Penggunaan ICT
dalam kerjaya merupakan pemangkin dalam kehidupan sekarang. Keupayaan merekod, mengedit,
mengirim, menerima dan menyimpan maklumat menjadikan ICT sangat penting dalam
semua bidang ilmu disiplin. Dalam bidang perubatan misalnya data-data seperti gigi, tulang
dan cap jari amat penting berkaitan kajian forensik untuk mengesan identiti dan
individu berkaitan.
Justeru itu,
penguasaan dalam bidang ICT adalah amat perlu dan memudahkan perlaksanaan kerja
secara sistematik di samping urusan menjadi lebih efisien serta pantas
disempurnakan. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan aspek inovasi diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5
langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan
staf yang celik ICT. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7
baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir
perbincangan:-
- Nama sebenar.
- Nombor Matrik
- Tahun Pengajian
- Fakulti
- Postkan perbincangan anda sebelum 28 Mei 2013.
Pada pendapat saya, antara langkah yang perlu dilakukan adalah yang pertama memperkenalkan subjek nursing informatics dalam pelajaran bagi pelajar kejururawatan serta dalam bidang pengkhususan untuk jururawat yang ingin melanjutkan pengajian kearah yang lebih tinggi. Dengan ini para jururawat akan lebih mengenali dan memahami skop tugas untuk bidang ini. Mereka juga akan dapat membawa pembaharuan dalam bidang tugas jururawat selepas selesai pengajian serta mencapai tahap yang lebih canggih dalam pemahaman dan kemahiran ICT, bidang nursing informatics perlulah mula menapak di setiap pusat perubatan dalam negara kita agar sistem pengurusan jagarawatan menjadi lebih efektif serta memberi impak yang positif kepada para pelanggan.
ReplyDeleteSelain itu, pihak kerajaan juga perlu membekalkan tenaga mahir serta keperluan ICT yang lengkap bagi mengalakkan para jururawat berminat untuk melibatkan diri dalam bidang nursing informatic. Dengan adanya tenaga mahir dalam memberi pendidikan terhadap bidang ini, maka para jururawat akan menjadi individu yang cekap dalam menggunakan kemudahan-kemudahan ICT dengan baik.Kemudahan ICT yang lengkap juga membantu memudahkan pengaplikasian nursing informatic untuk tugas di hospital dengan membekalkan kecekapan dalam aplikasi maklumat yang dapat menampung keseluruhan bidang praktikal dan amali para jururawat.
Seterusnya bagi memastikan para jururawat yang bakal dilahirkan pada masa hadapan mampu untuk menjadi jururawat yang mahir dengan ICT ialah melalui latihan berterusan melalui kaedah “supervision” oleh senior staff untuk turut membantu memastikan jururawat itu melaksana serta mengaplikasikan kemahiran ICT dengan baik di tempat kerja.
Langkah proaktif lain, bagi melahirkan jururawat yang mahir dengan penggunaan ICT ialah dengan mengadakan bengkel serta stimulasi berkaitan dengan bidang nursing informatics. Dengan cara ini, jururawat dapat memahami dan memperbaiki kefahaman serta praktikal mereka dalam nursing informatics. Mereka juga akan dapat dapat memperolehi maklumat terkini dan menjadi lebih proaktif dalam bidang ini.
Dalam pada itu, setiap pengurusan hospital juga perlu menyediakan bidang tugas untuk jawatan jururawat nursing informatics dalam hospital mereka agar para pengamal bidang perubatan lain dapat memahami serta menerima keberkesanan tugas nursing informatics dalam memudahkan pengurusan penjagaan kesihatan bagi pesakit serta tugas-tugas rutin dan maklumat yang perlu diperolehi untuk rawatan para pesakit. Dengan cara ini, tugas serta jagarawatan di hospital mereka menjadi lebih efektif serta lancar. Para pesakit juga mendapat faedah dari segi rawatan dan penjagaan kesihatan dan pendidikan ketika di hospital.
Wan Hareezah Binti Yahya
A134376
Tahun3/Ijazah SarjanaMuda Kejururawatan UKM, Fakulti Peubatan
Email: hareezah90@gmail.com
Facebook: Wan Hareezah Yahya
Nama sebenar : Nur Zatil Hidayah Binti Mohd Nasir
ReplyDeleteNombor Matrik : A134304
Tahun Pengajian : Semester 2 Tahun 3 Sesi 2012/2013
Fakulti : Perubatan
Email : zatil_luv10@yahoo.com
Facebook : Hidayah Nasir
1. Pihak pentadbiran perlu memberi pendedahan awal kepada jururawat sebagai usaha untuk melahirkan jururawat yang celik dalam bidang ICT. Para jururawat perlu dihantar untuk mengikuti latihan, kursus dan seminar secara berperingkat seawal yang mungkin, contohnya sejurus mula diterima bekerja. Mendedahkan mereka dengan ICT secara awal, mereka akan lebih memahami kepentingan dan kegunaan ICT dalam bidang kejururawatan.
2. Para jururawat perlu dihantar untuk mengikuti kursus yang mana tempat berkursus tersebut merupakan satu hospital atau pusat kesihatan yang menggunakan sepenuhnya teknologi ICT. Contohnya seperti jururawat dihantar ke hospital di luar negara yang menggunakan teknologi ICT sepenuhnya dalan jagarawatan kepada pesakit. Para jururawat perlu dihantar sekurang-kurangnya sebulan untuk mereka menyesuaikan diri menggunakan teknologi di negara tersebut, dan seterusnya mengaplikasikannya di negara sendiri.
3. Pihak pentadbiran dan juga kerajaan perlu memberi sokongan sepenuhnya dengan memberi diskaun atau rebat kepada jururawat untuk membeli produk-produk ICT seperti tablet atau iPad untuk kegunaan jururawat di hospital. Dengan adanya kemudahan seperti ini, para jururawat akan lebih bermotivasi untuk menjalankan tugas dan menyerapkan teknologi ICT sepenuhnya di dalam jagarawatan kepada pesakit.
4. Selain itu, pihak pentadbiran dan kerajaan juga perlu mengambil langkah untuk menjadikan sebuah hospital yang menggunakan teknologi ICT sepenuhnya dengan menyediakan peralatan-peralatan canggih yang sesuai. Wang hospital akan dibazirkan sekiranya para jururawat dihantar berkursus, tetapi pihak hospital masih menggunakan peralatan yang tidak searus dengan zaman teknologi canggih.
5. Di samping itu, para jururawat juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk menerokai dan mempelajari dengan lebih mendalam selok belok tentang teknologi ICT. Dengan cara ini, mereka akan menjadi lebih mahir, malah mungkin akan menjadikan suasana lebih menyeronokkan semasa bekerja di hospital.
Salah satu cara untuk menghasilkan jururawat yang celik ICT adalah dengan menyediakan peralatan elektronik yang diperlukan dalam bidang tersebut. Di wad, semua hasil pemerhatian yang dilakukan kepada pesakit seperti tekanan darah, nadi, dan suhu badan masih direkod di atas kertas dan hal ini akan menjadi rumit jika pesakit ditahan dalam jangka masa yang panjang kerana penggunaan kertas akan bertambah yang menyukarkan proses penyimpanan. Saya cadangkan setiap wad mempunyai sistem rekod elektronik di mana semua data pesakit di simpan di dalam alat mudah alih seperti tablet ataupun computer riba. Dengan adanya kemudahan ini, jururawat akan kerap menggunakannya kerana kerja-kerja rutin mereka dipermudahkan di samping meningkatkan kecekapan mereka dalam ICT.
ReplyDeletePihak hospital atau institusi kesihatan perlu menyediakan kursus untuk para jururawat untuk memastikan kefahaman mereka menggunakan peralatan ICT. Dengan pengetahuan yang diperoleh dari kursus tersebut, para jururawat akan tahu akan pentingnya penggunaan ICT dalam kerja mereka dan akan cuba mengambil faedah dengannya sebaik mungkin. Institusi pengajian tinggi juga perlu memperkenalkan kursus ICT dalam bidang-bidang tertentu seperti kejururawatan. Apabila mereka tamat pengajian nanti, mereka akan lebih celik ICT kerana mereka telah mempunyai asas ICT semasa belajar.
Pakar ICT boleh membantu para jururawat di negara ini untuk menjadi lebih cekap dalam ICT dengan membangunkan aplikasi untuk mereka. Perisian yang dibangunkan itu boleh dimuat turun oleh jururawat untuk dipasang dalam alat-alat mudah alih mereka seperti telefon pintar dan tablet. Sebagai contoh, pendidikan kesihatan penting untuk memastikan pesakit faham dengan keadaan kesihatan mereka dan dengan kewujudan perisian khusus untuk informasi tersebut, proses perawatan pesakit akan menjadi mudah. Jururawat juga boleh memantau keadaan pesakit mereka di mana sahaja jika terdapat perisian yang dibangunkan khusus untuk itu.
Perubahan dari segi polisi hospital juga boleh menggalakkan jururawat menjadi lebih cekap ICT. Dasar hospital yang baik akan menjamin kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dan juga kepada sikap para pekerjanya. Terdapat hospital yang menggunakan konsep ‘paperless hospital’ di mana institusi tersebut tidak menggunakan kertas dan segala data-data pesakit disimpan di dalam alat mudah alih yang disediakan. Semua pekerja kesihatan seperti doctor dan juga jururawat boleh mencapai data tersebut di mana jua mereka berada dan dengan ini, mereka akan lebih mahir ICT.
Bidang kejururawatan adalah satu cabang pekerjaan yang murni dan mulia. Kerajaan boleh menghargai jasa mereka dengan memberikan ganjaran atau keistimewaan supaya mereka akan lebih berusaha mematapkan lagi karier mereka. Dari segi ICT, pihak kerajaan boleh memberikan diskaun atau baucer kepada jururawat untuk membeli peralatan elektronik yang diperlukan untuk membantu mereka untuk menjadi lebih mahir dalam bidang ICT.
1. Nama: Muhammad Hanis Bin Mohd Rozib
2. No. Matrik: A131384
3. Tahun Pengajian: Tahun 3
4. Fakulti: Perubatan
5. Email: hans_something@rocketmail.com
6. Facebook: Hanis Rozib
1. Mewajibkan penggunaan ICT di hospital
ReplyDelete- Mewajibkan penggunaan ICT adalah satu langkah di mana kesemua kakitangan akan menyiapkan diri mereka untuk mempelajari komputer.
- Mereka akan berusaha untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan komputer.
- Contoh : Jika penggunaan manual dimansuhkan, kakitangan terpaksa juga mempelajari computer untuk menyiapkan tugasan harian.
2. Kelas komputer
- Pihak hospital perlu menyediakan kelas computer untuk kakitangan mereka dengan percuma. Staf boleh menghadiri kelas tersebut pada bila-bila masa yang telah ditetapkan.Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka dan seterusnya menyedarkan mereka betapa pentingnya ICT pada zaman ini.
Contoh : Beri peluang kepada staf seperti memberi ceramah untuk kakitangan yang lain dengan menggunakan komputer dan mereka hendaklah mengendalikan sendiri komputer tersebut dengan dipantau oleh guru computer.
3. Seminar
- hantar staf ke seminar yang melibatkan penggunaan ICT ini agar mereka tidak memandang rendah dengan kehendak hospital tentang penggunaan komputer ini.
Ini juga akan menyedarkan mereka untuk terus mempelajari komputer dan seterusnya akan memahirkan diri mereka.
Contoh : Seminar yang diadakan adalah dalam bentuk penggunaan komputer dan mereka perlu kreatif dalam tugasan yang diberi.
4. Pergaulan
- pastikan staf yang tidak cekap dalam penggunaan komputer supaya bekerja bersama dengan staf yang mahir dengan penggunaannya agar boleh member tunjuk ajar . Ini akan menaikkan lagi semangat mereka untuk belajar dan mengelakkan mereka dari rasa tersisih dan kurang keyakinan diri.
Contoh : Staf lama berkemungkinan besar tidak tahu menggunakan komputer.
5. Kesedaran sendiri
- Jururawat mesti memperbaiki sikap negative yang ada pada mereka.
Contoh : Jika mereka tidak mahu mempelajari teknologi masa kini, semua usaha yang dilakukan tidak akan Berjaya. Oleh itu, jururawat harus mengubah sikap mereka terlebih dahulu.
1. Namasebenar : Wan HaslinaBinti Wan Hassan
2. NomborMatrik : A 138770
3. TahunPengajian : Tahun 2 semerter 2 ( Separuhmasa )
4. Fakulti : Perubatan
5. Email : wanhaslina09@gmail.com
6. Facebook : wanhaslina
7. Postkanperbincanganandasebelum 28 Mei 2013.
Setiap hospital pada masa kini mementingkan semua staf mereka adalah golongan yang celik ICT. Ini adalah kerana, kebanyakan sistem hospital adalah sistem atas talian sama ada penyampaian maklumat pesakit seperti rekod pemeriksaan kesihatan pesakit yang terdahulu dan pengambilan ubat di farmasi. Profesion kejururawatan adalah yang paling penting untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang ICT atas sebab mereka paling banyak berurusan dengan pesakit. Justeru itu, terdapat pelbagai langkah yang harus dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT.
ReplyDeleteLangkah pertama yang boleh diambil adalah pemberian rebat bagi pembelian iPad oleh pihak kerajaan dengan kerjasama bersama pihak telekomunikasi di Malaysia seperti Celcom, Maxis dan Digi. Penggunaan iPad boleh membantu staf kejururawatan lebih memahami bidang ICT setelah digunakan dengan secara meluas setiap kali mengambil data pesakit yang seterusnya akan disimpan di sistem utama hospital terbabit. Oleh itu, Rebat Jururawat boleh menghasilkan staf yang celik ICT jika dilaksanakan pada masa akan datang.
Perlaksanaan daripada pihak pentadbiran hospital juga adalah antara langkah dalam menghasilkan staf yang celik ICT. Pihak pentadbiran perlu menghantar jururawat-jururawat ini bagi menghadiri kursus ICT secara berterusan dan berkala. Antara contoh kursus yang boleh diadakan adalah cara penggunaan Microsoft Spreadsheet yang selalu digunakan dalam bidang kerjaya mereka untuk mengira statistik pesakit yang datang ke hospital atau dimasukkan ke wad.
Antara langkah lain yang perlu dilaksanakan bagi menyediakan staf yang celik ICT adalah memperluas kawasan yang boleh mencapai talian internet menggunakan WIFI contohya sistem Jaring. Maka, setiap jururawat ini mampu sentiasa mengemaskini ilmu mereka berkenaan bidang ICT. Talian internet yang luas mampu meningkatkan kemahiran seorang jururawat untuk menjadi celik ICT.
Diri jururawat itu sendiri perlu bersedia untuk keluar dari zon selesa yang kebiasaannya menggunakan kaedah manual seperti menulis laporan kejururawatan. Setelah disediakan kemudahan oleh pihak hospital itu sendiri, contohnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menyediakan sistem CHEtS, medipro, OMS dan medweb bagi memudahkan rutin harian jururawat, maka, jururawat perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk menggunakan kemudahan tersebut sebaiknya.
Langkah terakhir bagi melahirkan profesion kejururawatan yang celik ICT perlu dimulakan dari awal sejak mereka masih di bangku sekolah. Penerapan pembelajaran dalam bidang ICT akan membantu seseorang itu lebih celik ICT apabila bergelar seorang jururawat. Pihak pentadbiran hospital perlu memilih staf yang sudah mempunyai sedikit ilmu tentang ICT dan terus melatih mereka untuk menjadi lebih pakar.
Kesimpulannya, langkah-langkah ini boleh diaplikasikan bagi melahirkan profesion kejururawatan menghasilkan staf yang celik ICT pada masa akan datang.
1. Nama sebenar: Nur Farieza Binti Mohd Arif
2. Nombor Matrik: A134403
3. Tahun Pengajian: 3
4. Fakulti: Perubatan (Kejururawatan)
5. Email: ieza296@yahoo.com.my
6. Facebook: Nur Farieza Mohd Arif
7. Blog: nurfariezamohdarif.blogspot.com
Assalamualaikum Sir,
ReplyDeleteIni adalah cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT:
Langkah pertama
Tempoh masa yang paling sesuai untuk memastikan staff jururawat celik IT ialah waktu belajar iaitu semasa di IPT. Pada waktu menjadi pelajar separuh masa adalah waktu yang pelajar mempunyai minat untuk mencuba teknologi sehingga sanggup menghabiskan wang untuk membeli gadget. Pihak universiti perlu memasukkan subjek teknologi sebagai kursus wajib untuk pelajar duduki. Ini akan menyebabkan pelajar mahir dalam asas menggunakan teknologi seperti cara membuat poster, iklan atau pebentangan menggunakan animasi yang boleh di download di dalam internet.
Langkah kedua
Kerajaan perlu memberi rebet atau baucer untuk pembelian tablet kepada pelajar. Ini akan mengurangkan beban pelajar dan menggalakan setiap pelajar mempunyai satu tablet. Mempunyai tablet tetapi tidak mempunyai asas menggunakan software di dalamnya juga tidak berguna. Pihak univerisiti perlu membuat seminar atau bengkel untuk menggunakan tablet secara efektif terutama dalam pembelajaran seperti download slide dari lecturer supaya pelajar boleh mengulangkaji pelajaran dan membuat assignment di mana-mana sahaja.
Langkah ketiga
Pelajar sangat sinonim dengan tugasan kerja yang diberikan oleh pensyarah. Pensyarah perlu menggalakkan penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti pembentangan menggunakan video dan animasi. Ini menggalakkan pencarian di dalam internet. Pensyarah juga pada masa yang sama perlu memberi sumber-sumber rujukan yang terdpat di dalam internet yang boleh membantu pelajar untuk mendapatkan informasi seperti EBSCO service yang memuatkan pelbagai journal, research, eBook dan sebagainya.
Langkah keempat
Kemahiran dan bidang perubatan tidak dapat dipisahkan. Pelajar perlu didedahkan tentang kelebihan penggunaan teknologi ketika bekerja. Ini termasuklah memudahkan pekerjaan, menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan. Sebagai contoh, pelajar perlu menduduki peperiksaan kemahiran(osce) yang menggunakan teknologi seperti membaca dan analisa keputusan ECG(Electrocardiography). Secara tidak langsung pelajar perlu mempelajari dan membiasakan diri untuk lulus di dalam peperiksaan kemahiran tersebut.
Langkah kelima
Kempen sangat berkesan bagi memberi kesedaran kepada pelajar. Contoh kempen yang boleh dilakukan untuk melahirkan jururawat celik IT ialah kempen Paperless Day. Penganjur boleh menetapkan satu hari dalam seminggu untuk melarang pelajar dari menggunakan sebarang kertas pada hari itu. Mereka boleh menggunakan barangan elektronik seperti lap top, handset atau tablet. Selain itu perbentangan juga perlu dibuat menggunakan power point. Dalam kempen ini juga boleh mengadakan pertandingan untuk menggalakkan pelajar menibgkatkan kemahiran di dalam teknologi seperti pertandingan perbentangan yang paling canggih atau paling menarik. Ini secara tidak langsung memberi peluang dan menggalakkan jururawat meningkatkan kemahiran mereka di dalam teknologi
1. Nama sebenar: Sharifah Bt Abdul Manaf
2. Nombor Matrik: A132866
3. Tahun Pengajian: Tahun 3
4. Fakulti: Kejururawatan
5. Email: mawarmerah181991@yahoo.com
6. Facebook: Sharifah fah
ICT kini berkembang dengan begitu pesat sejajar dengan pembangunan dunia. Aplikasi ICT diterapkan sejak seawal pra-sekolah sehingga diguna dalam sistem pentadbiran negara. Rata- rata profesion di Malaysia juga menitikberatkan penggunaan ICT dalam pelaksanaan kerja dan tidak ketinggalan juga dalam bidang kejururawatan. Pelbagai cara dicuba untuk memastikan semua staff mahir menggunakan ICT mengikut keperluan profesion masing - masing.
ReplyDeleteLangkah pertama yang boleh dilakukan untuk memastikan lahirnya jururawat yang celik ICT ialah dengan mewujudkan satu kursus pendedahan tentang ICT yang wajib dihadiri oleh semua jururawat. Kursus ini perlu dilakukan secara berterusan dan berkala untuk memastikan maklumat yand disampaikan sentiasa terkini. Kandungan modul bagi kursus ini haruslah merangkumi asas ICT, kepentingan dan kebaikan ICT dalam bidang perubatan serta kelas khusus untuk mengajar para jururawat mengaplikasikan ICT seperti cara penggunaan komputer atau web – web tertentu yang berkaitan dalam menjalankan tugasan harian di wad seperi Chets atau OMS.
Pihak – pihak tertentu seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh membuka tawaran kepada para jururawat untuk meneruskan pembelajaran didalam bidang ICT didalam atau luar negara. Apabila tamat pembelajaran, mereka harus pulang untuk berkhidmat di hospital sebagai jururawat ICT. Seharusnya seorang jururawat ICT ditempatkan disetiap unit sperti unit kebakaran, kecemasan dan lain-lain. Tugas jururawat tersebut adalah memantau sistem, mengajar para jururawat dan menjadi tempat rujukan.
Pihak kerajaan juga boleh memperuntukkan sejumlah wang untuk memberi ‘smart phone’ secara percuma kepada jururawat diseluruh Malaysia. Dengan adanya ‘smart phone’ secara tidak langsung membantu mereka meneroka kegunaan telefon tersebut dan belajar menggunakan aplikasi ICT didalam telefon tersebut seperti melayari internet, penggunaan kamus perubatan dan e-book sebagai rujukan dalam menjalankan tugas memberi rawatan terbaik kepada pesakit. Seperti yang kita tahu, jururawat bekerja berdasarkan ‘evidence-based’ dan aplikasi ICT akan banyak membantu mereka mendapatkan maklumat secara cepat dan tepat.
Selain itu, jururawat sendiri perlu mempunyai kemahuan, semangat daya saing dan inisiatif untuk belajar mengaplikasikan ICT dalam tugasan harian samada didalam wad mahupun klinik. Mereka harus mempunyai semangat untuk meningkatkan pengetahuan dan prestasi sebagai jururawat agar mampu berdiri sama tinggi dengan proffesion jururawat di negara lain seperti UK yang sudah sedia maju. Mereka juga mungkin boleh diberi pendedahan tentang kemajuan teknologi perubatan dinegara lain agar rasa tercabar. Hal ini kerana, jika semua pihak bersungguh – sungguh tapi jururawat itu sendiri tidak punya keinginan, usaha semua pihak hanyalah sia- sia.
Pihak hospital juga harus bersungguh- sungguh membekalkan frasarana ICT yang secukupnya seperti menyediakan bilangan komputer untuk setiap wad sama nilai dengan bilangan pesakit. Jururawat, doktor dan kumpulan pekerja kesihatan lain tidak lagi perlu membuat laporan diatas kertas tapi terus kedalam sistem. Selain lebih efisen dan cepat secara tidak langsung pihak hospital mengadakan kempen ‘go green’. Dalam masa yang sama boleh mengelakkan ‘writing error’ dan seterusnya mengelakkan salah laku didalam jagaan rawatan. Dengan ini, secara rela dan terpaksa jururawat akan belajar menggunakan ICT dalam menjalankan tugas mereka.
Kesimpulannya, untuk melahirkan jururawat yang cemerlang,mereka juga perlu mahir dalam penggunaan ICT disamping mempunyai ‘skill’ dan pengetahuan yang baik.
1. Nama: Nurul Idayu Binti Muhammad
2. No. Matrik:A134317
3. Tahun pengajian: Sem 2 tahun 3
4. Fakulti:fakulti perubatan (kejururawatan)
5. Email: idayu910216@gmail.com
6. Facebook: Nurul Idayu Muhammad
ICT sememangnya membantu dalam usaha memberikan jagarawatan yang terbaik kepada pesakit. Oleh kerana penggunaan ICT semakin meluas, maka langkah-langkah perlu diambil bagi menghasilkan jururawat yang celik ICT.
ReplyDeleteAntara langkah yang boleh diambil oleh pihak pengurusan hospital ialah menghantar staff mengikuti kursus asas penggunaan komputer. Software yang berbeza digunakan, namun, terdapat skill asas yang wajib dipelajari. Bagi kebanyakan skill asas ini adalah sama bagi setiap software yang digunakan. Skill-skill asas ini termasuklah menaip, menyimpan dokumen, membuka dokumen, 'copy and paste', memeriksa ejaan, memadam ejaan dan dokumen, ejen pencarian dan cara asas untuk menghidupkan komputer. Staff yang memang tiada latar belakang penggunaan komputer dan juga individu yang tidak mahir, boleh mengikuti kursus ini sebagai asas kemahiran ICT.
Selain itu, teknologi haruslah diaplikasikan secara meluas di hospital dan penggunaan teknologi ini melibatkan jururawat secara langsung. PPUKM misalnya telah menggunakan sistem C-HEtS (Caring Hospital Enterprise System) telah mula dibangunkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat,PPUKM sejak tahun 2004. Kini sistem Chets ini telah memasuki fasa kedua. Fasa kedua ini telah melibatkan jururawat dalam proses temujanji, proses meal request dan melihat preskripsi ubat. Dengan adanya sistem yang digunakan secara meluas di hospital, jururawat secara tidak langsung akan lebih terdedah kepada penggunaan ICT dan dapat menghasilkan staff-staff yang celik ICT.
Pihak pengurusan hospital boleh mengambil langkah mengadakan kursus intensif untuk memperkenalkan sistem kepada staff-staff supaya mereka biasa dengan fungsi sistem dan tidak berlaku salah guna sistem atas sebab tidak tahu untuk mengendalikan sistem. Sistem yang diperkenalkan mestilah mesra dalam penggunaan dan aplikasinya bagi memudahkan kerja. Kursus intensif ini juga dapat mendedahkan staff mengenai penggunaan ICT dan kebaikannya seperti menjimatkan masa, kurangnya penggunaan kertas, dan segala informasi dapat direkodkan. Setelah melakukan kursus intensif, staff juga boleh diuji dengan mengadakan ujian simulasi penggunaan sistem. Terdapat standard yang perlu dicapai oleh setiap staff. Dengan ini, staff tidak akan mengambil ringan terhadap kursus intensif yang dijalani.
Seterusnya, teknologi yang semakin berkembang pesat telah menyaksikan perubahan teknologi kepada teknologi touchscreen. Sekiranya penggunaan telefon pintar mahupun Ipad dikesan dapat membantu dalam pengurusan data pesakit dengan lebih berkesan maka, langkah yang boleh diambil ialah memperkenalkan teknologi touchscreen kepada staff. Misalnya, kerajaan boleh mengeluarkan rebet RM 300 bagi staff yang layak untuk pembelian telefon pintar ataupun rebet RM 350 untuk pembelian Ipad. Ini secara tidak langsung dapat membantu memperkenalkan dan menjadikan penggunaan ICT dalam rutin kehidupan.
Langkah-langkah yang diambil oleh pihak pengurusan hospital dan kerajaan tidak akan berjaya sekiranya tiada usaha dari individu untuk memahirkan diri dalam bidang ICT. Selain mengikuti kursus yang dijalankan oleh pihak hospital, individu boleh mengikuti kursus-kursus asas ICT di mana-mana institusi yang menawarkan perkhidmatan ini. Selain itu, setiap individu hendaklah menerokai semua maklumat yang kini berada di hujung jari sahaja. Dengan ini, setiap individu akan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi maklumat.
Kesimpulannya, ICT memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu pada masa kini. Jururawat khususnya, memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan data pesakit terutamanya laporan pesakit. Oleh itu, jururawat haruslah celik ICT dan bergerak seiring dengan kemajuan teknologi. Langkah-langkah seperti di atas boleh diaplikasikan dalam usaha untuk melahirkan jururawat yang celik ICT.
1. Nama: Mardihah binti Mohd Hashim
2. No. Matrik:A134069
3. Tahun pengajian: Sem 2 tahun 3
4. Fakulti: Fakulti Perubatan (kejururawatan)
5. Email: melmardihah@gmail.com
6. Facebook: Mel Mardihah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePenggunaaan teknologi dan maklumat atau ICT semakin berkembang dalam zaman yang semakin moden ini. Perkembangan ICT sangat penting dalam memastikan negara kita dapat mencapai matlamat ke arah taraf negara maju dan dapat bergerak sejajar dengan negara maju yang lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Profession kejururawatan juga perlu diberi perhatian supaya dapat melahirkan staf yang mampu menggunakan ICT dalam melaksanakan tugas-tugas di wad serta dapat memberi khidmat dengan lebih sistematik dan berkualiti kepada pesakit. Berikut merupakan beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk melahirkan staf jururawat yang celik ICT.
ReplyDeleteLangkah utama yang perlu diberi perhatian dalam melahirkan jururawat yang celik ICT adalah melalui latihan yang mencukupi. Latihan amat penting dalam menyediakan jururawat yang bijak mengawal dan menggunakan ICT. Misalnya, latihan menggunakan sesuatu sistem dalam sesebuah organisasi. Contohnya, PPUKM menggunakan sistem CHET dan sebelum melaksanakan sistem ini semua jururawat diberi latihan secara berperingkat supaya sistem ini dapat digunakan secara efisyen serta tidak berlaku sebarang masalah di masa hadapan. Latihan sangat penting sebagai persediaan sebelum menggunakan sesuatu sistem yang baru.
Selain itu, dalam melahirkan jururawat yang celik ICT kerajaan boleh memainkan peranan dengan memberi rebet percuma kepada setiap jururawat untuk membeli “ipad” atau “smartphone” bagi memudahkan dokumentasi pesakit. Semua laporan pesakit di dokumenkan di dalam “ipad” atau “smartphone” tersebut dan disimpan dalam sistem CHET misalnya secara bluetooth. Maklumat tersebut boleh dijadikan bukti serta rujukan jika berlaku sebarang kesilapan atau masalah sepanjang jagarawatan pesakit dan boleh diakses dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Justeru, dasar kerajaan untuk melaksanakan ICT hijau dalam perkidmatan awam dapat dilaksanakan dengan mengurangkan penggunaan kertas.
Disamping itu, jawatan bagi jururawat informatik sewajarnya diwujudkan dalam melahirkan jururawat yang mahir ICT. Jururawat informatik ini berperanan dalam memastikan pengurusan data lebih sistematik dan dapat bersama-sama dalam membangunkan sistem baru yang lebih mesra pengguna dan senang diakses oleh semua ahli kesihatan. Jururawat informatik juga boleh dijadikan sebagai rujukan sekiranya berlaku masalah berkaitan sistem. Apabila wujudnya jururawat informatik, masalah berkaitan sistem dapat diatasi kerana jururawat sendiri terlibat dalam menghasilkan sesebuah sistem baru mengikut keperluan.
Pihak hospital atau kerajaan boleh menwujudkan satu system dimana jururawat dan pesakit boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Contohnya, seorang pesakit boleh berhubung dengan pihak hospital atau jururawatan secara “online” untuk menukar tarikh temujanji. Pesakit juga boleh menanyakan soalan kepada doktor ataupun jururawat jika mempunyai kemusykilan tentang penyakit yang dihadapi. Melalui system itu, pesakit boleh mendapatkan maklumat tentang penyakit-penyakit serta boleh menambahkan pengetahuan. Melalui system ini, jururawat boleh memberikan nasihat tentang kesihatan dan menamabahkan ilmu tentang penggunaan ICT dalam perkhidmatan.
Bagi menambahkan penggunaan ICT dalam kalangan jururawat, pihak pengurusan hospital boleh mengadakan pertandingan membuat “power point” yang berkaitan pendidikan kesihatan. Melalui pertandingan seumpama ini, jururawat akan menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan “power point” dan maklumat tersebut boleh disampaikan kepada pesakit ketika mereka datang untuk temujanji. Pesakit juga boleh memuat turun maklumat tersebut sebagai bahan rujuklan. Selain dapat melahirkan jururawat yang celik ICT, pesakit juga dapat mengisi masa lapang ketika menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor.
1. Nama: Nur Atiqah binti Che Awang
2. Nombor Matrik: A132698
3. Tahun Pengajian: 3
4. Fakulti: Perubatan
5. Email: atiqahawang@gmail.com
6. Facebook: nur atiqah
Pentingnya pengetahuan yang luas di dalam bidang teknologi telah terbukti di dalam Al-quran sejak 1400 tahun yng lampau. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era globalisasi telah banyak merubah sistem dan peraturan perdagangan dan komunikasi dunia.Pekerja yang mempunyai kemahiran ICT, bukan sahaja mempunyai kelebihan yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan tetapi juga mencapai maklumat yang dapat memajukan diri sendiri dan menjadi pekerja yang berpengetahuan dan celik IT.
ReplyDeleteSeiring dengan perkembangan global teknologi maklumat, para Jururawat di Malaysia perlu meningkatkan pengetahuan di dalam sistem teknologi maklumat kesihatan. Bagi memastikan para pesakit mendapat penjagaan yang berkualiti, para jururawat perlu menjadikan ICT sebagai salah amalan budaya kerja mereka.
Justeru itu keperluan kepada pengetahuan mengenai teknologi dan inovasi di dalam perubatan serta amalan membudayakan ICT di dalam tugas seharian adalah penting kepada para jururawat agar dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan.
5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT.
1.Memansuhkan penggunaan kertas
Semua jururawat perlu membuat laporan pesakit menggunakan komputer.
2. Kelajuan Internet
Menyediakan wireless terpantas samada di komputer dekstop dan peranti mudah alih bergerak (mobile phone).
Penggunaan wireless tanpa had atau batasan – pihak hospital perlu menyediakan kemudahan internet 24jam di hospital.
Memastikan semua kawasan hospital mempunyai WIFI ( bukan di tempat tertentu sahaja)
3. Peruntukkan untuk staf.
Pihak hospital perlu memberi peruntukan di kalangan jururawat untuk memiliki peranti mudah alih bergerak (mobile phone) supaya jururawat dapat mengakses diagnosis pesakit pada bila-bila masa dengan mudah serta dapat meningkatkan pengetahuan jururawat dalam bidang ICT.
Menawarkan pembelian komputer pada harga yang mampu milik.
4. Kursus atau seminar
Menghantar jururawat menghadiri kursus berkaitan ICT,supaya dapat membuka minda jururawat bertapa pentingnya penggunan ICT pada masa kini.
Memperkenalkan negara-negara maju dan kaya seperti Amerika Syarikat, Jepun, Switzerland, Sweden, Kanada, Australia bukan mencapai tahap kemajuan tinggi secara kebetulan sebaliknya negara-negara ini memiliki dan membangunkan teknologi tinggi sedangkan negara yang gagal mencipta inovasi dalam ekonomi akan ketinggalan.
5. Mewajibkan semua jururawat mempunyai sijil dalam ICT serta perlu di perbaharui dari masa ke semasa.
Nama : Yusmarini Binti Yusop
Nombor Matrik : A138783
Tahun Pengajian : Tahun 2,Semester II
Fakulti : Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Email : rinie_n9@yahoo.com
Facebook : rinie marini
Pada pendapat saya 5 Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik IT ialah :
ReplyDelete1. MEMBUDAYAKKAN ICT DIKALANGAN JURURAWAT
Membudayakan penggunaan ICT ini di kalangan jururawat secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti demi memantapkan perawatan kejururawatan yang holistik seiring dengan keperluan dunia kini yang mana ke arah transformasi.
2. KEYAKINAN DIRI DAN SIKAP TERHADAP ICT
Persediaan dan penerimaan jururawat terhadap perkembangan dan pengaruh ICT dalam kehidupan seharian bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Jururawat perlu menyediakan diri mengikut tren teknologi perubatan terkini bagi mencapai harapan klien yang semakin menigkat.
3. SISTEM ONLINE
Mewujudkkan sistem online setiap pesanan yang hendak di buat . Contohnya pesanan ubatan, pesanan barang stor , pesanan darah dan sebagainya. Ini adalah penting untuk jururawat mempraktikkan penggunaan teknologi komputer dan menggurangkan penggunaan boring pesanan. Oleh demikian, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kesilapan dalam pemberian rawatan. Sebagai contoh, penggunan system OMS di wad, yang mana telah memudahkan jururawat untuk memperolehi keputusan darah pesakit yang telah di hantar ke makmal. Sistem ini juga dapat mempermudahkan jururawat dan doktor memberi perawatan segera bagi mengelakkan komplikasi kepada pesakit.
4. KURSUS BERKAITAN ICT
Mewujudkkan kursus berterusan berkaitan ICT kepada setiap jururawat. Para jururawat perlu di beri pendedahan dan ilmu yang boleh di praktikkan bagi mempermudahkan urusan perawatan kepada pesakit di dalam wad.
5. PERANAN ORGANISASI
Organisasi memainkkan peranan yang penting dalam membudayakan ICT di kalangan jururawat. Organisasi perlu menyediakkan peralatan komputer yang mencukupi di setiap wad supaya jururawat dapat menjalankan perawatan yang segera terhadap pesakit. Program-program berkaitan ICT juga perlu diadakkan secara berterusan supaya setiap pekerja terutamanya jururawat dapat memperbaiki kelemahan dalam penggunaaan Komputer disamping dapat menambahkan ilmu berkaitan ICT.
Nama : Siti Zaharah binti Mat Adam
Nombor Matrik: A138775
Tahun Pengajian: Tahun 2, Semester 2
Fakulti:Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: sitizaharahmatadam@gmail.com
Facebook: Siti Zaharah Mat Adam
Selamat Sejahtera Mejar Jasmy.
ReplyDeleteIni adalah 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT.
Penggunaan ICT dalam profesien kejururawatan amat penting untuk mempercepatkan tugasan harian dalam penyimpanan data pesakit serta maklumat berkaitan pengurusan wad atau klinik. Dengan perkembangan serta peningkatan penggunaan teknologi terutama dalam penyimpanan maklumat, memerlukan kemahiran staf untuk mengendalikan teknologi secara efisien. Untuk menghasilkan staf yang efisien dalam penguasaan bidang ICT, beberapa langkah boleh diaplikasikan, antaranya ialah:
Latihan secara bengkel dan kursus amat perlu untuk memahirkan staf dalam penguasaan ICT di mana setiap ketua jabatan @ ketua jururawat perlu memastikan staf di bawah seliannya dihantar ke latihan ICT. Dengan berbuat demikian, staf akan mendapat ilmu serta kemahiran dalam menggunakan ICT. Ini akan memudahkan pelancaran urusan dokumentasi serta memudahkan pengurusan di tempat kerja.Selain itu ia juga dapat meningkatkan produktiviti mutu kerja serta dapat memberi penjagaan yang berkualiti kepada pesakit.
Selain daripada latihan, kaedah mentor-mentee turut membantu dalam meningkatkan penguasaan ICT dalam profesien kejururawatan. Dengan adanya mentor (staf yang berkebolehan dalam ICT), dapat memberi tunjuk ajar serta memantau mentee (staf yang baru belajar) dalam penggunaan ICT. Selain daripada itu, ia juga dapat “troubleshoot” jika ada masalah dalam sistem yang diaplikasikan dalam unit tersebut.
Bahagian pengurusan hospital juga harus memainkan peranan dalam menghasilkan staf yang celik ICT dengan menekankan kepentingan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan seharian seperti menulis laporan kemajuan pesakit menggunakan komputer, mendapatkan keputusan makmal dan radiologi pesakit. Ini dapat memberi kesedaran kepada staf untuk mempelajari dan menguasai teknologi ICT.
Dengan mewajibkan pembelajaran ICT sebagai kursus wajib dalam perkhidmatan serta memberi sijil penghargaan kepada staf yang telah menghadiri kursus atau bengkel pembelajaran ICT akan meningkatkan kemahuan staf untuk mempelajari serta menguasai dalam bidang ICT. Contohnya, setiap staf yang menghadiri kursus atau bengkel akan diberi sijil penghargaan dan akan diberi markah dalam sistem CPD (Continuing Professional Development) dimana markah ini membantu dalam mendapatkan APC (Annual Practice Certificate) staf tersebut.
Untuk terus kekal maju dalam penguasaan ICT ini, staf perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk mempelajari kemahiran-kemahiran dalam mengaplikasikan ICT secara berkesan dalam tugasan harian mereka . Tahap ilmu dan kemahiran staf itu akan mempengaruhi minat dan keupayaannya dalam meningkatkan kualiti perawatan pesakit dan sekaligus meningkatkan prestasi dan nama organisasi tersebut. Ia juga dapat memberi impak positif kepada profesien kejururawatan.
Dengan mengambil langkah - langkah yang dicadangkan,segala hasrat kerajaan untuk mencapai matlamat negara maju dan seterusnya mengurangkan kelompok masyarakat buta IT terutama dalam perkhidmatan awam dapat dicapai menjelang tahun 2020.
NAMA SEBENAR: Sasikala a/p Munian
NOMBOR MATRIK: A142204
TAHUN PENGAJIAN: Sem 2/Tahun 3
FAKULTI: Perubatan UKM
EMAIL: sasi.1682@yahoo.com
FACEBOOK: Anamika Anamika
Maklumat Pelajar
ReplyDelete1. Nama : Mazlinda Binti Mohd Idres
2. Nombor Matrik : A133916
3. Tahun Pengajian : Tahun 3
4. Fakulti : Perubatan
5. Email : ciklinde@gmail.com
6. Facebook: https://www.facebook.com/ciklinde ( Mazlinda Mohd Idres )
Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT.
1. Pada pendapat saya, yang paling utama sekali untuk menghasilkan staff yang celik ICT adalah melalui pengajaran teknologi secara berterusan. Dengan menjalankan latihan dan kursus ICT dikalangan jururawat, kemahiran mengendalikan sistem berteknologi tinggi dapat dikuasai oleh staff. Kursus dan latihan perlulah secara berperingkat dan berterusan bagi memastikan staff dapat memahami dan menguasai apa yang diajar serta sentiasa ‘up-to-date’ selaras dengan perubahan globalisasi.
2. Selain itu, pihak kementerian dan jabatan kejururawatan itu sendiri seharusnya menggalakkan usaha kearah masyarakat celik ICT dengan memberikan sokongan dan bantuan dari segi peruntukan dan lain-lain. Dengan bantuan dari segi peruntukan peranti-peranti yang berteknologi kepada staff jururawat, mereka dapat menggunakan kearah profession kesihatan dan juga dapat terus mengaplikasikan apa yang mereka pelajari daripada kursus-kursus yang disediakan. Tajaan kementerian untuk mewujudkan kursus-kursus ICT secara percuma juga dapat serba-sedikit membantu mereka yang berminat untuk mendalami ilmu ICT. Peranan organisasi sememangnay penting bagi melahirkan staff yang celik ICT.
3. Dengan pengaplikasian ICT dalam profession kesihatan itu sendiri juga banyak membantu jururawat bagi menjadi staff yang celik ICT. Mahu tidak mahu, jururawat itu perlu mempelajari ICT bagi meneruskan rutin harian mereka di tempat kerja. Dengan penerapan teknologi ini ke dalam bidang pekerjaan juga secara tidak langsung memahirkan seorang jururawat itu terutamanya mereka yang bekerja sudah lama dan harus mengendalikan sistem yang menggunakan kemahiran ICT. Pengaplikasian bidang ICT ditempat kerja juga mampu meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan.
4. Seterusnya, bagi melahirkan staf yang celik ICT juga adalah dengan cara memberi ganjaran pada mereka yang meletakkan usaha medalami bidang ICT. Misalnya, memberi hadiah pada mereka yang mengumpul banyak sijil-sijil penyertaan kursus ICT atau menaikkan gaji staf yang berkebolehan dan berminat menjadi jururawat informatik atau mereka yang mampu dan mahu mengajar staf lain menguasai bidang ICT. Selain itu, cara untuk menarik minat staf untuk menguasai ICT adalah dengan menganjurkan pertandingan yang berkait rapat dengan bidang ICT itu sendiri dan tawarkan hadiah yang lumayan.
5. Akhir sekali, bagi melahirkan staf yang celik ICT itu, jururawat itu seharusnya mempunyai inisiatif sendiri untuk mempelajari ICT. Jururawat itu sendiri seharusnya sedar bahawa mereka perlu membawa diri mereka selaras dengan permodenan globalisasi serta menguasai bidang-bidang teknologi bagi meningkatkan mutu perkhidamatan dan menjadi staff yang maju kehadapan dan berdaya saing.
Sekian.
5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT.
ReplyDeleteTidak dinafikan bidang ICT amat penting dalam arus pemodenan pada hari ini. Bidang perubatan serta kejururawatan turut menerima impak yang sama di mana semakin banyak kemajuan dalam bidang ICT dicapai dan memerlukan setiap individu agar mahir mengendalikannya. Antara langkah yang perlu dilakukan bagi menghasilkan staf yang celik ICT adalah dengan memberikan latihan serta kursus kepada jururawat seperti penggunaan komputer bagi meningkatkan lagi kemahiran jururawat dalam bidang ICT. Jururawat perlu didedahkan dengan pelbagai perkara asas dahulu seperti cara memasukkan data pesakit ke dalam komputer dan sebagainya. Selain daripada itu kelas yang dilakukan juga haruslah mengikut kesesuaian masa jururawat yang bertugas terutamanya bagi pelajar pengajian jarak jauh (PJJ) serta menjadikannya subjek wajib bagi pelajar pengajian sepenuh masa. Antara contoh kelas yang boleh diadakan ialah ‘nursing informatics’ dan pensyarah yang mengajar haruslah berkelayakan dalam bidang ICT.
Langkah kedua ialah dengan penglibatan Kementerian Kesihatan sendiri dimana mereka boleh memberi sokongan dan galakan kepada para jururawat bagi menceburi bidang ICT dengan memberi bantuan dari segi peruntukan. Contohnya adalah seperti menyediakan alatan secara percuma seperti komputer serta aksesori-aksesori lain. Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan juga boleh menyediakan insentif tambahan bagi jururawat yang mengikuti kursus ICT.
Langkah ketiga ialah menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan sebagainya . Ini bertujuan bagi menyediakan perkhidmatan internet yang percuma kepada bukan sahaja jururawat tetapi semua kakitangan-kakitangan yang bertugas dalam bidang kesihatan. Perkhidmatan internet yang boleh diakses dalam waktu yang singkat tentunya memudahkan jururawat dalam mencari maklumat yang berkaitan dengan pesakit. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran jururawat dalam bidang ICT malah turut membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit secara tidak langsung dimana pelbagai cara rawatan terkini boleh didapati di internet.
Langkah keempat adalah tanggungjawab semua pihak seperti ketua jabatan, ketua jururawat dan lain-lain bagi memastikan ICT dalam bidang kejururawatan ini terus berkembang serta mendapat perhatian semua pihak. Mereka perlu peka terhadap kehendak jururawat terutamanya dari segi penambahbaikan dalam bidang ICT ini selain memastikan semua peralatan diselia oleh pihak yang berkenaan. Selain daripada itu, mereka juga perlu sentiasa ‘up-to-date’ dengan perubahan agar teknologi yang digunakan tidak ketinggalan zaman.
Langkah yang kelima adalah jururawat sendiri perlu mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya ICT dalam bidang kejururawatan. Mereka sendiri perlu berusaha mencari inisiatif dengan menonton atau membaca tutorial yang diberi. Dengan cara ini,mereka boleh menambah lagi pengetahuan berkaitan ICT.
Kesimpulannya, ICT merupakan satu bidang yang memerlukan kemahiran dan harus diterapkan dalam bidang kejururawatan seiring dengan teknologi semasa.
Nama sebenar : Nur Farhana bt Mohamed Yunus
Nombor Matrik : A 133668
Tahun Pengajian : Tahun 3/Sem 2/2012-2013
Fakulti : Perubatan
Email : farhanayunus201@yahoo.com
Facebook : Farhana Yunus
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKemajuan teknologi komunikasi dan maklumat atau lebih dikenali sebagai ICT (information and communication technology) adalah satu elemen penting yang perlu ada pada masa kini. ICT sangat bermanfaat terutama dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan lagi tahap pembelajaran pelajar di mana-mana sahaja. Itu dari segi pendidikan.Bagaimana pula dengan sektor kesihatan? Sebenarnya penggunaan ICT dalam bidang perubatan di hospital-hospital di Malaysia kian berkembang dan diguna pakai oleh ahli-ahli perubatan seperti doktor, jururawat, dan pelbagai lagi. Jururawat adalah orang yang paling dekat dengan pesakit dan seharusnya lebih mahir dan cekap dalam penguasaan ICT dalam hospital bagi menyediakan penjagaan rawatan yang lebih baik.
ReplyDeleteTerdapat 5 langkah yang kita boleh praktikkan bagi memastikan profession kejururawatan mampu menghasilkan staff yang celik ICT.
Langkah yang pertama sekali ialah memastikan para jururawat didedahkan dengan kemudahan ICT yang diguna pakai di hospital kini. Contohnya, pihak hospital boleh menganjurkan beberapa bengkel atau kelas mengenai penggunaan ICT didalam sistem di hospital kepada jururawat-jururawat. Sebarang yuran haruslah tidak dikenakan bagi menarik lagi minat staff untuk melibatkan diri dalam bengkel tersebut.Bengkel atau kelas seperti ini adalah penting bagi menyediakan pengetahuan teori yang terdapat dalam penggunaan ICT di hospital.
Langkah kedua pula ialah pihak hospital juga boleh melakukan usaha sama dengan pihak hospital luar negara seperti United Kingdom bagi berkongsi kemajuaan ICT yang diguna pakai di negara maju. Maksudnya disini, satu lawatan pendek boleh dirancang dengan membawa para jururawat kita untuk melihat sendiri sistem yang canggih di hospital lain. Jadi, staff akan dapat menyaksikan sendiri kecanggihan penggunaan ICT di sistem hospital di negara lain dan seterusnya merasakan ICT adalah aspek yang terpenting pada waktu kini.
Langkah ketiga pula ialah pihak hospital dan bersama-sama pihak kerajaan boleh menyediakan bahan pembelajaran di dalam gajet-gajet yang boleh dimiliki oleh staff jururawat. Contohnya membekalkan ipad yang dipenuhi aplikasi yang penting yang digunakan di hospital. Langkah ini secara tidak langsung mempermudahkan lagi staff untuk mempraktikkan sendiri kecanggihan ICT dalam sistem hospital dan meningkatkan lagi kefahaman tentang fungsi sebenar ICT dalam jagarawatan pesakit.
Selain itu, pihak kerajaan dan hospital boleh berbincang dan memikirkan sesuatu untuk memastikan staff terutamanya jururawat celik dan mahir ICT. Contohnya pihak kerajaan menyediakan bajet tertentu untuk memantapkan lagi penguasaan ICT untuk sektor kesihatan. Bukan sahaja bajet ini dapat menaikkan lagi kemajuan sektor kesihatan tapi meningkatkan lagi kecekapan staff.
Langkah terakhir pula mengenai kesedaran dan bergantung kepada jururawat itu sendiri untuk sedar tentang kepentingan ICT dalam jagarawatan mereka kepada pesakit. Jika pelbagai inisiatif dan usaha-usaha yang telah disediakan oleh pihak hospital dan kerajaan, seharusnya staff itu sendiri kena mengambil peluang ini untuk memantapkan lagi penguasaan mereka terhadap ICT .
Kesimpulannya, jururawat yang celik ICT sememangnya merupakan perkara yang sangat penting dan sesuai seiring dengan teknologi semasa yang diguna pakai. Pabila jururawat tersebut berkemahiran dalam ICT, ini sebenarnya membantu lagi mempermudahkan jagarawatan keatas pesakit.
Nama sebenar: Umi Atiyah binti Muhamad Ali
Nombor Matrik: A133930
Tahun Pengajian: Tahun 3
Fakulti:Perubatan
Email: budakecik_26@yahoo.com
Facebook:Umi Atiyah Muhamad Ali
Pada pendapat saya, langkah pertama yang perlu diambil untuk memastikan profesion kejururawatan dapat menghasilkan jururawat yang celik ICT adalah dengan menyarankan setiap hospital menyediakan perkhidmatan internet yang sentiasa boleh diakses oleh setiap jururawat. Dengan adanya perkhidmatan ini, para jururawat akan dapat sentiasa berasa berpuas hati untuk mencari apa sahaja permasalahan yang timbul ketika mereka bertugas dengan hanya melayari internet untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. Contohnya, jika ada seorang pesakit bertanya kepada mereka tentang penyakit mereka, dengan adanya kemudahan internet di hospital para jururawat boleh terus mengakses ke internet untuk mencari maklumat yang pesakit tersebut perlukan dengan cepat, mudah dan tepat.
ReplyDeletePendapat saya yang seterusnya ialah mewujudkan rebat elektronik sepertimana yang telah diwujudkan oleh kerajaan kepada para pelajar di negara ini. Tujuannya ialah untuk memastikan para jururawat mampu untuk memilki alat-alat ICT yang tertentu dan mudah didapati jadi tiadalah timbul alasan dari para jururawat yang mengatakan mereka tidak mampu atau mereka susah untuk mendapatkan alatan ICT. Contohnya dengan adanya rebat tersebut, para jururawat dapat memilki alatan ICT di pusat-pusat elektronik yang berdekatan ataupun pihak hospital itu sendiri memberi alatan ICT itu secara percuma kepada mereka.
Seterusnya, perkara yang paling asas perlulah dilakukan oleh pihak hospital iaitu memberi kursus ICT kepada para jururawat. Dengan adanya program kursus ICT ini para jururawat dapat belajar dari asas sehinggalah ke tahap yang lebih rumit dalam ICT. Contohnya, perkara yang paling asas para jururawat boleh belajar ialah merekod tahap kesihatan setiap pesakit di dalam program yang telah dicipta oleh pihak hospital itu sendiri dan mewajibkan kepada semua jururawat untuk menggunakan program itu serta memansuhkan sistem merekod yang sebelum ini serta-merta.
Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah menerapkan program ICT ini dari peringkat pelajar kejururawatan lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila langkah ini diambil, para jururawat yang bakal dilahirkan nanti ialah para jururawat yang tidak kekok dengan ICT dan dapat mengendali ICT dengan lebih baik tanpa perlu menjalani kursus-kursus tambahan. Contohnya, di peringkat universiti perlu diadakan satu subjek berkenaan dengan ICT untuk memberi pendedahan kepada para pelajar kejururawatan tentang ICT.
Langkah yang terakhir yang boleh diambil ialah mewujudkan sistem mentor. System ini adalah memberi tugas kepada jururawat yang cekap dalam ICT menjadi mentor kepada jururawat yang kurang cekap dalam ICT sehinggalah jururawat tersebut dapat menggunakan ICT dengan sendiri. Sistem ini boleh dijalankan dengan mengenalpasti beberapa orang jururawat yang benar-benar mahir dalam ICT menjadi pemerhati sepenuhnya kepada seorang jururawat yang kurang mahir dan melepaskan jururawat tersebut apabila beliau sudah mahir dan jururawat yang mahir tadi haruslah mengajar jururawat yang lain yang turut kurang mahir dalam ICT dan melakukan perkara yang sama.
1. Nama: Zulizaidah Binti Kailan
2. No. matrik: A127916
3. 3. Tahun pengajian: tahun 3
4. Fakulti: perubatan
5. Email: zuli_zed@yahoo.com
6. Facebook: zulizaidah kailan
Nama sebenar : Nur Farini binti Anuar
ReplyDeleteNombor Matrik : A 133793
Tahun Pengajian : Tahun 3/Sem 2/2012-2013
Fakulti : Perubatan
Email : reywookie@gmail.com
Facebook : Nur Farini Orkid
Antara cara yang boleh digunakan untuk memastikan semua jururawat mahir menggunakan ICT mengikut keperluan masing - masing :
Langkah pertama yang harus diambil adalah dengan menggalakkan para jururawat untuk mengikuti kursus-kursus ICT dalam kesihatan supaya para jururawat dapat didedahkan dengan pengunaan ICT dalam bidang kejururawatan. Kursus ini haruslah flexible dengan waktu kerja jururawat dan berterusan agar para jururawat dapat mengikutinya tanpa halangan. Kursus ini harus mengandungi asas ICT, kepentingan dan kebaikan ICT dalam bidang perubatan serta kelas khusus untuk mengajar para jururawat mengaplikasikan ICT seperti cara penggunaan komputer atau web – web tertentu yang berkaitan dalam menjalankan tugasan harian di wad seperi Chets atau OMS.
Langkah kedua untuk memastikan jururawat zaman sekarang celik IT adalah dengan mendedahkan mereka sendiri dengan penggunaan teknologi di dalam wad. Pada zaman sekarang, kebanyakkan hospital telah mengaplikasi penggunaan ICT dalam menguruskan pentadbiran di dalam hospital contohnya seperti pendaftaran pesakit, nombor giliran, pengisian boring, pengurusan ubat, pengurusan didalam wad, pengurusan penjagaan pesakit dan lain-lain. Oleh itu, ketua setiap wad haruslah mengambil tindakan dengan memastikan staf-staf di dalam wad mereka menggunakan aplikasi ini dalam melaksanakn kerja sebagai jururawat.
Langkah seterusnya, pihak kerajaan juga boleh memperuntukkan diskaun untuk pembelian ‘smart phone’ kepada jururawat diseluruh Malaysia. Ini secara tidak langsun dapat menaikkan perasaan ingin tahu cara menggunakan ‘smart phone’ itu dan membantu mereka meneroka kegunaan telefon tersebut dan belajar menggunakan aplikasi ICT yang terdapat di dalam telefon tersebut seperti melayari internet, penggunaan kamus perubatan dan e-book sebagai rujukan dalam menjalankan tugas memberi rawatan terbaik kepada pesakit. Seperti yang kita tahu, jururawat bekerja berdasarkan ‘evidence-based’ dan aplikasi ICT akan banyak membantu mereka mendapatkan maklumat secara cepat dan tepat.
Selain itu, pihak tertentu boleh mengadakan kempan berkaitan dengan penggunaan ICT dalam aktiviti harian. Kempan ini boleh dijalankan di dalam kawasan lobi hospital khas untuk staf-staf di hospital. Booth-booth yang disediakan boleh mengadakan kelas ringkas tentang perkara asas dalam ICT untuk para pengunjung. Selain itu, pengenalan kepada teknologi-teknologi dalam bidanh perubatan juga boleh diperkanalkan supaya staf-staf terutamanya juruwat dapat up-to-date dengan teknologi hospital yang terkini dan juga cara penggunaannya.
Akhir sekali, para jururawat sendiri harus ada inisiatif dan semangat untuk menaiktarafkan diri masing-masing dalam bidang ICT agar mampu berdiri sama tinggi dengan proffesion jururawat di negara lain seperti UK yang sudah sedia maju. Pada zaman sekarang aplikasi ICT dalam bidang kejururawatan adalah penting dalam pelaksanaa kerja-kerja di dalam wad. Mereka juga mungkin boleh diberi pendedahan tentang kemajuan teknologi perubatan dinegara lain agar rasa tercabar. Hal ini kerana, jika semua pihak bersungguh – sungguh tapi jururawat itu sendiri tidak punya keinginan, usaha semua pihak hanyalah sia- sia.
Kesimpulannya, pengetahuan tentang ICT amatlah penting dalam bidang kejururawatan agar para jururawat sejajar dengan arus perkembangan teknologi terkini supaya masing-masing akan mahir mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan dengan ICT.
Nama : Wan Ahmad Luqman bin Wan Abdullah
ReplyDeleteNo. Matrik : A133644
Tahun : Tahun 3 Sesi 2013/2014
Fakulti : Fakulti Perubatan / Jabatan Kejururawatan
Email : havoc.nurse@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/luqie91
Untuk melahirkan jururawat yang celik ICT, terdapat berbagai ikhtiar yang dapat dilakukan oleh pihak atasan. Antara masalah utama yang dihadapi oleh jururawat dalam menggunakan ICT dalam pekerjaan harian adalah AntaraMuka Pengguna(User Interface) yang tidak baik serta terlalu sukar untuk digunakan. Sudah semestinya, pembangun software sepatutnya menghasilkan satu program yang mesra pengguna, yang dapat memanfaatkan jururawat tidak kira dari segi pengurusan pesakit mahupun wad. Ini akan mengakibatkan jururawat semakin berminat untuk menggunakan ICT dalam pekerjaan mereka, kerana ICT ini akan dilihat memudahkan mereka dalam kerja seharian.
Di samping itu, perisian yang dihasilkan juga semestinya mesti digabungkan dengan latihan yang berkesan oleh pihak yang berwajib. Ini lebih diutamakan kepada system yang baru diperkenalkan. Jika sistem yang diperkenalkan tidak tahu digunakan oleh staf, maka staf akan menganggap system tersebut sebagai gagal dan tidak memenuhi keperluan pengguna. Ini akan membantutkan lagi sifat inkuisitif jururawat dalam mengembangkan ilmu ICT mereka. Dengan latihan yang bagus, sistem yang bagus dapat digunakan dengan sepenuhnya, di samping menarik minat jururawat untuk menggunakan ICT dalam kerjaya mereka.
Promosi yang bagus turut menjadi prioriti dalam melahirkan staf yang celik ICT. Ini terutamanya ditekankan kepada pencarian ilmu dalam talian. Pihak atasan sepatutnya mempromosikan pautan-pautan yang penting kepada semua jururawat. Ini adalah seperti pautan kepada jurnal terbaru yang berkaitan dengan practice masing-masing. Evidence based practice amatlah dialu-alukan digunakan oleh jururawat. Ini pasti akan meningkatkan lagi minat jururawat dalam menggunakan ICT, apabila penggunaan ICT dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang yang diceburi.
Selain itu, insentif sepatutnya diberikan kepada jururawat yang ingin membeli alat ICT terbaru serta melanggan kepada pangkalan data jurnal yang terbaru. Ini adalah untuk memastikan jururawat tidak merasa terbeban dengan harga gadget-gadget yang tinggi. Melanggan kepada pangkalan data jurnal juga bukan satu perkara yang dipandang enteng dari segi harganya. Pihak atasan sepatutnya menyediakan perkhidmatan membeli jurnal-jurnal berbayar di internet agar jururawat dapat meningkatkan pengetahuan disamping memastikan budaya penggunaan ICT disemai dalam kalangan jururawat. Alatan terbaru pula adalah untuk memudahkan akses kepada laman-laman yang disebut sebentar tadi, sejurus dengan perkembangan teknologi terkini.
Akhir sekali, kurikulum jururawat sepatutnya ditambahkan dengan subjek-subjek berkaitan dengan ICT serta penggunaan teknologi terbaru. Sebagai contoh, di dalam kurikulum kursus Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan, ditambah dengan kursus yang bernama Nursing Informatics. Kursus ini mengajar pelajar kejururawatan tentang kepentingan penggunaan ICT dalam memudahkan kerja jururawat. Subjek ini turut memberikan scenario penggunaan ICT dan teknologi yang belum diadakan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Subjek ini sepatutnya ditambahkan dalam kurikulum semua pelajar kejururawatan termasuk diploma agar pelajar kejururawatan dapat memupuk minat dalam menggunakan ICT dalam memudahkan pekerjaan seharian.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePenggunaan ICT di dalam kerjaya dalam kehidupan sekarang amatlah penting supaya semua sektor pekerjaan di dalam negara kita dapat bergerak seiring dengan negara maju. Penggunaa ICT pada zaman sekarang amatlah meluas dan diguna pakai dalam semua bidang terutamanya bidang perubatan. Kebanyakkan hospital telah menggunakan ICT dengan meluas di dalam sistem hospital untuk memastikan hospital dapat beroperasi dengan baik dan dapat diiktiraf oleh kerajaan. Selain itu, sudah banyak hospital yang menggunakan siste ICT untuk merekod dan menyimpan semua maklumat mengenai pesakit dan rawatan-rawatan yang telah diberikan. Justeru itu, pihak hospital sangat menekankan penggunaan ICT di dalam wad supaya dapat menghasilkan persekitaran yang di panggil “paperless environment” iaitu keadaan dimana semua penyimpanan maklumat mengenai pesakit disimpan dalam bentuk data dan semua pengamal perubatan tidak perlu merekod maklumat tersebut di dalam kertas. Banyak langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan profesion kejururawatan dapat menghasilkan staf yang celik ICT.
ReplyDeleteAntara langkah pertama yang boleh diambil adalah dengan mengajar semua jururawat untuk mempelajari mengenai semua sistem pengurusan pesakit yang terdapat di dalam hospital supaya semua staf tahu bagaimana untuk menggunakan sistem tersebut. Perkara ini akan dapat dicapai dengan mengadakan satu kursus bagi semua jururawat untuk belajar bagaimana untuk mengendalikan dan menggunakan sistem tersebut. Contohnya sistem penyimpanan maklumat rawatan pesakit.
Selain itu, langkah yang lain juga boleh diambil seperti pihak kerajaan menyediakan diskaun ataupun memberi rebat kepada semua jururawat supaya mereka dapat membeli sebuah komputer untuk kegunaan mereka supaya dapat belajar bagaimana untuk menggunakan komputer. Hal ini akan menaikkan semangat semua jururawat untuk belajar mengendalikan maklumat di dalam komputer.
Langkah seterusnya adalah dengan mewajibkan penguasaan dalam bidang ICT sebelum pemilihan dibuat unutk memasuki profesion kejururawatan. Dengan ini, semua bakal-bakal jururawat yang dilatih sudah mempunyai pengetahuan mengenai ICT dan dengan ini, mudah untuk mereka mempraktikkan apabila mereka menjalani latihan di dalam wad kelak.
Tambahan pula, penyeragaman penyimpanan maklumat juga boleh dibuat untuk menghasilkan jururawat yang celik ICT. Ini bermakna, semua penyimpanan maklumat mengenai pesakit adalah sama untuk semua wad, bermakna pihak hospital perlu seragamkan semua wad perlu memasukkan semua maklumat pesakit seperti sejarah pesakit di dalam sistem bukan lagi di atas kertas. Dengan ini, semua jururawat akan memantapkan kemahiran mereka dalam ICT dengan selalu mempraktikkan kemahiran tersebut.
Akhir sekali, menyediakan sebiji sebiji smmartphone kepada semua jururawat supaya mereka boleh menggunakan smartphone tersebut semasa di dalam wad untuk menyimpan maklumat seperti tekanan darah pesakit. Smartphone tersebut akan menyimpan maklumat tersebut terus ke dalam sistem. Dengan ini semua jururawat akan lebih peka terhadap penggunaan ICT.
Kesimpulannya, penggunaan ICT saban hari semakin meningkat terutamanya dalam bidang perubatan. Zaman moden telah memudahkan semua manusia dalam kerja mereka dengan adanya penggunaan ICT. Semua kerja akan bertambah baik dan kemajuan negara juga akan meningkat apabila penggunaan ICT semakin meningkat.
Nama: Muhammad Razafie Bin Razali
No. Matrik: A 132906
Tahun pengajian: 3
Fakulti: Perubatan
Email: raz_ganuboy91@yahoo.com
Facebook: razafie razali
Pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf-staf yang celik ICT. Antaranya:
ReplyDeleteMengadakan rebat atau diskaun kepada jururawat untuk memiliki gadget
Teknologi perhubungan ini memerlukan alat atau gadget tertentu. Justeru seorang jururawat haruslah memiliki satu gajet seperti telefon pintar atau ipad atau sebagainya supaya segala teknologi dari segi maklumat dan perhubungan dapat dirasai atau dipraktis. Dengan adanya rebat atau diskaun untuk membeli gajet ini,para jururawat akan mampu memiliki dan menarik minat mereka untuk mememiliki lantas mendorong mereka untuk cenderung kepada teknologi dan seterusnya bolehlah diaplikasikan penggunaannya dalam system kesihatan dan profesion mereka.
CNE berkaitan ICT
CNE, continuous nursing education iaitu merupakan satu ruang yang bagus bagi memastikan jururawat sedia ada kini untuk mengenali, memahami dan membaiki taraf ilmu mereka mengenai ICT. Pihak hospital atau pengurusan jururawat bolehlah mengadakan CNE berkaitan dengan ICT kepada para jururawat. Ini akan memberi peluang dan menaikan minat untuk para jururawat terus kekal membaharui ilmu mengenai ICT dan juga disamping itu dapat mengumpul mata CPD atau continuouse program development bagi memastikan lesen jururawat mereka kekal aktif. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.
Teknologi dan inovasi sebagai subjek wajib dalam kursus kejururawatan
Ilmu mengenai ICT sebenarnya harus diterap dari peringkat awal supaya ianya mudah difahami dan juga menjadikan pengguna sistem aplikasi lebih mengenali sesuatu teknologi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi subjek teknologi dan inovasi haruslah menjadi satu matapelajaran yang wajib bagi setiap kursus kejururawatan. Ini membolehkan kemahiran dan ilmu mengenai ICT diterap sejak awal kepada bakal-bakal jururawat di Malaysia yang akan menggunakan ICT dalam profesyen mereka.
Lawatan sambil belajar
Untuk mengaplikasikan sesuatu perkara, kita perlu memikirkan tentang dua generasi. Iaitu generasi baru dan lama. Bagi generasi baru, ICT bukanlah lagi satu perkara yang sukar kerana mereka dibesarkan dalam era modenisasi. Tetapi bagi generasi lama, ICT adalah sedikit janggal bagi mereka. Oleh yang demikian, bagi generasi senior, pengurusan jururawat mungkin boleh menyediakan lawatan sambil belajar atau memberi peluang kepada beberapa orang jururawat yang memiliki kreteria-kreteria tertentu untuk ke hospital-hospital di negara-negara maju untuk melihat, mengkaji dan menilai kemampuan ICT dan bagaimana ICT dapat membantu pengurusan jagarawatan hospital di sana serta kemudahan capaian maklumat kesihatan pesakit bagi setiap sektor kesihatan. Langkah ini sebenarnya sesuai untuk menaikkan ilmu ICT dikalangan kedua-dua generasi.
Terbitan majalah ICT & jururawat berkala
Banyak media boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat mengenai ICT dalam bidang kejururawatan atau yang berkaitan dengannya. Namun, waktu permulaan atau baru berjinak-jinak dalam mempelajari ilmu ICT bahan bacaan yang menarik, ringkas tapi padat dan mudah didapati adalah perkara yang perlu diambil kira menjadi media penyebaran kepada para jururawat. Majalah ICT mungkin boleh diadakan dalam bentuk ‘soft copy’ seperti majalah elektronik di mana boleh dimuat turun dan jururawat boleh memilih untuk membaca di telefon pintar masing-masing, komputer atau boleh memilih untuk mencetaknya. Isi isu majalah boleh merangkumi maklumat aplikasi terbaru yang berkaitan jururawat, kajian-kajian atau ilmu cara-cara penggunaan teknologi baru, isu—isu berkaitan jururawat dan ICT dan sebagainya.
Nama : Amirah Fatin Binti Azwan
Nombor Matrik : A133093
Tahun Pengajian: Tahun 3
Fakulti: Perubatan
Email: pink_riomaprincess@yahoo.com.my
Facebook: amirahfatinazwan
Seperti yang kita ketahui, teknologi dan inovasi sudah menjadi pemangkin dan berkembang dengan pesat dalam kehidupan. Ianya juga dapat memberikan banyak manfaat dan terutamanya dalam kehidupan manusia. Antara kelebihan mengaplikasikan teknologi dan inovasi dalam profesion kejururawatan ialah dapat memberikan perkhidmatan yang cepat, cekap dan juga tepat. Selain itu, dapat menyahut cabaran ‘Green Earth’ dimana dapat mengurangnya penggunaan kertas dan pada masa yang sama dapat menjimatkan kos. Namun begitu, untuk penggunaan yang lebih efektif, jururawat perlulah celik ICT.
ReplyDeleteSalah satu cara yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan dalam menghasilkan staf yang celik ICT ialah dengan cara mengadakan kelas tutorial dan bengkel untuk semua staf. Tujuan kelas tutorial dan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pengenalan dan pendedahan kepada semua staf agar dapat mengenal dan mengetahui cara-cara untuk menggunakan teknologi yang semakin membangun dengan pesat ini. Pendedahan awal ini akan membantu jururawatan dan juga staf agar tidak kekok dan dapat menggunakan teknologi yang ada dengan lebih eficien, menjimatkan masa dan sekali gus dapat meningkatkan kualiti kerja.
Selain daripada itu, subjek ICT perlu diterapkan dan dididik dengan lebih awal semasa menjadi pelajar lagi dengan cara mewajibkan subjek ini di dalam kurikulum mereka. Penggunaan ICT dalam pendidikan akan menjadikan pelajar itu sendiri lebih inovatif, kreatif, analatikal dan juga mahir dalam pengurusan maklumat. Pendedahan awal ini akan menjadikan jururawat tersebut lebih mahir dengan selok belok dunia ICT dan akan membolehkan mereka melakukan kerja dengan lebih pantas dan eficien.
Peruntukan dari pihak kerajaan dan juga hospital juga perlu diberikan kepada semua jururawat di Malaysia agar mereka mampu memiliki sekurangnya-kurangnya satu iPad untuk setiap seorang untuk kegunaan jururawat di hospital. Pihak berkenaan perlu memberikan diskaun ataupun rebat agar dapat menarik minat mereka dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam profesion mereka. Secara tidak langsung boleh mengurangkan kos dalam penggunaan kertas dalam mendokumentasikan maklumat dan data-data pesakit dan juga memudahkan semua staf untuk mengekses maklumat pesakit walau dimana sahaja mereka berada.
Pihak pentadbiran dan hospital juga perlu memainkan peranan dengan menggalakkan penggunaan teknologi di dalam hospital dengan cara sentiasa menaik taraf sistem di dalam hospital. Tidak berguna jika jururawat itu mempunyai pengetahuan yang banyak dalam bidang ICT tetapi tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka kerana hospital tersebut masih berada di takuk lama dengan masih menggunakan alatan dan computer yang tidak dinaiktarafkan sistemnya.
Langkah terakhir adalah dengan memberikan penghargaan kepada staf jururawat kerana telah memberikan perkhidmatan dan penggunaan ICT yang cemerlang ketika bertugas. Penghargaan seperti sijil, kenaikan gaji serta menjadi pekerja contoh akan memberikan budaya saing yang sihat antara semua staf dan mereka akan berusaha untuk menjadi pekerja yang lebih produktif.
Akhir kata, penguasaan dalam bidang ICT adalah amat perlu dan memudahkan perlaksanaan kerja secara sistematik di samping urusan menjadi lebih efisien serta pantas disempurnakan.
Nama : Farida Hazira Bt Badron
Nombor Matrik : A134189
Tahun Pengajian: Tahun 3
Fakulti: Perubatan
Email: bebeira@ymail.com
Facebook: bebe chan
Pada pendapat saya 5 langkah yang perlu diambil dalam memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT adalah dengan melaksanakan penggunaan teknologi dalam memenuhi tugasan jururawat. Hal ini boleh dilaksanakan secara berperingkat supaya kakitangan yang terlibat tidak terkejut serta mampu mengadaptasi perubahan secepat mungkin. Kemampuan staf jururawat dalam mengadaptasi penggunaan teknologi dalam tugasan menentukan keberkesanan perlaksanaan penggunaan teknologi tersebut. Tiada guna jika perubahan drastik diambil tetapi jururawat tidak dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Lama kelamaan barulah penggunaan teknologi itu boleh diwajibkan bagi profession kejururawatan.
ReplyDeleteKemudian, dalam proses perlaksanaan, pihak berkenaan perlulah mengadakan kelas serta seminar berkenaan komputer serta teknologi secara amnya. Hal ini amat penting bagi meningkatkan kemahiran serta penguasan jururawat dalam bidang IT. Pihak berkenaan juga boleh menentukan bahawa setiap jururawat itu perlu melepasi atau melalui seminar, kelas atau bengkel mengikut jumlah jam yang ditetapkan. Khidmat tenaga pengajar yang berpengalaman turut memberi kesan dalam meningkatkan penguasaan jururawat dalam bidang ICT.
Selain itu, dalam melahirkan jururawat yang mahir serta celik IT, kemudahan yang melibatkan IT itu sendiri perlu wujud dalam persekitaran tempat mereka bekerja. Contohnya, pengunaan alatan canggih seperti alat tekanan darah elektronik dan sebagainya. Jururawat turut boleh disediakan dengan kemudahan seperti Ipad atau tablet supaya sebarang catatan jururawat tidak lagi perlu ditulis malah boleh disimpan dalam bentuk “soft copy”. Perlaksanaan kemudahan ini dapat merealisasikan paperless hospital dimana kertas tidak lagi digunakan dalam menjalankan tugasan seharian. Wifi juga patut disediakan bagi memudahkan perhubungan antara ahli perubatan yang lain. Rekod pesakit boleh dicapai dari berlainan lokasi. Hal ini bukan sahaja membantu jururawat mengaplikasi teknologi yang ada malah menggunakannya dalam meningkatkan keberkesanan jagarawatan terhadap pesakit.
Pemberian bonus, elaun atau insentif bagi sesiapa yang menunjukkan kecekapan atau berkerja keras dalm menguasai bidang teknologi ini. Hal ini boleh diukur melalui prestasi kerja ataupun peperiksaan yang boleh dijalankan semasa kelas atau bengkel. Ini bukan sahaja dapat menaikkan semangat mereka agar bersungguh-sungguh mempelajari ilmu IT malah dapat memberi peghargaan kepada staf yang benar-benar menunjukkan kemampuan dalam mengaplikasi teknologi semasa bertugas.
Akhir sekali, antara langkah yang boleh diambil bagi melahirkan jururawat yang celik IT adalah dengan pertukaran idea atau teknologi interhospital di mana jururawat dapat menilai tahap teknologi yang mereka gunakan. Jika mereka sudah terlalu ketinggalan daripada hospital yang lain mereka boleh berusaha lebih keras supaya dapat meningkatkan diri dalam penguasaan teknologi sebaliknya jika mereka sedang mendahului adalah penting jika mereka membantu sesame jururawat yang lain untuk meningkatkan kemampuan diri. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan jururawat terhadap bidang IT malah dapat mengeratkan hubungan dua hala antara hospital secara tidak langsung dapat memberikan jagarawatan yang terbaik tidak kira dari hospital mana.
Nama sebenar: Nur Ajeerah Kadir
Nombor Matrik: A133972
Tahun Pengajian: Tahun
Fakulti: Perubatan
Email: ajeerah_g2@yahoo.com
Facebook: ajeerah kadir
Nama : Farah Nadia Binti Shahidon
ReplyDeleteNombor Matrik : A 133636
Tahun Pengajian : Tahun 3
Fakulti : Perubatan
Email : farahshahidon@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/farahnadiashahidon
(fa_na_91_lee_da_hae@yahoo.com.my)
Antara langkah yang perlu dilakukan adalah dengan memberi pendedahan awal tentang ICT kepada Jururawat seperti memasukkan data pesakit kedalam sistem hospital. Pendedahan awal ini supaya mereka dapat menguasai, melaksana dan mengamalkan perkara asas dalam bidang ICT dengan mudah. Apabila perkara asas dapat dikuasai, mereka dengan mudahnya akan dapat memahami sistem atau bidang ICT yang lebih canggih dan kompleks. Sebagai contoh di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Jururawat yang baru mula bekerja akan diberi pendedahan awal tentang sistem yang diguna pakai di PPUKM seperti C-HEtS.
Langkah kedua adalah dengan memberikan latihan dan kursus berkaitan ICT yang lebih advanced secara berterusan dan berperingkat supaya kesemua Jururawat dapat menghadiri dan menguasai sistem ini. Latihan dan kursus yang diberikan ini juga dapat memastikan Jururawat sentiasa up-to-date dengan sistem terkini. Demi menggalakkan Jururawat menghadiri latihan dan kursus ini adalah dengan memberikan mereka ganjaran seperti point atau mata. Jururawat sememangnya perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 25 mata bagi memastikan mereka dapat meperbaharui lesen. Oleh yang demikian, kursus yang diberikan bukan sahaja dapat membantu memantapkan bidang ilmu ICT mereka, bahkan dapat membantu mereka mengumpulkan mata yang diperlukan. Sebagai contoh, dalam fasa 2 C-HEtS terdapat Modul Nursing Request yang berfungsi untuk Pegawai Perubatan membuat permohonan pendidikan diabetic, Homecare dan Stoma. Jururawat harus menguasai modul ini supaya mereka dapat menyemak dan melaksanakan prosedur yang harus dilakukan kepada pesakit tanpa perlu bertemu Pegawai Perubatan yang kadangkala bekerja berlainan masa dengan mereka.
Langkah ketiga adalah dengan menyediakan insentif tambahan seperti kenaikan gaji dan gred kepada Jururawat yang mempunyai kepakaran dalam bidang ICT. Jururawat yang pakar dalam bidang ICT dikenali sebagai Jururawat Informatik. Salah satu kriteria untuk menjadi Jururawat Informatik adalah dengan mempunyai Bachelor’s of Science in Nursing. Dengan wujudnya insentif ini dapat menggalakan mereka menuntut ilmu dalam bidang ICT bersungguh-sungguh. Bidang ICT lebih mudah difahami oleh golongan muda. Maka, pelajar Jururawat yang muda dan masih belum mendapat kerja akan mempunyai lebih besar peluang pekerjaan jika mempunyai kepakaran dalam bidang ICT.
Langkah keempat adalah dengan penglibatan kerajaan iaitu Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan dalam menyediakan sedikit peruntukan kepada Jururawat dalam bajet negara. Peruntukan yang diberikan seperti menyediakan teknologi terkini, canggih dan pada masa yang sama mampu dikendalikan oleh Jururawat veteran seperti iPad. IPad yang disediakan adalah untuk merekod data, prosedur dan progress pesakit. Dengan wujudnya iPad di setiap katil pesakit dapat menggalakkan Jururawat menggunakan teknologi.
Langkah terakhir adalah dengan usaha kerjasama antara hospital di Malaysia dan hospital negara maju seperti di Australia dan UK. Kerjasama ini adalah untuk memberi peluang kepada Jururawat Malaysia yang terpilih, untuk melawat dan mempelajari serba sedikit ICT hospital negara maju dan pada masa yang sama dapat melawat negara tersebut. Pemilihan Jururawat adalah berdasarkan penggunaan dan kemampuan Jururawat dalam menggunakan ICT dan sistem yang disediakan oleh kerajaan dan hospital di tahap maksimum. Disamping itu, ujian saringan juga perlu diadakan seperti temuduga untuk menapis mereka yang benar-benar layak. Hal ini kerana, ilmu yang mereka pelajari dan dapati di hospital negara maju haruslah dibentangkan kepada pihak yang berkenaan seperti teknikal yang mencipta ICT hospital. Dengan adanya peluang melawat negara luar, dapat menggalakkan Jururawat menggunakan ICT yang disediakan oleh kerajaan dan hospital sepenuhnya.
Sekian.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNama sebenar : Nur Sharifah Binti Mohamed Sallih
ReplyDeleteNombor Matrik : A134418
Tahun Pengajian : 3
Fakulti : Perubatan
Email : nursharifah_aefa@yahoo.com
Facebook : nursharifah aefa
Penggunaan ICT kini, sangat meluas dalam kalangan masyarakat. Budaya ICT sangat sinonim dengan memudahkan kerjaya dan menjimatkan masa. Oleh yang demikian, ICT dan jururawat merupakan suatu faktor peningkatan profession kejururawatan itu sendiri. Antara 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT adalah seperti berikut.
Pertama. kerajaan atau pengurusan hospital berkenaan perlu memdedahkan para jururawat menyenai kursus dalam bidang ICT seperti penggunaan system berkomputer dalam memberi jagarawatan kepada pesakit di hospital. Dimana penyimpanan data dan jagarawatan pesakit yang dilakukan telah sedia ada dalam system berkenaan dan hanya perlu tandakan yang talah dijalankan. Hal ini dapat menjimatkan masa dalam pendokumentasian dan dapat memeperuntukkan lebih masa bersama pesakit.
Kedua, menyediakan smartphone untuk setiap jururawat di hospital. Dengan adanya smartphone setiap staff nurse dapat memasukkan setiap maklumat yang berkaitan dengan jagarawatan di wad terus ke system C-het di hospital. Hal ini dapat memberi pendedahan kepada jururawat untuk mengaplikasikan pendokumentasian tanpa kertas.
Ketiga mendedahkan jururawat kepada alatan digital yang mampu memberi maklumat dan bacaan yang tepat. Contohnya seperti digital blood pressure,pulse,temperature,heart rate monitor, atau yang lebih maju ECG monitor yang akan menyimpan data terus dalam system tanpa perlu memasukkan data dalam system tersebut. Selain itu, alatan pemberi ubatan digital yang mana jururawat hanya perlu scan bar code dan mesin itu dapat mengeluarkan ubat yang tepat kepada pesakit. Hal ini dapat mengelakan berlakunya kesilapan dalam memberi ubat kepada pesakit.
Keempat, memdedahkan jururawat dengan penggunaan internet di dalam wad. Dimana penggunaan internet ini akan menjurus kepada webpages yang berkenaan dengan standard jagarawatan yang tepat seperti “Nanda’s guidelines”, kajian-kajian yang terkini dalam teknik jagarawatan yang akan menjadikan jagarawatan itu sesuatu yang berkualiti. Dengan adanya kemudahan ini secara tidak langsung dapat menjadikan jururawat itu seorang yang berpengetahuan dan cekap dalam tugasan harian. Selain daripada itu, penggunaan internet ini juga bersambung dengan perpustakaan bagi memudahkan pencarian maklumat dan ianya tepat dan sesuai digunakan.
Kelima, menyelaras program khusus yang melibatkan agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam bagi memastikan penggunaan teknologi maklumat dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kumpulan sasar. Dengan adanya program kusus yang menyeluruh ini dapat menjadikan jururawat lebih interaktif dan dapat berkongsi ilmu. Penggabungan idea yang berkesan melalui alam maya iaitu ICT dapat dipraktikkan. Dengan adanya kerjasama antara jururawat di hospital, dapat meningkatkan nilai tahap kerja masing-masing dalam setting kerjaya yang berbeza serta dapat mencapai 1 matlamat dalam memberi “care” yang terbaik buat pesakit. Kursus ini juga dapat mengeratkan sirraturrahim serta memdedahkan pesakit dengan penjagaan sepanjang hayat.
Justeru, ICT bagi jururawat adalah sangat diperlukan dalam setting hospital mahupun “community service Nursing”. Selain ia melicinkan pengurusan serta mempercepatkan carakerja jururawat, ia juga mencerminkan jururawat yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan semasa.
sekian.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeiring dengan era kemajuan ICT masakini, jururawat perlu peka dalam pembangunan teknologi dan inovasi terkini bagi meningkatkan profesion kejururawatan di mata masyarakat dunia. Dalam era global kini yang mementingkan pengetahuan ICT, jururawat perlu bersaing serta berusaha meningkatkan pengetahuan serta membudayakan ICT dalam rutin tugasan harian bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta membuatkan segala tugasan menjadi lebih lancar dan pantas. Sekiranya semua jururawat didalam sesebuah institusi itu celik ICT, ia akan meningkatkan taraf institusi itu sendiri dimata masyarakat memandangkan jururawat adalah golongan terbesar dan merupakan tulang belakang kepada sesebuah instusi kesihatan.
ReplyDeleteAntara 5 langkah yang boleh dilakukan termasuklah mewajibkan para jururawat untuk mengikuti kursus teknologi dalam bidang perubatan secara percuma. Ini akan meningkatkan kefahaman mereka tentang kepentingan ICT dalam kerjaya jururwat. Selain itu, bagi mereka yang telah menjalani kursus ICT dalam jururawat, serta telah mempraktikkan ilmu penggunaan teknologi dalam kerjayanya secara maksima bolehlah diberi ganjaran dengan memberi elaun insentif atau kenaikan gaji. Usaha ini adalah bagi menaikkan semangat para jururawat sekaligus memperkasakan penggunaan teknologi dalam kejururawatan. Antara yang lain termasuklah memberi pendedahan awal mengenai ilmu “nursing informatics” sejak dari peringkat pengajian lagi. Sebagai contoh, memberi peluang pelajar jururawat untuk menggunakan system “electronic medical record” . system ini membenarkan keputusan ujian perubatan pesakit direkod di dalam system computer, bukan lagi dengan menggunakan kertas. Langkah bijak ini akan memupuk semangat para pelajar jururawat sekaligus akan terbiasa dengan penggunaan teknologi hinggalah tiba waktu bekerja kelak. Seterusnya, kita juga boleh membuat usaha sama dari pihak kementerian kesihatan serta pihak kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan teknologi dalam perubatan di setiap wad di hospital. Antara kemudahan teknologi yang boleh disediakan termasuklah computer berserta paparan skrin sentuh untuk setiap pesakit di wad, berfungsi untuk merekod keputusan ujian perubatan pesakit seperti tekanan darah, imej scan atau x-ray. Perkara ini akan sangat membantu pihak kumpulan kesihatan untuk menyemak hasil ujian perubatan pesakit bila-bila masa dengan mudah dan tepat. Langkah terakhir yamg boleh dilakukan adalah dengan menyediakan khidmat “WIFI” secara percuma untuk setiap jururawat di kawasan wad hospital dengan kadar kelajuan yang baik. Hal ini penting bagi memudahkan jururawat membuat rujukan bagi setiap permasalahan yang timbul. Segala maklumat boleh didapati dengan segera dan tepat. Bak kata pepatah, dunia di hujung jari.
Nama sebenar : AFIFAH BINTI AZMAN
Nombor Matrik : A133867
Tahun Pengajian : TAHUN 3
Fakulti : PERUBATAN
Email : afifahajid@gmail.com
Facebook : Afifah Azman
NAMA – MOHAMAD FAHI BIN ABDUL LATIF
ReplyDeleteNO MATRIK – A134274
TAHUN – 3
FAKULTI – PERUBATAN
EMAIL – mohamad_fahmi19@yahoo.com
FACEBOOK – mohamad fahmi
langkah pertama ialah melalui peruntukan daripada kerajaan untuk menaiktaraf kemudahan teknologi di setiap hospital. Peruntukan ini melibatkan penambahbaikan teknologi berkomputer serta kemudahan kesihatan yang terkini serta perlulah mendapat galakan daripada pihak kerajaan agar sistem kesihatan di negera ini dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.. Contohnya , penggunaan komputer di setiap wad bagi setiap hospital bagi menggantikan sistem penggunaan kertas untuk mencatit maklumat kesihatan pesakit.
langkah kedua pula ialah dengan menganjurkan latihan dan kursus asas kepada staf dan jururawat mengenai penggunaan ICT yang terkini. Latihan ini meliputi kemahiran asas berkomputer dan mengaplikasikan setiap aplikasi dalam sistem teknologi terkini dalam aspek penjagaan kesihatan pesakit. Sebagai contoh , setiap peserta yang terlibat perlulah menjalani 5 sesi latihan berkenaan teknologi berasaskan kesihatan dan akan dinilai pada setiap akhir sesi bagi mengukur tahap pencapaian setiap peserta mengenai latihan yang telah dijalani.
langkah ketiga ialah menghantar sekumpulan staf mahupun jururawat ke pusat teknologi di hospital yang menggunakan sepenuhnya teknologi terkini dalam aspek penjagaan pesakit. Pendedahan ini meliputi cara penggunaan sistem ICT , mesin kesihatan yang terkini dan aplikasi sistem berkomputer yang tersusun dalam merekodkan sistem maklumat kesihatan pesakit. Contohnya , sistem ICT yang digunapakai oleh Institut Jantung Negara sesuai dijadikan contoh dan seharusnya didedahkan kepada para jururawat akan penggunaan ICT yang efektif dalam aspek kesihatan pesakit.
langkah seterusnya ialah dengan memperkenalkan subjek nursing informatics kepada para jururawat samada yang sudah bekerja mahupun yang masih belajar. Bagi yang sudah bekerja , subjek ini perlulah di masukkan ke dalam nursing continuous examination ( CNE ) , manakala yang masih belajar , subjek ini perlulah terkandung dalam subjek teras yang wajib diambil oleh setiap pelajar. Subjek ini mendedahkan kepada pelajar mahupun jururawat mengenai kepentingan teknologi dalam ilmu kejururawatan selain mengapdaptasikan sumber teknologi berkenaan dalam aspek penjagaan kesihatan. Sebagai contoh , setiap jururawat yang mengambil pengajian jarak jauh dan setiap pelajar kejururawatan tahun 3 di Universiti Kebangsaan Malaysia diwajibkan untuk mengambil subjek ini sebagai subjek teras dan perlu membina satu profil mengenai kesihatan di facebook.
langkah terakhir ialah dengan menghapuskan sistem penggunaan kertas dan memperkenalkan sistem berkomputer di setiap hospital. Dengan terhapusnya sistem, jururawat akan tidak lagi bergantung kepada penggunaan kertas untuk mencatit setiap maklumat penjagaan pesakit dan akan melatih diri untuk lebih bersedia dengan penggunaan teknologi. Sebagai contoh , sistem berkomputer yang dilaksanakan di hospital Selayang yang menggantikan sistem kertas telah membantu para jururawat untuk mahir dalam bidang ICT sekaligus mengurangkan sebarang kesalahan dalam merekodkan maklumat kesihatan.
Nama sebenar: Norshahira Binti Mustaji
ReplyDeleteNombor Matrik: A133526
Tahun Pengajian: Tahun 3
Fakulti : Perubatan
Email: shahira.mustaji@gmail.com
Facebook: shahira mustaji
Seiring dengan kemajuan teknologi ICT di dalam bidang kesihatan dan perubatan, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memastikan profesion kejururawatan mampu melahirkan staf yang celik IT.
Langkah yang pertama adalah dengan memberikan dan menyediakan kursus-kursus yang khusus berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan harian seorang jururawat. Contohnya adalah kelas atau kursus mengenai penggunaan komputer yang betul atau apa sahaja teknologi ICT yang baru diperkenalkan dalam bidang perubatan seperti mesin-mesin electrocardiogram. Melalui kursus yang disediakan ini, jururawat dapat mengendalikan dan cekap terhadap teknologi ICT disekeliling mereka.
Selain itu, sokongan daripada kementerian kesihatan dan juga dari pihak hospital itu sendiri amat memainkan peranan penting dalam melahirkan jururawat yang celik IT. Contohnya, pihak hospital atau kementerian kesihatan boleh menyediakan peruntukan, penajaan dan juga tempat untuk seminar atau kursus yang diadakan berkaitan dengan teknologi dan ICT.
Selaras dengan kemajuan teknologi terkini, penggunaan ICT yang canggih di dalam rutin kerja seorang jururawat perlu diperkenalkan dan diperkuatkuasakan kepada mereka. Contohnya seperti dokumentasi report pesakit boleh disimpan secara alam maya melalui komputer ataupun ‘ipad’ atau ‘tablet PC’ dan tidak memerlukan kertas lagi. Dengan ini, secara tidak langsung dapat menggalakkan jururawat untuk belajar dan membiasakan diri dengan teknologi yang digunakan.
Selain itu, mengadakan kerjasama dengan hospital dari luar Negara yang jauh lebih maju dan moden seperti Jepun, Korea atau Amerika Syarikat bagi mengadakan lawatan khusus ke hospital disana bagi melihat sendiri kemodenan teknologi luar Negara. Para jururawat yang terlibat bolehlah mempelajari penggunaan ICT disana agar boleh dipraktiskan di Negara kita sendiri.
Langkah yang terakhir adalah kesedaran dan juga inisiatif jururawat itu sendiri dalam kemahiran penggunaan teknologi ICT didalam bidang perubatan dan kesihatan. Walaupun pelbagai teknologi moden telah dierkenalkan dan disediakan, tanpa inisiatif jururawat itu sendiri untuk terus dan sentiasa belajar tentang sesuatu teknologi itu sendiri, jururawat yang mahir ICT tidak dapat dihasilkan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePada zaman sekarang penggunaan teknologi dalam bidang kerjaya terutama dalam bidang kejururawatan bukan sesuatu yang baru, ia telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika, Jepun dan Eropah sejak awal lagi. Seiring dengan perkembangan global teknologi maklumat, Jururawat di Malaysia perlu meningkatkan pengetahuan di dalam sistem teknologi maklumat kesihatan (health information system). Bagi memastikan para pesakit mendapat penjagaan yang berkualiti., jururawat perlu menjadikan ICT sebagai salah amalan budaya kerja mereka. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasikan staf yang celik IT adalah:
ReplyDeleteLangkah pertama adalah memberi kursus dan latihan didalam dan diluar negara kepada jururawat dalam bidang ICT terutama dalam penggunaan komputer untuk memahirkan jururawat dalam bidang teknologi maklumat dan dapat meningkatkan lagi perkhidmatan kepada pesakit, seiring dengan perkembangan global teknologi maklumat masa kini.
Langkah kedua adalah galakkan dan sokongan dari pihak kerajaan terutama pihak Kementerian kesihatan dalam menbantu menyediakan pelbagai peralatan dan kelengkapan seperti komputer, central monitor yang berteknologi tinggi, bagi memastikan tugas jururawat berjalan lancar dan efektif.
Langkah ketiga adalah kesedaran dan kemahuan jururawat itu sendiri untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang IT dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan professional jururawat, dan mewujudkan jururawat yang celik IT dan berilmu.
Langkah keempat memberi insentif kepada jururawat dengan memberi potongan dalam pembelian smartphone supaya memudahkan jururawat mengakses maklumat- maklumat pesakit dimana saja berada dan dengan ini dapat memudahkan kerja jururawat itu sendiri.
Langkah kelima adalah pemantauan yang berterusan oleh ketua jabatan dan pihak pengurusan untuk memastikan setiap peralatan seperti komputer, peralatan- peralatan lain serta sistem sentiasa berfungsi dengan baik bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dihospital.
Nama : Nazrina Binti Arshad
Nombor Matrik : A138777
Tahun Pengajian : Tahun 2,Semester II
Fakulti : Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Email : nazrina_arshad@yahoo.com.my
Facebook : Nazrina Arshad
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDewasakini, penggunaan teknologi tidak dapat disihkan dari kehidupan seharian kita. Dunia hari ini memandang faktor teknologi dan inovasi adalah kayu pengukur teras kemajuan sesebuah negara mahupun organisasi. Masakan tidak, teknologi hari ini mampu meningkatkan kualiti, produktiviti dan seumpamanya hingga ke tahap optimum. Dalam era globalisasi kini yang semakin hari semakin jauh menerobos ke arah dunia tanpa sempadan, teknologi harus menjadi salah satu komponen utama yang digunapakai oleh setiap individu dalam sesebuah organisasi tidak terkecuali bagi mereka yang berada dalam profesion kejururawatan. Tidak mustahil bagi Malaysia untuk memiliki jururawat-jururawat yang celik ICT sekiranya langkah-langkah ke arah penerapan teknologi dalam profesion mereka di ambil kira.
ReplyDeleteAntara langkah awal bagi melahirkan jururawat celik IT adalah dengan menghantar kelompok ini menghadiri kursus asas penggunaan komputer. Bunyinya seperti memperlekehkan jururawat, akan tetapi hakikatnya pada masa kini, Malaysia masih mempunyai ramai jururawat yang lebih senior dalam perkhidmatan. Penggunaan teknologi berasakan komputer pada masa kini mungkin menjadi batu penghalang utama dalam mencapai jururawat celik ICT jika kelompok ini tidak diajar tentang kaedah mengendalikan komputer.
Selain itu, institusi kesihatan harus menggunapakai sistem teknologi yang lebih maju dan terkini selari dengan peredaran semasa. Seperti contoh, pengaksesan maklumat pesakit secara atas talian (on-line) berkaitan dengan ujian-ujian kesihatan pesakit yang telah dilakukan. Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan jururawat belajar dalam mengendalikan aplikasi teknologi ini. Dengan adanya teknologi seperti ini, maklumat perubatan pesakit, rekod kesihatan lampau dan sebagainya boleh diakses sendiri dari computer tanpa perlu pergi ke bahagian Pendaftaran Pesakit. “C-Hets” adalah sistem teknologi berkomputer atas talian yang diaplikasikan di PPUKM pada masa kini yang mempunyai keupayaan mengakses seperti yang telah dinyatakan.
Tambahan daripada itu, jururawat perlu dihantar untuk menjalani latihan berkenaan sistem yang digunapakai oleh pihak hospital. Tiada sebarang makna sekiranya teknologi yang paling sofistikated dan canggih digunapakai oleh sesebuah hospital jika para jururawat tidak tahu cara bagaimana hendak menggunakannya. Pengetahuan dan teknologi perlu bergerak seiring bagi mendapatkan hasil yang lebih optimum.
Tidak tertumpu dengan itu, jururawat sendiri harus proaktif dan meneroka sendiri teknologi yang ada pada masa kini. Hal ini ekoran daripada perkembangan teknologi yang semakin bergerak ke hadapan dari hari ke hari. Jika mereka tidak mengambil inisiatif sendiri, maka sudah pasti langkah menghasilkan jururawat celik ICT akan terganggu.
Akhir sekali, satu cara yang mungkin berupaya meningkatkan lagi keupayaan jururawat untuk celik IT adalah dengan membekalkan “Tablet” atau alat seumpamanya kepada setiap staf yang bertugas pada satu-satu shif. Apabila alat teknologi sedemikian dijadikan peralatan atau kelengkapan harian yang wajib bagi menjalankan rutin wad, secara tidak langsung staf itu sendiri akan terdorong untuk membiasakan diri dengan teknologi dalam kerjaya harian mereka seterusnya peningkatkan lagi keupayaan dan pengetahuan mereka dalam dunia IT.
Nama : Muhammad Muazzam bin Jamaluddin
Nombor Matrik : A 133757
Tahun Pengajian : Tahun 3,Semester II
Fakulti : Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Email : azamj007@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/muazzamjamaluddin
(Muazzam Jamaluddin)
Langkah pertama dalam melahirkan seorang jururawat yang celik ICT ialah dengan menyediakan kursus dalam pembelajaran dan pengendalian ICT kepada semua staf di hospital terutamanya golongan jururawat tidak kira peringkat umur atau pangkat. Pihak hospital perlulah memberikan sokongan penuh terhadap proses ini seperti keperluan bagi menjalankan kursus pengajaran contohnya dalam pengumpulan dana, tempat, medium pengajaran dan sebagainya. Cara ini bukan sahaja dapat memberi galakan kepada jururawat yang memerlukan kemahiran dalam ICT malah dapat turut memperkasakan lagi kemahiran pengurusan dalam sesebuah sistem di pusat kesihatan. Sebagai contoh, sesebuah hospital boleh mewujudkan seminar atau kelas ICT bagi staff terutamanya golongan jururawat selepas waktu bekerja.
ReplyDeleteLangkah kedua ialah dengan menyelaraskan penggunaan sistem ICT di seluruh hospital atau pusat kesihatan secara menyeluruh. Ini membuatkan staff terutamanya golongan jururawat secara paksa relanya akan terikut secara tidak langsung untuk memperkasakan diri mereka dengan pengetahuan dalam pengaplikasian ICT dalam proses jaga rawatan supaya mereka tidak merasa ketinggalan. Contohnya, penggunaan aplikasi dalam talian di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu sistem CHETS di mana segala rekod pesakit dan data jaga rawatan di simpan. Golongan jururawat juga perlu didedahkan dengan sistem-sistem ICT di hospital-hospital lain supaya mereka dapat berfikiran dengan lebih terbuka dan inovatif.
Langkah ketiga dalam usaha untuk memperkasakan kemahiran ICT dalam golongan jururawat ialah dengan menjadikan kemahiran ICT sebagai salah satu kriteria penting dalam perjawatan kerjaya jururawat. Setiap jururawat baru terutamanya diwajibkan untuk memiliki kemahiran dalam penggunaan ICT sebelum mereka diterima bekerja. Ini akan mewujudkan suatu platform bagi generasi jururawat untuk lebih maju dan berdaya saing, dan seterusnya lebih intelektual dalam teknologi dan penggunaan ICT di pusat kesihatan. Generasi baru jururawat seperti pelajar kejururawatan contohnya perlu didedahkan kepada subjek-subjek yang berkaitan dengan teknologi dan inovasi sejak di peringkat awal lagi supaya timbul kesedaran awal mengenai kepentingan kemahiran tersebut di alam pekerjaan nanti.
Langkah keempat ialah dengan penyediaan gadget medikal di setiap pusat kesihatan contohnya seperti mesin tekanan darah, suhu serta nadi elektronik, paparan monitor automatik dan sebagainya di mana penggunaan kertas dikurangkan dan masalah-masalah yang berkaitan dengan proses penyimpanan secara tradisional dikurangkan melalui penggunaan alatan elektronik ini. Penyediaan alatan-alatan ini akan menggalakkan lagi para jururawat untuk lebih cenderung menggunakan dan mempelajari aplikasi teknologi dalam proses jaga rawatan pesakit. Secara tidak langsung keadaan ini akan melahirkan jururawat yang lebih celik IT.
Langkah kelima dalam mengimplementasikan hasrat untuk melahirkan jururawat yang celik ICT ialah dengan usaha kerajaan dalam memberikan rebat atau diskaun bagi para jururawat untuk mendapatkan alatan teknologi seperti laptop atau iPad untuk digunakan di tempat kerja. Selain itu, setiap hospital juga perlu diberikan bantuan ICT seperti bekalan komputer dan kemudahan internet supaya staff berasa lebih bersemangat untuk menggunakan kemudahan teknologi dalam kehidupan seharian mereka terutamanya di tempat kerja. Secara tidak langsung mereka akan terbiasa dengan penggunaan ICT, lebih mahir dan selesa dalam mengendalikan alatan elektronik dan multimedia di tempat kerja.
NAMA:NURSYAMIMI BT. MOHD KASSIM
NO.MATRIK:A134374
TAHUN PENGAJIAN :3
FAKULTI:PERUBATAN
EMAIL:mie910103@gmail.com
Facebook:Mimi Kassim
Profesyen kejururawatan bukan sahaja satu bidang yang memerlukan kepandaian seseorang untuk merancang jagarawatan kepada pesakit malah ianya bergerak seiring dengan peredararan zaman terutamanya dalam bidang ICT. Malah, para jururawat telahpun menggunakan teknologi semasa menjalankan tugas mereka di hospital dan klinik. Persoalannya, apakah langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesyen ini mampu menghasilkan staf yang celik ICT
ReplyDeletePada hemat saya, penggunaan sistem dokumentasi berasaskan komputer merupakan satu kaedah untuk melatih para jururawat untuk menggunakan teknologi sedia ada. Oleh hal yang demikian, pihak hospital boleh mewujudkan suasana “paperless environment” di mana jururawat hanya menggunakan komputer untuk laporan pesakit. Mahu ataupun tidak jururawat tersebut harus mempelajari skil menggunakan komputer lantas meningkatkan keupayaan menggunakan ICT. Hal ini akan menjimatkan masa, wang dan tenaga jururawat tersebut seterusnya masa bersama pesakit akan menjadi lama.
Selain itu, menjadikan sijil kursus komputer atau subjek berkaitan ICT sebagai syarat mandatori untuk kemasukan dalam program kejururawatan. Hal ini bertujuan untuk melahirkan jururawat yang mempunyai asas dalam bidang ICT supaya mereka dapat mengaplikasinya untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, untuk mengakses jurnal, artikel mahupun bahan kajian. Para pelajar kejururawatan terutamanya harus mempunyai kepakaran ICT untuk membuat persembahan slaid serta membuat tugasan yang diberikan.
Sesebuah institusi pendidikan ataupun pihak Kementerian Kesihatan sendiri boleh memberi kemudahan mengakses internet kepada jururawat untuk melayari laman sesawang ilmiah ketika bekerja supaya mereka dapat menambah pengetahuan untuk menjaga pesakit dengan lebih berkesan. Bukan sahaja memberikan kemudahan internet malah pihak kementerian dapat menyediakan kemudahan komputer sebagai bahan bantu pembelajaran di dalam wad. Saya percaya dengan adanya kemudahan seperti ini para jururawat dan pelajar dapat menggunakannya secara efektif.
Kursus-kursus berkaitan ICT boleh ditawarkan kepada para jururawat supaya mereka mahir dan tidak ketinggalan dalam bidang ICT. Kebiasaannya kursus-kursus yang berkaitan ICT memerlukan perbelanjaan yang besar oleh itu pihak yang bertanggungjawab bolehlah memberikan kelonggaran dalam bentuk kewangan kepada jururawat yang ingin mengambil kursus-kursus ICT ini. Sebagai contoh, kursus ICT berkaitan cara penggunaan Microsoft dan pencarian maklumat menggunakan internet. Pembelajaran secara berterusan sesungguhnya membuka peluang kepada jururawat untuk mendalami bidang ICT demi memajukan profession kejururawatan.
Langkah terakhir ialah dengan memberikan diskaun atau rebat kepada para jururawat yang ingin membeli barang berunsurkan teknologi seperti Ipad, PDA dan sebagainya. Umum mengetahui alatan teknologi memang mahal oleh itu dengan member diskaun atau rebat mungkin boleh mengurangkan beban mereka. Alatan berteknologi canggih ini kecil dan ringan lantas memudahkan seorang jururawat untuk mengakses maklumat di mana sahaja termasuk di tempat kerja.
NAMA: KAMARUL FITRI BIN MOHD ISA
NO MATRIK: A134266
TAHUN PENGAJIAN: 3, Semester 2
FAKULTI: PERUBATAN
EMAIL: fitriisa91@gmail.com
FACEBOOK: Kamarul Fitri
Dalam arus pembangunan era masa kini, seperti yang sering di perkatakan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat penting. Ia melengkapkan lagi kehidupan seharian kita. Segala maklumat yang ingin kita perolehi hanya menekannya di hujung jari sahaja. Pada pendapat saya cara-cara 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion Kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT ialah seperti berikut.
ReplyDelete1. Menjadikan sebagai Kursus Wajib yang perlu dipelajari kepada para pelatih jururawat yang akan melapor diri untuk mula bertugas sebagai Jururawat terlatih. Dengan cara berikut dapat memastikan pelajar jururawat yang akan mula bertugas dapat mengetahui dan mengenali bidang ICT dengan lebih terperinci lagi seiring dengan bidang perubatan yang sentiasa terdapat kaedah rawatan yang terkini untuk di ketahui.
2. Pihak Hospital perlu memberi penekanan penggunaan ICT dalam mendokumentasi data dan proses jagarawatan pesakit. Contonya mewajibkan para Jururawat membuat laporan pesakit, ubatan dan sebagainya melalui Komputer. Secara tidak langsung mereka akan cuba mempelajari cara penggunan komputer dan akan menjadi mahir dalam penggunaan ICT.Ia juga da[at menjimatkan dan megurangkan penggunaan kertas.
3. Memberi kursus secara berterusan kepada para jururawat dalam cara penggunaan komputer. Contonya sistem yang digunapakai di hospital seperti Chets, Medipro dan sebagainya. Jururawat yang terlibat juga perlu di beri penghargaan seperti sijil atau kenaikan gaji untuk memberi galakkan kepada mereka untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang di beri kepada pesakit.
4. Kerajaan juga perlu memberikan sokongan untuk melahirkan jururawat yang celik dalam penggunaan ICT. Contohnya Iaitu member insentif potongan harga kepada mereka semasa membeli ipad ataupun Komputer. Dengan cara ini dapat menarik minat jururawat untuk membeli dan mempelajari cara penggunaannya.
5. Jururawat perlu mempunyai sikap kesedaran dari diri sendiri untuk berubah maju kehadapan dan berdaya saing. Untuk melahirkan jururawat yang celik IT mereka perlu meningkatkan diri dalam penguasaan penggunan ICT agar tidak ketinggalan zaman selaras dengan bidang teknologi yang semakin maju. Mereka perlu berusaha untuk meningkatkan kemampuan diri agar perkhimatan rawatan kepada pesakit juga dapat di tingkatkan.
Nama sebenar : Saeiyah Binti Esa
Nombor matrik: A138774
Tahun Pengajian: Tahun 2 Semester 2 (Separuh Masa)
Fakulti: Perubatan
Email: saeiyahesa@gmail.com
Facebook: saeiyahesa@gmail.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete1. Langkah pertama memberi pendedahan penggunaan ICT kepada kakitangan jururawat seperti mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan ICT dan kursus tersebut hendaklah dilakukan secara berterusan supaya kakitangan jururawat tidak ketinggalan didalam bidang ICT. Dilakukan peringkat demi peringkat. Dan mewajidkan kursus berkaitan dengan ICT kepada setiap kakitangan supaya tiada siapa pun yang dikecualikan ini dapat memahirkan jururawat dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pesakit.
ReplyDelete2. Langkah kedua pihak hospital hendaklah menyediakan sistem dimana kesemua data-data pesakit, data-data perubatan, penyelidikan kesemuanya haruslah diselaraskan kedalam sistem computer. Dengan ini celik IT dikalangan jururawat akan berterusan setelah menghadiri kursus-kursus berkaitan dengan IT dan boleh diaplikasikan ditempat kerja.
3. Langkah ketiga pihak hospital juga hendaklah menyediakan tempat seperti bilik cyber untuk para kakitangan jururawat dapat melayari internet semasa waktu lapang contohnya hari kelapsan am, hari cuti dan sebagainya. Dengan peluang yang diberikan jururawat dapat meluangkan masa dengan melayari internet dan bantuan dari segi peruntukan dan sebagainya dari pihak tertentu contohnya KKM.
4. Langkah keempat jururawat itu sendiri perlu ada kemahuan dan daya saing untuk meningkatkan kemahiran dalam ICT untuk meningkatkan kemahiran diri dalam bidang ini.
5. Langkah kelima, semua pihak seperti ketua jabatan, pengurus jururawat dan ketua jururawat perlu sentiasa melakukan pemantauan secara berterusan untuk memastikan setiap peralatan mekanikal seperti computer sentiasa berfungsi dan sedia digunakan.Dan pihak jururawat sendiri perlu mendapat sokongan dari hospital untuk melaksanakan ICT dalam tugasan harian jururawat keatas pesakit untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Nama : suriyati sudin
1. Nombor Matrik : A 138782
2. Tahun Pengajian : 2012/2013
3. Fakulti : Fakulti Perubatan (kejururawatan)
4. Email : sue_beautystar@yahoo.com.my
5. Facebook : suriyati_sue
Nama: Nurhazwani Binti A Kadir
ReplyDeleteNombor Matrik : A134148
Tahun Pengajian : 3
Fakulti : Perubatan
Email : wanikadir@yahoo.com
Dalam era pembangunan ICT setiap bidang pekerjaan menggunakan teknologi dan inovasi sejajar dengan pembangunan dunia. Kerjaya kejururawatan juga adalah salah satu profesion yang menggunakan ICT sebagai salah satu kemudahan agar tugas-tugas jururawat lebih berkesan, tersusun, mudah dan cepat. Jururawat tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan dokumentasi-dokumentasi yang bertimbun dan masa yang ada dapat ditumpukan sepenuhnya dalam menjaga rawat pesakit. Contoh hospital yang menggunakan kemudahan ICT adalah Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya. Menyedari kelebihan ini, kebanyakkan hospital mula menggunakan ICT sebagai kemudahan dalam memberi jagarawatan kepada pesakit.
Sebelum mencapai objektif yang diinginkan, setiap jururawat haruslah celik ICT dan mampu menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin bagi memudahkan pengurusan. Oleh itu, setiap jururawat haruslah mempunyai kesedaran mengenai kepentingan ICT dalam memberikan jagarawatan yang terbaik. Seminar-seminar mengenai kepentingan ICT harus dihadiri oleh setiap jururawat agar para jururawat tidak mengambil mudah mengenai pengunaan ICT dalam menjalankan tugas. Peningkatan kesedaran ini juga dapat meningkatkan minat para jururawat untuk mengusai kemahiran ICT seterusnya keberkesanan dalam mengaplikasikan ICT dalam jagarawatan juga meningkat.
Seterusnya apabila telah ada kesedaran mengenai kepentingan ICT, kursus-kursus ICT dikalangan jururawat harus disediakan agar jururawat dapat menguasai kemahiran ICT. Kursus dan latihan perlulah secara berperingkat dan berterusan bagi memastikan jururawat dapat memahami dan menguasai apa yang diajar serta sentiasa mempunyai maklumat terbaru mengenai bidang ICT. Dengan yang demikian, jururawat akan dapat menggunakan aplikasi yang disediakan oleh pihak hospital dengan lebih berkesan.
Setiap jururawat mempunyai tahap pemahaman yang berbeza. Sesetengah jururawat dapat menguasai ICT dengan baik manakala sebahagian lagi yang kurang mahir. Oleh itu, setiap jururawat yang mahir menggunakan ICT boleh ditugaskan menjadi pemantau kepada yang tidak mahir. Ini boleh meningkatkan pemahaman jururawat yang tidak mahir kerana mereka akan berasa lebih selesa untuk bertanya dan belajar dengan rakan sekerja. Malahan ini juga dapat mengurangkan kos hospital bagi mengadakan kursus tambahan bagi mengajar jururawat yang lemah.
Pihak kerajaan juga boleh membantu meningkatkan kemahiran ICT dikalangan jururawat dengan membuka kursus melanjutkan pelajaran di dalam bidang ICT bagi para jururawat yang berminat sama ada di dalam atau di luar negara. Jururawat yang telah melanjutkan pelajaran dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha melahirkan lebih ramai jururawat lain yang celik ICT seterusnya meningkatkan lagi pembangunan ICT. Jururawat lebih faham tentang selok belok dunia kejururawatan, dengan ini mereka mampu menghasilkan teknologi atau inovasi yang mudah digunakan dan bersesuaian untuk kegunaan para jururawat.
Akhir sekali, bagi memantapkan lagi usaha melahirkan jururawat celik ICT, pihak hospital sendiri boleh berkerjasama dengan hospital dari luar negara yang jauh lebih maju dan moden seperti Australia, Jepun, Korea, atau Amerika Syarikat dengan mengadakan lawatan khusus ke hospital disana bagi melihat dan merasai sendiri tahap kemodenan teknologi mereka. Para jururawat yang terlibat boleh mempelajari penggunaan ICT disana agar boleh dipraktikkan di tanah air seterusnya membantu meningkatkan bidang ICT Malaysia.
ICT dalam bidang perubatan tidak dapat lagi disangkal keberkesanannya dan peranan penting di era kemodenan kini.Dengan adanya peralatan perubatan yang lebih canggih, kita sebagai jururawat haruslah peka terhadap penggunaan peralatan seperti ini. Ia bukan sahaja dapat memberikan perawatan dan jagarawatan yang terbaik kepada pesakit malah juga kepada organisasi kejururawatan.
ReplyDeleteLangkah pertama untuk memastikan penguasaan bidang ICT dalam bidang kejururawatan adalah dengan mendedahkan para jururawat dengan sistem-sistem atau perisian yang lazim diguna pakai di dalam hospital.Maksud mendedahkan yang telah saya nyatakan diatas adalah dengan menyaring keupayaan dan sejauh mana kefahaman para jururawat terhadap sistem yang diguna pakai.Hal ini berkaitan rapat dengan tanggungjawab ketua jururawat sebagai tunggak di setiap wad untuk mengenal pasti tahap staff masing-masing.Dengan cara ini dapatlah beliau mengambil langkah seterusnya dalam memperkasakan ICT dalam kalangan staff.
Seterusnya,untuk memperkasa ICT mahu saya sarankan disini supaya dilakukan bengkel yang berterusan. Memberikan latihan dan kursus-kursus kepada jururawat dalam bidang ICT seperti penggunaan komputer sebagai asas untuk melahirkan jururawat yang serba tahu tentang penggunaan computer dan
Perancangan jangka panjang untuk ICT hendaklah mengambil kira usaha untuk mengoptimumkan pengunaan ICT dalam kalangan jururawat di hospital.Oleh yang demikian, di sarankan untuk memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan komputer bimbit dan akses internet.Jika hospital mempunyai kakitangan yang boleh dianggap berkemahiran dalam bidang ini, amat wajarlah pihak sekolah mendapatkan perkhidmatannya untuk latihan dalaman agar jururawat dan kakitangan lain akan turut dapat menjayakan harsat mengintegrasi dan membudayakan ICT dalam tugasan mereka.
Selain itu,pihak pengurusan hospital juga perlu berusaha menyediakan kemudahan ICT yang terbaik agar jururawat dan staff dapat mengakses maklumat dengan mudah bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.Hal ini saya lihat di hospital hospital kerajaan yang lazimnya masih mengunakan sistem dokumentasi lama berbanding hospital-hospital swasta yang telah maju setapak dengan mengaplikasikan ICT dalam sistem mereka dan ternyata memberikan banyak impak yang bagus.
Akhir sekali,untuk mencapai hasrat pengunaan ICT secara menyeluruh dalam proses jagarawatan, semua jururawat harus di yakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan pengunaan ICT. Penggunaan ICT dalam bidang kejururawatan dapat meringankan beban kerja serta kekangan yang sedia wujud dalam sistem pendokumentasian tradisi yang sebelum ini hanya terhad kepada penggunaan fail dan kertas
Nama sebenar.:Nurul aini Bt Sazali
Nombor Matrik: A134631
Tahun Pengajian: Tahun 3
Fakulti : perubatan
Email : Ainisazali03@gmail.com
Facebook :Ainie Sazly
Nama sebenar : Azfanina binti Abdul Aziz
ReplyDeleteNo Matrik : A133743
Tahun Pengajian : Tahun 3
Fakulti : Perubatan
Email : azfaninaaziz@gmail.com
Facebook : Azfanina Abdul Aziz
Penggunaan ICT amat dititikberatkan atas dasar di mana kerajaan ini memastikan pengurusan maklumat dan perawatan dapat dijalankan dengan sistematik dan efisien. Antara langkah- langkah yang boleh diambil untuk memastikan bahawa profesion kejururawatan dapat melahirkan staf yang celik ICT adalah:
1. Memastikan latihan dan kursus yang mencukupi untuk memberi pendedahan kepada staf mengenai penggunaan ICT. Sesungguhnya, latihan ini harus diberikan secara intensif dan berterusan bermula dari ia mula belajar dan diteruskan sehingga zaman pekerjaan. Ini adalah kerana ICT adalah suatu bidang yang amat pesat berkembang selari dengan arus semasa.
2. Memberi insentif kepada staf. Pemberian rebat, barangan ICT percuma diberikan kepada staf adalah amat menarik minat mereka terhadap bidang ICT. Antara sebab staf tidak berminat untuk mengetahui mengenai ICT adalah ketidakmampuan mereka untuk membeli barangan ICT.
3. Mengubah polisi pengurusan hospital. Cara ini dapat dilaksanakan dengan mengarahkan satu keadaan atau ‘environment paperless’. Segala penyimpanan maklumat pesakit dan data-data lain haruslah dimasukkan ke dalam sistem hospital yang tersendiri. Sistem itu haruslah berfungsi dengan baik dan ini secara tidak langsung memerlukan seseorang itu celik dalam bidang ICT untuk mengendalikan sistem ini.
4. Kelajuan internet juga memainkan peranan. Sistem- sistem yang digunakan memerlukan talian intranet dan internet yang pantas. Ini untuk memastikan keberlangsungan kerja dapat dijalankan di tahap yang optimum
5. Kesedaran dari diri staf itu sendiri amat penting. Tanpa kesedaran bahawa bidang ICT itu amat penting untuk dikuasai, profesion kejururawatan tidak akan maju. Pengaruh rakan sekerja dan penguatkuasaan dari pihak atasan memainkan peranan yang amat penting dalam memberi pengaruh kepada semua yang terlibat.
Langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT:
ReplyDelete1. Pihak hospital berkerjasama dengan syarikat komunikasi contohnya Apple dalam menjayakan system ICT dihospital dan pada masa yang sama bagi menggalakkan pengunaan ICT dikalangan jururawat dengan cara memberikan beberapa faedah dan keistimewaan seperti pemberian diskaun bagi setiap pembelian IPAd oleh jururawat tersebut dan tempoh jaminan yang panjang pada setiap peralatan yang dibeli. Ini membolehkan mereka berminat dan memberikan keuntungan kepada mereka dengan pembelian tersebut. Pemberian dari segi diskaun ataupun ansuran bayaran bagi mengalakan pembelian dan memberi sambutan yang baik boleh menarik minat jururawat dalam penggunaan Ipad.
2. Memberi pendedahan system teknologi dikalangan jururawat dengan menaja dan menghantar mereka ke kursus-kursus IT dinegara yang berteknologi tinggi seperti Korea bagi mengalakkan dan membuka minda atau memberi pendedahan kepada mereka teknologi-teknologi terkini di negara maju. Disamping itu menyediakan sumber atau tenaga pengajar yang
3. Memastikan dan menyediakan penglibatan jururawat dalam bidang ICTdari peringkat awal lagi dimana meletakkan criteria dan mengenalpasti kompetensi ICT sebagai syarat kemasukan peringkat pendidikan dan penyelidikan. Menggabungkan kompetensi ICT dalam kurikulum prasiswazah dan siswazah serta sistem pelajaran berterusan. Menggalakkan pelajar, pengajar klinikal, pendidik kejururawatan / fakulti, dan kesihatan pustakawan sains untuk meneroka dan menilai iPad 2 sebagai sumber jururawat klinikal, potensi terhadap pendidikan pesakit, dan aplikasi produktivit secara menyeluruh.
4. Menggalakkan penggunaan ICT yang menyokong amalan kejururawatan dengan menyediakan akses kepada ICT dan peluang untuk jururawat bagi memperolehi kecekapan dalam persekitaran kerja dengan menyediakan sistem pembiayaan yang sesuai mengikut keperluan untuk penggunaan pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem kesihatan pencarian untuk sumber bahan, bagi keperluan pembelajaran, tenaga kerja semasa dan bagi mekanisme pembayaran yang mengiktiraf lawatan telekesihatan dan perundingan.
5. Membantu menyediakan individu untuk penggunaan ICT di kalangan jururawat dengan cara membiasakan penggunaan ICT semasa sesi pembelajaran di kolej-kolej kejururawatan lagi bagi mempersiapkan dan persediaan generasi semasa penyesuaian diri di tempat kerja di mana ICT, terutamanya komputer, Internet dan teknologi yang berkaitan digunapakai secara menyeluruh. Celik teknologi, atau keupayaan untuk menggunakan teknologi komunikasi maklumat dengan cekap dan berkesan, dengan itu dilihat sebagai mewakili kelebihan daya saing dalam persekitaran yang semakin globalisasi kerja celik Teknologi, bagaimanapun, pemikiran kreatif, pemikiran aras tinggi dan pemikiran yang mantap, komunikasi yang berkesan, dan produktiviti yang tinggi.
Nama: Raja Kursiah Raja Musa
Nombor Matrik: A142203
Tahun Pengajian: Tahun 3
Fakulti Perubatan
Email: kursiahmusa@yahoo.com.my
Facebook: Raja Kursiah
Assalamualaikum sir.
ReplyDeleteIni adalah 5 cadangan saya untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT:
1.Jururawat dihantar menjalani kursus IT supaya mendapat pendedahan yang lebih mendalam kerana banyak sistem di hospital mengunakan system seperti CHETS(caring hospital),OMS.Dengan adanya kursus staf akan mendapat pendedahan dan boleh menggunakan system yang ada dengan baik.
2.Pihak kerajaan dibawah kementerian kesihatan memberi rebat atau diskaun untuk pembelian ipad,telefon pintar kepada kakitangan terutama jururawat supaya mampu memiliki alatan IT dengan harga yang berpatutan.Dengan ada nya alatan ini,jururawat dapat menggunakan alatan ini dengan lebih efektif dalam tugas seharian.
3.Pihak hospital juga perlu menyediakan makmal komputer yang lengkap untuk pelajar-pelajar kejururawatan supaya dapat melahirkan jururawat yang ada ilmu dalam bidang IT.Ini adalah disebabkan profesion kejururawatan memerlukan jururawat yang celik IT bagi melancarkan tugas kerja .Contohnya pendedahan matapelajaran Nursing Informatic yang penting untuk pendedahan awal bagi pelajar kejururawatan.
4.Mengadakan kesedaran atau kempen supaya jururawat menjadi celik kepada Bidang IT.Penganjur boleh membuat aktiviti pertandingan supaya dapat mengcunkil bakat jururawat seperti presentation power point yang tercantik,dan dengan adanya aktiviti seperti ini dapat member peluang meningkatkan kemahiran staf.
5.Pihak hospital juga perlu menyediakan kelajuaan internet dengan menyediakan wireless terpantas supaya didalam wad atau melakukan kerja tidak ada gangguan untuk mengaksess,dan dapat melakukankan kerja dengan pantas.
Sekian terima Kasih.
Nama :Norma Bt.Abdul Rahim
No Matrik:A134815
Tahun Pengajian :2/Tahun 1
Email:nianorma@yahoo.com.my
Facebook:Norma Abdul Rahim
Dalam era ini, sistem teknologi amatlah penting dalam pelbagai bidang. Setiap saat dan setiap masa bagi perkara yang kita lakukan boleh mengawal dan menguasai setiap perkara dihujung jari sahaja. Dengan adanya sistem teknologi ini dapat meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan di dalam bidang perubatan.
ReplyDeleteBerikut adalah 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT.
1. Memberikan latihan dan kursus kepada jururawat di dalam bidang ICT tentang penggunaan sistem komputer. Dengan cara ini dapat mendedahkan kepada para jururawat pengggunaan komputer dan sistem informasi dengan lebih meluas. Di samping itu juga dapat meningkatkan pengetahuan dan membudayakan ICT dalam tugas harian untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit dan dapat membuatkan tugasan jururawat menjadi lebih lancar. Pihak hospital juga perlulah menghantar jururawat menjalani kursus secara berterusan dan berkala.
2. Kementerian kesihat dan pengurursan hospital perlu memberi sokongan dan galakan kepada jururawat dalam meningkatkan lagi kemahiran berkaitan ICT seperti memberi peruntukan atau memberi diskaun untuk pembelian komputer. Dengan cara ini dapat menggalakkan lagi minat jururawat untuk belajar dengan lebih banyak lagi penggunaan komputer.
3. Pihak hospital haruslah menyediakan makmal komputer yang lengkap dan komputer yang disediakan adalah mencukupi agar jururawat berpeluang menggunakan dan mempelajari ICT. Memastikan komputer yang disediakan berfungsi dan sedia digunakan.
4. Pihak hospital terutamanya pengurusan kejururawatan haruslah membuat pemantauan bagi memastikan jururawat mangaplikasikan sistem teknologi ini dengan betul, terutamanya sistem-sistem terbaru yang digunakan dihospital. Dengan cara ini akan meningkatkan lagi kecekapan dalam penjagaan dan pengurusan pesakit di hospital.
5. Jururawat haruslah peka dan mempunyai inisiatif sendiri untuk menerokai ICT dan memandang ICT satu bidang yang menyeronokkan. Di samping itu, jururawat juga haruslah mempunyai minat untuk terus belajar sepanjang hayat bagi mengaplikasikan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan ICT dalam kehidupan dan profesion jururawat.
NAMA : NORMAIZA BT MOHMAD
NO MATRIKS : A138766
TAHUN PENGAJIAN : 2012/2013
FAKULTI : PERUBATAN
E-MAIL : maiza76@yahoo.com
FACEBOOK : Normaiza Mohmad
assalamualaikum...
ReplyDeleteEkoran daripada perkembangan pesat teknologi canggih ini, ia telah menyebabkan teknologi dan penggunaan komputer menjadi penting dalam kehidupan seharian. Jururawat turut tidak terkecuali dalam mengaplikasikan teknologi serba moden ini di dalam proses perawatan dan mengaplikasikan jagarawatan ke atas pesakit di hospital. Maka, jururawat perlulah sedar bahawa komputer merupakan elemen yang sesuai dijadikan perantaraan yang berkesan dalam mempertingkatkan jagarawatan kepada pesakit kerana Jururawat pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang unik di mana para pesakit kebanyakannya terdiri daripada pesakit yang terpelajar yang mana mereka boleh mendapatkan maklumat melalui pesanan ringkas, penggunaan teknologi laman web (www), pesanan teks, pemain MP3, telefon bimbit dan juga YouTube. 5 langkah perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT:
1. Jururawat haruslah bersedia mengambil cabaran baru dan melaksanakannya di hospital. Keberkesanan perawatan kepada pesakit berasaskan teknologi maklumat merujuk kebolehan jururawat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam perawatannya serta kemampuan untuk belajar dari bahan yang disediakan. Prasarana di hospital hendaklah dipantau oleh pihak bertanggungjawab bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan jururawat. Pengetahuan dan kemahiran komputer merupakan faktor penting ke arah pembentukan sikap positif terhadap komputer yang masih kurang di kalangan jururawat. Usaha mempertingkatkan pengetahuan di kalangan jururawat perlu diperluaskan melalui kursus dan latihan yang berkesan. Peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan jururawat amat penting untuk membawa penggunaan teknologi maklumat ke bidang kejururawatan untuk mengaplikasikannya dalam memberikan perawatan terbaik kepada pesakit. Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan jururawat menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran .
2. Kesedaran para jururawat akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak membantu mereka menggunakan teknologi ini dengan efektif. Setiap jururawat perlulah sekurang-kurangnya memiliki sebuah komputer mereka sendiri kerana, teknologi maklumat berkait rapat dengan penggunaan komputer. Kerajaan perlulah memperkenalkan langkah dan menyediakan peruntukan menggalakkan seorang jururawat memiliki sekurangnya sebuah komputer seperti langkah yang telah kerajaan lakukan, sebuah keluarga mempunyai sekurangnya sebuah komputer di rumah.
3. Penyediaan prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan jururawat berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan jururawat memberikan perawatan terbaik disamping menambah pengetahuan.
4. Kerajaan perlulah membantu dalam memberikan peruntukkan sejumlah wang dalam usaha mengaplikasi teknologi ICT dalam bidang kejururawatan. Kerajaan boleh memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan dalam Kejururawatan bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping meningkatkan mutu dan kualiti kejururawatan. Matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT dan meningkatkan kemahiran ICT di kalangan jururawat. Maklumat -maklumat yang diperolehi itu sangat berguna.
5. Peranan sektor swasta banyak membantu perkembangan pengunaan ICT, kerana penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat di kalangan jururawat. Dapatlah kiranya pihak swasta menurunkan kadar bayaran untuk mengakses internet di kalangan Jururawat melalui TM-Net atau Jaring bagi mengakses internet dengan mudah.
• Nadiatul Mazwin Mohamad Isa
• A138785
• Tahun 2 Semester 2 2012/2013
• Fakulti Perubatan
• mazwin@ppukm.ukm.edu.my
• Facebook : nadiatul mazwin
Antara langkah-langkahnya adalah :
ReplyDelete1) Hospital yang menempatkan jururawat hendaklah meningkatkan sistem teknologi maklumat khas untuk kegunaan kakitangannya dengan menyediakan pengajaran secara maya bagi memudahkan kakitangan mempelajari dan menerokai ilmu dengan mudah. Contohnya jururawat ingin mencari maklumat tentang sesuatu penyakit di dalam jurnal maka dia hanya perlu ke web e-learning maka disana dia hanya perlu mengikut setiap langkah yang disediakan dengan mudah untuk mendapatkan apa juga maklumat yang dikehendaki.
2) Kemudahan untuk memperoleh maklumat telah disediakan, untuk mencapainya jururawat memerlukan peralatan komunikasi seperti telefon pintar dan sebagainya. Dengan ini jururawat boleh menggunakan alatan tersebut bagi mendapatkan maklumat dengan cepat. Jadi jururawat perlu diberi kemudahan untuk memiliki peralatan seperti telefon pintar ini dengan cara menawarkan harga mampu milik atau diskaun yang sangat hebat bagi menggalakkan jururawat membeli dan memilikinya.
3) Selain daripada itu juga makmal komputer juga perlu diwujudkan. Ini adalah untuk memberi kemudahan kepada jururawat yang tiada kemudahan alatan elektronik seperti computer untuk memgguna dan mempelajari teknologi maklumat. Di sana mereka boleh saling bertukar idea dan pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain. Dengan ini mereka akan menjadi seronok untuk mempelajari dan menguasai sistem teknologi maklumat.
4) Pengurusan teknologi maklumat di hospital juga perlu meningkatkan kepantasan /kelajuan wireless supaya ia dapat dicapai dalam jangkamasa yang singkat dan boleh menjimatkan masa serta mendapat maklumat dengan pantas. Ini akan menarik minat kakitangannya untuk menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa jemu.
5) Jururawat juga perlu didedahkan tentang bagaimana untuk menguasai ilmu berkaitan teknologi dan inovasi. Untuk tujuan ini mereka perlulah diberi peluang untuk dihantar mengikuti kursus/bengkel atau seminar ke negara-negara yang sudah maju didalam bidang ini seperti Negara Korea. Dengan menghantar mereka ke sana mungkin akan menimbulkan kesedaran kepada mereka bahawa Negara kita Malaysia masih jauh ketinggalan di dalam bidang ini dan menggalakkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menaik taraf sistem teknologi maklumat di tanah air sendiri.
Nama : Nor Liza Ismail
No Matrik : A 138769
Tahun Pengajian : Tahun 2 semester 2 (2012-2013)
Fakulti : Perubatan
E-mail : za_azli@yahoo.com
Facebook : Puan Azli
Penggunaan internet telah mengubah dan meningkatkan kualiti dalam bidang kejururawatan. Penggubahan dan pengenalan teknologi dalam bidang sains dan kejururawatan telah menjadikan persekitaran bekerja yang lebih selamat, selesa dan lancer. Perubahan teknologi telah menjanjikan penjagaan pesakit yang lebih telus dengan menyingkatkan tempoh masa untuk dokumentasi dan mengakses data dengan pantas.Komputer meningkatkan ketepatan dalam dokumentasi . penggunaan computer dan system informasi dapat membantu jururawat dalam membuat keputusan tentang pengurusan dan isu penjagaan pesakit dengan lebih terancang. Saya ingin mencadangkan 5 langkah untuk membudayakan celik IT dikalangan jururawat.
ReplyDeleteLangkah pertama ialah mengadakan kempen atau program kesedaran kepentingan ICT dikalngan staff di hospital. Program- -program ini dapat menarik perhatian mereka untuk menggunakan kemudahan ICT yang tersedia untuk mereka dengan lebih maksimun. Jururawat akan menjadikannya sebagai rutin dan mendapati dan menyedari bahawa dengan penggunaan ICT dalam bidang kejururawatan akan memudahkan proses penjagaan pesakit di hospital.
Pihak pengurusan hospital perlu menyediakan kemudahan system pengkalan data bagi penggunaan harian kakitangan seperti e-cuti, e- billing dan system maklumat pesakit. Oleh itu jururawat akan berusaha menguasai bidang teknologi ICT bagi membolehkan mereka mengakses dan menggunakan kemudahan yang disediakan. System juga perlulah sentiasa dikemaskini supaya tidak terdapat sebarang masalah kepada kakitangan.
Kita sedia maklum bahawa kerajaan telah melancarkan koridor Raya Multimedia (MCS). Program tersebut telah mewujudkan sekolah bestari, tele perubatan, penyelidikan dan pembangunan bertujuan membolehkan masyarakat menaplikasikan bidang ICT dan seterusnya melahirkan masyarakat yang maju. Kementerian Kesihatan boleh membuat pemotongan separuh harga komputer riba kepada kakitangan bagi membolehkan kakitangan menggunakan ICt dalam rutin harian mereka. Kelengkapan yang berteknologi tersebut haruslah menyeluruh dan tidak bersifat setempat seperti berada di Bandar besar sahaja.
Pihak pengurusan hospital perlu menyediakan polisi “paperless government” untuk menggalakan penggunaan ICT secara menyeluruh. Polisi ini akan mengurangkan penggunaan kertas dalam dokumentasi kepada pesakit . data pesakit seperti maklumat diri, ubatan, keputusan darah, serta pelan jagarawatan dapat direkod dalam satu sistem di hospital contohnya di PPUKM menggunakan system C-hets untuk aksess maklumat pesakit.
Penggunaan teknologi dan peralatan ICT memerlukan pengetahuan dan teknik –teknik yang betul untuk memastikan kemudahan teknologi tersebut dapat digunakan sepenuhnya. Pembelanjaran secara formal dan informal perlu diadakan untuk pengguna- pengguna baru. Pihak pengurusan perlu menggalakan staff pergi menghadiri kelas latihan computer seperti member kelepasan kepaad staff yang ingin menghadiri kelas tersebut. Pemberian sijil juga dapat menggalakan penyertaan kakitangan dan semua pihak.
Nama : SITI ROHAYA BINTI AWANG
Nombor Matrik : A 138768
Tahun Pengajian : 2012/2013
Fakulti : Fakulti Perubatan (kejururawatan)
Email : Ctrohaya78@yahoo.com.my
Facebook : Ctiey_78@yahoo.com
Maklumat Pelajar
ReplyDeleteNama : Tan Zhen Yi
Nombor Matrik : A133394
Tahun Pengajian : Tahun 3
Fakulti : Perubatan
Email : zhen.yi90@hotmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/zhenyi1990 (Tan Zhen Yi)
Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT.
1. Pada pendapat saya, cara yang paling berkesan untuk menghasilkan staff yang celik ICT adalah melalui kursus. Dengan adanya tunjuk ajar dan latihan daripada pakar ICT. Jururawat akan dapat maklumat ICT yang terkini dan tepat sekali. Kursus dan latihan perlu dijalankan secara berterusan, dalam keadaan yang selesa dan bersesuaian contohnya makmal komputer yang dapat membekalkan latihan secara on-the-spot.
2. Selain itu, kementerian kesihatan dan jabatan kejururawatan haruslah memberi subsidi kepada staff jururawat Subsidi itu boleh dalam bentuk kewangan contohnya elaun pembelian barang ICT ataupun dalam bentuk kebendaan contohnya setiap staff akan dibekalkan computer atau smartphone untuk kegunaan dalam semasa bekerja. Keadaan ini dapat menggalakkan staff untuk menggunakan gajet ICT dalam penggunaan seharian untuk membiasakan staff untuk menggunakan bahan ICT. mereka dapat menggunakan kearah profession kesihatan dan juga dapat terus mengaplikasikan apa yang mereka pelajari daripada kursus-kursus yang disediakan.
3. Bak kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. lagi senang sesuatu kemahiran dipelajari sejak muda. Ini termasuklah ICT. Oleh itu, pengajar kolej atau universiti haruslah memasukkan kursus ICT dalam kurikulum kejururawatan contohnya kursus teknologi innovasi, nursing informatic dan sebagainya. Kalau jururawat itu dapat belajar sejak peringkat pejajar kejururawatan, Selepas tamat pelajaran dan bekerja, kami akan dapat menghasilkan generasi jururawat yang celik ICT.
4. Seterusnya, ganjaran haruslah diberikan kepada staff yang meletakkan usaha untuk mendalami pembelajaran ICT (contohnya mengambil tindakan proaktif untuk menyertai kursus ICT dan rela melibatkan diri dalam usaha penambahbaikan sistem komputer hospital) dan juga staff yang celik ICT. Ganjaran boleh dalam bentuk sijil penghargaan, peluang naik pangkat atau naik gaji dan sebagainya. pada mereka yang meletakkan usaha medalami bidang ICT.
5. Akhirnya, pengajar jururawat haruslah menggalakkan para pelajarnya untuk mendalami pengaplikasi ICT dalam pelajaran seharian. Contohnya mempelbagaikan cara pembelajaran dengan penggunaan powerpoint dalam pembentangan kerja kursus, memasukkan semua announcement, pesanan dan assignment dalam sistem computer, facebook, melalui e-mail dan sebagainya. Keadaan ini dapat membantu student jururawat dan juga pengajar untuk mempraktikkan ICT setiap hari. Dalam jangka masa pangang akan dapat menghasilkan staff yang celik ICT.
Sekian.
Kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan ict amat penting di dalam semua servis perkhidmatan awam maupun di dalam sector swasta.Begitu jugalah dalam sektor perindustrian perubatan penggunaan ict amat berleluasa untuk mempercepatkan semua proses dan penambahbaikan perkhidmaran terhadap pelanggan.Pelanggan terutamanya pesakit di zaman yang serba moden dan maju amat menitik beratkan terhadap servis yang mereka perolehi .Mereka akan mengajukan ketidakpuasan terhadap servis sesebuah organisasi ataupun mereka akan memerhati dan membuat perbandingan diantara sesebuah jabatan dengan jabatan lain.Respon ini menyebabkan semua jabatan akan bersaing secara sihat untuk memperbaiki serta membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan dan layanan yang diberi.
ReplyDeleteUntuk mencapai tahap kepuasan pelanggan di dalam perkhidmatan perubatan ,jururawat juga hendaklah meningkatakan kemahiran dan pengetahuan di dalam bidang ict dengan pelbagai langkah yang di sarankan oleh kerajaan ataupun dengan usaha sendiri.
Diantara 5 lagkah yang dicadangkan untuk meningkatkan bidang innovasi dan kreatif teknologi ialah , memberikan latihan dan kursus-kursus kepada jururawat dalam bidang ICT seperti penggunaan komputer ataupun jadikan module teknologi kreatif dan innovasi adalah subjek wajib diambil semasa diploma ataupun ijazah kejururawatan.Pelajaran ini akan memahirkan jururawat dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pesakit.
Kementerian Kesihatan perlu memberi sokongan dan galakkan kepada jururawat dalam melibatkan jururawat dan meningkatkan kemahiran berkaitan ICT seperti bantuan dari segi peruntukan dan sebagainya.Salah satunya menghantar jururawat yang tidak mahir penggunaan ict mengikuti kursus dan ‘refresh, kursus ict mengikut masa ke semasa.Ini kerana bidang ict semakin berubah dan semakin berbeza mengikut arus pembangunan dan kemodenan.Contohnya di zaman era 80 an,data di simpan dalam disket tetapi sekarang data disimpan didalam pendrive.
Jururawat sendiri perlu ada kemahuan dan daya saing untuk meningkatkan kemahiran dalam ICT untuk meningkatkan kemahiran diri dalam bidang ini.Jururawat hendaklah korbankan sedikit wang ringgit dan masa lapang untuk mengikuti pelbagai kursus ict yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di zaman it sekarang.
Semua pihak seperti ketua jabatan, pengurus jururawat dan ketua jururawat perlu sentiasa melakukan pemantauan secara berterusan untuk memastikan setiap peralatan mekanikal seperti computer sentiasa berfungsi dan sedia digunakan.Malah hendaklah sentiasa buka minda dengan kecanggihan dan kemodenan gadget-gadget yang terdapat di pasaran.
Pihak jururawat sendiri perlu mendapat sokongan dari hospital untuk melaksanakan ICT dalam tugasan harian jururawat keatas pesakit untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Nama : Hanisah Binti Shaib
1. Nombor Matrik : A138765
2. Tahun Pengajian : 2011/2014
3. Fakulti : Fakulti Perubatan (kejururawatan)
4. Email : hanisah.shaib@yahoo.com
5. Facebook : Hanisah sahib