Monday, October 7, 2013

GD1123 PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT SEM 1 2013/2014. PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025





Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran.

         Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui

         Berdasarkan maklumat di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan perlaksanaan PPPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.
 
         Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-

1. Nama sebenar.
2. Nombor Matrik
3. Tahun Pengajian
4. Fakulti
5. Email
6. Facebook
7. Postkan perbincangan anda sebelum 22 Okt 2013.

Sunday, April 28, 2013

GD1123 PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT SEM 2 2012-2013 : PENDIDIKAN NON FORMAL




Peranan sekolah sebagai salah sebuah agen perubahan sosial amat besar sumbangannya dalam komuniti masyarakat di bandar mahu pun luar bandar, tidak kira sekolah bestari mahu pun yang belum mendapat status bestari .

         Pembelajaran tidak semestinya secara formal malah ada kalanya yang secara non-formal lebih banyak meninggalkan kesan di hati para pelajar. Contohnya pembelajaran berdasarkan pengalaman banyak meninggalkan ingatan jangka panjang kepada pelajar kerana ia bersifat hands on dan mereka pernah terlibat dengan situasi tersebut seperti banjir, kemarau, tanah runtuh dan sebagainya.

    Berdasarkan peristiwa di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan sekolah sebagai salah sebuah agen sosialisasi dapat dipertingkatkan. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.
Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
1. Nama sebenar.
2. Nombor Matrik
3. Tahun Pengajian
4. Fakulti
5. Email
6. Facebook
7. Sertakan 5 youtube (url sahaja) yang menggambarkan sekolah sebagai agen sosialisasi.
7. Postkan perbincangan anda sebelum 13 Mei 2013.

Friday, April 26, 2013

QKS2120 SEM 2 2012 - 2013 KELEBIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR


Keunikan permainan bola tampar  adalah semua pemain boleh memainkan peranan yang sama kecuali Libero. Setiap pemain akan bergilir-gilir melakukan servis dan juga boleh bertindak sebagai pengumpan dan perejam. Berbeza dengan permainan lain seperti bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan sebagainya hanya pemain yang sama akan memainkan peranan sebagai, penjaga gol, penjaring gol atau tekong.

Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB). Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
  1. Nama sebenar.
  2. Nombor Matrik
  3. Tahun Pengajian
  4. Fakulti
  5. Email
  6. Facebook
  7. 5 url youtube berkaitan sukan bola tampar (sertakan 5 website youtube)
  8. Hantar sebelum 15 Mei 2013


Friday, April 19, 2013

GE6453 PENGELUARAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN SEM 2 2012-2013



Edgar Dale menerusi teorinya “Kon Pengalaman Dale” menjelaskan bahawa faktor pengalaman adalah yang terpenting dalam penguasaan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia diperkukuhkan lagi dengan mengintergrasi peralatan teknologi sebagai medium di antara guru dan pelajar bagi memudahkan proses penyampaian dan penerimaan.

Bagi merealisasikan kombinasi antara pengalaman guru sebagai pelajar dan pengajar dengan peralatan berteknologi tentu mampu membuahkan suatu proses yang dapat menyalurkan pengetahuan dan pemahaman pelajar di tahap yang tinggi.  

Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 7 strategi yang perlu dilakukan untuk membantu guru-guru menghasilkan pengeluaran dan penggunaan media pengajaran. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (7-9 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
  1. Nama sebenar.
  2. Nombor Matrik
  3. Tahun Pengajian
  4. Fakulti
  5. Email
  6. Facebook
  7. url youtube Promosi dan Pasaran Teknologi Maklumat (5 address youtube)