Kreativiti dan Inovatif merupakan elemen penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran masa kini. Penggunaan teknologi digital mampu mengubah kaedah pengajaran, gaya pembelajaran dan persepsi terhadap bidang pendidikan.
Pengenalan kepada e-mobile juga banyak mengubah situasi dan kondisi pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan mengakses maklumat dengan cepat merupakan antara kriteria penting bagi para pelajar meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka hanya dengan sentuhan hujung jari sahaja.
Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (5-7 baris)
Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
Nama sebenar.
Nombor Matrik
Tahun Pengajian
Fakulti
Email
Facebook
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
Nama sebenar.
Nombor Matrik
Tahun Pengajian
Fakulti
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
Postkan perbincangan anda sebelum 27 Mac 2012.
Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu adalah sumber teknologi yang mampu memberikan kemungkinan munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea-idea baru. Ini adalah kerana teknologi muncul dari aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam hasil nyata yang lebih canggih serta dapat mendorong manusia untuk mengembangkan ilmu teknologi dengan lebih maju lagi.
ReplyDelete5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan :
1) Teknologi Pendidikan bukan lagi menjadi trend tetapi menjadi satu keperluan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Untuk bakal pendidik, perkara pertama yang perlu dilakukan bagi memastikan minat terhadap Teknologi Pendidikan adalah berusaha untuk menjadi mahir di dalam bidang tersebut. Ini kerana, dengan kemahiran yang ada sahaja mampu meningkatkan minat di dalam bidang tersebut. Jika pendidik tidak mahir di dalam teknologi pendidikan, ini akan menyebabkan perasaan rendah diri sehingga menjadi pasif dan mengelakkan diri dalam menggunakan teknologi sebagai pemudahcara di dalam pengajaran.
2) Sekiranya guru telah mahir di dalam penggunaan teknologi, sudah tentu kemudahan teknologi yang lengkap di universiti dan sekolah menjadi titik tolak di dalam pengembangan kemahiran tersebut. Jika kemahiran sudah ada tetapi gadget atau perkakasan teknologi pula tidak lengkap, ini akan menjadikan kemahiran yang ada semakin tumpul serta minat terhadap teknologi itu sendiri akan pudar.
3) Untuk meningkatkan minat di dalam Teknologi Pendidikan, guru dan pelajar perlu sentiasa diberikan motivasi dan pendedahan di dalam penggunaan teknologi baru oleh kerajaan pihak sekolah dan persekitaran. Sekiranya kemahiran dan kelengkapan yang ada tidak diberi peluang dan galakan dalam menggunakannya, sudah pasti lama kelamaan pelajar dan guru akan merasa bosan dan kembali kepada sistem pendidikan seperti dahulu kala.
4) Selain daripada menggunakan teknologi di dalam pendidikan, minat terhadap bidang tersebut boleh dicungkil dengan mengadakan pertandingan teknologi kreatif dan inovatif di antara pelajar, sekolah atau kampus. Pertandingan ini dapat memupuk minat guru dan pelajar dalam mendalami ilmu teknologi bagi meningkatkan persaingan di dalam pertandingan. Aktiviti ini merupakan aktviti yang sihat yang bukan sahaja dapat membuka ruang dan peluang kepada guru dan pelajar mengasah kreativiti di dalam teknologi malah dapat membuka mata masyarakat yang menonton tentang kecanggihan Teknologi Pendidikan.
5) Teknologi Pendidikan bukan sahaja digunakan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran, malah ilmu tersebut dapat dijadikan kekuatan kepada pelajar ketika memasuki alam pekerjaan. Untuk meningkatkan minat di dalam ilmu Teknologi Pendidikan ini, cabaran dan pengiktirafan perlu diberikan kepada mereka yang kreatif di dalam penciptaan dan penggunaan teknologi di dalam pendidikan. Dengan adanya pengiktirafan sebegini, ianya akan menjadi motivasi untuk guru dan pelajar memahir dan mendalami ilmu Teknologi Pendidikan selain menjadikan pendidikan lebih interaktif dan efektif.
NAMA : NUR AZWANI BINTI ZAMRI
NOMBOR MATRIK : A131388
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : nurazwani_87@yahoo.com
FACEBOOK : Eika Sachi
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://www.youtube.com/watch?v=RjKGlNVmnqc&feature=fvwrel
http://www.youtube.com/watch?v=70hWc5J73FI&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=9sA_RjUel68&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=iynTbilHcX8&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=r43yCiKlbCo
http://melayu.tv/video.php?id=yt_1z2NFxnMEhc
http://melayu.tv/video.php?id=yt_n8c2WoVen-Y
http://melayu.tv/video.php?id=yt_E6USO8krrmU
http://melayu.tv/video.php?id=yt_TbtqYFJCBJM
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTeknologi Pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi adalah objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.
Antara lima langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan ialah melalui pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Teknologi Pendidikan itu sendiri. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu di selang selikan dengan elemen-elemen yang menghiburkan serta mampu menarik minat pelajar. Ini dapat diperoleh menerusi aplikasi multimedia pendidikan yang menggunakan pendekatan berhibur sambil belajar. Pembelajaran berbentuk penerokaan misalnya mampu merangsang pemikiran pelajar dalam proses pencarian maklumat atau penyelesaian masalah. Ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu ilmu pengetahuan yang bermakna boleh dipindahkan sewaktu pelajar berhibur serta menjadikan proses belajar sesuatu yang menyeronokkan dan bukan lagi dianggap sesuatu yang membebankan.
Langkah yang kedua ialah melalui galakan dan sokongan daripada semua pihak. Ibu bapa juga boleh menarik minat anak-anak mereka dengan mendedahkan mereka dengan melihat pameran tentang teknologi terkini seperti gadget iphone mahupun ipad. Maklumat yang terdapat di internet juga dapat di kongsikan dengan anak-anak mereka. Pihak kerajaan juga haruslah membuka dan meluaskan peluang kepada pelajar untuk mencipta kreativiti dan inovasi masing-masing seperti mengadakan pertandingan antara sekolah mahupun universiti tentang teknologi dan inovasi supaya pelajar berminat untuk mempelajari dan mendalami teknologi.
Selain itu, langkah yang ketiga ialah seorang guru perlu meningkatkan kemahiran teknologi yang sedia ada kepada tahap yang lebih tinggi. Pelajar masa kini banyak pengetahuan terhadap teknologi terkini. Jika seseorang guru menambah pengetahuannya lebih daripada pengetahuan teknologi pelajar, pelajar akan berminat terhadap bidang Teknologi Pendidikan. Input teknologi yang digunakan semasa pembelajaran tidak membosankan pelajar dan memudahkan pelajar mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, kemahiran teknologi seseorang guru tersebut perlulah lebih mahir daripada pelajar.
Langkah yang keempat ialah pihak kerajaan dan pihak sekolah perlu memainkan peranan mereka dalam memberikan pendedahan terhadap guru untuk mempraktikkan kreativiti dan inovasi terhadap teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak kerajaan juga perlu mengadakan kursus tentang Teknologi Pendidikan untuk menambah pengetahuan guru terhadap Teknologi Pendidikan disamping memupuk minat guru terhadap teknologi. Sekiranya guru menunjukkan minat mereka terhadap teknologi, secara tidak langsung memberi motivasi terhadap pelajar untuk meminati bidang Teknologi Pendidikan.
Langkah yang terakhir adalah dengan mengkaji dan menyemak semula sukatan pelajaran Teknologi Pendidikan di sekolah mahupun di universiti. Sukatan pelajaran Teknologi Pendidikan pada hari ini lebih banyak menumpukan kepada cara untuk menggunakan komputer dan teknologi yang telah diketahui oleh pelajar dan seakan-akan kurang memberikan pengetahuan yang terkini tentang teknologi. Sukatan pelajaran Teknologi Pendidikan boleh diubah dengan menambahkan input tentang teknologi terkini dan dapat memperkembangkan minda pelajar terhadap teknologi yang terbaru.
NAMA SEBENAR: FATHIN AMIRA BINTI LOTFI ‘AMER
NOMBOR MATRIK: A132690
TAHUN PENGAJIAN: 2
FAKULTI: PENDIDIKAN
EMAIL: fathin_lotfi@yahoo.com
FACEBOOK: Fathin Amira Lotfi
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan:-
http://www.youtube.com/watch?v=RaUeHnKrC3I
http://www.youtube.com/watch?v=2pQKU_6vnU4
http://www.youtube.com/watch?v=0dRXHVyHm2o
http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&v=b-KS7Jvked4&NR=1
http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=nowmXWYDD8Q
Assalamualaikum…
ReplyDeleteSistem pendidikan masa kini sentiasa berubah-ubah dan mengalami perubahan yang
amat pesat sekali sesuai dengan peredaran zaman. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan
serta digunakan oleh guru bagi menjamin keberkesanan pengajarannya dan memastikan
pelajar mencapai objektif serta hasil pembelajaran yang maksimum. Sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer telah mula
diperkenalkan di sekolah-sekolah.Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan sedikit sebanyak telah membantu dalam memperbaiki serta meringankan beban dan kekangan yang terdapat dalam sistem pengajaran tradisional. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat menambahkan lagi maklumat di samping menjadikan maklumat tersebut lebih bermanfaat.
Oleh itu, di antara langlah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan, langkah pertama harus mempunyai rasa kesedaran diri terhadap perubahan edaran masa pada zaman sekarang yang kian moden untuk memudahkan serta mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Langkah kedua, sentiasa berfikiran positif terhadap penggunaan komputer pada zaman sekarang yang banyak pelbagai manfaat. Terdapat juga di kalangan guru yang tidak mahu atau takut untuk mempelajari bagaimana menggunakan komputer. Mereka lebih suka dan selesa mengajar dengan menggunakan kaedah tradisional sahaja. Sesetengah guru juga berpendapat bahawa penggunaan komputer adalah tidak penting dan ia hanya akan membantutkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Tajul Ariffin (1997) dalam Mohd Aiman Abdullah (2008) mendapati dalam banyak hal kerap kali diperhatikan masih ramai pendidik yang mempunyai sikap ‘fobia’ atau takut komputer serta negatif untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Langkah yang ketiga, sentiasa ada inisiatif di dalam diri untuk mempelajari meningkatkan ilmu tentang Teknologi terbaru lalu dimasukkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat guru-guru yang tidak bersedia dan tidak mengetahui bagaimana menggunakan komputer sewaktu mengajar. Ada di kalangan guru yang masih menggunakan
cara lama seperti menggunakan buku teks semata-mata sebagai sumber rujukan utama dalam
menyampaikan maklumat.
Langkah keempat, kesedaran terhadap masalah-masalah yang menghalang minat terhadap Teknologi Pendidikan, oleh itu Yusri Mat Johor (2004) mengemukakan masalah penggunaan komputer di sekolah yang masih pada tahap kritikal dan sukar untuk diatasi adalah seperti berikut, antaranya bilangan peruntukan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi dan kos pembelian juga.
Langkah yang terakhir, apa yag paling penting adalah sokongan dari pelbagai pihak diantaranya, dari pihak sekolah serta badan-badan yang berkepentingan dalam hal ini. Justeru itu, kita boleh lihat bahawa sokongan dan dorongan memainkan peranan yang penting.
Nama : Nurul Akmar Bt Abdul Rahman
Nombor Matrik : A 132125
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : Acuus_libra@yahoo.com
Facebook : Akma Acuus
URL :
http://www.youtube.com/watch?v=x-GQk8Q96PY&feature=relate
http://www.youtube.com/watch?v=2suY9h7xnKg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=bmxhH7QMnJ8&feature=related
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTidak kira lelaki mahupun perempuan, tua mahupun muda, dan dari pelbagai latar belakang sosial dan ekonomi sudah mula mengenali teknologi. Terutamanya, penggunaan kemudahan terkini ini tidak asing lagi dalam kalangan guru dan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sehubungan dengan itu, pelbagai insentif seperti sokongan dan dorongan perlu dipergiatkan agar penggunaan teknologi ini digunakan secara efektif menerusi kreatif dan inovatif. Sekali gus, mampu melahirkan generasi pelapis yang celik IT dan bijak berimaginasi menggunakan kemudahan terkini seiring dengan keperluan dan kemajuaan teknologi.
Langkah pertama, Pembelajaran secara interpersonal dimana pelajar dan guru bersama-sama memberi pendapat dan cadangan dalam perbincangan menerusi teknologi. Sebagai contoh, perbincangan maya di laman sosial, rata-rata pelajar masa kini mempunyai laman social yang digunakan sebagai berkenalan dan sewajarnya guru menggunakan kemudahan yang ada sebagai medium perbincangan yang menggerakkan pemikiran pelajar untuk berfikir dalam sesuatu matapelajaran. Bagi menarik perhatian pelajar berbincang, guru perlulah memberi dalam bentuk ganjaran kepada pelajar yang aktif bertukar pandangan.
Langkah kedua, guru perlulah menyediakan satu ruangan maklumat berkaitan matapelajaran yang melibatkan nota dan soalan peperiksaan kepada pelajar untuk merujuk dan mengakses pembelajaran yang tidak difahami. Disamping itu juga, guru perlulah memberi komen terhadap soalan yang diajukan oleh pelajar tanpa bias dalam memilih pelajar. Sebagai contoh, guru menggunakan laman sosial dan blog sebagai penggantara mengisi masa lapang pelajar dari pelbagai kawasan untuk mengetahui maklumat yang dipamerkan.
Langkah ketiga, pembentangan tugasan menggunakan perisian dan teknologi terkini oleh pelajar. Guru haruslah memberi satu ruang pembelajaran berkaitan maklumat mengakses komputer dan mana-mana perisian teknologi dimana pelajar akan diberi kumpulan untuk berbincang dan menghasilkan pembentangan secara kumpulan dengan mensisipkan pertandingan mencipta sempena teknologi inovasi dalam pembentangan. Sekali gus,pelajar akan dapat menentu sendiri kelajuan dan informasi yang di terokai secara efektif.
Langkah keempat, pengajaran menggunakan teknologi, guru yang memaparkan pengajaran menggunakan teknologi sebagai set induksi dan sisipan pengajaran apabila pelajar mulai bosan dan hilang tumpuan akan menyebabkan pelajar berfikir untuk ingin mengetahui bentuk penggunaan teknologi yang digunakan oleh guru. Sebagai contoh, video berkaitan robot yang dilengkapi dengan alat canggih untuk berkomunikasi dan menghiburkan orang ramai menerusi tayangan youtube. Hal ini bukan sahaja dapat menarik perhatian, malah pelajar berkemungkinan akan mencipta teknologi baru dan meletakkan video mereka sendiri di youtube.
Langkah kelima, setiap pelajar diberikan kemudahan komputer sendiri. Penerimaan dan penolakan pelajar terhadap penggunaan komputer dan teknologi bergantung kepada pengguasaan dan maklumat yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri, sekiranya terdapat pelajar yang lemah dalam komputer maka memberi kesan bahawa pelajar tersebut tidak mahu melibatkan diri atau lambat dalam menjalankan pencarian maklumat. Sebagai contoh, guru perlulah menyediakan kemudahan komputer seperti makmal untuk pelajar lebih bersemangat mengenali teknologi.
1) Siti Rohayah Binti Ngalimi
2) A133041
3) Tahun 2
4) Pendidikan (Pendidikan Khas)
5) ayagurlz@yahoo.com
6) Rohayah Limi
7) url youtube : http://www.youtube.com/watch?v=hH1G9lm5fi0
http://www.youtube.com/watch?v=ny2FWZGa9bU
http://www.youtube.com/watch?v=wyrqog70QsU
http://www.youtube.com/watch?v=YZUCftnStZ8
http://www.youtube.com/watch?v=J5Y1QrfGmIo
http://www.youtube.com/watch?v=nltZer3NJB0&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=o4nwe7cW_og&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=IFeceVPm7Do&feature=related
ASSALAMUALAIKUM...
ReplyDeleteTeknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya teknologi digunakan dalam pendidikan, ini akan menarik minat pelajar untuk lebih rajin dan bertanggungjawab dalam pelajaran mereka dan pada masa yang sama ini juga akan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka khususnya. Oleh itu, pelbagai langkah boleh dilakukan untuk memastikan minat para pelajar terhadap bidang teknologi pendidikan dapat ditingkatkan.
1. Kemahiran guru dalam penggunaan komputer dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang teknologi pendidikan. Apa yang dimaksudkan ialah jika seorang guru mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan teknologi iaitu ict, ini akan menarik minat pelajar untuk belajar lebih mendalam mengenai teknologi yang boleh mereka gunakan dalam pendidikan dan fenomena ini akan terjadi sekiranya apa yang guru mereka ajar adalah menarik dan sangat mengagumkan dan boleh mereka gunakan dalam kehidupan dan dalam generasi mereka sendiri memandangkan pelajar zaman sekarang merupakan generasi ict.
2. Sikap, kesedaran dan keupayaan guru dalam mengaplikasikan perisian merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap minat pelajar dalam teknologi pendidikan. Guru perlu mempunyai sikap yang proaktif dan kesedaran mengenai kepentingan teknologi pendidikan terhadap pelajar. Tanpa kredibiliti tersebut, bagaimana guru ingin menyalurkan minat kepada pelajar dan bagaimana juga pelajar mahu menunjukkan minat yang betul terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran teknologi pendidikan.
3. Pelajar perlu diberi akses lebih banyak dalam penggunaan komputer untuk meningkatkan minat terhadap pembelajaran dalam bidang teknologi pendidikan. Akses yang dimaksudkan ialah maklumat – maklumat yang terperinci mengenai penggunaan komputer di mana sesetengah pelajar tidak tahu cara atau langkah dalam menggunakan perisian – perisian yang ada dalam komputer. Dari masa ke semasa, guru perlu memberi maklumat terbaru mengenai perisian komputer yang boleh digunakan untuk memudahkan lagi penyampaian maklumat kepada para pelajar.
4. Selain itu juga, untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bidang teknologi pendidikan ialah dengan mengadakan pertandingan atau mengadakan kempen dari masa ke semasa dan dalam aktviti tersebut, maklumat terkini mengenai perkembangan dan kepentingan teknologi pendidikan perlu diberikan kepada pelajar dan ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk lebih mendalami bidang teknologi. Aktiviti sebegini sudah pasti akan membantu menarik minat pelajar memandangkan semakin lama dunia mengalami era globalisasi dan teknologi amatlah penting untuk persaingan sesama ahli masyarakat.
5. Di samping itu juga, pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan elektronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar. Dengan langkah ini, ini akan dapat menggalakkan para pelajar untuk menyertai aktiviti memandangkan mereka akan perolehi maklumat yang lebih terperinci apabila mereka bethadapan dengan pakar yang lebih arif dalam bidang teknologi.
url youtube kreatif dan inovatif dalam teknologi pendidikan :-
http://www.youtube.com/watch?v=QPJNTiNQ4XM&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=ijh6SvwhTz8&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=OWE0xtqAmeE
http://www.youtube.com/watch?v=KSNS5MR8dLY
http://www.youtube.com/watch?v=wMAGoEobSx0&feature=related
NAMA : NORZIE BINTI CHE NORDIN
NO. MATRIK : A134610
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : nojinordin91@gmail.com
FACEBOOK : norzie che nordin
ASSALAMUALAIKUM...
ReplyDeleteTeknologi kini semakin berkembang dengan pesat hingga mencakupi peringkat global.kini, dunia pendidikan turut menerima tempias yang sama dengan kebanjiran ICT ini. Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan minat terhadap bidang pendidikan dapat ditingkatkan .
Antara salah satu langkah untuk memastikan minat terhadap teknologi pendidikan ini dapat ditingkatkan adalah guru harus memainkan peranannya dengan mengaplikasikan teknologi pendidikan ini secara interaktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru sering menggunakan teknologi semasa pengajaran berlangsung, pelajar akan mula membuka mata dan menumpukan perhatian. Pengajaran yang bercorak lama dengan menulis di papan hitam mungkin membosankan pelajar, jadi dengan penggunaan teknologi , kaedah pengajaran dapat divariasikan contohnya dengan menggunakan merekacipta suatu bahan bantu mengajar baru yang maujud, menggunakan powerpoint, tayangan video yang berkaitan dengan subjek dan sebagainya.
Selain itu, untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi pendidikan meningkat,penggunaan teknologi tersebut haruslah bersesuaian dengan tahap pelajar, memudahkan pelajar dan boleh meningkatkan kefahaman mereka. Apabila pelajar tidak rasa terlalu terbeban dan mereka lebih mudah faham jika menggunakan teknologi dalam pendidikan, secara tidak langsungnya, pelajar tersebut akan mula minat untuk belajar dan akan mendalami ilmu berkaitan teknologi itu sendiri tanpa sebarang paksaan. Tidak ada gunanya jika sesuatu yang diajar itu “hebat dan canggih”, tetapi majoriti pelajar merasa tertekan untuk mempelajarinya.
Seterusnya, pada saya bagi memastikan minat terhadap bidang teknologi pendidikan itu dapat ditingkatkan, subjek baru iaitu “ aplikasi penggunaan teknologi ” harus diwujudkan dan dijadikan sebagai suatu subjek yang wajib. Pada saya, subjek ini, sangat memberi manfaat kepada pelajar apatah lagi era teknologi kini semakin menyerang pelosok dunia. Jadi, kita tidak mahu generasi kita hanya hebat menggunakan “facebook” tapi tidak tahu aplikasi teknologi yang lain. Jadi melalui subjek ini, pelajar akan dapat pendedahan tentang teknologi, diajar perisian-perisian komputer yang lain dan sebagainya, dan dengan kewujudan peperiksaan, saya yakin pelajar tidak akan mempelajarinya secara sambil lewa.
Bidang teknologi pendidikan juga dapat ditingkatkan jika kena dengan kaedahnya, lumrah alam lebih menarik sesuatu itu , akan lebih terpikatlah seseorang itu. Jadi kaedah pengajaran yang menggunakan teknologi ini haruslah dapat menarik minat pelajar dan guru harus diberi latihan yang khusus supaya mahir mengaplikasikan teknologi ini.,teknologi tidak semestinya yang berkaitan dengan komputer sahaja, bahan bantu mengajar kreatif yang dicipta khas juga adalah teknologi, asalkan ianya memudahkan pelajar untuk faham. Contohnya mengajar geografi bentuk muka bumi menggunakan pelan bumi yang direka sendiri menggunakan bahan terpakai seperti surat khabar , kemudian diwarnakan dan sebagainya.
Bidang teknologi pendidikan juga dapat ditingkatkan , sekiranya kerajaan menyediakan dana yang mencukupi untuk menyediakan kemudahan ICT di sekolah contohnya. Jadi dengan adanya kemudahan ICT di sekolah, pelajar dapat mengakses maklumat dan pengetahuannya tentang teknologi akan semakin berkembang, tetapi dengan syarat penggunaanya harus sentiasa dipantau oleh guru. Masa yang terluang juga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Nama : Azuriani Murni bt. Omar Ussman
No. matrik: A132665
Tahun pengajian : 2010/2011 (tahun 2)
Fakulti: Pendidikan
Email: azurianimurni90@gmail.com
Facebook: Cik Moon
url youtube kreatif dan inovatif dalam teknologi pendidikan :-
http://www.youtube.com/watch?v=qMaHNsijsLk
http://www.youtube.com/watch?v=8q2pgreugWg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=QPnlC5K-CzA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=EkQyOiapFwk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=UjjfLzieSyA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTeknologi pendidikan ialah gabungan antara manusia dan alat, organisasi dan prosedur dalam melaksanakan satu sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Ia merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu. Pengajaran yang berasaskan teknologi telah menjadi satu gaya pembelajaran yang terkini seiring dengan perubahan zaman kini yang menjadikan “dunia di hujung jari sahaja”. Para pelajar pada era ini juga telah didedahkan dengan teknologi-teknologi moden yang berkembang pesat. Oleh itu, amat penting untuk memastikan minta terhadap teknologi pendidikan dapat ditingkatkan di dalam semua peringkat.
Langkah pertama yang boleh dilakukan untuk meningkatkan minat terhadap teknologi pendidikan ialah bermula dengan mewajibkan penggunaan teknologi terkini di dalam pendidikan. Pihak-pihak tertentu perlu mengambil inisiatif dengan menyediakan alat bantu mengajar yang terkini dan inovatif serta dapat meningkatkan daya fokus pelajar di dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh yang demikian, guru-guru di Malaysia tidak jauh ketinggalan ke belakang dengan guru di negara maju yang lain dan secara tidak langsung minat terhadap teknologi dapat dipupuk secara beransur-ansur.
Seterusnya, setelah teknologi terkini disediakan oleh pihak-pihak yang tertentu mereka juga perlu menyediakan latihan kepada guru-guru untuk meningkatkan kemahiran terhadap kaedah penggunaan sesuatu teknologi yang telah disediakan. Hal ini merangkumi latihan untuk kaedah yang lebih kompleks dan berinovasi kerana asas-asas penggunaan sesuatu teknologi seperti komputer sudah tentu mereka telah menguasainya.
Selain itu, untuk meningkatkan minat terhadap penggunaan teknologi pendidikan guru haruslah sentiasa mengambil tahu akan perkembangan semasa tentang dunia teknologi yang bersesuaian untuk digunakan di dalam pendidikan. Sikap ingin tahu perlu ada di dalam diri setiap guru bagi memastikan mereka tidak dikatakan terlalu ketinggalan di dalam kaedah pengajaran. Mereka boleh mempelbagaikan alat bantu mengajar atau kaedah pengajaran dengan menggunakan sesuatu yang baru. Contohnya sesi pengajaran 2 hala melalui maya antara sekolah.
Kemudian, untuk meningkatkan minat terhadap teknologi pendidikan setiap individu yang bergelar pendidik haruslah peka terhadap keperluan fizikal dan emosi setiap pelajarnya. Hal ini untuk memastikan tahap motivasi setiap pelajar yang berada di dalam kelasnya dapat ditingkatkan. Mustahil untuk guru masih menggunakan kaedah pengajaran yang hanya berasaskan buku teks dan pembentangan menggunakan power point sahaja. Perkara seperti ini boleh dikatakan sudah agak ketinggalan. Pelajar pada masa ini, sudah maju ke arah teknologi Ipad, Android dan sebagainya. Jadi guru boleh mengambil peluang dengan menggunakan aplikasi seperti What’s Apps sebagai perantara untuk perbincangan guru dan pelajar.
Langkah yang terakhir ialah, Kementerian Pelajaran Malaysia harus memainkan peranannya sebagai satu institusi yang bertanggungjawab kepada bakal guru dan juga guru. Mereka seharusnya memastikan setiap bakal guru semasa di dalam latihan lagi sudah dibiasakan dan di dedahkan mengenai penggunaan teknologi di dalam pendidikan. Pembelajaran secara interaktif boleh dilakukan. Satu portal perlu diwujudkan untuk memberi maklumat tentang bahan-bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif serta terkini kepada bakal guru dan juga guru-guru. Oleh itu, mereka akan dapat mengaplikasikannya di dalam pengajarannya di bilik darjah.
NAMA : NURFARHANA BT ALIAS
NO. MATRIK : A131444
TAHUN : DUA (2)
FAKULTI PENDIDIKAN
Izzanacomel_90@yahoo.com
Farhana Alias
URL YOUTUBE :
http://www.youtube.com/watch?v=LsJR2X-j7s4
http://www.youtube.com/watch?v=ywYe6Jfyg-k&feature=results_video&playnext=1&list=PL98F42243CD9B2973
http://www.youtube.com/watch?v=4cn4RTbNE0M
http://www.youtube.com/watch?v=BNXLsoFitf8&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=jwcUSXViHsA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=b2n6idAkwMQ&feature=related
Menjangkau tahun 2020 ini, setiap manusia tidak dapat lari daripada teknologi-teknologi yang semakin berkembang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Sebagai contoh, pelbagai gajet-gajet terkini keluar di pasaran bagi memenuhi kehendak pelanggan tidak mengira umur, jantina dan bangsa.Oleh itu, menjurus kepada bidang pendidikan sejauh manakah teknologi ini digunakan dalam pendidikan dan bagaimana untuk meningkatkan minat berkaitan bidang teknologi pendidikan ini.
ReplyDeleteAntara langkah-langkah untuk memastikan minat dalam teknologi pendidikan ini ditingkatkan ialah dengan menjadikan bidang teknologi pendidikan itu sesuatu yang unik berbanding bidang yang lain. Apabila melihat teknologi mesti ramai berfikir ianya berkaitan dengan komputer, gajet, programmer dan sebagainya. Manakala, melihat pada pendidikan pula ianya lebih menjurus kepada profession perguruan, mendidik pelajar, aplikasi dalam pendidikan dan bermacam-macam lagi. Oleh yang demikian. Untuk menjadikan bidang teknologi pendidikan ini sesuatu yang unik dengan menguar-uarkan dan mendedahkan masyarakat bahawa dengan menceburi bidang teknologi pendidikan ini mereka dapat melaksanakan dua perkara dan bidang yang berbeza. Hal ini kerana, mereka dapat mendalami bidang teknologi lebih mendalam dalam pada masa yang sama mendidik anak bangsa supaya celik IT.
Seterusnya, untuk meningkatkan minat terhadap teknologi pendidikan ialah dengan melalui pendidik itu sendiri. Seseorang pendidik perlulah mempunyai pengetahuan yang lebih luas berbanding pelajarnya. Disebabkan era globalisasi ini tidak mustahil pelajar yang tidak mengetahui mengenai teknologi bahkan terdapat pelajar yang sangat mahir. Oleh itu, perlulah pendidik mempunyai pengetahuan yang lebih luas bagi memastikan pengajaran yang diajar tidak membosankan kerana apa yang diajar adalah ilmu terkini dan masih baru.
Selain itu juga, untuk meningkatkan minat mengenai teknologi pendidikan perlulah ada pihak yang bertangungjawab memperkenalkan dan mempromosikan bidang teknologi pendidikan. Hal ini dapat dilaksanakan dengan mengadakan pertandingan kepada pelajar untuk membina perisian untuk pendidikan atau alat bantu mengajar secara keratif menggunakan teknologi yang sedia ada. Dengan mengadakan pertandingan seperti ini dapatlah jua pelajar menonjolkan bakat yang terpendam dan meningkatkan kemahiran mereka.
Selain itu juga, sekiranya bidang teknologi pendidikan ini merupakan satu subjek mahupun kursus yang perlu diambil hendaklah sukatan pelajaran dikemas kini dari masa ke semasa. Hal ini kerana, bidang teknologi ini lebih cepat berkembang mengikut arus masa jika hendak dibandingkan dengan bidang yang lain. Oleh itu, perubahan dalam sukatan pelajaran memberikan nafas dan bentuk yang baru kepada bidang teknologi pendidikan kerana apa yang terkandung dalam isi pengajaran adalah mengikut arus permodenan. Tambahan lagi dapatlah mengelakkan pelajar daripada cepat bosan kerana apa yang dipelajari merupakan apa yang sudah diketahui.
Akhir sekali, untuk meningkatkan minat terhadap teknologi pendidikan ialah pendidik perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik bagi menarik minat pelajar terhadap bidang teknologi pendidikan. Pendidik perlulah berani menggunakan teknologi-teknologi yang sedia ada tanpa ragu-ragu untuk memastikan pelajar tertarik dengan pengajran yang disampaikan.
NAMA SEBENAR: KHALSUM BINTI ABDUL HAMID
NO.MATRIK: A134457
TAHUN PENGAJIAN: 2
FAKULTI: PENDIDIKAN
EMAIL: cumbi2910@gmail.com
FACEBOOK: Khalsum Abdul Hamid
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://www.youtube.com/watch?v=4oNyPQhjBWo
http://www.youtube.com/watch?v=GMxPOTYBjH4
http://www.youtube.com/watch?v=8q2pgreugWg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=dNLTBpFDjag&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=4cn4RTbNE0M
http://www.youtube.com/watch?v=SAOWFGHDQxI
--
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeletePenggunaan teknologi pendidikan dapat melahirkan modal insan yang celik ICT, mempunyai daya saing yang tinggi, kreatif dan berinovatif. Justeru langkah meningkatkan penggunaan dan minat terhadap teknologi pendidikan perlu dipupuk.
ReplyDelete1. Pemupukan minat perlu dimulakan dengan resolusi daripada pihak atasan pentadbiran dalam bidang pendidikan itu sendiri. Hal ini kerana pihak atasanlah yang akan mencorak anak buah yang berada dibawah pimpinannya. Mereka perlu mendedahkan kepentingan teknologi pendidikan kepada guru, menyediakan garis panduan, peralatan teknologi dan sebagainya. Apabila segala keperluan utama ini dipenuhi maka minat itu akan hadir secara berperingkat.
2. Sebagai pendidik, kesedaran mengenai kepentingan penggunaan teknologi pendidikan dalam urusan P&P bagi melahirkan pelajar yang berkualiti perlu dipupuk. Guru perlu menyedari dan mengetahui mengenai teknologi pendidikan yang wujud dan boleh digunakan sesuai dengan objektif pembelajaran yang digariskan. Dengan ini tidak wujudlah guru yang dikatakan seperti katak dibawah tempurung yang hanya menggunakan kaedah lapok dalam P&Pnya sehingga membuatkan pelajar bosan. Pemilihan teknologi pendidikan yang sesuai dapat menarik minat pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya akan memotivasikan guru untuk lebih bervariasi dalam menggunakan teknologi
3.kesedaran mengenai kewujudan teknologi pendidikan sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi-teknologi yang ada dengan efektif. Jika diperhatikan, pelajar sekarang sudah terdedah dengan penggunaan lambakan media teknologi seperti i-Pad, e-mobile, laman sosial dan sebagainya. oleh yang demikian, untuk mengelakkan guru mempunyai perasaan rendah diri, kemahiran mengenai teknologi perlu lebih ditingkatkan daripada pengetahuan pelajar. guru yang berkemahiran akan lebih bersemangat untuk menggunakan medium teknologi dalam proses P&P dan menggalakkan pelajar menggunakan teknologi dengan cara yang betul untuk mendapatkan manfaat yang maksima.
4. Seterusnya untuk meningkatkan minat dalam mengaplikasikan teknologi pendidikan langkah yang boleh diambil ialah guru memberi galakan dan tugasan-tugasan berkaitan sesuatu topik yang memerlukan pelajar menggunakan teknologi yang sesuai. Oleh itu, dalam menjayakan misi ini, guru perlu memberi penerangan mengenai cara penggunaan dan melaksanakan tugasan seperti yang dikehendaki supaya pelajar mempunyai gambaran dan sedikit pengetahuan untuk melakukannya. Sekiranya penerangan yang jelas dan berkesan dapat disampaikan maka pelajar akan lebih bersemangat dan berminat untuk melaksanakan tugas dan menggunakan teknologi yang dibangunkan dalam pendidikan. Melalui ruang perbincangan,blog dan seumpama dengannya juga, pelajar dapat berkongsi maklumat dan mengenali lebih ramai kawan untuk membantu mereka dalam mengulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan. Hal ini akan menggalakkan mereka untuk lebih berminat dalam menggunakan teknologi secara konsisten.
5. Selain daripada itu, minat dalam menggunakan teknologi dapat ditingkatkan dengan memperbanyakkan pertandingan-pertandingan mencipta atau inovasi. Dengan adanya usaha melaksanakan program seumpama ini, pelajar akan mendalami ilmu, mengaplikasikannya dan seterusnya mengeluarkannya ntuk menghasilkan sesuatu produk inovasi yang mempunyai ciri-ciri kreatif serta bermanfaat untuk kehidupan manusia. Dengan adanya ganjaran berupa wang, sijil dan penghargaan daripada pihak-pihak tertentu maka pelajar akan terus bermotivasi untuk maju dan berusaha dalam menghasilkan sesuatu produk baru.
NAMA SEBENAR : MASSAHARINI BINTI RAZIMIL
NOMBOR MATRIK : A133044
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : masraiza90@gmail.com
FACEBOOK : Massaharini Razimil
url
http://www.youtube.com/watch?v=vcsxB5dKJMg&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=Eniknofp0Tk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=7nw3TDkZ6C0
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteKesan daripada kemajuan dunia pada masa sekarang telah mewujudkan kemunculan pelbagai teknologi yang canggih. Kewujudan teknologi ini telah menular dan memberi kesan dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia. Teknologi ini juga turut memberi kesan kepada sistem pendidikan dan telah memberi banyak manfaat dan kemudahan kepada sistem pendidikan yang telah sedia ada.
5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi pendidikan dapat ditingkatkan :
Langkah pertama yang boleh diambil bagi meningkatkan minat terhadap bidang teknologi pendidikan ini ialah dengan cara setiap bakal guru perlulah diberi pendedahan awal lagi berkaitan dengan teknologi pendidikan ini sama ada di IPTA ataupun di IPTS. Dengan pendedahan awal ini akan menyebabkan setiap guru baru yang dihasilakan sudah mempunyai pengetahuan berkaitan dengan teknologi yang bakal mereka ajar di sekolah nanti. Dengan cara ini, mungkin tiada lagi istilah guru yang buta teknologi.
Langkah yang kedua ialah dengan cara peranan yang dimainkan oleh setiap guru di sekolah. Setiap guru perlulah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan agar setiap pelajar mereka mengetahui apa itu teknologi dalam pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh setiap guru ini sudah pasti akan menaikkan lagi minat setiap pelajar mereka untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan teknologi dalam pendidikan.
Langkah yang ketiga ialah dengan mengadakan kempen kesedaran berkaitan dengan kepentingan teknologi dalam pendidikan. Pihak yang terlibat sama ada pihak kerajaan mahupun pihak swasta seharusnya kerap kali mengadakan kempen kesedaran sebegini kepada masyarakat agar dapat menimbulkan kesedaran kepada setiap ahli dalam masyarakat tentang kepentingan teknologi pendidikan pada masa sekarang. Dengan cara ini sudah pasti masyarakat akan mula sedar akan kepentingannya.
Langkah yang keempat pula ialah dengan mewajibkan subjek teknologi kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan mewajibkan subjek ini perlu lulus untuk mendapatkan sijil. Dengan cara ini sudah pasti setiap pelajar akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka lulus dalam peperiksaan nanti. Jika difikirkan balik mungkin kaedah ini agak kejam kerana akan memberi kesukaran kepada pelajar yang kurang pandai. Oleh yang demikian peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia amatlah perlu dimana perlu digubal kurikulum yang baru bagi subjek teknologi ini agar tidak terlalu membebankan pelajar. Sebagai contoh markah untuk kerja khusus sudah dapat meluluskan setiap pelajar tanpa perlu berharap sangat kepada peperiksaan.
Bagi langkah yang terakhir ialah dengan cara pihak kerajaan perlulah menyediakan kemudahan-kemudahan teknologi dikawasan yang tertentu dan yang terutamanya ialah disekolah-sekolah. Dengan adanya alat-alat teknologi ini sudah pasti akan dapat memberi kemudahan kepada setiap pelajar untuk belajar cara-cara untuk menggunakan teknologi ini tanpa perlu bersusah payah dan menghabiskan masa dan wang untuk mendapatkannya. Dengan terdapatnya kemudahan-kemudahan teknologi yang disediakan ini saya yakin sudah pasti minat terhadap bidang teknologi pendidikan ini dapat ditingkatkan.
http://www.youtube.com/watch?v=9JQ5dvbk3RU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=FKI570Tfe4o
http://www.youtube.com/watch?v=LCwVy45xpYU
http://www.youtube.com/watch?v=Ugcffuxx868&feature=related
NAMA : MUHAMMAD AMINUDIN FAHMI B. MOHD ZAHARI
NO. MATRIK : A132745
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : aminudinzahari@yahoo.com
FACEBOOK : Aminudin Fahmi Mohd Zahari
Assalamualaikum,
ReplyDelete5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan.
Penggunaan teknologi Pendidikan merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang.Selain itu sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam.
Sebagai seorang bakal pendidik, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan adalah guru perlu mempunyai kemahiran dan keyakinan diri bagi menggunakan manfaat yang terdapat dalam teknologi ini dengan cara yang paling berkesan.Hal ini dapat dipraktikan melalui suasana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, lebih menggalakkan komunikasi aktif antara pelbagai hala. Selain itu juga. Dengan sikap guru itu sendiri yang peka dan berkemahiran dalam penggunaan teknologi sekaligus merupakan matlamat untuk meningkatkan proses P&P.
Langkah lain lagi ialah penglibatan guru itu sendiri dalam mengatur strategi perancangan pengajaran dalam kelasnya iaitu menggunakan alat bantu mengajar yang boleh menarik minat pelajar tentang teknologi pendidikan. Perancangan dan penyedia alat bantu mengajar seperti grafik,video, gambar dan sebagainya membolehkan pelajar memahami dan mengingat sukatan pelajar yang diajar. Guru juga seharusnya mengingatkan pelajar untuk mencari maklumat di internet dengan memberikan kata kunci ataupun alamat laman sesawang tersebut untuk membolehkan pelajar mudah mencari dan dengan kemudahan tersebut akan menarik minat pelajar dalam meneroka dunia
Seterusnya, adalah guru mengalakkan pelajar untuk berinteraksi dalam talian iaitu perbincangan secara maya untuk berkongsi idea atau pendapat. Melalui cara ini pelajar akan lebih aktif dan tertarik kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk berjumpa malah sekiranya terdapat idea ataupun pendapat untuk dikongsi, mereka akan berbincang dan bertukar idea, sekaligus membantu rakan-rakan lain dalam melakukan tugasan yang diberikan. Contohnya perbincangan dalam Facebook,Twitter, Blog dan sebagainya. Hal ini akan menggalakkan mereka untuk lebih berminat dalam menggunakan teknologi secara konsisten.
Pihak yang terlibat dalam bidang teknologi ini juga perlu memberikan pendedahan dari masa ke semasa mengenai perisian yang dinaiktarafkan Selain itu juga, kerjasama dengan pihak yang menjadi penghubung antara pelajar ialah Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi sekolah supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain. Pendedahan perlu diberikan sama ada melalui pameran,bengkel dan forum dimana pelajar mengetahui aplikasi multimedia pendidikan yang menggunakan pendekatan berhibur sambil belajar. Melalui kaedah ini sedikit sebanyak mendorong pelajar untuk mendalami teknologi.
Bidang teknologi pendidikan juga dapat ditingkatkan melalui penawaran subjek komputer di peringkat sekolah dan juga institusi pengajian tinggi. Ianya juga merupakan satu pendedahan untuk membolehkan pelajar mengetahui dan menggunakan teknologi ICT. Tidak kurang hebatnya, manfaat yang diperoleh dalam proses P&P berkait rapat dengan program masa depan. Bagi diri pelajar pula, mereka merasakan pengalaman menimba ilmu tentang teknologi pendidikan suatu kerja yang menghiburkan di mana mereka dapat belajar menggunakan aplikasi yang memberikan manfaat dan memudahkan tugasan.
NAMA SEBENAR : ANIS BALQIS BINTI ABDUL RAHIM
NOMBOR MATRIK : A133175
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : anbal90@yahoo.com
FACEBOOK : Aurora anis
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan:
http://www.youtube.com/watch?v=U2UloHO5Ubc
http://www.youtube.com/watch?v=wMAGoEobSx0&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=YkM-8O2HzHg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=zhBechQfdYg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=60Iv79YNLCg&feature=related
Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan
ReplyDelete1.Permainan
Telah kita ketahui masa kini, permainan dalam komputer dapat menarik golongan muda terutama pelajar untuk berada dan menghadap komputer berjam-jam.Maka,ini secara tidak langsung mempengaruhi satu langkah dan dapat memberi satu kaedah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Teknologi Pendidikan.Kita boleh menyediakan permainan kepada pelajar dengan menggunakan teknologi yang ada sekarang.Sebagai contoh permainan “angry bird”.Permainan ini dapat menarik perhatian terhadap ramai orang.Pada masa yang sama,pelajar dapat mempelajari dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.Selain itu,guru boleh menyediakan permainan kepada pelajar berdasarkan objektif pengajaran dengan menggunakan teknologi ini.Ini juga boleh menarik minat pelajar dan senang untuk pelajar memberikan tumpuan dalam kelas.
2.Memperkenalkan teknologi terbaru dalam dunia
Kami boleh memperkenalkan teknologi-teknologi terbaru kepada pelajar.Ini dapat membantu mereka mengetahui tentang teknologi yang ada sekarang.Kami juga boleh memberitahu mereka tentang kebaikan tentang teknologi tersebut dan cara guna yang betul untuk membantu pelajar belajar dalam pengajaran mereka.Sebagai contoh mencari video yang berkaitan dengan kreatif dan inovatif teknologi dan tunjuk kepada pelajar dalam kelas.Selepas mereka melihat video tersebut mungkin dapat menarik minat mereka terhadap pendidikan teknologi ini.Selain itu,juga boleh menyuruh pelajar pergi cari video tentang teknologi terbaru di dunia melalui laman web.
3.Kaedah Propaganda
Kaedah ini juga dapat menarik minat pelajar terhadap pendidikan teknologi.Kita boleh mempertaruhkan kad tentang sesuatu teknologi yang berguna kepada pelajar dalam pembelajaran mereka.Sebagai contoh mobile yang ada berbagai jenis penggunaan.Sebagai contoh tentang kamus di dalam mobile.Apabila mereka menghadapi masalah bahasa,mereka boleh menggunakan mobile mencari maksud perkataan tersebut.Ia agar mudah dan cepat.Selain itu,pelajar juga menggunakan gps dalam mobile untuk pergi sesuatu tempat.Ibu bapa juga agar anak mereka lebih selamat jika mereka belajar di luar negara seorang.Kami juga boleh melakukan testimonial sesuatu teknologi tersebut kepada pelajar.Ini dapat member kepercayaan pelajar terhadap teknologi tersebut.Sebagai contoh melalukan cara menggunakan gps tersebut.
4.Harga yang Sesuai
Harga teknologi kena sesuai dengan pelajar,kerana kalau harga teknologi tersebut sangat tinggi maka mereka tidak mampu untuk membeli dan menggunakannya.Walaupun mereka sangat berminat terknologi tersebut,tetapi mereka rasa pada tahap mereka tidak perlu menggunakan barang yang berharga tinggi itu.Sebagai contoh dengan ipohone yang mempunyai kegunaan yang banyak dan amat berguna kepada seseorang pelajar.Tetapi apa yang kami didapati ialah,harga iphone adalah agar tinggi.,Hanya orang yang sudah berkerja mampu membelinya.Kalau pelajar yang memakai iphone juga hanya keluarga yang kaya sahaja.Oleh itu,kalau sesuatu teknologi yang amat kreatif dan inovatif guna hendaklah mempunyai harga yang sesuai kepada pelajar.
5.Mencari Orang Berkenaan
Ini bermaksud kami boleh mencari orang yang ajar berkenal untuk membuat iklan.Sebagai contoh mencari Dato Lee Chong Wei untuk membuat iklan sesuatu teknologi tersebut.Kita boleh tunjuk kepada pelajar melalui surat khabar atau televisyen.Ini dapat menarik perhatian mereka untuk melihat kegunaan teknologi tersebut.
Nama:Kiew Chiong Ung
Nombor Matrik:A 134788
Tahun Pengajian: 2
Fakulti: Pendidikan
Email:volleyballkiew@yahoo.com
Facebook:volleyballkiew
url Youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=t5X2PxtvMsU&feature=results_main&playnext=1&list=PLE5523CC0136D4487
http://www.youtube.com/watch?v=t5X2PxtvMsU&feature=results_main&playnext=1&list=PLE5523CC0136D4487
http://www.youtube.com/watch?v=y1r4D07r5HA
http://www.youtube.com/watch?v=yYamWVU2gsA&feature=related
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDalam konteks pendidikan kini, proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berlaku seiring dengan penglibatan teknologi pendidikan dengan semua pihak yang terlibat mendapat banyak manfaat menerusi teknologi pendidikan yang digunakan seperti dapat menjimatkan masa dan tenaga guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar, menjadikan p & p menarik dan berkesan dan mengalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar.
ReplyDeleteOleh itu, minat terhadap bidang teknologi pendidikan hendaklah ditingkatkan. Antara langkah-langkah tersebut ialah guru hendaklah memahirkan diri dalam mengunakan teknologi terkini dan menggunakannya dalam p & p mereka. Sehubungan itu, guru boleh hendaklah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan teknologi pendidikan seperti menyertai kursus-kursus berkaitan atau inisiatif guru sendiri untuk berusaha mempelajari mengenai teknologi pendidikan. Pengetahuan dan kemahiran yang ada hendaklah diaplikasi mengikut kesesuaian p & p guru. Kesannya, bukan sahaja teknologi pendidikan di manfaatkan malah memupuk minat guru dan pelajar.
Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hendaklah menyediakan kemudahan yang boleh menyokong teknologi pendidikan di setiap premis pendidikan serta mengalakkan guru-guru dan pelajar memanfaatkan kemudahan yang diberi seperti bilik komputer, slaid, televisyen dan lain-lain. Kerajaan juga hendaklah memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru dan staf sokongan dengan melalui kursus- kursus serta memastikan pengunaan teknologi pendidikan dalam p & p guru. Misalnya melalui kemudahan pemberian netbook kepada pelajar, guru-guru boleh memaksimumkan pengunaannya semasa p & p.
Seterusnya melalui penglibatan pelajar dalam kokurikulum akademik menerusi kelab- kelab ICT, multimedia, sains dan reka cipta di sekolah dapat memupuk minat dalam teknologi pendidikan. Para pentadbir sekolah hendaklah merancang pelbagai program yang berkaitan teknologi pendidikan seperti pertandingan, minggu teknologi dan lain-lain serta memberi galakan kepada guru dan pelajar menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh PPD serta mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.. Pelbagai idea dan produk dapat terhasil melalui gabungan minat pembimbing dan pelajar. Secara tidak langsung, akan menggalakkan kajian, penemuan dan teknologi baru dalam pelbagai bidang yang tentunya sangat bermanfaat kepada negara.
Ibubapa pula boleh memupuk minat dalam kalangan pelajar dengan memberikan pengetahuan dan membelikan teknologi seperti menyediakan komputer di rumah yang dapat membantu anak mereka dalam pembelajaran.. Namun ibubapa hendaklah memantau dan menyekat sebarang penyalahgunaan teknologi supaya anak mereka tidak menyalahguna teknologi kepada perkara yang negatif
Akhir sekali minat dalam teknologi pendidikan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar dengan menjadikan mata pelajaran teknologi pendidikan sebagai salah satu mata pelajaran elektif yang harus diikuti di setiap minggu. Pelbagai aktiviti yang menarik hendaklah dijalankan secara individu dan berkumpulan dengan bimbingan dan pemantauan guru. Kesannya pengetahuan pelajar dalam bidang teknologi meningkat sekaligus memupuk minat mereka ditingkatkan dalam teknologi pendidikan.
NAMA SEBENAR : NOR MALISSA BINTI MAT ISA
NOMBOR MATRIK: A134766
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI ; PENDIDIKAN
EMAIL: alissahanib@yahoo.com
FACEBOOK: alissa mat isa
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://www.youtube.com/user/faronics?v=GPqyHTI3MqM&feature=pyv
http://www.youtube.com/watch?v=Qa6N2wWfP5Q&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=E9bu9w_6hPY&feature=fvst
http://www.youtube.com/watch?v=yvCXbk7bS1c
http://www.youtube.com/watch?v=6tCtM8UEQv8&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=1qVN6GHX_W4
http://www.youtube.com/watch?v=lNpQ9Cf_uVU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=kG-EPlATlv4&feature=related
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTeknologi dan remaja tidak dapat dipisahkan lagi. Semakin Negara menuju ke tahun 2020, teknologi juga berkembang seiring dengan perkembangan Negara. Kini dunia hanya ‘dihujung jari’. Dengan satu laman sesawang sahaja kita boleh mengetahui apa yang terjadi di dunia luar dengan cepat tanpa perlu mengeluarkan kos dan tenaga. Begitu pentingnya teknologi dalam kehidupan seharian kita. Pembelajaran dan pengajaran (P&P) pula berlangsung dihujung jari pelajar. Internet mula menjadi guru tidak rasmi kepada para pelajar. Dengan hanya satu ‘klik’ pelajar boleh mengetahui apa saja maklumat yang diingin diketahui.
Sehubungan dengan itu, minat terhadap teknologi pendidikan perlu sentiasa ditingkatkan agar kita tidak ketinggalan dalam arus pemodenan ICT ini. Antara usaha-usaha yang boleh dijalankan dengan mewajibkan subjek teknologi pendidikan diambil sewaktu di sekolah menengah. Dengan cara ini dapat memupuk minat pelajar meminati bidang teknologi khususnya dalam bidang pendidikan. Apabila pelajar didedahkan dengan teknologi lebih awal maka minat dan usaha mereka untuk mendalami ilmu berkaitan teknologi ini akan meningkat. Hal ini dapat memupuk cinta akan teknologi dalam kalangan pelajar era moden.
Jika ada pelajar tetapi tiada guru yang mahir atau berpengalaman dalam bidang teknologi, maka usaha untuk meningkatkan minat dalam kalangan pelajar juga tidak boleh dijalankan. Oleh itu, untuk memastikan pelajar mendapat ilmu yang berkualiti dan terkini guru yang berkualiti dan mahir dalam subjek teknologi pendidikan perlu disediakan. Pihak-pihak universiti perlu menyediakan satu lagi jurusan ijazah dengan pendidikan dalam bidang teknologi pendidikan agar guru-guru yang bakal mengajar sudah diajar terlebih dahulu dan mahir dalam bidang tersebut. Dengan cara ini ilmu dan pelajaran yang akan diajar sentiasa ‘up-to-date’ dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kita sudah menyediakan guru dan subjek khas untuk teknologi pendidikan, namun jika tiada sebarang penegasan maka langkah-langkah yang dicadangkan tidak dapat dilaksanakan dalam kadar yang maksimum. Subjek teknologi pendidikan perlu dijadikan satu lagi subjek wajib lulus agar para pelajar berusaha keras untuk mendalami ilmu tentang teknologi pendidikan. Jika tidak mereka belajar hanya sekadar perlu mengambil subjek tersebut tanpa menyedari kepentingan subjek tersebut untuk dipelajari.
Langkah seterusnya ialah dengan menyediakan prasarana yang cukup dalam membangunkan perisian-perisian yang terbaru agar dapat digunakan dalam P & P sewaktu di dalam kelas. Melalui perisian-perisian canggih ini, pelajar dapat memanfaatkan teknologi untuk pembelajaran dan boleh juga dijadikan bahan ulangkaji maya selain daripada menggunakan buku teks. Melalui langkah ini, aktiviti P & P di dalam kelas akan semakin menarik dan minat terhadap teknologi pendidikan dapat di tingkatkan.
Yang terakhir ialah penggunaan Alat bantu mengajar yang melibatkan teknologi seperti video, chart 3 Dimensi, power poit dan sebagainya. Dengan menggunakan alat-alat yang canggih ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menambahkan ilmu tentang teknologi. Selain itu, tugasan yang diberikan oleh guru perlulah ada unsur-unsur yang melibatkan penggunaan teknologi seperti membuat perbentangan menggunakan power point, membuat video berkaitan pembelajaran dan sebagainya.
Nama sebenar: NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD
Nombor Matrik : A 133398
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)
Email : cikida05@yahoo.com
Facebook : NURUL ZAHIDAH AZMI MURAD
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan :
1) http://www.youtube.com/watch?v=a0-q0FUZ11o&feature=related
(learn how to solve inequalities)
2) http://www.youtube.com/watch?v=LnEeIc06vkA&feature=relmfu (deco den box)
3) http://www.youtube.com/watch?v=3V5PcXO8IoY&feature=related (resin tuto)
4) http://www.youtube.com/watch?v=BmCjG05i7IM (cik beah osem - Adap makan)
5) http://www.youtube.com/watch?v=rhcTo4ICJF0&feature=related ( animasi cara berwuduk)
Assalamualaikum, kepesatan teknologi di Negara- Negara maju turut di rasai di Negara Malaysia. Pelbagai produk telah memasuki pasaran di Malaysia. Produk- produk tersebut seperti i-pad, koputer riba, dan sebagainya. Bentuk pengajaran dalam bidang pendidikan di sekolah-sekolah turut berubah. Jika dahulu, guru hanya menulis di papan hitam, membawa peta dunia sepanjang ke kelas. Namun kini, dengan pelbagai kemudahan canggih, seperti pancaran lcd(liquid cristal display), wi-fi (wireless fidelity). Pelbagai usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu pengajaran di sekolah, antaranya menyediakan kemudahan seperti satu kelas, satu lcd, kemudahan wi-fi, makmal komputer, dan sebagainya. Namun langkah tersebut tidak boleh berjaya sekiranya tidak mendapat tindakbalas positif daripada orang ramai. Pada pendapat saya, minat terhadap teknologi pendidikan boleh ditingkatkan melalui penekanan kepada lima aspek, seperti kaedah pengajaran, kemudahan, mentality pelajar, sokongan keluarga, dan bantuan kerajaan.
ReplyDeletekaedah pertama, guru perlu menggunakan kemudahan ict sebagai medium pengajaran, kerana ia boleh merangsang pemikiran pelajar. Penggunaan power point, yang meyelit unsur- unsur grafik, bunyian membolehkan pelajar mudah memahami pengajaran guru. Ini menyebabkan pelajar bermotivasi untuk mengikuti pembelajaran oleh guru, terutama dalam bidang teknologi pendidikan.
Kaedah kedua,pihak sekolah harus memberi kebenaran kepada pelajar untuk menggunakan kemudahan seperti makmal komputer. Pada pendapat saya, tidak banyak sekolah yang memberi kebebasan kepada pelajar untuk menggunakan compute. Makmal computer di kunci. Tindakan ini menyebabkan pelajar tidak mahir dalam ict. Seterusnya menyebabkan sebilangan pelajar buta ict. Terutama pelajar yang kurang bernasib baik, misalnya pelajar yang tiada komputer di rumah. Langkah ini member peluang kepada semua pelajar menggunakan komputer, kesannya pelajar akan cenderung untuk meneroka bidang ict.
Kaedah ketiga, pelajar harus mengubah mentaliti mereka. Kebanyakan pelajar di kawasan luar Bandar kurang pengalaman dalam mengunakan komputer. Hal ini menyebabkan mereka cenderung mengelak menggunakan ict. Contoh mudah, pembentangan, ramai di kalangan mereka yang masih gemar menggunakan kertas mahjong, daripada power point. Sikap ini perlu diubah, pelajar perlu berusaha mendalami ilmu berkenaan ict, untuk mengelak di label “ ketinggalan zaman”.
kaedah keempat ialah, sokongan padu daripada keluarga kepada anak-anak mereka. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, mereka perlu menyediakan komputer di rumah. Namun bagi golongan berpendapatan rendah, ibu bapa haruslah sentiaasa memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk terus mendalami ilmu ict di sekolah.
Langkah kelima ialah, kerajaan perlu memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat bantuan komputer riba. Sekiranya computer riba hanya diberi kepada pelajar cemerlang, bagaimana pula pelajar tidak cemerlang. Pelajar tidak cemerlang akan terus buta ict kerana tidak mendapat peluang menggunakan komputer.
Nama MUHAMAD NOOR ZAKIME BIN KHOZAN
No. matrik A134756
TAHUN 2
Fakulti PENDIDIKAN
Email kimekbh@yahoo.com
url;
http://www.youtube.com/watch?v=zhBechQfdYg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=0dRXHVyHm2o
http://www.youtube.com/watch?v=J5Y1QrfGmIo
http://www.youtube.com/watch?v=RjKGlNVmnqc&feature=fvwrel
Kaedah pengajaran hari ini jauh lebih berbeza berbanding dengan kaedah pengajaran dahulu. Jika dahulu, ibu bapa kita belajar secara tradisional, tetapi hari ini generasi lebih lebih tertumpu kepada pengajaran secara moden. Generasi hari ini dilihat seperti tidak boleh belajar tanpa teknologi. Sehubungan dengan itu, para pendidik seharusnya memanfaatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka agar para pelajar dapat belajar dengan seronok.
ReplyDeleteMemandangkan teknologi amat penting dalam era globalisasi masa kini, maka dalam mengharungi arus kemodenan ini, bidang pendidikan terutamanya para pendidik perlu mempelajari selok belok IT. Tanpa mempelajarinya, mereka seolah-olah dianggap ketinggalan zaman. Apatah lagi generasi sekarang lebih pakar dalam teknologi. Dengan itu, sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif dan seterusnya menarik minat pelajar.
Minat terhadap bidang teknologi dalam kalangan pelajar juga boleh ditingkatkan melalui mata pelajaran ICT di sekolah. Melalui mata pelajaran ini, guru dan pelajar boleh bersama-sama mendalami dunia teknologi dan seterusnya mempraktikkan ilmu yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan. Disamping itu, mata pelajaran ini juga dinilai dalam peperiksaan agar teknologi pendidikan ini dapat diterap dalam diri pelajar secara berterusan.
Selain itu, terdapat dua atau tiga perkara asas yang perlu diberi perhatian sebelum kerajaan terus `melambakkan' komputer di sekolah.Pertama, pastikan aplikasi perisian dan perkakasan bukanlah teknologi lapuk yang sentiasa perlu ditukar ganti; kedua, pastikan kurikulum dan perisian kursus mesra teknologi dan; ketiga, melihat keperluan nisbah pelajar dengan bilangan komputer. Selain itu, apakah teknologi sokongan sedia ada menyokong teknologi 10 atau 20 tahun akan datang, iaitu sama ada teknologi pengurusan sekolah dan kurikulum yang disediakan sebelum ini masih boleh digunakan, atau perlu dicampak sahaja ke bakul sampah.
Langkah seterusnya adalah dalam usaha Pembestarian Sekolah di Malaysia yang telah bermula di 88 buah sekolah yang terlibat dalam projek rintis Sekolah Bestari sejak tahun 1999 sehingga 2002. Sebanyak 88 buah sekolah ini akan dijadikan penanda aras kepada usaha Pembestarian Sekolah yang akan dilaksanakan oleh KPM mulai tahun ini sehingga tahun 2010. Bagi membantu proses pembestarian dilaksanakan secara cekap dan efektif kos, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan audit menyeluruh semua inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)nya, sama ada aspek P&P atau pengurusan dan automasi. Aspek P&P meliputi program Komputer dalam pendidikan dan makmal komputer, Program Rintis Sekolah Bestari, School-Net dan TV Pendidikan.
Langkah seterusnya adalah melalui usaha kerajaan untuk menyediakan prasarana-prasarana teknologi di setiap sekolah dan institusi pengajian. Contohnya seperti penyediaan internet sebagai dunia tanpa batasan bagi pelajar. Hampir semua sekolah rendah dan menengah di negara ini telah dibekalkan dengan komputer dan talian Internet. Oleh itu, kawasan-kawasan pedalaman dan kawasan pedalaman orang asli juga perlu dilengkapi dengan komputer dan talian Internet. Kalau melihat kepada keadaan ini, mungkin keperluan selepas ini ialah membekalkan sekolah dengan papan elektronik interaktif (interactive whiteboards) atau peripherals lain.
nama sebenar: NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI
nombor matrik: A133397
tahun pengajian: 2
fakulti: PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)
email: feefa_along@hotmail.com
facebook: Nurul Hafidfah Sarlia
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan :
http://www.youtube.com/watch?v=m-O-IPRqb4s&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=2lXh2n0aPyw
http://www.youtube.com/watch?v=cbEKAwCoCKw&feature=channel
http://www.youtube.com/watch?v=zSiHjMU-MUo&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=H-CHVkNTU_s
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTeknologi pendidikan merupakan satu keperluan pada masa kini. Jika zaman dahulu, seseorang yang mempunyai peralatan teknologi dikatakan sebagai orang kaya, namun ianya telah berubah pada masa kini yang mana setiap seorang sememangnya mempunyai peralatan teknologi seperti komputer, laptop, ipad dan sebagainya di rumah masing-masing. Kegunaan peralatan teknologi ini sememangnya memberikan bnyak faedah kepada pengguna terutamanya para pelajar untuk memudahkan proses mencari maklumat dan lain lain. Untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi pendidikan ini dapat ditingkatkan, ada beberapa cara yang perlu dilakukan.
ReplyDeleteLangkah pertama yang perlu dilakukan adalah memastikan peralatan teknologi itu harganya berpatutan dan mudah untuk dimiliki. Harga merupakan perkara yang memainkan peranan penting dalam pemilihan sesuatu peralatan teknologi, jika harga sesuatu gajet itu mahal maka ia akan membebankan khususnya golongan ibu bapa untuk membelinya kepada anak mereka. Seterusnya, bagaimanakah pemupukan minat terhadap teknologi pendidikan dapat dilakukan sedangkan peralatannya tidak disediakan?
Langkah kedua yang harus dilakukan adalah peralatan teknologi itu perlulah mudah dibawa. Hal ini kerana untuk memastikan pembelajaran ataupun pendidikan berlaku semaksima mungkin melalui teknologi, ia memerlukan pelajar berkenaan membawa kemana sahaja perlatan teknologi yang dimiliki.. Contohnya disini ialah pengguna ipad yang boleh membawanya kemana sahaja kerana bentuknya yang kecil dan ringan jika dibandingkan dengan laptop yang agak besar sedikit dan berat. Perkara ini mungkin dianggap remeh namun inilah hakikatnya. Kita semua sedia maklum bahawa generasi muda pada masa kini minatnya tidak berfokus kepada pendidikan.
Selain itu, langkah ketiga yang harus dilakukan untuk meningkatkan minat penggunaan teknologi pendidikan ialah memperkenalkan subjek mengenai teknologi pendiidkan di setiap sekolah di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan pelajar sememangnya minat untuk menggunakannya namun tidak mengetahui cara yang betul. Dalam kurikulum subjek tersebut perlulah dilengkapi dengan segala ilmu yang asas untuk memudahkan pelajar menggunakan teknologi ini untuk mengakses maklumat yang berkaitan untuk belajar. Oleh itu, jika di sekolah memperkenalkan subjek ini maka sedikit sebanyak ia boleh membantu dan memandu para pelajar yang sememangnya minat dalam bidang itu untuk memajukan lagi dan menggunakannya sebaik mungkin bagi mencapai matlamat pembelajaran individu dan berkumpulan.
Perkara keempat yang perlu dilakukan ialah ketika di sekolah. Di sekolah, guru guru perlulah memainkan peranan penting dalam menggalakkan penggunaan teknologi dalam pendidikan ini dalam kalangan pelajar pelajarnya. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh guru bagi membangkitkan minat pelajar dalam menggunakan teknologi pendidikan ini. Contohnya mengadakan pertandingan yang berkaitan penggunaan teknologi di sekolah sekolah. Hadiah yang disedikan juga perlulah menarik bagi membangkitkan minat pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut..
Langkah kelima adalah melalui contoh yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Hal ini kerana sebagai guru sememangnya akan dicontohi oleh pelajarnya. Oleh itu, guru perlulah menggunakan teknologi dalam menyampaikan isi pengajarannya seharian. Hal ini adalah untuk membuatkan pelajarnya juga bersemangat untuk menggunakan teknologi. Selain itu, tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru juga perlu melibatkan penggunaan teknologi. Contohnya melakukan perbincangan melalui facebook, dan menghantarnya juga melalui emel.
NAMA : MOHD FIZRE BIN ZAKARIA
NO MATRIK : A133121
TAHUN PENGAJIAN : 2 SEM 2
FAKUTLTI: PENDIDIKAN ( PENDIDIKAN KHAS)
EMAIL : Puyi90_mfz@yahoo.com
FACOBOOK : Mohd FizRe
URL : http://youtu.be/nRfTlcuQlSk
http://www.youtube.com/watch?v=4cn4RTbNE0M
http://www.youtube.com/watch?v=E2SfPrvYyBw&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=2iOlM9XdOYo&feature=related
1)Salah satu usaha yang boleh diambil ialah dengan melatih dan mendedahkan para bakal guru dengan kemahiran penggunaan teknologi terkini. Kemahiran penggunaan teknologi yang terkini akan meningkatkan keyakinan guru untuk menggunakan perisian komputer sebagai alat bantu mengajar sekali gus memupuk minat para pelajar.
ReplyDelete2)Langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan minat terhadap bidang teknologi pendidikan pada peringkat pelajar sekolah pula ialah dengan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran mereka menggunakan perisian komputer bagi menyiapkan tugasan.
3) Selain itu, pemberian notebook 1 Malaysia juga merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan minat para pelajar dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana melalui pemberian notebook ini, para pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneroka dan menguasai kemahiran menggunakan ICT dalam pendidikan misalnya penggunaan Microsoft powerpoint dan Microsoft word.
4) Pihak sekolah juga boleh menyelitkan beberapa kursus ICT kepada para pelajar ataupun guru-guru yang berminat.. Kursus ini seharusnya menyediakan kursus asas penggunaan perisian komputer yang biasa digunakan seperti perisian “word processing” manakala kursus yang lebih kompleks seperti kemahiran menggunakan perisian photoshop.
5)Langkah yang kelima yang boleh diambil ialah dengan menganjurkan pertandingan inovasi menggunakan teknologi di sekolah. Melalui cara ini para pelajar akan lebih berminat untuk meneroka perisian-perisian yang terdapat di dalam komputer untuk bersaing dengan rakan-rakan lain.
Siti Aishah Abdullah
A132799
Fakulti Pendidikan UKM
Tahun 2
ctayesya@yahoo.com
Humaira Aisya
http://www.youtube.com/watch?v=SNS1Cj4U-1Y
http://www.youtube.com/watch?v=0s1RtmqPzjw&feature=BFa&list=PL2DE21324D141B9D4&lf=results_main
http://www.youtube.com/watch?v=UFwWWsz_X9s
Ilmu adalah sesuatu yang penting untuk dicari. Saya mengambil pandangan seorang sarjana yang melihat ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi). Fokus saya pada kali ini ialah langkah untuk meningkatkan minat terhadap penggunaan teknologi pendidikan maka saya telah menemukan lima strategi .
ReplyDeletePertama, kemahiran terhadap penggunaan teknologi penting untuk memperkenalkan dan menerapkan budaya penggunaan dan cinta teknologi. Oleh itu adalah tidak menghairankan jika guru – guru ditetapkan untuk mahir dengan teknologi sebagai strategi memahirkan pelajar. Peningkatan melalui guru dapat dilakukan jika guru itu mahir akan bidang tersebut kerana penguasaan oleh guru terhadap bidang tersebut akan membantu pelajar untuk memahami lebih mendalam kerana salah satu kunci untuk menarik minat adalah pemahaman terhadap sesuatu topik.
Kedua,penghasilan sistem/aplikasi berkaitan pendidikan seperti bangunnya Facebook yang berjaya mendapat sambutan masyarakat dunia dan tidak mustahil idea sebegini dapat diterapkan dalam teknologi pendidikan. Penghasilkan aplikasi mudah untuk pelajar dapat menarik mereka.Contoh mudah dilihat di dunia sekarang seperti permainan ‘hangman’ dan ‘sudoku’.
Ketiga,kekurangan promosi terhadap teknologi berasaskan pendidikan adalah punca kurangnya pendedahan kepada masyarakat. Hanya segelintir sahaja yang peka akan keliling mereka yang mempunyai teknologi berasaskan bidang itu maka adalah penting bagi pihak – pihak berkenaan seperti kerajaan dengan kerjasama media untuk meningkatkan usaha promosi ini bukan sekadar di institusi seperti universiti dan sekolah sebaliknya gunakan medium yang lebih dekat dengan masyarakat luar seperti television, surat khabar, majalah dan bahan bacaan lain. Letakkan promosi pada bahan bacaan setiap peringkat umur dari komik ke majalah berat. Selain itu, lebih sesuai juga jika diwujudkan majalah khas mengenai teknologi pendidikan kerana majalah ini dapat membawa info penuh.
keempat pula, penggalakan melalui penyediaan gajet dan infrakstruktur.Kekangan yang dihadapi negara sebenarnya sedikit sebanyak disebabkan ketidakmampuan rakyat untuk memiliki gajet canggih sendiri terutama di kawasan pedalaman. Bagi meningkatkan minat terhadap teknologi ini, pelaburan harus dilakukan seperti memberi komputer riba secara percuma kepada pelajar selain penyediaan kawasan mudah internet contohnya dengan membina balai raya dan sebagainya. Balai raya dan insfraktruktur seumpamanya dapat menjadi kawasan menjana minat kerana kadar ketersampaian masyarakat yang lebih tinggi.
Paling berkesan adalah permainan wang.Meletakkan harga gajet di kadar yang berpatutan merupakan langkah yang baik.Oleh itu, bagi meningkatkan minat terhadap teknologi pendidikan, gajet ini harus dipertimbangkan semula harga penjualannya bagi meningkatkan jumlah yang mampu memiliki. Teorinya lebih ramai yang memilki maka akan lebih tinggi pendedahan terhadap teknologi pendidikan lantas membawa kepada penjanaan minat.
Kesimpulannya, peningkatan minat terhadap teknologi pendidikan ini tidak mustahil untuk dilakukan namun memerlukan penglibatan banyak pihak dari kerajaan dan badan bukan kerajaan kerana dengan cara itu sahaja maklumat mengenai teknologi pendidikan dapat disampaikan secara meluas.
NAMA:NORASHIKIN BINTI MOHD ZAWAWE
MATRIK:A134757
TAHUN PENGAJIAN:2
FAKULTI:PENDIDIKAN
EMEL:rc_ekin90@yahoo.com
FB: http://www.facebook.com/eikin90?ref=tn_tnmn
URL: http://www.youtube.com/watch?v=Myck9ZNKCJM
http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk
http://www.youtube.com/watch?v=ZokeMBlHaE4&feature=pyv
Assalamualaikum..dunia hari ini telah berubah banyak berbanding semalam,dan akan terus berubah. Generasi hari ini perlu diasuh dan dipupuk minat mereka terhadap bidang Teknologi Pendidikan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam perlumbaan dunia hari ini. Antara langkah yang dapat dilakukan adalah:
ReplyDelete1.Penggunaan bahan bantu mengajar yang berunsurkan teknologi dalam P&P
Guru perlulah lebih banyak mengaplikasikan serta menggunakan bahan-bahan bantu mengajar yang berunsurkan teknologi bagi merangsang minat pelajar belajar, sekaligus menarik minat mereka terhadap bidang teknologi dalam pendidikan. Bahan-bahan yang menarik serta bersesuaian dengan tahap pemikiran serta minat pelajar akan memudahkan pemahaman pelajar terhadap perkara yang ingin disampaikan dan memupuk minat serta rasa ingin tahu terhadap teknologi.
2.Menjadikan subjek Teknologi Pendidikan sebagai subjek wajib dan lebih menarik
Subjek Teknologi Pendidikan seharusnya dijadikan subjek wajib bagi setiap murid di seluruh negara samada di peringkat rendah mahupun menengah. Prasarana makmal komputer serta ICT perlu dinaik taraf serta dilengkapkan dengan perisian, peralatan serta infrastruktur terkini bagi memahirkan setiap murid dengan aplikasi teknologi pendidikan dan tidak hanya sekadar melakukan sekadar yang ada tanpa bersungguh-sungguh.
3.Pengaplikasian teknologi dalam urusan
Urusan-urusan di sekolah yang menggunakan pengaplikasian teknologi diyakini mampu untuk menarik lebih minat pelajar terhadap teknologi pendidikan. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi teknologi dalam sistem rekod kehadiran, peminjaman buku di perpustakaan, penggunaan internet untuk aktiviti pembelajaran dan sebagainya akan membiasakan kehidupan seorang pelajar dengan teknologi sekaligus menarik minat mereka terhadap teknologi pendidikan.
4.Pemerkasaan guru dengan ilmu teknologi pendidikan
Guru-guru yang ada serta berkhidmat di serata negara pada ketika ini, sebahagiannya terdiri dari mereka yang tidak begitu mahir dalam penggunaan teknologi pendidikan. Kebanyakan mereka hanya tahu menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word. Mana mungkin guru sebegini mampu menimbulkan minat pelajar mereka terhadap teknologi pendidikan. Guru-guru ini seharusnya diberikan kemahiran penggunaan teknologi pendidikan sehingga betul-betul mahir dengan bantuan pihak lain mahupun dengan inisiatif diri sendiri.
5.Bidang teknologi pendidikan diberikan ruang secukupnya
Sekolah serta institusi pengajian yang ada seharusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam merealisasikan hasrat ini. Pembukaan serta pemberian perhatian yang lebih luas perlu diberikan terhadap bidang teknologi pendidikan dengan membuka peluang mempelajari serta serta melanjutkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ini. Sekolah boleh menjadikan jurusan teknologi sebagai jurusan elektif semasa di menengah rendah. Manakala, institusi pengajian boleh memberi peluang kepada pelajar yang meminati bidang ini untuk melanjutkan pengajian di tempat mereka.
Nama :Muhammad Zulhelmi bin Md Noor
Matrik :A132365
Tahun Pengajian :2
Fakulti :Pendidikan
Email :zulhelmi1891@gmail.com
Facebook :https://www.facebook.com/zulhelmimdnoor
Zul Helmi
You Tube :http://www.youtube.com/watch?v=55zqhiDs8lk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=fWli1-84CNQ&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=nDnTgJJxVjQ&feature=related
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDelete5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi pendidikan dapat ditingkatkan.
1)Penggunaan teknologi yang pelbagai
Penggunaan teknologi yang pelbagai dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap kecanggihan teknologi. Guru akan memainkan peranan penting dalam memupuk minat yang tinggi pelajar terhadap teknologi. Penggunaan teknologi secara kreatif seperti penggunaan slide, penggunaan photoshot, penggunaan movie maker untuk pembentangan dapat membantu menarik minat pelajar untuk terus bergerak aktif dalam penggunaan teknologi kini. Hal ini kerana kemudahan yang ditunjukkan oleh guru dalam pembelajaran dapat membantu mereka untuk turut sama meneroka teknologi yang semakin canggih pada masa kini.
2)Pertubuhan kelab dan persatuan disekolah
Pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai dengan minat dan kemahiran para pelajar. Sejajar dengan perkara ini, pihak sekolah sepatutnya berusaha untuk membentuk kelab atau persatuan demi kebajikan pelajar. Dengan itu, para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti mengenai kemajuan teknologi yang diminati. Contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab computer atau fotografi untuk pelajar yang meminati bidang teknologi maklumat dan cenderung kepada minat untuk fotografi.
3)Latihan yang bersesuaian kepada pelajar
Bagi meningkatkan minat pelajar terhadap teknologi pendidikan, guru harus memberi latihan berkaitan teknologi komunikasi dan informasi diperlukan bukan sahaja untuk melatih kemahiran penggunaannya kepada pelajar tetapi juga untuk menyakinkan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru. Ia bukan sahaja memberi kesan positif kepada pelajar sahaja. Sebagai contoh guru yang mengajar mengenai teknologi maklumat haruslah memberi kerja atau latihan untuk pelajar meneroka sendiri mengenai kecanggihan teknologi agar mereka rasa tertarik untuk terus mengikut perubahan teknologi dari masa ke semasa.
4)Penyediaan iklim persekitaran
Guru harus menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai jenis rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas pelajar. Iklim emosional bermaksud memberikan pelajar keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan di hadapan mereka. Guru boleh secara langsung menggalakkan kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar
5)Kurikulum untuk pendidikan era internet
Penawaran subjek komputer di peringkat sekolah rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi merupakan atau satu cabang membolehkan para pelajar mengetahui dan menggunakan teknologi komunikasi. Terdapat bidang-bidang pengajian yang baru seperti komputer, teknologi maklumat, pengurusan maklumat, multimedia dan sebagainya. Pembentukan kurikulum adalah berkait rapat dengan tujuan sesuatu program pendidikan masa depan. Contoh, perubahan-perubahan dalam perlaksanaan struktur kurikulum latihan di maktab-maktab perguruan turut mengubah kurikulum di dalam bidang teknologi pendidikan khususnya dalam penggunaan media pengajaran.
Nama: Rosyidah binti Osman
No. Matrik : A134759
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : Pendidikan( Sukan dan Rekreasi)
Emel: RosyidahOsman@yahoo.com.my
Facebook: Syidah_edah@yahoo.com.my
Syidah Edah.
http://www.youtube.com/watch?v=nJ4iYOCc21I&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=buKUOsPIdaM&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=zQU9M51yVnQ&feature=player_embedded
http://www.youtube.com/watch?v=WtwkEDlQKNA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=l9WUj0lNYK0&feature=player_embedded
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTeknologi pendidikan merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal. Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.
ReplyDeleteLangkah pertama yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan adalah Kementerian Pendidikan perlu mewajibkan mata pelajaran teknologi maklumat di peringkat sekolah menengah mahupun sekolah rendah, dan bukannya menjadikan mata pelajaran ini sebagai pilihan pelajar menengah atas sahaja. Apabila semua pelajar diwajibkan mempelajari subjek teknologi maklumat, secara tidak langsung minat terhadap bidang teknologi dapat dipupuk sejak kecil lagi.
Seterusnya, guru-guru seharusnya mahir menggunakan kemudahan teknologi untuk diselitkan dalam pengajaran mereka. Para guru wajar mengikuti perkembangan teknologi yang kian meluas. Hal ini kerana kemudahan teknologi boleh dijadikan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekaligus sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik serta membuatkan pelajar berasa lebih bersemangat dan seronok untuk mengikutinya. Sebagai contoh, penggunaan video sebagai set induksi.
Lazimnya, status kewangan keluarga merupakan salah satu penghalang kepada pelajar untuk memiliki alat yang boleh membantu pelajaran mereka seperti kamus elektronik yang mampu menyimpan beribu-ribu perkataan. Sekiranya mereka tidak mampu untuk memiliki alat yang diperlukan, sudah semestinya minat terhadap teknologi pendidikan tidak dapat dikembangkan. Jadi, pihak pengeluar haruslah meletak harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh segenap pengguna.
Pihak sekolah juga berperanan dalam meningkatkan minat terhadap bidang teknologi pendidikan. Prasarana yang lengkap seperti makmal komputer yang dapat berfungsi dengan baik dan mempunyai kemudahan internet hendaklah disediakan kepada pelajar. Oleh itu, pelajar tidak hanya mempelajari teori mengenai teknologi di dalam kelas sahaja. Mereka boleh mempraktikkannya di makmal komputer agar lebih mudah difahami.
Langkah yang terakhir adalah dengan mengadakan bengkel berkaitan teknologi pendidikan. Bengkel seperti ini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat betapa bidang ini penting dan bermanfaat untuk diterokai. Sesetengah ibu bapa menghalang minat anak-anak mereka terhadap bidang teknologi. Jika diberi penerangan dengan sebaiknya, tidak mustahil minat anak-anak mereka dalam bidang ini dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.
NAMA : Nur Ain Syakira bt Ahmad Bastamam
NO MATRIK : A 132421
TAHUN PENGAJIAN : 2
FAKULTI : Pendidikan
E-MAIL : ain_kyra91@yahoo.com
FACEBOOK : ain kyra
URL YOUTUBE :
http://www.youtube.com/watch?v=ZIGzpi9lCck&feature=g-logo&context=G23a578b4FOAAAAAAABAA http://www.youtube.com/watch?v=EIAxVc0hkF4&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=vmfBkVQCd-M&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=t2o1oJ1zk_w&feature=related
Teknologi dan pendidikan merupakan nadi pembangunan…
ReplyDeleteAssalamualaikum…
Pada masa kini, bidang pendidikan dan teknologi seolah – olah perlu bergerak seiring bagi mencapai matlamat utama dalam bidang pendidikan terutamanya dalam falsafah pendidikan negara .Jika dilihat bahawa pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada memperkembangkan unsur intelek. Oleh itu semua pihak perlu berusaha memastikan keberkesanan falsafah pendidikan negara melalui penggunaan teknologi terutamanya.
Beberapa langkah perlu dilaksanakan dalam memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan antaranya ialah :
1)Peranan tenaga pengajar.
-Tenaga pengajar memainkan peranan yang penting dalam memastikan minat terhadap penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat ditingkatkan terutamanya dalam kalangan pelajar. Tenaga pengajar perlu peka terhadap perkembangan teknologi semasa bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dan boleh menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka. Hal ini dapat menarik minat pelajar kerana pelajar dapat didedahkan dengan perkara – perkara yang baru. Sebagai contoh pembelajaran menggunakan e - book yang digunakan oleh pelajar – pelajar sekolah rendah, pada masa kini pelajar tidak lagi perlu membawa kesemua buku teks ke sekolah.
2)Penggunaan teknologi yang sesuai dengan bidang pengkhususan.
-Langkah kedua yang boleh dilaksanakan ialah memastikan penggunaan teknologi dalam pendidikan bersesuaian dengan pembelajaran yang akan diajar. Hal ini kerana penggunaan teknologi yang sesuai sangat mempengaruhi maklumat yang akan disampaikan. Penggunaan teknologi dalam pendidikan yang menarik mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar dari pelbagai aspek .
3)Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.
-Penggunaan alat bantu mengajar yang canggih mampu meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari teknologi pendidikan. Guru perlu bijak menyesuaikan alat bantu mengajar yang terkini supaya pelajar tertarik dan mampu menumpukan pelajaran tertentu. Sebagai contoh penggunaan komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik
4)Kerjasama antara kementerian dengan pihak komunikasi.
-langkah ini adalah merupakan langkah yang menggalakkan program kerjasama antara pihak kementerian pendidikan dengan pihak komunikasi melibatkan perisian tertentu dalam pendidikan disesuaikan dengan bidang pembelajaran. Melalui penggunaan perisian pendidikan yang diterapkan dalam komunikasi terutamanya dalam penggunaan telefon, komputer, internet dan sebagainya mampu menarik minat pelajar – pelajar untuk mengakses maklumat – maklumat secara langsung dan cepat melaluinya.
5)Mengaplikasikan pembelajaran menggunakan kuiz dalam laman sosial.
-Mempraktiskan penggunaan laman sosial tertentu dalam memperkembangkan bidang teknologi pendidikan dengan melaksanakan kuiz untuk menarik minat pelajar. Penggunaan yang pelbagai dalam bidang pendidikan terutamanya melalui penggunaan laman sosial yang seperti facebook, twitter ,blog dan sebagainya mampu membuka minda pelajar – pelajar untuk menjawab soalan atau perbincangan sesuatu pembelajaran dengan berkesan.
NAMA SEBENAR : NURULIANA BT MOHD BIDI
NO MATRIK : A132611
TAHUN PENGAJIAN : 2
EMAIL : Nuruliana21@yahoo.com
FACEBOOK : Lyera Lyana MB
http://www.youtube.com/watch?NR=1&feature=fvwp&v=xmf5gLPMtTc
http://www.youtube.com/watch?v=qseKu4vBaME
http://www.youtube.com/watch?v=USjsbdnWB_g
http://www.youtube.com/watch?v=-Iu71mGLgZ0&feature=relmfu
GURU PERLU MENINGKATKAN PEMAHAMAN TENTANG TEKNOLOGI PENDIDIKAN
ReplyDeleteSecara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik. Sekiranya guru itu cekap dan mahir dalam bidang teknologi sekali gus akan meransang minat yang tinggi di kalanagan pelajar melalui penyampaian mata pelajaran yang baik.
MENGKAJI DAN MENYEMAK SUKATAN PELAJARAN KOMPUTER DI SEKOLAH
Subjek pelajaran computer di sekolah pada hari inilebih banyak menumpukan kepada acara untuk menggunakan computer dan teknologi dan seakan-akan kurang memberikan perhatian kepada cara untuk menggunakan teknologi dan inovasi tersebut dengan betul. Kebanyakan guru di sekolah tidak menerangkan tentang kesan buruk teknologi tersebut. Hal ini akan memnyebabkan pelajar akan terpengaruh dengan kesan negative yang dibawa oleh teknologi dan inovasi ini.
MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Langkah yang seterusnya adalah dengan mengadakan bengkel berkaitan teknologi pendidikan. Bengkel seperti ini penting untuk mendedahkan kepada masyarakat betapa pentingnya bidang ini dan bermanfaat untuk diterokai. Sesetengah ibu bapa tidak menyetujui dan menghalang minat anak-anak mereka terhadap bidang teknologi. Jika diberi penerangan dan pendedahan dengan sebaiknya, tidak mustahil minat anak-anak mereka dalam bidang ini dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.
MEDIA MASSA
Pihak media massa perlulah menyiarkan perkara yang memberikan teladan kepada penonton secara berhemah.Mereka tidak perlu terlalu menonjolkan perkara-perkara yang negatif yang selalunya akan menjadi ikutan kepada golongan remaja khususnya dan juga yang lain secara amnya. Melalui saluran media massa, pelbagai aktiviti yang menarik boleh diadakan berkaitan perkembangan teknologi dan inovasi ICT. Mereka boleh mencari pelbagai bakat baru yang ada dalam diri remaja masa kini bukan sahaja dalam bidang hiburan malah dalam bidang kenegaraan. Oleh hal yang demikian, perasaan minat terhadap teknologi dalam kalangan golongan remaja akan meningkat
MEMBERIKAN CERAMAH DALAM PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI
Langkah kelima, memberi ceramah bagi meningkatkan disiplin dan sahiah dalam kalangan pelajar tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi. Ceramah tersebut haruslah menekankan penggunaan teknologi yang ada sengan sebaiknya tanpa menyerong kepada perkara yang negetif.Contohnya, pelajar diberi peringatan tentang bahaya dan kesan teknologi jika menyalahgunakan kemudahan tersebut.
Nama sebenar: MOHD ASRAF BIN SUHAMI
Nombor Matrik : A 134564
Tahun Pengajian : 2
Fakulti : PENDIDIKAN (SUKAN DAN REKREASI)
Email : asrafhantu@yahoo.com
Facebook : AsrafSuhami
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan :
http://www.youtube.com/watch?v=bcIkPJf6O6w
http://www.youtube.com/watch?v=g7_mOdi3O5E
http://www.youtube.com/watch?v=5_XcfwXSNq0
Assalammualaikum..
ReplyDeleteSememangnya tidak dapat dinafikan lagi dunia kini sedang enak disajikan dengan kecanggihan teknologi melalui penciptaan teknologi-teknologi dan kemudahan rangkaian yang bertujuan untuk kemudahan para pengguna amnya. Namun begitu keasyikan bermain dengan dunia siber ini kadang kala melekakan terutama sekali sekirannya pengguna teknologi ini adalah terdiri daripada kalangan pelajar. Justeru itu, pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan kemajuan teknologi dan inovasi ini tidak menjejaskan disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar khasnya dan para pengguna amnya.
Langkah yang pertama adalah bermula dari rumah. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan anak-anak mereka tidak leka bermain dengan gadjet-gadjet seperti PS2, Facebook, iPad dan lain-lain lagi sehingga mereka lupa untuk belajar. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pemantauan terhadap jadual pembelajaran anak-anak mereka yang masih beajar agar mereka tidak leka berteknologi sehingga lupa untuk belajar.
Langkah yang kedua pula adalah peranan para pendidik. Satu fenomena biasa yang dapat kita lihat di dalam kelas adalah ada antara pelajar yang bermain internet, ber'SMS 'dan paling tidak pun ada yang tidur semasa proses pembelajaran sedang berjalan. Hal ini adalah kerana mereka kebosanan yang mana akan menimbulkan rasa untuk ponteng kelas dan sebagainya. Justeru itu, para pendidik perlu lebih 'up to date' dengan suasana pembelajaran dengan menggunakan aplikasi dari teknologi seperti grafik, media, animasi dan lain-lain lagi. Ini akan membangkitkan rasa seronok dalam diri pelajar untuk hadir ke kelas seterusnya dapat meningkatkan disiplin dalam diri mereka.
Langkah ketiga adalah memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat kreatif mereka. Pelbagai pihak seperti sekolah, Institusi Pengajian Tinggi dan badan-badan korporat harus bekerjasama dalam melaksanakan satu pertandingan reka cipta sebagai medium kepada pelajar untuk menjadi salah seorang daripada pencipta teknologi. Sebagai contoh Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Bot Lumba anjuran RA3 Eduscience Corporation Sdn. Bhd. (RA3) yang melibatkan penyertaan 2,000 pelajar dari 313 buah sekolah rendah dan menengah seluruh Semenanjung Malaysia merupakan salah satu platform yang terbaik untuk menanam serta menggalakkan minat terhadap inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar sekolah. Melalui acara seperti ini pelajar menjadi daya saing selain mampu untuk berfikir luar dari kotak.
Langkah keempat pula adalah meluaskan rangkaian internet. Hal ini adalah kerana selaras dengan prinsip internet itu sendiri iaitu maklumat dihujung jari membolehkan pelajar mendapatkan maklumat dengan cara yang mudah contohnya mencari jurnal di JSTOR, Sciencedirect dan sebagainya. Semua sedia maklum tidak semua pelajar yang boleh belajar di perpustakaan. Oleh itu dengan adanya rangkaian internet yang meluas maka pelajar boleh mengakses maklumat di mana-mana sahaja. Ini akan menjadikan pelajar bukan sahaja berhibur tetapi juga boleh menuntut ilmu dalam satu-satu masa.
Langkah yang terakhir adalah peranan pihak kerajaan itu sendiri. Kerajaan seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dalam membenarkan laman sesawang yang masuk ke dalam negara. Sememangnya ia kelihatan mustahil tetapi sesuatu itu tidak akan berjaya tanpa adanya langkah permulaan. Ini akan mengelakkan pelajar dari melayari laman yang tidak elok yang merosakkan akhlak mereka. Selain itu, pihak media massa juga perlu memainkan peranan dalam menyiarkan artikel-artikel tentang bahana penggunaan teknologi keterlaluan agar pelajar sentiasa beringat akan tanggungjawab mereka iaitu untuk belajar.
Mohd Fisol Bin Abdul Khader.
A134726
Tahun 2 Sukan dan Rekreasi Fakulti Pendidikan
Email: md_con@yahoo.com
Facebook: Fis Con
http://www.youtube.com/watch?v=r43yCiKlbCo
http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=nowmXWYDD8Q
http://www.youtube.com/watch?v=wMAGoEobSx0&feature=related
Assalamualaikum .. Langkah pertama Yang boleh dilakukan Adalah dengan memberikan penerangan terutama Awal Kanak-Kanak kepada mereka sebelum diperkenalkan kepada teknologi-teknologi tersebut. Di sini dapat dilihat bahawa peranan ibu bapa amatlah penting dalam memberikan penerangan awal kepada anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa dilihat mengabaikan tanggungjawab mereka ini menyebabkan sebahagian daripada golongan ini hanyut dengan godaan-godaan teknologi yang ada pada hari ini. Sebagai contoh pada hari ini banyaknya berlaku kes-kes serangan seksual, keganasan dan gejala negatif lain kerana mudahnya mereka terpengaruh dengan perkara-perkara sebegini yang mudah didapati jika mereka melayari internet mahupun yang dipaparkan di kaca televisyen. Penerangan Awal kepada mereka mengenai penggunaan teknologi Yang betul dapat mengurangkan mereka Dari terus terpengaruh dengan-bahan bahan negatif Yang turut dibawa dalam teknologi teknologi masa-Kini. Langkah kedua Adalah dengan berusaha untuk memastikan bahawa penggunaan teknologi seperti Internet. Ini Salah Satu contoh apabila penggunaan teknologi Yang cekap atau tidak boleh betul menimbulkan masalah kepada masyarakat.Langkah keempat Adalah dengan memperkenalkan teknologi Yang bersesuaian dengan anak kehendak umur Dan-Dan anak murid-murid mereka. Kebanyakan generasi muda hari ini diperkenalkan kepada teknologi yang mungkin belum bersesuaian dengan tahap perkembangan mental mereka. Sebagai contoh, dapat dilihat pada hari ini mungkin tidak lagi menjadi perkara yang menghairankan jika kanak-kanak berusia 5 atau 6 tahun sudah menggunakan telefon bimbit, internet tanpa pengawasan golongan dewasa dan menjadi kera sumbang dengan bermain permainan video sepanjang hari. Sekiranya fenomena INI berterusan, IA mungkin Akan Akan Datang menjadikan generasi menjadi pasif Dan kurang produktif. Langkah terakhir Adalah dengan mengkaji Dan menyemak semula sukatan pelajaran Komputer di sekolah. Subjek pelajaran komputer di sekolah pada hari ini lebih banyak menumpukan kepada cara untuk menggunakan komputer dan teknologi dan seakan-akan kurang memberikan perhatian kepada cara untuk menggunakan teknologi dan inovasi tersebut dengan betul. Sebagai contoh, berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa belajar di sekolah, guru lebih memberi perhatian kepada cara untuk menggunakan teknologi tersebut tanpa menerangkan tentang kesan buruk yang dibawa bersama dengan teknologi tersebut. Sekiranya subjek INI diajar tanpa terlalu menumpukan kepada Cara untuk menggunakannya Sahaja saya Yakin masyarakat Kita tidak Akan terpengaruh dengan kesan negatif Yang dibawa bersama Oleh teknologi Dan inovasi ini.
ReplyDeleteNAMA :MOHAMMAD IZZAT BIN CHE OMAR
NO MATRIK: A134027
TAHUN: TAHUN 2
FAKULTI: PENDIDIKAN
EMAIL: ijat_mico@yahoo.com
Facebook: ijat mico
http://www.youtube.com/watch?v=qMaHNsijsLk
http://www.youtube.com/watch?v=8q2pgreugWg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=7nw3TDkZ6C0
Nur Alwani Bt Abd Latif
ReplyDeleteA 134787
2
Pendidikan (sukan dan Rekreasi)
peterpanda_turtle@yahoo.com
https://www.facebook.com/shiteruguzel
http://www.youtube.com/watch?v=NIuVTeKC7iY
5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan.
Pengembangan masa dan tempat.
Di sebuah sekolah, seorang pelajar mampu memberi tumpuan kepada seorang guru hanya 40 minit setiap hari. Ini bermakna pelajar memberi tumpuan kepada seorang guru 5% sehari walaupun masa itu dikongsi bersama 25 rakan sekelas yang sebaya dengannya. Ini bermakna pelajar mempunyai masa melayari internet 100% pada masa yang sama. ini bermakana 20 kali lebih baik. Teknologi adalah tiada pengganti dari seorang guru yang mempunyai inspirasi dalam sesi pengajaran. Walau bagaimanapun, bahan-bahan dalam pencarian web adalah jauh lebih tersedia. Dua puluh kali ganda. Menggunakan pendekatan "buku teks termasuk bilik darjah", tempat-tempat di mana pembelajaran boleh berlaku adalah terhad. Melalui video tersebut, pelajar mampu mempunyai imiginasi yang tinggi dalam melakukan kerja dengan menggunakan sumber teknologi dari peringkat pendidikan sebelum melakar seni kreatif selepas alam pendidikan.
Pembelajaran vs pengajaran.
Sebaliknya pengajaran (tolak), pelajar diberikan tugasan yang memerlukan mereka untuk mencari (tarik) bahan yang diperlukan. keutamaannya adalah keupayaan untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, tanpa berada dalam kehadiran fizikal seorang guru. Pendekatan berasaskan projek membuat pembelajaran jauh lebih menarik untuk pelajar. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru.. Kolabrasi.
Pendekatan kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan kini boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latihan kemahiran kerja, bengkel terlindung, pelbagai kaedah terapi dan aktiviti luar bilik darjah. Ini adalah yang terbaik boleh dilakukan dengan menggunakan alat komputer moden seperti laman web, e-mel, pesanan ringkas dan telefon bimbit. bukan hyanya melakukan kerja yang diberikan oleh guru sahaja malah, pelajar boleh bekerja dalam kumpulan kecil di mana-mana jua berlaku kepada dan pada bila-bila masa..
Perkembangan global.
Pandangan dunia pelajar boleh berkembang kerana kos sifar berkomunikasi dengan orang lain di seluruh dunia. Internet membenarkan sidang video percuma yang membenarkan interaksi dalam masa nyata dengan negara-negara lain. Pengajaran berasaskan web dapat melengkapkan seseorang individu menjadi ahli komuniti atau anggota masyarakat bermaklumat (information society) dan masyarakat berilmu (knowledge society).
Kos yang lebih rendah.
Melalui penggunaan terbuka , alat pendidikan percuma di web, pergantungan kepada buku teks kertas mahal boleh dikurangkan. Terdapat sebuah gerakan yang semakin meningkat untuk membuat dan menyiarkan jenis bahan ini melalui organisasi seperti OER Commons. OER berdiri untuk Sumber Terbuka Pendidikan dan idea itu adalah untuk mengikuti model sumber terbuka yang popular oleh projek-projek perisian seperti Linux.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian.Antaranya ialah:
ReplyDeleteDari segi peranan seorang pemimpin contohnya menteri Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah bijak dalam melaksanakan strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kementerian Pelajaran telah membekalkan peralatan pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar.
Peranan teknologi multimedia menerusi laman web dan penciptaan blog sendiri adalah yang paling hangat serta mendapat perhatian ramai. Kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga semakin maju dan berubah setelah adanya medium teknologi multimedia ini di sekolah. Di setiap sekolah mempunyai makmal komputer sendiri yang membolehkan pelajar menggunakan bahan yang disediakan seperti komputer, LCD dan sebagainya dalam prose pembelajaran dan memudahkan pelajar mengakses internet. Sehubungan dengan itu, penggunaan media juga dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya ialah peranan tenaga pengajar.Salah satu faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan pengaplikasian ICT dalam pengajaran ialah persepsi guru. Setengah-setengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam pengajaran, termasuk ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga.
Pengenalan kepada inovasi dalam pendidikan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran memerlukan perkembangan baik dari segi ilmu dan pengalaman guru. Inovasi hanya dianggap berjaya apabila guru-guru telah dapat menerima dan mengaplikasikannya. Sebagai contoh, mereka boleh dan berkeupayaan melaksanakannya dalam bilik darjah.Dengan ini,apabila seseorang guru itu berkeyakinan untuk menyampaikan pelajaran dengan menggunakan teknologi ICT,para pelajar menjadi berminat untuk menumpukan perhatian terhadap apa yang hendak disampaikan memandangkan penggunaan ICT sebenarnya dapat divariasikan bagi menjadikan sesuatu pembelajaran itu menarik dan maklumat dapat disampaikan terus dengan penggunaan masa yang singkat.
Dalam menjadikan bidang Inovasi dan Teknologi Dalam Pendidikan ini diaplikasikan sebagai rutin harian adalah dengan mengadakan kem atau bengkel yang merangkumi teori dan kemahiran yang lengkap, senang difahami, menarik dan mudah diaplikasikan. Melalui penglibatan para pelajar dan orang ramai, mereka dapat mengetahui cara-cara yang terbaik dalam menggunakan teknologi ke arah membantu dalam memberi pendidikan yang lebih berkesan dan bermanfaat. Perhubungan seharian menjadi lebih mudah dengan wujudnya laman sosial seperti Twitter, Facebook, Skype dan sebagainya. Dalam konteks pendidikan, semua ini memudahkan lagi para pelajar melakukan perkongsian maklumat dengan pantas serta dapat menjimatkan masa dan juga tenaga.
Penggunaan e-book amatlah sesuai bagi menggantikan buku-buku rujukan yang tebal pada masa kini. e-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. Teknologi ini juga lebih efisien berbanding buku kerana ia mudah untuk dibawa bersama tanpa beban yang berat. Para pelajar dapat membuat rujukan dengan segera tanpa perlu menyelak helaian buku yang tebal dan membebankan.
Nama : Nur Salwani Binti Mislan
Nombor Matrik : A132969
Tahun Pengajian : Tahun 2
Fakulti : FST
Email : wanimislan@yahoo.com
Facebook : http://facebook.com/wani.mis
URL :
http://www.youtube.com/watch?v=4_U4p0B1GAM
http://www.youtube.com/watch?v=c0xa98cy-Rw&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=Zv_8xF0EgnM&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=wMAGoEobSx0
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalammualaikum..
ReplyDeleteKomputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu pelajar dalam pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.
1) Memberikan Maklumat tentang Perlunya Penggunaan ICT
Bagi mereka yang tidak memiliki ICT terdapat perbezaan dari segi halangan kerana harga yang mahal mengikut bangsa dan pendapatan.Oleh itu bagi menggalakkan penggunaan komputer pelajar perlulah diberikan maklumat yang jelas tentang ICT kerana tanggapan mereka tentang penghalang kepada pemilikan ICT adalah kurang tepat. Pelajar perlu didedahkan kepada kepentingan ICT dalam kehidupan mereka terutamanya dalam menghadapi alaf baru ini.
2) Mendedahkan Pelajar Menyiarkan Bahan Ilmiah dalam Internet
Guru boleh mendedahkan kepada pelajar untuk menyiarkan bahan-bahan ilmiah dalam internet. Ini kerana proses penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan murah berbanding dengan saluran tradisional. Hasil kerja pelajar boleh dihantar ke internet supaya seluruh dunia dapat membacanya atau membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang dibangunkan.
3) Menyediakan Situasi yang Mencabar kepada Pelajar.
Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran kepada pelajarnya. Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada pelajar yang memerlukan aktiviti pengayaan dan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran ICT. Guru juga perlulah mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Ini membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama untuk diperolehi.
4) Pendedahan kepada Pelajar tentang Pentingnya Penggunaan ICT
Guru perlu mendedahkan kepada pelajar bahawa, proses pencarian maklumat sesuatu yang mnyeronokkan dan menghiburkan. Interaktiviti dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan citarasa pelajar. Penggunaan elemen-elemen multimedia ini juga didapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak berasa bosan dan dapat memberikan perhatian sepenuhnya . Keistimewaan sistem ini dapat menerima tindak balas berbentuk teks yang ditaip ataupun suara yang dimasukkan melalui mikrofon oleh para pelajar. Kaedah ini dapat menyediakan suasana saling tindak antara pelajar dan komputer.
5) Kepentingan Elibrari dalam Pendidikan
E-library merupakan perpustakaan online yang berisikan 800 juta maklumat yang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat berguna khususnya dpembelajaran. Kewujudan perpustakaan secara maya ini boleh diakses seluruh dunia. Ia membolehkan para guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan dan maklumat untuk projek atau penyelidikan bagi meningkatkan inovasi dan kreativiti guru dan pelajar dalam sesuatu bidang yang diceburi. Jurnal-jurnal dan teks-teks elektronik banyak membantu pembelajaran kearah meneroka maklumat mengikut kehendak individu secara kreatif. Ini juga dapat membantu pelajar menarik minat dalam penggunaan ICT.
Nama sebenar: NAFIAH BT TAHIR
Nombor Matrik: A131173
Tahun Pengajian: 2
Fakulti: PENDIDIKAN(SUKAN DAN REKREASI)
Email: annegurlz_90@yahoo.com
Facebook: Fiah Nafiah
Url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://www.youtube.com/watch?v=-b2xUb0VofQ
http://www.youtube.com/watch?v=jRU_duanHmc&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=qA4MKY4Rvc8&feature=related
ICT (Information Communication Technology) merupakan sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. Di samping itu, ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
ReplyDeleteLangkah pertama yang diperlukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat dipertingkatkan oleh pelajar adalah kerajaan menyediakan kemudahan yang mecukupi bagi setiap pelajar. Dengan ini setiap pelajar telah diberi peluang untuk menggunakan kemudahan tersebut di sekolah keutamaan bagi pelajar yang miskin. Masalah pada masa kini adalah jnmlah pelajar di sekolah adalah berapa kali ganda berbanding dengan kemudahan teknologi yang sedia ada seperti komputer di makmal komputer.
Langkah kedua, pihak sekolah seharusnya menubuhkan persatuan atau kelab komputer dengan menarik minat para pelajar terlibat dalam teknologi ini. Dengan penubuhan persatuan atau kelab ini, para pelajar akan ditarik minat untuk mempelajari teknologi ini dan juga boleh menggunakan cara seperti mengadakan pertandingan membuat kulit buku yang kreatif dengan menggunakan teknologi tertentu. Seterusnya, pertandigan ini menyediakan hadiah yang cukup menarik untuk menarik minat pelajar menglibatkan diri dalam pertandingan .
Langkah ketiga, menggunakan lawati forum online atau laman sosial yang dapat membantu pelajar bertukar-tukar fikiran untuk kebaikan bersama. Dengan ini, guru boleh membuat satu perbincangan tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan mata pelajaran dalam satu laman web seperti buat satu group dalam 'FACEBOOK' untuk membuat perbincangan. Pelajar boleh menanya soalan melalui group tersebut dan guru akan menjawab soalan yang dikeluarkan oleh pelajar. Jadi, minat untuk pelajar tentang teknologi pendidikan ini akan dipertingkatkan disebabkan dapat mendapat jawapan pada bila-bila masa.
Langkah keempat, guru perlu menglibatkan diri dalam menggunakan teknologi yang terkini sebagai alat bantu mengajar untuk menarik minat pelajar tentang teknologi pendidikan. Guru boleh memberikan penerangan dalam bentuk yang visual, gambar, lakaran, graf, carta, imej, 3D dan sebagainya agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran dan mencuba mencari maklumat melalui internet.
Langkat kelima adalah guru perlu membantu pelajar menetapkan satu idea atau pemikiran dengan mempunyai minda yang sentiasa ingin tahu, menerima cabaran atau ingin memperlajari tentang sesuatu yang baru dengan menggunakan kemudahan teknologi yang canggih pada masa kini. Dengan ini, cabaran-cabaran yang diterima oleh pelajar tersebut akan menyebabkan pelajar untuk mencuba menyelesaikan masalah seperti mencari maklumat dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sebelum mereka meminta bantuan daripada guru.
Sekian terima kasih.
NAMA : NG SING TEE
NO. MATRIK : A134751
TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2
FAKULTI : PENDIDIKAN
EMAIL : singtee89@yahoo.com
FACEBOOK : Sing Tee
URL YOUTUBE KREATIF DAN INOVATIF DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN
1. http://www.youtube.com/watch?v=imbFjtX0Gc0&feature=fvwrel
2. http://www.youtube.com/watch?v=vxPn4Eo0PRk
3. http://www.youtube.com/watch?v=17DPJHNVx2Q
4. http://www.youtube.com/watch?v=sQJJsfZGH6c
5. http://www.youtube.com/watch?v=g7_mOdi3O5E
Teknologi pendidikan adalah satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah untuk membantu guru mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
ReplyDeleteLangkah pertama yang perlu untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan adalah pengajar haruslah memainkan peranan yang penting sepanjang masa. Pengajar hendaklah melakukan pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran yang canggih iaitu penggunaan teknologi agar tidak berasa bosan dan menarik minat untuk belajar menggunakan teknologi. Contoh penggunaan teknologi yang boleh dilakukan adalah seperti penggunaan Powerpoint dan tayangan video yang berkaitan dengan pengajaran.
Langkah seterusnya yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan adalah mewujudkan pembelajaran interaktif dalam talian iaitu E-learning. E-learnig merupakan pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, video, transmisi satelit atau komputer. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan membolehkan pelajar menguruskan masanya dengan lebih efektif. Dengan itu, pelajar dapat melakukan pembelajaran pada masa lapang dan melakukan pembelajaran berdasarkan keupayaan sendiri tanpa terasa tertekan. Secara langsungnya, minat pelajar terhadap Teknologi pendidikan dapat ditingkatkan.
Pendedahan tentang penggunaan teknologi yang perlu ada dan sesuai digunakan semasa melakukan proses pengajaran juga dapat meningkatkan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan. Hal ini membolehkan bakal-bakal pendidik mempunyai sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang keperluan penggunaan teknologi yang boleh disampaikan semasa proses P&P. Contohnya penggunaan komputer dan internet untuk melakukan perbincangan dan menyelesaikan tugasan agar mereka dapat melakukan pembelajaran dengan menyeronok. Secara langsung telah meningkatnya minat terhadap bidang Teknologi pendidikan.
Selain itu, tugasan-tugasan yang diberi haruslah diselesaikan dengan penggunaan teknologi juga akan meningkatkan minat Teknologi pendidikan. Ini adalah disebabkan seseorang tersebut akan belajar untuk menggunakan teknologi untuk menyiapkan tugasan. Di samping menyiapkan tugasan, ia juga akan menarik minat kita untuk mempelajari atau mengetahui lebih banyak dan mendalam terhadap teknologi. Makalah minat terhadap Teknologi pendidikan dapat ditingkatkan.
Akhir sekali, pihak kerajaan juga hendaklah memainkan peranan untuk meningkatkan minat terhadap Teknologi pendidikan dengan menyediakan ICT-ICT yang mencukupi agar setiap pelajar berpeluang untuk mengakses maklumat dan pengetahuanya. Dengan itu, pelajar-pelajar dapat sentiasa didedahkan dengan penggunaan teknologi agar pengetahuan mereka dapat berkembang sepanjang masa. Makalah mereka akan suka dengan pengunaan teknologi yang membawakan pelbagai ilmu pengetahuan .
Nama : SU SIENG LEE
No Matrik : A 133976
Tahun : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : sienglee1120@hotmail.com
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://www.youtube.com/watch?v=deGoli4p4k4&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=X5ySocUyI7I&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=pEt1XqHsrfU
http://www.youtube.com/watch?v=0h_ycDJbiUQ&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=Ybbm8ZJpJb0&feature=related
Assalamualaikum .. bagi saya, langkah pertama yang boleh di lakukan ialah dengan memastikan penggunaan teknologi seperti internet, telefon dan sebagainya berada di bawah pengawasan ibu bapa dan guru-guru( sekiranya berada di sekolah). Para ibu bapa dan guru hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tahu akan kesan dan bahayanya penyalahgunaan teknologi kepada diri, masyarakat dan keluarga. Penerangan Awal kepada mereka mengenai penggunaan teknologi Yang betul dapat mengurangkan mereka dari terus terpengaruh dengan-bahan bahan negatif Yang turut dibawa dalam teknologi teknologi masa-Kini
ReplyDeleteLangkah kedua ialah peranan para pendidik. Satu fenomena biasa yang dapat kita lihat di dalam kelas adalah ada antara pelajar yang bermain internet, ber'SMS 'dan paling tidak pun ada yang tidur semasa proses pembelajaran sedang berjalan. Hal ini adalah kerana mereka kebosanan yang mana akan menimbulkan rasa untuk ponteng kelas dan sebagainya. Justeru itu, para pendidik perlu lebih 'up to date' dengan suasana pembelajaran dengan menggunakan aplikasi dari teknologi seperti grafik, media, animasi dan lain-lain lagi. Ini akan membangkitkan rasa seronok dalam diri pelajar untuk hadir ke kelas seterusnya dapat meningkatkan disiplin dalam diri mereka.
Langkah ketiga Adalah dengan memperkenalkan teknologi Yang bersesuaian dengan kehendak umur anak murid mereka. Kebanyakan generasi muda hari ini diperkenalkan kepada teknologi yang mungkin belum bersesuaian dengan tahap perkembangan mental mereka. Sebagai contoh, dapat dilihat pada hari ini mungkin tidak lagi menjadi perkara yang menghairankan jika kanak-kanak berusia 5 atau 6 tahun sudah menggunakan telefon bimbit, internet tanpa pengawasan golongan dewasa dan menjadi kera sumbang dengan bermain permainan video sepanjang hari. Sekiranya fenomena ini berterusan, ia mungkin akan datang menjadikan generasi menjadi pasif dan kurang produktif
Langkah yang terakhir adalah peranan pihak kerajaan itu sendiri. Kerajaan seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dalam membenarkan laman sesawang yang masuk ke dalam negara. Sememangnya ia kelihatan mustahil tetapi sesuatu itu tidak akan berjaya tanpa adanya langkah permulaan. Ini akan mengelakkan pelajar dari melayari laman yang tidak elok yang merosakkan akhlak mereka. Selain itu, pihak media massa juga perlu memainkan peranan dalam menyiarkan artikel-artikel tentang bahana penggunaan teknologi keterlaluan agar pelajar sentiasa beringat akan tanggungjawab mereka iaitu untuk belajar
Langkah yang terakhir dan yang paling utama adalah kesedaran dalam diri masing-masing terhadap perkara yang berlaku. Kita perlulah menilai sesuatu perkara secara mendalam sebelum dijadikan tabiat dalam kehidupan seharian. Kita juga perlulah menyambut seruan aktiviti-aktiviti yang positif dan mengajak mereka yang berhampiran bersama-sama dalam aktiviti kemasyarakatan. Hanya dengan itulah, teknologi dan inovasi ICT dapat mengekalkan disiplin dan sahsiah pelajar.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=7R-0Jqb-EnM
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=D7yIi8r66HM
MOHD FAZRI BIN OTHMAN
NO. MATRIK : A131199
TAHUN: 2
FAKULTI: PENDIDIKAN
GGGE2153 TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
Teknologi dan inovasi merupakan satu perkembangan yang amat pesat di dunia pada hari ini. Teknologi mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan seharian kita serta bidang pendidikan mengalami pembaharuan dalam sistem pendidikan. Oleh itu, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan minat terhadap bidang Teknologi Pendidikan dapat ditingkatkan.
ReplyDeleteAntara salah satu langkah untuk memastikan minat terhadap bidang teknologi pendidikan adalah memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep dengan bantuan penggunaan multimedia. Dengan adanya gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Sesetengah mata pelajaran seperti Matematik, merupakan suatu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar. Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat menarik minat pelajar kepada subjek berkenaan Multimedia memudahkan pemahaman-pemahaman idea-idea Matematik yang abstrak. Contohnya, dengan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP), perubahan satu titik pada objek akan mengubah bentuk objek tersebut, perubahan nilai data akan mengubah nilai data berkaitan secara spontan dalam MS-Excel.
Seterusnya, mail elektonik ( e-mel ) merupakan antara perkhimatan yang digunakan dengan meluas. Melalui penggunaan e-mel, guru dengan pelajar boleh menyertai kumpulan perbincangan untuk soal jawab, bincang soalan, berkongsi pengalaman serta pengetahuan. Selain itu, emel membolehkan murid dan guru dari lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk.
Selain itu, guru perlu memainkan peranan yang penting dengan mengaplikasi alat bantu mengajar iaitu video dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Video dapat menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat kepada pelajar. Melalui penggunaan video digital, pelajar lebih mudah mengubahsuai, memanipulasi dan menghubungjalinkan ilmu yang diperolehi menjadi lebih dinamik, hidup dan menyeronokkan.
Kemudian, audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Video membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. Menerusi audio, terdapat beberapa faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menarik perhatian pelajar, mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar dan menjadi panduan yang lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar.
Akhirnya, guru perlu berusaha menciptakan proses pembelajaran yang menyeronokan, menjadikan pelajar merasa nyaman, selesa dan asyik untuk mengikutinya. Namun pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi bergantung kepada keupayaan dan kebolehan guru untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Proses pembelajaran interaktif yang dijalankan hendaknya dapat mendorong semangat pelajar untuk belajar dan munculnya inspirasi pada pelajar untuk memunculkan idea baru, mengembangkan inisiatif dan kreativiti.
Nama : CHEOH JIA MING
No Matrik: A 134785
Tahun : 2
Fakulti : Pendidikan
Email : jiaming0110@hotmail.com
url youtube kreatif dan inovatif dalam Teknologi Pendidikan
http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk
http://www.youtube.com/watch?v=pEt1XqHsrfU
http://www.youtube.com/watch?v=ndgFiUXHSPs
http://www.youtube.com/watch?v=b-KS7Jvked4&feature=related