Tuesday, April 16, 2013

GE2123 SEM II 2012-2013 PEMBELAJARAN ATAS TALIAN (SET BANGI)




Pembelajaran atas talian menjadi suatu praktis yang penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran masa kini. Guru boleh menyampaikan isi pengajaran dan pelajar boleh mengakses bahan sebelum mereka memasuki dewan kuliah.

Sehubungan dengan itu, sesuai dengan hasrat kerajaan ingin menjadikan pendidikan di negara ini bertaraf dunia dan berdaya saing diperingkat global, banyak pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh warga pendidikan bagi mencapai impian tersebut.
  
Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan dari perspektif anda sebagai seorang mahasiswa di universiti. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
  1. Nama sebenar.
  2. Nombor Matrik
  3. Tahun Pengajian
  4. Fakulti
  5. Email
  6. Facebook
  7. url youtube kreatif & inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
  8. Postkan perbincangan anda sebelum 28 Mei 2013. 

21 comments:

  1. Pada perkiraan saya, hasrat kerajaan untuk memartabatkan pendiidkan di negara kita ini boleh direalisasikan melalui beberapa langkah.

    langkah pertama adalah mempertingkatkan jaringan global pengajian tinggi dan kegiatan kolaboratif akademik di peringkat antarabangsa secara atas talian. Perkara ini memudahkan, dan menjimatkan kos,.perkara ini boleh direalisasikan melalui MoU yang ditandatangi dengan institut pengajian tinggi di negara lain. Hal ini membolehkan pelajar di negara kita mendengar kuliah dari ahli akademik dari pelbagai universiti tanpa perlu mengeluarkan tambang ke sana.
    Langkah Kedua ialah Memperluas penggunaan teknologi dan inovasi moden dalam sistem pendidikan di negara kita. Sebagai contoh, universiti kini mampu mendaftarkan pelajar secara atas talian dan mewujudkan laman interaktif perkongsian yang memudahkan pelajar dan pensyarah berkongsi bahan dan maklumat dan berdiskusi secara maya. Contoh lain adalah penciptaan perpustakaan maya,yang menyimpan ribuan thesis,jurnal dan maklah akademik tanpa memerlukan ruang yang besar dan sangat mudah untuk diakses oleh pelajar.
    Langkah ketiga pula adalah melalui perkongsian pintar pihak kerajaan dengan pihak IPT luar negara yang terkenal melalui MoU yang ditandatangani. Perkongsian pintar ini membolehkan kita meng import masuk teknologi teknologi dan sistem-sistem terkini yang diguna pakai disana untuk dilaksanakan di negara kita. Hal ini menjadikan IPTA/S kita dilihat tidak ketinggalan dan seiring dengan perkembangan masa.
    Langkah ke empat adalah, kerajaan Malaysia juga melalui kementerian dan agensi yang berkenaan seharusnya meningkatkan jumlah pemberian geran penyelidikan bagi menggiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (RnD) dalam bidang ini teruatamnya sebagai persedian untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penyelidikan dan pembangunan ini akan memberikan impak bukan sahaj kepada pendidikan di negara kita, malahan semua sektor akan terlibat dan mersa laba hasil dari RnD yang dijalankan.
    Langkah terakhir adalah mewujudkan kuliah,peperiksaan dan tutorial secara atas talian, seperti sistem yang diamalkan oleh Open University Malaysia. Kelas fizikal diminimumkan kekerapannya dan ini akan memudahkan pelajar dan pensyarah.

    AMIRUL ASHAF BI AB RAHMAN
    A137870
    2/FSSK
    amirulashaff3090@gmail.com
    AMIRUL ASHAFF ABDUL RAHMAN (fb)
    berkaitan e-library (http://www.youtube.com/watch?v=GBSShkXat90)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah menjadi pelajar pertama mengirim tugasan ini. Kekalkan momentum anda PERTAMA DALAM SEMUA.

      Delete
  2. 1. Nama sebenar : WAN ASWANI BINTI WAN SUDIN
    2. Nombor Matrik : A 136717
    3. Tahun Pengajian : TAHUN 2
    4. Fakulti : FSSK
    5. Email : w.aswani91@gmail.com
    6. Facebook : http://www.facebook.com/aswani.W
    7. URL Youtube : The e-learning advantage (http://www.youtube.com/watch?v=nzV1NmhC7ik )


    Pembelajaran atas talian merupakan suatu medium baru yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. E-learning dibina bagi membantu proses penyebaran pengetahuan yang cepat, cekap dan berkesan. Terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan bagi memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan pendidikan di negara ini bertaraf dunia dan berdaya saing.

    Pertama, pihak universiti perlu memastikan capaian internet dalam kawasan kampus berada pada tahap yang terbaik. E- learning memerlukan pelajar untuk memuat turun nota pelajaran, video dan audio daripada sistem e-learning seperti i-folio. Oleh sebab itu, capaian internet yang laju akan memudahkan dan mempercepatkan proses muat turun dokumen tersebut. Selain itu, capaian internet yang laju juga dapat memastikan komunikasi atas talian dengan pensyarah tiada sebarang gangguan.

    Kedua, pihak universiti juga perlu memastikan semua tenaga pengajar seperti pensyarah dan tutor menguasai bidang ICT. Hal ini penting untuk memastikan tenaga pengajar mahir menguruskan pengajaran secara atas talian. Kebanyakan tenaga pengajar yang sudah berusia tidak mahir menguasai bidang ICT dan menyebabkan mereka menolak konsep baru yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan. Sikap sesetengah pensyarah yang masih setia dengan teknik pengajaran yang lama dan tidak ingin mencuba strategi pengajaran baharu menyebabkan usaha kerajaan dan universiti untuk mewujudkan kelas secara atas talian mungkin gagal untuk dicapai.

    Seterusnya, penyediaan prasarana yang lengkap seperti komputer dan dewan yang dilengkapi PA System, kemudahan sidang video resolusi tinggi, LCD, komputer dan sambungan internet yang laju mampu menarik minat pelajar untuk menggunakan sistem pembelajaran baru. Pembelajaran menerusi sidang video juga dapat dapat berlangsung dengan lancar dan selesa. Maklumat juga dapat disampaikan secara terus kepada pelajar tanpa hubungan bersemuka. Jika pensyarah berada di luar universiti, beliau tidak perlu bergegas pulang ke universiti atau membuat kelas ganti kerana beliau boleh mengadakan kelas secara maya sahaja.

    Selain itu, penggunaan laman interaktif seperti i-folio di UKM perlu bergerak aktif. Pentadbiran universiti perlu mewajibkan tenaga pengajar dan pelajar menggunakan laman seperti itu secara aktif. Pensyarah tidak semestinya menggunakan laman tersebut untuk memuat naik nota dan memberi pengumuman sahaja. Laman seperti i-folio misalnya, mampu menjadi medium perbincangan yang baik antara pensyarah dan pelajar. Pelajar bebas bertanya soalan dan bertukar pendapat bersama rakan-rakan lain dan pensyarah melalui portal tersebut.

    Cadangan seterusnya ialah mewujudkan satu forum maya yang melibatkan semua IPTA di Malaysia. Melalui forum ini, pelajar bukan sahaja dapat berinteraksi dengan pelajar dari universiti lain malah dapat bertukar pendapat serta ilmu. Pelajar juga dapat membina jaringan baru yang berfokuskan kepada pertukaran ilmu dan kemahiran. Forum ini mungkin boleh diwujudkan melalui satu portal yang dibina khas untuk kesemua pelajar IPTA. Semua pelajar universiti perlu diwajibkan untuk mendaftar di portal tersebut. Jadi, setiap pelajar berpeluang untuk berkongsi pandangan dengan pelajar dari universiti lain.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Bahan bantu mengajar amat penting untuk menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian. Para pendidik haruslah mengetahui perkembangan teknologi yang dapat mengaitkan sesuatu pembelajaran. Contohnya memuatnaik video yang berkaitan supaya pelajar mudah menerima ilmu yang disampaikan berbanding dengan hanya berkomunikasi secara lisan. Video yang mempunyai text, audio dan visual dikatakan mampu meningkatkan proses pembelajaran secara lebih efektif.

    Meningkatkan taraf kepakaran guru yang tidak hanya ditumpukan pada satu bidang mata pelajaran sahaja. Golongan pendidik yang dipilih haruslah mempunyai bidang ilmu yang luas di samping mempunyai kelayakan akademik yang memuaskan. Sebagai contoh, golongan ini harus mengetahui perkembangan semasa isu pendidikan agar dapat mengatasi cabaran yang mendatang dengan perubahan Generasi Y kini yang kian terdedah dengan konsep pembelajaran secara maya.

    Pendidikan maya harus diwujudkan dan diterapkan kepada setiap generasi penuntut ilmu. Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran Sekolah Bestari, E-learning, Universiti terbuka dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pendidikan maya telah dikenal pasti mempunyai banyak kepentingan pada masa hadapan. Masalah pembelajaran dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas dengan membuat rujukan di dalam internet dan mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam tentang pelajaran tersebut.

    Menyediakan kurikulum yang rapi dan bersesuaian dengan perkembangan terkini mampu menjadikan pendidikan negara ini bertaraf dunia. Secara umumnya, kurikulum bermaksud satu huraian bersepadu mengenai mata pelajaran yang di ajar di sesebuah institusi. Hal ini dapat dicapai dengan sentiasa memastikan matlamat kurikulum selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara ringkasnya menekankan rakyat yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

    Menggalakkan Program Pertukaran Pelajar ke luar negara bagi pelajar cemerlang untuk melahirkan graduan yang berkualiti dengan meletakkan syarat mereka perlu berkhidmat untuk negara di masa hadapan. Program Pertukaran Pelajar mampu mencipta generasi muda yang padat dengan ilmu dalam segala bidang untuk memenuhi azam negara.

    AIDA SYAMIMI BT NORANI@AZLIE
    A137993
    2012/2013
    FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
    mimisyaayda@gmail.com
    https://www.facebook.com/ayda.syamimi?ref=tn_tnmn
    http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. 1. Nama sebenar : FATIN ZULAIKA BINTI HAMDAN
    2. Nombor Matrik : A 137528
    3. Tahun Pengajian : TAHUN 2
    4. Fakulti : FSSK
    5. Email : fatinzulaikahamdan@gmail.com
    6. Facebook : https://www.facebook.com/f.zulaika
    7. URL Youtube : E-learning overview(http://www.youtube.com/watch?v=Tu3UHlYomKA)

    Penggunaan medium pengajaran atasa talian dilihat mampu dan berupaya untuk menyumbangkan hasil yang positif dan bersignifikan dalam dunia pendidikan masa kini. Penggunaan pembelajaran atas talian ini dilihat telah membuka satu runag yang sanga6 menarik dalam usaha menyediakan medium pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan ke atas kalangan pelajar-pelajar khususnya selain mampu memberi peluang kepada tenaga pengajar untuk meningkatkan kemahiran penggunaan medium teknologi.

    Keperluan serta keadaan persekitaran yang aktif perlulah dijalankan dalam kalangan mahasiwa dan mahasiswi. Melalui pembelajaran atas talian ini pelajar-pelajar haruslah mengggunakannya secara bebas dan berhemah serta terkawal dalam memastikan input serta output yang diperoleh itu berkesan dan berguna. Medium ini telah dipraktikkan oleh pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia melalui laman web Cesmed untuk kursus Keusahawanan. Pelajar-pelajar boleh memanfaatkan medium ini untuk menghantar tugasan, menjalankan perbincangan, memuat turun maklumat, dan menjawab soalan kuiz.

    Seterusnya, dengan menaik tarafkan pelan perlaksaan medium pembelajaran atas talian ini. Lima buah universiti di Malaysia telah diangkat sebagai universiti penyelidikan antaranya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia. Perbincangan di i-folio yang telah dikendalikan di universiti ini dilihat mampu untuk memudahkan pelajar-pelajar mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan kuliah. Keadaan ini sangat mudah dan menjimatkan kos yang hasilnya berlaku perlonjakkan dalam sistem akademik. Universiti-universiti ini seharusnya mempraktikkan penggunaan pembelajaran secara maya ini dengan lebih efektif lagi .

    Ketiga, pihak universiti sama ada awam mahupun swasta perlulah menitik beratkan kebajikan ke atas pelajar di atas perlaksaan medium pembelajaran atas talian ini. Pihak pentadir perlulah memastikan proses untuk medium ini berjalan dengan lancar. Mereka boleh meningkatkan prasarana dengan mewujudkan wifi di mana-mana pelosok kawasan universiti dengan kadar yang lebih cepat, dan jaringan yang mampu disebarkan ke seluruh kawasan university yang mampu membantu pelajar-pelajar memperoleh maklumat dengan pantas seperti yang diaplikasikan di dalam i-folio di Ukm.

    Langkah keempat adalah dengan memastikan setiap pelajar tersebut bersedia dengan medium gobal yang sangat terkini pada masa sekarang. Sebagai contoh, pelajar-pelajar perlulah mahir dalam dunia ICT untuk menghantar tugasan sama ada menerusi e-mel, blog, laman interaktif universiti dan sebagainya. Situasi yang sama seperti i-folio di Ukm, penghantaran tugasan turut dijalankan oleh pensyarah-pensyarah seperti subjek Teknologi & Inovasi Dalam pendidikan yang dikendalikan di Fakulti Pendidikan di Ukm menerusi pembinaan blog. Ini sedikit sebanyak menuntut pelajar-pelajar agar terus menyiapkan diri untuk mengakses dengan kemahiran terkini dalam sistem pembelajaran secara maya.

    Langkah terakhir, meningkatkan minat pelajar mahupun tenaga pengajar umumnya melalui penggunaan multimedia yang dapat menjadikan proses pencarian maklumat sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan. Interaktiviti dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Penggunaan elemen-elemen multimedia seperti You-Tube dalam proses pembelajaran didapati mampu menarik perhatian pelajar yang sepenuhnya. Kaedah ini dapat menyediakan suasana saling berinteraksi antara pelajar dan pensyarah dengan medium komputer menjadi perantaraan.

    ReplyDelete
  6. Nama sebenar: Muhammad Ismadi bin Atan
    Nombor Matrik: A136924
    Tahun Pengajian: Tahun 2
    Fakulti: FSSK
    Email: ismadiatan@gmail.com
    Facebook: Muhammad Ismadi Bin Atan (madizzz@yahoo.com)
    URL Youtube: (http://www.youtube.com/watch?v=ZNzP_ec1jTo&feature=share)


    Pembelajaran atas talian sememangnya memudahkan para pengajar dan para pelajar untuk menyampaikan dan menerima sesuatu maklumat berkaitan semua mata pelajaran yang diinginkan serta yang dipelajari. Terdapat beberapa langkah untuk menjadikan pembelajaran ini sesuai dengan hasrat kerajaan ingin menjadikan pendidikan di negara ini bertaraf dunia dan berdaya saing diperingkat global.

    Langkah yang pertama ialah setiap institusi-institusi pendidikan terutamanya IPTA/IPTS perlu menyediakan suatu laman web forum perbincangan mengenai pendidikan sahaja di dalam internet untuk menghubungkan semua pelajar yang ada dalam IPTA/IPTS di dalam negara Malaysia. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyediakan “blog rasmi” khas untuk semua pelajar IPTA/IPTS. Melalui kaedah ini, pelajar akan lebih berfikiran terbuka kerana mendapat dan berkongsi maklumat-maklumat penting dalam pendidikan yang dipelajarinya. Mereka juga pasti dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam bidang pendidikan dan persaingan tidak hanya tertumpu dalam sesebuah institusi pendidikan sahaja.

    Langkah kedua, profesionalisme tenaga pengajar perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Tanpa kesediaan yang tinggi dalam diri tenaga pengajar, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagu melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan. Sebagai contoh, pengajar perlu meningkatkan kemahiran penggunaan UciTV (university campus interactive television) supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

    Langkah ketiga, setiap institusi-institusi pendidikan perlu mewujudkan media seperti mempertingkatkan rangkaian jalur lebar, kemudahan mengakses internet, dan kemudahan peralatan dan perisian audio dan video yang mesra pengguna sebagai satu penyelesaian yang praktikal untuk menyampaikan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran melalui ‘streaming video’ boleh digunakan sama ada secara siaran langsung atau secara rakaman. Perkara ini sememangnya dapat menjimatkan tenaga dan masa para pelajar dan pengajar yang ada.

    Langkah keempat, tenaga pengajar terutamanya pensyarah di IPTA/IPTS perlu mewujudkan suatu kumpulan tutorial ataupun perbincangan di dalam internet bagi setiap pengajaran mata pelajarannya. Dengan ini, para pelajar akan lebih aktif sama ada di dalam ataupun di luar kelas. Sebagai contoh, pensyarah perlu menyediakan satu kumpulan perbincangan di dalam Google+ bagi memudahkan semua aktiviti perbincangan dilakukan dahulu sebelum memasuki kelas yang bersifat fizikal. Segala nota dan tajuk perbincangan pensyarah perlu dimasukkan ke dalam kumpulan perbincangan maya dahulu sehari atau sebelum bermulanya kelas fizikal. Kesannya, apabila di dalam kelas, pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan tidak sibuk menyalin nota pensyarah sahaja.

    Langkah terakhir, setiap institusi-institusi pendidikan terutamanya di peringkat sekolah perlu mewujudkan permainan pendidikan. Hal ini kerana bertujuan sebagai daya tarikan untuk belajar dan berhibur dalam kalangan pelajar. Dengan ini dapat mengelakkan pelajar daripada kebosanan dalam menjalani aktiviti pembelajaran. Contoh permainan berkomputer yang menggunakan teknologi tinggi berkonsepkan pendidikan di Malaysia ialah simulasi helikopter, makmal kimia maya dan permainan hidupan dalam air seperti yang terdapat di dalam Petro Sains, KLCC.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. 1. Nama : Nur Syuhadah binti Kamarulzaman
    2. Nombor Matrik : A 136596
    3. Tahun Pengajian : TAHUN 2
    4. Fakulti : FSSK
    5. Email : nursyuhadah163@gmail.com
    6. Facebook : https://www.facebook.com/nur.syuhadah
    7. URL Youtube : Online: Education Anywhere http://www.youtube.com/watch?v=6d2MphIll04

    E-Learning adalah pembelajaran jarak jauh (distance Learning) yang menggunakan teknologi komputer dan Internet. Pembelajaran ini merupakan salah satu kaedah alternatif yang popular dalam proses pembelajaran pada hari ini. Penggunaan E-Learning secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar.
    Terdapat pelbagai cadangan bagi memantapkan lagi sistem E-learning ini dan sekaligus menjadikan pendidikan di Negara Malaysia ini standing dengan global. Bagi memastikan hal ini berjaya, perkara yang paling penting adalah E-Learning dibuat lebih menarik dan tidak terlalu formal dan sentiasa dikemaskini. Hal ini pelajar lebih gemarkan perkara yang kurang formal contohnya pelajar tidak hanya mendapatkan nota dari sistem, tetapi dapat juga berinteraksi dengan menggunakan ‘chat box’secara santai bersama tenaga pengajar dan rakan-rakan lain.


    Seterusnya, tenaga pengajar haruslah mempunyai ilmu dan kemahiran dalan teknologi maklumat dan komunikasi. ICT dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang membantu pencapaian pembangunan dalam pendidikan. Dengan kemahiran ini tenaga pengajar dapat melaksanakan e-learning dengan cekap,mempunyai pelbagai ilmu teruatama dalam kemahiran komputer. Mereka haruslah lebih berpengetahuan daripada pelajar agar dapat membantu pelajar dengan lebih baik.

    Paradigma berkenaan teknologi yang baru ini perlulah diubah supaya ianya dapat direalisasikan. Kemudahan kaedah pendidikan yang serba moden dan mudah alih ini perlulah diuji secara kolektif untuk memastikan pelajar khususnya di peringkat pengajian tinggi dapat merasai keseronokan pembelajaran di mana-mana sahaja tanpa dibatasi had, tempat dan waktu. Pendedahan awal khususnya kepada pelajar tahun pertama di universiti amat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya mengadaptasi kaedah pembelajaran E-Learning di sepanjang pengajian mereka.

    Kajian yang meluas boleh diadakan khususnya dalam mengatasi masalah yang telah dikenalpasti serta menambah baik peluang sedia ada bagi memantapkan E-Learning di Malaysia. Persekitaran pendidikan di Malaysia mungkin berbeza berbanding negara luar, untuk itu kajian persekitaran dan budaya pembelajaran boleh dilaksanakan untuk merealisasikan kemantapan E-Learning. Kajian yang meluas dalam bidang ini sudah pasti dapat membangunkan sektor pendidikan secara keseluruhan khususnya di institusi pengajian tinggi.

    Sambungan internet diperbaiki. Setiap IPT perlu memantapkan prasarana digital di seluruh kawasan kampus. Peningkatan kemudahan jalur lebar perlu diberi perhatian serius dan perkhidmatan ICT perlu dipantausecara sistematik. Latihan khusus dalam e-Pembelajaran harus diperbanyakkan kerana aspek pembelajaran merupakan kandungan penting latihan bagi menentukan tahap kejayaan dan keberkesanan e-Pembelajaran di institusi masing-masing


    Kementerian Pengajian Tinggi disarankan supaya membuka lebih peluang kepada IPT untuk terus menjalankan penyelidikan demi mempertingkatkan aktiviti e-Pembelajaran seiringdengan teknologi global dengan menyediakan dana bagi penyelidikan yang berpotensi. Pihak Universiti contohnya boleh melakukan program pertukaran pelajar terutamanya dari univrsiti yang hebat di luar Negara agar pelajar lebih terbuka mindanya.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Nama : Nur Amirah Binti Sheikh Abdul Rahim
    Nombor Matrik : A 136691
    Tahun Pengajian : TAHUN 2
    Fakulti : FSSK
    Email : mierasheikh@gmail.com
    Facebook : http://www.facebook.com/myamiera
    URL Youtube : E-learning http://www.youtube.com/watch?v=3fjNOEtzsEo

    Pembelajaran dalam talian yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat sebagai alternatif yang baik di dalam memenuhi keperluan pendidikan hari ini. Bermula dengan penggunaan papan hitam tradisional disekolah, kemudian beralih kepapan putih, kemudian kealat bantuan mengajar seperti OHP dan seterusnya yang terkini pembelajaran secara talian ataupun dalam bahasa ITnya dewasa kini e-learning. E-learning yang seakan-akan mitos 10 tahun dulu kini menjadi keperluan semenjak web mendominasi Internet.Di Malaysia, e-learning masih lagi 'baru' kehadirannya. Sejauhmana keberkesanan e-learning ini bergantung kepada sesebuah institusi-institusi pendidikan.Terdapat banyak langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan pembelajaran dalam talian ini berjaya mencapai objektifnya.

    Antara langkah-langkah untuk keberkesanan pembelajaran dalam talian ini adalah dengan menyediakan jaringan internet yang baik dan meluas. Ini kerana pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk membayar talian internet akan bergantung 100% terhadap kemudahan internet yang disediakan di kampus mahupun di fakulti. Jika kemudahan internet tidak memuaskan ini dapat membataskan pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

    Langkah kedua ialah dengan mengadakan kelas atau bengkel e-learning kepada para pelajar yang mana para pelajar didedahkan kepada cara-cara penggunaan e-learning dalam pembelajaran seharian. Ini kerana tidak semua pelajar yang celik IT dan mahir menggunakan computer. Jika para pelajar diajar dan dilatih menggunakan computer dan internet maka ini dapat memudahkan para pelajar agar tidak tersalah dalam menggunakan pembelajaran dalam talian ini. Seperti yang kita ketahui jika terdapat kesilapan dalam menghantar tugasan maka pelajar akan menghadapi masalah dapat mendapat markah untuk tugasan.

    Langkah ketiga ialah e-learnig tidak hanya mencakupi pembelajaran secara maya malahan perlu melibatkan 'Web Portal'. Kelebihan web portal, pendidikan ini ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelan pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran serta maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah, kelender tahunan, aktiviti pendidikan dan sebagainya. Antara organisasi yang melibatkan diri dalam menjayakan penubuhan web portal ini ialah seperti MIMOS Berhad melalui laman webnya, www.cikgu.net.my dan juga Kumpulan Utusan yang melancarkan laman webnya, www.tutor.com.my baru-baru ini.

    Langkah keempat ialah semua pensyarah haruslah kerap mengguna dan mengemaskini maklumat bagi subjek yang diajar. Semua pensyarah harus menjadikan e-learning sebagai salah satu sumber penyampaian maklumat di dalam kelas. Jika setiap subjek menggunakan pembelajaran dalam talian maka ini dapat memudahkan pensyarah bagi memantau prestasi setiap pelajar dengan mudah dan berkesan.

    Seterusnya langkah kelima adalah setiap pelajar perlu menanamkan sifat cintakan IT. Jika pelajar mempunyai minat dalam pembelajaran dalam talian ini sudah semestinya pelajar akan berasa lebih seronok dan teruja untuk menimba ilmu. Ini dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi yang lebih cemerlang dalam setiap pelajaran seterusnya dapat mencapai anugerah dekan bagi setiap semester.

    Kesimpulannya, pembelajaran dalam talian ini perlu dipertingkatkan lagi penggunaannya disamping mendapat sokongan dari kedua-dua belah pihak iaitu dari tenaga pengajar dan juga pelajar. Jika pembelajaran secara dua hala dalam alam maya ini berterusan maka taraf pendidikan negara akan lebih maju dan setaraf dengan antarabangsa.

    ReplyDelete
  11. 1. Nama sebenar : ANIS SURAYA BINTI MOHAMAD TAJUDDIN
    2. Nombor Matrik : A 137891
    3. Tahun Pengajian : TAHUN 2
    4. Fakulti : FSSK
    5. Email : anissuraya1991@gmail.com
    6. Facebook : https://www.facebook.com/anisyaya.91?ref=tn_tnmn
    7. URL Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=qDPWCiV2wVA

    ICT merupakan satu bidang yang semakin diterima ramai. Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu dibangkitkan dalam memaksimakan impak penggunaan ICT dalaam bidang pendidikan. E-learning bermaksud pengajaran dan pembelajaran secara elektronik seperti internet LAN atau WAN untuk penyampaian dan pemudahcaraan. Pembelajaran dan pengajaran dapat dilakukan pada waktu yang berbeza yang melibatkan teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. E-learning kebiasaannya menyediakan kemudahan kumpulan perbincangan dan bantuan professional pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Berikut merupakan langkah-langkah memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
    Menyediakan sambungan internet yang lebih baik bagi bagi mengurangkan halangan teknologikal. Halangan teknologikal merangkumi rangkaian internet yang sangat perlahan, halangan untuk pengaksesan e-pembelajaran secara konsisiten dan kos yang tinggi dalam perkakasan, perisian, pembaikian, atau servis komputer. Halangan teknologikal adalah termasuk kepunyaan komputer yang mampu mengakses internet .Masalah hubungan yang kurang memuaskan telah menjadi masalah mengapa pelajar jemu untuk mengunakan e-learning sebagai medium pembelajaran alternatif.

    Menyediakan satu jadual pembelajaran yang komprehensif dan konsisten. Penyediaan jadual pembelajaran e-learning secara tidak langsung sebenarnya membantu pelajar untuk mengunakan e-learning secara lebih teratur dan berterusan. Jadual yang komprehensif dapat membantu pelajar untuk turut mempunyai masa untuk mendalami e-learning itu sendiri. Hal ini disebabkan oleh kesibukan pelajar dalam penglibatan tugasan sampingan seperti penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, gangguan daripada kerja lain, tempat belajar, kekurangan masa untuk belajar atas talian dan faktor pengurusan masa yang lemah.

    Meningkatkan asas kompetensi ICT bagi pelajar dan tenaga pengajar. Pihak universiti mesti meningkatkan asas kompetensi yang maksimum dalam ICT. Kepakaran dalam bidang ICT ini adalah bagi memastikan semua tenaga pengajar seperti pensyarah dan tutor menguasai bidang ICT. Sebagai contoh kepada pelajar disediakan kursus intensif pengetahuan dan kemahiran kepada sebelum kursus universiti bermula di samping elemen ICT dapat diterapkan dalam kursus universiti. Selain itu ianya penting untuk memastikan tenaga pengajar mahir menguruskan pengajaran secara atas talian.

    Menyediakan interface e-learning yang menarik. Interface merupakan muka depan atau kulit depan bagi sesuatu program itu. Ini sebenarnya daripada segi psikologi mampu memberi kesan yang baik terhadap pandangan pertama (first impression) pelajar dalam menggunakan e-learning dan seterusnya mendatangkan perasaan seronok untuk menggunakan di samping kemudahan chit-chat, muat-naik, dan muat-turun yang merupakan antara ciri-ciri wajib kebanyakan e-learning masa kini.

    Menanamkan minat untuk menggunakan e-learning. Pelajar yang menggunakan e-learning mestilah mempunyai minat untuk mendalami dan memaksimakan penggunaan e-learning. Perlu diingat bahawa sistem tersebut hanyalah satu kemudahan, tetapi bukanlah satu kelebihan. Kelebihan sesuatu program itu akan wujud hanya jika penggunanya mahir dalam selok-belok dan memanfaatkannya secara total.

    Kesimpulannya, berdasarkan langkah –langkah yang terdapat dalam pembelajaran melalui pembelajaran atas talian seperti yang telah dibincangkan, diharapkan ia boleh digunakan sebagai alternatif untuk menambahbaik sistem yang sedia ada.

    ReplyDelete
  12. Nama sebenar : Samsidar Binti Bahar
    Nombor Matrik : A137962
    Tahun Pengajian : 2
    Fakulti : Sains Sosial & Kemanusian
    Email : samsidarbahar91@gmail.com
    Facebook : http://www.facebook.com/sam.radis
    URL Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=sxUQsKxcOYM

    Pembelajaran atas talian bukanlah satu kaedah pembelajaran yang baru dalam dunia pendidikan di Malaysia. UKM khasnya merupakan antara universiti yang terawal mempelopori pembelajaran atas talian (e-learning). Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan lagi e-learning ini ialah:-

    1. Capaian internet yang baik. Dalam e-learning ini, mekanisme utama yang digunakan adalah internet. Oleh itu, capaian internet yang baik dan lancar akan melicinkan lagi proses pembelajaran atas talian. Hal ini kerana tidak akan wujud sekatan dan gangguan dalam proses pembelajaran. Contohnya, seorang pensyarah tidak dapat datang ke universiti, namun dapat memberikan kuliah daripada rumah dengan melakukan perbincangan dengan pelajar dengan menggunakan medium seperti video call atau skype tetapi dengan syarat capaian internet haruslah tidak ada gangguan.

    2. Menggunakan ‘streaming video’. Menjadikan ‘streaming video’ sebagai salah satu medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ‘streaming video’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kebaikan yang tersendiri iaitu, menggalakkan penglibatan secara aktif, kolaboratif dan interaktif oleh mahasiswa dan Penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara sistematik bagi guru dan pelajar agar dapat dijadikan rujukan di masa hadapan kelak.

    3. Penggunaan animasi yang menarik dan jelas dalam proses pembelajaran akan memberikan kefahaman kepada pelajar dalam masa yang singkat serta boleh diulang tayang bagi tujuan memantapkan pemahaman pelajar. Contohnya, menerangkan proses kejadian pergerakan tanah di dasar laut dengan menggunakan animasi. Cognitivist percaya bahawa penggunaan multimedia tambahan boleh membantu untuk membaiki dan meningkatkan proses pembelajaran dalam kalangan pelajar kerana mereka melihat sesuatu konsep menerusi tindakan atau perbuatan. Hal ni sekali gus memudahkan bentuk pengajaran pensyarah.

    4. Kerjasama institusi pendidikan dalam dan luar negara. Pembelajaran melalui internet dapat membantu dalam merapatkan jurang pendidikan di antara mahasiswa IPT dengan sumber pembelajaran di seluruh dunia. Pihak Universiti khususnya perlu mempunyai hubungan dengan semua universiti di dunia bagi perkongsian ilmu. Contohnya UKM mempunyai jaringan e-learning ini bersama dengan universiti di Australia. Menerusi jaringan internet ini mahasiswa dari UKM dan Australia dapat melakukan perkongsian ilmu.

    5. Mempercepatkan dan meningkatkan Pembudayaan e-learning. Galakan inisiatif e-learning dalam proses pendidikan formal termasuk di sekolah, universiti dan institusi latihan lain harus terus diberi keutamaan bagi memenuhi pertambahan permintaan terhadap kandungan dan aplikasi e-learning. Inisiatif seperti pemberian kemudahan ICT, meningkatkan peluasan rangkaian komunikasi bagi memastikan capaian maklumat dan perkhidmatan yang lebih saksama, tenaga pengajar tentang ICT yang berkemahiran bagi membantu mahasiswa dan pelajar serta menambah aplikasi-aplikasi MSC yang lebih berbentuk pendidikan seperti e-book.

    Terdapat banyak lagi langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkat dan memartabatkan pembelajaran atas talian ini bukan sahaja untuk pelajar di Universiti tetapi boleh lebih diperluaskan kepada pelajar-pelajar sekolah.

    ReplyDelete
  13. Name: Revathiy kunasegaran
    Matric num: A 136546
    Year or study: 2 year
    Faculty: FEP
    Email: revathiy_ukm@yahoo.com
    Facebook: https://www.facebook.com/revathiyk

    E-Learning is the use of technology to enable people to learn anytime and anywhere. e-Learning can include training, the delivery of just-in-time information and guidance from expert.There are a lot of ways to improve e-learning in university. 1.Develop a student digital literacy skills strategy which sets expectations for all students and provides support to develop these skills; to ensure that all students have opportunities to reach a baseline standard of digital literacy and to address differences in competence and confidence with technology. Conduct computer classes for the students so that they have advance literacy skills to do work with computer.

    2.All the staff of the university must be sent to computer classes as well. So that, they can help out the students when the students seek for help regarding computer basd on e-learning.A number of the e-learning strategies refer to the changing role of the Library in an e-learning context. The emphasis on staff training and support would indicate that the traditional mode in which staff operate in on-campus universities will require significant ‘re-engineering’ if they are to reach the full potential that e-learning has to offer.

    3.Pressure the teaching staffs in using e-learning while in class and conducting course materials even though the class is cancelled. The works can be carried out although there are no meeting within the lecturer and the students. Pressure on teaching space is obviously a problem in a number of the selected universities and e-learning is seen as a potential way to ameliorate this problem. The lack of emphasis on fully online courses, and the tentative nature of the discussion of even blended courses, would indicate that most of the universities studied are still some distance for being in a position to deliver fully-online courses aimed at off- campus students.

    4.Improve the computer system in library so that students can access to the internet without limit. Students can just access to the web without have to wait for a long line to get started. Some students can access to the internet searching for the course materials which are told by their lectures in the library rather than bringing their own lap top.

    5.University must make sure the internet connection is good so that all the students can get started with d internet doing their assigments. If the internet connection are slow that the students cant complete the works on time. The will be warn by the lecturers because of the late summision.

    ReplyDelete
  14. E learning ialah satu pendekatan pelajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan inforstruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan maklumat. E learning boleh diaplikasikan dalam perlaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional.

    Antara langkah yang perlu diambil untuk menjadikan pendidikan di negara ini setaraf dengan dunia luar ialah kaedah penyampaian harus dirancang dengan baik supaya pedagogi yang asas tidak dilupakan. Ciri-ciri multimedia seperti audio, animasi, grafik dan simulasi harus digunakan dengan bijak untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran.

    Selain itu juga pihak universiti perlu memperluaskan lagi jaringan internet ke seluruh kawasan universiti dan baikpulih jaringan yang ada. Ini kerana ramai pelajar yang bergantung kepada internet yang dibekalkan oleh pihak universiti. Jika kemudahan ini tidak boleh digunakan dengan sebaiknya, sukar untuk pelajar menghantar tugasan yang perlu disiapkan.

    Semua pensyarah haruslah kerap mengguna dan mengemaskini maklumat yang ingin disampaikan kepada pelajar. Pelajar juga haruslah peka dengan tugasan yang diberi kerana tugasan hanya akan diberikan di dalam sistem atas talian.Pensyarah juga perlu mahir dalam menggunakan aplikasi aplikasi pembelajaran atas talian ini.

    Seterusnya, penyediaan prasarana yang lengkap seperti komputer dan dewan yang dilengkapi PA System, kemudahan sidang video resolusi tinggi, LCD, komputer dan sambungan internet yang laju mampu menarik minat pelajar untuk menggunakan sistem pembelajaran baru. Pembelajaran menerusi sidang video juga dapat dapat berlangsung dengan lancar dan selesa. Maklumat juga dapat disampaikan secara terus kepada pelajar tanpa hubungan bersemuka. Jika pensyarah berada di luar universiti, beliau tidak perlu bergegas pulang ke universiti atau membuat kelas ganti kerana beliau boleh mengadakan kelas secara maya sahaja.

    Penyediaan prasarana yang lengkap dan teratur juga akan menarik minat pelajar untuk menggunakan sistem pembelajaran atas talian ini. Jika di dalam kuliah atau bilik tutorial, pelajar dan pensyarah boleh berinteraksi dengan pelajar luar negara dan berkongsi pendapat dengan mereka. Ini juga boleh menjimatkan kos pertukaran pelajar.

    Nama sebenar : NOOR AZAH BINTI MD ATAN
    Nombor Matrik : A134566
    Tahun Pengajian : 3
    Fakulti : FST
    Email : azah.atan43@gmail.com
    Facebook : https://www.facebook.com/achahcotcet?ref=tn_tnmn
    url youtube : http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o

    ReplyDelete
  15. Pembelajaran atas talian(e-learning) di institusi pendidikan adalah bukan satu perkara yang mudah. Bagi menjayakan pelaksanaannya terdapat beberapa cabaran yang perlu dilalui oleh pihak sekolah.dan IPTA. Antara cabaran-cabaran tersebut adalah dari segi akses, kos pengendalian, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran, kos bahan / infrastruktur dan latihan tenaga pengajar. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, terdapat beberapa cadangan penyelesaian yang mungkin dapat membantu dalam usaha pelaksanaan e-learning di sekolah-sekolah.

    Cadangan pertama adalah agar bahan yang dihasilkan atas talian ini perlu membuat penilaian yang rapi. Maka pentadbir atau guru perlu mencari bahan yang sesuai dan berkualiti bagi meningkatkan kualiti dan mencapai kehendak pembelajaran. Contohnya di IPTA pensyarah muat naik nota kursus untuk tujuan menyampaikan maklumat mengenai topic berkenaan kepada pelajar.maka apa yang dimuat naikkan itu perlulah lengkap dan tepat darisegi kualiti pembelajaran.
    Seterusnya, tenaga pengajar perlu menjalani sesi latihan ELMaS iaitu satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web. Bukan itu sahaja, guru-guru perlu didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT supaya lebif arif mengenai proses e-learning. Ia telah diamalkan di sekolah pendidikan rendah sejak tahun 2003 dengan memberi kursus kepada guru-guru dalam pengendalian e-learning yang paling mudah dan asas seperti penggunaan CD di dalam P&P.

    Pihak pengurusan juga perlu menambahbaik dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur khususnya makmal komputer di sekolah bagi memudahkan pelaksanaan e-learning di sekolah. Bukan itu sahaja, pembelajaran e-learning juga boleh dilaksanakan dengan penggunaan bahan seperti CD ROM yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

    Pihak sekolah juga haruslah bijak untuk menangani masalah yang mungkin timbul berkaitan penggunaan e-learning di sekolah. Ini adalah supaya tidak berlakunya sebarang jurang akses dan ekuiti khususya dalam ICT bagi pelajar dan guru sama ada di bandar, luar bandar dan juga pendalaman dalam menggunakan ICT bagi tujuan pendidikan. Ini selaras dengan teras Rancangan Pembanguan Pendidikan Negara iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan dan memperluaskan ekuiti dalam pendidikan.

    Dari segi kecekapan guru pula, tidak semua guru mahir menggunakan ICT terutamanya golongan yang telah hampir pencen. Mereka menganggap bahawa ICT sebagai suatu beban. Sedangkan ia sepatutnya dipelajari dan dikuasai. Selain itu, kelengkapan infrstruktur yang tidak lengkap juga turut menambahkan lagi kekangan sedia ada. Namun, guru perlu kreatif menggunakan peluang yang ada semaksimum mungkin. CD Rom dan CD pembelajaran yang dijual boleh membantu mengatasi kekangan ini sedikit sebanyak.



    Nama sebenar : KRISHNAVANI RAJASORIAN
    Nombor Matrik : A136418
    Tahun Pengajian: 2
    Fakulti: FEP
    Email: krishnavani1981@yahoo.com
    Facebook :https://www.facebook.com/krishnavani.rajasorian
    url youtube :http://www.youtube.com/watch?v=0MUkUqV_7w4

    ReplyDelete
  16. 1. Nama sebenar : PRAKASH CHELLAMUTHU
    2. Nombor Matrik : A 138614
    3. Tahun Pengajian : TAHUN 2
    4. Fakulti : FSSK
    5. Email : prakashim4u@gmail.com
    6. Facebook : https://www.facebook.com/prakash chellamuthu

    Dalam menghadapi era dunia tanpa sempadan, pengajaran dan pembelajaran atas talian menjadi pilihan ramai bagi menimba ilmu. Jarak tidak lagi menjadi satu halangan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian semakin rancak dengan perkembangan internet. Ia mula diperkenalkan di Barat. Dengan adanya konsep pembelajaran dalam talian, pelajar dan professor tidak dikehendaki untuk berada ditempat dan masa yang sama. Pengajaran dan pembelajaran dalam talian juga dikenali sebagai e-learning.

    Gaya hidup serba moden dan semakin mencabar menjadikan para mahasiawa lebih peka terhadap perubahan melalui pembelajaran atas talian. Oleh kerana ianya adalah suatu perkara yang tidak dikawal, maka para penuntut harus bersikap jujur dan beretika ketika menjalani proses pengajaran dan pembelajaran atas talian. Kebebasan yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin.

    Pengajaran dan pembelajaran dalam talian telah diguna pakai oleh para pelajar university awam dan swasta melalui laman web. Sebagai contoh ifolio di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia digunakan untuk menghantar tugasan, mengadakan perbincangan dan berinteraksi dengan pengajar.
    Seterusnya, pihak pengurusan universiti perlu meningkatkan kemudahan jaringan internet. Jaringan internet yang lemah akan menyebabkan pembelajaran dalam talian kurang Berjaya.
    Ketiga, dengan memperkenalkan pembelajaran atas talian, Universiti awam di Malaysia boleh menyerlah diseluruh dunia. Ia akan menarik pelajar dari dalam dan luar negara. Perbincangan di portal yang telah dikendalikan di university awam telah meningkatkan interaksi kalangan pelajar dan pengajar. Kaedah ini lebih berkesan dan jimat dari segi kosnya.

    Langkah keempat dengan memastikan setiap pelajar diberi latihan dan kemahiran mengunakan kemudahan pembelajaran dan pengajaran atas talian. Para pelajar perlu sentiasa mengikuti perkembangan dunia maklumat dan teknologi.
    Langkah terakhir, penglibatan para pelajar dan tenaga pengajar hanya boleh dicapai dengat meningkatnya minat mereka. Penggunaan laman web seperli Face Book dan You Tube menarik minat para pelajar. Dengan adanya laman sosial menjadikan perbincangan dan perkongsian maklumat berlaku dengan pantas.

    ReplyDelete
  17. Ekoran daripada perkembangan pesat teknologi canggih ini, ia telah menyebabkan teknologi dan penggunaan komputer menjadi penting dalam kehidupan seharian. Jururawat turut tidak terkecuali dalam mengaplikasikan teknologi serba moden ini di dalam proses perawatan dan mengaplikasikan jagarawatan ke atas pesakit di hospital. Maka, jururawat perlulah sedar bahawa komputer merupakan elemen yang sesuai dijadikan perantaraan yang berkesan dalam mempertingkatkan jagarawatan kepada pesakit kerana Jururawat pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang unik di mana para pesakit kebanyakannya terdiri daripada pesakit yang terpelajar yang mana mereka boleh mendapatkan maklumat melalui pesanan ringkas, penggunaan teknologi laman web (www), pesanan teks, pemain MP3, telefon bimbit dan juga YouTube. 5 langkah perlu dilakukan untuk memastikan profesion kejururawatan mampu menghasilkan staf yang celik ICT:
    1. Jururawat haruslah bersedia mengambil cabaran baru dan melaksanakannya di hospital. Keberkesanan perawatan kepada pesakit berasaskan teknologi maklumat merujuk kebolehan jururawat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam perawatannya serta kemampuan untuk belajar dari bahan yang disediakan. Prasarana di hospital hendaklah dipantau oleh pihak bertanggungjawab bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan jururawat. Pengetahuan dan kemahiran komputer merupakan faktor penting ke arah pembentukan sikap positif terhadap komputer yang masih kurang di kalangan jururawat. Usaha mempertingkatkan pengetahuan di kalangan jururawat perlu diperluaskan melalui kursus dan latihan yang berkesan. Peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan jururawat amat penting untuk membawa penggunaan teknologi maklumat ke bidang kejururawatan untuk mengaplikasikannya dalam memberikan perawatan terbaik kepada pesakit. Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan jururawat menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran .
    2. Kesedaran para jururawat akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak membantu mereka menggunakan teknologi ini dengan efektif. Setiap jururawat perlulah sekurang-kurangnya memiliki sebuah komputer mereka sendiri kerana, teknologi maklumat berkait rapat dengan penggunaan komputer. Kerajaan perlulah memperkenalkan langkah dan menyediakan peruntukan menggalakkan seorang jururawat memiliki sekurangnya sebuah komputer seperti langkah yang telah kerajaan lakukan, sebuah keluarga mempunyai sekurangnya sebuah komputer di rumah.
    3. Penyediaan prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan jururawat berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan jururawat memberikan perawatan terbaik disamping menambah pengetahuan.

    4. Kerajaan perlulah membantu dalam memberikan peruntukkan sejumlah wang dalam usaha mengaplikasi teknologi ICT dalam bidang kejururawatan. Kerajaan boleh memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan dalam Kejururawatan bagi menaik taraf infrastruktur dan prasarana di samping meningkatkan mutu dan kualiti kejururawatan. Matlamat pelan adalah merapatkan jurang digital dengan menyediakan kemudahan ICT dan meningkatkan kemahiran ICT di kalangan jururawat. Maklumat -maklumat yang diperolehi itu sangat berguna.
    5. Peranan sektor swasta banyak membantu perkembangan pengunaan ICT, kerana penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat di kalangan jururawat. Dapatlah kiranya pihak swasta menurunkan kadar bayaran untuk mengakses internet di kalangan Jururawat melalui TM-Net atau Jaring bagi mengakses internet dengan mudah.

    • Nadiatul Mazwin Mohamad Isa
    • A138785
    • Tahun 2 Semester 2 2012/2013
    • Fakulti Perubatan
    • mazwin@ppukm.ukm.edu.my
    • Facebook : nadiatul mazwin

    ReplyDelete
  18. Nama Sebenar : Nor Safra Zakiah Binti Mohd Zaki
    No Matrik : A137 387
    Tahun Pengajian : Tahun 2
    Fakulti : Fssk
    Email : zakiah2408@gmail.com
    Facebook: Zakiah zaki (https://www.facebook.com/zakiahzaki08 )
    YouTube URL: http://www.youtube.com/watch?v=6d2MphIll04

    E-Learning membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan dan hal ini memudahkan para pelajar untuk mengakses maklum pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Terdapat berberapa langkah yang perlu diambil bagi menjadikan pendidikan negara kita menjadi setaraf dengan negara-negara maju di luar sana.

    Pertama, apa yang paling penting dalam mengakses pembelajaran dalam talian ialah sambungan internet yang baik. Sambungan internet yang tidak memuaskan dan sering terputus menyebabkan pelajar tidak dapat menggunakan internet dengan sempurna dan E-Learning dengan baik. Kebiasaannya pelajar akan menggunakan masa senggang antara kelas atau selepas kuliah bagi mengakses E-learning, berforum atau memuat turun data. Perkhidmatan internet perlu pada tahap yang memuaskan supaya pelajar memanfaatkannya dengan menggunakan E-Learning dengan sepenuhnya.

    Kedua ialah dengan menjadikan laman E-learning lebih menarik dan interaktif. Seperti yang kita ketahui, pada masa kini para pelajar lebih gemar menggunakan laman sosial seperti Facebook sebagai satu medium bukan sahaja untuk bersosial tetapi untuk berdiskusi. Jika laman E-Learning lebih mesra pelajar seperti membolehkan pelajar mengubah suai profilnya , memuat naik fail dengan mudah, adanya sistem kalender bagi kuliah dan peperiksaan pasti akan lebih menarik.

    Seterusnya ialah tenaga pengajar dan pelajar sendiri mestilah mahir dalam penggunaan E-learning ini. Adakalanya satu kursus perlu diadakan bagi memperkenalkan cara penggunaan E-Learning ini. Pengetahuan dalam menggunakan E-Learning ini amat penting bagi kelancaran penggunaannya dan agar tidak ada tenaga pengajar mahupun pelajar ketinggalan dalam pembelajaran atas talian ini.
    Keempat ialah kemudahan infrastruktur bagi mengadakan pembelajaran secara E-learning. Kemudahan yang baik sememangnya membantu dalam menyampaikan pembelajaran dengan jelas. Kemudahan –kemudahan seperti komputer, projector dan jaringan yang baik mampu menarik minat pelajar bagi menggunakan E-learning di dalam dewan kuliah.

    Kelima ialah mewujudkan satu tautan di dalam laman E-learning bagi menghubungkan antara satu IPTA/IPTS yang lain. Hal ini membolehkan proses pertukaran maklumat tidak berlaku didalam satu university sahaja, malah idea-idea boleh berkembang dan tersebar luas. Tidak cukup dengan university dalam negara, E-Learning ini juga dapat dikembangkan dengan university luar negara agar sistem pendidikan kita tidak ketinggalan.

    ReplyDelete
  19. Nama sebenar: Nur Syahirah Bt Wahed
    No Matriks: A137853
    Tahun pengajian: Tahun 2
    Fakulti: FSSK
    Email: syira.sw@gmail.com
    Facebook: Syira Wahed ( https://www.facebook.com/syira2107)
    Youtube URL: http://www.youtube.com/user/khanacademy

    E-Learning semakin mendapat tempat di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kerajaan sedar akan perkembangan ini dan telah melaksanakan program ini secara berperingkat. Walaupun masih tidak meluas kerana hanya fokus di institusi pengajian tinggi namun ini merupakan satu langkah yang baik dalam memajukan sistem pendidikan di negara kita.

    Langkah pertama ialah menyediakan prasarana yang lengkap dan mempunyai kemudahan yang cukup. Keadaan dewan yang besar akan memudahkan pelajar belajar dalam keadaan yang selesa dan dapat fokus kepada pembelajaran. LCD, skrin besar , komputer dan capaian internet yang bagus akan memudahkan pembelajaran.

    Seterusnya, mempunyai tenaga pengajar yang mahir. Tenaga pengajar memainkan peranan yang besar dalam memastikan kelancaran pembelajaran. Selain itu, tenaga pengajar bukan sahaja terhad di institusi yang sama malahan boleh menggunakan tenaga pengajar dari institusi yang berbeza. Ini merupakan langkah yang baik untuk berkongsi idea dalam mengembangkan ilmu.

    Ketiga, capaian internet yang baik. Sedia maklum, untuk akses kepada e-learning ia memerlukan perkhidmatan atas talian bagi melaksanakan pembelajaran. Talian internet yang lemah dan teruk akan mengganggu pembelajaran dan seterusnya objektif e-learning tidak dapat dicapai.

    Selain itu, menyediakan e-learning yang seronok dipelajari dan interaktif. Kadangkala pembelajaran atas talian boleh membosankan maka dengan menyediakan komunikasi dua-hala yang efisien dapat menarik minat pelajar.

    Akhir sekali, e-learning memudahkan tenaga pengajar untuk berkongsi maklumat dengan pelajar. Waktu pembelajaran yang terhad dan pelajar yang ramai menyekat komunikasi antara pelajar dan tenaga pengajar. Maka dengan menggunakan e-learning pelajar dapat berkongsi idea dengan tenaga pengajar. Selain itu, nota-nota pembelajaran dapat dikongsi melalui atas talian dengan lebih mudah.
    E-learning adalah satu kemajuan yang harus diperkembangkan dengan lebih baik. Ia bukan sahaja memudahkan proses pembelajaran malah mampu melahirkan golongan pelajar yang intelektual, kritis dan mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

    ReplyDelete