Friday, March 30, 2012

QKS2120 BOLA TAMPAR SEM 2 SESI 2011/2012 : MENINGKATKAN MINAT

Sukan bola tampar merupakan antara sukan yang unik untuk dipelajari dan dimainkan. Setiap pemain mempunyai peluang untuk beraksi di setiap posisi seperti pengumpan, perejam dan melakukan servis. Ia juga boleh dimainkan dengan menggunakan mana-mana anggota badan (any part of body).

Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi sukan yang popular dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-

  1. Nama sebenar.
  2. Nombor Matrik
  3. Tahun Pengajian
  4. Fakulti
  5. Email
  6. Facebook
  7. 5 url youtube berkaitan sukan bola tampar (sertakan 5 address youtube)

Postkan perbincangan anda sebelum 6 Apr 2012.

Thursday, March 29, 2012

GE6573 PROMOSI DAN PASARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEM 2 2011-2012 : PROMOSI

Berbagai-bagai-bagai kaedah dapat dilakukan bagi menggalakkan pengunaan sesuatu produk dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya menyediakan bahan dalam bentuk trial secara atas talian tentang perisian kursus yang dibangunkan bagi memudahkan pengguna. Apabila produk tersebut sesuai dan berkaitan barulah urusan tempahan dan jual beli dilakukan.

Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 7 strategi yang perlu dilakukan untuk mempromosi bidang Teknologi Maklumat di kalangan pengguna. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (7-9 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-

  1. Nama sebenar.
  2. Nombor Matrik
  3. Tahun Pengajian
  4. Fakulti
  5. Email
  6. Facebook
  7. url youtube Promosi dan Pasaran Teknologi Maklumat (5 address youtube)

Postkan perbincangan anda sebelum 31 Mac 2012.

Tuesday, March 27, 2012

GE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2011-2012 : RUTIN

Konsep pembelajaran terkini telah banyak mengalami transformasi ekoran revolusi dalam ciptaan dan kreativiti bidang ICT. Daripada penggunaan pen dan kertas kepada Tablet yang mudah dibawa ke mana-mana dan mampu menyimpan banyak maklumat serta penghantaran data dari tablet ke tablet.
Persoalannya bagaimana penggunaan peralatan ICT tersebut boleh dijadikan rutin dalam kehidupan seharian baik sebagai seorang pelajar mahu pun dalam kerjaya. Ada yang menjadikannya untuk tujuan berseronok-seronok seperti bermain games. Ada yang bertujuan untuk menambah kenalan seperti di ruangan facebook. Ada juga yang menjadikannya untuk melicinkan tugas-tugas harian seperti outlooks untuk mencatat dan mengingatkan tugasan yang perlu diselesaikan. Malah ada juga yang menjadikannya untuk menambahkan hasil pendapatan keluarga seperti e-dagang dan jual beli atas talian.

Berdasarkan kenyataan di atas,
cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
  1. Nama sebenar.
  2. Nombor Matrik
  3. Tahun Pengajian
  4. Fakulti
  5. Email
  6. Facebook
  7. url youtube kreatif & inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
  8. Postkan perbincangan anda sebelum 30 Mac 2012. 
Program kejururawatan:-
  1. NOOR ATIKAH BT PISSAL nooratikah90.blogspot.com
  2. SITI INA SHAKINAH BT JUSTIN @ MOHD AMAN ina-mohdaman.blogspot.com
  3. NURUL FATIHAH BT SALAH HUDDIN fatihah-life.blogspot.com
  4. SH NOORANIS ANISYA SYED ABU HASAN mencapaikeredhaanmu.blogspot.com
  5. NUR MUNIRAH BT OTHMAN nurmunirah90.blogspot.com
  6. SYAZANA BT MD JUSOH annafahmi.blogspot.com
  7. RINANE BT MOHD SALLEH rinanems.blogspot.com
  8. NUR SIMAA BT BERHANNUDIN auscultate-lub-dub.blogspot.com
  9. NURSUNIARYATI BT JEPON suniaryati.blogspot.com
  10. NOORZA BT MAHAT azroon77.blogspot.com 
  11. SITI FATIMAHNUR BT JOHARI sitifatimahnur.blogspot.com
  12. AFRAHANA BT AB AZIZ hanaluffy.blogspot.com
  13. KAMARIAH KAMALUDIN kamage2123.blogspot.com
  14. NUR FARZANA BT MOHD ZAM ZAM anugerah11.blogspot.com
  15. NURSINIARYATI BT JEPON iseen90myy.blogspot.com
  16. HASSANUDDIN BIN MATZIN hassanuddinmatzin.blogspot.com
  17. CHUAH SUN CHIN chuahsunchin.blogspot.com
  18. NURFADHILAH MOHD FARID menunjukejalan-nya.blogspot.com
  19. QARATUL AINI BT HUSSIN myblogalgebra.blogspot.com

Tuesday, March 20, 2012

GE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEM 2 2011-2012 : KREATIF DAN INOVATF PEMACU PENDIDIKAN MASA DEPAN

Kreativiti dan Inovatif merupakan elemen penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran masa kini. Penggunaan teknologi digital mampu mengubah kaedah pengajaran, gaya pembelajaran dan persepsi terhadap bidang pendidikan.

Pengenalan kepada e-mobile juga banyak mengubah situasi dan kondisi pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan mengakses maklumat dengan cepat merupakan antara kriteria penting bagi para pelajar meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka hanya dengan sentuhan hujung jari sahaja.

Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris)

Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
Nama sebenar.
Nombor Matrik
Tahun Pengajian
Fakulti
Email
Facebook
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan

Postkan perbincangan anda sebelum 27 Mac 2012.

Monday, March 19, 2012

GD1123 PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT SEM 2 2011-2012 : BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.

"Saya sanggup jadi tongkat kepada Ibu sepanjang hidup saya. Sebuah cerita menyayatkan hati yang wajib kita baca. Pengorbanan seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya dalam menjalani hidup tanpa mengeluh dan ikhlas dalam menjalani dan boleh di jadikan contoh tauladan buat kita semua.

Kisah seorang anak perempuan dari Changchun, China, di negara yang sangatlah sejuk. Li Yuanyuan memikul sang ibu yang lumpuh kedua-dua kakinya sambil menggendong anaknya yang berusia dua tahun ke rumah sakit kerana ibunya terkena serangan jantung lagi. Orang-orang yang berlalu lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata terbeliak, semua takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah tetapi memiliki tenaga untuk memikul satu orang sambil menggendong satu orang lagi.

Menurut laporan City Evening Post pada 13 Februari 2008 lalu, Li Yuanyuan telah memakaikan baju kepada kanak-kanak dan ibunya yang baru sembuh dari sakit. Pada jam 10 pagi, Yuanyuan mencangkung di depan ibunya dan meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu memanggul ibunya, kemudian menggendong pula anaknya yang berdiri di atas tempat tidur.

Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyokong kedua kaki ibunya, sedangkan ibunya hanya membantu merangkul cucunya mengelilingi leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Sang ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa memikul sang ibu keluar masuk rumah sakit.

Berdasarkan peristiwa di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan institusi kekeluargaan yang merupakan salah satu agen sosialisasi dapat diperkukuhkan. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.
Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
1. Nama sebenar.

2. Nombor Matrik

3. Tahun Pengajian

4. Fakulti

5. Email

6. Facebook

Postkan perbincangan anda sebelum 16 April 2012.