juga dapat diperkukuhkan dengan amalan yang sangat dituntut iaitu sembahyang berjemaah khususnya umat islam. Secara logiknya, berjemaah itu jelas menunjukkan bahawa kita bergerak dalam satu pasukan ataupun dalam satu insitusi dengan melakukan arahan yang dikeluarkan oleh imam sebagai ketua yang membimbing sesuatu pasukan itu. Tanpa kita sedari, sembahyang secara berjemaah ini mempraktikkan sifat-sifat kekeluargaan dimana ayah sebagai ketua keluarga membimbing dan memberi arahan kepada ahli-ahli yang lain. Arahan yang baik, kita ikuti dan yang salah haruslah ditegur seperti solat jemaah juga dimana jika imam salah, menjadi tanggungjawab makmum untuk menegur dengan cara-cara yang tertentu.

    Mengadakan meeting bersama ahli keluarga.
    Ayah kerap kali meeting di tempat kerja menyoalkan keuntungan syarikat, ibu pula sibuk meeting bersama rakan-rakan membincangkan gosip-gosip terpanas melanda dunia dan anak pula diketepikan mengikot rona kehidupan yang sangat membimbangkan. Jadi untuk mengelakkan anak-anak kita terbiar di usia yang masih mentah ialah dengan mengadakan meeting ataupun bahasa yang mudah ialah mengadakan perjumpaan bersama. Di sinilah peluang kita untuk membincangkan semua masalah ataupun cerita yang mungkin ingin dikongsi. Selain itu, perjumpaan ini boleh dilangsungkan secara formal mahupun tidak formal seperti di meja makan ataupun semasa menonton televisyen.

    Menganjurkan pertandingan keluarga bahagia di sesebuah kawasan perumahan.
    Sekarang kita berbalik kepada peranan jiran tertangga, rakyat jelata ataupun jawatan kuasa sesuatu kawasan perumahan dimana mampu menjadi agen untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Apa yang mampu dibuat oleh mereka ialah dengan menganjurkan pertandingan dan setiap keluarga haruslah mengambil bahagian. Bagi menggalakkan penyertaan, pihak penganjur haruslah bijak mengatur strategi seperti menyediakan hadiah yang lumayan seperti pakej perlancongan satu keluarga ke tempat yang menarik. Melalui pertandingan ini, setiap ahli keluarga pasti akan bekerjasama untuk memperoleh hadiah dan kemenangan tetapi kemenangan yang paling penting adalah perasaan keakraban antara satu sama lain.

    Kerajaan patut mengeluarkan akta baru bagi pekerja yang mempunyai keluarga.
    Langkah yang terakhir ini mungkin memakan masa panjang untuk pelaksanaan kerana ini melibatkan akta Negara dan haruslah dibawa ke dewan parlimen untuk dibahaskan. Apa yang dimaksudkan dengan langkah ini ialah kerajaan membuat akta mengenai kekeluargaan antaranya seperti bagi keluarga yang mempunyai anak dibawah 12 tahun sehingga 17 tahun hendaklah dikurangkan untuk kerja diluar negeri ataupun “outstation”. Hal ini kerana semasa umur beginilah anak-anak kita membesar dan berada di ambang remaja yang bersifat memberontak. Dengan lindungan oleh ketua keluarga, mereka akan dipantau dan dapat mengelakkan anak-anak kita terjebak dengan gejala kuning. Untuk mengelakkan akta ini disalah guna, pihak berkuasa boleh meletakkan syarat-syarat tertentu.

    link video:-http://www.youtube.com/watch?v=3EUjoenNep4

    1.NAMA: AQILAH BINTI ABDUL AZIZ
    2.NO MATRIK: A137238
    3.TAHUN PENGAJIAN: 1
    4.FAKULTI: SAINS DAN TEKNOLOGI
    5.EMAIL: aqilah.aziz.11@gmail.com
    6.FACEBOOK: Aqil Aziz

    ReplyDelete
  87. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  88. Antara langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan institusi keluarga adalah:-
    1)Peranan ibu bapa
    Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Mereka perlu bijak membahagikan masa antara urusan kerja dan keluarga. Ibu bapa perlu mengelakkan sikap terlalu materialistik supaya dapat menghabiskan lebih masa bersama anak-anak di rumah. Mereka perlu membawa anak-anak pergi berkelah atau membeli-belah pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Perkelahan bersama keluarga bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan tetapi juga memberi ruang kepada ahli keluarga untuk beramah mesra dan berkongsi pengalaman atau masalah. Hal ini dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham. Selain itu, amalan makan bersama keluarga dan amalan menunaikan ibadat atau sembahyang bersama keluarga juga perlu dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil lagi supaya anak-anak biasa dengan amalan murni sebegini. Oleh itu, ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk menjadi teladan yang baik kepada anak-anak dalam mengamalkan amalan yang murni.
    2) Peranan sekolah
    Pihak sekolah perlu memastikan subjek-subjek Pendidikan Moral dan Agama diajar sepertimana dijadualkan. Sikap sesetengah guru yang menggantikan subjek Moral atau Sivik dengan subjek kritikal lain sebagai persediaan pelajar ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan awam perlu diberhentikan. Sukatan pelajaran subjek-subjek tersebut amat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Kepentingan kasih sayang sesama manusia dan nilai kekeluargaan perlu diterapkan dalam diri pelajar dalam pendidikan formal di sekolah.
    3) Peranan media massa
    Pihak media massa samada televisyen atau radio pula perlu memperbanyakkan lagi program bertemakan kekeluargaan. Program permainan keluarga seperti Famili Ceria perlu diperbanyakkan lagi supaya dapat memupuk semangat kekeluargaan sesama ahli keluarga. Selain itu, iklan-iklan yang memperlihatkan nilai kekeluargaan juga perlu disiarkan supaya dapat memberi kesedaran kepada pelbagai masyarakat akan kepentingan menyayangi keluarga. Pihak media massa juga perlu bertanggungjawab menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang penganjuran program-program kekeluargaan di seluruh negara supaya masyarakat dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti murni seperti ini.
    4) Peranan Badan-Badan Bukan Kerajaan
    Badan-badan bukan kerajaan juga perlu mengambil inisiatif untuk menganjurkan pelbagai program kekeluargaan secara kecil-kecilan di sekitar kawasan perumahan. Penganjuran sambutan Hari Keluarga, Hari Ibu atau Hari Bapa harus dianjurkan supaya hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Program-program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang kepentingan menyayangi ahli keluarga dan ibu bapa.
    5) Peranan Kerajaan
    Pihak kerajaan perlu memberi tumpuan kepada isu kekeluargaan dengan mengadakan kempen Sayangi Keluarga di samping pelbagai kempen lain seperti Tak Nak Merokok. Walaupun isu ini tidak nampak seserius isu lain, kita perlu sedar bahawa punca utama masalah sosial dalam kalangan remaja ialah kerenggangan hubungan keluarga. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menganjurkan pelbagai program yang bertemakan kekeluargaan dari semasa ke semasa di seluruh negara.

    Nama Penuh: Vinothini Rajasegaran
    No.Matriks: A127060
    Tahun Pengajian : Tahun 3
    Fakulti : Sains Sosial & Kemanusiaan
    Email : vno20@yahoo.com.my
    Facebook : Vinothini Rajasegaran
    Video Link : www.youtube.com/watch?v=-33jzSWdHaA

    ReplyDelete
  89. Institusi kekeluargaan merupakan salah satu agen sosialisasi yang amat penting pada masa kini. Justeru, pelbagai langkah dari pelbagai pihak perlu dilakukan bagi memastikan institusi ini akan dapat diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama.

    Yang pertama, ibu bapa seharusnya memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Hal ini bukan sahaja merangkumi pendidikan secara formal di sekolah, tetapi juga pendidikan dari segi sosial harus dititikberatkan. Secara tidak langsung, anak-anak akan mendapat pendidikan yang sewajarnya untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.

    Seterusnya, ibu bapa perlu menjadi 'role-model' kepada anak-anak. Sikap dan kelakuan anak-anak mencerminkan siapa ibu dan bapanya. Tidak hairanlah jika kebanyakan masyarakat sering mengaitkan anak-anak yang rosak akhlak berpunca dari sikap ibu bapa sendiri. Bak kata pepatah, 'jika elok acuannya, maka eloklah kuihnya'.

    Ibu bapa juga tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak demi memastikan istitusi kekeluargaan ini akan dapat diperkukuhkan. Pada masa kini, kebanyakan ibu bapa sering sibuk dengan tugasan kerja masing-masing sehingga tanggungjawab membesarkan anak-anak diserahkan sebulat-bulatnya kepada pembantu rumah. Hal seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sebaiknya.

    Selain itu, ibu bapa perlu peka dengan perubahan anak-anak. Tidak kiralah dari segi fizikal dan juga mental anak-anak. Kadangkala anak-anak sengaja bertindak di luar jangkaan untuk menarik perhatian ibu bapa yang sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan anak-anak sendiri.

    Yang terakhir ialah setiap anggota keluarga perlu memainkan peranan masing-masing bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Komunikasi dua hala di anta pihak ibu bapa dan anak-anak adalah sebaik-baik penyelesaian sekiranya terdapat sebarang masalah dan salah faham.

    Kesimpulannya, institusi kekeluargaan merupakan istitusi yang sangat penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Benarlah, segala-galanya bermula dari rumah.


    Nama penuh : Normaizura binti Maizan
    No matrik : A129494
    Tahun pengajian : 3
    Fakulti : FST
    Email : maizura_maizan@yahoo.com
    Facebook : Maizura Maizan
    Link Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=9WIEsT__kn0

    ReplyDelete
  90. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  91. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan ialah yang pertama sebagai suri teladan kepada anak-anak dimana peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi "role-model" kepada anak-anak dan harus menunjukkan teladan yang baik supaya menjadi ikutan anak-anak. Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka akan meneladani sikap murni itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bak kata pepatah " bapa borek, anak rintik". Jika contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak tetapi juga akan menjejaskan hubungan di kalangan anak-anak itu sendiri. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain.

    Kedua ialah melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan dimana ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus pra perkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh Pejabat Agama Daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang berwibawa.

    Ketiga ialah ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kerana pada zaman globalisasi yang serba mencabar ini, masyarakat bertambah sibuk dalam usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat. Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan peneraju kehidupan dan pewaris negara di masa hadapan. Oleh itu ibu dan bapa perlulah meluangkan masa yang secukupnya bersama anak-anak.

    Keempat ialah dengan memberikan didikan agama dan moral yang sempurna di kalangan generasi muda sekaligus akan dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral di kalangan anak-anak. Anak-anak yang baik akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

    Kelima adalah dengan mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru belasan tahun tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai masalah sosial yang teruk.Anak-anak tidak akan terlibat dalam gejala sosial jika mendapat pemantauan yang rapi daripada kedua ibu bapa. Keluarga penyayang merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya.

    NAMA : AAINA DALILA BT MAZLAN
    NO MATRIK : A130848
    TAHUN PENGAJIAN : 3
    FAKULTI : FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMAIL : aenataurus86@yahoo.com
    FACEBOOK : Aina Mazlan
    LINK VIDEO :http://www.youtube.com/watch?v=ppbDj7QsYVE

    ReplyDelete
  92. Institusi keluarga ialah agen sosialisasi yang amat penting kepada Negara. Justeru itu,beberapa langkah boleh diambil bagi memantapkan institusi keluarga.

    Langkah yang pertama adalah dengan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai keagamaan sejak dari kecil lagi. Pada saya, sebagai orang Islam, perkara asas yang perlu ditekankan sejak kecil adalah konsep ketauhidan Tuhan. Ajar anak-anak supaya takut untuk melakukan kemungkaran, kerana Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Dengan konsep ini mereka akan takut untuk buat benda-benda jahat. Bukan sebab takut mak atau ayah marah, tetapi sebab takut Allah ‘marah’.

    Seterusnya, ibu bapa perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak. Anak-anak mudah terpengaruh dengan tindakan yang dibuat oleh ibu bapa mereka. Tunjukkan contoh tauladan yang baik seperti selalu pulang ke kampung, dan menelefon orang tua di kampung. Apabila besar nanti, anak-anak akan melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

    Ibu bapa dan anak-anak juga perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama melalui aktiviti-aktiviti riadah. Contoh aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah bermain badminton, chess, monopoly atau jogging bersama. Melalui aktiviti-aktiviti riadah ini, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak-anak dapat ditingkat dan dikekalkan.

    Untuk memantapkan institusi keluarga, ibu bapa perlu memantapkan diri dahulu dengan skil keibubapaan (parenting skill). Didiklah anak mengikut cara Rasulullah s.a.w. : 0-6 tahun banyakkan bergurau senda, 7-14 tahun tegas dan dispilin, dan 15-20 tahun anggap anak sebagai rakan.

    Dalam konteks yang lebih besar, saya melihat peranan media massa dalam memastikan kemantapan institusi keluarga. Perbanyakkan kempen, iklan, drama, dan movie yang mempunyai unsur-unsur kekeluargaan. Nilai-nilai baik yang dipaparkan dalam media massa ini akan dijadikan contoh iktibar dalam kehidupan berkeluarga.

    NAMA : MASTURA BINTI NASRUN SANI
    NO MATRIK : A127641
    TAHUN PENGAJIAN : 3
    FAKULTI : FSSK
    EMAIL : mastura.ns@gmail.com
    FACEBOOK : Mastura Nasrun Sani
    LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=KT_155-ROy0&feature=relmfu

    ReplyDelete
  93. Institusi kekeluargaan adalah unit asas serta tulang belakang dalam mewujudkan kesempurnaan bagi melengkapkan sistem sosial dan sumber tenaga manusia negara. Sejak wujud zaman ketamadunan manusia, pelbagai ranjau duri dilalui oleh sesebuah institusi keluarga mengikut arus perkembangan semasa. Oleh itu, di sini saya akan merumuskan beberapa langkah terbaik dalam memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    Langkah utama yang terpenting adalah peranan unit keluarga itu sendiri. Bapa sebagai ketua keluarga hendaklah memainkan peranan dalam memastikan institusi keluarga yang dipimpinnya dipandu ke arah yang benar. Agama sebagai agen dan medium didikan yang terbaik dalam keluarga harus dititikberatkan dan diaplikasikan. Sebagai contoh, bapa seharusnya memastikan anak-anak sentiasa melakukan kewajipan agama yang telah ditetapkan seperti sembahyang lima waktu untuk yang beragama islam. Maka secara tidak langsung, dapat membendung anak-anak melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.

    Selain itu, peranan NGO dalam membentuk keluarga yang muhibbah dan erat juga diperlukan. NGO-NGO yang berkaitan perlulah bergiat aktif dalam kempen kesedaran keluarga supaya masyarakat sentiasa ditanamkan dengan input yang berguna seperti "Kempen Utamakan Keluarga". Selain itu, NGO berkaitan perlu membuat survei,pemantauan, dan kajian serta analisis statistik mengenai keberkesanan program perancangan keluarga supaya paparan dan situasi sebenar mengenai institusi kekeluargaan di Malaysia dapat dikaji dengan lebih mendalam. Dengan adanya data-data seperti ini, kita dapat mengkaji apakah punca-punca sebenar keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri. Bak kata pepatah, "mencegah lebih baik daripada mengubati".

    Dengan wujudnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam struktur pentadbiran negara merupakan suatu yang positif dalam membentuk keutuhan institusi kekeluargaan. Pelbagai program dan aktiviti yang telah dijalankan dan dirancang dilihat berkesan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sistem perhubungan berpusat seperti Talian Nur untuk aduan orang ramai mengenai penderaan rumah tangga dilihat mampu mengurangkan kepincangan keluarga yang berlaku. Oleh itu, segala program yang dirancang dapat diteruskan dan perlu penambahbaikan agar lebih mesra keluarga.

    Pihak media massa samada media cetak mahupun elektronik pula perlu memperbanyakkan lagi program bertemakan kekeluargaan. Program permainan keluarga seperti Famili Ceria perlu diperbanyakkan lagi supaya dapat memupuk semangat kekeluargaan sesama ahli keluarga. Selain itu, video-video pendek yang memperlihatkan nilai kekeluargaan yang berkualiti dapat disiarkan pada setiap masa bukan sahaja pada waktu-waktu perayaan. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menyayangi keluarga. Pihak media massa juga perlu bertanggungjawab menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang penganjuran program-program kekeluargaan di seluruh negara supaya masyarakat dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

    Berdasarkan kajian, antara punca tertinggi yang menyebabkan masalah rumah tangga adalah faktor kewangan. Sebagai jalan penyelesaian, ketua keluarga harus memastikan sumber kewangan mencukupi dan hendaklah bijak dalam mengurus kewangan. Oleh itu, setiap anggota keluarga haruslah berjimat-cermat dalam berbelanja mengikut kekuatan kewangan keluarga masing-masing.

    Kesimpulannya, pengukuhan institusi kekeluargaan sangat penting dalam menjalani kehidupan moden sekarang ini. Bahkan, institusi kekeluargaan yang kukuh turut memberi impak yang besar terhadap negara.

    Link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=v66VMFBPq8E
    NAMA : HARIANTO BIN SALEH
    NO.MATRIK : A134016
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL : handzboy@yahoo.com
    FACEBOOK : Hanz Marcello

    ReplyDelete
  94. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  95. Pada pandangan saya, institusi keluarga adalah satu agen sosialisasi yang amat penting dalam kehidupan kita. Semenjak kita lahir dari kecil dan membesar kita telah mengenal siapa ayah, ibu dan siapa yang telah menjaga kita dari kecil sehingga dewasa. Kita di didik dan diberi pendidikan secukupnya mengikut acuan ibubapa sendiri. Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil oleh institusi keluarga bagi mengukuhkan lagi agen siosalisasi di Malaysia. Pertama adalah peranan ibubapa dalam memberi didikan awal kepada anak-anak semasa mereka lebih kecil lagi. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mengajar anak-anak kerana dari kecil anak-anak lebih memahami dan mengikut arahan kita. Dari kecil juga lah anak-anak dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Kedua, memberi perihatian dan kasih-sayang yang lebih kepada anak-anak sewaktu mereka telah mula menjadi remaja. Kelakuan anak-anak perlu dikawal dan dipantau kerana pada peringkat ini anak-anak lebih cenderung untuk mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi tren di Malaysia kini mengikut budaya barat. Sewaktu anak-anak di peringkat remaja, ibubapa tidak perlu mengongkong kehidupan mereka tetapi perlu memahami dan berinteraksi secara terbuka dengan anak-anak sekiranya ada perkara ingin mereka sampaikan. Ketiga, Ibubapa perlu menjadi role model yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat menghargai ibubapa mereka. Sikap anak-anak sedikit sebanyak terbentuk daripada sikap ibubapa samaada ia baik atau buruk. Keempat adalah masa bersama keluarga. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dirumah dengan makan bersama-sama, menonton televisyen bersama-sama, bergotong-royong kawasan rumah bersama-sama dan lain-lain supaya anak-anak terasa kegembiraan hidup berkeluarga. Selain itu ibubapa juga boleh merancang percutian bersama anak-anak sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini dapat mengeratkan hubungan keluarga antara ibu dan anak. Kelima, peranan kerajaan, badan korporat dan masyarakat dalam membentuk institusi keluarga yang harmoni. Pihak kerajaan dan badan korporat seharusnya mengadakan kempen-kempen yang berunsur-unsurkan kekeluargaan dan juga aktiviti-aktiviti kekeluargaan. Aktiviti seperti ini dapat membantu merapatkan hubungan antara anak dan ibubapa serta orang luar.



    Link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=ppbDj7QsYVE&feature=related
    NAMA : RUHAYA BINTI MOHAMAD PAZI
    NO.MATRIK : A135464
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : FEP
    EMAIL : aya_ruhaya88@yahoo.com.my
    FACEBOOK : RUHAYA MOHAMAD PAZI

    ReplyDelete
  96. Institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi adalah unit terpenting dan paling berharga dalam kehidupan manusia.Pada pendapat saya untuk mengekalkan institusi kekeluargaan sebagai agen sosiaisasi bukanlah satu langkah yang mudah untuk dicapai kerana berdasarkan pembangunan semasa sekarang ia merupakan satu kekangan kepada intitusi kekeluargaan. Namun dengan mengambil beberapa langkah yang mudah boleh membantu mengekalkan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi.
    Salah satu peranan intitusi kekeluragaan sebagai agen sosialisasi adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil lagi. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga mereka untuk menunaikan solat bersama-sama atau membaca Al-Quran.
    Selain itu,langah untuk memastikan intitusi kekelurgaan sebagai agen sosialisasi adalah dimana ibubapa harus mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Hal ini kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menhasut mereka untuk kejalan yang salah. Jika rakan sebaya mereka tidak mempunyai akhlak yang mulia, maka anak-anak akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya.
    Langkah seterusnya,institusi kekeluargaan yang baik berpunca dari contoh dan teladan yang baik.Contoh dan tauladan yang baik datangnya dari ibubapa itu sendiri. Ini kerana ibubapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Ibubapa haruslah menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, melakukan hubungan yang membawa maksiat dan lain-lain lagi.
    Selain itu,kasih sayang yang sempurna juga dapat membantu mengekalkan intitusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi. Ibubapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibubapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada nak-anak mereka. Selain itu, ibubapa perlu memberi pujian yang ikhlas ketika anak mereka memcapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul.
    Akhir sekali, langkah yang perlu diambil bagi mengekalkan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi adalah setiap ahli keluarga perlu sentiasa berkongsi masalah. Sebagai contoh, ibubapa boleh meluangkan masa untuk membantu anak-anak mereka dalam masalah pelajaran. Aktiviti kekeluargaan seperti gotong royong,beriadah, berkelah dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya dapat mengeratkan silaturahim sekeluaga.
    Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memastikan institusi kekeluargaan sebagi agen sosialisasi. segala langkah diatas tidak akan berjaya jika kurangnya kerjasama daripada semua entiti di dalam keluarga. Slogan "Keluagaku, Syurgaku" dan "Semakin hari semakin sayang" patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya dapat melahirkan individu dan masyarakat yang mulia dan bertamadun tinggi. Intitusi kekeluargaan yang dipimpin oleh ibu bapa yang mempunyai integriti yang tinggi menjadi asas kepada pembentukan sebuah masyarakat. Masyarakat yang memiliki dan pemnguasi ilmu pengetahuan dan akhlak yang mulia merupakan elemen penting untuk membentuk sebuah tamadun bangsa dan mengekalkan institusi kekelurgaan sebagi agen sosialisasi.

    Link youtube: http://www.youtube.com/watch?v=k4TqWgyBijI
    NAMA:MOHAMAD NAZRIN BADRI BIN BAHADOR
    NO. MATRIK: A132572
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: EKONOMI DAN PENGURUSAN
    EMAIL:naz_reen91@hotmail.com
    FACEBOOK: NazRien

    ReplyDelete
  97. Sebagaimana yang kita ketahui, institusi kekeluargaan merupakan salah satu institusi yang amat penting dalam kehidupan kerana ianya mampu untuk memperkukuhkan agen sosialisasi.

    Antara langkah untuk memastikan institusi kekeluargaan sebagai salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan adalah melalui kesedaran mengenai peri-pentingnya institusi kekeluargaan itu sendiri. Hal ini boleh dilaksanakan melalui kempen, kursus atau ceramah, termasuklah kursus pra-perkahwinan, yang mampu menghuraikan tentang keutuhan institusi kekeluargaan yang diibaratkan seperti cerucuk di dalam sebuah bangunan yang kukuh. Penerapan ini secara tidak langsung dapat memerangi gejala sosial yang kian menular dan bermahajaralela dalam arus pemodenan kini.

    Selain itu, golongan ibu bapa merupakan tunjang utama yang sewajarnya mendidik dan mengasuh anak-anak sejak kecil lagi. Sikap materialistik dalam mengejar harta sehingga menyebabkan mereka terlalu sibuk bekerja haruslah diimbangi dengan kepentingan keluarga. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Pedibadi anak sememangnya dipengaruhi oleh sifat ibu bapanya sendiri. Pendidikan asas ini dapat membina jati diri dan sahsiah serta memberi sokongan spiritual dalam diri seseorang kerana dengan itu, kita yakin bahawa ibu bapa sentiasa akan ada untuk kita.

    Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Golongan remaja dan anak-anak juga harus diberikan didikan agama dan moral yang sempurna. Didikan seperti ini dapat membentuk pemikiran anak-anak yang dapat membezakan perkara yang baik dan buruk, lantas dapat mengawal tindak-tanduk mereka. Tanggungjawab yang dipikul oleh mereka untuk mendidik anak-anak seharusnya tidak diabaikan dan tidaklah meletakkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada pihak sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa boleh melatih dan mendidik anak untuk melakukan solat dengan solat berjemaah bersama.

    Seterusnya, komunikasi yang baik juga merupakan medium perantaraan dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan membentuk keluarga bahagia. Hal ini demikian kerana, ia mampu untuk mengelakkan daripada berlakunya perselisihan faham yang boleh membawa kepada perpecahan dan memutuskan silaturahim antara ahli keluarga. Berkongsi cerita dan pengalaman serta perkongsian permasalahan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban seseorang dan mampu meransang pemikiran untuk menjadi lebih matang.

    Entiti kerajaan dan media massa turut memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Mereka turut sama berpengaruh dalam membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mesej-mesej yang ingin disampaikan melalui iklan, drama mahupun majalah haruslah bertetapan dengan nilai-nilai murni dan positif dalam kalangan masyarakat dan bukanlah berunsurkan keganasan yang mampu membawa gejala negatif yang menjadi duri dalam daging dalam masyarakat dan remaja yang mencorak bangsa dan negara.

    Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting dalam membina sebuah institusi kekeluargaan yang kukuh. Sebagai manusia, kita sememangnya dilahirkan untuk membimbing dan dibimbing agar dapat menjadi modal insan yang berintegriti, dan secara tidak langsung, mengekalkan keharmonian sejagat.

    Link youtube : http://youtu.be/WgyW0EYpf5U

    Nama : Nurhani bt. Sulaiman
    No. Matrik : A 135378
    Tahun pengajian : 2
    Fakulti : FST
    Email : nhani.sulaiman@gmail.com
    Facebook : Hny Sulaiman

    ReplyDelete
  98. Stuktur sosial yang lengkap yang terdapat dalam sesebuah masyarakat dilengkapi dengan sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia dan harmoni. Institusi kekeluargaan yang merupakan agen sosialisasi merupakan aspek yang penting dalam membangunkan sesebuah peradaban dan memunculkan masyarakat yang kehidupannya saling harmoni dan bahagia. Oleh sebab institusi kekeluargaan yang merupakan agen sosialisasi merupakan perkara yang penting dalam memunculkan tamadun yang sihat, maka terdapat beberapa langkah bagi mengutuhkan institusi kekeluargaan.

    Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah dengan menerapkan unsur pendidikan yang baik dan sempurna dalam diri anak-anak. Peranan ini sepatutnya dimainkan oleh ibu bapa yang merupakan tonggak utama dalam institusi kekeluargaan dan merupakan individu yang layak yang boleh dan dapat mendidik keperibadian anak-anak. Pendidikan yang dimaksudkan ialah dengan menerapkan nilai-nilai kebaikan dalam diri anak-anak. Jika diri anak-anak tersebut dapat dididik dan dibajai dengan nilai dan norma kehidupan yang baik, maka sesebuah institusi kekeluargaan akan berjalan dengan sempurna dalam sesebuah struktur institusi masyarakat.

    Selain itu, peranan agama sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Agama sangat menitikberatkan sistem kekeluargaan. Amalan-amalan yang terdapat dalam sesebuah agama jika dipraktikkan dalam kehidupan institusi kekeluargaan tersebut, maka institusi kekeluargaan akan stabil dan harmoni. Setiap agama mengajarkan bahawa nilai kebaikan mestilah diterapkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, agama Islam sangat menitikberatkan amalan-amalan kebaikan seperti kasih sayang, mentaati perintah Allah, dan sebagainya. Keperibadian ibu bapa sendiri boleh menjadi contoh bagi diri anak-anak mereka.

    Seterusnya, peranan media massa amat penting dalam menyebarkan hal atau perkara yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan. Media massa arus perdana atau alternatif seperti televisyen, radio, blog,laman-laman web dan sebagainya dapat memberikan input-input yang berfaedah dan bermanfaat berkaitan dengan institusi kekeluargaan. Program-program yang berkaitan dengan kekeluargaan harus diperbanyakkan supaya masyarakat dapat mengetahui betapa pentingnya istitusi kekeluargaan dalam sesebuah masyarakat. Tulisan-tulisan dalam blog juga dapat membantu dalam memberikan maklumat atau cara bagi membina dan mengutuhkan institusi kekeluargaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejiranan juga merupakan salah satu aspek yang boleh membantu mengutuhkan institusi kekeluargaan. Konsep kejiranan yang betul dan sempurna dapat menjaga sesebuah masyarakat tersebut daripada hal-hal yang tidak diingini berlaku. Kejiranan yang peka dengan keadaan sekeliling dapat mengelakkan kejadian atau hal yang tidak diingini seperti penculikan daripada berlaku. Masyarakat yang peka terhadap keadaan sekeliling dapat membina dan memantapkan sesebuah institusi kekeluargaan. Konsep Rukun Tetangga yang diamalkan dalam sesebuah kejiranan mestilah dipertahankan dan ditambahbaik bagi mewujudkan sesebuah masyarakat yang sempurna dan harmoni.

      Selain itu, peranan kerajaan dan badan-badan NGO juga memainkan peranan penting dalam menjaga institusi kekeluargaan. Program-program yang berkaitan dengan kekeluargaan harus diperbanyakkan dan ditambah supaya masyarakat sedar akan peri penting institusi kekeluargaan. Kempen-kempen ceramah yang berkaitan dengan kekeluargaan harus ditambah dan diterapkan dalam masyarakat. Kerajaan juga mestilah mengetatkan undang-undang dan akta yang sedia ada bagi memastikan kejadian jenayah seperti penculikan dan sebagainya daripada berlaku.

      Kesimpulannya, institusi kekeluargaan dapat diutuhkan melalui langkah-langkah yang mestilah dijalankan secara bersama-sama oleh semua pihak yang berkaitan. Kehidupan yang semakin moderen mestilah ditapis dengan sebuah institusi kekeluargaan yang utuh, sempurna, dan harmoni.

      Link YouTube: http://www.youtube.com/watch?v=aLKV5C1XJcU
      Nama: Ahmad Sayuti Bin Mohd Yusob
      No. Matrik: A133892
      Tahun pengajian: 2
      Fakulti: Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
      Email: suyuthi_90@yahoo.com
      Facebook: Tiada

      Delete
  99. Langkah pertama, ibu bapa dan anak perlu bekerjasama memupuk jati diri untuk menjadi insan yang jujur dan berpekerti mulia. Setiap anggota bertanggungjawab memelihara maruah diri dan keluarga seperti tidak terbabit dalam aktiviti tidak berfaedah atau pergaulan tidak sihat. Usaha mengukuhkan institusi keluarga, anak juga perlu melaksanakan tanggungjawab mereka. Seperti seorang bapa selaku ketua keluarga bertanggungjawab mendirikan keluarga bertakwa, Islam juga menganjurkan supaya anak bertanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Tidak dinafikan, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak terlalu besar hingga tidak dapat dibayar dengan wang ringgit dan harta benda yang melimpah ruah. Jasa mereka tidak akan mampu untuk dibalas. Sebagai anak hendaklah kita mengenang jasa mereka, menjalankan kewajipan dan tanggungjawab dengan sempurna dengan mentaati ibu bapa selepas ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

    Langkah seterusnya, pihak ibu bapa mempertingkatkan komitmen untuk memberi keutamaan kepada pembangunan keluarga bagi mengembalikan keharmonian rumahtangga dan mewujudkan suasana yang kondusif untuk mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak generasi akan datang agar menjadi ahli masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, nilai moral dan etika yang tinggi serta akhlak yang mulia dan dapat menjalani kehidupan berdasarkan tuntutan syarak. Contohnya, ibu bapa perlu memantau dan mengambil berat mengenai tindakan dan perkembangan anak mereka. Dimana dan bersama siapa adalah soalan penting yang harus ditanya.

    Selain itu, tindakan awal yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah kerajaan menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keuntuhan keluarga di negara ini terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh member impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini.

    Malahan, keutuhan keluarga ini juga mampu ditingkatkan oleh kerajaandengan menyediakan sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara initerutama golongan yang berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawaharga rumah di negara ini terutama di kawasan bandar begitu mahal sehinggaada keluarga yang tidak mempunyai rumah yang selesa untuk keluarga mereka.Keadaan ini menyebabkan anak-anak sering tiada di rumah lalu mereka mudahuntuk terpengaruh dengan unsur-unsur negatif di luar rumah pula. Justeru,kemampuan kerajaan menyediakan perumahan yang baik buat rakyat di negaraini bakal menyaksikan semua gejala sosial yang berlaku menjadi berkuranganpula.

    Unsur-unsur negatif yang boleh membawa kepada keruntuhan moral, kehancuran institusi keluarga perlu dikawal dengan tegas. Penyebaran dan paparan bahan-bahan pornografi, penganjuran program-program hiburan melampau yang boleh merosakkan akal pemikiran dan moral sama ada melalui media cetak atau pun elektronik perlu dibendung. Oleh demikian, langkah yang terakhir yang dapat dikongsikan adalah pihak yang bertanggungjawab seharusnya memaparkan program-program yang berunsurkan kekeluargaan, kasih sayang dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk menanam perasaan kasih dan cintakan keluarga dan betapa pentingnya institusi kekeluargaan. Contohnya dengan menyiarkan filem, drama mahupun iklan dengan berkonsepkan kekeluaragaan yang memberi tauladan dan moral teruatamanya kepada anak remaja yang menonton.


    Link youtube :
    http://www.youtube.com/watch?v=ybxNkpS5q-g&feature=relmfu

    NAMA : FARAH SAKINAH BINTI RAMLI
    NO.MATRIK : A131815
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : EKONOMI DAN PENGURUSAN
    EMAIL : farahsakinahramli@gmail.com
    FACEBOOK : Farah Sakinah

    ReplyDelete
  100. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Institusi keluarga merupakan unit yang paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika kita menerokai keadaan sesebuah keluarga adalah baik, sejahtera dan bahagia dalam sesebuah institusi sebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi muda yang akan dilahirkan dalam sesebuah masyarakat pada masa akan datang. Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya.Oleh itu,maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga.

      Bagi memperkukuhkan institusi keluarga sebagai agen sosialisasi terdapat beberapa perkara yang kita boleh fokuskan. Antaranya adalah mewujudkan kerjasama antara suami isteri dalam mendidik dan menjaga anak mereka dengan cara yang baik. Contohnya, suami dan isteri perlu seimbang dalam penjagaan seharian hidup anak mereka. Ini termasuklah makan dan minum,tempat tinggal,didikan agama dan paling penting adalah kasih sayang.

      Selain daripada itu, kemahiran dalam berkomunikasi perlu di terapkan kepada ibu bapa agar bijak dalam menangani masalah ketidakselesaan anak terhadap mereka serta dapat mengenali lebih rapat dan mesra terhadap anak-anak. Ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah serta menjadi tempat mengadu untuk anak jika mereka memerlukan pendapat daripada ibu bapa. Contohnya, ibu atau bapa perlu berhemah dalam berbicara dan tidak terus menghukum jika anak melakukan kesalahan. Berlembut dalam memberi nasihat ini akan memberi kesan pada anak agar mereka dapat belajar dari kesilapan.

      Perkara lain yang dapat diketengahkan adalah tanggungjawab yang tinggi perlu disandarkan kepada ibu bapa bukan hanya berharap pada pelajaran formal seperti sekolah dan institusi pengajian untuk mendidik. Daripada rumahlah anak-anak dapat didikn sepenuhnya,jadi dalam mendidik anak tanggungjawab ibu bapa lah untuk membentuk mereka berdisplin. Contohnya, mereka tidak terlalu bersosial,hidup bebas bersama rakan-rakan yang berpengaruh negatif seperti merokok,dadah dan vandalisma.

      Peranan masyarakat sekeliling juga perlu memainkan peranan yang penting dalam memperkukuh institusi keluarga. Contohnya, jiran sebelah rumah atau jiran berdekatan perlulah mengambil berat masalah yang dihadapi jiran mereka. Ini dapat membantu serba sedikit kecelaruan keluarga yang menghadapi masalah, misalnya jiran mereka menghadapi masalah kewangan. Ketika itu, jiran lah yang berhak menolong untuk sumbangan mereka bagi meringankan bebanan.

      Terakhir sekali dan yang paling penting dalam membina keluarga bahagia dan harmoni adalah menyemai didikan ahli keluarga dengan didikan agama yang tinggi. Terutama bagi institusi keluarga islam. Sesebuah institusi keluarga yang inginkan kebahagiaan adalah kebergantungan mereka terhadap Allah adalah tinggi. Di sini didikan yang diterapka ndari ketua rumah iaitu bapa adalah penting dan juga ibu sebagai dorongan. Contohnya, jinakkan anak-anak dengan melengakapkan amalan fardhu iaitu solat 5 waktu. Kerana dengan menjga solat ia dapat mencegah kemungkaran dan ini telah di terangkan dalam ayat Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 dimana Allah telah befirman “sesungguhnya solat itu mencegah daipada (perbuatan) keji dan mungkar”.

      http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A&feature=related

      NAMA : NORAISYAH BINTI MOHD
      NO.MATRIK : A133478
      TAHUN PENGAJIAN : 2
      FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
      EMAIL : insyirah_56@yahoo.com
      FACEBOOK : Noraisyah Binti Mohd

      Delete
  101. 1) Pemantapan dari aspek akhlak
    Pemantapan akhlak adalah penting. Perkara ini kita perlu melihat keadaan sekarang bagaimana anak derhaka kepada ibubapa. Surat khabar hari ini menunjukkan akhlak anak-anak telah mula terpesong sehinggakan anak-anak sanggup membunuh ibu atau bapa, tending dan ada yang sanggup memukul mereka. Perkara ini terjadi apabila mereka kurang mendapatkan pemantapan akhlak. Oleh itu, pemantapan akhlak adalah penting dari aspek pembentukan sasiah anak-anak pada masa akan datang. Sebagai contoh, anak-anak akan didik akhlaknya oleh ibubapa sejak dari kecil dan perkara ini akan diteruskan sehingga dewasa.
    2) Pemantapan dari aspek pendidikan.
    Pendidikan yang baik akan membantu keluarga dan akhirnya ia akan menlahirkan insane yang Berjaya di dunia dan akhirat. Pendidikan ini akan dibahagikan kepada 2 aspek utama iaitu ilmu wahyu dan ilmu akal. Ilmu wahyu adalah ilmu yang paling terpenting dalam pendidikan. Hasil dari pembelajaran yang baik. Ia akan menunjukkan bahawa anak-anak yang dididik dengan pendidikan sedemikian akan menunjukkan nilai yang baik dan berguna. Perkara ini yang diidamkan oleh keluarga. Sebagai contoh, pendidikan yang baik dengan mendapat ilmu wahyu seperti ilmu agama, ketuhanan, dan akidah, tauhid, perkara ini akan memberi anak-anak satu pendedahan yang baik dan berguna.
    3) Pemantapan dari aspek institusi keluarga
    Ibubapa adalah model yang paling hampir dengan anak-anak. Dalam pembentukan anak-anak yang baik untuk masa hadapan, mereka perlu menjadi model yang baik supaya anak-anak boleh mencontohi mereka. Anak-anak akan mengikuti apa yang dilakukan oleh para ibubapa mereaka dalam membentukan akhlak mereka. Jika keluarga sering kali bergaduh maka perkara ini akan diikutinya. Sebagai contoh, ibubapa perlu menunjukkan nilai yang baik dan ibu perlu hormat si bapa dalam apa keadaannya. Perkara ini akan memberi kesan yang positif kepada si anak.
    4) Kesedaran hubungan diantara ahli keluarga

    keluarga adalah satu institusi yang paling baik dan bagus. Hubungan yang wujud adalah hubungan yang tidak dapat diputuskan kecuali dengan kematian. Hubungan sebegini perlu dijaga dengan baik agar ia tidam memberikan kesan yang buruk sekali. Pekara ini amat penting dalam memberikan pandidikan kepada anak-anak. Ibubapa perlu menjaga hubungan dengan anak-anak dan anak-anak perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa. Meraka perlu menjaga hubungan tersebut agar ia menjadi baik. Sebagai contoh, anak perlu mengingati ibu walaupun berada di mana. Perkara ini adalah mustahak kerana ibu adalah tempat asal kita.
    5) Keluarga haramoni.
    Keluarga harmoni adalah keluarga yang bahagia dan Berjaya dalam membentuk anak-anak berasakan JERI dan agama yang mencukupi. Apabila perkara ini Berjaya dilaksanakan amalan yang baik akan wujud dan akibatnya tiada kes anak dera ibubapa, anak tinggalkan ibu dan sebagainya. Perkara ini amat mustahak dalam merentasi arus perdana pada waktu ini. Sebagai contoh, keluarga harmoni wujud apabila si anak Berjaya dalam hidup dan pada masa yang sama hormat ibubapa dan saling bahagia.
    http://youtu.be/Hcn-I2b88ZQ
    nama : Muhammad Muhizsham bin Mohd Nuri.
    Tahun : 2
    No. matrik : A134105
    Fakulti : Sains Sosial dan Kemanusiaan
    Email : e_chams90@yahoo.com
    Facebook : Yb Sham

    ReplyDelete
  102. Lima Langkah Dalam Memperkukuhkan Institusi Kekeluargaan.
    Pelbagai langkah perlu dilakukan dalam membentuk dan memperkukuhkan institusi kekeluargaan yang semakin rapuh dewasa ini.
    Para ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai guru dan kawan yang paling setia dengan anak-anak mereka. Ini bermakna, ibu bapa haruslah menjadi guru di rumah dalam mendidik anak-anak terutamanya dalam aspek agama dan moral. Seorang ilmuan Barat iaitu Albert Einstein pernah menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Pendidikan ini sangat penting bagi memastikan anak-anak dapat membezakan perkara yang betul dan yang salah serta hak dan batil. Tindakan para ibu bapa sebagai seorang rakan pula boleh dilihat apabila para ibu bapa mesra dan rajin bertanya masalah atau segala hal yang berlaku kepada anak-anak dengan menjadi rakan yang setia mendengar setiap cerita yang ingin dikongsi oleh anak-anak.
    Selain itu, ahli keluarga lain harus memastikan keharmonian keluarga terpelihara. Oleh itu, ahli keluarga haruslah saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Sikap ini dapat diwujudkan dengan adanya kemesraan yang boleh timbul apabila ahli keluarga rajin untuk berkumpul bersama-sama samaada ketika pergi melancong ataupun duduk dengan makan bersama-sama setiap hari. Keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni, dengan saling memahami, bertolak ansur dan bantu-membantu antara satu sama lain bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
    Seterusnya,pihak sekolah perlulah mempunyai langkah yang efektif bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Oleh itu, pihak sekolah perlulah berusaha membina persekitaran sekolah yang kondusif dan selesa bagi menarik minat pelajar untuk ke sekolah dan belajar dengan lebih selesa malah menerima pembelajaran dengan lebih baik.Nilai baik yang dapat dipupuk sejak di usia muda akan menjadi satu perkara biasa dan diamalkan hingga kehari tua kerana bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
    Pihak kerajaan itu sendiri perlu mengalakkan lebih banyak aktiviti kekeluargaan dikalangan rakyat Malaysia. Pelbagai program kekeluargaan harus diwujudkan bagi mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan selain mewujudkan persekitaran yang bahagia. Pelbagai program boleh dijalankan seperti pertandingan-pertandingan sukan yang berkonsepkan kekeluargaan bagi mengumpulkan keluarga itu dan mewujudkan sikap saling sokong antara satu sama lain.Program yang berkaitan dengan rumah tangga dan menjurus kearah kelahiran keluarga bahagia ini dapat memastikan institusi kekeluargaan rakyat kita lebih kukuh dan aman.
    Seterusnya, individu perlulah mengambil langkah dengan membentuk peribadi yang baik dengan mendisiplinkan diri sendiri. Pelbagai cara boleh dilakukan dalam membentuk disiplin diri antaranya dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan disekolah dan juga rajin melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial yang memerlukan komitmen dan tanggungjawab.Oleh itu, akan wujudlah pewaris -pewaris yang memiliki sikap yang baik dan sekaligus memberi impak yang baik di dalam institusi kekeluargaan di kalangan rakyat kita di Malaysia.
    Kesimpulanya, institusi kekeluargaan akan menjadi kukuh apabila semua pihak memainkan peranan untuk menjayakannya dengan melakukan pelbagai langkah-langkah yang efektif. Pelbagai langkah perlu diambil dan dilakukan secara berterusan tanpa mengenal erti putus asa kerana hasilnya akan memberikan impak yang baik kepada identiti insan sejagat.

    http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=related

    NAMA : SITI NORHAZANATON BINTI JAAFAR
    NO MATRIK : A131937
    TAHUN : 2
    FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMAIL: hazafar244@yahoo.com / nufuz244@gmail.com
    FACEBOOK : Hazanaton Jaafar

    ReplyDelete
  103. Keluarga dan sistem sosialis merupakan perkara yang sebati dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana salah satu peranan keluarga adalah untuk melaksanakan proses sosialis. Proses sosialisasi dalam keluarga terjadi antara ahli keluarga iaitu antara individu dengan individu yang lebih dewasa. Oleh itu, untuk menghasilkan individu yang berkualiti, keluarga memainkan peranan yang penting untuk menerapkan nilai-nilai murni dan norma-norma kehidupan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi bak kata pepetah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
    Cara pertama untuk menjadikan keluarga sebagai ejen sosialaisai adalah dengan menjadikan ibu bapa sebagai teladan atau ikutan yang baik kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak kecil merupakan manusia yang pasif sepenuhnya dari segi sosialisasi, sehinggakan sebahagian besar hal-hal yang dilakukan oleh anak-anak kecil sebenarnya berlaku melalui peroses ini. Anak-anak kecil yang masih pasif mudah dan senang meniru atau terikiut-ikut dengan tingkah dan perbuatan kedua-dua ibu bapa. Oleh itu, sebagai ibu bapa mereka harus menjadi ejen sosialisasi yang bertanggunjawab terhadap anak-anak mereka dengan memberikan contoh dan teladan baik dalam kehidupan seharian anak-anak kecil.
    Selain itu, solat berjemaah dan makan bersama dalam keluarga juga dapat menjadi salah satu cara mensosialisasikan anak-anak. Hal ini demikian kerana solat merupakan perkara yang wajid ditunaikan oleh orang islam dan menuntut disiplin dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan ibadah sembahyang. Manakala masa yang diluangkan oleh ahli keluarga untuk makan bersama dapat membibitkan tali perhubungan diantara ahli keluarga. Oleh itu, ibu bapa haruslah meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga yang dpat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dan dapat memangkinkan keluarga sebagai ejen sosialisasi.
    Selain itu ibu bapa juga haruslah memantau dan mengawasi perlakuan atau tingkah laku anak-anak. Hal ini kerana anak-anak zaman sekarang mudah terdedah dengan pelbagai risiko, ini kerana mereka terdedah dengan penggunaan teknologi yang dapat meningkatkan gejala-gejala yang tidak sihat di kalangan remaja dan anak-anak hari ini. Ibu bapa haruslah menyelidiki atau memerhati setiap pekerjaan atau perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya mereka tidak terjerumus dengan pelbagai kancah yang dapat merosakkan diri mereka, masyrakat dan negara.
    Peranan media massa dan media elektronik juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan peranan keluarga sebagai ejen sosialisasi. Hal ini kerana media massa mahupun elektronik haruslah memperbanyakkan program atau kempen-kempen yang berteraskan atau bertemakan kekeluargaan. Selain itu, iklan-iklan serta tayangan filem yang mengandungi unsur-unsur kekeluargaan harus diperbanyakkan supaya masyarakat akan sedar betapa pentingnya keluarga dalam kehidupan. Hal ini kerana media massa dan elektronik mempunyai kuasa untuk menarik atau memupuk kesedaran dalam diri penonton.

    NAMA : EKHSAN BIN EZANI
    NO. MATRIK : A133201
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMAIL : sha_eliya@yahoo.com
    FACEBOOK : Ekhsan Ezani
    LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=CCRJNPAWOHA

    ReplyDelete
  104. Institusi kekeluargaan adalah asas yang paling penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, maju, sejahtera dan harmoni disamping dapat melahirkan kestabilan politik dan pembangunan negeri dan negara.
    Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah keperibadian anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa adalah individu yang terdekat dalam kehidupan seharian anak-anak. Bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan, peranan ibu bapa amat penting. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak berasa selesa dengan semua ahli keluarga, membesar dengan nilai hidup yang sempurna serta mendapat kasihsayang yang secukupnya. Elakkan daripada pertelingkahan di hadapan anak-anak dan jadikan anak-anak sebagai ahli yang penting dalam keluarga. Persefahaman antara ahli keluarga yang dibentuk atas dasar hormat-menghormati dan tolak ansur boleh mengelak daripada berlakunya keadaan kacau-bilau dan ketegangan dalam keluarga. Ibu bapa juga hendaklah bijak mengawal tekanan hidup terutama yang bersabit dengan tekanan ekonomi. Dengan kata lain, ibu bapa hendaklah menjalankan fungsinya sebagai ketua keluarga yang berkesan bagi memastikan institusi kekeluargaan benar-benar mantap, agar masalah yang melibatkan remaja dapat diatasi. Oleh itu, aktiviti kekeluargaan pasti dapat melahirkan suasana yang harmoni di samping mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga.
    Selain itu, didikan agama yang kuat pasti dapat membentuk peribadi yang mulia. Ini kerana agama merupakan tunjang utama dalam pembentukan akidah seseorang. Dalam pada itu, ibu bapa perlu mengikuti kursus atau program yang dapat meningkatkan kesedaran serta kepimpinan dalam memastikan keluarga tidak terabai di samping kesibukan kerja yang melampau di era globalisasi sekarang.
    Aktiviti makan bersama keluarga juga merupakan salah satu langkah dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Tidak kiralah makan bersama di rumah mahupun sesekali membawa keluarga berbelanja di restoran atau kedai makan, kehadiran seluruh ahli keluarga bersama-sama akan dapat melahirkan keharmonian dalam sesebuah keluarga.
    http://www.youtube.com/watch?v=ns5zDpOJa-c
    NAMA : SAKINAH BINTI SEDIK
    NO MATRIK : A133771
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMEL : sakinah_beauty91@yahoo.com
    FACEBOOK : Sakinah Sedik

    ReplyDelete
  105. Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara tidak akan sempurna. Terdapat beberapa langkah yang dikenalpasti dapat memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    Pertama, langkah awal yang perlu diambil oleh setiap orang yang ingin mendirikan keluarga ialah bermula daripada bakal si suami dan isteri. Bakal suami dan bakal isteri mestilah dilengkapi dengan aqidah yang baik. Sesebuah keluarga tidak mungkin bahagia jika dibina tanpa asas aqidah yang kukuh. Sekaligus akan memperkuatkan keazaman dan kesungguhan untuk membangun keluarga yang bahagia, harmoni dan diredhai Allah.

    Kedua, langkah seterusnya ialah setiap suami isteri atau ibu bapa harus mengetahui dan menjalankan peranan hakiki masing-masing. Di antara peranan seorang suami ialah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Manakala kewajipan seorang ibu pula adalah mengurus rumah tangga yang mencakupi hal-hal seperti menjaga makan minum suami dan anak-anak. Peranan dan tanggungjawab ini sudah semestinya telah digariskan oleh Allah S.w.t.

    Ketiga, Taat dan berbuat baik kepada ibu bapa. Semestinya tugas ini dipikul oleh anak-anak.Berbuat baik kepada ibu bapa bererti patuh kepada segala suruhan serta tunjuk ajar mereka yang makruf dan sentiasa berusaha menggembirakan kedua ibu bapa dengan memelihara hubungan yang baik melalui pemberian kasih saying, pemberian kerjasama dan bantuan dalam hal-hal yang munasabah dan berpatutan. Dengan perkataan lain, adalah menjadi suatu kesalahan atau dosa jika seorang anak derhaka terhadap ibu bapanya.

    Keempat, Sentiasa berusaha mengeratkan tali silaturrahim. Dalam hubungan ini, setiap anggota keluarga yang meliputi bapa, ibu dan anak-anak harus memastikan suasana yang harmoni dan bahagia wujud dalam rumah. Keadaan seumpamanya akan memberi ruang kepada ahli keluarga berdampingan mesra dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain hatta menjadikan rumah lebih ceria dan menarik.

    Kelima, ibu bapa mempamerkan identiti yang baik. Perlulah diingatkan bahawa sebagai ibu atau bapa kita terlebih dahulu perlu memiliki akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang dapat dicontohi, ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak. Namun sekiranya ibu bapa sendiri yang ketandusan akhlak mulia seperti pengasih,penyanyang, bersopan santun, berbudi pekerti mulia bagaimana untuk mereka ‘mengeksport’ kemuliaan itu kepada orang lain khususnya kepada anak-anak.

    Kesimpulannya, Institusi keluarga penting dalam usaha melahirkan masyarakat madani dan insan rabani. Justeru itu, ibu bapa diharap lebih komited memberikan pendidikan, kasih saying dan keperluan-keperluan asasi yang lain kepada anak-anak. Di samping itu, setiap pasangan suami isteri hendaklah memastikan yang hubungan mereka sesama sendiri dan hubungan mereka dengan anak-anak sentiasa baik dan mesra kearah membentuk keluarga sakinah.

    NAMA : MOHAMAD HAIRY BIN MOHD YUNUS
    NO. MATRIK : A133400
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : FEP
    EMAIL : hairyyunus@gmail.com
    FACEBOOK : Gary Kun
    LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=Sp9vRxsdx4w&feature=related

    ReplyDelete
  106. Assalamualaikum En. Jasmy,
    Ini adalah jawapan saya:

    1) Menerapkan pendidikan agama Islam yang mantap dalam setiap kalangan ahlinya. Pengetahuan agama yang lengkap dalam diri setiap ahli keluarga mampu membawa kepada pembentukkan sebuah keluarga yang ‘Sakinah Mawaddah Wa Rahmah’ kerana ahli keluarga akan saling berdakwah ke jalan yang baik dan sentiasa Amar Makruf Nahi Mungkar. Dengan demikian, yakinlah institusi keluarga akan tetap utuh seandainya ahlinya berpegang teguh pada ajaran agama. Jelas, langkah terbaik, perlunya dititikberatkan soal agama dalam sesebuah institusi keluarga.

    2) Interaksi yang berkesan. Interaksi adalah satu medium yang dapat mengerat tali kekeluargaan dan pola interaksinya dapat dijadikan alat ukuran keharmonian sebuah keluarga. Pasangan suami isteri, serta anak-anak perlu meningkatkan interaksi antara mereka kerana dengan berlangsungnya interaksi secara berjaya, tepat dan benar, maka di situ ukhuwah akan lebih terjalin. Sebagai contoh, menggunakan perkataan yang baik, saling bermaafan, bersopan santun dan tidak menyakiti. Dengan itu, ahli keluarga akan dapat saling memahami, dapat menerima setiap titah bicara masing-masing dan berpeluang menyatakan pandangan. Maka interaksi yang baik sememangnya amalan yang mampu mengukuhkan institusi keluarga.

    3) Meluangkan banyak masa bersama. Seperti beriadah bersama di waktu petang, kemudian makan malam bersama, seterusnya hari minggu ke luar bersiar-siar bersama dan apabila cuti panjang pergi melancong bersama. Dengan ini setiap ahli keluarga berpeluang beramah mesra, saling bergelak ketawa, berceloteh, di samping boleh abadikan kenangan yang telah dilalui bersama. Di sini menjelaskan peranan setiap ahli dalam usaha mengekalkan kemesraan dan mengukuhkan lagi tali ikatan dengan anggota keluarga yang lain.

    4) Setiap anggota keluarga perlu menyedari tanggungjawab masing-masing. Si suami harus keluar mencari rezeki untuk menyara, mengurus keperluan keluarga dan hal ehwalnya, menjaga rumah tangga, mendidik anak dan isteri dan sebagainya. Si isteri pula harus juga berperanan penting dalam urusan rumahtangga, membantu suami dalam segala hal, menyenangkan hati dan menjadi penyokong suami, mengurus anak-anak dan lain-lain. Si anak pula perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai anak dan memenuhi segala hasrat ibu bapa antaranya menjadi anak soleh yang berjaya. Maka setelah masing-masing menyedari tanggungjawab masing-masing, maka akan harmonilah sebuah keluarga itu.

    5) Pengetahuan mengenai pengurusan konflik. Konflik sebenarnya suatu yang tidak dapat terelak dalam berumahtangga sama ada antara pasangan suami isteri, ataupun ibu bapa dengan anak-anak, dan konflik dalam kalangan adik beradik. Maka, gaya pengurusan konflik harus diambil kira kerana ianya jalan kepada penyelesaian sesuatu masalah. Contoh, konflik peranan dan konflik matlamat yang biasa berlaku antara pasangan suami isteri. Maka jalan terbaik adalah dengan mengenalpasti masalah, seterusnya memilih jalan perundingan mengatasi konflik sama ada menggunakan cara pendekatan tolak ansur, mengelak, dan banyak lagi cara. Maka, ahli keluarga harus mengetahui teknik pengurusan konflik agar institusi kekeluargaan tidak mudah runtuh.

    Nama: Noorhafiza Hasni Ab Manaf
    No. Matrik: A127607
    Tahun: 3
    Fakulti: Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
    Email: zaa_has89@yahoo.com
    Facebook: akukau_serupa@yahoo.com (Fyza Zyfa)
    Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=oxrMTgEL7dE&feature=related

    ReplyDelete
  107. Institusi kekeluargaan merupakan salah satu elemen penting dalam sesebuah negara dan tidak hairanlah institusi kekeluargaan merupakan agen sosialisasi negara.
    Pada zaman dahulu keluarga merupakan satu-satunya institusi pendidikan. Fungsi pendidikan keluarga ini telah mengalami banyak perubahan. Secara tidak formal fungsi pendidikan keluarga masih tetap penting, namun secara formal fungsi pendidikan itu telah diambil alih oleh sekolah. Namun begitu ibubapa tidak patut melepaskan tanggungjawab dalam mendidik anak mereka kepada pihak sekolah. Ibu bapa haruslah mengambil berat tentang perkembangan sekolah anak-anak mereka dan juga pendidikan agama. Ibubapa digalakkan memberi pendidikan awal kepada anak-anak, bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rembungnya' terutamanya pendidikan agama. Kebanyakkan anak-anak pada zaman kini, tidak mengamalkan pendidikan agama secukupnya dalam kehidupan mereka. Mereka belajar sekadar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Oleh itu, fungsi ibu bapa dalam sesebuah keluarga adalah untuk meningkatkan dan mengamalkan pendidikan agama supaya dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.
    Selain itu, fungsi rekreasi dalam institusi kekeluargaan iaitu ibubapa perlulah meluangkan masa bersama keluarga terutama pada hari minggu. sebagai contoh, ibubapa boleh mengadakan aktiviti bersama yang boleh menjadi kebiasaan pada keluarga seperti bersenam pada waktu pagi ataupun berkelah. Selain itu, melancong juga boleh merapatkan hubungan sesama keluarga. Di samping itu, ibubapa perlulah memupuk sifat kerjasama antara satu sama lain. Ini kerana, pada masa ini keluarga boleh berkongsi perkembangan harian mereka seperti aktiviti sekolah anak-anak mereka.
    Di samping itu, sifat prihatin ibubapa adalah sangat penting supaya dapat memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka. Ibubapa perlulah mengenali rakan sebaya anak-anak mereka supaya tidak salah pilih kawan dan tidak terlibat dalam gejala tidak sihat seperti menghisap dadah dan melepak. Ini kerana, kita sering digemparkan dengan berita dan isu-isu yang banyak dikaitkan dengan remaja seperti isu lari rumah. Selain itu, ibubapa mestilah mengetahui dimana anak mereka berada dan jangan biarkan anak mereka keluar rumah tanpa memberitahu ibubapa mereka terlebih dahulu.
    Tumpuan dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka perlu diutamakan. Walaupun sibuk dengan kerjaya, kehidupan anak-anak perlulah dititikberatkan. Bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan akhlak anak-anak tersebut, ibu bapa harus memberikan tumpuan dan kasih sayang yang sepenuhnya. Bagai menatang minyak yang penuh, begitulah sewajarnya perlakuan ibubapa terhadap anak mereka. Anak-anak sentiasa ingin dikasihi, tidak kira usia. Perhatian yang diberikan akan mampu memberi impak yang positif terhadap masa depan anak-anak tersebut.
    Tidak ketinggalan, kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) wajar mengadakan kempen kekeluargaan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan institusi kekeluargaan. Pelbagai aktiviti kekeluargaan patut diadakan pada hujung minggu terutamanya bagi keluarga yang menentap di bandar-bandar besar contohnya keluarga yang menetap di Kuala Lumpur. Aktiviti seperti Hari Keluarga juga boleh diwujudkan di setiap organisasi, supaya dapat mengeratkan silaturrahim antara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain. Dengan adanya aktiviti seperti ini, secara tidak langsung dapat menguatkan perpaduan yang sedia ada dalam kalangan penduduk Malaysia.

    NAMA : ZAID BIN ZAINUDIN
    NO. MATRIK : A132999
    TAHUN PERNGAJIAN : 2
    FAKULTI : FEP
    EMAIL : zsnapshots@yahoo.com
    FACEBOOK : ZAID ZAINUDIN
    LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=7FTV0M9j7vc

    ReplyDelete
  108. ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera pembuka bicara.
    kaedah/langkah memantapkan institusi kekeluargaan :

    seperti yang sedia maklum, Institusi kekeluargaan merupakan satu harta yang penting di mana tiada tolak banding dan tidak juga boleh di ganti dengan emas,aset nilai berjuta-juta bagi mendapatkan kasih sayang sebenar dan sejati dari satu nikmat yang di anugerahkan tuhan iaitu 'KELUARGA'. Dalam berkeluarga sudah pasti ada onak duri dan dugaannya terutama lagi dalam mendidik anak-anak.

    Oleh yang demikian,pertama sekali adalah peranan ibu bapa dalam langkah mendidik anak-anak,di mana seharusnya peranan ini harus di mainkan sejak peringkat awal lagi di mana anak-anak masih bayi bak kata pepatah 'meluntur buluh biarlah dari rebungnya' tambahan pula bagi kita yang bergelar muslim ini perkara utama yang harus di tekankan ialah melalui dua perkara yang telah di wasiatkan kita. Apakah ia?tidak lain tidak bukan ialah kitab suci Al-quran dan Sunnah yang di tinggalkan,insyALLAH dengan berpandukan kepada dua perkara ini institusi/struktur kekeluargaan kita, hubungan yang kukuh,silahturahim yang utuh dan mulia mudah di wujudkan.

    selain itu, perwatakan dan sifat yang di tonjolkan ibu bapa adalah penting yakni menjadi 'role model' kepada anak-anak.Dalam mendidik anak-anak tentang kebaikan dan kemuliaan berakhlak,ibu bapa haruslah menjadi model buat anak-anak agar mudah bagi anak-anak mencontohi dan terikut-ikut. Ibu bapalah yang mencorakan keperibadian dan kehidupan anak-anaknya.Bagi agama islam, solat berjemaah merupakan salah satu jalan yang paling terbaik bagi merapatkan hubungan sesama keluarga selain secara tidak langsung lebih dekat dengan pencipta ALLAH S.W.T.

    kedua kalinya,anak-anak haruslah mempunyai sifat sayang tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mana mereka menyayangi dan menjaga kita sejak dari awal kelahiran hingga meningkat dewasa. Buat yang muslim/muslimat jadilah anak yang soleh/selehah kerana tiada apa lagi yang di harapkan oleh kedua ibu bapa ayah setelah mereka pergi menghadap ilahi hanyalah doa dari anak-anak mereka yang soleh/solehah.
    janganlah sesekali membuang mereka dari kehidupan sang anak demi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menjaga ibu ayah kerana beringatlah kita 'sesungguhnya syura itu di bawah telapak kaki ibu'

    Selain itu, pupuk dan semailah sifat kasih sayang dan bertolak ansur dalam keluarga kerana dengan kasih sayang yang wujud segala masalah dan dugaan dapat di selesaikan dengan cara yang tertib,teratur dan mudah.Ini kerana pada zaman serba metropolitan yang senantiasa penuh dengan anasir-anasir negatif yang banyak di pelopori dan di bawa oleh barat ini,tidak lagi boleh mendidik anak-anak dengan sifat kasar,ganas dan menghukum anak-anak tanpa usul periksa,ini adalah kerana kebanyakan kes-kes yang berlaku melibatkan remaja ketika ini seperti lari dari rumah,lari ikut kekasih dan sebagainya kebanyakan berpunca dari dalaman iaitu masalah keluarga dan pengaruh lain seperti rakan sebaya. Maksudnya di sini harus berkasih sayang tetapi tegas kena pada tempatnya, pergaulan anak-anak juga harus di perhatikan, kemana,dengan siapa dan bagaimana pergaulan anak-anak itu. Ibu baapa haruslah peka dengan sikap anak-anak ini sesungguhnya anak-anak di peringkat ini di dorongi sifat-sifat memberontak dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru haruslah di jaga agar unsur-unsur negatif tidak mengalir masuk ke dalam minda anak-anak.

    akhir kata, Keluarga yang tercinta dan tersayang adalah keluarga yang senantiasa mencintai dan
    menyayangi tuhan iaitu ALLAH yang satu. Pandulah dengan apa yang di perturunkannya InsyALLAH semuanya akan terbentuk bermodalkan akhlak-akhlak yang baik dan melahirkan anak-anak yang bersifat indah seterusnya menjadikan keluarga yang aman,harmoni dan tenang.

    NAMA : MOHD HUSAINI BIN SAAD
    NO MATRIK : A133735
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : 2
    EMAIL : mohdhusainisaad@yahoo.com
    FACEBOOK : MOHD HUSAINI SAAD
    LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=ns5zDpOJa-c

    ReplyDelete
  109. Pada pendapat saya 5 langkah untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan, salah satu agen sosialisasi adalah dengan kerajaan mengehadkan waktu berkerja bagi pihak ibu dan ayah jikalau berkerja di sektor kerajaan waktu terluang pada malam hari. Begitu juga dengan para pelajar untuk mendapat waktu malam sebagai waktu rehat untuk berinteraksi dengan ibu dan ayahnya. Sekaligus dapat merapatkan hubungan diantara ahli keluarga. Sebagai contoh, anak-anak akan selalunya tamat sesi sekolah pada petang hari dan mereka mungkin tidak dapat bersua muka dengan ibu dan bapa. Ini dapat menjurus kepada pelbagai masalah.

    Seterusnya, para ibu dan bapa perlu bijak dalam menghadapi krisis keluarga dengan kesabaran dan tolak ansur, supaya instutusi keluarga akan hancur dan berkumungkinan besar menjuru kearah penceraian. Penceraian dapat melumpuhkan instutusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi. Fakta juga menunjukkan kebanyakan keluarga yang musnah iaitu ibu dan ayahnya bercerai, anak-anak akan terjebak dalam masalah sosial.

    Tambahan pula, semua ahli keluarga perlu berkumpul bersama untuk mengadakan aktiviti bersama. Aktiviti kekeluargaan dapat menilai semua ahli dari segi kelemahan , kebaikan dan lain-lain. Ibu dan bapa dapat melihat pelbagai nilai-nilai tersembunyi dikalangan anak-anaknya. Sebagai contoh, dalam permainan "Monopoly", ibu dan bapa dapat melihat kecerdikan anak-anak mereka semasa bermain permainan ini bersama.

    Selain itu, anak-anak juga perlu dibimbing dan didik oleh para guru untuk menilai kebaikan dan keburukan secara rasionalnya. Guru kounseling terutamanya perlu membimbing para pelajar jikalau mempunyai masalah dan selesaikan bersama ibu dan bapa keluarga tersebut. Contohnya, pelajar yang merokok adalah berkemungkinan besar ayahnya merokok, oleh itu, guru kounselor akan berjumpa bersama pelajar dan ayah ini dalam memberi alternatif sebagai pihak ketiga dalam menyelesaikan masalah ini. Sekaligus, dapat menyelamatkan pelajar ini dari terkecundang kearah masalah sosial.

    Masyarakat juga perlu bersama-sama rapatkan silaturrahim dengan jiran, kerana jiran juga penting sebagai "keluarga" kita, mereka yang terdekat dengan kita. Kadang-kala, jiran-jiran dapat mengetahui perkara dengan lebih pantas dan tepat berbanding kita, padahal ia tentang keluarga kita sendiri. Jadi, kita perlu merapatkan diri dengan jiran kita supaya kita dapat mengawasi anak kita dari jauh dan dapat meminta pendapat dari mata luar. Sebagai contoh, kita, sebgai ibu dan bapa seorang anak yang nakal, kita berkerja dari pagi hingga ke malam. Kita tidak tahu akan anak kita ponteng kelas selama 4 hari berturut-turut, jiran kita akan berkemungkinan membantu kita dengan memberitahu dan memberi pandangannya tentang hal ini.

    Nama : Suhaila Salehi
    No Matrik : A133047
    Tahun Pengajian : 2
    Fakulti : Sains dan Teknologi
    Email : yoruna_su91@hotmail.com
    Facebook : SuHaila SaleHi
    Link video : http://www.youtube.com/watch?v=SZG0grW1wZY

    ReplyDelete
  110. Langkah yang pertama untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah dengan mengadakan pogram kekeluargaan seperti hari keluarga. Melalui pogram-pogram seperti ini setiap anggota keluarga dapat berkumpul dan bertemu seterusnya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

    Langkah yang kedua ialah melalui mengambil berat dan berkongsi masalah antara ahli keluarga. Melalui cara ini setiap masalah yang besar dapat deselesaikan kerana ia diatasi secara bersama seperti kata pepatah “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Jika setiap masalah yang datang itu diselesaikan secara bersama, ia dapat menimbulkan rasa tanggungjawab antara ahli keluarga dan dapat membentuk sebuah keluarga yang mempunyai hubungan yang kukuh dan harmoni.

    Langkah yang ketiga ialah melalui peranan ibu bapa itu sendiri. Ayah dan Ibu adalah anggota tertinggi dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Ayah adalah ketua dan ibu adalah pembantu. Jika becerai keduanya maka robohlah institusi kekeluargaan itu. Antara peranan ibu bapa ialah memberi pendidikan kepada anak-anak, memberi nasihat kepada anak-anak dan sebagainya. Jika ibu bapa memainkan peranan mereka dengan sebaiknya, sudah pasti sebuah institusi keluarga yang harmoni dapat dibentuk.

    Langkah keempat ialah melalui peranan anak-anak dalam sebuah institusi kekeluargaan. Anak-anak merupakan anggota yang penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Anak-anak menjadi pelengkap kepada sepasang suami isteri.Tanpa anak-anak, sesebuah institusi kekeluargaan seolah-olah tidak lengkap. Peranan anak-anak ialah mentaati ibu bapa, menjaga ibu bapa ketika mereka sudah berusia dan sebagainya.
    Langkah kelima ialah peranan anggota luar seperti guru-guru dan kerajaan. Guru merupakan individu penting dalam membentuk peribadi pelajar disamping menyampaikan ilmu seperti kata pepatah “guru ibarat lilin yang membakar diri”. Peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga bertanggungjawab membentuk peribadi dan akhlak yang baik dalam kalangan pelajar. Jika seseorang guru itu dapat memainkan peranannya dengan baik, pastinya ia dapat membentuk akhlak yang baik dalam kalangan pelajar bukan sahaja di sekolah, malah di rumah . Peranan kerajaan pula ialah mengadakan pogram-pogram berasaskan kekeluargaan dan memperbanyakkan iklan-iklan berunsur kekeluargaan melalui media massa.

    Langkah lain yang boleh dilakukan ialah melalui solat berjemaah. Dengan solat berjemaah ahli keluarga dapat melakukan kejwajipan secara bersama yang diketuai oleh imam iaitu ayah. Melalui solat berjemaah juga ahli keluarga boleh berkumpul setelah seharian melakukan tugas masing-masing.

    Nama : Muhammad Aslam Bin Mohd Safari
    No Matrik : A131356
    Tahun Pengajian : 2
    Fakulti : Sains dan Teknologi
    Email : aslam_leo91@yahoo.com
    Facebook : Muhammad Aslam
    Link video : http://www.youtube.com/watch?v=ma8cKeUPx4w&feature=related
    http://www.youtube.com/watch?v=9ZCY7UquN1E&feature=related

    ReplyDelete
  111. Langkah pertama bagi memperkukuh institusi kekeluargaan ialah ibu bapa perlu memperkukuh nilai agama dalam diri masing-masing, lantas menerapkan didikan agama yang teguh dalam diri anak-anak. Penerapan nilai agama ini perlulah dari anak-anak kecil lagi, bertepatan dengan pepatah Melayu, iaitu Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri ataupun menghantar mereka ke sekolah agama. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara baik dengan buruk kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya dalam membentuk institusi kekeluargaan yang erat.

    Langkah kedua ialah dengan mempraktikkan nilai-nilai murni. Langkah ini penting dalam memastikan anak-anak faham dan sedar akan pentingnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Nilai-nilai murni yang dimaksudkan adalah seperti saling menghormati, berbicara dengan nada yang lembut, tidak membantah mahupun bertindak kasar terhadap ibu bapa. Ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik, agar dapat menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak, terutamanya apabila peringkat awal tumbesaran mereka. Ibu bapa harus menerangkan kepada mereka tentang kesilapan mereka, agar mereka faham akan rasionalnya teguran dari ibu bapa mereka.

    Langkah ketiga ialah, dengan melakukan aktiviti rekreasi atau beriadah bersama keluarga. Langkah ini sememangnya terbukti berkesan apabila ibu bapa meluangkan masa pada hujung minggu terutamanya, membawa anak-anak pergi beriadah, contohnya ke pusat pelancongan di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Sepanjang aktiviti riadah tersebut, ahli keluarga dapat melapangkan masa bersama dengan berbual, berbincang dan berkongsi gelak tawa yang pastinya mampu mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli keluarga.

    Langkah keempat ialah ibu bapa perlu menyediakan keperluan kemudahan yang selesa kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah memastikan kebersihan bukan sahaja di dalam rumah, bahkan di luar rumah terjaga dan teratur. Rumah yang selesa mampu menjamin fikiran tumbesaran anak-anak sentiasa positif. Anak-anak akan berasa selesa, tenteram dan selamat berada di rumah, dan ini memastikan bahawa mereka tidak atau kurang untuk mencari keselesaan di luar yang akhirnya mampu menjerumuskan mereka dalam masalah sosial remaja, seperti melepak di pusat-pusat hiburan, melakukan perbuatan vandalism dan sebagainya.

    Langkah terakhir ialah dengan langkah yang diatur dan direncanakan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan. Pihak ini perlu memperluas kempen Program Pembangunan Masyarakat. Contohnya, program amal seperti gotong-royong bagi membantu golongan yang susah dan daif misalnya. Langkah ini mampu mengeratkan ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga yang ternyata mampu memperkukuh institusi kekeluargaan.

    LINK VIDEO: http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=relmfu
    ULASAN IKLAN: Iklan ini mengisahkan mengenai seorang wanita yang bernama Toi. Toi merupakan seorang penghidap kanser dan telah ditinggalkan oleh suaminya. Iklan ini pada pendapat saya memang wajar dikaitkan dengan institusi kekeluargaan kerana Toi mempunyai naluri keibuan yang tinggi apabila mengambil tiga orang kanak-kanak yang berbeza latar belakang menjadi anak angkatnya dan mengajar mereka tentang erti kehidupan yang bahagia. Mereka melakukan aktiviti bersama, seperti makan, bermain air dan tidur bersama. Saya berpendapat bahawa, institusi kekeluargaan dapat dibentuk dengan adanya nilai kasih sayang dan pengorbanan dalam diri seseorang kepada seseorang yang lain.

    Nama sebenar: NADIAH BINTI MAJEED
    No Matrik: A131900
    Tahun Pengajian: 2
    Fakulti: Ekonomi dan Pengurusan
    Email: nadiah_majeed90@yahoo.com
    Facebook: Dya Nadiah

    ReplyDelete
  112. Institusi kekeluargaan merupakan aspek yang penting dalam sesuatu organisasi masyarakat. Setiap ahli keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu, kakak, datuk dan sebagainya banyak memainkan peranan masing-masing untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Terdapat lima langkah perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    Antara langkah untuk memastikan institusi kekeluargaan diperkukuhkan ialah melalui pendidikan agama. Ibu bapa bertanggungjawab untuk memberi pendedahan awal tentang aspek agama kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Ini dapat mengukuhkan jati diri seseorang untuk menangkis pemikiran yang negatif dan lebih sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan buruk di akhirat nanti. Misalnya, ibu bapa perlulah mengajak anak-anak bersembahyang jemaah bersama-sama dan menghadiri program-program yang berbentuk kerohanian.

    Selain itu, kerukunan rumah tangga perlulah dijaga bagi menjaga keharmonian institusi kekeluargaan. Kerukunan rumah tangga digalas oleh ibu bapa. Ibu bapa perlulah berusaha mewujudkan suasana ‘Rumahku Syurgaku’ agar anak-anak berasa seronok dan tidak mengalami tekanan emosi ketika berada di samping keluarga. Masalah keluarga memang menjadi lumrah kepada setiap masyarakat. Ibu bapa perlulah bijak menangani masalah yang berlaku bagi mengelakkan anak-anak melepaskan tekanan kepada adik-beradik atau orang lain.

    Di samping itu, ibu bapa perlu menerapkan budaya yang sihat kepada anak-anak. Kebiasaannya, anak-anak akan terdorong mencontohi perlakuan ibu bapa iaitu insan yang paling hampir dalam hidup mereka. Ibu bapa perlulah mempunyai sifat yang positif misalnya menghormati orang tua, berdisplin, penyayang, menjaga tingkah laku dan sebagainya dalam kehidupan seharian dan menerapkan ke dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlulah menegur kesalahan anak-anak sebelum mereka meningkat dewasa.

    Media massa juga memainkan peranan penting untuk memastikan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi diperkukuhkan. Media massa mampu mengubah corak pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Filem-filem mahupun iklan yang memaparkan unsur keganasan dan nilai-nilai barat perlu disekat bagi mengelakkan unsur tersebut diamalkan. Media massa perlulah lebih banyak menyiarkan iklan, filem dan sebagainya yang memaparkan ikatan kekeluargaan yang dapat memberikan pengajaran kepada masyarakat.

    Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) juga merupakan salah satu komponen yang penting bagi memastikan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Badan- badan kerajaan dan NGO perlulah bergabung tenaga bagi menganjurkan program-program yang dapat memberikan kesedaran kepada institusi keluarga. Program tersebut hendaklah disasarkan kepada beberapa peringkat umur misalnya dewasa, remaja dan kanak-kanak. Program-program yang berbentuk kekeluargaan seperti gotong royong perlulah dijalankan.

    Kesimpulannya, ibu bapa banyak memainkan peranan penting dalam memperkukuh institusi kekeluargaan di samping pihak-pihak yang lain. Langkah-langkah ini perlulah dipraktikkan bagi melahirkan sebuah modal insan yang cemerlang di mata masyarakat.

    Nama : Nik Azemah binti Ismail
    No.Matrik : A134776
    Tahun Pengajian : 2
    Fakulti : Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
    Email : niazis17@gmail.com
    Facebook : nik azemah ismail
    Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=LedtoQ7sXW0&feature=related

    ReplyDelete
  113. Institusi kekeluargaan merupakan sesuatu yang sangat penting dalam mewujudkan negara yang sempurna. Bagi memastikan kejayaan sesuatu institusi kekeluargaan ini, kedua-dua belah pihak ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang sama penting.
    Institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan dengan mengambil beberapa langkah. Langkah yang boleh diambil ialah dengan mengadakan aktiviti rekreasi bersama-sama keluarga. Aktiviti rekreasi seperti berkelah di tepi pantai dapat mewujudkan hubungan yang silaturahim. Apabila ahli keluiarga bersatu, mereka dapat meluangkan masa dengan bersantai dan bergurau-senda. Justeru hal ini akan lebih mengeratkan hubungan antara satu sam lain dan seterusnya memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
    Langkah seterusnya ialah membincangkan sesuatu masalah yang dihadapi dalam keluarga secara bersama-sama. Sebagai contoh, apabila salah seorang dalam ahli keluarga tersebut menghandapi masalah, ahli keluarga yang lain haruslah mengambil tanggungjawab dengan membantu mendengar dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Menerusi langkah ini, semua ahli keluarga dapat bersatu dalam memberi pendapat, cadangan dan menyelesaikan masalah atau aspek-aspek yang lain. Keluarga bahagia akan bermula dengan meluahkan pendapat secara terbuka sesama keluarga dan membawa kepada faktor institusi keluarga yang kukuh.
    Selain itu, aktiviti makan bersama keluarga juga memberi impak yang tinggi dari segi memperkukuhkan instutisi keluarga. Kita haruslah mengamalkan aktiviti ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ia juga diklasifikasikan dalam meluangkan masa bersama keluarga walaupun hanya sekadar 30 minit. Perhubungan antara ahli keluarga menjadi lebih rapat jika mengamalkan aktiviti ini selalu.
    Di samping itu, setiap ahli keluarga haruslah menerapkan nilai saling nasihat-menasihati dan tegur-menegur antara satu sama lain. Contahnya menegur sesuatu kesilapan dan menasihati agar tidak mengulanginya. Peranan ibupabapa pula perlu memberikan pengetahuan serta didikan agama dan moral kepada anak-anak mereka. Sahsiah yang baik akan terbentuk keluarga yang beradab dan harmoni. Faktor ini juga membantu dalam memperkukuhkan instutisi kekeluargaan.
    Bekerjasama antara satu-sama lain merupakan langkah yang boleh diambil dalam memperkukhkan instutisi kekeluargaan. Semua ahli keluarga mestilah berkerjasama dalam membantu melakukan kerja-kerja di rumah seperti menolong ibu menyapu rumah, mencuci kereta ayah, menolong menyelesaikan latihan adik dan sebagainya. Hal ini dapat mengeratkan silaturahim sesame keluarga.
    Secara kesimpulanya, sesebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Keharmonian ini akan dipandang mulia oleh orang lain dan mereka juga akan mengamalkanya dan akhirnya akan mewujudkan negara yang aman dan damai.


    NAMA : PARUVATHY A/P THAMIL CHELVAM
    NO.MATRIK : A133513
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : EKONOMI DAN PENGURUSAN
    EMAIL : paruvathy_25@yahoo.com
    FACEBOOK : paruvathythamilchelvam
    LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=SZG0grW1wZY&feature=related

    ReplyDelete
  114. Institusi kekeluargaan merupakan salah satu agen sosialisasi dan asas kepada pembangunan masyarakat, ekonomi dan negara. Sejak kebelakangan ini, institusi kekeluargaan di Malaysia dilihat mengalami kepincangan dan wujud pelbagai ribuan masalah dalam institusi kekeluargan. Disebabkan hal demikian, langkah-langkah pengukuhan institusi kekeluargaan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:
    1. Menerapkan nilai keagamaan
    Nilai keagamaan merupakan tunggak ke atas kebahagiaan dan kekukuhan institusi kekeluargaan. Malahan setiap agama menganjurkan melakukan perbuatan yang baik dan menentang segala perkara kejahatan samaada pada manusia mahupun pada makhluk di mukabumi ini. Disebabkan itu, nilai keagamaan perlu dipupuk dan dititikberatkan dalam institusi keluarga sejak awal perkahwinan lagi. Ibu bapa perlu mempunyai pemahaman agama yang cukup dan memberi contoh teladan yang baik buat anak-anak. Di antara cara yang boleh dilakukan adalah menerusi solat berjemaah, mendengar ceramah di tempat agama di masjid/gereja, makan bersama, berpuasa bersama-sama dan menghormati dan melayan orang tua dengan baik. Adanya nilai keagamaan yang mantap dalam institusi kekelurgaan dapat menghindari daripada terpengaruh anasir-anasir buruk yang datang untuk menggoyahkan rumahtangga itu sendiri. Adanya pemahaman akan nilai keagamaan dapat memupuk dan menjadikan manusia itu lebih berakhlak dan berpekerti mulia,menghormati dan menyayangi setiap insan di muka bumi ini.

    2. Budaya mengambil tahu/mengambil berat.
    Kurangnya komunikasi yang baik dalam institusi kekeluarga akan menyebabkan anak-anak merasakan terabai dan kurang perhatian. Ekoran dari itu, sikap saling mengambil tahu/ mengambil berat adalah kunci kepada komunikasi yang baik dalam institusi kekeluargaan. Budaya sikap mengambil tahu bukan terhad kepada mengambil tahu akan kesihatan atau khabar sebaliknya juga perlu mengetahui akan perkembangan/ aktiviti semasa yang berlaku dan mungkin akan berlaku yang mana akan mempengaruhi hubungan kekeluargaan itu sendiri. Dalam konteks ini, ibu bapa dan anak-anak perlu saling mengambil tahu dan mengambil berat akan perkembangan anak-anak dan saling berkongsi mengenai perkembangan semasa, persabatan, persekitaran, percintaan, dan pekerjaan dan menganggap anak-anak seperti kawan sebaya. Sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan institusi kekeluargaan dan anak-anak pula dapat beroleh pengetahuan dan pengajaran berdasarkan pengalaman yang telah dilalui oleh ibu bapa sekaligus mematangkan fikirannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. (sambungan)
      3. Mewujudkan Hari Keluarga
      Dalam kesibukan dengan pekerjaan dan menuntut ilmu, apa salahnya memperuntukkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai hari keluarga. Sudah tentu ia dapat menjadi satu kenangan manis buat ibu bapa dan anak-anak. Kadang-kadang kita terlepas akan waktu-waktu yang berkualiti dalam seharian bersama. Hari keluarga yang dimaksudkan adalah seperti melancong ke dalam/luar Negara dan menghabiskan masa dengan menjalankan aktiviti riadah ke tempat yang jauh dari kesibukan bandar seperti kawasan perkambungan orang asli, di Kemboja dan mana-mana tempat perlancongan. Melihat pada keindahan alam semulajadi dapat mengurangkan tekanan dan menambah keinsafan diri, mengeratkan hubungan serta boleh jadi ia adalah satu detik kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

      4. Memberi sedikit kelonggaran pada anak.
      Adakalanya anak-anak perlu diberikan sedikit kelonggaran dalam membentuk kehidupannya sendiri. Dalam erti kata lain, ibu bapa perlu tidak terlalu mengongkong anak dan tidak mendesak anak-anak mengikut hala tuju ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama islam dan sensitiviti melayu. Bak layang-layang, adakalanya dibiarkan terbang ke langit, adakalanya tali layang-layang perlu ditarik supaya tidak tersasar jauh. Begitulah jua konteks hubungan anak-anak. Minat / kemahiran anak-anak yang disekat akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan bermungkinan besar anak-anak akan memberontak sekiranya mereka tidak berfikiran panjang. Berilah masa pada anak-anak untuk berfikir dan membuat pilihan sebetulnya dengan fakta-fakta yang diberikan.

      5. Mewujudkan kursus kerumahtanggaan ( bagi usia perkahwinan 5, 10,20 tahun)
      Isu penceraian seringkali kedangaran di Malaysia dan semakin meningkat seiring dengan kepesatan ekonomi negara. Dalam konteks ini, institusi kekeluargaan dilihat semakin lemah apabila setelah lama melayari alam rumah tangga itu sendiri. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan institusi kekeluargaan itu sendiri dimana anak-anak akan terabai dan mengalami tekanan perasaan akibat perpisahan ibu bapa. Kemungkinan besar anak-anak akan hilang kepercayaan akan institusi kekeluargaan itu sendiri. Disebabkan itu, kursus kerumahtanggaan keluargaan perlu diwujudkan dan diwajibkan dihadiri oleh ibu bapa yang usia perkahwinannya berumur 5 tahun, 10 tahun, dan 20 tahun. Kursus kerumahtangga ini penting kerana adakalanya ibupa selaku tunggak utama institusi kekeluargaan itu lupa dan terlepas pandang akan tanggungjawab/perkara yang perlu dilakukan sebagai ibu bapa setelah sekian lama. Agensi kerajaan dan agensi swasta perlulah memberi ruang dan mewajibkan setiap pekerjanya menjalani kursus ini. Ini kerana, kebahagiaan dan kekukuhan institusi kekeluargaan dapat meningkatkan tahap motivasi pekerja dan seterusnya meningkatkan lagi produktiviti.

      Kesimpulan,institusi kekeluargaan adalah merupakan asas kepada agen sosialisasi pada individu. Jesteru itu, ibu bapa dan anak-anak selaku pemain utama dalam hubungan institusi kekeluarga perlu menjaga kehormunian rumahtangga dan peka akan masalah yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Semoga langkah-langkah tersebut dapat dijadikan aras panduan dalam pengukuhan institusi kekeluargaan di Malaysia.
      Link You Tube: http://www.youtube.com/watch?v=RkoRDFjBh44&feature=related

      Nama Sebenar : Nurhidayani Bt Mohd Mahfoz
      Nombor Matrik: A130899
      Tahun Pengajian: 3
      Fakulti : Ekonomi Dan Perniagaan (FEP)
      E-mail : yanida1407@yahoo.com
      Facebook: tiada

      Delete
  115. 5 Langkah:

    1) Pendidikan Bermula Dari Kecil
    Pepatah lama 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' benar-benar perlu dipraktikkan oleh ibu
    bapa terhadap anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Kata seorang pakar kanak-kanak,
    "pendidikan awal kanak-kanak penting kerana peringkat ini merupakan tahap paling utama
    untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan
    dan bijak melalui bentuk rangsangan". Maka, pada tahap ini ibubapa perlulah menunjukkan dan
    mendidik anak-anak mengenai nilai-nilai moral dan adab-adab sopan seperti hormat
    menghormati sesama kaum dan orang tua,berbuat baik dengan semua orang,bercakap sopan serta
    lain-lain lagi.Lama-kelamaan, segala didikan baik ini akan dijadikan budaya oleh seisi
    keluarga.Keluarga yang baik ialah keluarga yang mempunyai tabiat yang positif.


    2) Komunikasi
    Sebuah keluarga yang erat mempunyai kaedah komunikasi yang baik.Mereka sering berkongsi
    cerita dan berbincang apa yang berlaku.Anak-anak tidak akan berasa untuk berahsia dengan
    ibubapa mereka.Selain itu, ibu bapa perlu membuka minda mereka ketika mendengar apa yang
    diluahkan oleh anak-anak kerana memandangkan masing-masing mempunyai jarak umur yang besar
    dan melalui zaman pembesaran yang berbeza (generasi yang berbeza. Berdasarkan pengalaman
    saya di dalam keluarga yang kurang berkomunikasi sesama sendiri, sesetengah masalah tidak
    dapat diselesaikan dengan baik dan sentiasa ada salah faham.Oleh itu, bagi saya, melalui
    komunikasi ahli keluarga dapat menambahkan kemesraan dan rapat sesama sendiri.Rasa sayang
    dan tangungjawab terhadap keluarga semakin mendalam kerana ikatan emosi yang kukuh.

    3) Kesedaran Anak-anak
    Anak-anak juga memainkan peranan penting.Mereka haruslah taat dan berbuat baik dengan
    ibu bapa.Saya yakin setiap keluarga pasti mempunyai konflik.Maka dengan itu, anak-anak
    perlu faham ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka.Jadi mereka perlu menerima
    baik buruk ibu bapa mereka,kerana merekalah yang menjaga dan membesarkan anak-anak
    sejak kecil.Sebolenhya anak-anak hendaklah tidak membelakangi ibu bapa dan tidak derhaka.

    4) Tinggal di Persekitaran yang Baik
    Rasulullah s.a.w pernah berpesan " pastikan dahulu jiran tetangga yang bak sebelum memilih
    bentuk rumah yang diinginkan".Pesanan itu jelas memberi maksud bahawa jiran tetanga yang
    baik mempu saling menjaga dan memberi nasihat sesama sendiri.Malahan, persekitaran sebegini
    tidak akan memberi tekanan kepada tiap isi rumah dan memberikan ketenangan jiwa.Jiwa yang
    tenang akan melahirkan hati yang gembira, dan hati yang gembira sudah pasti akan
    menghasilkan emosi dan sifat yang positif oleh individu itu.

    5) Menghalang Budaya Kuning
    Budaya kuning khusunya yang datang dari negara Barat langsung tidak menunjukkan rasa hormat
    dengan ibubapa.Sebagai contoh, anak-anak barat selalunya berkomunikasi dengan ibubapa mereka
    menggunakan perkataan 'kau' dan 'aku'.Malahan budaya mereka juga mementingkan hiburan dan
    mengamalkan pergalan bebas.Pengaruh budaya kuning ini semakin bertapak kukuh dalam
    kalangan rakyat Malaysia.Selalunya,budaya ini didedahkan melalui saluran media.Maka, ibubapa
    perlu mempunyai kesedaran untuk membanteras budaya barat yang buruk dari awal.Memang benar
    tidak semua yang buruk, maka ibubapa haruslah menerangkannya kepada anak-anak, agar mereka
    dapat membezakan perkara yang baik dan buruk agar tingkah laku mereka tidak dipengaruhi
    oleh budaya kuning ini.

    Keluarga merupakan sebuah kumpulan yang kecil, yang akan membentuk sebuah masyarakat.Nilai-nilai positif perlu diterapkan dari dalam rumah lagi,untuk membetuk masyarakat yang bagus.


    Nama: Siti Aisyah Bt Othman
    No Matrik: A129434
    Tahun Pengajian: 3
    Fakulti: Sains dan Teknologi (FST)
    Email: yuki_gurlsagi@yahoo.com.my
    Facebook: Aisyah Othman
    Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=ntTq1rop8IE

    ReplyDelete
  116. Acap kali kite sering mendengarkan mengenai masalah dalam institusi kekeluargaan.Banyak masalah keluarga yang sering ditulis di dada-dada akhbar,blog-blog dan pelbagai sumber.Sebagai contoh dalam kes Li Yuanyuan, menurut laporan City Evening Post pada 13 Februari 2008 lalu yang sanggup menjadi tongkat kepada ibunya yang disahkan lumpuh 21 tahun yang lalu.Terdapat banyak langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.
    Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah pihak kerajaan perlulah memastikan setiap generasi baru mendapat didikan ilmu terutamanya ilmu agama.Jika hidup generasi berlandaskan agama, maka mereka dapat membentuk jati diri yang baik.Bak kata perpatah “melentur buluh dari rebungnya” kerana generasi muda yang akan membentuk keluarga dan negara meraka. Selain itu, kerajaan perlulah membantu terutamanya dari kewangan dan kepentingan pendidikan kepada ibu bapa.Contohnya baru-baru ini kerajaan telah memberikan BR1M,baucer buku 1 Malaysia ,membuka klinik 1 Malaysia adalah cara yang bagus untuk membantu keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan. Ibu bapa juga perlulah diberi kesedaran terhadap pentingnya ilmu untuk sesebuah keluarga. Hal ini kerana ilmu juga boleh meningkatkan taraf hidup keluarga. Oleh itu, kerajaan perlulah setiasa meneruskan program sedia ada untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
    Tambahan pula, ibu bapa perlu bersiap sedia untuk membina sebuah rumah tangga yang bahagia. Hal ini kerana kebahagiaan sesuatu rumah tangga bermula dari pihak ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa perlulah mengajar anak-anak mereka kerana ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian anak-anak mereka kerana anak-anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencoraknya. Pengajaran yang diberikan ini termasuklah dengan menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka supaya ibu bapa itu dijadikan sebagai contoh atau ‘role model’ kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menghadiri kursus kahwin sebelum mereka melangkah ke alam perkahwinan untuk menyiapkan diri mereka dalam menempuh liku-liku alam perkahwinan.
    Pada era pemodenan ini, kebanyakan ibu bapa sering sibuk dengan kerjaya masing-masing, dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Masa anak-anak mereka banyak diluangkan di sekolah. Oleh itu, institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Peranan ini haruslah dimulakan dari bangku persekolahan lagi. Pihak sekolah haruslah sentiasa memantau serta mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar mereka. maka akan berkuranglah masalah-masalah sosial dikalangan anak-anak muda ini sekaligus dapat mengukuhkan sebuah institusi kekeluargaan.
    Natijahnya, semua orang harus menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan.Walau bagaimana pun, semuanya terletak pada diri sendiri.Walau sebanyak mana pun sokongan dari pihak lain untuk mengharmonikan kehidupan kekeluargaan tetapi diri sendiri tidak mahu kan perubahan pun tidak berguna juga.Memang susah untuk melakukan perubahan tetapi bak kata perpatah “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.Insyaalah dengan perubahan ini kita bahagia bersama keluarga di dunia dan akhirat.

    Mohd Asyraf Bin Azhar
    A 131446
    Tahun 2 (2010/2011)
    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
    kocie_da_luffy@yahoo.com
    FB = Asyraf Azhar
    http://www.youtube.com/watch?v=hixXf0Zhnrg&feature=related

    ReplyDelete
  117. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  118. Keluarga merupakan aset yang sangat penting bagi kita. Keluarga tempat kita bergantung ketika susah dan senang. Kasih sayang kita kepada sahabat atau kekeasih sekalipun pun tidak mampu menandingi kasih kita kepada keluarga. Mengapa? kerana institusi keluarga di dalamnya mempunyai insan yang terpenting dalam hidup kita iaitu ibu dan bapa. Tanpa Mereka, siapalah kita. Namun, dewasa ini institusi keluarga khususnya di negara kita mengalami pelbagai masalah dan semakin goyah. Institusi keluarga juga dijadikan punca pelbagai masalah sosial yang wujud kini. Namun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Terdapat pelbagai langkah yang dapat kta lakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi ini dapat terus diperkukuhkan.

    Antara langkah yang boleh kita lakukan adalah melalui pengukuhan pegangan agama ahlinya. Setiap ahli keluarga haruslah mempunyai pegangan agama yang secukupnya. Dengan agama, pasti setiap apa yang kita lakukan akan terkawal dan tidak menyimpang daripada yang sepatutnya. Ibu bapa juga haruslah mendidik anak-anak sejak kecil lagi dengan ilmu-ilmu agama contohnya dengan mengantar anak belajar mengaji Al-Quran dan fardu ain. Ibu bapa juga perlu memberi nasihat kepada anak-anak mengenai ajaran agama dan nilai-nilai murni.

    Langkah seterusnya ialah kempimpinan melalui teladan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Jika ibu bapa inginkan anak-anak menjadi baik, ibu bapa dahulu perlu menjadi baik. Kebanykkan ibu bapa zaman sekarang terlalu moden hingga mengabaikan aspek-aspek moral dan kadang kala berkelakuan kurang sopan di hadapan anak-anak. Anak-anak yang melihat pastinya akan terpengaruh. Ibarat kata pepatah, janganlah kita menjadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

    Selain itu, aktiviti bersama keluarga juga penting bagi mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan ini. Contonya dengan mengadakan aktiviti beriadah di hujung minggu, makan bersama, solat berjemaah, berkebun bersama dan banyak lagi. Aktiviti seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan sasama ahli keluarga. Selain dapat beramah mesra, anak-anak juga dapat berkongsi masalah dengan kedua ibu bapa. Ibu bapa juga dapat mengenali anak remaja mereka dengan lebih rapat.

    Selain itu, memupuk nilai kasih sayang antara ahli keluarga juga mampu mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Anak-anak pula wajib membalas kasih sayang tersebut serta menghormati kedua ibu bapa. Kadang kala kita mungkin lupa akan ibu bapa kita kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Namun, jika nilai kasih sayang sudah diterapkan dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, saya pasti anak-anak tidak akan melupakan keluarganya. Tidak akan wujud lagi kisah Si Tanggan yang derhaka lagi.

    Langkah terakhir adalah melalui kempen kesedaran. Kerajaan misalnya sentiasa berusaha untuk mengukuhkan dan memperbaiki institusi kekeluargaan di negara kita melalui penganjuran pelbagai kampen kesedaran ini. Contohnya seperti kampen Rumahku Syurgaku, Kampen Utamakan Keluarga-samakin hari semakin sayang dan banyak lagi Kampen-kampen ini diharap mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah institusi keluarga yang cemerlang.

    NAMA : TEH ZAKARIA BIN TEH ADNAN
    NO. MATRIK : A133306
    TAHUN: 2 (2010/2011)
    FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMAIL : zack_mataris90@yahoo.com
    FB : Teh Zakaria
    http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A&feature=related

    ReplyDelete
  119. Antara lima langkah tersebut adalah pertamanya, ibu bapa haruslah memperuntukkan walaupun minoriti daripada masanya dengan meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermaslahat .Hal ini kerana mengikut kajian pakar psikologi, bagi anak-anak, kuantiti masa yang ada tidak penting baginya, tetapi apa yang penting ialah kualiti masa yang digunakan bersama-sama orang yang paling mereka sayang.

    Kedua, ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang penuh dan layanan yang mesra kepada anak-anak. Kanak-kanak mahupun remaja akan merasakan mereka mendapat tempat di dalam keluarga apabila mendapat kemesraan daripada keluarga.Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka serta memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah disamping keluarga dan sudi untuk berkongsi masalah bersama.

    Ketiga, membentuk disiplin yang kukuh. Disiplin yang dimaksudkan ialah salah satu panduan serta peraturan kepada sesuatu tingkah laku.Apabila wujudnya kasih sayang kepada anak-anak, panduan dan bimbingan perlu ada. Menghormati disiplin di rumah adalah penting supaya peraturan-peraturan dapat diikuti apabila mereka sudah dewasa.Disiplin yang digunakan haruslah bersifat positif. Contohnya ibu bapa harus menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai seperti “Buat macam ini” daripada “Jangan Buat begitu”. Ganjaran harus diberi apabila kanak-kanak melakukan sesuatu yang baik.Disiplin harus semerta , tekal dan tegas. Kanak-kanak elok diterangkan dengan jelas peraturan yang digunakan. Dalam bertindak, ibu bapa perlu bersifat autoritatif dan bertindak tegas.Kanak-kanak zaman ini merupakan kanak-kanak yang bijak, pintar dan kreatif.Tingkah laku ibu bapa mereka boleh diramal. Sifat-sifat tegas dan autoritatif penting supaya kanak-kanak boleh menghormati disiplin yang dibentuk di rumah.

    Keempat, ibu bapa hendaklah memberi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak.. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi .Sebagai ibu bapa, mendidik anak-anak tentang pentingnya amalan nilai-nilai murni akan menentukan keharmonian serta membina asas kekitaan yang kukuh dalam diri.Dengan cara ini, anak-anak tersebut akan berkembang menjadi individu berkualiti serta dapat menjamin pembentukan generasi yang lebih baik di peringkat yang lebih meluas.

    Kelimanya, , ibu bapa seharusnya memberikan anak mereka pendidikan yang sempurna dalam usaha mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Pendidikan yang sempurna ialah pendidikan yang harus diterapkan kepada anak-anak mereka yang merangkumi segenap aspek penting iaitu aspek duniawi dan aspek ukhrawi. Hal ini kerana pendidikan duniawi dapat mengajarkan anak-anak kita akan kepentingan ilmu untuk mengharungi arus kemodenan yang kian mencabar dari tahun ke tahun. Pendidikan ukhrawi pula dapat mendidik anak-anak mereka agar dapat membezakan antara perkara hak dan yang batil.. Bukan itu sahaja malah dengan didikan ini juga anak-anak akan mula mendengar dan mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya serta dapat menghormati ibu bapa, dan kaum keluarganya yang lain. Pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan generasi muda.

    Nama : Nur Nadiah Binti Abdul Aziz
    No Matrik : A133302
    Thn Pgjian : 2
    Fakulti : FST
    Email : nadiahjune@yahoo.com
    FB : Nur Nadiah
    Link : http://youtu.be/9TDCrM12GQk
    http://youtu.be/IqEyoZAsghk

    ReplyDelete
  120. Institusi keluarga merupakan institusi yang asas yang terdapat dalam organisasi masyarakat. Institsi keluarga yang berkesan akan melahirkan masyarakat yang sihat dan proaktif serta berdaya saing seiring dengan hasrat negara.

    Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang berjaya. Akan yang demikian ibubapa mestilah meluangkan sedikit masa bersama keluarga dan anak-anak. Masa yang diluangkan bersama-sama untuk membawa keluarga keluar bercuti atau berekreasi ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan ayah dengan anak-anak. Anak-anak juga merasakan diri mereka diperlukan dan disayangi oleh keluarga serta kehadirannya tidak menjadi bebanan kepada ibubapa.

    Selain itu, ibubapa juga perlulah bersikap berhemah dengan anak-anak. Contohnya, jika anak-anak mereka melakukan sebarang kesalahan ataupun kesilapan tidak kiralah sama ada kesalahan besar ataupun kecil ibubapa tidak seharusnya memarahi anak-anak mereka secara terus. Jika ibubapa memarahi atau menghukum anak-anak mereka tanpa usul periksa mungkin akan menyebabkan anak-anak tersebut memberontak. Hal ini akan mengeruhkan lagi institusi sebuah keluarga. Ibubapa seharusnya menegur dan menasihati anak-anak mereka secara baik supaya anak-anak tersebut mengetahui perkara yang mereka lakukan itu salah dan tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.

    Di samping itu, dalam membentuk institusi keluarga yang berjaya semua bakal ibubapa mestilah diberi pendedahan tentang anak-anak. Antara pendedahan yang perlu diberikan adalah ibubapa tidak seharusnya bergaduh di hadapan anak-anak mereka. Hal ini akan menyebabkan emosi anak-anak terganggu dan akan timbul satu perasan tertekan dalam jiwa mereka. Oleh itu pihak yang berwajib mestilah mewujudkan satu kursus yang mana mawajibkan pasangan yang baru sahaja berkahwin menghadiri kursus ini untuk memantapkan ilmu keibubapaan mereka.

    Cara lain untuk memperkukukan institusi kekeluargaan ialah memupuk sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap ini perlulah dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Mereka akan tahu membezakan bergurau dengan adik-beradik dan kawan-kawan serta bercakap dengan ibubapa mereka.

    Dalam melahirkan institusi keluarga yang seimbang di dunia dan di akhirat anak-anak perlulah diberikan didikan agama yang secukup. Hal ini untuk memastikan anak-anak bukan sahaja sihat dari segi jasmani tetapi juga kuat dari segi rohani dan dapat membentuk sebuah keluarga yang produktif.

    Oleh yang demikian, wajar bagi kita memperkukuhkan institusi kekeluargaan untuk melahirkan lapisan generasi muda yang berdaya saing.

    Nama Sebenar :Norsyfiqah Binti Hanafi
    Nombor Matrik :A133427
    Tahun Pengajian:2
    Fakulti :Sains & Teknologi
    Email :syfi_91@yahoo.com
    Facebook :Norsyfiqah Hanafi
    Link Youtube :http://www.youtube.com/watch?v=-Z95_L790GM&feature=related

    ReplyDelete
  121. Institusi kekeluargaan merupakan pertalian darah yang membentuk hubungan antara ayah, ibu, dan adik-beradik. Hubungan yang akrab dan erat akan membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Terdapat pelbagai cara untuk merapatkan hubungan antara ahli-ahli keluarga. Pertama, adalah menanam perasaan kasih sayang sepenuh hati terhadap ahli keluarga. Perasaan kasih sayang ini merupakan tunjang utama kepada keharmonian dalam sesebuah hubungan kekeluargaan. Disini, peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam memupuk kasih sayang diantara anak adalah amat penting. Sekiranya perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga kian pudar, pastilah pelbagai masalah yang akan timbul contohnya pergaduhan sesama ahli keluarga.

    Seterusnya, ibu bapa perlulah meluangkan masa berkualiti bersama dengan anak-anak. Masa berkualiti ini boleh diisi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Contohnya, bermain permainan yang memerlukan penglibatan semua anak-anak seperti bersukan, beranang dan lain-lain. Selain itu, ibubapa dan anak-anak juga bolehlah meluangkan masa bersama-sama menonton filem terbaru. Masa yang diluangkan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan anak dan ibu bapa dengan lebih efektif.

    Selain daripada itu, percutian bersama seluruh ahli keluarga juga merupakan antara cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa yang sibuk bekerja mungkin kurang meluangkan masa bersama anak-anak. Tidak salah sekiranya sedikit masa diluangkan untuk bercuti bersama seisi keluarga. Percutian sangat membantu dalam merapatkan silaturahim antara ahli keluarga. Percutian yang dirancang tidak semestinya perlu mengambil masa yang lama. Sehari dua sudah memadai sekiranya semua aktiviti yang dilakukan sepanjang bercuti mendapat penglibatan semua ahli keluarga.

    Setiap keluarga pasti akan diduga dengan pelbagai cubaan dan masalah. Apa jua masalah yang timbul, anak-anak perlulah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada kedua ibu bapa. Ibu bapa pula perlulah memberikan sokongan dan semangat terhadap anak-anak. Ibu bapa seharusnya berfikiran terbuka dan sudi manjadi rakan terhadap anak-anak mereka. Golongan ibubapa yang menganggap anak-anak seperti rakan dan sahabat baik pastinya hubungan mereka lebih akrab. Bagi pihak ibu bapa yang mempunyai masalah terhadap anak-anak mereka, berbincangla dalam keadaan yang tenang dan dengarlah penjelasan daripada pihak anak. Janganlah ibu bapa terus memarahi anak atas kesalahan yang dilakukan. Sekiranya perlu dimarahai, lakukan dengan cara yang berhemah.

    Akhir sekali, ibu bapa seharusnya mengambil berat dan sentiasa mengetahui perkembangan anak-anak mereka tidak kira sama ada dari aspek pendidikan mahupun aktiviti sosial mereka. Perkembangan anak-anak ini perlu sentiasa dipantau agar mereka tidak terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak diketahui oleh ibu bapa. Perhatian daripada ibu bapa ini adalah sangat penting dan memberi impak kepada emosi anak-anak. Anak yang sentiasa mendapat perhatian ibu bapa pastilah akan merasakan diri mereka sentiasa disayangi.



    NAMA : NUR ATIKAH BINTI ROSE MAN
    NO. MATRIK : A132873
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL : atikahroseman@gmail.com
    FACEBOOK : Atikah Rose Man
    LINK YOUTUBE : http://www.youtube.com/watch?v=g0sihX98mAw&feature=related

    ReplyDelete
  122. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  123. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Antara langkah-langkah yang boleh dipraktikkan untuk mewujudkan dan memperlihatkan keluarga sebagai sebuah agen sosialisasi bagi anak-anak adalah seperti di bawah

    Pendidikan agama

    Pendidikan agama adalah perlu dalam sesebuah keluarga kerana apabila dididik dengan ilmu agama yang cukup maka ianya boleh menjadi benteng kepada mereka dalam kehidupan mereka seharian. Ibu bapa bertanggungjawab untuk membekalkan ilmu tersebut seawal anak-anak mereka masih kecil lagi agar mereka boleh mempraktikkannya. Oleh yang demikian, sebagai orang penting dalam keluarga maka tuntutan memberikan ilmu ini adalah perlu diambil perhatian oleh ibu bapa kerana ada sesetengah daripada mereka yang melepaskan tanggungjawab ini kepada guru sahaja.

    Masa bersama

    Masa adalah sesuatu yang berharga kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Hal ini adalah kerana banyak ibu bapa yang tidak dapat meluangkan masa yang berharga untuk anak-anak mereka kerana sibuk bekerja. Perkara ini menyebabkan anakp-anak lebih banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan mereka disamping hanya duduk di dalam bilik sahaja. Oleh yang demikian, proses sosialisasi anak-anak sedikit terbantut dan ada diantara mereka yang mengasingkan diri daripada masyarakat. Keluarga yang cemerlang adalah keluarga yang dapat menguruskan masa dengan baik. Kualiti masa yang digunakan bersama anak-anak akan memberikan sesuatu pengalaman berharga buat anak-anak.

    Contoh teladan yang baik

    Biasanya anak-anak akan belajar daripada apa yang pernah dilakukan oleh kedua ibu bapanya. Segala perlakuan, percakapan mahupun tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka akan menjadi ikutan dan ianya akan menjadi perlakuan yang kekal apabila ditiru sejak kecil lagi. Contohnya sekiranya seseorang ayah mempunyai sikap yang panas baran dan suka memukul maka perlakuan tersebut akan diingati oleh anak-anak dan mereka juga akan terikut-ikut apabila mereka besar kelak. Oleh yang demikian, pentingnya ibu bapa menjaga adab perlakuan mereka sejak anak-anak mereka masih kecil lagi kerana prses sosialisasi anak-anak bermula dari rumah.

    Kasih sayang

    Kasih sayang adalah asset penting dalam sesebuah keluarga kerana tanpa kasih sayang sesebuah keluarga akan runtuh. Pengikat kasih antara suami isteri adalah anak-anak. Tanpa anak-anak sesebuah keluarga akan sunyi. Kebanyakan kes yang dilaporkan sekarang berkaitan dengan remaja adalah kerana kurangnya kasih sayang di dalam keluarga kerana ibu bapa mengabaikan perkara tersebut akibat terlalu sibuk. Anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang yang cukup ataupun dibeza-bezakan kasih sayang akan terbantut proses pertumbuhannya disamping terganggu fikirannnya. Institusi kekeluargaan perlulah menjadikan perkara ini sebagai keutamaan dalam mewujudkan sebuah keluarga yang cemerlang.

    Musyawarah

    Musyawarah adalah suatu keadaan dimana keluarga sentiasa menitikberatkan soal bersemuka dan berbincang antara ahli dalam keluarga sekiranya mempunyai masalah ataupun ingin mengambil sebarang kata-kata putus. Kaedah ingin adalah terbaik kerana setipa masalah yang ada akan dicari jalan penyelesaiannya. Setiap ahli keluarga akan sentiasa saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. Oleh yang demikian tidak dinafikan lagi bahawa kelurga adalah salah satu agen sosialisasi anak-anak.
    Link video: http://youtu.be/Cr1bqaRRsT0

    NAMA SEBENAR: NUR RADIA BINTI HARUN
    NO MATRIK: A128048
    TAHUN PENGAJIAN: 3
    FAKULTI: SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMAIL: yayaeron_89@yahoo.com
    FACEBOOK: Yaya Aeron (yayaeron_89@yahoo.com)

    ReplyDelete
  124. Terdapat banyak langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Antaranya ialah dengan didikan agama yang cukup daripada ibubapa dan juga para pendidik. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang menjadi salah satu pelengkap yang dapat menjadikan seseorang itu berfikir dengan sempurna cara mereka membalas jasa ibubapa mereka. Ilmu agama yang penuh dapat membina iman yang sempurna.
    Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Ibu bapa perlu ambil tahu tentang latar belakang kawan-kawan kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang pantang dicabar. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya seperti melepek, merokok, lumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa.
    Langkah yang ketiga ialah ibubapa haruslah menunjukkan contoh atau teladan yang baik dan positif kepada anak mereka. Ibubapa merupakan orang yang paling kerap berinteraksi dengan anak sejak mereka dilahirkan. Mereka akan belajar segala apa yang ditunjuk oleh ibubapa. Oleh itu, sebagai ibu atau bapa, mereka haruslah mengetahui tanggungjawab sendiri sebagai satu teladan yang amat berpengaruhi dan melaksanakannya. Cara dan prinsip hidup, sifat menghadapi masalah, cara bersosial dengan orang lain dan sebagainya yang ditunjuk oleh ibubapa akan menjadi bahan didikan untuk memupuk personaliti anaknya secara tidak langsung.

    Langkah yang keempat ialah peranan media massa membekal maklumat yang positif. Pada zaman ini, kehidupan kita penuh dengan berbagai-bagai maklumat. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, televisyen, laman web sosial, radio, dan internet telah memberi kita maklumat yang terkini dalam masa begitu singkat. Peranan media massa tidaknya membekalkan maklumat yang terkini sahaja tetapi mereka hendak memberikan maklumat yang positif dan mengajar kita menjadi baik. Media massa boleh memaparkan program, iklan, nasihat dan masej yang berkenaan dengan kepentingan keharmonian institusi kekeluargaan.

    Langkah yang kelima ialah peranan kerajaan yang membekalkan kehidupan yang stabil kepada rakyat. Dalam konteks kehidupan kita, keselamatan dan keperluan asas merupakan elemen yang paling penting. Sekiranya kita hidup dengan susah pahit, tiada kerja boleh buat, tiada makanan boleh makan, bagaimana boleh kita fokus tentang kualiti pendidikan keluarga kita. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan yang amat penting untuk mengekalkan kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara kita dan seterusnya membangunkan negara kita.

    Nama sebenar:MAZLINA BINTI ABD HAMID
    No Matrik: A134073
    Tahun Pengajian: 2
    Fakulti: FSSK
    Email:anilzameyna@yahoo.com
    Facebook:eyna anilzam
    http://www.youtube.com/watch?v=MDURgBn0wUk&feature=related

    ReplyDelete
  125. Dalam membincang langkah yang boleh dipraktik bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan sebagai satu egen sosialisasi, pihak ibu bapa dan anak-anak perlu memainkan peranan yang penting. Walau bagaimanapun, sedar atau tidak, langkah pertama seharusnya dan sememangnya dimulakan oleh pihak ibu bapa terlebih dahulu. Sepertimana yang kita tahu, anak-anak lahirnya dalam keadaan fitrah, iaitu dalam keadaan suci bersih serta kosong pengalaman dan pengetahuan mereka. Jadi, disini jelas bahawa yang memainkan langkah pertama itu adalah pihak orang tua mereka. Kerana guru pertama bagi anak-anak adalah ibubapanya sendiri. Langkah pertama bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan adalah dengan cara ibubapa wajib mendidik anak-anak berpandukan didikan agama yang sempurna. Bermula disaat mereka membesar dalam kandungan si ibu sehinggalah mereka mula mengenal erti kehidupan di dunia ciptaan Allah ini. Anak-anak perlu diasuh dengan ajaran agama sejak mereka kecil, contohnya mendedahkan mereka dengan perkataan 'Allah' dan 'Muhammad' ketika mendodoikan mereka tidur, ajar mereka tentang akhlak yang baik dengan munggunakan perkataan yang mudah pada awalnya seperti alhamdulillah, terima kasih dan sebagainya. Langkah kedua, turut menjadi peranan ibu bapa. Bagi ibubapa yang masih lagi mempunyai anak-anak yang kecil, malah masih belum terlambat jika anak-anak sudah meningkat remaja, ibubapa perlu sama-sama meluangkan masa dalam mendalami ilmu agama bersama anak-anak mereka. Sebagai contoh, bukan sahaja anak-anak yang dihantar mengaji disurau-surau atau dimasjid, malah ibu bapa juga perlu sama-sama menghadirkan diri untuk mengaji disamping menemani anak-anak, dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih mudah untuk mengingati bacaan mereka kerana mereka seronok apabila ditemani ibubapa mereka. Disamping itu, ibubapa akan lebih terdedah dengan prestasi anak-anak mereka dalam hal tersebut. Langkah yang ketiga, menunaikan solat secara berjemaah bersama keluarga boleh menguatkan lagi ikatan batin kekeluargaan tersebut. Sama-sama sujud kepada Sang Pencipta boleh menjadikan mereka sebagai seorang hamba yang tawadduk dan bertakwa kepada Allah serta menjadikannya sebagai seorang insan yang bersederhana serta merendah diri sesama masyarakat. Hal ini boleh menjaga pergaulan anggota keluarga dan masyarakat. Langkah yang keempat ialah melakukan kerja rumah bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan. Sebagai contoh, anak-anak membantu si ayah membasuh kereta, membersih kawasan rumah, membantu si ibu untuk mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Pada masa sebeginilah ibu bapa boleh mendekatkan diri dengan anak-anak secara telusnya, bergurau senda dengan mereka, mendengar luahan hati mereka sama ada berkaitan peribadi, pelajaran dan sebagainya dan langkah kelima yang bagi saya sangat penting dalam menjadikan sesebuah institusi kekeluargaan itu bertambah kukuh dan damai adalah mengamalkan konsep musyawarah dalam keluarga. Contohnya, pada setiap malam Khamis pada minggu pertama atau ketiga dalam sebulan, keluarga tersebut membuat sedikit makan malam yang agak istimewa untuk meraikan ahli keluarga, dan seterusnya membincangkan tentang masalah yang timbul dalam keluarga dan sama-sama mencari jalan penyelesaiannya. Berbekalkan cadangan diatas serta beberapa langkah yang lain diharapkan semoga institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan lagi.

    Link: http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=So3VSbZDMSY

    Nama: Siti Nor Aishah Binti Ismail
    No. Matrik: A131981
    Tahun Pengajian: Dua
    Fakulti: FSSK
    Email: puteri_aishah0229@yahoo.com
    Facebook: Cahaya Kebahagiaan Iman

    ReplyDelete
  126. Pada pendapat saya, antara langkah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat dikukuhkan adalah peranan ibu bapa. Sikap ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis kerana akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka pada hujung minggu. Dengan ini akan dapat membantu mengeratkan hubungan dengan anak. Seterusnya dengan kemesraan hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan memupuk kekeluargaan yang harmoni.
    Langkah kedua adalah penerapan didikan agama. Didikan agama teramat penting sekali dalam sesebuah institusi kekeluargaan kerana melalui penghayatan agama akan dapat mendorong anak-anak dan seisi keluarga saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain. Ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bagi keluarga yang beragama Islam, solat jemaah juga perlu di amalkan kerana dapat mengukuhkan ikatan sesebuah keluarga. Selain itu, Ibu bapa perlulah mengajar mengaji kepada anak-anak dan pergi ke majlis agama untuk menambahkan ilmu agama dalam kehidupan agar keluarga menjadi lebih bahagia dan harmoni.
    Langkah ketiga pula adalah ibu bapa haruslah menjadi teladan atau role model kepada anak-anak mereka. Bak perpatah Melayu ada mengatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka terkawal kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan diikuti oleh anak-anak mereka. Contohnya cara kehidupan cara positif yang ditunjuk oleh ibubapa akan menjadi bahan didikan dan dapat memupuk personaliti anaknya secara tidak langsung dan seterusnya membentuk keluarga yang bahagia.
    Langkah seterusnya ialah komunikasi antara ahli keluarga. Komunikasi amat penting dalam sesebuah keluarga. Hal ini kerana, komunikasi menjadi medium perantaraan antara ahli keluarga. Jesteru itu, tanpa komunikasi yang berkesan, pelbagai salah faham akan timbul di dalam hubungan kekeluargaan dan sekaligus menjarakkan lagi jurang antara ahli keluarga. Selain itu, cara bagi mengeratkan hubungan keluarga adalah makan bersama-sama ahli keluarga. Hal ini kerana, boleh menjadi satu cara dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan antara ahli keluarga kerana mereka dapat berbual-bual serta berkongsi cerita antara satu sama lain ketika menikmati juadah. oleh itu, segala permasalahan yang berlaku dalam keluarga amat dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan bijaksana tanpa melibatkan pertengkaran di dalam ahli keluarga.

    Langkah yang terakhir adalah peranan media massa. Media massa merupakan medium yang terpenting dalam kehidupan yang serba canggih. Peranan media massa tidaknya membekalkan maklumat yang terkini sahaja tetapi memberikan maklumat yang positif dan memberi manfaat kepada audien. Jesteru itu, media massa boleh memainkan peranan dengan memaparkan program, iklan, nasihat dan masej yang berkenaan dengan kepentingan keharmonian institusi kekeluargaan. Maklumat yang disebarkan oleh media massa ini akan dapat membantu menambahkan pengetahuan kepada institusi kekeluargaan.

    Nama: Siti Norhuda Binti Abdullah
    No Matrik: A133362
    Tahun Pengajian: Dua
    Fakulti: FSSK
    Email: huuda333@yahoo.com
    Facebook: siti norhuda Abdullah
    http://www.youtube.com/watch?v=h31nPHnerGc

    ReplyDelete
  127. Institusi kekeluargaan adalah unit asas serta tulang belakang dalam mewujudkan kesempurnaan bagi melengkapkan sistem sosial dan sumber tenaga manusia negara. Kini, membangunkan institusi keluarga yang kukuh menjadi antara cabaran utama yang perlu dihadapi setiap negara di dunia. Perkembangan sains dan teknologi, globalisasi, peningkatan tahap pendidikan, transformasi struktur ekonomi dan penghijrahan dari luar bandar ke bandar sudah merubah struktur sosiobudaya masyarakat itu sendiri.
    Antara lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan adalah dengan membentuk keluarga di atas asas kasih sayang, iaitu saling menyayangi di antara kedua-dua pasangan suami isteri khasnya. Apabila adanya perasaan kasih sayang maka akan lahirlah suasana tenteram dan damai dalam keluarga. Tenteram dan kedamaian adalah pemberian Tuhan. Ia dikurniakan kepada keluarga yang memahami perasaan masing-masing, tahu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh suami serta isteri dan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Jika inilah yang ditunjukkan maka Tuhan akan limpahi rahmatNya ke atas keluarga tersebut.
    Seterusnya, setiap ahli keluarga perlu memahami peranan masing-masing. Setiap agama telah menggariskan peranan setiap ahli keluarga dengan begitu teratur. Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Isteri pula wajib mentaati suami dan memberikan kasih sayang serta pendidikan kepada anak-anak. Anak-anak pula wajib menghormati dan mentaati kedua ibu bapanya. Selain itu, ahli-ahli keluarga yang lain juga perlu dihormati dan dikasihi.
    Selain itu, setiap individu dalam sesebuah keluarga terutamanya ibubapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan agar keluarga itu dapat dipandu ke arah kejayaan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu boleh diwariskan kepada anak-anak agar mereka dapat membentuk kejayaan dalam hidup. Teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melayari hidup berkeluarga boleh dijadikan contoh kepada anak-anak untuk membina sebuah keluarga yang juga cemerlang.
    Satu langkah lagi yang juga penting dalam memperkukuhkan institusi keluarga adalah amalan syura. Amalan syura perlu dipraktikkan agar segala permasalahan dalam keluarga dapat diatasi secara kolektif. Melalui amalan ini, ibu bapa sebagai anggota paling dominan dalam keluarga perlu bersedia mendengar pendapat daripada anak-anaknya. Anak-anak pula akan merasakan bahawa diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam keluarga itu. Proses sebegini pastinya akan lebih mengeratkan hubungan setiap ahli keluarga.
    Langkah terakhir adalah dengan membina ciri-ciri quwwah (kekuatan) dalam diri setiap ahli keluarga agar dapat membentuk sebuah keluarga yang menjadi benteng terhadap pengaruh gejala sosial kini. Ciri-ciri quwwah itu perlulah berlandaskan kepada amalan agama dan ilmu pengetahuan yang berkaitan. Jika ini dapat dicapai, faktor-faktor negatif di persekitaran sesebuah keluarga pasti dapat dinilai dan ditangkis dengan bijak.
    Kesimpulannya, daripada langkah-langkah yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai lagi langkah untuk membina kekuatan keluarga sendiri. Apa sahaja cara yang baik dan bersesuaian perlulah diambil teladan dan diguna pakai untuk membina kekuatan keluarga. Secara asasnya, sesuatu niat yang baik dan betul akan menjana hasil yang diredhai Tuhan.
    http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=related
    NAMA SEBENAR : NUR AFIQAH BINTI MOHD ARIFFIN
    NOMBOR MATRIK : A134115
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
    EMAIL : hadziqah91@yahoo.com
    FACEBOOK : Nur Afiqah

    ReplyDelete
  128. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  129. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  130. Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan agen sosialisasi dapat diperkukuhkan adalah melalui komunikasi antara satu sama lain. Hubungan antara ibu bapa dengan anak ibarat isi dan kuku. Sebuah keluarga yang bahagia dapat terhindar daripada masalah sosial.Bagi membentuk keluarga bahagia, kita patut mengeluarkan masa lapang untuk beriadah bersama keluarga kita atau berkelah di luar bandar. Inilah bukan sahaja dapat mencergaskan fikiran kita dan juga dapat mengeratkan kemesraan hubungan ahli keluarga.

    Selain itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan tidak sibuk bekerja. Ibu bapa harus timbul perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap anak-anak supaya mereka berasa tidak terabai. Oleh demikian, anak-anak sewajarnya dilayani dengan baik agar mereka tidak berasa kekosongan dan berkongsi pemasalahan dengan ibu bapa.

    Langkah yang seterusnya ialah ahli keluarga juga perlu mengamalkan sikap tolong-menolong. Mereka juga boleh mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kediaman sekeliling rumah. Dengan bergotong-royong, ahli keluarga dapat memupuk sikap tolong-menolong dan bekerjasama. Kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat diberaskan. Letih, penat, kepuasan bekerja dapat dirasai bersama-sama.

    Di samping itu, ibu bapa wajar melayani anak sebagai seorang teman baik. Hal ini demikian kerana pada usia remaja, jiwa anak-anak suka akan sesuatu yang baru dan perasaan ingin mencuba. Pada waktu ini, ibu bapa perlu lebih prihatin dan bertindak rasional dalam menangani masalah anak-anak. Ibu bapa juga dapat mendidik anak-anak memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

    Langkah seterusnya ialah setiap suami isteri atau ibu bapa harus mengetahui dan menjalankan peranan hakiki masing-masing. Di antara peranan seorang suami ialah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Manakala kewajipan seorang ibu pula adalah mengurus rumah tangga yang mencakupi hal-hal seperti menjaga makan minum suami dan anak-anak. Peranan dan tanggungjawab ini sudah semestinya telah digariskan oleh Allah S.w.t.

    Sebagai kesimpulannya, ibu bapa dan anak-anak dapat memikul tanggungjawab bersama-sama untuk melahirkan keluarga bahagia serta mengukuhkan institusi kekeluargaan.
    NAMA SEBENAR : FATIMATUL IZATI BINTI ABDULLAH
    NOMBOR MATRIK : A132350
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMAIL : tieizati@yahoo.com.my
    FACEBOOK : tie izati
    http://www.youtube.com/watch?v=qrUr7bYd4Ug

    ReplyDelete
  131. ERA globalisasi dan sistem langit terbuka yang melanda dunia hari ini memberi cabaran sangat besar kepada pembangunan keluarga. Tanpa perhatian dan langkah teliti, sesebuah keluarga boleh menjadi hancur dirempuh gelombang ini. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan.

    Langkah utama yang perlu diambil bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa perlu memberi perhatian sepenuhnya kepad anak-anak. sekalipun sibuk dengan komitmen kerjaya namun perhatian kepad anak-anak perlu diutama bagi menjamin penjagaan anak-anak berada dalam keadaan yang sebaiknya. Selain itu, ibu bapa juga perlu memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. kasih sayang yang tidak cukup mungkin akan menimbulkan masalah kepada anak-anak.

    Langkah yang kedua adalah penerapan didikan agama dalam sesebuah keluarga. Didikan agama yang cukup daripada ibubapa amat penting dalam membentuk sesebuah keluarga. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang menjadi salah satu pelengkap yang dapat menjadikan seseorang itu berfikir dengan sempurna cara mereka membalas jasa ibubapa mereka. Ilmu agama yang penuh dapat membina iman yang sempurna.Penerapan nilai dan didikan agama yang sempurna juga akan menjadi ahli keluarga itu lebih berdisiplin dan mengawal setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian.

    Langkah yang seterusnya adalah penerapan nilai pendidikan berkaitan kepentingan institusi keluarga. Pendidkan ini boleh disampaikan sama ada secara pendidikan secara formal atau pun tidak formal. bagi penyampaian pendidikan secara formal, institusi pendidikan perlu memainkan peranan manakal secara tidak formal pula ibu bapa serta orang yang lebih dewasa dalam sesebuah keluarga perlu memainkan peranan dalam menyampaikan sesuatu perkara yang menerangkan tentang kepentingan sesebuah institusi keluarga itu.

    Selain itu, langkah pengurusan kewangan yang bijak juga perlu dititik beratkan dalam memperkukuhkan sesebuah institusi keluarga. Pengurusan kewangan yang tidak bijak kemungkinan besar akan menimbulkan pelbagai masalah pada sesebuah keluarga itu. Misalnya seperti masalah kekurangan makanan yang akan mendorong kepada masalah kesihatan. selain itu juga, mungkin akan menimbulkan masalah kepada sesuatu perkara diluar kawalan misalnya masalah jenayah seperti pencurian.Hal ini berpunca dari sifat kemahuan untuk mendapatkan sesuatu namun disebabkan masalah kewangan ia akan mendorong untuk mencuri bagi memenuhi kemahuan.

    Langkah terakhir dalam memperkukuhkan sesebuah institusi keluarga itu adalah peranan pihak kerajaan. Usaha telah diambil bagi memperkukuh unit kekeluargaan sebagai asas untuk mewujudkan masyarakat aman, makmur dan stabil. Penubuhan majlis pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di setiap negeri membolehkan program pembangunan keluarga dilaksanakan secara bersepadu di peringkat akar umbi. Sehubungan ini, pelbagai program dan aktiviti pencegahan dan sokongan dilaksanakan dengan kerjasama NGO, sektor swasta serta institusi pendidikan dan latihan. Aktiviti tersebut bertujuan mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan dan manfaat keluarga bahagia dan harmoni serta membantu keluarga menghadapi perubahan persekitaran kehidupan.

    Nama : Nor Hidayah Binti Mohd Rozi
    No Matrik : A 134293
    Tahun Pengajian : 2
    Fakulti : FSSK
    Email : watlah_2305@yahoo.com
    Facebook : Cu Dayah
    LINK : http://www.youtube.com/watch?v=FcQx7y3XVLU&feature=related

    ReplyDelete
  132. Institusi adalah sangat penting dalam membina masyrakat serta rakyat yang bersatu padu.Ia adalah tempat menimba kasih sayang yang menjai keperluan asas dalam menjadi seorang insan yang berguna untuk masyarakat dan negara.Namun begitu terdapat segelintir masyarakat yang tidak menitikberatkan hubungan kekeluargaan.Ini menyebabkan seseorang individu bersikap tidak berkeperimanusiaan dan sanggup melakukan kegiatan jenayah.Ia bukan sahaja menyusahkan keluarga itu tetapi menyusahkan masyarakat juga,oleh itu beberapa langkah harus diambil dalam membendung masalah jenayah yang secara dasarnya berpunca daripada masalah institusi keluarga.

    1)Sikap hormat-menghormati dalam keluarga

    Sikap menghormati anggota keluarga harus ditekankan kerana,sesuatu masalah bermula daripada sikap yang tidak mendengar nasihat dan arahan orang tua dalam keluarga.Oleh itu,anggota muda harus dididik untuk menghormati orang tua dalam keluarga.

    2)Sikap menggunakan masa lapang bersama keluarga

    Pada masa kini,orang muda semakin sibuk dengan kerjaya sehingga tidak ada masa untuk keluarga.Sikap ini adalah sangat serious kerana apabila ibu bapa tidak meluangkan masa bersama anak-anak maka mereka akan berasa sunyi yang akan menarik diri mereka ke dalam perkara yang tidak diingini.Begitu juga dengan para ibu bapa tua di rumah,apabila anak-anak tidak meluangkan masa bersama mereka,maka mereka mudah berasa terasing dan terabai.

    3)Sikap kelakar

    Anggota keluarga khususnya para ibu bapa tidak harus bersikap sangat disiplin dengan anak-anak tetapi mereka harus bersikap lebih kelakar untuk mendekati anak-anak mereka.Ini juga dapat membuang jarang perbezaan antara anak-anak dan ibu bapa,ini membolehkan anak-anak mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

    4)Penghargaan

    Setiap manusia amat suka dihargai kerana ia akan membuatkan diri terasa bernilai. Walaupun sesuatu perkara itu nampak mudah untuk dilakukan seperti menyediakan makanan dan sebagainya, ucapan terima kasih penting sebagai tanda penghargaan. Semakin kerap anda mengucapkan kata-kata penghargaan kepada seseorang, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

    5)Kejutan yang indah

    Kejutan dapat memberikan suatu ingatan dalam hidup seseorang. 98% menyatakan bahawa mereka masih mengingati lagi terhadap kejutan yang diberikan terutamanya daripada orang yang tersayang. Dalam perhubungan kadang-kadang memerlukan kejutan. Ia akan menghasilkan memori indah buat pasangan. Sekiranya hubungan itu terdapat perselisihan faham dan sebagainya, mengenang kembali memori indah yang dilalui dapat membantu untuk meredakan kemarahan.Contohnya pada masa hari jadi anak-anak terutamanya.

    Kesimpulannya adalah,institusi kekeluargaan adalah sangat penting dan para ibu bapa terutamanya sangat berperanan dalam mendidik anak-anak untuk membentuk keluarga bahagia.
    http://youtu.be/kMilJO1PjNQ

    Nama penuh:SASIENDRAN A/L SAHADEVAN
    No matrik:A133266
    Tahun pengajian:2
    Fakulti:FEP
    Email:sasi_akash@yahoo.com
    Facebook:sasi_akash@yahoo.com

    ReplyDelete
  133. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  134. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  135. Ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka dengan kesedaran dan pemahaman mengenai kepentingan instituisi keluarga dan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan di dalam sesebuah keluarga. Didikan ini seharusnya diberi dari mereka kecil lagi. Ibu bapa sememangnya banyak mempengaruhi pembentukan personaliti dan perwatakan anak-anak. Corak asuhan yang Kebanyakan ibu bapa masa kini terlalu sibuk dengan kerjaya mereka sehingga mengabaikan anak-anak. Komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka yang semakin bertambah akan menyebabkan masa yang diluangkan untuk keluarga mereka juga akan menjadi terhad. Di dalam hal ini, ibu bapa haruslah bijak membahagikan masa mereka dengan kerjaya dan juga keluarga. Dengan cara ini, anak-anak akan merasakan diri mereka lebih disayangi dan dihargai. Anak-anak juga akan ada tempat untuk meluahkan kasih sayang,perasaan serta masalah. Secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan di dalam kalangan ahli keluarga.

    Masyarakat turut memainkan peranan dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Terdapat masyarakat yang merasakan sikap ambil tahu mengenai keluarga orang lain adalah sesuatu yang tidak perlu. Pemahaman ini haruslah diubah kerana sikap saling mengambil tahu terhadap masalah yang wujud di dalam sesebuah keluarga kadangkalanya penting. Masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sesuatu perkara yang mencurigakan berlaku misalnya seperti kes penderaan. Sikap saling mengambil berat di kalangan masyarakat ini mampu mencegah daripada keruntuhan institusi keluarga.

    Media massa yang semakin moden kini juga perlu memainkan peranan mereka dengan sebaiknya. Media massa tidak hanya memaparkan kisah-kisah hiburan semata-mata tetapi mereka perlu pandaimengambil peluang ini dengan memaparkan artikel-artikel mengenai kisah sesebuah keluarga yang berjaya dengan mengambil contoh mana-mana keluarga yang berjaya. Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dan membuatkan mereka berusaha untuk mewujudkan sebuah keluarga yang berjaya juga. Media massa juga tidak boleh menyembunyikan sebarang kes kekeluargaan seperti penderaan dan penceraian. Hal ini kerana kes-kes seperti ini boleh menjadi contoh terhadap masyarakat agar mereka lebih menyayangi dan menghargai keluarga mereka sendiri.

    Media juga perlu memperbanyakkan lagi cerita-cerita mahupun filem-filem di televisyen yang bersesuaian dengan tontonan umum yang berkonsepkan kekeluargaan. Anak-anak terutamanya akan lebih menyedari dan prihatin terhadap keluarga mereka.Ibu bapa pula akan lebih menyayangi anak-anak mereka. cerita-cerita sebegini akan mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya institusi kekeluargaan tersebut dalam mewujudkan keluarga yang harmoni dan saling hormat-menghormati.

    Pihak kerajaan juga tidak turut ketinggalan di dalam menangani masalah ini. Kerajaan harus memastikan ekonomi, sosial dan politik negara berada dalam keadaan stabil. Kadar pengangguran yang tinggi, tiada kenaikan gaji dan kenaikan harga barang telah menimbulkan masalh di dalam instituisi kekeluargaan. Ibu bapa gagal dan tidak berkemampuan untuk menyediakan segala kemudaha dan keperluan yang secukupnya untuk ahli keluarga mereka. Hal ini seterusnya akan menimbulkan kes seperti anak-anak memberontak dan lari dari rumah.
    Nama : NUR DIYANA BINTI AZEMI
    No.matrik : A134234
    Tahun pengajian : 2
    Fakulti : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    Emel : diyana_azemi@yahoo.com
    Facebook : Nur Diyana Azemi
    http://www.youtube.com/watch?v=2hP4cNTCV84

    ReplyDelete
  136. Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran, emosi dan juga tingkahlaku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejak peringkat bayi lagi. Pembentukan moral anak-anak diperolehi melalui peniruan dan boleh juga dipelajari secara formal atau tidak formal. Terdapat beberapa langkah yang dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan.

    Didikan agama adalah langkah yang paling utama dalam sesebuah keluarga, ini adalah kerana dengan didikan agama yang kuat, ianya dapat mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, apabila anak-anak atau ibu bapa mempunyai peganggan agama yang kuat, secara tidak langsung ianya dapat membantu dimana mereka mengerti akan tanggungjawab masing-masing.
    Antara langkah lain yang dapat memperkuatkan atau mengukuhkan institusi kekeluargaan ialah meluangkan masa bersama keluarga dimana ibu dan bapa perlu membawa anak-anak riadah seperti bercuti agar anak-anak rasa diri mereka di hargai dan ianya satu cara untuk memudahkan anak-anak meluahkan masalah yang dihadapi mereka.
    Selain itu, pihak kerajaan dan juga swasta juga perlu memainkan peranan di mana pihak kerajaan mahupun swasta perlu mengadakan hari keluarga di mana ianya secara langsung merapatkan hubungan pekerja dengan keluarga umumnya dan merapatkan hubungan pekerja dengan pekerja khususnya.
    Penggunaan media masa juga adalah salah satu langkah yang perlu dimana pada zaman moden ini, media masa mainkan peranan besar dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, media masa perlu memainkan peranan dengan memaparkan iklan yang berunsurkan kekeluargaan di dalam dunia tanpa sempadan ini.
    Langkah lain yang boleh dilakukan dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan ialah melalui peranan masyarakat. Peranan masyarakat adalah juga memainkan peranan dalam membantu institusi kekeluargaan di Malaysia secara khususnya. Contoh peranan masyarakat ialah dengan mengambil berat akan anak-anak muda dengan menunjukkan nilai-nilai positif dan tidak terus menghukum.
    Kesimpulannya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang terbaik dan ukuh. Kelemaha institusi kekeluargaan bukan hanya perlu di tunding jari kepada satu pihak tetapi semua pihak perlu duduk semeja mencari punca dan natijahnya kepada Negara ianya dapat melahirkan sebuah negara yang aman.

    NAMA SEBENAR : MUHAMMAD NASZMI BIN BUKHARI
    NOMBOR MATRIK : A135508
    TAHUN PENGAJIAN : 2
    FAKULTI : EKONOMI DAN PENGURUSAN
    EMAIL : naszmiworld@yahoo.com
    FACEBOOK : MUHAMMAD NASZMI
    LINK VIDEO :http://www.youtube.com/watch?v=Y4Fmh6d3gds&feature=related
    http://www.youtube.com/watch?v=VFvY6kOz_AA

    ReplyDelete
  137. Keluarga terbentuk melalui ikatan perkahwinan antara lelaki dan wanita dewasa.Sebuah keluarga yang sejahtera menjadi tiang jaminan kehidupan bermasyarakat yang bersatu-padu untuk mewujudkan tamadun yang sejahtera.Antara langkah utama yang boleh dilaksanakan untuk mengukuhkan sebuah intitusi kekeluargaan adalah dengan penghayatan dan mencintai agama amalan setiap keluarga itu sendiri.Jika setiap keluarga memahami serta turut mengamalkan ajaran agama mereka,nescaya setiap ahli keluarga pasti lebih memahami tanggugjawab atau peranan setiap ahli keluarga.Ini akan melahirkan ahli keluarga yang saling menghormati antara satu sama lain sekaligus telah mewujudkan sebuah keluarga yang aman, harmoni,tenteram dan menjamin keselamatan serta keselesaan keluarga dan juga masyarakat.Langkah kedua yang perlu dilaksanakan adalah memberikan pendidikan secukupnya sama ada secara formal ataupun tidak formal.Secara amnya,pendidikan formal merupakan cara pendidikan di mana setiap individu akan dihantar ke institusi-institusi pendidikan sejak dari kecil iaitu bermula pada tahap tadika kemudian peringkat sekolah dan berakhir pada peringkat universiti.Pada tahap ini pelajar akan diberikan ilmu dunia seperti matematik, sains dan sejarah. Manakala pendidikan secara tidak formal adalah didikan ibubapa kepada anak-anak tentang gaya hidup seperti adab ketika makan, menghormati orang yang lebih tua dan ilmu tentang agama amalan mereka.Justeru,ibubapa seharusnya sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik dan beradab sopan. Hal ini kerana, kajian mendapati bahawa anak-anak akan terdorong melakukan sesuatu yang dilakukan oleh ibubapa mereka kerana bagi mereka ibubapa merupakan contoh yang terbaik.Seterusnya,peranan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkaan institusi kekeluargaan.Pertubuhan ini perlu lebih memperkasakan tindakan bersepadu mereka agar lebih memberi impak kepada masyarakat.Mereka perlu lebih memperhebatkan setiap program yang telah biasa dijalankan seperti Rumahku,Syurgaku agar masyarakat lebih tertarik untuk merubah cara hidup mereka.Setiap program yang dilaksanakan perlulah mampu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri setiap individu.Langkah keempat adalah mengurangkan risiko penceraian.Kesedaran ini perlu ada dalam diri setiap individu kerana penceraian merupakan faktor utama punca keretakan sebuah institusi keluarga.Situasi penceraian boleh dielakkan jika individu memahami pasangan masing-masing.Perasaan bosan pada pasangan dan masalah ekonomi sara hidup didalam keluarga perlulah ditangani sewajarnya agar tidak terarah kepada penceraian.Selain itu, campur tangan orang luar di dalam masalah keluarga sama sekali perlu dielakkan untuk mengelakkan berlakunya fitnah.Sekiranya penceraian berlaku,ini akan menjejaskan emosi anak-anak yang sekaligus akan mendorong mereka terlibat dalam gejala-gejala sosial yang semakin menular.Akhir sekali adalah kualiti masa bersama ahli keluarga.Ahli keluarga perlu memastikan agar mereka sentiasa mempunyai masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga pada setiap hujung minggu.Langkah ini merupakan peranan untuk setiap ahli keluarg dan bukan terletak pada ibubapa sahaja. Hal ini kerana,remaja pada zaman sekarang lebih terdorong untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan berbanding ahli keluarga. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah berbasikal bersama-sama, memasak di dapur bersama-sama ataupun berkelah.Walaupun aktiviti yang dilakuakan kelihatan remeh tapi ia mampu memperkukuhkan ikataan kekeluargaan dan menjalinkan kemesraan.Justeru,setiap institusi keluarga tidak harus memandang enteng tentang hal untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan kerana keluarga memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang bertamadun.

    Link Youtube:http://www.youtube.com/watch?v=So3VSbZDMSY&feature=related
    Nama : Nur Farhana Binti Roslan
    No. Matrik : A137635
    Tahun Pengajian : 1
    Fakulti : Sains dan Teknologi
    email: fana_mclan@yahoo.com
    facebook : Fana Roslan (fana_mclan@yahoo.com)

    ReplyDelete
  138. LIMA CADANGAN INSTITUSI KEKELUARGAAN DIPERKUKUHKAN

    1. Mengadakan aktiviti riadah bersama setiap minggu
    - Untuk mengekalkan hubungan yang erat antara ahli keluarga, aktiviti riadah seperti bersenam, berkelah, bercuti dan membersihkan kawasan persekitaran rumah harus dilakukan paling kurang sekali seminggu. Aktiviti seperti ini dapat mengumpulkan semua ahli keluarga dalam satu masa, ketika berkumpul inilah segala cerita dan masalah dapat dikongsikan bersama. Berkumpul bersama untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekelurgaan malahan juga dapat menjaga persekitaran rumah dan menjadikan kawasan sekitar indah dan bersih.
    2. Makan bersama setiap hari
    - Makan bersama setiap hari juga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Ibu bapa harus pandai memberikan masa antara keluarga dan kerjaya. Mungkin tidak semua waktu makan, semua ahli keluarga dapat berkumpul oleh itu ibu bapa harus bijak memainkan peranan sebagai ketua keluarga. Waktu makan, kerana sibuk dengan tanggungjawab masing- waktu makan malam merupakan waktu yang sesuai untuk mengumpulkan semua ahli keluarga. Banyak kebaikan daripada makan bersama bukan sahaja dapat berkumpul tetapi juga dapat bertukar-tukar cerita, masalah dan jenaka bersama. Makan dirumah bersama-sama juga banyak kebaikannya, ini kerana dapat menjaga dan melindungi ahli keluarga dari makan diluar yang mana belum terjamin kebersihannya.
    3. Didikan ilmu agama yang secukupnya
    - Ilmu merupakan suatu asas yang penting yang perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak usia anak masih kecil lagi. Ilmu yang diberikan haruslah seimbang antara ilmu dunia dan ilmu akhirat. Didikan ilmu yang sempurna mampu membentuk peribadi yang baik pada setiap diri anak-anak. Ilmu agama merupakan suatu yang sangat penting perlu ada dalam sesebuah rumah tangga hal ini kerana ilmu ini mampu membendung masalah daripada
    4. Membuat perancangan ekonomi keluarga
    - Perancangan ekonomi yang bijak menjadi salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Mungkin pada luarannya kita tidak nampak bagaiman ekonomi dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, tapi jika difikirkan secara benar-benar kita akan dapat melihat bahawa pelbagai kepincangan yang berlaku dalam institusi keluarga disebabkan oleh masalah ekonomi. Keluarga yang menghadapi masalah ekonomi tidak akan dapat menguruskan keluarga dengan baik. Anak-anak yang terlibat dalam masalah sosial biasanya kerana tertekan dengan masalah yang terjadi dirumah, ibu bapa sering kali bertengkar kerana tidak cukup wang untuk menguruskan keperluan keluarga, masalah ini bukan sahaja menjadi tekanan kepada ibu bapa malahan juga anak-anak menjadi mangsa, jika masalah berlarutan hubungan kekeluargaan tidak dapat dikekalkan hal ini kerana ibu bapa tiada masa untuk memantau keadaan anak-anak kerana lebih memberi tumpuan kepada mencari wang.
    5. Menggunakan didikan secara nasihat dan tunjuk ajar
    - Didikan secara tunjuk ajar dan nasihat menjadi salah satu pekara yang penting dalam mengekalkan hubungan antara ahli keluarga. Anak-anak yang masih dalam lingkungan usia remaja tidak boleh dididik secara keasaran hal ini membuatkan mereka mengalami tekanan, perasaan benci kepada ibu bapa yang seterusnya membawa diri mereka berada diluar rumah bersama kawan-kawan berbanding bersama keluarga. Didikan secara baik juga sebenarnya mampu membuatkan ibu bapa dan anak-anak menjadi rapat. Isteri dan suami juga boleh menggunakan cara nasihat dan bertolak ansur dalam menyelesaikan setiap masalah yang berlaku antara mereka. Didikan secara nasihat dan tunjuk ajar merupakan salah satu formula yang perlu diterapkan dalam hubungan kekeluargaan bagi memastikan institusi keluarga sentiasa bahagia dan harmonis.



    Norani binti Abu Bakar
    A132985
    Tahun 2
    Fssk
    aini_azimah0309@yahoo.com.my
    Nur Aini
    http://www.youtube.com/watch?v=AslZz0ZJE2U&feature=related

    ReplyDelete
  139. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  140. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  141. Keluarga merupakan salah satu institusi yang paling asas dalam sesebuah masyarakat. Keluarga juga berfungsi sebagai sebuah agen sosialisasi yang tidak formal. Sesebuah agen sosialisasi berfungsi untuk mengintergrasikan kesemua kompenan dalam sesebuah masyarakat supaya kesemua kompenan tersebut boleh bekerjasama untuk mencapai tujuan masyarakat tersebut. Menurut Duvall dan Logan (1986), keluarga merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai ikatan perkahwinan, kelahiran dan adopsi untuk bertujuan menciptakan, mempertahankan budaya dan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional dan sosial dari setiap anggota keluarga.
    Memandangkan institusi kekeluargaan amat penting dalam sesebuah masyarakat, maka insititusi ini harus diperkukuhkan. Salah satu caranya adalah dengan meningkatkan proses komunikasi dalam sesebuah keluarga itu sendiri. Komunikasi di sini merujuk kepada proses interaksi dua hala antara suami-isteri, ibu bapa-anak atau sesama ahli keluarga yang lain. Komunikasi membantu idea dan perasaan dikongsi sesama ahli keluarga untuk tujuan yang baik. Dengan mengamalkan gaya komunikasi yang cekap dan berkesan, sesebuah keluarga itu dapat berfungsi dengan baik untuk mencapai matlamatnya. Sebagai contohnya, pasangan suami isteri perlu berbincang dalam hal-ehwal perancangan dan pembuatan keputusan supaya pihak lagi satunya berpuas hati dengan tindakan pihak yang lagi satu. Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak melalui menunjukkan perwatakan dan tingkah laku yang tidak bertentangan dengan norma masyarakat setempat. Anak-anak juga harus diberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya oleh ibu bapa mereka.
    Selaras dengan era globalisasi, banyak keluarga kini mengamalkan pemencaran kuasa iaitu mereka(ibu bapa) mengagihkan peranan mereka terhadap anak mereka kepada pihak-pihak yang lain. Senario biasa yang dapat dilihat pada masa sekarang adalah ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada penjaga mahupun secara separuh masa atau sepenuh masa. Ibu bapa juga sering mengharapkan pihak sekolah ataunpun institusi yang lain dalam soal mendidik anak mereka termasuk dalam soal keagamaan. Ada juga anak-anak yang sanggup menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua ke rumah orang tua untuk dijaga oleh orang lain. Pemencaran kuasa kekeluargaan sebegini telah menjadi satu trend dalam masyarakat kita hari ini sehingga nilai dan norma institusi kekeluargaan mengalami satu anjakan paradigma, Hal sedemikian lama-kelamaan akan meruntuhkan institusi kekeluargaan. Maka ibu bapa atau pasangan suami isteri harus mengelakkan daripada berbuat demikian supaya mereka boleh mewujudkan kerapatan antara ahli-ahli keluarga dan tidak ada rasa terpinggir antara ahli keluarga.

    ReplyDelete
  142. Banyak keluarga tidak dapat berfungsi sepenuhnya akibat masalah pengangguran di kalangan ahli keluarga dan juga tekanan ekonomi yang dihadapi oleh keluarga tersebut. Perkara ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding di kampung. Kerajaan harus peka terhadap perkara ini kerana in juga merupakan sebahagian dari masalah urbanisasi. Keluarga yang dikenal pasti menghadapi masalah sedemikian harus mendapat sokongan dari pihak kerajaan supaya membolehkan keluarga-keluarga sedemikian terus berfungsi. Contohnya kerajan boleh mengadakan program-program seperti meningkatkan kebolehpasaran para penganggur supaya mereka boleh mendapat pekerjaan dan juga membantu menubuhkan perniagaan yang berbentuk family-based yang memerlukan modal yang minima supaya keluarga yang bermasalah ekonomi dapat menampung kos kehidupan mereka. Daripada pelbagai kajian terhadap isu-isu kekeluargaan, faktor ekonomi dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang kepada emosi anggota keluarga yang menentukan tingkah laku mereka yang secara langsungnya mempengaruhi keberkesanan sesebuah keluarga dalam menjalankan fungsinya.
    Salah satu cara untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan adalah dengan mengekalkan sesebuah rumahtangga dalam keadaan yang harmoni. Keadaan in boleh dicapai melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan mewajibkan pasagan yang baru kahwin mengikuti kursus atau program yang membantu para pasangan menjadi lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran rumahtangga dan kekeluargaan. Program sedemikian dapat membantu para pasangan baru untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka dengan cara yang betul dengan melibatkan risiko yang minima. Contohnya tanpa melibatkan penceraian dan sebagainya. Terutamanya program yang berkaitan dengan meningkatkan kemahiran keibubapaan mereka untuk menangani kerenah anak-anak mereka. Mendidik para pasangan bukan sahaja boleh dilakukan menerusi program sedemikian, tetapi boleh juga dilakukan menerusi media massa. Kerajaan harus turut prihatin kepada keluarga-keluarga yang tunggal dengan memberi sokongan sosioekonomi yang sewajarnya kepada keluarga berkenaan.
    Institusi keluarga juga dapat diperkukuhkan lagi sekiranya penduduk tempatan itu sendiri menyedari kepentingan institusi tersebut dalam masyarakat tersebut. Apabila kesemua orang mula mementingkan institusi keluarga itu, maka nilai dan kepentingan institusi keluarga itu akan meningkat dan menjadi sebahagian dari identiti serta norma kehidupan masyarakat tersebut. Secara tidak langsung, mana-mana keluarga yang tidak berfungsi secara elok akan mula dipandang serong oleh penduduk sekeliling dan orang mula mempraktikan konsep keluarga yang bercirikan nilai ketimuran kerana takut dipandang rendah oleh orang lain. Justeru, kerajaan harus mula mendidik masyarakat dari sekolah lagi tentang konsep keluarga yang ideal yang bersesuaian dengan budaya ketimuran kita.
    NAMA: Sathia Murthy
    NO.MATRIKS: A127042
    TAHUN PENGAJIAN: Tiga
    FAKULTI: FSSK
    EMAIL: augustspies08@yahoo.com
    FACEBOOK: Tiada
    LINK YOUTUBE: http://www.youtube.com/watch?v=9PwoNhVktm4

    ReplyDelete
  143. Antara lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan lagi ialah dengan ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak dengan lebih berkesan. Anak-anak bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu duniawi tetapi turut dilengkapi dengan ilmu agama yang mencukupi. Ilmu agama yang disemat dalam diri anak-anak akan menjadi pembenteng dari segala unsur-unsur tidak baikdari mempengaruhi diri mereka. Penghayatan agama amat perlu dalam kehidupan seharian kerana segala yang kita lakukan perlu dimulai dengan nit yang betul.
    Langkah kedua ialah diantar anak-anak dan ibu bapa perlu ada sikap saling menghormati antara satu sama lain. Sebagai seorang anak, mereka perlu menghormati ibu bapa mereka dengan menturuti segala yang diarahkan kecuali yang melanggar hukum-hukum agama. Ibu bapa pula perlu menghormati hak anak-anak mereka dan mengelak dari mengongkong kebebasan yang sepatutnya dinikmati anak-anak mereka selagi ianya tidak melampui batas-batas tertentu. Mereka seharusnya memberi peluang dan ruang kepada anak-anak mereka untuk menyuarkan pendapat.Ibu bapa tidak boleh berpegang kepada prinsip ibu bapa itu 100% betul dalam setiap tindakan yang dilakukan.
    Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa sebaik-baiknya dengan anak-anak. Pada masa kii, ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga mengabaikan anak-anak. Sesibuk manapun, mereka hendaklah meluangkan masa yang sepatutnya dengan bertanya perkembangan pelajaran anak-anak dan permasalahan yang dihadapi.Hal ini akan membuatkan anak-anak berasa dekat dengan ibu bapa mereka sekaligus mengeratkan lagi perhubungan.
    Di samping itu, peranan masyarakat juga perlu dinilai semula pada zaman serba moden ini. Masyarakat sekarang sudah berubah berbanding masyarakat 20 dan 30 tahun dahulu. Masyarakat kini kurang mengambil tahu hal-hal persekitaran mereka dan lebih suka membawa hal masing-masing.Sepatutnya, masyarakat perlu peka dengan perubahan yang berlaku disekeliling mereka.
    Langkah terakhir ialah memebri contoh teladan yang baik kepada anak-anak.Hal ini kerana perbuatan yang buruk amat mudah diikuti oleh anak-anak. Mereka sebaliknya perlu menujukkan tauladan yang baik dan sedar perbuatan yang dilakukan sekarang akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan anak-anak di masa hadapan.Contohnya, kita perlu melayan ibu bapa kita dengan penuh kasih sayang dan barulah anak-anak kita di masa hadapan akan melayan kita dengan sifat yang sama pada masa hadapan.

    NAMA:NURAIDIL HUSNA BINTI ABDUL RAZAK
    NO.MATRIK: A133926
    TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 2
    FAKULTI: SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    EMEL:nuraidilhusna@yahoo.com/nuraidilhusna@gmail.com
    FACEBOOK: Nuraidil Husna Abdul Razak
    Link Video: www.youtube.com/watch?v=i8_as5RJ5LA

    ReplyDelete
  144. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  145. Lima langkah tersebut adalah:-

    Pertama,ibubapa hendaklah memainkan peranan yang penting. Seperti yang diketahui ibubapa adalah payung dalam sesebuah organisasi kekeluargaan. Peranan mereka sangat besar bagi memastikan sesebuah keluarga dapat menjalinkan hubungan yang erat sesama mereka. Hubungan yang erat dapat menjadikan ahli keluarga saling mengambil berat antra satu sama lain. Sebagai contoh, boleh dilihat pada institusi kekeluargaan di negara-negara maju. Di mana mereka disana peranan ibubapa sangat kurang dimainkan dalam insitusi tersebut. Akibatnya, pelbagai gejala moral dan runtuhnya institusi kekeluargaan di sana.

    Kedua, tidak mengambil amah untuk menguruskan rumah tangga. Di malaysia dan juga di negara-negara maju, sudah menjadi trend menggunakan amah atau pembantu rumah untuk menguruskan rumahtangga. Trend ini sememangnya boleh mendatangkan kesan negatif kerana berpotensi mengurangkan hubungan sesama ahli keluarga. Jika dilihat, institusi keluarga yang menggunakan amah, anak-anak mereka lebih cenderung berhubung dengan amah mereka sahaja. Hendak apa semua diminta pada amah mereka. Secara tidak langsung, amah itu telah menggantikan peranan ibubapa pada anak-anak itu. Contohnya,kita boleh lihat dalam cerita-cerita melayu di televisyen yang memaparkan keluarga kaya yang menggunakan pembantu rumah. Dalam cerita tersebut, sememangnya dipaparkan kurangnya hubungan yang erat antara anak dan ibubapa. Ini kerana, amah tersebut telah mengambil peranan dari ibu dan bapa anak-anak tersebut. Walaupun contoh itu dari cerita televisyen,namun hakikatnya ia berlaku di alam realiti.

    Ketiga, pengamalan nilai-nilai islam dalam institusi kekeluargaan. Langkah ini amat penting bagi pemantapan sesebuah keluarga. Ini kerana, dengan nilai islam sahaja yang mampu mewujudkan nilai-nilai kasih sayang yang sejati dalam sesebuah keluarga itu. Islam merupakan cara hidup yang lengkap. Oleh itu, apabila nilai islam diamalkan dalam sesbuah keluarga,maka sudah semestinya institusi keluarga tesebut juga lengkap. Selain itu, ia juga mendapat keredhaan dari Allah swt. Sebagai contoh, lihat pada institusi kekeluargaan yang digarap Rasulullah saw yang 100% bercorakkan islam. Tidak pernah kita dengar, dalam institusi kekeluargaan yang digarap Rasulullah saw ada cacat celanya. Sesungguhnya institusi seperti itu jadi ikutan kita.

    Seterusnya, pengurusan kewangan yang cekap. Sememangnya pada hari ini, wang menjadi sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan. Ketidakcekapan pengurusan sumber ini boleh mengakibatkan sesebuah institusi kekeluargaan porak peranda. Oleh itu,sikap berjimat cermat perlu diamalkan dalam menjalani kehidupan harian. Tanamkan sifat berjimat ini pada anak-anak sedari mereka masih kecil lagi. Ibubapa juga seharusnya menanamkan sifat suka menabung pada anak-anak mereka. Oleh itu, pengurusan wang yang bijak dan cekap dapat diamalkan dalam sesebuah keluarga. Ketidakcekapan pengurusan wang amat bahaya impaknya pada institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, statistik terkini menunjukkan ramai suami isteri yang bercerai kerana bebanan hutang dan kesempitan hidup.

    Langkah terakhir, adalah ahli keluarga hendaklah sering meluangkan masa bersama. Langkah ini amat penting kerana dengan cara ini, ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kasih sayang, bertukar-tukar fikiran dan lain-lain. Kekerapan masa bersama keluarga juga penting kerana kita dapat melarikan diri dari kesibukan hal-hal seharian. Kekurangan masa bersama keluarga amat buruk kesannya,terutama pada diri anak-anak. Ini kita boleh lihat di kejiranan-kejiranan penduduk kulit hitam di Amerika Syarikat yang rata-ratanya terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Hal ini kesan dari kurangnya masa bersama keluarga yang membuatkan mereka memberontak.


    MOHAMAD FAIZ BIN HARIS
    A133586
    TAHUN 2
    FEP
    mohamadfaizharis@ymail.com
    Mohamad Faiz Haris
    http://youtu.be/ppbDj7QsYVE

    ReplyDelete
  146. Kertamadunan bagi sesebuah masyarakat adalah melalui sebuah carta organisasi yang memainkan peranan dan bertanggungjawab bagi memastikan keberkesanan dalam membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai kertamadunan yang tinggi yang diperkukuhkan melalui jurang ekonomi, sosial, politik dan teknologi. Institusi kekeluargaan adalah sebuah carta organisasi yang dirancang untuk memastikan kesinambungan warisan dapat diteruskan pada masa hadapan.
    Langkah utama yang perlu diambil bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan adalah persediaan dan mempunyai pengetahuan agama. Agama merupakan tonggak dan panduan bagi setiap individu bagi memastikan individu dipimpin ke jalan yang baik. Dengan adanya, perbezaan dosa dan pahala, baik dan jahat, ia dapat memberi peringatan dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
    Langkah seterusnya yang perlu diambil bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga. Panduan yang terbaik bagi anak-anak adalah peringatan ibubapa terhadapnya. Kecenderungan anak-anak yang didik dengan pengajaran dan pengalaman pada masa kecil lagi dapat membina dan membimbing anak-anak ke jalan yang baik.
    Langkah ketiga ialah melalui pendidikan. Pendidikan memainkan peranan untuk menyampaikan dan memberi pelajaran dalam etika kekeluargaan. Pendidikan formal melalui bahan bacaan dapat ditafsirkan untuk dijadikan praktikal, manakala pendidikan tidak formal seperti pengalaman dapat memberi pengajaran yang terbaik bagi individu dan keluarga.
    Langkah keempat ialah anak-anak haruslah memainkan peranan dan mengetahu tugasnya. Sewajarnya anak-anak mengetahui “Siapakah saya? Dan apa tugas saya?. Dengan mengetahui peranan tersebut anak lebih rasa menghormati dan rasa tanggungjawab terhadap kedua ibubapa. Tugas anak-anak seharusnya diperjelaskan oleh ibubapa. Apa peranan bagi anak perempuan dan apa peranan bagi anak lelaki.
    Langkah terakhir ialah kerajaan seharusnya mempunyai peranan yang efektif dalam membentuk organisasi kekeluargaan yang terbaik. Kerajaan seharusnya mengadakan kempen menyeluruh untuk mewujudkan keluarga yang baik seperti kempen keluarga bahagia, percutian yang murah bagi keluarga dan mewujudkan agensi yang mendengar permasalahan keluarga yang bermasalah. Jika sebuah institusi keluarga yang baik, dapat menghasilkan sebuah masyarakat yang mempunyai kualiti yang tinggi.
    Kesimpulannya, semua individu memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan pengukuhan institusi kekeluargaaan. Individu perlu tahu peranan dan tanggungjawab terhadap institusi kekeluargaan.
    1. Nama sebenar: MD FIRDAUS BIN MOHD SUHUT
    2. Nombor Matrik: A133849
    3. Tahun Pengajian : SEMESTER 1 TAHUN 2
    4. Fakulti: FEP
    5. Email: mrsmith4444@yahoo.com
    6. Facebook: Md Firdaus Mohd Suhut

    ReplyDelete
  147. Institusi keluarga boleh merupakan tingkat terawal dalam proses pembinaan sesebuah masyarakat. Antara langkah yang dapat diambil dalam mengukuhkan sesebuah institusi keluarga seperti memberi kefahaman kepada masyarakat tentang peri pentingnya hubungan yang baik dalam keluarga mereka. Pengabaian penjagaan hubungan dalam sesebuah keluarga adalah disebabkan oleh kegagalan masyarakat memahami bagaimana langkah untuk mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat harus peka dan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini.

    Langkah yang kedua ialah meperkenalkan konsep musyawarah dalam kalangan keluarga. Melalui konsep ini, sesebuah keluarga akan duduk bersama-sama sekiranya ahli keluarga mereka mempunyai masalah. Jalan penyelesaian kepada masalah itu akan difikirkan bersama-sama oleh setiap ahli keluarga. Langkah ini juga dapat mewujudkan suasana yang baik dalam keluarga dan merapatkan hubungan antara mereka .

    Langkah seterusnya ialah penekanan kepada nilai-nilai agama dalam kalangan ahli keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Mereka hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai agama kepada anak-anak mereka dan diri sendiri. Mereka juga harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dengan sentiasa meletakan ajaran agama mendahului segalanya.

    Langkah keempat ialah mengukuhkan sistem ekonomi dalam keluarga. Hal ini sanagat penting kerana tanpa kewangan yang kukuh sesebuah sistem keluarga akan mudah menjadi kucar-kacir. Tanpa kewangan yang kukuh akan mudah wujud perselisihan faham sama ada antara suami isteri atau anak-anak. Kehidupan kekeluargaan juga akan menjadi tidak terurus dan menyebabkan anak-anak mereka terlibat dengan gejala yang tidak sihat.

    Langkah kelima ialah memperkenalkan subjek pendidikan kekeluargaan diperingkat sekolah. Melalui subjek ini, pelajar akan diberi pendedahan menegnai peranan mereka dalam sesebuah sistem kekeluargaan. Melalui kaedah ini, pelajar akan sedar mengenai pentingnya peranan mereka dalam sesebuah institusi keluarga dan tahu bagaimana untuk memberi sumbanagan kearah mewujudkan sistem kekeluargaan yang harmoni.

    Nama:Mohamad Rezwan Bin Yusak
    No. Matrix:A134124
    Tahun 2 (FSSK)
    Email; Rezwanyusak@yahoo.com
    Facebook: Rezwanyusak@yahoo.com

    http://www.youtube.com/watch?v=38kqFq0llPA

    ReplyDelete
  148. Keluarga merupakan suatu medium yang berpengaruh dalam pembentukan akhlak remaja bermula sedari kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tujuan menangani gejala sosial dalam kalangan remaja objektif kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sahsiah dan akademik. Ibubapa perlu memantau kegiatan anak remaja dari semasa ke semasa. Sentiasa prihatin terhadap aktiviti luar anak remaja dan memberikan nasihat. menyelidiki tempat kunjungan mereka dan menemani mereka jika perlu. Jangan mengongkong pergerakan mereka cuma mengawalnya sahaja. Ibubapa meluangkan masa yang khusus seperti waktu malam untuk bertanya perkembangan anak seharian.hal ini demikian dapat menyelamatkan anak daripada terlibat dalam masalah sosial.mencegah lebih baik dari mengubati. Di samping itu memberikan didikan agama yang mendalam. Agama dapat membentuk keperibadian dan personality modal insan cemerlang. Remaja dapat membezakan buruk dan baik sesuatu perkara mengikut pertimbangan minda berilmu mereka. Budaya keluarga islam dapat mempengaruhi tindak tanduk anak renaja di luar runah. Selain mengamalkan cirri keluarga islam di rumah, kesibukan ibu bapa membuatkan mereka memberikan didikan agama melalui khidmat guru bertauliah. Jelaslah bahawa didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak remaja mereka mampu menangani gejala sosial dalam kalangan remaja yang baru mengenali dunia. Remaja diibaratkan umur setahun jagung. Langkah ketiga ialah Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak. meluangkan masa bersama anak untuk merapatkan ukhwah kekeluargaan yang terjalin. Faktor mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam keluarga di samping penerapan nilai murni dalam diri setiap ahli keluarga terutamanya anak remaja. Bahkan, memberi peluang kepada anak memberikan pendapat mereka dan meluahkan perasaan atau permasalahan yang dihadapi. Pelbagai aktiviti riadah atau bercuti bersama anak sewaktu cuti persekolahan di tempat peranginan yang menarik. Tuntasnya masa yang terhad yang dapat diluangkan bersama anak hendaklah dimanfaatkan dalam usaha menangani gejala sosial dalam kalangan remaja. Perumpaan masa itu emas. Institusi keluarga juga akan menjadi lebih kukuh apabila menguruskan keperluan anak sebaiknya. Contohnya menguruskan pemakanan, pakaian dan keperluan akademik anak sebaiknya supaya mereka tidak memberontak akibat tekanan. untuk memberi contoh teladan yang baik kepada anak supaya mereka mencontohi usaha gigih ibu bapa untuk merialisasikan keperluan mereka dengan harapan mereka menjadi insan yang berjaya. Mengelakkan anak berasa terabai kerana keperluan mereka tidak diendahkan. Ibubapa berusaha berganding bahu, bersengkang mata, keluar bekerja dengan kudrat empat kerat mereka untuk menyediakan keperluan anak. Sebagai anak, pasti timbul kesedaran di benak mereka untuk berusaha menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat serta bebas daripada gejala sosial. Oleh itu,dalam konteks islam, keredaan Allah Terletak Pada Keredaan Ibubapa. Penerapan melalui amalan memberikan kasih sayang yang sepatutnya. Contohnya dengan memberi tunjuk kasih sayang melimpah ruah kepada anak supaya mereka berasa diri mereka disayangi. Hal ini dapat mengelakkan anak mencari sumber kasih sayang lain dari luar rumah. memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Ibu bapa menunjukkan kasih sayang mereka terhadap anak melalui belaian mereka, penghargaan mereka dan kata-kata manis mereka. Sebagai anak, mereka akan berasa diri mereka disayangi dan tidak perlu mencari kasih di luar yang barangkali boleh menjerumuskan mereka dalam kancah sosial. Kesimpulannya, jelaslah bahawa institusi keluarga memanikan peranan penting dalam usaha menangani gejala sosial dalam kalangan remaja. Oleh hal demikian, institusi keluarga era moden ini hendaklah memainkan peranan supaya anak remaja terselamat daripada kancah sosial.

    NAMA: NOR ANIS BINTI HAMAT
    NO MATRIK: A 134175
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: FSSK
    EMAIL: noranishamat@yahoo.com
    LINK VIDEO: http://www.youtube.com/watch?v=bPv8QaIKwGU

    ReplyDelete
  149. Berikut adalah langkah-langkah bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan ;
    1. Meluangkan masa bersama dengan ahli keluarga adalah cara yang terbaik dan berkesan. Anak – anak dan ibu bapa dapat berkumpul pada satu-satu masa contohnya semasa hujung minggu. Saat berkumpul bersama ini dapat dilakukan di rumah seperti makan bersama dan menonton rancangan yang diminati bersama-sama sambil berkongsi pendapat. Pada masa yang sama juga anak – anak dapat berkongsi masalah lantas merasakan bahawa mereka diberi perhatian yang sepenuhnya oleh ibu bapa.. Oleh itu, meluangkan aktiti bersama-sama ahli keluarga setiap minggu dapat melahirkan institusi keluarga yang seimbang dan bahagia.

    2. Didikan agama oleh ibu bapa sedari kecil mampu membentuk akidah anak-anak terpelihara. Tanggungjawab ibu bapa dalam menerapkan didikan agama dalam kehidupan seharian mereka juga turut penting agar anak – anak tidak mudah terjebak dalam pergaulan yang tidak menyihatkan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus lah meluangkan masa untuk sembahyang bersama anak dan mendidik mereka cara untuk menjadi insan yang berguna kepada keluarga, sekolah dan negara.

    3. Selain itu, hubungan antara ibu bapa iaitu suami isteri sangat penting dalam menjana hubungan baik yang dalam kalangan ahli keluarga. Pasangan suami isteri haruslah saling mempercayai dan jujur dalam hubungan mereka. Segala masalah yang timbul dalam rumah tangga perlu diselesaikan berdasarkan kesepakatan suami dan isteri. Apabila berlaku perceraian, anak – anak yang akan menjadi mangsa keadaan dan mereka akan cuba melakukan sesuatu perkara yang tidak baik kesan dari perpecahan rumah tangga.. Semua ini perlu dititik beratkan kerana ia akan mempengaruhi pemikiran anak-anak. Oleh itu, suami isteri harus saling memahami dan cuba menyelesaikan masalah bersama-sama agar tidak timbul pekara yang tidak diingini.

    4. Kerajaan perlu menyediakan sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara Malaysia khususnya terutama golongan yang berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa harga rumah kini terutama di kawasan luar bandar begitu mahal sehinggakan terdapat segelintir buah keluarga yang tidak mempunyai rumah yang selesa untuk anak-anak mereka. Apabila ketidakselesaan ini berlaku, hal ini dapat mengundang kepada unsur-unsur negatif dalam kalangan anak-anak. Anak-anak akan sering tiada di rumah dan besar kemungkinan mereka akan terjebak dalam kancah yang tidak bermoral. Justeru, kemampuan kerajaan menyediakan kemudahan perumahan yang baik kepada rakyat di negara ini sedikit sebanyak mampu mengekang semua gejala sosial daripada terus berlaku.

    5. Seterusnya, kerajaan harus mewajibkan semua ibu bapa terutama pasangan yang baru berkahwin untuk menghadiri kursus keibubapaan. Bakal ibu dan bapa haruslah mendalami ilmu yang penting berkaitan dengan keibubapaan kerana hal ini penting bagi mereka setelah mereka mempunyai anak dan tanggungjawab sebagai ibu bapa kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah dan ibu mereka. Oleh hal yang sedemikian, kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan ini menjadikan tugas untuk mendidik keluarga semakin berkesan dan mudah.


    1. Nama sebenar. : Farha Binti Pitan

    2. Nombor Matrik : A134218

    3. Tahun Pengajian : 2

    4. Fakulti : FSSK, UKM

    5. Email :Angelicafarha@gmail.com

    6. Facebook : Angelica Farha

    7.Link Related : http://www.youtube.com/watch?v=-Z95_L790GM
    http://www.youtube.com/watch?v=NH13KrWjpT8

    ReplyDelete
  150. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  151. Antara 5 langkah untuk memastikan instistusi kekelauargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi peranan ibu bapa amat penting. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak berasa selesa dengan semua ahli keluarga, membesar dengan nilai hidup yang sempurna serta mendapat kasihsayang yang secukupnya. Elakkan daripada pertelingkahan di hadapan anak-anak dan jadikan anak-anak sebagai ahli yang penting dalam keluarga.
    Anak-anak dalam sesebuah keluarga mestilah diajar dengan pendidikan baik pendidikan formal ataupun pendidikan tidak formal. Kedua-dua cara mendidik anak ini adalah sangat penting. Melalui pendidikan formal anak-anak harus dihantar belajar di bagi memperoleh ilmu pengetahuan yang luas tentang kehidupan.
    Begitu juga dengan institusi agama termasuk institusi masjid yang ada hampir di setiap mukim dan kampung di negara kita. Institusi agama harus berupaya untuk berjalan seiring dengan anak-anak kita tanpa sebarang prejudis.Para imam, ustaz dan cerdik pandai agama kita harus sentiasa mempunyai empati yang tinggi terhadap jiwa anak-anak kita. Menyalahkan mereka, memandang buruk dan melihat mereka dengan pandangan hina dan menghukum, tidak akan menyelesaikan masalah.
    Masyarakat juga harus memberi sumbangan dalam menjadikan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi.Lihat bagaimana stigma yang ada dalam masyarakat terhadap para penagih dadah serta mereka yang menghidapi HIV/AIDS yang dipandang hina dan tidak dipedulikan oleh anggota masyarakat dan keluarga sehingga menyebabkan ramai yang terus hidup dalam dunianya sendiri.
    Selain itu, badan-badan sukarela perlu menggerakkan tenaga dan usaha mereka untuk bersama-sama mendekati anak-anak, remaja, malah mereka yang berhadapan dengan masalah.Di negara ini, kita mempunyai banyak badan sukarela yang berteraskan pelbagai kepentingan dan kumpulan masyarakat. Dalam banyak keadaan, cadangan yang diberikan adalah penguatkuasaan dan pengukuhan pelbagai agensi kerajaan.Namun, keprihatinan dalam mengurangkan masalah yang ada harus digerakkan oleh badan-badan sukarela dan anggota masyarakat seluruhnya.
    Nama : Roshaniza Binti Mohd Rani
    No Matrik : A133904
    Tahun : 2
    Fakulti : FSSK
    Email :cha_ros90@yahoo.com
    Facebook : Roshaniza Mohd Rani
    Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=relmfu

    ReplyDelete
  152. Institusi kekeluargaan merupakan salah satu agen sosialisasi iaitu agen untuk membentuk peribadi seseorang dalam mengecapi hidup yang sempurna berlandaskan nilai-nilai moral dan akhlak yang baik. Menjadi satu tanggungjawab kepada setiap individu tidak kira samada individu itu seorang ibu, bapa mahupun anak-anak untuk membentuk sesebuah institusi kekeluargaan agar ianya lebih sempurna.
    Bagi memastikan institusi kekeluargaan ini kukuh, pelbagai langkah-langkah yang harus di utamakan. Antaranya adalah kebergantungan kepada tuhan dalam membentuk keluarga berlandaskan nilai-nilai yang terpelihara. Setiap agama mengajar manusia untuk mengejar nilai-nilai keperibadian yang sempurna dalam membentuk individu yang berkualiti untuk agama,masyarakat dan Negara. Penerapan agama kepada sesebuah keluarga itu sangat perlu kerana ianya dapat melahirkan sebuah keluarga yang terdidik dengan sifat-sifat yang mulia seperti sopan santun, bertolak ansur, berlapang dada, berfikiran positif dan sebagainya. Ibu dan bapa seharusnya terlebih dahulu mempunyai pengetahuan agama bagi mendidik anak-anak yang soleh dan solehah.
    Langkah yang seterusnya adalah peranan ibu bapa untuk menjadi sahabat karib kepada anak-anak mereka. Di usia kanak-kanak, anak-anak terdorong untuk mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka manakala di usia remaja, anak-anak terdorong dengan pelbagai kegiatan luar yang sangat mempengaruhi budaya serta tingkahlaku mereka. Pendekatan ibu bapa sebagai seorang sahabat akrab, memberi peluang kepada si anak untuk sentiasa mendampingi ibu bapa dan menjauhkan diri mereka daripada terjebak dalam perkara-perkara yang tidak di ingini.
    Selain itu,dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu kepada persediaan dari sudut mental dan fizikal serta spiritual. Ini kerana ibu bapa adalah ‘role model’ kepada anak yang bakal di lahirkan dan ini menjadikan sebuah institusi kekeluargaan itu lebih kukuh. Persediaan yang di maksudkan bukan sekadar hubungan sesame ahli keluarga, malah ibu bapa juga berperanan dalam mengadakan hubungan baik sesama jiran tetangga, keluarga besar, serta masyarakat sekeliling. Dengan menjalinkan hubungan baik ini terdorong kepada anak-anak untuk mengikut jejak ibu dan bapa mereka dalam aktiviti bersosial.
    Bagi mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan ini, sifat kasih sayang sesame ahli keluarga sangat perlu di titik beratkan. Ini kerana, fitrah manusia yang ingin di kasihi dan di sayangi. Antara aktiviti yang mampu menghubungkan kasih sayang sesame ahli keluarga adalah dengan melakukan segala perkara dengan bersama-sama seperti makan semeja, menonton televisyen, menjalankan aktiviti riadah dan mengambil masa bercuti bersama serta yang paling berkesan adalah solat jemaah bersama ahli keluarga.
    Tambahan lagi, institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan dengan adanya amalan bermusyawarah sesama ahli keluarga. Erti kata lain setiap perkara atau permasalahan yang berlaku antara ahli keluarga atau perkara-perkara lain di selesaikan dengan jalan perbincangan. Dengan adanya amalan ini, dapat memberi ruang dan peluang kepada setiap ahli keluarga untuk memberi pandangan dan meluahkan segala kekusutan agak segala penyelesaiannya di buat atas persetujuan bersama.
    Kesimpulannya, Kita sangat berperanan dalam mencorak kehidupan ini dengan berpandukan tuntutan agama masing-masing dan Al-quran dan Sunnah bagi yang beragama Islam. Jika kita menjaga hubungan kita dengan Tuhan, sebuah institusi kekeluargaan yang terbina pastinya kukuh sebagai agen sosialisasi yang berkesan.
    Link Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=Sp9vRxsdx4w&feature=related
    1. Nama : SITI ZAHARUL NADIA BT ZAINAL
    2. No Matrik: A133701
    3. Tahun Pengajian: 2
    4. Fakulti : FST
    5. Email: nd_zainal@yahoo.com
    6. Fb: Siti Zaharul Nadia Zainal

    ReplyDelete
  153. 5 langkah untuk memastikan institusi kekeluargaan sebagai agen sosialisasi diperkukuhkan adalah
    • Melakukan ibadat secara berjemaah seperti solat dan membaca Al-Quran bersama-sama di rumah.
    Sebuah institusi keluarga yang berjaya perlu menyeimbangi antara kasih sayang terhadap Allah dan ikatan kekeluargaan yang berlandaskan agama. Ibadah yang dilakukan bersama-sama secara tidak langsung mengikat cinta sesama keluarga disamping menjadikan agama sebagai pegangan utama dalam kehidupan harian. Ibu bapa harus menjadi contoh terbaik terutama dalam soal agama kerana mereka adalah ikutan atau idola terbaik untuk membentuk sahsiah anak-anak.

    • Bercuti bersama keluarga dan menjadikan ibu bapa sebagai “rakan” untuk meluahkan masalah bersama dan berkongsi kenangan manis.
    Masa yang terluang harus terisi dengan percutian yang berfaedah bersama keluarga. Hal ini kerana waktu lapang yang wujud harus dipenuhi dengan ukhuwah kekeluargaan suapaya lebih bertolak-ansur dan saling memahami. Semasa bercuti juga, keakraban antara ibu ayah dan anak-anak harus dipraktikkan dengan bermula sebagai rakan kepada mereka kerana ini bertujuan untuk berkongsi masalah dan cerita manis bersama-sama.

    • Mengenalpasti punca permasalahan dan cuba menyelesaikan secara peribadi ‘face to face’ dengan cara berhemah
    Ibu bapa dan keluarga harus memainkan peranan dengan mengenalpasti punca sesuatu masalah dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Contohnya cuba berbincang dengan mereka sambil bawa melancong untuk mendapatkan ketenangan disamping mejadi pendengar terbaik.

    • Melakukan aktiviti riadah dan outdoor secara berpasukan
    Keluarga seharusnya merancang aktiviti yang memerlukan kerja berpasukan untuk tujuan membina semangat kerjasama dan mempupuk sifat toleransi antara satu sama lain. Kerja berpasukan boleh diperoleh melalui aktiviti berkayak, berkhemah dan mengemas rumah bersama-sama dapat menjalinkan satu ikatan kerjasama dan lebih banyak masa terluang untuk aktiviti bersama-sama.


    • Memberi sokongan terhadap minat dan kecenderungan anak-anak tanpa memaksa mereka mengikut haluan ibu bapa
    Ibu bapa dan keluarga harus menjadi pendorong terhadap kecenderungan dan minat anak-anak mereka tetapi harus berpaksikan pendidikan dan masih mengutamakan masa depan mereka. Minat mereka harus disokong dan memberikan ransangan dengan menyokong aktiviti dan bidang yang mereka minati supaya dapat mengeratkan kasih sayang sesama mereka.

    Nama : Norhazwani Binti Ab Rahman
    No matrik : A133780
    Tahun pengajian : 2
    Fakulti : FSSK
    Email : azwani _azrul@yahoo.com
    Facebook : Norhazwani Ab Rahman
    Link video : http://www.youtube.com/watch?v=-Z95_L790GM

    ReplyDelete
  154. Institusi kekeluargaan merupakan institusi yang penting dalam memastikan perkembangan yang baik dalam membina keluarga yang bahagia , tetapi tidak semua keluarga mempunya cara yang baik bagi memastikan keluarga yang dibina setelah sekelian lama itu kukuh . Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala2 yang memudaratkan sesuatu intitusi kekeluargaan ini .

    Peredaran masa dari setahun ke setahun memberi peluang kepada golongan remaja menjadi cepat matang. Perkembangan teknologi maklumat, kemudahan pendidikan dan kewujudan era globalisasi telah mempercepatkan penerimaan budaya dan nilai luar ke atas masyarakat muda di negara kita. Golongan yang mudah terpengaruh dengan nilai-nilai ini tentulah golongan remaja yang akhirnya dikaitkan dengan setiap masalah sosial.

    Antara 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah

    1) Kenali keluarga
    Ini bermaksud kita mesti kenal setiap individu yang berada dalam keluarga bukan hanya seperti hobi mereka , kesukaan , kelemahan , tetapi juga semua yang berkaitan dengan ahli keluarga. Dengan cara sebegini , kita dapat berkongsi segala suka duka,masalah dengan orang terdekat . Secara tidak langsung, ia boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan kita

    2) jadikan ibu bapa adalah kawan baik
    Mereka adalah tempat yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan kerana hati ibu bapa ini sudah lama berada dalam kehidupan kita sebagai anak2.Mereka lebih memahami apa yang dikehendaki oleh kita dan mampu untuk menyelesaikan segala masalah . Jangan mempunyai perasaan malu untuk menceritakan segala permasalahan yang ada pada diri , nescaya hati kita akan lebih tenang

    3 ) Sentiasa menghormati
    Institusi kekeluargaan dapat diperkukuh apabila semua orang dihormati,secara tidak langsung,ia mampu mempertingkatkan daya hormat semua orang . Tiada lagi sikap kurang ajar antara ibu bapa dan anak2,segala permasalahan boleh diselesaikan dengan baik kerana terdapat ruang yang bole dikongsikan bersama

    4) Masa bersama
    Faktor ini sangat penting bagi mengeratkan hubungan , ini kerana masa lapang yang diluangkan bersama inilah boleh menyelesaikan masalah anak2. Segala pertanyaan oleh ibu bapa perlu dalam memastikan kehidupan anak2 dijauhi permasalahan yang tidak baik.Masa makan bersama,melancong,beristirehat dan sebagainya .

    5) Pendidikan akhlak dan agama
    Ia perlu diterapkan dalam setiap diri anak2 dan individu itu sendiri bagi menjamin kehidupan kita dalam institusi kekeluargaan,ia merupakan faktor yang besar dalam mendidik anak2 untuk menjadi anak yang berguna, bukan hanya anak2,ibu bapa perlu menunjukkan akhlak yang baik kerana ia akan dipandang tinggi oleh masyarakat.



    NAMA : NOOR SHAHLAILI BINTI RIDHUAN
    NO MATRIK : A 132814
    TAHUN PENGAJIAN : DUA
    FAKULTI : FEP
    EMAIL : sharidhuan@gmail.com
    FACEBOOK : sharidhuan@gmail.com ( SHA RIDHUAN )
    LINK RELATED : http://www.youtube.com/watch?v=nXiBMFw39g0

    ReplyDelete
  155. Berdasarkan peristiwa di atas ia amat cukup untuk menyentuh hati sesiapa yang membacanya kerana pengorbanan yang dilakukan demi kelangsungan hidup. Kisah ini boleh membuka mata masyarakat bahawa institusi keluarga merupakan salah satu agen kepada sosialisasi untuk memperkukuhkan ke arah lebih baik. Antara langkahnya ialah Hubungan antara ibu bapa dengan anak ibarat isi dan kuku. Sebuah keluarga yang bahagia dapat terhindar daripada masalah sosial. Oleh itu, keluarga bahagia berkaitan dengan kesejahteraan masyarakat dan negara.

    Bagi membentuk keluarga bahagia, Ibu bapa patut mengeluarkan masa lapang untuk beriadah bersama keluarga mereka atau berkelah di luar bandar. Inilah bukan sahaja dapat mencergaskan fikiran ibu bapa dan juga dapat mengeratkan kemesraan hubungan ahli keluarga.

    Selain itu, ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan tidak sibuk bekerja. Ibu bapa harus menanam perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap anak-anak supaya mereka berasa tidak terabai serta kekurangan belaian. Jikalau anak kegagalan dalam pelajaran ibu bapalah yang harus memberi sokongan padu serta bimbingan yang baik bukan hanya sekadar tahu memarahi mereka dan memukul mereka.

    Langkah yang membentuk keluarga bahagia juga boleh mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kediaman sekeliling rumah. Dengan bergotong-royong, ahli keluarga dapat memupuk sikap tolong-menolong dan bekerjasama. Kerja akan menjadi lebih mudah dan cepat diberaskan. Letih, penat, kepuasan bekerja dapat dirasai bersama-sama dan ia juga mampu kemesraan.

    Di samping itu, ibu bapa wajar melayani anak sebagai seorang teman baik. Hal ini demikian kerana pada usia remaja, jiwa anak-anak suka akan sesuatu yang baru dan perasaan ingin mencuba. Pada waktu ini, ibu bapa perlu lebih prihatin dan bertindak rasional dalam menangani masalah anak-anak. Ibu bapa juga dapat mendidik anak-anak memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga bahagia. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa dan anak-anak dapat memikul tanggungjawab bersama-sama untuk melahirkan keluarga bahagia.


    NAMA MOHD ADAM BIN ABDUL RAHIM
    NO.MATRIK A132522
    TAHUN 2.
    FSSK
    are_damz90@yahoo.com
    fb:adam rahim

    link: http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=related
    link: http://www.youtube.com/watch?v=80N79zZ7hV0

    ReplyDelete
  156. Pada pandangan saya,terdapat beberapa langkah bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan yang dilihat semakin menipis nilainya pada hari ini.Seringkali kita terbaca di dada-dada akhbar mengenai isu-isu kekeluargaan yang semakin meruncing seperti meninggalkan ibu bapa di rumah orang tua serta pembuangan bayi.
    Antara langkah tersebut ialah,merapatkan hubungan kekeluargaan antara ahli keluarga.Dalam hal ini,ibu bapa hendaklah bertindak seperti sahabat dan kawan-kawan kepada anak mereka.Dengan cara ini,anak-anak akan berasa selesa di rumah untuk berkongsi segala hal.Hali ini akan mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga.Contohnya,setiap kali anak-anak pulang dari sekolah,ibu bapa akan menanyakan tentang keadaan di sekolah mereka.
    Bukan itu sahaja,sebuah institusi kekeluargaan yang kukuh juga mestilah mempunyai tiang yang kuat.Tiang kepada sesebuah keluarga adalah semestinya didikan agama dan pendidikan yang mantap.Contonhnya,ibu bapa hendaklah memberi anak-anak pendidikan agama sejak dari kecil lagi.Pendidikan bukan sahaja yang formal,pendidikan tidak formal juga penting.
    Selain itu,percutian bersama seluruh ahli keluarga juga merupakan antara cara untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa yang sibuk bekerja mungkin kurang meluangkan masa bersama anak-anak. Tidak salah sekiranya sedikit masa diluangkan untuk bercuti bersama seisi keluarga. Percutian sangat membantu dalam merapatkan silaturahim antara ahli keluarga.Apa yang penting adalah pengisian percutian itu sendiri agar semua ahli merasai nikmat bersama-sama sebagai satu keluarga.
    Cara lain untuk memperkukukan institusi kekeluargaan ialah memupuk sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap ini perlulah dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi.Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Dengan ini,mereka akan tahu membezakan cara layanan antara orang tua dengan yang muda.
    Akhir sekali adalah peranan pihak bertanggungjawab untuk mengadakan pendedahan seperti ceramah dan kempen mengenai betapa pentingnya menjaga kualiti kekeluargaan.

    NAMA : ZAIMATUL ZAIHAN ZAKARIA.
    NO. MATRIK : A134285
    TAHUN 2 FSSK.
    P_PEARLZ@YAHOO.COM
    FB : ZAIHAN ZAKARIA.

    ReplyDelete
  157. Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan melalui peranan yang diharapkan daripada ahli-ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih sayang, sifat hormat-menghormati, bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumahdan sebagainya). Oleh itu, institusi keluarga adalah
    institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat rohani
    dan jasmaninya, lagi berilmu dan bermoral.

    Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Antaranya ialah Mewujudkan kerjasama antara suami isteri dalam mendidik dan menjaga keturunan mereka dengan cara yang baik. Suami isteri perlulah bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak mereka dengan memberi perhatian dan tidak mengabaikan hak kasih saying anak-anak mereka.
    Menggalakkan ibadat kepada umat Islam juga merupakan salah satu cara yang bagus untuk memastikan keharmonian rumahtangga, kerana setiap suap makanan yang diberikan oleh seorang suami terhadap isterinya dengan ikhlas dikira sebagai ibadat. Ibadat Ini dapat dilihat apabila suami berusaha bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga. Ini Isteri dan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan membentuk keluarga bahagia adalah tanggungjawab yang wajib disempurnakan sepenuhnya dengan baik, berakhlak dan jujur. Suami adalah ketua keluarga.
    Meraikan hari istimewa bersama-sama dan makan bersama-sama ahli keluarga juga merpakan salah satu langkah yang dapat mengiratkan lagi hubungan kekeluargaan. Beriadah dan beribadah bersama juga mampu mewujudkan kemesraan antara ahli keluarga. Contoh yang jelas dapat dilihat ialah semasa menyabut hari perayaan.
    Pada pendapat saya, memperkenalkan kursus khas untuk memantapkan institusi keluarga bagi pasangan yang sudah berkahwin lebih lima tahun adalah satu usaha baik yang sepatutnya mendapat sokongan semua pihak. Ini kerana cabaran hebat dalam rumahtangga biasanya dihadapi selepas perkahwinan melebihi tempoh itu apabila rasa cinta di antara suami isteri semakin kurang akibat tidak dijaga dengan baik.

    Kerajaan juga perlulah memainkan peranan dengan menggubal satu perundangan baru yang boleh memastikan keuntuhan keluarga di negara ini terus berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh member impak kepada diri mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini.

    NAMA: HAZIMAS HAMZAH
    NO.MATRIKS: A135482
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: FEP
    EMAIL: hz_mas@yahoo.com
    FACEBOOK: hazimas hamzah
    LINK YOUTUBE: http://www.youtube.com/watch?v=o7orMPACqiM

    ReplyDelete
  158. Antara langkah untuk mengukuhkan institusi keluarga ialah pertama ialah didikan agama yang sempurna.Didikan agama seharusnya diberikan semasa anak-anak masih kecil bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.Contohnya anak-anak perlu diberikan didikan agama yang sempurna dan berterusan dari kecil sehingga dewasa dalam kehidupan seharian dan ibu bapa perlu mempunyai ilmu agama yang secukupnya sebelum bergelar ibu bapa .
    Langkah kedua ialah ibu bapa perlu memberikan contoh teladan yang baik.Menerusi contoh teladan yang baik anak-anak akan dapat mencontohi tingkah laku ibu bapa dalam kehidupan seharian dan ibu bapa perlu menasihati dan berpesan kepada anak-anak supaya menjadi anak yang baik.
    Langkah yang ketiga ialah meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga.Hal ini penting kerana dapat mengetahuai perkembangan ahli keluarga dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga seterusnya dapat membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni.Contohnya perjumpaan hari keluarga, bercuti,makan bersama-sama dan sebagainya.
    Langkah yang keempat ialah mengamalkan sikap bantu-membantu dan saling bekerjasama antara ahli keluarga.Hal ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga dan dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan saling bekerjasama dalam keluarga.
    Langkah yang kelima ialah peranan media massa.Contohnya seperti stesyen televisyen perlu banyak menyiarkan cerita-cerita berkaitan isu kekeluargaan supaya anak-anak dapat memperoleh pengajaran yang baik daripada cerita yang ditonton.
    Nur Anisa Bt Ab Wahab
    A127572
    Tahun 3
    Fssk
    wahab_aneesa@yahoo.com
    Aswad Die
    http://www.youtube.com/watch?v=IKoYZ5Iu8kk&feature=results_main&playnext=1&list=PL04FD524FA39C6D4D

    ReplyDelete
  159. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  160. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  161. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  162. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memgukuhkan institusi keluarga ialah yang pertama melalui didikan agama yang secukupnya. Ilmu agama sangat penting yang perlu ada dalam sesebuah rumah tangga kerana ilmu ini mampu membendung masalah yang berlaku dalam keluaraga terutama masalah sosial seperti lari dari rumah, sumbang mahram dan dadah. Menerusi didikan agama yang cukup menyebabkan anak-anak atau ibu bapa mengerti akan tanggungjawab masing-masing.
    Langkah kedua ialah setiap ahli keluarga perlu mempunyai sikap bertolak ansur. Ibu bapa dan anak-anak perlu sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain kerana apabila berlaku konflik dan masalah dalam keluarga dapat diatasi menerusi sikap ini. Hal ini kerana sikap tolak ansur dapat mengelakan sebarang masalah yang berlaku dalam keluarga.
    Langkah yang ketiga ialah mengadakan aktiviti-aktiviti bersama keluarga seperti riadah, hari keluarga, gotong royong, makan bersama dan bercuti. Hal ini kerana, menerusi aktiviti-aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak. Sekaligus dapat membina keluarga yang bahagia.
    Langkah yang keempat ialah melalui bimbingan kaunseling. Hal ini kerana, melalui bimbingan kaunseling secara tidak langsung dapat berkongsi masalah yang berlaku dalam keluarga. Segala konflik yang berlaku dalam keluarga seperti masalah sosial perlu di ceritakan kepada para kaunselor. Setelah para kaunselor mendengar masalah yang berlaku mereka akan memberi nasihat kepada ibu bapa atau anak-anak supaya mengambil langkah yang bijak dalam menyelesaikan masalah tersebut.
    Langkah terakhir pula melalui pihak kerajaan. Kerajaan boleh menjalankan satu kempen kesedaran tentang pentingnya institusi keluarga diberi penekanan di negara ini. Dalam kempen ini dihuraikan bahawa kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu dikurangkan jika negara ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang sebenarnya. Pada masa yang sama kempen itu juga berupaya untuk menerangkan cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah, langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memproleh satu keluarga yang sempurna. selain itu, pihak kerajaan juga boleh mewajibkan semua ibu bapa terutama pasangan yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kehadiran mereka dalam kursus sebegini memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik anak sendiri apabila sampai masanya kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah yang bakal menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan sempurna oleh ayah dan ibu mereka. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini menjadikan tugas untuk mendidik keluarga itu begitu mudah dan berkesan.


    Siti Suhailah Binti Hamzah
    A128745
    Tahun 3
    Fssk
    suehailah@yahoo.com.my
    sue suhailah
    http://www.youtube.com/watch?v=v66VMFBPq8E

    ReplyDelete
  163. Antara langkah-langkah yang diperlukan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan ialah melalui dengan pendidikan terutama dalam pendidikan agama. pendidikan agama merupakan tonggak utama atau teraju dalam kehidupan, tanpa ada ilmu agama hidup akan porak-peranda dan hilang arah tujuan. Hal ini peranan ibu bapa perlu memberi pendidikan agama kepada anak-anak yang secukupnya agar menjadi seorang anak yang baik, soleh dan solehah serta hormat-menghormati kepada golongan yang sepatutnya.

    Seterusnya langkah-langkah untuk memperkukuhkan institusi keluarga ialah melalui dengan tanggungjawab. Tanggungjawab merupakan elemen yang penting untuk membentuk sesebuah keluarga terutama tanggungjawab daripada seorang bapa. Hal ini kerana seorang bapa perlu bertanggungjawab untuk mencari rezeki, memberi nafkah kepada anak-anak isteri, dan memberi pendidikan yang secukupnya terutama dari aspek agama.

    Selain itu, dalam memperkukuhkan institusi kekeluaragan juga dapat dilihat melalui pengurusan ekonomi dalam rumah tangga. pengurusan ekonomi yang baik dan seimbang dapat mengatasi pengeluaran wang keluar secara berlebihan terutama dalam perbelanjaan membeli barang-barang keperluan rumah dan juga keperluan anak-anak. Hal ini demikian sifat berjimat cermat dapat dipupuk dalam sesebuah keluaraga.

    Kerjasama dan sifat bertolak ansur di antara suami isteri juga amat diperlukan dalam sesebuah keluaraga. Hal ini kerana berkerjasama dalam mengurus hal rumahtangga, anak-anak sewaktu ketiadaan istri atau isteri dalam keadaan sakit amat diperlukan. Tidak menjadi kesalahan sekiranya suami bertolak-ansur dalam menguruskan tugas seorang isteri demi mengukuhkan sesebuah keluarga.

    seterusnya yang terakhir ialah dengan mengadakan aktiviti Hari Keluarga di samping memupuk kasih sayang. mengadakan Hari Keluarag sedikit sebnyak dapat mengeratkankasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak dan tidak berlaku pilih kasih.Menerapkan kasih sayang dalam keluarga dapat dilihat melalui aktiviti riadah, berkelah, melancong, memasak bersama-sama dan banyak lagi.Hal ini secara tidak langsung, melalui beberapa langkah tersebut dapat memupuk atau mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan pada hari ini.

    Nurushuhadah binti Hasan
    A128868
    Tahun 3
    Fssk
    nurushhassan@yahoo.com
    Nurush Hasan
    http://www.youtube.com/watch?v=hWx47qeCqyk&feature=relmfu

    ReplyDelete
  164. Antara 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan diperkukuh :

    1 ) DIDIKAN AGAMA:
    Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Riwayat Bukhari).
    Didikan agama yang sangat penting dan moral yang sempurna juga merupakan satu unsur penting dalam pembentukan sesebuah institusi keluarga yang kukuh dan bahagia. Hal ini kerana pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan ahli keluarga. Kualiti ini akan melahirkan ibu bapa yang bertanggungjawab .
    2 ) IBUBAPA:
    Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-Tahrimayat 6).
    Anak-anak adalah amanah Allah. Didikan awal kepada anak-anak amat mustahak dalam merencanakan masa depan hidup mereka kerana mengabaikannya bererti akan merosakkan ahli masyarakat seluruhnya.Di samping itu, ibu bapa juga perlu berusaha menjadi contoh yang terbaik bagi anak-anak mereka selain memberikan didikan agama yang mencukupi. Ibu bapa merupakan individu yang paling dekat dengan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu menunjukkan tingkah laku baik yang boleh ditiru oleh anak hingga dijadikan “role model.

    3 ) PENDIDIKAN:
    Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan." Dalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas pendidikan dilakukan Rasulullah.Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan dimana ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus pra perkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh Pejabat Agama Daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang berwibawa.

    4 ) KEWANGAN:
    Dalam kehidupan hari ini yang banyak urusan memerlukan wang, Kita perlu membuat perancangan jangka panjang demi kepentingan diri dan keluarga.Kewangan adalah satu aspek yang sangat penting dalam institusi sesebuah keluarga tersebut. Banyak keruntuhan sesebuah keluargaberlaku disebabkan system kewangan yang tidak sistematik dan salah anggaran.Cerai-berai berlaku selalunya disebabkan oleh kewangan yang tidak mencukupi dan selera besar oleh seseorang individu.Setiap keluarga sewajarnya merenung semula perbelanjaan dan gaya hidup yang telah ditetapkan.
    5 )MEDIA MASSA:
    Dengan paparan cerita seperti ‘dilema wanita’ dalam saluran oasis sangat memberi impak yang berkesan kepada masyarakat tentang isu-isu keluarga yang sering berlaku di masa kini. Rancangan ‘Bersama Dato Fadzilah Kamsah’ juga merupakan antara program motivasi yang boleh diberikan panduan kepada para penonton dalam menangani masalah-masalah yang sering berlaku didalam sesebuah keluarga itu sendiri. Media massa perlu memainkan peranan mereka dengan sebaiknya.

    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri” (Ar-Ra’d: 11) Akhir kata,pokok pangkal adalah daripada individu itu sendiri lahiriahnya serta sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh ibubapa itu untuk memperkukuh ummah.

    link youtube: http://www.youtube.com/watch?v=0c5XLpPWC6E&feature=related
    NAMA: NAZARUL FAZREEN BINTI MOHD HANIFFA
    NO.MATRIK: A131637
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: EKONOMI&PENGURUSAN
    EMAIL: juniortower_jr@yahoo.com
    FACEBOOK: nazarul fazreen

    ReplyDelete
  165. Antara langkah untuk memastikan institusi kekeluargaan sebagai ajen sosialisasi seperti menitik beratkan pendidikan agama dalam diri anak - anak. Ibu bapa merupakan individu yang utama dalam mendedahkan nilai - nilai keagamaan iaitu dengan selalu menasihati anak - anak menjaga solat, menurut perintah Allah serta nasihat ibu bapa,jika pendidikan ini tidak disemai pada awalnya akan menimbulkan pelbagai permasalahan di kemudian hari.
    Seterusnya,peranan ibu dan bapa dalam institusi kekeluargaan agar sentiasa bahagia dan harmoni adalah amat penting. Ibu bapa merupakan individu yang paling dekat dengan dengan anak - anak dalam mendidik serta membentuk mereka jadi insan yang soleh serta solehah. Dengan ini perlulah menjaga hubungan dengan anak contohnya walau sibuk dengan tuntutan kerja namun harus mengambil masa dalam sehari untuk bersemuka dan bertanyakan masalah serta perkembangan yang dialami oleh anak - anak.
    Selain itu juga, peranan seorang anak ialah patuh pada kedua - dua ibu bapa. Kehidupan seseorang anak yang sentiasa taat akan bahagia di dunia dan juga akhirat. Contohnya jika kita tinggal berasingan dengan kedua ibu dan ayah seperti sedang menuntut ilmu atau bekerja di negeri lain perlulah sentiasa bertanya khabar mereka dengan menelefon untuk menunjukkan kita sayang pada mereka.
    Langkah yang lain ialah mementingkan rasa kasih sayang antara ahli keluarga, tanpa rasa kasih terhadap ibu bapa maka tidak akan wujudnya perasaan simpati dalam diri seseorang individu. Contohnya, kini pelbagai isu yang terjadi berkaitan anak yang tidak sanggup untuk menjaga ibu atau ayah mereka sendiri, dan sanggup meninggalkan ibu atau bapa di rumah orang tua atau juga di hotel - hotel murah. Tiada nilai kasih dan sayang antara punca runtuhnya sesebuah institusi kekeluargaan.
    Langkah yang terakhir sekali ialah mewujudkan budaya berkumpul dengan ahli keluarga untuk merapatkan hubungan. Contohnya seperti selalu melakukan aktiviti bersama - sama pada hujung minggu iaitu bercuti di kawasan - kawasn yang indah serta makan bersama - sama.
    LINK : http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=9TDCrM12GQk

    NAMA: NUR AMALINA BINTI ADZLAN
    NO.MATRIK: A135280
    TAHUN PENGAJIAN: 2
    FAKULTI: FSSK
    EMAIL: amalinadzlan90@yahoo.com
    FACEBOOK: Amalina Adzlan (ema_lina90@yahoo.com)

    ReplyDelete
  166. Pembentukan keluarga yang berjaya ialah yang mampu mengikat perasaan suami isteri dengan ikatan yang saling mengerti antara satu sama lain. Ikatan yang melahirkan suasana bahagia dengan hiasan cahaya mata yang menjadikan kehidupan rumah tangga aman sejahtera dan bahagia. Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kedamaian. Tanpa kedamaian, kehidupan berumah tangga tiada ertinya. Malah ia akan menjadi suatu gelanggang permusuhan dan pergaduhan di antara suami dan isteri. Bila perkara ini berlaku sudah tentu sebuah rumah tangga tersebut terdedah kepada kehancuran. Maka bagi mewujudkan kedamaian rumah tangga, tanggungjawab adalah kunci yang paling utama di mana tanggungjawab tersebut bukan sahaja.
    Faktor keterampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertakwa, beriman dan beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama kejayaan mereka. Jika kita mengukur dan menilai ibubapa berjaya berdasarkan kebolehan atau pencapaian aspek kebendaan semata-mata tanpa memikirkan soal adab, kesopanan, maruah dan budi pekerti sudah tentu ianya akan hanya melahirkan generasi ynag tempang dan seterusnya masyarakat yang pincang. Ibubapa yang memahami, memperlengkapkan diri dan membentuk dengan asas-asas pengetahuan Islam untuk membina keluarga berlandaskan asas keagamaan akan dapat merealisasikan tuntutan sebenar dari perkahwinan tersebut.

    Anak-anak hendaklah taat dan sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa bererti patuh kepada segala suruhan serta tunjuk ajar mereka yang makruf dan sentiasa berusaha menggembirakan kedua ibu bapa dengan menghormati dan memelihara hubungan baik yang berlandaskan kasih sayang. Dengan erti kata yang lain, adalah menjadi suatu kesalahan jika seseorang anak menderhaka terhadap ibu bapanya. Derhaka kepada ibu bapa juga bererti derhaka kepada Allah s.w.t., kerana perintah berbuat baik kepada ibu bapa beriringan dengan perintah supaya beribadat kepada Allah s.w.t., sepertimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
    “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa….”

    Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
    Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.
    http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=relmfu
    Nama:Siti Muslimah binti Jasmi
    No.matrik: A132595
    Tahun Pengajian: Tahun 2
    Fakulti:FEP
    Emel: ratusyuhadah9102@yahoo.com
    facebook: musjasmi

    ReplyDelete
  167. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  168. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  169. Langkah-langkah untuk memastikan institusi keluarga sentiasa kukuh ialah pertama, didikan agama yang sempurna dan secukupnya dalam kalangan ahli keluarga perlu dititik-beratkan. Islam sentiasa menggalakkan penerapan nilai-nilai moral yang murni dan budi pekerti yang tinggi dalam hubungan sesama manusia lebih-lebih lagi dalam hubungan kekeluargaan. Tingkah laku yang baik dan tutur kata yang sopan mampu melahirkan sebuah keluarga yang aman dan bahagia. Agama juga boleh mencegah seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang dilarang.

    Langkah kedua ialah, sentiasa menjaga perhubungan baik antara ahli keluarga. Kesefahaman yang tinggi dalam keluarga merupakan sesuatu yang perlu dijaga oleh setiap ahli keluarga. Hal ini kerana persamaan pendapat boleh menjamin hubungan mesra antara ahli keluarga. Dengan itu, walaupun terdapat percanggahan pendapat, masalah itu akan diselesaikan secara sepakat dan toleransi.

    Langkah ketiga ialah, membahagikan kasih sayang dengan sama rata dalam kalangan ahli keluarga. Setiap ahli keluarga menginginkan agar dirinya sentiasa dihargai dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Persamaan layanan dalam setiap ahli keluarga boleh melahirkan perasaan puas hati dan tidak akan timbul rasa iri hati dan seterusnya memberontak. Belailah mereka dengan penuh kasih sayang yang saksama tanpa mengira keadaan fizikal seseorang itu.

    Langkah keempat ialah, sentiasa meluangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga. Hal ini kerana dengan melakukan aktiviti secara bersama, ini akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka. Kegembiraan dan kebahagiaan yang wujud dapat menjadikan hubungan kekeluargaan tersebut lebih erat dan berpanjangan.

    Langkah kelima ialah, menyelesaikan setiap permasalahan yang berlaku secara sepakat. Setiap masalah yang berlaku dalam keluarga hendaklah diselesaikan secara bersama dengan mengambil kira setiap pandangan dan pendapat dari setiap ahli keluarga. Idea yang disumbangkan itu dapat dijadikan sumber untuk menyelesaikan masalah yang berlaku seterusnya dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan pada pada masa akan datang.


    Nur Sheila Binti Karim
    A128059
    Tahun 3
    FSSK
    lancormebonia@yahoo.com
    Swiss Armani
    http://www.youtube.com/watch?v=bOnTBgZCfwc&feature=related

    ReplyDelete
  170. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  171. Antara lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang juga merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan adalah dengan cara memantapkan ilmu agama yang kukuh dalam kalangan keluarga kerana agama itu sendiri telah mengariskan perkara yang perlu dilaksanakan bagi setiap umatnya. Selain itu adalah dengan cara membahagikan masa terhadap ahli keluarga itu penting sebenarnya untuk tujuan berkumpul bagi mengeratkan lagi hubungan. Jika ada sebarang permasalahan mahupun ketidakpuashatian ia perlu disuarakan dan bukan hanya terus dipendam. Antara lain ialah ibu bapa perlu merancang dalam pembentukan mahupun pembinaan sesebuah keluarga, supaya seimbang akan kemampuan terutamanya daripada aspek kewangan bagi mengelakkan berlakunya ketidakcukupan untuk menampung kehidupan. Sikap antara sesama keluarga perlu juga perlu kerana kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Terdapat pepatah mengatakan berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing perlulah diadaptasikan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam ahli keluarga. Ilmu duniawi adalah salah satu langkah yang perlu dipelajari bagi setiap insan kerana dari situlah akan bermulanya corak perkembangan rohani dan jasmani bagi melahirkan generasi yang berilmu dan dapat berfikir akan kebaikan dan keburukan jika melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya.

    Nur Maizaitunaini Binti Mohd Yunus
    A133862
    Tahun 2
    FSSK
    maizaitunainiyunus@yahoo.com
    Lela Bidasari
    http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A

    ReplyDelete
  172. Institusi kekeluargaan adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya institusi kekeluargaan berpecah belah maka kesan sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi kekeluargaan. Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi yang dapat diperkukuhkan. Langkah yang pertama adalah peranan keluarga iaitu dalam menentukan pencapaian pendidikan perlu dipertingkatkan dan diberi penumpuan yang lebih. Walaupun ibu bapa tidak berpendidikan, mereka boleh duduk bersama anak atau pelajar, melihat kerja mereka, menggalakkan mereka belajar, menyedarkan kepentingan pendidikan dan perubahan status yang mampu dicapai menerusi pendidikan dan pastikan anak-anak mereka menyedari hasrat dan impian ibu bapa terhadap mereka. Langkah yang kedua adalah ibu bapa menjadi “role model” dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Ibu bapa yang baik akan menjadikan anak-anak mereka juga baik. Awasi anak-anak terutama kumpulan rakan mereka sertai dan beri bimbingan yang sewajarnya. Langkah yang ketiga adalah setiap ibu bapa ataupun pasangan yang bakal menjadi suami isteri harus mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menghayati konsep serta matlamat perkahwinan yang disyariatkan. Pengetahuan ini penting kerana selain daripada memenuhi keperluan fizikal dan mengelakkan berlakunya zina, perkahwinan juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Dengan ini institusi kekeluargaan dapat diperkukuhkan dengan menunaikan amanah Allah dengan baik atau melaksanakan tanggungjawab dengan betul. Langkah yang keempat, selain daripada pendidikan, ibu bapa juga diharap lebih komitmen dalam memberi kasih kasing dan keperluan-keperluan asasi yang lain kepada anak-anak. Justeru itu, setiap pasangan suami isteri hendaklah memastikan yang hubungan merka sesama sendiri dan hubungan mereka dengan anak-anak sentiasa baik dan mesra kearah membentuk keluarga sakinah. Akhir sekali iaitu langkah yang terakhir adalah peranan masyarakat dan negara. Mereka haruslah mempunyai sikap yang prihatin iaitu sikap sentiasa mengambil berat antara satu sama lain terutamanya jiran tetangga dan bukanlah bermaksud untuk menjaga tepi kain orang. Ini adalah lebih kepada sikap prihatin dan ambil berat sesama jiran dan keluarga dan akan mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga. Hal demikian masalah yang timbul akan dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya bekerjasama antara satu sama lain. Kesimpulannya, sosialisasi merupakan satu agen untuk membentuk tingkahlaku yang diterima oleh masyarakat. Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang penting sebagai agen sosialisasi.

    Link video : http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A

    1. NAMA : NOR FAIZURA BINTI MOHAMAD
    2. NO MATRIK : A129536
    3. TAHUN PENGAJIAN : 3
    4. FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
    5. EMAIL : norfaizuramohamad@yahoo.com
    6. FACEBOOK : Nor Faizura

    ReplyDelete
  173. Institusi kekeluargaan merupakan salah satu organisasi sosial terpenting dan paling asas dalam masyarakat. Institusi ini haruslah dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak mengalami sebarang kepincangan. Bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan ini, terdapat beberapa langkah yang harus yang diperlu dititikberatkan.

    Langkah pertama adalah memastikan ibubapa berperanan dengan sempurna dan mengambil sikap ambil berat terhadap anak-anak. Ibubapa merupakan komponen utama yang mewujudkan keluarga itu sendiri dan mereka harus pandai memainkan peranan masing-masing supaya anak-anak tidak terabai dan sentiasa berada dalam perhatian. Kasih sayang yang dicurahkan haruslah sama rata antara anak-anak dan jika terdapatnya permasalahan, ibubapa harus bijak menyelesaikannya dengan meminta dan berkongsi pendapat masing-masing.

    Langkah yang kedua adalah perlunya didikan agama yang sempurna. Jika sesebuah institusi keluarga berpegang kepada prinsip agama yang kukuh maka keluarga tersebut tidak akan pincang dan berpecah belah. Agama adalah panduan kepada seluruh kehidupan yang sempurna dan agama juga akan membentuk salsiah peribadi unggul. Oleh itu agama memainkan peranan penting dalam mengukuhkan institusi keluarga.

    Seterusnya, langkah yang ketiga adalah melalui pendidikan yang sempurna. Pendidikan amat perlu dalam membentuk jati diri insan supaya dapat melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan berketerampilan selain seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Aspek-aspek ini amat penting dalam mengukuhkan institusi kekelurgaan yang merupakan salah satu organisasi sosial dalam masyarakat

    Langkah seterusnya adalah melalui pelaksanaan program berkaitan seperti Program Pembangunan Keluarga yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat. Program ini dirasakan sangat bermanfaat kepada institusi kekeluargaan kerana ia membantu, melindungi dan memberi kebajikan selain bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan yang terjalin supaya wujudnya sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

    Langkah terakhir adalah melalui peranan pihak kerajaan dalam mengadakan kempen berkaitan keluarga dan masyarakat. Kempen ini haruslah bertujuan mewujudkan kesedaran dalam masyarakat bahawa keluarga merupakan unit asas yang paling penting dan harus dijaga dengan baik. Melalui kempen yang diadakan, institusi kekeluargaan akan bertambah kukuh dan seterusnya wujud masyarakat yang sepakat dan bersepadu.

    Nama : Farah wahida Bt Mustapha
    No Matrik : A128101
    Tahun pengajian : 3
    Fakulti : Fssk
    Emeil : farah69_89@yahoo.com
    Facebook : Cik Adeq

    URL:
    1. http://www.youtube.com/watch?v=GGuqK9dWUcE&feature=related
    2. http://www.youtube.com/watch?v=hlCVMI9Vf-Q

    ReplyDelete
  174. 5 langkah untuk memastikan institusi kekeluargaan merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan adalah dengan cara berpegang teguh kepada agama iaitu dalam keluarga khususnya keluarga Islam, setiap orang dalam keluarga mempunyai peranan dan fungsi yang perlu dijalankan oleh individu, seperti ayah sebagai ketua keluarga, ibu dan anak-anak yang perlu menjalankan peranan dan fungsi sebagai anak. Jika pincang salah satu daripada fungsi peranan tersebut, maka keluarga tersebut tidak lengkap dan tidak bermutu.
    Langkah kedua adalah mewujudkan satu hari dalam seminggu untuk berkumpul bersama keluarga untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dalam kalangan anggota keluarga terutama bagi keluarga yang terlalu sibuk dengan kerja hingga mengabaikan kerukunan keluarga dan rumah tangga semdiri
    Langkah ketiga adalah ibu bapa tidak seharusnya membandingkan anak-anak mereka sendiri kerana situasi tersebut akan menyebabkan wujudnya keadaan tidak puas hati dalam kalangan mereka dan akhirnya akan membuahkan perasaan dendam antara mereka. Akibat dendam tersebut akan menyebabkan mereka akan sentiasa bergaduh. Oleh itu, ibu bapa perlu menyayangi anak dengan sama rata kerana setiap anak ada kelemahan dan kelebihan masing-masing dan tidak perlu dibandingkan antara mereka.
    Langkah keempat adalah mewujudkan keluarga yang bahagia mengikut konsep yang sebenar iaitu keluarga bahagia ialah menurut kajian Mahmood 1997, kebahagiaan boleh dicapai apabila seseorang itu mengalami kesenangan, gembira, mempunyai objektif dan ujuan hidup yang jelas, optimistik, merasa selesa dan merasa nikmat dengan setiap yang ada. Oleh itu, konsep keluarga bahagia di dalam Al-Quran ialah mengenai perhubungan antara suami isteri yang membina keluarga daan mewujudkan ketenagan serta hubungan baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Isteri dan anak adalah amanah daripada Allah dan membentuk keluarga bahagia adalah tanggungjawab yang wajib disempurnakan dengan baik, berakhlak dan jujur. Suami adalah ketua keluarga.
    Langkah kelima adalah ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang paling dekat dan sentiasa ada disisi kita sedari kecil. Oleh itu, segala sikap dan tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak. Jika sumbang sikap dan tingkah laku ibu bapa, maka anak lebih cenderung untuk mengikuti jejak langkah tersebut.

    Link video : http://www.youtube.com/watch?v=Hq7BF2Enegc&feature=share

    1. Nama sebenar : Norizzati Hidayah Binti Mohamad Uni

    2. Nombor Matrik : A127735

    3. Tahun Pengajian : 3

    4. Fakulti : FSSK

    5. Email : zatie_chumel@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama : Norliyana bt zakaria
      No matrik : A132935
      Tahun pengajian : Tahun 2
      Fakulti : Sains dan Teknologi
      Email : ice_hotchoc@yahoo.com
      Facebook : liyana zakaria

      Langkah mengukuhkan institusi kekeluargaan
      Peranan ibu bapa bermula dengan tapak yang paling asas iaitu agama. Agama adalah perkara utama yang perlu bertapak dengan kukuh dalam sesebuah institusi keluarga. Sebelum mengajar anak-anak, ibu bapa terlebih dahulu harus kuat pegangan agamanya, bukan sahaja mendirikan solat yang wajib malah berusaha mengamalkan segala ajaran agama dalam setiap aspek kehidupan. Kehidupan akan lebih teratur dengan segala tindakan dan pemikiran yang berlandaskan ajaran syariat kerana ajaran itu ditetapkan oleh Allah dan ia adalah sebaik-baik peraturan. Rumah yang penuh dengan didikan agama akan insyaAllah tidak mempunyai masalah seperti anak bermasalah, hubungan renggang dan dingin antara ahli keluarga dan sebagainya kerana segalanya diselesaikan berpandukan Al-quran dan sunnah.
      Langkah yang kedua yang perlu diambil ibu bapa ialah berkaitan dengan kesepahaman dan kesedaran tentang tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai seorang ayah atau ibu dalam sesebuah keluarga. Kesepahaman antara ibu bapa amat penting dalam menyelesaikan segala masalah dalaam keluarga agar semuanya dapat dikongsi dan diselesaikan bersama,jadi tidaklah beban ditanggung sebelah pihak sahaja.
      Selain itu, factor kewangan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan sesebuah keluarga stabil. Wang yang kurang mencukupi boleh menimbulkan kecelaruan dalam melalui kehidupan seharian umpamanya kekurangan bekalan makanan di rumah, tidak mendapat pendidikan dan pergaduhan antara ahli keluarga terutamanya antara suami dan isteri. Kewangan yang stabil membolehkan segala urusan rumah berjalan lancar dan juga mengelakkan sebarang kegiatan jenayah oleh anak-anak yang terlalu inginkan duit seperti kes-kes pada hari ini mencuri, meragut, merompak, jual dadah dan sebagainya semata-mata kerana tidak mahu kehidupan mereka susah. Terlebih wang pula menjadikan anak-anak “naik lemak”, beranggapan mereka boleh membeli apa sahaja dan melakukan apa sahaja dengan adanya wang ringgit tanpa berusaha dengan titik peluh sendiri. Hal ini akan melahirkan generasi yang malas berusaha.
      Factor seterusnya ialah nilai-nilai murni dan etika yang diterapkan dan diajar oleh ibu bapa di rumah sebagai pendidikan awal dan juga kekal dipraktikkan di rumah. Nilai-nilai murni yang diamalkan dalam rumah oleh ibu bapa boleh menjadi landasan dan ikutan pada anak-anak,umapam bagaiman aacuan begitulah kuihnya, bukan itu sahaja, nilai-nilai murni ini dapat mengukuhkan kesefahaman dalam kalangan ahli keluarga seterusnya melahirkan anak yang berminda kelas pertama.
      Factor yang terakhir adalah factor masa yang diluangkan oleh ibu bapa. Pada pendapat saya factor ini adalah factor yang terpenting sekali dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Urusan anak diserahkan kepada orang gaji dengan harapan dapat meringankan beban mereka yang bekerja. Jangan pula disalahkan anak-anak jika mereka lebih rapat dan lebih percaya kepada orang gaji di rumah. Masa yang diluangkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada mereka seterusnya dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan. Masalah anak-anak dapat dikenal pasti kerana ibu bapa kan lebih mengenali anak-anak jika meluangkan masa dan cuba untuk memahami gerak geri serta perangai mereka.

      link video : http://www.youtube.com/watch?v=uQCngP8wljk

      Delete
  175. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  176. Institusi kekeluargaan merupakan salah satu daripada agen sosialisasi. Bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan tersebut, terdapat 5 alternatif yang wajar dilakukan. Berikut adalah 5 perkara tersebut:


    Pendidikan agama dan moral
    Pendidikan agama adalah penting dan perlu diterapkan sejak kecil. Pendidikan agama dan moral yang berkesan akan melahirkan modal insan yang bersahsiah dan berperibadi unggul. Nilai-nilai murni tersebut mendidik anak-anak untuk menghormati, menyayangi dan berbudi kepada kedua ibu bapa. Tanpa didikan agama dan moral yang lengkap, sesebuah institusi kekeluargaan sering berada dalam kepincangan.

    Masa berkualiti
    Ibu bapa yang bekerjaya pada masa kini seringkali terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Kemewahan dan kehendak anak-anak dipenuhi namun mereka kurang kasih sayang dan perhatian. Anak-anak yang terabai mudah terjebak dengan gejala sosial kerana inginkan perjhatian ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Mereka perlu melakukan aktiviti kekeluargaan dengan lebih kerap. Mereka perlu melakukan aktiviti kekeluargaan dengan lebih kerap seperti melancong, beriadah bersama ataupun bersantai. Makan bersama keluarga juga sebenarnya adalah penting bagi mengeratkan hubungan interpersonal sesama ahli keluarga.

    Prihatin
    Ibu bapa perlu bersikap prihatin terhadap anak-anak mereka. Tidak semestinya mereka perlu mengongkong anak-anak dalam pelbagai aspek sehingga menyebabkan mereka tertekan. Ibu bapa perlu bijak menggunakan pendekatan psikologi kepada anak-anak bukan mengikut amarah semata-mata. Apabila terjalinnya hubungan kekeluargaan yang rapat, anak-anak akan berasa mudah untuk berkongsi masalah mereka dengan ibu bapa. Penyelesaian masalah dapat ditangani bersama dan menjadi lebih mudah apabila ibu bapa bersikap terbuka.

    Persekitaran yang kondusif
    Persekitaran di sini bermaksud suasana keluarga yang harmonis dan saling menyayangi. Anak-anak berasa selamat dan gembira apabila kestabilan keluarga terjamin. Keluarga yang sering terlibat dengan pertengkaran dan perceraian semestinya tidak mewujudkan keadaan yang sihat kepada anak-anak. Hasilnya, wujud pelbagai masalah emosi sehingga menjadi penyakit sosial.

    Saling menghargai
    Ibu bapa yang dapat mendidik anak-anak dengan nilai moral dan pendidikan yang baik akan membentuk anak yang berjaya. Bukan sahaja berjaya dalam kerjaya dan akademik tetapi sebagai seorang insan. Anak-anak perlu menghargai dan membalas jasa kedua ibu bapa mereka. Mereka perlu menjaga ibu bapa apabila sudah tua kelak sepertimana ibu bapa menjaga mereka. Sikap saling menghargai dan interaksi yang baik akan mewujudkan hubungan kekeuargaan yang erat dan kukuh

    Nama : Nurul Farahin binti Rasid
    No Matrik : A128241
    Tahun : 3
    Fakulti : FSSK
    Email : mynameisdot3@yahoo.com
    Facebook : Fara Rashid
    Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=oxrMTgEL7dE&feature=related

    ReplyDelete
  177. Assalamualaikumwarahmatullahi wabarokatuh.

    pada pendapat saya, apa yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan itu kukuh adalah bermula dengan ibu bapa, ketaatan ibu dan bapa kepada perintah Allah adalah perkara utama yang perlu difokuskan kerana ianya berkait dengan cara didikan, cara meluahkan kasih sayang, perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak, tindak balas anak-anak dan seterusnya akan melahirkan suasana yang harmoni dalam sesebuah insitusi keluarga.

    langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendidik anak-anak berdasarkan Al-Quran dan sunnah. mengajar anak-anak mengEsakan Allah bagi yg muslim atau mengenal Tuhan bagi yang bukan muslim. seorang ayah yang terbiasa mengajar anak-anak untuk dekat dengan Allah, hati anak-anak akan mudah lembut dan lebih mudah untuk dibentuk.

    langkah yang kedua ialah merapatkan jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak, menjadi ibu, ayah dan dalam masa yang sama, menjadi kawan kepada anak-anak. seperti yang kita tahu, kawan-kawan merupakan individu yang besar pengaruhnya terhadap anak-anak. oleh itu, sekiranya ibu dan bapa itu telah menjadi rakan/ teman kepada anaknya, anak boleh berkongsi segala cerita, bertukar pendapat, bersenda gurau, dan tidak terlalu cepat menghukum anak-anak. perkara ini dapat mengelakkan anak anak mencari keseronokan di luar rumah dengan kawan-kawan kerana baginya dirumah juga dia mempunyai ibu dan ayah merangkap kawannya.

    yang ketiga ialah, meluangkan masa bersama-sama. kesibukan ibu dan ayah bekerja menyebabkan anak-anak kurang perhatian dan kasih sayang. masa yang diperuntukkan bersama keluarga sehari-hari sekurangnya-kurangnya berkumpul / makan bersama-sama samaada di rumah atau makan diluar dpat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak.

    seterusnya, ibu bapa seharusnya murah dengan pujian dan penghargaan terhadap anak-anak. ini kerana, ramai ibu bapa lebih cepat menghukum dan tidak adil dalam memberi hukuman kepada anak-anak apabila anak membuat kesilapan, tapi sebaliknya bila anak membuat sesuatu yang baik atau yang sepatutnya dipuji, ibu dan bapa sukar untuk memberu pujian dan penghargaan, dan tidak menunjukkan minat untuk mendengar apa yang menjadi kesukaan mereka.

    akhir sekali ialah sentiasa meluahkan kasih sayang, mengucapkan sayang atau perkataan-perkataan yang baik antara sesama. bila ibu dan ayah malu untuk menyatakan " mak sayang kamu" atau " ayah sayang kamu", anak-anak juga akan malu dan tidak terbiasa untuk mengungkapkannya, dan mudah timbul perasaan " mak xsayang aku pun/ ayah xsayang aku pun". hal ini akan memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan dan instiusi kekeluargaan itu untuk terus erat dan kukuh.

    sekian. wassalam.

    nama: nur liyana syazana bt azman
    no matrik: a127824
    tahun: 3
    fakulti: fep
    email: mcekapok@yahoo.com
    facebook: minyak cekapok

    video: http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A&feature=related

    ReplyDelete
  178. Berdasarkan peristiwa yang dipaparkan, 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan ialah dengan cara yang pertama ialah setiap ahli dalam sesebuah keluarga memahami peranan masing-masing. ini adalah penting bagi memberi kesedaran kepada ahli keluarga tentang peranan dan tanggungjawab yang harus dimainkan tanpa mengambil sikap sambil lewa dan mengharapkan salah satu ahli atau pihak sahaja. Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Isteri pula wajib mentaati suami dan memberikan kasih sayang serta pendidikan kepada anak-anak. Anak-anak pula wajib menghormati dan mentaati kedua ibu bapanya. Selain itu, ahli-ahli keluarga yang lain juga perlu dihormati dan dikasihi.
    Langkah yang kedua ialah ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek. Kesejahteraan dan kejayaan sesebuah keluarga juga bergantung kepada ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek. Setiap individu dalam sesebuah keluarga terutamanya ibu bapa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan agar keluarga itu dapat dipandu ke arah kejayaan. Ilmu pengetahuan yang diperoleh itu boleh diwariskan kepada anak-anak agar mereka dapat membentuk kejayaan dalam hidup. Oleh itu, ibu bapa harus menjadi 'role model' yang baik terhadap anak-anak mereka. Teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melayari hidup berkeluarga boleh dijadikan contoh oleh anak-anak untuk membina sebuah keluarga yang juga cemerlang.
    Langkah yang ketiga ialah Amalan syura. Amalan syura perlu dipraktikkan agar segala permasalahan dalam keluarga dapat diatasi secara kolektif. Contohnya apabila sesebuah keluarga itu mempunyai masalah atau pun mereka mewajibkan syura diadakan setiap dua minggu sekali bagi menyelesaikan masalah atau ada perkara yang perlu dibincangkan. Melalui amalan ini, ibu bapa sebagai anggota paling dominan dalam keluarga perlu bersedia mendengar pendapat daripada anak-anaknya. Anak-anak pula akan merasakan bahawa diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam keluarga itu. Proses sebegini pastinya akan lebih mengeratkan hubungan setiap ahli keluarga.
    Langkah yang keempat ialah membina ciri-ciri quwwah (kekuatan). institusi keluarga yang kuat memang diperlukan dalam membendung gejala sosial masa kini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli keluarga untuk dalam diri agar dapat membentuk sebuah keluarga yang menjadi benteng terhadap pengaruh gejala sosial kini. Ciri-ciri quwwah itu perlulah berlandaskan kepada amalan agama dan ilmu pengetahuan yang berkaitan. Jika ini dapat dicapai, faktor-faktor negatif di persekitaran sesebuah keluarga pasti dapat dinilai dan ditangkis dengan bijak.
    Akhir sekali, langkah yang kelima ialah kerajaan juga harus memainkan peranan mereka dengan mengambil berat terhadap keluarga terutamanya isu kewangan dan kebajikan masyarakat terutanya keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai. Menjadi tanggungjawab kerajaan membantu mereka. Selain itu, dasar-dasar dan program-program pembangunan insan yang dilaksanakan kerajaan juga penting bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan seperti kempen Rumahku, Syurgaku, Utamakan Keluarga-Semakin Hari Semakin Sayang dan Smart Start Campaign. Kempen-kempen sebegini dapat menyalurkan maklumat yang berguna dalam pengukuhan sesebuah keluarga.

    video: http://www.youtube.com/watch?v=1aZP7V2No-k

    Nama : Anis Suraya binti Azmi
    No Matrik : A127546
    Tahun : 3
    Fakulti : FEP
    Email : sue.zacky_89@yahoo.com
    Facebook : Sue Zacky

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu, seterusnya penting dalam membangunkan masyarakat. Pelbagai langkah yang wajar perlulah diambil bagi menjamin institusi kekeluargaan terus kukuh di masa kini.

      Pertama sekali, peranan yang paling utama perlu dimainkan oleh ibu bapa, iaitu sejak anaknya masih kecil. Ibu bapa perlu menerapkan dan memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Ajaran agama yang akan menjadi benteng kepada anak-anak apabila mereka meningkat dewasa nanti. Anak adalah ibarat kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Sedari kecil, ibu bapa berperanan penting mengajar anak-anak mereka ajaran agama dan mendidik mereka mengikut peringkat umur anak-anak mereka.

      Langkah lain yang perlu dimainkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa perlu bijak mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah menggunakan pendekatan secara psikologi memandangkan di setiap peringkat usia anak, pemikiran dan kemahuan mereka adalah lain. Justeru, pendekatan secara psikologi dapat membantu dalam mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Anak berusia satu hingga tujuh tahun perlu dididik secara bergurau dan jangan dipukul. Bagi anak berusia lapan hingga 14 tahun, sebaiknya anak dididik dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang. Sementara itu, bagi anak di peringkat remaja iaitu 15 hingga 21 tahun, anak harus dididik seperti kawan, jangan dirotan dan dimarah. Ini adalah kerana pada peringkat usia sebeginilah keinginan mereka untuk mencuba benda-benda baru meluap dan mudah memberontak. Oleh itu, didikan terbaik bagi anak pada peringkat usia ini adalah dengan peluk, pujuk dan nasihati mereka. Manakala selepas usia 21 tahun, ibu bapa perlu memberi kebebasan mereka membuat keputusan dan tindakan, di samping memberi contoh dan nasihat yang baik.

      Setiap anggota keluarga juga perlu menjalankan peranan masing-masing supaya institusi kekeluargaan terus kukuh. Memandangkan kanak-kanak dan golongan muda mudah mengikut apa yang ada pada persekitaran mereka, oleh itu, ahli keluarga yang lebih berusia perlulah menunjukkan contoh yang baik supaya boleh menjadi ikutan yang lebih muda. Untuk mengeratkan lagi hubungan, semua ahli keluarga haruslah bersama-sama meluangkan masa dalam melakukan sesuatu aktiviti. Sebagai contoh, ibu bapa perlu maksimakan makan dan solat berjemaah bersama-sama. Malah dalam Islam sendiri digalakkan untuk makan dan solat bersama kerana ini membantu mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Meluangkan masa bersama dengan bersukan, berkebun, bermain dan membuat kerja rumah juga dapat mengeratkan lagi hubungan dalam keluarga. Selain itu, anggota keluarga juga boleh merancang untuk melakukan aktiviti bersama seperti hari keluarga dan melancong ke tempat percutian bersama-sama. Pada waktu ini, masing-masing dapat menggunakan masa berkualiti bersama keluarga.

      Delete
    2. Selain itu, badan-badan kerajaan dan NGO juga perlulah menjalankan peranan mereka demi mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bolehlah menjalankan kempen kesedaran tentang pentingnya institusi kekeluargaan kepada seluruh anggota masyarakat. Penganjuran program yang bersesuaian di mana ia boleh melibatkan seluruh keluarga juga perlu dilakukan. Ini bagi menggalakkan penglibatan seluruh ahli keluarga di dalam sesuatu program tersebut.

      Media massa turut boleh membantu dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan. Media elektronik seperti televisyen dan radio haruslah menyiarkan rancangan yang boleh memberi contoh tauladan dan pengajaran yang baik, memaparkan cerita dan program-program yang boleh memberi gambaran baik dan impak positif terhadap penonton. Di samping itu, ibu bapa perlu turut memainkan peranan jika terdapat rancangan yang tidak sesuai bagi peringkat umur anak mereka. Ibu bapa perlu menyekat dan menghalang anak mereka daripada menonton rancangan tersebut. Ini bagi mengelakkan anak-anak menonton sesuatu yang tidak baik dan sopan memandangkan dunia kini adalah tanpa sempadan. Selain itu, Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi perlu menyekat dan menapis semua kandungan rancangan di televisyen mahupun internet. Ini bagi mengelakkan kanak-kanak dan golongan remaja daripada terpengaruh dan akhirnya membawa mereka terjerumus ke gejala sosial yang tidak sihat. Terjerumusnya golongan remaja ke kancah ini akan menyebabkan runtuhnya institusi kekeluargaan.

      Nama : Fatin Liyana Izzati Binti Kamarulzaman Hassan
      Nombor Matrik : A128330
      Tahun Pengajian : 3
      Fakulti : Sains dan Teknologi (FST)
      Email : fatin_liyana90@yahoo.com
      Facebook : Fatin Liyana Izzati

      URL video :
      http://www.youtube.com/watch?v=AslZz0ZJE2U&feature=related
      http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=related

      Delete
  179. Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap.Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan.‘Rumahku Syurgaku’, rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.Namun begitu, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di tangan salah seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa atau anak-anak. Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati di antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan.Terdapat beberapa langkah untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan.

    Antaranya ialah, ibu bapa harus memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak.Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka.Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.Perasaan cinta yang mendalam akan melahirkan hubungan erat antara ahli keluarga.Apabila kasih sayang dicurahkan justeru hubungan antara anak dengan orang tua bertambah intim.

    ReplyDelete
  180. Selain itu, ibu bapa harus mengadakan aktiviti bersama keluarga pada masa cuti. Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.Bagi memastikan setiap ahli keluarga berinteraksi dan bermesra ibu bapa harus mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang menarik dan meluangkan masa bersama keluarga.Aktiviti sebegini akan memberi ruang kepada ahli keluarga untuk bermesra dan saling menyayangi.

    Usaha seterusya ialah, ahli keluarga harus mengamalkan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain.Sebagai tanda menghormati ahli keluarga kita boleh meraikan hari keluarga,hari jadi, dan hari keistimewaan.Dengan mengamalkan nilai ini, kita dapat menjauhi pertelingkahan dan perselsihan faham.Sebagai anak yang bertanggungjawab, kita harus mendengar nasihat ibu bapa dan mematuhi segala arahan mereka.Manakala, ibu bapa juga harus menghormati hak anak-anak dan tidak membiarkan anak-anak bertindak sesuka hati. Ibu bapa harus memberi layanan secara bersopan , lemah lembut, berkasih sayang dan sebagainya terhadap anak-anak mereka.

    Ahli keluarga juga harus bertanggungjawab terhadap kewajipan masing-masing.Walaupun sibuk dengan kerjaya, ibu bapa harus meluangkan masa untuk keluarga.Ibu bapa harus bertanggungjawab mengetahui dan menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial seperti lari dari rumah, vandalisme, gangsterisme dan lain-lain.Kasih saying dan pengawasan ibu bapa sangat penting dalam mengawal tindakan anak-anak.Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak.Ibu bapa perlu mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.Ibu bapa harus sentiasa menemani anak-anak sebagai kawan supaya jiwa kosong itu tidak diisi olen anasir-anasir jahat.

    ReplyDelete
  181. Tambahan pula, ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

    Langkah seterusnya ialah, Ibu bapa harus memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

    Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan.Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

    ReplyDelete
  182. Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan turut memainkan peranan dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan dengan menganjurkan ceramah,program bersama keluarga, kempen kesedaran dan bimbingan kaunseling kepada ibu bapa dan anak-anak.Program-program tersebut akan melahirkan perasaan cinta terhadap keluarga serta memberi kesedaran diri terhadap tanggungjawab masing-masing.Disamping itu, persatuan-persatuan sosial boleh meraikan hari keluarga secara besar-besaran. Program Hari Keluarga sebenarnya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan anak-anak.Dengan mengadakan program-program sebegini, masyarakat akan meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada kegiatan yang tidak bermanfaat.Aktiviti seumpama ini juga akan memberi kesedaran kepada masyarakat dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan.

    Media massa juga memainkan peranan besar dalam memperkukuhkan institusi keluarga.Ia memainkan peranan dengan memaparkan iklan-iklan dan drama-drama yang bertemakan keluarga.Dengan itu, masyarakat sedar akan cinta terhadap keluarga.Selain itu, media massa juga memberi kesedaran kepada masyarakat dengan mendedahkan ilmu mengurus keluarga melalui iklan dan drama.Ikan dan drama yang dipaparkan dalam televisyen secara tidak langsung akan memberi impak yang besar dengan memainkan perassan dan emosi masyarakat dalam memperkukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

    Pendidikan formal turut menjadi salah satu medium yang memperkukuhkan institusi keluarga.Pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikan dalam subjek agama, moral dan sivik amat berkesan dalam menyemai perasaan cinta terhadap keluarga dalam jiwa anak muda.Pembelajaran yang bertemakan keluarga, melahirkan anak-anak yang berdisiplin, bermoral serta bertanggungjawab.Selain itu, pendidikan formal seperti ini akan mengeratkan hubungan keluarga dengan mengadakan kerja kursus yang bertemakan keluarga.Aktiviti seperti ini akan membantu pelajar untuk lebih mengenali ahli keluarga.

    Walaubagaimanapun, langkah yang paling penting adalah kesedaran diri.Kita sebagai manusia yang berakal harus sedar akan betapa pentingnya peranan kita dalam memperkukuhkan institusi keluarga.Kita harus sentiasa bersedia menunaikan tanggungjawab kita terhadap keluarga.Kita harus memahami ahli keluarga dan bertolak ansur dalam setiap perkara.Dengan ini, kita dapat mengelakkan keretakan keluarga dan menerapkan kasih sayang.

    Kesimpulannya, keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak ansur sesama mereka akan memudahkan proses memperkukuhkan institusi keluarga. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan bersama.


    Nama : Banu A/P Tanchang Kaundan
    Tahun Pengajian : 1
    Fakulti : FSSK
    Email : banu_anu2@yahoo.com
    Facebook : Banu Kaundar
    Link http://www.youtube.com/watch?v=8PFBbbP8ig8&feature=related,
    http://www.youtube.com/watch?v=So3VSbZDMSY&feature=related

    ReplyDelete
  183. 5 langkah mengukuhkan institusi kekeluargaan
    Pada pandangan saya, lima langkah yang perlu dilakukan dalam memastikan institusi kekeluargaan yang mana merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan adalah dengan menjalankan tanggungjawab sebagai ahli dalam keluarga. Sama ada ibubapa ataupun anak-anak bertanggungjawab terhadap satu sama lain. Suami atau bapa mempunyai tanggungjawab yang agak berat dalam mendidik dan juga membimbing ahli keluarga yang lain agar sentiasa berada dalam keadaan yang diredhai Allah s.w.t. ini kerana, keluarga yang bahagia wujud atas dasar amanah dan tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga. Manakala, isteri pula bertanggungjawab dalam membantu suami dalam mendidik anak-anak . Anak-anak pula bertanggungjawab dalam membantu meringankan beban ibubapa dengan membantu membuat kerja rumah. Ini dapat membatu bagi mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan anak-anak. Langkah seterusnya adalah amanah. Dalam memastikan keluarga untuk terus kekal serta menikmati ketenangan dan kebahagiaan sikap amanah itu perlu ada dalam diri setiap anggota keluarga. Di mana, ibu bapa harus memupuk sikap tersebut dalam jiwa anak-anak mereka. Ini dilakukan dengan memberikan iltizam atau komitmen berterusan serta ikhlas dalam menunaikan kewajipan kepada Allah selain memastikan hak setiap ahli keluarga turut dipenuhi. Antara nilai amanah yang harus dipupuk termasuklah mengambil berat mengenai solat anak-anak dalam membina ketakwaan dan sahsiah yang baik dalam diri mereka. Sembahyang juga berupaya menggalakkan seseorang itu melakukan kebaikan dan mengawal diri daripada melakukan keburukan. Selain daripada itu, setiap ahli keluarga perlulah memiliki kekuatan yang teguh dalam mengharungi segala bentuk cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi oleh mereka suatu ketika nanti. Kekuatan yang teguh dapat didefinisikan melalui sikap yang tenang, sabar dan bersyukur dalam menghadapo apa juga ujian dan dugaan. Ini dapat membantu mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan. Ibu bapa perlu memikirkan dan menetapkan wawasan yang ingin dan mesti dicapai dalam keluarga yang dibina bersama. Dengan wawasan yang lebih jelas, semestinya perjalanan hidup akan lebih terarah ahli keluarga dapat mengorak langkah kea rah kejayaan bersama. Seluruh ahli keluarga haruslah bermuhasabah untuk melihat sama ada keluarganya berada di jalan yang betul, diredai Allah atau sebaliknya. Ibu bapa dan anak harus bekerjasama dalam memupuk jati diri untuk menjadi insan yang jujur dan berbudi pekerti mulia. Setiap anggota bertanggungjawab memelihara maruah diri dan keluarga seperti tidak terbabit dalam aktiviti tidak berfaedah atau pergaulan tidak sihat. Dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga, anak juga perlu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ahli di dalam keluarga. Seperti seorang bapa selaku ketua keluarga bertanggungjawab mendirikan keluarga bertakwa, Islam juga menganjurkan supaya anak bertanggungjawab terhadap kedua ibu bapa.

    Link video : http://www.youtube.com/watch?v=-33jzSWdHaA&feature=related
    Nama : NUR SHAMIMI BINTI SHUHAIMI
    No. Matrik : A132498
    Tahun pengajian : 2
    Fakulti : EKONOMI DAN PENGURUSAN
    Email : mimieshuhaimi_91@yahoo.com
    Facebook : nur shamimi shuhaimi (leogurlz3891@yahoo.com)

    ReplyDelete
  184. Assalamualaikum w.b.t
    Keluarga adalah sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seseorang. Ini adalah kerana ianya merupakan perkara yang pertama bagi mana-mana insan yang lahir di muka bumi ini. Keluarga juga menjadi salah satu agen sosialisasi dan berperanan penting dalam mana-mana kehidupan masyarakat. Oleh itu, ada penting bagi memastikan insitusi kekeluargaan ini diperkukuhkan. Berikut adalah 5 langkah yang perlu dilakukan.
    Langkah pertama adalah dengan menghapuskan persengketaan atau masalah di antara ahli keluarga. Persengketaan atau masalah dalam keluarga seperti ibu bapa yang tiada persefahaman dan sering bergaduh boleh menyebabkan anak-anak menjadi trauma dan berpotensi menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya gejala social misalnya merokok, mencuri, merempit dan sebagainya. Hal ini dapat diatasi dengan sering melakukan perbincangan bersama melalui meja bulat apabila berlakunya perkara-perkara yang boleh merenggangkan hubungan antara ahli keluarga.
    Langkah kedua adalah dengan mengeratkan perhubungan antara ahli keluarga. Menjaga hubungan sesama ahli keluarga adalah penting kerana ia dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan tenang. Ini dapat dilakukan dengan bertukar-tukar pendapat antara ahli keluarga selain menjadikan makan malam bersama seisi keluarga sebagai rutin harian. Ia dapat memberikan perkongsian masalah antara si anak dan ibu bapa sewaktu di sekolah dan di tempat kerja.
    Langkah ketiga adalah ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Ibu bapa perlu menjadi “Role Model” kepada anak-anak. Maksud di sini adalah ibu bapa perlu menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak dalam semua aspek didalam kehidupan seperti di dalam pengurusan kewangan, masa, nilai-nilai murni, dan lain-lain. Anak-anak akan mewarisi dan belajar dari apa yang ibu bapa mereka tunjukkan berdasarkan pemerhatian. Maka contoh yang baik perlulah di tunjukkan ibu bapa supaya institusi kekeluargaan di pandang mulia masyarakat dan dapat diperkukuhkan.
    Langkah keempat adalah melalui aktiviti keagamaan dalam keluarga. Aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, mengajar anak-anak mengaji, halaqah, tadarus al quran dan lain-lain bolehlah di amalkan bagi pengisian rohani yang baik bagi jiwa anak-anak. Ini akan dapat mendidik jiwa anak-anak untuk tidak melakukan perkara yang buruk dan lebih menghormati ibu bapa.
    Langkah kelima pula adalah dengan meluangkan masa bersama-sama dan membuat perkara bersama-sama seperti riadah, melancong, membeli belah dan lain-lain. Perkara ini akan dapat mengukuhkan lagi hubungan antara ahli keluarga disamping memberikan keseronokan kepada anak-anak terhadap tekanan kerja sekolah yang banyak dan mengurangkan tekanan ibu bapa di tempat kerja.
    1. Nama sebenar ; Mohd Daud bin Bahari

    2. Nombor Matrik ; A130388

    3. Tahun Pengajian ; 3

    4. Fakulti ; FEP

    5. Email ; mdaud403@gmail.com

    6. Facebook ; daud bahari

    http://www.youtube.com/watch?v=NPwL42h5TdM

    kisah mengenai seorang anak yang marah kepada bapanya kerana tidak memberikan upah terhadap kerja yang disuruh bapanya. Si anak menyenaraikan sejumlah upah didalam sekeping kertas. Akhirnya si bapa memberitahu jumlah untuk membesarkan si anak tanpa perlu si anak membayar upah tersebut.

    ReplyDelete
  185. Kekeluargaan merupakan perkara yang sering diperkatakan dan kebiasaanya merupakan tunjang utama dalam memankin kemajuan setiap insan. Oleh yang demikian tidak hairanlah institusi ini menjadi aspek yang penting dalam sesuatu organisasi masyarakat. Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Lima langkah yang dikenalpasti perlu dilakukan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan adalah melalui pendidikan, merapatkan jurang komunikasi, kebebasan bersosial (hiburan dll) dan juga faktor tumpuan ibu-bapa.

    Melalui pendidikan terutamanya pendidikan agama, Ibu bapa bertanggungjawab untuk memberi pendedahan awal tentang aspek agama kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Ini dapat mengukuhkan jati diri seseorang untuk menangkis pemikiran yang negatif dan lebih sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan buruk di akhirat nanti. Misalnya amalan solat berjemaah didalam keluarga dan diimamkan oleh bapa atau abang sulung adalah salah satu ajaran dan pendedahan kepada anak-anak.

    Langkah yang kedua ialah merapatkan jurang komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.Dimana ibu-bapa haruslah lebih mesra dengan anak-anak mereka dan memudahkan anak-anak untuk meluahkan masalah mereka.Dimana dalam keadaan tertentu ibu-bapa boleh dijadikan teman (kawan-kawan) seperti yang kita tahu, kawan-kawan merupakan individu yang besar pengaruhnya terhadap anak-anak. oleh itu, anak-anak boleh berkongsi segala cerita, bertukar pendapat,dan mudah mesra dengan anak-anak.

    Faktor kebebasan sosial iaitu hiburan dan media massa juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tumbesaran dan pemikiran anak-anak. Tidak semestinya kite perlu menyekat 100% hiburan dan segala macam hubungan social, kita (ibu-bapa) seharusnya lebih bijak dalam menilai hiburan dan media yang bersesuian dengan pemikiran anak-anak. Hal ini kerena di media elektronik sama ada di internet dan television kini telah bnyak menular budaya kuning yang dapan member pengaruh negative kepada pemikiran anak-anak.

    Akhir sekali, ibu bapa perlulah lebih focus dan tidak mudah lalai dalam memastikan tumbesaran anak-anak terjaga. Dimana mereka haruslah dapat memberikan perhatian penuh kepada mereka. Ibu-bapa tidak seharusnya asyik dan sibuk dengan pekerjaan semata-mata walaupun kita tahu dimana mencari rezeki itu penting dalam memastikan sumber kewangan keluarga terjaga. Namun kepentingan rohaniah untuk anak-anak dan keluarga janganlah diabaikan.

    Assalamualaikum, saya mintak maaf kerana terlewat sehari menghantar asgment ini. Saya berharap Encik Mohd Jasmy dapat menerima kerja penulisan saya ini.

    http://www.youtube.com/watch?v=R55e-uHQna0
    Nama : Muhamad Suffian bin Rasa
    No Matrik : A127687
    Tahun : 3
    Fakulti : FEP
    Email : p_yan09@yahoo.com
    Facebook : suffianrasa

    ReplyDelete