Thursday, March 29, 2012

GE6573 PROMOSI DAN PASARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEM 2 2011-2012 : PROMOSI

Berbagai-bagai-bagai kaedah dapat dilakukan bagi menggalakkan pengunaan sesuatu produk dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya menyediakan bahan dalam bentuk trial secara atas talian tentang perisian kursus yang dibangunkan bagi memudahkan pengguna. Apabila produk tersebut sesuai dan berkaitan barulah urusan tempahan dan jual beli dilakukan.

Berdasarkan kenyataan di atas, cadangkan 7 strategi yang perlu dilakukan untuk mempromosi bidang Teknologi Maklumat di kalangan pengguna. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan (7-9 baris). Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-

  1. Nama sebenar.
  2. Nombor Matrik
  3. Tahun Pengajian
  4. Fakulti
  5. Email
  6. Facebook
  7. url youtube Promosi dan Pasaran Teknologi Maklumat (5 address youtube)

Postkan perbincangan anda sebelum 31 Mac 2012.

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. 1.Terdapat pelbagai jenis strategi untuk mempromosikan bidang teknologi maklumat kepada pengguna. Mempromosikan kewujudan sesuatu produk dan servis amat mudah dengan menggunakan internet. Internet merupakan alat komunikasi yang paling inovatif untuk semua jenis perniagaan. salah satu cara untuk berkomunikasi di internet adalah melalui emel. Syarikat atau pemilik niaga menggunakan alat pemasaran ini untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis kepada beberapa ramai pengguna internet yang termampu atau secara pukal. Pemasaran emel pukal dari perspektif pemilik niaga merangkap penghantar emel promosi. Sebagai contoh syarikat HP mempromosikan produk terbaru mereka dengan menghantar maklumat ke emel pelanggan - pelanggan tetap produk syarikat mereka .

    Nama Sebenar : Nurul Huda Binti Che Khalid
    No.matrik :P63834
    Tahun pengajian : 2011/2012
    Fakulti : Pendidikan
    email : da_itstu@yahoo.com
    facebook : nurul huda ck
    URL ;
    http://www.youtube.com/user/Hayat5674
    http://www.youtube.com/user/smartbizz
    http://www.youtube.com/user/panduanbisnes
    http://www.youtube.com/user/talianduit
    http://www.youtube.com/user/buatduitinternet

    ReplyDelete
  5. 2.Strategi promosi boleh dilaksanakan dengan memberi peluang kepada pengguna sasaran untuk mencuba sendiri sesuatu produk dan servis. Demonstrasi cara menggunakan sesuatu barang kepada pengguna seperti yang sering dilihat dipasaraya demonstrasi menggunakan pengisar buah kepada pengguna. Pengguna boleh mencuba sendiri pengisar buah sebelum membuat keputusan membeli. Sebagai contoh, beberapa buah sekolah di daerah Raub, Pahang dibekalkan dengan produk perisian kursus terkini yang dibangunkan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Jika produk ini terbukti berkesan, perisian ini akan dipasarkan ke setiap sekolah.
    3.Bentuk promosi yang sering digunakan oleh pemilik niaga adalah iklan. Cara ini Iebih efektif untuk mempromosikan sesuatu produk kepada pengguna. Sesuatu produk boleh diiklankan melalui media massa seperti dicetak di dalam majalah, surat khabar, brosur dan leaflet. Selain itu, pemilik niaga juga sering memilih untuk menyiarkan iklan barangan keluaran mereka di media elektronik seperti disiarkan di televisyen, radio dan dimuat naik di internet. Mengiklankan sepanduk di tempat tumpuan ramai dan mempromosikan produk di papan tanda juga menjadi pilihan pemilik niaga memperkenalkan barangan mereka kepada pengguna.
    4.Selain itu, pemilik niaga atau sesebuah syarikat boleh menggunakan bentuk promosi dari mulut ke mulut (word of mouth) sebagai strategi pemasaran yang lebih berkesan. Pemilik niaga boleh menjemput pengguna-pengguna yang telah menggunakan produk berkenaan untuk menceritakan pengalaman menggunakan produk serta kebaikan produk berkenaan. Sebagai contoh, pelajar-palajar yang telah diberi pendedahan menggunakan sebuah perisian kursus yang terkini dilantik menjadi tutor kepada pengguna baru perisisan kursus tersebut. Secara tidak langsung mempromosikan produk perisian kursus berkenaan.
    5.Kaedah promosi loyaliti bemaksud pemilik niaga member diskaun secara langsung kepada pengguna. Kaedah ini memberi tarikan yang bermanfaat jangka panjang kepada pengguna. Sebagai contoh pengguna diberikan kupon setelah membeli sesebuah produk. Pengguna yang mendapat kupon tersebut berhak untuk menjadi ahli kelab yang diberi beberapa kemudahan tertentu. Kaedah ini boleh digunakan untuk mempromosikan perisian kursus pembelajaran dengan memberikan kad jaminan ganti rugi atau tukar barang jika berlaku kerosakan pada tempoh waktu yang dihadkan.
    6.Diskriminasi pengguna bermaksud memilih pengguna tertentu sahaja untuk diberi keistimewaan. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut kelas pengguna. Sebagai contoh, pelanggan yang membuat tempahan awal diberi harga yang istimewa atau pelanggan yang membeli secara terus di kedai-kedai atau cawangan yang berhampiran akan mendapat tawaran harga yang khusus daripada pemilik niaga. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan untuk mempromosikan perisian kursus pembelajaran kepada pengguna. Pengguna yang membuat tempahan awal akan diberi diskaun yang menarik.

    Nama Sebenar : Nurul Huda Binti Che Khalid
    No.matrik :P63834
    Tahun pengajian : 2011/2012
    Fakulti : Pendidikan
    email : da_itstu@yahoo.com
    facebook : nurul huda ck
    URL ;
    http://www.youtube.com/user/Hayat5674
    http://www.youtube.com/user/smartbizz
    http://www.youtube.com/user/panduanbisnes
    http://www.youtube.com/user/talianduit
    http://www.youtube.com/user/buatduitinternet

    ReplyDelete
  6. 7.Memberi manfaat tambahan kepada pengguna merupakan satu strategi untuk mempromosikan sesuatu produk dan servis kepada pengguna. Contohnya, pembelian yang bejumlah RM10 ke atas akan mendapat sepuluh point. Jika dikumpulkan sebanyak yang mungkin point ini boleh ditebus dengan barangan yang sesuai dengan point yang dikumpulkan. Kaedah yang sama boleh dilaksanankan untuk mmepromosikan perisian kursus pembelajaran kepada pengguna. Pengguna yang membeli perisian ini akan mendapar manual pengguna secara percuma bagi kemudahan pengguna membuat rujukan ketika menggunakan perisian kursus berkenaan.

    Nama Sebenar : Nurul Huda Binti Che Khalid
    No.matrik :P63834
    Tahun pengajian : 2011/2012
    Fakulti : Pendidikan
    email : da_itstu@yahoo.com
    facebook : nurul huda ck
    URL ;
    http://www.youtube.com/user/Hayat5674
    http://www.youtube.com/user/smartbizz
    http://www.youtube.com/user/panduanbisnes
    http://www.youtube.com/user/talianduit
    http://www.youtube.com/user/buatduitinternet

    ReplyDelete
  7. Antara strategi yang boleh dilakukan untuk mempromosi bidang teknologi maklumat dalam kalangan pengguna sekolah ialah:

    1. Pentadbiran dalaman sekolah memainkan peranan yang sangat penting untuk mempromosikan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar. Oleh itu, satu pelan tindakan jangka panjang perlulah dibentuk untuk memastikan sumber teknologi maklumat dan teknologi dapat diperkembangkan dengan meluas dalam sesebuah organisasi termasuklah dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.
    2. Pihak sekolah perlu memfokuskan penggunaan teknologi maklumat dalam pentadbiran kurikulum. Hal ini melibatkan pembelian dan penggunaan hardware dan software komputer yang dapat menyokong pendidikan yang bersesuian dengan objektif teknologi maklumat sekolah. Pembelian perlulah dilakukan dengan bijak supaya perisian yang akan dibeli dapat membantu dalam proses PnP dan tidak melanggar undang-undang dengan membeli perisian cetak rompak.
    3. Peningkatkan kemahiran teknologi maklumat dalam kalangan pentadbir, guru dan juga pelajar sekolah terhadap penggunaan sumber pendidikan dan pengajaran perlu diutamakan. Hal ini dapat mempromosikan penggunaan teknologi maklumat secara holistic yang dapat melibatkan semua pihak dengan penyatuan sumber dan teknologi maklumat dalam kurikulm yang dapat mencapai objektif jangka panjang sekolah. Latihan penggunaan teknologi maklumat perlu ditekankan kepada pengguna supaya mereka dapat menggunakan teknologi yang ada dengan sebaiknya.
    4. Menetapkan polisi dan standard dalam pemilihan teknologi maklumat antaranya hardware, software, aplikasi komputer, dan storan data. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir untuk menentukan polisi bagi memantau penggunaan teknologi maklumat ini supaya ianya digunakan semaksima mungkin tidak kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam pengurusan pentadbiran sekolah.
    5. Memanfaatkan penggunaan TV pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan teknologi TV pendidikan ini digunakan secara meluas dalam kalangan guru sekolah. Usaha perlu dilakukan untuk memastikan sekolah menerima jadual siaran TV pendidikan dan mewajibkan penggunaan teknologi TV pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    6. Menggunakan perisian kursus pendidikan untuk pelajar (courseware). Perisian kursus pendidikan ini telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan kepada sekolah-sekolah. Setiap sekolah wajib menggunakan perisian ini dengan sebaiknya. Pihak pentadbir dan guru perlu memainkan peranan penting supaya maklumat yang ingin disampaikan melalui perisian teknologi ini dapat diterima dengan baik oleh pelajar. Hal ini dapat meningkatkan semangat pelajar untuk belajar dengan cara yang berbeza dan kreatif.
    7. Pembangunan makmal komputer yang lengkap dapat menarik minat pelajar dan guru menggunakan makmal dengan kerap. Penggunaan yang kerap sekaligus dapat menarik minat pelajar terhadap teknologi maklumat. Pelajar dapat mencari maklumat tambahan melalui internet untuk memudahkan pemahaman selain daripada nota pemberian guru. Pelajar dan guru dapat belajar secara tidak langsung tentang cara mengakses, menyimpan maklumat yang dikehendaki dan menggunakan maklumat yang bersesuaian dengan cara berhikmah apabila diperlukan.


    Nama Sebenar : Nur Hasanah binti Abu Hasan
    No.matrik :P63849
    Tahun pengajian : 2011/2012
    Fakulti : Pendidikan
    email : nurha_88@yahoo.com
    facebook : nur hasanah abu hasan

    ReplyDelete
  8. 1. Pelbagai strategi boleh dibuat dalam usaha untuk mempromosikan sesuatu produk. Kemudahan seperti internet amat berkesan dalam usaha ini. Pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi menggalakkan penggunaan sesuatu produk dalam pengajaran dan pembelajaran. Strategi Pertama pastikan apakah jenis produk yang hendak kita hasilkan adakah ia sesuai dan boleh digunakan oleh pelajar. Sediakan manual. Pengguna yang membeli perisian ini akan mendapat manual pengguna secara percuma bagi kemudahan pengguna membuat rujukan ketika menggunakan perisian kursus berkenaan.
    2. Strategi Ke-2 pastikan golongan sasaran kita seperti tahap murid-murid iaitu tahun 1 hingga 3 ( Tahap 1 ) tahun 4 hingga 6 ( Tahap 2 ) untuk sekolah rendah manakala untuk sekolah menengah Tingkatan 1 hingg3 ( menengah rendah ) tingkatan 4 hingga 5 ( menengah ) tingkatan 6 (menegah tinggi ) dan lain-lain.
    3. Strategi Ke-3 pastikan tempat yang sesuai untuk dipasarkan produk kita. Jika bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sudah tentulah tempat yang sesuai ialah Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau Sekolah-Sekolah. Jika kita libatkan pihak-pihak seperti KPM, JPNS dan PPD ia memerlukan komitmen yang tinggi di samping kerenah birokrasi yang menyulitkan. Sudah pasti sekolah merupakan pilihan yang sesuai. Cuma berurusan dengan pengetua atau guru besar sahaja.
    4. Strategi Ke-4 pastikan harga yang ditawarkan adalah yang terbaik. Harga memainkan peranan yang penting dalam usaha mempromosikan sesuatu produk. Jika harga terlalu tinggi adalah sukar untuk memasarkan sesuatu produk malah ia dapat menjejaskan pasaran. Oleh sebab itu kita harus pandai membandingkan harga dengan produk-produk yang lain dipasaran. Pastikan juga agar harga yang ditawarkan berbaloi dengan produk yang dijual.
    5. Strategi Ke-5 pastikan juga strategi pemasaran (promosi) yang sesuai selain melalui internet kita juga boleh mempromosikan produk kita melalui katalog dan mel langsung , telefon , menerusi televisyen atau menerusi media elektronik yang lain. Sesuatu produk juga boleh diiklankan melalui media massa seperti dicetak di dalam majalah, surat khabar, brosur dan leaflet.
    6. Strategi Ke-6 memberi manfaat tambahan kepada pengguna merupakan satu strategi untuk mempromosikan sesuatu produk dan servis kepada pengguna. Contohnya, pembelian yang bejumlah RM100 ke atas akan mendapat sepuluh peratus potongan harga untuk produk yang kedua dan seterusnya. Kaedah yang sama boleh dilaksanakan untuk mempromosikan perisian kursus pembelajaran.
    7. Strategi Ke-7 Memilih pengguna tertentu (Diskriminasi pengguna ) bermaksud memilih pengguna tertentu sahaja untuk diberi keistimewaan. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut kelas pengguna. Sebagai contoh, pelanggan yang membuat tempahan awal diberi harga yang istimewa atau pelanggan yang membeli secara terus di kedai-kedai atau cawangan yang berhampiran akan mendapat tawaran harga yang khusus daripada pemilik niaga. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan untuk mempromosikan perisian kursus pembelajaran kepada pengguna. Pengguna yang membuat tempahan awal akan diberi diskaun yang menarik.

    Nama Sebenar : Jamaluddin bin Jaffor
    No.matrik :P63826
    Tahun pengajian : 2011/2012
    Fakulti : Pendidikan
    email : jamaluddinj65@gmail.com
    facebook : jamaljjayjay
    URL ;
    http://www.youtube.com/user/Hayat5674
    http://www.youtube.com/user/smartbizz
    http://www.youtube.com/user/panduanbisnes
    http://www.youtube.com/user/talianduit
    http://www.youtube.com/user/buatduitinternet

    ReplyDelete