Sukan bola tampar merupakan antara sukan yang unik untuk dipelajari dan dimainkan. Setiap pemain mempunyai peluang untuk beraksi di setiap posisi seperti pengumpan, perejam dan melakukan servis. Ia juga boleh dimainkan dengan menggunakan mana-mana anggota badan (any part of body).
Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi sukan yang popular dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
- Nama sebenar.
- Nombor Matrik
- Tahun Pengajian
- Fakulti
- 5 url youtube berkaitan sukan bola tampar (sertakan 5 address youtube)
Postkan perbincangan anda sebelum 6 Apr 2012.
Dalam usaha menjadikan sukan bola tampar terus diminati segenap lapisan masyarakat, usaha memperbanyakkan gelangang bola tampar di taman-taman perumahan perlu di jalankan oleh kerajaan ataupun NGO-NGO terlibat. Hal ini kerana tanpa tempat yg sesuai, sukan bola tampar sukar untuk dimainkan. Pihak-pihak tersebut perlulah mendirikan gelangang –gelangang ini di tempat-tempat tumpuan penduduk seperti di taman permainan, di balai raya dan lain-lain. Dengan terdirinya kemudahan ini, masyarakat akan tertarik untuk mempelajari sukan bola tampar secara tidak langsung.
ReplyDeleteSelain itu, menjadikan sukan bola tampar mesra remaja juga dapat menjadikan sukan ini terus diminati. Hal ini kerana remajalah individu yang paling banyak menhabiskan masa bersukan dan mewakili Negara dalam acara-acara sukan. Untuk menarik minat remaja, sukan ini perlulah dipergiatkan di bangku sekolah lagi. Kelab dan persatuan yang dipegang oleh anak-anak muda juga perlu diwujudkan dan sokongan sponsor-sponsor untuk membantu kelab-kelab ini perlu disediakan. Dengan adanya anak-anak muda yang serius dalam membangunkan sukan ini, maka sukan ini akan dapat bertahan sehingga generasi akan datang.
Penyaluran maklumat amat penting dalam membangunkan sesebuah sukan. Maka dalam memastikan sukan bola tampar terus kekal, maklumat-maklumat mengenai permainan bola tampar harus diperbanyakkan dikaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar dan majalah. Maklumat- maklumat ini termasuklah teknik-teknik permainan, perkembangan terkini, perlawanan-perlawanan, pertandingan dan idola-idola bola tampar tempatan. Maklumat yang disalurkan haruslah mudah difahami dan senang didapati oleh semua lapisan masyarakat. Dengan adanya maklumat-maklumat ini, masyarakat lebih memahami dan dapat mencari medium-medium untuk menyertai sukan bola tampar ini.
Menyediakan khidmat pemain yang pakar dan berpengalaman untuk melatih pemain-pemain di pusat sukan sedia ada juga dapat menarik minat orang ramai. Hal ini kerana, dengan adanya jurulatih yang berkredibiliti, masyarakat akan lebih yakin dan mahu mengambil segala ilmu dari jurulatih tersebut. Jurulatih yang pakar dan berpengalaman ini juga mampu meyampaikan segala maklumat dengan tepat dan dapat melatih teknik yang betul kepada pemain-pemain baru.
Memperbaiki mutu permainan diperingkat antarabangsa juga dapat membuka mata segenap lapisan masyarakt mengenai bola tampar. Hal ini terbukti dalam sukan squash, bola sepak, berbasikal trek dan badminton dimana pemain-pemain Negara mempunyai kedudukan yang baik malah ada yang sudah mendapat gelaran nombor 1 dunia. Mutu permainan yang baik akan meletakkan Negara dikedudukan yang selesa selain dari dapat menarik minat kerajaan dalam membangunkan sukan ini untuk mengharumkan nama Malaysia.
Nama: Mohd Sharil Bin Sulaiman
Kad matrik: 164133
Tahun pengajian: 2011/2012
Fakulti: Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan
Email: sharil_sulaiman@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100000711313220
URL:
http://www.youtube.com/watch?v=GhlHRFlkz0E&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=SyRWkSZEZBU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=gvatX7kjkIc&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=j-Ddv2nZ0oY&feature=share
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7Hj9sDPFPII
Tahniah. Walaupun lewat bersama kumpulan 1, tetapi menjadi orang pertama post isu di blog ini. Selepas ini sila hadir kelas ko-k tanpa GAGAL.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSukan bola tampar merupakan sukan terkenal di mata dunia. Sukan tersebut mudah di pelajari dan sesuai dimainkan oleh semua segenap masyarakat. Antara lima cara yang boleh dilakukan untuk memastikan sukan bola tampar terus menjadi sukan yang popular dan diminati oleh segenap lapisan manyarakat.
ReplyDeletePertama, pihak kerajaan boleh membina banyak lagi gelanggang bola tampar di kawasan perumahan. Ini karana kebanyakannya gelangan bola tampar hanya ada di sekolah dan university sahaja. Sekiranya gelanggang tersebut di bina di kawasan perumahan pasti boleh mendedahkan lagi sukan bola tampar di kawasan perumahan. Selain itu dapat memudahkan penduduk perumahan dapat bermain dan membuat latihan. Secara tidak langsung perpaduan dapat di wujudkan.
Kedua, menubuhkan persatuan bola tampar terbuka semua lapisan masyrakat tidak kira kaum dan agama. Adanya persatuan tersebut boleh membantu, mendedah dan memperkenalkan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan bakat kendiri seseorang dalam bidang sukan bola tampar. Selain itu, persatuan tersebut boleh merengankan pembelanjaan kerana ia dikongsi oleh semua orang.
Ketiga, boleh menganjurkan pertandingan bola tampar dalam semua peringkat umur. Pertandingan dapat melahirkan bakat-bakat baru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pengatahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek khanya adpek pengurusan sesuatu pertandingan. Selain itu dapat menambahkan pengalaman kepada seseorang pemain bola tampar.
Keempat, pihak kerajaan boleh menganjurkan kempen bola tampar untuk memperkenalkan sukan bola tampar di semua peringkat masyarakat. Sebagai contah `Satu Hari Bola Tampar` dalam satu hari tersebut boleh menadakan kelas asas sukan bola tampar dan pelbagai aktiviti boleh di buat. Disamping itu boleh menjemput pasukan terhebat untuk membuat perlawanan persahabatan mungkin boleh menarik minat orang lain.
Kelima, kita boleh membuat filem tentang kajayaan seseorang atlet terhandal di dunia dalam sukan bola tampar. Kalau sukan bola sepak sebuah filem telah disiarkan seperti `Goal` dan telah banyak menarik minat orang lain dalam bidang tersebut. Selain kita boleh membuat cartoon atau komik tentang sukan bola tampar kerana ia boleh mendedahkan kepada kanak-kanak untuk minat dalam sukan bola tampar.
Nama : Wan Mohamad Asyraf b Wan Mohammed Ayub
No matrik: 163981
Tahun pengajian: 2011/2012
Falkuti : Falkuti Perubatan dan Sains Kesihatan
Email: oneasyraf@yahoo.com
Facbook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100000584256194
1. http://www.youtube.com/watch?v=zHrcHJHUuMU
2. http://www.youtube.com/watch?v=swjFIieW3-8&feature=related
3. http://www.youtube.com/watch?v=Y_hUS_mZECc
4. http://www.youtube.com/watch?v=aoWR2NrK90g&feature=related
5. http://www.youtube.com/watch?v=DDhvatGm_1s&feature=endscreen
Bola tampar merupakan sejenis permainan yang sangat menarik untuk ditonton dan mudah dipelajari. Hal ini disebabkan oleh permainan ini mempunyai teknik-teknik tertentu untuk dipelajari dan merupakan permainan yang sesuai untuk dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat. Terdapat berbagai cadangan dan cara-cara untuk lebih memantapkan permainan bola tampar bagi memastikan sukan ini terus menjadi permainan yang popular dan terus diminati ramai.
ReplyDeleteLangkah pertama yang boleh dilakukan ialah memastikan sukan bola tampar menjadi sukan yang wajib dimainkan di sekolah rendah, ini adalah kerana kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan sekolah rendah di Malaysia tidak mempunyai kemudahan untuk permainan bola tampar dan kekurangan jurulatih yang berpengalaman. Didalam hal ini, kerajaan haruslah memainkan peranan penting bagi memastikan sikap sterotaip dikalangan masyarakat yang hanya memandang bola sepak sebagai permainan yang paling menarik untuk ditonton dapat dihapuskan. Terdapat permainan yang lebih menarik untuk ditonton sebagai contoh permainan bola tampar.
Selain itu, media massa dan elektronik juga harus memainkan peranan dalam mempopularkan lagi sukan bola tampar. Mungkin sebagai cadangan syarikat akhbar dapat menyediakan satu ruangan untuk maklumat mengenai bola tampar untuk memberi pendedahan kepada orang ramai untuk lebih mengenali bola tampar dengan lebih dekat. Sebagai tambahan, sekiranya terdapat majalah yang diterbitkan mengenai bola tampar ianya lebih menarik untuk dijadikan maklumat pendedahan kepada orang ramai.
Langkah seterusnya ialah, menganimasikan sukan bola tampar supaya menjadi tontonan kepada golongan kanak-kanak atau dalam bentuk bacaan. Disini syarikat penerbitan haruslah memainkan peranan penting. Kita juga sedia maklum bahawa animasi tidak hanya ditonton oleh golongan kanak-kanak malahan golongan pertengahan juga ada yang menggemari rancangan animasi. Ini boleh dijadikan platform untuk mempopularkan sukan bola tampar. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya ini bermaksud sekiranya golongan kanak-kanak telah menggemari sukan ini maka mudahlah untuk dipelajari nanti.
Langkah keempat yang boleh dilakukan ialah mengadakan kejohan bola tampar secara besar-besaran di bandar-bandar kecil sebagai langkah untuk mempopularkan permainan ini. Ini kerana masyarakat di bandar-bandar kecil kurang terdedah dengan permainan ini. Ini boleh dijadikan langkah yang proaktif dalam perancangan masa depan. Selain itu, apabila sesuatu perlawanan diadakan ini dapat menaikan semangat dan sekaligus memperkenalkan sesuatu permainan kerana minat untuk bermain boleh timbul apabila seseorang itu mula bermain sesuatu permainan.
Memperbanyakkan kempen dan iklan didalam media massa juga merupakan langkah yang boleh diambil untuk memporpularkan permainan bola tampar. Maklumat tentang kejohan di dalam dan luar negara tidak banyak diperkatakan menyebabkan permainan ini tidak menjadi sebutan ramai. Pasukan Malaysia kursusnya perlu lebih memantapkan skil dalam perlawanan supaya dapat memberikan saingan kepada pasukan luar negara yang lebih kuat. Selain itu, penajaan untuk permainan ini juga agak sukar didapati menyebabkan tidak banyak promosi tentang permainan bola tampar dapat disiarkan.
Sebagai kesimpulannya untuk memporpularkan permainan bola tampar ini semua pihak haruslah memainkan peranan. Tidak hanya terletak kepada sesuatu badan atau individu tertentu sahaja sekiranya ingin permainan ini terus popular.
Nama : Sarah Syahida Bt Abu Yazit
Nombor Matrik: 162738
Tahun Pengajian : Tahun pertama 2011/2012
Fakulti: Perubatan dan Sains Kesihatan
Email: sara.syahida86@gmail.com
Facebook: sarah syahida
-http://www.youtube.com/watch?v=ehvArXyRHeU
-http://www.youtube.com/watch?v=udffj9KYqgo&feature=related
-http://www.youtube.com/watch?v=_FHCI4IV2Kk&feature=fvwrel
-http://www.youtube.com/watch?v=2pI367Azbqo&feature=fvwrel
-http://www.youtube.com/watch?v=D-zFQ4jFy88
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain. Terdapat lima cara untuk memastikan sukan bola tampar ini akan terus popular di masa akan datang.
ReplyDeletePada masa sekarang ini,didapati masih ada sekolah-sekolah yang tidak dilengkapi dengan sukan bola tampar. Jadi, kerajaan haruslah memastikan sukan bola tampar ini diperkenalkan di setiap sekolah terutamanya dari sekolah rendah lagi agar pelajar-pelajar akan terbiasa dengan sukan ini sebelum melangkah ke peringkat pengajian seterusnya. Guru pendidikan jasmani sekolah mestilah mempunyai kemahiran dalam sukan ini agar ilmu tentang bola tampar ini dapat diturunkan kepada pelajar-pelajar semasa subjek pendidikan jasmani. Justeru, setiap pelajar akan mengetahui asas-asas sukan ini dan bukan hanya pemain-pemain bola tampar sahaja yang berpeluang mempelajari sukan ini.
Kedua, sukan bola tampar ini mestilah dijadikan subjek kokurikulum berkredit yang wajib diambil oleh semua pelajar IPTA seperti subjek Bakti Siswa yang sekarang ini menjadi subjek wajib. Kerajaan boleh pertimbangkan perkara ini dengan mensyaratkan subjek kokurikulum berkredit mestilah diambil untuk tiga semester. Oleh itu, setiap pelajar berpeluang menceburi bidang sukan ini dan tiada alasan untuk sukan ini tidak dikenali.
Ketiga, sukan ini akan lebih dikenali dan diminati jika kerajaan manganjurkan liga bola tampar antara negeri sepertimana popularnya liga bola sepak sekarang ini. Jika diperkenalkan liga bola tampar, sudah pasti jadual perlawanan kelab bola tampar bagi setiap negeri akan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan dan dengan ini akan lebih mempopularkan lagi sukan ini di mata masyarakat. Liga ini boleh juga dianjurkan di peringkat dunia seperti sukan bola sepak yang dipertandingkan semasa Liga Juara-Juara Eropah, EURO dan World Cup.
Selain itu, sukan ini akan lebih cepat popular jika diperkenalkan dalam bentuk karya komik atau animasi seperti sukan bola keranjang yang diperkenalkan dalam animasi Slam Dunk dan tenis dalam animasi Prince of Tennis. Golongan muda sangat menggemari siri-siri animasi seperti ini dan sudah pasti sesiapa yang mengikuti siri animasi bola tampar yang disiarkan akan memasang keinginan untuk beraksi seperti watak-watak dalam animasi tersebut.
Cara terakhir ialah syarikat permainan video mestilah mereka cipta permainan bola tampar ini dalam
bentuk permainan video seperti PS2 atau PSP. Sukan ini juga boleh diperkenalkan dalam permainan video senaman yang popular di masa sekarang ini iaitu Wii Sport yang buat masa ini hanya memperkenalkan beberapa permainan sukan yang hanya melibatkan individu seperti boling,badminton, dan tenis serta beberapa senaman-senaman asas yang lain.
Akhir kata, saya berharap agar langkah-langkah ini akan dilaksanakan agar sukan bola tampar akan terus popular di masa hadapan.
Nama : Munirah Mohamed Adib
No mtrik : 163547
Tahun : 1,sem 2
Fakulti : Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan
e-mail : niroshcullen@yahoo.com
FB : Munirah Mohamed Adib
1. http://www.youtube.com/watch?v=ewerCfb-tvo
2. http://www.youtube.com/watch?v=rZEiBrykp_w&feature=related
3. http://www.youtube.com/watch?v=6z7NG-rpI64&feature=related
4. http://www.youtube.com/watch?v=Q-i2yqcYYvE&feature=relmfu
5. http://www.youtube.com/watch?v=IfJi8KLhtlg&feature=related
Sukan bola tampar merupakan sukan yang bukan sahaja melibatkan aktiviti fizikal malahan turut melibatkan penggunaan mental seseorang. Sukan ini telah lama dipopularkan di Malaysia dan penerimaan masyarakat terhadap sukan ini sangat memberangsangkan. Namun begitu, beberapa cara perlu di ambil untuk memastikan sukan bola tampar ini terus popular dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat.
ReplyDeleteAntara cara-cara yang boleh diambil adalah dengan peningkatan kreativiti gaya penyampaian para pengajar semasa sesi pembelajaran sukan bola tampar dijalankan. Penggunaan alat bantu mengajar seperti kemudahan multimedia dan elektronik dilihat mampu menarik minat masyarakat untuk mempelajari sukan bola tampar ini. Hal ini demikian kerana, pendedahan terhadap sukan ini sebelum aktiviti praktikal dijalankan mampu memberi input yang berguna kepada seseorang seterusnya menarik minat mereka untuk menceburkan diri dalam sukan ini.
Selain itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu mengkomersialkan sukan bola tampar ini menggunakan teknologi terkini seperti media massa. Sebagai contoh, iklan- iklan berbentuk animasi mengenai bola tampar perlu kerap ditayangkan di televisyan bagi menarik minat bukan sahaja generasi muda malah turut melibatkan golongan dewasa. Kaedah ini mampu menimbulkan keinginan seseorang untuk turut mempelajari sukan bola tampar.
Seterusnya, dalam aktiviti sukan bola tampar ini pengajar atau jurulatih yang bertauliah dan berdedikasi sangat diperlukan untuk memastikan keberkesanan sesi pembelajaran. Teknik- teknik tertentu yang akan dipelajari lebih mudah dan cepat difahami. Keselamatan pemain juga turut terjamin. Hal ini akhirnya mampu meyakinkan masyarakat bahawa sukan ini mudah dipelajari dan keselamatan mereka turut terjamin berikutan risiko kecederaan dalam sukan ini lebih rendah berbanding sukan lain seperti bola sepak dan ragbi.
Bukan itu sahaja, untuk memastikan sukan ini terus diminati, kerajaan perlulah menyediakan lebih banyak gelanggang- gelanggang bola tampar berhampiran kawasan perumahan khususnya di kawasan- kawasan kampung. Hal ini demikian kerana, penduduk kampung biasanya gemar menghabiskan masa beriadah pada waktu petang, Justeru itu, dengan adanya kemudahan gelanggang tersebut mereka dapat memantapkan teknik-teknik dalam bola tampar sambil menjalankan aktiviti riadah.
Akhir sekali, penulis - penulis kreatif boleh menyumbangkan idea mereka dengan menulis komik mahupun novel yang menceritakan keseronokan dan kelebihan melibatkan diri dalam sukan ini. Dalam penulisan tersebut, kemahiran -kemahiran tertentu boleh diselitkan. Unsur- unsur jenaka juga boleh diterapkan untuk menarik minat para pembaca. Dengan adanya pendedahan tentang kelebihan- kelebihan sukan bola tampar ini sudah tentu lebih ramai yang akan meminati dan menggemari sukan ini.
Kesimpulannya, pelbagai pihak turut terlibat dalam usaha mempopularkan sukan bola tampar ini. Usaha yang berterusan membolehkan sukan ini terus diminati olah segenap lapisan masyarakat.
Nama : Roswaniza Mohd
Nombor Matrik : 162995
Tahun Pengajian : Tahun 1 2011/2012
Fakulti : Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan
Email : roswanizamohd@yahoo.com
Facebook : roswaniza mohd
5 url youtube berkaitan sukan bola tampar:
• http://www.youtube.com/watch?v=nhilZj83Ego&feature=endscreen
• http://www.youtube.com/watch?v=yXSFNSPikL4&feature=related
• http://www.youtube.com/watch?v=yHaygl0HvKI&feature=relmfu
• http://www.youtube.com/watch?v=c2UynklII2Y&feature=related
• http://www.youtube.com/watch?NR=1&feature=endscreen&v=OBOgy7Q8JWc
Bola tampar merupakan sukan yang telah lama diperkenalkan di Malaysia. Bola tampar adalah sukan yang sangat menarik untuk dipelajari dan mempunyai risiko kecederaan yang rendah jika menggunakan teknik-teknik yang betul semasa bermain. Walaupun ia telah pun dikenali dan popular dalam kalangan masyarakat, namun kita perlu mencari alternatif untuk memastikan sukan ini terus popular dan diminati oleh setiap lapisan masyarakat.
ReplyDeletePertama, Kerajaan berperanan penting dalam menjayakan usaha untuk terus mepopularkan sukan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Berkaitan hal ini, pihak kerajaan perlu menyediakan prasarana sukan bola tampar yang lengkap di sekolah. Sehingga kini, masih wujud sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan sukan bola tampar yang mencukupi terutama di sekolah-sekolah pedalaman. Dengan ini, ia menyukarkan usaha untuk memupuk minat pelajar memandangkan mereka tidak mendapat pendedahan awal mengenai sukan ini.
Kedua, tenaga pengajar yang berkemahiran perlu ditempatkan di sekolah-sekolah yang kurang aktif dalam sukan ini. Dengan adanya guru-guru yang berkemahiran, mereka mungkin mampu menarik minat pelajar dengan menceritakn keseronokan permainan ini. Seterusnya, mereka juga boleh meyakinkan bahawa sukan ini sangat mudah dipelajari dengan menunjukkan kemahiran yang ada dalam diri mereka. Bukan itu sahaja, malah alat bantu mengajar seperti video berkaitan sukan ini boleh digunakan supaya para pelajar lebih memahami apa yang dipelajari secara teori sebelum melakukan praktikal di padang.
Cara ketiga adalah dengan menerbitkan bahan-bahan bacaan yang menarik mengenai sukan ini. Para penulis perlu menghasilkan penulisan yang lebih kreatif dengan menerbitkan komik yang diselitkan dengan unsur jenaka disamping pendedahan mengenai sukan ini. Sebagai contoh terdekat, komik ‘Anak-anak Sidek’ yang dahulunya sangat popular dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan minat bukan sahaja pelajar, malah kanak-kanak yang membaca komik tersebut. Mungkin dengan cara ini, usaha mempopularkan sukan ini lebih efektif.
Selain bahan bacaan seperti komik, media massa juga perlu mengambil bahagian dalam usaha meningkatkan populariti sukan ini dalam kalangan masyarakat. Mungkin lebih banyak iklan atau rancangan televisyen perlu diterbitkan supaya mamapu mempengaruhi dan meningkatkan minat penonton daripada pelbagai lapisan umur yang menonton rancangan tersebut. Sebagai contoh rancangan televisyen yang boleh diterbitkan seperti rancangan kartun yang jalan ceritanya menceritakan mengenai permainan ini. Dengan ini, ia sekali lagi mampu meningkatkan minat kanak-kanak selain menggunakan pendedahan melalui komik.
Cara yang terakhir adalah dengan mengadakan perlawanan bola tampar secara kerap dan juga di merata-rata tempat contohnya di kampung-kampung yang terdapat kemudahan padang. Dengan ini, penduduk kampung yang terdiri daripada masyarakat dari pelbagai lapisan umur akan tertarik untuk melihat perlawanan yang diadakan di kampung mereka dan mungkin dengan cara ini mampu menarik minat mereka untuk menyertai atau mempelajari sukan ini.
Oleh itu, dalam usaha untuk terus mempopularkan sukan ini, semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing supaya sukan ini akan terus popular dan tidak luput ditelan zaman walaupun pada masa akan datang mungkin pelbagai sukan baru akan diperkenalkan.
1. Nama sebenar: Nurul Amira Binti Zainal
2. Nombor Matrik: 163685
3. Tahun Pengajian: Tahun 1 sesi 2011/2012
4. Fakulti: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
5. Email: ieramyra_92@yahoo.com
6. Facebook: miramyra
7. 5 url youtube berkaitan sukan bola tampar:
• http://www.youtube.com/watch?v=vd4AA-jhW34
• http://www.youtube.com/watch?v=sc76LSFhT44
• http://www.youtube.com/watch?v=4OMuSp9FNHc
• http://www.youtube.com/watch?v=gL6vwaJVC5w&feature=related
• http://www.youtube.com/watch?v=QNsonWAaFk4&feature=related
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBola tampar merupakan sejenis permainan yang menarik untuk ditonton dan mudah dipelajari oleh sesiapa pon.Ini kerana permainan ini mempunyai teknik-teknik tertentu untuk dipelajari dan merupakan permainan yang sesuai untuk dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat.Setiap teknik yang ada dalam permainan bola tampar amat senang untuk difahami.Namun,sukan bola tampar kurang diminati di Negara ini.Pelbagai cadangan diperlukan untuk menigkatkan minat dalam kalangan masyarakat kita.
ReplyDeleteLangkah pertama ialah sukan bola tampar menjadi sukan yang wajib di sekolah rendah,ini kerana kebanyakkan sekolah rendah tidak mempunyai kemudahan untuk permainan bola tampar dan kekurangan jurulatih yang berpengalaman serta gelanggang yang sesuai.Dalam hal ini,kerajaan haruslah memainkan peranan penting bagi menarik minat budak-budak sekolah rendah terhadap permainan ini.
Selain itu,media massa dan elektronik juga harus memainkan boleh peranan yang amat penting dalam memupuk minat terhadap masyarakat kita.Mungkin sebagai salah satu cadangan syarikat akhbar dapat menyediakan satu ruangan maklumat mengenai bola tampar untuk memberi pendedahan kepada orang ramai untuk lebih mengenali bola tampar dengan lebih mendalam.Sebagai tambahan, sekiranya terdapat majalah yang diterbitkan mengenai bola tampar ianya lebih menarik untuk dijadikan maklumat pendedahan kepada orang ramai.
Memperbanyakkan kempen dan iklan didalam media massa juga merupakan langkah yang boleh diambil.Maklumat tentang kejohanan bola tampar tidak banyak diperkatakan menyebabkan permainan ini tidak menjadi perhatian ramai.Penajaan untuk permainan ini juga agak sukar didapati menyebabkan tidak banyak promosi tentang permainan bola tampar dapat disiarkan.Syarikat-syarikat besar jugak perlu memberikan penajaan kepada permainan bola tampar ini demi kemajuan permainan ini di Malaysia.
Langkah seterusnya ialah,menganimasikan sukan bola tampar supaya menjadi tontonan kepada golongan kanak-kanak atau dalam bentuk bacaan.Disini syarikat penerbitan haruslah memainkan peranan penting. Animasi tidak hanya ditonton oleh golongan kanak-kanak malahan semua golongan juga ada yang menggemari rancangan animasi serta menontonnya. Ini boleh dijadikan platform atau batu loncatan untuk menarik minat terhadap sukan bola tampar.Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya ini bermaksud sekiranya golongan kanak-kanak telah menggemari sukan ini maka mudahlah untuk dipelajari nanti.
Seterusnya ialah kerajaan boleh mengadakan satu hari yang dikhaskan untuk permainan bola tampar atau mengadakan karnival.Di sini masyarakat kita boleh mengumpul serba sedikit maklumat berkaitan bola tampar.Dari segi penganjuran karnival ini,kita dapat memupuk minat semua orang terhadap sukan ini.
Sebagai kesimpulannya untuk memperkenalkan permainan bola tampar ini semua pihak haruslah memainkan peranan.Tidak hanya terletak kepada sesuatu badan atau individu tertentu sahaja sekiranya ingin permainan ini terus popular serta untuk menarik minat semua orang terhadap permainan ini.
Nama: Nurhazirah Mohd Ridwan
Kad matrik: 162607
Tahun pengajian: 2011/2012
Fakulti: Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Email: hazirah_ridwan@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/hazirahridwan
URL:
www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7Hj9sDPFPII
www.youtube.com/watch?v=Y_hUS_mZECc
www.youtube.com/watch?v=D-zFQ4jFy88
www.youtube.com/watch?v=Q-i2yqcYYvE&feature=relmfu
www.youtube.com/watch?v=nhilZj83Ego&feature=endscreen
Bola tampar berkembang pesat sejak mula dimainkan serta dinikmati oleh masyarrakat di seluruh dunia. Walaupun sukan bola tampar bermula secara sederhana di Amerika Syarikat, sukan ini memberi kesan yang sungguh mendalam serta tidak diduga di seluruh dunia. Permainan bola tampar pada hari ini dimainkan dengan cara yang amat berbeza daripada permainan asalnya yang telah diciptakan sejak lebih kurun yang lalu.
ReplyDeleteSalah satu cara untuk mempopularkan sukan ini di Malaysia ialah dengan memberi penekanan di peringkat sekolah. Pada tahun 1990-an, pelbagai program perkembangan bola tampar dan kejohanan kebangsaan bola tampar yang berjaya telah diperkenalkan dan dilaksanakan. Hasilnya, permainan bola tampar mini (bawah 12 tahun) diperkenalkan. Permainan bola tampar juga adalah merupakan salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).
Langkah seterusnya ialah menjadikannya sebagai 'sukan rakyat'. Sebagai permulaan, pihak Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung perlu memasukkan sukan bola tampar sebagai salah satu sukan yang dimainkan dalam program-program keramaian seperti sambutan hari raya. Dengan cara ini, sukan bola tampar akan lebih dikenali. Bagi menjayakan usaha ini, pihak kerajaan perlulah memberikan bantuan pembinaaan gelanggang yang mematuhi piawaian yang ditetapkan, selain selamat untuk digunakan.
Selain itu, penganjuran pertandingan sukan bola tampar secara berkala di kawasan kejiranan juga mampu mempopularkan sukan ini. Penganjuran pertandingan secara liga di peringkat yang lebih tinggi seperti daerah, negeri dan kebangsaan juga penting. Usaha ini mampu mencetuskan fenomena baru dalam dunia sukan bola tampar tempatan. Ia akan membuatkan sukan ini lebih dekat di hati masyarakat.
Langkah lain yang boleh diambil ialah menjadikan laporan aktiviti berkaitan sukan bola tampar termasuk sebagai laporan utama bagi segmen sukan dalam akhbar. Realiti semasa menunjukkan laporan sukan bola sepak dan badminton lebih mendominasi halaman utama segmen sukan di akhbar-akhbar tempatan. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi minat pembaca untuk mengetepikan sukan-sukan yang lain termasuklah sukan bola tampar.
Kesimpulannya, sukan bola tampar mampu menjadi lebih popular dan diminati masyarakat sekiranya langkah-langkah yang digariskan disambut baik serta dijayakan oleh pihak kerajaan mahupun masyarakat umum.
Nama : Abdul Rauf bin Abdul Rahman
Nombor Matrik : 155975
Tahun Pengajian : Tahun 3
Fakulti : Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Email : suarazaman@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/suarazaman
5 URL Youtube berkaitan sukan bola tampar:
http://www.youtube.com/watch?v=5IxC8JZxoK8
http://www.youtube.com/watch?v=rUYNgb4_-sI&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=GmXc6qvdMG8
http://www.youtube.com/watch?v=MKAxJC-XEGI&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=WoUs5SEJPdQ&feature=relmfu
Sukan bola tampar merupakan antara sukan yang menarik untuk dimainkan. Sukan bola tampar juga dipertandingkan sehingga peringkat dunia. Namun, entah di mana silapnya, sukan bola tampar dipandang sepi terutamanya oleh masyarakat di Malaysia. Oleh sebab itu, kita wajar melaksanakan langkah-langkah yang boleh membantu dalam usaha mempopularkan sukan bola tampar dalam kalangan masyarakat.
ReplyDeleteAntara langkah yang boleh dilakukan dalam usaha mempopularkan sukan bola tampar dalam kalangan masyarakat termasuklah memperbanyakkan kejohanan atau pertandingan bola tampar di pelbagai peringkat umur. Seperti yang kita sedia maklum, kejohanan bola tampar kurang diadakan berbanding sukan-sukan lain. Jadi, dengan memperbanyakkan kejohanan bola tampar di semua peringkat, dapat membuka mata masyarakat untuk menceburi sukan bola tampar.
Selain itu, cara lain yang dapat mempertingkatkan populariti sukan bola tampar ialah menyediakan kemudahan untuk bermain bola tampar dengan lebih banyak. Seterusnya, kawasan gelanggang bola tampar yang disediakan juga perlu sentiasa diselia dan dipantau agar sentiasa berada dalam keadaan baik agar dapat bertahan dalam tempoh yang lama dan seterusnya menjimatkan kos-kos penyelenggaraan. Dengan itu, masyarakat sekitar dapat bermain bola tampar dengan selesa.
Pada masa yang sama, pendapatan atau ganjaran kepada pihak yang terlibat dalam sukan bola tampar wajar dinaikkan. Dalam hal ini, pihak kerajaan dan swasta perlu memainkan peranan dengan menjadi penaja untuk sesuatu kejohanan. Hal ini kerana, dunia globalisasi pada masa kini memaksa orang ramai untuk mencari sumber pendapatan yang tinggi bagi menjamin keselesaan hidup. Secara tidak langsung, sukan bola tampar akan mula diminati oleh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Tambahan pula, publisiti tentang penganjuran kejohanan sukan bola tampar di pelbagai peringkat mestilah ditingkatkan. Media massa seperti televisyen, majalah, dan surat khabar boleh menguar-uarkan tentang kejohanan bola tampar, baik yang telah berlaku atau yang akan menjelma. Kejohanan bola tampar di peringkat dunia sepatutnya dibuat liputan secara langsung dan meluas. Manakala, pihak yang menyiarkan perlawanan-perlawanan bola tampar boleh menyiarkan secara percuma kepada masyarakat.
Di samping itu, kita perlu memperbanyakkan penubuhan kelab-kelab atau badan yang bertanggungjawab untuk sukan bola tampar di Malaysia. Dengan cara ini, kita dapat mencungkil bakat-bakat baru di peringkat muda dalam sukan bola tampar. Penubuhan kelab-kelab bola tampar sebagai contoh, dapat membuka peluang kepada masyarakat untuk menyertai dan mengembangkan minat dan kemahiran dalam sukan bola tampar.
Kesimpulannya, dengan melibatkan diri dalam acara sukan dapat membantu masyarakat untuk menjaga kesihatan badan. Jelaslah, sukan bola tampar memang dapat membantu masyarakat dalam pengamalan gaya hidup sihat. Bukan sahaja sukan ini dapat dimainkan oleh semua peringkat umur, malah ia juga dapat dimainkan secara beramai-ramai. Justeru, saya berharap pihak-pihak yang berkaitan dapat mempopularkan sukan bola tampar ini di semua peringkat masyarakat.
1. Nama sebenar : Mohammad Hafizz Bin Dzulkifli
2. Nombor Matrik : 162904
3. Tahun Pengajian : Tahun 1
4. Fakulti : Perhutanan
5. Email : hafizz_upm@yahoo.com
6. Facebook : hafizz dzulkifli
7. 5 url youtube :
• http://www.youtube.com/watch?v=Edvj6sceziA
• http://www.youtube.com/watch?v=TdR0jHr49kY
• http://www.youtube.com/watch?v=Zd_FTRxJ7t4
• http://www.youtube.com/watch?v=rqtoK-SM-Z0
• http://www.youtube.com/watch?v=HrNCdNTjl5w
Cara untuk memastikan sukan bola tampar menjadi sukan yang popular dan diminati oleh segenap lapisan masyarakat ialah dengan menganjurkan pertandingan di semua peringkat.Pertandingan boa tampar ini boleh diadakan bermula di peringkat sekolah rendah sehinggalah di peringkat kebangsaan.Dengan cara ini,semua masyarakat akan tertumpu kepada sukan bola tampar ini.Selain itu,menerusi pertandingan-pertandingan yang dianjurkan ini juga dapat mendedahkan lagi sukan ini kepada semua lapisan masyarakat.
ReplyDeleteCara yang kedua ialah memberi pendedahan awal tentang bola tampar kepada generasi baru sejak mereka masih kecil lagi.Menerusi cara ini,kita dapat menanam minat bola tamapar sejak mereka masih kecil lagi.Oleh itu,apabila mereka didedahkan dengan permainan bola tampar ini sejak mereka masih kecil lagi,mereka akan bermain sukan ini dan seterusnya minat terhadap sukan ini akan tercetus dalam diri tanpa disedari.
Cara yang ketiga ialah menerusi media massa.Sukan bola tampar akan menjadi satu sukan yang popular dan diminati oleh semua lapisan masyarakat apabila media massa banyak membuat liputan berkaitan dengan bola tampar.Melalui liputan-liputan media massa mengenai bola tampar ini,masyarakat akan dapat mengetahui perkembangan semasa bola tampar dan secara tidak langsung masyarakat akan mula meminati sukan yang amat menarik ini.
Cara yang keempat ialah menjadikan sukan bola tampar sebagai salah satu sukan utama negara.Apabila sukan bola tampar ini dijadikan salah satu sukan utama Negara,masyarakat akan mula mengambil tahu tentang sukan ini dan akan mula meminati sukan ini.Sukan bola tampar ini juga akan mula digemari dimainkan sama ada untuk riadah ataupun pertandingan apabila sukan ini dujadikan salah satu sukan utama Negara.Dengan cara ini,sukan bola tampar ini akan diminati oleh semua lapisan masyarakat dan akan menjadi sukan yang popular.
Cara yang terakhir ialah menerusi badan kerajaan.Badan kerajaan yang terlibat iaitu kementerian sukan perlulah memain peranan mereka.kementerian perlulah menyediakan infrastruktur yang baik untuk sukan bola tampar di semua peringkat sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat kampong atau di peringkat yang lebih tinggi.Apabila infrastruktur disediakan,,semua lapisan masyarakat dapat bermain sukan ini.Dengan cara ini,sukan ini akan diminati dan menjadi popular di negara kita.
NAMA: KHAIRUL ANUAR BIN KHAIRUDIN
NO. MATRIK: 162872
TAHUN PENGAJIAN : TAHUN SATU
FAKULTI : PENGAJIAN PENDIDIKAN
EMAIL : YOE_PEACE91@YAHOO.COM
FACEBOOK : KHAIRUL ANUAR KHAIRUDIN
7 URL YOUTUBE:
1) http://www.youtube.com/watch?v=-PkzOpKSsdU
2) http://www.youtube.com/watch?v=ToEfP45hxMI&feature=related
3) http://www.youtube.com/watch?v=Edvj6sceziA
4) http://www.youtube.com/watch?v=FSmo2Xd3PVs
5) http://www.youtube.com/watch?v=W69Mi0IjiVQ
6) http://www.youtube.com/watch?v=lj66KoxcKJI
7) http://www.youtube.com/watch?v=jxTSLHBQbNY
Bola tampar merupakan salah satu sukan olimpik dimana dua pasukan memukul bola melangkaui jaring kepada pihak lawan dengan menggunakan tangan dan bahagian badan yang lain untuk mendapatkan mata. Sukan bola tampar di Malaysia bermula di sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang pulang dari Universiti Chi-nan, Shanfhai sebelum berkembang di Selangor dan negeri lain. Walaubagaimanapun, sukan bola tampar di Malaysia masih lagi kurang popular berbanding sukan teras yang lain.Terdapat beberapa langkah yang sesuai bagi menarik minat masyarakat untuk bermain bola tampar.
ReplyDeletePertama, penyiaran perlawan bola tampar haruslah lebih diperbanyakkan di media massa. Hal ini amat penting bagi memberi maklumat dan menarik minat masyarakat untuk meminati bola tampar. Dengan penyaluran perlawanan bola tampar ini , masyarakat akan lebih meminati dan mengetahui tentang bola tampar serta tahu cara untuk bermain bola tampar. Selain itu , kerajaan juga harus memastikan sukan bola tampar menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat sekolah dan disenaraikan dalam Sukan MSSM (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia) . Langkah ini amat penting untuk menarik minat pelajar dan remaja untuk bermain bola tampar serta mengasah bakat mereka dalam sukan bola tampar dari kecil. Dengan ini , remaja dan pelajar yang merupakan sebahagian besar kumpulan dalam masyarakat akan lebih memandang serius sukan bola tampar serta mengambil bahagian dalam pertandingan sukan ini. Seterusnya , usaha pembaikan gelanggang bola tampar sedia ada dan penyediaan gelanggang-gelanggang bola tampar dengan lebih banyak di kawasan perumahan dan perkampungan juga merupakan langkah menarik minat masyarakat bermain bola tampar. Antara sebab utama sukan bola tampar dipandang sepi oleh masyarakat adalah disebabkan kemudahan untuk bermain bola tampar adalah terhad serta tidak terjaga dan lebih teruk lagi rosak akibat tiada usaha penyelengaraan. Oleh itu , untuk memastikan sukan ini lebih digemari dan diminati masyarakat , penyediaaan kemudahan sukan ini haruslah bagus dan memuaskan.Langkah seterusnya adalah dengan penganjuran-penganjuran pertandingan sukan bola tampar terbuka. Sukan bola tampar adalah sukan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat dimana ianya tidak memerlukan tenaga yang sangat banyak untuk bermain seperti sukan bola sepak. Sukan bola tampar lebih mementingkan kawalan bola dan teknik . Oleh itu , bagi menarik seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam sukan ini , pengajuran pertandingan bola tampar terbuka harus dipergiatkan. Langkah terakhir bagi menarik minat masyarakat untuk bermain bola tampar adalah dengan menyediakan khidmat jurulatih professional untuk melatih pemain-pemain dan menarik minat masyarakat. Dengan adanya jurulatih berpengalaman, sukan bola tampar mampu untuk meningkatkan sukan bola tampar di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dengan melahirkan atlit yang berbakat.
Kesimpulannya, langkah-langkah sewajarnya harus dijalankan dengan tepat agar sukan bola tampar di Malaysia lebih diminati dan digemari serta menjadi lebih popular .
Nama : Wan Mohd Zakwan Wan Zain
No. Matrik :162894
Tahun Pengajian : Tahun Satu
Fakulti : Kejuruteraan
Email : the.zakwan.zain@gmail.com
Facebook : Zakwan Zain
Url Youtube :
1)http://youtu.be/b-1lZ9-uWm4
2)http://youtu.be/NoL-yYS2BpA
3)http://youtu.be/udffj9KYqgo
4)http://youtu.be/IfJi8KLhtlg
5)http://youtu.be/hLHp8CpG7R8
6)http://youtu.be/5zM9Eu5e9XI
7)http://youtu.be/mvvOs7O4rBY