Sunday, April 28, 2013

GD1123 PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT SEM 2 2012-2013 : PENDIDIKAN NON FORMAL




Peranan sekolah sebagai salah sebuah agen perubahan sosial amat besar sumbangannya dalam komuniti masyarakat di bandar mahu pun luar bandar, tidak kira sekolah bestari mahu pun yang belum mendapat status bestari .

         Pembelajaran tidak semestinya secara formal malah ada kalanya yang secara non-formal lebih banyak meninggalkan kesan di hati para pelajar. Contohnya pembelajaran berdasarkan pengalaman banyak meninggalkan ingatan jangka panjang kepada pelajar kerana ia bersifat hands on dan mereka pernah terlibat dengan situasi tersebut seperti banjir, kemarau, tanah runtuh dan sebagainya.

    Berdasarkan peristiwa di atas, cadangkan 5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan sekolah sebagai salah sebuah agen sosialisasi dapat dipertingkatkan. Setiap isi dan contoh dibincangkan dalam 1 perenggan.
Tuliskan maklumat berikut di akhir perbincangan:-
1. Nama sebenar.
2. Nombor Matrik
3. Tahun Pengajian
4. Fakulti
5. Email
6. Facebook
7. Sertakan 5 youtube (url sahaja) yang menggambarkan sekolah sebagai agen sosialisasi.
7. Postkan perbincangan anda sebelum 13 Mei 2013.

17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sir..

    Pada pendapat saya memang benar kata-kata yang diperkatakan itu bahawa pembelajaran in-formal kadang-kadang adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran secara formal ini kerana di zaman generasi Y kini lebih suka berdikari dan bebas dalam membuat keputusan.

    Oleh itu pihak sekolah atau pihak pendidik perlu menerapkan nilai-nilai murni serta teori amal kepada pelajar melalui aktiviti. Contoh pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan berunsurkan ilmiah kepada pelajar untuk memberi semangat serta dorongan kepada mereka dalam menimba ilmu, secara tidak langsung para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang ilmu yang dipertandingkan bagi memperolehi ganjaran yang ditawarkan. Selain daripada itu, membuat pengukuhan melalui ujian dan peperiksaan. Ini kerana, dengan ujian dan peperiksaan para pelajar akan berusaha dan lebih bersemangat untuk belajar demi mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang serta membanggakan.

    Selain daripda itu, untuk mempertingkatkan sosialisasi di perinkat sekolah, pihak sekolah perlu memastikan dan mempertingkatkan lagi peraturan sekolah agar dipatuhi dan Lembaga Disiplin perlu berkuatkuasa dan bertindak secara adil terhadap pelajr-pelajar yang melakukan kesalahan. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku penindasan dan kes buli diantara sesama pelajar. Ini dapat dilihat pada masa kini kes buli yang semakin berleluasa dikalangan pelajar terutama dikalangan pelajar sekolah Menengah.

    Kegiatan Ko-Kurikulum juga memainkan peranan penting dalam mempertingkat sosialisasi di sekolah. Ini kerana dengan adanya aktiviti-aktiviti ko-kurikulum para pelajar dapat mengisi masa mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah serta dapat mencungkil bakat-bakat para pelajar yang mungkin tanpa disedari oleh mereka sendiri. Oleh itu.pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi mencungkil bakat-bakat serta minat mereka didalam bidang ko-kurikulum ini.

    Untuk meningkatkan lagi sosialisasi diperingkat sekolah, pihak sekolah mungkin boleh melahirkan atau menyediakan suasana atau persekitaran yang boleh merangsang pertumbuhan minda serta emosi para pelajat melalui jalinan kasih dan muhibbah. Contoh, pihak sekolah boleh mengadakan program yang boleh memupuk semangat dan merapatkan perhubungan sesama pelajar dalam menimba ilmu serta tempat untuk berkongsi ilmu dianatra satu sama lain.

    Akhir sekali, guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik di sekolah tetapi guru juga perlu berperanan seolah-olah ibubapa kepada para pelajar untuk cuba mendekati dan memahami kehendak pelajar serta masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dan cuba membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Ini kerana, sesetengah para pelajar lebih mesra untuk berkongsi masalah dengan guru mereka berbanding dengan kedua ibubapa mereka kerana ketidakfahaman diantara mereka membuatkan para pelajar ini cuba untuk memberontak bagi mendapatkan perhatian.

    Kesimpulanya, sosialisasi merupakan satu agen untuk membentuk tingkahlaku yang boleh diterima oleh masyarakat . Oleh itu, institusi keluarga, rakan sebaya pendidikan dan media massa perlu memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi.

    Nama : Nurhasinah Mohd Idris
    Matrik : A 135416
    Tahun : Tahun 3 Sesi 2012/2013
    Fakulti: Ekonomi dan Pengurusan
    Email : cikina3001@gmail.com
    Facebook: Cik Ina

    ReplyDelete
  3. Nama : Mohamad Aswadi Bin Razali
    Matrik : A 135433
    Tahun : Tahun 3 Sesi 2012/2013
    Fakulti: Ekonomi dan Pengurusan
    Email : aswadirazali@rocketmail.com
    Facebook: Aswadi Razali

    Assalamualaikum....

    terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan menghantar tugasan ini..

    pada pendapat saya , Baik sosialisasi formal mahupun sosialisasi informal tetap mengarah kepada pertumbuhan pribadi anak agar sesuai dengan nilai dan normal yang berlaku di kalangannya. Dalam kalangan formal seperti di sekolah, seorang pelajar bergaul dengan teman sekolahnya dan berinteraksi dengan guru sekolahnya. Dalam interaksi tersebut, ia mengalami proses sosialisasi. dengan adanya proses soialisasi tersebut, pelajar akan diberi kesedaran tentang peranan apa yang harus ia lakukan. pelajar juga diharapkan mempunyai kesedaran dalam dirinya untuk menilai dirinya sendiri. Misalnya, apakah saya ini termasuk anak yang baik dan disukai teman atau tidak? Apakah perliaku saya sudah pantas atau tidak?. Meskipun proses sosialisasi dipisahkan secara formal dan informal, namun hasilnya sangat sulit untuk dipisah-pisahkan karana individu biasanya mendapat sosialisasi formal dan informal sekaligus.

    oleh itu, pihak sekolah haruslah menggunkan pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

    selain itu, Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

    selain itu juga, peranan persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

    sambungan.... kerana (Your HTML cannot be accepted: Must be at most 4,096 characters)

    ReplyDelete
  4. sambungan... dari Mohamad Aswadi Bin Razali A135433

    Pengasingan pelajar-pelajar di dalam kelas-kelas yang berdasarkan kepada kepandaian dan merit kini perlu dikaji semula. Kelas sepatutnya mempunyai pelajar-pelajar yang dipilih secara rawak. Dengan cara ini akan berkuranglah terbentuknya geng-geng jahat seperti sekarang ini. Dalam masa yang sama guru-guru akan dapat mengajar dengan lebih saksama dan semangat sihat seperti berlumba-lumba untuk mencari ilmu akan tercapai di antara pelajar-pelajar.

    pada pendapat saya juga, saya rasa perlu juga dislotkan masa ‘perjumpaan dengan guru kelas’ di dalam jadual waktu sekolah sekarang. Masa ini bukan untuk mengajar dan belajar tetapi satu slot khas untuk pelajar-pelajar menanyakan masalah mereka agar dapat dikongsi bersama guru-guru. Cara ini amat baik kerana ianya akan menimbulkan rasa minat dan bergantung pelajar-pelajar kepada guru. Bila masalah disiplin pelajar terjadi, guru-guru diberikan keistimewaan untuk berjumpa dan berbincang dengan ibubapa pelajar tersebut, di slot masa ‘perjumpaan dengan guru kelas’ tersebut.

    kesimpulannya, sekolah sebagai salah sebuah agen sosialisasi dapat dipertingkatkan dengan cabungan usaha daripada semua pihak iaitu pihak sekolah , guru-guru , ibubapa , masyarakat dan rakan sebaya. dengan cabungan ini maka sosoalisasi informal dan formal dapat dijalankan atau dilaksanakan bersama atau seiring kerana kedua-dua adalah amat penting...

    link video : http://www.youtube.com/watch?v=Zr3kd0bIu-g
    http://www.youtube.com/watch?v=Sp9vRxsdx4w&feature=related
    http://www.youtube.com/watch?v=pKhI5kzFjNQ
    http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A&feature=related
    http://www.youtube.com/watch?v=CVD1ROH7Eng
    http://www.youtube.com/watch?v=uHIfL_B7ggg

    sekian, terima kasih...

    ReplyDelete
  5. Nama : Muhammad Hafizul Husni Bin Mohd Ali
    Matrik : A135382
    Tahun : Tahun 3 Sesi 2012/2013
    Fakulti: Ekonomi dan Pengurusan
    Email : pijul.ali@gmail.com
    Facebook : Pjul Ali

    Assalamualaikum... pertama sekali mohon maaf diatas lewat melakukan tugasan ini....

    Pada pendapat saya, sekolah merupakan agen sosialisasi yang terpenting kerana ia merupakan tempat dimana seseorang itu menimba ilmu. Guru merupakan antara individu terpenting dalam membentuk jati diri pelajar untuk menghadapi kehidupan pada masa hadapan. Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara guru dan murid. Dalam soal ini, murid secara tidak langsung akan mempelajari bagaimana cara untuk berinteraksi dengan individu yang lebih tua daripadanya. Selain daripada mendidik berkaitan dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru juga seharusnya menerapkan norma dan nilai sosial yang baik kepada muridnya. Nilai yang diterapkan diharapkan dapat membantu muridnya bersosialisasi dengan lebih baik dalam masyarakatnya. Guru juga diibaratkan sebagai seorang ayah dan ibu di sekolah, justeru guru yang cemerlang adalah guru yang mampu memberikan mutiara ilmu dan menjadi contoh teladan yang baik untuk murid-muridnya serta mampu untuk membimbing muridnya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

    Pengaruh media massa dan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini menjadi faktor terpenting untuk menerajui masa depan. Oleh itu ia boleh dijadikan alat di sekolah sebagai agen sosialisasi. Pihak sekolah boleh menggunakan media massa seperti tayangan video untuk lebih memberi kesan kepada pelajar-pelajar. Video-video yang ditayangkan sudah pasti lebih memberi kesan kepada pelajar-pelajar. Ini kerana berdasarkan kajian, pembelajaran lebih berkesan melalui penglihatan.

    Langkah lain untuk membolehkan sekolah meningkatkan lagi peranannya sebagai agen sosialisasi adalah dengan menambahbaik aktiviti luar kelas. Aktiviti-aktiviti sukarelawan perlu ditekankan kerana ia akan memberikan impak yang besar dan berkesan. Sekolah seharusnya lebih memberi pendedahan luar kepada pelajar. Kerjasama dengan badan-badan dan persatuan-persatuan NGO perlu dipertingkatkan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar. Diantara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mengadakan program gotong-royong, program motivasi dan perkhemahan. Selain itu, program anak angkat dimana cikgu dijadikan sebagai ibubapa angkat juga boleh dipraktikkan.

    Peraturan di sekolah juga adalah salah satu faktor agen sosialisasi non formal di sekolah. Ini kerana, apabila peraturan ini dikuatkuasakan di sekolah, hendak atau tidak para pelajar perlu mematuhi peraturan tersebut. Ini secara tidak langsung memberikan kesan terhadap tingkahlaku para pelajar di sekolah terbabit. Oleh itu, pihak sekolah haruslah mengemaskini peraturan sekolah mengikut peredaran masa agar ia akan memberikan impak yang lebih positif. Antara peraturan yang boleh dikuatkuasakan ialah dengan mewajibkan setiap pelajar muslim untuk solat berjemaah pada waktu zohor.

    Kelemahan atau peranan PIBG yang kurang aktif perlu ditangani. Ini kerana, kerjasama antara guru dan ibubapa wajar digembeleng segera dalam usaha untuk menjayakan matlamat kerana mereka merupakan agen sosialisasi yang paling hampir kepada pelajar. Justeru, pemantapan PIBG ini wajar diperkasa. Guru harus turun padang dalam pendekatan terbaru ini mendekati ibuapa pelajar yang kurang kesedaran dalam pendidikan. Menerangkan kepada mereka akan kepentingan pendidikan dalam memacu pmbangunan dan agen utama merubah kehidupan manusiawi.

    link video :
    https://www.youtube.com/watch?v=9KwJ3eQAM8M
    http://www.youtube.com/watch?v=N5UXEZITJ-E
    http://www.youtube.com/watch?v=q1M_ySMa-Qo
    http://www.youtube.com/watch?v=nW_ZAEX7C0I
    http://www.youtube.com/watch?v=DLtDgfRPEKA

    sekian, terima kasih....

    ReplyDelete
  6. Nama : Muhammad Zubair bin Aminnurddin
    Matrik : A138083
    Tahun : Tahun 2 Sesi 2012/2013
    Fakulti: Ekonomi dan Pengurusan
    Email : zbyez89@yahoo.com
    Facebook : محمد زبير امينوردين (Zubair)

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Terlebih dahulu saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kelewatan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

    Bagi pandangan saya, sekolah merupakan agen sosialisasi yang bertujuan untuk mengembangkan kemampuan seorang pelajar dalam kehidupan untuk berkomunikasi secara efektif. Selain itu, ia juga memberikan keterampilan yang diperlukan seseorang yang mempunyai tugas dalam masyarakat. Ini kerana sekolah bukan saja menjadi tempat menuntut ilmu bahkan pelajar akan berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi tuntutan hidup.

    Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara pelajar dengan pelajar di sekolah. Proses interaksi ini boleh berlaku dengan menggunakan konsep pengajaran dan pembelajaran. Ketika pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar bersama rakan-rakannya dan membuat refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses sosialisasi akan terbentuk dan pelajar akan berkomunikasi antara satu sama lain.

    Selain itu, proses sosialisasi juga boleh berlaku apabila aktiviti kokurikulum dijalankan. Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dijalankan di sekolah. Ini kerana melalui aktiviti ini, pelajar dapat meluaskan persahabatannya bersama pelajar lain berasaskan minat dan bakat yang sama. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mempraktikkan konsep kepimpinan yang dipelajarinya dalam bilik darjah. Justeru itu, melalui kepimpinan persatuan, pelajar akan bersosialisasi dengan kumpulan yang dipimpinnya.

    Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara kakitangan sekolah. Interaksi yang dimaksudkan adalah interaksi keseluruhan kakitangan sekolah daripada tukang kebun, tukang masak, tukang sapu, pembantu am rendah, pemandu, kerani, kakitangan pentadbiran, guru-guru, penolong kanan dan guru besar. Proses sosialisasi berlaku dengan wujudnya interaksi antara golongan yang telah dinyatakan. Hubungan yang baik antara kakitangan sekolah dan pelajar akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan institusi tersebut.

    Selain itu, proses sosialisasi dalam sukan berlaku apabila semua pelajar melibatkan diri dalam sukan sekolah dengan menerima norma-norma yang terdapat dalam sesuatu sukan yang diceburi. Sikap seperti tidak menghisap rokok, menghormati orang lain dan ketua, rajin berlatih, taat kepada perintah tuhan dan menunjukkan teladan yang baik akan dapat diterapkan ke dalam diri seseorang pelajar setelah melibatkan diri dalam sesuatu bidang sukan. Konsep ini merupakan suatu peraturan yang harus diterima oleh pelajar yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu sukan yang diceburi. Sosialisasi wujud apabila interaksi yang erat antara pelajar dalam kumpulan yang besar seperti interaksi antara rumah-rumah sukan, pelajar dengan jurulatih, malahan antara pelajar dengan pentadbir sesuatu rumah sukan berkenaan.

    Sosialisasi juga boleh berlaku apabila sekolah mengadakan program lawatan sambil belajar untuk melawat sesuatu tempat. Selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan, lawatan sambil belajar juga dapat memberikan pengalaman dan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar serta dapat berinteraksi dengan orang luar dari bilik darjah. Lawatan sambil belajar juga membolehkan guru menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pelajar. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh guru ialah mematuhi peraturan, menepati masa, bekerjasama dan sebagainya. Contohnya, kemalangan jalan raya yang ditemui oleh pelajar semasa dalam perjalanan pula akan memberi kesedaran kepada pelajar agar mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

    http://www.youtube.com/watch?v=O5X73KkFh-I
    http://www.youtube.com/watch?v=YjRBEuARC90
    http://www.youtube.com/watch?v=O4BkJizm_BQ
    http://www.youtube.com/watch?v=vd9FfHWMKn0
    http://www.youtube.com/watch?v=XlcvBPqzf7Y

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Nama : Norfashihah Binti Shaharuddin
    Matrik : A 126971
    Tahun : Tahun 4 Sesi 2012/2012
    Fakulti : Ekonomi dan Pengurusan
    Email : eyfashihah@gmail.com

    Assalamualaikum.

    Terdapat beberapa langkah di mana sekolah sebagai sebuah agen sosialisasi dapat dipertingkatkan. Antaranya ialah dengan menambahkan lagi pengajaran berteraskan amali agar pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dalam situasi sebenar, dan secara tidak langsung membolehkan mereka memahami dengan lebih mendalam tentang apa yang mereka telah pelajari. Ini dapat memastikan mereka memahami teori yang diajar agar boleh dipraktikkan apabila perlu, dan bukannya sekadar pengetahuan semata.

    Perhubungan efektif dua hala juga amat penting bagi memastikan disiplin, masalah dan pencapaian pelajar dapat dimaklumkan terus kepada penjaga dan juga kepada guru. Dengan menggunakan pelbagai media perhubungan yang sedia ada, hubungan dan penyampaian maklumat dua hala menjadi lebih mudah dan ini membolehkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan kemerosotan pelajar sama ada dari sudut akademik mahupun bukan akademik dapat dicegah.

    Pendidikan merupakan suatu aset penting dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar, dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran tidak boleh dipandang remeh. Visual yang menarik dan mudah difahami serta pelbagai perisian pendidikan yang dibangunkan untuk pelbagai jenis subjek dapat membantu proses pengajaran serta terbukti efektif dalam membangunkan minda pelajar. Pelbagai maklumat juga dapat dicapai dengan mudah melalui jaringan internet, membolehkan pelajar mengakses perpustakaan yang lebih luas.


    Selain itu, program mentor antara guru dengan pelajar juga perlu dilakukan supaya adanya hubungan mesra dan rapat antara pelajar dan juga guru. Guru akan lebih memahami akan setiap masalah pelajar berkenaan pembelajaran dengan adanya program mentor ini. Justeru, pelajar akan lebih berasa selesa dan tidak kekok untuk bertanya segala hal yang mereka tidak ketahui.

    Aktiviti-aktiviti di luar sekolah juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan jati diri setiap pelajar. Pihak sekolah seharusnya memperbanyakkan lagi aktiviti yang boleh menarik minat pelajar disamping membina sahsiah diri serta disiplin pelajar, contohnya seperti lawatan ke universiti, perkhemahan, program jati diri dan sebagainya. Aktiviti seperti ini turut membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling dan cara untuk berinteraksi dengan orang lain.

    Di zaman moden ini, ramai individu sama ada yang dewasa mahupun masih remaja yang masih ketinggalan dalam pelbagai aspek sosial seperti ekonomi, pengetahuan, pergaulan dan sebagainya. Dengan menerapkan langkah-langkah yang dibentangkan ini, diharap masalah berkaitan pembangunan sosial individu dalam masyarakat dapatlah dikurangkan dan kualiti individu seacara umumnya dapat dipertingkatkan.

    Link URL :

    http://www.youtube.com/watch?v=Zr3kd0bIu-g

    http://www.youtube.com/watch?v=sVPpzMp4y3c

    http://www.youtube.com/watch?v=mB8SGlsZb1Q

    http://www.youtube.com/watch?v=S_mSowEJHF4

    ReplyDelete
  9. Nama : Mohd Ridzuan Bin Mohd Radzi
    Matrik : A137522
    Tahun : Tahun 2 Sesi 2012/2013
    Fakulti: Ekonomi dan Pengurusan
    Email : ridz_2704@yahoo.com
    Facebook : Mohd Ridzuan Mohd Radzi

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Terlebih dahulu saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kelewatan bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

    Pandangan saya, sekolah merupakan agen sosialisasi samada ianya secara formal atau informal. Ini kerana sekolah bukan saja menjadi tempat menuntut ilmu malah perkembangan sosialisasi kepada pelajar.

    Proses sosialisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara murid dengan murid di sekolah. Proses interaksi ini boleh berlaku ketika P & P dan juga ketika kokurikulum. Ketika P&P, murid akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar bersama rakan-rakannya dan membuat refleksi dan rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya. Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses sosialisasi akan terbentuk dan murid akan berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, proses sosialisasi juga boleh berlaku apabila aktiviti kokurikulum dijalankan. Aktiviti kokurikulum adalah amat penting dijalankan di sekolah. Ini kerana melalui aktiviti ini, murid dapat meluaskan persahabatannya bersama murid lain berasaskan minat dan bakat yang sama. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mempraktikkan konsep kepimpinan yang dipelajarinya dalam bilik darjah. Justeru itu, melalui kepimpinan persatuan, murid akan bersosialisasi dengan khalayak yang dipimpinnya.

    Sekolah ialah tempat untuk mendapat latihan untuk memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk mengusai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

    Rakan sebaya di skolah ataupun teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen sosialisasi. Ketika berada di luar rumah anak-anak akan mempunyai kawan-kawan untuk bermain dan berkongsi pendapat. Rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam membentuk keperibadian seseorang individu. Dalam pergaulan anak-anak akan memperlajari peraturan yang mengatur peranan dan kedudukan seseorang dan mepelajari nilai-nilai yang murni dalam masyarakat.

    Fungsi sekolah sebagai medium sosialisasi antara lain adalah untuk mengenali dan mengembangkan karakteristik diri (bakat, minat dan kemampuan), melestarikan kebudayaan, merangsang peranan demokrasi melalui pengajaran ketrampilan berbicara dan pengembangan kemampuan berfikir kritis, kreatif, rasional dan objektif, dan untuk mengembangkan kemampuan menyesuaikan diri anak-anak.

    Selain itu, di sekolah, guru bertanggungjawab mensosialisasikan pelajarnya. Guru merupakan role model kepada pelajar-pelajarnya. Selain member pendidikan formal seperi belajar membaca, menulis dan mengira guru juga bertanggungjawab dalam membentuk peribadi pelajarnya supaya menjadi insan yang sempurna dan terbaik. Guru perlu menjaga tutur kata dan perilaku semasa berada dalam lingkungan pelajaranya supaya perilakunya boleh diambil sebagi contoh yang terbaik.
    Kesimpulannya, sekolah sememangnya antara agen sosialisasi. Kewujudannya pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup banyak kepada masyarakat sekitarnya. Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi yang mampu membentuk masyarakat yang mapan melalui peranan yang dimainkannya.

    http://www.youtube.com/watch?v=NvcgkiaSvMs
    http://www.youtube.com/watch?v=jHU3fwGzYoQ
    http://www.youtube.com/watch?v=KIUXQL-gRRA
    http://www.youtube.com/watch?v=dB_6iyqrTkE
    http://www.youtube.com/watch?v=uVPGZDWXLLU

    ReplyDelete
  10. Nama : Masni Binti Mohd Ton
    Matrik : A132738
    Tahun : Tahun 3 Sesi 2012/2013
    Fakulti :Ekonomi dan Pengurusan
    Email : mustnie91@gmail.com

    Assalamualaikum,Mejar Jasmy. Saya ingin memohon maaf diatas kelewatan menghantar tugasan ini.

    Saya bersetuju bahawa sekolah memainkan peranan penting , lebih – lebih lagi dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan seseorang insan. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni harus diterapkan dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK


    Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang penting untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan. Jika sesebuah sekolah ingin mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, maka pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan strategi yang jelas untuk mencapai maksud yang diharapkan. Kerjasama dan kesepaduan yang baik antara pentadbir dan guru-guru dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai prestasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Namun begitu, tidak semua guru dapat memberi kerjasama sepenuhnya antara satu sama lain.Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak ada pihak yang ingin mainkan peranan masing-masing. Pihak sekolah merupakan peranan terbesar dalam pelaksanaan FPK.

    Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran haruslah diwujudkan untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari segala aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Untuk mencapai hasrat ini, iklim dan budaya sekolah haruslah berada dalam keadaan selesa, tenteram, aman damai, mesra dan juga riang.

    Selain itu,amalan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia merupakan salah satu elemen di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Guru berperanan penting dalam pemupukan akhlak mulia murid-murid di sekolah. Nilai-nilai murni tersebut akan diamalkan oleh murid-murid walaupun berada di luar kawasan sekolah andai guru dapat menerapkan nilai murni dalam amalan pengajaran harian mereka. Nilai murni seperti memberi salam kepada guru dan orang yang lebih tua, membaca doa sebelum dan selepas belajar adalah perlu untuk melahirkan warganegara yang beragama dan seimbang serta menyeluruh. Selain itu, budaya hormat menghormati dan tolong menolong dapat melahirkan iklim sekolah yang baik.

    Keselamatan juga merupakan salah satu faktor yang dapat menyuburkan suasana sekolah agar sentiasa kelihatan aman damai dan selesa. Jika sekolah tidak mempunyai tahap keselamatan yang baik, maka murid-murid akan berasa takut dan tidak selesa semasa berada di sekolah. Jadi hal ini akan membantutkan segala aktiviti yang ingin mereka lakukan. Sebagai contoh, P&P dijalankan di blok bangunan yang lama, jadi murid-murid berasa tidak selamat dan sentiasa gelisah. Maka hal ini akan mengganggu pembelajarannya. Oleh itu, pengurusan keselamatan di sekolah amat penting untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat.

    Proses P&P di dalam bilik darjah juga dapat dipertingkatkan dengan penyelarasan rancangan mengajar. Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan P&P yang berkesan. Oleh itu guru perlu menggunakan modul pengajaran KBKK semasa P&P berjalan kerana ingin mewujudkan suasana yang dapat menarik minat murid-murid. Guru juga perlulah memberi latihan dari sumber luar agar cara pengajaran dapat dipelbagaikan supaya murid-murid tidak bosan. Murid-murid akan berasa lebih seronok dengan teknik pengajaran yang berbeza. Namun guru perlulah memilih teknik pendekatan mengajar yang sesuai dengan situasi murid agar dapat mencapai objektif pengajaran yang dihasilkan.

    http://www.youtube.com/watch?v=Zr3kd0bIu-g
    http://www.youtube.com/watch?v=S_mSowEJHF4
    http://www.youtube.com/watch?v=NvcgkiaSvMs
    http://www.youtube.com/watch?v=jHU3fwGzYoQ

    ReplyDelete
  11. Nama : Nor Emilia binti Mohd Shuhaimi
    Matrik : A 135419
    Tahun : Tahun 3 Sesi 2012/2013
    Fakulti : Ekonomi dan Pengurusan
    Email : noremilia_2106@yahoo.com
    Facebook : Nor Emilia Mohd Shuhaimi

    Assalamualaikum... pertama sekali mohon maaf diatas lewat melakukan tugasan ini....

    Seperti kita tahu peranan sekolah sebagai salah sebuah agen perubahan sosial amat besar sumbangannya dalam komuniti masyarakat di bandar mahu pun luar bandar, tidak kira sekolah bestari mahu pun yang belum mendapat status bestari . Pembelajaran tidak semestinya secara formal malah ada kalanya yang secara non-formal lebih banyak meninggalkan kesan di hati para pelajar. Contohnya pembelajaran berdasarkan pengalaman banyak meninggalkan ingatan jangka panjang kepada pelajar kerana ia bersifat hands on dan mereka pernah terlibat dengan situasi tersebut seperti banjir, kemarau, tanah runtuh dan sebagainya.

    Antara langkah yang boleh diambil untuk memastikan sekolah sebagai salah sebuah agen sosialisasi dapat pertingkatkan ialah dengan merapatkan lagi hubungan antara PIBG dengan pihak sekolah iaitu dengan mengadakan mesyuarat penting berkaitan pelajar serta segala yang berkaitan dengan sekolah itu dengan lebih kerap agar pelajar dapat merasai sebarang kemudahan atau kelebihan di sekolah tersebut. Ini kerana pada zaman sekarang peranan PIBG sangat lemah dan kurang memberi perhatian terhadap apa yang berlaku di sekolah seperti kepentingan pendidikan dalam membangunkan sesebuah negara serta merupakan agen penting dalam mengubah kehidupan para pelajar memandangkan ibu bapa pada masa kini sangat sibuk dengn kerjaya masing-masing hingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap sekolah yang merupakan agen sosialisasi bagi anak-anak mereka.

    Selain itu, mempelbagaikan fungsi perpustakaan iaitu dengan menyediakan kemudahan komputer dan internet di perpustakaan. Seperti yang kita tahu perpustakaan di setiap sekolah selalunya cuma ada sudut bacaan sahaja. Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak sekarang pemikiran mereka lebih cepat matang berbanding kita sewaktu zaman kanak-kanak. Mereka lebih cepat merasa bosan dengan sesuatu terutama dari segi membaca. Oleh itu, dengan mempelbagaikan fungsi perpustakaan, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dari segi mendapatkan ilmu pengetahuan selain dari yang mereka dapati di dalam kelas. Di samping mencari bahan bacaan, pelajar juga boleh mencari maklumat yang lebih meluas dengan menggunakan komputer yang terdapat di perpustakaan. Oleh itu, jumlah komputer yang berada di perpustakaan hendaklah ditambah serta berada dalam keadaan baik untuk diguna. Selain itu, peraturan penggunaan komputer juga hendaklah dilonggarkan. Pelajar hendaklah dibenarkan menggunakan komputer tersebut melebihi had masa yang ditetapkan jika tiada pengguna lain yang menunggu giliran untuk menggunakan komputer terbabit. Oleh itu, kemudahan ini akan dapat digunakan dengan semaksimum mungkin untuk mempertingkatkan penggunaan dan penguasaan ICT di sekolah.

    Selain itu juga, pihak sekolah perlu memperkembangkan serta mempertingkatkan lagi kegiatan Ko-Kurikulum di mana ia juga memainkan peranan penting dalam mempertingkat sosialisasi di sekolah. Dengan adanya aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, para pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti mengadakan perlawanan bola sepak, bola jarring, futsal dan sebagainya serta dapat mencungkil bakat-bakat para pelajar yang mungkin tanpa disedari oleh mereka sendiri. Oleh itu, pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi mencungkil bakat-bakat serta minat mereka di dalam bidang ko-kurikulum ini kerana sesetengah pelajar minatnya mungkin kurang di dalam akademik tetapi menyerlah di dalam bidang ko-kurikulum. Jadi, para guru perlu peka akan keadaan ini agar pelajar tidak terus terabai samada dari segi akademik atau ko-kurikulum. Kedua-duanya perlu dipertimbangkan.


    ReplyDelete
  12. Sambungan....dari Nor Emilia binti Mohd Shuhaimi

    Langkah lain yang boleh diambil untuk memastikan sekolah sebagai salah sebuah agen sosialisasi dapat pertingkatkan ialah peranan guru itu sendiri untuk bertanggungjawab mensosialisasikan pelajarnya. Guru merupakan role model atau tunjang utama kepada para pelajarnya dalam semua perkara terutama dalam mencapai sesuatu kejayaan. Selain memberi pendidikan formal seperi belajar membaca, menulis dan mengira, guru juga bertanggungjawab dalam membentuk peribadi yang baik dan harmonis kepada pelajarnya supaya menjadi insan yang berakhlak mulia serta bukan sahaja berjaya di dunia malah juga di akhirat kelak. Guru juga perlu menjaga tutur kata serta tingkah laku semasa berada bersama pelajarnya tidak kira di dalam kelas atau di luar kelas agar sifat guru tersebut dapat dihormati dan diikuti oleh pelajarnya.

    Akhir sekali, langkah yang boleh diambil untuk memastikan sekolah sebagai salah sebuah agen sosialisasi dapat pertingkatkan ialah dengan mengambil berat faktor keselamatan yang mana ia juga dapat mententeramkan suasana sekolah agar sentiasa kelihatan aman damai dan selesa. Seandainya sekolah tidak mempunyai tahap keselamatan yang baik, kemnungkinan para pelajar akan berasa takut dan tidak selesa semasa berada di sekolah dan ini akan menyebabkan segala aktiviti yang ingin mereka lakukan terbantut akibat faktor keselamatan tersebut. Sebagai contoh, sesi pembelajaran dijalankan di blok bangunan yang lama dan agak nampak using menyebabkan para pelajar berasa tidak selamat dan sentiasa gelisah. Hal ini akan sedikit sebanyak telah mengganggu pembelajaran pelajar untuk memberi tumpuan semasa berada di dalam kelas . Oleh itu, pengurusan keselamatan di sekolah amat penting bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat untuk kebaikan pelajar serta guru.

    Kesimpulannya, sekolah sememangnya antara agen sosialisasi. Kewujudannya pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup banyak kepada masyarakat sekitarnya. Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi yang mampu membentuk masyarakat yang mapan melalui peranan yang dimainkannya.

    Link :
    http://www.youtube.com/watch?v=vd9FfHWMKn0
    http://www.youtube.com/watch?v=uHIfL_B7ggg&feature
    http://www.youtube.com/watch?v=4mqV8Xa1ooI&feature
    http://www.youtube.com/watch?v=WXFuPIoZswQ&feature
    http://www.youtube.com/watch?v=jHU3fwGzYoQ

    ReplyDelete
  13. Nama : Nurhasinah Binti Mohd Idris
    Matrik : A135416

    sambungan untuk link url :

    http://www.youtube.com/watch?v=R5t9kz06O3U
    http://www.youtube.com/watch?v=x9j9DJeCq5s
    http://www.youtube.com/watch?v=Wwk_T2mFPzU
    http://www.youtube.com/watch?v=WXFuPIoZswQ&feature
    http://www.youtube.com/watch?v=wT1NoyoW5dw
    http://www.youtube.com/watch?v=35c4WaGInlM

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Nama: Siti Zanariah Binti Abdul Halim
    Matrik : A127038
    Tahun: Tahun 4 Sesi 2012/2013
    Fakulti : Ekonomi dan pengurusan
    Email : sa_sz@hotmail.com
    Facebook : Shanell Xandria

    Assalamualaikum Mejar Jasmy, Saya ingin memohon kemaafan kerana agak terlewat membuat tugasan ini.

    Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Sistem pendidikan formal pula adalah satu pendidikan yang mempunyai sukatan pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain lagi. Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti. Pembelajaran yang dinyatakan dalam FPK sebenarnya bukan berhenti di sekolah malahan ianya berterusan sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi dan seterusnya sepanjang hayat. Terdapat banyak program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mewujudkan budaya belajar sepanjang hayat. Antaranya ialah mengalakan golongan guru untuk belajar ke peringkat yang tertinggi bagi memberi peluang kepada golongan ini belajar lagi. Program ini telah memberikan kesedaran kepada guru supaya mereka bukan setakat mempuyai diploma atau ijazah sahaja, malah mereka digalakan untuk belajar ke peringkat yang paling tinggi.

    Sosialisasi didalam pendidikan formal atau tidak formal adalah penting ini kerana kita boleh melihat diri seseorang daripada cara mereka berinteraksi dan bahasa yang mereka gunakan. Jadi bagi saya proses sosialisasi yang baik haruslahv diterapkan kepada pelajar-pelajar daripada peringkat awal lagi. Proses sosialisasi ini berlaku apabila pelajar-pelajar berinteraksi dengan guru mereka. Oleh itu guru-guru perlulah bersikap baik , menunjukkan tauladan yang baik dan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar mereka. Guru-guru adalah seorang pendidik yang utama yang harus mendidik anak-anak selain daripada ibubapa mereka.

    Langkah yang pertama untuk mengekalkan sekolah sebagai agen sosialisasi ialah meningkatkan aktiviti secara berkumpulan di sekolah iaitu yang selalunya dilakukan oleh pelajar university. Pelajar dibahagikan secara berkumpulan dan diberikan kes untuk dibincangkan. Kes yang berkaitan dengan pembelajaran mereka contoh seperti mata pelajaran sejarah. Mereka boleh mempersempahkan dengan menggunakan kertas mahjong, slideshow, atau secara perdebatan atau temu bual, dari sini kita dapat melihat akan interaksi diantara mereka sama ada ianya baik ataupun tidak. Aktiviti secara berkumpulan sangat member kesan yang besar dimana mereka akan bertukar pendapat diantara satu sama lain dan dapat memperkembangkan idea dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  17. Sambungan....

    Langkah kedua ialah, mengajurkan aktiviti luar seperti kem kepimpinan dimana aktiviti-aktiviti ini akan menerapkan semangat jati diri mereka dan mengajar mereka tentang apa itu kepimpinan. Kem atau kursus kempimpinan ini akan member semangat kepada mereka tidak kira dari segi akademik, kehidupan seharian , komunikasi dan lain-lain. Lebih baik jikalau kem ini menceritakan tentang kesusahan penduduk dan pelajar dahulu kala yang tidak mempunyai alatan yang mencukupi untuk pembelajaran walhal sekarang zaman moden mempunyai banyak alatan yang memudahkan pembelajaran seperti kemudahan ICT. Dengan kem atau kursus ni pelajar dapat berinteraksi diantara satu sama lain diantara guru/penganjur kursus dengan pelajar-pelajar dan berkongsi cerita diantara mereka.

    Langkah ketiga ialah meningkatkan aktiviti sukan dimana sukan membolehkan proses sosialisasi berlaku dengan baik kerana sukan adalah aktiviti yang sihat. Bola sepak, bola jarring, bola baling dan lain-lain membolehkan pelajar-pelajar membentuk satu kumpulan dan berinteraksi sesama kumpulan untuk bersaing secara sihat diantara mereka. Hari sukan yang dianjurkan oleh sekolah harus diteruskan dan memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan kesemua pelajar-pelajar. Selain itu semasa hari sukan , pelajar juga perlu melibatkan diri menjadi usahawan hari sukan dimana pelajar boleh membuka gerai dan menjual barangan kepada semua. Ini akan mewujudkan proses sosialisasi yang berkesan.

    Langkah keempat pula, bagi golongan pelajar yang pasif , guru sekolah perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan memberi dorongan dan peluang kepada golongan yang pasif atau kurang aktif ini. Dengan adanya lawatan sambil belajar guru sekolah perlu melibatkan golongan yang pasif untuk pergi lawatan tersebut dan cuba beri peluang kepada mereka membuat laporan dan mempersempahkan laporan tersebut kepada pelajar-pelajar lain mengenai apa yang mereka dapat setelah pergi lawatan tersebut. Ini juga akan memberi peluang kepada mereka untuk menceritakan pegalaman yang dapat dikongsikan kepada pelajar lain.

    Langkah terakhir untuk mengekalkan proses sosialisasi sekolah adalah program mentor mentee antara guru dengan pelajar juga perlu dilakukan supaya membolehkan guru dan pelajar mengenali lebih rapat dan membolehkan komunikasi yang lebih baik. Program ini juga membolehkan guru untuk lebih memahami diri pelajar itu sendiri dan secara tidak langsung dapat mengetahui setiap masalah yang dihadapi pelajar seperi masalah pembelajaran. Oleh itu, pelajar akan rasa lebih berasa selesa untuk bertanya segala hal tidak kira mengenai masalah individu pelajar itu sendiri mahupun masalah dari segi akademik.


    YOUTUBE URL :-
    http://www.youtube.com/watch?v=uVPGZDWXLLU
    http://www.youtube.com/watch?v=S_mSowEJHF4
    http://www.youtube.com/watch?v=uHIfL_B7ggg
    http://www.youtube.com/watch?v=KIUXQL-gRRA
    http://www.youtube.com/watch?v=NJSBvtD6LeM

    ReplyDelete