Friday, April 26, 2013

QKS2120 SEM 2 2012 - 2013 KELEBIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR


Keunikan permainan bola tampar  adalah semua pemain boleh memainkan peranan yang sama kecuali Libero. Setiap pemain akan bergilir-gilir melakukan servis dan juga boleh bertindak sebagai pengumpan dan perejam. Berbeza dengan permainan lain seperti bola sepak, bola jaring, sepak takraw dan sebagainya hanya pemain yang sama akan memainkan peranan sebagai, penjaga gol, penjaring gol atau tekong.

Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB). Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
  1. Nama sebenar.
  2. Nombor Matrik
  3. Tahun Pengajian
  4. Fakulti
  5. Email
  6. Facebook
  7. 5 url youtube berkaitan sukan bola tampar (sertakan 5 website youtube)
  8. Hantar sebelum 15 Mei 2013


35 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukan bola tampar semakin dikenali, digemari dan disukai di seluruh dunia. Hal ini kerana terdapat banyak sebab yang membuatkan seseorang itu jatuh cinta dengan sukan bola tampar. Antaranya ialah sukan bola tampar dapat melatih semangat berpasukan, semangat kerjasama, semangat setiakawan, mengawal stress serta dapat menyihatkan tubuh badan. Semua nilai tambah ini menyebabkan pelajar tertarik dan jatuh cinta dengan sukan bola tampar.

      Perkara pertama yang membuatkan seseorang jatuh cinta dengan sukan bola tampar ialah sukan bola tampar melatih semangat berpasukan. Hal ini kerana di dalam permainan bola tampar semua ahli pasukan memainkan peranan masing-masing. Sebagai contoh dalam keadaan untuk menerima servis daripada pihak lawan semua ahli pasukan bersedia untuk menyangga bola supaya pengumpan dapat mengumpan bola kepada perejam untuk mematikan servis tersebut. Jikalau ahli lain tidak bekerjasama untuk menyangga bola tersebut sudah pasti pihak lawan akan mendapatkan mata. Konklusinya, sukan bola tampar dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan rakan sepasukan.

      Perkara kedua yang membuatkan seseorang jatuh cinta dengan sukan bola tampar ialah sukan bola tampar melatih semangat kerjasama. Dalam permainan bola tampar kerjasama amat penting. Sebagai contoh, apabila pihak lawan merejam bola, tiga orang ahli pasukan hendaklah melompat bersama untuk menghadang bola tersebut daripada masuk, manakala tiga pemain lain hendaklah bersedia untuk menyangga bola rejaman pihak lawan untuk memastikan pihak lawan tidak mendapat mata. Konklusinya, sukan bola tampar dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan rakan sepasukan.

      Perkara ketiga yang membuatkan seseorang jatuh cinta dengan sukan bola tampar ialah sukan bola tampar melatih semangat setiakawan. Dalam setiap sukan jika kepercayaan terhadap ahli sepasukan yang lain tidak kukuh maka pasukan itu mudah dikalahkan. Sebagai contoh, jika seorang penggumpan tidak yakin dengan perejam untuk membuat rejaman dengan baik sudah pasti dia tidak akan mengumpaan bola kepada perejam tersebut. Impaknya, tiada serangan dapat dilakukan. Konklusinya, sukan bola tampar dapat memupuk semangat setiakawan dalam kalangan rakan sepasukan.

      Perkara keempat yang membuatkan seseorang jatuh cinta dengan sukan bola tampar ialah sukan bola tampar melatih pemain mengawal stress. Stress amat penting sebagai pemangkin untuk meningkaatkaan taahap prestasi seseorang tetapi stress yang berlebihan dapat memudaratkan. Dalam permainan bola tampar pemain dapat merasai stress daaripada pihak lawan dan penyokong lawan. Jika bermain bola tampar secara kerap maka pemain dapat mengawal perasaan stress tersebut. Bak kata pepatah alah bias tegal biasa. Konklusinya, sukan bola tampar dapat melatih pemain mengawal stress.

      Perkara kelima yang membuatkan seseorang jatuh cinta dengan sukan bola tampar ialah sukan bola tampar menyihatkan tubuh badan. Semua sukan dapat menyihatkan tubuh badan jika dilakukan dengan cara yang betul. Dalam sukan bola tampar pelajar dapat menyihatkan tubuh badan dengan mudah dan kurang risiko untuk cedera. Sebagai contoh pemain hanya perlu bergerak dalam gelanggang yang berukukan 18 meter panjang dan 9 meter lebar berbanding permainan bola sepak dan ragbi yang jauh lebih memenatkan dan berisiko.

      Kesimpulannya, sukan bola tampar dapat menarik ramai pelajar untuk mempelajari cara-cara bermainnya kerana sukan bola tampar dapat melatih semangat berpasukan, semangat kerjasama, semangat setiakawan, mengawal stress serta dapat menyihatkan tubuh badan. Semua nilai tambah ini menyebabkan pelajar tertarik dan jatuh cinta dengan sukan bola tampar.

      http://www.youtube.com/watch?v=LYxBiD_Lp2g
      http://www.youtube.com/watch?v=GhlHRFlkz0E
      http://www.youtube.com/watch?v=VRWOTjrac88
      http://www.youtube.com/watch?v=udffj9KYqgo
      http://www.youtube.com/watch?v=sWbsKgVXtM0
      http://www.youtube.com/watch?v=BwaU_ZqzL84
      Nama: Muhammad Norhaffis Bin Mustafa
      Matrik:164269
      Tahun:2
      Fakulti: Sains
      Email: haffis_92@yahoo.com
      Facebook: haffismustafa@yahoo.com

      Delete
    2. Tahniah Sdr Hafizmenjadipelajar pertama post tugasan diblog ini. Semoga terus terkehadapan dalam apa jua bidang yang dilakukan.

      Delete
  2. Sukan bola tampar adalah salah satu sukan yang unik.Sukan ini memberi kesan yang sungguh mendalam serta tidak diduga di seluruh dunia. Permainan bola tampar pada hari ini dimainkan dengan cara yang amat berbeza daripada permainan asalnya yang telah diciptakan sejak lebih kurun yang lalu.
    Cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat pelajar dalam sukan ini ialah menyediakan peralatan yang cukup dan tempat yang sesuai. Dengan adanya peralatan yang cukup dan tempat yang sesuai secara tidak langsung boleh memberi motivasi baru dan menaikkan semangat pemain. Sebagai contohnya, jika peralatan yang sepatutnya digunakan seperti bola dan jaring tidak cukup, pelajar tidak dapat membuat latihan yang cukup kerana terpaksa menunggu rakan yang sedang menggunakan bola.Hal ini boleh menjatuhkan minat untuk belajar sekaligus bermain bola tampar.
    Selain itu,cara untuk mempopularkan sukan ini di Malaysia ialah dengan memberi penekanan di peringkat sekolah.Program perkembangan bola tampar dan kejohanan kebangsaan bola tampar yang berjaya telah diperkenalkan dan dilaksanakan. Hasilnya, permainan bola tampar mini (bawah 12 tahun) diperkenalkan. Permainan bola tampar juga adalah merupakan salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
    Jurulatih juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat pelajar dalam sukan bola tampar ini. Jurulatih perlu tahu akan cara-cara untuk mempersembahkan aktiviti-aktiviti yang kretif supaya pelajar lebih seronok dan tidak berasa bosan. Jurulatih boleh mengeluarkan pujian ringkas kepada pemain selepas satu aktiviti yang berjaya untuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan mereka sendiri.
    Majalah sukan juga penting kerana boleh memberi informasi tentang sukan-sukan terutamanya sukan bola tampar. Dengan membaca majalah sukan, pelajar dapat memperoleh maklumat dan perkembangan terkini dalam bidang sukan bola tampar. Sebagai contohnya, majalah sukan akan memaparkan kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa. Pelajar akan menjadikan atlet-atlet ini sebagai idola mereka kerana berkeinginan menjadi seperti mereka. Hal ini seterusnya dapat mencetuskan semangat mereka dalam bidang sukan dan memberikan motivasi yang tinggi sekaligus menarik minat mereka dalam sukan unik ini.
    Selain itu, sukan ini akan lebih cepat popular jika diperkenalkan dalam bentuk karya komik atau animasi seperti sukan bola keranjang yang diperkenalkan dalam animasi Slam Dunk dan tenis dalam animasi Prince of Tennis. Golongan muda sangat menggemari siri-siri animasi seperti ini dan sudah pasti sesiapa yang mengikuti siri animasi bola tampar yang disiarkan akan memasang keinginan untuk beraksi seperti watak-watak dalam animasi tersebut. Sebagai contohnya, animasi 'ANAK-ANAK SIDEK' dalam bidang sukan badminton telah mempengaruhi kanak-kanak untuk menanam minat dalam sukan ini.
    Kesimpulannya, minat sukan bola tampar boleh dipupuk dan kemahiran pelajar boleh diasah. Kerana masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri. Bak kata pepatah "kalau tidak dipecah ruyung,manakan dapat sagunya". Sebagai sebuah pasukan setiap pemain perlu bekerjasama,cepat dan bijak membuat keputusan ketika berhadapan dengan pihak lawan. Pengetahuan berkaitan permainan bola tampar akan melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi dan membentuk sikap pemain yang berdisiplin dan beretika. Akhir kata, " nak seribu daya, tak nak seribu dalih".

    http://www.youtube.com/watch?v=gT35PHYO7rE
    http://www.youtube.com/watch?v=CdHqjLvT4ZQ
    http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=IlI434m5qjI
    http://www.youtube.com/watch?v=EAZW3t0QWqw
    http://www.youtube.com/watch?v=dhOcVBuANAE

    Nama sebenar: NUR HASYIMAH BINTI MOHAMAD ROHMAN
    Nombor Matrik : 169556
    Tahun Pengajian:TAHUN (1) 2012/2013
    Fakulti: FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
    Email : syima5646@gmail.com
    Facebook : syimacomel_sya@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Volleyball is one of the sports compete in Olympic and the sports that I like. Volleyball is play in a team and not individual like badminton, squash. So, team spirit is very important in the game. Everyone play their role in helping their team to win a game. I like volleyball is because I like to see player spiking. When I see a game, I like to see player spiking.Now,I want to tell everyone why people should like and involve in volleyball.

    First,volleyball is not a body contact sports like basketball, football. So, player is not easy to injured unless some accident.People can play volleyball safely and enjoy the game.Most harass problem for a sports player is injured.They can not play a game maybe a month,or more seriously a year or totally can not play a game already.For example,the basketball player Yao Ming leave the basketball career because of injury.

    Second,people can build a strong team spirit among team players.A good relationship among team members will make the team stronger and not easily beat by opponent.For example,if all the members of a team is a good friends,they may know each other well and knowing their friend's playing style.This will make the team stronger. Volleyball need a lot of training,so people have a lot of chance to meet with team members.The friendship will be stronger and this friends may be helping you in your future.

    Third,through volleyball games,one can learn the volleyball skill like spiking,digging,service,setting and blocking.After master the skill,we can learn to think how to use our team strength to beat opponent.We need to learn the strength and weakness of opponent so that we can plan a suitable strategy to win the game.For example,if a team have a good spiker but do not have good blocker,they can plan to create more oppurtunity for their team to spike rather than block.

    Fourth,one can learn self discipline through participate in volleyball club.Volleyball sports is a team sports.Every player is important include the reserve player.For example,if a player come late during competition,he or she will influence the whole team spirit and the team may be lose.Self discipline is the important element in our life and career.So,participate in volleyball club is a good chance for you to build up your self discipline.

    Last,the important is volleyball sports can make you healthy.Every sports is good for our health including volleyball.Volleyball also can be a recreational activity that can help a person reduce stress.Volleyball is among the choice for you because we can relax our body,muscle and mind through this activity.For example,if I feel stress,I will play volleyball with friend and this help me reduce my stress.

    If you want to be healthy,make more friends,learn a skill and strategy or build up self dicipline,volleyball is your choice and you will find more benefits and fun besides that I mentioned above.Participate in sports when you are young.It is a good investment for your future.Do not waste your time as a youth.Participate as more activity as you can and you will find the benefits and fun through it.

    Nama sebenar: LIM BOON JIAT
    Nombor matrik: 168619
    Tahun pengajian:Tahun 1 Semester2
    Fakulti: Fakulti Ekologi Manusia
    Email: limboonjiat@gmail.com
    Facebook:ajet91@hotmail.com

    https://www.youtube.com/watch?v=p0Y9LNRC5kQ
    https://www.youtube.com/watch?v=zETP8nCymI0
    https://www.youtube.com/watch?v=_Sj-z89djvo
    https://www.youtube.com/watch?v=_nnGRfdY1ys
    https://www.youtube.com/watch?v=MdsYgTyoLbI

    ReplyDelete
  4. Bola tampar merupakan satu permainan yang sangat unik dan menarik untuk dipelajari.Ia merupakan satu kepuasan dan keseronokan jika dapat menguasai permainan ini.Rata-rata pemain yang mahir dalam bola tampar mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka jatuh cinta dengan permainan bola tampar.
    Antara sebab yang boleh membuatkan seseorang itu sangat berminat dengan bola tampar ialah permainan ini dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan.Contohnya,jika melakukan kemahiran bola tampar seperti ‘serving’,pemain tersebut haruslah yakin untuk melakukan kemahiran ‘serving’ dengan cara yang betul.Oleh itu,keyakinan diri dapat ditingkatkan melalui permainan ini serta pemain dapat sejauh mana tahap keyakinan yang ada dalam diri mereka dan juga boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
    Selain itu,bola tampar dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mental seseorang pemain.Hal ini kerana permainan ini sangat memerlukan kecergasan fizikal dan mental yang kuat.Sebagai contoh,seseorang pemain haruslah mempunyai kekuatan tangan untuk melakukan kemahiran seperti ‘digging’ dan ‘serving’.Tanpa kekuatan tangan,seseorang pemain tidak boleh melakukan kemahiran tersebut dengan betul dan pemain tersebut mudah mengalami kecederaan.Selain itu,dari segi kekuatan mental,seseorang pemain haruslah pandai mengawal emosi semasa bermain bola tampar supaya pemain tersebut dapat fokus dalam permainan tersebut.
    Di samping itu,permainan ini dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin dalam melakukan sesuatu tindakan.Melalui permainan bola tampar ini,seseorang pemain dapat membuktikan bahawa dia adalah seorang yang berdisiplin atau tidak.Sebagai contoh,seseorang pemain mesti mempunyai disiplin dari segi masa.Pemain tidak seharusnya lewat menghadiri latihan bola tampar kerana ia akan mengganggu pemain yang lain yang datang awal untuk melakukan latihan.Oleh itu,disiplin sangat penting bagi pemain dan ia juga dapat mengajar pemain supaya bukan sahaja disiplin dapat dipraktikkan dalam permainan ini,malah dalam kehidupan seharian.
    Permainan bola tampar juga dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang mantap.Hal ini kerana kemahiran ini sangat penting dalam permainan bola tampar.Contohnya,semasa dalam permainan,pemain haruslah bijak mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi sama ada lisan atau bukan lisan supaya pasukan tersebut dapat memahami dan dapat menjangka apa yang akan dilakukan seterusnya.Selain itu,komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan lagi hubungan antara jurulatih dan anak buahnya dan hubungan yang erat antara ahli pasukan.Dengan itu,permainan ini akan menjadi seronok dan tidak akan berlakunya perselisihan faham antara pemain.
    Selain itu,pengalaman baru dapat diperolehi oleh pelajar melalui permainan ini.Hal ini kerana kemahiran –kemahiran yang dipelajari dalam bola tampar memberikan suatu pengalaman baru yang tiada dalam permainan yang lain.Sebagai contoh,kemahiran seperti kemahiran menyangga iaitu kemahiran menerima dan menghantar menggunakan kedua-dua belah tangan dan juga kemahiran merejam yang merupakan kemahiran memukul bola secara kencang ke gelanggang pihak lawan.Banyak lagi kemahiran-kemahiran yang unik yang dapat dipelajari.
    Nama sebenar:NUR FATIHAH BT OTHMAN
    No matrik:168540
    Tahun Pengajian:Tahun 1
    Fakulti:Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
    Email:teyha7593@gmail.com
    Facebook:nurfatihah.othman@yahoo.com
    5 website youtube:
    http://www.youtube.com/watch?v=4gHjujpAzv4
    http://www.youtube.com/watch?v=AEps7zPYZHQ
    http://www.youtube.com/watch?v=Pb70XgDAlEc
    http://www.youtube.com/watch?v=p0Y9LNRC5kQ
    http://www.youtube.com/watch?v=2pI367Azbqo

    ReplyDelete
  5. Bola tampar merupakan satu sukan di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan yang lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau gagal mengembalikanbila dengan betul.
    Bola tampar bukan sahaja untuk pertandingan malah untuk kecerdasan dan riadah. Permainan ini terkenal di seluruh dunia kerana ia adalah sukan untuk semua; untuk orang ramai termasuk orang yangcacat anggotanya. Permainan ini boleh dimainkandi mana-mana sahaja; di taman , di tepi pantai atau di kawasan lapang. Bola tampar merupakan permainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan dengan itu mengurangkan kecederaaan individu dan menambahkan keseronokan bermain.
    Antara cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB) ialah menyediakan peralatan sukan bola tampar yang lengkap. Sekiranya memiliki pelajar memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bermain bola tampar. Contohnya, menyediakan peralatan sukan yang berkaitan dengan bidang sukan yang diceburi iaitu bola tampar, gelanggang bola tampar, jaring bola tampar dan kemudahan yang lain berkaitan. Oleh yang sedemikian, minat para pelajar terhadap permainan bola tampar dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang lengkap dan sesuai disediakan. Seterusnya mereka diharapkan dapat melakar kemenangan seterusnya mengharumkan nama pusat pengajian mereka.
    Selain itu, melalui peranan media massa seperti majalah sukan yang menyediakan ruang tentang permainan bola tampar beserta kebaikannya. Hal ini dapat memupuk minat dalam bola tampar. Ruangan tersebut hendaklah menyatakan kebaikan bola tampar seperti permainan bola tampar memberi kecerdasan fizikal mahupun mental. Dengan itu, pelajar dapat mengetahui dengan lebih meluas tentang permainan bola tampar. Mereka dapat mengembangkan pengetahuan sukan bola tampar menerusi majalah-majalah sukan bola tampar tersebut. Secara tidak langsung, pelajar tidak akan merasa kekok apabila mengambil kursus kokurikulum bola tampar kerana mereka sudah mendapat maklumat yang lengkap tentang permainan bola tampar.
    Seterusnya, memperbanyakkan penganjuran pertandingan bola tampar. Dengan ini, pelajar akan mengambil langkah awal untuk memilih kursus kokurikulum berkredit bola tampar supaya dapat mempelajari kemahiran-kemahiran asas bola tampar seperti ‘servis’, ‘digging’, ‘setting’ dan kemahiran asas yang lain lagi. Dengan adanya kemahiran tersebut, pelajar akan lebih berkeyakinan untuk bertanding dalam sukan bola tampar.


    Cara yang keempat ialah melalui peranan jurulatih bola tampar. Jurulatih tersebut hendaklah mempelbagaikan aktiviti dan kreatif sepanjang kelas kokurikulum berlangsung supaya pelajar tidak merasa bosan dan menaikkan lagi minat mereka terhadap sukan bola tampar. Secara tidak langsung,ini akan menarik lebih ramai pelajar memilih kursus kokurikulum ini kerana aktiviti yang pelbagai dan menarik melalui komunikasi antara pelajar yang sudah mengambil kokurikulum sukan bola tampar dengan yang akan mengambil kursus kokurikulum berkredit.
    Akhir sekali, untuk menarik minat pelajar supaya memilih bola tampar sebagai kursus kokurikulum berkredit ialah dengan memberi galakan padu. Galakan yang sedenikian akan melahirkan minat pelajar terhadap sukan bola tampar. Galakan ini boleh diberikan dengan menyatakan kebaikan dan keseronokan bermain bola tampar.

    NAMA: LIZZELA YUGAS
    NOMBOR MATRIK: 169586
    TAHUN PENGAJIAN: PERTAMA
    FAKULTI: FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
    EMAIL: allezzil39@gmail.com
    FACEBOOK: lizzelabarny@yahoo.com


    http://www.youtube.com/watch?v=GhlHRFlkz0E&noredirect=1
    http://www.youtube.com/watch?v=yXSFNSPikL4
    http://www.youtube.com/watch?v=tpiRMQwhH30&list=PLCBE6AECC1BD12F2C
    http://www.youtube.com/watch?v=MS_fGg8pGWQ
    http://www.youtube.com/watch?v=2pI367Azbqo

    ReplyDelete
  6. Volleyball is said to be unique than any other sports because of the player’s position in the court. All the players can be in any position and can have any role to play except for a Libero. In the same context, volleyball can induced good effects on its player. It can bring out the sportsmanship in a person or even work out the team spirit in a player. There are many ways to promote this one of a kind sport to students.

    One of it is to promote the sport through the mass media. As of right now, we are living in the technology era. Thus, we should aired more volleyball- related programs on television or even through the internet. We should produce programs that can show the difference in volleyball that can attract people. Other than that, we can also insert the sport’s information in the university press so that the students can be updated about volleyball.

    Furthermore, the university has to make sure the facilities are provided such as a proper court with a net and the volleyball itself. A complete facility around the campus can ease the students to train themselves in volleyball. So, they can play volleyball not just in class but also after the class ended.

    Thirdly, the university should produce countless of volleyball competition so that students can see how it is played in the real game. Within the competition itself, the players can adapt themselves to the real game. It can also help the students to be familiar with a sport called volleyball. Watching a real game can fascinate students to play the sport.

    Another way is within the class itself which is the facilitator of the course. They have to have the knowledge and be an expert in this sport. Other than that, they have to make the class as fun and as productive so that the students won’t be bored with the sport and in the same time, they can acquire skill that are needed in volleyball.

    Lastly, one way to develop an interest in student is by starting early. Thus, the government should include the sport in syllabus in schools for their physical education classes. With that, the students can familiarize with the sport in early age and then developed the interest in playing volleyball.

    In a nutshell, there are many ways to promote volleyball to students. What’s left after that is depend on the students themselves whether they are interest in taking the course or not. All in all, playing volleyball has its perks in many ways.

    Nama : Safiyyah Nuri binti Johari
    Nombor Matrik : 166698
    Tahun Pengajian : 1
    Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
    Email : mikahara_ai@yahoo.com
    Facebook : mikahara_ai@yahoo.com

    http://www.youtube.com/watch?v=pulTZ6LuD6o
    http://www.youtube.com/watch?v=yHaygl0HvKI
    http://www.youtube.com/watch?v=jCi_iH0wF-4
    http://www.youtube.com/watch?v=D-zFQ4jFy88
    http://www.youtube.com/watch?v=MdsYgTyoLbI


    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum

    Bola tampar merupakan satu sukan yang sangat bagus dan banyak memberi manfaat berbanding sukan-sukan yang lain. Bahkan, sukan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri yang mana menyebabkan sukan ini diminati ramai. Antara keunikan yang menarik minat orang ramai adalah adalah sukan ini dapat menjalinkan hubungan silaturrahim antara ahli, mendidik untuk bekerja dalam kumpulan, memaksimakan pergerakan badan, melatih diri untuk sentiasa fokus dan dapat menghilangkan stress.

    Sukan ini dikarakan dapat menjalin hubungan silaturrahim antara ahli kerana semangat setiakawan dan semangat berpasukan sangat-sangat dipupuk untuk memudahkan setiap ahli berinteraksi ketika bermain bola tampar. Setiap ahli akan berhubung sebelum menghantar bola pada rakan. Konklusinya, sukan ini dapat merapatkan lagi jurang hubungan antara rakan pasukan.

    seterusnya adalah mendidik untuk bekerja dalam kumpulan. sesetengah manusia tidak suka untuk kerja dalam kumpulan dan suka bertindak sendiri. tetapi apabila memasuki sukan ini, tiada lagi istilah kerja berseorangan. Salah satu kunci untuk memenangi pertandingan dalam sukan bola tampar adalah dengan kerja berkumpulan. Bekerjasama antara ahli dapat menghasilkan strategi-strategi untuk menjatuhkan musuh. Rumusnya, didikan untuk bekerja dalam kumpulan itulah yang akan merapatkan hubungan silaturrahim dan semangat berpasukan.

    Sukan ini juga disukai ramai kerana pergerakan yang berlaku dalam setiap aktiviti yang dijalankan. seperti yang dapat kita lihat pada sukan bola sepak, kaki merupakan perkara yang sangat penting kerana untuk berlari dan menyepak bola. Namun, hanya kaki sahaja yang banyak bergerak. Lihat pula pada sukan bola tampar, bukan sekadar melatih pergerakan tangan, malah kaki, dan boleh dikatakan seluruh anggota badan yang bergerak. Jadi,sukan ini mengimbangkan pergerakan badan dengan memaksimakan pergerakan tubuh badan tidak hanya pada kaki, tetapi seluruh anggota badan.

    Permainan bola tampar juga disukai ramai kerana dapat melatih ahlinya untuk sentiasa fokus. Pemain perlulah fokus kepada setiap pergerakan bola. kegagalan pemain untuk fokus merupakan kunci kemenangan buat pihak lawan. Libero yang handal semestinya mempunyai daya fokus yang tinggi. Oleh itu, didikan sukan ini untuk sentiasa fokus menyebabkan mengapa ramai yang suka bermain sukan ini.

    akhir sekali adalah mengawal stress. Seperti sukan-sukan lain, sukan bola tampar juga dapat menghilangkan stress. Stress terbahagi kepada dua iaitu stress positif dan negatif. Stress positif adalah perkara yang baik. Namun stress negatif perlulah dielakkan. Sukan bola tampar disukai ramai kerana mampu menghilangkan stress dengan menampar atau memukul bola. Itulah antara sebab-sebab mengapa ramai pelajar yang meminati dan memasuki sukan bola tampar

    Kesimpulannya, sukan bola tampar dapat menarik ramai pelajar untuk mempelajari cara-cara bermainnya kerana sukan bola tampar dapat merapatkan ukhuwah antara ahli, mendidik untuk bekerja dalam kumpulan, mengimbangi pergerakan tubuh badan, melatih diri untuk sentiasa fokus dan dapat menghilangkan stress. Semua perkara inilah yang menyebabkan pelajar tertarik dengan sukan bola tampar.

    http://www.youtube.com/watch?v=LF1DdV5e5YY
    http://www.youtube.com/watch?v=vi1Nl8rx07o
    http://www.youtube.com/watch?v=cOINQgnQhSw
    http://www.youtube.com/watch?v=yXSFNSPikL4
    http://www.youtube.com/watch?v=IfJi8KLhtlg

    Nama: Muhammad 'Atif Bin Sulaiman
    Matrik:167384
    Tahun:1
    Fakulti: Sains Komputer
    Email: atifsulaiman93@gmail.com
    Facebook: atif_sulaiman@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Bola tampar di malaysia telah bermula di selangor dan pulau pinang sejak tahun 1926.permainan ini telah diperkenalkan oleh bekas mahasiswa universiti shanghai,china.Dalam sesuatu pertandingan bola tampar,kejayaan sesebuah pasukan bergantung kepada strategi permainan,penguasaan kemahiran,kecergasan fizikal yang tinggi dan kekuatan mental.Oleh itu,pelbagai cara perlu dilakukan untuk menarik minat menyertai sukan bola tampar ini.
    Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan memperbanyakkan kejohanan atau pertandingan bola tampar di pelbagai peringkat umur dan tidak kepada orang dewasa sahaja kerana seperti yang sedia maklum,kejohanan bola tampar kurang diadakan berbanding sukan lain seperti bola sepak,badminton dan sebagainya.Dengan adanya sukan bola tampar sebagai kursus k-kurikulum berkredit di mana-mana ipta dapat menarik minat pelajar untuk menyertainya dan sekaligus adanya kejohanan tersebut dapat membuka mata pelajar untuk sama sama turut serta dalam kejohanan yang dianjurkan.
    Selain itu,sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan-rakan adalah salah satu penyumbang untuk seseorang pelajar menyertai sukan bola tampar.Jika seseorang pelajar kurang berkeyakinan untuk menyertai sukan bola tampar kerana merasakan kurang pandai untuk menguasai sukan tersebut,nasihat serta dorongan yang diberikan oleh keluarga dan rakan-rakan boleh dijadikan pemangkin untuk menguasai sukan bola tampar ini.
    Tambahan lagi,kecekapan jurulatih untuk menarik minat pelajar adalah menjadi salah satu cara untuk pelajar menyertai sukan ini.apabila seseorang jurulatih bijak dalam mengendalikan sesuatu pasukan,pelajar akan lebih cenderung dan berminat untuk belajar menguasai teknik-teknik yang dia ajar oleh jurulatih seperti ‘servis’,’digging’ dan sebagainya.Pembelajaran akan menjadi lebih mudah dengan adanya kerjasama antara pelajar dengan jurulatih.
    Antara cara lain ialah dengan meningkatkan langkah-langkah keselamatan pemain dengan memperbanyakkan alatan keselamatan seperti sinpad,abdominal dan sebagainya.Ini kerana ia dapat mencegah para pemain dari tercedera dan supaya para pelajar tidak merasakan sukan bola tampar ini sesuatu yang lasak dan berbahaya untuk diceburi seperti kata pepatah’mencegah lebih baik dari merawat’.
    Seterusnya,menyediakan kemudahan tempat latihan yang lebih kondusif.selalunya gelanggang-gelanggang yang disediakan kurang memberansangkan dan kurang kondusif untuk pemain.Para pelajar sekarang lebih bijak memilih berbanding dulu,mereka merasakan apabila menyertai sukan yang tidak mempunyai kemudahan yang lengkap tidak menjanjikan apa-apa keuntungan bagi mereka.Oleh itu,dengan adanya kemudahan yang lengkap dan menarik dapat menarik lebih ramai pelajar menyertai sukan bola tampar.
    Kesimpulannya,sukan bola tampar seronok dimainkan jika semua ahli pasukan bekerjasama antara satu sama lain dan ia akan menjadi lebih menarik apabila sesuatu pasukan itu beroleh kemenangan ibarat ‘berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”.
    Nama:Nurul Izzatie Bt Ag Lah
    Nama matrik:168761
    Tahun pengajian:1
    Fakulti:Sains
    Email:izz_atiey93@yahoo.com
    Facebook:izz_atiey93@yahoo.com
    http://www.youtube.com/watch?v=-PkzOpKSsdU
    http://www.youtube.com/watch?v=qQ06EqwlPvk
    http://www.youtube.com/watch?v=JcHPA_DSfyM
    http://www.youtube.com/watch?v=6V9_-4OvE7A
    http://www.youtube.com/watch?v=orHMWHRTO7s

    ReplyDelete
  9. Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB). Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:

    Antara cara yang boleh dilakukan adalah memperbanyakkan aktiviti sukan bola tampar. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam sukan bola tampar. Aktiviti sebegini lebih baik jika diterapkan sejak di bangku sekolah lagi kerana mereka boleh mendapat pendedahan lebih awal mengenai sukan ini. Menjadikan sukan bola tampar sebagai salah satu aktiviti riadah adalah satu cara yang baik.
    Memberikan teknik-teknik permainan yang betul dapat membantu menjadikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan. Ini dapat dilakukan oleh tenaga pengajar atau mereka yang telah berpengalaman dalam bidang ini. Ini kerana jika diberikan pendedahan, mereka lebih minat dan apabila diluar, mereka akan menceritakan permainan bola tampar serta keseronokan bermain dengan cara yang betul. Ini dapat menarik minat pelajar untuk memilih bola tampar sebagai kursus kokurikulum berkredit.
    Selain itu, kita bole mempromosikan sukan bola tampar dengan iklan atau video. Cara ini mungkin agak ketinggalan, namun jika cara mempromosikannya baik, ia akan berjaya menarik minat pelajar. Kita boleh mengadakan hari bola tampar atau perlawanan bola tampar. Didalam pengisian aktiviti seperti ini, kita boleh selitkan megenai keunikkan dan kelebihan sukan bola tampar. Antaranya ialah keunikkan cara permainan yang berbeza dengan bola jarring,bola baling dan yang lain dan semangat berpasukan yang wujud.
    Pihak tertentu juga memainkan peranan penting seperti institut kokurikulum. Pihak ini perlu sentiasa membuat program atau aktiviti yang berkaitan dengan bola tampar seperti perlawanan persahabatan dan cara-cara bermain bola tampar. Fasiliti yang disediakan oleh pihak tertentu juga perlulah memuaskan kerana ini menarik minat pelajar untuk melibatkan diri.
    Dan yang terakhir, pada pandangan saya, pihak kokurikulum boleh mengambil langkah membawa mereka yang memilih permainan bola tampar melawat tempat latihan atlit-atlit bola tampar dan mengadakan aktiviti bersama mereka. Ini dapat menaikkan semangat pelajar untuk memilih sukan bola tampar sebagai kursus kokurikulum dan membuatkan mereka menarik minat pelajar lain.


    http://www.youtube.com/watch?v=pulTZ6LuD6o
    http://www.youtube.com/watch?v=DJqvhAEAsPw
    http://www.youtube.com/watch?v=wmgT_Pi91S8
    http://www.youtube.com/watch?v=zETP8nCymI0
    http://www.youtube.com/watch?v=w9jIOzvObvc


    NAMA : NURAZIZAH BT OTHMAN
    NO.MATRIK : 168829
    TAHUN PENGAJIAN : 1
    FAKULTI : SAINS
    EMAIL : feaq_dvot@yahoo.com
    FACEBOOK : Azizah Othman

    ReplyDelete
  10. Setiap jenis sukan mempunyai kehebatan dan keunikan yang tersendiri, begitu juga dengan bola tampar. Bola tampar merupakan sejenis sukan yang lazimnya terdiri daripada kumpulan lelaki dan perempuan. Sukan ini mempunyai pelbagai teknik permainannya dan merupakan sukan yang begitu menyeronokkan dan menarik sekali.

    Antara cara-cara yang boleh dilakukan untuk memastikan bola tampar menjadi pilihan dalam kursus ko-kurikulum berkredit ialah mengadakan bengkel bola tampar. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan teknik-teknik atau sebagai pengenalan kepada pelajar-pelajar yang sebelum ini tidak tahu tentang bola tampar bagi menarik minat mereka terhadap sukan ini dan menjadi satu lapisan atau teras pengetahuan untuk mereka sebelum mengikuti kursus ini secara lebih terperinci dan mendalam.

    Selain itu, para pelajar yang mengambil kursus ini boleh berkongsi pengalaman dengan pelajar lain tentang kebaikan dan kelebihan mengambil kursusbola tampar ini. Dengan adanya penceritaan dan pengalaman yang sebenar daripada ahli itu sendiri pelajar akan lebih yakin dan berkeinginan untuk melibatkan diri dalam sukan ini. Dalam masa yang sama pelajar tersebut dapat mempelajari ilmu yang baru serta berkemampuan untuk mengembangkan potensinya dalam jenis sukan yang berbeza.

    Galakan daripada ibu bapa atau kawan-kawan juga adalah penting untuk pelajar itu membuka minda bagi mempelajari benda yang baru.Kebanyakan pelajar hanya tertumpu kepada satu jenis sukan yang mereka pandai dan minat sahaja serta tidak berani untuk mencuba sukan yang baru dan pelbagai. Apabila adanya galakan daripada ibu bapa atau rakan-rakan mereka akan lebih berkeyakinan untuk memula dan mencuba untuk melibatkan diri dalam jenis sukan baru yang belum mereka pelajari.

    Kemudahan dan peralatan yang cukup juga boleh menjadi faktor untuk mendorong pelajar memilih jenis sukan. Kemudahan peralatan seperti gelanggang, bola dan jurulatih yang berpengalaman juga adalah penting. Hai ini kerana seseorang pelajar itu memilih ko-kurikulum ini adalah untuk melatih diri dan mempelajari teknik-teknik ysng betul,jika tiada kemudahan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti maka minat pelajar untuk meneruskan sukan tersebut juga akan berkurangan kerana mereka tidak boleh merasakan permainan ini dengan baik kerana kekangan seperti berkongsi bola, gelanggangyang tidak kondusif dan sebagainya.

    Peranan jurulatih juga adalah penting dalam memberi nasihat kepada pelajar dan memberikan tunjuk ajar yang betul. Dengan ini dapat mendorong seseorang pelajar itu untuk meneruskan pilihan mereka terhadap bola tampar dan dapat menceritakan pelbagai pengalaman bersama jurulatih tersebut kepada rakan-rakan yang lain dengan sendirinya dapat menarik minat pelajar lain untuk melibatkan diri dalam sukan ini.

    Kesimpulannya,setiap jenis sukan mempunyai kebaikan untuk kita pelajari dan memberikan kesan positif kepada kesihatan. Oleh itu, marilah kita beramai-ramai bersukan tanpa mengira apa jua jenis sukan bagi memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas.

    http://www.youtube.com/watch?v=4vmF8QhM-EI
    http://www.youtube.com/watch?v=n_CDmLxcMTE
    http://www.youtube.com/watch?v=D-zFQ4jFy88
    http://www.youtube.com/watch?v=Pb70XgDAlEc
    http://www.youtube.com/watch?v=Pb70XgDAlEc

    NAMA : RERAI A/P EH DING
    NO.MATRIK : 169169
    TAHUN PENGAJIAN : 1
    FAKULTI : BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
    EMAIL : juiy_bunchuai92@yahoo.com
    FACEBOOK : Juiy Rayrai

    ReplyDelete
  11. Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi. Dengan menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada pihak lawan. Setiap pasukan yang terdiri daripada enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata akan dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar juga merupakan satu sukan aktif yang mampu menyihatkan tubuh badan serta berkebolehan untuk menajamkan fokus seseorang individu itu di samping boleh menghilangkan tekanan.

    Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan bagi memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam kursus K.Kurikulum Berkredit (KKB) antaranya adalah dengan memeperbanyakkan aktiviti sukan bola tampar ini tidak kiralah sama ada di dalam aktiviti koko itu sendiri mahupun pertandingan yang dianjurkan oleh pihak universiti ataupun kolej. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri. Bagi sesetengah individu yang langsung tidak mempunyai asas kemahiran dalam bola tampar berkemungkinan akan menyebabkan mereka ingin belajar dengan lebih mendalam lagi.

    Cara yang kedua adalah dengan mengadakan bengkel khas berkaitan dengan sukan bola tampar. Bengkel ini boleh dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu di pusat-pusat pendidikan seperti sekolah, politeknik, universiti dan sebagainya. Pengisian yang perlu difokuskan dalam bengkel tersebut seperti fakta, maklumat berkaitan kebaikan bola tampar, kemahiran dan teknik yang perlu digunakan dalam sukan ini. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada para pelajar disamping dapat menarik minat mereka untuk mempelajari sukan bola tampar ini.

    Seterusnya, media massa perlu memainkan peranan penting dalam mengenengahkan sukan bola tampar ini. Sebagai contoh, bagi media cetak hendaklah menyediakan ruangan khas sukan di dalam setiap majalah terutamanya majalah remaja atau siswa. Di mana diruangan tersebut diletakkan gambar dan info berkaitan sukan bola tampar. Manakala bagi media elektronik seperti televisyen memaparkan slot khas sukan ini dengan memasukkan intisari seperti keseronokan bermain bola tampar dan kejayaan atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama negara.

    Selain daripada itu, jurulatih bola tampar itu sendiri turut memainkan peranan penting dalam memupuk minat para pelajar. Sebagai contoh, jurulatih perlu tahu bagaimana cara untuk mengajar pelajar-pelajar yang tidak mempunyai asas dalam bola tampar dan juga sangat penting sekiranya jurulatih itu mempunyai ilmu yang cukup berkaitan dengan teknik dan kemahiran dakam bermain sukan bola tampar ini. Jurulatih juga perlu mempunyai semangat intergriti seperti disiplin yang tinggi, tidak mudah putus asa dalam memberi tunjuk ajar di samping bersungguh-sungguh dalam memastikan pelajarnya mahir dalam menguasai kemahiran-kemahiran sukan bola tampar.

    Akhir sekali adalah dengan menyediakan peralatan yang lengkap dan sesuai untuk kemudahan para pelajar mempelajari serta menggunakannya ketika bermain bola tampar. Sebagai contoh, gelanggang, bola tampar yang berkualiti, jaring dan kemudah-kemudahan yang lain. Sekiranya kemudahan-kemudahan ini disediakan oleh pihak-pihak berwajib maka tidak mustahil pelajar akan lebih bersemangat untuk bermain.

    http://www.youtube.com/watch?v=vi1Nl8rx07o
    http://www.youtube.com/watch?v=smPsOCxGLJs
    http://www.youtube.com/watch?v=Jy93pLzV2uw
    http://www.youtube.com/watch?v=eg8h2VOKsxI&NR=1&feature=fvwp
    http://www.youtube.com/watch?v=XoODghFfujM

    NAMA : NURUL WAHIDA BINTI ISMAIL
    NO.MATRIK : 168862
    TAHUN PENGAJIAN : 1
    FAKULTI :BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
    EMAIL : ismawahida@yahoo.com
    FACEBOOK : Cik Wawa

    ReplyDelete
  12. Sukan bola tampar adalah sebuah sukan yang semakin mendapat perhatian orang ramai dan semakin diminati oleh orang ramai pada masa kini. Bola tampar dimainkan oleh enam orang bagi satu pasukan. Cara ianya dimainkan adalah menggunakan tangan dan anggota badan yang lain selagi ianya mengikut peraturan.
    Cara yang pertama untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan didalam kursus K-Kurikulum berkredit adalah dengan menjelaskan kepada orang pelajar tentang permainan bola tampar itu sendiri dan keistimewaan sukan bola tampar itu. Hampir sebahagian pelajar tidak tahu tentang peraturan sukan bola tampar itu dan menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengikuti kelas bola tampar yang disediakan.
    Selain daripada itu, pihak yang bertanggungjawab juga harus menyediakan peralatan yang mencukupi agar permainan bola tampar dapat dimainkan dengan lancar. Antara peralatan-peralatan yang perlu adalah bola, gelanggang permainan, jarring dan peralatan-peralatan lain yang bersesuaian. Peralatan sukan yang lengkap akan menjadikan seorang pelajar itu lebih bersemangat untuk bermain permainan bola tampar.
    Seterusnya adalah dengancara menerangkan nilai-nilai yang tinggi didalam sukan bola tampar itu sendiri kepada pelajar juga mampu membuatkan sukan bola tampar terus menjadi pilihan pelajar pada masa akan datang. Sebagai contoh, semangat berpasukan yang membolehkan pelajar belajar mengenai kepentingan semangat berpasukan. Contohnya adalah apabila libero tidak dapat mengambil servis yang dilakukan pihak lawan, maka ahli pasukan lain yang berdekatan akan mengambil bola dari servis itu.
    Cara keempat adalah dengan menitik beratkan kepentingan sukan bola tampar itu dari segi kesihatan. Setiap sukan akan menyihatkan tubuh badan jika ianya dilakukan dengan betul dan kelebihan sukan boal tampar adalah dari kawalan, kekuatan tangan, ketangkasan pergerakkan, keberanian dan banyak lagi.
    Akhir sekali adalah dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sukan bola tampar agar ianya dapat menarik minat pelajar untuk terus memilih bola tampar diadalam kursus k-kurikulum mereka. Aktiviti yang banyak membolehkan mereka mempelajari sedikit sebanyak tentang permainan bola tampar itu sendiri dan seterusnya menanam minat untuk mendalami sukan itu pada masa akan datang.
    Kesimpulannya adalah, setiap sukan mempunyai kelebihan tersendiri dan sukan bola tampar mempunyai keunikkan yang tersendiri yang akan membuatkan pelajar terus memilih sukan ini didalam kursus K-kurukulum.semua nilai-nilai yang terdapat diatas pasti akan menjadikan sukan ini terus diminati dan menjadi pilihan.

    http://www.youtube.com/watch?v=G665JSzM9ic
    http://www.youtube.com/watch?v=D-zFQ4jFy88
    http://www.youtube.com/watch?v=qQ06EqwlPvk
    http://www.youtube.com/watch?v=yXSFNSPikL4
    http://www.youtube.com/watch?v=jIv0UHSHJNc

    Nama : Irsyaduddin Bin Ishak
    No Matrik : 170763
    Tahun Pengajian : 1
    Fakulti : Ekonomi Dan Pengurusan
    Email : irsyaduddinishak@gamil.com
    Facebook : irsyaduddin ishak

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Antara cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB) adalah yang pertama,dengan mengadakan sebuah bengkel khas untuk para pelajar lebih mengenali permainan bola tampar. Bengkel ini akan menerangkan segala intisari yang berkaitan dengan bola tampar. Jurulatih yang bertauliah dan pemain bola tampar yang handal akan mengendalikan setiap sesi yang terdapat dalam bengkel ini. Oleh itu, para pelajar boleh dapat mempelajari teknik yang betul dan mendapat banyak ilmu yang berharga daripada mereka yang berpengalaman di dalam sukan ini. Penyertaan untuk bengkel ini adalah secara percuma dan merit akan disediakan.

    Kedua, pihak kerajaan haruslah menekankan kepentingan penyertaan kegiatan kokurikulum bola tampar dalam kalangan pelajar melalui pengenalan sistem pendidikan baharu. Sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik perlulah diperkenalkan supaya semua murid ada hati untuk menyertainya. Melalui cara ini, mereka akan memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Contohnya, penglibatan seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum iaitu bola tampar perlulah diambil kira semasa seseorang itu memohon untuk kemasukan ke universiti.

    Ketiga, pihak swasta boleh memberikan sumbangan untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan yang diperlukan oleh kelab bola tampar di universiti kerana ada padi semua jadi ada beras semua kerja deras. Hal ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan untuk dinikmati oleh para pelajar yang menyertai kegiatan kokurikulum bola tampar. Sebagai contohnya, pihak sekolah bolehlah membina gelanggang bola tampar yang baru dan juga menambahbaik pulihkan keadaan gelanggang bola tampar yang sudah buruk dengan menyumbangkan derma.

    Keempat, kempen secara besar-besaran perlulah diadakan untuk memupuk kesedaran pelajar dan masyarakat di luar sana tentang kebaikan memilih bola tampar sebagai Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB) di universiti. Kempen ini juga akan mengketengahkan secara lebih mendalam tentang sukan bola tampar ini temasuklah cara-cara dan teknik yang betul untuk bermain serta kebaikan bermain bola tampar. Hakikat bahawa jangka masa untuk memberi sepenuh kesedaran terhadap masyarakat tentang sukan bola tampar ini perlulah panjang tidak boleh disangkal. Oleh itu, kerajasama daripada semua pihak amat diperlukan agar semua yang dirancang berjalan lancar.

    Terakhir sekali, karnival bola tampar perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun di universiti-universiti bagi mendekatkan lagi sukan bola tampar dengan hati para pelajar. Antara aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang karnival ini ialah bermain bola tampar di dalam komputer, pertunjukan bola tampar oleh pemain handal dunia bola tampar, forum tentang kepentingan bermain bola tampar, pameran bola tampar, pertandingan bola tampar yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan serta kelas percuma bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    1. Nama : Sayidah Napisah Bt Mar Ramli.
    2. Nombor Matrik: 168779
    3. Tahun Pengajian : 1
    4. Fakulti : Sains
    5. Email: sayidahsuperb@ymail.com
    6. Facebook : sayidah lurve choc

    http://www.youtube.com/watch?v=6V9_-4OvE7A

    http://www.youtube.com/watch?v=S4QuCGOyKj8
    http://www.youtube.com/watch?v=GhlHRFlkz0E
    http://www.youtube.com/watch?v=eg8h2VOKsxI
    http://www.youtube.com/watch?v=zETP8nCymI0

    ReplyDelete
  15. Bola tampar merupakan suatu permainan sukan bukan sahaja untuk pertandingan malah untuk kecergasan dan radiah. Permainan ini terkenal di seluruh dunia kerana ia adalah sukan untuk semua. Permainan ini boleh dimainkan di tempat seperti taman, tepi pantai atau kawasan lapang. Bola tampar merupakan permainan berpasukan jadi ia dapat menambahkan keseronokan bermain.

    Antara cadangan yang saya akan memberi untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus Ko-Kurikulum Berkredit (KKB) adalah melalui perlawanan antara pasukan bola tampar yang lain. Jika pasukan ini berjaya mengharumkan nama Universiti ataupun secara Kebangsaan, secara automatiknya, sukan bola tampar akan menjadi pilihan utama orang ramai. Contohnya, sukan badminton telah menjadi sukan pilihan rakyat Malaysia disebabkan penglibatan dan prestasi Datuk Lee Chong Wei dalam peringkat antarabangsa.

    Cadangan kedua adalah membawa jurulatih yang berpakar, ternama dan berpengalaman, tidak kira jurulatih bola tampar tersebut merupakan orang tempatan mahupun diimport dari luar negara. Jurulatih yang berpengalaman dapat menerapkan semangat kesukanan dan nilai minat ke atas sukan bola tampar dalam diri para pelajar. Contohnya, pihak universiti boleh menjemput jurulatih yang berpengalaman dalam sukan bola tampar untuk memberi ceramah tentang kebaikan sukan bola tampar kepada para pelajar serta berkongsi pengalaman.

    Selain itu, cadangan ketiga adalah untuk memperkenalkan sukan bola tampar oleh para pemain bola tampar kepada kawan-kawan mereka. Para pemain dan mereka yang melibatkan diri dalam sukan bola tampar boleh mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sukan bola tampar kepada kawan-kawan mereka. Mereka juga boleh mengajak kawan-kawan mereka menyertai bersama-sama. Contohnya, seseorang tidak akan menyertai sukan dengan seorang diri tanpa ditemani kawan-kawan mereka kerana bimbang bosan atau dipinggirkan. Oleh itu, dengan adanya pelawaan daripada kawan-kawan, seseorang itu akan menerima pelawaan tersebut tanpa berfikir banyak.

    Di samping itu, cadangan keempat adalah untuk menyalurkan informasi berkaitan kebaikan-kebaikan melibatkan diri dalam sukan bola tampar oleh pihak university kepara para pelajar. Informasi yang disalurkan merangkumi cara-cara bagaimana sukan bola tampar boleh meningkatkan tahap fizikal dan mental kita. Peningkatan ini dapat dilakukan dengan adanya latihan dan permainan intensif sukan bola tampar. Contohnya, sesetengah pelajar ingin meningkatkan tahap diri mereka dengan cabaran. Sejurus itu, sukan bola tampar merupakan pilihan yang terbaik untuk mereka.

    Cadangan terakhir adalah untuk mempromosikan sukan bola tampar melalui media massa. Kita tahu bahawa media massa merupakan alat yang sangat berkesan untuk menyebarkan sesuatu maklumat. Semua orang sekurang-kurangnya akan menerima pendedahan daripada media massa. Sukan bola tampar tidak seharusnya hanya dipromosikan dalam kawasan universiti tetapi juga perlu dipromosikan di luar kawasan universiti sekiranya ingin menarik lebih banyak pelajar. Contohnya, para pelajar banyak meluangkan masa melayari internet terutamanya laman web social seperti Facebook. Jadi, pihak universiti boleh mempromosikan sukan bola tampar dalam Facebook.

    Kesimpulannya, sukan bola tampar dapat membawa banyak manfaat kepada para pelajar. Dengan melibatkan diri dalam sukan bola tampar, para pelajar juga dapat mempelajari banyak benda seperti semangat kepasukan dan nilai bekerjasama antara satu sama lain selain kemahiran asas bola tampar. Saya berharap cadangan-cadangan yang diberikan di atas dapat membantu memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB).

    1. Nama : Yuen Jia Yi
    2. Matrik : 168229
    3. Tahun Pengajian : 1
    4. Fakulti : Fakulti Ekologi Manusia
    5. Email : arene.yuen@gmail.com
    6. Facebook : https://www.facebook.com/arene.yuen

    http://www.youtube.com/watch?v=EogSuz2cd7I
    http://www.youtube.com/watch?v=jQqmyfppu2w
    http://www.youtube.com/watch?v=gSuXQNJZLeQ
    http://www.youtube.com/watch?v=Qv1mA1s8p9Y
    http://www.youtube.com/watch?v=niHH2vXNVz0


    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Volleyball is a popular team sport. It has been a part of the Olympic official program for nearly half a decade. The game is consist of two teams with six players in each team. The goal is to ground the ball within the opponent’s court. A team is allowed to touch the ball up to 3 times in the mission to send the ball over to the opponent’s side. There are several reasons on why volleyball should continue to be in the credited university curriculum program.

    Firstly, volleyball encourages players to understand the definition of teamwork. Volleyball it's not a one man team game. Doesn't mean a team that has a remarkable player can win easily when the others are just far below his standard. A team is only as strong as its weakest link. Therefore, each team members have to learn to work together and also help each other.

    Secondly, playing volleyball will improve our mentality. The mentality level of a volleyball player has to be good. Being a skillful player it's not enough to be a good player. Whenever someone is playing volleyball and there is something at stake, nerves will start to kick in. That would results in the player not totally focus on the game and causing him/she to make a mistake. Volleyball is a good sport to help us learn to be mentally focused.

    Thirdly, it helps to emphasize the sportsmanship spirit in a player. Sportsmanship refers to a player proper consideration for ethics, fairness, respect and a sense of fellowship with one's competitors. A good sportsmanship shows, by someone who does take defeat in a well manner and have the strength to not give up.

    Next, is learning new skills. There are several skills that a player is able to learn. Such as, serving, digging, passing, setting, spiking and blocking. In order to be a good volleyball player one must be able to do all of it, and not just knowing only one set of skill. It would take time to actually learn all of it because it is not an easy thing to do.

    Lastly, it helps to keep us in shape. As all sports do, playing volleyball will help to improve health condition. All the important body parts will be used in order to play volleyball. It is a very tiring game and it is a guarantee that the player will pour out their sweats.

    In conclusion, volleyball should be remaining in the credited curriculum course. All of the advantages mentioned are more than enough to convince others on how important this program is and there are still rooms for improvement.


    Nama: Mohd. Sharafat Shah Bin Mohamed Shariff
    No Matrik:171029
    Tahun Pengajian: 1
    Fakulti: Komputer Sains dan Teknologi Maklumat
    Email: sharafatshah.m@gmail.com
    Facebook: Sharafat Shah


    https://www.youtube.com/watch?v=9fiAlWGA_Qk
    https://www.youtube.com/watch?v=TxGDaEUNKZE
    https://www.youtube.com/watch?v=529KbP3Vfp0
    https://www.youtube.com/watch?v=LWKoVdvFY70
    https://www.youtube.com/watch?v=_T6dsJ7NrTE

    ReplyDelete
  18. Cadangan Pertama : Mengadakan karnival Bola Tampar.
    Karnival ini bertujuan untuk memantapkan matlamat kokurikulum, iaitu mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan pelajar bagi menceburi bidang sukan dan permainan dari peringkat sekolah sehinggalah mereka meninggalkan alam persekolahan. Karnival bola tampar ini juga dapat memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada para pelajar supaya mereka dapat terus mantap dalam bidang sukan dan permainan terutamanya dalam bola tampar. Selain itu, karnival bola tampar ini diharapkan dapat menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat.

    Cadangan kedua : Mewajibkan pelajar mengambil sukan bola tampar.
    Sukan bola tampar semakin digemari dan disukai oleh masyarakat setempat. Hal ini kerana terdapat banyak sebab yang membuatkan seseorang itu jatuh cinta dengan sukan bola tampar. Antaranya ialah sukan bola tampar dapat melatih semangat berpasukan, semangat kerjasama, semangat setia kawan serta dapat menyihatkan tubuh badan. Semua nilai tambah ini menyebabkan pelajar tertarik dan jatuh cinta dengan sukan bola tampar.

    Cadangan ketiga : Media Massa memaparkan perihal bola tampar.
    Majalah sukan juga penting kerana boleh memberi informasi tentang sukan-sukan terutamanya sukan bola tampar. Dengan membaca majalah sukan, pelajar dapat memperoleh maklumat dan perkembangan terkini dalam bidang sukan bola tampar. Sebagai contohnya, majalah sukan akan memaparkan kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa. Hal ini seterusnya dapat mencetuskan semangat mereka dalam bidang sukan dan memberikan motivasi yang tinggi.

    Cadangan keempat : Peranan jurulatih memaparkan kebaikan bola tampar.
    Jurulatih juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menunjukkan kebaikan bola tampar. Selain itu, mempelbagaikan aktiviti untuk menarik minat pelajar terhadap sukan ini. Secara tidak langsung,ini akan menarik lebih ramai pelajar memilih kursus kokurikulum ini kerana aktiviti yang pelbagai dan menarik melalui komunikasi antara pelajar yang sudah mengambil kokurikulum sukan bola tampar dengan yang akan mengambil kursus kokurikulum berkredit.

    Cadangan kelima : Menyediakan tempat latihan bola tampar yang selesa.
    Gelanggang bola tampar yang disediakan kurang memberansangkan dan kurang kondusif untuk pemain. Para pelajar sekarang lebih bijak memilih berbanding dulu, mereka merasakan apabila menyertai sukan yang tidak mempunyai kemudahan yang lengkap tidak menjanjikan apa-apa keuntungan bagi mereka. Oleh itu,dengan adanya kemudahan yang lengkap dan menarik dapat menarik lebih ramai pelajar menyertai sukan bola tampar.

    http://www.youtube.com/watch?v=LYxBiD_Lp2g
    http://www.youtube.com/watch?v=GhlHRFlkz0E
    http://www.youtube.com/watch?v=VRWOTjrac88
    http://www.youtube.com/watch?v=udffj9KYqgo
    http://www.youtube.com/watch?v=sWbsKgVXtM0
    http://www.youtube.com/watch?v=BwaU_ZqzL84

    Nama: Mohamad Hafiz Bin Siadeh
    Matrik:161139
    Tahun:2
    Fakulti: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
    Email: mohamadhafiz_siadeh@hotmail.com
    Facebook: koboi_upm@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. Antara cadangan saya yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB) ialah menyediakan tempat latihan Bola tampar yang selesa. Pihak universiti atau sekolah merupakan peranan penting dalam menyediakan gelanggang bola tampar yang selesa dan selamat. Pelajar sekarang lebih suka memilih tempat yang selesa dan selamat untuk bermain. Tempat yang selesa dapat menarik ramai pelajar menceburi permainan bola tampar.

    Selain itu, perlawanan pasukan merupakan peranan penting untuk menjadikan bola tampar pilihan dalam kursus KKB. Iaitu pemenang perlawanan bola tampar yang dapat meningkatkan imej universiti
    Hal ini demikian kerana, perjuangan anak tempatan di arena sukan antarabangsa amat mengagumkan. Contohnya, Datuk Nicol Ann David telah merangkul banyak kejuaraan dan melestarikan gelarannya sebagai "Ratu Skuash Dunia" selama tujuh edisi penglibatannya. Maka anak tempatan memainkan peranan penting dalam menaikkan nama Malaysia.

    Yang ketiga, pihak swasta merupakan peranan penting dalam menarik ramai pelajar dalam mengambil bola tampar. Pihak swasta dapat meringankan beban pihak kerajaan dengan memberikan sumbangan untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan yang diperlukan oleh kelab bola tampar kerana ada padi semua jadi ada beras semua kerja deras. Hal ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan untuk dinikmati oleh para pelajar yang menyertai kegiatan kokurikulum. Sebagai contohnya, pihak universiti bolehlah membina gelanggang bola tampar yang baru untuk ahli kelab bola tamapar yang semakin bertambah dengan menyumbangkan derma. Sokongan padu daripada pihak swasta ini sememangnya akan menarik minat para pelajar untuk menyertai kegiatan bola tampar.

    Yang ketiga, pemantauan terhadap jurulatih dari masa ke masa. Tindakan ini perlu dilakukan kerana ramai jurulatih menjalankan bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat mereka. Kegiatan yang dijalankan hanya untuk memenuhi jadual. Sebagai contohnya, pelajar datang ke sekolah hanya bermain bola tampar tanpa bimbingan secara sistematik. Mereka berpendapat bahawa mereka tidak perlu datang untuk bermain bola tampar, sebaliknya mereka boleh bermain di kawasan taman tempat tinggal mereka. Oleh itu, pihak sekolah mestilah mencari jurulatih yang profesional dan berintegeriti yang tinggi untuk memastikan pelajar minat untuk belajar teknik-teknik permainan bola tampar.

    Yang keempat, media massa perlu mengiklankan teknik-teknik dan faedah bermain Bola Tampar. Sebagai contoh bola tampar dapat meningkatkan disiplin dan kerja kumpulan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pemain bola tampar mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, dan rajin berlatih. Dan kerja kumpulan dapat meningkatkan keyakinan berkomunikasi diantara pemain dan kesatuan dalam permainan.

    Yang kelima, Kempen menyatukan perpaduan Kaum dikalangan Mahasiswa atau pelajar .Bola tampar satu cara dapat memupuk semangat perpaduan kaum di Universiti.Pemain tidak kira agama dan bangsa akan bersorak bagi menyemarakkan semangat para pemain untuk mencapai kejayaan. Secara tidak langsung, peribahasa "bagai isi dengan kuku" terpancar dalam kalangan mahasiswa hasil daripada bola tampar. selain itu, pemain memberi semangat dengan pemain lain untuk mengatur strategi dengan baik dan penuh bertenaga secara berkumpulan untuk mengalahkan pihak lawan.

    http://www.youtube.com/watch?v=rREO5XmwSLM
    http://www.youtube.com/watch?v=nYmSedRW664
    http://www.youtube.com/watch?v=FMtUqoxfR50
    http://www.youtube.com/watch?v=6wFYibI9wlo
    http://www.youtube.com/watch?v=bv7kVjJ0fiw

    Nama: MUHAMMAD AMIRUL ASRAF BIN RAMLI
    No. Matrik : 169415
    Tahun Pengajian : 1
    Fakulti : SAINS
    Email : are_na935@hotmail.com
    Facebook : Amirul Mukminim

    ReplyDelete
  20. CADANGAN SUPAYA SUKAN BOLA TAMPAR TERUS MENJADI PILIHAN BAGI KURSUS KOKURIKULUM:

    1. MENJADIKAN SUKAN BOLA TAMPAR SEBAGAI SALAH SATU SUKAN UTAMA NEGARA
    Sukan bola tamapar sepatutnya menjadi antar sukan utama di Malaysia seperti sukan bola sepak dan badminton. Cadangan saya adalah agar Kementerian Belia dan Sukan menjalankan program-program yang dapat memartabatkan sukan bola tampar agar sukan ini dapat dipandang tinggi sebagai salah satu sukan yang berprestij di Malaysia. Pembentukan pemain bola tampar negara yang dapat bersaing dengan negara-negara luar seperti Brazil amatlah harus diambil berat dan bakat pemain haruslah dicungkil sedari mereka kecil lagi.

    2.MENGADAKAN BENGKEL-BENGKEL DAN KERJASAMA DENGAN PIHAK SEKOLAH
    Sebagaimana yang kita sedari, permainan bola tampar merupakan sukan yang ketiga selepas bola sepak dan badminton mengikut turutan di sekolah. Kebanyakan pelajar-pelajar sedari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah lebih gemar untuk menyertai sukan bola sepak bagi pelajar lelaki dan sukan bola jaring bagi pelajar perempuan. Jika dilihat sedari sekolah rendah kita dapat melihat bahawa ketika sesi pemilihan pemain bagi sukan bola sepak, pelajar yang hadir adlah ramai tetapi bagi sukan bola tampar sering kali kita dapat saksikan kekurangan pemain.Dengan mengadakan bengkel bola tampar di sekolah, semestinya sukan bola tampar akan lebih menjadi popular dan pilihan pelajar apabila mereka memasuki universiti.

    3.MENJADIKAN BOLA TAMPAR SEBAGAI SUKAN HARIAN MASYARAKAT
    Dimana-mana sahaja kita dapat melihat anak-anak kecil bermain bola sepak setiap petang. Berbeza dengan sukan bola tampar, jarang kita lihat di kampung-kampung anak-anak kecil dan remaja bermain bola tampar. Di kawasan bandar, sukan bola tampar kelihatan lebih 'hidup' dan mampu 'bernafas'. Sekiranya kita dapat menjadikan sukan bola tampar sebagai satu budaya bagi masyarakat, sudah pasti sukan ini akan dapat diperkembangkan lagi ke peringkat tertinggi. Sepanjang pengalaman saya, kadangkala amat sukar untuk mendapatkan 12 orang pemain untuk bermain bola tampar setiap petang.

    4.SUKAN BOLA TAMPAR DAPAT MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI LEBIH DARI SUKAN LAIN
    Kerjasama antara ahli pasukan amat penting dalam apa jua permainan samada bola sepak, bola baling mahupun bola tampar. Tetapi sekiranya kita amati dengan teliti, hanya sukan bola tampar sahaja yang dapat menerapkan 'teamwork' dan persefahaman adalah sangat penting. hal ini kerana, dalam sukan bola sepak dan bola baling, kemampuan untuk menggelecek dan menjaringkan gol boleh tertakluk kepada seorang individu sahaja seperti Messi bagi pasukan Barcelona. tetapi permainan bola tampar pula, tindakan menyerang bagi sebuah pasukan yang pertama sekali bergantung pada 'first ball' dan seterusnya umpanan dari 'setter' dan diakhiri dengan rejaman dari spiker. Berbeza dengan sepak takraw, seseorang indivu boleh melakukan tanggungan, umpanan dan rejaman seorang diri.

    5.MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU KUASA BOLA TAMPAR
    Secara hakikatnya, seseorang individu lebih tertarik untuk menyertai sukan yang dirasakannya mempunyai kekuatan tersendiri di dalam negaranya. Di Malaysia, sukan bola sepak dan badminton amat digemari kerana merupakan antara sukan yang mempunyai kuasa. Malaysia sebagai kuasa bola sepak asia tenggara dan badminton sebagai kuasa bola sepak dunia. Lihatlah apa yang berlaku bagi sukan sepak takraw yang hilang sengatnya di Malaysia dan kian tidak digemari oleh masyarakat Malaysia. Hal ini berlaku kerana, skuad sepak takraw negara semakin hilang taring dimata dunia sehinggakan boleh ditandingi dan dicabar oleh negara-negara yang dahulu dianggap lemah seperti Korea dan Jepun. Oleh itu bagi terus menjadikan sukan bola tampar sebagai pilihan, Malaysia mestilah menjadi salah satu gergasi setidak-tidaknya di peringkat Asia.


    NAMA: MUHAMMAD IRFAN BIN AZMAN
    NO. MATRIK: 170146
    TAHUN PENGAJIAN: 1
    FAKULTI: PERTANIAN
    EMAIL:che.dak93@yahoo.com
    FACEBOOK: Irfan Azman

    ReplyDelete
  21. http://www.youtube.com/watch?v=eCHnYJPMdNk
    http://www.youtube.com/watch?v=ool1YPsrrxI
    http://www.youtube.com/watch?v=LJMJiv2NMn0
    http://www.youtube.com/watch?
    http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=9QRnGaFitCc
    http://www.youtube.com/watch?v=5iziekt00b0

    irfanazman

    ReplyDelete
  22. Antara cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB) ialah dengan menganjurkan bengkel mengenai bola tampar. Hal ini demikian kerana, melalui bengkel para pelajar berpeluang untuk berjinak-jinak mengenali lebih dalam lagi mengenai sukan ini. Dalam konteks universiti kita sendiri, pihak yang bertanggung jawab dalam menganjurkan bengkel ini adalah pihak Pusat Sukan Universiti. Selain itu, set kokurikulum bola tampar itu sendiri boleh mengambil peranan untuk menganjurkan bengkel ini sempena projek mega mereka. Lantas, mereka dapat mempromosikan sukan bola tampar ini kepada kawan-kawan kolej mereka.

    Cara kedua yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan ialah dengan menyediakan kemudahan asas bagi sukan ini seperti gelanggang, jaring dan bola. Dalam hal ini, pihak kolej-kolej dengan kerjasama pihak universiti perlu memainkan peranan mereka. Dengan menyediakan kemudahan ini, para pelajar lebih terdedah untuk bermain bola tampar. Selain mereka dapat jadikan sukan bola tampar sebagai aktiviti riadah mereka pada setiap petang.

    Seterusnya, antara cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan ialah dengan mengadakan lebih banyak aktiviti-aktiviti bola tampar dalam kawasan kampus. Antara aktiviti yang boleh dianjurkan ialah pertandingan bola tampar inter-kolej. Melalui penganjuran pertandingan ini, para pelajar kolej akan sedaya upaya untuk mempelajari bermain bola tampar untuk mengharumkan nama kolej mereka. Sekaligus, dapat menarik minat mereka untuk menjadikan sukan bola tampar sebagai pilihan mereka dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit(KKB).

    Selain daripada itu, antara cara lain yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan ialah melalui peranan media massa. Dalam konteks universal, pihak Kementerian Belia & Sukan harus memainkan peranan dengan menyiarkan pertandingan-pertandingan sukan bola tampar sama ada di peringkat dalam Negara mahupun di peringkat antarabangsa. Manakala dalam konteks universiti pula, pihak media universiti perlu lebih mempromosikan sukan ini dengan menerbitkan isu-isu berkaitan sukan bola tampar dalam buletin-buletin university dan melalui radio universiti sendiri.

    Akhir sekali, antara cara lain yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan ialah melalui peranan jurulatih bagi kursus itu sendiri. Seseorang jurulatih itu perlulah mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi. Beliau perlulah mahir dalam mengendalikan para pelajar yang baru ingin mengenali dan mempelajari sukan ini seperti memperkenalkan dan mengajar asas-asas serta peraturan sukan bola tampar. Selain itu, beliau juga perlu kreatif dalam teknik pengajaran supaya para pelajar lebih tertarik untuk mengenali dan mempelajari sukan ini.


    NAMA : ABDUL AMMAR RUSYDI BIN SAPEAI
    NO MATRIK : 166988
    TAHUN PENGAJIAN : 1
    FAKULTI : SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
    EMAIL : ibn_shafie@yahoo.com
    FACEBOOK : Abdul Ammar Rusydi

    https://www.youtube.com/watch?v=TxGDaEUNKZE
    https://www.youtube.com/watch?v=529KbP3Vfp0
    http://www.youtube.com/watch?v=smPsOCxGLJs
    http://www.youtube.com/watch?v=Jy93pLzV2uw
    https://www.youtube.com/watch?v=zETP8nCymI0

    ReplyDelete

  23. Bola tampar merupakan suatu permainan bukan sahaja untuk pertandingan malah untuk kecergasan tubuh badan serta minda . Permainan ini terkenal diseluruh dunia kerana ia adalah sukan untuk semua orang ramai termasuk orang yang cacat anggotanya. Bola tampar merupakan permainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan dengan itu mengurangkan kecederaan individu dan menambahkan keseronokan bemain. Namun perkembangan sukan bola tampar ni agak perlahan. Jadi ada beberapa cara yang perlu dilakukan untuk menjadikan sukan bola tampar ini menjadi pilihan orang ramai termasuk mahasiswa yang perlu mengambil kursus ko-kurikulum berkredit di universiti.

    Salah satu caranya adalah dengan menanamkan rasa suka kepada sukan bola tampar. Untuk menjayakan kaedah ini, jurulatih perlu memainkan peranan penting kerana pemain bola tampar mengambil jurulatihnya sendiri untuk dijadikan role model selain pemain handal dalam negara atau antarabangsa. Kenapa rasa suka itu perlu ada? Hal ini demikian kerana, seseorang itu tidak perlu memaksa dirinya untuk melakukan apa yang tidak disukainya. Jadi, perasaan suka atau cinta terhadap sukan itu perlu ditanam dalam diri ahli sukan atau pemain.
    Selain itu, mana-mana kumpulan perlu mengadakan perlawanan persahabatan dengan universiti lain atau kumpulan bola tampar dalam universiti itu sendiri. Hal ini demikian kerana, pemain perlu mengasah teknik dan menimba pengalaman dalam pertandingan. Selain itu, semangat antara pasukan itu menjadi lain apabila berdepan dengan sesuatu pertandingan itu. Semangat ingin menang bercampur semangat kerjasama antara pasukan. Kesimpulannya, perlawanan itu dapat menaikkan semangan pasukan seterusnya menanam perasaan suka terhadap bola tampar.
    Kaedah yang ketiga adalah, sesebuah universiti itu perlu mengadakan kursus teknik bola tampar. Jurulatih-jurulatih terkenal atau pemain-pemain bola tampar yang handal dan terkenal dijemput bagi mengajar dalam kursus tersebut. Hal ini demikian kerana, mahasiswa akan tertarik dengan kedatangan mereka. Bagi mahasiswa yang suka terhadap bola tampar akan mengajak kawannya yang lain untuk menghadiri kursus tersebut. Jadi, sedikit demi sedikit perasaan ingin bermain bola tampar akan bertambah.
    Cara yang seterusnya adalah memperbanyakkan gelanggang bola tampar. Apabila gelanggang bola tampar menjadi banyak, semakin kumpulan atau pasukan akan ditubuhkan kerana mereka akan menggunakan gelanggang bola tampar tersebut dengan sepenuhnya. Jadi gelanggang itu juga mestilah lengkap dan selesa supaya mereka berminat dan tertarik untuk bermain. Disamping itu, pada waktu petang juga mereka akan mengajak rakan-rakan untuk bermain di gelanggang tersebut.Selain itu, banyak pertandingan juga akan diadakan sekali gus menjadi tumpuan universiti lain untuk menyewa bagi menganjurkan pertandingan.
    Langkah yang terakhir adalah membuat sukan yang spesifik dalam satu sesi. Sebagai contoh, pada sem 1 ko-kurikulum berkredit adalah bola tampar seterusnya pada sem 2 bola sepak. Jadi, pihak universiti perlu menyediakan banyak gelanggang dan jurulatih serta jam kredit yang tinggi supaya berbaloi dengan masa yang ditetapkan. Langkah ini amat berisiko tetapi ia akan mengajar seseorang yang tidak pandai dan tidak mahu mencuba sukan bola tampar itu menjadi pandai dan suka.
    Kesimpulannya, sukan bola tampar bukan sahaja untuk dipertandingkan malah untukberiadah bersama rakan-rakan dan keluarga bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Hubungan antara manusia itu amat penting bagi kesejahteraan hidup.Bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat”.
    NAMA: MOHAMAD ZULHARIZ BIN ZULKIFLI
    NO. MATRIK:167164
    TAHUN PENGAJIAN:1
    FAKULTI:SAINS
    EMAIL:PEIN003@GMAIL.COM
    FACEBOOK:AREH ZULKIFLI CHE MOHAMMAD
    http://www.youtube.com/watch?v=XoODghFfujM
    http://www.youtube.com/watch?v=o0nqAd5jGt0
    http://www.youtube.com/watch?v=pPFOWirUEwI
    http://www.youtube.com/watch?v=pPFOWirUEwI
    http://www.youtube.com/watch?v=MdsYgTyoLbI

    ReplyDelete
  24. Sukan bola tampar pada masa kini tidak lagi menjadi permainan remaja pada waktu lapang. Hal ini terjadi kerana sukan bola tampar tidak menjadi bahan bualan seperti mana bola sepak. Perkara ini perlu diatasi supaya sukan bola tampar tidak lupus dari menjadi permainan remaja. Antara yang menjadi punca perkara ini adalah tiada gelanggang bola tampar. Oleh itu, tulisan ini disertakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi pilihan Kursus K-Kurikulum Berkredit (KKB).
    Salah satu cara untuk memastikan hal ini berlaku ialah melakukan latihan terbuka. Latihan terbuka ini adalah untuk menarik minat mereka yang melihatnya. Selain itu, latihan terbuka ini juga dapat membuka peluang kepada mereka yang ingin mencuba permainan bola tampar ini. Dengan itu dapat melahirkan rasa minat dalam diri mereka untuk bermain permainan ini dan terus menjadikan sukan bola tampar ini pilihan mereka dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit(KKB).
    Selain itu, pihak media menjadi penggiat utama dalam menarik minat mahasiswa dan mahasiswi untuk menjadi pilihan mereka dalam KKB. Poster atau video mengenai bola tampar perlu disiarkan di setiap fakulti dan kolej. Media ini yang menjadi peranan kerana pelajar sememangnya akan bersama media setiap masa sama ada ‘facebook’,’twitter’, dan televisyen. Oleh itu, jika banyak santapan bola tampar di mata mereka, ini akan menjadi tanda tanya buat mereka tentang keseronokan bermain bola tampar ini.
    Seterusnya, cara untuk memastikan bola tampar menjadi pilihan dalam KKB ialah fasiliti atau kemudahan. Pihak penganjur atau universiti perlu menyediakan kemudahan secukupnya agar dapat lagi menyegarkan minat mereka. Sekiranya sukan bola tampar ini tidak disediakan kemudahan secukupnya mungkin dapat melemahkan semangat mereka untuk bermain bola tampar. Kemudahan tersebut termasuk gelanggang, bola, dan net. Oleh itu, kemudahan yang baik perlu dititik berat kan agar perkara ini dapat berjalan dengan lancar.
    Tambahan lagi, bengkel juga dapat membantu dalam memastikan sukan bola tampar menjadi pilihan pelajar dalam KKB. Bengkel ini perlu disertakan aktiviti-aktiviti yang menarik agar dapat menarik minat mereka. Antara nya ialah kuiz mengenai bola tampar,sukaneka yang berkaitan dengan bola tampar dan lain-lain lagi. Hal ini membolehkan mereka mengetahui serba sedikit mengenai bola tampar. Sekurangnya dapat dijadikan bahan bualan mereka.
    Akhir sekali, penganjur perlu mengadakan perlawanan terbuka selain perlawanan inter-kolej supaya pelajar lain yang tidak terpilih untuk mewakili kolej dapat mencari pengalaman dalam bola tampar ini. Sesetengah pelajar yang berminat tidak diberi peluang untuk mereka menceburi dalam sukan ini. Dengan ada nya perlawanan terbuka ini, peluang akan terhidang di hadapan mereka. Seterusnya dapat menarik minat mereka untuk memilih sukan bola tampar sebagai KKB mereka.
    Kesimpulannya, cara-cara untuk memastikan sukan bola tampar menjadi pilihan pelajar dalam KKB ialah latihan terbuka,media,fasiliti,bengkel dan perlawanan terbuka. Dengan cara ini, in shaa allah dapat menarik minat mereka.

    NAMA: MUHAMMAD NUR BAIHAQI BIN JUSOH
    NO. MATRIK:166755
    TAHUN PENGAJIAN:1
    FAKULTI:FSKTM
    EMAIL:boyjusoh@gmail.com
    FACEBOOK:BOY JUSOH
    http://www.youtube.com/watch?v=XoODghFfujM
    http://www.youtube.com/watch?v=o0nqAd5jGt0
    http://www.youtube.com/watch?v=pPFOWirUEwI
    http://www.youtube.com/watch?v=pPFOWirUEwI
    http://www.youtube.com/watch?v=MdsYgTyoLbI

    ReplyDelete
  25. Sukan bola tampar adalah sukan yang semakin dikenali dan semakin digemari oleh setiap segenap lapisan masyarakat tidak kiralah tua atau muda. Pada zaman yang serba moden ini sukan bola tampar semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya remaja kerana sukan ini semakin banyak dipertandingkan diperingkat sekolah ,peringkat negeri dan juga peringkat antarabangsa.
    Antara cara untuk menarik lebih ramai masyarakat untuk menyertai sukan bola tampar ialah bermula dari sekolah rendah itu sendiri. Hal ini kerana apabila kanak kanak yang berumur seawall 7 tahun hingga 12 tahun menyertai sukan bola tampar,mereka lebih mudah menerima pengajaran kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila minat sudah diterapkan dari kecil,sukan bola tampar akan terus sebati di dalam diri mereka dan seterusnya mereka sendiri akan berusaha untuk menarik lebih ramai kawan kawan mereka untuk menyertai sukan bola tampar.
    Di samping itu, kemudahan sukan bola tampar seperti gelanggang perlulah dibina di setiap kawasan perumahan untuk menarik lebih ramai minat masyarakat untuk menyertainya. Sukan bola tampar boleh menjadikan tali silaturrahim antara jiran jiran di kawasan perumahan lebih utuh dan erat. Ketua di setiap kawasan perlulah mengambil peranan untuk memastikan di kawasan perumahan mereka terbinanya gelanggang bola tampar.
    Penganjuran perlawanan bola tampar juga boleh dilakukan untuk menarik minat masyarakat. Hal ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman baru kepada sesiapa yang baru menyertai bahkan jua dapat mengenal pasti bakat yang terpendam dalam sukan bola tampar. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Jadinya jika tidak pernah mencuba bermain sendiri mana mungkin seseorang individu tersebut tahu bahawa dia boleh bermain bola tampar. Impaknya dari penganjuran perlawanan seperti ini jua boleh menarik minat masyarakat dalam sukan bola tampar.
    Selain itu, media massa dan elektronik juga harus memainkan peranan dalam mempopularkan lagi sukan bola tampar. Mungkin sebagai cadangan syarikat akhbar dapat menyediakan satu ruangan untuk maklumat mengenai bola tampar untuk memberi pendedahan kepada orang ramai untuk lebih mengenali bola tampar dengan lebih dekat. Sebagai tambahan, sekiranya terdapat majalah yang diterbitkan mengenai bola tampar ianya lebih menarik untuk dijadikan maklumat pendedahan kepada orang ramai.
    Akhir sekali, dalam aktiviti sukan bola tampar ini pengajar atau jurulatih yang bertauliah dan berdedikasi sangat diperlukan untuk memastikan keberkesanan sesi pembelajaran. Teknik- teknik tertentu yang akan dipelajari lebih mudah dan cepat difahami. Keselamatan pemain juga turut terjamin. Hal ini akhirnya mampu meyakinkan masyarakat bahawa sukan ini mudah dipelajari dan keselamatan mereka turut terjamin berikutan risiko kecederaan dalam sukan ini lebih rendah berbanding sukan lain seperti bola sepak dan ragbi.
    • http://www.youtube.com/watch?v=pulTZ6LuD6o
    • http://www.youtube.com/watch?v=zETP8nCymI0
    • http://www.youtube.com/watch?v=yHaygl0HvKI
    • http://www.youtube.com/watch?v=zOXy9FlIXxk
    • http://www.youtube.com/watch?v=ewerCfb-tvo

    NAMA:MAZNI FARAHANIM BINTI MAHDZIR
    NO MATRIK:166805
    SEMESTER:2 2012/2013
    FAKULTI:SAINS
    EMAIL:fara27mazni@gmail.com
    FACEBOOK:MAZNI FARAHANIM MAHDZIR

    ReplyDelete
  26. Sukan bola tampar telah lama bertapak di negara kita. Sukan ini menjadi pilihan sama ada usia muda mahupun tua. Dengan peraturan permainan yang agak mudah daripada sukan yang lain, bola tampar mudah dipelajari dan di mainkan. Malah di peringkat universit sendiri, telah ditawarkan kursus k-kurikulum berkredit( KKB) untuk bola tampar. Namun demikian, ramai mahasiswa atau mahasiswi yang tidak mengambil peluang yang ada untuk mempelajari kursus ini.
    Pada pendapat saya, terdapat beberapa cara untuk menarik minat para pelajar terhadap sukan bola tampar agar sukan ini akan terus mendapat tempat di hati para pelajar khususnya dan generasi akan datang amnya. Antaranya ialah mewajibkan sukan bola tampar terutamanya bermula di sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, sukan yang umumnya dimainkan di peringkat sekolah ialah sukan bola jaring dan bola sepak. Lantaran itu, memupuk sukan bola tampar sejak diperingkat sekolah rendah lagi dapat membentuk minat pelajar untuk terus menceburi sukan ini.
    Selain itu, untuk terus memastikan bahawa sukan bola tampar terus menjadi pilihan dalam Kursus K-Kurikulum Berkredit, perlu dipupuk dalam diri para pelajar bahawa, memilih kursus kokurikulum bukan semata-mata untuk memenuhi syarat bergraduat dimana perlu mengambil subjek kokurikulum sebanyak dua kredit, tetapi sebagai salah satu proses untuk pembelajaran sepanjang hayat. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan para pelajar lebih cenderung untuk memilih kursus kokurikulum yang mereka telah ketahui agar lebih memudahkan mereka untuk mendapat markah. Sebagai contoh, sekiranya mereka tidak pernah mengenali sukan bola tampar, mereka berpendapat bahawa susah untuk mempelajari sukan ini dalam tempoh yang singkat sedangkan mempelajari perkara baharu dapat memberikan suatu pengalaman yang lebih bererti malah selepas ini para pelajar boleh mengaplikasikannya dengan bermain setiap petang bagi mengisi masa lapang.
    Pihak universiti juga memainkan peranan dalam memupuk dan menarik minat para pelajar untuk menceburi sukan ini. Sebagai contoh, pihak universiti boleh menyediakan prasarana yang lengkap buat para pelajar. Hal ini demikian kerana, tiada gunanya andai adanya ilmu didada tanpa aplikasi sewajarnya. Terbukti hal ini dimana, para pelajar yang mengambil kursus bola tampar dan telah mempelajarinya, namun tiada tempat untuk berlatih pada setiap petang lantaran gelanggang yang tidak mencukupi dan jauh dari tempat kediaman.
    Tambahan lagi, sukan bola tampar dapat menarik lagi minat para pelajar dengan penganjuran lebih banyak pertandingan bola tampar sama ada diperingkat kolej mahupun antarabangsa. Penganjuran pertandingan ini dapat melatih dan menguji tahap permainan para pelajar. Contohnya, bukan sekadar sukan antara kolej malah mengadakan sukan terbuka dengan hadiah yang lumayan untuk menarik minat para peserta. Hal ini dapat dilakukan sebagaimana sukan-sukan lain seperti bola sepak dan ragbi.
    Seterusnya, para pelajar sendiri bertindak sebagai penarik minat para pelajar yang lain terutamanya rakan-rakan yang rapat. Hal ini demikian kerana, tinggal dan hidup bersama rakan-rakan akan menjadikan kita lebih rapat dengan rakan dan selalunya kita akan melakukan sesuatu perkara bersama-sama dengan rakan. Oleh itu, kepada rakan yang berminat dalam sukan bola tampar atau telah mengambil kursus sukan bola tampar, boleh mempromosikan bidang sukan ini kepada rakan-rakan agar kita bersama-sama dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan malah berubah angin daripada hanya tertumpu pada sukan bola sepak dan futsal terutamanya bagi kaum lelaki.
    Akhir kata, sukan bola tampar merupakan sukan yang menarik dan mudah untuk dipelajari. Tidak rugi untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan dan mendapatkan pengalaman, agar kita akan terus maju kehadapan dan bukan berada di takuk lama.
    Nama : NAJIHAH BT MUSTAPA
    Nombor Matrik: 170053
    Tahun Pengajian: 1
    Fakulti: KEJURUTERAAN
    Email:njhh.mustapa@gmail.com
    Facebook :Najihah Mustapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) https://www.youtube.com/watch?v=AEps7zPYZHQ&NR=1&feature=endscreen
      2) https://www.youtube.com/watch?v=PpA87WO96QY
      3) https://www.youtube.com/watch?v=cOINQgnQhSw
      4) https://www.youtube.com/watch?v=NoL-yYS2BpA
      5) https://www.youtube.com/watch?v=PDnBQ8-eOFk&feature=fvwp&NR=1

      Delete
  27. nak tnya pmain ape yg dia duduk di tengah..tp bler servis dia je yg servis

    ReplyDelete
  28. tak ada geng ke yang main ? nak follow...

    ReplyDelete
  29. Have you been thinking of ways to gather backlinks for your webpage so as to increase the ranking of your page? One way that is guaranteed to get you lots of backlinks is through forum postings. Creating backlinks via the utilization of forums is more than just posting in the forum. You need to come up with an awesome strategy in order not to only get niche blog comments to your site. You should also try your every means to drive the forum users who have seen your forum postings to your webpage. So how can you make the forum users click through your signature links at the bottom of your forum postings?

    ReplyDelete
  30. In order to make the best use of article marketing in 2012, you must become more aware of the niche backlinksservices and publications other than just those that accept standard text files. PDF submission services are increasing in popularity and importance to those that want to leverage their articles to their maximum potential.

    ReplyDelete
  31. I love reading through a post that may make people feel. Additionally, thank you for enabling me personally to comment! Home Cleaning Abu Dhabi Mussafah

    ReplyDelete